pantun pemimpin dengan bahasanya

19,714 views

Published on

Pantun ini bertemakan pemimpin dengan bahasanya

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
19,714
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7,729
Actions
Shares
0
Downloads
126
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

pantun pemimpin dengan bahasanya

  1. 1. PANTUN PEMIMPIN DENGAN BAHASANYA (1) P agi Jumaat pergi keramat, Bawa pisang barang sesikat; Pemimpin akan mendapat hormat, Boleh berbicara tamsil ibarat. www.saujana.sg
  2. 2. PANTUN PEMIMPIN DENGAN BAHASANYA (2) M usykil agama tanyalah aulia, Musykil nahu tanyalah bahasawan; Pemimpin sebangsa dianggap mulia, Bahasa budaya jadi basahan. www.saujana.sg
  3. 3. PANTUN PEMIMPIN DENGAN BAHASANYA (3) S ila mampir ke teratak hamba, Sambil minum kopi secangkir; Kalau pemimpin abaikan bahasa, Anak bangsa akan menyingkir. www.saujana.sg
  4. 4. PANTUN PEMIMPIN DENGAN BAHASANYA (4) P agi Jumaat hadiri kuliah, Kuliah agama Ustaz Mat Isa; Pemimpin bangsa diberi tauliah, Sanjung budaya lestari bahasa www.saujana.sg
  5. 5. PANTUN PEMIMPIN DENGAN BAHASANYA (5) T empah sehelai sarung kebaya, Halus lembutnya bagaikan kapas; Pemimpin tidak gunakan bahasanya, Tauliahnya renyuk jiwanya hampas. www.saujana.sg
  6. 6. PANTUN PEMIMPIN DENGAN BAHASANYA (6) P etang-petang membelah kayu, Kayu dibelah dengan kapaknya; Pemimpin pelat berbicara Melayu, Ibarat semangat hilang wajanya. . www.saujana.sg
  7. 7. PANTUN PEMIMPIN DENGAN BAHASANYA (7) N aik perahu ke tanah Jawa, Sampai ke sana petang Selasa; Bagai jasad hilang jiwanya, Jika pemimpin lupakan bahasa. www.saujana.sg
  8. 8. PANTUN PEMIMPIN DENGAN BAHASANYA (8) L epas pasang langsir jendela, Minum kopi barang secangkir; Jika pemimpin meminggir bahasa, Lambat laun bangsa menyingkir. www.saujana.sg
  9. 9. PANTUN PEMIMPIN DENGAN BAHASANYA (9) P etang Ahad bersama Pak Busu, Hendak membeli semangkuk laksa; Jika pemimpin berbahasa rancu, Jadi ikutan si anak bangsa. www.saujana.sg
  10. 10. PANTUN PEMIMPIN DENGAN BAHASANYA (10) N aik rakit pergi ke muara, Mudik sungai memakai galah; Pelat pemimpin berbahasa ibunda, Jadi ejekan anak sekolah. www.saujana.sg

×