18. Pantun umumnya mempunyai ‘Pembayang” dan “maksud”. Bagi Pantun empat
kerat, pembayangnya merupakan dua baris pertama, dan maksudnya pula pada
dua baris terakhir. Bagi pantun dua kerat pula, pembayangnya pada baris pertama
dan maksudnya pada baris keuda.
19. Selain bentuk, pantun mempunyai unsur rima yang seimbang. Pantun yang
baik, biasanya mengandungi empat patah perkataan dan bunyi suku kata
yang berjumlah 8 hingga 12 sahaja setiap barisnya. Bagi pantun di atas,
jumlah perkataannya 4 patah setiap baris dan bunyi suku katanya pula 8, 8,
9, dan 8.
20. Biasanya suku kata terakhir baris pertama (duri) mempunyai unsur bunyi
yang sama dengan suku kata terakhir baris ketiga (rugi). Bagi baris kedua
pula (sarang) mempunyai suku kata yang sama bunyinya dengan baris
keempat (bayang).
Bagi pantun yang baik, persamaan bunyi suku kata terdapat pada perkataan
kedua baris pertama (semak) dengan baris ketiga (tamak). Begitu juga pada
perkataan baris kedua (kuning) dengan baris keempat (anjing).
21. Latihan : Cuba kamu perkatakan bentuk dan unsur bunyi pantun tradisional di
atas.
22. Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Orang tamak selalu rugi
Bagai anjing dengan bayang
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
24. Baik berbalas baik tidak
Asal budi sama dikenang
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.
25. Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Jangan selalu membuang masa
Masa berjalan lepas selalu
Budi emas sama dijunjung
Hidup aman dikenang orang
Jangan tangguh bila berjanji
Sampai masa sila tunaikan