1. Barbeque Ayam Berempah

Bahan-bahannya

1 kg ayam @ 1kg kepak ayam
4 sudu besar serbuk cili
5 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
10 batang serai(dihiris halus)
2 sudu besar jintan manis (blender kering)
1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

     caranya

     Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan ke
     dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering.
     Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap lebih
     sedap)



2.Ayam Masak Lemak Daun Kunyit

Bahan-bahannya

Ayam seekor di potong ikut selera
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Cili Api kampung 20 biji
- Sedikit halia
- Sedikit lengkuas
- dua biji tomato dibelah empat
- Sedikit kunyit serbuk
- Sehelai daun kunyit disimpul
- Santan RM1.00 bahagikan dua

caranya
Kisarkan cili, bawang, halia, kunyit, dan lengkuas. Kemudian
     masukkan kedalam periuk. Masukkan ayam dan jerang diatas api yang
     sederhana.
     Agak2 isi ayam dah memutih sedikit masukkan satu bahagian santan
     dan campur semangkuk air sejuk dan serbuk kunyit kacau hingga
     sebati dan biar dia menggelegak seketika.
     Kemudian masukkan daun kunyit yang disimpul tadi dan buah tomato.
     Kacau biar sebati masukkan satu bahagian santan lagi.
     Bila menggelegak masukkan garam, ajinomoto dan bolehlah padam
     api.



3.Ayam Percik Special

Bahan-bahannya




     1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit
     supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)
     Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
     3 batang serai
     2 inci halia
     3 biji bawang putih
     4 biji bawang merah
     Bahan B:
     1 1/2 cawan air asam jawa pekat
     7 sudu besar gula
     garam secukupnya
     Bahan C:
     6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas
     kurangkan sikit)
     1 cawan santan pekat

     caranya

     Panaskan kuali dan masukkan minyak.
     Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula,
     bila agak pekat masukkan air asam jawa.
     Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
     Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili
     kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh
pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik
     yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
     Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah
     percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam
     tadi telah pun pun dimasak)
     Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama
     kuahnya.



4. Ayam Berempah Ala Sate
Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam
Bahan untuk dikisar:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit serbuk kunyit
garam
gula melaka

caranya

     Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga
     hancur.
     Perapkan bersama ayam selama 6 jam.Selepas itu gorenglah dgn api
     sederhana dan tutup sehingga ayam masak.
     Selamat mencuba



5. Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya

Bahan untuk dikisar:
30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak
caranya

     Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang
     sudah dikisar hingga garing.
     Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup
     rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata.
     Apabila telah kering bolehlah diangkat.




6. Ayam & Sayuran Masak Paprik

Bahan-bahannya

500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

caranya

     Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian
     masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.
Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging,
     sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
     Masukkan daun limau purut untuk baunya.
     Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.



7. Ayam Panggang Lemak

Bahan-bahannya

1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka
hati.
Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan
Seinci halia
Seinci kunyit hidup
10 ulas bawang merah sederhana besarnya.
10 biji bunga cengkih
3 keping asam keping
5 helai daun limau parut
Sehelai daun kunyit
3 Helai daun salam
Garam secukup rasa

caranya

     Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk
     bawang putih dan bawang merah.
     Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan.
     Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau,cengkih,
     kayu manis, asam keping dan garam.
     Kacau santan sampai rata sehingga agak panas.
     Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana.
     Setelah kering santan, barulah diangkit.
     *Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar.
     *Susun dengan taburan sohon goreng.



8. Ayam Bersos Tiram & Cili Kering

Bahan-bahannya
½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
3 sudu besar sos tiram
Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

caranya

     Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan
     sedikit sahaja garam.
     Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-
     agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang
     putih (dengan minyak yg sedikit).
     Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili
     kering. Kacau dengan api yang perlahan.
     Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut
     telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.
     Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.



9. Ayam Bakar Mayonis
Bahan-bahannya

1 ekor ayam yang bersaiz serdahana
1 bungkus kecil rempah kari ayam
5 sudu mayonis
Sedikit garam dan kunyit

caranya

     Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
     Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan
     maryonis ke atas ayam tersebut dan biarkan selama 1 jam sebelum
     dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau oven.
10. Ayam Masak Siam

Bahan-bahannya

5 ketul dada ayam
2 ketul kiub ayam
2 sudu besar lada giling
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 biji bawang besar(potong 4)
2 batang serai (dititik)
4 helai daun limau purut
1 biji limau purut (ambil airnya)
Sedikit minyak untuk menumis

caranya

      Dada ayam dipotong kecil-kecil.
      Tumiskan halia, bawang putih dan cili giling hingga naik bau.
      Masukkan kiub ayam,serai dan daun limau purut.
      Masukkan isi ayam yang telah dipotong-potong.Tutup
      masakan dengan penutup sebentar.
      Apabila ayam hampir masak, perahkan limau nipis dan masukkan
      bawang besar.
      Tumis sebentar dan angkat untuk dihidangkan.



11. Gulai Lemak Ikan Haruan

Bahan-bahannya

1 ekor ikan haruan
kelapa parut 1/2 biji
Cili api - 6/7 btg, asam keping,serbuk kunyit,bawang,garam secukup rasa.

caranya

      Ikan dibersihkan.
      Tumbuk cili padi sampai lumat.
      Dalam periuk,masukkan santan yg telah diperah,ikan,cili,asam
      keping,dan garam secukup rasa.Masak sehingga kuah pekat.
12. Ikan Merah Bersos Cili

Bahan-bahannya

400 gm ikan merah
150 gm cili kering
75 gm serai
100 bawang putih
100 bawang merah
1/2 sudu besar belacan
1 liter minak masak
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
10 helai daun limau purut
100 gm cili sos

caranya

     Pearapkan isi ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Angkat
     dan toskan.
     Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan yang
     dikisar sehingga naik baunya.
     Masukkan sos ikan , gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika.
     Atur ikan yang telah digoreng di dalm pinggan. Kemudian tuangkan
     sos yang telah siap tadi diatasnaya dan bolehlah dihidangkan.



13. Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahannya

seekor ikan siakap(sederhana besar)
-2 batang serai dititik
-satu inci halia dipotong halus
-daun bawang, sup
-sebiji bawang besar dihiris bulat
-cili besar(belah dua) dan asam boi
-rempah tomyam(botol),minyak jagung
-2keping nenas keping, jeruk mempelam
gula,garam & bahan perasa(secukup rasa)

caranya
ikan dibersihkan dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang
     sesuai).
     masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan
     asam boi.
     hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam.
     masukkan bancuhan rempah tomyam (setengah cawan),satu sudu
     makan minyak jagung,garam dan gula (secukup rasa) .Kukuslah
     selama lebih kurang 10 minit.



14. Ikan Cencaru Goreng Terutup

Bahan-bahannya

3 ekor ikan cencaru (bersihkan)
-lada kering*
-bawang merah*
-sedikit halia*
-2 batang serai*
-air asam jawa
-garam,gula & sedikit perasa
-minyak masak
(kisar bahan yg bertanda * )

caranya



     goreng ikan cencaru
     panaskan minyak
     masukkan bahan2 yg dikisar tadi
     biarkan hingga naik bau
     masukkan sebatang serai yg telah dititik
     masukkan ikan cencaru yg telah digoreng tadi
     masukkan sedikit air asam jawa,garam, gula dan sedikit perasa..
     biarkan selama 2 minit
     mesti sedap punya... Selamat mencuba



15. Bawal Masam Manis

Bahan-bahannya
1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula

caranya

     Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering.
     Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama
     15 minit.
     Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam
     pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang
     besar.
     Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih.
     Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat
     dan tuangkan atas ikan hingga rata.



16. Ikan bungkus daun pisang

Bahan-bahannya

3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah-kisar halus
2 ulas bawang putih-kisar halus
3 sm halia-kisar halus
1 batang serai-kisar halus
2 sudu besar cili pes
1 helai daun kunyit-hiris halus
1 keping asam-hiris halus
100 ml santan
Garam dan gula secukup rasa

caranya
Tumiskan bahan kisar (sebentar sahaja)
     dan masukkan cili pes,asam jawa,dan santan.Angkat.
     Gaulkan garam dan gula.Apabila rasanya seimbang,gaulkan ramuan
     ke atas ikan.Gaul rata.
     Bungkus ikan dengan daun pisang(seekor setiap bungkusan)dan
     ratakan ramuan serta lipat.
     Bakar di atas arang api sehingga wangi.
     Hidang panas.



17. Bawal Kukus Bersama Sos Kicap Halia


Bahan-bahannya

600 gm bawal kecil
20 gm halia muda. diracik halus
100 gm tomato, diracik halus
100 gm cendawan hitam
5 gm garam
Sedikit lada putih
1 gm minyak bijan
10 gm cili merah, diracik halus
15 gm daun parsli cina
60 gm minyak halia
100 gm kicap cair
20 ml stok ikan

caranya

     Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam,
     garam, lada putih dan minyak bijan.
     Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama cili
     merah, lebihan tomato, dan parsli segar.
     Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan.



18. Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahannya
1 kilo ikan keli [dipanggang]
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi)
1 mangkuk santan pekat
sedikit santan cair
sedikit buah cekur
hirisan daun cekur
sedikit garam
sedikit perasa

caranya

      Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih,
      dan buah cekur sehingga lumat.
      MAsukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan
      dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
      MAsukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang
      sederhana.
      Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat,
      gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
      Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi..
      Senang jerkan ....kalau pedas lagi best..
      Selamat mencuba



19. Cencaru Bersumbat

Bahan-bahannya

2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg berat
Minyak untuk dilengser
1 ½ camca besar mentega-untuk disumbat
½ biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat
8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahaja-untuk disumbat
1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat
3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat
1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat
½ cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat
½ camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat
1 camca besar cili giling-untuk disumbat
Garam secukup rasa-untuk disumbat
1 biji telur-untuk disumbat
½ cawan serbuk roti-untuk disumbat

caranya

     Cairkan mentega di dalam periuk.
     Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang dan
     bawang putih. Kacau hingga wangi.
     Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata. Angkat
     dan masukkan garam, telur dan serbuk roti.Kacau hingga ia sebati.
     Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit
     minyak. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui
     bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam
     perut ikan. Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c.
     Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. Siat kulit
     ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih.



20. Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahannya

600 gm ikan pari
300 gm bendir
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Bahan-bahan digiling halus:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia

caranya

     Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak.
     Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing.
     Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air
     asam jawa. Kacau rata.
Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan
     garam. Kacau rata.



21. Daging Gulung Bakar

Bahan-bahannya

4 biji kentang, direbus dan dilenyek
200 gm keju parut
Sedikit garam
½ camca teh serbuk lada putih
1 camca teh jintan putih, ditumbuk halus
1 cm halia, dikisar
Sedikit daun ketumbar
5 ulas bawang putih, ditumbuk
500 gm daging cincang
2 batang lobak merah, diparut

caranya

     1 cm halia, dikisar
     Sedikit daun ketumbar
     5 ulas bawang putih, ditumbuk
     500 gm daging cincang
     2 batang lobak merah, diparut



22. Daging Masak Kicap Lada Hitam

Bahan-bahannya

1kg Daging
- 1 Sudu besar lada hitam ditumbuk
- 2 biji cili masak dibelah dua
- halia sebesar ibu jari dihiris
- 4 ulas bawang merah di mayang
- 2 ulas bawang putih di mayang
- 2 batang serai diketuk
- 5 biji cili api diketuk
- 5 sudu besar kicap pekat tamin
- 3 sudu besar cuka
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- 5 sudu besar minyak untuk menggoreng
- garam dan ajinomoto secukup rasa

caranya

     Terlebih dahulu Daging direbus. Kemudian dipotong kecil-kecil.
     Panaskan kuali, kemudian tumiskan halia, bawang putih dan bawang
     merah sehingga wangi. Kemudian masukkan daging, lada hitam,
     kicap, cuka, cili api dan serai. Kacau rata dan tambahkan dgn sedikit
     air rebusan daging tadi. Gaul lagi hingga mendidih.
     Sekiranya kuah menjadi kering, tambahkan lagi air rebusan daging
     tadi, kemudian masukkan bawang besar garam dan serbuk perasa
     secukupnya.
     Bila kuah dah agak pekat sedikit, bolehlah dipadamkan api.



23.Daging Berempah

Bahan-bahannya

300 gm daging
10 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih
3 camca serbuk rempah kari
1 biji kelapa (ÂĽ cawan dibuat kerisik)
2 cm halia
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
ÂĽ cawan kerisik
2 sudu minyak makan
1 helai daun limau purut
Garam

caranya

     Daging dicuci & potong ikut suka.
     Tumbuk halia & gaul bersama daging. Bawang merah & putih
     dimayang halus.
     Panaskan minyak & tumiskan bawang, cengkih, bunga
     lawang & kayu manis. Bila bawang kuning,
     masukkan rempah, daging & santan cair.
Bila empuk daging, kecilkan api & masukkan pati santan. Masak
      sampai pekat.
      Bubuh daun limau purut, kerisik & garam sambil di kacau supaya
      jangan hangus



24. Daging Masak Merah

Bahan-bahannya

300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

caranya

      Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga
      empuk.
      Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis
      bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering.
      Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang
      telah dipotong tadi bersama sedikit air.
      Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak
      kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika
      & angkat.



25. Daging Goreng Lada Hitam

Bahan-bahannya

Daging (dihiris halus)
Lada hitam secukup rasa
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Kesemua bahan di tumbuk.
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap pekat
Garam
Bahan perasa

* Sukatan bahan2 adalah mengikut jumlah daging yg digunakan & mengikut
agakan puan-puan sendiri.

caranya

     Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika (10
     min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap)
     Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang telah
     diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan tutup
     kuali hingga daging empuk.
     Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering,
     masukkan hirisan bawang besar.



26 .Daging Goreng Cili Padi

Bahan-bahannya

Daging (dihiris nipis)500g
Cili padi 10 ulas
Bawang besar 3 biji
Halia 1/2 inci
Sos Tiram 2 sudu makan
Garam secukup rasa
Gula sedikit(jika suka)
Cili merah potong menyerong
Limau kasturi 2 biji (jusnya)

caranya

     Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar;
     Daging digoreng hingga garing. Seeloknya daging batang pinang agar
     lembut. Setelah itu angkat;
     Tumis bahan (1) di atas hingga garing;
Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang
     besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah.
     Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi;
     Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit dan
     bolehlah dihidangkan.



27. Daging Masak Serai

Bahan-bahannya

Daging Masak Serai
1 kilo daging
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5 inci halia
2 batang serai
sedikit gula melaka
1 sudu budu
sedikit lada hitam
garam

caranya

     serbuk perasa
     bawang merah,putih dan halia dimayang halus
     masukkan kedalam periuk bersama sama daging yang telah dihiris,
     serai diketuk,masukkan air untuk dibuat kuah.
     masukkan semua bahan bahan tadi dan dibiarkan menggelegak.



28. Bergedel Goreng

Bahan-bahannya

125 gm daging cincang/kisar
5 biji besar ubi kentang (direbus & dibuang kulitnya)
2 camca mentega
Garam & lada sulah secukup rasa
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
6 ulas bawng merah (dihiris & digoreng hingga garing)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 biji kuning telur
½ camca buah pala parut
Sedikit serbuk perasa
Putih telur dari 1 biji telur
Minyak makan yang banyak untuk menggoreng sedikit serbuk perasa

caranya

     Lecekkan ubi kentang bersama-sama 1 camca.
     Mentega & bubuh serbuk perasa secukup rasa.
     Campurkan daging, bawang putih bawang merah & mentega
     selebihnya dengan kentang yang telah dilecek.
     Campurkan pula dengan bahan-bahan uyang lain kecuali minyak &
     putih telur. Sesuaikan rasanya.Bentukkan bulat-bulat seperti bola &
     leperkan sedikit.
     Pijarkan minyak di atas api yang sedrhana.Celupkan bergedel-gedel itu
     dalam putih telur & gorengkan.
     Apabila telah masak & kekuning-kuningan,angkat & toskan minyaknya
     betul-betul di atas kertas dapur.
     Hidangkan panas-panas dengan nasu putih



29. Bifstik Daging

Bahan-bahannya

600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka
300 gm kentang, dihiris dan digoreng
2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng
1 tin kecil kacang pis
2 camca sedang kicap pekat
2 biji tomato, dibelah empat
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 tin kecil puri tomato
5 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 camca sedang minyak sapi
Air untuk mengempukkan daging
Garam secukupnya
Bahan-bahan tumis:
Pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih
Bahan-bahan digiling lumat:

1   camca teh lada putih
1   biji bawang besar
1   camca teh jintan manis
2   ulas bawang putih
1   sm halia

caranya

       Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar.
       Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga
       kuning.
       Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk
       baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang,
       kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.



30. Daging Masak Sambal Halia

Bahan-bahannya

½ kg Daging
½ inci halia (dihiris)
2 biji kentang (dipotong 4 dan di goreng)
1 ulas bawang besar (dihiris)
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula (secukup rasa)
Minyak (untuk menumis)
Bahan dikisar:
9-11 keping cili kering
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 ½ inci halia


caranya

       Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia yang telah dihiris.
       Tumis hingga naik bau.
       Masukkan bahan yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik bau.
       Masukkan daging,biar hingga keluar airnya,baru dikacau. Tunggu
       hingga daging masak.
Masukkan air asam jawa. Tunggu hingga ia mengelegak. Masukkan
        kentang dan bawang besar.
        Masukkan secukup rasa gula dan garam. Biarkan ia pekat




31. Singgang Daging Terengganu
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
500 g daging, tanpa lemak

Bahan-bahan A
5 g (1 sudu makan) biji ketumbar          ditumbuk kasar
2 g (1 sudu teh) lada hitam

Bahan-bahan B
4 g (2 sm) lengkuas
4 g (2 sm) halia              dihiris
4 g (2 sm) kunyit
4 g ( 4 biji) cili kering, dipotong anggaran 2 sm dan dibuang biji
10 g daun kesom, tanpa batang
5 g (3 keping) asam keping
60 g (5 biji) bendi, dipotong tangkai dan hujung ekor
210 g (2 biji) ubi kentang, dipotong 2.5 sm x 2.5 sm
3 g (1/2 sudu teh) garam
2 liter (8 cawan) air, untuk merebus daging

Cara memasak

   1.   Daging dibersihkan dan dipotong nipis (1/2 sm - 3/4 sm).
2. Rebus daging hingga empuk. Sekiranya daging tidak empuk, tambahkan air dan
      biarkan sehingga air rebusan menjadi 4 cawan. Masukkan bahan-bahan (A), (B),
      ubi kentang dan rebus lagi dengan api perlahan.
   3. Masukkan asam keping dan garam secukupnya.
   4. Bila mendidih, masukkan cili kering yang dipotong. Bila daging dan ubi kentang
      sudah cukup empuk, masukkan bendi, daun kesom dan kacau balik-balikkan.
   5. Bila bendi sudah agak masak, angkat dan hidangkan.

Berat satu hidangan: 280 g




32. Kerutup Ayam (Lauk Nasi Dagang)
Hidangan untuk 10 orang

Bahan-bahan
1 kg ayam, dipotong 10 dan dibuang kulit
10 g (10 biji) cili kering
200 g (20 ulas) bawang merah
15 g (3 ulas) bawang putih        (A) dikisar halus
10 g (2 sm) halia
10 g (2 sm) lengkuas
200 g kelapa parut dibuat kerisik
60 g (6 sudu makan) rempah kerutup, dibancuh dengan 1/4 cawan air
10 g (1 sudu makan) gula/gula melaka
5 g (2 keping) asam keping
20 g (1 batang) serai diketuk
30 g (4 sudu makan) minyak sayuran
100 g (6 - 8 biji) cili hijau
250 ml (1 cawan) air
5 g (1 sudu teh) garam

Cara menyediakan kerisik

       1. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan kekuningan.
    2. Tumbuk atau kisar kelapa goreng semasa ia masih panas sehingga lumat dan mengeluarkan
       minyak.

Cara memasak kerutup

    1. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) bersama rempah kerutup, serai, garam, gula dan asam
       keping sehingga wangi.
       2. Masukkan ayam dan kerisik, tambahkan air dan masak sehingga pekat.
       3. Masukkan cili hijau untuk menambah perisa.
       4. Perlahan api dan biarkan sebentar, kemudian angkat.
       5. Hidangkan lauk ini bersama nasi dagang.

Berat satu hidangan: 160 g




33. Asam Pedas Sayur Keladi
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
300 g (1) pohon keladi (batang bersama ubi)
5 g (2 sm) kunyit hidup   (A)
10 g (5 biji) cili padi   ditumbuk halus
80 g (4 sudu makan) tempoyak
20 g udang kering/geragau basah
2 g (2 keping) asam keping                                      Bahan (B)
3 tangkai daun kesom (pilih daun dan batang kecil)
10 g (2 sudu teh) garam
1250 ml (5 cawan) air

Cara memasak

      1. Bersihkan sayur keladi dan buang kulit pada batangnya.
      2. Potong sepanjang 5 sm dan manakala ubi keladi dipotong dadu.
   3. Celur batang dan ubi keladi di dalam air mendidih selama lebih kurang 3 minit dan toskan.
      4. Campurkan bahan (A), (B) dan air ke dalam periuk.
      5. Kacau hingga sebati dan masak hingga mendidih.
      6. Masukkan batang keladi, ubi serta garam dan kacau. Biarkan seketika.
      7. Kecilkan api dan masak sehingga ubi empok.
      8. Angkat dan hidangkan.

Nota:

   1. Sukatan tempoyak boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing dan jenis tempoyak
      (masam/manis).
   2. Resipi ini adalah satu pilihan dari pelbagai hidangan sayuran. Selain dari lazat, ianya sesuai
      untuk hidangan rendah lemak.

Berat satu hidangan: 160 g




34. Daging Panggang ala Kelantan
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
1 kg daging tanpa lemak
30 g (6 sm) halia
80 g (8 ulas) bawang merah                               (A) ditumbuk halus
20 g (seketul besar ibu jari) kunyit hidup
70 g (3 batang) serai
20 g (4 sudu teh) lada sulah
10 g (2 sudu teh) garam

Untuk Hiasan
5 helai daun salad
1/2 biji timun
1 biji tomato

Cara memasak

      1. Daging dicuci dan dipotong 5.
   2. Perap daging dengan bahan (A) bersama garam dan lada sulah selama 1 jam.
      3. Panggang daging sehingga masak.
   4. Potong daging kepada kepingan nipis dan hidang bersama timun, tomato, daun salad dan
      sambal air asam.

Berat satu hidangan: 200 g

Sambal Air Asam

Bahan-bahan
100 g (10 biji) cili merah
50 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 sm) halia                ditumbuk halus
30 g udang kering
20 g belacan
20 g air asam jawa, dicampur dengan 1 cawan air
3 g (1/2 sudu teh) garam

Cara menyediakan

   1. Campurkan bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa dan garam.
   2. Hidangkan dengan daging panggang.
35. Kerabu Mangga Muda
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
350 g (5 biji) mangga muda, dibuang kulit dan diparut halus
20 g (1 biji) bawang besar, dimayang
10 g (1 biji) cili hijau, dipotong dadu
10 g (1 biji) cili merah, dipotong dadu
100 g sotong basah saiz sederhana, dicelur sehingga empuk dan dipotong bulat
10 g (1 sudu makan) udang kering, ditumbuk halus
10 ml (1 sudu makan) cuka
10 ml (1 sudu makan) jus limau nipis/kasturi
5 g (1 sudu teh) garam
10 g (2 sudu teh) gula

Hiasan
100 g kacang gajus panggang/kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)

Cara memasak
1. Masuk kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul.
2. Hiaskan dengan taburan kacang gajus/kacang tanah tumbuk dan hidangkan.

Berat satu hidangan: 80 g




36. Ayam Masak Gulai TempoyakJerantut



Bahan-Bahan:

Ayam ½ ekor                                      bawang kecil 1 biji
15 biji cili padi(ikut rasa)                                   serai 2-3 batang
kunyit hidup ½ inci                                            Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak)
garam secukup rasa



Cara:

Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau.
Tumbuk kunyit,cili padi,garam,bawang kecil sehingga lumat dan titikkan serai kemudian gaulkan bahan dengan tempoyak.
tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2-3 gelas air.masak ayam
dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah garam jika
perlu.. selamat mencuba...

Cadangan Hidangan:

Sedap dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman..pada waktu tengahari atau malam.

Tambahan:

Bertambah sedap jika dipanaskan 1-2 kali lagi...kuih semakin pekat..jika tempoyak baru dan dibuat oleh orang
jerantut..lagiiiii..kaw..percayalah..




37. Begedil Istimewa



Bahan-Bahan:

10 keping roti gardenia (direndam dgn sedikit air masak)       Bahan B
                                                               daging ayam / lembu yang di kisar
2 Biji telur ayam (di pukul dgn sedikit garam)
                                                               garam secukup rasa
Bahan A                                                        minyak masak
5 tangkai lada merah segar
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Daun sup
Daun bawang

Cara:

Mayang bahan A. gaul semua bahan A dan B sehingga rata. masukkan roti yang telah kembang satu demi satu ke dalam
adunan dan ramas. masukkan secubit garam.

apabila adunan telah boleh di bentuk, kepalkan adunan seperti ikut saiz yg di ingini. panaskan minyak di kuali.

balut adunan dengan telur tadi dan goreng sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

sedap di makan dengan nasi atau begitu sahaja.

Tambahan:

pastikan begedil di balikkan selalu semasa memasak. masak dengan api yang sederhana.
38. Asam Pedas Ayam



Bahan-Bahan:

½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong               6 biji bawang merah, digiling
2 keping asam gelugur                                      1 sm halia, digiling
1 cawan minyak masak                                       Sedikit belacan, digiling
1 ikat daun kesum                                          4 tangkai cili merah, digiling
Gula dan garam secukupnya                                  2 ulas bawang putih, digiling
2 cawan air                                                1 sm kunyit basah, digiling
10 tangkai cili kering, digiling

Cara:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga
mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak
baru diangkat.




39. Ayam bakar enak



Bahan-Bahan:

3 camca besar minyak masak                                 2 batang serai
Sedikit garam                                              1 cm kunyit
1 ekor ayam                                                8 biji bawang merah
1 camca besar perahan limau nipis
500 ml santan daripada 1 biji kelapa                       Disangrai dan ditumbuk:
                                                           1 camca teh jintan putih
Bahan dikisar:                                             1 camca teh lada hitam
8 biji cili merah                                          4 biji buah keras

Cara:

Panskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat. Lumurkan garam dan separuh bahan
tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam. Letak ayam di dalam bekas tahan panas. Campur perahan limau dan
santan, tuang ke atas ayam. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak.
Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam.




40. Ayam Berempah
Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)           Bahan Giling:
garam secukup rasa                                         15 ulas bawang merah
4 sudu besar minyak makan                                  5-6 batang lada merah
1 cawan teh pati santan                                    8 ulas bawang putih
Air limau 1 biji limau nipis                               2 cm kunyit hidup

Cara:

Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas
api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan &
didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih
atau roti.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4 orang saja

Resepi lauk pauk

  • 1.
    1. Barbeque AyamBerempah Bahan-bahannya 1 kg ayam @ 1kg kepak ayam 4 sudu besar serbuk cili 5 biji bawang besar 10 ulas bawang putih 4 cm halia 4 cm lengkuas 10 batang serai(dihiris halus) 2 sudu besar jintan manis (blender kering) 1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering) Gula secukup rasa Garam secukup rasa Serbuk perasa caranya Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan ke dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering. Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap lebih sedap) 2.Ayam Masak Lemak Daun Kunyit Bahan-bahannya Ayam seekor di potong ikut selera - 5 ulas bawang merah - 3 ulas bawang putih - Cili Api kampung 20 biji - Sedikit halia - Sedikit lengkuas - dua biji tomato dibelah empat - Sedikit kunyit serbuk - Sehelai daun kunyit disimpul - Santan RM1.00 bahagikan dua caranya
  • 2.
    Kisarkan cili, bawang,halia, kunyit, dan lengkuas. Kemudian masukkan kedalam periuk. Masukkan ayam dan jerang diatas api yang sederhana. Agak2 isi ayam dah memutih sedikit masukkan satu bahagian santan dan campur semangkuk air sejuk dan serbuk kunyit kacau hingga sebati dan biar dia menggelegak seketika. Kemudian masukkan daun kunyit yang disimpul tadi dan buah tomato. Kacau biar sebati masukkan satu bahagian santan lagi. Bila menggelegak masukkan garam, ajinomoto dan bolehlah padam api. 3.Ayam Percik Special Bahan-bahannya 1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya) Bahan A: (diblender dengan sedikit air) 3 batang serai 2 inci halia 3 biji bawang putih 4 biji bawang merah Bahan B: 1 1/2 cawan air asam jawa pekat 7 sudu besar gula garam secukupnya Bahan C: 6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit) 1 cawan santan pekat caranya Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata. Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh
  • 3.
    pekat, keluarkan ayamtadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api. Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak) Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya. 4. Ayam Berempah Ala Sate Bahan-bahannya 1/2 ekor ayam Bahan untuk dikisar: 2 sudu besar jintan manis 2 sudu besar jintan putih 1/2 inci halia 1/2 inci lengkuas 1 batang serai 3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah sedikit serbuk kunyit garam gula melaka caranya Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga hancur. Perapkan bersama ayam selama 6 jam.Selepas itu gorenglah dgn api sederhana dan tutup sehingga ayam masak. Selamat mencuba 5. Ayam Masak Merah Bahan-bahannya Bahan untuk dikisar: 30 gm cili kering 30 gm halia 20 gm bawang putih
  • 4.
    90 gm serai 200gm bawang besar 300 gm tomato 200 gm minyak masak Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa 1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak caranya Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat. 6. Ayam & Sayuran Masak Paprik Bahan-bahannya 500 gm ayam dipotong kecil Sedikit sotong, udang, daging 4 biji tomato 1 batang carrot 1 peket jagung muda 100 gm bunga kobis 100 gm brocolli 2 helai daun limau purut 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 sudu besar cili kisar 5 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa caranya Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.
  • 5.
    Masukkan sos tiramdan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik. 7. Ayam Panggang Lemak Bahan-bahannya 1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka hati. Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan Seinci halia Seinci kunyit hidup 10 ulas bawang merah sederhana besarnya. 10 biji bunga cengkih 3 keping asam keping 5 helai daun limau parut Sehelai daun kunyit 3 Helai daun salam Garam secukup rasa caranya Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah. Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan. Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam. Kacau santan sampai rata sehingga agak panas. Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana. Setelah kering santan, barulah diangkit. *Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar. *Susun dengan taburan sohon goreng. 8. Ayam Bersos Tiram & Cili Kering Bahan-bahannya
  • 6.
    ½ ekor ayam 3inci halia - seelok-eloknya halia muda 2 biji bawang putih ( di hiris bulat) 1 biji bawang besar ( di hiris bulat) 8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) 3 sudu besar sos tiram Sedikit daun bawang Sedikit garam dan serbuk perasa Sedikit minyak Sedikit air Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air) caranya Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak- agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit). Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan. Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi. Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi. 9. Ayam Bakar Mayonis Bahan-bahannya 1 ekor ayam yang bersaiz serdahana 1 bungkus kecil rempah kari ayam 5 sudu mayonis Sedikit garam dan kunyit caranya Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan maryonis ke atas ayam tersebut dan biarkan selama 1 jam sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau oven.
  • 7.
    10. Ayam MasakSiam Bahan-bahannya 5 ketul dada ayam 2 ketul kiub ayam 2 sudu besar lada giling 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia (ditumbuk) 1 biji bawang besar(potong 4) 2 batang serai (dititik) 4 helai daun limau purut 1 biji limau purut (ambil airnya) Sedikit minyak untuk menumis caranya Dada ayam dipotong kecil-kecil. Tumiskan halia, bawang putih dan cili giling hingga naik bau. Masukkan kiub ayam,serai dan daun limau purut. Masukkan isi ayam yang telah dipotong-potong.Tutup masakan dengan penutup sebentar. Apabila ayam hampir masak, perahkan limau nipis dan masukkan bawang besar. Tumis sebentar dan angkat untuk dihidangkan. 11. Gulai Lemak Ikan Haruan Bahan-bahannya 1 ekor ikan haruan kelapa parut 1/2 biji Cili api - 6/7 btg, asam keping,serbuk kunyit,bawang,garam secukup rasa. caranya Ikan dibersihkan. Tumbuk cili padi sampai lumat. Dalam periuk,masukkan santan yg telah diperah,ikan,cili,asam keping,dan garam secukup rasa.Masak sehingga kuah pekat.
  • 8.
    12. Ikan MerahBersos Cili Bahan-bahannya 400 gm ikan merah 150 gm cili kering 75 gm serai 100 bawang putih 100 bawang merah 1/2 sudu besar belacan 1 liter minak masak 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar gula 1/2 sudu kecil garam 10 helai daun limau purut 100 gm cili sos caranya Pearapkan isi ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya. Masukkan sos ikan , gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Atur ikan yang telah digoreng di dalm pinggan. Kemudian tuangkan sos yang telah siap tadi diatasnaya dan bolehlah dihidangkan. 13. Ikan Siakap Kukus Bahan-bahannya seekor ikan siakap(sederhana besar) -2 batang serai dititik -satu inci halia dipotong halus -daun bawang, sup -sebiji bawang besar dihiris bulat -cili besar(belah dua) dan asam boi -rempah tomyam(botol),minyak jagung -2keping nenas keping, jeruk mempelam gula,garam & bahan perasa(secukup rasa) caranya
  • 9.
    ikan dibersihkan dandiletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai). masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan asam boi. hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam. masukkan bancuhan rempah tomyam (setengah cawan),satu sudu makan minyak jagung,garam dan gula (secukup rasa) .Kukuslah selama lebih kurang 10 minit. 14. Ikan Cencaru Goreng Terutup Bahan-bahannya 3 ekor ikan cencaru (bersihkan) -lada kering* -bawang merah* -sedikit halia* -2 batang serai* -air asam jawa -garam,gula & sedikit perasa -minyak masak (kisar bahan yg bertanda * ) caranya goreng ikan cencaru panaskan minyak masukkan bahan2 yg dikisar tadi biarkan hingga naik bau masukkan sebatang serai yg telah dititik masukkan ikan cencaru yg telah digoreng tadi masukkan sedikit air asam jawa,garam, gula dan sedikit perasa.. biarkan selama 2 minit mesti sedap punya... Selamat mencuba 15. Bawal Masam Manis Bahan-bahannya
  • 10.
    1 ekor ikanbawal 1 sudu besar tepung jagung 1 biji putih telur 1 biji bawang besar ] dipotong dadu 2 biji cili merah ] 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos plum 2 sudu besar sos cili 50 ml air 1 sudu kecil air limau nipis Minyak masak Garam dan gula caranya Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit. Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar. Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata. 16. Ikan bungkus daun pisang Bahan-bahannya 3 ekor ikan kembung 2 ulas bawang merah-kisar halus 2 ulas bawang putih-kisar halus 3 sm halia-kisar halus 1 batang serai-kisar halus 2 sudu besar cili pes 1 helai daun kunyit-hiris halus 1 keping asam-hiris halus 100 ml santan Garam dan gula secukup rasa caranya
  • 11.
    Tumiskan bahan kisar(sebentar sahaja) dan masukkan cili pes,asam jawa,dan santan.Angkat. Gaulkan garam dan gula.Apabila rasanya seimbang,gaulkan ramuan ke atas ikan.Gaul rata. Bungkus ikan dengan daun pisang(seekor setiap bungkusan)dan ratakan ramuan serta lipat. Bakar di atas arang api sehingga wangi. Hidang panas. 17. Bawal Kukus Bersama Sos Kicap Halia Bahan-bahannya 600 gm bawal kecil 20 gm halia muda. diracik halus 100 gm tomato, diracik halus 100 gm cendawan hitam 5 gm garam Sedikit lada putih 1 gm minyak bijan 10 gm cili merah, diracik halus 15 gm daun parsli cina 60 gm minyak halia 100 gm kicap cair 20 ml stok ikan caranya Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam, garam, lada putih dan minyak bijan. Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama cili merah, lebihan tomato, dan parsli segar. Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan. 18. Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Padi Bahan-bahannya
  • 12.
    1 kilo ikankeli [dipanggang] 4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi) 1 mangkuk santan pekat sedikit santan cair sedikit buah cekur hirisan daun cekur sedikit garam sedikit perasa caranya Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih, dan buah cekur sehingga lumat. MAsukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk. MAsukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang sederhana. Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat, gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih. Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi.. Senang jerkan ....kalau pedas lagi best.. Selamat mencuba 19. Cencaru Bersumbat Bahan-bahannya 2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg berat Minyak untuk dilengser 1 ½ camca besar mentega-untuk disumbat ½ biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat 8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahaja-untuk disumbat 1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat 3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat 1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat ½ cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat ½ camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat 1 camca besar cili giling-untuk disumbat Garam secukup rasa-untuk disumbat
  • 13.
    1 biji telur-untukdisumbat ½ cawan serbuk roti-untuk disumbat caranya Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang dan bawang putih. Kacau hingga wangi. Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata. Angkat dan masukkan garam, telur dan serbuk roti.Kacau hingga ia sebati. Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit minyak. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam perut ikan. Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c. Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. Siat kulit ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih. 20. Asam Pedas Ikan Pari Bahan-bahannya 600 gm ikan pari 300 gm bendir 2 batang serai, dititik 2 kuntum bunga kantan 4 - 6 helai daun kesum Sedikit minyak untuk menumis Sedikit air asam jawa Garam secukupnya Bahan-bahan digiling halus: 15 tangkai cili kering 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia caranya Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata.
  • 14.
    Apabila mendidih masukkanbendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata. 21. Daging Gulung Bakar Bahan-bahannya 4 biji kentang, direbus dan dilenyek 200 gm keju parut Sedikit garam ½ camca teh serbuk lada putih 1 camca teh jintan putih, ditumbuk halus 1 cm halia, dikisar Sedikit daun ketumbar 5 ulas bawang putih, ditumbuk 500 gm daging cincang 2 batang lobak merah, diparut caranya 1 cm halia, dikisar Sedikit daun ketumbar 5 ulas bawang putih, ditumbuk 500 gm daging cincang 2 batang lobak merah, diparut 22. Daging Masak Kicap Lada Hitam Bahan-bahannya 1kg Daging - 1 Sudu besar lada hitam ditumbuk - 2 biji cili masak dibelah dua - halia sebesar ibu jari dihiris - 4 ulas bawang merah di mayang - 2 ulas bawang putih di mayang - 2 batang serai diketuk - 5 biji cili api diketuk - 5 sudu besar kicap pekat tamin - 3 sudu besar cuka
  • 15.
    - 1 bijibawang besar dipotong bulat - 5 sudu besar minyak untuk menggoreng - garam dan ajinomoto secukup rasa caranya Terlebih dahulu Daging direbus. Kemudian dipotong kecil-kecil. Panaskan kuali, kemudian tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Kemudian masukkan daging, lada hitam, kicap, cuka, cili api dan serai. Kacau rata dan tambahkan dgn sedikit air rebusan daging tadi. Gaul lagi hingga mendidih. Sekiranya kuah menjadi kering, tambahkan lagi air rebusan daging tadi, kemudian masukkan bawang besar garam dan serbuk perasa secukupnya. Bila kuah dah agak pekat sedikit, bolehlah dipadamkan api. 23.Daging Berempah Bahan-bahannya 300 gm daging 10 ulas bwang merah 4 ulas bawang putih 3 camca serbuk rempah kari 1 biji kelapa (ÂĽ cawan dibuat kerisik) 2 cm halia 1 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 1 cm kulit kayu manis ÂĽ cawan kerisik 2 sudu minyak makan 1 helai daun limau purut Garam caranya Daging dicuci & potong ikut suka. Tumbuk halia & gaul bersama daging. Bawang merah & putih dimayang halus. Panaskan minyak & tumiskan bawang, cengkih, bunga lawang & kayu manis. Bila bawang kuning, masukkan rempah, daging & santan cair.
  • 16.
    Bila empuk daging,kecilkan api & masukkan pati santan. Masak sampai pekat. Bubuh daun limau purut, kerisik & garam sambil di kacau supaya jangan hangus 24. Daging Masak Merah Bahan-bahannya 300 gm daging lembu 2 biji bawang besar (dihiris) 3 ulas bawang putih (dititik) 125 gm sos tomato 4 sudu besar cili kering (dikisar) Sedikit kicap cair Garam secukup rasa Sedikit air Minyak untuk menumis caranya Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat. 25. Daging Goreng Lada Hitam Bahan-bahannya Daging (dihiris halus) Lada hitam secukup rasa Bawang merah Bawang putih Sedikit halia
  • 17.
    Kesemua bahan ditumbuk. Sos tomato Sos cili Sos tiram Kicap pekat Garam Bahan perasa * Sukatan bahan2 adalah mengikut jumlah daging yg digunakan & mengikut agakan puan-puan sendiri. caranya Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika (10 min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap) Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang telah diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan tutup kuali hingga daging empuk. Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering, masukkan hirisan bawang besar. 26 .Daging Goreng Cili Padi Bahan-bahannya Daging (dihiris nipis)500g Cili padi 10 ulas Bawang besar 3 biji Halia 1/2 inci Sos Tiram 2 sudu makan Garam secukup rasa Gula sedikit(jika suka) Cili merah potong menyerong Limau kasturi 2 biji (jusnya) caranya Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar; Daging digoreng hingga garing. Seeloknya daging batang pinang agar lembut. Setelah itu angkat; Tumis bahan (1) di atas hingga garing;
  • 18.
    Kemudian masukkan sostiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah. Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi; Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit dan bolehlah dihidangkan. 27. Daging Masak Serai Bahan-bahannya Daging Masak Serai 1 kilo daging 8 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1.5 inci halia 2 batang serai sedikit gula melaka 1 sudu budu sedikit lada hitam garam caranya serbuk perasa bawang merah,putih dan halia dimayang halus masukkan kedalam periuk bersama sama daging yang telah dihiris, serai diketuk,masukkan air untuk dibuat kuah. masukkan semua bahan bahan tadi dan dibiarkan menggelegak. 28. Bergedel Goreng Bahan-bahannya 125 gm daging cincang/kisar 5 biji besar ubi kentang (direbus & dibuang kulitnya) 2 camca mentega Garam & lada sulah secukup rasa 1 ulas bawang putih (dicincang halus) 6 ulas bawng merah (dihiris & digoreng hingga garing) 1 pokok daun bawang (dicincang)
  • 19.
    1 pokok daunsup (dicincang) 1 biji kuning telur ½ camca buah pala parut Sedikit serbuk perasa Putih telur dari 1 biji telur Minyak makan yang banyak untuk menggoreng sedikit serbuk perasa caranya Lecekkan ubi kentang bersama-sama 1 camca. Mentega & bubuh serbuk perasa secukup rasa. Campurkan daging, bawang putih bawang merah & mentega selebihnya dengan kentang yang telah dilecek. Campurkan pula dengan bahan-bahan uyang lain kecuali minyak & putih telur. Sesuaikan rasanya.Bentukkan bulat-bulat seperti bola & leperkan sedikit. Pijarkan minyak di atas api yang sedrhana.Celupkan bergedel-gedel itu dalam putih telur & gorengkan. Apabila telah masak & kekuning-kuningan,angkat & toskan minyaknya betul-betul di atas kertas dapur. Hidangkan panas-panas dengan nasu putih 29. Bifstik Daging Bahan-bahannya 600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka 300 gm kentang, dihiris dan digoreng 2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng 1 tin kecil kacang pis 2 camca sedang kicap pekat 2 biji tomato, dibelah empat 3 biji bawang besar, dihiris bulat 1 tin kecil puri tomato 5 tangkai cili hijau, dibelah dua 2 camca sedang minyak sapi Air untuk mengempukkan daging Garam secukupnya Bahan-bahan tumis: Pelaga Kulit kayu manis Cengkih
  • 20.
    Bahan-bahan digiling lumat: 1 camca teh lada putih 1 biji bawang besar 1 camca teh jintan manis 2 ulas bawang putih 1 sm halia caranya Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat. 30. Daging Masak Sambal Halia Bahan-bahannya ½ kg Daging ½ inci halia (dihiris) 2 biji kentang (dipotong 4 dan di goreng) 1 ulas bawang besar (dihiris) 1 cawan air asam jawa Garam dan gula (secukup rasa) Minyak (untuk menumis) Bahan dikisar: 9-11 keping cili kering 2 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah 1 ½ inci halia caranya Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia yang telah dihiris. Tumis hingga naik bau. Masukkan bahan yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan daging,biar hingga keluar airnya,baru dikacau. Tunggu hingga daging masak.
  • 21.
    Masukkan air asamjawa. Tunggu hingga ia mengelegak. Masukkan kentang dan bawang besar. Masukkan secukup rasa gula dan garam. Biarkan ia pekat 31. Singgang Daging Terengganu Hidangan untuk 5 orang Bahan-bahan 500 g daging, tanpa lemak Bahan-bahan A 5 g (1 sudu makan) biji ketumbar ditumbuk kasar 2 g (1 sudu teh) lada hitam Bahan-bahan B 4 g (2 sm) lengkuas 4 g (2 sm) halia dihiris 4 g (2 sm) kunyit 4 g ( 4 biji) cili kering, dipotong anggaran 2 sm dan dibuang biji 10 g daun kesom, tanpa batang 5 g (3 keping) asam keping 60 g (5 biji) bendi, dipotong tangkai dan hujung ekor 210 g (2 biji) ubi kentang, dipotong 2.5 sm x 2.5 sm 3 g (1/2 sudu teh) garam 2 liter (8 cawan) air, untuk merebus daging Cara memasak 1. Daging dibersihkan dan dipotong nipis (1/2 sm - 3/4 sm).
  • 22.
    2. Rebus daginghingga empuk. Sekiranya daging tidak empuk, tambahkan air dan biarkan sehingga air rebusan menjadi 4 cawan. Masukkan bahan-bahan (A), (B), ubi kentang dan rebus lagi dengan api perlahan. 3. Masukkan asam keping dan garam secukupnya. 4. Bila mendidih, masukkan cili kering yang dipotong. Bila daging dan ubi kentang sudah cukup empuk, masukkan bendi, daun kesom dan kacau balik-balikkan. 5. Bila bendi sudah agak masak, angkat dan hidangkan. Berat satu hidangan: 280 g 32. Kerutup Ayam (Lauk Nasi Dagang) Hidangan untuk 10 orang Bahan-bahan 1 kg ayam, dipotong 10 dan dibuang kulit 10 g (10 biji) cili kering 200 g (20 ulas) bawang merah 15 g (3 ulas) bawang putih (A) dikisar halus 10 g (2 sm) halia 10 g (2 sm) lengkuas 200 g kelapa parut dibuat kerisik 60 g (6 sudu makan) rempah kerutup, dibancuh dengan 1/4 cawan air 10 g (1 sudu makan) gula/gula melaka 5 g (2 keping) asam keping 20 g (1 batang) serai diketuk 30 g (4 sudu makan) minyak sayuran 100 g (6 - 8 biji) cili hijau
  • 23.
    250 ml (1cawan) air 5 g (1 sudu teh) garam Cara menyediakan kerisik 1. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan kekuningan. 2. Tumbuk atau kisar kelapa goreng semasa ia masih panas sehingga lumat dan mengeluarkan minyak. Cara memasak kerutup 1. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) bersama rempah kerutup, serai, garam, gula dan asam keping sehingga wangi. 2. Masukkan ayam dan kerisik, tambahkan air dan masak sehingga pekat. 3. Masukkan cili hijau untuk menambah perisa. 4. Perlahan api dan biarkan sebentar, kemudian angkat. 5. Hidangkan lauk ini bersama nasi dagang. Berat satu hidangan: 160 g 33. Asam Pedas Sayur Keladi Hidangan untuk 5 orang Bahan-bahan 300 g (1) pohon keladi (batang bersama ubi) 5 g (2 sm) kunyit hidup (A) 10 g (5 biji) cili padi ditumbuk halus 80 g (4 sudu makan) tempoyak 20 g udang kering/geragau basah 2 g (2 keping) asam keping Bahan (B) 3 tangkai daun kesom (pilih daun dan batang kecil)
  • 24.
    10 g (2sudu teh) garam 1250 ml (5 cawan) air Cara memasak 1. Bersihkan sayur keladi dan buang kulit pada batangnya. 2. Potong sepanjang 5 sm dan manakala ubi keladi dipotong dadu. 3. Celur batang dan ubi keladi di dalam air mendidih selama lebih kurang 3 minit dan toskan. 4. Campurkan bahan (A), (B) dan air ke dalam periuk. 5. Kacau hingga sebati dan masak hingga mendidih. 6. Masukkan batang keladi, ubi serta garam dan kacau. Biarkan seketika. 7. Kecilkan api dan masak sehingga ubi empok. 8. Angkat dan hidangkan. Nota: 1. Sukatan tempoyak boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing dan jenis tempoyak (masam/manis). 2. Resipi ini adalah satu pilihan dari pelbagai hidangan sayuran. Selain dari lazat, ianya sesuai untuk hidangan rendah lemak. Berat satu hidangan: 160 g 34. Daging Panggang ala Kelantan Hidangan untuk 5 orang Bahan-bahan 1 kg daging tanpa lemak 30 g (6 sm) halia 80 g (8 ulas) bawang merah (A) ditumbuk halus 20 g (seketul besar ibu jari) kunyit hidup
  • 25.
    70 g (3batang) serai 20 g (4 sudu teh) lada sulah 10 g (2 sudu teh) garam Untuk Hiasan 5 helai daun salad 1/2 biji timun 1 biji tomato Cara memasak 1. Daging dicuci dan dipotong 5. 2. Perap daging dengan bahan (A) bersama garam dan lada sulah selama 1 jam. 3. Panggang daging sehingga masak. 4. Potong daging kepada kepingan nipis dan hidang bersama timun, tomato, daun salad dan sambal air asam. Berat satu hidangan: 200 g Sambal Air Asam Bahan-bahan 100 g (10 biji) cili merah 50 g (5 ulas) bawang merah 10 g (2 sm) halia ditumbuk halus 30 g udang kering 20 g belacan 20 g air asam jawa, dicampur dengan 1 cawan air 3 g (1/2 sudu teh) garam Cara menyediakan 1. Campurkan bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa dan garam. 2. Hidangkan dengan daging panggang.
  • 26.
    35. Kerabu ManggaMuda Hidangan untuk 5 orang Bahan-bahan 350 g (5 biji) mangga muda, dibuang kulit dan diparut halus 20 g (1 biji) bawang besar, dimayang 10 g (1 biji) cili hijau, dipotong dadu 10 g (1 biji) cili merah, dipotong dadu 100 g sotong basah saiz sederhana, dicelur sehingga empuk dan dipotong bulat 10 g (1 sudu makan) udang kering, ditumbuk halus 10 ml (1 sudu makan) cuka 10 ml (1 sudu makan) jus limau nipis/kasturi 5 g (1 sudu teh) garam 10 g (2 sudu teh) gula Hiasan 100 g kacang gajus panggang/kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus) Cara memasak 1. Masuk kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul. 2. Hiaskan dengan taburan kacang gajus/kacang tanah tumbuk dan hidangkan. Berat satu hidangan: 80 g 36. Ayam Masak Gulai TempoyakJerantut Bahan-Bahan: Ayam ½ ekor bawang kecil 1 biji
  • 27.
    15 biji cilipadi(ikut rasa) serai 2-3 batang kunyit hidup ½ inci Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak) garam secukup rasa Cara: Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau. Tumbuk kunyit,cili padi,garam,bawang kecil sehingga lumat dan titikkan serai kemudian gaulkan bahan dengan tempoyak. tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2-3 gelas air.masak ayam dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah garam jika perlu.. selamat mencuba... Cadangan Hidangan: Sedap dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman..pada waktu tengahari atau malam. Tambahan: Bertambah sedap jika dipanaskan 1-2 kali lagi...kuih semakin pekat..jika tempoyak baru dan dibuat oleh orang jerantut..lagiiiii..kaw..percayalah.. 37. Begedil Istimewa Bahan-Bahan: 10 keping roti gardenia (direndam dgn sedikit air masak) Bahan B daging ayam / lembu yang di kisar 2 Biji telur ayam (di pukul dgn sedikit garam) garam secukup rasa Bahan A minyak masak 5 tangkai lada merah segar 1 biji bawang merah 4 ulas bawang putih Daun sup Daun bawang Cara: Mayang bahan A. gaul semua bahan A dan B sehingga rata. masukkan roti yang telah kembang satu demi satu ke dalam adunan dan ramas. masukkan secubit garam. apabila adunan telah boleh di bentuk, kepalkan adunan seperti ikut saiz yg di ingini. panaskan minyak di kuali. balut adunan dengan telur tadi dan goreng sehingga masak. Cadangan Hidangan: sedap di makan dengan nasi atau begitu sahaja. Tambahan: pastikan begedil di balikkan selalu semasa memasak. masak dengan api yang sederhana.
  • 28.
    38. Asam PedasAyam Bahan-Bahan: ½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong 6 biji bawang merah, digiling 2 keping asam gelugur 1 sm halia, digiling 1 cawan minyak masak Sedikit belacan, digiling 1 ikat daun kesum 4 tangkai cili merah, digiling Gula dan garam secukupnya 2 ulas bawang putih, digiling 2 cawan air 1 sm kunyit basah, digiling 10 tangkai cili kering, digiling Cara: Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat. 39. Ayam bakar enak Bahan-Bahan: 3 camca besar minyak masak 2 batang serai Sedikit garam 1 cm kunyit 1 ekor ayam 8 biji bawang merah 1 camca besar perahan limau nipis 500 ml santan daripada 1 biji kelapa Disangrai dan ditumbuk: 1 camca teh jintan putih Bahan dikisar: 1 camca teh lada hitam 8 biji cili merah 4 biji buah keras Cara: Panskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat. Lumurkan garam dan separuh bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam. Letak ayam di dalam bekas tahan panas. Campur perahan limau dan santan, tuang ke atas ayam. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam. 40. Ayam Berempah
  • 29.
    Bahan-Bahan: 1 ekor ayam(dibersihkan & dipotong kecil-kecil) Bahan Giling: garam secukup rasa 15 ulas bawang merah 4 sudu besar minyak makan 5-6 batang lada merah 1 cawan teh pati santan 8 ulas bawang putih Air limau 1 biji limau nipis 2 cm kunyit hidup Cara: Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti. Cadangan Hidangan: Untuk 4 orang saja