SlideShare a Scribd company logo
Ayam Goreng Tomyam
resepimudah@myresipi.com
Ayam Goreng Tomyam Mudah dan Sedap
Bahan-bahan ( 3 )
300 gm ayam dipotong kecil
sebatang serai dipotong halus
sedikit daun limau purut
sedikit perencah tomyam
4 biji cili api
sayur2an (kobis bunga,jagung kecil,lobak) - dipotong kecil2...
3 ulas bawang putih
sedikit air
bahan perasa
sedikit sos tiram
Cara-cara
1. Goreng ayam dalam kuali berasingan kemudian angkat dan asingkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih beserta perencah tomyam…
3. Masukkan sedikit air…
4. Masukkan ayam serta sayur-sayuran tadi,daun limau purut,cili api,serai..n sedikit sos
tiram..
5. Kemudian gaulkan hingga sebati…kalau kering sangat bleh masukkan air lg…
Ayam masak merah
Alia@myresipi.com
Ayam masak merah my style
Bahan-bahan ( 3 orang )
1/2 ekor ayam
garam kunyit
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan kicap
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
1cm halia
3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas
Cara-cara
1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit.
Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.
Sayur Air Ideal
Ekieyna@myresipi.com
Bahan-bahan ( 4-5 org )
1/2 ketul dada ayam( potong dadu )
3 ekor udang sederhana besar ( potong dadu)
8 biji fishball
1 ulas bawang putih ( diketuk2 )
2 cawan air ( ikut suke klu nak kuah byk leh letak lebih skit)
Kobis
Tomato
Lada besar merah
Garam secukup rasa
Minyak
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Xperlu banyak lebih kurang 1-2sdt camtu je...
2. Masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam,udang
dan fishball.
3. Lepas itu boleh la masukkan air dan tunggu sehingga air itu mendidih.
4. Boleh la masukkan kobis,tomato dan lada besar.
5. Last masukkan garam secukup rasa.
Penang Char Kuey Teow
Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan
ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi
paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan
udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so
letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan
bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat
semasa memasak.
Coklat chip
Bahan-bahan ayak :
280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10 gm (3 tsp) serbuk koko
2 Tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 Tbsp susu tepung
Secubit garam
Bahan-bahan lain :
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm (1/2 cawan) coklat chip
100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis -
optional
Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau
tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola
kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN!
JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN
KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU
PROSES PEMBAKARAN.
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola
adunan anda.
7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Kek coklat moist
Bahan-bahan:
* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder
Cara-caranya:-
1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin
dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering dan
campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik atau di letakkan minyak/mentega. Bakar selama
40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.
Penyediaan chocolate ganache:
Bahan2:
150g coklat masakan
65ml whipping cream
1 sudu teh mentega
Caranya:
Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair.
Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah
dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
RAINBOW CAKE@ KEK PELANGI
Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara
1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.Sapu loyang dengan
butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga
baking paper dengan butter
2. Panaskan oven pada suhu 170C
3. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan
gebu atau butter bertukar warna putih .
5. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
6. Masukkan esen vanila
7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan
tepung berselang seli dengan susu segar
8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan
akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir
mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
1. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
2. Masukkan dalam loyang
3. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak
pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar
selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
4. Bila dah masak letak atas redaiTunggu dia sejuk sekejap dan
kemudian terbalikkan
5. Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain
satu persatu hingga siap 6 lapisan
*Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti
kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara
satu sama lain.
Untuk Cream Cheese Frosting
Bahan
250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter
Cara-cara
1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
2. Sedia untuk digunakan.
Untuk melapis.
1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
2. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
3. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan
cream cheese tadi.
4. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang
stepa ini hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir jangan
ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak
tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream
cheese tadi disekeliling kek.
5. Hias mengikut kreativiti masing-masing.
Sotong Goreng Kunyit&Kicap
Bahan-bahan ( 3-4 )
Sotong - yg telah dibersihkan
2 ulas bwng putih,2 ulas bwng kecil&sedikit halia-tumbuk
1 labu bwng besar-hiris
1 batang serai-hiris/tumbuk
Kicap manis&kicap masin-secukup rasa
1 sudu besar Serbuk kunyit
sedikit air asam jawa
Air
Cara-cara
1. Gaulkan sotong yg telah dibersihkan dgn serbuk kunyit.Biar seketika.
2. Panaskan kuali dgn sedikit minyak.Tumis bahan2 yg telah ditumbuk.Masukkan
kesemua sotong.Biar seketika,masukkan kicap & bawang besar yg diracik.Masukkan
sedikit air jika terlalu kering.Tggu sehingga sotong masak,boleh di angkat.
yam Masak Lemak Cili Api
Miss EE@myresipi.com
Masakan paling simple tapi sedap.
Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )
Ayam seekor/setengah ekor yg telah dicuci
1 batang serai (dititik)
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/2 inci lengkuas (dititik)
1 batang bunga kantan atau setengah genggam daun kesum
4 biji kentang (ikut kesukaan)
4 biji tomato (ikut kesukaan)
Bahan Kisar pula :
10-20 cili padi (ikut tahap kepedasan yg anda suka)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (serbuk pun boleh)
1 sudu besar biji ketumbar
1 biji buah keras (taknak letak pun tak apa. ini untuk menambahkan rasa kelemakan
kuah)
1 cawan santan
Air secukupnya (dalam 3-5 cawan) ikut tahap kepekatan yg anda suka
Garam & Gula secukup rasa
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang,buah pelaga, serai dan juga lengkuas.
2. Selepas naik bau, masukkan bahan-bahan kisar (Cili padi,bawang besar,bawang putih,
kunyit hidup, biji ketumbar dan buah keras)
3. Selepas bahan-bahan kisar telah naik bau dan sebati, masukkan ayam mentah. Gaul
rata. Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Perlahankan api dan tutup seketika
periuk dlm masa 2-3 minit untuk membiarkan bahan kisar perap dlm ayam.
4. Setelah bahan kisar sebati dgn ayam, masukkan santan dan air secukupnya. (Api dah
boleh besarkan sedikit)
5. Masukkan kentang, bunga kantan/daun kesum, garam gula secukupnya. Dan tutup
periuk sehingga lauk mendidih dan kentang telah empuk.
6. Akhir sekali, masukkan tomato. Biarkan seketika dan tutup api.
7. Siap untuk dihidang dan dimakan ;)
Blueberry Cheese Tart
Bahan-bahan ( 10 biji )
Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum
Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling
Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai
creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga
membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-
kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk
15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till
fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang
sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang
pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi Nampak
macam kering sedikit.
Butter bread pudding
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
*Karamel*
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
2 sudu besar air suam
---------------------------------------
2 keping roti
sedikit butter
4 biji telur
600ml susu cair/susu segar
8 sudu besar gula halus
sedikit esen vanila
sedikit kismis(optional)
Cara-cara
1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-
2cm. Ketepikan.
3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga
perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke
dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu
jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna
perang yg diinginkan.
4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-
bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan
yang ada karamel tadi.
5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang
tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.
Puding Roti Dengan Sos Kastard
Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
Bahan-bahan Puding roti: 8 keping roti potong putih 500ml susu segar 3 sb gula 2 sb
mentega dicairkan 3 biji telur 2 sudu tepung jagung 1 sk esen vanilla sedikit serbuk kayu
manis (optional) sedikit serbuk buah pala (o
Bahan-bahan Sos kastard: 1 tin susu cair 2 sudu tepung jagung 2 sudu gula
Cara-cara
1. Cara-cara: - roti dicarikkan atau dipotong 4, buang kulit keras di tepi - rendam dlm loyang
bersama susu segar, ketepikan. - gaul hingga sebati bahan2 lain. - tuang dalam loyang roti -
bakar 180 darjah selama 30 minit atau sampai masak
2. Cara-cara: - masak atas api kecil hingga pekat.
Sotong kuning masak halia
Bahan-bahan ( 4-5 org` )
5-6 ekor sotong
2-3 inci halia - dihiris nipis
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam, serbuk perasa dan sedikit air ( skt je)
Cara-cara
1. bersihkan sotong dan potong kecil.
2. panaskan sikit minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili merah.
3. apabila bawang dah garing dan wangi bolehlah masukkan sotong dan goreng sebentar.
4. kemudian masukkan serbuk kunyit, garam, perasa dan sdkit air, goreng lg hingga sebati.
5. akhir sekali bolehlah masukkan bawang besar dan agk2 bawang dah layu bolehlah angkat
dan hidang dgn nasi putih.
Bubur Lambuk
Bahan-bahan ( 5 orang )
2 1/2 cawan beras
2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
segenggam udang hidup
2 sudu besar udang kering dikisar/ditumbuk kasar
2 cawan santan drp sebiji kelapa
8 ulas bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
3 batang serai dititik
6 cawan air
Garam & gula secukup rasa
2 sudu serbuk lada hitam
3 helai daun pandan disimpul
2 cawan pucuk paku merah/perak/paya (sama jenis tp nama berbeza)-diambil daun &
batang yg lembut shj
2 helai daun kunyit dimayang halus
3 tangkai daun kesum dimayang halus
2 sudu kerisik kelapa (jika suka)
Cara-cara
1. Bersihkan ikan & udang & direbus dgn sedikit garam. Ketepikan & JANGAN DIBUANG AIR
REBUSAN TADI.
2. Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus
sehingga kembang/pecah.
3. Ikan & udang dikisar kasar & digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar
halus serta serbuk lada hitam & udang kering. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras
yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana.
4. Masukkan serai & santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak.
5. Tambahkan kerisik kelapa, garam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi.
6. Akhir sekali, masukkan daun pandan, daun kunyit, daun kesum & pucuk paku. Gaul & tutup
api.
Apam dot..dot..
Bahan-bahan ( 50 biji paper cup medium )
3 biji telur gred A
275g tepung gandum
220g gula halus
150ml susu cair
3 sudu kecil serbuk baking powder
1 sudu kecil ovalette
inti jem blueberry @ ikut suka citarasa...
pewarna
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. masukkn semua bahan kt dlm bekas,dan pukul sampai kembang.
2. bahagikn adunan ke dlm beberapa bahagian,kemudian letakkn pewarna ikut suka.
3. picitkn adunan kedlm mangkuk kertas setengah je..
4. kemudian, letakkn inti..kalau nk senang, masukkn inti kt dlm plastik,pastu picit je..
5. letak lg adunan y sama higga hampir penuh dlm cup..tapi jgn penuh sgt,sebab takut dia
mengembang bila di kukus nnt..
6. last skali, dot2 kan warna ke dlm acuan...dan kukus dgn api yg sederhana.selamat mencuba!!
7. Klik untuk isi cara-cara di sini
SERI MUKA PANDAN
Bahan-bahan ( 5-6 Orang Makan )
( BAWAH ):-
1 1/2 cawan beras pulut
150 ml santan
1 helai daun pandan
Sedikit garam
( ATAS ):-
60 gm tepung gandum
100 gm gula
250 gm santan pekat
50 gm jus pandan
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
Cara-cara
1. ( BAWAH ) - Beras pulut dibasuh dan rendamkan selama 2-3 jam, toskan. Masukkan pulut ke
dalam loyang yang dialas dengan plastik
2. Masukkan pula santan + garam serta daun pandan ( santan hendaklah sama paras dengan
pulut ). Kukus selama 20minit.
3. ( ATAS ) - Campurkan gula, telur dan garam. Kacau / pukul sebati. Masukkan santan, jus
pandan dan pewarna. Kacau lagi.
4. Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung, kacau sampai semuanya sebati. Tapiskan
adunan, simpan sekejap.
5. Tekan pulut yang telah dikukus tadi menjadi padat, kukus semula selama 5minit.
6. Tuang bahagian atas dan kukus selama 20minit atau hingga masak.
7. Bila sejuk, angkat kuih bersama plastik lapik tadi sebelum dipotong.
8. *PLASTIK DIGUNA BERTUJUAN UNTUK MEMUDAHKAN KUIH DIKELUARKAN.
Ayam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )
Ayam seekor/setengah ekor yg telah dicuci
1 batang serai (dititik)
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/2 inci lengkuas (dititik)
1 batang bunga kantan atau setengah genggam daun kesum
4 biji kentang (ikut kesukaan)
4 biji tomato (ikut kesukaan)
Bahan Kisar pula :
10-20 cili padi (ikut tahap kepedasan yg anda suka)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (serbuk pun boleh)
1 sudu besar biji ketumbar
1 biji buah keras (taknak letak pun tak apa. ini untuk menambahkan rasa kelemakan kuah)
1 cawan santan
Air secukupnya (dalam 3-5 cawan) ikut tahap kepekatan yg anda suka
Garam & Gula secukup rasa
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang,buah pelaga, serai dan juga lengkuas.
2. Selepas naik bau, masukkan bahan-bahan kisar (Cili padi,bawang besar,bawang putih, kunyit
hidup, biji ketumbar dan buah keras)
3. Selepas bahan-bahan kisar telah naik bau dan sebati, masukkan ayam mentah. Gaul rata.
Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Perlahankan api dan tutup seketika periuk dlm masa
2-3 minit untuk membiarkan bahan kisar perap dlm ayam.
4. Setelah bahan kisar sebati dgn ayam, masukkan santan dan air secukupnya. (Api dah boleh
besarkan sedikit)
5. Masukkan kentang, bunga kantan/daun kesum, garam gula secukupnya. Dan tutup periuk
sehingga lauk mendidih dan kentang telah empuk.
6. Akhir sekali, masukkan tomato. Biarkan seketika dan tutup api.
mee goreng basah
Bahan-bahan ( 5 orang )
500-600 gm mee kuning
1 keping dada ayam
1/2 bawang besar(dimayang)
2 ulas bawang putih(dicincang)
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
1/2 cawan sos tomato
2 sudu kicap cair
sawi @ kobis
sekeping tauhu goreng
1 1/2 sudu besar gula
garam & sedikit ajinomoto
minyak utk tumis bawang
1 sudu besar serbuk cili
air
Cara-cara
1. tumis bawang dan bawang putih hingga agak garing.
2. bancuh serbuk cili dgn air dan masukkan ke dlm kuali setelah bawang garing
3. bile cili dah pecah minyak, masukkan ayam. then, bila ayam dah masak, masukkan sos tiram,
sos tomato, kicap pekat dan kicap cair.kacau rata.. masukkan 1 cawan air.
4. masukkan garam, ajinomoto dan gula. bile dah mendidih, masukkan tauhu dan mee. goreng
rata2
5. akhir sekali masukkan sayur2. kalo nak lebih gelap warna nya tambah kicap cair.
6. kalo nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. bole juga kalo guna serbuk
black pepper.
Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan. )
5 keping dada ayam dipotong2 kecil.
3 urat kacang panjang di potong ikut suka.
2 batang baby corn.
1 biji bawang besar dihiris melintang.
3 ulas bawang putih di titik.
1 biji cili merah di mayang.
1 biji cili hijau di mayang.
1 biji telur kuning.
1 sudu makan tepung gandum.
1 1/2 sudu makan sos tiram.
Minyak untuk menggoreng.
1/2 sudu kecil garam, perasa & gula.
Cara-cara
1. Masukkan isi ayam yg telah dipotong kedalam bekas, bubuh sedikit garam, serbuk kunyit,
kuning telur dan juga tepung gandum tadi. kemudian digaul sehingga rata.
2. Bubuh minyak banyak sikit ke dalam kuali dan tunggu sehingga minyak panas. Kemudian
masukkan isi ayam yg telah diperap tadi ke dalam kuali dan mula menggoreng sehingga
kekuningan. Jangan terlalu garing.
3. Tos kan ayam yang telah di goreng tadi dan keluarkan minyak dari kuali. Tinggalkan sedikit
minyak di dalam kuali untuk sesi menumis pula.
4. Untuk bahan menumis pula, masukkan bawang putih, bawang besar, cili hijau dan merah,
kacang panjang dan juga baby corn. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan pula
sedikit garam, perasa, gula dan juga sos tiram.
5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi ke dalam bahan yg telah ditumis dan di gaul rata.
6. Siap! Sedia untuk dihidangkan :))

More Related Content

What's hot

Ubi goreng berempah
Ubi goreng berempahUbi goreng berempah
Ubi goreng berempahsakura rena
 
Resepi biskut choc chip ala famous amos
Resepi biskut choc chip ala famous amosResepi biskut choc chip ala famous amos
Resepi biskut choc chip ala famous amos
DALINA MAT JALI
 
Sarapan Pagi
Sarapan PagiSarapan Pagi
Resepi kuih kuih tradisional
Resepi kuih kuih tradisionalResepi kuih kuih tradisional
Resepi kuih kuih tradisional
Hairulanuar Suli
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52Sal Lie
 
Daftar menu masakan kantin sya two
Daftar menu masakan kantin sya twoDaftar menu masakan kantin sya two
Daftar menu masakan kantin sya twoMamat Slamet
 
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap
Abdul Malek Shamsuddin
 
Resepi kek coklat kukus
Resepi kek coklat kukusResepi kek coklat kukus
Resepi kek coklat kukusNur Rabizah
 
Cocu 5 pizza preparation
Cocu 5 pizza preparationCocu 5 pizza preparation
Cocu 5 pizza preparation
Ana Ifa
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30Sal Lie
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25Sal Lie
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49Sal Lie
 
M03 bun
M03 bunM03 bun
M03 bunika92
 

What's hot (19)

Kek coklat
Kek coklatKek coklat
Kek coklat
 
Carrot walnut cake
Carrot walnut cakeCarrot walnut cake
Carrot walnut cake
 
Resepi kek mudah
Resepi kek  mudahResepi kek  mudah
Resepi kek mudah
 
Ubi goreng berempah
Ubi goreng berempahUbi goreng berempah
Ubi goreng berempah
 
Resepi biskut choc chip ala famous amos
Resepi biskut choc chip ala famous amosResepi biskut choc chip ala famous amos
Resepi biskut choc chip ala famous amos
 
Sarapan Pagi
Sarapan PagiSarapan Pagi
Sarapan Pagi
 
Resepi kuih kuih tradisional
Resepi kuih kuih tradisionalResepi kuih kuih tradisional
Resepi kuih kuih tradisional
 
Resepi roti
Resepi rotiResepi roti
Resepi roti
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52
 
Daftar menu masakan kantin sya two
Daftar menu masakan kantin sya twoDaftar menu masakan kantin sya two
Daftar menu masakan kantin sya two
 
Kek lapis pelangi sri kaya
Kek lapis pelangi sri kayaKek lapis pelangi sri kaya
Kek lapis pelangi sri kaya
 
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap
5 resepi biskut raya 2016 ringkas dan sedap
 
Resepi kek coklat kukus
Resepi kek coklat kukusResepi kek coklat kukus
Resepi kek coklat kukus
 
Cocu 5 pizza preparation
Cocu 5 pizza preparationCocu 5 pizza preparation
Cocu 5 pizza preparation
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30
 
Peanut butter cake
Peanut butter cakePeanut butter cake
Peanut butter cake
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49
 
M03 bun
M03 bunM03 bun
M03 bun
 

Viewers also liked

Blueberry cheese tart
Blueberry cheese tartBlueberry cheese tart
Blueberry cheese tart
aen joedean
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56Sal Lie
 
September newsletter
September newsletterSeptember newsletter
September newsletterSal Lie
 
Exercise on pronouns
Exercise on pronounsExercise on pronouns
Exercise on pronouns
Silvija Vlahovec
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57Sal Lie
 
Recipe collection 61
Recipe collection 61Recipe collection 61
Recipe collection 61Sal Lie
 
Recipe collection 58
Recipe collection 58Recipe collection 58
Recipe collection 58Sal Lie
 
Cb silhouettinstructions
Cb silhouettinstructionsCb silhouettinstructions
Cb silhouettinstructionsSpotlessClean
 
Resepi Masakan Negeri Sembilan
Resepi Masakan Negeri SembilanResepi Masakan Negeri Sembilan
Resepi Masakan Negeri SembilanEja ALif
 
Recipe collection 59
Recipe collection 59Recipe collection 59
Recipe collection 59Sal Lie
 
Spanish Recipes-Tapas Recipes
Spanish Recipes-Tapas RecipesSpanish Recipes-Tapas Recipes
Spanish Recipes-Tapas Recipes
extravirginfine
 
Breakfast Menus and Recipes from Romania
Breakfast Menus and Recipes from RomaniaBreakfast Menus and Recipes from Romania
Breakfast Menus and Recipes from RomaniaTiina Sarisalmi
 
Recipe collection 65
Recipe collection 65Recipe collection 65
Recipe collection 65Sal Lie
 
Eating well breakfast_pdf_cookbook
Eating well breakfast_pdf_cookbookEating well breakfast_pdf_cookbook
Eating well breakfast_pdf_cookbook
Silvija Vlahovec
 
Recipe collection 60
Recipe collection 60Recipe collection 60
Recipe collection 60Sal Lie
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40Sal Lie
 
Recipe collection 6
Recipe collection 6Recipe collection 6
Recipe collection 6Sal Lie
 
Recipe collection 9
Recipe collection 9Recipe collection 9
Recipe collection 9Sal Lie
 

Viewers also liked (20)

Blueberry cheese tart
Blueberry cheese tartBlueberry cheese tart
Blueberry cheese tart
 
Tat nenas gulung
Tat nenas gulungTat nenas gulung
Tat nenas gulung
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56
 
Resepi kek
Resepi kekResepi kek
Resepi kek
 
September newsletter
September newsletterSeptember newsletter
September newsletter
 
Exercise on pronouns
Exercise on pronounsExercise on pronouns
Exercise on pronouns
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57
 
Recipe collection 61
Recipe collection 61Recipe collection 61
Recipe collection 61
 
Recipe collection 58
Recipe collection 58Recipe collection 58
Recipe collection 58
 
Cb silhouettinstructions
Cb silhouettinstructionsCb silhouettinstructions
Cb silhouettinstructions
 
Resepi Masakan Negeri Sembilan
Resepi Masakan Negeri SembilanResepi Masakan Negeri Sembilan
Resepi Masakan Negeri Sembilan
 
Recipe collection 59
Recipe collection 59Recipe collection 59
Recipe collection 59
 
Spanish Recipes-Tapas Recipes
Spanish Recipes-Tapas RecipesSpanish Recipes-Tapas Recipes
Spanish Recipes-Tapas Recipes
 
Breakfast Menus and Recipes from Romania
Breakfast Menus and Recipes from RomaniaBreakfast Menus and Recipes from Romania
Breakfast Menus and Recipes from Romania
 
Recipe collection 65
Recipe collection 65Recipe collection 65
Recipe collection 65
 
Eating well breakfast_pdf_cookbook
Eating well breakfast_pdf_cookbookEating well breakfast_pdf_cookbook
Eating well breakfast_pdf_cookbook
 
Recipe collection 60
Recipe collection 60Recipe collection 60
Recipe collection 60
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
 
Recipe collection 6
Recipe collection 6Recipe collection 6
Recipe collection 6
 
Recipe collection 9
Recipe collection 9Recipe collection 9
Recipe collection 9
 

Similar to Jom buat

Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49Sal Lie
 
Krimpuff
KrimpuffKrimpuff
Krimpuffhusmia
 
Aneka kek
Aneka kekAneka kek
Aneka kek
harisanua
 
Kek lapis keju dwi rasa
Kek lapis keju dwi rasaKek lapis keju dwi rasa
Kek lapis keju dwi rasa
Ra'fiah Mudin
 
Resepi Puding Roti Marble
Resepi Puding Roti MarbleResepi Puding Roti Marble
Resepi Puding Roti Marble
Ummu Ziyad
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52Sal Lie
 
Resepi puding
Resepi pudingResepi puding
Resepi pudingUnaIsmail
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5Sal Lie
 
bab 1 ekonomi rumah tangga
bab 1 ekonomi rumah tanggabab 1 ekonomi rumah tangga
bab 1 ekonomi rumah tangga
nurulo
 
Biskut batik
Biskut batikBiskut batik
Biskut batikmtdub
 
Butter teddy
Butter teddyButter teddy
Butter teddy
Norhainie Nanie
 

Similar to Jom buat (17)

Topping kek
Topping kekTopping kek
Topping kek
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49
 
Cookies
CookiesCookies
Cookies
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Krimpuff
KrimpuffKrimpuff
Krimpuff
 
Aneka kek
Aneka kekAneka kek
Aneka kek
 
Kek lapis keju dwi rasa
Kek lapis keju dwi rasaKek lapis keju dwi rasa
Kek lapis keju dwi rasa
 
Resepi Puding Roti Marble
Resepi Puding Roti MarbleResepi Puding Roti Marble
Resepi Puding Roti Marble
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52
 
Resepi kek n puding
Resepi kek n pudingResepi kek n puding
Resepi kek n puding
 
Resepi puding
Resepi pudingResepi puding
Resepi puding
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5
 
bab 1 ekonomi rumah tangga
bab 1 ekonomi rumah tanggabab 1 ekonomi rumah tangga
bab 1 ekonomi rumah tangga
 
Biskut batik
Biskut batikBiskut batik
Biskut batik
 
Laksa sarawak
Laksa sarawakLaksa sarawak
Laksa sarawak
 
My resepi donut
My resepi   donutMy resepi   donut
My resepi donut
 
Butter teddy
Butter teddyButter teddy
Butter teddy
 

Jom buat

  • 1. Ayam Goreng Tomyam resepimudah@myresipi.com Ayam Goreng Tomyam Mudah dan Sedap Bahan-bahan ( 3 ) 300 gm ayam dipotong kecil sebatang serai dipotong halus sedikit daun limau purut sedikit perencah tomyam 4 biji cili api sayur2an (kobis bunga,jagung kecil,lobak) - dipotong kecil2... 3 ulas bawang putih sedikit air bahan perasa sedikit sos tiram Cara-cara 1. Goreng ayam dalam kuali berasingan kemudian angkat dan asingkan. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih beserta perencah tomyam… 3. Masukkan sedikit air… 4. Masukkan ayam serta sayur-sayuran tadi,daun limau purut,cili api,serai..n sedikit sos tiram.. 5. Kemudian gaulkan hingga sebati…kalau kering sangat bleh masukkan air lg…
  • 2. Ayam masak merah Alia@myresipi.com Ayam masak merah my style Bahan-bahan ( 3 orang ) 1/2 ekor ayam garam kunyit 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1/2 cawan sos cili 1/2 cawan sos tomato 1/2 cawan kicap 2 sudu besar sos tiram sedikit air 1cm halia 3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas Cara-cara 1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak. 2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia. 3. Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. 4. Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak. 5. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.
  • 3. Sayur Air Ideal Ekieyna@myresipi.com Bahan-bahan ( 4-5 org ) 1/2 ketul dada ayam( potong dadu ) 3 ekor udang sederhana besar ( potong dadu) 8 biji fishball 1 ulas bawang putih ( diketuk2 ) 2 cawan air ( ikut suke klu nak kuah byk leh letak lebih skit) Kobis Tomato Lada besar merah Garam secukup rasa Minyak Cara-cara 1. Panaskan minyak. Xperlu banyak lebih kurang 1-2sdt camtu je... 2. Masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam,udang dan fishball. 3. Lepas itu boleh la masukkan air dan tunggu sehingga air itu mendidih. 4. Boleh la masukkan kobis,tomato dan lada besar. 5. Last masukkan garam secukup rasa.
  • 4. Penang Char Kuey Teow Bahan-bahan ( 2 org ) * UTK PASTE * 200 gm udang 250ml air 4 ulas bawang putih di ketuk 6 sb sos tiram 3 sk kicap pekat 3 sb kicap manis 1 sk petis 2 sb pati ikan bilis / pati udang 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk) 1 sk gula * UTK MEE * 300 gm kuey teow 1 sb cili boh kerang sedikit kucai & taugeh 2 biji telur Cara-cara 1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang.... 2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge. 3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn. 4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  • 5. Coklat chip Bahan-bahan ayak : 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum 10 gm (3 tsp) serbuk koko 2 Tbsp tepung jagung 1/2 tsp soda bikarbonate 2 Tbsp susu tepung Secubit garam Bahan-bahan lain : 250 gm mentega 150 gm gula kastor 1/2 tsp asen vanilla 1 biji kuning telur 100 gm (1/2 cawan) coklat chip 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional Cara-cara : 1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. 2. Masukkan kuning telur dan pukul rata. 3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan. 4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata. 5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. 6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda. 7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
  • 6. Kek coklat moist Bahan-bahan: * 100g Serbuk Koko* * 200g Gula pasir* * 1 tin Susu sejat* * 200g Minyak Masak Sayuran* * 250g Susu Pekat* * 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih * 150g Tepung Gandum * 1 st Soda Bikarbonat * 1st Baking Powder Cara-caranya:- 1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak. 2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. 3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik atau di letakkan minyak/mentega. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus 4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache. Penyediaan chocolate ganache: Bahan2: 150g coklat masakan 65ml whipping cream 1 sudu teh mentega Caranya: Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
  • 7. RAINBOW CAKE@ KEK PELANGI Bahan-bahan 3 cwn tepung gandum 4 sdk baking powder 1/2 sdk garam 1 cwn butter ~ suhu bilik 2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4 5 biji putih telor ~ suhu bilik 2 sdk esen vanila 1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau Cara-cara 1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter 2. Panaskan oven pada suhu 170C 3. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan 4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . 5. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan 6. Masukkan esen vanila 7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar 8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar 1. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
  • 8. 2. Masukkan dalam loyang 3. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak. 4. Bila dah masak letak atas redaiTunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan 5. Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan *Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain. Untuk Cream Cheese Frosting Bahan 250 g cream cheese 120 g gula 120 g butter Cara-cara 1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu. 2. Sedia untuk digunakan. Untuk melapis. 1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran. 2. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan. 3. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi. 4. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek. 5. Hias mengikut kreativiti masing-masing.
  • 9. Sotong Goreng Kunyit&Kicap Bahan-bahan ( 3-4 ) Sotong - yg telah dibersihkan 2 ulas bwng putih,2 ulas bwng kecil&sedikit halia-tumbuk 1 labu bwng besar-hiris 1 batang serai-hiris/tumbuk Kicap manis&kicap masin-secukup rasa 1 sudu besar Serbuk kunyit sedikit air asam jawa Air Cara-cara 1. Gaulkan sotong yg telah dibersihkan dgn serbuk kunyit.Biar seketika. 2. Panaskan kuali dgn sedikit minyak.Tumis bahan2 yg telah ditumbuk.Masukkan kesemua sotong.Biar seketika,masukkan kicap & bawang besar yg diracik.Masukkan sedikit air jika terlalu kering.Tggu sehingga sotong masak,boleh di angkat. yam Masak Lemak Cili Api Miss EE@myresipi.com Masakan paling simple tapi sedap.
  • 10. Bahan-bahan ( 5-6 orang makan ) Ayam seekor/setengah ekor yg telah dicuci 1 batang serai (dititik) 2 biji bunga lawang 2 biji buah pelaga 1/2 inci lengkuas (dititik) 1 batang bunga kantan atau setengah genggam daun kesum 4 biji kentang (ikut kesukaan) 4 biji tomato (ikut kesukaan) Bahan Kisar pula : 10-20 cili padi (ikut tahap kepedasan yg anda suka) 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1/2 inci kunyit hidup (serbuk pun boleh) 1 sudu besar biji ketumbar 1 biji buah keras (taknak letak pun tak apa. ini untuk menambahkan rasa kelemakan kuah) 1 cawan santan Air secukupnya (dalam 3-5 cawan) ikut tahap kepekatan yg anda suka Garam & Gula secukup rasa Cara-cara 1. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang,buah pelaga, serai dan juga lengkuas. 2. Selepas naik bau, masukkan bahan-bahan kisar (Cili padi,bawang besar,bawang putih, kunyit hidup, biji ketumbar dan buah keras) 3. Selepas bahan-bahan kisar telah naik bau dan sebati, masukkan ayam mentah. Gaul rata. Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Perlahankan api dan tutup seketika periuk dlm masa 2-3 minit untuk membiarkan bahan kisar perap dlm ayam. 4. Setelah bahan kisar sebati dgn ayam, masukkan santan dan air secukupnya. (Api dah boleh besarkan sedikit) 5. Masukkan kentang, bunga kantan/daun kesum, garam gula secukupnya. Dan tutup periuk sehingga lauk mendidih dan kentang telah empuk. 6. Akhir sekali, masukkan tomato. Biarkan seketika dan tutup api. 7. Siap untuk dihidang dan dimakan ;)
  • 11. Blueberry Cheese Tart Bahan-bahan ( 10 biji ) Bahan untuk Sweet Pastry:- 125 gm mentega / margerin 60 gm gula aising 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar 240 gm tepung gandum Bahan untuk Cheese Filling(inti):- 250 gm cream cheese 50 gm gula aising 20 gm mentega (lembutkan) 1/2 sudu besar perahan lemon 1 biji telur (gred B) Blueberry pie filling Cara-cara 1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. 2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas- kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart. 3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul. 4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi Nampak macam kering sedikit.
  • 12. Butter bread pudding Bahan-bahan ( 5-6 orang ) *Karamel* 1/2 cawan gula 2 sudu besar air 2 sudu besar air suam --------------------------------------- 2 keping roti sedikit butter 4 biji telur 600ml susu cair/susu segar 8 sudu besar gula halus sedikit esen vanila sedikit kismis(optional) Cara-cara 1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C 2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1- 2cm. Ketepikan. 3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan. 4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan- bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi. 5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4. 6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.
  • 13. Puding Roti Dengan Sos Kastard Bahan-bahan ( 3-4 org makan ) Bahan-bahan Puding roti: 8 keping roti potong putih 500ml susu segar 3 sb gula 2 sb mentega dicairkan 3 biji telur 2 sudu tepung jagung 1 sk esen vanilla sedikit serbuk kayu manis (optional) sedikit serbuk buah pala (o Bahan-bahan Sos kastard: 1 tin susu cair 2 sudu tepung jagung 2 sudu gula Cara-cara 1. Cara-cara: - roti dicarikkan atau dipotong 4, buang kulit keras di tepi - rendam dlm loyang bersama susu segar, ketepikan. - gaul hingga sebati bahan2 lain. - tuang dalam loyang roti - bakar 180 darjah selama 30 minit atau sampai masak 2. Cara-cara: - masak atas api kecil hingga pekat.
  • 14. Sotong kuning masak halia Bahan-bahan ( 4-5 org` ) 5-6 ekor sotong 2-3 inci halia - dihiris nipis 1 labu bawang besar - dihiris bulat 2 biji cili merah 2 ulas bawang putih - dihiris nipis 1 sudu kecil serbuk kunyit sedikit garam, serbuk perasa dan sedikit air ( skt je) Cara-cara 1. bersihkan sotong dan potong kecil. 2. panaskan sikit minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili merah. 3. apabila bawang dah garing dan wangi bolehlah masukkan sotong dan goreng sebentar. 4. kemudian masukkan serbuk kunyit, garam, perasa dan sdkit air, goreng lg hingga sebati. 5. akhir sekali bolehlah masukkan bawang besar dan agk2 bawang dah layu bolehlah angkat dan hidang dgn nasi putih.
  • 15. Bubur Lambuk Bahan-bahan ( 5 orang ) 2 1/2 cawan beras 2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana segenggam udang hidup 2 sudu besar udang kering dikisar/ditumbuk kasar 2 cawan santan drp sebiji kelapa 8 ulas bawang merah dikisar halus 2 ulas bawang putih dikisar halus 1 inci halia dikisar halus 3 batang serai dititik 6 cawan air Garam & gula secukup rasa 2 sudu serbuk lada hitam 3 helai daun pandan disimpul 2 cawan pucuk paku merah/perak/paya (sama jenis tp nama berbeza)-diambil daun & batang yg lembut shj 2 helai daun kunyit dimayang halus 3 tangkai daun kesum dimayang halus 2 sudu kerisik kelapa (jika suka) Cara-cara 1. Bersihkan ikan & udang & direbus dgn sedikit garam. Ketepikan & JANGAN DIBUANG AIR REBUSAN TADI. 2. Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus sehingga kembang/pecah. 3. Ikan & udang dikisar kasar & digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar halus serta serbuk lada hitam & udang kering. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana. 4. Masukkan serai & santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak. 5. Tambahkan kerisik kelapa, garam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi. 6. Akhir sekali, masukkan daun pandan, daun kunyit, daun kesum & pucuk paku. Gaul & tutup api.
  • 16. Apam dot..dot.. Bahan-bahan ( 50 biji paper cup medium ) 3 biji telur gred A 275g tepung gandum 220g gula halus 150ml susu cair 3 sudu kecil serbuk baking powder 1 sudu kecil ovalette inti jem blueberry @ ikut suka citarasa... pewarna Klik di sini untuk isi bahan Cara-cara 1. masukkn semua bahan kt dlm bekas,dan pukul sampai kembang. 2. bahagikn adunan ke dlm beberapa bahagian,kemudian letakkn pewarna ikut suka. 3. picitkn adunan kedlm mangkuk kertas setengah je.. 4. kemudian, letakkn inti..kalau nk senang, masukkn inti kt dlm plastik,pastu picit je.. 5. letak lg adunan y sama higga hampir penuh dlm cup..tapi jgn penuh sgt,sebab takut dia mengembang bila di kukus nnt.. 6. last skali, dot2 kan warna ke dlm acuan...dan kukus dgn api yg sederhana.selamat mencuba!! 7. Klik untuk isi cara-cara di sini
  • 17. SERI MUKA PANDAN Bahan-bahan ( 5-6 Orang Makan ) ( BAWAH ):- 1 1/2 cawan beras pulut 150 ml santan 1 helai daun pandan Sedikit garam ( ATAS ):- 60 gm tepung gandum 100 gm gula 250 gm santan pekat 50 gm jus pandan 1/2 sudu tepung jagung 2 biji telur Sedikit garam Sedikit pewarna hijau Cara-cara 1. ( BAWAH ) - Beras pulut dibasuh dan rendamkan selama 2-3 jam, toskan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang dialas dengan plastik 2. Masukkan pula santan + garam serta daun pandan ( santan hendaklah sama paras dengan pulut ). Kukus selama 20minit. 3. ( ATAS ) - Campurkan gula, telur dan garam. Kacau / pukul sebati. Masukkan santan, jus pandan dan pewarna. Kacau lagi. 4. Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung, kacau sampai semuanya sebati. Tapiskan adunan, simpan sekejap. 5. Tekan pulut yang telah dikukus tadi menjadi padat, kukus semula selama 5minit. 6. Tuang bahagian atas dan kukus selama 20minit atau hingga masak. 7. Bila sejuk, angkat kuih bersama plastik lapik tadi sebelum dipotong. 8. *PLASTIK DIGUNA BERTUJUAN UNTUK MEMUDAHKAN KUIH DIKELUARKAN.
  • 18. Ayam Masak Lemak Cili Api Bahan-bahan ( 5-6 orang makan ) Ayam seekor/setengah ekor yg telah dicuci 1 batang serai (dititik) 2 biji bunga lawang 2 biji buah pelaga 1/2 inci lengkuas (dititik) 1 batang bunga kantan atau setengah genggam daun kesum 4 biji kentang (ikut kesukaan) 4 biji tomato (ikut kesukaan) Bahan Kisar pula : 10-20 cili padi (ikut tahap kepedasan yg anda suka) 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1/2 inci kunyit hidup (serbuk pun boleh) 1 sudu besar biji ketumbar 1 biji buah keras (taknak letak pun tak apa. ini untuk menambahkan rasa kelemakan kuah) 1 cawan santan Air secukupnya (dalam 3-5 cawan) ikut tahap kepekatan yg anda suka Garam & Gula secukup rasa Cara-cara 1. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang,buah pelaga, serai dan juga lengkuas. 2. Selepas naik bau, masukkan bahan-bahan kisar (Cili padi,bawang besar,bawang putih, kunyit hidup, biji ketumbar dan buah keras) 3. Selepas bahan-bahan kisar telah naik bau dan sebati, masukkan ayam mentah. Gaul rata. Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Perlahankan api dan tutup seketika periuk dlm masa 2-3 minit untuk membiarkan bahan kisar perap dlm ayam. 4. Setelah bahan kisar sebati dgn ayam, masukkan santan dan air secukupnya. (Api dah boleh besarkan sedikit) 5. Masukkan kentang, bunga kantan/daun kesum, garam gula secukupnya. Dan tutup periuk sehingga lauk mendidih dan kentang telah empuk. 6. Akhir sekali, masukkan tomato. Biarkan seketika dan tutup api.
  • 19. mee goreng basah Bahan-bahan ( 5 orang ) 500-600 gm mee kuning 1 keping dada ayam 1/2 bawang besar(dimayang) 2 ulas bawang putih(dicincang) 2 sudu sos tiram 2 sudu kicap pekat 1/2 cawan sos tomato 2 sudu kicap cair sawi @ kobis sekeping tauhu goreng 1 1/2 sudu besar gula garam & sedikit ajinomoto minyak utk tumis bawang 1 sudu besar serbuk cili air Cara-cara 1. tumis bawang dan bawang putih hingga agak garing. 2. bancuh serbuk cili dgn air dan masukkan ke dlm kuali setelah bawang garing 3. bile cili dah pecah minyak, masukkan ayam. then, bila ayam dah masak, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap cair.kacau rata.. masukkan 1 cawan air. 4. masukkan garam, ajinomoto dan gula. bile dah mendidih, masukkan tauhu dan mee. goreng rata2 5. akhir sekali masukkan sayur2. kalo nak lebih gelap warna nya tambah kicap cair. 6. kalo nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. bole juga kalo guna serbuk black pepper.
  • 20. Ayam Goreng Kunyit Bahan-bahan ( 4-5 orang makan. ) 5 keping dada ayam dipotong2 kecil. 3 urat kacang panjang di potong ikut suka. 2 batang baby corn. 1 biji bawang besar dihiris melintang. 3 ulas bawang putih di titik. 1 biji cili merah di mayang. 1 biji cili hijau di mayang. 1 biji telur kuning. 1 sudu makan tepung gandum. 1 1/2 sudu makan sos tiram. Minyak untuk menggoreng. 1/2 sudu kecil garam, perasa & gula. Cara-cara 1. Masukkan isi ayam yg telah dipotong kedalam bekas, bubuh sedikit garam, serbuk kunyit, kuning telur dan juga tepung gandum tadi. kemudian digaul sehingga rata. 2. Bubuh minyak banyak sikit ke dalam kuali dan tunggu sehingga minyak panas. Kemudian masukkan isi ayam yg telah diperap tadi ke dalam kuali dan mula menggoreng sehingga kekuningan. Jangan terlalu garing. 3. Tos kan ayam yang telah di goreng tadi dan keluarkan minyak dari kuali. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali untuk sesi menumis pula. 4. Untuk bahan menumis pula, masukkan bawang putih, bawang besar, cili hijau dan merah, kacang panjang dan juga baby corn. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan pula sedikit garam, perasa, gula dan juga sos tiram. 5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi ke dalam bahan yg telah ditumis dan di gaul rata. 6. Siap! Sedia untuk dihidangkan :))