2. HASIL PEMBELAJARAN , PELAJAR DAPAT:
1. Menerangkan komponen-komponen utama di dalam proses
kreatif dan inovasi.
2. Mengenalpasti proses kreatif dan sumber-sumber inovasi
3. Mengenalpasti halangan kepada kreativiti serta jenis inovasi
yang utama
4. Mempelajari kaedah menjana idea kreativiti dan inovasi
8. Halangan Terhadap Kreativiti
Kita perlu ingat tidak semua idea kreatif yang telah dihasilkan boleh
diterima. Kreativititidak bermakna ia tidak mempunyai halangan, kecewaan
dan kegagalan. Terdapat empat halangan terdapat kreativiti iaitu:
a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)
b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)
c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management)
d) Tekanan (Stress)
10. APA ITU INOVASI?
Setelah usahawan menjalani kreatif dan memperolehi jalan penyelesaian
terbaik, langkah seterusnya mereka akan melakukan aplikasi serta melakukan
inovasi. Kreativiti merupakan syarat awal kepada sesuatu inovasi.
Hari ini, inovasi dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan banyak
organisasi. Syarikat yang berjaya serta mampu bersaing dan menang adalah
syarikay yang dapat membangunkan produk baru atau sistem baru untuk
mengeluarkan produk senantiasa membaharuinya.
Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah satu kaedah yang
mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan
yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan
keuntungan atau tidak, tetapi tidak akan membenarkan syarikat mereka
berpuas hati dengan apa yang ada terutama sekali apabila pesaingan akan
menghasilkan idea yang kreatif.
3.2.1 DEFINISI INOVASI
11. (Chell, 2001) inovasi juga adalah satu cara berfikir bagaimana untuk
menghasilkan sesuatu yang baru di dalam pasaran yang akan merubah persamaan
antara permintaan dan pengeluaran sesuatu barang tersebut. Usahawan yang
mampu mencipta permintaan baru di dalam pasaran dengan menukarkan
kombinasi faktor pengeluaran untuk mencipta sesuatu benda yang baru untuk
memenuhi permintaan
serta kepuasan pengguna di semua peringkat.
Oleh itu, inovasi adalah kunci usahawan untuk bertahan di dalam keadaan
persaingan perniagaan yang sengit. ‘inovasi atau mati sepatutnya menjadi prinsip
harian kepada setiap usahawan.
Inovasi adalah fungsi utama di mana seseorang individu atau usahawan atau
kumpulan usahawan yang mempunyai idea baru bagi mengambil peluang-peluang
perniagaan ke dalam bentuk idea yang boleh dipasarkan. Menurut Kinicki
danWilliam (2003), inovasi adalah satu kaedah mencari jalan untuk menghasilkan
sesuatu produk baru disamping produk dan perkhidmatan yang lebih baik.
Menurut Chell, 2001, inovasi berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang bati di
pasaran yang akan merubah persamaan permintaan dan pegeluaran
15. 3.2.3 HALANGAN KEPADA INOVASI
Halangan kepada Inovasi
• Walaupun usahawan mempunyai banyak idea yang inovatif,
namun terdapat jugabeberapa kekurangan yang menjadi
penghalang kepada inovasi. Halangan kepadainovasi sering
kali berlaku dalam organisasi, terutama daripada kakitangan
sendiri.Berikut adalah senarai halangan kepada inovasi:
a) Organisasi tidak mengalakkan inovasi
b) Tidak cukup sumber
c) Gelagat tradisional pengurusan