Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pantun bahasa

20,620 views

Published on

10 rangkap Pantun yang bertemakan bahasa dan penggunanya

Published in: Education
  • Be the first to like this

Pantun bahasa

  1. 1. PANTUN BAHASA (1) P agi-pagi menganyam ketupat, Jangan berongga biarlah tumpat; Gunakan bahasa secara tepat, Jiwa Melayumu semakin mampat. www.saujana.sg
  2. 2. PANTUN BAHASA (2) P ergi mengundang rumah Pak Haji, Buat jamuan mendapat restu; Jiwa Melayumu hendak menjadi, Gunakan bahasamu setiap waktu. www.saujana.sg
  3. 3. PANTUN BAHASA (3) H endak menangkap ikan siakap, Masuk ke jala si ikan sepat; Gunakan bahasamu secara kerap, Lambat laun bertambah tepat. www.saujana.sg
  4. 4. PANTUN BAHASA (4) W aktu pagi ke rumah teman, Ke rumah teman dengan sampan; Hendak mengenal arif budiman, Sulamlah bahasa dengan ungkapan. www.saujana.sg
  5. 5. PANTUN BAHASA (5) P ergi ke dapur membeli cuka, Cuka setitik pencecah lidah; Pantun gurindam syair seloka, Jadi perencah bahasa nan indah. www.saujana.sg
  6. 6. PANTUN BAHASA (6) K e tanah seberang satu purnama, Duduk bertamu rumah saudara; Kalau bertutur dengan sempurna, Nahu tersusun santun terjaga. www.saujana.sg
  7. 7. PANTUN BAHASA (7) P ergi berdagang emas suasa, Bawa sekali pasu tembikar; Kalau sebangsa tak tahu bahasa, Umpama pohon tidak berakar. www.saujana.sg
  8. 8. PANTUN BAHASA (8) S edang berehat di tepi anjung, Jiran tetangga datang berkunjung; Bahasa budaya kalau dijunjung, Pusaka bangsa tetap tersanjung. www.saujana.sg
  9. 9. PANTUN BAHASA (9) R entak bergema disambut tari, Tari mak inang di tengah laman; Jika bahasa terus dilestari, Hayat usianya menerobos zaman. www.saujana.sg
  10. 10. PANTUN BAHASA (10) T erbang rendah si burung camar, Turun hinggap bersama tekukur; Jika bahasa selalu tercemar, Maksud tujuan menjadi kabur. www.saujana.sg

×