SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR

                       114, JALAN OMAR

                      81900 KOTA TINGGI

                           JOHOR




                         Nama Pengkaji




                ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN




                         Tajuk Kajian




 MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB NOMBOR
DUA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA
                 DENGAN KAEDAH GARIS SILANG
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


       Sebagai seorang guru matematik, saya dapati empat orang murid daripada Tahun 4
Terbilang tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang
melibatkan pendaraban nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan
semula. Apabila saya bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang mereka rasa amat
mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak
faham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid yang saya terima ini
memberikan saya satu tamparan hebat sebagai seorang guru matematik. Saya rasakan
penyampaian saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kurang memberi kesan kepada
mereka. Apabila murid ini tidak menjawab soalan yang diberikan, secara tidak langsung murid
menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid
ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada
sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan berserta penyertaan murid
dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini
menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum
dapat menguasainya.
       Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda.
Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik ini?
Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha
dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini
masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini.
Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.


2.0 FOKUS KAJIAN


       Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal
dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula dengan kaedah garis silang kepada empat orang murid Tahun 4 Terbilang
di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi.
Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasai
oleh murid, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-
soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid untuk
menguasai konsep ini, murid akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat
latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam
ujian dan peperiksaan sekolah.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN


       Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut:


       3.1 OBJEKTIF UMUM
              3.1.1   Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab


       3.2 OBJEKTIF KHUSUS
              3.2.1   Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor dua
                      digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula
              3.2.2   Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan
                      kemahiran mendarab
              3.2.3   Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan
                      harmonis


4.0 KUMPULAN SASARAN


       Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 4 Terbilang yang
didapati mempunyai masalah mendarab nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula. Murid-murid ini adalah dari kalangan murid-murid yang sederhana dan
berumur dalam lingkungan 10 tahun.
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


    5.1 TINJAUAN MASALAH


       Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan
       hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan
       dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara:


          5.1.1   Pemerhatian
                  Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini.
                  Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam
                  bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan
                  bertulis dan ujian pra.


          5.1.2   Temu Bual
                  Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia
                  dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran.
                  Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid
                  tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal.


          5.1.3   Soal Selidik
                  Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk
                  mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik
                  dan mendarab nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan
                  pengumpulan semula. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk
                  mendapatkan maklumat yang tepat.
5.1.4   Ujian Pra
             Ujian Pra dijalan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid
             dalam tajuk “Pendaraban Nombor Bulat Hingga 10 000”. Ujian Pra
             dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri
             daripada 10 soalan subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan
             jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut. Tempoh masa menjawab
             adalah 30 minit.


5.2 AKTIVITI “KAEDAH GARIS SILANG”


     5.2.1   Kaedah Pelaksanaan
                 Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti
             murid.
                 Langkah 1: Membina model dengan menggunakan lidi. Murid boleh
             duduk dalam kumpulan dan membina model berdasarkan kepada soalan-
             soalan.
                 Langkah 2: Selepas murid bermain dengan lidi, guru boleh
             menyambung dengan gambarajah Vedic dengan menggunakan model.
             Guru mengajar kaedah untuk melukis gambarajah daripada senang kepada
             susah.


                                      5




             4




                 Pendaraban 1 digit dengan 1 digit, 4 x 5
3


1




4



    Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit, 14 x 3


                    1                6



    2




    3



Pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit, 23 x 16




    Langkah 3: Kemudian, memindahkan nombor daripada gambarajah
Vedic kepada bentuk algoritma. Walaubagaimana pun, guru perlu
menunjukkan hasil bahagian algoritma dan bukan algoritma tradisional.
1. Pendaraban nombor 1 digit dengan 1 digit. Contoh: 4 x 5

                       5




4




         Ra       Pu       Sa
                           4
          x                5
                  2        0




    2. Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit. Contoh: 14 x 3


1
+
3
          Puluh
                                Sa




          12               2

4
Ra   Pu        Sa
                        1         4
                   x              3
                        1         2
                   +    3         0
                        4         2




    3. Pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit. Contoh: 23 x 16


          1                      15 + 1 = 16    6
       +

Ratus 2
3

           Puluh


                                           Sa

                            18         8
Ri      Ra       Pu      Sa
                          2        3
                  x       1        6
                          1        8
                          3        0
                  1       2        0
         +        2       0        0
                  3       6        8




   Langkah 4: Murid diberikan latih tubi dengan mengikut langkah-
langkah daripada senang kepada susah. Ini adalah juga untuk membantu
murid supaya dapat menguasai kaedah gambarajah ini dalam bentuk grid.
Dalam memastikan murid dapat memahami kaedah garis silang dalam
gambarajah ini, latihan dan latih tubi diberikan kepada murid-murid.
6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


                                                                JANGKA MASA
     BIL                         AKTIVITI
                                                                PELAKSANAAN
      1    Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal       1 minggu
      2    Menulis proposal kajian                                2 minggu
      3    Merancang tindakan                                     1 minggu
      4    Ujian Pra                                               1 hari
      5    Melaksanakan tindakan                                   1 hari
      6    Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan       1 minggu
      7    Ujian Pos                                               1 hari
      8    Refleksi kajian                                        1 minggu
      9    Menulis laporan kajian                                 2 minggu
      10   Pembentangan dapatan kajian                            1 minggu


7.0 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON

                                            KUANTITI x HARGA
BIL                JENIS BAHAN                                    JUMLAH KOS
                                                   SEUNIT
 1     Kertas A4                                  2 x RM 9.00       RM 18.00
 2     4 helai kertas lutsinar                    4 x RM 0.70        RM 2.80
 3     Dakwat mesin pencetak                     1 x RM 80.00       RM 80.00
 4     Fotokopi bahan dan laporan kajian               -            RM 50.00
 5     Buku Catatan                               1 x RM 4.00        RM 4.00
 6     Lidi berwarna                              4 x RM 3.50       RM 14.00
       JUMLAH                                                       RM 168.80
Kajian tindakan matematik

Kajian tindakan matematik

  • 1.
    SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR 114, JALAN OMAR 81900 KOTA TINGGI JOHOR Nama Pengkaji ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN Tajuk Kajian MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB NOMBOR DUA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA DENGAN KAEDAH GARIS SILANG
  • 2.
    1.0 REFLEKSI PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sebagai seorang guru matematik, saya dapati empat orang murid daripada Tahun 4 Terbilang tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Apabila saya bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan hebat sebagai seorang guru matematik. Saya rasakan penyampaian saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kurang memberi kesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak menjawab soalan yang diberikan, secara tidak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan berserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya. Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda. Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini. Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan kaedah garis silang kepada empat orang murid Tahun 4 Terbilang di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi.
  • 3.
    Kemahiran mendarab adalahamat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasai oleh murid, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan- soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid untuk menguasai konsep ini, murid akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut: 3.1 OBJEKTIF UMUM 3.1.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab 3.2 OBJEKTIF KHUSUS 3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula 3.2.2 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran mendarab 3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 4 Terbilang yang didapati mempunyai masalah mendarab nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Murid-murid ini adalah dari kalangan murid-murid yang sederhana dan berumur dalam lingkungan 10 tahun.
  • 4.
    5.0 TINDAKAN YANGDICADANGKAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara: 5.1.1 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra. 5.1.2 Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. 5.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mendarab nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
  • 5.
    5.1.4 Ujian Pra Ujian Pra dijalan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk “Pendaraban Nombor Bulat Hingga 10 000”. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut. Tempoh masa menjawab adalah 30 minit. 5.2 AKTIVITI “KAEDAH GARIS SILANG” 5.2.1 Kaedah Pelaksanaan Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid. Langkah 1: Membina model dengan menggunakan lidi. Murid boleh duduk dalam kumpulan dan membina model berdasarkan kepada soalan- soalan. Langkah 2: Selepas murid bermain dengan lidi, guru boleh menyambung dengan gambarajah Vedic dengan menggunakan model. Guru mengajar kaedah untuk melukis gambarajah daripada senang kepada susah. 5 4 Pendaraban 1 digit dengan 1 digit, 4 x 5
  • 6.
    3 1 4 Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit, 14 x 3 1 6 2 3 Pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit, 23 x 16 Langkah 3: Kemudian, memindahkan nombor daripada gambarajah Vedic kepada bentuk algoritma. Walaubagaimana pun, guru perlu menunjukkan hasil bahagian algoritma dan bukan algoritma tradisional.
  • 7.
    1. Pendaraban nombor1 digit dengan 1 digit. Contoh: 4 x 5 5 4 Ra Pu Sa 4 x 5 2 0 2. Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit. Contoh: 14 x 3 1 + 3 Puluh Sa 12 2 4
  • 8.
    Ra Pu Sa 1 4 x 3 1 2 + 3 0 4 2 3. Pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit. Contoh: 23 x 16 1 15 + 1 = 16 6 + Ratus 2 3 Puluh Sa 18 8
  • 9.
    Ri Ra Pu Sa 2 3 x 1 6 1 8 3 0 1 2 0 + 2 0 0 3 6 8 Langkah 4: Murid diberikan latih tubi dengan mengikut langkah- langkah daripada senang kepada susah. Ini adalah juga untuk membantu murid supaya dapat menguasai kaedah gambarajah ini dalam bentuk grid. Dalam memastikan murid dapat memahami kaedah garis silang dalam gambarajah ini, latihan dan latih tubi diberikan kepada murid-murid.
  • 10.
    6.0 JADUAL PELAKSANAANKAJIAN JANGKA MASA BIL AKTIVITI PELAKSANAAN 1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu 2 Menulis proposal kajian 2 minggu 3 Merancang tindakan 1 minggu 4 Ujian Pra 1 hari 5 Melaksanakan tindakan 1 hari 6 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 minggu 7 Ujian Pos 1 hari 8 Refleksi kajian 1 minggu 9 Menulis laporan kajian 2 minggu 10 Pembentangan dapatan kajian 1 minggu 7.0 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON KUANTITI x HARGA BIL JENIS BAHAN JUMLAH KOS SEUNIT 1 Kertas A4 2 x RM 9.00 RM 18.00 2 4 helai kertas lutsinar 4 x RM 0.70 RM 2.80 3 Dakwat mesin pencetak 1 x RM 80.00 RM 80.00 4 Fotokopi bahan dan laporan kajian - RM 50.00 5 Buku Catatan 1 x RM 4.00 RM 4.00 6 Lidi berwarna 4 x RM 3.50 RM 14.00 JUMLAH RM 168.80