SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
1
PENDAHULUAN
Model pengajaran yang digunakan dalam tugasan kursus ini
merupakan usaha awal saya untuk menghasilkan satu pekej pengajaran yang
berkaitan dengan mata pelajaran elektif Sains saya.
Tugasan ini dibahagikan kepada tiga komponen penghasilan iaitu
meliputi perbincangan mengenai maksud model ASSURE, kepentingan
model ASSURE dalam merekabentuk media pengajaran, dan menyatakan
enam langkah bagaimana menghasilkan satu pekej pengajaran untuk sub-
topik mata pelajaran elektif dengan memilih, mengubahsuai atau membina
sekurang-kurangnya dua media pengajaran. Tugasan kursus ini diakhiri
dengan rumusan ringkas.
Model ASSURE yang diketengahkan dalam tugasan ini merupakan
suatu reka bentuk pengajaran yang wajar difahami oleh warga pengajar,
khususnya dalam usaha untuk menghadapi cabaran dunia telekomunikasi ini.
Dengan penyempurnaan tugas kursus ini, adalah diharapkan saya
dapat menambahkan lagi khazanah ilmu untuk menghasilkan pengajaran
yang berkesan. Mudah-mudahan anjakan paradigma dalam pemikiran global
ini akan mendatangkan manfaat kepada saya dan warga-warga murid saya.
2
MAKSUD MODEL ASSURE
Model ASSURE digubal oleh Robert Heinich dan Michael Molenda dari
Universiti Indiana serta James D. Russell dari Universiti Perdu. ASSURE
adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh dijadikan panduan untuk
merancang penggunaan media dan teknologi secara sistematik. Sistematik
bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima input daripada
langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada langkah
berikutnya.
ASSURE adalah perkataaan Inggeris yang terdiri daripada enam huruf yang
membawa maksud ”pembelajaran pasti akan berlaku “ atau “to assure”
pembelajaran berlaku. Singkatan akronim ASSURE bermaksud :
A - Analyse Learners (Analisis pPelajar)
S - State Objectives (Nyatakan Objektif)
S - Select Methods, Media and Materials (Pilih Kaedah, Media dan
Bahan)
U - Utilize Media and Materials (Gunakan Media dan Bahan)
R - Require Learner Participation (Mendapatkan Penglibatan Pelajar)
E - Evaluate and Revise (Nilai dan Semak)
Analyze Learners (Analisis Pelajar)
Komponen pertama ialah mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia
ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Tiga perkara utama
yang perlu diambil kira dalam komponen ini adalah :
3
(a) Ciri-ciri Umum
Ciri-ciri umum ini merangkumi bilangan pelajar di dalam kelas, peringkat
umur pelajar, jantina, bangsa atau etnik, kelas dan tahap kemahiran
intelektual.
(b) Kompetensi Khusus Peringkat Masuk
Kompetensi khusus merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang telah
pelajar miliki dan apakah yang perlu dinilai semula.
(c) Stail Pembelajaran
Stail pembelajaran merujuk kepada cara belajar yang bersesuaian
dengan pelajar melalui pelbagai kaedah dan media seperti teknik visual,
audio ataupun kinestatik.
State Objectives (Nyatakan Objektif)
Dalam komponen ini, objektif pelajaran yang akan dicapai oleh pelajar dan
perubahan tingkah laku yang akan berlaku di akhir sesuatu pembelajaran
perlu dinyatakan.
Objektif khusus ditulis dengan menggunakan format “ ABCD ”, iaitu :
Audience (Pelajar) - Siapakah audience anda?
Behaviour (Tingkah Laku) - Apakah yang anda mahu pelajar lakukan?
Condition - Apakah perubahan tingkah laku pelajar yang anda mahukan?
Degree - Sejauh manakah kemahiran yang diperoleh telah dikuasai pelajar?
4
Select Methods, Media and Materials
(Pilih Kaedah, Media dan Bahan)
Media dan bahan yang dipilih merupakan perhubungan antara objektif dan
pelajar. Media dan bahan ini merupakan salah satu faktor yang menentukan
sama ada sesuatu objektif itu boleh dicapai atau tidak.
Selain itu, guru juga mestilah kreatif dalam :
1. Memilih kaedah yang sesuai.
Guru perlu menggunakan pelbagai kaeadah dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk menjadikan suasana pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik.
2. Memilih media yang sesuai.
Guru hendaklah memilih media yang sedia ada melalui pelbagai
sumber.
3. Memilih, mengubahsuai atau merekabentuk bahan dan media baru.
Sekiranya guru gagal memilih media yang sesuai dengan objektif
pengajaran, guru hendaklah mengubahsuai media yang sedia ada
atau membina media yang baru dengan sendiri.
Utilise Media And Materials (Gunakan Media dan Bahan)
Guru harus merancang bagaimana untuk mengimplemenkan media dan
bahan itu untuk mencapai objektif pembelajaran. Guru harus mengenalpasti
apakah bentuk persiapan terhadap persekitaran yang diperlukan. Guru juga
5
mesti menerangkan bagaimana bahan itu digunakan dan memastikan pelajar
mendapat pengalaman belajar yang berguna dari media dan bahan itu.
Require Learner Participation
(Mendapatkan Penglibatan Pelajar)
Guru mesti mendapatkan penglibatan pelajar secara aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti dalam
kelas bagi memastikan penglibatan pelajar seperti membuat latihan,
perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Pengukuhan serta-
merta diberi sebaik sahaja pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,
1954).
Evaluate and Revise (Nilai dan Semak)
Dalam komponen terakhir ini, satu proses penilaian yang berterusan dan
bersepadu dijalankan. Penilaian yang dilakukan bukan sahaja di peringkat
penggunaan media dan bahan tetapi di semua peringkat. Bersepadu
bermaksud penilaian ini bukan pada aspek teknikal tetapi pada aspek strategi
penyusunan pengajaran termasuk penetapan objektif, pelbagai bentuk
respons pelajar samada melalui diskusi, latihan, pengamatan serta prestasi
pelajar dalam kemahiran yang ditunjukkan atau apa sahaja ujian formatif hasil
daripada penggunaan media yang dipilih dalam proses penyampaian sesuatu
topik pembelajaran.
6
KEPENTINGAN MODEL ASSURE DALAM
MEREKABENTUK MEDIA PENGAJARAN
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat
mencapai kompetensi dalam pengajaran. Guru yang melaksanakan tugasnya
dengan jujur dan penuh minat merasakan perlu mengetahui apa yang hendak
dibuat dan bagaimana hendak merancang dan melaksanakannya.
Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan
pengalaman bukan pengganti kepada perancangan pengajaran yang
berterusan dan berkesan (Prehn, 1980). Maklumat ini memberi gambaran
betapa pentingnya seorang guru sebagai pengajar itu membuat perancangan
yang lengkap, yang akhirnya membawa kepada kecermelangan pelajar
tersebut.
Perancangan yang lengkap mengelakkan seorang guru melakukan kesilapan.
Pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran khususnya model ASSURE
adalah sangat penting untuk dikuasai untuk menghasilkan pengajaran yang
berkesan agar pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
diharapkan (Dick dan Reiser, 1989)
Pengajaran yang dirancang dengan teliti ini akan membantu mewujudkan
keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar. Ia
juga membantu kepada pembinaan disiplin yang positif. Sesi pengajaran akan
lebih lancar dan menarik serta tidak membazir masa.
7
Dalam menghadapi era wawasan 2020 nanti, penggunaan media secara
sistematik dapat menukarkan peranan guru daripada pengajar kepada
fasilitator pembelanjaran. Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran sememangnya dapat mempertingkatkan minat pelajar dan
menjadikan pelajar lebih ekspresif kendiri dan kreatif.
Oleh itu, Model ASSURE memainkan peranan yang amat penting dalam era
teknologi pengajaran hari ini. Model ini merupakan suatu proses ke arah
penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik,
kaedah, reka bentuk atau alat media yang berkesan. Model ASSURE
berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah yang
ditujukan khas kepada setiap pengajar yang sesungguhnya akan
memanfaatkan para pelajar dan para pendidik pada akhirnya.
LANGKAH PENGHASILAN PAKEJ PENGAJARAN
MODEL ASSURE
Mata Pelajaran : Sains
Tajuk : Perlindungan Haiwan Daripada Bahaya
Tahun : 4A
Masa : 60 minit
Analyze Learners (Analisis Pelajar)
Dalam langkah pertama ini, saya menyesuaikan kandungan pengajaran
dengan ciri-ciri pelajar saya. Justru, saya harus menganalisis pelajar kelas 4A
ini dalam tiga perkara berikut :
8
(a) Ciri-ciri Umum Pelajar
Kelas 4A ini terdiri daripada 40 orang pelajar berbangsa Cina, 18 lelaki
dan 22 perempuan yang berumur 10 tahun. Kebanyakan pelajar kelas
ini tinggal setempat di sekitar bandar raya Ipoh. Latar belakang sosio-
ekonomi pelajar tidak besar bezanya. Melalui rekod akademik yang
dirujuk dan sesi pertemuan dengan pelajar yang lalu, saya mendapati
kumpulan pelajar ini berasal dari kumpulan cerdik yang mempunyai
tahap kebolehan dan pengalaman yang berbeza. Pelajar-pelajar ini
pintar, aktif dan berenergetik, mesra bergaul dan suka memberi
pendapat individu. Minat belajar dan naluri ingin tahu pelajar-pelajar
kelas ini juga tinggi.
(b) Kompetensi Peringkat Masuk Pelajar
Apabila saya merancang pelajaran Sains ini dalam buku Rekod
Mengajar, saya membuat satu andaian terhadap kompetensi pelajar,
iaitu pengetahuan sedia ada pelajar agar objektif pengajaran saya
tercapai. Saya mengesan kompetensi peringkat masuk ini melalui
perbualan mesra dan perbincangan tidak formal yang lalu. Sebelum
pelajaran ini, pelajar telah mempunyai pengetahuan dalam mengenali
nama-nama haiwan, jenis-jenis haiwan dan sifat-sifat fizikal luar
haiwan tersebut.
(c) Stail Pembelajaran
Stail pembelajaran merujuk kepada ciri psikologi pelajar iaitu cara
pelajar saya mengamati serta bertindak balas terhadap pelbagai
9
rangsangan saya. Untuk pelajar kelas ini, saya akan memperkenalkan
tajuk baru dengan menggunakan media persembahan video audio
yang boleh merangsangkan motivasi pelajar yang visualistik ini. Saya
memilih model haiwan (model 3D) untuk aktiviti hands-on dengan
pembelajaran berpusatkan pelajar dalam perbincangan kumpulan.
Seterusnya , saya memilih bahan multimedia persembahan Microsoft
Power Point untuk pengajaran kelas. Saya mengemukakan soalan
taksonomi tinggi untuk pelajar pintar yang suka memberi pandangan.
Untuk memenuhii naluri ingin tahu pelajar dan menggalakkan sikap
bekerjasama, aktiviti menyediakan buku log melalui eksplorasi internet
atau majalah lama diberi sebagai aktiviti susulan kumpulan.
State Objectives (Nyatakan Objektif)
Saya mengambil objektif pembelajaran dari Huraian Sukatan Pelajaran Sains
dan buku teks Sains Tahun 4. Penentuan objektif atau hasil pembelajaran ini
adalah berdasarkan kepada prestasi yang ingin dicapai pelajar, keadaan dan
darjah pencapaian yang dihajati.
Untuk tajuk ini, objektif pembelajaran di akhir pelajaran ini ialah :
1. Pelajar dapat mengenalpasti sekurang-kurangnya enam sifat fizikal
luar haiwan berdasarkan model haiwan yang diagihkan.
2. Pelajar dapat merumuskan sekurang-kurangnya enam ciri khas
haiwan untuk melindungi dirinya daripada ancaman bahaya.
3. Pelajar dapat menyatakan ciri-ciri khas pada haiwan untuk
melindungi diri daripada bahaya secara lisan dengan betul.
4. Pelajar dapat mengkategorikan sekurang-kurangnya lima jenis
10
haiwan mengikut ciri-ciri perlindungan diri daripada bahaya dalam
buku log melalui carian majalah lama atau layaran internet dalam
kumpulan 10 orang dan tempoh dua minggu..
Select Media, Materials and Methods
(Memilih Media, Bahan dan Kaedah)
Media, bahan dan kaedah yang saya pilih adalah berdasarkan kepada tingkat
kebolehan pelajar dan matlamat objektif pembelajaran yang ingin saya capai.
(a) Memilih Media
Saya memilih media video berkenaan pemburuan sesama haiwan
di alam Safari semulajadi sebagai media multimedia untuk
memperkayakan pengalaman ikonik pelajar mengenai kehidupan
haiwan di dunia sebenar.
Saya memilih model haiwan sebagai media pameran 3D yang
besar dan realistik yang sedia ada di bilik alat bantu mengajar
sekolah untuk menerbitkan rasa seronok belajar pelajar. Media ini
boleh memfokuskan perhatian pelajar terhadap sifat fizikal luar
haiwan yang ingin saya kukuhkan. Saya juga memilih persembahan
Microsoft Power Point sebagai multimedia bergrafik dan beranimasi
yang menyambungkan komputer kepada projector LCD untuk
menyampaikan pelajaran dengan cepat, tepat, menarik dan
berkesan secara visual.
(b) Memilih Bahan
Saya perlu memilih model-model haiwan yang mempunyai sifat
11
fizikal luar yang ketara untuk aktiviti pemerhatian dan perbincangan
kumpulan. Saya menyediakan persembahan Power Point yang
menarik dengan grafik haiwan yang saya muat turun daripada
internet. Saya juga perlu melayar dan menyenaraikan laman-laman
web yang bersesuaian dengan tajuk untuk pelajar menyediakan
buku log. Pelajar perlu diingatkan untuk membawa majalah lama
yang ada gambar haiwan dalam aktiviti menyediakan buku log.
Pelajar juga perlu menyediakan pensel, kertas putih, gunting dan
glu untuk aktiviti menyediakan buku log.
(c) Memilih Kaedah
Daripada analisis ciri-ciri pelajar yang dibuat sebelum itu, saya
memilih kaedah pembelajaran berasaskan teknologi multimedia
(video dan model 3D) serta persembahan Microsoft Power Point
untuk set induksi dan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
kaedah Socratik penyoalan, saya membimbing pelajar untuk
membuat genaralisasi ciri-ciri khas haiwan secara induktif. Saya
juga menyeru pelajar agar menyayangi haiwan untuk mewarnai
dunia alam dengan tayangan video bonus. Saya membimbing
pelajar untuk menyediakan buku log melalui pembelajaran
berpusatkan pelajar hands on minds on, yang boleh memupuk nilai-
nilai murni sayang pada alam haiwan, bekerjasama,
bertimbangrasa dan berkomunikasi.
12
Utilize Media and Material (Gunakan Media dan Bahan)
Komponen ini adalah fasa yang amat kritikal. Kecanggihan media yang gagal
digunakan dengan baik akan member kesan negatif kepada pembelajaran.
Saya harus mengenalpasti lima persiapan terhadap persekitaran ketika media
dan bahan itu digunakan.
(a) Paparkan Bahan dan Media
Saya membaca dan memahami isi pengajaran berkenaan tajuk
daripada buku Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4 dan buku
rujukan yang berkenaan. Saya menentukan tempoh pembelajaran
yang diperlukan. Saya pribiu video, muzik, dan persembahahan
Microsoft Power Point sebelum mengajar. Saya memastikan model-
model haiwan dalam keadaan mencukupi dan baik.
(b) Sediakan Bahan dan Media
Saya meneliti dan merenung proses pengajaran dan pembelajaran
untuk topik ini. Saya memastikan model-model haiwan dimasukkan
dalam kotak plastik mengikut ciri-ciri khasnya dalam Kumpulan A, B,
C dan D untuk diagihkan semasa pengajaran. Saya memastikan
projektor LCD dan komputer di bilik Sains dalam keadaan boleh
pakai..Saya juga menyediakan alatan tulis, glu dan gunting.
(c) Sediakan Persekitaran
Saya masuk ke bilik Sains sepuluh minit lebih awal sebelum
pengajaran saya bermula. Saya memasang LCD dan komputer. Saya
melabuhkan kain langsir untuk tayangan video dalam keadaan jelas.
13
Saya memastikan tempat duduk murid selesa dan gangguan luar bilik
diminimakan.
(d) Sediakan Pelajar
Saya memastikan pelajar membawa alatan tulis, gunting, glu dan
majalah-majalah lama ke kelas. Saya sediakan tugasan kerja
kumpulan dalam kertas untuk membimbing pelajar membuat
perbincangan kumpulan dalam keadaan teratur. Paparan Power Point
saya memberi arahan kep[ada pelajar untuk tindakan susulan
kemudian .
(e) Sediakan Pengalaman Pembelajaran
Saya memulakan pengajaran dengan set induksi yang menayangkan
video pemburuan haiwan di alam sebenar untuk memastikan pelajar
dalam keadaan bersedia untuk belajar. Saya mengagihkan model-
model binatang untuk pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada
berkenaan sifat fizikal haiwan. Pelajar membuat generalisasi
berkenaan ciri-ciri khas haiwan untuk perlindungan diri melalui
perbincangan kumpulan. Hasil perbincangan dibentangkan kemudian.
Pelajar mengaplikasikan pengalaman melayari internet untuk mencari
grafik haiwan dan mengkategorikan haiwan mengikut cirri-ciri khasnya
dalam bentuk buku log.
Require Learner Participation (Mendapatkan Penglibatan Pelajar)
Pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran untuk memastikan aplikasi
14
yang saya hasilkan benar-benar menyelidik suasana pembelajaran yang
sesuai, efektif serta menarik minat pelajar saya. Semasa set induksi, saya
mengemukakan soalan berkenaan kepentingan haiwan melindungi dirinya
daripada bahaya diserang musuh lain. Melalui tayangan video secara visual
dan audio, pelajar didedahkan kepada situasi yang dinamik dan realistik di
alam haiwan. Ini dapat mempengaruhi motivasi pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
Model haiwan berfizikal luar yang berbeza boleh menambah pengalaman
pelajar seolah-olah mengalami persekitaran dunia haiwan dengan sendiri.
Apabila pelajar diagihkan kotak yang mempunyai beberapa ekor haiwan
(model 3D) dalam proses pembelajaran, pelajar terangsang untuk
mengenalpasti, menganalisis dan merumuskan ciri-ciri khas haiwan tertentu
untuk melindungi dirinya daripada bahaya. Saya memainkan muzik ringan
semasa perbincangan kumpulan. Pelajar celik akal boleh membuat
generalisasi secara induktif tentang ciri-ciri haiwan tertentu dalam kertas
tugasan dan membentangkannya di kelas. Saya membuat pemerhatian dan
mengadakan perbincangan dengan persembahan Power Point untuk
mendapatkan maklum balas pelajar. Saya memberI pengukuhan serta-merta
kepada tindak balas yang betul.
Selepas melihat video bonus dan membuat kesimpulan, aktiviti susulan
dijalankan. Pelajar akan mendapatkan maklumat lain berkenaan ciri-ciri khas
haiwan melalui guntingan gambar haiwan dari majalah atau layaran internet di
rumah. Maklumat tambahan yang disimpan dalam buku log ini akan
15
mencabar pelajar untuk meneroka alam haiwan dengan pemikiran yang lebih
kritikal dan saintifik lagi.
Evaluate and Revise (Menilai dan Semak)
Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan
bahan media secara menyeluruh perlu saya laksanakan.
(a) Menilai Pencapaian Pelajar
Melalui pembentangan wakil kumpulan dan perbincangan kelas, saya
dapat menilai penguasaan pelajar secara pemerhatian dan lisan.
Buku log yang dapat diselenggarakan dengan terurus dan padat juga
dapat menilai pencapaian pelajar.
(b) Menilai Pencapaian Pengajar
Semasa sesi soal dan perbincangan kumpulan, saya boleh menilai sama
ada arahan saya jelas dan dipatuhi oleh pelajar. Saya menilai teknik
mesra bergaul sambil belajar saya.melalui gelagat pelajar dalam suasana
pembelajaran waktu itu. Saya menilai pencapaian objektif pembelajaran
melalui jawapan pelajar dan hasilan buku log pelajar.
(c) Menilai Komponen Media
Keberkesanan media 3D dan multimedia Power Point dengan grafik dan
animasi yang digunakan dalam proses pengajaran saya boleh dinilai
melalui respon pelajar semasa aktiviti kelas dan kumpulan. Sekiranya
pelajar dapat menghayati dan mengkategorikan ciri-ciri haiwan mengikut
kumpulannya dengan betul, maka saya anggap penggunaan media ini
sesuai dan berkesan.
16
RUMUSAN
Kemajuan dalam bidang pendidikan masa kini diwarnai dengan pelbagai
cabaran baru. Antara cabaran yang paling ketara ialah perkembangan pesat
dalam bidang sains dan teknologi. Bidang ilmu ini telah mendasari fenomena
globalisasi dan menjadikan dunia ini umpama sebuah perkampungan global.
Kepantasan dalam pertukaran, perkongsian dan perubahan maklumat dan
ilmu telah menjadi pemangkin kepada kepantasan kadar pembangunan yang
dialami oleh negara kita dan negara-negara di dunia ini.
Menyedari hakikat ini, maka seorang guru sebagai pengajar dan seorang
pembawa obor wajarlah menghayati proses penghasilan pakej pengajaran
yang berinovatif dan kreatif ini supaya standing dan setinggi dengan arus
teknologi masa kini.
Model ASSURE sesungguhnya merupakan satu model yang menekankan
penggunaan alat bantu mengajar untuk membantu dalam merancang kaedah
pengajaran yang lebih efektif dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru yang
menjadi peneraju kepada anak-anak bangsa, saya harus melangkah seia
sekata dalam satu landasan wawasan demi mempertingkatkan potensi saya
dari segi pengetahuan, kemahiran ikhtisas serta amalan nilai-nilai keguruan
dalam pelaksanaan tugas profesional saya.
Model ASSURE merealsasikan impian kecemerlangan guru yang
TERBILANG.
17
BIBLIOGRAFI
Hap Aziz. (2003). Assure Learning Through the Use of the ASSURE Model.
Retrieved July 1, 2008. from Office of Information Technology database on
the World Wide Web:
http://www.valenciacc.edu/oit/articles/articles_detail.cfm?ID=45
Heinich, Molenda. M, Russell. J.D. (2003). The ASSURE Model for Selecting
Instructional Media. Retrieved June 24, 2008. from Douglas College database
on the World Wide Web:
http://www.umdnj.edu/meg/legacy/assure_model_select_media.htm.
Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,& Smaldino,S.E.(2005). Instructional
Media and Technologies for learning.(8th
ed.). New Jersey:Prentice Hall.
Integrated Curriculum for Primary Schools. (2005). Curriculum Specification –
Science Year 4”. Curriculum Development Centre: Ministry of Education
Malaysia.
Reiser R. (1992). Selecting Media for Instruction.New Jersey : Educational
Technology Publications.

More Related Content

What's hot

Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaran
firo HAR
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Ai Li
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
 
Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaran
cik noorlyda
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
sahronzulkepli
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
Athirah Anith Ariffin
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Thamo Thiran
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
Sella Yunik
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikan
Mui Peng Soon
 

What's hot (20)

Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaran
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia
Reka Bentuk Kurikulum di MalaysiaReka Bentuk Kurikulum di Malaysia
Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaran
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulum
 
Penggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan UjianPenggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan Ujian
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikan
 

Viewers also liked (20)

Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Bab 4 assure model
Bab 4 assure modelBab 4 assure model
Bab 4 assure model
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assure
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
R harian contoh
R harian contohR harian contoh
R harian contoh
 
Model assure media pembelajaran
Model assure media pembelajaranModel assure media pembelajaran
Model assure media pembelajaran
 
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan MediaModel ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
 
Assignment benar
Assignment benarAssignment benar
Assignment benar
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandungan
 
Oumh1303 english for oral communication
Oumh1303 english for oral communicationOumh1303 english for oral communication
Oumh1303 english for oral communication
 
TAKLIMAT UMUM DSKP KSSR TAHUN 4
TAKLIMAT UMUM DSKP KSSR TAHUN 4TAKLIMAT UMUM DSKP KSSR TAHUN 4
TAKLIMAT UMUM DSKP KSSR TAHUN 4
 
ASSURE MODEL
ASSURE MODELASSURE MODEL
ASSURE MODEL
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandungan
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 102 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
 
Assigment etika wati
Assigment etika watiAssigment etika wati
Assigment etika wati
 

Similar to Model assure 1

Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranEdu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Fahmi Zakaria
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
Ramlah Lanlah
 
98801528 tp-model-assure
98801528 tp-model-assure98801528 tp-model-assure
98801528 tp-model-assure
Akhmal Ridzwan
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
mfadzil1969
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
mfadzil1969
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Siti Zulaikha
 
Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)
oxxychan
 

Similar to Model assure 1 (20)

Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7
 
Nota teknologi
Nota teknologiNota teknologi
Nota teknologi
 
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranEdu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
 
Hsp ict t4
Hsp ict t4Hsp ict t4
Hsp ict t4
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
 
98801528 tp-model-assure
98801528 tp-model-assure98801528 tp-model-assure
98801528 tp-model-assure
 
Lesson Plan
Lesson PlanLesson Plan
Lesson Plan
 
Isl rbt 2014
Isl rbt 2014Isl rbt 2014
Isl rbt 2014
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentangan
 
Nota edu 3105
Nota edu 3105Nota edu 3105
Nota edu 3105
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
 
Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)
 

Recently uploaded

PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
gipgp24202619
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
1370zulaikha
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
DewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
g46192627
 

Recently uploaded (12)

PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 

Model assure 1

  • 1. 1 PENDAHULUAN Model pengajaran yang digunakan dalam tugasan kursus ini merupakan usaha awal saya untuk menghasilkan satu pekej pengajaran yang berkaitan dengan mata pelajaran elektif Sains saya. Tugasan ini dibahagikan kepada tiga komponen penghasilan iaitu meliputi perbincangan mengenai maksud model ASSURE, kepentingan model ASSURE dalam merekabentuk media pengajaran, dan menyatakan enam langkah bagaimana menghasilkan satu pekej pengajaran untuk sub- topik mata pelajaran elektif dengan memilih, mengubahsuai atau membina sekurang-kurangnya dua media pengajaran. Tugasan kursus ini diakhiri dengan rumusan ringkas. Model ASSURE yang diketengahkan dalam tugasan ini merupakan suatu reka bentuk pengajaran yang wajar difahami oleh warga pengajar, khususnya dalam usaha untuk menghadapi cabaran dunia telekomunikasi ini. Dengan penyempurnaan tugas kursus ini, adalah diharapkan saya dapat menambahkan lagi khazanah ilmu untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Mudah-mudahan anjakan paradigma dalam pemikiran global ini akan mendatangkan manfaat kepada saya dan warga-warga murid saya.
  • 2. 2 MAKSUD MODEL ASSURE Model ASSURE digubal oleh Robert Heinich dan Michael Molenda dari Universiti Indiana serta James D. Russell dari Universiti Perdu. ASSURE adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi secara sistematik. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada langkah berikutnya. ASSURE adalah perkataaan Inggeris yang terdiri daripada enam huruf yang membawa maksud ”pembelajaran pasti akan berlaku “ atau “to assure” pembelajaran berlaku. Singkatan akronim ASSURE bermaksud : A - Analyse Learners (Analisis pPelajar) S - State Objectives (Nyatakan Objektif) S - Select Methods, Media and Materials (Pilih Kaedah, Media dan Bahan) U - Utilize Media and Materials (Gunakan Media dan Bahan) R - Require Learner Participation (Mendapatkan Penglibatan Pelajar) E - Evaluate and Revise (Nilai dan Semak) Analyze Learners (Analisis Pelajar) Komponen pertama ialah mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Tiga perkara utama yang perlu diambil kira dalam komponen ini adalah :
  • 3. 3 (a) Ciri-ciri Umum Ciri-ciri umum ini merangkumi bilangan pelajar di dalam kelas, peringkat umur pelajar, jantina, bangsa atau etnik, kelas dan tahap kemahiran intelektual. (b) Kompetensi Khusus Peringkat Masuk Kompetensi khusus merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang telah pelajar miliki dan apakah yang perlu dinilai semula. (c) Stail Pembelajaran Stail pembelajaran merujuk kepada cara belajar yang bersesuaian dengan pelajar melalui pelbagai kaedah dan media seperti teknik visual, audio ataupun kinestatik. State Objectives (Nyatakan Objektif) Dalam komponen ini, objektif pelajaran yang akan dicapai oleh pelajar dan perubahan tingkah laku yang akan berlaku di akhir sesuatu pembelajaran perlu dinyatakan. Objektif khusus ditulis dengan menggunakan format “ ABCD ”, iaitu : Audience (Pelajar) - Siapakah audience anda? Behaviour (Tingkah Laku) - Apakah yang anda mahu pelajar lakukan? Condition - Apakah perubahan tingkah laku pelajar yang anda mahukan? Degree - Sejauh manakah kemahiran yang diperoleh telah dikuasai pelajar?
  • 4. 4 Select Methods, Media and Materials (Pilih Kaedah, Media dan Bahan) Media dan bahan yang dipilih merupakan perhubungan antara objektif dan pelajar. Media dan bahan ini merupakan salah satu faktor yang menentukan sama ada sesuatu objektif itu boleh dicapai atau tidak. Selain itu, guru juga mestilah kreatif dalam : 1. Memilih kaedah yang sesuai. Guru perlu menggunakan pelbagai kaeadah dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. 2. Memilih media yang sesuai. Guru hendaklah memilih media yang sedia ada melalui pelbagai sumber. 3. Memilih, mengubahsuai atau merekabentuk bahan dan media baru. Sekiranya guru gagal memilih media yang sesuai dengan objektif pengajaran, guru hendaklah mengubahsuai media yang sedia ada atau membina media yang baru dengan sendiri. Utilise Media And Materials (Gunakan Media dan Bahan) Guru harus merancang bagaimana untuk mengimplemenkan media dan bahan itu untuk mencapai objektif pembelajaran. Guru harus mengenalpasti apakah bentuk persiapan terhadap persekitaran yang diperlukan. Guru juga
  • 5. 5 mesti menerangkan bagaimana bahan itu digunakan dan memastikan pelajar mendapat pengalaman belajar yang berguna dari media dan bahan itu. Require Learner Participation (Mendapatkan Penglibatan Pelajar) Guru mesti mendapatkan penglibatan pelajar secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti dalam kelas bagi memastikan penglibatan pelajar seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Pengukuhan serta- merta diberi sebaik sahaja pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954). Evaluate and Revise (Nilai dan Semak) Dalam komponen terakhir ini, satu proses penilaian yang berterusan dan bersepadu dijalankan. Penilaian yang dilakukan bukan sahaja di peringkat penggunaan media dan bahan tetapi di semua peringkat. Bersepadu bermaksud penilaian ini bukan pada aspek teknikal tetapi pada aspek strategi penyusunan pengajaran termasuk penetapan objektif, pelbagai bentuk respons pelajar samada melalui diskusi, latihan, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kemahiran yang ditunjukkan atau apa sahaja ujian formatif hasil daripada penggunaan media yang dipilih dalam proses penyampaian sesuatu topik pembelajaran.
  • 6. 6 KEPENTINGAN MODEL ASSURE DALAM MEREKABENTUK MEDIA PENGAJARAN Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai kompetensi dalam pengajaran. Guru yang melaksanakan tugasnya dengan jujur dan penuh minat merasakan perlu mengetahui apa yang hendak dibuat dan bagaimana hendak merancang dan melaksanakannya. Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan pengganti kepada perancangan pengajaran yang berterusan dan berkesan (Prehn, 1980). Maklumat ini memberi gambaran betapa pentingnya seorang guru sebagai pengajar itu membuat perancangan yang lengkap, yang akhirnya membawa kepada kecermelangan pelajar tersebut. Perancangan yang lengkap mengelakkan seorang guru melakukan kesilapan. Pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran khususnya model ASSURE adalah sangat penting untuk dikuasai untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan agar pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan (Dick dan Reiser, 1989) Pengajaran yang dirancang dengan teliti ini akan membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar. Ia juga membantu kepada pembinaan disiplin yang positif. Sesi pengajaran akan lebih lancar dan menarik serta tidak membazir masa.
  • 7. 7 Dalam menghadapi era wawasan 2020 nanti, penggunaan media secara sistematik dapat menukarkan peranan guru daripada pengajar kepada fasilitator pembelanjaran. Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya dapat mempertingkatkan minat pelajar dan menjadikan pelajar lebih ekspresif kendiri dan kreatif. Oleh itu, Model ASSURE memainkan peranan yang amat penting dalam era teknologi pengajaran hari ini. Model ini merupakan suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat media yang berkesan. Model ASSURE berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah yang ditujukan khas kepada setiap pengajar yang sesungguhnya akan memanfaatkan para pelajar dan para pendidik pada akhirnya. LANGKAH PENGHASILAN PAKEJ PENGAJARAN MODEL ASSURE Mata Pelajaran : Sains Tajuk : Perlindungan Haiwan Daripada Bahaya Tahun : 4A Masa : 60 minit Analyze Learners (Analisis Pelajar) Dalam langkah pertama ini, saya menyesuaikan kandungan pengajaran dengan ciri-ciri pelajar saya. Justru, saya harus menganalisis pelajar kelas 4A ini dalam tiga perkara berikut :
  • 8. 8 (a) Ciri-ciri Umum Pelajar Kelas 4A ini terdiri daripada 40 orang pelajar berbangsa Cina, 18 lelaki dan 22 perempuan yang berumur 10 tahun. Kebanyakan pelajar kelas ini tinggal setempat di sekitar bandar raya Ipoh. Latar belakang sosio- ekonomi pelajar tidak besar bezanya. Melalui rekod akademik yang dirujuk dan sesi pertemuan dengan pelajar yang lalu, saya mendapati kumpulan pelajar ini berasal dari kumpulan cerdik yang mempunyai tahap kebolehan dan pengalaman yang berbeza. Pelajar-pelajar ini pintar, aktif dan berenergetik, mesra bergaul dan suka memberi pendapat individu. Minat belajar dan naluri ingin tahu pelajar-pelajar kelas ini juga tinggi. (b) Kompetensi Peringkat Masuk Pelajar Apabila saya merancang pelajaran Sains ini dalam buku Rekod Mengajar, saya membuat satu andaian terhadap kompetensi pelajar, iaitu pengetahuan sedia ada pelajar agar objektif pengajaran saya tercapai. Saya mengesan kompetensi peringkat masuk ini melalui perbualan mesra dan perbincangan tidak formal yang lalu. Sebelum pelajaran ini, pelajar telah mempunyai pengetahuan dalam mengenali nama-nama haiwan, jenis-jenis haiwan dan sifat-sifat fizikal luar haiwan tersebut. (c) Stail Pembelajaran Stail pembelajaran merujuk kepada ciri psikologi pelajar iaitu cara pelajar saya mengamati serta bertindak balas terhadap pelbagai
  • 9. 9 rangsangan saya. Untuk pelajar kelas ini, saya akan memperkenalkan tajuk baru dengan menggunakan media persembahan video audio yang boleh merangsangkan motivasi pelajar yang visualistik ini. Saya memilih model haiwan (model 3D) untuk aktiviti hands-on dengan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam perbincangan kumpulan. Seterusnya , saya memilih bahan multimedia persembahan Microsoft Power Point untuk pengajaran kelas. Saya mengemukakan soalan taksonomi tinggi untuk pelajar pintar yang suka memberi pandangan. Untuk memenuhii naluri ingin tahu pelajar dan menggalakkan sikap bekerjasama, aktiviti menyediakan buku log melalui eksplorasi internet atau majalah lama diberi sebagai aktiviti susulan kumpulan. State Objectives (Nyatakan Objektif) Saya mengambil objektif pembelajaran dari Huraian Sukatan Pelajaran Sains dan buku teks Sains Tahun 4. Penentuan objektif atau hasil pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada prestasi yang ingin dicapai pelajar, keadaan dan darjah pencapaian yang dihajati. Untuk tajuk ini, objektif pembelajaran di akhir pelajaran ini ialah : 1. Pelajar dapat mengenalpasti sekurang-kurangnya enam sifat fizikal luar haiwan berdasarkan model haiwan yang diagihkan. 2. Pelajar dapat merumuskan sekurang-kurangnya enam ciri khas haiwan untuk melindungi dirinya daripada ancaman bahaya. 3. Pelajar dapat menyatakan ciri-ciri khas pada haiwan untuk melindungi diri daripada bahaya secara lisan dengan betul. 4. Pelajar dapat mengkategorikan sekurang-kurangnya lima jenis
  • 10. 10 haiwan mengikut ciri-ciri perlindungan diri daripada bahaya dalam buku log melalui carian majalah lama atau layaran internet dalam kumpulan 10 orang dan tempoh dua minggu.. Select Media, Materials and Methods (Memilih Media, Bahan dan Kaedah) Media, bahan dan kaedah yang saya pilih adalah berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat objektif pembelajaran yang ingin saya capai. (a) Memilih Media Saya memilih media video berkenaan pemburuan sesama haiwan di alam Safari semulajadi sebagai media multimedia untuk memperkayakan pengalaman ikonik pelajar mengenai kehidupan haiwan di dunia sebenar. Saya memilih model haiwan sebagai media pameran 3D yang besar dan realistik yang sedia ada di bilik alat bantu mengajar sekolah untuk menerbitkan rasa seronok belajar pelajar. Media ini boleh memfokuskan perhatian pelajar terhadap sifat fizikal luar haiwan yang ingin saya kukuhkan. Saya juga memilih persembahan Microsoft Power Point sebagai multimedia bergrafik dan beranimasi yang menyambungkan komputer kepada projector LCD untuk menyampaikan pelajaran dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan secara visual. (b) Memilih Bahan Saya perlu memilih model-model haiwan yang mempunyai sifat
  • 11. 11 fizikal luar yang ketara untuk aktiviti pemerhatian dan perbincangan kumpulan. Saya menyediakan persembahan Power Point yang menarik dengan grafik haiwan yang saya muat turun daripada internet. Saya juga perlu melayar dan menyenaraikan laman-laman web yang bersesuaian dengan tajuk untuk pelajar menyediakan buku log. Pelajar perlu diingatkan untuk membawa majalah lama yang ada gambar haiwan dalam aktiviti menyediakan buku log. Pelajar juga perlu menyediakan pensel, kertas putih, gunting dan glu untuk aktiviti menyediakan buku log. (c) Memilih Kaedah Daripada analisis ciri-ciri pelajar yang dibuat sebelum itu, saya memilih kaedah pembelajaran berasaskan teknologi multimedia (video dan model 3D) serta persembahan Microsoft Power Point untuk set induksi dan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah Socratik penyoalan, saya membimbing pelajar untuk membuat genaralisasi ciri-ciri khas haiwan secara induktif. Saya juga menyeru pelajar agar menyayangi haiwan untuk mewarnai dunia alam dengan tayangan video bonus. Saya membimbing pelajar untuk menyediakan buku log melalui pembelajaran berpusatkan pelajar hands on minds on, yang boleh memupuk nilai- nilai murni sayang pada alam haiwan, bekerjasama, bertimbangrasa dan berkomunikasi.
  • 12. 12 Utilize Media and Material (Gunakan Media dan Bahan) Komponen ini adalah fasa yang amat kritikal. Kecanggihan media yang gagal digunakan dengan baik akan member kesan negatif kepada pembelajaran. Saya harus mengenalpasti lima persiapan terhadap persekitaran ketika media dan bahan itu digunakan. (a) Paparkan Bahan dan Media Saya membaca dan memahami isi pengajaran berkenaan tajuk daripada buku Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4 dan buku rujukan yang berkenaan. Saya menentukan tempoh pembelajaran yang diperlukan. Saya pribiu video, muzik, dan persembahahan Microsoft Power Point sebelum mengajar. Saya memastikan model- model haiwan dalam keadaan mencukupi dan baik. (b) Sediakan Bahan dan Media Saya meneliti dan merenung proses pengajaran dan pembelajaran untuk topik ini. Saya memastikan model-model haiwan dimasukkan dalam kotak plastik mengikut ciri-ciri khasnya dalam Kumpulan A, B, C dan D untuk diagihkan semasa pengajaran. Saya memastikan projektor LCD dan komputer di bilik Sains dalam keadaan boleh pakai..Saya juga menyediakan alatan tulis, glu dan gunting. (c) Sediakan Persekitaran Saya masuk ke bilik Sains sepuluh minit lebih awal sebelum pengajaran saya bermula. Saya memasang LCD dan komputer. Saya melabuhkan kain langsir untuk tayangan video dalam keadaan jelas.
  • 13. 13 Saya memastikan tempat duduk murid selesa dan gangguan luar bilik diminimakan. (d) Sediakan Pelajar Saya memastikan pelajar membawa alatan tulis, gunting, glu dan majalah-majalah lama ke kelas. Saya sediakan tugasan kerja kumpulan dalam kertas untuk membimbing pelajar membuat perbincangan kumpulan dalam keadaan teratur. Paparan Power Point saya memberi arahan kep[ada pelajar untuk tindakan susulan kemudian . (e) Sediakan Pengalaman Pembelajaran Saya memulakan pengajaran dengan set induksi yang menayangkan video pemburuan haiwan di alam sebenar untuk memastikan pelajar dalam keadaan bersedia untuk belajar. Saya mengagihkan model- model binatang untuk pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada berkenaan sifat fizikal haiwan. Pelajar membuat generalisasi berkenaan ciri-ciri khas haiwan untuk perlindungan diri melalui perbincangan kumpulan. Hasil perbincangan dibentangkan kemudian. Pelajar mengaplikasikan pengalaman melayari internet untuk mencari grafik haiwan dan mengkategorikan haiwan mengikut cirri-ciri khasnya dalam bentuk buku log. Require Learner Participation (Mendapatkan Penglibatan Pelajar) Pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran untuk memastikan aplikasi
  • 14. 14 yang saya hasilkan benar-benar menyelidik suasana pembelajaran yang sesuai, efektif serta menarik minat pelajar saya. Semasa set induksi, saya mengemukakan soalan berkenaan kepentingan haiwan melindungi dirinya daripada bahaya diserang musuh lain. Melalui tayangan video secara visual dan audio, pelajar didedahkan kepada situasi yang dinamik dan realistik di alam haiwan. Ini dapat mempengaruhi motivasi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Model haiwan berfizikal luar yang berbeza boleh menambah pengalaman pelajar seolah-olah mengalami persekitaran dunia haiwan dengan sendiri. Apabila pelajar diagihkan kotak yang mempunyai beberapa ekor haiwan (model 3D) dalam proses pembelajaran, pelajar terangsang untuk mengenalpasti, menganalisis dan merumuskan ciri-ciri khas haiwan tertentu untuk melindungi dirinya daripada bahaya. Saya memainkan muzik ringan semasa perbincangan kumpulan. Pelajar celik akal boleh membuat generalisasi secara induktif tentang ciri-ciri haiwan tertentu dalam kertas tugasan dan membentangkannya di kelas. Saya membuat pemerhatian dan mengadakan perbincangan dengan persembahan Power Point untuk mendapatkan maklum balas pelajar. Saya memberI pengukuhan serta-merta kepada tindak balas yang betul. Selepas melihat video bonus dan membuat kesimpulan, aktiviti susulan dijalankan. Pelajar akan mendapatkan maklumat lain berkenaan ciri-ciri khas haiwan melalui guntingan gambar haiwan dari majalah atau layaran internet di rumah. Maklumat tambahan yang disimpan dalam buku log ini akan
  • 15. 15 mencabar pelajar untuk meneroka alam haiwan dengan pemikiran yang lebih kritikal dan saintifik lagi. Evaluate and Revise (Menilai dan Semak) Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media secara menyeluruh perlu saya laksanakan. (a) Menilai Pencapaian Pelajar Melalui pembentangan wakil kumpulan dan perbincangan kelas, saya dapat menilai penguasaan pelajar secara pemerhatian dan lisan. Buku log yang dapat diselenggarakan dengan terurus dan padat juga dapat menilai pencapaian pelajar. (b) Menilai Pencapaian Pengajar Semasa sesi soal dan perbincangan kumpulan, saya boleh menilai sama ada arahan saya jelas dan dipatuhi oleh pelajar. Saya menilai teknik mesra bergaul sambil belajar saya.melalui gelagat pelajar dalam suasana pembelajaran waktu itu. Saya menilai pencapaian objektif pembelajaran melalui jawapan pelajar dan hasilan buku log pelajar. (c) Menilai Komponen Media Keberkesanan media 3D dan multimedia Power Point dengan grafik dan animasi yang digunakan dalam proses pengajaran saya boleh dinilai melalui respon pelajar semasa aktiviti kelas dan kumpulan. Sekiranya pelajar dapat menghayati dan mengkategorikan ciri-ciri haiwan mengikut kumpulannya dengan betul, maka saya anggap penggunaan media ini sesuai dan berkesan.
  • 16. 16 RUMUSAN Kemajuan dalam bidang pendidikan masa kini diwarnai dengan pelbagai cabaran baru. Antara cabaran yang paling ketara ialah perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi. Bidang ilmu ini telah mendasari fenomena globalisasi dan menjadikan dunia ini umpama sebuah perkampungan global. Kepantasan dalam pertukaran, perkongsian dan perubahan maklumat dan ilmu telah menjadi pemangkin kepada kepantasan kadar pembangunan yang dialami oleh negara kita dan negara-negara di dunia ini. Menyedari hakikat ini, maka seorang guru sebagai pengajar dan seorang pembawa obor wajarlah menghayati proses penghasilan pakej pengajaran yang berinovatif dan kreatif ini supaya standing dan setinggi dengan arus teknologi masa kini. Model ASSURE sesungguhnya merupakan satu model yang menekankan penggunaan alat bantu mengajar untuk membantu dalam merancang kaedah pengajaran yang lebih efektif dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru yang menjadi peneraju kepada anak-anak bangsa, saya harus melangkah seia sekata dalam satu landasan wawasan demi mempertingkatkan potensi saya dari segi pengetahuan, kemahiran ikhtisas serta amalan nilai-nilai keguruan dalam pelaksanaan tugas profesional saya. Model ASSURE merealsasikan impian kecemerlangan guru yang TERBILANG.
  • 17. 17 BIBLIOGRAFI Hap Aziz. (2003). Assure Learning Through the Use of the ASSURE Model. Retrieved July 1, 2008. from Office of Information Technology database on the World Wide Web: http://www.valenciacc.edu/oit/articles/articles_detail.cfm?ID=45 Heinich, Molenda. M, Russell. J.D. (2003). The ASSURE Model for Selecting Instructional Media. Retrieved June 24, 2008. from Douglas College database on the World Wide Web: http://www.umdnj.edu/meg/legacy/assure_model_select_media.htm. Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,& Smaldino,S.E.(2005). Instructional Media and Technologies for learning.(8th ed.). New Jersey:Prentice Hall. Integrated Curriculum for Primary Schools. (2005). Curriculum Specification – Science Year 4”. Curriculum Development Centre: Ministry of Education Malaysia. Reiser R. (1992). Selecting Media for Instruction.New Jersey : Educational Technology Publications.