1.    Apakah itu (Kebimbangan Matematik)?


           Kebimbangan      terhadap   Matematik   didefinisikan   sebagai   gangguan   dengan
     pembelajaran Matematik, diuji ke atas Matematik, dan/ atau mengambil kursus Matematik,
     dan memberi kesan dalam kesukaran dengan memanipulasikan nombor dan menyelesaikan
     masalah Matematik yang mempunyai variasi yang luas dan berlatarkan dunia sebenar dalam
     akademik. Ia juga dikenali sebagai respons fobia, di mana seseorang tersebut ingin
     mengelakkan dari Matematik dan juga situasi di mana aspek yang bakal dihadapi, dan
     berasa bimbang di mana situasi kebimbangan ini tidak boleh dielakkan.


2.    Kenapa ia berlaku?


           Dalam persekitaran akademik, pelajar yang mempunyai kebimbangan Matematik
     yang tinggi cenderung untuk tidak terlibat secara aktif di dalam kelas Matematik, dan
     cenderung untuk mengambil kursus asas Matematik yang minimum diperlukan. Apa yang
     penting, mereka mengelakkan diri daripada memilih karier dalam sebarang bidang yang
     berkaitan dengan Matematik, walaupun karier yang mereka hendak itu agak menarik. Ini
     merupakan kesan yang tidak menguntungkan disebabkan oleh kebimbangan Matematik
     kerana pertama lebih dari separuh daripada semua kerjaya, memerlukan pengetahuan
     Matematik, begitu juga aplikasi pecahan. Dan yang kedua ialah ia boleh mengatasi
     kebimbangan Matematik dan memulakan semula pembelajaran Matematik secara normal.


           Kebimbangan Matematik juga berlaku apabila pelajar berhadapan dengan tugasan
     atau masalah yang sukar untuk diselesaikan dan penilaian juga dilakukan serentak. Semasa
     penilaian inilah pelajar akan berasa gementar dan menunjukkan tanda-tanda seperti badan
     menggeletar dan tangan berpeluh. Pelajar juga menghadapi kesukaran dalam menyusun idea,
     mengalami perasaan gelisah dan cemas. Mereka juga tidak senang untuk berehat atau duduk
     lama di kerusi dan mereka terikat dengan kelakuan yang bermacam-macam untuk
     mengurangkan kebimbangan tersebut.


           Selain itu, kebimbangan Matematik boleh berlaku disebabkan kesukaran dalam
     menyelesaikan masalah Matematik yang mana ia dianggap sebagai bebanan oleh pelajar.
     Pelajar tersebut akan berasa rendah diri jika beliau gagal menyelesaikan masalah tersebut,
     rakan-rakannya akan memberi pandangan yang negatif ke atas kebolehannya. Akhir sekali,
faktor-faktor seperti persekitaran sekolah, teknik instruksional dan lain-lain aspek juga harus
     diambil kira. Contohnya persekitaran pembelajaran yang tidak selesa akan membuat pelajar
     tidak bermotivasi untuk menelaah pelajaran, cenderung untuk membuat kerja-kerja lain
     semata-mata untuk meningkatkan semangat belajarnya, atau pelajar tersebut langsung tidak
     melakukan aktiviti ilmiah..


3.    Siapakah yang mempunyainya?


            Orang yang mengalami kebimbangan Matematik berasa bahawa mereka tidak dapat
     melakukan aktiviti dan kelas yang melibatkan Matematik. Mereka terdiri daripada pelajar-
     pelajar sekolah rendah, menengah, menengah atas dan pra-universiti yang mana mereka akan
     menduduki peperiksaan awam seperti UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), PMR
     (Penilaian Menengah Rendah), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi
     Penilaian Malaysia) di mana dalam peperiksaan awam ini, ia merupakan subjek wajib bagi
     pelajar untuk mengambil subjek Matematik. Matematik adalah salah satu subjek teras selain
     subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Islam/Moral.


            Bukan setakat pelajar sahaja, malah guru dan guru pelatih turut mengalami
     kebimbangan Matematik. Seperti pelajar, mereka juga tidak terlepas dari melakukan
     penyelesaian kepada masalah Matematik di mana kadang-kadang mereka juga tidak dapat
     menyelesaikan masalah tersebut dan ini memaksa mereka untuk merujuk kepada pakar
     seperti guru Matematik senior. Bagi guru pelatih pula, masih ada di antara mereka keliru
     dalam penggunaan dan aplikasi Matematik yang lain dalam menyelesaikan kes studi.
     Beberapa antara mereka sudah jemu melihat permasalahan Matematik di mana mereka
     mengaplikasikan perkara yang sama dalam menyelesaikannya. Akhir sekali, guru pelatih
     melihat menyelesaikan masalah adalah sukar kerana masalah yang dinyatakan adalah terlalu
     panjang lebar dan mereka memerlukan darjah pemahaman di tahap-tahap tertentu sebelum
     memulakan penyelesaian masalah.


4.    Bila ia berlaku?


            Kebimbangan Matematik berlaku dalam banyak cara dan di mana-mana sahaja seperti
     di kelas, kedai-kedai, di tempat kerja dan di rumah juga. Bagi pelajar, mereka paling kerap
     berhadapan dengan fenomena ini di sekolah, iaitu di dalam kelas Matematik, Matematik
Tambahan, Fizik, Prinsip Perakaunan dan subjek-subjek lain yang kandungannya
     mengandungi unsur-unsur pengiraan. Dalam kelas ini, pelajar yang mempunyai tahap
     kebimbangan Matematik yang tinggi akan bergelut dengan perasaan dan mental dalam
     menyesuaikan diri untuk mengadaptasikan kebimbangan tersebut dan menerima input subjek
     tersebut. Contohnya, pelajar Tahun Enam didedahkan dengan masalah yang melibatkan
     pecahan, pembahagian panjang dan ‘anu’. Pendedahan ini tidak sesuai kepada murid Tahun
     Enam kerana ia melibatkan pengiraan yang rumit dan murid lambat untuk menyelaminya.
            Dalam kehidupan seharian juga, pelajar sukar untuk melakukan perubahan,
     mengelakkan membimbing atau terlampau dibimbing kerana mereka tidak mampu mengira
     jumlah yang tepat, tidak menyemak baki bank atau penyata kad kredit, dan juga mengelak
     menyemak bil yang mempunyai potensi salah, bayar cek, etc.


5.    Apa yang menciptanya?


            Pertama, kebimbangan Matematik wujud bila pelajar tidak memahami konsep dan
     prinsip Matematik atau pelajar tidak dapat memberi gambaran bagaimana konsep tersebut
     berlaku. Jika pelajar tidak memahami konsep tersebut, pelajar tidak dapat menyelesaikan
     masalah Matematik tersebut. Seperti mana yang kita tahu, sesetengah konsep Matematik
     saling berhubung antara satu sama lain. Jika pelajar tidak memahami salah satu konsep
     tersebut, maka pelajar tidak mendapat jawapan yang tepat penyelesaian masalah tersebut.


            Kedua, sikap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku juga boleh
     mempengaruhi ke arah kewujudan kebimbangan terhadap Matematik dalam kalangan pelajar.
     Seorang guru yang menyukai Matematik mampu membawa pelajarnya juga turut mencintai
     Matematik. Begitu juga sebaliknya, jika guru tersebut menunjukkan kebencian dan
     ketakutannya terhadap Matematik turut memberi impak negatif terhadap pelajarnya.


            Ketiga, guru dan guru pelatih perlu tahu bahawa kewujudan kebimbangan terhadap
     Matematik merupakan tujuan utama mereka untuk membantu pelajar mengatasi kebimbangan
     Matematik mereka, dalam masa yang sama mengawal kebimbangan mereka sendiri.


            Keempat, adalah membuat perbincangan dan membuat refleksi berdasarkan perkara-
     perkara yang telah terjadi untuk        membuat penambahbaikan bagi mengurangkan
kebimbangan tersebut seperti membuat muhasabah diri selepas proses pengajaran dan
     pembelajaran di kelas.


6.     Bagaimana mengurangkannya?
            Fakta mengatakan pelajar mengalami kebimbangan Matematik dalam kelas yang
     mengamalkan cara tradisional, guru harus mencorak bilik darjah yang boleh membuatkan
     mereka lebih bermotivasi. Pelajar harus tahu dia sama ada dia di tahap kejayaan yang tinggi
     dan tahap kegagalan yang mereka mampu pertimbangkan. Oleh itu, anggapan yang salah
     harus ditangani secara positif untuk menggalakkan penglibatan dan menambahkan keyakinan
     pelajar.


            Kajian menunjukkan pelajar belajar bersungguh-sungguh apabila mereka aktif
     daripada pelajar pasif (Spikell, 1993). Teori kecerdasan pelbagai mengutarakan cara
     pembelajaran yang berlainan. Pelajaran dipersembahkan untuk visual, matematik, muzikal,
     kinestik, interpersonal, intrapersonal dan linguistik. Semua layak untuk belajar, tapi mungkin
     belajar dengan cara masing-masing. Oleh itu, pelajaran harus dipersembahkan dengan
     alternatif yang pelbagai seperti menggunakan bantuan visual, berlakon dan kumpulan
     koperatif. Pelajar zaman sekarang memerlukan praktikal Matematik. Oleh itu, Matematik
     perlu relevan dalam kehidupan seharian. Pelajar suka membuat eksperimen. Untuk belajar
     Matematik, pelajar harus melibatkan diri dalam menjelajah, meneka, dan memikir daripada
     melibatkan diri hanya menghafal peraturan pembelajaran dan prosedur.


                Kumpulan koperatif menyediakan pelajar peluang untuk saling bertukar idea, untuk
     bertanya soalan dengan bebas, untuk menerangkan kepada satu sama lain, untuk menjelaskan
     dengan cara yang bermakna dan meluahkan perasaan mereka tentang pembelajaran mereka.
     Kemahiran-kemahiran ini diperlukan pada awal usia supaya menjadi manfaat sepanjang alam
     pekerjaan dewasa mereka



     7. Bagaimana menghapuskannya?


            Kebimbangan Matematik boleh dihapuskan jika beberapa langkah-langkah bijak
     diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Pertama, ibu bapa harus mencakna perkembangan
     pelajaran anak-anak mereka terutama kepada anak yang menghadapi masalah dengan subjek
Matematik. Jika ibu bapa tersebut mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam
Matematik, mereka sepatutnya membimbing anak mereka bersama-sama menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan Matematik. Jika tidak, mereka juga boleh mengupah guru
tuisyen untuk mengajar anak mereka atau menghantar supaya anak mereka mempunyai
pemahaman yang mendalam terhadap subjek tersebut selain memperkukuhkan ilmu
Matematik yang sedia ada. Dengan itu, anak mereka mempunyai keyakinan terhadap diri
mereka yang mereka mempunyai kepandaian dalam Matematik, seterusnya kebimbangan
terhadap Matematik boleh dihapuskan.


       Kedua, membentuk kumpulan belajar dengan rakan-rakan yang positif dan membina.
Dalam kumpulan ini, ahli-ahli kumpulan mesti terdiri daripada rakan yang mempunyai tahap
penguasaan terhadap sesuatu subjek yang tinggi bagi setiap subjek. Jadi, jika terdapat rakan
yang lemah dalam sesuatu subjek terutama Matematik, rakan yang mahir dalam ilmu
Matematik harus membantu rakan yang lemah tersebut. Selain itu, memberi sokongan
motivasi kepada ahli juga penting untuk menghidupkan semangat belajar supaya objektif
pembelajaran mencapai di tahap yang optimum.

Math anxiety jenifer

  • 1.
    1. Apakah itu (Kebimbangan Matematik)? Kebimbangan terhadap Matematik didefinisikan sebagai gangguan dengan pembelajaran Matematik, diuji ke atas Matematik, dan/ atau mengambil kursus Matematik, dan memberi kesan dalam kesukaran dengan memanipulasikan nombor dan menyelesaikan masalah Matematik yang mempunyai variasi yang luas dan berlatarkan dunia sebenar dalam akademik. Ia juga dikenali sebagai respons fobia, di mana seseorang tersebut ingin mengelakkan dari Matematik dan juga situasi di mana aspek yang bakal dihadapi, dan berasa bimbang di mana situasi kebimbangan ini tidak boleh dielakkan. 2. Kenapa ia berlaku? Dalam persekitaran akademik, pelajar yang mempunyai kebimbangan Matematik yang tinggi cenderung untuk tidak terlibat secara aktif di dalam kelas Matematik, dan cenderung untuk mengambil kursus asas Matematik yang minimum diperlukan. Apa yang penting, mereka mengelakkan diri daripada memilih karier dalam sebarang bidang yang berkaitan dengan Matematik, walaupun karier yang mereka hendak itu agak menarik. Ini merupakan kesan yang tidak menguntungkan disebabkan oleh kebimbangan Matematik kerana pertama lebih dari separuh daripada semua kerjaya, memerlukan pengetahuan Matematik, begitu juga aplikasi pecahan. Dan yang kedua ialah ia boleh mengatasi kebimbangan Matematik dan memulakan semula pembelajaran Matematik secara normal. Kebimbangan Matematik juga berlaku apabila pelajar berhadapan dengan tugasan atau masalah yang sukar untuk diselesaikan dan penilaian juga dilakukan serentak. Semasa penilaian inilah pelajar akan berasa gementar dan menunjukkan tanda-tanda seperti badan menggeletar dan tangan berpeluh. Pelajar juga menghadapi kesukaran dalam menyusun idea, mengalami perasaan gelisah dan cemas. Mereka juga tidak senang untuk berehat atau duduk lama di kerusi dan mereka terikat dengan kelakuan yang bermacam-macam untuk mengurangkan kebimbangan tersebut. Selain itu, kebimbangan Matematik boleh berlaku disebabkan kesukaran dalam menyelesaikan masalah Matematik yang mana ia dianggap sebagai bebanan oleh pelajar. Pelajar tersebut akan berasa rendah diri jika beliau gagal menyelesaikan masalah tersebut, rakan-rakannya akan memberi pandangan yang negatif ke atas kebolehannya. Akhir sekali,
  • 2.
    faktor-faktor seperti persekitaransekolah, teknik instruksional dan lain-lain aspek juga harus diambil kira. Contohnya persekitaran pembelajaran yang tidak selesa akan membuat pelajar tidak bermotivasi untuk menelaah pelajaran, cenderung untuk membuat kerja-kerja lain semata-mata untuk meningkatkan semangat belajarnya, atau pelajar tersebut langsung tidak melakukan aktiviti ilmiah.. 3. Siapakah yang mempunyainya? Orang yang mengalami kebimbangan Matematik berasa bahawa mereka tidak dapat melakukan aktiviti dan kelas yang melibatkan Matematik. Mereka terdiri daripada pelajar- pelajar sekolah rendah, menengah, menengah atas dan pra-universiti yang mana mereka akan menduduki peperiksaan awam seperti UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), PMR (Penilaian Menengah Rendah), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Penilaian Malaysia) di mana dalam peperiksaan awam ini, ia merupakan subjek wajib bagi pelajar untuk mengambil subjek Matematik. Matematik adalah salah satu subjek teras selain subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Islam/Moral. Bukan setakat pelajar sahaja, malah guru dan guru pelatih turut mengalami kebimbangan Matematik. Seperti pelajar, mereka juga tidak terlepas dari melakukan penyelesaian kepada masalah Matematik di mana kadang-kadang mereka juga tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut dan ini memaksa mereka untuk merujuk kepada pakar seperti guru Matematik senior. Bagi guru pelatih pula, masih ada di antara mereka keliru dalam penggunaan dan aplikasi Matematik yang lain dalam menyelesaikan kes studi. Beberapa antara mereka sudah jemu melihat permasalahan Matematik di mana mereka mengaplikasikan perkara yang sama dalam menyelesaikannya. Akhir sekali, guru pelatih melihat menyelesaikan masalah adalah sukar kerana masalah yang dinyatakan adalah terlalu panjang lebar dan mereka memerlukan darjah pemahaman di tahap-tahap tertentu sebelum memulakan penyelesaian masalah. 4. Bila ia berlaku? Kebimbangan Matematik berlaku dalam banyak cara dan di mana-mana sahaja seperti di kelas, kedai-kedai, di tempat kerja dan di rumah juga. Bagi pelajar, mereka paling kerap berhadapan dengan fenomena ini di sekolah, iaitu di dalam kelas Matematik, Matematik
  • 3.
    Tambahan, Fizik, PrinsipPerakaunan dan subjek-subjek lain yang kandungannya mengandungi unsur-unsur pengiraan. Dalam kelas ini, pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan Matematik yang tinggi akan bergelut dengan perasaan dan mental dalam menyesuaikan diri untuk mengadaptasikan kebimbangan tersebut dan menerima input subjek tersebut. Contohnya, pelajar Tahun Enam didedahkan dengan masalah yang melibatkan pecahan, pembahagian panjang dan ‘anu’. Pendedahan ini tidak sesuai kepada murid Tahun Enam kerana ia melibatkan pengiraan yang rumit dan murid lambat untuk menyelaminya. Dalam kehidupan seharian juga, pelajar sukar untuk melakukan perubahan, mengelakkan membimbing atau terlampau dibimbing kerana mereka tidak mampu mengira jumlah yang tepat, tidak menyemak baki bank atau penyata kad kredit, dan juga mengelak menyemak bil yang mempunyai potensi salah, bayar cek, etc. 5. Apa yang menciptanya? Pertama, kebimbangan Matematik wujud bila pelajar tidak memahami konsep dan prinsip Matematik atau pelajar tidak dapat memberi gambaran bagaimana konsep tersebut berlaku. Jika pelajar tidak memahami konsep tersebut, pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik tersebut. Seperti mana yang kita tahu, sesetengah konsep Matematik saling berhubung antara satu sama lain. Jika pelajar tidak memahami salah satu konsep tersebut, maka pelajar tidak mendapat jawapan yang tepat penyelesaian masalah tersebut. Kedua, sikap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku juga boleh mempengaruhi ke arah kewujudan kebimbangan terhadap Matematik dalam kalangan pelajar. Seorang guru yang menyukai Matematik mampu membawa pelajarnya juga turut mencintai Matematik. Begitu juga sebaliknya, jika guru tersebut menunjukkan kebencian dan ketakutannya terhadap Matematik turut memberi impak negatif terhadap pelajarnya. Ketiga, guru dan guru pelatih perlu tahu bahawa kewujudan kebimbangan terhadap Matematik merupakan tujuan utama mereka untuk membantu pelajar mengatasi kebimbangan Matematik mereka, dalam masa yang sama mengawal kebimbangan mereka sendiri. Keempat, adalah membuat perbincangan dan membuat refleksi berdasarkan perkara- perkara yang telah terjadi untuk membuat penambahbaikan bagi mengurangkan
  • 4.
    kebimbangan tersebut sepertimembuat muhasabah diri selepas proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. 6. Bagaimana mengurangkannya? Fakta mengatakan pelajar mengalami kebimbangan Matematik dalam kelas yang mengamalkan cara tradisional, guru harus mencorak bilik darjah yang boleh membuatkan mereka lebih bermotivasi. Pelajar harus tahu dia sama ada dia di tahap kejayaan yang tinggi dan tahap kegagalan yang mereka mampu pertimbangkan. Oleh itu, anggapan yang salah harus ditangani secara positif untuk menggalakkan penglibatan dan menambahkan keyakinan pelajar. Kajian menunjukkan pelajar belajar bersungguh-sungguh apabila mereka aktif daripada pelajar pasif (Spikell, 1993). Teori kecerdasan pelbagai mengutarakan cara pembelajaran yang berlainan. Pelajaran dipersembahkan untuk visual, matematik, muzikal, kinestik, interpersonal, intrapersonal dan linguistik. Semua layak untuk belajar, tapi mungkin belajar dengan cara masing-masing. Oleh itu, pelajaran harus dipersembahkan dengan alternatif yang pelbagai seperti menggunakan bantuan visual, berlakon dan kumpulan koperatif. Pelajar zaman sekarang memerlukan praktikal Matematik. Oleh itu, Matematik perlu relevan dalam kehidupan seharian. Pelajar suka membuat eksperimen. Untuk belajar Matematik, pelajar harus melibatkan diri dalam menjelajah, meneka, dan memikir daripada melibatkan diri hanya menghafal peraturan pembelajaran dan prosedur. Kumpulan koperatif menyediakan pelajar peluang untuk saling bertukar idea, untuk bertanya soalan dengan bebas, untuk menerangkan kepada satu sama lain, untuk menjelaskan dengan cara yang bermakna dan meluahkan perasaan mereka tentang pembelajaran mereka. Kemahiran-kemahiran ini diperlukan pada awal usia supaya menjadi manfaat sepanjang alam pekerjaan dewasa mereka 7. Bagaimana menghapuskannya? Kebimbangan Matematik boleh dihapuskan jika beberapa langkah-langkah bijak diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Pertama, ibu bapa harus mencakna perkembangan pelajaran anak-anak mereka terutama kepada anak yang menghadapi masalah dengan subjek
  • 5.
    Matematik. Jika ibubapa tersebut mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam Matematik, mereka sepatutnya membimbing anak mereka bersama-sama menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Matematik. Jika tidak, mereka juga boleh mengupah guru tuisyen untuk mengajar anak mereka atau menghantar supaya anak mereka mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap subjek tersebut selain memperkukuhkan ilmu Matematik yang sedia ada. Dengan itu, anak mereka mempunyai keyakinan terhadap diri mereka yang mereka mempunyai kepandaian dalam Matematik, seterusnya kebimbangan terhadap Matematik boleh dihapuskan. Kedua, membentuk kumpulan belajar dengan rakan-rakan yang positif dan membina. Dalam kumpulan ini, ahli-ahli kumpulan mesti terdiri daripada rakan yang mempunyai tahap penguasaan terhadap sesuatu subjek yang tinggi bagi setiap subjek. Jadi, jika terdapat rakan yang lemah dalam sesuatu subjek terutama Matematik, rakan yang mahir dalam ilmu Matematik harus membantu rakan yang lemah tersebut. Selain itu, memberi sokongan motivasi kepada ahli juga penting untuk menghidupkan semangat belajar supaya objektif pembelajaran mencapai di tahap yang optimum.