HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER 8
MEI 2013
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
NAMA : NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
NO. MATRIK : 680621085206001
NO. KAD PENGENALAN : 680621-08-5206
NO. TELEFON : 012-7674729
E-MAIL : Anne5206@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN
BATU PAHAT
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
2
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK/ SUBTAJUK MUKASURAT
1 NAMA PROGRAM 3
2 PENDAHULUAN 3
3 KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF 4
4 SEJARAH PENDIDIKAN INKLUSIF 4
5 SENARIO TERKINI 5 - 6
6 RASIONAL 6
7 MATLAMAT 6 - 7
8 OBJEKTIF PENUBUHAN 7 - 8
9 SASARAN 8
10 MAKLUMAT PELAJAR 9 - 10
11 PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG
DIJALANKAN OLEH BADAN KERAJAAN
10 - 11
12 POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS
DAN KAITAN DENGAN PELAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2013 – 2025
11 - 14
13 KEPERLUAN LOGISTIK 14 - 15
14 SOKONGAN 16
15 KESIMPULAN 17
16 RUJUKAN 18 - 19
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
3
KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BERMASALAH PEMBELAJARAN
SK YONG PENG 2013
1. NAMA PROGRAM
Program Pendidikan Inklusif Bermasalah Pembelajaran,
SK Yong Peng,
83700 Yong Peng,
Johor.
2. PENDAHULUAN
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama
dengan murid- murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru
biasa. Menurut Khadijah Rohani Mohd Yunus (2011), kanak-kanak berkeperluan
khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu.
Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas,
kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah
pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya. Menurut Kamariah Jarji (1994),
Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar-pelajar dengan berkeperluan khas di dalam
kelas-kelas biasa di mana (bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan) bagi
membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya
mereka.
Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan
ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial
dan akademik dengan rakan aliran perdana.
Menurut Abraham, Morris and Wald (1993), one in which children with and without
disabilities learn and play together.
Bowe (1995) pula menyatakan bahawa “ an approach in which children with
disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and
receive services side by side with children with no disabilities.”
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
4
Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu
Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa
Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil.
3. KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF
Perkataan inklusif beraal daripada Bahasa Inggeris inclusive yang membawa maksud
termasuk atau merangkumi semua. Di dalam konteks pendidikan, pendidikan inklusif
boleh diertikan sebagai pendidikan umum, iaitu setiap individu sama ada normal atau
sebaliknya berhak mendapatkan pendidikan umum. Ianya termaktub dalam Dasar
Pendidikan Negara dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan
falsafah dan tujuan pendidikan yang tersebut, Pendidikan Inklusif merupakan peluang
pendidikan umum yang diberikan kepada semua kanak-kanak Malaysia, termasuk
yang berkeperluan khas. Melalui Program Inklusif ini, murid berkeperluan khas yang
berpotensi belajar, akan dirempatkan di dalam kelas biasa di bawah bimbingan
seorang guru resos (guru terlatih khas) yang bekerjasama dengan guru-guru biasa.
4. SEJARAH PENDIDIKAN INKLUSIF
Sebelum abad ke -19, dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh
diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya. Awal abad ke -19, Thomas
H,.Gallandet (1781-1851) & Louis Braille (1809-1852) telah memperkenalkan
sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Timbul slogan
“melindungi mereka yang berkeperluan khas dari dunia luar”. Pertengahan abad
ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada
keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas. Pada tahun 1975 “The Education of
All Handicapped Act” telah dibaca di Kongress Amerika. Muncul pendidikan
segregated. Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini.
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas di Malaysia
dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan
suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang
boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid
biasa.
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
5
5. SENARIO TERKINI
Pendidikan Inklusif merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-
kanak pendidikan khas di sekolah/kelas normal. Hakikatnya ini memberi
peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan
menyertai semua aktiviti yang ada. Kini usaha untuk memberi peluang
pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga
mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua
dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid
berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan
bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik. Akta Pendidikan 1996:
Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan
ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan,
pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang
dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar
(educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:
• Kanak-kanak Down Syndrom
• Kanak-kanak Autistik Ringan
• Kanak-kanak kurang keupayaan mental
• Kanak-kanak bermasalah emosi
• Kanak-kanak bermasalah kesihatan
• Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan
1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program
Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner). Program
Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk
memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira
ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk
memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang
sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal
pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
6
dapat ditingkatkan. Selain itu pihak-pihak bukan kerajaan juga telah berani tampil
dan memainkan peranan penting terhadap usaha murni ini.
6. RASIONAL
Pendidikan inklusif menjadi satu factor terpenting dalam usaha meingkatkan intelek,
taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua
warganegara. Program Inklusif ini akan dapat memastikan:
6.1 Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.
6.2 Peluang berinteraksi antara murid-murid istimewa dengan murid-murid normal.
6.3 Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.
6.4 Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.
6.5 Peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.
6.6 Menerapkan nilai-nilai murni antara murid-murid istimewa dengan murid-murid
normal.
7. MATLAMAT
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar
berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang
kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pelajaran, pembelajaran dan menyertai
semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.
Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan
diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah
dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya,
mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang ( Mohd Siraj
Awang, 1996).
Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:
7.1 Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal
di sekolah biasa. Harus diingat bahawa tidak semua pelajar berkeperluan khas
boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
7
dan keperluan yang berbeza.
7.2 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran dan
Pembelajaran serta menyertai semua aktiviti yang dijalankan di sekolah biasa.
7.3 Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran
tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu
mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan
sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan
berdikari.
7.4 Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam
pelajaran serta kerjaya yang dibina.
8. OBJEKTIF PENUBUHAN
Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan
ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek social
dan akademik dengan rakan aliran perdana.
8.1 Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.
8.2 Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada
mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-
peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam
konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role
model).
8.3 Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan
murid di aliran perdana.
8.4 Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka
menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan „Khas„ sekelas mereka.
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
8
Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan „Khas‟ ini tanpa mengira
perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
8.5 Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .
8.6 Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi
masyarakat.
8.7 Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan
khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
9. SASARAN
Dua orang murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus
diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil
yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain
serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
amat penting bahawa murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama
daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang
diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.
Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas
yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :
9.1 Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana
9.2 Bersosialisasi
9.3 Menduduki peperiksaan awam
9.4 Tidak mempunyai pelbagai kecacatan
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
9
10. MAKLUMAT TERPERINCI
10.1 Calon 1
Nama : Alissa bt Azhar
Tarikh Lahir : 17 September 2004
Umur : 9 tahun
Alamat : No. 14, Jalan Limau Bali, Taman JPN,
83700 Yong Peng, Johor.
Alissa bt Azhar merupakan seorang murid Program Pendidikan Khas di SK Yong
Peng. Alissa merupakan pelajar istimewa dari segi bermasalah pembelajaran. Dia
menghadapi masalah berkomunikasi tetapi beliau agak mudah mesra walaupun
kadangkala menunjukkan sikap yang agak agresif. Murid ini berkebolehan membaca
cerita dengan intonasi yang baik tetapi sukar memahami arahan serta gagal bertindak
seperti sepatutnya. Dia juga selalu mempamerkan sikap malas yang terlampau dalam
segala perlakuannya. Di dalam kelas, dia juga lebih suka bersendirian, kurang
tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta gagal melakukan
penaakulan.
Oleh yang demikian beliau dicadangkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif
tahun 2 walaupun beliau telah berumur sembilan tahun.
10.2 Calon 2
Nama : Arif Aiman bin Zulherri
Tarikh Lahir : 23 Julai 2004
Umur : 9 tahun
Alamat : No. 3, Jalan Melur 1, Taman Melur,
83700 Yong Peng, Johor.
Arif Aiman juga merupakan seorang murid Program Pendidikan Khas Intergrasi di
SK Yong Peng. Arif Aiman juga bermasalah pembelajaran seperti Alissa. Dia
menghadapi masalah berkomunikasi, tidak mesra dan suka menyendiri. Lebih suka
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
10
membalas pertanyaan dengan mengangguk atau menggelengkan kepala sahaja. Murid
ini boleh menguasai kemahiran 3M dengan baik dan rajin berusaha. Di dalam kelas,
dia kelihatan memberikan tumpuan tetapi terdapat gangguan terhadap ingatannya.
Murid ini juga dicadangkan untuk diinklusifkan di dalam tahun 2.
11. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN
KERAJAAN
Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan
perkhidmatan pendidikan untuk KBK di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran
(KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). Agensi-
agensi di bawah kementerian berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan
melaksanakan pelbagai program untuk golongan berkeperluan khas. Antara bidang
tugas utama setiap kementerian adalah seperti berikut;
- KPM: Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah dan menengah
- KKM: 1. Proses Saringan dan Diagnostik
2. Intervensi awal
- KPWKM: 1. Pendidikan tidak formal
2. Intervensi awal KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education)
Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah
untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di
negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat
rendah boleh dakwa.
Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah
untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di
negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat
rendah boleh dakwa.
Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai
„Disabled Person Act 2002‟ serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
11
antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium
Framework 2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan
pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk
golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi
tanggungjawab tersebut maka KPM dan kementerian-kementerian lain yang
dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan
untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
12. POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITAN DENGAN
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.
Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang
mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang
upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme,
Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada
populasi Negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang
upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai
individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini
adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan
khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-
mana agensi.
Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai
akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan
berikut:
▪ Sekolah pendidikan khas:
Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti
sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);
▪ Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP):
Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas;
dan
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
12
▪ Program pendidikan inklusif:
Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas
dalam kelas arus perdana.
Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di
dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5%
mendaftar di sekolah pendidikan khas.
Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti
pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan
guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli
terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah
dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid
bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah
pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah
pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu
pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi
menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus
perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan
mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan
mesin taip Braille.
Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif
Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs
Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun
mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut
bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana.
Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara
yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih
terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang
Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu
diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam
pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada,
Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
13
model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang
diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai
objektif ini.
Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada
Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas
yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya
untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar
dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian
sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian
rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan
mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan
kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan
proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan
menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan
meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak
kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum
pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana
dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan
khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA,
menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang
berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran
khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian
menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun
2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan
untuk mengikuti program pendidikan inklusif.
Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif
Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan
mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus
diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan
dalam pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan
khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini,
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
14
yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan
lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan
organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi
kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan
khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi,
membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan
sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.
Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif.
Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah
dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan
pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses
kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka,
guruguru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid
berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.
13. KEPERLUAN LOGISTIK
Logistik merupakan satu keperluan penting dalam menjayakan Program Pendidkan
Inklusif iaitu keperluan guru, peningkatan profesionalisme, sokongan pengurusan
sekolah serta ruang dan kelas yang kondusif.
13.1 Keperluan guru
13.1.1 Kelayakan guru
Guru bertanggungjawab perlu mempunyai kelulusan ikhtisas guru
Pendidikan Khas. Ini sangat penting kerana Guru Pendidkan Khas
mempunyai kemahiran dari segi mengenalpasti murid-murid Pendidikan
Khas, mengetahui cara penilaian dan penapisan murid PK dan dapat
menyatakan hak murid-murid PK dalam pendidkan dan mampu
menyampaikan pengetahuan secara menyeluruh dari aspek psikologi,
social, jasmani, emosi, intelek dan rohani. Guru khas dan guru biasa
berkongsi mengajar kelas yang ada murid inklusif.
13.1.2 Motivasi guru
Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
15
penggerak utama seseorang. Gutu berperanan dalam memotivasikan
agar dapat memenuhi keperluan pelajar, menerima pelajar seadanya
serta memberikan kata perangsang. Motivasi yang berkesan dapat
menggalakkan persaingan dan menghasilkan pembelajaran bermakna.
13.1.3 Ketrampilan guru
Dalam konteks pendidikan khas, ketrampilan bermaksud kemahiran,
kecekapan dan pengetahuan dalam menyampaikan kemahiran kepada
golongan pelajar berkeperluan khas. Ketrampilan guru pendidikan khas
ialah menguasai kemahiran mengasuh, membimbing dan mendidik.
bermotivasi tinggi dan kreatif serta mempunyai tahap kesabaran yang
tinggi.
13.1.4 Peranan guru bagi menjayakan Program Inklusif
Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara
kolaboratif
Merancang dan melaksanakan penilaian.
Gunakan BBM yang sesuai.
Dedikasi dan komitmen yang tinggi.
Layanan dan bimbingan yang adil.
13.2 Sokongan pengurusan sekolah
Guru besar harus memahami konsep pendidikan inklusif dan menyokong dan
bekerjasama dari segi kewangan dan program yang bakal dijalankan.
Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan menitikberatkan perkara ini dan
mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna.Guru aliran perdana pula perlu
mengiktiraf pelajar pendidikan khas yang diinklusifkan.
13.3 Penyediaan BBM
BBM juga perlu disediakan sebaik mungkin agar dapat membantu proses P&P
murid dan boleh berfungsi dengan baik.
13.4 Kelas/ Ruang
Oleh kerana Pendidikan Inklusif memerlukan pelajar berkeperluan khas belajar
bersama-sama pelajar normal, maka kelas dan ruang pembelajaran juga perlu
menepati keperluan kedua-dua pihak.
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
16
14. SOKONGAN
Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai
organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO
(Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di
merata-rata tempat di negara kita.
Peristiwa „Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986‟ telah membuka mata
pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran
daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan
masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas
tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu
serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai
pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan
Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:
Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children‟s Assocation) yang
menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara
umur 2-16 tahun
Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan
khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal
bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak
di antara umur 6-16 tahun.
Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation)
yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah
kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam
pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam
Malaysia.
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
17
15. KESIMPULAN
Pendidikan Inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas dengan
meletakkan kepentingan mengadakan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan
menyediaan peluang perkembangan profesional yang mampan melalui warga pendidik
yang professional (Stainback & Stainback, 1990). Mengambil kira mandat deklarasi
UNESCO (The Salamanca Statement, 1994) berkaitan penempatan pelajar pendidikan
khas dalam suasana kurang kekangan, ianya adalah wajar untuk pihak pengurusan
menyediakan peluang pembelajaran MBP di dalam kelas inklusif. Dapatlah dirumuskan
bahawa program pendidikan inklusif di sekolah harian adalah bertujuan membangunkan
sumber manusia yang terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran untuk
kesejahteraan negara. Kejayaan program ini amat bergantung dengan corak pengurusan
kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan pembelajaran, kolaborasi dan penilaian
terhadap program dan murid inklusif. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat
diperlukan antara pihak professional, ibu bapa, masyarakat dan sebagainya. Kolaborasi
yang berkesan sudah tentu dapat menjamin hak untuk mendapat peluang pendidikan atau
perkhidmatan yang sama rata.
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
18
RUJUKAN
Abdul Aziz Bari. (2008) . Perlembagaan malaysia: teori & praktis. Shah Alam : Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.
Abraham, Morris and Wald. (1993). Inclusive education: practical implementation of the
least restrictive environment. Maryland : an Aspen Publication
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan kaedah pengajaran dengan penekanan pendidikan
inklusif. Kuala Lumpur : Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd.
Bowe, et. al. (1995). Markets, choice, and equity in education. Bristol : Open University
Press.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan khas dan pemulihan : bacaan asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku maklumat pendidikan khas.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Data pendidikan khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan
Malaysia 2013 – 2025.
Khadijah Rohani Mohd Yunus, et.al., (2011). Hbef2103 psikologi pendidikan. Seri
Kembangan : Open University Malaysia.
Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7th
ed.). Boston: Allyn and Bacon.
Mok Soon Sang. (2005). Ilmu pendidikan untuk kpli .(sekolah rendah : komponen 1 & 2)
psikologi pendidikan & pedagogi. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Stainback & Stainback. (1990). Support networks for inclusive schooling: interdependent
intergrated education. Michigan : Paul H. Brookes Publishing Company.
http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-
UPSI/2010/Book_3/PELAKSANAAN_PROGRAM_PENDIDIKAN_INKLUSIF_MURID_
AUTISTIK_DI_SEBUAH_SEKOLAH_RENDAH-SATU_KAJIAN_KES.PDF
http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/01/garis-panduan-pelaksaan-inklusif.html
http://kenangansilam-ita.blogspot.com/2012/03/perlaksanaan-program-inklusif_21.html
HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
19
http://mnby75.blogspot.com/
http://penselcikgu.blogspot.com/2011/12/garis-panduan-perlaksanaan-program.html
http://www.amaljaya.com/guru/Pendidikan%20Khas/Pendidikan%20Inklusif.pdf
http://www.moe.gov.my/bppdp/dasar/BUKU%20DASAR.pdf
http://www.scribd.com/doc/82186471/TAJUK-1

E portfolio kertas kerja

  • 1.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 8 MEI 2013 HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF NAMA : NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI NO. MATRIK : 680621085206001 NO. KAD PENGENALAN : 680621-08-5206 NO. TELEFON : 012-7674729 E-MAIL : Anne5206@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT
  • 2.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 2 ISI KANDUNGAN BIL TAJUK/ SUBTAJUK MUKASURAT 1 NAMA PROGRAM 3 2 PENDAHULUAN 3 3 KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF 4 4 SEJARAH PENDIDIKAN INKLUSIF 4 5 SENARIO TERKINI 5 - 6 6 RASIONAL 6 7 MATLAMAT 6 - 7 8 OBJEKTIF PENUBUHAN 7 - 8 9 SASARAN 8 10 MAKLUMAT PELAJAR 9 - 10 11 PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN KERAJAAN 10 - 11 12 POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITAN DENGAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025 11 - 14 13 KEPERLUAN LOGISTIK 14 - 15 14 SOKONGAN 16 15 KESIMPULAN 17 16 RUJUKAN 18 - 19
  • 3.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 3 KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BERMASALAH PEMBELAJARAN SK YONG PENG 2013 1. NAMA PROGRAM Program Pendidikan Inklusif Bermasalah Pembelajaran, SK Yong Peng, 83700 Yong Peng, Johor. 2. PENDAHULUAN Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid- murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Menurut Khadijah Rohani Mohd Yunus (2011), kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya. Menurut Kamariah Jarji (1994), Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar-pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana (bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan) bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana. Menurut Abraham, Morris and Wald (1993), one in which children with and without disabilities learn and play together. Bowe (1995) pula menyatakan bahawa “ an approach in which children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by side with children with no disabilities.”
  • 4.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 4 Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil. 3. KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF Perkataan inklusif beraal daripada Bahasa Inggeris inclusive yang membawa maksud termasuk atau merangkumi semua. Di dalam konteks pendidikan, pendidikan inklusif boleh diertikan sebagai pendidikan umum, iaitu setiap individu sama ada normal atau sebaliknya berhak mendapatkan pendidikan umum. Ianya termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan falsafah dan tujuan pendidikan yang tersebut, Pendidikan Inklusif merupakan peluang pendidikan umum yang diberikan kepada semua kanak-kanak Malaysia, termasuk yang berkeperluan khas. Melalui Program Inklusif ini, murid berkeperluan khas yang berpotensi belajar, akan dirempatkan di dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos (guru terlatih khas) yang bekerjasama dengan guru-guru biasa. 4. SEJARAH PENDIDIKAN INKLUSIF Sebelum abad ke -19, dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya. Awal abad ke -19, Thomas H,.Gallandet (1781-1851) & Louis Braille (1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Timbul slogan “melindungi mereka yang berkeperluan khas dari dunia luar”. Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas. Pada tahun 1975 “The Education of All Handicapped Act” telah dibaca di Kongress Amerika. Muncul pendidikan segregated. Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini. Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas di Malaysia dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.
  • 5.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 5 5. SENARIO TERKINI Pendidikan Inklusif merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak- kanak pendidikan khas di sekolah/kelas normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai semua aktiviti yang ada. Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik. Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi: • Kanak-kanak Down Syndrom • Kanak-kanak Autistik Ringan • Kanak-kanak kurang keupayaan mental • Kanak-kanak bermasalah emosi • Kanak-kanak bermasalah kesihatan • Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner). Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti
  • 6.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 6 dapat ditingkatkan. Selain itu pihak-pihak bukan kerajaan juga telah berani tampil dan memainkan peranan penting terhadap usaha murni ini. 6. RASIONAL Pendidikan inklusif menjadi satu factor terpenting dalam usaha meingkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Inklusif ini akan dapat memastikan: 6.1 Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. 6.2 Peluang berinteraksi antara murid-murid istimewa dengan murid-murid normal. 6.3 Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. 6.4 Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. 6.5 Peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. 6.6 Menerapkan nilai-nilai murni antara murid-murid istimewa dengan murid-murid normal. 7. MATLAMAT Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pelajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang ( Mohd Siraj Awang, 1996). Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah: 7.1 Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingat bahawa tidak semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan
  • 7.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 7 dan keperluan yang berbeza. 7.2 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran dan Pembelajaran serta menyertai semua aktiviti yang dijalankan di sekolah biasa. 7.3 Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. 7.4 Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina. 8. OBJEKTIF PENUBUHAN Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek social dan akademik dengan rakan aliran perdana. 8.1 Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana. 8.2 Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang- peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model). 8.3 Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran perdana. 8.4 Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan „Khas„ sekelas mereka.
  • 8.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 8 Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan „Khas‟ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. 8.5 Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas . 8.6 Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. 8.7 Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. 9. SASARAN Dua orang murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. amat penting bahawa murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini. Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh : 9.1 Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana 9.2 Bersosialisasi 9.3 Menduduki peperiksaan awam 9.4 Tidak mempunyai pelbagai kecacatan
  • 9.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 9 10. MAKLUMAT TERPERINCI 10.1 Calon 1 Nama : Alissa bt Azhar Tarikh Lahir : 17 September 2004 Umur : 9 tahun Alamat : No. 14, Jalan Limau Bali, Taman JPN, 83700 Yong Peng, Johor. Alissa bt Azhar merupakan seorang murid Program Pendidikan Khas di SK Yong Peng. Alissa merupakan pelajar istimewa dari segi bermasalah pembelajaran. Dia menghadapi masalah berkomunikasi tetapi beliau agak mudah mesra walaupun kadangkala menunjukkan sikap yang agak agresif. Murid ini berkebolehan membaca cerita dengan intonasi yang baik tetapi sukar memahami arahan serta gagal bertindak seperti sepatutnya. Dia juga selalu mempamerkan sikap malas yang terlampau dalam segala perlakuannya. Di dalam kelas, dia juga lebih suka bersendirian, kurang tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta gagal melakukan penaakulan. Oleh yang demikian beliau dicadangkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif tahun 2 walaupun beliau telah berumur sembilan tahun. 10.2 Calon 2 Nama : Arif Aiman bin Zulherri Tarikh Lahir : 23 Julai 2004 Umur : 9 tahun Alamat : No. 3, Jalan Melur 1, Taman Melur, 83700 Yong Peng, Johor. Arif Aiman juga merupakan seorang murid Program Pendidikan Khas Intergrasi di SK Yong Peng. Arif Aiman juga bermasalah pembelajaran seperti Alissa. Dia menghadapi masalah berkomunikasi, tidak mesra dan suka menyendiri. Lebih suka
  • 10.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 10 membalas pertanyaan dengan mengangguk atau menggelengkan kepala sahaja. Murid ini boleh menguasai kemahiran 3M dengan baik dan rajin berusaha. Di dalam kelas, dia kelihatan memberikan tumpuan tetapi terdapat gangguan terhadap ingatannya. Murid ini juga dicadangkan untuk diinklusifkan di dalam tahun 2. 11. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN KERAJAAN Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk KBK di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). Agensi- agensi di bawah kementerian berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk golongan berkeperluan khas. Antara bidang tugas utama setiap kementerian adalah seperti berikut; - KPM: Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah dan menengah - KKM: 1. Proses Saringan dan Diagnostik 2. Intervensi awal - KPWKM: 1. Pendidikan tidak formal 2. Intervensi awal KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education) Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh dakwa. Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh dakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai „Disabled Person Act 2002‟ serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi
  • 11.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 11 antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. 12. POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITAN DENGAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025. Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi Negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana- mana agensi. Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut: ▪ Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain); ▪ Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan
  • 12.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 12 ▪ Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah pendidikan khas. Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille. Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam
  • 13.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 13 model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif. Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini,
  • 14.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 14 yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi. Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif. Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guruguru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025. 13. KEPERLUAN LOGISTIK Logistik merupakan satu keperluan penting dalam menjayakan Program Pendidkan Inklusif iaitu keperluan guru, peningkatan profesionalisme, sokongan pengurusan sekolah serta ruang dan kelas yang kondusif. 13.1 Keperluan guru 13.1.1 Kelayakan guru Guru bertanggungjawab perlu mempunyai kelulusan ikhtisas guru Pendidikan Khas. Ini sangat penting kerana Guru Pendidkan Khas mempunyai kemahiran dari segi mengenalpasti murid-murid Pendidikan Khas, mengetahui cara penilaian dan penapisan murid PK dan dapat menyatakan hak murid-murid PK dalam pendidkan dan mampu menyampaikan pengetahuan secara menyeluruh dari aspek psikologi, social, jasmani, emosi, intelek dan rohani. Guru khas dan guru biasa berkongsi mengajar kelas yang ada murid inklusif. 13.1.2 Motivasi guru Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi
  • 15.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 15 penggerak utama seseorang. Gutu berperanan dalam memotivasikan agar dapat memenuhi keperluan pelajar, menerima pelajar seadanya serta memberikan kata perangsang. Motivasi yang berkesan dapat menggalakkan persaingan dan menghasilkan pembelajaran bermakna. 13.1.3 Ketrampilan guru Dalam konteks pendidikan khas, ketrampilan bermaksud kemahiran, kecekapan dan pengetahuan dalam menyampaikan kemahiran kepada golongan pelajar berkeperluan khas. Ketrampilan guru pendidikan khas ialah menguasai kemahiran mengasuh, membimbing dan mendidik. bermotivasi tinggi dan kreatif serta mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. 13.1.4 Peranan guru bagi menjayakan Program Inklusif Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif Merancang dan melaksanakan penilaian. Gunakan BBM yang sesuai. Dedikasi dan komitmen yang tinggi. Layanan dan bimbingan yang adil. 13.2 Sokongan pengurusan sekolah Guru besar harus memahami konsep pendidikan inklusif dan menyokong dan bekerjasama dari segi kewangan dan program yang bakal dijalankan. Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna.Guru aliran perdana pula perlu mengiktiraf pelajar pendidikan khas yang diinklusifkan. 13.3 Penyediaan BBM BBM juga perlu disediakan sebaik mungkin agar dapat membantu proses P&P murid dan boleh berfungsi dengan baik. 13.4 Kelas/ Ruang Oleh kerana Pendidikan Inklusif memerlukan pelajar berkeperluan khas belajar bersama-sama pelajar normal, maka kelas dan ruang pembelajaran juga perlu menepati keperluan kedua-dua pihak.
  • 16.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 16 14. SOKONGAN Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa „Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986‟ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children‟s Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.
  • 17.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 17 15. KESIMPULAN Pendidikan Inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas dengan meletakkan kepentingan mengadakan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan menyediaan peluang perkembangan profesional yang mampan melalui warga pendidik yang professional (Stainback & Stainback, 1990). Mengambil kira mandat deklarasi UNESCO (The Salamanca Statement, 1994) berkaitan penempatan pelajar pendidikan khas dalam suasana kurang kekangan, ianya adalah wajar untuk pihak pengurusan menyediakan peluang pembelajaran MBP di dalam kelas inklusif. Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan inklusif di sekolah harian adalah bertujuan membangunkan sumber manusia yang terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran untuk kesejahteraan negara. Kejayaan program ini amat bergantung dengan corak pengurusan kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan pembelajaran, kolaborasi dan penilaian terhadap program dan murid inklusif. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan antara pihak professional, ibu bapa, masyarakat dan sebagainya. Kolaborasi yang berkesan sudah tentu dapat menjamin hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata.
  • 18.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 18 RUJUKAN Abdul Aziz Bari. (2008) . Perlembagaan malaysia: teori & praktis. Shah Alam : Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Abraham, Morris and Wald. (1993). Inclusive education: practical implementation of the least restrictive environment. Maryland : an Aspen Publication Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan kaedah pengajaran dengan penekanan pendidikan inklusif. Kuala Lumpur : Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd. Bowe, et. al. (1995). Markets, choice, and equity in education. Bristol : Open University Press. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan khas dan pemulihan : bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku maklumat pendidikan khas. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Data pendidikan khas. Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Khadijah Rohani Mohd Yunus, et.al., (2011). Hbef2103 psikologi pendidikan. Seri Kembangan : Open University Malaysia. Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7th ed.). Boston: Allyn and Bacon. Mok Soon Sang. (2005). Ilmu pendidikan untuk kpli .(sekolah rendah : komponen 1 & 2) psikologi pendidikan & pedagogi. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Stainback & Stainback. (1990). Support networks for inclusive schooling: interdependent intergrated education. Michigan : Paul H. Brookes Publishing Company. http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI- UPSI/2010/Book_3/PELAKSANAAN_PROGRAM_PENDIDIKAN_INKLUSIF_MURID_ AUTISTIK_DI_SEBUAH_SEKOLAH_RENDAH-SATU_KAJIAN_KES.PDF http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/01/garis-panduan-pelaksaan-inklusif.html http://kenangansilam-ita.blogspot.com/2012/03/perlaksanaan-program-inklusif_21.html
  • 19.
    HBEF3503 680621085206001-NOR’AIN BTMOHAMED SUDKI 19 http://mnby75.blogspot.com/ http://penselcikgu.blogspot.com/2011/12/garis-panduan-perlaksanaan-program.html http://www.amaljaya.com/guru/Pendidikan%20Khas/Pendidikan%20Inklusif.pdf http://www.moe.gov.my/bppdp/dasar/BUKU%20DASAR.pdf http://www.scribd.com/doc/82186471/TAJUK-1