Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama bagi tubuh manusia dan menyumbang kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga. Karbohidrat terdiri daripada gula, kanji dan serat yang banyak terdapat dalam bijiran. Ia diperlukan untuk menyediakan tenaga bagi aktiviti harian tetapi kelebihan karbohidrat boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes.