SlideShare a Scribd company logo
RESEPI IBU
Masakan & Selera Malaysia
y Home
y Aneka Nasi
y Aneka Nasi 2
y Aneka Mee
y Aneka Sayur
y Aneka Lauk-Pauk
y Aneka Lauk-Pauk 2
y Aneka Kuih-Muih
y Pencuci Mulut
y Aneka Puding
y Tambahan - Western Food
ANEKA LAUK-PAUK
1. Barbeque Ayam Berempah
Bahan-bahannya
1 kg ayam @ 1kg kepak ayam
4 sudu besar serbuk cili
5 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
10 batang serai(dihiris halus)
2 sudu besar jintan manis (blender kering)
1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
y caranya
Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan
ke dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering.
y Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap
lebih sedap)
2.Ayam Masak Lemak Daun Kunyit
Bahan-bahannya
Ayam seekor di potong ikut selera
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Cili Api kampung 20 biji
- Sedikit halia
- Sedikit lengkuas
- dua biji tomato dibelah empat
- Sedikit kunyit serbuk
- Sehelai daun kunyit disimpul
- Santan RM1.00 bahagikan dua
caranya
y Kisarkan cili, bawang, halia, kunyit, dan lengkuas. Kemudian
masukkan kedalam periuk. Masukkan ayam dan jerang diatas api
yang sederhana.
y Agak2 isi ayam dah memutih sedikit masukkan satu bahagian
santan dan campur semangkuk air sejuk dan serbuk kunyit kacau
hingga sebati dan biar dia menggelegak seketika.
y Kemudian masukkan daun kunyit yang disimpul tadi dan buah
tomato. Kacau biar sebati masukkan satu bahagian santan lagi.
y Bila menggelegak masukkan garam, ajinomoto dan bolehlah padam
api.
3.Ayam Percik Special
Bahan-bahannya
y 1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit
supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)
Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya
Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas
kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat
caranya
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
y Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula,
bila agak pekat masukkan air asam jawa.
y Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
y Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan
cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh
pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah
percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
y Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit
kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana
ayam tadi telah pun pun dimasak)
y Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama
kuahnya.
4. Ayam Berempah Ala Sate
Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam
Bahan untuk dikisar:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit serbuk kunyit
garam
gula melaka
caranya
y Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga
hancur.
y Perapkan bersama ayam selama 6 jam.Selepas itu gorenglah dgn
api sederhana dan tutup sehingga ayam masak.
Selamat mencuba
5. Ayam Masak Merah
Bahan-bahannya
Bahan untuk dikisar:
30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak
caranya
y Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan -bahan yang
sudah dikisar hingga garing.
y Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa
secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata.
y Apabila telah kering bolehlah diangkat.
6. Ayam & Sayuran Masak Paprik
Bahan-bahannya
500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
caranya
y Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan,
kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan
garam.
y Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging,
sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
Masukkan daun limau purut untuk baunya.
y Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.
7. Ayam Panggang Lemak
Bahan-bahannya
1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong
sesuka hati.
Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan
Seinci halia
Seinci kunyit hidup
10 ulas bawang merah sederhana besarnya.
10 biji bunga cengkih
3 keping asam keping
5 helai daun limau parut
Sehelai daun kunyit
3 Helai daun salam
Garam secukup rasa
caranya
y Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat,
tumbuk bawang putih dan bawang merah.
y Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan.
Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun
limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam.
Kacau santan sampai rata sehingga agak panas.
y Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana.
Setelah kering santan, barulah diangkit.
*Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar.
*Susun dengan taburan sohon goreng.
8. Ayam Bersos Tiram & Cili Kering
Bahan-bahannya
½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
3 sudu besar sos tiram
Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
caranya
y Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan
lumurkan sedikit sahaja garam.
y Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit
(agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan
bawang putih (dengan minyak yg sedikit).
y Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan
cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.
y Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut
telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.
y Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.
9. Ayam Bakar Mayonis
Bahan-bahannya
1 ekor ayam yang bersaiz serdahana
1 bungkus kecil rempah kari ayam
5 sudu mayonis
Sedikit garam dan kunyit
caranya
y Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
y Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan
maryonis ke atas ayam tersebut dan biarkan selama 1 jam sebelum
dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau oven.
10. Ayam Masak Siam
Bahan-bahannya
5 ketul dada ayam
2 ketul kiub ayam
2 sudu besar lada giling
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 biji bawang besar(potong 4)
2 batang serai (dititik)
4 helai daun limau purut
1 biji limau purut (ambil airnya)
Sedikit minyak untuk menumis
caranya
y Dada ayam dipotong kecil-kecil.
y Tumiskan halia, bawang putih dan cili giling hingga naik bau.
y Masukkan kiub ayam,serai dan daun limau purut.
y Masukkan isi ayam yang telah dipotong-potong.Tutup
masakan dengan penutup sebentar.
y Apabila ayam hampir masak, perahkan limau nipis dan masukkan
bawang besar.
y Tumis sebentar dan angkat untuk dihidangkan.
11. Gulai Lemak Ikan Haruan
Bahan-bahannya
1 ekor ikan haruan
kelapa parut 1/2 biji
Cili api - 6/7 btg, asam keping,serbuk kunyit,bawang,garam secukup
rasa.
caranya
y Ikan dibersihkan.
y Tumbuk cili padi sampai lumat.
y Dalam periuk,masukkan santan yg telah diperah,ikan,cili,asam
keping,dan garam secukup rasa.Masak sehingga kuah pekat.
12. Ikan Merah Bersos Cili
Bahan-bahannya
400 gm ikan merah
150 gm cili kering
75 gm serai
100 bawang putih
100 bawang merah
1/2 sudu besar belacan
1 liter minak masak
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
10 helai daun limau purut
100 gm cili sos
caranya
y Pearapkan isi ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Angkat
dan toskan.
y Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan
yang dikisar sehingga naik baunya.
y Masukkan sos ikan , gula dan garam secukup rasa. Biarkan
seketika.
y Atur ikan yang telah digoreng di dalm pinggan. Kemudian tuangkan
sos yang telah siap tadi diatasnaya dan bolehlah dihidangkan.
13. Ikan Siakap Kukus
Bahan-bahannya
seekor ikan siakap(sederhana besar)
-2 batang serai dititik
-satu inci halia dipotong halus
-daun bawang, sup
-sebiji bawang besar dihiris bulat
-cili besar(belah dua) dan asam boi
-rempah tomyam(botol),minyak jagung
-2keping nenas keping, jeruk mempelam
gula,garam & bahan perasa(secukup rasa)
caranya
y ikan dibersihkan dan diletakkan di dalam pinggan melengkung
(yang sesuai).
y masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan
asam boi.
y hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam.
y masukkan bancuhan rempah tomyam (setengah cawan),satu sudu
makan minyak jagung,garam dan gula (secukup rasa) .Kukuslah
selama lebih kurang 10 minit.
14. Ikan Cencaru Goreng Terutup
Bahan-bahannya
3 ekor ikan cencaru (bersihkan)
-lada kering*
-bawang merah*
-sedikit halia*
-2 batang serai*
-air asam jawa
-garam,gula & sedikit perasa
-minyak masak
(kisar bahan yg bertanda * )
caranya
y goreng ikan cencaru
y panaskan minyak
y masukkan bahan2 yg dikisar tadi
y biarkan hingga naik bau
y masukkan sebatang serai yg telah dititik
y masukkan ikan cencaru yg telah digoreng tadi
y masukkan sedikit air asam jawa,garam, gula dan sedikit perasa..
y biarkan selama 2 minit
mesti sedap punya... Selamat mencuba
15. Bawal Masam Manis
Bahan-bahannya
1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula
caranya
y Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga
kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur.
Perapkan selama 15 minit.
y Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam
pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan
bawang besar.
y Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga
mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan
gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.
16. Ikan bungkus daun pisang
Bahan-bahannya
3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah-kisar halus
2 ulas bawang putih-kisar halus
3 sm halia-kisar halus
1 batang serai-kisar halus
2 sudu besar cili pes
1 helai daun kunyit-hiris halus
1 keping asam-hiris halus
100 ml santan
Garam dan gula secukup rasa
caranya
y Tumiskan bahan kisar (sebentar sahaja)
dan masukkan cili pes,asam jawa,dan santan.Angkat.
y Gaulkan garam dan gula.Apabila rasanya seimbang,gaulkan ramuan
ke atas ikan.Gaul rata.
y Bungkus ikan dengan daun pisang(seekor setiap bungkusan)dan
ratakan ramuan serta lipat.
y Bakar di atas arang api sehingga wangi.
y Hidang panas.
17. Bawal Kukus Bersama Sos Kicap Halia
Bahan-bahannya
600 gm bawal kecil
20 gm halia muda. diracik halus
100 gm tomato, diracik halus
100 gm cendawan hitam
5 gm garam
Sedikit lada putih
1 gm minyak bijan
10 gm cili merah, diracik halus
15 gm daun parsli cina
60 gm minyak halia
100 gm kicap cair
20 ml stok ikan
caranya
y Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam,
garam, lada putih dan minyak bijan.
y Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama
cili merah, lebihan tomato, dan parsli segar.
y Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan.
18. Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahannya
1 kilo ikan keli [dipanggang]
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi)
1 mangkuk santan pekat
sedikit santan cair
sedikit buah cekur
hirisan daun cekur
sedikit garam
sedikit perasa
caranya
y Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih,
dan buah cekur sehingga lumat.
y MAsukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan
dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
y MAsukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang
sederhana.
y Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat,
gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
y Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi..
Senang jerkan ....kalau pedas lagi best..
Selamat mencuba
19. Cencaru Bersumbat
Bahan-bahannya
2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg berat
Minyak untuk dilengser
1 ½ camca besar mentega-untuk disumbat
½ biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat
8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahaja-untuk disumbat
1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat
3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat
1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat
½ cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat
½ camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat
1 camca besar cili giling-untuk disumbat
Garam secukup rasa-untuk disumbat
1 biji telur-untuk disumbat
½ cawan serbuk roti-untuk disumbat
caranya
y Cairkan mentega di dalam periuk.
y Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang
dan bawang putih. Kacau hingga wangi.
y Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata.
Angkat dan masukkan garam, telur dan serbuk roti.Kacau hingga ia
sebati.
y Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit
minyak. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui
bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam
perut ikan. Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c.
y Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. Siat kulit
ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih.
20. Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahannya
600 gm ikan pari
300 gm bendir
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Bahan-bahan digiling halus:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
caranya
y Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak.
y Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing.
y Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air
asam jawa. Kacau rata.
y Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan
garam. Kacau rata.
21. Daging Gulung Bakar
Bahan-bahannya
4 biji kentang, direbus dan dilenyek
200 gm keju parut
Sedikit garam
½ camca teh serbuk lada putih
1 camca teh jintan putih, ditumbuk halus
1 cm halia, dikisar
Sedikit daun ketumbar
5 ulas bawang putih, ditumbuk
500 gm daging cincang
2 batang lobak merah, diparut
caranya
y 1 cm halia, dikisar
y Sedikit daun ketumbar
y 5 ulas bawang putih, ditumbuk
y 500 gm daging cincang
y 2 batang lobak merah, diparut
22. Daging Masak Kicap Lada Hitam
Bahan-bahannya
1kg Daging
- 1 Sudu besar lada hitam ditumbuk
- 2 biji cili masak dibelah dua
- halia sebesar ibu jari dihiris
- 4 ulas bawang merah di mayang
- 2 ulas bawang putih di mayang
- 2 batang serai diketuk
- 5 biji cili api diketuk
- 5 sudu besar kicap pekat tamin
- 3 sudu besar cuka
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- 5 sudu besar minyak untuk menggoreng
- garam dan ajinomoto secukup rasa
caranya
y Terlebih dahulu Daging direbus. Kemudian dipotong kecil-kecil.
y Panaskan kuali, kemudian tumiskan halia, bawang putih dan
bawang merah sehingga wangi. Kemudian masukkan daging, lada
hitam, kicap, cuka, cili api dan serai. Kacau rata dan tambahkan
dgn sedikit air rebusan daging tadi. Gaul lagi hingga mendidih.
y Sekiranya kuah menjadi kering, tambahkan lagi air rebusan daging
tadi, kemudian masukkan bawang besar garam dan serbuk perasa
secukupnya.
y Bila kuah dah agak pekat sedikit, bolehlah dipadamkan api.
23.Daging Berempah
Bahan-bahannya
300 gm daging
10 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih
3 camca serbuk rempah kari
1 biji kelapa (¼ cawan dibuat kerisik)
2 cm halia
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
¼ cawan kerisik
2 sudu minyak makan
1 helai daun limau purut
Garam
caranya
y Daging dicuci & potong ikut suka.
y Tumbuk halia & gaul bersama daging. Bawang merah & putih
dimayang halus.
y Panaskan minyak & tumiskan bawang, cengkih, bunga
lawang & kayu manis. Bila bawang kuning,
masukkan rempah, daging & santan cair.
y Bila empuk daging, kecilkan api & masukkan pati santan. Masak
sampai pekat.
y Bubuh daun limau purut, kerisik & garam sambil di kacau supaya
jangan hangus
24. Daging Masak Merah
Bahan-bahannya
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
caranya
y Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga
empuk.
y Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak &
tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering.
y Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang
telah dipotong tadi bersama sedikit air.
y Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak
kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau
seketika & angkat.
25. Daging Goreng Lada Hitam
Bahan-bahannya
Daging (dihiris halus)
Lada hitam secukup rasa
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Kesemua bahan di tumbuk.
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap pekat
Garam
Bahan perasa
* Sukatan bahan2 adalah mengikut jumlah daging yg digunakan &
mengikut agakan puan-puan sendiri.
caranya
y Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika
(10 min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap)
y Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang
telah diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan
tutup kuali hingga daging empuk.
y Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering,
masukkan hirisan bawang besar.
26 .Daging Goreng Cili Padi
Bahan-bahannya
Daging (dihiris nipis)500g
Cili padi 10 ulas
Bawang besar 3 biji
Halia 1/2 inci
Sos Tiram 2 sudu makan
Garam secukup rasa
Gula sedikit(jika suka)
Cili merah potong menyerong
Limau kasturi 2 biji (jusnya)
caranya
y Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar;
y Daging digoreng hingga garing. Seeloknya daging batang pinang
agar lembut. Setelah itu angkat;
y Tumis bahan (1) di atas hingga garing;
y Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang
besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah.
y Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi;
y Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit
dan bolehlah dihidangkan.
27. Daging Masak Serai
Bahan-bahannya
Daging Masak Serai
1 kilo daging
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5 inci halia
2 batang serai
sedikit gula melaka
1 sudu budu
sedikit lada hitam
garam
caranya
y serbuk perasa
y bawang merah,putih dan halia dimayang halus
y masukkan kedalam periuk bersama sama daging yang telah dihiris,
y serai diketuk,masukkan air untuk dibuat kuah.
masukkan semua bahan bahan tadi dan dibiarkan menggelegak.
28. Bergedel Goreng
Bahan-bahannya
125 gm daging cincang/kisar
5 biji besar ubi kentang (direbus & dibuang kulitnya)
2 camca mentega
Garam & lada sulah secukup rasa
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
6 ulas bawng merah (dihiris & digoreng hingga garing)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 biji kuning telur
½ camca buah pala parut
Sedikit serbuk perasa
Putih telur dari 1 biji telur
Minyak makan yang banyak untuk menggoreng sedikit serbuk perasa
caranya
y Lecekkan ubi kentang bersama-sama 1 camca.
y Mentega & bubuh serbuk perasa secukup rasa.
y Campurkan daging, bawang putih bawang merah & mentega
selebihnya dengan kentang yang telah dilecek.
y Campurkan pula dengan bahan-bahan uyang lain kecuali minyak &
putih telur. Sesuaikan rasanya.Bentukkan bulat-bulat seperti bola &
leperkan sedikit.
y Pijarkan minyak di atas api yang sedrhana.Celupkan bergedel-gedel
itu dalam putih telur & gorengkan.
y Apabila telah masak & kekuning-kuningan,angkat & toskan
minyaknya betul-betul di atas kertas dapur.
y Hidangkan panas-panas dengan nasu putih
29. Bifstik Daging
Bahan-bahannya
600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka
300 gm kentang, dihiris dan digoreng
2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng
1 tin kecil kacang pis
2 camca sedang kicap pekat
2 biji tomato, dibelah empat
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 tin kecil puri tomato
5 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 camca sedang minyak sapi
Air untuk mengempukkan daging
Garam secukupnya
Bahan-bahan tumis:
Pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih
Bahan-bahan digiling lumat:
1 camca teh lada putih
1 biji bawang besar
1 camca teh jintan manis
2 ulas bawang putih
1 sm halia
caranya
y Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar.
y Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga
kuning.
y Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk
baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam,
kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.
30. Daging Masak Sambal Halia
Bahan-bahannya
½ kg Daging
½ inci halia (dihiris)
2 biji kentang (dipotong 4 dan di goreng)
1 ulas bawang besar (dihiris)
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula (secukup rasa)
Minyak (untuk menumis)
Bahan dikisar:
9-11 keping cili kering
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 ½ inci halia
caranya
y Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia yang telah dihiris.
Tumis hingga naik bau.
y Masukkan bahan yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik
bau.
y Masukkan daging,biar hingga keluar airnya,baru dikacau. Tunggu
hingga daging masak.
y Masukkan air asam jawa. Tunggu hingga ia mengelegak. Masukkan
kentang dan bawang besar.
y Masukkan secukup rasa gula dan garam. Biarkan ia pekat
31. Singgang Daging Terengganu
Hidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan
500 g daging, tanpa lemak
Bahan-bahan A
5 g (1 sudu makan) biji ketumbar ditumbuk kasar
2 g (1 sudu teh) lada hitam
Bahan-bahan B
4 g (2 sm) lengkuas
4 g (2 sm) halia dihiris
4 g (2 sm) kunyit
4 g ( 4 biji) cili kering, dipotong anggaran 2 sm dan dibuang biji
10 g daun kesom, tanpa batang
5 g (3 keping) asam keping
60 g (5 biji) bendi, dipotong tangkai dan hujung ekor
210 g (2 biji) ubi kentang, dipotong 2.5 sm x 2.5 sm
3 g (1/2 sudu teh) garam
2 liter (8 cawan) air, untuk merebus daging
Cara memasak
1. Daging dibersihkan dan dipotong nipis (1/2 sm - 3/4 sm).
2. Rebus daging hingga empuk. Sekiranya daging tidak empuk, tambahkan air
dan biarkan sehingga air rebusan menjadi 4 cawan. Masukkan bahan -bahan
(A), (B), ubi kentang dan rebus lagi dengan api perlahan.
3. Masukkan asam keping dan garam secukupnya.
4. Bila mendidih, masukkan cili kering yang dipotong. Bila daging dan ubi
kentang sudah cukup empuk, masukkan bendi, daun kesom dan kacau balik -
balikkan.
5. Bila bendi sudah agak masak, angkat dan hidangkan.
Berat satu hidangan: 280 g
32. Kerutup Ayam (Lauk Nasi Dagang)
Hidangan untuk 10 orang
Bahan-bahan
1 kg ayam, dipotong 10 dan dibuang kulit
10 g (10 biji) cili kering
200 g (20 ulas) bawang merah
15 g (3 ulas) bawang putih (A) dikisar halus
10 g (2 sm) halia
10 g (2 sm) lengkuas
200 g kelapa parut dibuat kerisik
60 g (6 sudu makan) rempah kerutup, dibancuh dengan 1/4 cawan air
10 g (1 sudu makan) gula/gula melaka
5 g (2 keping) asam keping
20 g (1 batang) serai diketuk
30 g (4 sudu makan) minyak sayuran
100 g (6 - 8 biji) cili hijau
250 ml (1 cawan) air
5 g (1 sudu teh) garam
Cara menyediakan kerisik
1. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan kekuningan.
2. Tumbuk atau kisar kelapa goreng semasa ia masih panas sehingga lumat dan mengeluarkan
minyak.
Cara memasak kerutup
1. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) bersama rempah kerutup, serai, garam, gula dan
asam keping sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kerisik, tambahkan air dan masak sehingga pekat.
3. Masukkan cili hijau untuk menambah perisa.
4. Perlahan api dan biarkan sebentar, kemudian angkat.
5. Hidangkan lauk ini bersama nasi dagang.
Berat satu hidangan: 160 g
33. Asam Pedas Sayur Keladi
Hidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan
300 g (1) pohon keladi (batang bersama ubi)
5 g (2 sm) kunyit hidup (A)
10 g (5 biji) cili padi ditumbuk halus
80 g (4 sudu makan) tempoyak
20 g udang kering/geragau basah
2 g (2 keping) asam keping Bahan (B)
3 tangkai daun kesom (pilih daun dan batang kecil)
10 g (2 sudu teh) garam
1250 ml (5 cawan) air
Cara memasak
1. Bersihkan sayur keladi dan buang kulit pada batangnya.
2. Potong sepanjang 5 sm dan manakala ubi keladi dipotong dadu.
3. Celur batang dan ubi keladi di dalam air mendidih selama lebih kurang 3 minit dan toskan.
4. Campurkan bahan (A), (B) dan air ke dalam periuk.
5. Kacau hingga sebati dan masak hingga mendidih.
6. Masukkan batang keladi, ubi serta garam dan kacau. Biarkan seketika.
7. Kecilkan api dan masak sehingga ubi empok.
8. Angkat dan hidangkan.
Nota:
1. Sukatan tempoyak boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing dan jenis tempoyak
(masam/manis).
2. Resipi ini adalah satu pilihan dari pelbagai hidangan sayuran. Selain dari lazat, ianya sesuai
untuk hidangan rendah lemak.
Berat satu hidangan: 160 g
34. Daging Panggang ala Kelantan
Hidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan
1 kg daging tanpa lemak
30 g (6 sm) halia
80 g (8 ulas) bawang merah (A) ditumbuk halus
20 g (seketul besar ibu jari) kunyit hidup
70 g (3 batang) serai
20 g (4 sudu teh) lada sulah
10 g (2 sudu teh) garam
Untuk Hiasan
5 helai daun salad
1/2 biji timun
1 biji tomato
Cara memasak
1. Daging dicuci dan dipotong 5.
2. Perap daging dengan bahan (A) bersama garam dan lada sulah selama 1 jam.
3. Panggang daging sehingga masak.
4. Potong daging kepada kepingan nipis dan hidang bersama timun, tomato, daun salad dan
sambal air asam.
Berat satu hidangan: 200 g
Sambal Air Asam
Bahan-bahan
100 g (10 biji) cili merah
50 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 sm) halia ditumbuk halus
30 g udang kering
20 g belacan
20 g air asam jawa, dicampur dengan 1 cawan air
3 g (1/2 sudu teh) garam
Cara menyediakan
1. Campurkan bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa dan garam.
2. Hidangkan dengan daging panggang.
35. Kerabu Mangga Muda
Hidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan
350 g (5 biji) mangga muda, dibuang kulit dan diparut halus
20 g (1 biji) bawang besar, dimayang
10 g (1 biji) cili hijau, dipotong dadu
10 g (1 biji) cili merah, dipotong dadu
100 g sotong basah saiz sederhana, dicelur sehingga empuk dan dipotong bulat
10 g (1 sudu makan) udang kering, ditumbuk halus
10 ml (1 sudu makan) cuka
10 ml (1 sudu makan) jus limau nipis/kasturi
5 g (1 sudu teh) garam
10 g (2 sudu teh) gula
Hiasan
100 g kacang gajus panggang/kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
Cara memasak
1. Masuk kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul.
2. Hiaskan dengan taburan kacang gajus/kacang tanah tumbuk dan hidangkan.
Berat satu hidangan: 80 g
36. Ayam Masak Gulai TempoyakJerantut
Bahan-Bahan:
Ayam ½ ekor
15 biji cili padi(ikut rasa)
kunyit hidup ½ inci
garam secukup rasa
bawang kecil 1 biji
serai 2-3 batang
Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak)
Cara:
Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau.
Tumbuk kunyit,cili padi,garam,bawang kecil sehingga lumat dan titikkan serai kemudian gaulkan bahan dengan
tempoyak.
tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2-3 gelas air.masak ayam
dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah garam jika
perlu.. selamat mencuba...
Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman..pada waktu tengahari atau malam.
Tambahan:
Bertambah sedap jika dipanaskan 1-2 kali lagi...kuih semakin pekat..jika tempoyak baru dan dibuat oleh orang
jerantut..lagiiiii..kaw..percayalah..
37. Begedil Istimewa
Bahan-Bahan:
10 keping roti gardenia (direndam dgn sedikit air masak)
2 Biji telur ayam (di pukul dgn sedikit garam)
Bahan A
5 tangkai lada merah segar
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Daun sup
Daun bawang
Bahan B
daging ayam / lembu yang di kisar
garam secukup rasa
minyak masak
Cara:
Mayang bahan A. gaul semua bahan A dan B sehingga rata. masukkan roti yang telah kembang satu demi satu ke
dalam adunan dan ramas. masukkan secubit garam.
apabila adunan telah boleh di bentuk, kepalkan adunan seperti ikut saiz yg di ingini. panaskan minyak di kuali.
balut adunan dengan telur tadi dan goreng sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
sedap di makan dengan nasi atau begitu sahaja.
Tambahan:
pastikan begedil di balikkan selalu semasa memasak. masak dengan api yang sederhana.
38. Asam Pedas Ayam
Bahan-Bahan:
½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong
2 keping asam gelugur
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air
10 tangkai cili kering, digiling
6 biji bawang merah, digiling
1 sm halia, digiling
Sedikit belacan, digiling
4 tangkai cili merah, digiling
2 ulas bawang putih, digiling
1 sm kunyit basah, digiling
Cara:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga
mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul
masak baru diangkat.
39. Ayam bakar enak
Bahan-Bahan:
3 camca besar minyak masak
Sedikit garam
1 ekor ayam
1 camca besar perahan limau nipis
500 ml santan daripada 1 biji kelapa
Bahan dikisar:
8 biji cili merah
2 batang serai
1 cm kunyit
8 biji bawang merah
Disangrai dan ditumbuk:
1 camca teh jintan putih
1 camca teh lada hitam
4 biji buah keras
Cara:
Panskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat. Lumurkan garam dan separuh bahan
tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam. Letak ayam di dalam bekas tahan panas. Campur perahan limau dan
santan, tuang ke atas ayam. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga
masak. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam.
40. Ayam Berempah
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis
Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
Cara:
Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak
diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati
santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi
putih atau roti.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja
MY©2008
Create a Free Website
RESEPI IBU
Masakan & Selera Malaysia
y Home
y Aneka Nasi
y Aneka Nasi 2
y Aneka Mee
y Aneka Sayur
y Aneka Lauk-Pauk
y Aneka Lauk-Pauk 2
y Aneka Kuih-Muih
y Pencuci Mulut
y Aneka Puding
y Tambahan - Western Food
ANEKA NASI
31. Nasi Beriani Kismis
Bahan-Bahan:
1 mangkuk kismis kuning
½ mangkuk gajus
2 gelas beras basmathi
½ cawan minyak sapi
½ cawan susu cair
2 gelas air
¼ gelas rempah beriani
4 biji tomato
5 kuntum bunga lawang
10 kuntum cengkih
5 biji bawang besar, dihiris
¼ cawan tairu
2.5 sm kulit kayu manis
4 biji pelaga
Garam secukupnya
Cara:
Panaskan minyak sapi. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, bawang besar, pelaga hingga wangi.
Kemudian masukkan tairu dan rempah beriani. Apabila garing masukkan air, garam dan susu. Kacau r ata. Apabila
mendidih masukkan beras dan tomato. Kacau rata. Tutup periuk dan biarkan masak. Setelah masak taburkan kismis
dan gajus.
32. Nasi Beriani Tulang
Bahan-Bahan:
2 kg beras beriani
230 gm minyak sapi
1 tin besar susu cair
1 bungkus kecil rempah beriani
1 tin kecil tomato puri
Bahan untuk direbus:
1 kg rusuk kambing
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ringgit biji gajus - digoreng
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun pudina
1 labu bawang besar - dihiris
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] digiling
2 sm halia ]
Sedikit bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan 4
helai daun pandan
2 labu bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sm halia (ditumbuk)
Cara:
Tumiskan bawang besar hiris, lalu masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bahan giling, rempah beriani
dan biar hingga garing. Bila wangi masukkan bahan rebus dan air secukupnya, susu, daun pandan, tomato puri, air
mawar dan garam lalu biarkan mendidih.
Kemudian masukkan beras dan masak hingga kering baru taburkan gajus, daun pudina dan daun ketumbar lalu biar
seperti menanak nasi biasa.
33. Nasi Beriani Udang
Bahan-Bahan:
600 gm. udang yang sederhana besarnya
2 tin susu beras siam
2 tin susu air
4 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar (dimayang halus)
1 genggam bawang merah ditumbuk hingga
lumat.
2 hiris halia dipotong sepanjang 1 sm.
2 ulas bawang merah (dimayang halus
2 ulas bawang putih (untuk ditumis)
1 helai daun pandan
Sedikit kulit kayu manis, cengkih dan
buah pelaga.
Cara:
Udang dibersihkan kemudian buangkan kulit kepalanya. Beras dicuci dan ditoskan airnya. Masukkan minyak sapi di
dalam periuk kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang tadi bersama halia, kayu manis, cengkih dan buah
pelaga. Apabila telah naik baunya, masukkan 2 tin susu cair. Setelah itu masukkan bawang yang sudah ditumbuk tadi
dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan daun pandan. Kemudian
masaklah seperti memasak nasi biasa. Lebih elok dimasak di dalam periuk elektrik. Gorengkan udang di dalam kuali
yang berasingan sehingga separuh masak, kemudian diangkat. Bila nasi telah hampir masak masukkan udang ke
dalam nasi sambil diratakan. Kemudian bolehlah dikecilkan api dan tutupkan periuk na si. Apabila nasi telah kering
masukkan bawang besar yang telah dimayang tadi. Gaul-gaulkan sehingga sebati. Setelah itu bolehlah dihidangkan
bersama sebarang acar.
34. Nasi Beringin
Bahan-Bahan:
250 gm beras panjang (dibersih dan disejat)
½ biji kelapa (diambil santan secukupnya seperti sukatan
nasi lemak biasa)
1 sudu teh halba campur
2 helai daun pandan
Sedikit garam dan gula
Bahan-bahan hiris:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Bahan-bahan lain yang sudah siap:
Sambal tumis
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Timun
Cara:
Jerang beras bersama santan, halba campur, daun pandan, garam, gula dan Bahan-bahan dihiris halus di dalam
periuk. Masak seperti nasi lemak. Hidang nasi bersama sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan
hirisan timun.
35. Nasi Dagang Merah
Bahan-Bahan:
2 kg beras merah
1 ½ kelapa parut
10 bawang merah (dihiris)
1 cm halia (dihiris)
1 ½ sudu makan halba
Garam secukup rasa
Cara:
Beras dibersihkan kemudian direndam selama 2 jam. Lepas itu ditoskan dan dikukus. Kelapa diambil santannya
sebanyak 2 cawan pekat dan 4 cawan yang cair. Setelah kembang pada kukusan yang pertama masukkan santan cair
dan kukus sekali lagi. Lepas dimasak angkat masukkan santan pekat, bawang, halia dan halba serta garam secukup
rasa. Kemudian kukuskan hingga sebati.
36. Nasi Daging Masala
Bahan-Bahan:
500 gm beras basmati
300 gm daging (belah empat)
200 gm ghee
1 sudu garam masala
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia (dihiris nipis)
2.5 cm kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1.5 liter air
½ cawan susu cair
Garam
Cara:
Basuh beras dan ketepikan. Panaskan ghee dan tumis halia, kayu manis, bunga cengkih, bawang putih dan bawang
merah serta daging.
Kacau rata sehingga daging dan beras sebati. Masukkan air dan tuang garam masala. Tutup periuk sehingga air
mendidih.
Buka sekejap dan tuangkan susu, masukkan garam dan tutup rapat periuk. Pada yang menggunakan api biasa, sebaik
airnya kering, kecilkan api.
Bila nasi benar-benar masak, anda boleh menghidangkan sekali atau daging dihiris-hiris serta diatur pada nasi. Sedap
dimakan begitu sahaja.
37. Nasi Daging Telur
Bahan-Bahan:
500 gm beras (dikosek & ditoskan)
250 gm daging lembu
1.8 leter air mendidih
4 bii telur (direbus & kupas kulitnya)
150 gm minyak sapi
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
250 gm bawang besar (dicincang)
4 biji sedang tomato (dicincang)
Garam & serbuk perasa secukup rasa
1 tin kecil susu sejat cair
10 ulas bawang merah (dihiris & digoreng)
90 gm sultana
60 gm kacang tanah (digoreng,dikupas kulitnya & dibelah
dua)
Bahan Giling:
3 ulas bawang putih
2.5 cm halia
1 sudu ketumbar (direndang)
1 sudu jintan putih
10 batang lada kering (direndam & ditoskan)
60 gm buah badam
Cara:
Rebus daging dengan air selama 15 minit. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga
empuk.Ambil 4 cawan air rebusannya. Potongkan daging kecil-kecil. Pijarkan minyak sapi di atas api yang sederhana.
Tumis semua rempah kering & bahan giling hingga minyak keluar. Masukkan bawang besar & masaklan hingga layu.
Masukkan daging, telur,air rebusan yang disimpan, tomato & bahan perasa.Kacau hingga mendidih. Masukkan beras &
masak hingga agak kering. Masukkan susu & kecilkan api. Masaklah dengan bertutup hingga nasi tanak & kering.
Isikan ke dalam pinggan & taburkan dengan bahan selebihnya.Hidangkan panas-panas.
Cadangan Hidangan:
Untuk 6-8 orang saja
38. Nasi Dal
Bahan-Bahan:
1 kati beras siam
1 liter air sejuk
1 kati dal(dibuang kulitnya)
1gm minyak sapi
2 labu bawang besar
1 inci halia
5 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 tin susu cair
2 sudu makan garam
daun pandan
Cara:
Bawang & halia dimayang halus & tumis dlm minyak sapi.Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,buah
pelaga,bunga cengkih,air sejuk,garam & susu.Biarkan ia mendidih baru masukkan beras(yang sudah dicuci & ditos)&
kacang dal.Biarkan nasi masak.
39. Nasi Dal Tomato
Bahan-Bahan:
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
4 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Bahan untuk hiasan:
15 gm gajus goreng
50 gm kismis goreng (ditabur di dalam nasi)
20 gm gajus goreng
Cara:
Bersihkan dal dan rebus sehingga tiga suku empuk, tuskan airnya dan ketepikan. Basuh pula beras dan tuskan.
Panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris sehingga naik baunya dan masukkan pula bahan tumis dan kacau hingga
wangi.
Masukkan pula puri tomato, kacau sebentar dan tuangkan air.
Apabila air mendidih bolehlah dimasukkan beras diikuti susu cair, garam dan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan
sehingga mendidih sekali lagi.
Apabila hampir kering, masukkan kismis, setengah bahagian bawang goreng dan dal, kacau rata dan tutup kembali
periuk, kecilkan api dan biarkan sehingga masak sempurna.
Ketika menghidangkannya tabur pula bahan hiasan.
40. Nasi Delima
Bahan-Bahan:
1 tin susu beras (dimasak seperti biasa)
¼ kg daging atau ayam
1 labu bawang besar (dimayang)
1 camca kecil jintan putih
1 camca kecil lada sulah
2 camca besar minyak sapi
1 camca besar minyak
2 ulas bawang merah atau ½ labu bawang besar
(ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 camca besar susu cair
2 cili merah (dimayang)
Sedikit garam dan pewarna merah
½ tin kacang peas
Sedikit daun pudina (untuk hiasan)
Cara:
Daging dipotong kecil-kecil dan direbus hingga empuk. Tumiskan bawang besar, masukkan rempah yang sudah
digiling serta bawang tumbuk. Bila telah garing, masukkan daging dan biarkan sekejap. Masukkan nasi dan garam,
gaul hingga rata. Masukkan cili dan kacang peas. Bahagikan dua, warnakan satu bahagian kemudian campurkan
dengan yang tidak berwarna. Hidangkan dan hiaslah dengan daun pudina.
41. Nasi Goreng Kampung Hijau
Bahan-Bahan:
Semangkuk nasi putih
2 batang kacang botol
Secekak daun asin-asin
5 tangkai daun selom
7 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
Seinci halia
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar minyak masak
Cara:
1.Tumbuk kasar bawang,cili padi,udang kering & halia.
2.Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
3.Masukkan sayuran yang telah dihiris halus, goreng 2 minit.
4.Masukkan nasi, garam dan gula secukup rasa.
5.Tambah 1 sudu besar minyak masak. 6.Gaul rata dan biarkan masak selama 5 minit dengan api kecil.
Cadangan Hidangan:
Tambahan:
Selain sayuran di atas, boleh diganti dengan sayuran kampung lain kesukaan anda.
42. Nasi Goreng Adabi
Bahan-Bahan:
5 cawan nasi
Perencah nasi goreng Adabi
1 mangkuk(kecil) sayur campur
Setengah mangkuk(kecil) sos tiram
Setengah mangkuk(kecil) sos cili
10 ulas bawang putih
Udang (yg dibuang kulitnya) atau ayam yang dipotong
kecil.
Sebagai hiasan:
Daun sup
Telur (potong mengikut citarasa)
Timun (hiris mengikut citarasa)
Tomato (hiris mengikut citarasa)
Daun salad
Cili merah dihiris kecil.
Cara:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak. Masukkan bawang putih sehingga kelihatan kuning.
2. Masukkan 1 pek perencah nasi goreng Adabi ke dalam bawang tadi. Kemudian masukkan sayur campur.
3. Selepas itu, masukkan udang atau ayam ke dalam masakan tadi. Masak sehingga udang atau ayam menjadi
lembut.
4. Kemudian, masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Taburkan sos tiram dan sos cili di atas nasi dan gaulkan. Selepas
itu bolehlah dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Untuk kelihatan lebih menarik lagi, taburkan daun sup dan cili merah yang telah di hiris halus. Letakkan daun salad di
tepi nasi. Hiaskan telur, timun dan tomato disekeliling nasi (pinngan)
Tambahan:
Nasi Goreng Adabi ini adalah nasi goreng yang sesuai untuk hidangan sarapan.
43. Nasi Goreng ala Kampung
Bahan-Bahan:
3 ulas bawang putih lada sulah
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah
7 biji cili padi
2cm belacan
ikan bilis
ayam
nasi putih
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sayur kangkong (sayur boleh diubah mengikut kehendak)
telur
serbuk perasa
Cara:
1)tumbukkan cili hidup,cili padi,bawang merah,bawang putih dan belacan sehingga lumat.
2)goreng ikan bilis sehingga rangup dan di letakkan di mangkuk yang berasingan.
3)tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
4)masukkan ayam dan letakkan garam dan gula sehingga sebati
5)setelah itu, masukkan nasi putih dan gaulkan sehingga ramuan dan nasi tadi sebati
6)buat sedikit lubang dan pecahkan telur di tengahnya.
7)utk mengelakkan sayur kangkong lecuh,masukkan sayur kangkong pada waktu ini.sayur akan lebih segar.
8)masukkan serbuk lada sulah dan gaul hingga sebati.
Cadangan Hidangan:
1)taburkan bawang goreng di atas hidangan.
2)jika tidak mahu masukkan telur di dalam nasi,telur boleh di goreng berasingan
3)boleh di makan bersama sos cili
Tambahan:
boleh dimakan bila2 masa samada waktu pagi,tengahari dan juga waktu malam buta
44. Nasi Goreng Ayam Rebus
Bahan-Bahan:
Bahan A:
3 pot beras (dibasuh)
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
½ inci halia
(bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk)
Bahan B:
½ ekor ayam (dipotong kecil)
1 inci halia
600 ml air
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
Sedikit daun sup (dipotong halus)
Sedikit garam
Bahan C:
5 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dihiris kecil)
10 tangkai cili padi (dipotong kecil)
10 ekor udang segar
2 sudu sos tiram
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara:
1. Ayam direbus sehingga masak bersama kesemua bahan B
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan A yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.
3. Masakkan beras menggunakan air rebusan ayam beserta sebahagian daging ayam. Sebahagian lagi diasingkan.
4. Panaskan minyak (Bahan C), tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
5. Masukkan udang segar dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Masukkan pula sebahagian ayam yang diasingkan tadi.
7. Masukkan nasi yang telah dimasak tadi dan gaul rata.
Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 2-3 orang.
Tambahan:
Bagi mereka yang alah dengan udang, boleh diganti dengan rencah lain yang bersesuaian.
45. Nasi Goreng Bawang Putih
Bahan-Bahan:
1 labu bawang putih (dihiris)
2 sudu besar minyak
3 cawan nasi
Cara:
Panaskan minyak.Tumiskan bawang putih yang dihiris tadi sehingga kuning.Kemudian masukkan nasi dan gaulkan
selama 5-7 minit.Kemiudian angkat.
46. Nasi Goreng Belacan
Bahan-Bahan:
1 potong belacan ( ikut suka )
30 biji cili padi ( ikut pedas )
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa
Nasi ( satu periuk -ikut suka)
3 biji telur ( didadar dan hiris halus )
Cara:
Tumbuk lumat semua bahan A. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing. Masukkan kicap
dan garam.Kacau rata.
Akhir sekali masukkan nasi yg telah diramas dan telur hiris, goreng hingga sebati.
Tambahan:
Nasi goreng belacan ini memang pedas, selalunya saya guna segenggam cili padi, tapi boleh dikurangkan ikut suka
anda.
47. Nasi Goreng Belacan Seafood
Bahan-Bahan:
4 biji cabai hijau
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit daging ayam (dipotong kecil)
5 ekor udang
3 ekor sotong (dipotong kecil)
1 mangkuk besar nasi putih
2 sudu besar sos tiram
sedikit belacan
garam secukup rasa
satu sudu kecil serbuk sup
2 sudu kecil gula
sepotong kobis bunga
sedikit minyak masak
Cara:
1. Tumbuk cabai,bawang merah dan putih serta belacan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 ditumbuk ke dalam kuali.
3. Masukkan daging ayam,udang dan sotong.Biarkan ia dimasak sebentar.
4. Campurkan sos,garam,serbuk sup dan gula.Tunggu sehingga 3 minit.
5. Masukkan nasi serta sayur dan hidang.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidang untuk2-4 orang
48. Nasi Goreng Bercampur
Bahan-Bahan:
Cili padi 5/4 biji
Bawah merah 1 biji
Bawang putih 2 ulas(kecil)
Bawang besar 1 biji
Garam sesedap rasa
Sotong
Udang putih
Fishball
Kek ikan
Telur
Kicap
Nasi
Cara:
Tumbuk cili dan kesemua bawang serta
tumiskannya.kemudian potong udang, fish ball dan kek ikan. Jangan terlalu banyak. Masukkan udang tak telah di
buang kulitnya.
Gaulkan kesemuanya sehingga bau naik. kemudian masukkan telur kacau sebentar dan terus masukkan nasi serta
kicap. Gaul kesemuanya dan hidangkan.
Tambahan:
Seandainya untuk ramai, tambahkan lagi resepinya. Dan kalau suka pedas, tambahkan cili dan sebaliknya.
Seandainya anda tidak makan salah satu makanan laut itu, anda boleh gunakan yang lain.
49. Nasi Goreng Berempah
Bahan-Bahan:
2 mangkuk nasi
2 sudu besar serbuk kari
5 tangkai cili kering ( dikisar )
300 g udang
2 sudu besar sos tomato
5 ekor sotong
garam secukup rasa
6 ulas bawang putih ( ditumbuk )
8 biji bawang merah ( ditumbuk )
Cara:
CARA MEMASAK
1. Gaulkan nasi dengan garam sehingga sebati.
2. Bersihkan udang dan potong sotong sekecil 1.5 cm.
3. Campurkan serbuk kari bersama cili kering dan kacau.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.
5. Masukkan rempah yang telah bercampur tadi dan masak sehingga garing.
6. Masukkan udang dan sotong dan masak sehingga kering.
7. Masukkan nasi tadi dan goreng sehingga sebati.
Cadangan Hidangan:
masukkan daun bawang dan juga cili merah yang dipotong dua
Tambahan:
koleksi resipi keluarga sendiri
50. Nasi Goreng Bermadu
Bahan-Bahan:
2 pinggan nasi yang telah disejukkan
2 biji telur
6 ulas bawang putih(ditumbuk)
2 camca besar madu
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit serbuk
5 biji kacang buncis (dipotong kecil-kecil
1 batang karot (dipotong kecil-kecil)
5 biji cili kering (direndam)
10 biji cili api (jika ada)
½ inci belacan
5 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
(ditumbuk lumat)
Sedikit minyak
Cara:
Sebiji telur dipukul bersama kunyit, garam dan secolek madu hingga kembang. panaskan sedikit minyak, masak telur
sambil dikacau sehingga hancur kemudian diangkat. Sebiji lagi telur dibancuh dengan cara yang sama tetapi dadarkan
nipis. Angkat kemudian dipotong memanjang.(untuk hiasan)
Kacang buncis dan karot digoreng hingga layu kemudian diangkat. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih
hingga kuning kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, masak hingga cili benar-benar masak,
masukkan madu dan kacau hingga sebati. masukkan nasi, sayur yang digoreng tadi dan telur yang telah dihancurkan.
Gaul hingga sebati. Angkat dan hidangkan bersama telur yang dipotong memanjang tadi.
51. Nasi Goreng Cendawan
Bahan-Bahan:
2 pinggan nasi putih
50g daging ayam (dipotong dadu)
40g cendawan
30g sayur campur (frozen mix vege)
4/5 sudu sos tiram
(bahan2 yg ditumbuk)
1 biji bawang besar
½ ulas bawang putih
2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
garam secukup rasa
4/5 sudu air
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali,kemudian tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga wangi.Masukkan daging ayam,
goreng seketika sebelum memasukkan cendawan dan sayur campur.Masukkan air, tunggu seketika (dlm
30saat).Masukkan nasi, sos tiram, dan garam secukup rase.Gaul rata dan hidangkan.
Bagi yang gemarkan makanan pedas, boleh juga menambahkan cili dalam masakan.
52. Nasi Goreng Gulung Dadar
Bahan-Bahan:
1 cawan nasi
4 cawan ikan bilis goreng
3 sudu besar udang kepai (ditumbuk)
1 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili padi - dihiris
2 sudu besar kicap
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar bawang goreng - untuk tabur
½ sudu kecil hirisan daun sadri
1 urat kacang panjang - dihiris nipis
Sedikit minyak untuk menumis
2 keping telur dadar
Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih cincang hingga naik baunya masukkan cili kisar bersama udang kepai.
Masukkan nasi diikuti kacang panjang da kicap kacau rata. Sebelum diangkat taburkan ikan bilis goreng, kacang
tanah, cili padi (jika suka), bawang goreng dan daun sadri. Jika sudah cukup masin tidak perlu ditambah garam.
Setelah siap gulung dalam telur dadar.
53. Nasi Goreng Hailam
Bahan-Bahan:
600 gm daging
300 gm udang
300 gm sawi
300 gm tauge
150 gm kacang panjang
150 gm kucai
10 biji cili kering
10 biji lada putih
5 biji cili hidup
3 biji buah keras
2 biji telur (didadar)
¼ biji kubis
2 batang lobak
12 cawan nasi
1 ½ cawan minyak
½ cawan sos tomato
15 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu besar udang kering
3 keping tauhu
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2.5 cm halia
Garam secukup rasa
Cara:
Potong daging 2 cm x 2 cm dan rebus sehingga empuk. Toskan daging dan simpan airnya. Tumbuk atau mesin cili
kering, cili hidup, lada putih, buah keras, halia, 5 labu bawang merah dan bawang putih. Potong sawi, kacang
panjang, kubis dan lobak sepanjang 2.5 cm. Mayang 10 labu bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan potong 8.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang kering, udang dan daging rebus. Apabila kuning angkat. Masukkan
ramuan yang dimesin dan campur dengan air rebusan daging. Biarkan hingga masak. Masukkan sos tomato dan
garam. Masukkan sayur-sayuran satu persatu dan kacau. Masukkan nasi dan kacau hingga mesra. Angkat dan hidang
di dalam pinggan. Taburkan telur dadar, bawang goreng, tauhu, daun saderi dan daun bawang.
54. Nasi Goreng Halia
Bahan-Bahan:
1 mangkuk nasi putih,1 inci halia,2 biji telur ayam,sayur
dingin beku,sedikit garam dan lada hitam.
1 camca besar mentega/butter,isi ayam 1 mangkuk
kecil,4 tangkai kacang panjang dan tomato.
Cara:
Panaskan kuali disertakan dengan mentega sehingga cair.Selepas itu masukkan 1 inci halia yg dihiris halus2.Tumis
sehingga naik bau.Masukkan sayur dingin beku,daging ayam cincang,dan kacang panjang.Selepas itu masukkan 1
mangkuk nasik dan kacau sehingga sempurna.Masukkan juga 2 biji telu dan juga tomato yang di belah empat.
Cadangan Hidangan:
Hidangan lebih menarik jika di hiasi dengan daun bawang serta bawang goreng.
Tambahan:
Enak di makan ketika musim hujan.Kerana halia dan lada hitam mampu menghangatkan tubuh badan seseorang.
55. Nasi Goreng Ikan Masin Pedas
Bahan-Bahan:
Nasi sejuk
3 batang cili padi
2 batang cili besar
Sayur Campur
ikan masin(digoreng rangup dan ditumbuk)
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu minyak masak
garam secukup rasa
serbuk perasa
Cara:
Kisar halus cili padi,cili besar,bawang putih dan bawang merah.Panaskan minyak dan tumiskan bahan -bahan yang
dikisar tadi sehingga garing. Kemudian masukkan sayur campur dan biarkan seketika. Masukkan nasi,garam dan
serbuk perasa dan suaikan rasanya.
Cadangan Hidangan:
bolehlah ditaburkan bawang goreng dan dimakan bersama dengan telur dadar. hidangkan ketika panas.
56. Nasi Goreng Ikan Rebus
Bahan-Bahan:
ikan kembung 1 ekor ( cari yg gemuk2)
1 keping asam gelugor
Garam
Serbuk perasa-jika mahu
3 sudu besar kicap pekat
Sayur sawi dipotong2- ikut cita rasa
3 mangkuk nasik-pastikan lerai yer
Bahan A
4 sudu besar minyak masak
5 ulas bayang putih
2 ulas bawang merah
3 potong cili padi
Semua bahan dikisar yer
Cara:
ikan kembung di rebus bersama dgn asam keping dan sedikit garam kemudian lerai kan isi nya kemudian kisar atau
tumbuk.
Panas kan minyak masak dan tumis kan bahan A sehingga naik bau masuk kan isi ikan tadi goreng kan seketika
sehingga isi ikan itu garing sedikit dan terus masukan nasi,kicap dan sawi gaul kan sehingga sebati
Cadangan Hidangan:
hidangan utk 2-4 org
Tambahan:
Hiasan kan dgn bawang goreng dan hirisan timun. sekian selamat mencuba
57. Nasi Goreng Kampung
Bahan-Bahan:
200 gm nasi yang sudah dimasak
1 biji bawang putih (dimesin)
2 biji bawang merah
6 biji cili padi (dimesin halus)
2 biji cili merah
10 ekor ikan bilis
80 gm isi ayam atau isi udang (dipotong kecil)
2 biji telur ayam
3 tangkai kacang panjang
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara:
Tumiskan bawang sehingga naik baunya. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga sedikit garing.
Kemudian masukkan isi ayam dan kacau sehingga ia masak. Pecah dan pukulkan telur seketika dan masukkan cili,
kacau sehingga telur masak.
Kemudian masukkan nasi, garam dan perisa. Kacau sehingga masak. Hidangkan bersama daun bawang, bawang
goreng dan cili merah.
58. Nasi Goreng Kampung Asli Mudah
Bahan-Bahan:
Bahan A
1. 1 sudu besar garam
2. 7 biji bawang merah (bwg kecil)
3. 5 biji bawang putih
4. Segenggam ikan bilis
5. 7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)
Bahan B
1. 5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai
2. 3 sudu besar minyak masak
3. Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm
4. 5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde,takpe)
5. Bawang goreng (kalau takde, takpe)
6. 5 sudu besar air masak.
7. Limau nipis atau limau kecil(yg selalu makan ngan
asam boi)
Cara:
1.Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat.Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jgn letak air semasa
menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis & bwg yg melekat pada bahan2 tersebut, kira ok.
2.Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg tlh ditumbuk tadi hingga bwg jadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana
je.
3.Bila dah naik bau, letak air sbyk 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yg tlg dipotong2 ta di (masukkan batang
sayur dahulu supaya cepat empuk).Masak selama 1 minit lagi.
4.Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.
Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 4 orang.
Taburkan bawang goreng dan daun kesum yang dihiris halus tadi.
Perahkan limau nipis/kecil secukup rasa ke atas nasi goreng yg telah siap.
Boleh makan dgn kicap kalau suka @ kalau kurang masin :)
Tambahan:
Cara2 memasak kena ikut betul-betul supaya nasi goreng kampung anda menjadi & sedap.
59. Nasi Goreng Kunyit Asli
Bahan-Bahan:
4 mangkuk nasi sejuk
½ genggam ikan bilis
3 sudu besar minyak
sedikit garam
Bahan dihiris:
Cili padi (6-8 biji)
Bawang kuning/benggala (½ biji)
Bawang merah (2 ulas)
Bawang putih (2 ulas)
Satu inci kunyit hidup
Sebiji telur
Sedikit kubis bulat
Cara:
Panaskan 1 sudu minyak. Goreng telur (hancur-hancurkan)- siap diangkat. Tambah 2 sudu minyak. Goreng ikan bilis
(garing) - siap diangkat. Tumis semua bawang, cili padi dan kunyit. Setelah naik bau, masukkan telur,bilis,nasi dan
kubis. Sedikit garam. Kacau sehingga rata. sedia untuk dihidang.
Cadangan Hidangan:
Untuk 2-3 orang dewasa.
Tambahan:
Makan panas-panas...power!
60. Nasi Goreng Lada Hitam
Bahan-Bahan:
½ sudu teh lada hitam kasar
2 cili kering digunting kecil2
2 ulas bawang putih utk tumisan
3 ulas bawang merah utk tumisan
½ sudu besar minyak sapi
½ sudu teh serbuk pati ayam
1 biji Telur (goreng hancur)
2 sudu besar mix vegetable
2 senduk nasi
1 sudu besar minyak
Cara:
Masukkan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili kering, pati ayam, lada hitam, telur
hancur dan mix vegetable. Goreng sekejap lepastu masukkan nasi.
Cadangan Hidangan:
Tak perlu garam kerana pati ayam dah sememangnya masin. Boleh ditambah mengikut citarasa.
Tambahan:
Breakfast/Bekal ideal untuk orang bujang yang sibuk.
61. Nasi Goreng Petai
Bahan-Bahan:
3 mangkuk nasi putih
5 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 mangkuk isi udang
2 sudu kecil cili api kisar
1 mangkuk petai
1 labu bawang besar - dimayang sederhana tebal
Garam
1 mangkuk isi sotong
Cara:
Tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili api kisar. Masak hingga cili benar benar masak.
Masukkan isi udang dan isi sotong - masak hingga separuh masak.
Masukkan petai, bawang besar, garam.
Bila bawang sedikit layu, masukkan nasi putih dan gaul sebati.
Sedia untuk dihidang.
Tambahan:
Jika anda suka lebih pedas, tambahkan lebih cili api kisar.
62. Nasi Goreng Sardin Special
Bahan-Bahan:
Nasi (2 pot)
1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar-tumbuk atau kisar
3 ulas bawang putih-tumbuk atau kisar
2 ulas bawang kecil-tumbuk atau kisar
2 sudu cili kisar
secekak kacang panjang dipotong kecil
1 batang lobak merah dipotong dadu
sedikit gula
sedikit garam
sedikit asam jawa
Cara:
1. tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
2. perahkan sedikit asam jawa, garam dan gula
3. masukkan sardin dan hancur-hancurkan sardin tersebut
4. masukkan nasi, kacang panjang dan lobak merah. gaul hingga sebati. sedia untuk dihidangkan
Cadangan Hidangan:
2 ke 3 orang. boleh dimakan bersama salad
63. Nasi Goreng Sayur & Daging
Bahan-Bahan:
400 gm daging tanpa lemak (dipotong kecil)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil halia (diparut halus)
2 sudu besar minyak jagung
1 biji cili capsicum (dipotong)
200 gm 'snow peas'
800 gm nasi
3 sudu besar kicap
2 sudu kecil minyak bijan hitam
80 gm daun bawang (dihiris kecil)
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa
Cara:
Panaskan kuali tanpa lekat, masak daging bersama halia & bawang putih selama 8 -10 minit. Angkat, ketepikan.
Panaskan minyak jagung, tumis cili capsicium, kacang hijau 'snow' selama 3 minit. Masukkan nasi, kicap, minyak bijan
hitam & goreng hingga rata. Campurkan daging yang digoreng tadi & kacau lagi hingga sekata selama 5 minit.
Masukkan garam & serbuk lada sulah, gaul hingga rata. Setelah masak, angkat
& taburkan daun bawang yang dihiris kecil.
64. Nasi Goreng Sea Food
Bahan-Bahan:
4 ekor sotong(dipotong)
10 ekor udang putih(dibuang kulit)
3 biji fish ball(dipotong 3)
1@½ kek ikan
1 biji telur
5 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih(kecil)
garam sesedap rasa
sedikit minyak
nasi
kicap
Cara:
Tumbukkan cili, bawang merah dan putih serta garam. Panaskan minyak.
Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi kemudian tumiskan sehingga bau naik.
Masukkan sotong,udang,fishball dan kek ikan. Kacau sehingga ia mulai masak dan terus masukkan telur. Gaul
kesemuanya.
Kemudian masukkan nasi dan kicap.gaul sekali lagi sehingga rata dan hidangkan.
Cadangan Hidangan:
Hidang seperti biasa bubuh daun sup diatasnya serta sediakan limau purut.
Tambahan:
Seandainya untuk ramai tambahkan resepi begitu juga sebaliknya.
65. Nasi Goreng Siam
Bahan-Bahan:
Bahan A:
-1 mangkuk nasi putih
-2 ulas bawang merah
-1 biji telur
-minyak utk menumis
Bahan Sos:
-2 biji cili merah
-1 ulas bawang putih
-1 camca besar sos tomato
-1 camca besar sos cili
-1 camca kecil cuka
-1 camca kecil gula
-½ camca kecil garam]
(bawang putih dan cili shj dikisar atau ditumbuk..
kemudian baru dicampur semua bahan sos)
Bahan B:
-5 ketul isi ayam(seketul sebesar 2inci)
-3 camca besar tepung gandum
-1 camca besar rempah kari ayam/daging
-1 biji telur
-garam secukup rasa
-minyak utk menggoreng
Bahan Hiasan:
-3 hirisan timun
- 1 helai salad
Cara:
Bahan A:
-panaskan minyak
-tumis bawang merah hingga naik bau
-masukkan bahan sos, kacau rata
-masukkan nasi dan gaul hingga sebati
-akhir sekali masukkan telur
-goreng hingga masak.ketepikan
Bahan B:
-campurkan tepung, rempah, telur dan garam dlm satu mangkuk (buat macam goreng pisang)
-celupkan ayam dan goreng hingga masak
Cadangan Hidangan:
Letakkan salad di tepi pinggan.Letakkan ayam goreng tadi atas daun salad. Letakkan nasi goreng di tengah2 pinggan.
Susun timun ditepinya.
Tambahan:
Kalau suka pedas, masukkan cili padi dlm bahan sos.
Selamat mencuba
66. Nasi Goreng Thai Istimewa
Bahan-Bahan:
1 ¾ mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau ia nasi untuk
nasi ayam)
2 biji telur
2 sudu teh tomyam paste kesukaan anda (lebihkan jika
mahu lebih perisa)
1 sudu besar sayur campuran atau lobak yang dihiris
halus memanjang
2 sudu teh cili boh (lebihkan jika mahu pedas)
1 sudu teh serai yang dihiris halus
1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus
3 atau 4 ekor udang besar sedeharna (seperti udang
harimau) yang telah dicelur
Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng
secukupnya
Kepingan limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun
sup untuk dihias
2 atau 3 batang cili padi dihiris halus
1 keping daun limau purut dihiris halus (lebih halus lebih
bagus)
3 sudu teh kicap manis
Minyak untuk ditumis
Cara:
Pijarkan sesudu makan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
Pecahkan telur dan gorenglah ia seperti scrambled egg hingga masak.
Taruh sayur campur, nasi, udang, daun limau purut, lengkuas dan serai. Kacau hingga rata secukupnya.
Masukkan cili boh, tomyam paste, cili padi dan kicap manis. Gorenglah hingga sebati dan sampai naik bau harumnya.
Hidangkan
Cadangan Hidangan:
Semasa dihidang, taburkan hirisan ayam, daun sup dan bawang goreng diatasnya bersamaan kepingan limau nipis.
Perahkan limau itu semasa hendak dimakan.
Tambahan:
Sssedap dimakan panas-panas...POWER!!!
Cukup untuk 2 orang
67. Nasi Goreng Tomyam
Bahan-Bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
4 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
100 gm udang kecil
100 gm isi ayam - dipotong kecil
Garam
2 kiub tomyam knorr
2 batang kacang panjang - potong kecil
1 batang carrot - potong kiub
Gula
Cara:
Tumis bawang merah, putih hingga naik bau.
Masukkan kib tomyam, isi udang dan ayam.
Masak 1 minit.
Masukkan kacang panjang, carrot, gaul rata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak 2 - 3 minit, sedia untuk dihidang.
Cadangan Hidangan:
Hidang dengan telur mata kerbau dan hirisan cili merah.
68. Nasi Goreng Udang
Bahan-Bahan:
Bawang Merah 4 ulas ( ditumbuk)
Bawang Putih 2 ulas ( ditumbuk )
Udang sederhana besar 6 ekor
sayur kobis
garam
timun batang ( dicincang )
Cara:
panaskan minyak
tumiskan bawang merah & bawang putih. setelah garing keemasan, masukkan udang. gorengkan seketika. kemudian
masukkan sayur kobis. Akhir sekali masukkan nasi putih bersama garam secukup rasa.
Cadangan Hidangan:
sesuai makan masa bersahur.
Tambahan:
resepi ini adalah hidangan untuk dua orang, kalau ramai maka gandakan bahan-bahan tadi
69. Nasi Goreng Ulaman
Bahan-Bahan:
400 gm nasi putih
100 gm dada ayam
3 ulas bawang putih
1 batang lobak merah
Sedikit daun selom
Sedikit daun basil
Sedikit daun pegaga
1 batang serai
3 cm halia muda
1 sudu besar sos tiram
½ sudu teh serbuk lada sulah
½ sudu teh serbuk belacan
2 biji limau kasturi
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
Cara:
Hiris daun selom, basil, pegaga, serai, halia muda, bawang putih dan lobak. Satukan sos tiram, serbuk lada sulah dan
serbuk belacan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan isi ayam. Biar hingga masak.
Setelah itu, masukkan nasi. Gaul sebentar, kemudian baru masukkan campuran sos tiram, serbuk lada sulah dan
serbuk belacan. Campur satu sudu besar air dan gaul rata.
Kemudian, masukkan ulaman yang dihiris dan air limau kasturi. Gaul sebati.
70. Nasi Ikan
Bahan-Bahan:
4 cawan beras
6 cawan air
1 cawan santan pekat
½ cawan minyak sapi
1 labu bawang besar (dimayang)
5 ulas bawang kecil (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
4 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Beberapa kuntum bunga cengkih
6 ekor isi ikan kembung
½ cawan ikan bilis (dikisar halus)
Secubit garam
Beberapa helai daun pandan
Cara:
Basuh beras, tos & ketepikan. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kulit
kayu manis, cengkih sehingga naik aroma. Masukkan isi ikan kembung & biarkan sedikit masak. Campurkan ikan bilis,
tunggu sedikit garing, masukkan air, santan & daun pandan. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, garam &
beras. Kacau sehingga mesra & biarkan nasi betul-betul masak.
71. Nasi Kari
Bahan-Bahan:
375 gm beras
300 gm air
75 gm susu cair - jadikan susu masam
1 biji limau kasturi - jadikan susu masam
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
3 sudu besar rempah kari
3 cm kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
2 biji pelaga
4 kuntum bunga cengkih
3 sudu gajus kisar
3 sudu bawang goreng
3 sudu gajus goreng
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumis bawang hiris hingga wangi diikuti kulit kayu manis, bunga lawang,
bunga cengkih dan buah pelaga, kacau hingga wangi. Masukkan rempah kari serta gajus kisar. Apabila rempah garing
masukkan air, susu masam, garam dan daun pandan simpul. Apabila mendidih masukkan beras. Tutup periuk dan
masak seperti memasak nasi biasa. Apabila kering, taburkan gajus goreng dan bawang goreng, kacau rata. Hidangkan
bersama daging ketumbar dan salad timun.
72. Nasi Kesum Ulam Raja
Bahan-Bahan:
300 gm nasi
3 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
5 ulas bawang merah - dimayang halus
300 gm isi ikan kurau - bakar dan hancurkan
3 sudu besar kerisik
15 helai daun kesum - dimayang halus
2 tangkai daun ulam raja
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 batang serai - ditumbuk halus
Garam dan air rendaman asam gelugur
Cara:
Gaul isi ikan dengan lada hitam, kerisik, serai, garam dan air asam gelugur hingga rata. Isikan nasi dalam mangkuk,
gaul dengan campuran ikan bakar, daun kesum mayang dan kantan hingga rata dan cukup asam garamnya. Isi dalam
pinggan dan hias dengan daun ulam raja. Enak dimakan bersama sambal dain.
73. Nasi Kuning
Bahan-Bahan:
1 ½ cawan beras
1 ½ cawan air
1 ½ sudu teh serbuk kunyit
1-2 cm kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 pelepah daun sup
1 biji bawang besar (dimayang halus)
sedikit minyak (untuk menumis)
Cara:
Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan kayu manis. Cengkih dan bawang yang sudah dimayang tadi
sehingga kuning. Sementara itu cuci beras serta toskan airnya. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama serbuk
kunyit dan air. Masaklah sehingga kering kemudian tutupkan periuk serta perlahankan api.
74. Nasi Kunyit
Bahan-Bahan:
5 mangkuk kecil nasi putih
i biji telur
sosej/daging ayam dipotong kecil(ikut kesukaan)
1 sudu kecil kunyit
minyak masak
1 ulas bawang putih dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
½ ulas bawang besar dihiris
sedikit lada sulah garam secukup rasa
aji no moto secukup rasa
Cara:
panaskan minyak. Tumis bawang besar, kecil dan putih sehingga keluar bau.Masukkan sosej/daging ayam dan tunggu
sehingga kekuningan.Kemudian,masukkan telur dan kacau.masukkan garam, aji no moto sebelum memasukkan nasi.
Kemudian, masukkan kunyit dan lada sulah.
Cadangan Hidangan:
Hidang dengan sos cili atau sos tomato..sedap..:)
75. Nasi Minyak
Bahan-Bahan:
¼ cawan minyak sapi
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu bawang besar (dihiris)
4 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
6 biji buah pegaga
6 biji lada putih atau lada sulah (ditumbuk)
2 cawan beras
2 cawan air
1 cawan susu cair
½ camca kecil serbuk kunyit
½ cawan kismis
Cara:
Goreng bawang besar dan bawang putih dengan minyak sapi hingga kuning. Campurkan rempah-rempah kecuali
kunyit. Biarkan selama lima minit. Masukkan beras, air, susu cair dan kunyit. Kacau kemudian ditutup dan biarkan
hingga kering. Masukkan kismis dan kacau hingga rata. Hidangkan dan tabur bawang merah yang telah digoreng ke
atasnya.
76. Nasi Minyak Ayam
Bahan-Bahan:
2 tin susu beras beriani
2 tin susu air
3 camca sedang minyak sapi
1 camca sedang rempah beriani
2 camca sedang air limau nipis
½ cawan susus cair
1 cawan isi ayam, disiat halus
Sedikit bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, garam
dan serbuk perasa
Bahan-bahan dikisar halus:
3 sm halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Cara:
Bersihkan beras dan sejat. Panskan minyak sapi. Tumis bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan bahan -bahan
kisar hingga wangi. Masukkan rempah beriani, isi ayam, air dan beras. Kacau hingga sebati. Setelah mendidih
masukkan air limau, susu cair, garam dan serbuk perasa. Kacau perlahan-lahan. Tanak hingga nasi masak
menggunakan api kecil.
77. Nasi Minyak Lauk Kurma Daging & Acar Rampai
Bahan-Bahan:
Bahan untuk nasi:
5 cawan beras dicuci & di toskan
bunga lawang, bunga cengkih,kulit kayu manis & buah
pelaga.
marjerin untuk menumis
5 biji bawang merah & 2 cm halia dikisar
3 sudu besar tomato puri & 3 sudu besar susu pekat
manis
1 kotak kecik kismis
garam secukup rasa
Bahan untuk kurma daging:
½ kilo daging dipotong dadu
200 gram bawang besar india dimayang
200 gram halia dimayang
kulit kayu manis,bunga lawang
1 mangkuk pati santan
1 peket rempah kurma adabi
2 biji ubi kentang dipotong 4
3 biji cili merah dipotong memanjang
garam secukup rasa
Bahan untuk acar rampai:
5 biji bawang merah & 2 cm halia dikisar
5 cm halia dimayang halus
cuka
bawang besar dipotong , timun, cili besar & lobak merah
dipotong memanjang
garam & gula secukup rasa
Cara:
cara memasak nasi:
Tumis bunga lawang, bunga cengkih,kulit kayu manis & buah pelaga bersama majerin.bila naik bau,masuk bawang
merah & halia yang dikisar.Apabila bawang kekuningan,masukan 6 cawan air,puri tomata,susu pekat manis & garam
secukup rasa.Apabila air mengelegak,masukan beras yang ditoskan & masak nasi sehingga masak.apabila nasi telah
masak, gaulkan kismis kedalam nasi.
Cara memasak kurma daging.
Tumis bawang besar india,halia, kulit kayu manis& bunga lawang. Apabila bwang kekuningan,masukan daging &
rempah.Apabila daging separuh empuk, masukan santan $ ubi kentang kentang.Sebelum diangkat, masukan cili besar
& garam secukup rasa.
Cara memasak acar rampai:
Tumis bawang mera,halia dikisar &
halia yang dimayang halus
Apabila bawang kekuningan, masukan cuka & gula secukup rasa. Tutup api & msuk timun, lobak & cili.Gaul hingga
sebati.
Tambahan:
Untuk menyedapkan masakan kurma daging, hendaklah dimasak dengan api yang sederhana kecil supaya pecah
minyak & meresap rempah pada daging.
78. Nasi Paprik
Bahan-Bahan:
5 pinggan nasi putih
1 kilo isi ayam/daging
6 biji cili padi/api (hiris2)
3 ulas bawang merah (hiris halus2)
2 ulas bawang putih (juga hiris)
½ batang serai yg cincang
5 sudu cili sos
2 sudu tomato sos
1 sudu sos tiram
3 batang kacang panjang (potong pendek2)
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih.
Lepas kuning tumis dengan cili api pulak.
Lepas tu tumis dengan segala sos tadi, serai & kacang panjang.Letak sket air jike mengelegak.
Selepas mengelegak masukkan kacang panjang. Tumis sekali lagi sampai naik bau.
Sesudah naik bau masukkan garam dengan ayam, biarkan beberapa minit sehingga naik bau.
79. Nasi Tomato
Bahan-Bahan:
4 cawan beras (dikosek & ditoskan)
185 gm marjerin/minyak sapi
2 kuntum bunga cengkih
½ kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 labu bawang besar (dicincang)
155 gm puri tomato dalam tin
1.8 leter air rebusan yang cair
Garam secukup rasa
60 gm daun saderi yang telah dicincang-jika suka
1 sudu bawang merah yang telag digoreng
Bahan Tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 hiris halia
Cara:
Pijarkan lemak diatas api yang sederhana & tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.Masukkan bahan tumbuk &
teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar & goreng hingga layu. Kecilkan api & tuangkan puri
tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan & masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit. Masukkan air rebusan
& garam secukup rasa.Biarkan cecair telah diresap. Kecilkan api, Tanaklah nasi itu dengan bertutup hingga masak,
masukkan daun saderi & kacau, kemudian isikan ke dalam pinggan.Hiaskan dengan bawang merah goreng &
hidangkan panas-panas dengan masakkan masakkan yang lain.
Cadangan Hidangan:
Untuk 8-10 orang saja
80. Nasi Udang Dan Nanas
Bahan-Bahan:
250 gm udang sederhana besar, dikupas kulitnya
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
1 camca besar gula
2 camca besar tepung jagung
4 camca besar minyak sapi WINDMILL GHEEBLEND
6 ulas bawang putih, dihiris halus
200 gm nanas, didadu
15 biji bawang besar, dihiris nipis dan digoreng
3 biji cili merah, dihiris
Daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina,
dicincang untuk hiasan
Cara:
Perap udang bersama garam, serbuk lada sulah, gula dan tepung jagung. Gaul rata dan ketepikan. Panaskan minyak
sapi WINDMILL GHEEBLEND di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan nanas dan
kacau hingga masak. Angkat. Masukkan udang dan nanas tadi ke dalam nasi panas. Tabur bawang goreng, lada
merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina. Hidangkan panas-panas.
81. Nasi Ulam Seri Desa
Bahan-Bahan:
4 cawan nasi putih yang masih panas
2 helai daun salad
4 helai daun mengkudu
1 tangkai daun saderi
1 helai daun kunyit
2 helai daun cekur
2 tangkai daun selasih
1 genggam daun pegaga
1 batang serai; sedikit daun pudina
2.5 sm. halia dan lengkuas
2 helai daun limau purut
1 ekor ikan selar dibakar
2.5 sm padu ikan kering digoreng
2 labu bawang besar
1 cawan kelapa digoreng hingga kuning; ditumbuk halus
1 sudu lada perasa; sedikit ajinomoto
Tomato dan bawang besar untuk hiasan
Cara:
Daun-daun itu semuanya dimayang halus. Ikan kering dan ikan selar ditumbuk halus. Gaulkan segala jenis daun
dengan kerisik, bawang besar dan nasi yang masih panas. Garam secukup rasa. Renjiskan dengan ajinomoto.
82. Pulut Kuning
Bahan-Bahan:
2 cawan beras pulut (dikosek & ditoskan)
air yang mencukupi untuk meliputi pulut
1 sudu serbuk kunyit (dicampurkan)
2 ulas bawang putih
¼ sudu garam
1 ¾ cawan santan
2 helai daun pandan
Cara:
Masukkan bawang putih ke dalam air kunyit & rendamkan beras pulut ke dalamnya selama sekurang-kurangnya 3
jam. Toskan beras itu & buangkan bawang putih itu. Satukan garam & santan dalam sebuah periuk besar. Kacaukan
hingga mendidih & masukkan beras pulut & daun pandan. Teruskan mendidih selama 1 minit, Kemudian kecilkan
api.Masak dengan bertutup hingga pulutnya masak & kering. Buangkan daun pandan. Isikan pulut itu ke dalam
pinggan & hidangkan panas-panas dengan rendang atau singgang ayam.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4-6 orang saja
Tambahan:
Masakkan ini dihidangkan semasa jamuan-jamuan perayaan.
83. Pulut Kuning Berinti
Bahan-Bahan:
400 gm pulut
150 gm serunding daging
4 sudu besar bawang goreng
3 biji telur ayam
1 cawan santan pekat
3 sudu kecil serbuk kunyit
Cara:
Cuci beras pulut dengan bersih dan rendamkan dalam air bersama serbuk kunyit (8 jam). Kukus pulut hingga separuh
masak, angkat dan gaulkan dengan santan pekat. Kukus semula hingga kembang. Pukul telur hingga kembang dan
goreng nipis. Kemudian gulung telur dan potong nipis. Sediakan acuan (ikut suka). Taburkan 2 sudu serunding di
bahagian bawah acuan dan masukkan sesenduk besar pulut di atasnya. Tekan dengan sudu yang dicelup dengan air
agar ia tidak melekat. lapis seterusnya taburkan sesudu bawang goreng dan telur di atas pulut tadi. Masukkan lagi
sesenduk besar pulut dan ditekan rata menutupi bawang goreng dan telur tadi. Ulangi proses melapis, 5 lapisan
hingga habis.
84. Pulut Manis
Bahan-Bahan:
1 kg pulut
1 ½ biji kelapa (ambil santan sebanyak 4 cawan)
1 kg gula
Halwa kundur (untuk hiasan)
Sedikit pewarna ros
Cara:
Rendam pulut dengan pewarna ros semalaman & dikukus. Setelah masak, angkat pulut tersebut. Kemudian masakkan
santan & gula. Apabila likat, masukkan pulut & kacau sehingga sebati & kering. Apabila kering, angkat & masukkan ke
dalam acuan & hias dengan halwa kundur.
85. Pulut Panggang
Bahan-Bahan:
500 gm beras pulut (dikosek & ditoskan)
1 ½ cawan pati santan
1 helai daun kunyit
2-3 sudu minyak jagung
90 gm udang kering (direndam,dibersihkan & ditumbuk)
Bahan Tumbuk:
2 batang lada merah
10 ulas bawang merah
½ sudu lada sulah
4 biji buah keras
1 culas bawang putih
½ biji kelapa (dibuang kulit arinya & dipatutkan &
ditumbuk)
Daun pisang untuk membungkus (dilayurkan)
2 helai daun pandan
1 sudu garam
2.5 cm kunyit hidup
1 sudu ketumbar (direndang)
1 sudu belacan (dibakar)
½ sudu gula pasir
1 sudu garam
Cara:
Dalam sebuah kuali mungkum,gaulkan pulut,santan,daun kunyit,daun pandan & garam. Kukuskan campuran itu
hingga pulut masak tetapi tidak terlalu kembang (benyet).Keluarkan daun-daun itu & ketepikan pulut. Pijarkan minyak
atas api yang sederhana & gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit lagi.Masukkan kelapa,kacau & gorenglah
sehingga kering. Jaga jangan sampai hangus. Rasalah garamnya & angkat dari api. Sejukkan. Bubuh sedikit pulut di
atas pisang.Bentukkan supaya menjadi gulungan-gulungan leper sepanjang 13 cm.
Bahagikan inti dengan sama rata,& gulung ketat-ketat untuk membungkusnya. Sematkan bungkusan itu dengan lidi.
Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama 30 minit, dengan membalik-baliknya selalu. Hidangkan
panas-panas atau sejuk dalam bungkusan.
Cadangan Hidangan:
Untuk membuat 14 bungkus
Tambahan:
Jika menggunakan udang hidup sebagai ganti udang kering,ganda-duakan banyaknya.
86. Soto Nasi Impit
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1 cekak serai
1 buku lengkuas
1 inci halia
6 ulas bawang merah
1 bungkus sup bunjut adabi
1 ½ bungkus kecil rempah sup adabi
1 cawan santan pekat
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Taugeh
Kacang goreng
Nasi impit
Cara:
Rebus ayam hingga empuk dan toskan. Kisar serai, lengkuas, halia dan bwg merah, kemudian tumis hingga naik bau.
Masukkan air rebusan ayam. Bancuh serbuk rempah sup dengan air dan masukkan ke dalam sup soto. Masukkan juga
sup bunjut, garam dan ajinomoto. Akhir sekali masukkan santan dan kecilkan api. Rebus hingga masak. Sementara
itu, carik isi ayam yang telah direbus dan celur taugeh seketika.
Cadangan Hidangan:
Letak nasi impit yg telah dipotong ke dalam mangkuk. Letak taugeh yang siap dicelur di atasnya diikuti isi ayam.
Kemudian letak daun sup dan daun bawang, dan kacang. Jgn lupa bawang goreng. Masukkan sup soto yang telah
masak dan makan dengan kicap cili.
Tambahan:
Kisar setengah genggam cili padi, 2 sudu gula, 5 sudu kicap masin kipas udang. Kalau nak lebih sedap masukkan 2
sudu bawang goreng semasa kisar.
87. Bubur Campur Labu Manis
Bahan-Bahan:
1.Labu manis-separuh
2.500gm tepung pulut
3.400gm gula
4.100gm sagu putih
1.Serbuk pewarna(hijau)-secubit
2.Daun pandan-empat helai
3.Santan cair
4.santan pekat
5.sedikit garam
6.air secukupnya
Cara:
1.Bersihkan labu manis kemudian potong dadu(ikut cita-rasa)kemudian masak bersama air dan daun pandan(biarkan
mendidi),adun tepung pulut dengan sedikit sedikit air dan pewarna(seperti adunan donat)buatkan bentuk bulat sekecil
ibu jari kemudian masukan ke dalam labu yang telah mendidi tadi sehingga habis.gaulkan sentiasa. 2.masukan
butiran sagu,gaulkan sehingga masak.3.masukan sedikit garam dan gula secukup rasa.masukan santan
cair.perlahankan api,gaul dan akhir sekali masukan santan pekat.angkat.
Cadangan Hidangan:
boleh dihidang untuk pencuci mulut samada sejuk atau panas.
88. Bubur Aneka Cendawan
Bahan-Bahan:
225 gm beras
1750 ml air
1 ekor ikan kembung (direbus)
6-10 biji lada hitam
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar minyak
3 sm halia (dimayang)
150 gm cendawan butang
100 gm cendawan hitam
100 gm cendawan tiram
2 camca besar minyak bijan
2 camca santan pekat
Garam secukup rasa
Cara:
Masak beras bersama air. Tumbuk isi ikan bersama lada hitam, bawang merah & bawang putih. Panaskan minyak,
tumis halia dan masukkan semua cendawan yang dipotong nipis. Apabila masak, masukkan minyak bijan dan
ketepikan. Apabila beras cukup kembang & air hampir kering, masukkan campuran isi ikan & santan. Kacau selalu
hingga menggelegak.
Akhir sekali masukkan cendawan goreng & kacau rata. Sewaktu bubur dihidang, taburkan daun bawang, cili merah &
bawang goreng. Hidang untuk 4-6 orang.
89. Bubur Ayam (I)
Bahan-Bahan:
300 gm beras, dicuci bersih
2 sm halia, dititik
3 batang serai, dititik
½ ekor ayam
Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun sup
Cara:
Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan garam. Kacau hingga rata. Apabila beras
hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata. Masak
sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup.
90. Bubur Ayam (II)
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (disiang, dipotong kecil-kecil & diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1.2 liter air
4 ulas bawang merah (dicincang)
5 cm halia (dihiris)
250 gm udang hidup (dibuang kulit & uratnya)
1 cawan beras (dikosek & ditoskan)
1 sudu kicap cair
1 cawan pati santan
2 tangkai daun bawang (dicincang)
1 tangkai daun sup (dicincang)
Serbuk perasa secukup rasa
Bahan Tambahan:
3 sudu bawang merah goreng
1 keping telur dadar (digulung & dihiris halus)
6-8 batang lada merah (dibuang bijinya & dicincang)
Kicap cair & kicap pekat
Cara:
Satukan ayam yang telah diperasakan, air, bawang merah & halia dalam sebuah periuk. Jerang di atas api yang
sederhana & biarkan hingga mendidih. Masukkan udang & masaklah selama 1 minit. Masukkan beras, kicap cair,
serbuk perasa & perasakan secukup rasa. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkkan api. Didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup selama 20-30 minit, dengan mengacaunya selalu untuk mengelakkan daripada melekat & berkerak.
Masaklah hingga berasnya kembang, kemudian masukkan santan. Sesuaikan rasanya & masak dengan berkacau
selama 5 minit. Angkat dari api & isikan ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan daun bawang & daun sup. Hidangkan
panas-panas, dengan bahan-bahan tambahan dalam pinggan yang berasingan.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4-6 orang saja
MY©2008
Create a Free Website
RESEPI IBU
Masakan & Selera Malaysia
y Home
y Aneka Nasi
y Aneka Nasi 2
y Aneka Mee
y Aneka Sayur
y Aneka Lauk-Pauk
y Aneka Lauk-Pauk 2
y Aneka Kuih-Muih
y Pencuci Mulut
y Aneka Puding
y Tambahan - Western Food
ANEKA LAUK-PAUK 2
41. Ayam Goreng Ala Kentucky
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
3 biji telur (dipukul)
1 cawan beras (ditumbuk halus)
Sedikit garam
Bahan digiling halus:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
Cara:
Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang telah digiling, perapkan selama 1/2 jam. Celupkan ke dalam telur,
kemudian digolekkan ke atas beras yang telah ditumbuk halus. Panaskan minyak dan gorenglah hingga masak.
42. Ayam Goreng Pedas
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12 ketul
1 biji putih telur - dipukul
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk disalut dengan ayam :
(Bahan-bahan ini digaul semua sekali)
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk kari/cili
Sedikit garam
Cara:
1. Bersihkan ayam, tos dan gaulkan dengan putih telur. Kemudian gaulkan dengan tepung tadi.
2. Panaskan minyak. Setelah itu masukkan ayam yang telah siap disalut tepung ke dalam minyak panas. Goreng
sehingga kekuningan.
Tambahan:
Hidangkan dengan sos cili.
43. Ayam Goreng Salut Tepung
Bahan-Bahan:
8 ketul ayam
3 sudu besar tepung jagung
½ sudu teh ketumbar
Kunyit
½ sudu teh serbuk lada sulah
1 biji telur - dipukul sedikit
Garam
Cara:
Bersihkan ayam dan tuskan airnya. Gaul tepung bersama serbuk ketumbar, lada sulah, garam dan kunyit. Celup ayam
di dalam telur dan setelah itu lumur denagn campuran tepung tadi. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga
kekuningan. Hidangkan.
44. Ayam Lemak Cili Padi
Bahan-Bahan:
1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian
2 liter pati santan
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan-bahan ditumbuk:
30 gm cili api
250 gm bawang besar
60 gm kunyit hidup
100 gm buah keras
90 gm serai
Cara:
Masuklah Bahan-bahan tumbuk serta sedikit air ke dalam periuk. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga kering.
Setelah itu masukkan pati santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Sambil dikacau hingga pekat dan sebati.
45. Ayam Masak Merah
Bahan-Bahan:
Bahan untuk dikisar:
30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng
setengah masak
Cara:
Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu
masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering
bolehlah diangkat
46. Chicken Chop
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada
ayam)
Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur
dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.
Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.
47. Asam Pedas Special
Bahan-Bahan:
Bahan A
Minyak masak
Sedikit garam
dua ibu jari lengkuas
3 helai daun limau purud
½ Serai dititik
Bahan B
15-20 batang Lada basah blender(kalau tak ada lada
kering pun boleh)
sedikit belacan
3-4 ulas bawang merah(bawang kecil)
2-3 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit
sedikit garam
bahan c
2 keping asam keping
sedikitt Air asam
bunga kantan
daun kesum/cenohom
sedikit air
garam
serbuk perasa
Cara:
Tumis bahan A hingga naik bau..,mmmm sodap aromanya!
kemudian, setelah blender kesemua bahan B, masukkan ke dalam A yang naik baunya itu,tumis hingga didih sikit,
barulah masuk kesemua bahan C dan tunggu hingga didih...
Cadangan Hidangan:
makan 2-5 orang
Tambahan:
Aduhaiii...
tak pernah rasa sedap macam nih..semua org akan tanya , apa rahsia?
Ha..,inilah rahsianya!
48. Ayam & Sayuran Masak Paprik
Bahan-Bahan:
500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Cara:
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian
masukkan garam.
Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.
49. Ayam Masam Pedas
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit lengkuas
sedikit halia
2 tangkai cili kering
2 keping asam gelugur
garam
serbuk perasa
sedikit budu
Cara:
ayam dipotong 12 dan dibersihkan.
bawang putih, bawang merah, lengkuas, halia dan cili kering dihiris/mayang.
Masukkan ke dalam satu mangkuk, tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit budu. Ramaskan bahan-bahan ini
sehingga separuh lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk berisi ayam, tambahkan air dan asam keping. Rebus
sehingga ayam empuk dan naik bau.
50. Ayam 1000 Rasa
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (sederhana besar) Bahan-bahan untuk dikisar:
1 mangkuk kecil air
4 sudu minyak masak
3 sudu kicap manis
3 sudu kicap manis
4 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
2 sudu jus oren
2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 sudu buah badam (ditumbuk)
1 inci belacan
Sedikit garam dan sebuk perasa
1 inci halia
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering
Cara:
1. Ayam dipotong kepada bahagian yang lebih kecil dan dibuang tulangnya.
2. Setelah dibersihkan, perap ayam selama 2 jam bersama kicap, sos tiram,sos tomata dan jus oren. Masukkan juga
lada hitam bersama buah badam yang telah ditumbuk.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan sehingga naik baunya.
4. Masukkan belacan dan garam serta serbuk perasa. Masukkan air
5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
Enak dibuat lauk untuk nasi dan mee goreng. Hidangan untuk 4 orang
51. Steak Daging Bujang
Bahan-Bahan:
bahan A :
½ kg daging dihiris leper
bahan B(kuah):
secawan kicap manis
2 sudu besar black paper
1 sudu besar tebung jagug
½ cawan air putih
secubit ajinomoto
1 sudu teh gula
Cara:
masukkan semua bahan B kedalam mangkuk..
gaul hingga sebati.. masukkan daging dan di perap 10 minit..( lagi lama lagi sedap)
panaskan sesudu minyak masak dalam kuali leper.. masak daging sehingga empuk... kemudian masukkan kuah kicap
tadi(bahan B).. biar 1-2 minit... siap untuk dihidangkan..
Cadangan Hidangan:
untuk 2-3 orang... tapi kalau saya, sorang jer
Tambahan:
black paper boleh letak sebanyak yang kita suka ikut citarasa masing-masing
52. Bifstik Daging
Bahan-Bahan:
600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka
300 gm kentang, dihiris dan digoreng
2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng
1 tin kecil kacang pis
2 camca sedang kicap pekat
2 biji tomato, dibelah empat
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 tin kecil puri tomato
5 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 camca sedang minyak sapi
Air untuk mengempukkan daging
Garam secukupnya
Bahan-bahan tumis:
Pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih
Bahan-bahan digiling lumat:
1 camca teh lada putih
1 biji bawang besar
1 camca teh jintan manis
2 ulas bawang putih
1 sm halia
Cara:
Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang
besar hingga kuning. Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk baru masukkkan tomato, cili
merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.
53. Daging Masak Merah
Bahan-Bahan:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara:
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm.
Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair.
Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.
RESEPI IBU
Masakan & Selera Malaysia
y Home
y Aneka Nasi
y Aneka Nasi 2
y Aneka Mee
y Aneka Sayur
y Aneka Lauk-Pauk
y Aneka Lauk-Pauk 2
y Aneka Kuih-Muih
y Pencuci Mulut
y Aneka Puding
y Tambahan - Western Food
ANEKA KUIH-MUIH
Apam Balik
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
½ camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning
1 biji telur
1 ½ cawan air
½ camca kecil baking powder
1 cawan kacang tanah (dimesin)-
bahan tabur
1 tin jagung - bahan tabur
1 cawan gula - bahan tabur
Sedikit mentega
Cara:
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking
powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung
dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan
tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar.
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga
kekuningan.
Apam Kukus
Bahan-Bahan:
3 biji telur
1 ½ cawan gula
2 cawan tepung gandum
¾ cawan air suam
1 camca besar baking powder
Cara:
Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking
powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan
gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan
dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah
bergaul dengan garam.
Apam Seri Ayu
Bahan-Bahan:
3 biji telur
½ cawan santan atau susu
½ camca kecil soda bikarbonat
¼ cawan susu
Sedikit garam
Sedikit tepung
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
½ camca kecil ovallete (jika ada)
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa
Cara:
Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan
tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan
sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi
dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus
hingga masak selama 15 minit.
Buah Melaka Special
Bahan-Bahan:
tepung pulut
air pandan
sedikit garam
sedikit air kapur
1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
gula kabung/melaka dipotong kecil
kelapa parut (putih)
Cara:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan
tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan
bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi.
Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam
mangkuk yang berisi kelapa parut.
Tambahan:
1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika
dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya
Masalodeh Rangup
Bahan-Bahan:
1 kg kacang dal
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
1 cm halia
sedikit jintan puteh
sedikit belacan
Sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk perasa ajinomoto
Daun Kari
Minyak untuk menggoreng
Bahan A :Kacang dal direndam
semalaman.
Toskan kan . Kisarkan hingga
hancur.
Bahan B : Cili kering, 2 ulas bawang
puteh & 2 ulas bawang merah,
halia,jintan puteh dan belacan
dikisar dengan sidikit air.masukan
garam dan serbuk perasa.
Bahan C: daun kari dicincang halus,
mayang bawang merah
Cara:
Masukan bahan A kedalam bekas adunan, kemudian masukan bahan B.
Gaulkan hingga sebati .Masukkan daun kari yang dipotong nipis -nipis &
bawang yang dimayang tadi kedalam adunan tadi. gaulkan sehingga
sebati.
kemudian kepalkan samada bulat atau leper bergantung kepada anda.
Gorengkan hingga naik warna kuning. Toskan dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.....
Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 4-5 orang
Tambahan:
Sesuai dimakan masa minum petang bersama dengan minuman panas &
sejuk
Muffin Pisang
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung
¾ gula castor
1 cawan butter (yg sudah dicairkan)
4 biji pisang (yg sudah masak)
1 biji telur besar
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonat soda
½ sude kecil garam
½ sudu kecil serbuk cinnamon
Cara:
ayak tepung, bicarbonat soda, baking powder, garam dan cinnamon.
Di dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang dan masukkan telur, gula
dan butter. Pukul hingga sebati, dan masukkan adunan kering dan
masukkan perlahan-lahan hingga sebati.
Masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cup. Kuih ini akan mengembang.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20 minit.
Cadangan Hidangan:
Ianya sesuai dimakan pada waktu petang dan dihidangkan bersama teh o
panas. Hmm..yummy..
Apam Gula Hangus
Bahan-Bahan:
3 gelas gula pasir
3 biji telur
4 gelas tepung gandum
3 camca brsar susu tepung (
dibancuh bersama air dan jadikan 1
gelas)
3 camca kecil soda bikarbonat
Cara:
Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak
hingga menjadi satu gelas air gula hangus. Telur dipukul bersama baki
gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama
soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu.
Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit.
Apam Pisang
Bahan-Bahan:
4 biji telur
1 cawan gula
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam
Cara:
Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga
rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang
telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian
masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45
minit.
Apam Tepung Beras
Bahan-Bahan:
600 gm tepung beras
yis secukupnya
air sejuk
2 cawan gula pasir
pewarna merah
1 biji kelapa
acuan apam
Cara:
Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung beras dan yis.
Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah. Bubuh dalam
acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak. Setelah masak,
keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang
telah digaul dengan sedikit garam.
Donat (I)
Bahan-Bahan:
1000 g tepung gandum
11 g (sebungkus) Yis Segera
Mauripan
340 g (1 ½ cawan) air
60 g (2/3 cawan) teung susu penuh
krim
100 g (2 biji) telur
180 g (1 cawan) marjerin
60 g (6 camca besar) gula pasir
halus
10 g (1 camca besar) garam
14 g (1 camca besar) serbuk penaik
Cara:
Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaul
semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut sehingga
licin. Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga
dua kali ganda saiz asal. Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi
setebal 1.5cm. Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan
adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung.
Biarkan kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama kira -kira
30-40 minit. Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak pada suhu
170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning
keemasan. Seliputi donat segera dengan gula aising sebelum
dihidangkan.
Karipap Ayam
Bahan-Bahan:
½ kg tepung gandum
1 sudu besar lemak sayuran
5 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 ketul isi ayam (dada)- ptg dadu
Sedikit kayu manis
Sedikit halia
Sedikit Gula/garam/serbuk perasa
Cara:
Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam.
Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.
Untuk membuat intinya:
Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis
bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu
manis.
Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi.
Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa
bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.
Sedia utk membuat karipap.
Tambahan:
Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.
Mentega juga poleh digunakan.
Lapis Batik
Bahan-Bahan:
500 gm tepung ubi
150 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
8 cawan santan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil Coconut Pandan
Pewarna hijau, kuning dan lain-lain
Cara:
Campurkan hingga rata semua bahan di atas kecuali pewarna. Kemudian
adunan tersebut ditapis. Sementara itu panaskan kukusan.
Kemudian tuangkan 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan
pewarna-pewarna pilihan mengikut kesukaan.
Ulangi sehingga 3 lapis. Bila selesai kukus hingga masak.
*terlebih dulu loyang hendaklah disapukan minyak agar tidak melekat
Roti Jala
Bahan-Bahan:
1 kilo tepung gandum
2 biji telor ayam
1 tin susu cair Carnation
1 sudu marjerin
Sedikit garam
Setitik pewarna kuning
Cara:
Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur.
Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak
bergentel dan senang untuk dilayang.
Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung
yang telah cair.
Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga.
Tepung Pelita
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9
Recipe collection 9

More Related Content

What's hot

Recipe collection 8
Recipe collection 8Recipe collection 8
Recipe collection 8Sal Lie
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55Sal Lie
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39Sal Lie
 
Recipe collection 37
Recipe collection 37Recipe collection 37
Recipe collection 37Sal Lie
 
Resep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesiaResep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesia
Bobokmarky
 
9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-meeNor Azira Arbain
 
Resepmakanan
ResepmakananResepmakanan
Resepmakananqh1606
 
Resep makanan 2
Resep makanan 2Resep makanan 2
Mpasi
MpasiMpasi
Mpasi
phuriadi
 
Nasi ayam
Nasi ayamNasi ayam
Nasi ayam
Krishna Kris
 
Resep makanan 98
Resep makanan 98Resep makanan 98
Resep makanan 98
Nurliviana
 
Tata boga viki
Tata boga vikiTata boga viki
Tata boga viki
Iswatun Iswa
 

What's hot (16)

Recipe collection 8
Recipe collection 8Recipe collection 8
Recipe collection 8
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39
 
Recipe collection 37
Recipe collection 37Recipe collection 37
Recipe collection 37
 
Re Food
Re FoodRe Food
Re Food
 
Resep Masakan
Resep MasakanResep Masakan
Resep Masakan
 
Resep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesiaResep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesia
 
Resep masakan
Resep masakanResep masakan
Resep masakan
 
9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee
 
Resepmakanan
ResepmakananResepmakanan
Resepmakanan
 
Resep makanan 2
Resep makanan 2Resep makanan 2
Resep makanan 2
 
Mpasi
MpasiMpasi
Mpasi
 
Nasi ayam
Nasi ayamNasi ayam
Nasi ayam
 
Resep makanan 98
Resep makanan 98Resep makanan 98
Resep makanan 98
 
Tata boga viki
Tata boga vikiTata boga viki
Tata boga viki
 
Resipi lada
Resipi ladaResipi lada
Resipi lada
 

Viewers also liked

Recipe collection 67
Recipe collection 67Recipe collection 67
Recipe collection 67Sal Lie
 
Recipe collection 54
Recipe collection 54Recipe collection 54
Recipe collection 54Sal Lie
 
Recipe collection 20
Recipe collection 20Recipe collection 20
Recipe collection 20Sal Lie
 
Recipe collection 65
Recipe collection 65Recipe collection 65
Recipe collection 65Sal Lie
 
Recipe collection 6
Recipe collection 6Recipe collection 6
Recipe collection 6Sal Lie
 
Recipe collection 60
Recipe collection 60Recipe collection 60
Recipe collection 60Sal Lie
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40Sal Lie
 
Infection Control 2015
Infection Control 2015Infection Control 2015
Infection Control 2015
pssurgery
 
Resepi kek coklat moist
Resepi kek coklat moistResepi kek coklat moist
Resepi kek coklat moist
Haizal Mohd Hamzah
 
Pelbagai Resepi
Pelbagai ResepiPelbagai Resepi
Pelbagai Resepi
Sasha Zailan
 
Exercise on pronouns
Exercise on pronounsExercise on pronouns
Exercise on pronouns
Silvija Vlahovec
 
September newsletter
September newsletterSeptember newsletter
September newsletterSal Lie
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57Sal Lie
 
Recipe collection 61
Recipe collection 61Recipe collection 61
Recipe collection 61Sal Lie
 
Recipe collection 58
Recipe collection 58Recipe collection 58
Recipe collection 58Sal Lie
 
Cb silhouettinstructions
Cb silhouettinstructionsCb silhouettinstructions
Cb silhouettinstructionsSpotlessClean
 
Resepi Masakan Negeri Sembilan
Resepi Masakan Negeri SembilanResepi Masakan Negeri Sembilan
Resepi Masakan Negeri SembilanEja ALif
 
Recipe collection 59
Recipe collection 59Recipe collection 59
Recipe collection 59Sal Lie
 

Viewers also liked (20)

Recipe collection 67
Recipe collection 67Recipe collection 67
Recipe collection 67
 
Recipe collection 54
Recipe collection 54Recipe collection 54
Recipe collection 54
 
Recipe collection 20
Recipe collection 20Recipe collection 20
Recipe collection 20
 
Recipe collection 65
Recipe collection 65Recipe collection 65
Recipe collection 65
 
Recipe collection 6
Recipe collection 6Recipe collection 6
Recipe collection 6
 
Recipe collection 60
Recipe collection 60Recipe collection 60
Recipe collection 60
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
 
Infection Control 2015
Infection Control 2015Infection Control 2015
Infection Control 2015
 
Apam polkadot pdf
Apam polkadot pdfApam polkadot pdf
Apam polkadot pdf
 
Resepi kek coklat moist
Resepi kek coklat moistResepi kek coklat moist
Resepi kek coklat moist
 
Pelbagai Resepi
Pelbagai ResepiPelbagai Resepi
Pelbagai Resepi
 
Exercise on pronouns
Exercise on pronounsExercise on pronouns
Exercise on pronouns
 
September newsletter
September newsletterSeptember newsletter
September newsletter
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57
 
Recipe collection 61
Recipe collection 61Recipe collection 61
Recipe collection 61
 
Recipe collection 58
Recipe collection 58Recipe collection 58
Recipe collection 58
 
Cb silhouettinstructions
Cb silhouettinstructionsCb silhouettinstructions
Cb silhouettinstructions
 
Jom buat
Jom buatJom buat
Jom buat
 
Resepi Masakan Negeri Sembilan
Resepi Masakan Negeri SembilanResepi Masakan Negeri Sembilan
Resepi Masakan Negeri Sembilan
 
Recipe collection 59
Recipe collection 59Recipe collection 59
Recipe collection 59
 

Similar to Recipe collection 9

Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1Sal Lie
 
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4Sal Lie
 
Resepikampung
ResepikampungResepikampung
Resepikampung12kal
 
Masakan kikil
Masakan kikilMasakan kikil
Masakan kikil
Sunyo Andriyanto
 
Isi tugas plh
Isi tugas plhIsi tugas plh
Isi tugas plh
Mukhlash Muzaki
 
Makanan tradisional melayu
Makanan tradisional melayuMakanan tradisional melayu
Makanan tradisional melayu
ellysha_natasha
 
Ppt azrina
Ppt azrinaPpt azrina
Ppt azrina
azrinasyahfitri
 
Resepi masakan
Resepi masakanResepi masakan
Resepi masakan
cru81
 
Rawon
RawonRawon
Rawon
samak74
 
Kari sotong
Kari sotongKari sotong
Kari sotongbukwo
 
tugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanantugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makananestervalen15
 

Similar to Recipe collection 9 (20)

Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepiku
ResepikuResepiku
Resepiku
 
Resepi nasi arab simple
Resepi nasi arab simpleResepi nasi arab simple
Resepi nasi arab simple
 
Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1
 
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4
 
Resepikampung
ResepikampungResepikampung
Resepikampung
 
Masakan kikil
Masakan kikilMasakan kikil
Masakan kikil
 
Isi tugas plh
Isi tugas plhIsi tugas plh
Isi tugas plh
 
Makanan tradisional melayu
Makanan tradisional melayuMakanan tradisional melayu
Makanan tradisional melayu
 
Resep Masakan Oriental
Resep Masakan OrientalResep Masakan Oriental
Resep Masakan Oriental
 
Soto Ayam
Soto AyamSoto Ayam
Soto Ayam
 
Acar buah
Acar buahAcar buah
Acar buah
 
Ppt azrina
Ppt azrinaPpt azrina
Ppt azrina
 
Resepi masakan
Resepi masakanResepi masakan
Resepi masakan
 
Rawon
RawonRawon
Rawon
 
Resep
ResepResep
Resep
 
Kari sotong
Kari sotongKari sotong
Kari sotong
 
Menu masakan
Menu masakanMenu masakan
Menu masakan
 
tugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanantugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanan
 

More from Sal Lie

Recipe collection 93
Recipe collection 93Recipe collection 93
Recipe collection 93Sal Lie
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56Sal Lie
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55Sal Lie
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52Sal Lie
 
Recipe collection 50
Recipe collection 50Recipe collection 50
Recipe collection 50Sal Lie
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49Sal Lie
 
Recipe collection 47
Recipe collection 47Recipe collection 47
Recipe collection 47Sal Lie
 
Recipe collection 43
Recipe collection 43Recipe collection 43
Recipe collection 43Sal Lie
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40Sal Lie
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38Sal Lie
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36Sal Lie
 
Recipe collection 35
Recipe collection 35Recipe collection 35
Recipe collection 35Sal Lie
 
Recipe collection 34
Recipe collection 34Recipe collection 34
Recipe collection 34Sal Lie
 
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33Sal Lie
 
Recipe collection 32
Recipe collection 32Recipe collection 32
Recipe collection 32Sal Lie
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30Sal Lie
 
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29Sal Lie
 
Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28Sal Lie
 
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27Sal Lie
 
Recipe collection 26
Recipe collection 26Recipe collection 26
Recipe collection 26Sal Lie
 

More from Sal Lie (20)

Recipe collection 93
Recipe collection 93Recipe collection 93
Recipe collection 93
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52
 
Recipe collection 50
Recipe collection 50Recipe collection 50
Recipe collection 50
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49
 
Recipe collection 47
Recipe collection 47Recipe collection 47
Recipe collection 47
 
Recipe collection 43
Recipe collection 43Recipe collection 43
Recipe collection 43
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36
 
Recipe collection 35
Recipe collection 35Recipe collection 35
Recipe collection 35
 
Recipe collection 34
Recipe collection 34Recipe collection 34
Recipe collection 34
 
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33
 
Recipe collection 32
Recipe collection 32Recipe collection 32
Recipe collection 32
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30
 
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29
 
Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28
 
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27
 
Recipe collection 26
Recipe collection 26Recipe collection 26
Recipe collection 26
 

Recently uploaded

KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTALKRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
AtikaYahdiyaniIkhsan
 
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannyaAngka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
Syartiwidya Syariful
 
Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganismeTeknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
Syartiwidya Syariful
 
Mikroorganisme pangan : Virus dan Jamur, dan manfaatnya
Mikroorganisme pangan : Virus dan Jamur, dan manfaatnyaMikroorganisme pangan : Virus dan Jamur, dan manfaatnya
Mikroorganisme pangan : Virus dan Jamur, dan manfaatnya
Syartiwidya Syariful
 
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi PanganMateri Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
AtikaYahdiyaniIkhsan
 
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri panganMikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
Syartiwidya Syariful
 
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di IndonesiaKebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
Syartiwidya Syariful
 

Recently uploaded (7)

KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTALKRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
 
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannyaAngka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
 
Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganismeTeknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
 
Mikroorganisme pangan : Virus dan Jamur, dan manfaatnya
Mikroorganisme pangan : Virus dan Jamur, dan manfaatnyaMikroorganisme pangan : Virus dan Jamur, dan manfaatnya
Mikroorganisme pangan : Virus dan Jamur, dan manfaatnya
 
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi PanganMateri Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
 
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri panganMikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
 
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di IndonesiaKebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
 

Recipe collection 9

  • 1. RESEPI IBU Masakan & Selera Malaysia y Home y Aneka Nasi y Aneka Nasi 2 y Aneka Mee y Aneka Sayur y Aneka Lauk-Pauk y Aneka Lauk-Pauk 2 y Aneka Kuih-Muih y Pencuci Mulut y Aneka Puding y Tambahan - Western Food ANEKA LAUK-PAUK 1. Barbeque Ayam Berempah Bahan-bahannya 1 kg ayam @ 1kg kepak ayam 4 sudu besar serbuk cili 5 biji bawang besar 10 ulas bawang putih 4 cm halia 4 cm lengkuas 10 batang serai(dihiris halus) 2 sudu besar jintan manis (blender kering) 1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering) Gula secukup rasa Garam secukup rasa Serbuk perasa y caranya Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan ke dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering. y Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap lebih sedap) 2.Ayam Masak Lemak Daun Kunyit
  • 2. Bahan-bahannya Ayam seekor di potong ikut selera - 5 ulas bawang merah - 3 ulas bawang putih - Cili Api kampung 20 biji - Sedikit halia - Sedikit lengkuas - dua biji tomato dibelah empat - Sedikit kunyit serbuk - Sehelai daun kunyit disimpul - Santan RM1.00 bahagikan dua caranya y Kisarkan cili, bawang, halia, kunyit, dan lengkuas. Kemudian masukkan kedalam periuk. Masukkan ayam dan jerang diatas api yang sederhana. y Agak2 isi ayam dah memutih sedikit masukkan satu bahagian santan dan campur semangkuk air sejuk dan serbuk kunyit kacau hingga sebati dan biar dia menggelegak seketika. y Kemudian masukkan daun kunyit yang disimpul tadi dan buah tomato. Kacau biar sebati masukkan satu bahagian santan lagi. y Bila menggelegak masukkan garam, ajinomoto dan bolehlah padam api. 3.Ayam Percik Special Bahan-bahannya y 1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya) Bahan A: (diblender dengan sedikit air) 3 batang serai 2 inci halia 3 biji bawang putih 4 biji bawang merah Bahan B: 1 1/2 cawan air asam jawa pekat 7 sudu besar gula garam secukupnya
  • 3. Bahan C: 6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit) 1 cawan santan pekat caranya Panaskan kuali dan masukkan minyak. y Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. y Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata. y Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api. y Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak) y Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya. 4. Ayam Berempah Ala Sate Bahan-bahannya 1/2 ekor ayam Bahan untuk dikisar: 2 sudu besar jintan manis 2 sudu besar jintan putih 1/2 inci halia 1/2 inci lengkuas 1 batang serai 3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah sedikit serbuk kunyit garam gula melaka caranya y Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga hancur. y Perapkan bersama ayam selama 6 jam.Selepas itu gorenglah dgn api sederhana dan tutup sehingga ayam masak. Selamat mencuba
  • 4. 5. Ayam Masak Merah Bahan-bahannya Bahan untuk dikisar: 30 gm cili kering 30 gm halia 20 gm bawang putih 90 gm serai 200 gm bawang besar 300 gm tomato 200 gm minyak masak Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa 1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak caranya y Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan -bahan yang sudah dikisar hingga garing. y Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. y Apabila telah kering bolehlah diangkat. 6. Ayam & Sayuran Masak Paprik Bahan-bahannya 500 gm ayam dipotong kecil Sedikit sotong, udang, daging 4 biji tomato 1 batang carrot 1 peket jagung muda 100 gm bunga kobis 100 gm brocolli 2 helai daun limau purut 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 sudu besar cili kisar 5 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa
  • 5. caranya y Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. y Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. y Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik. 7. Ayam Panggang Lemak Bahan-bahannya 1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka hati. Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan Seinci halia Seinci kunyit hidup 10 ulas bawang merah sederhana besarnya. 10 biji bunga cengkih 3 keping asam keping 5 helai daun limau parut Sehelai daun kunyit 3 Helai daun salam Garam secukup rasa caranya y Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah. y Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan. Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam. Kacau santan sampai rata sehingga agak panas. y Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana. Setelah kering santan, barulah diangkit. *Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar. *Susun dengan taburan sohon goreng. 8. Ayam Bersos Tiram & Cili Kering Bahan-bahannya
  • 6. ½ ekor ayam 3 inci halia - seelok-eloknya halia muda 2 biji bawang putih ( di hiris bulat) 1 biji bawang besar ( di hiris bulat) 8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) 3 sudu besar sos tiram Sedikit daun bawang Sedikit garam dan serbuk perasa Sedikit minyak Sedikit air Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air) caranya y Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam. y Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit). y Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan. y Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi. y Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi. 9. Ayam Bakar Mayonis Bahan-bahannya 1 ekor ayam yang bersaiz serdahana 1 bungkus kecil rempah kari ayam 5 sudu mayonis Sedikit garam dan kunyit caranya y Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. y Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan maryonis ke atas ayam tersebut dan biarkan selama 1 jam sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau oven. 10. Ayam Masak Siam Bahan-bahannya
  • 7. 5 ketul dada ayam 2 ketul kiub ayam 2 sudu besar lada giling 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia (ditumbuk) 1 biji bawang besar(potong 4) 2 batang serai (dititik) 4 helai daun limau purut 1 biji limau purut (ambil airnya) Sedikit minyak untuk menumis caranya y Dada ayam dipotong kecil-kecil. y Tumiskan halia, bawang putih dan cili giling hingga naik bau. y Masukkan kiub ayam,serai dan daun limau purut. y Masukkan isi ayam yang telah dipotong-potong.Tutup masakan dengan penutup sebentar. y Apabila ayam hampir masak, perahkan limau nipis dan masukkan bawang besar. y Tumis sebentar dan angkat untuk dihidangkan. 11. Gulai Lemak Ikan Haruan Bahan-bahannya 1 ekor ikan haruan kelapa parut 1/2 biji Cili api - 6/7 btg, asam keping,serbuk kunyit,bawang,garam secukup rasa. caranya y Ikan dibersihkan. y Tumbuk cili padi sampai lumat. y Dalam periuk,masukkan santan yg telah diperah,ikan,cili,asam keping,dan garam secukup rasa.Masak sehingga kuah pekat. 12. Ikan Merah Bersos Cili Bahan-bahannya 400 gm ikan merah 150 gm cili kering
  • 8. 75 gm serai 100 bawang putih 100 bawang merah 1/2 sudu besar belacan 1 liter minak masak 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar gula 1/2 sudu kecil garam 10 helai daun limau purut 100 gm cili sos caranya y Pearapkan isi ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. y Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya. y Masukkan sos ikan , gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika. y Atur ikan yang telah digoreng di dalm pinggan. Kemudian tuangkan sos yang telah siap tadi diatasnaya dan bolehlah dihidangkan. 13. Ikan Siakap Kukus Bahan-bahannya seekor ikan siakap(sederhana besar) -2 batang serai dititik -satu inci halia dipotong halus -daun bawang, sup -sebiji bawang besar dihiris bulat -cili besar(belah dua) dan asam boi -rempah tomyam(botol),minyak jagung -2keping nenas keping, jeruk mempelam gula,garam & bahan perasa(secukup rasa) caranya y ikan dibersihkan dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai). y masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan asam boi. y hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam. y masukkan bancuhan rempah tomyam (setengah cawan),satu sudu makan minyak jagung,garam dan gula (secukup rasa) .Kukuslah selama lebih kurang 10 minit.
  • 9. 14. Ikan Cencaru Goreng Terutup Bahan-bahannya 3 ekor ikan cencaru (bersihkan) -lada kering* -bawang merah* -sedikit halia* -2 batang serai* -air asam jawa -garam,gula & sedikit perasa -minyak masak (kisar bahan yg bertanda * ) caranya y goreng ikan cencaru y panaskan minyak y masukkan bahan2 yg dikisar tadi y biarkan hingga naik bau y masukkan sebatang serai yg telah dititik y masukkan ikan cencaru yg telah digoreng tadi y masukkan sedikit air asam jawa,garam, gula dan sedikit perasa.. y biarkan selama 2 minit mesti sedap punya... Selamat mencuba 15. Bawal Masam Manis Bahan-bahannya 1 ekor ikan bawal 1 sudu besar tepung jagung 1 biji putih telur 1 biji bawang besar ] dipotong dadu 2 biji cili merah ] 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos plum 2 sudu besar sos cili 50 ml air 1 sudu kecil air limau nipis Minyak masak Garam dan gula
  • 10. caranya y Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit. y Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar. y Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata. 16. Ikan bungkus daun pisang Bahan-bahannya 3 ekor ikan kembung 2 ulas bawang merah-kisar halus 2 ulas bawang putih-kisar halus 3 sm halia-kisar halus 1 batang serai-kisar halus 2 sudu besar cili pes 1 helai daun kunyit-hiris halus 1 keping asam-hiris halus 100 ml santan Garam dan gula secukup rasa caranya y Tumiskan bahan kisar (sebentar sahaja) dan masukkan cili pes,asam jawa,dan santan.Angkat. y Gaulkan garam dan gula.Apabila rasanya seimbang,gaulkan ramuan ke atas ikan.Gaul rata. y Bungkus ikan dengan daun pisang(seekor setiap bungkusan)dan ratakan ramuan serta lipat. y Bakar di atas arang api sehingga wangi. y Hidang panas. 17. Bawal Kukus Bersama Sos Kicap Halia Bahan-bahannya
  • 11. 600 gm bawal kecil 20 gm halia muda. diracik halus 100 gm tomato, diracik halus 100 gm cendawan hitam 5 gm garam Sedikit lada putih 1 gm minyak bijan 10 gm cili merah, diracik halus 15 gm daun parsli cina 60 gm minyak halia 100 gm kicap cair 20 ml stok ikan caranya y Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam, garam, lada putih dan minyak bijan. y Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama cili merah, lebihan tomato, dan parsli segar. y Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan. 18. Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Padi Bahan-bahannya 1 kilo ikan keli [dipanggang] 4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi) 1 mangkuk santan pekat sedikit santan cair sedikit buah cekur hirisan daun cekur sedikit garam sedikit perasa caranya y Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih, dan buah cekur sehingga lumat. y MAsukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk. y MAsukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang sederhana.
  • 12. y Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat, gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih. y Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi.. Senang jerkan ....kalau pedas lagi best.. Selamat mencuba 19. Cencaru Bersumbat Bahan-bahannya 2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg berat Minyak untuk dilengser 1 ½ camca besar mentega-untuk disumbat ½ biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat 8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahaja-untuk disumbat 1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat 3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat 1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat ½ cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat ½ camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat 1 camca besar cili giling-untuk disumbat Garam secukup rasa-untuk disumbat 1 biji telur-untuk disumbat ½ cawan serbuk roti-untuk disumbat caranya y Cairkan mentega di dalam periuk. y Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang dan bawang putih. Kacau hingga wangi. y Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata. Angkat dan masukkan garam, telur dan serbuk roti.Kacau hingga ia sebati. y Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit minyak. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam perut ikan. Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c. y Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. Siat kulit ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih. 20. Asam Pedas Ikan Pari Bahan-bahannya
  • 13. 600 gm ikan pari 300 gm bendir 2 batang serai, dititik 2 kuntum bunga kantan 4 - 6 helai daun kesum Sedikit minyak untuk menumis Sedikit air asam jawa Garam secukupnya Bahan-bahan digiling halus: 15 tangkai cili kering 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia caranya y Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. y Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. y Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. y Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata. 21. Daging Gulung Bakar Bahan-bahannya 4 biji kentang, direbus dan dilenyek 200 gm keju parut Sedikit garam ½ camca teh serbuk lada putih 1 camca teh jintan putih, ditumbuk halus 1 cm halia, dikisar Sedikit daun ketumbar 5 ulas bawang putih, ditumbuk 500 gm daging cincang 2 batang lobak merah, diparut caranya y 1 cm halia, dikisar y Sedikit daun ketumbar y 5 ulas bawang putih, ditumbuk y 500 gm daging cincang y 2 batang lobak merah, diparut
  • 14. 22. Daging Masak Kicap Lada Hitam Bahan-bahannya 1kg Daging - 1 Sudu besar lada hitam ditumbuk - 2 biji cili masak dibelah dua - halia sebesar ibu jari dihiris - 4 ulas bawang merah di mayang - 2 ulas bawang putih di mayang - 2 batang serai diketuk - 5 biji cili api diketuk - 5 sudu besar kicap pekat tamin - 3 sudu besar cuka - 1 biji bawang besar dipotong bulat - 5 sudu besar minyak untuk menggoreng - garam dan ajinomoto secukup rasa caranya y Terlebih dahulu Daging direbus. Kemudian dipotong kecil-kecil. y Panaskan kuali, kemudian tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Kemudian masukkan daging, lada hitam, kicap, cuka, cili api dan serai. Kacau rata dan tambahkan dgn sedikit air rebusan daging tadi. Gaul lagi hingga mendidih. y Sekiranya kuah menjadi kering, tambahkan lagi air rebusan daging tadi, kemudian masukkan bawang besar garam dan serbuk perasa secukupnya. y Bila kuah dah agak pekat sedikit, bolehlah dipadamkan api. 23.Daging Berempah Bahan-bahannya 300 gm daging 10 ulas bwang merah 4 ulas bawang putih 3 camca serbuk rempah kari 1 biji kelapa (¼ cawan dibuat kerisik) 2 cm halia 1 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 1 cm kulit kayu manis ¼ cawan kerisik
  • 15. 2 sudu minyak makan 1 helai daun limau purut Garam caranya y Daging dicuci & potong ikut suka. y Tumbuk halia & gaul bersama daging. Bawang merah & putih dimayang halus. y Panaskan minyak & tumiskan bawang, cengkih, bunga lawang & kayu manis. Bila bawang kuning, masukkan rempah, daging & santan cair. y Bila empuk daging, kecilkan api & masukkan pati santan. Masak sampai pekat. y Bubuh daun limau purut, kerisik & garam sambil di kacau supaya jangan hangus 24. Daging Masak Merah Bahan-bahannya 300 gm daging lembu 2 biji bawang besar (dihiris) 3 ulas bawang putih (dititik) 125 gm sos tomato 4 sudu besar cili kering (dikisar) Sedikit kicap cair Garam secukup rasa Sedikit air Minyak untuk menumis caranya y Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. y Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. y Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. y Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat. 25. Daging Goreng Lada Hitam
  • 16. Bahan-bahannya Daging (dihiris halus) Lada hitam secukup rasa Bawang merah Bawang putih Sedikit halia Kesemua bahan di tumbuk. Sos tomato Sos cili Sos tiram Kicap pekat Garam Bahan perasa * Sukatan bahan2 adalah mengikut jumlah daging yg digunakan & mengikut agakan puan-puan sendiri. caranya y Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika (10 min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap) y Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang telah diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan tutup kuali hingga daging empuk. y Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering, masukkan hirisan bawang besar. 26 .Daging Goreng Cili Padi Bahan-bahannya Daging (dihiris nipis)500g Cili padi 10 ulas Bawang besar 3 biji Halia 1/2 inci Sos Tiram 2 sudu makan Garam secukup rasa Gula sedikit(jika suka) Cili merah potong menyerong Limau kasturi 2 biji (jusnya) caranya y Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar;
  • 17. y Daging digoreng hingga garing. Seeloknya daging batang pinang agar lembut. Setelah itu angkat; y Tumis bahan (1) di atas hingga garing; y Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah. y Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi; y Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit dan bolehlah dihidangkan. 27. Daging Masak Serai Bahan-bahannya Daging Masak Serai 1 kilo daging 8 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1.5 inci halia 2 batang serai sedikit gula melaka 1 sudu budu sedikit lada hitam garam caranya y serbuk perasa y bawang merah,putih dan halia dimayang halus y masukkan kedalam periuk bersama sama daging yang telah dihiris, y serai diketuk,masukkan air untuk dibuat kuah. masukkan semua bahan bahan tadi dan dibiarkan menggelegak. 28. Bergedel Goreng Bahan-bahannya 125 gm daging cincang/kisar 5 biji besar ubi kentang (direbus & dibuang kulitnya) 2 camca mentega Garam & lada sulah secukup rasa 1 ulas bawang putih (dicincang halus) 6 ulas bawng merah (dihiris & digoreng hingga garing) 1 pokok daun bawang (dicincang) 1 pokok daun sup (dicincang)
  • 18. 1 biji kuning telur ½ camca buah pala parut Sedikit serbuk perasa Putih telur dari 1 biji telur Minyak makan yang banyak untuk menggoreng sedikit serbuk perasa caranya y Lecekkan ubi kentang bersama-sama 1 camca. y Mentega & bubuh serbuk perasa secukup rasa. y Campurkan daging, bawang putih bawang merah & mentega selebihnya dengan kentang yang telah dilecek. y Campurkan pula dengan bahan-bahan uyang lain kecuali minyak & putih telur. Sesuaikan rasanya.Bentukkan bulat-bulat seperti bola & leperkan sedikit. y Pijarkan minyak di atas api yang sedrhana.Celupkan bergedel-gedel itu dalam putih telur & gorengkan. y Apabila telah masak & kekuning-kuningan,angkat & toskan minyaknya betul-betul di atas kertas dapur. y Hidangkan panas-panas dengan nasu putih 29. Bifstik Daging Bahan-bahannya 600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka 300 gm kentang, dihiris dan digoreng 2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng 1 tin kecil kacang pis 2 camca sedang kicap pekat 2 biji tomato, dibelah empat 3 biji bawang besar, dihiris bulat 1 tin kecil puri tomato 5 tangkai cili hijau, dibelah dua 2 camca sedang minyak sapi Air untuk mengempukkan daging Garam secukupnya Bahan-bahan tumis: Pelaga Kulit kayu manis Cengkih Bahan-bahan digiling lumat: 1 camca teh lada putih 1 biji bawang besar
  • 19. 1 camca teh jintan manis 2 ulas bawang putih 1 sm halia caranya y Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. y Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga kuning. y Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat. 30. Daging Masak Sambal Halia Bahan-bahannya ½ kg Daging ½ inci halia (dihiris) 2 biji kentang (dipotong 4 dan di goreng) 1 ulas bawang besar (dihiris) 1 cawan air asam jawa Garam dan gula (secukup rasa) Minyak (untuk menumis) Bahan dikisar: 9-11 keping cili kering 2 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah 1 ½ inci halia caranya y Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia yang telah dihiris. Tumis hingga naik bau. y Masukkan bahan yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik bau. y Masukkan daging,biar hingga keluar airnya,baru dikacau. Tunggu hingga daging masak. y Masukkan air asam jawa. Tunggu hingga ia mengelegak. Masukkan kentang dan bawang besar. y Masukkan secukup rasa gula dan garam. Biarkan ia pekat
  • 20. 31. Singgang Daging Terengganu Hidangan untuk 5 orang Bahan-bahan 500 g daging, tanpa lemak Bahan-bahan A 5 g (1 sudu makan) biji ketumbar ditumbuk kasar 2 g (1 sudu teh) lada hitam Bahan-bahan B 4 g (2 sm) lengkuas 4 g (2 sm) halia dihiris 4 g (2 sm) kunyit 4 g ( 4 biji) cili kering, dipotong anggaran 2 sm dan dibuang biji 10 g daun kesom, tanpa batang 5 g (3 keping) asam keping 60 g (5 biji) bendi, dipotong tangkai dan hujung ekor 210 g (2 biji) ubi kentang, dipotong 2.5 sm x 2.5 sm 3 g (1/2 sudu teh) garam 2 liter (8 cawan) air, untuk merebus daging Cara memasak 1. Daging dibersihkan dan dipotong nipis (1/2 sm - 3/4 sm). 2. Rebus daging hingga empuk. Sekiranya daging tidak empuk, tambahkan air dan biarkan sehingga air rebusan menjadi 4 cawan. Masukkan bahan -bahan (A), (B), ubi kentang dan rebus lagi dengan api perlahan. 3. Masukkan asam keping dan garam secukupnya. 4. Bila mendidih, masukkan cili kering yang dipotong. Bila daging dan ubi kentang sudah cukup empuk, masukkan bendi, daun kesom dan kacau balik - balikkan. 5. Bila bendi sudah agak masak, angkat dan hidangkan. Berat satu hidangan: 280 g
  • 21. 32. Kerutup Ayam (Lauk Nasi Dagang) Hidangan untuk 10 orang Bahan-bahan 1 kg ayam, dipotong 10 dan dibuang kulit 10 g (10 biji) cili kering 200 g (20 ulas) bawang merah 15 g (3 ulas) bawang putih (A) dikisar halus 10 g (2 sm) halia 10 g (2 sm) lengkuas 200 g kelapa parut dibuat kerisik 60 g (6 sudu makan) rempah kerutup, dibancuh dengan 1/4 cawan air 10 g (1 sudu makan) gula/gula melaka 5 g (2 keping) asam keping 20 g (1 batang) serai diketuk 30 g (4 sudu makan) minyak sayuran 100 g (6 - 8 biji) cili hijau 250 ml (1 cawan) air 5 g (1 sudu teh) garam Cara menyediakan kerisik 1. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan kekuningan. 2. Tumbuk atau kisar kelapa goreng semasa ia masih panas sehingga lumat dan mengeluarkan minyak. Cara memasak kerutup 1. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) bersama rempah kerutup, serai, garam, gula dan asam keping sehingga wangi. 2. Masukkan ayam dan kerisik, tambahkan air dan masak sehingga pekat. 3. Masukkan cili hijau untuk menambah perisa. 4. Perlahan api dan biarkan sebentar, kemudian angkat. 5. Hidangkan lauk ini bersama nasi dagang.
  • 22. Berat satu hidangan: 160 g 33. Asam Pedas Sayur Keladi Hidangan untuk 5 orang Bahan-bahan 300 g (1) pohon keladi (batang bersama ubi) 5 g (2 sm) kunyit hidup (A) 10 g (5 biji) cili padi ditumbuk halus 80 g (4 sudu makan) tempoyak 20 g udang kering/geragau basah 2 g (2 keping) asam keping Bahan (B) 3 tangkai daun kesom (pilih daun dan batang kecil) 10 g (2 sudu teh) garam 1250 ml (5 cawan) air Cara memasak 1. Bersihkan sayur keladi dan buang kulit pada batangnya. 2. Potong sepanjang 5 sm dan manakala ubi keladi dipotong dadu. 3. Celur batang dan ubi keladi di dalam air mendidih selama lebih kurang 3 minit dan toskan. 4. Campurkan bahan (A), (B) dan air ke dalam periuk. 5. Kacau hingga sebati dan masak hingga mendidih. 6. Masukkan batang keladi, ubi serta garam dan kacau. Biarkan seketika. 7. Kecilkan api dan masak sehingga ubi empok. 8. Angkat dan hidangkan. Nota: 1. Sukatan tempoyak boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing dan jenis tempoyak (masam/manis). 2. Resipi ini adalah satu pilihan dari pelbagai hidangan sayuran. Selain dari lazat, ianya sesuai untuk hidangan rendah lemak. Berat satu hidangan: 160 g
  • 23. 34. Daging Panggang ala Kelantan Hidangan untuk 5 orang Bahan-bahan 1 kg daging tanpa lemak 30 g (6 sm) halia 80 g (8 ulas) bawang merah (A) ditumbuk halus 20 g (seketul besar ibu jari) kunyit hidup 70 g (3 batang) serai 20 g (4 sudu teh) lada sulah 10 g (2 sudu teh) garam Untuk Hiasan 5 helai daun salad 1/2 biji timun 1 biji tomato Cara memasak 1. Daging dicuci dan dipotong 5. 2. Perap daging dengan bahan (A) bersama garam dan lada sulah selama 1 jam. 3. Panggang daging sehingga masak. 4. Potong daging kepada kepingan nipis dan hidang bersama timun, tomato, daun salad dan sambal air asam. Berat satu hidangan: 200 g Sambal Air Asam Bahan-bahan 100 g (10 biji) cili merah 50 g (5 ulas) bawang merah 10 g (2 sm) halia ditumbuk halus 30 g udang kering 20 g belacan
  • 24. 20 g air asam jawa, dicampur dengan 1 cawan air 3 g (1/2 sudu teh) garam Cara menyediakan 1. Campurkan bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa dan garam. 2. Hidangkan dengan daging panggang. 35. Kerabu Mangga Muda Hidangan untuk 5 orang Bahan-bahan 350 g (5 biji) mangga muda, dibuang kulit dan diparut halus 20 g (1 biji) bawang besar, dimayang 10 g (1 biji) cili hijau, dipotong dadu 10 g (1 biji) cili merah, dipotong dadu 100 g sotong basah saiz sederhana, dicelur sehingga empuk dan dipotong bulat 10 g (1 sudu makan) udang kering, ditumbuk halus 10 ml (1 sudu makan) cuka 10 ml (1 sudu makan) jus limau nipis/kasturi 5 g (1 sudu teh) garam 10 g (2 sudu teh) gula Hiasan 100 g kacang gajus panggang/kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus) Cara memasak 1. Masuk kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul. 2. Hiaskan dengan taburan kacang gajus/kacang tanah tumbuk dan hidangkan. Berat satu hidangan: 80 g
  • 25. 36. Ayam Masak Gulai TempoyakJerantut Bahan-Bahan: Ayam ½ ekor 15 biji cili padi(ikut rasa) kunyit hidup ½ inci garam secukup rasa bawang kecil 1 biji serai 2-3 batang Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak) Cara: Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau. Tumbuk kunyit,cili padi,garam,bawang kecil sehingga lumat dan titikkan serai kemudian gaulkan bahan dengan tempoyak. tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2-3 gelas air.masak ayam dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah garam jika perlu.. selamat mencuba... Cadangan Hidangan: Sedap dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman..pada waktu tengahari atau malam. Tambahan: Bertambah sedap jika dipanaskan 1-2 kali lagi...kuih semakin pekat..jika tempoyak baru dan dibuat oleh orang jerantut..lagiiiii..kaw..percayalah.. 37. Begedil Istimewa Bahan-Bahan: 10 keping roti gardenia (direndam dgn sedikit air masak) 2 Biji telur ayam (di pukul dgn sedikit garam) Bahan A 5 tangkai lada merah segar 1 biji bawang merah 4 ulas bawang putih Daun sup Daun bawang Bahan B daging ayam / lembu yang di kisar garam secukup rasa minyak masak Cara: Mayang bahan A. gaul semua bahan A dan B sehingga rata. masukkan roti yang telah kembang satu demi satu ke dalam adunan dan ramas. masukkan secubit garam. apabila adunan telah boleh di bentuk, kepalkan adunan seperti ikut saiz yg di ingini. panaskan minyak di kuali. balut adunan dengan telur tadi dan goreng sehingga masak. Cadangan Hidangan: sedap di makan dengan nasi atau begitu sahaja.
  • 26. Tambahan: pastikan begedil di balikkan selalu semasa memasak. masak dengan api yang sederhana. 38. Asam Pedas Ayam Bahan-Bahan: ½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong 2 keping asam gelugur 1 cawan minyak masak 1 ikat daun kesum Gula dan garam secukupnya 2 cawan air 10 tangkai cili kering, digiling 6 biji bawang merah, digiling 1 sm halia, digiling Sedikit belacan, digiling 4 tangkai cili merah, digiling 2 ulas bawang putih, digiling 1 sm kunyit basah, digiling Cara: Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat. 39. Ayam bakar enak Bahan-Bahan: 3 camca besar minyak masak Sedikit garam 1 ekor ayam 1 camca besar perahan limau nipis 500 ml santan daripada 1 biji kelapa Bahan dikisar: 8 biji cili merah 2 batang serai 1 cm kunyit 8 biji bawang merah Disangrai dan ditumbuk: 1 camca teh jintan putih 1 camca teh lada hitam 4 biji buah keras Cara: Panskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat. Lumurkan garam dan separuh bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam. Letak ayam di dalam bekas tahan panas. Campur perahan limau dan santan, tuang ke atas ayam. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam. 40. Ayam Berempah
  • 27. Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil) garam secukup rasa 4 sudu besar minyak makan 1 cawan teh pati santan Air limau 1 biji limau nipis Bahan Giling: 15 ulas bawang merah 5-6 batang lada merah 8 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup Cara: Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti. Cadangan Hidangan: Untuk 4 orang saja MY©2008 Create a Free Website
  • 28. RESEPI IBU Masakan & Selera Malaysia y Home y Aneka Nasi y Aneka Nasi 2 y Aneka Mee y Aneka Sayur y Aneka Lauk-Pauk y Aneka Lauk-Pauk 2 y Aneka Kuih-Muih y Pencuci Mulut y Aneka Puding y Tambahan - Western Food ANEKA NASI 31. Nasi Beriani Kismis Bahan-Bahan: 1 mangkuk kismis kuning ½ mangkuk gajus 2 gelas beras basmathi ½ cawan minyak sapi ½ cawan susu cair 2 gelas air ¼ gelas rempah beriani 4 biji tomato 5 kuntum bunga lawang 10 kuntum cengkih 5 biji bawang besar, dihiris ¼ cawan tairu 2.5 sm kulit kayu manis 4 biji pelaga Garam secukupnya Cara: Panaskan minyak sapi. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, bawang besar, pelaga hingga wangi. Kemudian masukkan tairu dan rempah beriani. Apabila garing masukkan air, garam dan susu. Kacau r ata. Apabila mendidih masukkan beras dan tomato. Kacau rata. Tutup periuk dan biarkan masak. Setelah masak taburkan kismis dan gajus. 32. Nasi Beriani Tulang Bahan-Bahan: 2 kg beras beriani 230 gm minyak sapi 1 tin besar susu cair 1 bungkus kecil rempah beriani 1 tin kecil tomato puri Bahan untuk direbus: 1 kg rusuk kambing 1 sudu besar serbuk kunyit 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • 29. 1 ringgit biji gajus - digoreng 1 pokok daun ketumbar 1 pokok daun pudina 1 labu bawang besar - dihiris 2 labu bawang besar ] 3 ulas bawang putih ] digiling 2 sm halia ] Sedikit bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan 4 helai daun pandan 2 labu bawang besar (ditumbuk) 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 sm halia (ditumbuk) Cara: Tumiskan bawang besar hiris, lalu masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bahan giling, rempah beriani dan biar hingga garing. Bila wangi masukkan bahan rebus dan air secukupnya, susu, daun pandan, tomato puri, air mawar dan garam lalu biarkan mendidih. Kemudian masukkan beras dan masak hingga kering baru taburkan gajus, daun pudina dan daun ketumbar lalu biar seperti menanak nasi biasa. 33. Nasi Beriani Udang Bahan-Bahan: 600 gm. udang yang sederhana besarnya 2 tin susu beras siam 2 tin susu air 4 sudu makan minyak sapi 2 labu bawang besar (dimayang halus) 1 genggam bawang merah ditumbuk hingga lumat. 2 hiris halia dipotong sepanjang 1 sm. 2 ulas bawang merah (dimayang halus 2 ulas bawang putih (untuk ditumis) 1 helai daun pandan Sedikit kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Cara: Udang dibersihkan kemudian buangkan kulit kepalanya. Beras dicuci dan ditoskan airnya. Masukkan minyak sapi di dalam periuk kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang tadi bersama halia, kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Apabila telah naik baunya, masukkan 2 tin susu cair. Setelah itu masukkan bawang yang sudah ditumbuk tadi dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan daun pandan. Kemudian masaklah seperti memasak nasi biasa. Lebih elok dimasak di dalam periuk elektrik. Gorengkan udang di dalam kuali yang berasingan sehingga separuh masak, kemudian diangkat. Bila nasi telah hampir masak masukkan udang ke dalam nasi sambil diratakan. Kemudian bolehlah dikecilkan api dan tutupkan periuk na si. Apabila nasi telah kering masukkan bawang besar yang telah dimayang tadi. Gaul-gaulkan sehingga sebati. Setelah itu bolehlah dihidangkan bersama sebarang acar. 34. Nasi Beringin Bahan-Bahan: 250 gm beras panjang (dibersih dan disejat) ½ biji kelapa (diambil santan secukupnya seperti sukatan nasi lemak biasa) 1 sudu teh halba campur 2 helai daun pandan Sedikit garam dan gula Bahan-bahan hiris: 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 cm halia Bahan-bahan lain yang sudah siap: Sambal tumis Ikan bilis goreng Kacang tanah goreng Timun
  • 30. Cara: Jerang beras bersama santan, halba campur, daun pandan, garam, gula dan Bahan-bahan dihiris halus di dalam periuk. Masak seperti nasi lemak. Hidang nasi bersama sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan hirisan timun. 35. Nasi Dagang Merah Bahan-Bahan: 2 kg beras merah 1 ½ kelapa parut 10 bawang merah (dihiris) 1 cm halia (dihiris) 1 ½ sudu makan halba Garam secukup rasa Cara: Beras dibersihkan kemudian direndam selama 2 jam. Lepas itu ditoskan dan dikukus. Kelapa diambil santannya sebanyak 2 cawan pekat dan 4 cawan yang cair. Setelah kembang pada kukusan yang pertama masukkan santan cair dan kukus sekali lagi. Lepas dimasak angkat masukkan santan pekat, bawang, halia dan halba serta garam secukup rasa. Kemudian kukuskan hingga sebati. 36. Nasi Daging Masala Bahan-Bahan: 500 gm beras basmati 300 gm daging (belah empat) 200 gm ghee 1 sudu garam masala 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 cm halia (dihiris nipis) 2.5 cm kayu manis 4 kuntum bunga cengkih 1.5 liter air ½ cawan susu cair Garam Cara: Basuh beras dan ketepikan. Panaskan ghee dan tumis halia, kayu manis, bunga cengkih, bawang putih dan bawang merah serta daging. Kacau rata sehingga daging dan beras sebati. Masukkan air dan tuang garam masala. Tutup periuk sehingga air mendidih. Buka sekejap dan tuangkan susu, masukkan garam dan tutup rapat periuk. Pada yang menggunakan api biasa, sebaik airnya kering, kecilkan api. Bila nasi benar-benar masak, anda boleh menghidangkan sekali atau daging dihiris-hiris serta diatur pada nasi. Sedap dimakan begitu sahaja. 37. Nasi Daging Telur
  • 31. Bahan-Bahan: 500 gm beras (dikosek & ditoskan) 250 gm daging lembu 1.8 leter air mendidih 4 bii telur (direbus & kupas kulitnya) 150 gm minyak sapi 3 biji buah pelaga 5 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 250 gm bawang besar (dicincang) 4 biji sedang tomato (dicincang) Garam & serbuk perasa secukup rasa 1 tin kecil susu sejat cair 10 ulas bawang merah (dihiris & digoreng) 90 gm sultana 60 gm kacang tanah (digoreng,dikupas kulitnya & dibelah dua) Bahan Giling: 3 ulas bawang putih 2.5 cm halia 1 sudu ketumbar (direndang) 1 sudu jintan putih 10 batang lada kering (direndam & ditoskan) 60 gm buah badam Cara: Rebus daging dengan air selama 15 minit. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk.Ambil 4 cawan air rebusannya. Potongkan daging kecil-kecil. Pijarkan minyak sapi di atas api yang sederhana. Tumis semua rempah kering & bahan giling hingga minyak keluar. Masukkan bawang besar & masaklan hingga layu. Masukkan daging, telur,air rebusan yang disimpan, tomato & bahan perasa.Kacau hingga mendidih. Masukkan beras & masak hingga agak kering. Masukkan susu & kecilkan api. Masaklah dengan bertutup hingga nasi tanak & kering. Isikan ke dalam pinggan & taburkan dengan bahan selebihnya.Hidangkan panas-panas. Cadangan Hidangan: Untuk 6-8 orang saja 38. Nasi Dal Bahan-Bahan: 1 kati beras siam 1 liter air sejuk 1 kati dal(dibuang kulitnya) 1gm minyak sapi 2 labu bawang besar 1 inci halia 5 kuntum bunga cengkih 1 inci kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 4 biji buah pelaga 1 tin susu cair 2 sudu makan garam daun pandan Cara: Bawang & halia dimayang halus & tumis dlm minyak sapi.Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih,air sejuk,garam & susu.Biarkan ia mendidih baru masukkan beras(yang sudah dicuci & ditos)& kacang dal.Biarkan nasi masak. 39. Nasi Dal Tomato Bahan-Bahan: 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 4 cm kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang Bahan untuk hiasan: 15 gm gajus goreng 50 gm kismis goreng (ditabur di dalam nasi) 20 gm gajus goreng
  • 32. Cara: Bersihkan dal dan rebus sehingga tiga suku empuk, tuskan airnya dan ketepikan. Basuh pula beras dan tuskan. Panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris sehingga naik baunya dan masukkan pula bahan tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan pula puri tomato, kacau sebentar dan tuangkan air. Apabila air mendidih bolehlah dimasukkan beras diikuti susu cair, garam dan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Apabila hampir kering, masukkan kismis, setengah bahagian bawang goreng dan dal, kacau rata dan tutup kembali periuk, kecilkan api dan biarkan sehingga masak sempurna. Ketika menghidangkannya tabur pula bahan hiasan. 40. Nasi Delima Bahan-Bahan: 1 tin susu beras (dimasak seperti biasa) ¼ kg daging atau ayam 1 labu bawang besar (dimayang) 1 camca kecil jintan putih 1 camca kecil lada sulah 2 camca besar minyak sapi 1 camca besar minyak 2 ulas bawang merah atau ½ labu bawang besar (ditumbuk) 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 camca besar susu cair 2 cili merah (dimayang) Sedikit garam dan pewarna merah ½ tin kacang peas Sedikit daun pudina (untuk hiasan) Cara: Daging dipotong kecil-kecil dan direbus hingga empuk. Tumiskan bawang besar, masukkan rempah yang sudah digiling serta bawang tumbuk. Bila telah garing, masukkan daging dan biarkan sekejap. Masukkan nasi dan garam, gaul hingga rata. Masukkan cili dan kacang peas. Bahagikan dua, warnakan satu bahagian kemudian campurkan dengan yang tidak berwarna. Hidangkan dan hiaslah dengan daun pudina. 41. Nasi Goreng Kampung Hijau Bahan-Bahan: Semangkuk nasi putih 2 batang kacang botol Secekak daun asin-asin 5 tangkai daun selom 7 biji cili padi hijau 3 ulas bawang putih Seinci halia 2 sudu besar udang kering 2 sudu besar minyak masak Cara: 1.Tumbuk kasar bawang,cili padi,udang kering & halia. 2.Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. 3.Masukkan sayuran yang telah dihiris halus, goreng 2 minit. 4.Masukkan nasi, garam dan gula secukup rasa. 5.Tambah 1 sudu besar minyak masak. 6.Gaul rata dan biarkan masak selama 5 minit dengan api kecil.
  • 33. Cadangan Hidangan: Tambahan: Selain sayuran di atas, boleh diganti dengan sayuran kampung lain kesukaan anda. 42. Nasi Goreng Adabi Bahan-Bahan: 5 cawan nasi Perencah nasi goreng Adabi 1 mangkuk(kecil) sayur campur Setengah mangkuk(kecil) sos tiram Setengah mangkuk(kecil) sos cili 10 ulas bawang putih Udang (yg dibuang kulitnya) atau ayam yang dipotong kecil. Sebagai hiasan: Daun sup Telur (potong mengikut citarasa) Timun (hiris mengikut citarasa) Tomato (hiris mengikut citarasa) Daun salad Cili merah dihiris kecil. Cara: 1. Panaskan 5 sudu besar minyak. Masukkan bawang putih sehingga kelihatan kuning. 2. Masukkan 1 pek perencah nasi goreng Adabi ke dalam bawang tadi. Kemudian masukkan sayur campur. 3. Selepas itu, masukkan udang atau ayam ke dalam masakan tadi. Masak sehingga udang atau ayam menjadi lembut. 4. Kemudian, masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Taburkan sos tiram dan sos cili di atas nasi dan gaulkan. Selepas itu bolehlah dihidangkan. Cadangan Hidangan: Untuk kelihatan lebih menarik lagi, taburkan daun sup dan cili merah yang telah di hiris halus. Letakkan daun salad di tepi nasi. Hiaskan telur, timun dan tomato disekeliling nasi (pinngan) Tambahan: Nasi Goreng Adabi ini adalah nasi goreng yang sesuai untuk hidangan sarapan. 43. Nasi Goreng ala Kampung Bahan-Bahan: 3 ulas bawang putih lada sulah
  • 34. 3 ulas bawang merah 3 biji cili merah 7 biji cili padi 2cm belacan ikan bilis ayam nasi putih gula secukup rasa garam secukup rasa sayur kangkong (sayur boleh diubah mengikut kehendak) telur serbuk perasa Cara: 1)tumbukkan cili hidup,cili padi,bawang merah,bawang putih dan belacan sehingga lumat. 2)goreng ikan bilis sehingga rangup dan di letakkan di mangkuk yang berasingan. 3)tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi. 4)masukkan ayam dan letakkan garam dan gula sehingga sebati 5)setelah itu, masukkan nasi putih dan gaulkan sehingga ramuan dan nasi tadi sebati 6)buat sedikit lubang dan pecahkan telur di tengahnya. 7)utk mengelakkan sayur kangkong lecuh,masukkan sayur kangkong pada waktu ini.sayur akan lebih segar. 8)masukkan serbuk lada sulah dan gaul hingga sebati. Cadangan Hidangan: 1)taburkan bawang goreng di atas hidangan. 2)jika tidak mahu masukkan telur di dalam nasi,telur boleh di goreng berasingan 3)boleh di makan bersama sos cili Tambahan: boleh dimakan bila2 masa samada waktu pagi,tengahari dan juga waktu malam buta 44. Nasi Goreng Ayam Rebus Bahan-Bahan: Bahan A: 3 pot beras (dibasuh) 3 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah ½ inci halia (bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk) Bahan B: ½ ekor ayam (dipotong kecil) 1 inci halia 600 ml air 1 biji lobak merah (dipotong dadu) Sedikit daun sup (dipotong halus) Sedikit garam Bahan C: 5 sudu besar minyak masak 2 biji bawang merah (dimayang) 2 ulas bawang putih (dihiris kecil) 10 tangkai cili padi (dipotong kecil) 10 ekor udang segar 2 sudu sos tiram Sedikit garam dan serbuk perasa Cara: 1. Ayam direbus sehingga masak bersama kesemua bahan B 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan A yang telah ditumbuk sehingga naik baunya. 3. Masakkan beras menggunakan air rebusan ayam beserta sebahagian daging ayam. Sebahagian lagi diasingkan.
  • 35. 4. Panaskan minyak (Bahan C), tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. 5. Masukkan udang segar dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan garam dan serbuk perasa. 6. Masukkan pula sebahagian ayam yang diasingkan tadi. 7. Masukkan nasi yang telah dimasak tadi dan gaul rata. Cadangan Hidangan: Hidangan untuk 2-3 orang. Tambahan: Bagi mereka yang alah dengan udang, boleh diganti dengan rencah lain yang bersesuaian. 45. Nasi Goreng Bawang Putih Bahan-Bahan: 1 labu bawang putih (dihiris) 2 sudu besar minyak 3 cawan nasi Cara: Panaskan minyak.Tumiskan bawang putih yang dihiris tadi sehingga kuning.Kemudian masukkan nasi dan gaulkan selama 5-7 minit.Kemiudian angkat. 46. Nasi Goreng Belacan Bahan-Bahan: 1 potong belacan ( ikut suka ) 30 biji cili padi ( ikut pedas ) 3 biji bawang merah 2 biji bawang putih Kicap secukup rasa Garam secukup rasa Nasi ( satu periuk -ikut suka) 3 biji telur ( didadar dan hiris halus ) Cara:
  • 36. Tumbuk lumat semua bahan A. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing. Masukkan kicap dan garam.Kacau rata. Akhir sekali masukkan nasi yg telah diramas dan telur hiris, goreng hingga sebati. Tambahan: Nasi goreng belacan ini memang pedas, selalunya saya guna segenggam cili padi, tapi boleh dikurangkan ikut suka anda. 47. Nasi Goreng Belacan Seafood Bahan-Bahan: 4 biji cabai hijau 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih sedikit daging ayam (dipotong kecil) 5 ekor udang 3 ekor sotong (dipotong kecil) 1 mangkuk besar nasi putih 2 sudu besar sos tiram sedikit belacan garam secukup rasa satu sudu kecil serbuk sup 2 sudu kecil gula sepotong kobis bunga sedikit minyak masak Cara: 1. Tumbuk cabai,bawang merah dan putih serta belacan. 2. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 ditumbuk ke dalam kuali. 3. Masukkan daging ayam,udang dan sotong.Biarkan ia dimasak sebentar. 4. Campurkan sos,garam,serbuk sup dan gula.Tunggu sehingga 3 minit. 5. Masukkan nasi serta sayur dan hidang. Cadangan Hidangan: Boleh dihidang untuk2-4 orang 48. Nasi Goreng Bercampur Bahan-Bahan: Cili padi 5/4 biji Bawah merah 1 biji Bawang putih 2 ulas(kecil) Bawang besar 1 biji Garam sesedap rasa Sotong Udang putih Fishball Kek ikan Telur Kicap
  • 37. Nasi Cara: Tumbuk cili dan kesemua bawang serta tumiskannya.kemudian potong udang, fish ball dan kek ikan. Jangan terlalu banyak. Masukkan udang tak telah di buang kulitnya. Gaulkan kesemuanya sehingga bau naik. kemudian masukkan telur kacau sebentar dan terus masukkan nasi serta kicap. Gaul kesemuanya dan hidangkan. Tambahan: Seandainya untuk ramai, tambahkan lagi resepinya. Dan kalau suka pedas, tambahkan cili dan sebaliknya. Seandainya anda tidak makan salah satu makanan laut itu, anda boleh gunakan yang lain. 49. Nasi Goreng Berempah Bahan-Bahan: 2 mangkuk nasi 2 sudu besar serbuk kari 5 tangkai cili kering ( dikisar ) 300 g udang 2 sudu besar sos tomato 5 ekor sotong garam secukup rasa 6 ulas bawang putih ( ditumbuk ) 8 biji bawang merah ( ditumbuk ) Cara: CARA MEMASAK 1. Gaulkan nasi dengan garam sehingga sebati. 2. Bersihkan udang dan potong sotong sekecil 1.5 cm. 3. Campurkan serbuk kari bersama cili kering dan kacau. 4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik baunya. 5. Masukkan rempah yang telah bercampur tadi dan masak sehingga garing. 6. Masukkan udang dan sotong dan masak sehingga kering. 7. Masukkan nasi tadi dan goreng sehingga sebati. Cadangan Hidangan: masukkan daun bawang dan juga cili merah yang dipotong dua Tambahan: koleksi resipi keluarga sendiri
  • 38. 50. Nasi Goreng Bermadu Bahan-Bahan: 2 pinggan nasi yang telah disejukkan 2 biji telur 6 ulas bawang putih(ditumbuk) 2 camca besar madu Garam secukup rasa Sedikit kunyit serbuk 5 biji kacang buncis (dipotong kecil-kecil 1 batang karot (dipotong kecil-kecil) 5 biji cili kering (direndam) 10 biji cili api (jika ada) ½ inci belacan 5 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar (ditumbuk lumat) Sedikit minyak Cara: Sebiji telur dipukul bersama kunyit, garam dan secolek madu hingga kembang. panaskan sedikit minyak, masak telur sambil dikacau sehingga hancur kemudian diangkat. Sebiji lagi telur dibancuh dengan cara yang sama tetapi dadarkan nipis. Angkat kemudian dipotong memanjang.(untuk hiasan) Kacang buncis dan karot digoreng hingga layu kemudian diangkat. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga kuning kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, masak hingga cili benar-benar masak, masukkan madu dan kacau hingga sebati. masukkan nasi, sayur yang digoreng tadi dan telur yang telah dihancurkan. Gaul hingga sebati. Angkat dan hidangkan bersama telur yang dipotong memanjang tadi. 51. Nasi Goreng Cendawan Bahan-Bahan: 2 pinggan nasi putih 50g daging ayam (dipotong dadu) 40g cendawan 30g sayur campur (frozen mix vege) 4/5 sudu sos tiram (bahan2 yg ditumbuk) 1 biji bawang besar ½ ulas bawang putih 2 sudu besar minyak masak (untuk menumis) garam secukup rasa 4/5 sudu air Cara: Panaskan minyak dalam kuali,kemudian tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga wangi.Masukkan daging ayam, goreng seketika sebelum memasukkan cendawan dan sayur campur.Masukkan air, tunggu seketika (dlm 30saat).Masukkan nasi, sos tiram, dan garam secukup rase.Gaul rata dan hidangkan. Bagi yang gemarkan makanan pedas, boleh juga menambahkan cili dalam masakan.
  • 39. 52. Nasi Goreng Gulung Dadar Bahan-Bahan: 1 cawan nasi 4 cawan ikan bilis goreng 3 sudu besar udang kepai (ditumbuk) 1 sudu besar cili kisar 3 tangkai cili padi - dihiris 2 sudu besar kicap 3 ulas bawang putih - dicincang 1 sudu besar bawang goreng - untuk tabur ½ sudu kecil hirisan daun sadri 1 urat kacang panjang - dihiris nipis Sedikit minyak untuk menumis 2 keping telur dadar Cara: Panaskan minyak, tumis bawang putih cincang hingga naik baunya masukkan cili kisar bersama udang kepai. Masukkan nasi diikuti kacang panjang da kicap kacau rata. Sebelum diangkat taburkan ikan bilis goreng, kacang tanah, cili padi (jika suka), bawang goreng dan daun sadri. Jika sudah cukup masin tidak perlu ditambah garam. Setelah siap gulung dalam telur dadar. 53. Nasi Goreng Hailam Bahan-Bahan: 600 gm daging 300 gm udang 300 gm sawi 300 gm tauge 150 gm kacang panjang 150 gm kucai 10 biji cili kering 10 biji lada putih 5 biji cili hidup 3 biji buah keras 2 biji telur (didadar) ¼ biji kubis 2 batang lobak 12 cawan nasi 1 ½ cawan minyak ½ cawan sos tomato 15 labu bawang merah 4 ulas bawang putih 4 sudu besar udang kering 3 keping tauhu 1 pokok daun saderi 1 pokok daun bawang 2.5 cm halia Garam secukup rasa Cara: Potong daging 2 cm x 2 cm dan rebus sehingga empuk. Toskan daging dan simpan airnya. Tumbuk atau mesin cili kering, cili hidup, lada putih, buah keras, halia, 5 labu bawang merah dan bawang putih. Potong sawi, kacang panjang, kubis dan lobak sepanjang 2.5 cm. Mayang 10 labu bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan potong 8. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang kering, udang dan daging rebus. Apabila kuning angkat. Masukkan ramuan yang dimesin dan campur dengan air rebusan daging. Biarkan hingga masak. Masukkan sos tomato dan garam. Masukkan sayur-sayuran satu persatu dan kacau. Masukkan nasi dan kacau hingga mesra. Angkat dan hidang di dalam pinggan. Taburkan telur dadar, bawang goreng, tauhu, daun saderi dan daun bawang.
  • 40. 54. Nasi Goreng Halia Bahan-Bahan: 1 mangkuk nasi putih,1 inci halia,2 biji telur ayam,sayur dingin beku,sedikit garam dan lada hitam. 1 camca besar mentega/butter,isi ayam 1 mangkuk kecil,4 tangkai kacang panjang dan tomato. Cara: Panaskan kuali disertakan dengan mentega sehingga cair.Selepas itu masukkan 1 inci halia yg dihiris halus2.Tumis sehingga naik bau.Masukkan sayur dingin beku,daging ayam cincang,dan kacang panjang.Selepas itu masukkan 1 mangkuk nasik dan kacau sehingga sempurna.Masukkan juga 2 biji telu dan juga tomato yang di belah empat. Cadangan Hidangan: Hidangan lebih menarik jika di hiasi dengan daun bawang serta bawang goreng. Tambahan: Enak di makan ketika musim hujan.Kerana halia dan lada hitam mampu menghangatkan tubuh badan seseorang. 55. Nasi Goreng Ikan Masin Pedas Bahan-Bahan: Nasi sejuk 3 batang cili padi 2 batang cili besar Sayur Campur ikan masin(digoreng rangup dan ditumbuk) 1 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 3 sudu minyak masak garam secukup rasa serbuk perasa Cara: Kisar halus cili padi,cili besar,bawang putih dan bawang merah.Panaskan minyak dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar tadi sehingga garing. Kemudian masukkan sayur campur dan biarkan seketika. Masukkan nasi,garam dan serbuk perasa dan suaikan rasanya. Cadangan Hidangan: bolehlah ditaburkan bawang goreng dan dimakan bersama dengan telur dadar. hidangkan ketika panas.
  • 41. 56. Nasi Goreng Ikan Rebus Bahan-Bahan: ikan kembung 1 ekor ( cari yg gemuk2) 1 keping asam gelugor Garam Serbuk perasa-jika mahu 3 sudu besar kicap pekat Sayur sawi dipotong2- ikut cita rasa 3 mangkuk nasik-pastikan lerai yer Bahan A 4 sudu besar minyak masak 5 ulas bayang putih 2 ulas bawang merah 3 potong cili padi Semua bahan dikisar yer Cara: ikan kembung di rebus bersama dgn asam keping dan sedikit garam kemudian lerai kan isi nya kemudian kisar atau tumbuk. Panas kan minyak masak dan tumis kan bahan A sehingga naik bau masuk kan isi ikan tadi goreng kan seketika sehingga isi ikan itu garing sedikit dan terus masukan nasi,kicap dan sawi gaul kan sehingga sebati Cadangan Hidangan: hidangan utk 2-4 org Tambahan: Hiasan kan dgn bawang goreng dan hirisan timun. sekian selamat mencuba 57. Nasi Goreng Kampung Bahan-Bahan: 200 gm nasi yang sudah dimasak 1 biji bawang putih (dimesin) 2 biji bawang merah 6 biji cili padi (dimesin halus) 2 biji cili merah 10 ekor ikan bilis 80 gm isi ayam atau isi udang (dipotong kecil) 2 biji telur ayam 3 tangkai kacang panjang Sedikit minyak untuk menumis Garam secukup rasa Cara: Tumiskan bawang sehingga naik baunya. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan isi ayam dan kacau sehingga ia masak. Pecah dan pukulkan telur seketika dan masukkan cili, kacau sehingga telur masak. Kemudian masukkan nasi, garam dan perisa. Kacau sehingga masak. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan cili merah.
  • 42. 58. Nasi Goreng Kampung Asli Mudah Bahan-Bahan: Bahan A 1. 1 sudu besar garam 2. 7 biji bawang merah (bwg kecil) 3. 5 biji bawang putih 4. Segenggam ikan bilis 5. 7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas) Bahan B 1. 5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai 2. 3 sudu besar minyak masak 3. Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm 4. 5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde,takpe) 5. Bawang goreng (kalau takde, takpe) 6. 5 sudu besar air masak. 7. Limau nipis atau limau kecil(yg selalu makan ngan asam boi) Cara: 1.Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat.Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jgn letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis & bwg yg melekat pada bahan2 tersebut, kira ok. 2.Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg tlh ditumbuk tadi hingga bwg jadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana je. 3.Bila dah naik bau, letak air sbyk 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yg tlg dipotong2 ta di (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk).Masak selama 1 minit lagi. 4.Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata. Cadangan Hidangan: Hidangan untuk 4 orang. Taburkan bawang goreng dan daun kesum yang dihiris halus tadi. Perahkan limau nipis/kecil secukup rasa ke atas nasi goreng yg telah siap. Boleh makan dgn kicap kalau suka @ kalau kurang masin :) Tambahan: Cara2 memasak kena ikut betul-betul supaya nasi goreng kampung anda menjadi & sedap. 59. Nasi Goreng Kunyit Asli Bahan-Bahan: 4 mangkuk nasi sejuk ½ genggam ikan bilis 3 sudu besar minyak sedikit garam Bahan dihiris: Cili padi (6-8 biji) Bawang kuning/benggala (½ biji) Bawang merah (2 ulas) Bawang putih (2 ulas) Satu inci kunyit hidup Sebiji telur Sedikit kubis bulat
  • 43. Cara: Panaskan 1 sudu minyak. Goreng telur (hancur-hancurkan)- siap diangkat. Tambah 2 sudu minyak. Goreng ikan bilis (garing) - siap diangkat. Tumis semua bawang, cili padi dan kunyit. Setelah naik bau, masukkan telur,bilis,nasi dan kubis. Sedikit garam. Kacau sehingga rata. sedia untuk dihidang. Cadangan Hidangan: Untuk 2-3 orang dewasa. Tambahan: Makan panas-panas...power! 60. Nasi Goreng Lada Hitam Bahan-Bahan: ½ sudu teh lada hitam kasar 2 cili kering digunting kecil2 2 ulas bawang putih utk tumisan 3 ulas bawang merah utk tumisan ½ sudu besar minyak sapi ½ sudu teh serbuk pati ayam 1 biji Telur (goreng hancur) 2 sudu besar mix vegetable 2 senduk nasi 1 sudu besar minyak Cara: Masukkan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili kering, pati ayam, lada hitam, telur hancur dan mix vegetable. Goreng sekejap lepastu masukkan nasi. Cadangan Hidangan: Tak perlu garam kerana pati ayam dah sememangnya masin. Boleh ditambah mengikut citarasa. Tambahan: Breakfast/Bekal ideal untuk orang bujang yang sibuk. 61. Nasi Goreng Petai Bahan-Bahan: 3 mangkuk nasi putih 5 ulas bawang merah - mayang 3 ulas bawang putih - mayang 1 mangkuk isi udang 2 sudu kecil cili api kisar 1 mangkuk petai 1 labu bawang besar - dimayang sederhana tebal Garam
  • 44. 1 mangkuk isi sotong Cara: Tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili api kisar. Masak hingga cili benar benar masak. Masukkan isi udang dan isi sotong - masak hingga separuh masak. Masukkan petai, bawang besar, garam. Bila bawang sedikit layu, masukkan nasi putih dan gaul sebati. Sedia untuk dihidang. Tambahan: Jika anda suka lebih pedas, tambahkan lebih cili api kisar. 62. Nasi Goreng Sardin Special Bahan-Bahan: Nasi (2 pot) 1 tin kecil sardin 1 labu bawang besar-tumbuk atau kisar 3 ulas bawang putih-tumbuk atau kisar 2 ulas bawang kecil-tumbuk atau kisar 2 sudu cili kisar secekak kacang panjang dipotong kecil 1 batang lobak merah dipotong dadu sedikit gula sedikit garam sedikit asam jawa Cara: 1. tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau 2. perahkan sedikit asam jawa, garam dan gula 3. masukkan sardin dan hancur-hancurkan sardin tersebut 4. masukkan nasi, kacang panjang dan lobak merah. gaul hingga sebati. sedia untuk dihidangkan Cadangan Hidangan: 2 ke 3 orang. boleh dimakan bersama salad 63. Nasi Goreng Sayur & Daging
  • 45. Bahan-Bahan: 400 gm daging tanpa lemak (dipotong kecil) 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 sudu kecil halia (diparut halus) 2 sudu besar minyak jagung 1 biji cili capsicum (dipotong) 200 gm 'snow peas' 800 gm nasi 3 sudu besar kicap 2 sudu kecil minyak bijan hitam 80 gm daun bawang (dihiris kecil) Garam & serbuk lada sulah secukup rasa Cara: Panaskan kuali tanpa lekat, masak daging bersama halia & bawang putih selama 8 -10 minit. Angkat, ketepikan. Panaskan minyak jagung, tumis cili capsicium, kacang hijau 'snow' selama 3 minit. Masukkan nasi, kicap, minyak bijan hitam & goreng hingga rata. Campurkan daging yang digoreng tadi & kacau lagi hingga sekata selama 5 minit. Masukkan garam & serbuk lada sulah, gaul hingga rata. Setelah masak, angkat & taburkan daun bawang yang dihiris kecil. 64. Nasi Goreng Sea Food Bahan-Bahan: 4 ekor sotong(dipotong) 10 ekor udang putih(dibuang kulit) 3 biji fish ball(dipotong 3) 1@½ kek ikan 1 biji telur 5 biji cili padi 1 biji bawang besar 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih(kecil) garam sesedap rasa sedikit minyak nasi kicap Cara: Tumbukkan cili, bawang merah dan putih serta garam. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi kemudian tumiskan sehingga bau naik. Masukkan sotong,udang,fishball dan kek ikan. Kacau sehingga ia mulai masak dan terus masukkan telur. Gaul kesemuanya. Kemudian masukkan nasi dan kicap.gaul sekali lagi sehingga rata dan hidangkan. Cadangan Hidangan: Hidang seperti biasa bubuh daun sup diatasnya serta sediakan limau purut. Tambahan: Seandainya untuk ramai tambahkan resepi begitu juga sebaliknya. 65. Nasi Goreng Siam
  • 46. Bahan-Bahan: Bahan A: -1 mangkuk nasi putih -2 ulas bawang merah -1 biji telur -minyak utk menumis Bahan Sos: -2 biji cili merah -1 ulas bawang putih -1 camca besar sos tomato -1 camca besar sos cili -1 camca kecil cuka -1 camca kecil gula -½ camca kecil garam] (bawang putih dan cili shj dikisar atau ditumbuk.. kemudian baru dicampur semua bahan sos) Bahan B: -5 ketul isi ayam(seketul sebesar 2inci) -3 camca besar tepung gandum -1 camca besar rempah kari ayam/daging -1 biji telur -garam secukup rasa -minyak utk menggoreng Bahan Hiasan: -3 hirisan timun - 1 helai salad Cara: Bahan A: -panaskan minyak -tumis bawang merah hingga naik bau -masukkan bahan sos, kacau rata -masukkan nasi dan gaul hingga sebati -akhir sekali masukkan telur -goreng hingga masak.ketepikan Bahan B: -campurkan tepung, rempah, telur dan garam dlm satu mangkuk (buat macam goreng pisang) -celupkan ayam dan goreng hingga masak Cadangan Hidangan: Letakkan salad di tepi pinggan.Letakkan ayam goreng tadi atas daun salad. Letakkan nasi goreng di tengah2 pinggan. Susun timun ditepinya. Tambahan: Kalau suka pedas, masukkan cili padi dlm bahan sos. Selamat mencuba 66. Nasi Goreng Thai Istimewa Bahan-Bahan: 1 ¾ mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau ia nasi untuk nasi ayam) 2 biji telur 2 sudu teh tomyam paste kesukaan anda (lebihkan jika mahu lebih perisa) 1 sudu besar sayur campuran atau lobak yang dihiris halus memanjang 2 sudu teh cili boh (lebihkan jika mahu pedas) 1 sudu teh serai yang dihiris halus 1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus 3 atau 4 ekor udang besar sedeharna (seperti udang harimau) yang telah dicelur Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng secukupnya Kepingan limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun sup untuk dihias
  • 47. 2 atau 3 batang cili padi dihiris halus 1 keping daun limau purut dihiris halus (lebih halus lebih bagus) 3 sudu teh kicap manis Minyak untuk ditumis Cara: Pijarkan sesudu makan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana. Pecahkan telur dan gorenglah ia seperti scrambled egg hingga masak. Taruh sayur campur, nasi, udang, daun limau purut, lengkuas dan serai. Kacau hingga rata secukupnya. Masukkan cili boh, tomyam paste, cili padi dan kicap manis. Gorenglah hingga sebati dan sampai naik bau harumnya. Hidangkan Cadangan Hidangan: Semasa dihidang, taburkan hirisan ayam, daun sup dan bawang goreng diatasnya bersamaan kepingan limau nipis. Perahkan limau itu semasa hendak dimakan. Tambahan: Sssedap dimakan panas-panas...POWER!!! Cukup untuk 2 orang 67. Nasi Goreng Tomyam Bahan-Bahan: 1 mangkuk besar nasi putih 4 ulas bawang putih - hiris 5 ulas bawang merah - hiris 100 gm udang kecil 100 gm isi ayam - dipotong kecil Garam 2 kiub tomyam knorr 2 batang kacang panjang - potong kecil 1 batang carrot - potong kiub Gula Cara: Tumis bawang merah, putih hingga naik bau. Masukkan kib tomyam, isi udang dan ayam. Masak 1 minit. Masukkan kacang panjang, carrot, gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak 2 - 3 minit, sedia untuk dihidang. Cadangan Hidangan: Hidang dengan telur mata kerbau dan hirisan cili merah.
  • 48. 68. Nasi Goreng Udang Bahan-Bahan: Bawang Merah 4 ulas ( ditumbuk) Bawang Putih 2 ulas ( ditumbuk ) Udang sederhana besar 6 ekor sayur kobis garam timun batang ( dicincang ) Cara: panaskan minyak tumiskan bawang merah & bawang putih. setelah garing keemasan, masukkan udang. gorengkan seketika. kemudian masukkan sayur kobis. Akhir sekali masukkan nasi putih bersama garam secukup rasa. Cadangan Hidangan: sesuai makan masa bersahur. Tambahan: resepi ini adalah hidangan untuk dua orang, kalau ramai maka gandakan bahan-bahan tadi 69. Nasi Goreng Ulaman Bahan-Bahan: 400 gm nasi putih 100 gm dada ayam 3 ulas bawang putih 1 batang lobak merah Sedikit daun selom Sedikit daun basil Sedikit daun pegaga 1 batang serai 3 cm halia muda 1 sudu besar sos tiram ½ sudu teh serbuk lada sulah ½ sudu teh serbuk belacan 2 biji limau kasturi 2 sudu besar minyak masak Sedikit garam Cara: Hiris daun selom, basil, pegaga, serai, halia muda, bawang putih dan lobak. Satukan sos tiram, serbuk lada sulah dan serbuk belacan. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan isi ayam. Biar hingga masak. Setelah itu, masukkan nasi. Gaul sebentar, kemudian baru masukkan campuran sos tiram, serbuk lada sulah dan serbuk belacan. Campur satu sudu besar air dan gaul rata. Kemudian, masukkan ulaman yang dihiris dan air limau kasturi. Gaul sebati.
  • 49. 70. Nasi Ikan Bahan-Bahan: 4 cawan beras 6 cawan air 1 cawan santan pekat ½ cawan minyak sapi 1 labu bawang besar (dimayang) 5 ulas bawang kecil (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 4 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis Beberapa kuntum bunga cengkih 6 ekor isi ikan kembung ½ cawan ikan bilis (dikisar halus) Secubit garam Beberapa helai daun pandan Cara: Basuh beras, tos & ketepikan. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih sehingga naik aroma. Masukkan isi ikan kembung & biarkan sedikit masak. Campurkan ikan bilis, tunggu sedikit garing, masukkan air, santan & daun pandan. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, garam & beras. Kacau sehingga mesra & biarkan nasi betul-betul masak. 71. Nasi Kari Bahan-Bahan: 375 gm beras 300 gm air 75 gm susu cair - jadikan susu masam 1 biji limau kasturi - jadikan susu masam 1 labu bawang besar - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 3 sudu besar minyak sapi 1 sudu besar minyak masak 3 sudu besar rempah kari 3 cm kulit kayu manis 3 kelopak bunga lawang 2 biji pelaga 4 kuntum bunga cengkih 3 sudu gajus kisar 3 sudu bawang goreng 3 sudu gajus goreng 1 helai daun pandan Garam secukup rasa Cara: Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumis bawang hiris hingga wangi diikuti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga, kacau hingga wangi. Masukkan rempah kari serta gajus kisar. Apabila rempah garing masukkan air, susu masam, garam dan daun pandan simpul. Apabila mendidih masukkan beras. Tutup periuk dan masak seperti memasak nasi biasa. Apabila kering, taburkan gajus goreng dan bawang goreng, kacau rata. Hidangkan bersama daging ketumbar dan salad timun.
  • 50. 72. Nasi Kesum Ulam Raja Bahan-Bahan: 300 gm nasi 3 sudu kecil lada hitam - ditumbuk 5 ulas bawang merah - dimayang halus 300 gm isi ikan kurau - bakar dan hancurkan 3 sudu besar kerisik 15 helai daun kesum - dimayang halus 2 tangkai daun ulam raja 1 kuntum bunga kantan - dihiris 1 batang serai - ditumbuk halus Garam dan air rendaman asam gelugur Cara: Gaul isi ikan dengan lada hitam, kerisik, serai, garam dan air asam gelugur hingga rata. Isikan nasi dalam mangkuk, gaul dengan campuran ikan bakar, daun kesum mayang dan kantan hingga rata dan cukup asam garamnya. Isi dalam pinggan dan hias dengan daun ulam raja. Enak dimakan bersama sambal dain. 73. Nasi Kuning Bahan-Bahan: 1 ½ cawan beras 1 ½ cawan air 1 ½ sudu teh serbuk kunyit 1-2 cm kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 1 pelepah daun sup 1 biji bawang besar (dimayang halus) sedikit minyak (untuk menumis) Cara: Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan kayu manis. Cengkih dan bawang yang sudah dimayang tadi sehingga kuning. Sementara itu cuci beras serta toskan airnya. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama serbuk kunyit dan air. Masaklah sehingga kering kemudian tutupkan periuk serta perlahankan api. 74. Nasi Kunyit Bahan-Bahan: 5 mangkuk kecil nasi putih i biji telur sosej/daging ayam dipotong kecil(ikut kesukaan) 1 sudu kecil kunyit minyak masak 1 ulas bawang putih dihiris 1 ulas bawang putih dihiris ½ ulas bawang besar dihiris
  • 51. sedikit lada sulah garam secukup rasa aji no moto secukup rasa Cara: panaskan minyak. Tumis bawang besar, kecil dan putih sehingga keluar bau.Masukkan sosej/daging ayam dan tunggu sehingga kekuningan.Kemudian,masukkan telur dan kacau.masukkan garam, aji no moto sebelum memasukkan nasi. Kemudian, masukkan kunyit dan lada sulah. Cadangan Hidangan: Hidang dengan sos cili atau sos tomato..sedap..:) 75. Nasi Minyak Bahan-Bahan: ¼ cawan minyak sapi 2 ulas bawang putih (dicincang) 2 labu bawang besar (dihiris) 4 kuntum bunga cengkih 2.5 sm kulit kayu manis 6 biji buah pegaga 6 biji lada putih atau lada sulah (ditumbuk) 2 cawan beras 2 cawan air 1 cawan susu cair ½ camca kecil serbuk kunyit ½ cawan kismis Cara: Goreng bawang besar dan bawang putih dengan minyak sapi hingga kuning. Campurkan rempah-rempah kecuali kunyit. Biarkan selama lima minit. Masukkan beras, air, susu cair dan kunyit. Kacau kemudian ditutup dan biarkan hingga kering. Masukkan kismis dan kacau hingga rata. Hidangkan dan tabur bawang merah yang telah digoreng ke atasnya. 76. Nasi Minyak Ayam Bahan-Bahan: 2 tin susu beras beriani 2 tin susu air 3 camca sedang minyak sapi 1 camca sedang rempah beriani 2 camca sedang air limau nipis ½ cawan susus cair 1 cawan isi ayam, disiat halus Sedikit bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, garam dan serbuk perasa Bahan-bahan dikisar halus: 3 sm halia 3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah Cara: Bersihkan beras dan sejat. Panskan minyak sapi. Tumis bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan bahan -bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah beriani, isi ayam, air dan beras. Kacau hingga sebati. Setelah mendidih masukkan air limau, susu cair, garam dan serbuk perasa. Kacau perlahan-lahan. Tanak hingga nasi masak menggunakan api kecil.
  • 52. 77. Nasi Minyak Lauk Kurma Daging & Acar Rampai Bahan-Bahan: Bahan untuk nasi: 5 cawan beras dicuci & di toskan bunga lawang, bunga cengkih,kulit kayu manis & buah pelaga. marjerin untuk menumis 5 biji bawang merah & 2 cm halia dikisar 3 sudu besar tomato puri & 3 sudu besar susu pekat manis 1 kotak kecik kismis garam secukup rasa Bahan untuk kurma daging: ½ kilo daging dipotong dadu 200 gram bawang besar india dimayang 200 gram halia dimayang kulit kayu manis,bunga lawang 1 mangkuk pati santan 1 peket rempah kurma adabi 2 biji ubi kentang dipotong 4 3 biji cili merah dipotong memanjang garam secukup rasa Bahan untuk acar rampai: 5 biji bawang merah & 2 cm halia dikisar 5 cm halia dimayang halus cuka bawang besar dipotong , timun, cili besar & lobak merah dipotong memanjang garam & gula secukup rasa Cara: cara memasak nasi: Tumis bunga lawang, bunga cengkih,kulit kayu manis & buah pelaga bersama majerin.bila naik bau,masuk bawang merah & halia yang dikisar.Apabila bawang kekuningan,masukan 6 cawan air,puri tomata,susu pekat manis & garam secukup rasa.Apabila air mengelegak,masukan beras yang ditoskan & masak nasi sehingga masak.apabila nasi telah masak, gaulkan kismis kedalam nasi. Cara memasak kurma daging. Tumis bawang besar india,halia, kulit kayu manis& bunga lawang. Apabila bwang kekuningan,masukan daging & rempah.Apabila daging separuh empuk, masukan santan $ ubi kentang kentang.Sebelum diangkat, masukan cili besar & garam secukup rasa. Cara memasak acar rampai: Tumis bawang mera,halia dikisar & halia yang dimayang halus Apabila bawang kekuningan, masukan cuka & gula secukup rasa. Tutup api & msuk timun, lobak & cili.Gaul hingga sebati. Tambahan: Untuk menyedapkan masakan kurma daging, hendaklah dimasak dengan api yang sederhana kecil supaya pecah minyak & meresap rempah pada daging. 78. Nasi Paprik
  • 53. Bahan-Bahan: 5 pinggan nasi putih 1 kilo isi ayam/daging 6 biji cili padi/api (hiris2) 3 ulas bawang merah (hiris halus2) 2 ulas bawang putih (juga hiris) ½ batang serai yg cincang 5 sudu cili sos 2 sudu tomato sos 1 sudu sos tiram 3 batang kacang panjang (potong pendek2) 2 sudu bawang goreng Garam secukup rasa Minyak masak Cara: Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih. Lepas kuning tumis dengan cili api pulak. Lepas tu tumis dengan segala sos tadi, serai & kacang panjang.Letak sket air jike mengelegak. Selepas mengelegak masukkan kacang panjang. Tumis sekali lagi sampai naik bau. Sesudah naik bau masukkan garam dengan ayam, biarkan beberapa minit sehingga naik bau. 79. Nasi Tomato Bahan-Bahan: 4 cawan beras (dikosek & ditoskan) 185 gm marjerin/minyak sapi 2 kuntum bunga cengkih ½ kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 5 cm kulit kayu manis 1 labu bawang besar (dicincang) 155 gm puri tomato dalam tin 1.8 leter air rebusan yang cair Garam secukup rasa 60 gm daun saderi yang telah dicincang-jika suka 1 sudu bawang merah yang telag digoreng Bahan Tumbuk: 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 1 hiris halia Cara: Pijarkan lemak diatas api yang sederhana & tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.Masukkan bahan tumbuk & teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar & goreng hingga layu. Kecilkan api & tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan & masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit. Masukkan air rebusan & garam secukup rasa.Biarkan cecair telah diresap. Kecilkan api, Tanaklah nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi & kacau, kemudian isikan ke dalam pinggan.Hiaskan dengan bawang merah goreng & hidangkan panas-panas dengan masakkan masakkan yang lain. Cadangan Hidangan: Untuk 8-10 orang saja 80. Nasi Udang Dan Nanas
  • 54. Bahan-Bahan: 250 gm udang sederhana besar, dikupas kulitnya Sedikit garam dan serbuk lada sulah 1 camca besar gula 2 camca besar tepung jagung 4 camca besar minyak sapi WINDMILL GHEEBLEND 6 ulas bawang putih, dihiris halus 200 gm nanas, didadu 15 biji bawang besar, dihiris nipis dan digoreng 3 biji cili merah, dihiris Daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina, dicincang untuk hiasan Cara: Perap udang bersama garam, serbuk lada sulah, gula dan tepung jagung. Gaul rata dan ketepikan. Panaskan minyak sapi WINDMILL GHEEBLEND di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan nanas dan kacau hingga masak. Angkat. Masukkan udang dan nanas tadi ke dalam nasi panas. Tabur bawang goreng, lada merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina. Hidangkan panas-panas. 81. Nasi Ulam Seri Desa Bahan-Bahan: 4 cawan nasi putih yang masih panas 2 helai daun salad 4 helai daun mengkudu 1 tangkai daun saderi 1 helai daun kunyit 2 helai daun cekur 2 tangkai daun selasih 1 genggam daun pegaga 1 batang serai; sedikit daun pudina 2.5 sm. halia dan lengkuas 2 helai daun limau purut 1 ekor ikan selar dibakar 2.5 sm padu ikan kering digoreng 2 labu bawang besar 1 cawan kelapa digoreng hingga kuning; ditumbuk halus 1 sudu lada perasa; sedikit ajinomoto Tomato dan bawang besar untuk hiasan Cara: Daun-daun itu semuanya dimayang halus. Ikan kering dan ikan selar ditumbuk halus. Gaulkan segala jenis daun dengan kerisik, bawang besar dan nasi yang masih panas. Garam secukup rasa. Renjiskan dengan ajinomoto. 82. Pulut Kuning Bahan-Bahan: 2 cawan beras pulut (dikosek & ditoskan) air yang mencukupi untuk meliputi pulut 1 sudu serbuk kunyit (dicampurkan) 2 ulas bawang putih ¼ sudu garam 1 ¾ cawan santan 2 helai daun pandan Cara: Masukkan bawang putih ke dalam air kunyit & rendamkan beras pulut ke dalamnya selama sekurang-kurangnya 3 jam. Toskan beras itu & buangkan bawang putih itu. Satukan garam & santan dalam sebuah periuk besar. Kacaukan hingga mendidih & masukkan beras pulut & daun pandan. Teruskan mendidih selama 1 minit, Kemudian kecilkan api.Masak dengan bertutup hingga pulutnya masak & kering. Buangkan daun pandan. Isikan pulut itu ke dalam pinggan & hidangkan panas-panas dengan rendang atau singgang ayam. Cadangan Hidangan: Untuk 4-6 orang saja Tambahan:
  • 55. Masakkan ini dihidangkan semasa jamuan-jamuan perayaan. 83. Pulut Kuning Berinti Bahan-Bahan: 400 gm pulut 150 gm serunding daging 4 sudu besar bawang goreng 3 biji telur ayam 1 cawan santan pekat 3 sudu kecil serbuk kunyit Cara: Cuci beras pulut dengan bersih dan rendamkan dalam air bersama serbuk kunyit (8 jam). Kukus pulut hingga separuh masak, angkat dan gaulkan dengan santan pekat. Kukus semula hingga kembang. Pukul telur hingga kembang dan goreng nipis. Kemudian gulung telur dan potong nipis. Sediakan acuan (ikut suka). Taburkan 2 sudu serunding di bahagian bawah acuan dan masukkan sesenduk besar pulut di atasnya. Tekan dengan sudu yang dicelup dengan air agar ia tidak melekat. lapis seterusnya taburkan sesudu bawang goreng dan telur di atas pulut tadi. Masukkan lagi sesenduk besar pulut dan ditekan rata menutupi bawang goreng dan telur tadi. Ulangi proses melapis, 5 lapisan hingga habis. 84. Pulut Manis Bahan-Bahan: 1 kg pulut 1 ½ biji kelapa (ambil santan sebanyak 4 cawan) 1 kg gula Halwa kundur (untuk hiasan) Sedikit pewarna ros Cara: Rendam pulut dengan pewarna ros semalaman & dikukus. Setelah masak, angkat pulut tersebut. Kemudian masakkan santan & gula. Apabila likat, masukkan pulut & kacau sehingga sebati & kering. Apabila kering, angkat & masukkan ke dalam acuan & hias dengan halwa kundur. 85. Pulut Panggang
  • 56. Bahan-Bahan: 500 gm beras pulut (dikosek & ditoskan) 1 ½ cawan pati santan 1 helai daun kunyit 2-3 sudu minyak jagung 90 gm udang kering (direndam,dibersihkan & ditumbuk) Bahan Tumbuk: 2 batang lada merah 10 ulas bawang merah ½ sudu lada sulah 4 biji buah keras 1 culas bawang putih ½ biji kelapa (dibuang kulit arinya & dipatutkan & ditumbuk) Daun pisang untuk membungkus (dilayurkan) 2 helai daun pandan 1 sudu garam 2.5 cm kunyit hidup 1 sudu ketumbar (direndang) 1 sudu belacan (dibakar) ½ sudu gula pasir 1 sudu garam Cara: Dalam sebuah kuali mungkum,gaulkan pulut,santan,daun kunyit,daun pandan & garam. Kukuskan campuran itu hingga pulut masak tetapi tidak terlalu kembang (benyet).Keluarkan daun-daun itu & ketepikan pulut. Pijarkan minyak atas api yang sederhana & gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit lagi.Masukkan kelapa,kacau & gorenglah sehingga kering. Jaga jangan sampai hangus. Rasalah garamnya & angkat dari api. Sejukkan. Bubuh sedikit pulut di atas pisang.Bentukkan supaya menjadi gulungan-gulungan leper sepanjang 13 cm. Bahagikan inti dengan sama rata,& gulung ketat-ketat untuk membungkusnya. Sematkan bungkusan itu dengan lidi. Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama 30 minit, dengan membalik-baliknya selalu. Hidangkan panas-panas atau sejuk dalam bungkusan. Cadangan Hidangan: Untuk membuat 14 bungkus Tambahan: Jika menggunakan udang hidup sebagai ganti udang kering,ganda-duakan banyaknya. 86. Soto Nasi Impit Bahan-Bahan: 1 ekor ayam 1 cekak serai 1 buku lengkuas 1 inci halia 6 ulas bawang merah 1 bungkus sup bunjut adabi 1 ½ bungkus kecil rempah sup adabi 1 cawan santan pekat Daun sup Daun bawang Bawang goreng Taugeh Kacang goreng Nasi impit Cara: Rebus ayam hingga empuk dan toskan. Kisar serai, lengkuas, halia dan bwg merah, kemudian tumis hingga naik bau. Masukkan air rebusan ayam. Bancuh serbuk rempah sup dengan air dan masukkan ke dalam sup soto. Masukkan juga sup bunjut, garam dan ajinomoto. Akhir sekali masukkan santan dan kecilkan api. Rebus hingga masak. Sementara itu, carik isi ayam yang telah direbus dan celur taugeh seketika. Cadangan Hidangan: Letak nasi impit yg telah dipotong ke dalam mangkuk. Letak taugeh yang siap dicelur di atasnya diikuti isi ayam. Kemudian letak daun sup dan daun bawang, dan kacang. Jgn lupa bawang goreng. Masukkan sup soto yang telah masak dan makan dengan kicap cili.
  • 57. Tambahan: Kisar setengah genggam cili padi, 2 sudu gula, 5 sudu kicap masin kipas udang. Kalau nak lebih sedap masukkan 2 sudu bawang goreng semasa kisar. 87. Bubur Campur Labu Manis Bahan-Bahan: 1.Labu manis-separuh 2.500gm tepung pulut 3.400gm gula 4.100gm sagu putih 1.Serbuk pewarna(hijau)-secubit 2.Daun pandan-empat helai 3.Santan cair 4.santan pekat 5.sedikit garam 6.air secukupnya Cara: 1.Bersihkan labu manis kemudian potong dadu(ikut cita-rasa)kemudian masak bersama air dan daun pandan(biarkan mendidi),adun tepung pulut dengan sedikit sedikit air dan pewarna(seperti adunan donat)buatkan bentuk bulat sekecil ibu jari kemudian masukan ke dalam labu yang telah mendidi tadi sehingga habis.gaulkan sentiasa. 2.masukan butiran sagu,gaulkan sehingga masak.3.masukan sedikit garam dan gula secukup rasa.masukan santan cair.perlahankan api,gaul dan akhir sekali masukan santan pekat.angkat. Cadangan Hidangan: boleh dihidang untuk pencuci mulut samada sejuk atau panas. 88. Bubur Aneka Cendawan Bahan-Bahan: 225 gm beras 1750 ml air 1 ekor ikan kembung (direbus) 6-10 biji lada hitam 3 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 camca besar minyak 3 sm halia (dimayang) 150 gm cendawan butang 100 gm cendawan hitam 100 gm cendawan tiram 2 camca besar minyak bijan 2 camca santan pekat Garam secukup rasa Cara: Masak beras bersama air. Tumbuk isi ikan bersama lada hitam, bawang merah & bawang putih. Panaskan minyak, tumis halia dan masukkan semua cendawan yang dipotong nipis. Apabila masak, masukkan minyak bijan dan
  • 58. ketepikan. Apabila beras cukup kembang & air hampir kering, masukkan campuran isi ikan & santan. Kacau selalu hingga menggelegak. Akhir sekali masukkan cendawan goreng & kacau rata. Sewaktu bubur dihidang, taburkan daun bawang, cili merah & bawang goreng. Hidang untuk 4-6 orang. 89. Bubur Ayam (I) Bahan-Bahan: 300 gm beras, dicuci bersih 2 sm halia, dititik 3 batang serai, dititik ½ ekor ayam Air secukupnya Garam secukupnya Sedikit daun bawang dan daun sup Cara: Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan garam. Kacau hingga rata. Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata. Masak sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup. 90. Bubur Ayam (II) Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (disiang, dipotong kecil-kecil & diperasakan) Garam & lada sulah secukup rasa 1.2 liter air 4 ulas bawang merah (dicincang) 5 cm halia (dihiris) 250 gm udang hidup (dibuang kulit & uratnya) 1 cawan beras (dikosek & ditoskan) 1 sudu kicap cair 1 cawan pati santan 2 tangkai daun bawang (dicincang) 1 tangkai daun sup (dicincang) Serbuk perasa secukup rasa Bahan Tambahan: 3 sudu bawang merah goreng 1 keping telur dadar (digulung & dihiris halus) 6-8 batang lada merah (dibuang bijinya & dicincang) Kicap cair & kicap pekat Cara: Satukan ayam yang telah diperasakan, air, bawang merah & halia dalam sebuah periuk. Jerang di atas api yang sederhana & biarkan hingga mendidih. Masukkan udang & masaklah selama 1 minit. Masukkan beras, kicap cair, serbuk perasa & perasakan secukup rasa. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkkan api. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 20-30 minit, dengan mengacaunya selalu untuk mengelakkan daripada melekat & berkerak. Masaklah hingga berasnya kembang, kemudian masukkan santan. Sesuaikan rasanya & masak dengan berkacau selama 5 minit. Angkat dari api & isikan ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan daun bawang & daun sup. Hidangkan panas-panas, dengan bahan-bahan tambahan dalam pinggan yang berasingan.
  • 59. Cadangan Hidangan: Untuk 4-6 orang saja MY©2008 Create a Free Website
  • 60. RESEPI IBU Masakan & Selera Malaysia y Home y Aneka Nasi y Aneka Nasi 2 y Aneka Mee y Aneka Sayur y Aneka Lauk-Pauk y Aneka Lauk-Pauk 2 y Aneka Kuih-Muih y Pencuci Mulut y Aneka Puding y Tambahan - Western Food ANEKA LAUK-PAUK 2 41. Ayam Goreng Ala Kentucky Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dipotong ikut suka) 3 biji telur (dipukul) 1 cawan beras (ditumbuk halus) Sedikit garam Bahan digiling halus: 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh lada hitam 1 sudu teh ketumbar Cara: Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang telah digiling, perapkan selama 1/2 jam. Celupkan ke dalam telur, kemudian digolekkan ke atas beras yang telah ditumbuk halus. Panaskan minyak dan gorenglah hingga masak. 42. Ayam Goreng Pedas Bahan-Bahan: 1 ekor ayam - dipotong 12 ketul 1 biji putih telur - dipukul Minyak untuk menggoreng Bahan-bahan untuk disalut dengan ayam : (Bahan-bahan ini digaul semua sekali) 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu besar serbuk kari/cili Sedikit garam Cara: 1. Bersihkan ayam, tos dan gaulkan dengan putih telur. Kemudian gaulkan dengan tepung tadi. 2. Panaskan minyak. Setelah itu masukkan ayam yang telah siap disalut tepung ke dalam minyak panas. Goreng sehingga kekuningan. Tambahan: Hidangkan dengan sos cili.
  • 61. 43. Ayam Goreng Salut Tepung Bahan-Bahan: 8 ketul ayam 3 sudu besar tepung jagung ½ sudu teh ketumbar Kunyit ½ sudu teh serbuk lada sulah 1 biji telur - dipukul sedikit Garam Cara: Bersihkan ayam dan tuskan airnya. Gaul tepung bersama serbuk ketumbar, lada sulah, garam dan kunyit. Celup ayam di dalam telur dan setelah itu lumur denagn campuran tepung tadi. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Hidangkan. 44. Ayam Lemak Cili Padi Bahan-Bahan: 1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian 2 liter pati santan Garam dan serbuk perasa secukup rasa Bahan-bahan ditumbuk: 30 gm cili api 250 gm bawang besar 60 gm kunyit hidup 100 gm buah keras 90 gm serai Cara: Masuklah Bahan-bahan tumbuk serta sedikit air ke dalam periuk. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga kering. Setelah itu masukkan pati santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Sambil dikacau hingga pekat dan sebati. 45. Ayam Masak Merah Bahan-Bahan: Bahan untuk dikisar: 30 gm cili kering 30 gm halia 20 gm bawang putih 90 gm serai 200 gm bawang besar 300 gm tomato 200 gm minyak masak Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa 1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak Cara: Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering
  • 62. bolehlah diangkat 46. Chicken Chop Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (diambil peha dan dada) 1 biji telur 1 biji tomato 1 helai daun salad Sedikit daun pasli Sedikit lada sulah 20 gm potato chip (digoreng) 20 keping biskut tawar (dikisar halus Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam) Bahan sos: 1 biji lada buah 1 biji bawang besar 2 sudu besar sos cili ½ batang lobak merah 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos lea & perrin 2 ulas bawang putih (dicincang halus) Cara: Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan. 47. Asam Pedas Special Bahan-Bahan: Bahan A Minyak masak Sedikit garam dua ibu jari lengkuas 3 helai daun limau purud ½ Serai dititik Bahan B 15-20 batang Lada basah blender(kalau tak ada lada kering pun boleh) sedikit belacan 3-4 ulas bawang merah(bawang kecil) 2-3 ulas bawang putih sedikit halia sedikit kunyit sedikit garam bahan c 2 keping asam keping sedikitt Air asam bunga kantan daun kesum/cenohom sedikit air garam serbuk perasa Cara: Tumis bahan A hingga naik bau..,mmmm sodap aromanya! kemudian, setelah blender kesemua bahan B, masukkan ke dalam A yang naik baunya itu,tumis hingga didih sikit, barulah masuk kesemua bahan C dan tunggu hingga didih... Cadangan Hidangan: makan 2-5 orang
  • 63. Tambahan: Aduhaiii... tak pernah rasa sedap macam nih..semua org akan tanya , apa rahsia? Ha..,inilah rahsianya! 48. Ayam & Sayuran Masak Paprik Bahan-Bahan: 500 gm ayam dipotong kecil Sedikit sotong, udang, daging 4 biji tomato 1 batang carrot 1 peket jagung muda 100 gm bunga kobis 100 gm brocolli 2 helai daun limau purut 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 sudu besar cili kisar 5 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa Cara: Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik. 49. Ayam Masam Pedas Bahan-Bahan: 1 ekor ayam 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih sedikit lengkuas sedikit halia 2 tangkai cili kering 2 keping asam gelugur garam serbuk perasa sedikit budu Cara: ayam dipotong 12 dan dibersihkan. bawang putih, bawang merah, lengkuas, halia dan cili kering dihiris/mayang. Masukkan ke dalam satu mangkuk, tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit budu. Ramaskan bahan-bahan ini sehingga separuh lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk berisi ayam, tambahkan air dan asam keping. Rebus sehingga ayam empuk dan naik bau. 50. Ayam 1000 Rasa Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (sederhana besar) Bahan-bahan untuk dikisar:
  • 64. 1 mangkuk kecil air 4 sudu minyak masak 3 sudu kicap manis 3 sudu kicap manis 4 sudu sos tiram 3 sudu sos tomato 2 sudu jus oren 2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk) 1 sudu buah badam (ditumbuk) 1 inci belacan Sedikit garam dan sebuk perasa 1 inci halia 4 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering Cara: 1. Ayam dipotong kepada bahagian yang lebih kecil dan dibuang tulangnya. 2. Setelah dibersihkan, perap ayam selama 2 jam bersama kicap, sos tiram,sos tomata dan jus oren. Masukkan juga lada hitam bersama buah badam yang telah ditumbuk. 3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan sehingga naik baunya. 4. Masukkan belacan dan garam serta serbuk perasa. Masukkan air 5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga masak. Cadangan Hidangan: Enak dibuat lauk untuk nasi dan mee goreng. Hidangan untuk 4 orang 51. Steak Daging Bujang Bahan-Bahan: bahan A : ½ kg daging dihiris leper bahan B(kuah): secawan kicap manis 2 sudu besar black paper 1 sudu besar tebung jagug ½ cawan air putih secubit ajinomoto 1 sudu teh gula Cara: masukkan semua bahan B kedalam mangkuk.. gaul hingga sebati.. masukkan daging dan di perap 10 minit..( lagi lama lagi sedap) panaskan sesudu minyak masak dalam kuali leper.. masak daging sehingga empuk... kemudian masukkan kuah kicap tadi(bahan B).. biar 1-2 minit... siap untuk dihidangkan.. Cadangan Hidangan: untuk 2-3 orang... tapi kalau saya, sorang jer Tambahan: black paper boleh letak sebanyak yang kita suka ikut citarasa masing-masing 52. Bifstik Daging
  • 65. Bahan-Bahan: 600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka 300 gm kentang, dihiris dan digoreng 2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng 1 tin kecil kacang pis 2 camca sedang kicap pekat 2 biji tomato, dibelah empat 3 biji bawang besar, dihiris bulat 1 tin kecil puri tomato 5 tangkai cili hijau, dibelah dua 2 camca sedang minyak sapi Air untuk mengempukkan daging Garam secukupnya Bahan-bahan tumis: Pelaga Kulit kayu manis Cengkih Bahan-bahan digiling lumat: 1 camca teh lada putih 1 biji bawang besar 1 camca teh jintan manis 2 ulas bawang putih 1 sm halia Cara: Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat. 53. Daging Masak Merah Bahan-Bahan: 300 gm daging lembu 2 biji bawang besar (dihiris) 3 ulas bawang putih (dititik) 125 gm sos tomato 4 sudu besar cili kering (dikisar) Sedikit kicap cair Garam secukup rasa Sedikit air Minyak untuk menumis Cara: Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.
  • 66. RESEPI IBU Masakan & Selera Malaysia y Home y Aneka Nasi y Aneka Nasi 2 y Aneka Mee y Aneka Sayur y Aneka Lauk-Pauk y Aneka Lauk-Pauk 2 y Aneka Kuih-Muih y Pencuci Mulut y Aneka Puding y Tambahan - Western Food ANEKA KUIH-MUIH Apam Balik Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum ½ cawan gula ½ camca kecil soda bikarbonat 1 camca kecil pewarna kuning 1 biji telur 1 ½ cawan air ½ camca kecil baking powder 1 cawan kacang tanah (dimesin)- bahan tabur 1 tin jagung - bahan tabur 1 cawan gula - bahan tabur Sedikit mentega Cara: Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan. Apam Kukus Bahan-Bahan: 3 biji telur 1 ½ cawan gula 2 cawan tepung gandum ¾ cawan air suam 1 camca besar baking powder
  • 67. Cara: Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam. Apam Seri Ayu Bahan-Bahan: 3 biji telur ½ cawan santan atau susu ½ camca kecil soda bikarbonat ¼ cawan susu Sedikit garam Sedikit tepung 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula ½ camca kecil ovallete (jika ada) 1 cawan kelapa parut Garam secukup rasa Cara: Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit. Buah Melaka Special Bahan-Bahan: tepung pulut air pandan sedikit garam sedikit air kapur 1 ketul ubi keledek bersiaz kecil gula kabung/melaka dipotong kecil kelapa parut (putih) Cara: 1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam. 2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung. 3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab. 4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
  • 68. 5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat. 6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut. Tambahan: 1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa. 2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya Masalodeh Rangup Bahan-Bahan: 1 kg kacang dal 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 2 ulas bawang puteh 1 cm halia sedikit jintan puteh sedikit belacan Sedikit air sedikit garam sedikit serbuk perasa ajinomoto Daun Kari Minyak untuk menggoreng Bahan A :Kacang dal direndam semalaman. Toskan kan . Kisarkan hingga hancur. Bahan B : Cili kering, 2 ulas bawang puteh & 2 ulas bawang merah, halia,jintan puteh dan belacan dikisar dengan sidikit air.masukan garam dan serbuk perasa. Bahan C: daun kari dicincang halus, mayang bawang merah Cara: Masukan bahan A kedalam bekas adunan, kemudian masukan bahan B. Gaulkan hingga sebati .Masukkan daun kari yang dipotong nipis -nipis & bawang yang dimayang tadi kedalam adunan tadi. gaulkan sehingga sebati. kemudian kepalkan samada bulat atau leper bergantung kepada anda. Gorengkan hingga naik warna kuning. Toskan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba..... Cadangan Hidangan: Hidangan untuk 4-5 orang Tambahan: Sesuai dimakan masa minum petang bersama dengan minuman panas &
  • 69. sejuk Muffin Pisang Bahan-Bahan: 2 cawan tepung ¾ gula castor 1 cawan butter (yg sudah dicairkan) 4 biji pisang (yg sudah masak) 1 biji telur besar 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil bicarbonat soda ½ sude kecil garam ½ sudu kecil serbuk cinnamon Cara: ayak tepung, bicarbonat soda, baking powder, garam dan cinnamon. Di dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang dan masukkan telur, gula dan butter. Pukul hingga sebati, dan masukkan adunan kering dan masukkan perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cup. Kuih ini akan mengembang. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20 minit. Cadangan Hidangan: Ianya sesuai dimakan pada waktu petang dan dihidangkan bersama teh o panas. Hmm..yummy.. Apam Gula Hangus Bahan-Bahan: 3 gelas gula pasir 3 biji telur 4 gelas tepung gandum 3 camca brsar susu tepung ( dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas) 3 camca kecil soda bikarbonat Cara: Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus. Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu. Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit. Apam Pisang
  • 70. Bahan-Bahan: 4 biji telur 1 cawan gula 6 biji pisang 2 cawan tepung gandum 1 camca kecil soda bikarbonat 1 camca kecil baking powder Secubit garam Cara: Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit. Apam Tepung Beras Bahan-Bahan: 600 gm tepung beras yis secukupnya air sejuk 2 cawan gula pasir pewarna merah 1 biji kelapa acuan apam Cara: Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung beras dan yis. Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah. Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Donat (I) Bahan-Bahan: 1000 g tepung gandum 11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan 340 g (1 ½ cawan) air 60 g (2/3 cawan) teung susu penuh krim 100 g (2 biji) telur 180 g (1 cawan) marjerin 60 g (6 camca besar) gula pasir halus 10 g (1 camca besar) garam 14 g (1 camca besar) serbuk penaik Cara:
  • 71. Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut sehingga licin. Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga dua kali ganda saiz asal. Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm. Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung. Biarkan kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama kira -kira 30-40 minit. Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak pada suhu 170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan. Seliputi donat segera dengan gula aising sebelum dihidangkan. Karipap Ayam Bahan-Bahan: ½ kg tepung gandum 1 sudu besar lemak sayuran 5 biji ubi kentang 1 peket rempah kari daging 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 tangkai daun kari 2 ketul isi ayam (dada)- ptg dadu Sedikit kayu manis Sedikit halia Sedikit Gula/garam/serbuk perasa Cara: Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam. Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai. Untuk membuat intinya: Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering. Sedia utk membuat karipap. Tambahan: Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap. Mentega juga poleh digunakan.
  • 72. Lapis Batik Bahan-Bahan: 500 gm tepung ubi 150 gm tepung gandum 400 gm gula pasir 8 cawan santan 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil Coconut Pandan Pewarna hijau, kuning dan lain-lain Cara: Campurkan hingga rata semua bahan di atas kecuali pewarna. Kemudian adunan tersebut ditapis. Sementara itu panaskan kukusan. Kemudian tuangkan 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan pewarna-pewarna pilihan mengikut kesukaan. Ulangi sehingga 3 lapis. Bila selesai kukus hingga masak. *terlebih dulu loyang hendaklah disapukan minyak agar tidak melekat Roti Jala Bahan-Bahan: 1 kilo tepung gandum 2 biji telor ayam 1 tin susu cair Carnation 1 sudu marjerin Sedikit garam Setitik pewarna kuning Cara: Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur. Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair. Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga. Tepung Pelita