Kajian ini mengkaji keberkesanan kaedah tulang Napier dalam meningkatkan kemahiran pendaraban nombor dua digit di kalangan 10 murid tahun 5. Hasil analisis menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam markah ujian pasca berbanding ujian pra, dengan nilai min meningkat daripada 6.3 kepada 9. Kaedah ini juga berjaya menarik minat murid dan memudahkan pemahaman mereka terhadap konsep pendaraban.