Kaedah Newman digunakan untuk mengenal pasti punca kesilapan murid dalam menyelesaikan masalah matematik. Ia terdiri daripada 5 fasa iaitu membaca, memahami, menukarkan kepada ayat matematik, menggunakan kaedah penyelesaian, dan menulis jawapan. Ini membolehkan guru mengenal pasti tahap penguasaan murid dan membantu mereka meningkatkan pembelajaran.