SlideShare a Scribd company logo
1.0 FALSAFAH & PENGGUNAAN PENDEKATAN MUZIK KODALY, ORFF DAN DALCROZE
1.1 PENDEKATAN KODALY
Latar belakang Zoltan Kodaly
Zoltan Kodaly dilahirkan pada 16 Disember 1882 di Kecskemét dan meninggal dunia
pada 6 Mac 1967. Beliau merupakan seorang komposer dari Hungary dan juga merupakan
seorang pencipta dan penggubah muzik yang mewujudkan satu sintesis di antara muzik rakyat
Hungary dan warisan Eropah. Kodaly juga merupakan seorang pengajar, ahli linguistik,
pengkaji muzik etnik (ethnomusicology) dan ahli falsafah serta perintis dalam menyelidik dan
mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik.
Beliau dipengaruhi minat muziknya oleh ayahnya seorang pemuzik amatur. Beliau telah
memulakan minatnya dengan mempelajari violin dan menyertai koir gereja. Pada 1900, beliau
memasuki Universiti Budapest dan mula mempelajari muzik di Akademi Frantz Lizst di
Budapest, dan guru yang mengajarnya gubahan muzik ialah Hans Koessler. Beliau merupakan
antara orang pertama yang berminat mempelajari dan mengkaji kisah-kisah rakyat (folk tales).
Ini membawanya ke kawasan kampung pedalaman untuk mengumpul muzik-muzik daripada
kawasan tersebut sepanjang perang dunia pertama. Pada tahun 1905, sebuah sekolah rendah
muzik ditubuhkan di Kesckemet, bersama rakannya, Bela Bartok. Di sekolah tersebut, murid-
murid mendapat pendidikan muzik dan kejayaan sekolah tersebut menggalakkan penubuhan
pelbagai institusi pengajian yang berasaskan kaedah Kodaly. Kini terdapat lima buah jilid
Corpus Musicae yang telah lengkap. Setiap lagu mengandungi beberapa lagu yang
diklasifikasikan mengikut jenis seperti lagu kanak-kanak, perayaan dan upacara tertentu,
memikat, perkahwinan dan rintihan.
Falsafah dan Konsep Kodaly
Kodaly memulakan satu usaha dalam penyelidikan prinsip dan bentuk muzik Hungary. Beliau
takut warisan muzik Hungary lupus ditelan zaman. Oleh hal demikian, untuk memastikan muzik
menjadi kehidupan harian dalam kalangan rakyat Hungary serta tidak lupus, beliau
menghasilkan falsafahnya. Falsafah dan konsepnya mengandungi prinsip-prinsip yang
merupakan aspek perkaedahan yang kini digelar sebagai Kaedah Kodaly.
1. Muzik kepunyaan manusia;
Muzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat untuk menghasilkan
rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Berliterasi muzik mewujudkan budaya muzik; lebih
ramai lagi orang yang melibatkan diri dalam muzik sama ada sebagai pemuzik atau
penonton. Pendidikan muzik membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak
berkembang. Selain itu, aspek pendengaran, intelek, emosi, fizikal, dan kebudayaan turut
berkembang.
2. Nyanyian adalah asas kemahiran muzik
Suara adalah alat semula jadi yang berkesan. Muzik adalah untuk semua dan bukan
segolongan kecil yang mempunyai hak istimewa seelok-eloknya. Oleh itu, manusia yang
dikurniakan suara perlu mempunyai pengalaman muzik pertama bermula dengan nyanyian.
Nyanyian dalam lapisan suara harus diperkenalkan dalam sukatan pelajaran sekolah
rendah kerana ia dapat memperkembangkan kebolehan pendengaran muzik yang
bertekstur polifoni.
3. Muzik rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
Nyanyian merupakan asas kemahiran muzik. Bahan yang penting dan terbaik untuk
digunakan dalam P&P ialah muzik atau lagu rakyat. Misalnya lagu Dondang Sayang. Ciri-
ciri lagu rakyat dan tradisional ada lima iaitu bahan asas kepunyaan rakyat, identiti
kepunyaan sesebuah negara, diperturunkan secara lisan, bahan di dalam bahasa ibunda
dikenali oleh kanak-kanak serta pendek dan mudah dinyanyikan dan diingati oleh kanak-
kanak. Setelah tumpuan diberi kepada bahan sendiri, barulah bahan dari luar negara
diperkenalkan. Kanak-kanak digalakkan menyanyi lagu-lagu dari luar negara dalam bahasa
asalnya supaya mereka dapat mempelajari bahasa asing.
4. Nyanyian koir
Nyanyian koir penting untuk menambah keseronokan dan mewujudkan manusia yang
berdisiplin, berperibadi tinggi dan mulia. Hanya muzik ‘masterpieces’ dari negara sendiri dan
luar dijadikan bahan nyanyian koir. Ahli koir perlu diberi kemahiran dalam mebaca skor
tanpa tunjuk ajar dari jurulatih melalui kibod. Kebolehan membaca skor menunjukkan
kefahaman yang baik tentang petikan muzik tersebut. Dengan pendengaran dalaman yang
tajam, permainan alat yang dihasilkan jelas bermutu. Mengikut Kodaly, seseorang pemain
muzik yang baik perlu mempunyai keempat-empat ciri seperti well-trained ear, well-trained
intelligence, well-trained heart dan well-trained hand. Kodaly berpendapat bahawa ciri-ciri
tersebut perlulah seimbang kerana solfa, bentuk dan harmoni boleh membentuk seseorang
pemuzik kea rah dua ciri pertama di atas. Tanpa penglibatan dalam permainan muzik kamar
dan menyanyi dalam kumpulan koir seseorang itu akan gagal untuk menjadi pemuzik yang
cemerlang.
5. Alat muzik tidak perlu digunakan
Alat muzik seperti piano tidak digunakan untuk mendapatkan ketepatan pic dan
mengiringi nyanyian koir. Sesebuah lagu diperkenalkan dengan menyanyikan dahulu. Bagi
kanak-kanak, mereka perlu belajar dari satu peringkat ke satu peringkat. Mereka hanya
perlu menyanyi dengan iringan muzik sahaja.
6. Pengajaran dan pembelajaran muzik perlu berlaku awal di prasekolah
Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan
belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak terdedah kepada muzik yang tidak bermutu.
Muzik rakyat adalah bahan yang terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran
memandangkan renj dan lirik yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak. Menyanyi dan
menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak.
Kanak-kanak didedahkan kepada asas muzik, membaca muzik secara serta-merta, menulis
muzik dan melatih pendengaran dan irama melalui nyanyian.
7. Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah
Muzik dapat memperkembangkan jeris, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
kanak-kanak. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified School District
Project di AS, tahap pencapaian murid yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran
utama adalah lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa sedikit untuk mata
pelajaran muzik. Walau bagaimanapun, Kodaly berpendapat tujuan muzik dijadikan nadi
adalah bukan untuk menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan seterusnya
muzik dijadikan mata pencarian seseorang tetapi untuk dijadikan cara hidup seseorang
lebih bermakna.
Teknik kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran
(a) Teknik Solfa
Kodaly menggunakan sistem “do” bergerak yang berasal dari Guido Arezzo pada abad
ke-11. Dalam sistem ini, tonik solfa dalam sesebuah lagu ialah “do” dalam nada major
dan “la” dalam nada minor. Umpamanya,
Nada major: d r m f s l t d’
Nada minor: l t d r m f s l’
Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian,
membaca dan menulis skor bolehlah diperkenalkan dengan not nama abjad. Kodaly
berpendapat bahawa skel pentaton (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu
merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang bercirikan mod minor.
(b) Isyarat Tangan
Isyarat tangan digunakan sebagai respon kepada melodi yang didengar dan dilakukan
tanpa menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala. Penggunaan isyarat tangan dapat
membuat pembelajaran solfa mudah. Isyarat tangan boleh mempertingkatkan
kemahiran intonasi dalam dua suara. Kelas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama perlu menyanyi mengikut isyarat tangan kanan guru manakala
kumpulan 2 menyanyi mengikut isyarat tangan kiri guru. Oleh itu, guru perlulah cekap
dalam penggunaan isyarat tangan.
Do
Re Mi Fa
So
La Ti Do’
(c) Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan Irama
Muzik bergerak dalam dua ataau tiga atau kedua-duanya boleh digabungkan.
Suku kata irama yang digunakan dalam kaedah ini di Hungary ialah:
Ta ti ti ti ri ti ti tri – o – la syn co pa (szun)
Komponen kaedah Kodaly
(a) Kaedah Kodaly secara berurutan
 Irama
Merangkumi detik,meter, tekanan, tempoh masa (duration) dan tempo. Irama
terbentuk daripada susunan bunyi.
 Melodi
Merupakan turutan pic yang disusun sama ada secara menaik,
menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau
pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila
2
4
e e l e e l
3
4
e e e l e e e l
pic dan not berubah. Pic terdapat dua jenis iaitu pic rendah dan pic tinggi.
Contohnya dalam encore.
(b) Nyanyian
Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira,
sedih dan seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba
pengalaman muzikal adalah melalui kegiatan nyanyian. Ia merangkumi kedua-dua
elemen seni dan sains di mana dua aspek mental dan fizikal memainkan peranan
penting dan setara.
(c) Pendegaran dalaman
Pendengaran dalaman atau “inner hearing” merupakan kemahiran yang agak kompleks
dan sukar dijelaskan. Ia melibatkan kemahiran mendengar atau selalu disebut sebagai
“memikirkan” sesuatu unsur muzik seperti melodi atau irama di dalam mental seseorang
tanpa membunyikannya. Walaupun ia bukan mudah untuk dicapai namun ia boleh diajar
kepada kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudah dan menyeronokkan seperti
permainan “mesej rahsia” dan meneka lagu.
(d) Penghafazan
Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan
cara menghafaz. Namun ad acara yang lebih emnarik dalam memperkembangkan
aspek ini. Ini boleh dilakukan melalui teknik permainan.
(e) Improvisasi
Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan sama ada murid dapat
memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka.
Misalnya, murid boleh diberi peluang dalam memprovisasikan sesuatu corak irama.
Aplikasi kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran
Pada pendapat saya, kaedah Kodaly sesuai digunakan di sekolah rendah kerana ia
tidak akan memberi penekanan kepada murid-murid dalam mempelajari Pendidikan Muzik.
Dalam pendekatan Kodaly, murid-murid tidak perlu mengetahui dan memahami notasi muzik
dalam mempelajari Muzik. Sebaliknya, pelbagai kaedah telah diperkenalkan Zoltan Kodaly yang
boleh menambah minat murid dalam mempelajari dan memperkembangkan kebolehan dalam
Pendidikan Muzik.
Dalam mengaplikasikan kaedah ini, murid-murid perlulah berlatih secara latih tubi
nyanyian tonik solfa, isyarat tangan dan sebutan irama dan notasi lidi dahulu.
(a) Mengaplikasikan pada permulaan pengajaran
(i) Membuat imitasi solfa do, mi, so dan la. Nyanyikan dahulu nama pelajar.
Contohnya, Guru memanggil Ali dalam so-mi, Ali jawab guru dalam pic so-mi.
(ii) Guru bertepuk pada corak ti – ti ta ta ta dan murid menepuk balik corak irama
tersebut.
(iii) Guru menggunakan isyarat tangan pada do, mi, so dan guru mengikut sambal
menyanyi.
(iv) Mengaplikasikan pada langkah 1- nyanyian solfa dan sebutan irama. Guru
menyanyi lagu “Tepuk Amai-Amai” dalam tonik solfa dan murid disuruh dengar
untuk meneka lagu tersebut dan seterusnya menepuk dan menyebut corak
irama.
(b) Mengaplikasikan pada langkah 2- Penghafazan
(i) Guru menunjukkan 2 bara lagu tersebut dan murid menyanyi dalam solfa.
(ii) Kali kedua corak irama 2 bar lagu tersebut dituutp. Ini dapat melatih mereka
menghafaz sehinggalah akhir lagu tersebut.
(c) Mengaplikasikan pada penutup
(i) Guru menggunakan isyarat tangan (3 pic- do-mi-so) tanpa menyanyi sepanjang
2 bar.
(ii) Murid diminta melihat isyarat tangan yang dilakukan oleh guru dan
menyanyikannya dalam hati.
(iii) Murid menyanyikan semula dalam solfa.
1.2 Pendekatan Carl Orff
Latar belakang Carl Orff
Carl Orff dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munich, Jerman dan meninggal dunia pada
1982. Beliau merupakan seorang ahli pedagogi dan komposer Jerman. Minat Orff yang
mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk
dijadikan sebagai asas kepada Pendidikan Muzik. Beliau juga menjadi Penyelia Muzik di
Günther-Schule, sebuah sekolah untuk tarian dan muzik. Penerbitan beliau yang terkenal ialah
‘Musik fur Kinder’ yang diterjemahkan sebagai Muzik untuk Kanak-kanak.
Falsafah dan Konsep Carl Orff
 Orff pernah berkata "experience first, then intellectualize" yang bermaksud kanak-kanak
harus dibenarkan untuk membuat pergerakan dan irama muzik sebelum diajar tentang
elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi.
 Falsafah asas Orff: kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang
aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk
mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai
literasi muzik.
 Irama diajar dahulu kerana irama adalah elemen muzik yang paling penting.
 Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian
kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak.
Sesi pembelajaran
muzik
Sesi pembelajaran
muzik
PercakapanPercakapan PergerakanPergerakan Bermain alat
muzik
Bermain alat
muzik
Matlamat tersebunyi pendekatan Carl Orff
1. Mewujudkan perasaan komuniti atau masyarakat
Bentuk semula jadi murid-murid ialah bermain. Main melibatkan semua pemain dan ia
dapat mewujudkan rasa komuniti dan bermasyarakat di mana setiap ahli yang main atau
pemain sesebuah kumpulan dapat merasai dirinya kepunyaan kumpulan tersebut dan
perlu menyumbang kepada kumpulan itu. Maka, pemilihan bahan pengajaran dan
pembelajaran perlulah berasaskan muzik dalam masyarakat atau lagu rakyat.
2. Perkembangan rasa organisasi muzikal
Penggunaan perbendaharaan kata yang konsisten, jelas dan bersistematik dalam
memberikan arahan atau memimpin persembahan merupakan satu kemahiran yang
amat diperlukan oleh seseorang guru. Pertuturan guru perlulah jelas.
3. Kefahaman tentang muzik sebagai suatu seni
Semua elemen muzik perlu didedahkan kepada murid-murid agar mereka dapat
membuat assimilasi. Semua konsep dalam konteks muzik boleh dimainkan, dinikmati
dan dikenalpasti oleh murid-murid.
4. Bebas bermuzikal
Murid-murid diberi peluang untuk memimpin dan memberi sumbangan seperti
memimpin ensembel di bilik darjah, menyumbang satu irama atau melodi yang dapat
dikembangkan dalam kumpulan untuk menjadi satu gubahan.
5. Pertumbuhan dan perkembangan diri individu
Teknik yang berkembang secara bersistematik adalah perlu untuk bertutur, menyanyi,
bermain, alat muzik dan menari dengan betul. Dengan itu, setiap individu bebas untuk
berkembang dan berfikiran kreatif.
6. Kebolehan mempersembahkan apa yang telah dipelajari
Persembahan adalah major fokus dalam amalan Orff bukan sekadar persembahan
audien tetapi persembahan untuk kepuasan diri. Perasaan bahawa dirinya adalah
sebahagian daripada keseluruhan kumpulan ensembel adalah penting dalam
pembelajaran dan membuat muzik.
7. Pertumbuhan dan perkembangan positif imej kendiri
Apabila murid-murid berasa seronok akan apa yang telah disumbangkan dalam
persembahan muzik kumpulan mereka, hasil penglibatan yang amat ketara dapat dilihat
adalah harga diri.
Pendekatan Orff dalam pengajaran dan pembelajaran
Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu
1. Explorasi (Mencari Sendiri)
Explorasi dapat dibahagikan kepada explorasi ruang, explorasi bunyi dan explorasi
bentuk. Dalam explorasi ruang, murid diberi kebebasan untuk bergerak dan guru
berfungsi sebagai pemerhati. Manakala untuk explorasi bunyi, murid boleh membuat
penerokaan bunyi sekeliling serta dapat mengenali dan membezakan bunyi kuat, keras,
lembut dan sebagainya. Untuk explorasi bentuk, pergerakan akan diatur menjadi tarian
manakala bunyi diatur menjadi frasa.
2. Imitasi (Mengajuk Balik)
Imitasi Imitasi adalah proses di mana murid-murid belajar untuk mengimitasi apa yang
didengar atau dilihat. Murid-murid pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru
melalui imitasi. Guru harus memastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya
haruslah betul kerana ia akan diikuti oleh murid-muridnya.
3. Improvisasi
Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat
memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi
juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang murid-murid. Mereka harus
diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan
daya imaginasi mereka.
4. Literasi
Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Proses
membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara
sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan
bukannya usia mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah
kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun.
Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk,
irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.
Aplikasi kaedah Carl Orff dalam pengajaran dan pembelajaran
Pada pandangan saya, kaedah Carl Orff sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ia dapat menarik minat dan perhatian murid-murid dalam mempelajari
Pendidikan Muzik. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan oleh Carl Orff seperti sebutan berirama
dan alat perkusi badan yang dpaat meningkatkan kebolehan murid-murid dalam bidang Muzik.
Antara kaedah yang telah diperkenalkan adalah seperti berikut:
 Sebutan berirama
Menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense
syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama.
 Alat perkusi badan
Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-
bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar
untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi,
menghentak kaki dan sebagainya. Guru boleh memberikan gambar haiwan kepada
murid-murid untuk membantu pertuturan berirama.
 Alat perkusi Orff
Alat-alat perkusi seperti xylophone dan drum merupakan alat muzik yang kedua paling
utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat
muzik perkusi dan pergerakan atau tarian.
 Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato Mengiringi Nyanyian
Ostinato merupakan motif, frasa melodi, frasa irama. Ostinato melodi ialah untuk
dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak
ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakan lagu mudah yang mempunyai
meter 4/4.
 Memainkan alat perkusi secara improvisasi
Murid-murid diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi.
Murid-murid diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang
berlainan. Guru boleh mengajar cara-cara yang betul untuk improvisasi yang dicipta.
1.3 Pendekatan Dalcroze
Latar belakang Dalcroze
Nama penuh Dalcroze ialah Emile Jaques-Dalcroze. Beliau dilahirkan pada 1895 dan
meninggal dunia pada 1950. Beliau merupakan seorang pendidik muzik dan professor muzik
berbangsa Swiss. Beliau telah memperkenalkan banyak perbaharuan kepada pengajaran dan
pembelajaran muzik di mana beliau lebih mementingkan amalan pendekatan amali dan bukan
semata-mata secara teori. Beliau berpandangan bahawa latih tubi pendengaran adalah perkara
penting kepada seseorang murid muzik. Beliau juga berpendapat hasil nyanyian adalah lebih
berkesan dengan melakukan pergerakan. Beliau juga memberi pendapat bahawa cara terbaik
bagi murid-murid belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing).
Falsafah dan Konsep Dalcroze
 Cara menukarkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang
bersesuaian dengan muzik.
 Bahagian-bahagian anggota badan dapat digunakan untuk menggambarkan atau
meluahkan emosi kanak-kanak.
 Emosi dapat dirasai atau diluahkan melalui berbagai-bagai peringkat pergerakan
anggota badan (tindak balas otot) atau hanya dengan berdiam diri sahaja.
 Gaya atau pergerakan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja atau
spontan menggambarkan perasaan mereka ketika saat itu.
 Pergerakan anggota badan akibat daripada cetusan emosi boleh dikaitkan dengan
muzik.
 Murid atau kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih membiasakan anggota badan
bergerak mengikut muzik sebelum belajar bermain alat-alat muzik.
Dalam mengimplementasikan aktiviti-aktiviti muzik dalam pendidikan, Dalcroze berpendapat
asas-asas pendidikan muzik adalah seperti berikut:
(a) Sebarang pergerakan adalah peringkat kreativiti yang pertama.
(b) Semua aspek dan elemen muzik adalah dipelajari melalui pergerakan.
(c) Telingga dan anggota badan mesti dimahirkan dengan muzik sebelum belajar bermain
sebarang alat muzik.
(d) Notasi atau not muzik mestilah diajar secara sistematik melalui Pendekatan Solfa
Berirama.
(e) Bahan muzik dari pelbagai negara, genre, zaman dan bentuk boleh digunakan untuk
mempelajari muzik.
Pendekatan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran
(a) Improvisasi atau Pengubahsuaian
Improvisasi atau pengubahsuaian dilakukan berdasarkan kebolehan, kesesuaian
keperluan murid dan objektif tingkah laku pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi
atau pengubahsuaian boleh dilakukan ke atas perkara-perkara berikut:
(i) Bahan-bahan muzik
Muzik mempunyai pelbagai gaya mengikut zaman dan jenis. Maka, pendidik
perlu menggunakan kebolehannya membuat improvisasi yang bersesuaian untuk
pengajaran dan pembelajarannya
(ii) Alat-alat muzik
Pendidik boleh membuang pic-pic yang tidak digunakan pada glokenspil supaya
mengurangkan kadar kesalahan murid bermain muzik.
(iii) Bentuk-bentuk notasi muzik boleh diubahsuai supaya memudahkan murid
mengenali not-not tersebut.
(iv) Suasana bilik darjah boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan
pembelajaran semasa. Pendidik boleh juga menggunakan suatu tempat atau
ruang di luar bilik darjah.
(v) Emosi semasa murid. Keadaan ketegangan atau emosi yang tidak sesuai akan
menyebabkan murid tidak mengambil perhatian terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Seorang pendidik muzik boleh menukar emosi murid-murid
kepada keadaan yang lebih sesuai dan bersedia untuk menerima pembelajaran.
(vi) Pengalaman-pengalaman sedia ada murid mestilah digunakan secara
maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi yang
dijalankan bertujuan untuk menggabungjalinkan pengalaman dengan konsep
muzik yang hendak diajar. Sebagai contoh, berjalan adalah pengalaman biasa
murid. Berjalan dengan kelajuan yang tetap disertai dengan kiraan 1, 2, 1, 2, 1,
2, boleh dijadikan pengalaman bermuzikal dalam konsep meter.
(b) Pembelajaran harus dimulai dari sesuatu yang konkrit ke sesuatu yang abstrak
Menggunakan pengalaman konkrit murid atau membuat pergerakan sebagai alat bantu
mengajar yang sesuai untuk menerangkan elemen atau ciri muzik.
(c) Penggunaan suara atau anggota badan
Dalcroze memperkenalkan konsep “pendengaran dalaman” (internal hearing) di mana
murid dapat memikirkan sesuatu bunyi yang dihasilkan dengan menulis atau membaca
notasi tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Konsep ini dapat dicapai dengan
melakukan latihan yang berterusan dan bersistematik.
Kegiatan-kegiatan dalam pendekatan Dalcroze
Kegiatan-kegiatan dalampende Dalcroze terdiri daripada tiga komponen:
 Eurhythmics (pergerakan berirama)
Eurhythmics ialah pergerakan yang menyeluruh yang melibatkan seluruh anggota tubuh
badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi alat muzik utama.
Punca atau perkara asas kepada seni muzik adalah emosi manusia. Sebenarnya,
eurhythmics bukan memadai untuk semata-mata melatih minda, telinga, atau suara
tetapi seluruh tubuh badan perlu dilatih kerana ia merupakan bahagian penting yang
boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan
menganalisis bunyi, muzik dan perasaan. Sesuatu idea muzik boleh diinterpretasikan
melalui pergerakan badan dan sesuatu pergerakan badan pula boleh ditukar kepada
sumber muzik. Eurhythmics dapat menghidupkan serta mempertingkatkan penggunaan
pancaindera dan sentuhan perasaan yang berirama badan manusia. ia dapat
memantapkan pendengaran (aural) individu untuk diterjemahkan kepada pergerakan
yang bersesuaian dan kreatif, seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik
di kalangan pelajar muzik. Dalcroze berdasarkan kepada teori yang melibatkan
pendengaran dan pergerakan seluruh anggota tubuh badan.
 Solfege (latihan dalaman)
Solfege pula adalah pengetahuan tentang melodi dan harmoni. Seperti tubuh badan
digunakan sebagai alat berirama semula jadi, suara pula
adalah alat tonal yang natural. Justeru, suara bertindak sebagai bahan ekspresi dalam
Latihan Solfege Dalcroze. Solfege bertindak sebagai “ton”, hubung kait antara ton dan
ton kualiti (timbre). Solfege dalam pendekatan Dalcroze, adalah satu latihan
pendengaran. Pendengaran
boleh mempertingkatkan kesedaran tentang pic, perbezaan ton (pic), dan perbezaan
kualiti ton. Pendengaran Dalaman (inner hearing) juga dapat meningkatkan daya
ingatan. Pendengaran Dalaman adalah sebutan atau sebahagian daripada lirik nyanyian
yang dinyanyikan di dalam hati. Pendengaran Dalaman dapat ditingkatkan melalui
nyanyian, melodi, harmoni, pic atau perbezaan kualiti ton atau timbre. Ia juga dapat
mempertingkatkan kemahiran membaca skor serta improvisasi secara vokal yang boleh
membawa kepada kemahiran muzik yang lebih tinggi seperti ciptaan dan gubahan.
 Improvisasi (kreativiti)
Improvisasi merupakan cantuman atau tambahan kepada aktiviti eurhythmics
(pergerakan berirama). Dalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu
kreativiti. Improvisasi berbeza bentuknya dengan komposisi kerana ia terjadi secara
spontan. Masa menjadi sangat penting kerana seseorang individu tidak boleh berhenti
memainkan karya muziknya di pertengahan jalan untuk membuat sebarang perubahan.
Ia perlu terus berkarya sehingga tamat persembahan. Dalcroze mengatakan bahawa
semua orang tanpa mengira bakat boleh dilatih memainkan sesuatu karya muzik secara
spontan. Setiap murid di dalam kelas beliau diajar mencipta muzik sendiri. Individu
tersebut diberi kebebasan dan peluang untuk mengekspresi ciptaannya.
Aplikasi kaedah Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran
Pada pendapat saya, kaedah Dalcroze amatlah sesuai digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana pendekatan Dalcroze menekankan tentang prinsip
jika seseorang guru itu berkebolehan melaksanakan tugas pengajaran dengan verkesam, maka
beliau dianggap mampu menyampaikan pengajaran dengan berkesan serta dapat membantu
murid-muridnya untuk berkembang. Oleh hal demikian, seseorang guru itu seharusnya
mempunyai kepakaran, kemahiran dan menggunakann beberapa teknik, kaedah dan
pendekatan tertentu yang bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan muridnya dalam
menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Aplikasi kaedah Dalcroze dalam pengajaran dan
pembelajaran bolehlah dilihat pada maklumat berikut.
Eurhythmics memerlukan penglibatan diri individu secara total atau menyeluruh. Ia
melibatkan penyatuan minda, anggota badan dan emosi diri secara total di mana individu atau
murid itu perlu:
• Mendengar;
• Merasa;
• Berimaginasi;
• Menginterpretasi bunyi;
• Bertindak/respon/bergerak
• Membayangkan sesuatu maksud secara luaran.
Tubuh badan dijadikan sebagai alat bunyian yang mampu mempamerkan interpretasi
murid atau individu yang melibatkan imaginasi, emosi, serta pergerakan badan yang bertindak
berpandukan bahan rangsangan atau stimuli dalam bentuk bunyi, gerak isyarat (signal), lisan
seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian.
Pergerakan badan adalah pengalamian yang dominan. Dengan mendengar, murid
dapat memberi respon dan dengan penggunaan masa, ruang dan tenaga yang betul,
pergerakan menjadi betul dan menarik. Kanak-kanak secara semula jadi memang suka
bergerak dan mereka seronok melakukan apa sahaja. Dengan demikian mereka meneroka
banyak perkara menggunakan ruang, masa, tenaga dan tempo atau kelajuan yang pelbagai
untuk bergerak. Misalnya, bergerak dengan cepat (berlari), lambat (berjalan) atau berjalan
secara berjingkit-jingkit dan sebagainya. Mereka akan meneroka dan mencari pengalaman
baharu menggunakan semua anggota tubuh badan untuk bergerak dan mencapai hasrat
mereka. Kanak-kanak belajar dengan cara berinteraksi dan bermain bersama-sama. Hal ini
akan menghasilkan improvisasi dalam kumpulan seterusnya dalam bilik darjah.
Kreativiti dalam bentuk yang pelbagai selalu diwar-warkan, digalakkan, dan sangat
didambakan terutama dalam program Eurhythmics. Keupayaan dan kebolehan melakukan
sesuatu adalah berbeza di kalangan murid-murid. Semua murid belajar untuk mengimprovisasi
dalam pergerakan. Oleh yang demikian, ekspresi kreatif boleh disalurkan melalui media yang
berbeza seperti penggunaan suara, alat perkusi, piano, alat tiup kayu, brass dan alat bertali.
Sebagai seorang pendidik muzik, sebelum memulakan suatu pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Muzik; haruslah memikirkan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan peringkat kematangan murid, kesediaan murid dari segi fizikal dan mental,
bilangan semua murid di dalam kelas, dan pengalaman sedia ada murid. Pemilihan bahan
bantu mengajar yang akan digunakan dalam pergerakan haruslah berfungsi, menarik,
mencukupi, berkesan dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah diimprovisasikan.
Murid-murid dalam segala peringkat usia digalakkan untuk meneroka, menguji,
mencuba, dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar.
Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk,
genre, rentak, dan irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan
pergerakan yang lebih dinamik.
Murid-murid dalam segala peringkat usia digalakkan untuk meneroka, menguji,
mencuba, dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar.
Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk,
genre, rentak, dan irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan
pergerakan yang lebih dinamik. Beberapa irama mempunyai kompleksiti tersendiri untuk
dilakukan bergantung kepada usia dan tahap pengetahuan murid. Sebagai contoh, termasuklah
tempo muzik, dinamik, nilai not, meter dan frasa.
Membanding beza pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah
PERSAMAAN (Pendekatan muzik Kodaly, Orff & Dalcroze)
 Notasi muzik tidak diajar dahulu.
 Dapat meningkatkan minat murid-murid dalam mempelajari
Pendidikan Muzik.
 Memudahkan murid-murid dalam mempelajari Muzik.
KODALY (ZOLTAN KODALY) CARL OFF DALCROZE (JAQUESE
EMILY DALCROZE)
Pengalaman Muzikal melalui
Pendekatan Kodaly
Teknik dalam Pendekatan Kodaly
(Solfa, isyarat tangan, notasi lidi
dan sebutan irama)
• Komponen Kodaly
(nyanyian, aktiviti berurutan,
pengahazan, pendegaran
dalaman dan improvisasi
• Bahan muzikal,
terutamanya muzik rakyat yang
diadaptasi dan bersesuaian
dengan budaya dan konteks
tempatan
• Aktiviti muzikal-
pembelajaran konsep muzik
melalui pendekatan Kodaly
Pengalaman Muzikal melalui
Pendekatan Orff
• Proses Orff (Imitasi,
Eksplorasi, Improvisasi dan Literasi)
• Peralatan Muzik Orff (suara,
badan dan peralatan muzik
• Bahan muzikal yang
diadaptasi dan bersesuaian dengan
budaya dan konteks tempatan
• Pembelajaran konsep muzik
melalui Pendekatan Orff
Pengalaman Muzikal
melalui Pendekatan
Dalcroze
• Eurhytmics, solfage
dan improvisasi
• Bahan Muzikal
untuk aktiviti Eurhythmics,
Solfage dan Improvisasi
yang diadaptasi dan
bersesuaian dengan
budaya dan konteks
tempatan
• Pembelajaran
konsep muzik melalui
Pendekatan Dalcroze
• Aplikasi Pendekatan Kodaly
akan membantu dalam bidang
nyanyian di mana murid-murid
akan mempelajari pelbagai
cara meningkatkan kemahiran
menyanyi agar berasa
seronok.
• Pengalaman kanak-kanak –
nyanyian.
- Skel pentatonik
- Elemen asas: pertuturan,
pergerakan, nyanyian.
- Alat perkusi muzik dan tubuh.
• Learning by doing.
• Gunakan gerak tubuh
untuk meningkatkan
pemahaman,
• Pentingkan alat deria.
(dgr muzik-> main alat
muzik)
• Improvisasi (kreatif
irama dan melodi)
• Pembelajaran konkrit-
abstrak.
• menekankan perkembangan
kemahiran pengalaman
muzikal secara menyeluruh
dan berurutan.
• Tujuan nyanyian dijadikan
fokus adalah kerana
kemahiran nyanyian
merupakan asas kemahiran
bagi semua kemahiran muzik
yang lain.
• guru-guru muzik dapat
meningkatkan kemahiran murid-
murid semasa melakukan aktiviti
“hands-on” dengan alat-alat
perkusi berpic dan tanpa pic.
3 peringkat: i)dgr dan
lihat, ii)beri pngalamn,
iii)tulis
cara bagaimana guru
muzik dapat
meningkatkan kefahaman
murid-murid melalui aktiviti
pergerakan badan.
• menggunakan ritma
( rhythm ) sebagai
elemen muzik yang asas,
menari dan pengucapan Eurythmics memerlukan
Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan perbezaan pendekatan Muzik Kodaly, Carl Orff & Dalcroze.

More Related Content

What's hot

Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikWany Hardy
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanEzzatul Nadeera Idris
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonamira nurfahmida
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANnoor izieyana
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianNyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianhaziqkamu
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Aisyah Hamid
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahPowerful Gurlz
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kouninNURAIN RABANIA HASBI
 

What's hot (20)

Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
 
Zoltan Kodaly
Zoltan KodalyZoltan Kodaly
Zoltan Kodaly
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordon
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Muzik KBSM_Tekstur
Muzik KBSM_TeksturMuzik KBSM_Tekstur
Muzik KBSM_Tekstur
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianNyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
 
Asas muzik
Asas muzikAsas muzik
Asas muzik
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 

Similar to Falsafah kodaly, orff & dalcroze

Bab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suaraBab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suaraSMPK Stella Maris
 
Tembang dolanan berjaya di negeri orang
Tembang dolanan berjaya di negeri orangTembang dolanan berjaya di negeri orang
Tembang dolanan berjaya di negeri orangBoyolali
 
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHAS
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHASPENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHAS
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHASAmran Aris
 
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
ppt-modul-6-pend-seni-disd-240427134023-3ceca6d9 (1).pptx
ppt-modul-6-pend-seni-disd-240427134023-3ceca6d9 (1).pptxppt-modul-6-pend-seni-disd-240427134023-3ceca6d9 (1).pptx
ppt-modul-6-pend-seni-disd-240427134023-3ceca6d9 (1).pptxMegaFebryanika
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Pengertian dan jenis lagu lagu di indonesia
Pengertian dan jenis lagu lagu di indonesiaPengertian dan jenis lagu lagu di indonesia
Pengertian dan jenis lagu lagu di indonesiaRohman Efendi
 
Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1Rosli Jamiran
 
PPT MODUL 6 PENDIDIKAN SENI DI ESDE.pptx
PPT MODUL 6 PENDIDIKAN SENI DI ESDE.pptxPPT MODUL 6 PENDIDIKAN SENI DI ESDE.pptx
PPT MODUL 6 PENDIDIKAN SENI DI ESDE.pptxhikmah331650
 
Pertemuan 5 PDGK4207.pptx
Pertemuan 5 PDGK4207.pptxPertemuan 5 PDGK4207.pptx
Pertemuan 5 PDGK4207.pptxguasiti
 

Similar to Falsafah kodaly, orff & dalcroze (20)

Metodologi
Metodologi Metodologi
Metodologi
 
Bab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suaraBab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suara
 
Tembang dolanan berjaya di negeri orang
Tembang dolanan berjaya di negeri orangTembang dolanan berjaya di negeri orang
Tembang dolanan berjaya di negeri orang
 
HDPS 4503 assignment.doc
HDPS 4503 assignment.docHDPS 4503 assignment.doc
HDPS 4503 assignment.doc
 
Seni Musik 8 bab3
Seni Musik 8 bab3Seni Musik 8 bab3
Seni Musik 8 bab3
 
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHAS
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHASPENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHAS
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHAS
 
MODUL 9 SENI.pptx
MODUL 9 SENI.pptxMODUL 9 SENI.pptx
MODUL 9 SENI.pptx
 
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
 
ppt-modul-6-pend-seni-disd-240427134023-3ceca6d9 (1).pptx
ppt-modul-6-pend-seni-disd-240427134023-3ceca6d9 (1).pptxppt-modul-6-pend-seni-disd-240427134023-3ceca6d9 (1).pptx
ppt-modul-6-pend-seni-disd-240427134023-3ceca6d9 (1).pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Pengertian dan jenis lagu lagu di indonesia
Pengertian dan jenis lagu lagu di indonesiaPengertian dan jenis lagu lagu di indonesia
Pengertian dan jenis lagu lagu di indonesia
 
Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1
 
Kelompok 5 kordofon dipetik & elektrofon
Kelompok 5 kordofon dipetik & elektrofonKelompok 5 kordofon dipetik & elektrofon
Kelompok 5 kordofon dipetik & elektrofon
 
PPT MODUL 6 PENDIDIKAN SENI DI ESDE.pptx
PPT MODUL 6 PENDIDIKAN SENI DI ESDE.pptxPPT MODUL 6 PENDIDIKAN SENI DI ESDE.pptx
PPT MODUL 6 PENDIDIKAN SENI DI ESDE.pptx
 
HDPS4603.docx
HDPS4603.docxHDPS4603.docx
HDPS4603.docx
 
Seni Musik 8 bab11
Seni Musik 8 bab11Seni Musik 8 bab11
Seni Musik 8 bab11
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Isman
IsmanIsman
Isman
 
Pertemuan 5 PDGK4207.pptx
Pertemuan 5 PDGK4207.pptxPertemuan 5 PDGK4207.pptx
Pertemuan 5 PDGK4207.pptx
 
1718434.pdf (1).pdf
1718434.pdf (1).pdf1718434.pdf (1).pdf
1718434.pdf (1).pdf
 

Recently uploaded

KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANGKERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANGEviRohimah3
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt xjohan199969
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfTarkaTarka
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfindrawatiahmad62
 
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfMIN1Sumedang
 
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisaiKonflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisaimuhammadmasyhuri9
 
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfnorazizahnaa21
 
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docxDokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docxMasHari12
 
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxBUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxDWIHANDOYOPUTRO2
 
Bukti dukung E kinerja kepala sekolah.pdf
Bukti dukung E kinerja  kepala sekolah.pdfBukti dukung E kinerja  kepala sekolah.pdf
Bukti dukung E kinerja kepala sekolah.pdfZulkhaidirZulkhaidir
 
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)LabibAqilFawaizElB
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxlastri261
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxKurnia Fajar
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawassuprihatin1885
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNajwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfnaqarin2
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxmuhammadyudiyanto55
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024SABDA
 

Recently uploaded (20)

KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANGKERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
 
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
 
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisaiKonflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
 
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docxDokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
 
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxBUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
 
Bukti dukung E kinerja kepala sekolah.pdf
Bukti dukung E kinerja  kepala sekolah.pdfBukti dukung E kinerja  kepala sekolah.pdf
Bukti dukung E kinerja kepala sekolah.pdf
 
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNajwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
 

Falsafah kodaly, orff & dalcroze

  • 1. 1.0 FALSAFAH & PENGGUNAAN PENDEKATAN MUZIK KODALY, ORFF DAN DALCROZE 1.1 PENDEKATAN KODALY Latar belakang Zoltan Kodaly Zoltan Kodaly dilahirkan pada 16 Disember 1882 di Kecskemét dan meninggal dunia pada 6 Mac 1967. Beliau merupakan seorang komposer dari Hungary dan juga merupakan seorang pencipta dan penggubah muzik yang mewujudkan satu sintesis di antara muzik rakyat Hungary dan warisan Eropah. Kodaly juga merupakan seorang pengajar, ahli linguistik, pengkaji muzik etnik (ethnomusicology) dan ahli falsafah serta perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik. Beliau dipengaruhi minat muziknya oleh ayahnya seorang pemuzik amatur. Beliau telah memulakan minatnya dengan mempelajari violin dan menyertai koir gereja. Pada 1900, beliau memasuki Universiti Budapest dan mula mempelajari muzik di Akademi Frantz Lizst di Budapest, dan guru yang mengajarnya gubahan muzik ialah Hans Koessler. Beliau merupakan antara orang pertama yang berminat mempelajari dan mengkaji kisah-kisah rakyat (folk tales). Ini membawanya ke kawasan kampung pedalaman untuk mengumpul muzik-muzik daripada kawasan tersebut sepanjang perang dunia pertama. Pada tahun 1905, sebuah sekolah rendah muzik ditubuhkan di Kesckemet, bersama rakannya, Bela Bartok. Di sekolah tersebut, murid- murid mendapat pendidikan muzik dan kejayaan sekolah tersebut menggalakkan penubuhan pelbagai institusi pengajian yang berasaskan kaedah Kodaly. Kini terdapat lima buah jilid Corpus Musicae yang telah lengkap. Setiap lagu mengandungi beberapa lagu yang diklasifikasikan mengikut jenis seperti lagu kanak-kanak, perayaan dan upacara tertentu, memikat, perkahwinan dan rintihan. Falsafah dan Konsep Kodaly Kodaly memulakan satu usaha dalam penyelidikan prinsip dan bentuk muzik Hungary. Beliau takut warisan muzik Hungary lupus ditelan zaman. Oleh hal demikian, untuk memastikan muzik menjadi kehidupan harian dalam kalangan rakyat Hungary serta tidak lupus, beliau menghasilkan falsafahnya. Falsafah dan konsepnya mengandungi prinsip-prinsip yang merupakan aspek perkaedahan yang kini digelar sebagai Kaedah Kodaly. 1. Muzik kepunyaan manusia; Muzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat untuk menghasilkan rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Berliterasi muzik mewujudkan budaya muzik; lebih
  • 2. ramai lagi orang yang melibatkan diri dalam muzik sama ada sebagai pemuzik atau penonton. Pendidikan muzik membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak berkembang. Selain itu, aspek pendengaran, intelek, emosi, fizikal, dan kebudayaan turut berkembang. 2. Nyanyian adalah asas kemahiran muzik Suara adalah alat semula jadi yang berkesan. Muzik adalah untuk semua dan bukan segolongan kecil yang mempunyai hak istimewa seelok-eloknya. Oleh itu, manusia yang dikurniakan suara perlu mempunyai pengalaman muzik pertama bermula dengan nyanyian. Nyanyian dalam lapisan suara harus diperkenalkan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah kerana ia dapat memperkembangkan kebolehan pendengaran muzik yang bertekstur polifoni. 3. Muzik rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Nyanyian merupakan asas kemahiran muzik. Bahan yang penting dan terbaik untuk digunakan dalam P&P ialah muzik atau lagu rakyat. Misalnya lagu Dondang Sayang. Ciri- ciri lagu rakyat dan tradisional ada lima iaitu bahan asas kepunyaan rakyat, identiti kepunyaan sesebuah negara, diperturunkan secara lisan, bahan di dalam bahasa ibunda dikenali oleh kanak-kanak serta pendek dan mudah dinyanyikan dan diingati oleh kanak- kanak. Setelah tumpuan diberi kepada bahan sendiri, barulah bahan dari luar negara diperkenalkan. Kanak-kanak digalakkan menyanyi lagu-lagu dari luar negara dalam bahasa asalnya supaya mereka dapat mempelajari bahasa asing. 4. Nyanyian koir Nyanyian koir penting untuk menambah keseronokan dan mewujudkan manusia yang berdisiplin, berperibadi tinggi dan mulia. Hanya muzik ‘masterpieces’ dari negara sendiri dan luar dijadikan bahan nyanyian koir. Ahli koir perlu diberi kemahiran dalam mebaca skor tanpa tunjuk ajar dari jurulatih melalui kibod. Kebolehan membaca skor menunjukkan kefahaman yang baik tentang petikan muzik tersebut. Dengan pendengaran dalaman yang tajam, permainan alat yang dihasilkan jelas bermutu. Mengikut Kodaly, seseorang pemain muzik yang baik perlu mempunyai keempat-empat ciri seperti well-trained ear, well-trained intelligence, well-trained heart dan well-trained hand. Kodaly berpendapat bahawa ciri-ciri tersebut perlulah seimbang kerana solfa, bentuk dan harmoni boleh membentuk seseorang pemuzik kea rah dua ciri pertama di atas. Tanpa penglibatan dalam permainan muzik kamar
  • 3. dan menyanyi dalam kumpulan koir seseorang itu akan gagal untuk menjadi pemuzik yang cemerlang. 5. Alat muzik tidak perlu digunakan Alat muzik seperti piano tidak digunakan untuk mendapatkan ketepatan pic dan mengiringi nyanyian koir. Sesebuah lagu diperkenalkan dengan menyanyikan dahulu. Bagi kanak-kanak, mereka perlu belajar dari satu peringkat ke satu peringkat. Mereka hanya perlu menyanyi dengan iringan muzik sahaja. 6. Pengajaran dan pembelajaran muzik perlu berlaku awal di prasekolah Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak terdedah kepada muzik yang tidak bermutu. Muzik rakyat adalah bahan yang terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran memandangkan renj dan lirik yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak didedahkan kepada asas muzik, membaca muzik secara serta-merta, menulis muzik dan melatih pendengaran dan irama melalui nyanyian. 7. Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah Muzik dapat memperkembangkan jeris, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified School District Project di AS, tahap pencapaian murid yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama adalah lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa sedikit untuk mata pelajaran muzik. Walau bagaimanapun, Kodaly berpendapat tujuan muzik dijadikan nadi adalah bukan untuk menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan seterusnya muzik dijadikan mata pencarian seseorang tetapi untuk dijadikan cara hidup seseorang lebih bermakna. Teknik kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran (a) Teknik Solfa Kodaly menggunakan sistem “do” bergerak yang berasal dari Guido Arezzo pada abad ke-11. Dalam sistem ini, tonik solfa dalam sesebuah lagu ialah “do” dalam nada major dan “la” dalam nada minor. Umpamanya,
  • 4. Nada major: d r m f s l t d’ Nada minor: l t d r m f s l’ Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor bolehlah diperkenalkan dengan not nama abjad. Kodaly berpendapat bahawa skel pentaton (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang bercirikan mod minor. (b) Isyarat Tangan Isyarat tangan digunakan sebagai respon kepada melodi yang didengar dan dilakukan tanpa menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala. Penggunaan isyarat tangan dapat membuat pembelajaran solfa mudah. Isyarat tangan boleh mempertingkatkan kemahiran intonasi dalam dua suara. Kelas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama perlu menyanyi mengikut isyarat tangan kanan guru manakala kumpulan 2 menyanyi mengikut isyarat tangan kiri guru. Oleh itu, guru perlulah cekap dalam penggunaan isyarat tangan. Do Re Mi Fa
  • 5. So La Ti Do’ (c) Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan Irama Muzik bergerak dalam dua ataau tiga atau kedua-duanya boleh digabungkan. Suku kata irama yang digunakan dalam kaedah ini di Hungary ialah: Ta ti ti ti ri ti ti tri – o – la syn co pa (szun) Komponen kaedah Kodaly (a) Kaedah Kodaly secara berurutan  Irama Merangkumi detik,meter, tekanan, tempoh masa (duration) dan tempo. Irama terbentuk daripada susunan bunyi.  Melodi Merupakan turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila 2 4 e e l e e l 3 4 e e e l e e e l
  • 6. pic dan not berubah. Pic terdapat dua jenis iaitu pic rendah dan pic tinggi. Contohnya dalam encore. (b) Nyanyian Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sedih dan seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba pengalaman muzikal adalah melalui kegiatan nyanyian. Ia merangkumi kedua-dua elemen seni dan sains di mana dua aspek mental dan fizikal memainkan peranan penting dan setara. (c) Pendegaran dalaman Pendengaran dalaman atau “inner hearing” merupakan kemahiran yang agak kompleks dan sukar dijelaskan. Ia melibatkan kemahiran mendengar atau selalu disebut sebagai “memikirkan” sesuatu unsur muzik seperti melodi atau irama di dalam mental seseorang tanpa membunyikannya. Walaupun ia bukan mudah untuk dicapai namun ia boleh diajar kepada kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudah dan menyeronokkan seperti permainan “mesej rahsia” dan meneka lagu. (d) Penghafazan Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara menghafaz. Namun ad acara yang lebih emnarik dalam memperkembangkan aspek ini. Ini boleh dilakukan melalui teknik permainan. (e) Improvisasi
  • 7. Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan sama ada murid dapat memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka. Misalnya, murid boleh diberi peluang dalam memprovisasikan sesuatu corak irama. Aplikasi kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran Pada pendapat saya, kaedah Kodaly sesuai digunakan di sekolah rendah kerana ia tidak akan memberi penekanan kepada murid-murid dalam mempelajari Pendidikan Muzik. Dalam pendekatan Kodaly, murid-murid tidak perlu mengetahui dan memahami notasi muzik dalam mempelajari Muzik. Sebaliknya, pelbagai kaedah telah diperkenalkan Zoltan Kodaly yang boleh menambah minat murid dalam mempelajari dan memperkembangkan kebolehan dalam Pendidikan Muzik. Dalam mengaplikasikan kaedah ini, murid-murid perlulah berlatih secara latih tubi nyanyian tonik solfa, isyarat tangan dan sebutan irama dan notasi lidi dahulu. (a) Mengaplikasikan pada permulaan pengajaran (i) Membuat imitasi solfa do, mi, so dan la. Nyanyikan dahulu nama pelajar. Contohnya, Guru memanggil Ali dalam so-mi, Ali jawab guru dalam pic so-mi. (ii) Guru bertepuk pada corak ti – ti ta ta ta dan murid menepuk balik corak irama tersebut. (iii) Guru menggunakan isyarat tangan pada do, mi, so dan guru mengikut sambal menyanyi. (iv) Mengaplikasikan pada langkah 1- nyanyian solfa dan sebutan irama. Guru menyanyi lagu “Tepuk Amai-Amai” dalam tonik solfa dan murid disuruh dengar untuk meneka lagu tersebut dan seterusnya menepuk dan menyebut corak irama. (b) Mengaplikasikan pada langkah 2- Penghafazan (i) Guru menunjukkan 2 bara lagu tersebut dan murid menyanyi dalam solfa. (ii) Kali kedua corak irama 2 bar lagu tersebut dituutp. Ini dapat melatih mereka menghafaz sehinggalah akhir lagu tersebut. (c) Mengaplikasikan pada penutup
  • 8. (i) Guru menggunakan isyarat tangan (3 pic- do-mi-so) tanpa menyanyi sepanjang 2 bar. (ii) Murid diminta melihat isyarat tangan yang dilakukan oleh guru dan menyanyikannya dalam hati. (iii) Murid menyanyikan semula dalam solfa. 1.2 Pendekatan Carl Orff Latar belakang Carl Orff Carl Orff dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munich, Jerman dan meninggal dunia pada 1982. Beliau merupakan seorang ahli pedagogi dan komposer Jerman. Minat Orff yang mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk dijadikan sebagai asas kepada Pendidikan Muzik. Beliau juga menjadi Penyelia Muzik di Günther-Schule, sebuah sekolah untuk tarian dan muzik. Penerbitan beliau yang terkenal ialah ‘Musik fur Kinder’ yang diterjemahkan sebagai Muzik untuk Kanak-kanak. Falsafah dan Konsep Carl Orff  Orff pernah berkata "experience first, then intellectualize" yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk membuat pergerakan dan irama muzik sebelum diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi.  Falsafah asas Orff: kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik.  Irama diajar dahulu kerana irama adalah elemen muzik yang paling penting.  Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak. Sesi pembelajaran muzik Sesi pembelajaran muzik PercakapanPercakapan PergerakanPergerakan Bermain alat muzik Bermain alat muzik
  • 9. Matlamat tersebunyi pendekatan Carl Orff 1. Mewujudkan perasaan komuniti atau masyarakat Bentuk semula jadi murid-murid ialah bermain. Main melibatkan semua pemain dan ia dapat mewujudkan rasa komuniti dan bermasyarakat di mana setiap ahli yang main atau pemain sesebuah kumpulan dapat merasai dirinya kepunyaan kumpulan tersebut dan perlu menyumbang kepada kumpulan itu. Maka, pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran perlulah berasaskan muzik dalam masyarakat atau lagu rakyat. 2. Perkembangan rasa organisasi muzikal Penggunaan perbendaharaan kata yang konsisten, jelas dan bersistematik dalam memberikan arahan atau memimpin persembahan merupakan satu kemahiran yang amat diperlukan oleh seseorang guru. Pertuturan guru perlulah jelas. 3. Kefahaman tentang muzik sebagai suatu seni Semua elemen muzik perlu didedahkan kepada murid-murid agar mereka dapat membuat assimilasi. Semua konsep dalam konteks muzik boleh dimainkan, dinikmati dan dikenalpasti oleh murid-murid. 4. Bebas bermuzikal Murid-murid diberi peluang untuk memimpin dan memberi sumbangan seperti memimpin ensembel di bilik darjah, menyumbang satu irama atau melodi yang dapat dikembangkan dalam kumpulan untuk menjadi satu gubahan. 5. Pertumbuhan dan perkembangan diri individu Teknik yang berkembang secara bersistematik adalah perlu untuk bertutur, menyanyi, bermain, alat muzik dan menari dengan betul. Dengan itu, setiap individu bebas untuk berkembang dan berfikiran kreatif. 6. Kebolehan mempersembahkan apa yang telah dipelajari Persembahan adalah major fokus dalam amalan Orff bukan sekadar persembahan audien tetapi persembahan untuk kepuasan diri. Perasaan bahawa dirinya adalah sebahagian daripada keseluruhan kumpulan ensembel adalah penting dalam pembelajaran dan membuat muzik.
  • 10. 7. Pertumbuhan dan perkembangan positif imej kendiri Apabila murid-murid berasa seronok akan apa yang telah disumbangkan dalam persembahan muzik kumpulan mereka, hasil penglibatan yang amat ketara dapat dilihat adalah harga diri. Pendekatan Orff dalam pengajaran dan pembelajaran Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu 1. Explorasi (Mencari Sendiri) Explorasi dapat dibahagikan kepada explorasi ruang, explorasi bunyi dan explorasi bentuk. Dalam explorasi ruang, murid diberi kebebasan untuk bergerak dan guru berfungsi sebagai pemerhati. Manakala untuk explorasi bunyi, murid boleh membuat penerokaan bunyi sekeliling serta dapat mengenali dan membezakan bunyi kuat, keras, lembut dan sebagainya. Untuk explorasi bentuk, pergerakan akan diatur menjadi tarian manakala bunyi diatur menjadi frasa. 2. Imitasi (Mengajuk Balik) Imitasi Imitasi adalah proses di mana murid-murid belajar untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat. Murid-murid pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi. Guru harus memastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikuti oleh murid-muridnya. 3. Improvisasi Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang murid-murid. Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka. 4. Literasi Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara
  • 11. sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori. Aplikasi kaedah Carl Orff dalam pengajaran dan pembelajaran Pada pandangan saya, kaedah Carl Orff sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menarik minat dan perhatian murid-murid dalam mempelajari Pendidikan Muzik. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan oleh Carl Orff seperti sebutan berirama dan alat perkusi badan yang dpaat meningkatkan kebolehan murid-murid dalam bidang Muzik. Antara kaedah yang telah diperkenalkan adalah seperti berikut:  Sebutan berirama Menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama.  Alat perkusi badan Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi- bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentak kaki dan sebagainya. Guru boleh memberikan gambar haiwan kepada murid-murid untuk membantu pertuturan berirama.  Alat perkusi Orff Alat-alat perkusi seperti xylophone dan drum merupakan alat muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakan atau tarian.  Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato Mengiringi Nyanyian Ostinato merupakan motif, frasa melodi, frasa irama. Ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak
  • 12. ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4.  Memainkan alat perkusi secara improvisasi Murid-murid diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi. Murid-murid diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan. Guru boleh mengajar cara-cara yang betul untuk improvisasi yang dicipta. 1.3 Pendekatan Dalcroze Latar belakang Dalcroze Nama penuh Dalcroze ialah Emile Jaques-Dalcroze. Beliau dilahirkan pada 1895 dan meninggal dunia pada 1950. Beliau merupakan seorang pendidik muzik dan professor muzik berbangsa Swiss. Beliau telah memperkenalkan banyak perbaharuan kepada pengajaran dan pembelajaran muzik di mana beliau lebih mementingkan amalan pendekatan amali dan bukan semata-mata secara teori. Beliau berpandangan bahawa latih tubi pendengaran adalah perkara penting kepada seseorang murid muzik. Beliau juga berpendapat hasil nyanyian adalah lebih berkesan dengan melakukan pergerakan. Beliau juga memberi pendapat bahawa cara terbaik bagi murid-murid belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing). Falsafah dan Konsep Dalcroze  Cara menukarkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik.  Bahagian-bahagian anggota badan dapat digunakan untuk menggambarkan atau meluahkan emosi kanak-kanak.  Emosi dapat dirasai atau diluahkan melalui berbagai-bagai peringkat pergerakan anggota badan (tindak balas otot) atau hanya dengan berdiam diri sahaja.
  • 13.  Gaya atau pergerakan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja atau spontan menggambarkan perasaan mereka ketika saat itu.  Pergerakan anggota badan akibat daripada cetusan emosi boleh dikaitkan dengan muzik.  Murid atau kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih membiasakan anggota badan bergerak mengikut muzik sebelum belajar bermain alat-alat muzik. Dalam mengimplementasikan aktiviti-aktiviti muzik dalam pendidikan, Dalcroze berpendapat asas-asas pendidikan muzik adalah seperti berikut: (a) Sebarang pergerakan adalah peringkat kreativiti yang pertama. (b) Semua aspek dan elemen muzik adalah dipelajari melalui pergerakan. (c) Telingga dan anggota badan mesti dimahirkan dengan muzik sebelum belajar bermain sebarang alat muzik. (d) Notasi atau not muzik mestilah diajar secara sistematik melalui Pendekatan Solfa Berirama. (e) Bahan muzik dari pelbagai negara, genre, zaman dan bentuk boleh digunakan untuk mempelajari muzik. Pendekatan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran (a) Improvisasi atau Pengubahsuaian Improvisasi atau pengubahsuaian dilakukan berdasarkan kebolehan, kesesuaian keperluan murid dan objektif tingkah laku pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi atau pengubahsuaian boleh dilakukan ke atas perkara-perkara berikut: (i) Bahan-bahan muzik Muzik mempunyai pelbagai gaya mengikut zaman dan jenis. Maka, pendidik perlu menggunakan kebolehannya membuat improvisasi yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajarannya (ii) Alat-alat muzik
  • 14. Pendidik boleh membuang pic-pic yang tidak digunakan pada glokenspil supaya mengurangkan kadar kesalahan murid bermain muzik. (iii) Bentuk-bentuk notasi muzik boleh diubahsuai supaya memudahkan murid mengenali not-not tersebut. (iv) Suasana bilik darjah boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa. Pendidik boleh juga menggunakan suatu tempat atau ruang di luar bilik darjah. (v) Emosi semasa murid. Keadaan ketegangan atau emosi yang tidak sesuai akan menyebabkan murid tidak mengambil perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Seorang pendidik muzik boleh menukar emosi murid-murid kepada keadaan yang lebih sesuai dan bersedia untuk menerima pembelajaran. (vi) Pengalaman-pengalaman sedia ada murid mestilah digunakan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi yang dijalankan bertujuan untuk menggabungjalinkan pengalaman dengan konsep muzik yang hendak diajar. Sebagai contoh, berjalan adalah pengalaman biasa murid. Berjalan dengan kelajuan yang tetap disertai dengan kiraan 1, 2, 1, 2, 1, 2, boleh dijadikan pengalaman bermuzikal dalam konsep meter. (b) Pembelajaran harus dimulai dari sesuatu yang konkrit ke sesuatu yang abstrak Menggunakan pengalaman konkrit murid atau membuat pergerakan sebagai alat bantu mengajar yang sesuai untuk menerangkan elemen atau ciri muzik. (c) Penggunaan suara atau anggota badan Dalcroze memperkenalkan konsep “pendengaran dalaman” (internal hearing) di mana murid dapat memikirkan sesuatu bunyi yang dihasilkan dengan menulis atau membaca notasi tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Konsep ini dapat dicapai dengan melakukan latihan yang berterusan dan bersistematik. Kegiatan-kegiatan dalam pendekatan Dalcroze Kegiatan-kegiatan dalampende Dalcroze terdiri daripada tiga komponen:
  • 15.  Eurhythmics (pergerakan berirama) Eurhythmics ialah pergerakan yang menyeluruh yang melibatkan seluruh anggota tubuh badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi alat muzik utama. Punca atau perkara asas kepada seni muzik adalah emosi manusia. Sebenarnya, eurhythmics bukan memadai untuk semata-mata melatih minda, telinga, atau suara tetapi seluruh tubuh badan perlu dilatih kerana ia merupakan bahagian penting yang boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan. Sesuatu idea muzik boleh diinterpretasikan melalui pergerakan badan dan sesuatu pergerakan badan pula boleh ditukar kepada sumber muzik. Eurhythmics dapat menghidupkan serta mempertingkatkan penggunaan pancaindera dan sentuhan perasaan yang berirama badan manusia. ia dapat memantapkan pendengaran (aural) individu untuk diterjemahkan kepada pergerakan yang bersesuaian dan kreatif, seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan pelajar muzik. Dalcroze berdasarkan kepada teori yang melibatkan pendengaran dan pergerakan seluruh anggota tubuh badan.  Solfege (latihan dalaman) Solfege pula adalah pengetahuan tentang melodi dan harmoni. Seperti tubuh badan digunakan sebagai alat berirama semula jadi, suara pula adalah alat tonal yang natural. Justeru, suara bertindak sebagai bahan ekspresi dalam Latihan Solfege Dalcroze. Solfege bertindak sebagai “ton”, hubung kait antara ton dan ton kualiti (timbre). Solfege dalam pendekatan Dalcroze, adalah satu latihan pendengaran. Pendengaran boleh mempertingkatkan kesedaran tentang pic, perbezaan ton (pic), dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran Dalaman (inner hearing) juga dapat meningkatkan daya ingatan. Pendengaran Dalaman adalah sebutan atau sebahagian daripada lirik nyanyian yang dinyanyikan di dalam hati. Pendengaran Dalaman dapat ditingkatkan melalui nyanyian, melodi, harmoni, pic atau perbezaan kualiti ton atau timbre. Ia juga dapat mempertingkatkan kemahiran membaca skor serta improvisasi secara vokal yang boleh membawa kepada kemahiran muzik yang lebih tinggi seperti ciptaan dan gubahan.
  • 16.  Improvisasi (kreativiti) Improvisasi merupakan cantuman atau tambahan kepada aktiviti eurhythmics (pergerakan berirama). Dalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu kreativiti. Improvisasi berbeza bentuknya dengan komposisi kerana ia terjadi secara spontan. Masa menjadi sangat penting kerana seseorang individu tidak boleh berhenti memainkan karya muziknya di pertengahan jalan untuk membuat sebarang perubahan. Ia perlu terus berkarya sehingga tamat persembahan. Dalcroze mengatakan bahawa semua orang tanpa mengira bakat boleh dilatih memainkan sesuatu karya muzik secara spontan. Setiap murid di dalam kelas beliau diajar mencipta muzik sendiri. Individu tersebut diberi kebebasan dan peluang untuk mengekspresi ciptaannya. Aplikasi kaedah Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pada pendapat saya, kaedah Dalcroze amatlah sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana pendekatan Dalcroze menekankan tentang prinsip jika seseorang guru itu berkebolehan melaksanakan tugas pengajaran dengan verkesam, maka beliau dianggap mampu menyampaikan pengajaran dengan berkesan serta dapat membantu murid-muridnya untuk berkembang. Oleh hal demikian, seseorang guru itu seharusnya mempunyai kepakaran, kemahiran dan menggunakann beberapa teknik, kaedah dan pendekatan tertentu yang bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan muridnya dalam menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Aplikasi kaedah Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran bolehlah dilihat pada maklumat berikut. Eurhythmics memerlukan penglibatan diri individu secara total atau menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan dan emosi diri secara total di mana individu atau murid itu perlu: • Mendengar; • Merasa; • Berimaginasi; • Menginterpretasi bunyi; • Bertindak/respon/bergerak
  • 17. • Membayangkan sesuatu maksud secara luaran. Tubuh badan dijadikan sebagai alat bunyian yang mampu mempamerkan interpretasi murid atau individu yang melibatkan imaginasi, emosi, serta pergerakan badan yang bertindak berpandukan bahan rangsangan atau stimuli dalam bentuk bunyi, gerak isyarat (signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian. Pergerakan badan adalah pengalamian yang dominan. Dengan mendengar, murid dapat memberi respon dan dengan penggunaan masa, ruang dan tenaga yang betul, pergerakan menjadi betul dan menarik. Kanak-kanak secara semula jadi memang suka bergerak dan mereka seronok melakukan apa sahaja. Dengan demikian mereka meneroka banyak perkara menggunakan ruang, masa, tenaga dan tempo atau kelajuan yang pelbagai untuk bergerak. Misalnya, bergerak dengan cepat (berlari), lambat (berjalan) atau berjalan secara berjingkit-jingkit dan sebagainya. Mereka akan meneroka dan mencari pengalaman baharu menggunakan semua anggota tubuh badan untuk bergerak dan mencapai hasrat mereka. Kanak-kanak belajar dengan cara berinteraksi dan bermain bersama-sama. Hal ini akan menghasilkan improvisasi dalam kumpulan seterusnya dalam bilik darjah. Kreativiti dalam bentuk yang pelbagai selalu diwar-warkan, digalakkan, dan sangat didambakan terutama dalam program Eurhythmics. Keupayaan dan kebolehan melakukan sesuatu adalah berbeza di kalangan murid-murid. Semua murid belajar untuk mengimprovisasi dalam pergerakan. Oleh yang demikian, ekspresi kreatif boleh disalurkan melalui media yang berbeza seperti penggunaan suara, alat perkusi, piano, alat tiup kayu, brass dan alat bertali. Sebagai seorang pendidik muzik, sebelum memulakan suatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik; haruslah memikirkan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kematangan murid, kesediaan murid dari segi fizikal dan mental, bilangan semua murid di dalam kelas, dan pengalaman sedia ada murid. Pemilihan bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam pergerakan haruslah berfungsi, menarik, mencukupi, berkesan dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah diimprovisasikan. Murid-murid dalam segala peringkat usia digalakkan untuk meneroka, menguji, mencuba, dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar. Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk, genre, rentak, dan irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan pergerakan yang lebih dinamik.
  • 18. Murid-murid dalam segala peringkat usia digalakkan untuk meneroka, menguji, mencuba, dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar. Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk, genre, rentak, dan irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan pergerakan yang lebih dinamik. Beberapa irama mempunyai kompleksiti tersendiri untuk dilakukan bergantung kepada usia dan tahap pengetahuan murid. Sebagai contoh, termasuklah tempo muzik, dinamik, nilai not, meter dan frasa. Membanding beza pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah PERSAMAAN (Pendekatan muzik Kodaly, Orff & Dalcroze)  Notasi muzik tidak diajar dahulu.  Dapat meningkatkan minat murid-murid dalam mempelajari Pendidikan Muzik.  Memudahkan murid-murid dalam mempelajari Muzik.
  • 19. KODALY (ZOLTAN KODALY) CARL OFF DALCROZE (JAQUESE EMILY DALCROZE) Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Kodaly Teknik dalam Pendekatan Kodaly (Solfa, isyarat tangan, notasi lidi dan sebutan irama) • Komponen Kodaly (nyanyian, aktiviti berurutan, pengahazan, pendegaran dalaman dan improvisasi • Bahan muzikal, terutamanya muzik rakyat yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan • Aktiviti muzikal- pembelajaran konsep muzik melalui pendekatan Kodaly Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Orff • Proses Orff (Imitasi, Eksplorasi, Improvisasi dan Literasi) • Peralatan Muzik Orff (suara, badan dan peralatan muzik • Bahan muzikal yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan • Pembelajaran konsep muzik melalui Pendekatan Orff Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Dalcroze • Eurhytmics, solfage dan improvisasi • Bahan Muzikal untuk aktiviti Eurhythmics, Solfage dan Improvisasi yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan • Pembelajaran konsep muzik melalui Pendekatan Dalcroze • Aplikasi Pendekatan Kodaly akan membantu dalam bidang nyanyian di mana murid-murid akan mempelajari pelbagai cara meningkatkan kemahiran menyanyi agar berasa seronok. • Pengalaman kanak-kanak – nyanyian. - Skel pentatonik - Elemen asas: pertuturan, pergerakan, nyanyian. - Alat perkusi muzik dan tubuh. • Learning by doing. • Gunakan gerak tubuh untuk meningkatkan pemahaman, • Pentingkan alat deria. (dgr muzik-> main alat muzik) • Improvisasi (kreatif irama dan melodi) • Pembelajaran konkrit- abstrak. • menekankan perkembangan kemahiran pengalaman muzikal secara menyeluruh dan berurutan. • Tujuan nyanyian dijadikan fokus adalah kerana kemahiran nyanyian merupakan asas kemahiran bagi semua kemahiran muzik yang lain. • guru-guru muzik dapat meningkatkan kemahiran murid- murid semasa melakukan aktiviti “hands-on” dengan alat-alat perkusi berpic dan tanpa pic. 3 peringkat: i)dgr dan lihat, ii)beri pngalamn, iii)tulis cara bagaimana guru muzik dapat meningkatkan kefahaman murid-murid melalui aktiviti pergerakan badan. • menggunakan ritma ( rhythm ) sebagai elemen muzik yang asas, menari dan pengucapan Eurythmics memerlukan
  • 20. Jadual 1 Jadual 1 menunjukkan perbezaan pendekatan Muzik Kodaly, Carl Orff & Dalcroze.