KARYA :  MOHAMED NAIM DAIPI SUSUNAN MUZIK DAN  PENDEKLAMASI:  WAWAN
MANIFESTASI  KEMENANGAN Aidilfitri manifestasi kemenangan Mengharungi cabaran Ramadan Manifestasi kemenangan  Mencabar nafsu-nafsi Kita akan terus menang  Setiap kali kita  memanifestasikan kesejahteraan umat Melestarikan budaya bangsa Mendaulatkan bahasa ibunda Menjadi obor kepada generasi demi generasi
Kita akan terus menang Setiap kali kita menjadikan pemuafakatan  Sebagai teras gerakan kita Menyinari detik-detik perjalanan Agar tidak ditelan zaman Agar tidak lapuk dimamah globalisasi Kita akan terus menang  Selagi kita menyedari erti penghayatan Setiap gerak langkah kita Selagi kita menyedari erti pematlamatan Setiap nadi gerakan kita
Kita akan terus menang Selagi kita mahukan kemenangan Dan kita tidak akan menang Selagi kita menghindari kemenangan
Kita tidak akan menang. Selagi kita terus ditunjuk, bukan jadi penunjuk Selagi kita terus diarah, bukan jadi pengarah Selagi kita sering berkompromi  tanpa menafsir erti kebersamaan  Selagi kita terus mengalah  dan mengaku kalah. Selagi kita menunduk  dan terus menunduk Selagi kita dikehendaki mendengar  tanpa diundang berbicara
Kita tidak akan menang  Selagi pemimpin tidak mengerti  akan inspirasi yang dipimpinnya Selagi pemimpin tidak mahu  memberikan laluan kepada pelapisnya Selagi pemimpin ingin terus  bertakhta di persadanya tanpa mengenal erti kekiniannya Selagi pemimpin akar umbi  membeliti akar tunjangnya menyesakkan salur nafas penggantinya
Kita tidak akan menang Selagi hasad melingkari kita Selagi kata-kata meludahi keikhlasan  Selagi kita berpecah dan terbelah Selagi kita tidak memahami erti kekitaan Selagi kita tidak mahu bersatu Selagi kita tidak memahami erti berpersatuan Selagi kita tidak mahu memahami kesatuan Selagi kita terus menghindari penyatupaduan.
Kita tidak akan menang Selagi kita tidak menjadi pemaaf; Memberi maaf, Mengucapkan maaf Dan Menerima maaf  Maaf Zahir dan Bathin MOHAMED NAIM DAIPI TAMAT
 

Manifestasi Kemenangan

  • 1.
    KARYA : MOHAMED NAIM DAIPI SUSUNAN MUZIK DAN PENDEKLAMASI: WAWAN
  • 2.
    MANIFESTASI KEMENANGANAidilfitri manifestasi kemenangan Mengharungi cabaran Ramadan Manifestasi kemenangan Mencabar nafsu-nafsi Kita akan terus menang Setiap kali kita memanifestasikan kesejahteraan umat Melestarikan budaya bangsa Mendaulatkan bahasa ibunda Menjadi obor kepada generasi demi generasi
  • 3.
    Kita akan terusmenang Setiap kali kita menjadikan pemuafakatan Sebagai teras gerakan kita Menyinari detik-detik perjalanan Agar tidak ditelan zaman Agar tidak lapuk dimamah globalisasi Kita akan terus menang Selagi kita menyedari erti penghayatan Setiap gerak langkah kita Selagi kita menyedari erti pematlamatan Setiap nadi gerakan kita
  • 4.
    Kita akan terusmenang Selagi kita mahukan kemenangan Dan kita tidak akan menang Selagi kita menghindari kemenangan
  • 5.
    Kita tidak akanmenang. Selagi kita terus ditunjuk, bukan jadi penunjuk Selagi kita terus diarah, bukan jadi pengarah Selagi kita sering berkompromi tanpa menafsir erti kebersamaan Selagi kita terus mengalah dan mengaku kalah. Selagi kita menunduk dan terus menunduk Selagi kita dikehendaki mendengar tanpa diundang berbicara
  • 6.
    Kita tidak akanmenang Selagi pemimpin tidak mengerti akan inspirasi yang dipimpinnya Selagi pemimpin tidak mahu memberikan laluan kepada pelapisnya Selagi pemimpin ingin terus bertakhta di persadanya tanpa mengenal erti kekiniannya Selagi pemimpin akar umbi membeliti akar tunjangnya menyesakkan salur nafas penggantinya
  • 7.
    Kita tidak akanmenang Selagi hasad melingkari kita Selagi kata-kata meludahi keikhlasan Selagi kita berpecah dan terbelah Selagi kita tidak memahami erti kekitaan Selagi kita tidak mahu bersatu Selagi kita tidak memahami erti berpersatuan Selagi kita tidak mahu memahami kesatuan Selagi kita terus menghindari penyatupaduan.
  • 8.
    Kita tidak akanmenang Selagi kita tidak menjadi pemaaf; Memberi maaf, Mengucapkan maaf Dan Menerima maaf Maaf Zahir dan Bathin MOHAMED NAIM DAIPI TAMAT
  • 9.