SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Pendahuluan 2
1. PENGENALAN 3
1.1 Definisi Pantun 4
1.2 Jenis-Jenis Pantun 4
i. Pantun Dua Baris 5
ii. Pantun Empat Baris 5
iii. Pantun Enam Baris 5
iv. Pantun Lapan Baris 6
v. Pantun Dua Belas Baris 6
vi. Pantun Berkait 7
1.3 Kandungan Pantun Melayu 8
i. Pembayang atau Sampiran 8
ii. Maksud atau Isi 8
iii. Perkataan 8
iv. Suku Kata 8
v. Rima atau Bunyi 9
vi. Contoh Pantun yang baik 9
1.4 Ciri-Ciri Pantun Yang Baik 9
1.5 Fungsi Pantun 10
2. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KOMSAS TAHUN 6 11
(Aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah)
3. KEKUATAN DAN KELEMAHAN PEMILIHAN AKTIVITI 15
BERBALAS PANTUN DALAM BILIK DARJAH
3.1 Kekuatan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantun Dalam Bilik Darjah 15
3.2 Kelemahan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantu Dalam Bilik Darjah 19
RUMUSAN 21
RUJUKAN 22
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah (S.W.T) Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W.), keluarga dan para sahabat
baginda. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah (S.W.T.) di atas
hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu
(HBML 3103) ini dapat disempurnakan sepenuhnya.
Penulisan tugasan bagi kursus Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu (HBML
3103) ini mengandungi beberapa perkara yang telah dihuraikan secara terperinci iaitu dimulai
dengan Definisi Pantun; Rancangan Pelajaran Tahun 6 (Aktiviti berbalas pantun dalam bilik
darjah); seterusnya diikuti dengan huraian tentang kekuatan dan kelemahan pemilihan aktiviti
berbalas pantun dalam bilik darjah.
Dalam kesempatan ini, saya juga inginmerakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada
pihak pensyarah tugasan ini iaitu Pn Norafidah Bt Noralidin dan juga kepada En Mohd
Zahari Bin Mat, di atas tunjuk ajar mereka sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan
terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa untuk
menjalankan sesi perbincangan.
Sememangnya tugasan ini dapat menambah pengetahuan serta memperkukuh
kemahiran sebagai guru dari sudut teknik pengajaran & pembelajaran KOMSAS secara
amnya dan pengajaran & pembelajaran Pantun dalam bilik darjah secara khususnya.
Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya dan berharap agar ia
juga memberi manfaat dengan menjadi salah satu sumber rujukan kepada penuntut lain.
Semoga Allah memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan
Disediakan oleh :
NORISAH@ANISAH BT. HJ. ANAM 09.11.2013
720402125160001
(Fakulti Pendidikan & Bahasa)
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 3
1. PENGENALAN
Kesusasteraan Melayu merupakan salah satu khazanah nenek-moyang kita yang.
menjadi lambang kepada sejarah, budaya, kesenian bahasa dan bangsa Melayu juga
kepadaseluruh masyarakat Malaysia yang perlu dihidupkan serta dipelihara daripada
kerosakan atau pupus ditelan usia sehinggalah dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Salah satu pendekatan yang diambil bagi meneruskan dan menghidupkan Kesusasteraan
Melayu ini agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang adalah melalui usaha Kementerian
Pendidikan dengan memperkenalkan KOMSAS.
KOMSAS ialah akronim kepada „Komponen Kesusasteraan Melayu‟ dan merupakan
pendekatan baru dalam pengajaran kesusasteraan Melayu, sistem pendidikan kebangsaan
yang memainkan peranan dalam menyumbang ke arah pemantapan rohani dan emosi. Ini
sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). KOMSAS diperkenalkan
sebagai satu komponen dalam pengajaran dan pembelajarann (P&P) Bahasa Malaysia mulai
tahun 2001. KOMSAS menjadi salah satu kompenen penting dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia dan mempunyai pengisian P&P tertentu serta memerlukan
teknik P&P yang berkesan.
Pengajaran KOMSAS dalam P&P Bahasa Malaysia akan menjadikan P&P Bahasa
Malaysia lebih menarik dan menjadikan para pelajar dapat merasakan bahawa mereka
sebenarnya mempelajari ilmu kesusasteraan ini. KOMSAS diselitkan dalam P&P Bahasa
Malaysia secara formal mulai bulan Mac 2001. Komponen ini meliputi pendedahan terhadap
bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan
drama. Di dalam Puisi tradisionallah terkandung beberapa bahan sastera seperti Pantun Budi,
Pantun Kanak-kanak, Pantun Perpisahan, Pantun Joget Pahang dan juga pantun teka teki.
Berikut adalah beberapa definisi pantun bersama jenis-jenisnya.
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 4
1.1 Definisi Pantun
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu
pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat
mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang
bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah
dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.
Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yangberkembang di seluruh
dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik
masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan
sebagaialat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan
aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Pantun begitu sinonim dengan pemikiran dan
kebudayaan masyarakat nusantara danMalaysia.
Pantun juga adalah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber
khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian,
maupun nilai-nilai moral dan sosialnya. Akalbudi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun
yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah
kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta
lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam.
Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun
empat kerat sehingga ke pantun berkait. Genre ini menduduki tempat yang penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam
percintaan, upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adapt. Pendeknya
setiap tahap kehidupan manusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alam percintaan
dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun.
1.2 Jenis-Jenis Pantun
Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian
pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua
baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan
tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau
abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 5
memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri
kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.
i. Pantun Dua Baris
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.
ii. Pantun Empat Baris
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
iii. Pantun Enam Baris
Apa didapat orang memburu,
Dapat rusa jantan betina,
Sedang bersembunyi di celah batu;
Bila mendapat bunga yang baru,
Bunga yang lama tiada berguna,
Adat dunia sudah begitu.
[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1991, halaman 319]
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 6
iv. Pantun Lapan Baris
Rumpun rotan di kota alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara sungai;
Penglihatan usah diperdalam,
Pandang nan usah dipertepat,
Adik di dalam tangan orang,
Maksud rasa tak akan sampai.
[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]
v. Pantun Dua Belas Baris
Anak jintayu dari hulu,
Disambar ombak Laut Cina,
Dibawa terbang ke perahu,
Hinggap minum ke muara,
Anak ikan berkeliaran;
Kamilah tahu dari dahulu,
Adik jauhari bijaksana,
Membuhul tidak membeku,
Mengulas tidak mengesan,
Meratap langit dengan bicara,
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 7
Bumi tidak ketirisan.
[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman
Kaeh, Penerbit Faja
v. Pantun Berkait
Angsana berpucuk di atas batu,
Pucuk digangsa beribu-ribuan;
Ada bunga di naung batu,
Kuntumnya kaca tangkainya embun.
Pucuk digangsa beribu-ribuan,
Kembang diuca balik beroleh;
Kuntumnya kaca tangkainya embun,
Dipandang sahaja diambil tak boleh.
Kembang diuca balik beroleh,
Tambang garam di dalam sekoci;
Dipandang sahaja diambil tak boleh,
Bertambah geram di dalam hati.
[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1975, halaman 28]
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 8
1.3 Kandungan Pantun Melayu
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua
baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya.
Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang
terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada
empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian
pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat
kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun
lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah
seterusnya.
i. Pembayang atau Sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap
pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima
kepadamaksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait
denganpembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
ii. Maksud atau Isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun.
Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikandalam pantun
tersebut(tema).
iii. Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap
baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama
bilangannya.
iv. Suku Kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-
tiapbaris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantunyang
baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 9
v. Rima atau Bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap
barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap
pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris
pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga
berima a,a,a,a.
vi.Contoh Pantun yang baik :
Pu/lau/ Pan/dan/ ja/uh/ ke/te/ngah/,
Gu/nung/ Da/ik/ ber/ca/bang/ ti/ga/,
Han/cur/ ba/dan/ di/kan/dung/ ta/nah/,
Bu/di/ yang/ ba/ik/ di/ke/nang/ ju/ga/.
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/- bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
Pantun di atas mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.
1.4 Ciri-Ciri Pantun Yang Baik
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
mengandungi 4 kerat/baris
jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 10
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud,
mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang
melahir dan menggunakannya.
1.5 Fungsi Pantun
i. Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan
ii. Sindiran atau tempelak
iii. Melepaskan rindu dan kasih sayang
iv. Menyatakan penghargaan/terima kasih
v. Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran
vi. Hiburan atau jenaka
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 11
2. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KOMSAS TAHUN 6
(Aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah)
Rancangan Pelajaran Harian Tahun 6
MATA PELAJARAN Bahasa Melayu
KELAS 6 Dinamik
TEMA Cerita Dan Tauladan
MASA 0945 - 1055
TAJUK Mahsuri
PENULISAN Menulis Puisi berkaitan tajuk
HASIL
PEMBELAJARAN
Fokus Utama :
-2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat
serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 3 (i) Mengulas tentang sesuatu kejadian yang
didengar dengan menggunakan bahasa yang betul.
Fokus Sampingan :
-10.1 : Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi)
termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna
Aras 3 (i) (Menghasilkan prosa dan puisi secara
terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan
bahasa yang tepat, indah dan menarik.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-
murid dapat :
1. Mengulas tentang sesuatu kejadian yang
didengar dengan menggunakan bahasa yang
betul.
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 12
2. Menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat
untuk membina teks berkaitan sesuatu tajuk.
3. Membaca sinopsis sesebuah buku untuk
mendapatkan gambaran umum.
4. Menghasilkan prosa dan puisi (pantun) secara
terancang, tertib dan kemas dengan
menggunakan bahasa yang tepat, indah dan
menarik.
AKTIVITI
1. Pelajar melafazkan puisi dengan gaya dan
intonasi yang betul.
2. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang
maksud pantun.
3. Pelajar menyalin contoh soalan dan cara
menjawab soalan pemahaman KOMSAS yang
betul.
SISTEM BAHASA Sebutan dan Intonasi
PENGISIAN
KURIKULUM
Ilmu : pendidikan moral
Nilai : ingin tahu, bekerjasama kasih sayang,
menghargai masa & mematuhi peraturan.
KEMAHIRAN
BERNILAI
TAMBAH
Kemahiran Berfikir : Merumuskan, menjana Idea
Kecerdasan pelbagai : Kecerdasan emosi
Strategi : Konstruktivisme dan Kontekstual
BAHAN BANTU
BELAJAR
Notebook, LCD, Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6,
kertas mah-jong, -Borang Ulasan teks sejarah Mahsuri
& borang pantun.
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 13
LANGKAH PENGAJARAN :
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
Set induksi
5 minit
1. Slide Show foto
Mahsuri
1. Pelajar dipertontonkan
Slide Sow yang
mempamerkan foto lokasi
dan makam Mahsuri.
2. Pelajar ditanya oleh guru
samaada mereka pernah
mendengar sejarah Mahsuri
ataupun tidak.
3. Pelajar mendengar
pernyataan guru tentang
tajuk pelajaran dan tentang
lokasi makam Mahsuri.
1
Tayangan Slide
Show
menggunakan
Notebook dan LCD
Nilai :
Ingin tahu
Langkah 1
15 minit
1. Teks “Mahsuri”
(Buku teks Bahasa
Melayu Tahun 6)
1.Pelajar dibahagi kepada 5
kumpulan dan setiap ahli
kumpulan diminta membaca
teks secara individu dengan
senyap sambil menghayati
cerita teks tersebut.
2. Setiap kumpulan pelajar
diminta membentangkan
apa yang mereka fahami
melalui teks yang dibaca
dengan menulis isi penting
pada kertas mah-jong.
Bahan Bantu
Belajar :
-Buku teks Bahasa
Melayu Tahun 6
-Kertas mah-jong
Kemahiran
Berfikir :
-Merumuskan
Teknik :
Perbincangan
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 14
Nilai :
Bekerjasama
Langkah 2
15 minit
1. Contoh teks yang
disediakan oleh guru
dan dibina dengan
pelbagai jenis dan
ragam ayat berkaitan
Mahsuri.
(Teks hendaklah
mengandungi ulasan
tentang sejarah Mahsuri
dengan menggunakan
bahasa yang betul)
1. Pelajar diperdengarkan
teks tentang Mahsuri yang
dibuat oleh guru sendiri
menggunakan pelbagai jenis
dan ragam ayat yang betul.
2. Pelajar diminta
menghantar wakil dari setiap
kumpulan untuk
menyampaikan ulasan
sejarah Mahsuri dengan
menggunakan kata, frasa,
ayat serta sebutan dan
intonasi yang baik dan jelas
hasil daripada perbincangan
dan idea setiap kumpulan
pelajar.
Bahan Bantu
Belajar :
-Borang Ulasan
teks sejarah
Mahsuri.
Kemahiran
Berfikir :
-Merumuskan
Nilai :
- Menghargai masa
Langkah 3
20 minit
1. Lima rangkap
pantun bertemakan
sejarah Mahsuri
yang mengandungi
unsur pembayang
maksud untuk
dijawab oleh pelajar
Tahun 6.
1.Setiap kumpulan pelajar
diminta menghasilkan
pantun empat kerat untuk
menjawab atau membalas
pantun yang guru utarakan.
2.. Pelajar diminta menulis
pantun dengan
menggunakan tulisan
berangkai pada borang
Bahan Bantu
Belajar :
-Borang Pantun
Kemahiran
Berfikir :
-Menjana idea
Nilai :
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 15
pantun yang telah
disediakan.
3. Guru menmilih pantun
yang terbaik untuk
dipaparkan di hadapan kelas
menggunakan paparan LCD.
- Mematuhi
peraturan
Penutup
5 minit
1. Kesimpulan isi
pelajaran.
1. Guru membuat
kesimpulan tentang isi
pelajaran sambil
menerapkan aspek nilai
yang dirancangkan.
3. KEKUATAN DAN KELEMAHAN PEMILIHAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN
DALAM BILIK DARJAH
Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan pemilihan aktiviti berbalas pantun
tersebut antaranya :
3.1 Kekuatan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantun Dalam Bilik Darjah
Kekuatan hasil daripada pemilihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah ini ialah
kekuatan dari sudut prinsip yang dipegang oleh setiap bahan kesusasteraan seperti
pantun (termasuk dalam puisi tradisional). Prinsip tersebut adalah sesuai dengan objektif
pengajaran & pembelajaran; berkaitan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan; sesuai
dengan tahap pemikiran, umur, persekitaran;mengandung aspek bahasa yang ingin diajarkan;
dan boleh menjadi penggerak (motivasi) kepada pelajar untuk membaca.
Seterusnya, dari sudut rasional pemilihan yang mana terdapat banyak sebab
mengapa bahan kesusasteraan sesuai dijadikan bahan pengajaran bahasa. Menurut Abd.
Rahman Shaari (1994), bahan kesusasteraan mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu karya
sastera mempunyai daya tarikan yang boleh menimbulkan minat kepada pelajar untuk terus
membaca, kerana bahan sastera mempunyai ciri-ciri hiburan yang beremosi.
Selain itu, karya sastera selalunya mempunyai pelbagai bentuk dan laras bahasa
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 16
yang boleh dipelajari dan didedahkan kepada pelajar. Misalnya, bentuk perbualan yang
terdapat dalam karya sastera boleh digunakan dalam pengajaran cakap ajuk dan cakap pindah
dalam pengajaran bahasa. Pelajar juga boleh didedahkan dengan kepelbagaian dialek dan
gaya bahasa yang terdapat dalam karya sastera.
Kamarudin Hj. Husin (1998) melihat kesesuaian ini dari aspek intelek dan
emosikerana bahan-bahan kesusasteraan memang mempunyai unsur-unsur ilmu dalam
pelbagai perkara. Pada masa yang sama, ia penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan yang boleh
memantapkan aspek emosi pelajar.
Selain itu, pengajaran bahasa dan kesusasteraan sama-sama menggunakan
medium bahasa yang sama, dan kedua-duanya boleh diajar dengan gaya pembelajaran yang
sama, sama ada secara lisan atau bertulis.
Kemudian dari sudut pendekatan. Menurut Kamarudin Husin (1998), pendekatan
ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan
atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran
kesusasteraan, pendekatan diolah daripada teori-teori kritikan sastera yang melihat
kesusasteraan tersebut daripada pelbagai perspektif. Dalam hal ini, terdapat tiga pendekatan
yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan di negara ini;
iaitu pendekatan sejarah, pendekatan sosiopsikologi dan emosi, dan pendekatan diduktik dan
analitik. Keterangan mengenainya diberikan seperti berikut. Pendekatan yang digunakan
oleh pengajaran pantun iaitu pendekatan sosiopsikologi dan emosi.
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 17
Pendekatan sosiopsikologi dan emosi ini merupakan realiti kepada peranan sastera itu
iaitu sebagai cerminan sosial dan seterusnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
psikologi dan emosi ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Sebagai cerminan sosial, karya sastera
terhasil daripada peristiwa sosial dalam sesebuah masyarakat. Pada masa yang sama, karya
sastera juga menjadi pembentuk cita rasa dan nilai dalam masyarakat tersebut. Secara
umumnya, pendekatan ini melihat karya sastera sebagai peristiwa-peristiwa yang boleh
dikaitkan dengan psikologi dan emosi manusia yang digambarkan dalam sesebuah karya
sastera itu. Tegasnya, pendekatan ini akan mengkaji aspek naluri dan kejiwaan watak-watak
yang terdapat dalam sesebuah karya sastera berpandukan latar budaya masyarakat yang
digambarkan dalam karya tersebut.
Seterusnya kekuatan dari sudutkaedah. Kaedahialah suatu perancangan bagi
melaksanakan sesuatu perkara supaya pelaksanaan perkara itu berjalan lancar. Dalam konteks
pengajaran, kaedah merupakan alat atau prasarana yang membolehkan pengajaran berjalan
secara teratur, kemas, dan bersistem, sesuai dengan pendekatan yang dipilih. Secara
umumnya terdapat tiga kaedah pengajaran Kesusasteraan yang selalu digunakan; iaitu kaedah
analisis struktural, kaedah mengalami menghayati dan kaedah berfokus global dan eklektik.
Kaedah-kaedah ini dijelaskan dengan lebih lanjut seperti berikut.Kaedah yang digunakan
dalam pengajaran pantun ini ialah kaedah menghayati-mengalami. Kaedah mengalami-
menghayati pula berasaskan anggapan bahawa setiap individu mempunyai pengalaman
tersendiri dalam hidup mereka. Pada masa yang sama bahan sastera juga merupakan rakaman
pengalaman manusia yang diolah dalam bentuk cerita, drama dan sebagainya. Sehubungan
dengan itu, kaedah ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre sastera yang berbentuk
cereka seperti novel, cerpen dan drama. Ini adalah apabila pelajar boleh menghayati karya
dengan cara menyelami pengalaman penulis.Antara ciri-ciri utama kaedah ini ialah pelajar
akan membaca karya sebelum pengajaran; pelajar cuba menghayati atau menikmati bahan
sastera dengan cara; mengaitkan bahan sastera dengan pengalaman sedia ada;Aktiviti
pengajaran bertumpu kepada soal jawab secara kritis; dan menjalankan pengajaran
berorientasikan aktiviti.
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 18
Seterusnya kekuatan dari sudut teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Teknik dan aktiviti pengajaran ialah dua perkara yang saling kait antara satu dengan lain.
Teknik ini perlulah berdasarkan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih dan pada masa
yang sama; unsur-unsur psikologi, sosiologi, objektif pegajaran dan teknologi pengajaran
perlulah diambil kira. Teknik dan aktiviti pengajaran yang digunakan dalam pengajaran
pantun tersebut ialah deklamasi. Deklamasi bermaksud membaca puisi dengan nada, intonasi
suara, dan gaya yang sesuai. Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu
memahami dan seterusnya menghayati puisi yang akan dideklamasikannya.
Kekuatan seterusnya ialah dari sudut aspek sistem bahasayang terdiri daripada
tatabahasa, sistem ejaan, sebutan serta intonasi, dan kosa kata serta peribahasa. Dalam
pengajaran pantun ini aspek bahasa yang terlibat adalah sebutan dan intonasi. Secara
umumnya sebutan dalam Bahasa Melayu diseragamkan berdasarkan sistem sebutan baku
1985.Sistem sebutan baku dibentuk bagi menyeragamkan sebutan berdasarkan loghat dan
dialek negeri yang berbeza antara satu dengan lain. Manakala intonasi ialah nada suara tinggi
dan rendah sewaktu menuturkan perkataan atau ayat. Dalam konteks ilmu bahasa, intonasi
memainkan peranan dalam pembentukan makna perkataan atau ayat. Perkataan atau ayat
yang sama akan berubah maknanya jika intonasinya dibezakan.
Kekuatan pemilihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah ini juga mempunyai
kekuatan dari sudut pendekatan pengajaran sistem bahasa. Pendekatan yang digunakan di sini
ialah Pendekatan Induktifiaitu suatu pendekatan pengajaran yang dimulai dengan contoh-
contoh dan diikuti dengan peraturan atau huraian tentang perkara yang diajarkan itu.
Pendekatan ini berandaian bahawa sesuatu hukum atau peraturan perlu dicerna daripada
situasi penggunaannya. Pendekatan induktif menekankan pembentukan kebiasaan sebagai
suatu kaedah memahami sesuatu perkara. Dalam pengajaran sistem bahasa, khususnya dalam
pengajaran tentang ayat misalnya, contoh-contoh penggunaan pelbagai jenis ayat, akan
ditunjukkan terlebih dahulu sebelum penerangan tentang bentuk dan jenis ayat tersebut
dijelaskan. Pendekatan ini mempunyai kekuatan dan kelebihan seperti contoh-contoh yang
realistik dan pelbagai menjadikan pengajaran lebih konkrit; bahan pengajaran boleh
digunakan secara praktik dalam kehidupan harian; dan tidak perlukan hafalan kerana
pengajaran berfokus kepada contoh-contoh.
Kekuatan seterusnya adalah dari sudut prinsip pengajaran berdasarkan konteks
iaitu prinsip umum yang dipraktikkan dalam pengajaran sistem bahasa. Prinsip
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 19
pengajaran ini menekankan pengajaran secara terancang bersama kemahiran-kemahiran
bahasa yang lain. Jelasnya, pengajaran sistem bahasa tidak dibuat secara bersendirian sebagai
satu mata pelajaran berasingan. Selain itu, unsur-unsur dalam sistem bahasa itu akan
bermakna dan lengkap jika dipaparkan bersama konteks atau situasinya. Tegasnya,
pengajaran tentang maksud perkataan manis misalnya akan jadi lebih mudah jika dikaitkan
dengan konteks senyuman, atau gula. Dalam amalan yang dilakukan di bilik darjah, terdapat
dua kaedah pengajaran aspek sistem bahasa ini; iaitu secara terancang dan serapan.
Prinsip Terancang bermaksudpengajaran secara terancang yang mana berlakunya
penguasaan kamahiran berbahasa yang lain secara serentak dalam pengajaran sistem bahasa
tersebut. Hal ini bermakna, pengajaran sistem bahasa tersebut dibuat dalam bentuk bacaan
(kemahiran membaca), tulisan (kemahiran menulis) atau dalam bentuk pertuturan (kemahiran
lisan). Pengajaran aspek peribahasa misalnya boleh dibuat dalam bentuk penulisan (karangan
berdasarkan simpulan bahasa) dan mungkin juga boleh dibincangkan simpulan bahasa
tersebut dalam bentuk forum. Pengajaran secara terancang ini membolehkan pelajar
mempelajari sistem bahasa secara lebih berfokus, di samping tidak mengabaikan kemahiran-
kemahiran bahasa yang lain.
Prinsip Penyerapan/Tersisip pula bermaksud pengajaran secara penyerapan
bermaksud unsur-unsur sistem bahasa yang akan diajarkan diselitkan dalam kemahiran
bahasa yang lain. Cara ini bertentangan dengan pengajaran terancang. Pengajaran terancang
menekankan aspek sistem bahasa sebagai fokus yang akan dibincangkan dalam bentuk
kemahiran bahasa yang lain, manakala pengajaran secara penyerapan memfokuskan
kemahiran bahasa lain sebagai medium, dan sistem bahasa diselitkan sebagai salah satu
perkara yang dibincangkan dalam kemahiran tersebut. Pengajaran tatabahasa, imbuhan me...
misalnya boleh diserapkan dalam pengajaran kemahiran membaca dan memaham; iaitu
dengan cara meminta pelajar menyenaraikan perkataan berimbuhan me... dalam petikan yang
dibaca.
3.2 Kelemahan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantu Dalam Bilik Darjah
Kelemahan tersebut antaranya ialah dari sudut rima dan jumlah perkataan pantun
tersebut. Pelajar mengabaikan ciri sesebuah pantun Melayu hingga nilai-nilai estetika dari
aspek rima dan jumlah perkataan. Rimanya janggal dan ada yang tidak mempunyai rima
sama sekali.
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 20
Selain itu, pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait
pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun inilah aspek yang perlu
ditekankan.
Selain itu tema dan isi pantun juga tidak tepat hingga tidak menepati jalan cerita tajuk
pelajaran.
Selain itu, ada kumpulan pelajar yang mengambil masa melebihi daripada masa yang
ditetapkan. Aktiviti berbalas pantun boleh juga dijalankan diluar bilik darjah dengan
menjalankan program khas seperti pertandingan berbalas pantun bagi membolehkan peserta
mendapat peruntukan masa yang sesuai dan mencukupi.
Penglibatan pelajar dalam kumpulan masing-masing juga terbatas yang mana
penglibatan pelajar hanya tertumpu kepada pelajar tertentu sahaja.
Masalah-masalah di atas masih boleh diperbaiki oleh guru iaitu dengan melakukan
pengagihan masa yang sesuai serta perlu perancangan dan persediaan yang rapi dari sudut
bahan dan pengisian aktiviti berbalas pantun.
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 21
RUMUSAN
Setelah menyiapkan tugasan ini, dapatlah dibuat beberapa rumusan penting antaranya
Komsas ialah akronim kepada komponen kesusasteraan Melayu yang bertujuan untuk
mendedahkan unsur sastera kepada semua pelajar ke arah memantapkan aspek emosi dan
serta mewujudkan variasi dalam pengajaran Bahasa Malaysia. KOMSAS juga diselitkan
dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Seterusnya, pantun merupakan salah satu bahan
kesusasteraan yang termasuk dalam kategori puisi tradisional dan aktiviti berbalas pantun
dalam bilik darjah merupakan salah satu contoh pengajaran kesusasteraan di sekolah rendah
yang menggunakan kaedah kaedah mengalami-menghayati sebagaimana yang kita maklum
bahawa terdapat tiga kaedah pengajaran kesusasteraan iaitu kaedah analisis struktural, dan
kaedah berfokus. Seterusnya dengan adanya pengajaran kesusasteraan, pengukuhan atau
penguasaan pelajar terhadap Sistem bahasa turut meningkat sama ada dari sudut tatabahasa,
system ejaan, intonasi/sebutan dan Peribahasa.Pendekatan yang sesuai digunakan dalam
pengajaran sistem bahasa pula ialah pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif
dan ia perlu diajarkan berdasarkan konteks.
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 22
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abd Rahman Shaari. (1994). Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Strategi pendidikan
Bahasa Melayu Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Ali Ahmad. (1994). Pengantar pengajian kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Pustaka.
Che Zainon Omar, Samsuddin Mahmod, Faziah Sulaiman, Mohd Fauzi
Abdullah, Abdul Hamid Mukri, Jamilah Ahmad et. al. (2004). Modul pengajaran &
pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Pustaka.
Juriah Long. (1992). Pengajaran bahasa secara komunikatif: Suatu pengenalan. Kuala
Lumpur: DBP.
Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.
Kamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu Ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 23
Naffi Mat. (2006). Teknik mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Pantun Melayu.Balai Pustaka,(1958).
Zainal Abidin Bakar (1991).Kumpulan Pantun Melayu susunan.Dewan Bahasa Dan Pustaka,

More Related Content

What's hot

ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN
ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUNASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN
ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUNLia Osman
 
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)Rina Fadhali
 
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BMPeranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BMrashidahmurat92
 
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...rachelianto
 
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)Ibi E
 
Semantik pendahuluan (1)
Semantik pendahuluan (1)Semantik pendahuluan (1)
Semantik pendahuluan (1)Rozaidi Yusof
 
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasaTutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasaMok Ming yan
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7Mira Sandrana
 
52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaul52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaulKatarina Yuliana
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuAzwira Ariwana
 
Dirgahayu Bahasaku - Komsas Tingkatan 5
Dirgahayu Bahasaku - Komsas Tingkatan 5Dirgahayu Bahasaku - Komsas Tingkatan 5
Dirgahayu Bahasaku - Komsas Tingkatan 5Atiqah Azmi
 

What's hot (20)

PENELITIAN BAHASA PUTU EKA RESPATI
 PENELITIAN BAHASA PUTU EKA RESPATI PENELITIAN BAHASA PUTU EKA RESPATI
PENELITIAN BAHASA PUTU EKA RESPATI
 
Penelitian kebahasaan Fransiskus
Penelitian kebahasaan FransiskusPenelitian kebahasaan Fransiskus
Penelitian kebahasaan Fransiskus
 
ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN
ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUNASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN
ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN
 
Jenis jenis pantun
Jenis jenis pantunJenis jenis pantun
Jenis jenis pantun
 
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asiaTugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
 
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)
Rencana Penelitian Bahasa (IKIP-PGRI Pontianak)
 
Bentuk pantun
Bentuk pantunBentuk pantun
Bentuk pantun
 
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BMPeranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
 
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...
 
Rpp rhmy method
Rpp rhmy methodRpp rhmy method
Rpp rhmy method
 
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)
 
Semantik pendahuluan (1)
Semantik pendahuluan (1)Semantik pendahuluan (1)
Semantik pendahuluan (1)
 
Disain Penelitian Kebahasaan
Disain Penelitian KebahasaanDisain Penelitian Kebahasaan
Disain Penelitian Kebahasaan
 
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasaTutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab7
 
52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaul52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaul
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Disain Penelitian Kebahasaan
Disain Penelitian KebahasaanDisain Penelitian Kebahasaan
Disain Penelitian Kebahasaan
 
Dirgahayu Bahasaku - Komsas Tingkatan 5
Dirgahayu Bahasaku - Komsas Tingkatan 5Dirgahayu Bahasaku - Komsas Tingkatan 5
Dirgahayu Bahasaku - Komsas Tingkatan 5
 
URGENSI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM PENDIDIKAN ISLAM
URGENSI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM PENDIDIKAN ISLAMURGENSI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM PENDIDIKAN ISLAM
URGENSI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM PENDIDIKAN ISLAM
 

Similar to PANTUN PENGAJARAN

Assignment pengenalan bm sem jan 2009
Assignment pengenalan bm sem jan 2009Assignment pengenalan bm sem jan 2009
Assignment pengenalan bm sem jan 2009suriasue
 
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAPERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAdini201550
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)peningla
 
Dalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaDalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaLina Abu Bakar
 
Sejarah dan Kedudukan Bahasa Indonesia
Sejarah dan Kedudukan Bahasa IndonesiaSejarah dan Kedudukan Bahasa Indonesia
Sejarah dan Kedudukan Bahasa IndonesiaRizzty Mennelz
 
Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah muna
Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah munaProses morfologis nomina dalam bahasa daerah muna
Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah munaOperator Warnet Vast Raha
 
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...Rina Fadhali
 
TANTRI BASA KELAS 4 - bahasa jawa - dinas pendidikan jawa timur
TANTRI BASA KELAS 4 - bahasa jawa - dinas pendidikan jawa timurTANTRI BASA KELAS 4 - bahasa jawa - dinas pendidikan jawa timur
TANTRI BASA KELAS 4 - bahasa jawa - dinas pendidikan jawa timurNodd Nittong
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Perbandingan antara dialek negeri sembilan dengan bahasa melayu
Perbandingan antara dialek negeri sembilan dengan bahasa melayuPerbandingan antara dialek negeri sembilan dengan bahasa melayu
Perbandingan antara dialek negeri sembilan dengan bahasa melayushun
 
MODUL 11 & 12 BI (3).pptx
MODUL 11 & 12 BI (3).pptxMODUL 11 & 12 BI (3).pptx
MODUL 11 & 12 BI (3).pptxssuser1e7021
 
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Rina Fadhali
 
Makalah tradisi sariga kabupaten muna
Makalah tradisi  sariga  kabupaten munaMakalah tradisi  sariga  kabupaten muna
Makalah tradisi sariga kabupaten munaSeptian Muna Barakati
 
Bahasa Indonesia
 Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesiaarifin554
 

Similar to PANTUN PENGAJARAN (20)

Assignment pengenalan bm sem jan 2009
Assignment pengenalan bm sem jan 2009Assignment pengenalan bm sem jan 2009
Assignment pengenalan bm sem jan 2009
 
Pengajaran Peribahasa
Pengajaran PeribahasaPengajaran Peribahasa
Pengajaran Peribahasa
 
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAPERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
 
PKN _ PANTUN_RENDRA.pdf
PKN _ PANTUN_RENDRA.pdfPKN _ PANTUN_RENDRA.pdf
PKN _ PANTUN_RENDRA.pdf
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Dalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaDalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysia
 
Sejarah dan Kedudukan Bahasa Indonesia
Sejarah dan Kedudukan Bahasa IndonesiaSejarah dan Kedudukan Bahasa Indonesia
Sejarah dan Kedudukan Bahasa Indonesia
 
Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah muna
Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah munaProses morfologis nomina dalam bahasa daerah muna
Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah muna
 
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...
 
TANTRI BASA KELAS 4 - bahasa jawa - dinas pendidikan jawa timur
TANTRI BASA KELAS 4 - bahasa jawa - dinas pendidikan jawa timurTANTRI BASA KELAS 4 - bahasa jawa - dinas pendidikan jawa timur
TANTRI BASA KELAS 4 - bahasa jawa - dinas pendidikan jawa timur
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Perbandingan antara dialek negeri sembilan dengan bahasa melayu
Perbandingan antara dialek negeri sembilan dengan bahasa melayuPerbandingan antara dialek negeri sembilan dengan bahasa melayu
Perbandingan antara dialek negeri sembilan dengan bahasa melayu
 
MODUL 11 & 12 BI (3).pptx
MODUL 11 & 12 BI (3).pptxMODUL 11 & 12 BI (3).pptx
MODUL 11 & 12 BI (3).pptx
 
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
 
Makalah tradisi sariga kabupaten muna
Makalah tradisi  sariga  kabupaten munaMakalah tradisi  sariga  kabupaten muna
Makalah tradisi sariga kabupaten muna
 
Makalah tradisi sariga kabupaten muna
Makalah tradisi  sariga  kabupaten munaMakalah tradisi  sariga  kabupaten muna
Makalah tradisi sariga kabupaten muna
 
Makalah tradisi sariga kabupaten muna
Makalah tradisi  sariga  kabupaten munaMakalah tradisi  sariga  kabupaten muna
Makalah tradisi sariga kabupaten muna
 
Bahasa Indonesia
 Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesia
 

More from Norafsah Awang Kati

Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...Norafsah Awang Kati
 
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...Norafsah Awang Kati
 
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...Norafsah Awang Kati
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURNorafsah Awang Kati
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURNorafsah Awang Kati
 
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016Norafsah Awang Kati
 
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadirNorafsah Awang Kati
 
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirNorafsah Awang Kati
 
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussinTugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussinNorafsah Awang Kati
 
Tugasan maharah kitabah jinang hussien
Tugasan maharah kitabah   jinang hussienTugasan maharah kitabah   jinang hussien
Tugasan maharah kitabah jinang hussienNorafsah Awang Kati
 
Tugasan Maharah Kitabah Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah   Jinang HussienTugasan Maharah Kitabah   Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah Jinang HussienNorafsah Awang Kati
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamNorafsah Awang Kati
 

More from Norafsah Awang Kati (20)

Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
 
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
 
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
 
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
 
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
 
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
 
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016
FORMAT RPH KSSR BA 2016FORMAT RPH KSSR BA 2016
FORMAT RPH KSSR BA 2016
 
FORMAT RPH KSSR PI 2016
FORMAT RPH KSSR PI 2016FORMAT RPH KSSR PI 2016
FORMAT RPH KSSR PI 2016
 
Kandungan fail rph 2016
Kandungan fail rph 2016Kandungan fail rph 2016
Kandungan fail rph 2016
 
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
 
Rpt ba tahun 4 kssr 2016
Rpt ba tahun 4 kssr 2016Rpt ba tahun 4 kssr 2016
Rpt ba tahun 4 kssr 2016
 
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
 
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
 
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussinTugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
 
Tugasan maharah kitabah jinang hussien
Tugasan maharah kitabah   jinang hussienTugasan maharah kitabah   jinang hussien
Tugasan maharah kitabah jinang hussien
 
Tugasan Maharah Kitabah Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah   Jinang HussienTugasan Maharah Kitabah   Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah Jinang Hussien
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
 

Recently uploaded

Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 

Recently uploaded (20)

Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 

PANTUN PENGAJARAN

  • 1. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1 ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat Pendahuluan 2 1. PENGENALAN 3 1.1 Definisi Pantun 4 1.2 Jenis-Jenis Pantun 4 i. Pantun Dua Baris 5 ii. Pantun Empat Baris 5 iii. Pantun Enam Baris 5 iv. Pantun Lapan Baris 6 v. Pantun Dua Belas Baris 6 vi. Pantun Berkait 7 1.3 Kandungan Pantun Melayu 8 i. Pembayang atau Sampiran 8 ii. Maksud atau Isi 8 iii. Perkataan 8 iv. Suku Kata 8 v. Rima atau Bunyi 9 vi. Contoh Pantun yang baik 9 1.4 Ciri-Ciri Pantun Yang Baik 9 1.5 Fungsi Pantun 10 2. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KOMSAS TAHUN 6 11 (Aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah) 3. KEKUATAN DAN KELEMAHAN PEMILIHAN AKTIVITI 15 BERBALAS PANTUN DALAM BILIK DARJAH 3.1 Kekuatan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantun Dalam Bilik Darjah 15 3.2 Kelemahan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantu Dalam Bilik Darjah 19 RUMUSAN 21 RUJUKAN 22
  • 2. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2 Pendahuluan Segala puji bagi Allah (S.W.T) Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W.), keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah (S.W.T.) di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu (HBML 3103) ini dapat disempurnakan sepenuhnya. Penulisan tugasan bagi kursus Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu (HBML 3103) ini mengandungi beberapa perkara yang telah dihuraikan secara terperinci iaitu dimulai dengan Definisi Pantun; Rancangan Pelajaran Tahun 6 (Aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah); seterusnya diikuti dengan huraian tentang kekuatan dan kelemahan pemilihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah. Dalam kesempatan ini, saya juga inginmerakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pihak pensyarah tugasan ini iaitu Pn Norafidah Bt Noralidin dan juga kepada En Mohd Zahari Bin Mat, di atas tunjuk ajar mereka sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi perbincangan. Sememangnya tugasan ini dapat menambah pengetahuan serta memperkukuh kemahiran sebagai guru dari sudut teknik pengajaran & pembelajaran KOMSAS secara amnya dan pengajaran & pembelajaran Pantun dalam bilik darjah secara khususnya. Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya dan berharap agar ia juga memberi manfaat dengan menjadi salah satu sumber rujukan kepada penuntut lain. Semoga Allah memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan Disediakan oleh : NORISAH@ANISAH BT. HJ. ANAM 09.11.2013 720402125160001 (Fakulti Pendidikan & Bahasa)
  • 3. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 3 1. PENGENALAN Kesusasteraan Melayu merupakan salah satu khazanah nenek-moyang kita yang. menjadi lambang kepada sejarah, budaya, kesenian bahasa dan bangsa Melayu juga kepadaseluruh masyarakat Malaysia yang perlu dihidupkan serta dipelihara daripada kerosakan atau pupus ditelan usia sehinggalah dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Salah satu pendekatan yang diambil bagi meneruskan dan menghidupkan Kesusasteraan Melayu ini agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang adalah melalui usaha Kementerian Pendidikan dengan memperkenalkan KOMSAS. KOMSAS ialah akronim kepada „Komponen Kesusasteraan Melayu‟ dan merupakan pendekatan baru dalam pengajaran kesusasteraan Melayu, sistem pendidikan kebangsaan yang memainkan peranan dalam menyumbang ke arah pemantapan rohani dan emosi. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). KOMSAS diperkenalkan sebagai satu komponen dalam pengajaran dan pembelajarann (P&P) Bahasa Malaysia mulai tahun 2001. KOMSAS menjadi salah satu kompenen penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan mempunyai pengisian P&P tertentu serta memerlukan teknik P&P yang berkesan. Pengajaran KOMSAS dalam P&P Bahasa Malaysia akan menjadikan P&P Bahasa Malaysia lebih menarik dan menjadikan para pelajar dapat merasakan bahawa mereka sebenarnya mempelajari ilmu kesusasteraan ini. KOMSAS diselitkan dalam P&P Bahasa Malaysia secara formal mulai bulan Mac 2001. Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Di dalam Puisi tradisionallah terkandung beberapa bahan sastera seperti Pantun Budi, Pantun Kanak-kanak, Pantun Perpisahan, Pantun Joget Pahang dan juga pantun teka teki. Berikut adalah beberapa definisi pantun bersama jenis-jenisnya.
  • 4. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 4 1.1 Definisi Pantun Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yangberkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagaialat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Pantun begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara danMalaysia. Pantun juga adalah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dan sosialnya. Akalbudi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam. Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun empat kerat sehingga ke pantun berkait. Genre ini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adapt. Pendeknya setiap tahap kehidupan manusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun. 1.2 Jenis-Jenis Pantun Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu
  • 5. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 5 memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan. i. Pantun Dua Baris Ada ubi ada batas, Ada budi ada balas. ii. Pantun Empat Baris Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. iii. Pantun Enam Baris Apa didapat orang memburu, Dapat rusa jantan betina, Sedang bersembunyi di celah batu; Bila mendapat bunga yang baru, Bunga yang lama tiada berguna, Adat dunia sudah begitu. [Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]
  • 6. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 6 iv. Pantun Lapan Baris Rumpun rotan di kota alam, Ditebang dibelah empat, Tumbuh serumpun di seberang, Selasih muara sungai; Penglihatan usah diperdalam, Pandang nan usah dipertepat, Adik di dalam tangan orang, Maksud rasa tak akan sampai. [Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68] v. Pantun Dua Belas Baris Anak jintayu dari hulu, Disambar ombak Laut Cina, Dibawa terbang ke perahu, Hinggap minum ke muara, Anak ikan berkeliaran; Kamilah tahu dari dahulu, Adik jauhari bijaksana, Membuhul tidak membeku, Mengulas tidak mengesan, Meratap langit dengan bicara,
  • 7. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 7 Bumi tidak ketirisan. [Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Faja v. Pantun Berkait Angsana berpucuk di atas batu, Pucuk digangsa beribu-ribuan; Ada bunga di naung batu, Kuntumnya kaca tangkainya embun. Pucuk digangsa beribu-ribuan, Kembang diuca balik beroleh; Kuntumnya kaca tangkainya embun, Dipandang sahaja diambil tak boleh. Kembang diuca balik beroleh, Tambang garam di dalam sekoci; Dipandang sahaja diambil tak boleh, Bertambah geram di dalam hati. [Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]
  • 8. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 8 1.3 Kandungan Pantun Melayu Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan. Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya. i. Pembayang atau Sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepadamaksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait denganpembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. ii. Maksud atau Isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikandalam pantun tersebut(tema). iii. Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. iv. Suku Kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap- tiapbaris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantunyang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
  • 9. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 9 v. Rima atau Bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a. vi.Contoh Pantun yang baik : Pu/lau/ Pan/dan/ ja/uh/ ke/te/ngah/, Gu/nung/ Da/ik/ ber/ca/bang/ ti/ga/, Han/cur/ ba/dan/ di/kan/dung/ ta/nah/, Bu/di/ yang/ ba/ik/ di/ke/nang/ ju/ga/. Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, Bu/li/- bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/. Pantun di atas mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris. 1.4 Ciri-Ciri Pantun Yang Baik Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut: mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
  • 10. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 10 bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya. 1.5 Fungsi Pantun i. Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan ii. Sindiran atau tempelak iii. Melepaskan rindu dan kasih sayang iv. Menyatakan penghargaan/terima kasih v. Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran vi. Hiburan atau jenaka
  • 11. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 11 2. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KOMSAS TAHUN 6 (Aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah) Rancangan Pelajaran Harian Tahun 6 MATA PELAJARAN Bahasa Melayu KELAS 6 Dinamik TEMA Cerita Dan Tauladan MASA 0945 - 1055 TAJUK Mahsuri PENULISAN Menulis Puisi berkaitan tajuk HASIL PEMBELAJARAN Fokus Utama : -2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 3 (i) Mengulas tentang sesuatu kejadian yang didengar dengan menggunakan bahasa yang betul. Fokus Sampingan : -10.1 : Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna Aras 3 (i) (Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid- murid dapat : 1. Mengulas tentang sesuatu kejadian yang didengar dengan menggunakan bahasa yang betul.
  • 12. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 12 2. Menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat untuk membina teks berkaitan sesuatu tajuk. 3. Membaca sinopsis sesebuah buku untuk mendapatkan gambaran umum. 4. Menghasilkan prosa dan puisi (pantun) secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik. AKTIVITI 1. Pelajar melafazkan puisi dengan gaya dan intonasi yang betul. 2. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang maksud pantun. 3. Pelajar menyalin contoh soalan dan cara menjawab soalan pemahaman KOMSAS yang betul. SISTEM BAHASA Sebutan dan Intonasi PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : pendidikan moral Nilai : ingin tahu, bekerjasama kasih sayang, menghargai masa & mematuhi peraturan. KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Kemahiran Berfikir : Merumuskan, menjana Idea Kecerdasan pelbagai : Kecerdasan emosi Strategi : Konstruktivisme dan Kontekstual BAHAN BANTU BELAJAR Notebook, LCD, Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6, kertas mah-jong, -Borang Ulasan teks sejarah Mahsuri & borang pantun.
  • 13. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 13 LANGKAH PENGAJARAN : LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Set induksi 5 minit 1. Slide Show foto Mahsuri 1. Pelajar dipertontonkan Slide Sow yang mempamerkan foto lokasi dan makam Mahsuri. 2. Pelajar ditanya oleh guru samaada mereka pernah mendengar sejarah Mahsuri ataupun tidak. 3. Pelajar mendengar pernyataan guru tentang tajuk pelajaran dan tentang lokasi makam Mahsuri. 1 Tayangan Slide Show menggunakan Notebook dan LCD Nilai : Ingin tahu Langkah 1 15 minit 1. Teks “Mahsuri” (Buku teks Bahasa Melayu Tahun 6) 1.Pelajar dibahagi kepada 5 kumpulan dan setiap ahli kumpulan diminta membaca teks secara individu dengan senyap sambil menghayati cerita teks tersebut. 2. Setiap kumpulan pelajar diminta membentangkan apa yang mereka fahami melalui teks yang dibaca dengan menulis isi penting pada kertas mah-jong. Bahan Bantu Belajar : -Buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 -Kertas mah-jong Kemahiran Berfikir : -Merumuskan Teknik : Perbincangan
  • 14. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 14 Nilai : Bekerjasama Langkah 2 15 minit 1. Contoh teks yang disediakan oleh guru dan dibina dengan pelbagai jenis dan ragam ayat berkaitan Mahsuri. (Teks hendaklah mengandungi ulasan tentang sejarah Mahsuri dengan menggunakan bahasa yang betul) 1. Pelajar diperdengarkan teks tentang Mahsuri yang dibuat oleh guru sendiri menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat yang betul. 2. Pelajar diminta menghantar wakil dari setiap kumpulan untuk menyampaikan ulasan sejarah Mahsuri dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas hasil daripada perbincangan dan idea setiap kumpulan pelajar. Bahan Bantu Belajar : -Borang Ulasan teks sejarah Mahsuri. Kemahiran Berfikir : -Merumuskan Nilai : - Menghargai masa Langkah 3 20 minit 1. Lima rangkap pantun bertemakan sejarah Mahsuri yang mengandungi unsur pembayang maksud untuk dijawab oleh pelajar Tahun 6. 1.Setiap kumpulan pelajar diminta menghasilkan pantun empat kerat untuk menjawab atau membalas pantun yang guru utarakan. 2.. Pelajar diminta menulis pantun dengan menggunakan tulisan berangkai pada borang Bahan Bantu Belajar : -Borang Pantun Kemahiran Berfikir : -Menjana idea Nilai :
  • 15. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 15 pantun yang telah disediakan. 3. Guru menmilih pantun yang terbaik untuk dipaparkan di hadapan kelas menggunakan paparan LCD. - Mematuhi peraturan Penutup 5 minit 1. Kesimpulan isi pelajaran. 1. Guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran sambil menerapkan aspek nilai yang dirancangkan. 3. KEKUATAN DAN KELEMAHAN PEMILIHAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN DALAM BILIK DARJAH Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan pemilihan aktiviti berbalas pantun tersebut antaranya : 3.1 Kekuatan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantun Dalam Bilik Darjah Kekuatan hasil daripada pemilihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah ini ialah kekuatan dari sudut prinsip yang dipegang oleh setiap bahan kesusasteraan seperti pantun (termasuk dalam puisi tradisional). Prinsip tersebut adalah sesuai dengan objektif pengajaran & pembelajaran; berkaitan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan; sesuai dengan tahap pemikiran, umur, persekitaran;mengandung aspek bahasa yang ingin diajarkan; dan boleh menjadi penggerak (motivasi) kepada pelajar untuk membaca. Seterusnya, dari sudut rasional pemilihan yang mana terdapat banyak sebab mengapa bahan kesusasteraan sesuai dijadikan bahan pengajaran bahasa. Menurut Abd. Rahman Shaari (1994), bahan kesusasteraan mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu karya sastera mempunyai daya tarikan yang boleh menimbulkan minat kepada pelajar untuk terus membaca, kerana bahan sastera mempunyai ciri-ciri hiburan yang beremosi. Selain itu, karya sastera selalunya mempunyai pelbagai bentuk dan laras bahasa
  • 16. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 16 yang boleh dipelajari dan didedahkan kepada pelajar. Misalnya, bentuk perbualan yang terdapat dalam karya sastera boleh digunakan dalam pengajaran cakap ajuk dan cakap pindah dalam pengajaran bahasa. Pelajar juga boleh didedahkan dengan kepelbagaian dialek dan gaya bahasa yang terdapat dalam karya sastera. Kamarudin Hj. Husin (1998) melihat kesesuaian ini dari aspek intelek dan emosikerana bahan-bahan kesusasteraan memang mempunyai unsur-unsur ilmu dalam pelbagai perkara. Pada masa yang sama, ia penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan yang boleh memantapkan aspek emosi pelajar. Selain itu, pengajaran bahasa dan kesusasteraan sama-sama menggunakan medium bahasa yang sama, dan kedua-duanya boleh diajar dengan gaya pembelajaran yang sama, sama ada secara lisan atau bertulis. Kemudian dari sudut pendekatan. Menurut Kamarudin Husin (1998), pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran kesusasteraan, pendekatan diolah daripada teori-teori kritikan sastera yang melihat kesusasteraan tersebut daripada pelbagai perspektif. Dalam hal ini, terdapat tiga pendekatan yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan di negara ini; iaitu pendekatan sejarah, pendekatan sosiopsikologi dan emosi, dan pendekatan diduktik dan analitik. Keterangan mengenainya diberikan seperti berikut. Pendekatan yang digunakan oleh pengajaran pantun iaitu pendekatan sosiopsikologi dan emosi.
  • 17. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 17 Pendekatan sosiopsikologi dan emosi ini merupakan realiti kepada peranan sastera itu iaitu sebagai cerminan sosial dan seterusnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap psikologi dan emosi ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Sebagai cerminan sosial, karya sastera terhasil daripada peristiwa sosial dalam sesebuah masyarakat. Pada masa yang sama, karya sastera juga menjadi pembentuk cita rasa dan nilai dalam masyarakat tersebut. Secara umumnya, pendekatan ini melihat karya sastera sebagai peristiwa-peristiwa yang boleh dikaitkan dengan psikologi dan emosi manusia yang digambarkan dalam sesebuah karya sastera itu. Tegasnya, pendekatan ini akan mengkaji aspek naluri dan kejiwaan watak-watak yang terdapat dalam sesebuah karya sastera berpandukan latar budaya masyarakat yang digambarkan dalam karya tersebut. Seterusnya kekuatan dari sudutkaedah. Kaedahialah suatu perancangan bagi melaksanakan sesuatu perkara supaya pelaksanaan perkara itu berjalan lancar. Dalam konteks pengajaran, kaedah merupakan alat atau prasarana yang membolehkan pengajaran berjalan secara teratur, kemas, dan bersistem, sesuai dengan pendekatan yang dipilih. Secara umumnya terdapat tiga kaedah pengajaran Kesusasteraan yang selalu digunakan; iaitu kaedah analisis struktural, kaedah mengalami menghayati dan kaedah berfokus global dan eklektik. Kaedah-kaedah ini dijelaskan dengan lebih lanjut seperti berikut.Kaedah yang digunakan dalam pengajaran pantun ini ialah kaedah menghayati-mengalami. Kaedah mengalami- menghayati pula berasaskan anggapan bahawa setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup mereka. Pada masa yang sama bahan sastera juga merupakan rakaman pengalaman manusia yang diolah dalam bentuk cerita, drama dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, kaedah ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre sastera yang berbentuk cereka seperti novel, cerpen dan drama. Ini adalah apabila pelajar boleh menghayati karya dengan cara menyelami pengalaman penulis.Antara ciri-ciri utama kaedah ini ialah pelajar akan membaca karya sebelum pengajaran; pelajar cuba menghayati atau menikmati bahan sastera dengan cara; mengaitkan bahan sastera dengan pengalaman sedia ada;Aktiviti pengajaran bertumpu kepada soal jawab secara kritis; dan menjalankan pengajaran berorientasikan aktiviti.
  • 18. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 18 Seterusnya kekuatan dari sudut teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teknik dan aktiviti pengajaran ialah dua perkara yang saling kait antara satu dengan lain. Teknik ini perlulah berdasarkan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih dan pada masa yang sama; unsur-unsur psikologi, sosiologi, objektif pegajaran dan teknologi pengajaran perlulah diambil kira. Teknik dan aktiviti pengajaran yang digunakan dalam pengajaran pantun tersebut ialah deklamasi. Deklamasi bermaksud membaca puisi dengan nada, intonasi suara, dan gaya yang sesuai. Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu memahami dan seterusnya menghayati puisi yang akan dideklamasikannya. Kekuatan seterusnya ialah dari sudut aspek sistem bahasayang terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan serta intonasi, dan kosa kata serta peribahasa. Dalam pengajaran pantun ini aspek bahasa yang terlibat adalah sebutan dan intonasi. Secara umumnya sebutan dalam Bahasa Melayu diseragamkan berdasarkan sistem sebutan baku 1985.Sistem sebutan baku dibentuk bagi menyeragamkan sebutan berdasarkan loghat dan dialek negeri yang berbeza antara satu dengan lain. Manakala intonasi ialah nada suara tinggi dan rendah sewaktu menuturkan perkataan atau ayat. Dalam konteks ilmu bahasa, intonasi memainkan peranan dalam pembentukan makna perkataan atau ayat. Perkataan atau ayat yang sama akan berubah maknanya jika intonasinya dibezakan. Kekuatan pemilihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah ini juga mempunyai kekuatan dari sudut pendekatan pengajaran sistem bahasa. Pendekatan yang digunakan di sini ialah Pendekatan Induktifiaitu suatu pendekatan pengajaran yang dimulai dengan contoh- contoh dan diikuti dengan peraturan atau huraian tentang perkara yang diajarkan itu. Pendekatan ini berandaian bahawa sesuatu hukum atau peraturan perlu dicerna daripada situasi penggunaannya. Pendekatan induktif menekankan pembentukan kebiasaan sebagai suatu kaedah memahami sesuatu perkara. Dalam pengajaran sistem bahasa, khususnya dalam pengajaran tentang ayat misalnya, contoh-contoh penggunaan pelbagai jenis ayat, akan ditunjukkan terlebih dahulu sebelum penerangan tentang bentuk dan jenis ayat tersebut dijelaskan. Pendekatan ini mempunyai kekuatan dan kelebihan seperti contoh-contoh yang realistik dan pelbagai menjadikan pengajaran lebih konkrit; bahan pengajaran boleh digunakan secara praktik dalam kehidupan harian; dan tidak perlukan hafalan kerana pengajaran berfokus kepada contoh-contoh. Kekuatan seterusnya adalah dari sudut prinsip pengajaran berdasarkan konteks iaitu prinsip umum yang dipraktikkan dalam pengajaran sistem bahasa. Prinsip
  • 19. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 19 pengajaran ini menekankan pengajaran secara terancang bersama kemahiran-kemahiran bahasa yang lain. Jelasnya, pengajaran sistem bahasa tidak dibuat secara bersendirian sebagai satu mata pelajaran berasingan. Selain itu, unsur-unsur dalam sistem bahasa itu akan bermakna dan lengkap jika dipaparkan bersama konteks atau situasinya. Tegasnya, pengajaran tentang maksud perkataan manis misalnya akan jadi lebih mudah jika dikaitkan dengan konteks senyuman, atau gula. Dalam amalan yang dilakukan di bilik darjah, terdapat dua kaedah pengajaran aspek sistem bahasa ini; iaitu secara terancang dan serapan. Prinsip Terancang bermaksudpengajaran secara terancang yang mana berlakunya penguasaan kamahiran berbahasa yang lain secara serentak dalam pengajaran sistem bahasa tersebut. Hal ini bermakna, pengajaran sistem bahasa tersebut dibuat dalam bentuk bacaan (kemahiran membaca), tulisan (kemahiran menulis) atau dalam bentuk pertuturan (kemahiran lisan). Pengajaran aspek peribahasa misalnya boleh dibuat dalam bentuk penulisan (karangan berdasarkan simpulan bahasa) dan mungkin juga boleh dibincangkan simpulan bahasa tersebut dalam bentuk forum. Pengajaran secara terancang ini membolehkan pelajar mempelajari sistem bahasa secara lebih berfokus, di samping tidak mengabaikan kemahiran- kemahiran bahasa yang lain. Prinsip Penyerapan/Tersisip pula bermaksud pengajaran secara penyerapan bermaksud unsur-unsur sistem bahasa yang akan diajarkan diselitkan dalam kemahiran bahasa yang lain. Cara ini bertentangan dengan pengajaran terancang. Pengajaran terancang menekankan aspek sistem bahasa sebagai fokus yang akan dibincangkan dalam bentuk kemahiran bahasa yang lain, manakala pengajaran secara penyerapan memfokuskan kemahiran bahasa lain sebagai medium, dan sistem bahasa diselitkan sebagai salah satu perkara yang dibincangkan dalam kemahiran tersebut. Pengajaran tatabahasa, imbuhan me... misalnya boleh diserapkan dalam pengajaran kemahiran membaca dan memaham; iaitu dengan cara meminta pelajar menyenaraikan perkataan berimbuhan me... dalam petikan yang dibaca. 3.2 Kelemahan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantu Dalam Bilik Darjah Kelemahan tersebut antaranya ialah dari sudut rima dan jumlah perkataan pantun tersebut. Pelajar mengabaikan ciri sesebuah pantun Melayu hingga nilai-nilai estetika dari aspek rima dan jumlah perkataan. Rimanya janggal dan ada yang tidak mempunyai rima sama sekali.
  • 20. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 20 Selain itu, pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun inilah aspek yang perlu ditekankan. Selain itu tema dan isi pantun juga tidak tepat hingga tidak menepati jalan cerita tajuk pelajaran. Selain itu, ada kumpulan pelajar yang mengambil masa melebihi daripada masa yang ditetapkan. Aktiviti berbalas pantun boleh juga dijalankan diluar bilik darjah dengan menjalankan program khas seperti pertandingan berbalas pantun bagi membolehkan peserta mendapat peruntukan masa yang sesuai dan mencukupi. Penglibatan pelajar dalam kumpulan masing-masing juga terbatas yang mana penglibatan pelajar hanya tertumpu kepada pelajar tertentu sahaja. Masalah-masalah di atas masih boleh diperbaiki oleh guru iaitu dengan melakukan pengagihan masa yang sesuai serta perlu perancangan dan persediaan yang rapi dari sudut bahan dan pengisian aktiviti berbalas pantun.
  • 21. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 21 RUMUSAN Setelah menyiapkan tugasan ini, dapatlah dibuat beberapa rumusan penting antaranya Komsas ialah akronim kepada komponen kesusasteraan Melayu yang bertujuan untuk mendedahkan unsur sastera kepada semua pelajar ke arah memantapkan aspek emosi dan serta mewujudkan variasi dalam pengajaran Bahasa Malaysia. KOMSAS juga diselitkan dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Seterusnya, pantun merupakan salah satu bahan kesusasteraan yang termasuk dalam kategori puisi tradisional dan aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah merupakan salah satu contoh pengajaran kesusasteraan di sekolah rendah yang menggunakan kaedah kaedah mengalami-menghayati sebagaimana yang kita maklum bahawa terdapat tiga kaedah pengajaran kesusasteraan iaitu kaedah analisis struktural, dan kaedah berfokus. Seterusnya dengan adanya pengajaran kesusasteraan, pengukuhan atau penguasaan pelajar terhadap Sistem bahasa turut meningkat sama ada dari sudut tatabahasa, system ejaan, intonasi/sebutan dan Peribahasa.Pendekatan yang sesuai digunakan dalam pengajaran sistem bahasa pula ialah pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif dan ia perlu diajarkan berdasarkan konteks.
  • 22. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 22 RUJUKAN Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Abd Rahman Shaari. (1994). Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Strategi pendidikan Bahasa Melayu Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Ali Ahmad. (1994). Pengantar pengajian kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Che Zainon Omar, Samsuddin Mahmod, Faziah Sulaiman, Mohd Fauzi Abdullah, Abdul Hamid Mukri, Jamilah Ahmad et. al. (2004). Modul pengajaran & pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Juriah Long. (1992). Pengajaran bahasa secara komunikatif: Suatu pengenalan. Kuala Lumpur: DBP. Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu Ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 23. PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU(HBML3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 23 Naffi Mat. (2006). Teknik mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Pantun Melayu.Balai Pustaka,(1958). Zainal Abidin Bakar (1991).Kumpulan Pantun Melayu susunan.Dewan Bahasa Dan Pustaka,