SlideShare a Scribd company logo
1 of 60
 Pada era ini pendidikan lebih berkisar kepada
pembelajaran secara turun-temurun yang diwariskan
kepada generasi seterusnya.
 Proses pembelajaran bertujuan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran, berkebolehan dalam aspek teknik
dan praktikal.
 Pendidikan dilaksanakan oleh oleh ibu bapa, ahli
keluarga dan masyarakat sekeliling.
 Falsafah pendidikan lebih cenderung untuk melahirkan
generasi yang mempunyai adab sopan, hormat antara
satu sama lain dan mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam hal yang dipelajari.
Masa bermulanya tidak dapat dinyatakan dengan
tepat.
Dikatakan bermula seawal kurun ke 15 M lagi seiring
dengan kemasukan Islam ke Tanah Melayu.
Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk
bukan formal.
Raja Melayu yang terawal memeluk Islam iaitu Sultan
Melaka yang pertama, Parameswara (Sultan Iskandar
Shah) menjemput ramai alim ulama untuk mengajar
Islam di istana.
• Selain al-Quran, pendidikan Islam di Melaka terus
berkembang apabila ia turut menjadi pusat pengajian
ilmu Fiqah, Tauhid, Tafsir, Sejarah, Tasawuf dan
Falsafah Islam.
• Selain Melaka, negeri-negeri lain seperti Johor,
Pahang, Jambi, Kampar, Bangkalis, turut menjadi
pusat pendidikan Islam terutama pada zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459- 1477).
 Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang
dinamakan ‘sekolah pondok’.
 Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan
bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat
setempat.
 Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan
Kedah yang paling banyak sekolah pondok.
 Bermula dgn kejatuhan Melaka pada 1511
 Kedatangan Portugis dan Belanda ke Tanah Melayu
tidak banyak mengubah sistem pendidikan tradisional.
 Perubahan yang amat ketara berlaku apabila Inggeris
mula menguasai negeri-negeri Melayu.
 Pada zaman penjajahan Inggeris terdapat lima jenis
pendidikan yang berbeza dan masing-masing
berorientasikan keperluan identiti kaum iaitu Sekolah
Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Pondok, Sekolah
Vernakular bagi etnik Cina dan India.
 .
 Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil
perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat.
Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan
supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di
negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British.
 Penubuhan sekolah Melayu bermula pada tahun 1821
apabila tertubuhnya Sekolah Melayu Gelugur, Pulau
Pinang.
 Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan
daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan
dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas
itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah
menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau
Pinang dan Melaka.
 Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan
persekolahan dua sesi, iaitu:
Pagi : Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata
pelajaran vokasional
Petang Bahasa Arab dan al-Qur'an
 Sekolah aliran Melayu yang ditubuhkan oleh pihak
penjajah menekankan kepada kurikulum asas iaitu bacaan,
Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani
dan Ilmu Alam.
 Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah
Melayu ketika ini.
 Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri
Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To
Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku
tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat
di dalam perkhidmatan kerajaan.
 Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan
dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum
sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga
Darjah IV.
 Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran untuk
mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani
 Hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang
melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class yang
ditubuhkan pasa 1030an, di mana mereka dapat
meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
 Pada tahun 1905, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay
College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-
anak Melayu peringkat atasan.
 Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih
daripada setakat memberikan pendidikan dasar
selama empat tahun, kecuali latihan perguruan
sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu.
 Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan
Inggeris bertujuan menyekat peluang orang Melayu
untuk mengembangkan bakat mereka, memisahkan
mereka daripada perkembangan sosio-ekonomi
negara.
 Keadaan ini telah membentuk keadaan sosial yang
tidak seimbang di Malaysia apabila negara mencapai
kemerdekaan
 Sekolah- sekolah agama juga turut beroperasi pada
masa ini.
 Sekolah-sekolah ini diberi bantuan penuh dengan
syarat ia mengadakan matapelajaran membaca,
menulis dan ilmu hisab disamping pelajaran agama
dan membaca al-Quran.
 Bangunannya digunakan sebagai sekolah Melayu pada
waktu pagi dengan mendapat bantuan penuh
daripada pemerintahan Inggeris manakala pengajian
agama berjalan pada waktu petang.
 Mereka berjaya mempertahankan institusi tradisional
Melayu yang menjadi warisan sejak turun temurun.
 Pada peringkat awal, kebanyakan
sekolah Inggeris didirikan daripada
hasil usaha kaum mubaligh Kristian.
 Penubuhan sekolah Inggeris adalah
berteraskan falsafah untuk
memperkembangkan agama Kristian
dan menyebarkan ideologi penjajah
Inggeris.
 Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan
mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:
1. untuk semua bangsa;
2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar
yuran sekolah dengan kadar berpatutan;
4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa
Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan
menjahit dan lain-lain;
8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
 Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta
disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun
1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906.
 Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil
alih oleh kerajaan.
 Sekolah Inggeris terbahagi dua jenis :
i- Sekolah Free School yang mendapat bantuan
daripada kerajaan.
ii. Sekolah Inggeris separa bantuan yang
ditubuhkan serta dibiayai oleh persatuan
mubaligh Kristian dengan mendapat bantuan
kewangan daripada kerajaan.
• Hala tuju pendidikan Inggeris pada masa ini adalah
untuk melatih tenaga kerja seperti kerani dan juru
teknik bagi jabatan-jabatan kerajaan.
Perkembangan
Sekolah Vernakular Cina
 Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan
oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada
tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun
1819.
 Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari
negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah
mendirikan sekolah Vernakular Cina dan
menggabungkan pengajaran Confucious dengan
pengajaran sains Barat.
 Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan
kepada negara China.
 Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk
menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran
Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti
sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.
 Kebanyakan sekolah Cina yang ditubuhkan secara
persendirian menggunakan premis perniagaan, rumah
kediaman, bangunan tokong yang disumbangkan oleh
orang perseorangan atau persatuan yang mewakili
suku kaum Cina tertentu seperti Hakka, Hokkien dan
sebagainya.
 Hampir semua sekolah Cina berkembang dengan
pesat di bandar besar di Pantai Semenanjung Malaysia
Barat seperti Kulala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh serta
Taiping.
 Kewujudan sekolah vernakular Cina disebabkan
kesedaran masyarakat Cina tentang kepentingan
pendidikan dan kaedah pendidikan yang digunakan
bertunjangkan falsafah pendidikan moden yang
berasal dari negara China.
 Hala tuju pendidikan lebih cenderung untuk
meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam
bidang matematik, sains, dan sebagainya.
 Perkembangan
 Sekolah Vernakular Tamil
 Penubuhan sekolah Tamil bermula di Pulau Pinang
dan Perak oleh pihak Syarikat Perladangan Eropah.
 Mereka membuka ladang getah, kelapa sawit, kopi dan
gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari
negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet.
 Pada tahun 1925 Kod Buruh diperkenalkan. Dalam kod
tersebut terkandung bahawa setiap ladang diwajibkan
menubuhkan sekolah Tamil apabila terdapat lebih
daripada 20 orang kanak-kanak India dalam
lingkungan umur persekolahan 7 hingga 14 tahun.
 Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah
sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun
1834.
 Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak
memberi sumbangan kepada perkembangan
pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat
awalnya.
 Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil
kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah
mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu.
 Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-
sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat
rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,
kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan
negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga
pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.
 Pada tahun 1930 terdapat empat jenis sekolah
vernakular Tamil, iaitu dibiayai oleh pemerintah,
pengurusan ladang, komuniti India tempatan dan
Persatuan Mubaligh Kristian.
 Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), Malaysia
telah diduduki oleh tentera Jepun.
 Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem
pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran
di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-
sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan
seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa
Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri
Jepun.
 Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah
Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina
dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat
Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam
kurikulum sekolah rendah.
 Pendidikan menengah telah diberhentikan dan
sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah
teknik dan maktab teknik untuk pengajian
telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian
dan pembinaan.
 Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar
digunakan sebagai berek,setor, pusat perniagaan
dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun.
 Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk
mengajar bahasa Jepun. Kelas-kelas bahasa Jepun
juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa
tempat seperti di kelab dan persatuan.
 Pendidikan zaman pemerintahan Jepuntidak
mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan
rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.
 Jepun memerintah Tanah Melayu selama tiga tahun
lapan bulan (1941-1945). Namun begitu,
pemerintahan yang singkat ini telah meninggalkan
kesan mendalam kepada masyarakat Tanah Melayu
 Dasar dan pendekataan tentera Jepun (MMA) di
Tanah Melayu bercorak keras dan kasar berbanding
dengan cara yang diamalkan oleh British.
 Jepun berhasrat melaksanakan gagasan Kawasan
Sekemakmuran Asia Timur Raya.Bagi mencapai
hasrat tersebut serta mendapat sokongan politik
daripada rakyat, Jepun melaksanakan dasar
pendidikan yang memberikan penekanan kepada
pembinaan semangat Jepun (Seishin), selain
menitikberatkan latihan kemahiran sebagai asas
kepada rakyat berdikari menghadapi kehidupan
yang sukar ketika itu..
 Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Jepun
berbeza daripada sistem British dan mempunyai
keunikannya yang tersendiri, walaupun penuh
dengan kelemahan dan kekurangan.
 Jepun menjadikan pendidikan sebagai alat
indoktrinasi untuk mempengaruhi rakyat. Sekolah
dan institusi latihan menjadi tempat meniupkan
propaganda bagi meningkatkan sokongan rakyat
kepada Jepun
 Jawatankuasa Windstedt – 1916 :
- kursus baru ditambah di sekolah teknik,pertanian
dan pertukangan
- kelas vokasional dan perdagangan di adakan pada
waktu malam
Jawatankuasa Lemmon d- 1918 :
- kemukakakan syor utk pendidikan teknik dan
industri
- sebuah sekolah teknik dan sebuah sekoalh pertanian
dgn bahasa Inggeris sebagai penagntar di bina di
K.Lumpur
- sekolah pertukangan berbahasa Melayu turut dibina.
 Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman
penjajahan Inggeris ialah bersifat bebas atau laissez-
faire kerana terdapat lima jenis pendidikan yang telah
diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu
Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap
jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju
pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat
kewujudan sistem ini yang kurang mempunyai sistem
kawalan peringkat pusat telah menyebabkan konsep
integrasi atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan.
Sistem pendidikan pada masa pemerintahan Inggeris
telah menimbulkan situasi rumit dalam sistem
pendidikan dari segi keseragaman dan pencapaian
hasrat integrasi nasional.
 Merupakan perubahan pertama yang dilakukan untuk polisi pendidikan
di bawah pentadbiran Malayan Union.
 Objektif polisi pendidikan baru ini adalah untuk membina semula sistem
pendidikan demi menjamin setiap jenis sistem persekolahan dapat
dikembangkan dengan sepenuhnya.
 Cadangan Rancangan Cheeseman:
1) tempat percuma diberikan kepada kanak – kanak yang
menghadiri sekolah vernakular diperingkat sekolah rendah,
2) Bahasa Inggeris diajar di sekolah rendah
3) Penubuhan 2 jenis sekolah menengah
4) Perlaksanaan secara penuh Laporan Pelajaran 1938 mengenai
pendidikan vokasional
 Walaubagaimanapun di bawah rancangan ini, tidak ada rancangan yang
berkaitan memupuk integrasi sosial untuk pelbagai kaum. Rancangan ini
gagal kerana ia lebih memberi tumpuan kepada peringkat sekolah rendah
sahaja dan mengutamakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di
semua sekolah di Tanah Melayu.
Laporan Barnes 1950
 Pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh
L.J.Barnes, Pengarah Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford
telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan
pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa
L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan membawa
kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.
 Laporan Barnes merupakan satu percubaan menuju ke arah perpaduan
negara apabila mengusulkan agar matlamat pendidikan hendaklah
membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan berbagai kaum. Sistem
vernakular yang berasingan hendaklah dibubarkan dan digantikan
dengan satu jenis sekolah yang sama untuk semua kaum iaitu sekolah
nasional (kebangsaan).
 Laporan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kepentingan bahasa
Inggeris di samping mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan di sekolah. Namun begitu, laporan ini telah ditentang
hebat oleh orang bukan Melayu terutama orang Cina kerana mereka
khuatir sekolah Cina akan hilang.
Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini,
iaitu:
 Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang
digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
 Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika
terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari
bahasa ibunda mereka.
 Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa
lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
 Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina
dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di
mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
Laporan Fenn-Wu 1951
 Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu -
Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu).
 Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan
kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan
tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya
orang Cina.
 Jawatankuasa ini juga ditugaskan untuk memberi
nasihat tentang penyediaan buku teks sekolah Cina
yang berorientasikan kepada Tanah Melayu sebagai
satu cara untuk mendekatkan masyarakat Cina
dengan situasi kehidupan Tanah Melayu.
Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu.
Antaranya ialah:
 Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan
menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan
Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
 Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris)
dikekalkan.
 Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan
untuk menampung keperluan tenaga pekerja
mahir yang diperlukan untuk pembangunan
negara.
 Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan
British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
 Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan
Pelajaran (1952).
 Mencadangkan Sekolah Kebangsaan - corak sistem
persekolahan kebangsaan. Sekolah vernakular Cina
dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan
kebangsaan.
 Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga
jika terdapat permintaan daripada ibu bapa dengan
syarat terdapat 15 orang dalam sebuah bilik darjah.
 Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini
tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah
kewangan.
Namun begitu Jawatankuasa Khas telah dilantik untuk
menguruskan dasar yang tercatat dalam Ordinan 1952
melalui tiga objektif, iaitu:
1. Penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di
sekolah vernakular Melayu dan penggunaan tiga bahasa di
sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolah itu akan secara
beransur-ansur dapat diserapkan ke dalam sistem sekolah
kebangsaan.
2. Mengehadkan kadar kemasukan murid ke sekolah
kebangsaan Inggeris seperti sediakala.
3. Penubuhan pendidikan menengah vokasional.
 Namun begitu, sehingga tahun 1956, Ordinan 1952 tidak
menghasilkan perubahan yang besar kepada kepada
hala tuju dan falsafah pendidikan yang boleh
memberikan kepuasan kepada semua pihak. Manakala
kaum Cina terus menguruskan pendidikan mereka
sendiri tanpa campur tangan kerajaan dan struktur
persekolahan Melayu tinggal seperti sediakala.
Laporan Razak 1956
 Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein
menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan
beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini
dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
Tujuan Penyata Razak adalah :
 Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa
perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
 Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India
sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
 Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan
antara kaum dapat dikurangkan
 Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk
melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan
progresif.
 Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap
dan berkesan
 Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih ,
lieral dan progresif
 Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan
memperkembangkan sistem pendidikan
Sebagai asas untuk melaksanakan usul Laporan Razak,
suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran
1957.
Laporan Razak telah menjadi asas perkembangan
pendidikan di Malaysia selanjutnya.
Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1916
di Temerloh Pahang. Beliau mendapat
pendidikan awal di tempat kelahiran beliau
dan kemudian melanjutkan pengajian di
Sultan Idris Training College (SITC),
Tanjung Malim, Perak. Abdul Rahman
memulakan kerjayanya pada tahun 1940
dengan bertugas sebagai guru di Sekolah
Abdullah, Kuantan.. Beliau telah dilantik
sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1960
hingga 1962, Menteri Kesihatan pada tahun
1962, dan kembali menjadi Menteri
Pelajaran pada tahun 1964.
 Penyata Abdul Rahman Talib 1960, perkara berkaitan
perbelanjaan dinyatakan secara terperinci iaitu segala
perbelanjaan berkaitan pelajaran agama Islam
ditanggung oleh Kementerian Pelajaran
 Akta Pelajaran 1961 :
 - menetapkan peruntukan kewangan
 -mewajibkan sekolah-sekolah bantuan
kerajaan mengadakan pelajaran agama Islam
kepada murid-murid selama dua jam seminggu
sekiranya di sekolah tersebut terdapat seramai
15 orang murid Islam atau lebih
 Kesannya, pada tahun 1962 pendidikan percuma
kepada semua pelajar dilaksanakan bertujuan agar
semua rakyat tidak kira miskin atau kaya berhak
mendapat pendidikan. ( Pendemokrasian Pendidikan)
 Berkuat kuasa pada tahun 1964 setiap pelajar berhak
mendapat pendidikan selama 9 tahun iaitu dari darjah
1 hingga tingkatan 3. Peperiksaan pemilihan masuk ke
sekolah menengah
 Rancangan Malaysia Pertama telah diperkenalkan dari
1966 hingga 1970 untuk menjaga kebajikan seluruh
rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar
bandar terutamanya dalam kalangan berpendapatan
rendah.
 Kesimpulannya, hala tuju pendidikan era ini lebih
becorak kepada penyatuan semua kaum melalui
pengenalan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran
wajib bagi memudahkan interaksi antara kaum. Selain
itu, falsafah pendidikan yang bersifat sama rata tanpa
menyisihkan kaum, darjat dan agama memangkinkan
lagi perkembangan pendidikan di negara Malaysia. Era
ini menunjukkan anjakan paradigma yang proaktif
dalam sistem pendidikan negara.
 Selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969, Malaysia telah
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi
mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum di
negara ini.
 DEB dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua
jingga ke Kelima (1971-1990).
 Bagi mengelakkan kecelaruan antara kaum di Malaysia,
Bahasa Melayu diperkenalkan sebagai bahasa pengantar
utama.
 Semakan terhadap Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dibuat
untuk melaksanakan pembaharuan dalam meningkatkan
kualiti Pendidikan Negara.
 Kerajaan telah melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT) untuk golongan pelajar miskin yang tidak mampu
dan Rancangan Makanan Tambahan(RMT).
 Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) diperkenalkan di peringkat percubaan atau
lebih dikenali sebagai rintis.
 Agenda ini diteruskan dengan pelaksanaan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun
1988 apabila pelajar dalam KBSR telah melangkah
masuk ke tingkatan 1.
 Menggunakan empat matapelajaran sebagai rintis
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil.
 Dalam era ini juga Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
diperkenalkan.
.
FPN yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah
perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara" (Falsafah Pendidikan
Negara, 1987)
Era 1991-2000
 Era ini memperlihatkan negara telah melangkah maju kehadapan
melalui RMK6 1991-1995 dan RMK7 1996-2000 bagi memastikan
kemajuan negara terus terancang. Dalam pada itu, kerajaan juga telah
memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara yang mempunyai
pengetahuan tentang tujuan, rasional, konsep, pelaksanaan dan kesan-
kesan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti
Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta
Pelan Integriti Nasional.
 Dasar Pembangunan Nasional adalah bertujuan menyatupadukan
rakyat untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik serta
pembangunan ekonomi yang berterusan. Kerajaan turut
memperkenalkan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah yang
berobjektifkan mewujudkan etika kerja dan sikap berkhidmat untuk
peningkatan hasil dan mutu kerja. Selain itu, pelancaran Pelan
Integriti Nasional dengan matlamat untuk memantapkan nilai-nilai
etika dan integriti serta membudayakan nilai-nilai tersebut dalam diri
setiap anggota masyarakat.
 Pada tahun 1992 kerajaan telah memperkenalkan pendidikan umum selama 11 tahun iaitu setiap
rakyat Malaysia diwajibkan mengikuti sesi persekolahan bermula dari tahun 1 sehingga tingkatan 5.
Sementara itu, pemurnian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah dengan menggunakan akronim yang sama iaitu KBSR. Usaha ini dilihat mampu
meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam menetukan hala tuju
pendidikan di masa hadapan.
 Pada era ini juga telah mempelihatkan perubahan yang pesat dalam falsafah dan hala tuju pendidikan
negara. Asas perundangan bagi melancarkan lagi pembangunan pendidikan diperkukuhkan melalui
penggubalan dan pindaan akta berikut:
 1. Akta Pendidikan 1996- Menggantikan Akta Pelajaran 1961 khususnya peruntukan kuasa-kuasa
Menteri Pelajaran da penginstitusian prasekolah.
 2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996- Bermatlamatkan menjadikan Malaysia Pusat
Kecemerlangan Pendidikan.
 3. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996- Membolehkan penubuhan sebuah majlis yang
menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi.
 4. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996- Menyediakan peruntukan pinjaman
pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
 5. Akta Universiti dan Kolej Unversiti (AUKU) (pindaan) 1996- memperluas autonomi dalam
pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah
kecemerlangan dalam pendidikan.
 6. Akta Lembaga Akreditasi Negara (LAN) 1996- Memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan
kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan swasta.
 7. Akta Institusi Teknologi MARA (ITM) (Pindaan) 2000- Membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi
universiti.
 8. Akta PTPTN (Pindaan) 2000- Membenarkan pinjaman kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dan swasta
 Pada abad ke-21, menghadapi cabaran globalisasi
Malaysia harus bersaing dalam memperkasakan
pembangunan pendidikan dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial.
 Penambahbaikan telah dijalankan bagi meneliti
semula projek dan program yang dirancang. Hal ini
bertepatan dengan hala tuju dan falsafah pendidikan
untuk melahirkan warganegara yang berilmu
pengetahuan celik ICT, berkemahiran dan berakhlak
mulia.
 Pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21 menyebabkan
penambahbaikan dan pemantapan hala tuju dan falsafah
pendidikan diperhebatkan dalam perundangan, dasar dan
program utama berikut:
 1. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) memperuntukan
pendidikan wajib bagi pendidikan rendah yang dilaksanakan
secara berperingkat mulai tahun 1 pada 1 Januari 2003.
 2. Program Bimbingan dan Kaunseling diperkukuhkan dengan
memperuntukan seorang kaunselor bagi setiap 500 orang pelajar
bermula dari tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002)
 3. Pada tahun 2003, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris diperkenalkan (Keputusan
Jemaah Menteri, 2002) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan
(BISP) turut diperkenalkan.
 4. Pemberian bantuan one-off RM120 kepada murid sekolah
rendah daripada keluarga miskin pada tahun 2002-2003 bagi
melaksanakan pendidikan wajib (Bajet 2002 dan 2003). Pada
tahun 2004 bantuan ini digantikan dengan Kumpulan Wang
Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
 5. Pada tahun 2004, Skim Baucer Tuisyen (SBT) diperkenalkan
untuk memberi bantuan tuisyen kepada murid sekolah rendah
Tahun 4 hingga 6 yang miskin dan pencapaian rendah dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik.
 6. Mata pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di Sekolah
Menengah Harian pada tahun 2004. (Berasaskan Program
Sekolah ke Kerjaya di bawah Pembiayaan Bank Dunia, 1998-
2003)
 7. Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan
diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam
menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain apabila
tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003)
 8. Pada tahun 2006 aktiviti kokurikulum diperbaiki dengan
penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50
kepada RM10 untuk sekolah rendah dan RM12 untuk sekolah
menengah (Keputusan Jemaah Menteri, 2005). Di samping itu,
aktiviti kokurikulum dijadikan syarat kelayakan ke IPTA mulai
2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005)
 Pada era ini juga, Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 (PIPP) diperkenalkan untuk
memartabatkan hala tuju dan falsafah pendidikan di
negara Malaysia.
 Antara yang termaktub dalam PIPP ialah berdasarkan
kepada enam teras iaitu membina negara bangsa,
membangunkan modal insan, memperkasakan
sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan,
memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan.
 Pada peringkat ini hala tuju pendidikan negara lebih
bersifat untuk melahirkan masyarakat yang mampu
bersaing di peringkat global berdasarkan kepada
falsafah pendidikan yang dicanangkan dalam sistem
pendidikan di Malaysia.
 KSSR diperkenalkan kepada murid tahun 1 bermula
2011 sebagai satu usaha menyusun semula dan
menambah baik kurikulum sedia ada untuk
memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi
keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-
21.
 Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri
 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 menyarankan KSSR yang telah dilaksanakan
pada tahun 2011 disemak semula dengan memberi
penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21
seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif,
penyelesaian masalah, dan kepimpinan untuk
membolehkan murid bersaing di peringkat global.
 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
(Semakan 2017) merupakan Kurikulum Kebangsaan
yang digunakan oleh semua sekolah rendah dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti yang
diperuntukkan mengikut Seksyen 18 di bawah Akta
Pendidikan 1996 [Akta 550]. Pelaksanaan KSSR
(Semakan 2017) menggunakan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP
 Mulai 2015, Kurikulum Dini yang diguna pakai di
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah
Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat
(SAR) telah mendapat kelulusan Kementerian
Pendidikan sebagai Kurikulum Kebangsaan untuk
dilaksanakan kepada pelajar tingkatan satu di semua
sekolah berkenaan.
 Pelaksanaan Kurikulum Dini diluluskan berikutan
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (CCC) di
bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan ia
diselaraskan oleh Jakim dan kementerian.
 Ia dapat dilaksanakan selepas Mesyuarat Majlis Raja-
Raja Melayu meluluskan kurikulum itu untuk
dilaksanakan di semua SABK, SAN dan SAR.
Kurikulum
Bersepadu
Dini
Usuluddin
A Lughah al
‘Arabiyyah
al
mu’ashiroh
al Syariah
Pendidikan Islam di Malaysia telah melalui sungai
sejarah yang panjang dan berliku. Berbagai tribulasi
telah dilalui sehingga saat ini. Perubahan gaya hidup
pada era digital hari ini menawarkan masa depan yang
lebih mencabar kpd Pendidikan Islam. Mampukah
Pendidikan Islam bertahan dan terus utuh menjadi
benteng ampuh memagari jatidiri ummah? Atau..ia
akan mencair dan lebur bagai ais dimamah bahang
matahari…lalu apakah peranan kita????
 Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr.
Saedah Siraj,Pendidikan Di Malaysia, 1993, Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
 Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed,
Zalizan Mohd Jelas, Aliran Dalam Amalan Pendidikan
Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
 Educational Planning and Research Division, Education In
Malaysia, 1980, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur.
 Carol Gestwicki, Home, School and Community Relations,
1996, Delmar Publishers, United States of America.
 Ahmad Sohaimi Lazim, Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun
di Tanah Melayu 1941-1945, DBP (Cetakan Pertama 2013)

More Related Content

Similar to Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx

Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasanganUjang Abu
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negarafiro HAR
 
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanSejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanAzizi Ahmad
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapAnderson Ganai
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-bAdlinaHayda
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuPembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuhidayahperlis
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)rabbaniridhwan
 
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  sistem  pendidikan di malaysiaTajuk 1  sistem  pendidikan di malaysia
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysiakiasportage
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxNurulHudaHusin
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 

Similar to Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx (20)

Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasangan
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negara
 
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanSejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siap
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Assgmnt sej msia
Assgmnt sej msia  Assgmnt sej msia
Assgmnt sej msia
 
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuPembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  sistem  pendidikan di malaysiaTajuk 1  sistem  pendidikan di malaysia
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
Pemerkasaan pendidikan
Pemerkasaan pendidikanPemerkasaan pendidikan
Pemerkasaan pendidikan
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 

Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx

  • 1.
  • 2.  Pada era ini pendidikan lebih berkisar kepada pembelajaran secara turun-temurun yang diwariskan kepada generasi seterusnya.  Proses pembelajaran bertujuan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal.  Pendidikan dilaksanakan oleh oleh ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.  Falsafah pendidikan lebih cenderung untuk melahirkan generasi yang mempunyai adab sopan, hormat antara satu sama lain dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam hal yang dipelajari.
  • 3. Masa bermulanya tidak dapat dinyatakan dengan tepat. Dikatakan bermula seawal kurun ke 15 M lagi seiring dengan kemasukan Islam ke Tanah Melayu. Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Raja Melayu yang terawal memeluk Islam iaitu Sultan Melaka yang pertama, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) menjemput ramai alim ulama untuk mengajar Islam di istana.
  • 4. • Selain al-Quran, pendidikan Islam di Melaka terus berkembang apabila ia turut menjadi pusat pengajian ilmu Fiqah, Tauhid, Tafsir, Sejarah, Tasawuf dan Falsafah Islam. • Selain Melaka, negeri-negeri lain seperti Johor, Pahang, Jambi, Kampar, Bangkalis, turut menjadi pusat pendidikan Islam terutama pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459- 1477).
  • 5.  Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’.  Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat.  Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok.
  • 6.
  • 7.  Bermula dgn kejatuhan Melaka pada 1511  Kedatangan Portugis dan Belanda ke Tanah Melayu tidak banyak mengubah sistem pendidikan tradisional.  Perubahan yang amat ketara berlaku apabila Inggeris mula menguasai negeri-negeri Melayu.  Pada zaman penjajahan Inggeris terdapat lima jenis pendidikan yang berbeza dan masing-masing berorientasikan keperluan identiti kaum iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Pondok, Sekolah Vernakular bagi etnik Cina dan India.  .
  • 8.  Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British.  Penubuhan sekolah Melayu bermula pada tahun 1821 apabila tertubuhnya Sekolah Melayu Gelugur, Pulau Pinang.  Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.
  • 9.  Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu: Pagi : Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional Petang Bahasa Arab dan al-Qur'an  Sekolah aliran Melayu yang ditubuhkan oleh pihak penjajah menekankan kepada kurikulum asas iaitu bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.  Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini.  Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.
  • 10.  Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV.  Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani  Hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class yang ditubuhkan pasa 1030an, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.  Pada tahun 1905, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak- anak Melayu peringkat atasan.
  • 11.  Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada setakat memberikan pendidikan dasar selama empat tahun, kecuali latihan perguruan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu.  Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris bertujuan menyekat peluang orang Melayu untuk mengembangkan bakat mereka, memisahkan mereka daripada perkembangan sosio-ekonomi negara.  Keadaan ini telah membentuk keadaan sosial yang tidak seimbang di Malaysia apabila negara mencapai kemerdekaan
  • 12.  Sekolah- sekolah agama juga turut beroperasi pada masa ini.  Sekolah-sekolah ini diberi bantuan penuh dengan syarat ia mengadakan matapelajaran membaca, menulis dan ilmu hisab disamping pelajaran agama dan membaca al-Quran.  Bangunannya digunakan sebagai sekolah Melayu pada waktu pagi dengan mendapat bantuan penuh daripada pemerintahan Inggeris manakala pengajian agama berjalan pada waktu petang.  Mereka berjaya mempertahankan institusi tradisional Melayu yang menjadi warisan sejak turun temurun.
  • 13.  Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian.  Penubuhan sekolah Inggeris adalah berteraskan falsafah untuk memperkembangkan agama Kristian dan menyebarkan ideologi penjajah Inggeris.
  • 14.  Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut: 1. untuk semua bangsa; 2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin; 3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan; 4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira; 5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu; 6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain; 7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain; 8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
  • 15.  Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906.  Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan.  Sekolah Inggeris terbahagi dua jenis : i- Sekolah Free School yang mendapat bantuan daripada kerajaan. ii. Sekolah Inggeris separa bantuan yang ditubuhkan serta dibiayai oleh persatuan mubaligh Kristian dengan mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan. • Hala tuju pendidikan Inggeris pada masa ini adalah untuk melatih tenaga kerja seperti kerani dan juru teknik bagi jabatan-jabatan kerajaan.
  • 16. Perkembangan Sekolah Vernakular Cina  Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819.  Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat.
  • 17.  Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China.  Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.  Kebanyakan sekolah Cina yang ditubuhkan secara persendirian menggunakan premis perniagaan, rumah kediaman, bangunan tokong yang disumbangkan oleh orang perseorangan atau persatuan yang mewakili suku kaum Cina tertentu seperti Hakka, Hokkien dan sebagainya.
  • 18.  Hampir semua sekolah Cina berkembang dengan pesat di bandar besar di Pantai Semenanjung Malaysia Barat seperti Kulala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh serta Taiping.  Kewujudan sekolah vernakular Cina disebabkan kesedaran masyarakat Cina tentang kepentingan pendidikan dan kaedah pendidikan yang digunakan bertunjangkan falsafah pendidikan moden yang berasal dari negara China.  Hala tuju pendidikan lebih cenderung untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang matematik, sains, dan sebagainya.
  • 19.  Perkembangan  Sekolah Vernakular Tamil  Penubuhan sekolah Tamil bermula di Pulau Pinang dan Perak oleh pihak Syarikat Perladangan Eropah.  Mereka membuka ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet.  Pada tahun 1925 Kod Buruh diperkenalkan. Dalam kod tersebut terkandung bahawa setiap ladang diwajibkan menubuhkan sekolah Tamil apabila terdapat lebih daripada 20 orang kanak-kanak India dalam lingkungan umur persekolahan 7 hingga 14 tahun.
  • 20.  Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834.  Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya.  Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
  • 21.  Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah- sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.  Pada tahun 1930 terdapat empat jenis sekolah vernakular Tamil, iaitu dibiayai oleh pemerintah, pengurusan ladang, komuniti India tempatan dan Persatuan Mubaligh Kristian.
  • 22.  Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun.  Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah- sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun.
  • 23.  Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah.  Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan.  Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek,setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun.
  • 24.  Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun. Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan.  Pendidikan zaman pemerintahan Jepuntidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.  Jepun memerintah Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan (1941-1945). Namun begitu, pemerintahan yang singkat ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Tanah Melayu
  • 25.  Dasar dan pendekataan tentera Jepun (MMA) di Tanah Melayu bercorak keras dan kasar berbanding dengan cara yang diamalkan oleh British.  Jepun berhasrat melaksanakan gagasan Kawasan Sekemakmuran Asia Timur Raya.Bagi mencapai hasrat tersebut serta mendapat sokongan politik daripada rakyat, Jepun melaksanakan dasar pendidikan yang memberikan penekanan kepada pembinaan semangat Jepun (Seishin), selain menitikberatkan latihan kemahiran sebagai asas kepada rakyat berdikari menghadapi kehidupan yang sukar ketika itu..
  • 26.  Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Jepun berbeza daripada sistem British dan mempunyai keunikannya yang tersendiri, walaupun penuh dengan kelemahan dan kekurangan.  Jepun menjadikan pendidikan sebagai alat indoktrinasi untuk mempengaruhi rakyat. Sekolah dan institusi latihan menjadi tempat meniupkan propaganda bagi meningkatkan sokongan rakyat kepada Jepun
  • 27.  Jawatankuasa Windstedt – 1916 : - kursus baru ditambah di sekolah teknik,pertanian dan pertukangan - kelas vokasional dan perdagangan di adakan pada waktu malam Jawatankuasa Lemmon d- 1918 : - kemukakakan syor utk pendidikan teknik dan industri - sebuah sekolah teknik dan sebuah sekoalh pertanian dgn bahasa Inggeris sebagai penagntar di bina di K.Lumpur - sekolah pertukangan berbahasa Melayu turut dibina.
  • 28.  Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris ialah bersifat bebas atau laissez- faire kerana terdapat lima jenis pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat kewujudan sistem ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat telah menyebabkan konsep integrasi atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan. Sistem pendidikan pada masa pemerintahan Inggeris telah menimbulkan situasi rumit dalam sistem pendidikan dari segi keseragaman dan pencapaian hasrat integrasi nasional.
  • 29.  Merupakan perubahan pertama yang dilakukan untuk polisi pendidikan di bawah pentadbiran Malayan Union.  Objektif polisi pendidikan baru ini adalah untuk membina semula sistem pendidikan demi menjamin setiap jenis sistem persekolahan dapat dikembangkan dengan sepenuhnya.  Cadangan Rancangan Cheeseman: 1) tempat percuma diberikan kepada kanak – kanak yang menghadiri sekolah vernakular diperingkat sekolah rendah, 2) Bahasa Inggeris diajar di sekolah rendah 3) Penubuhan 2 jenis sekolah menengah 4) Perlaksanaan secara penuh Laporan Pelajaran 1938 mengenai pendidikan vokasional  Walaubagaimanapun di bawah rancangan ini, tidak ada rancangan yang berkaitan memupuk integrasi sosial untuk pelbagai kaum. Rancangan ini gagal kerana ia lebih memberi tumpuan kepada peringkat sekolah rendah sahaja dan mengutamakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah di Tanah Melayu.
  • 30. Laporan Barnes 1950  Pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes, Pengarah Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.  Laporan Barnes merupakan satu percubaan menuju ke arah perpaduan negara apabila mengusulkan agar matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan berbagai kaum. Sistem vernakular yang berasingan hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah yang sama untuk semua kaum iaitu sekolah nasional (kebangsaan).  Laporan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kepentingan bahasa Inggeris di samping mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan di sekolah. Namun begitu, laporan ini telah ditentang hebat oleh orang bukan Melayu terutama orang Cina kerana mereka khuatir sekolah Cina akan hilang.
  • 31. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:  Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.  Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.  Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.  Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
  • 32. Laporan Fenn-Wu 1951  Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu).  Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.  Jawatankuasa ini juga ditugaskan untuk memberi nasihat tentang penyediaan buku teks sekolah Cina yang berorientasikan kepada Tanah Melayu sebagai satu cara untuk mendekatkan masyarakat Cina dengan situasi kehidupan Tanah Melayu.
  • 33. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:  Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.  Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.  Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.
  • 34.  Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.  Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952).  Mencadangkan Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan. Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.  Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat permintaan daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15 orang dalam sebuah bilik darjah.  Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.
  • 35. Namun begitu Jawatankuasa Khas telah dilantik untuk menguruskan dasar yang tercatat dalam Ordinan 1952 melalui tiga objektif, iaitu: 1. Penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah vernakular Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolah itu akan secara beransur-ansur dapat diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan. 2. Mengehadkan kadar kemasukan murid ke sekolah kebangsaan Inggeris seperti sediakala. 3. Penubuhan pendidikan menengah vokasional.  Namun begitu, sehingga tahun 1956, Ordinan 1952 tidak menghasilkan perubahan yang besar kepada kepada hala tuju dan falsafah pendidikan yang boleh memberikan kepuasan kepada semua pihak. Manakala kaum Cina terus menguruskan pendidikan mereka sendiri tanpa campur tangan kerajaan dan struktur persekolahan Melayu tinggal seperti sediakala.
  • 36.
  • 37. Laporan Razak 1956  Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Tujuan Penyata Razak adalah :  Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah  Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu  Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
  • 38.  Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.  Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan  Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif  Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan Sebagai asas untuk melaksanakan usul Laporan Razak, suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Razak telah menjadi asas perkembangan pendidikan di Malaysia selanjutnya.
  • 39. Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1916 di Temerloh Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di tempat kelahiran beliau dan kemudian melanjutkan pengajian di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Abdul Rahman memulakan kerjayanya pada tahun 1940 dengan bertugas sebagai guru di Sekolah Abdullah, Kuantan.. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1960 hingga 1962, Menteri Kesihatan pada tahun 1962, dan kembali menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1964.
  • 40.  Penyata Abdul Rahman Talib 1960, perkara berkaitan perbelanjaan dinyatakan secara terperinci iaitu segala perbelanjaan berkaitan pelajaran agama Islam ditanggung oleh Kementerian Pelajaran  Akta Pelajaran 1961 :  - menetapkan peruntukan kewangan  -mewajibkan sekolah-sekolah bantuan kerajaan mengadakan pelajaran agama Islam kepada murid-murid selama dua jam seminggu sekiranya di sekolah tersebut terdapat seramai 15 orang murid Islam atau lebih
  • 41.  Kesannya, pada tahun 1962 pendidikan percuma kepada semua pelajar dilaksanakan bertujuan agar semua rakyat tidak kira miskin atau kaya berhak mendapat pendidikan. ( Pendemokrasian Pendidikan)  Berkuat kuasa pada tahun 1964 setiap pelajar berhak mendapat pendidikan selama 9 tahun iaitu dari darjah 1 hingga tingkatan 3. Peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah  Rancangan Malaysia Pertama telah diperkenalkan dari 1966 hingga 1970 untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya dalam kalangan berpendapatan rendah.
  • 42.  Kesimpulannya, hala tuju pendidikan era ini lebih becorak kepada penyatuan semua kaum melalui pengenalan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib bagi memudahkan interaksi antara kaum. Selain itu, falsafah pendidikan yang bersifat sama rata tanpa menyisihkan kaum, darjat dan agama memangkinkan lagi perkembangan pendidikan di negara Malaysia. Era ini menunjukkan anjakan paradigma yang proaktif dalam sistem pendidikan negara.
  • 43.  Selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969, Malaysia telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum di negara ini.  DEB dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua jingga ke Kelima (1971-1990).  Bagi mengelakkan kecelaruan antara kaum di Malaysia, Bahasa Melayu diperkenalkan sebagai bahasa pengantar utama.  Semakan terhadap Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dibuat untuk melaksanakan pembaharuan dalam meningkatkan kualiti Pendidikan Negara.  Kerajaan telah melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) untuk golongan pelajar miskin yang tidak mampu dan Rancangan Makanan Tambahan(RMT).
  • 44.  Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan di peringkat percubaan atau lebih dikenali sebagai rintis.  Agenda ini diteruskan dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 apabila pelajar dalam KBSR telah melangkah masuk ke tingkatan 1.  Menggunakan empat matapelajaran sebagai rintis iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
  • 45.  Dalam era ini juga Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan. . FPN yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi: "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" (Falsafah Pendidikan Negara, 1987)
  • 46. Era 1991-2000  Era ini memperlihatkan negara telah melangkah maju kehadapan melalui RMK6 1991-1995 dan RMK7 1996-2000 bagi memastikan kemajuan negara terus terancang. Dalam pada itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara yang mempunyai pengetahuan tentang tujuan, rasional, konsep, pelaksanaan dan kesan- kesan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta Pelan Integriti Nasional.  Dasar Pembangunan Nasional adalah bertujuan menyatupadukan rakyat untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik serta pembangunan ekonomi yang berterusan. Kerajaan turut memperkenalkan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah yang berobjektifkan mewujudkan etika kerja dan sikap berkhidmat untuk peningkatan hasil dan mutu kerja. Selain itu, pelancaran Pelan Integriti Nasional dengan matlamat untuk memantapkan nilai-nilai etika dan integriti serta membudayakan nilai-nilai tersebut dalam diri setiap anggota masyarakat.
  • 47.  Pada tahun 1992 kerajaan telah memperkenalkan pendidikan umum selama 11 tahun iaitu setiap rakyat Malaysia diwajibkan mengikuti sesi persekolahan bermula dari tahun 1 sehingga tingkatan 5. Sementara itu, pemurnian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dengan menggunakan akronim yang sama iaitu KBSR. Usaha ini dilihat mampu meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam menetukan hala tuju pendidikan di masa hadapan.  Pada era ini juga telah mempelihatkan perubahan yang pesat dalam falsafah dan hala tuju pendidikan negara. Asas perundangan bagi melancarkan lagi pembangunan pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan akta berikut:  1. Akta Pendidikan 1996- Menggantikan Akta Pelajaran 1961 khususnya peruntukan kuasa-kuasa Menteri Pelajaran da penginstitusian prasekolah.  2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996- Bermatlamatkan menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.  3. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996- Membolehkan penubuhan sebuah majlis yang menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi.  4. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996- Menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.  5. Akta Universiti dan Kolej Unversiti (AUKU) (pindaan) 1996- memperluas autonomi dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan.  6. Akta Lembaga Akreditasi Negara (LAN) 1996- Memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan swasta.  7. Akta Institusi Teknologi MARA (ITM) (Pindaan) 2000- Membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti.  8. Akta PTPTN (Pindaan) 2000- Membenarkan pinjaman kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta
  • 48.  Pada abad ke-21, menghadapi cabaran globalisasi Malaysia harus bersaing dalam memperkasakan pembangunan pendidikan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.  Penambahbaikan telah dijalankan bagi meneliti semula projek dan program yang dirancang. Hal ini bertepatan dengan hala tuju dan falsafah pendidikan untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia.
  • 49.  Pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21 menyebabkan penambahbaikan dan pemantapan hala tuju dan falsafah pendidikan diperhebatkan dalam perundangan, dasar dan program utama berikut:  1. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) memperuntukan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 1 pada 1 Januari 2003.  2. Program Bimbingan dan Kaunseling diperkukuhkan dengan memperuntukan seorang kaunselor bagi setiap 500 orang pelajar bermula dari tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002)  3. Pada tahun 2003, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diperkenalkan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) turut diperkenalkan.  4. Pemberian bantuan one-off RM120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin pada tahun 2002-2003 bagi melaksanakan pendidikan wajib (Bajet 2002 dan 2003). Pada tahun 2004 bantuan ini digantikan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
  • 50.  5. Pada tahun 2004, Skim Baucer Tuisyen (SBT) diperkenalkan untuk memberi bantuan tuisyen kepada murid sekolah rendah Tahun 4 hingga 6 yang miskin dan pencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.  6. Mata pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di Sekolah Menengah Harian pada tahun 2004. (Berasaskan Program Sekolah ke Kerjaya di bawah Pembiayaan Bank Dunia, 1998- 2003)  7. Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003)  8. Pada tahun 2006 aktiviti kokurikulum diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10 untuk sekolah rendah dan RM12 untuk sekolah menengah (Keputusan Jemaah Menteri, 2005). Di samping itu, aktiviti kokurikulum dijadikan syarat kelayakan ke IPTA mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005)
  • 51.  Pada era ini juga, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) diperkenalkan untuk memartabatkan hala tuju dan falsafah pendidikan di negara Malaysia.  Antara yang termaktub dalam PIPP ialah berdasarkan kepada enam teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.  Pada peringkat ini hala tuju pendidikan negara lebih bersifat untuk melahirkan masyarakat yang mampu bersaing di peringkat global berdasarkan kepada falsafah pendidikan yang dicanangkan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
  • 52.  KSSR diperkenalkan kepada murid tahun 1 bermula 2011 sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke- 21.  Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang: • Komunikasi • Kerohanian, Sikap & Nilai • Kemanusiaan • Perkembangan Fizikal & Estetika • Sains dan Teknologi • Keterampilan Diri
  • 53.  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyarankan KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 disemak semula dengan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah, dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global.  Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) merupakan Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh semua sekolah rendah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 18 di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP
  • 54.
  • 55.  Mulai 2015, Kurikulum Dini yang diguna pakai di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan sebagai Kurikulum Kebangsaan untuk dilaksanakan kepada pelajar tingkatan satu di semua sekolah berkenaan.  Pelaksanaan Kurikulum Dini diluluskan berikutan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (CCC) di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan ia diselaraskan oleh Jakim dan kementerian.  Ia dapat dilaksanakan selepas Mesyuarat Majlis Raja- Raja Melayu meluluskan kurikulum itu untuk dilaksanakan di semua SABK, SAN dan SAR.
  • 57.
  • 58.
  • 59. Pendidikan Islam di Malaysia telah melalui sungai sejarah yang panjang dan berliku. Berbagai tribulasi telah dilalui sehingga saat ini. Perubahan gaya hidup pada era digital hari ini menawarkan masa depan yang lebih mencabar kpd Pendidikan Islam. Mampukah Pendidikan Islam bertahan dan terus utuh menjadi benteng ampuh memagari jatidiri ummah? Atau..ia akan mencair dan lebur bagai ais dimamah bahang matahari…lalu apakah peranan kita????
  • 60.  Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj,Pendidikan Di Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.  Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas, Aliran Dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.  Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia, 1980, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.  Carol Gestwicki, Home, School and Community Relations, 1996, Delmar Publishers, United States of America.  Ahmad Sohaimi Lazim, Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945, DBP (Cetakan Pertama 2013)