1.1 Pengenalan kepada program pendidikan inklusif
Program pendidikan inklusif yang dijalankan secara menyeluruh dengan penglibatan
semua pihak dari peringkat sekolah hingga ke komuniti bertujuan pendidikan untuk murid
berkeperluan pendidikan khas. Murid bekeperluan khas adalah seperti murid yang
mempunyai masalah pendengara, masalah penglihatan, masalah tahap kebolehtuturan,
keterancat akal serta fizikal.
1.1.1 Konsep
Menurut Norliah Mohd. Amin dan Mohd hanafi Mohd Yasin (2016), PPI
merupakan satu program yang ditawarkan kepada murid berkeperluan khas untuk
belajar bersama-sama rakan mereka yang tipikal di dalam bilik darjah yang sama
dan sekolah yang sama untuk menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan
normal tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan
1.1.2 Matlamat
Menurut Bahagian Pendidikan Khas (2013), program pendidikan inklusif adalah
bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada murid
berkeperluan khas untuk mengikuti program akademik dan bukan akademik
bersama-sama murid di arus perdana. Murnie Bte Hassan (2013) pula menyatakan
bahawa pendidikan inklusif juga bertujuan untuk mewujudkan hubungan
kemanusiaan di antara ahli masyarakat.
1.1.3 Dasar pendidikan inklusif
Dalam dasar pendidikan inklusif, ia terbahagi kepada dua dasar yang utama iaitu
dasar kebangsaan (di Malaysia) dan dasar antarabangsa.
1.1.3.1 Di Malaysia, dasar pendidikan inklusif ialah akta orang kurang upaya 2008.
Melalui akta orang kurang upaya 2008, akses pendidikan yang sama rata
bagi kanak-kanak kurang upaya termaktub dalam undang-undang Malaysia,
Akta 685 di bawah seksyen 28 (1) di mana kanak-kanak kurang upaya tidak
boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan atas asas ketidakupayaan.
1.1.3.2 Di peringkat antarabangsa pula, dasar pendidikan inklusif dapat dilihat pada
pernyataan Salamanca (1994). Di bawah dasar ini, telah disarankan agar
peruntukan kewangan diberikan dalam sistem pendidikan agar sistem
pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak bekeperluan
khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu
dan masalah ketidakupayaan mereka.
1.2 Peranan dan tanggungjawab dalam pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
Guru bimbingan dan kaunseling berperanan sebagai pendamping. Murid bekeperluan
khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding murid biasa. Jesteru itu,
guru bimbingan dan kaunseling harus membimbing murid-murid yang bekeperluan khas
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dalam keadaan sebaik
mungkin agar mereka memperoleh manfaat daripada pengalaman bersekolah melalui
proses pendidikan. Bukan itu sahaja, guru bimbingan dan kaunseling juga berperanan untuk
bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan murid bekeperluan
khas.
1.3 Isu dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif
Kesediaan guru kelas aliran perdana merupakan cabaran dalam pelaksanaan
pendidikan inklusif. Latihan perguruan yang tidak menyediakan guru untuk pendidikan
inklusif menyebabkan guru kurang bersedia dalam menyesuaikan sesi pengajaran kelas
biasa untuk memenuhi kehendak murid bekeperluan khas (Lai Chee Sern, 2014). Selain itu,
ciri-ciri spesifik murid bekeperluan khas seperti keterencatan fizikal, kurang atau tiada daya
penglihatan dan pendengaran serta pergerakan yang terhad yang menghalang proses
pembelajaran mereka di kelas perdana menjadi faktor penentu terhadap pelaksanaan
pendidikan inklusif. Hal ini kerana murid-murid normal dalam kelas aliran perdana biasanya
mempunyai pemahaman yang terhad tentang murid-murid bekeperluan khas. Keadaan ini
menyebabkan mereka mempunyai tanggapan negatif dan penerimaan yang rendah
terhadap murid bekeperluan khas.
1.3.1 Langkah-langkah bagi menanggani isu dan cabaran
Masalah kesediaan guru kelas aliran perdana dapat diatasi dengan adanya
latihan yang mencukupi. Misalnya, pemberian latihan perguruan yang menyediakan
guru untuk pendidikan inklusif serta mewujudkan kolaboratif antara guru kelas biasa
dengan guru pendidikan khas dalam menyediakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam pembelajaran kelas inklusif.
Dalam mengatasi isu persepsi negatif murid normal terhadap murid
bekeperluan khas, murid normal mesti diberi pendedahan awal mengenai
persekitaran yang berbeza. Misalnya, pemberian pengetahuan dan pemahaman
mengenai murid bekeperluan khas daripada pihak guru sekolah. Dengan cara ini,
sikap pandangan positif, prihatin dan mengambil berat murid normal terhadap murid
bekeperluan khas dapat dipupuk.
1.3.2 Faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan program pendidikan inklusif
Prasarana yang lengkap adalah penting dalam menentukan keberkesanan PPI di
sekolah. Aspek fizikal dan peralatan perlu menepati keperluan dan menyokong
pembelajaran murid bekeperluan khas. Misalnya, adanya kamudahan tandas bagi
murid bekeperluan khas (Lee Keo Cheong, 2018).
Selain itu, peranan masyarakat khususnya golongan ibu bapa juga memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi kejaya program pendidikan inklusif. sikap
positif dan sokongan ibu bapa terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif melelui
penglibatan mereka dalam program ini mewujudkan budaya sekolah yang
menyokong persekitaran pembelajaran yang inklusif.
1.4 Penutup
Secara keseluruhannya, semua pihak perlu bersifat positif serta tahu dan faham
mengapa program pendidikan inklusif ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini
kerana sokongan daripada semua pihak khususnya guru, masyarakat, ibu bapa dan murid
memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif di
sekolah.

pengenalan kepada program pendidikan inklusif

  • 1.
    1.1 Pengenalan kepadaprogram pendidikan inklusif Program pendidikan inklusif yang dijalankan secara menyeluruh dengan penglibatan semua pihak dari peringkat sekolah hingga ke komuniti bertujuan pendidikan untuk murid berkeperluan pendidikan khas. Murid bekeperluan khas adalah seperti murid yang mempunyai masalah pendengara, masalah penglihatan, masalah tahap kebolehtuturan, keterancat akal serta fizikal. 1.1.1 Konsep Menurut Norliah Mohd. Amin dan Mohd hanafi Mohd Yasin (2016), PPI merupakan satu program yang ditawarkan kepada murid berkeperluan khas untuk belajar bersama-sama rakan mereka yang tipikal di dalam bilik darjah yang sama dan sekolah yang sama untuk menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan 1.1.2 Matlamat Menurut Bahagian Pendidikan Khas (2013), program pendidikan inklusif adalah bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. Murnie Bte Hassan (2013) pula menyatakan bahawa pendidikan inklusif juga bertujuan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. 1.1.3 Dasar pendidikan inklusif Dalam dasar pendidikan inklusif, ia terbahagi kepada dua dasar yang utama iaitu dasar kebangsaan (di Malaysia) dan dasar antarabangsa. 1.1.3.1 Di Malaysia, dasar pendidikan inklusif ialah akta orang kurang upaya 2008. Melalui akta orang kurang upaya 2008, akses pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak kurang upaya termaktub dalam undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah seksyen 28 (1) di mana kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan atas asas ketidakupayaan. 1.1.3.2 Di peringkat antarabangsa pula, dasar pendidikan inklusif dapat dilihat pada pernyataan Salamanca (1994). Di bawah dasar ini, telah disarankan agar peruntukan kewangan diberikan dalam sistem pendidikan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak bekeperluan khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka.
  • 2.
    1.2 Peranan dantanggungjawab dalam pelaksanaan bimbingan dan kaunseling Guru bimbingan dan kaunseling berperanan sebagai pendamping. Murid bekeperluan khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding murid biasa. Jesteru itu, guru bimbingan dan kaunseling harus membimbing murid-murid yang bekeperluan khas menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dalam keadaan sebaik mungkin agar mereka memperoleh manfaat daripada pengalaman bersekolah melalui proses pendidikan. Bukan itu sahaja, guru bimbingan dan kaunseling juga berperanan untuk bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan murid bekeperluan khas. 1.3 Isu dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif Kesediaan guru kelas aliran perdana merupakan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Latihan perguruan yang tidak menyediakan guru untuk pendidikan inklusif menyebabkan guru kurang bersedia dalam menyesuaikan sesi pengajaran kelas biasa untuk memenuhi kehendak murid bekeperluan khas (Lai Chee Sern, 2014). Selain itu, ciri-ciri spesifik murid bekeperluan khas seperti keterencatan fizikal, kurang atau tiada daya penglihatan dan pendengaran serta pergerakan yang terhad yang menghalang proses pembelajaran mereka di kelas perdana menjadi faktor penentu terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif. Hal ini kerana murid-murid normal dalam kelas aliran perdana biasanya mempunyai pemahaman yang terhad tentang murid-murid bekeperluan khas. Keadaan ini menyebabkan mereka mempunyai tanggapan negatif dan penerimaan yang rendah terhadap murid bekeperluan khas. 1.3.1 Langkah-langkah bagi menanggani isu dan cabaran Masalah kesediaan guru kelas aliran perdana dapat diatasi dengan adanya latihan yang mencukupi. Misalnya, pemberian latihan perguruan yang menyediakan guru untuk pendidikan inklusif serta mewujudkan kolaboratif antara guru kelas biasa dengan guru pendidikan khas dalam menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam pembelajaran kelas inklusif. Dalam mengatasi isu persepsi negatif murid normal terhadap murid bekeperluan khas, murid normal mesti diberi pendedahan awal mengenai persekitaran yang berbeza. Misalnya, pemberian pengetahuan dan pemahaman mengenai murid bekeperluan khas daripada pihak guru sekolah. Dengan cara ini, sikap pandangan positif, prihatin dan mengambil berat murid normal terhadap murid bekeperluan khas dapat dipupuk.
  • 3.
    1.3.2 Faktor kritikalyang mempengaruhi kejayaan program pendidikan inklusif Prasarana yang lengkap adalah penting dalam menentukan keberkesanan PPI di sekolah. Aspek fizikal dan peralatan perlu menepati keperluan dan menyokong pembelajaran murid bekeperluan khas. Misalnya, adanya kamudahan tandas bagi murid bekeperluan khas (Lee Keo Cheong, 2018). Selain itu, peranan masyarakat khususnya golongan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kejaya program pendidikan inklusif. sikap positif dan sokongan ibu bapa terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif melelui penglibatan mereka dalam program ini mewujudkan budaya sekolah yang menyokong persekitaran pembelajaran yang inklusif. 1.4 Penutup Secara keseluruhannya, semua pihak perlu bersifat positif serta tahu dan faham mengapa program pendidikan inklusif ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini kerana sokongan daripada semua pihak khususnya guru, masyarakat, ibu bapa dan murid memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah.