Kajian ini bertujuan untuk menilai impak segi tiga pascal terhadap penguasaan operasi tambah dalam lingkungan 10 di kalangan empat murid pemulihan khas di SK X, Jasin, Melaka. Hasil analisis menunjukkan bahawa segi tiga pascal efektif dalam meningkatkan penguasaan matematik melalui pembelajaran rekreasi dan memperkenalkan konsep operasi yang betul. Penyelidik mengesyorkan penggunaan lima aktiviti rekreasi lain untuk meningkatkan kemahiran matematik murid.