2. MENGENAL PESAWAT
• Pesawat udara ialah mesin yang dijadikan
kenaikan atau kenderaan untuk yang
digunakan bergerak atau terbang di udara.
• Secara amnya, terdapat dua jenis pesawat
udara, iaitu jenis yang lebih ringan
daripada udara dan satu jenis lagi yang
lebih berat daripada udara.
• Pesawat jenis yang lebih ringan daripada
udara juga dipanggil aerostat.
• Pesawat yang lebih berat daripada udara
dipanggil aerodyne.
3. Pesawat Lebih Ringan Daripada Udara
(Aerostat)
• Pesawat-pesawat jenis ini mampu terbang disebabkan oleh daya apungan yang
dibekalkan sama ada oleh gas-gas yang lebih ringan dari udara kasar
seperti helium dan hidrogen termasuk juga udara yang dipanaskan.
• Udara yang dipanaskan dengan penunu lebih ringan dari udara sejuk di
sekeliling dan diperangkap oleh fabrik belon tadi dan mendorongnya ke
atas.
• Bagi kapal udara pula penggunaan gas-gas yang lebih ringan mengapungkan
pesawat yang dikumpul di dalam belon yang diperkuat dengan rangka pesawat.
• Kapal udara turut dilengkapkan dengan kemudi dan kuasa dorongan enjin.
• Walaubagaimanapun gas hidrogen tidak lagi digunakan kerana bahaya letupan