2. Definisi
Gelagat individu yang didorong oleh proses
psikologi atau sejauh mana sukanya
seseorang individu bekerja untuk
melaksanakan tugasnya.
Ianya adalah dorongan untuk seseorang
mengambil tindakan yang perlu dilakukan
yang mahu dilakukannya.
5. Teori Hierarki Keperluan
Maslow
Dibangunkan oleh Abraham Maslow, seorang ahli
psikologi.
Menurut Maslow, manusia akan bermotivasi untuk
memenuhi keperluan yang paling kuat pada
sesuatu masa tertentu mengikut pengalaman lalu
atau keadaan dimana individu itu berada.
Maslow berpendapat, manusia perlu memenuhi
keperluan diperingkat bawahan terlebih dahulu
dan setelah dipenuhi barulah keperluan
diperingkat atasan dipenuhi.
7. Keperluan Contoh
Keperluan Fisiologi makanan, pakaian, tempat tinggal, oksigen
Keprluan Keselamatan perlindungan undang-undang, bebas daripada
peperangan, bebas daripada pencemaran
Keperluan Sosial Hubungan dengan keluarga, kawan-kawan &
masyarakat
Keperluan Penghargaan Pengikrafan, penghormatan
Keperluan Pencapaian
Diri
Peluang untuk latihan dan
pembangunan, mencuba sesuatu yang lebih
mencabar
8. Teori ERG
Dibangunkan oleh Clayton Alderfer
Bersetuju dengan Maslow tetapi wujud dua
perbezaan:
Keperluan dipecahkan kepada tiga iaitu
Kewujudan, Saling Bergantungan dan
Pertumbuhan
Berpendapat walaupun keperluan peringkat
bawahan gagal dipenuhi, manusia boleh beralih
untuk memenuhi keperluan diperingkat atasan.
9. Teori ERG
Teori ERG pula memfokuskan kepada tiga aspek iaitu :-
a. Keberadaan (Existence)
Merujuk kepada keperluan asas untuk kelangsungan hidup
Disejajarkan dengan keperluan fisiologi dan keselamatan dalam
teori Hierarki Keperluan Maslow
Setiap manusia memerlukan bekalan makanan yang sihat dan
minuman yang bersih untuk kehidupan seharian.
Tempat tinggal melindungi kita daripada serangan binatang liar,
sinaran matahari dan hujan.
Keadaan negara yang aman dan damai serta bebas daripada
peperangan menjamin keselamatan rakyat jelata.
Alam sekitar yang lestari dan bebas daripada pencemaran dapat
mewujudkan hubungan yang harmonis antara kehidupan manusia
dengan kemampanan alam sekitar.
Tempat kerja yang bersih dan kondusif akan meningkatkan
prestasi seseorang pekerja dalam melaksanakan tugasan.
10. Teori ERG
Teori ERG pula memfokuskan kepada tiga aspek iaitu :-
b. Hubungan (Relatedness)
Merujuk kepada kebantuhan untuk berkomunikasi /
berinteraksi dengan orang lain
Disejajarkan dengan keperluan sosial dan penghargaan
dalam teori Hierarki Keperluan Maslow
Seseorang pekerja perlu mewujudkan hubungan yang
baik dengan rakan sekerja atau ahli kumpulan supaya
dapat mengurangkan perselisihan faham antara satu
sama lain.
Seseorang pekerja akan menjadi lebih bermotivasi untuk
berusaha lagi apabila beliau diberi pengiktirafan seperti
kenaikan pangkat atau diberikan ganjaran atas
pencapaian atau sumbangan beliau.
Hubungan yang baik antara ahli keluarga, rakan sekerja
serta pengurus dapat mengurangkan stress seseorang
surbodinat.
11. Teori ERG
Teori ERG pula memfokuskan kepada tiga aspek
iaitu :-
c. Pertumbuhan (Growth)
Hasrat untuk perkembangan diri
Disejajarkan dengan keperluan pencapaian
diri dalam teori Hierarki Keperluan Maslow
Seseorang surbodinat akan menjadi lebih
bermotivasi apabila beliau diberi peluang
untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang
lebih mencabar.
Seseorang surbodinat akan menjadi lebih
bermotivasi apabila beliau diberi peluang
untuk menyertai program latihan dan
pembangunan.
12. Teori Tiga Keperluan
Diperkenalkan pada mulanya oleh W. Atkinson
Kemudiannya David McClelland membuat
kajian yang lebih mendalam.
3 Keperluan:
Keperluan untuk pencapaian
Keperluan untuk kuasa
Keperluan untuk perhubungan
13. Teori Motivasi 2 Faktor
Diperkenalkan oleh Frederick Herzberg dan
rakan – rakannya.
Dilakukan kepada 200 jurutera dan akauntan.
Menyenaraikan 16 faktor yang mempengaruhi
kepuasan dan ketidakpuasan terhadap kerja.
Melalui kajiannya beliau mendapati dua faktor
iaitu:
Faktor hygiene (kesihatan)
Faktor Motivator
14. Teori Equiti
Diperkenalkan olej J. Stacey Adams yang
membandingkan diri seseorang dengan
individu lain.
Andaiannya adalah faktor utama dalam
motivasi adalah penilaian individu itu sendiri
terhadap kesaksamaan atau keadilan di dalam
ganjaran yang diterima.
Menurutnya, individu akan bermotivasi jika
berpuas hati dengan perbandingan.
15. Teori Jangkaan
Dibangunkan oleh Victor Vroom.
Berpendapat manusia cenderung untuk
bergelagat dalam cara tertentu berdasarkan
jangkaannya bahawa gelagat itu akan diikuti
oleh hasil tertentu.
3 pembolehubah:
Jangkaan atau hubungan usaha dengan prestasi
Kepentingan atau hubungan prestasi dengan
ganjaran
Nilai (valence) atau daya tarikan sesuatu
ganjaran
19. Lain – lain kaedah
Mengubahsuai jadual kerja:
Menyingkatkan minggu kerja
Waktu kerja fleksibel
Perkongsian kerja
Telekomuting
Kerja berpasukan
Pengurusan terbuka