SlideShare a Scribd company logo
0
MPU3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
KUMPULAN KURSUS : 6
NAMA KUMPULAN : 1 MALAYSIA DAN ISLAM HADHARI
PENSYARAH : MS KANNAKI VAITHLINGAM
TAJUK TUGASAN :
Islam Hadhari dan 1 Malaysia merupakan pendekatan terbaru
dalam mengharmonikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dan agama. Apakah yang anda dapat cerapkan dari kedua-dua
pendekatan ini?
AHLI KUMPULAN :
NAMA PELAJAR NO. ID
1. Lim Joe Onn 0318679
2. Chow Hong Da 0318571
3. Clement Chen Kit Seong 0319574
4. Daniel Chow Kok Theng 0319980
5. Daniel Tiew 0319557
6. Koh Sung Jie 0318912
7. Liew Yu Xian 0319173
8. Ong Seng Peng 0319016
SENARAI KANDUNGAN
No. Tajuk Muka surat
1 Pengenalan 1
2 Objektif Kajian 2
3 Kaedah Kajian 3
4 Lokasi Kajian 4
5 Masalah Kajian 5
6 Dapatan Kajian
 1 Malaysia
 Islam Hadhari
6
6
16
7 Perbandingan Antara Pendekatan Berdasarkan Analisis 25
8 Kesimpulan 29
9 Lampiran 30
10 Rujukan 32
11 Soal Selidik 33
1
PENGENALAN
Kumpulan kami diberi tajuk 1 Malaysia dan Islam Hadhari dalam projek ini. Kedua-dua
gagasan tersebut adalah berkaitan dengan sistem politik dan perkembangan negara kita.
Kumpulan kami ditugaskan untuk mengaji matlamat, maklumat dan latar belakang prinsip-
prinsip 1 Malaysia dan Islam Hadhari. Antara kaedah yang digunakan ialah penyelidikan
pelbagai sumber, soal selidik dan analisa agar mendapat maklumat yang lebih tepat dan
secara meluas.
Sediawarsa ini, bekas Perdana Menteri negara Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan
Perdana Menteri negara kita sekarang, Dato’ Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul
Razak telah mengambil inisiatif yang tersendiri untuk menyatukan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum. Konsep yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Badawi merupakan Islam
Hadhari, manakala Dato’ Seri Najib Tun Razak telah melancarkan gagasan 1 Malaysia. Islam
Hadhari adalah berdasarkan ajaran Islam yang telah wujud selama turun-temurun manakala 1
Malaysia dicipta untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kedua-dua
pendekatan tersebut dilancarkan dengan tujuan yang ketara iaitu memajukan negara dan
memacu negara ke arah menjadi sebuah negara yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara yang progresif dan maju dalam pelbagai aspek. Maka, negara kita dapat
dipandang tinggi dan disegani dalam pentas dunia. Berdasarkan topik 1 Malaysia dan Islam
Hadhari, kumpulan kami menjalankan analisis dan membuat kajian terhadap kedua-dua
gagasan tersebut.
2
OBJEKTIF KAJIAN
Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang sesebuah konteks, iaitu
pendekatan kerajaan terbaru dalam mengharmonikan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum. Seterusnya, projek ini mendorong kami untuk mengaji matlamat, maklumat serta latar
belakang prinsip-prinsip 1 Malaysia dan Islam Hadhari secara mendalam. Prinsip-prinsip
tersebut agak penting dan harus dikaji. Hal ini demikian kerana mereka mempengaruhi dan
menjejaskan pembangunan negara kita dari pelbagai aspek seperti pembentukan modal insan
dan masyarakat damai serta inovatif.
Dalam pada itu, projek ini juga bermatlamat untuk mengenalpasti kejayaan pelaksanaan
gagasan-gagasan 1 Malaysia dan Islam Hadhari. Perbandingan antara kedua-dua pendekatan
ini juga akan dijalankan melalui projek yang amat bermakna ini. Langkah-langkah dan cara-
cara pelaksanaan 1 Malaysia dan Islam Hadhari juga akan dikenalpasti melalui pengajian
yang menyeluruh. Selain itu, projek ini dijalankan demi memenuhi objektif untuk
menghuraikan kesan-kesan 1 Malaysia dan Islam Hadhari terhadap masyarakat dan negara.
Cara-cara rakyat Malaysia mengamalkan 1 Malaysia dan Islam Hadhari dalam kehidupan
seharian turut dikemukakan dalam tugasan kajian ini.
3
KAEDAH KAJIAN
1. Pengajian Pelbagai Sumber
Pada alaf yang serba moden ini, kumpulan kami mengaplikasikan pelbagai jenis media massa
untuk mendapat informasi tentang prinsip-prinsip 1 Malaysia dan Islam Hadhari daripada
sumber-sumber yang berpatutan. Sebagai contoh, laman-laman web rasmi kerajaan, risalah di
persputakaan dan buku-buku maya yang berunsur akademik.
2. Soal Selidik dan Temu Ramah
Melalui kaedah ini, kami menerima pandangan dan pendapat rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dan majmuk terhadap topik-topik yang kami kaji. 30 orang responden yang berasal dari
pelbagai kaum dan latar belakang telahpun menjawab boring soal selidik yang diberi oleh
kami. Kaedah ini menambah pengetahuan kami tentang maklum balas rakyat terhadap
gagasan-gagasan 1 Malaysia dan Islam Hadhari. Selain itu, 5 orang responden dipilih secara
rawak untuk ditemu ramah supaya kami boleh mendapat maklumat dengan lebih mendalam
lagi.
3. Analisa
Melalui perbincangan kumpulan, analisa-analisa yang terperinci dijalankan terhadap
informasi yang dikumpul daripada pelbagai metodologi. Dengan adanya analisa teliti, laporan
yang lebih komprehensif dihasilkan.
4
LOKASI KAJIAN
1. SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara, Puchong
Sekolah ini mempunyai para pelajar dan guru-guru yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
umur. Keadaan sekolah ini yang berbilang kaum membolehkan kumpulan kami menerima
pandangan kepada prinsip-prinsip 1 Malaysia dan Islam Hadhari daripada pelbagai kaum dan
kumpulan umur yang berbeza. Hal ini memberikan kami pendapat yang lebih lengkap
terhadap kedua-dua prinsip tersebut.
2. Universiti Sunway, Subang Jaya
Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, institusi-institusi berprestasi
tinggi seperti Universiti Sunway merupakan tempat yang baik untuk menjalankan soal
selidik. Hal ini demikian kerana pendapat-pendapat daripada para mahasiswa yang
merupakan pemimpin-pemimpin masa depan negara afdal terhadap pembangunan negara.
Selanjutnya, universiti ini terletak agak dekat daripada universiti kumpulan kami. Hal ini
memudahkan proses soal selidik projek ini.
5
MASALAH KAJIAN
Antara masalah yang kami hadapi dalam proses tugasan kajian ialah keberanian dan inisiatif
untuk mendapat dan menerima maklumat berkaitan dengan topik yang diberikan terutamanya
semasa penjalanan temu ramah dan soal selidik. Walaubagaimanapun, ahli-ahli kumpulan
kami berjaya mengatasi masalah tersebut.
Seterusnya, kelengkapan laporan ini dengan informasi yang berpatutan dan terkini turut
menjadi salah satu cabaran kepada kumpulan kami. Malah, kumpulan kami wajiblah mengisi
laporan ini dengan teliti selepas metodologi kajian telah dilaksana secara lengkapnya.
Struktur dan organisasi penghujahan isi dari pelbagai sumber juga sepatutnya diberi perhatian
sepanjang proses membuat laporan ini.
Kerjasama antara ahli-ahli kumpulan afdal sepanjang projek ini untuk memastikan bahawa
laporan boleh dilengkapkan dengan lancar. Laporan ini juga mesti dihantar pada masa yang
ditetapkan. Oleh sebab itu, setiap ahli dalam kumpulan ini, bukan sekadar pemimpin
kumpulan, patut memberi sumbangan dalam projek ini. Malah, seluruh kumpulan harus
sehilir semudik, serentak seirama kerana bersekutu bertambah mutu. Hal ini selari dengan
prinsip-prinsip perpaduan yang ditegaskan dalam kedua-dua gagasan yang dikaji.
6
DAPATAN KAJIAN
1 MALAYSIA
LATAR BELAKANG DAN DEFINISI
Gagasan 1Malaysia merupakan salah satu program komprehensif yang dilancarkan oleh
Perdana Menteri Keenam Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009 dengan
tujuan memupuk perpaduan dalam masyarakat majmuk negara kita. Pendekatan ini
berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan kepada setiap
rakyat Malaysia. Misalnya, hormat-menghormati antara satu sama lain, kesederhanaan and
berbudi bahasa. Prinsip utama yang ditegaskan 1Malaysia ialah kebersamaan dan kekitaan
dalam satu keluarga besar, iaitu masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum ataupun agama.
Oleh itu, semua kaum diberi layanan yang adil secara tiada perbezaan antara pelbagai
kumpulan etnik.
Selanjutnya, konsep ini merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada
untuk mengukuhkan lagi perpaduan rakyat. Hal ini menjamin kestabilan dan ketenteraman
negara lalu merealisasikan Wawasan 2020. Malah, Wawasan 2020 menjadi kenyataan dan
bukan sekadar angan-angan Mat Jenin.
1 Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan yang utuh dalam
kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia. Selanjutnya, kelebihan ini akan
dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran dalam dunia arus
globalisasi ini. Selain itu, perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala
7
tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. Meniti kepada kaca
mata yang lain, 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat patriotisme dan
persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia. Demi mencapai kemajuan bagi negara, rakyat
perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan
antara kaum. Hal ini menzahirkan perpaduan yang kukuh. Apabila perpaduan dicapai, maka
urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar bak kata pepatah bulat air
kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.
Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia pada zaman ini memerlukan setiap negara
menyusun strategi masing-masing supaya tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan
menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Untuk menghadapi cabaran ini, seluruh rakyat
Malaysia, tanpa mengira keturunan atau anutan agama, perlu sehilir semudik serentak
seirama bagai aur dengan tebing sebagai satu bangsa menyeluruh. Dengan ini, rakyat
Malaysia berfikir dan bertindak kea rah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah
negara yang lebih progresif, maju, selamat, cemerlang dan makmur serta mampu bersaing
dengan kuasa-kuasa dunia.
Dengan tujuan melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya saing dalam pelbagai bidang
seperti bidang sosial, ekonomi dan politik, gagasan 1 Malaysia diperkenalkan sejajar dengan
peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun
Negara, iaitu memperkukuhkan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Perpaduan yang utuh boleh dianggap sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai
ancaman yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia. Maka, negara
kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.
8
Menurut penjelasan Dato’ Seri Najib Tun Razak, kita berfikir dan bertindak sebagai satu
bangsa Malaysia. Kerajaan mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan
etnik dalam negara kita. Justeru, rakyat Malaysia disaran untuk keluar daripada tembok etnik
masing-masing yang telah kita amalkan sejak sekian lama. Berdasarkan penjelasan ini, kita
dapat merumuskan bahawa pendekatan 1 Malaysia menuntut setiap warganegara untuk
memainkan peranan masing-masing. Rakyat Malaysia perlu membuat tindakan yang
melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum serta tidak membataskan tindakan kepada
perkara-perkara yang menjadi kepentingan salah satu kaum sahaja, malah harus memberi
kepentingan kepada seluruh bangsa Malaysia.
Selain itu, nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia merupakan nilai-
nilai murni yang perlu ada pada masyarakat yang ingin menjadi progresif dan dinamik yang
akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi tersebut akan
mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dalam persekitaran global ini dan seterusnya
melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih mantap. Antara nilai-nilai
tersebut ialah hormat-menghormati, rendah hati, kesederhanaan, berbudi bahasa, budaya
berprestasi tinggi, ketabahan, kesetiaan dan budaya ilmu.
9
LANGKAH PELAKSANAAN 1 MALAYSIA
‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ merupakan satu konsep dalam bidang
pentadbiran yang menekankan pemimpin-pemimpin kerajaan untuk menjalankan tugas
dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Selanjutnya,
prinsip keadilan untuk semua kaum membawa definisi bahawa semua kaum akan terbela dan
tiada pihak yang akan dipinggirkan. Dasar-dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan
Malaysia yang memberikan bantuan kepada golongan yang tertentu tetap dijalankan. Hal ini
membawa konteks bahawa 1 Malaysia merupakan penerusan agenda membina negara.
1. Semangat Perpaduan Dan Patriotisme
Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu naungan kuasa raja
berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi. Hal
ini perlu dijaga dan sering diberikan perhatian bagi menjaga keamanan dan keselamatan
negara. Oleh sebab itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya bermaksud kewujudan satu
bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan menggantikan dasar perkauman yang
hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini. Bangsa-bangsa di negara ini harus
membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang
dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan menjayakan gagasan ini.
Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati diri
Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini dilaksanakan di peringkat awal
khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar pendekatan 1
Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.
2. Aspek Politik
10
Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik
negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu berganding bahu
dalam menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik
mereka. Hal ini demikian kerana keperluan rakyat yang menjadi keutamaan negara harus
didahulukan sebelum kepentingan politik. Parti-parti politik yang berpengaruh perlu bersifat
glokal bagi mencari usaha ke arah pembangunan modal insan yang jitu, mapan dan berdaya
saing. Pembentukan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada masyarakat
serta menjayakan pendekatan 1 Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi
pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat negara ini agar langkah
Bangsa Malaysia dapat diperkukuh.
3. Aspek Ekonomi
Aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar “Pecah dan Perintah” yang
diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Meskipun
lama Malaysia menggapai kemerdekaan, namun kesan daripada dasar ini masih jelas
kelihatan. Oleh sebab itu, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan
ekonomi masyarakat. Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan
perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India
hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu
menceburkan diri dalam bidang yang mereka mampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu
ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen
menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada
kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha
11
untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi. Kesannya, ekonomi negara mampu
diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang membentuk gagasan 1 Malaysia.
4. Aspek Pendidikan
Aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia. Institusi-
institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan Dasar
Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam
sanubari para pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan.
Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem
pendidikan yang unggul dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat. Penghapusan dasar
pendidikan yang hanya mementingkan sesebuah kumpulan etnik dan menafikan hak
golongan tertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit
antara pelajar hari ini dalam memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut
kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang
diwujudkan tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu. Selain itu, pembentukan
satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu Bahasa
Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara
kaumnya. Justeru, inisiatif-inisiatif seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan
pemimpin yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara.
5. Aspek Agama Dan Kepercayaan
12
Aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha
menjayakan gagasan 1 Malaysia. Hal ini demikian kerana pengaruh agama agak ketara dalam
negara ini. Oleh sebab itu, 1 Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk sikap
keterbukaan masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama yang
lain. Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi anutan
sebahagian besar masyarakat. Justeru, sensitiviti agama dan perkauman perlu dijaga dan tidak
boleh dipermainkan bagi menimbulkan ketegangan yang seterusnya menidakkan kejayaan
gagasan ini. Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung- mengunjung yang semakin
diguna pakai semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan merupakan salah satu
kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami budaya sesuatu kaum. Hal ini
seterusnya memupuk sikap toleransi dan muhibbah yang sejajar dengan konsep 1 Malaysia.
6. Inisiatif Pihak Kerajaan
Konsep 1 Malaysia meningkatkan kesedaran perpaduan antara kaum melalui beberapa
ceramah dan kempen yang dilancarkan oleh pihak berkuasa. Mesej yang disebarkan media
massa seperti iklan di televisyen dan radio berunsur memupuk perpaduan kalangan
masyarakat. Apabila kesedaran tentang perpaduan meningkat, kerjasama antara kaum
disemai lalu mengelakkan konflik perkauman. Dalam pada itu, slogan ‘Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan’ dan lagu 1 Malaysia telah dilancarkan dengan tujuan memupuk
semangat konsep tersebut.
Dengan ini, pelbagai jenis program bertema 1 Malaysia yang terbuka kepada seluruh rakyat
Malaysia diperkenalkan. Aktiviti-aktiviti seperti pesta dan jualan menggalakkan interaksi
antara kaum. Antara program yang dilancar sempena tema 1 Malaysia ialah Program Latihan
13
Khidmat Negara yang menggalakkan kerjasama dan pergaulan antara kaum. Seterusnya,
pendekatan 1Malaysia juga mengurangkan beban masyarakat Malaysia melalui beberapa
inisiatif seperti wang bantuan BR1M kepada penduduk Malaysia yang memerlukannya.
Dengan adanya perbantuan wang, taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah dapat
ditingkatkan. Pihak kerajaan juga menubuhkan Klinik 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia
dan sebagainya untuk meringankan perbelanjaan rakyat dengan menawarkan harga yang
lebih murah.
14
KESAN DAN CABARAN 1 MALAYSIA
Semasa merealisasikan konsep 1 Malaysia, pelbagai persoalan timbul tentang kecekapan dan
kejayaan usaha pihak kerajaan. Adakah rakyat Malaysia benar-benar menyahut seruan
kerajaan dalam konteks ini? Pada akhir-akhir ini, perpaduan di masyarakat kita masih tidak
kukuh walaupun tiada konflik perkauman yang serius dan boleh mengancam keselamatan
negara. Masyarakat negara kita masih mempunyai sikap egoisme dalam kaum sendiri.
Sebagai contoh, Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara merasai bahawa kepentingan golongan
bumiputera tercabar kerana konsep 1 Malaysia wujud. Mereka menuntut penjelasan gagasan
tersebut supaya kepentingan bumiputra terjamin. Sebaliknya, golongan bukan bumiputera
khuatir bahawa kepentingan mereka dipinggirkan jika mereka tidak diberi layanan yang sama
dengan golongan bumiputera.
Bertitik tolak kepada kaca mata yang lain, segelintir masyarakat tidak kira Melayu, Cina atau
India masih bersikap etnosentrisme. Mereka menganggap bahawa kaum mereka lebih maju
daripada kaum yang lain serta mempunyai prasangka yang negatif terhadap kaum lain. Selain
itu, kes-kes yang mengandungi sindiran berasaskan kaum masih kedengaran. Misalnya,
terdapat peristiwa bahawa seorang guru mengejek pelajar kaum Cina dan India untuk balik ke
negara asal mereka, iaitu China dan India dan bukan Malaysia. Hal ini membukti kecekapan
penyebaran mesej perpaduan oleh kerajaan masih kurang puas hati. Antara faktor yang
menyebabkan kes tersebut ialah masyarakat majmuk negara kita mempunyai bahasa, budaya
dan agama yang berbeza dan tersendiri. Hal ini turut menyebabkan pelaksanaan 1 Malaysia
sebuah cabaran yang harus diatasi.
15
Ramai tokoh-tokoh politik yang unggul seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit
Siang telah menuntut penjelasan atau pembaikan konsep 1 Malaysia. Mereka mengatakan
bahawa konsep ini masih kabur dalam masyarakat kita serta tidak efektif. Seterusnya, Niat
penubuhan konsep 1 Malaysia juga disoal. Ada sesetengah orang yang menganggap bahawa
konsep tersebut merupakan alat propaganda kerajaan untuk memenang hati rakyat dan bukan
satu pendekatan yang ikhlas demi pembangunan negara. Selain itu, sikap negatif oleh
sesetengah komuniti terhadap gagasan 1 Malaysia turut menggugat proses pelaksanaan
gagasan tersebut.
Akhir sekali, tidak boleh dinafikan bahawa gagasan 1 Malaysia ada memberi sumbangan
dalam perkembangan negara. Contohnya, dalam aspek kesedaran tentang kepentingan
perpaduan dan penyemaian sifat patriotism. Konsep 1 Malaysia merupakan satu konsep yang
positif dan berfaedah dan hanya dapat diggapai jika rakyat dan pemimpin negara
mempraktiskannya dalam kehidupan seharian.
16
(1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_Hadhari
DAPATAN KAJIAN
ISLAM HADHARI
LATAR BELAKANG DAN DEFINISI
Islam Hadhari membawa definisi ‘islam yang bertamadun’ dan merupakan teori kerajaan
Malaysia pimpinan mantan Perdana Menteri negara Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Islam Hadhari berasaskan Islam dengan Al-Quran sebagai panduan. Pendekatan ini adalah
usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung
dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. (1)
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai suatu pendekatan untuk
membangun ummah dan negara berteraskan perspektif ketamadunan Islam. Pada 31 Mac
2004, Mesyuarat Jemaah menteri meminta supaya agensi-agensi kerajaan mempromosikan
pendekatan Islam Hadhari yang progresif melalui pembaharuan dan penambahbaikan. Pada
17 Oktober 2004, Jemaah menteri telah melantik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
sebagai agensi penyelaras bagi menjalankan pendekatan Islam Hadhari.
Konsep Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam contoh yang disegani dalam dunia ini dengan mengamalkan prinsip
kesederhanaan ataupun wasatiyah yang sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia sejajar
dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan pada zaman ini. Misalnya, Wawasan 2020 dan
Dasar Pembangunan Negara. Pendekatan Islam Hadhari menitikberatkan nilai-nilai
17
pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat
majmuk.
Definisi tentu Islam Hadhari adalah berdasarkan persepsi setiap individu tetapi ia masih
selaras sebagai pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang
bersifat menyeluruh berasaskan perspektif tamadun Islam. Visi gagasan Islam Hadhari adalah
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang moden dan maju, iaitu sebuah negara
yang mengikut acuan sendiri dan kekal abadi. Pendekatan Islam Hadhari mempunyai misi
yang tertentu iaitu melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan
pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan seimbang. Objektif
Islam Hadhari ialah melahirkan individu dan masyarakat yang mengaplikasikan nilai-nilai
murni yang tersemai dalam sanubari mereka. Misalnya, kekuatan rohani, berakhlak, mampu
berdikari, berdaya saing, inovatif, praktikal dan rasional. Sebagai kesimpulan, gagasan Islam
Hadhari berpotensi untuk menzahirkan modal insan, masyarakat yang ideal lalu
merealisasikan Wawasan 2020 yang merupakan hala tujuan seluruh rakyat Malaysia.
18
LANGKAH PELAKSANAAN ISLAM HADHARI
Islam Hadhari berfungsi dengan cara yang sistematik dan pragmatik. Politik Islam yang
diamalkan oleh sesetengah pihak berkuasa yang menganuti agama Islam selaras dengan
prinsip-prinsip yang disarankan dalam konteks Islam Hadhari. Menurut tulisan-tulisan para
ulama Malaysia, Islam Hadhari memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup,
terutamanya dalam bidang yang berikut:
1. Penuntutan Ilmu
Islam menuntut tradisi celik sepenuhnya. Penuntuan ilmu pernah disarankan dalam wahyu
yang diturunkan Allah swt kepada Nabi Muhammad. Pengetahuan yang lebih secara otomatik
meninggikan akhlak dan tanggungjawab seseorang individu bak kata pepatah ‘Takut akan
Allah adalah permulaan kebijaksanaan’.
2. Pembangunan Seimbang
Pendekatan Islam Hadhari mengalakkan rakyat agar elak berlebih-lebihan atau berkurangan
dalam mana-mana aspek.
3. Kekayaan Tiang Kehidupan
Islam Hadhari mengalakkan pendapatan kehidupan yang jujur untuk mengumpul harta.
4. Penjagaan kesihatan
19(1) Laporan Pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia, UiTM
Gagasan Islam Hadhari menyarankan rakyat agar mengamalkan cara kehidupan yang positif
dan sihat. Gejala-gejala yang meruntuh akhlak dan merosakkan kesihatan seperti menagih
dadah sewajarnya dielakkan.
Dalam tempoh awal Islam, umat Islam mengikuti contoh Nabi Muhammad dalam
kepimpinan dan dalam memperoleh kekayaan pengetahuan manakala masih mengerjakan
ibadah wajib. Oleh itu, jelaslah bahawa konsep Islam Hadhari menyumbang kea rah
kemajuan manusia keseluruhan yang seimbang antara aspek rohani dan material, antara
pembangunan dan nilai-nilai moral serta antara agama dan keduniaan.
Seterusnya, pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan berdasarkan beberapa rasional, iaitu: (1)
(a) Islam Sebagai Agama Persekutuan
Perlembagaan Malaysia Fasal 3(1) menyebut bahawa “Ugama Islam adalah ugama
Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana bahagian Persekutuan”. Realitinya, negara-negara luar melihat Malaysia sebagai
sebuah negara Islam contoh dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan, teknologi,
sosiobudaya dan kestabilan politik. Walaupun Malaysia merupakan negara yang berbilang
agama dan kaum, namun agenda pembangunan ummah dapat dijayakan secara harmoni
sehingga mampu membawa kemakmuran kepada negara.
(b) Kesinambungan Kepada Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (DPNI) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun
1985. Setelah dua dekad DPNI diperkenalkan, banyak hasil dan manfaat yang telah dapat
20(1) Laporan Pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia, UiTM
dilihat dan dinikmati bersama, khususnya dalam budaya kerja, malah secara amnya telah
turut diamalkan oleh sektor swasta. DPNI juga berperanan untuk melahirkan sistem ekonomi
berteraskan prinsip Syariah, serta kemajuan dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia. Pada
tahun 2004, pendekatan Islam Hadhari pula diperkenalkan. Pendekatan ini merupakan
tambahnilai kepada DPNI kerana konsep pendekatannya yang lebih komprehensif dan
menyeluruh berdasarkan peradaban. Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada
usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan modal
insan dan pembangunan fizikal yang merupakan teras pembinaan sesebuah tamadun.
(c) Pendekatan Islam Hadhari Sebagai Pemacu Wawasan 2020
Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 mengandungi aspirasi negara Malaysia
untuk berkembang dan menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta berupaya
menangani cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Pendekatan Islam Hadhari adalah selari
dengan Wawasan 2020, serta menjadi pemangkin dan pemacu kepada kejayaan wawasan
tersebut. Matlamat pendekatan Islam Hadhari adalah untuk mencapai kemajuan secara
menyeluruh dengan harapan menjelang tahun 2020 akan wujud sebuah negara Malaysia yang
maju dan membangun melalui acuan ketamadunan Islam. (1)
(d) Menjadikan Islam Sebagai Penyelesai Cabaran Semasa
Dunia dan kehidupan manusia sentiasa mengalami perubahan disebabkan oleh proses
perubahan masa dan tahap pencapaian tamadun. Proses perubahan tersebut berlaku dengan
pantas dan ia membawa cabaran dan masalah yang baru. Untuk menghadapi cabaran ini,
21
ajaran Islam perlu dijadikan pemangkin bagi menghadapi realiti kehidupan semasa.
Antaranya ialah sikap yang fleksibel dalam berijtihad bagi perkara-perkara yang boleh
diijtihadkan dengan keyakinan bahawa ajaran Islam mampu menyelesaikan permasalahan
ummah dalam sebarang situasi. Jika para ulama dan pemimpin Islam zaman dahulu telah
mampu menyelesaikan permasalahan yang berlaku pada zaman mereka, maka ulama pada
masa kini juga sewajarnya berupaya menyelesaikan isu-isu ummah yang berlaku pada masa
kini secara berkesan.
(e) Merealisasikan Islam Sebagai Agama Yang Dapat Memberi Rahmat Kepada Alam
Sejagat
Dalam konteks Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama,
kepimpinan negara telah meletakkan ketamadunan Islam sebagai agenda bagi mengurus
pembangunan Negara. Pendekatan Islam Hadhari akan memberi manfaat kolektif yang dapat
dinikmati secara harmoni kepada seluruh rakyat. Hal ini kerana keharmonian ajaran Islam itu
adalah meliputi seluruh umat tanpa mengira bangsa dan kepercayaan.
Tumpuan awal pelaksanaan Islam Hadhari adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman
mengenai konsep-konsep umum pendekatan tersebut kepada seluruh lapisan masyarakat.
Tugas ini telah dipertanggungjawabkan kepada lapan agensi pelaksana dengan sasaran
masing-masing. Antara agensi tersebut ialah Jabatan Hal Ehwal Khas dan Jabatan Pengajian
Tinggi.
22
KESAN DAN CABARAN ISLAM HADHARI
Islam Hadhari yang telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri kita telah
menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat Malaysia. Ternyata reaksi yang timbul
ini terbit dari kesamaran tentang konsep atau intipati yang terkandung dalam pendekatan baru
yang diperkenalkan ini. Dalam memahami konsep Islam Hadhari ini, beberapa perkara pokok
perlu diberi penjelasan yang sewajarnya agar masyarakat dapat memahami apa sebenarnya
yang diistilahkan sebagai Islam Hadhari dan kenapa perlunya kita umat Islam, khususnya di
Malaysia untuk menisbahkan Islam kepada perkataan Hadhari.
Selepas beberapa tahun Islam Hadhari diperkenalkan, pelbagai kesan timbul dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Kerajaan amat komited untuk membangunkan negara dan masyarakat
dalam usaha menuju ke arah sebuah negara maju mengikut acuannya tersendiri melalui
pembangunan modal insan. Modal insan pula perlu dibangunkan secukupnya kerana ia
menjadi alat utama dalam pembangunan dan kemajuan dan merupakan elemen kritikal dalam
mencapai Misi Nasional dan merealisasikan Wawasan 2020. Pembangunan modal insan
secara holistik yang dilaksanakan oleh kerajaan merangkumi pemerolehan pengetahuan
termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap
positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan
adanya konsep Islam Hadhari, modal insan dizahirkan mengikut acuan tersendiri iaitu
berteraskan ajaran Islam.
Dalam pada itu, pendekatan Islam Hadhari menekankan bahawa negara Islam merupakan
negara yang memberikan kebebasan beragama kepada semua golongan. Kebebasan ini dapat
23
dilihat dalam pembinaan rumah-rumah ibadah dan aktiviti agama mengikut keperluan
masing-masing. Kerajaan sudah tentu tidak membenarkan masjid atau surau didirikan di
kawasan yang majoritinya menganut agama lain daripada Islam demi memelihara
keharmonian antara agama dan kaum. Maka, perpaduan rakyat disemai. Kerajaan sentiasa
memastikan bahawa bilangan rumah ibadah yang secukupnya dibenarkan untuk didirikan.
Setiap kaum juga dibenarkan mengajar agama masing-masing tanpa sebarang tekanan. Hal
ini memang ditegaskan dalam prinsip Islam Hadhari. Setiap etnik masyarakat dibenarkan
untuk hidup mengikuti budaya masing-masing tanpa sebarang tekanan asalkan tidak
menggugatkan keharmonian antara kaum.
Selaras dengan gagasan Islam Hadhari, kerajaan Malaysia membenarkan pendidikan yang
berbeza aliran di peringkat rendah supaya bahasa dan budaya sesuatu kaum dapat dikekalkan.
Tiada sebarang sekatan dikenakan kepada mana-mana kaum untuk melaksanakan kegiatan
ekonomi. Bahkan kerajaan menggalakkan hubungan yang erat antara kaum bagi menjayakan
usaha masing-masing. Malaysia juga telah mencapai tahap pembangunan moden. Antara
pencapaian tersebut adalah bahawa sistem pendidikan Islam melalui integrasi ilmu telah
terbukti kejayaannya dengan mewujudkan sekolah agama, kolej Islam serta ke tahap
universiti Islam. Contohnya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selanjutya, Islam
Hadhari mendorong kerajaan untuk mewujudkan institusi ekonomi Islam yang progresif dan
akhirnya berjaya mengasaskan pelaksanaan sistem kewangan Islam yang pertama di dunia
iaitu Lembaga Tabung Haji Malaysia. Kemudahan pembiayaan kenderaan berasaskan sistem
pembiayaan Islam telahpun dijalankan kerajaan bagi mengelakkan umat Islam terlibat dengan
amalan rasuah dan riba. Contoh ini telah diikuti oleh agensi kerajaan dan agensi bukan
kerajaan dalam memberi kemudahan yang sama kepada semua pihak yang terlibat.
24
Dari segi rohani pula, Islam Hadhari turut membawa kesan kepada umat-umat Islam negara
ini yang kebanyakan terdiri daripada penganut Islam. Islam Hadhari menekankan ajaran
agama Islam yang benar. Justeru, penganut-penganut Islam meminggirkan pemikiran
khurafat yang menyebabkan mereka menjadi mudah menyerah kalah dan hanyut dalam arus
globalisasi. Kecetekan dan kedangkalan sesetengah umat Islam tentang merasai ‘basirah’ Al-
Quran untuk memahami hakikat alam, manusia dan kehidupan menyebabkan kegagalan
untuk memakmurkan negara. Justeru, Islam Hadhari berjaya mengurangkan pengaruh
golongan murtad dan yang berpemikiran dangkal yang boleh menjejaskan pembangunan
negara dari segi rohaniah.
25
PERBANDINGAN ANTARA PENDEKATAN BERDASARKAN ANALISIS
Perbandingan yang baik dibuat dengan mengumpul persepsi daripada ramai individu terhadap
sesebuah topik. Oleh sebab itu, soal selidik telah dijalankan kami kepada 30 orang responden
terhadap pendekatan-pendekatan Satu Malaysia dan Islam Hadhari.
Data-data yang berikut merupakan carta jawapan para responden kepada soal selidik
kumpulan kami.
1. Adakah anda tahu tentang gagasan 1 Malaysia?
2. Adakah anda tahu tentang gagasan Islam Hadhari?
19
11
Ya
Tidak
6
24
Ya
Tidak
26
3. Adakah 1 Malaysia ataupun Islam Hadhari menambahbaikkan kehidupan anda?
4. Adakah gagasan 1 Malaysia dan Islam Hadhari membuat perubahan secara positif
terhadap kemajuan negara dari pelbagai aspek seperti perpaduan antara kaum?
5. Pada pendapat anda, adakah gagasan 1 Malaysia mencapai sasaran ataupun matlamat
dengan berjaya?
14
16 Ya
Tidak
19
11
Ya
Tidak
14
16 Ya
Tidak
27
6. Pada pendapat anda, adakah gagasan Islam Hadhari mencapai sasaran ataupun
matlamat dengan berjaya?
Berdasarkan data yang telah kami kumpul, kita boleh bersimpul bahawa pendekatan 1
Malaysia lebih terkenal berbanding dengan Islam Hadhari. Hal ini demikian kerana gagasan 1
Malaysia dipromosi oleh kerajaan dengan lanjut dan menyeluruh kepada semua rakyat
Malaysia manakala Islam Hadhari lebih tertumpu kepada umat Islam. Hal ini terbukti dalam
data kami, iaitu hanya 6 orang responden yang beragama Islam mengetahui kewujudan
pendekatan Islam Hadhari oleh kerajaan.
Selain itu, kita boleh membuat konklusi bahawa 1 Malaysia lebih meluas dan dilaksana
dengan cemerlang berdasarkan soal selidik yang dijalankan kami. Lebih banyak responden
setuju bahawa 1 Malaysia memberi impak yang positif terhadap pembangunan sahsiah dan
negara berbanding dengan pendekatan Islam Hadhari. Walaubagaimanapun, ramai responden
berasa bahawa gagasan-gagasan tersebut belum mencapai sasaran lagi. Hal ini demikian
kerana masih terdapat isu-isu yang menggugat perpaduan dan keamanan negara kita seperti
isu salib dan perselisihan faham antara kaum.
9
21
Ya
Tidak
28
Kedua-dua gagasan tersebut memberi harapan baru kepada rakyat seluruh Malaysia.
Persoalannya, adakah gagasan-gagasan tersebut efektif dan cemerlang dalam usaha
membangunkan negara kita dari segi etika, moral dan rohaniah? Setiap penduduk negara kita
mempunyai persepsi yang berbeza dan tersendiri terhadap persoalan ini. Ramai rakyat
Malaysia berpendapat bahawa masih banyak yang boleh ditambahbaik dalam pelaksanaan
pendekatan-pendekatan Islam Hadhari dan 1 Malaysia. Program-program yang dilancarkan
sempena kedua-dua gagasan ini belum mencapai taraf yang maksimum.
Tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menyahut seruan kerajaan dari segi
pembangunan diri untuk mencapai arus modal insan agar negara kita berkembang maju.
Malah, Islam Hadhari dan 1 Malaysia dapt mencapai potensi yang bertaraf tinggi.
29(1) http://www.academia.edu/7566770/Contoh_Karangan_Kepentingan_Perpaduan_Kaum_di_Malaysia
KESIMPULAN
Sebagai sebuah negara yang majmuk dan berbilang kaum, pendekatan-pendekatan 1
Malaysia dan Islam Hadhari amat penting dalam memastikan keamanan dan kemakmuran
negara kita. Pendekatan-pendekatan tersebut berunsur positif dan memberikan nafas yang
baru kepada pembangunan dan perpaduan negara demi pencapaian tahap yang lebih tinggi
dalam bidang kebudayaan dan tamadun. Sejak pelancaran kedua-dua pendekatan ini sejak
dekad yang lalu, impak-impak positif telahpun menimbulkan kesan yang baik kepada rakyat,
masyarakat serta pembangunan negara.
1 Malaysia dan Islam Hadhari yang telah diperkasa oleh mantan-mantan Perdana menteri
negara kita membawa seribu erti kepada negara. Pengalaman Malaysia mengekalkan formula
perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur sistem kepercayaan selama ini pastinya
telahpun diperkukuh dengan laungan gagasan-gagasan tersebut. Sensitiviti pihak kerajaan
yang sentiasa berusaha menyuburkan semangat perpaduan dalam masyarakat heterogen kita
harus diberi pujian. Dengan adanya usaha setiap pihak, perpaduan rakyat Malaysia
diperkukuh. Hal ini dapat meningkatkan imej negara di persada dunia akibat perpaduan yang
kukuh rakyat jelata. Oleh sebab itu, sebagai rakyat yang cinta akan watan, kita perlu
melaksanakan langkah-langkah yang proaktif bagi mengekalkan perpaduan antara kaum
kerana bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat. Sudah terang lagi
bersuluh, pembangunan sahsiah rakyat Malaysia merupakan tanggungjawab setiap
warganegara dan bukan sekadar pemimpin-pemimpin poltik negara sahaja. Ingatlah,
Keranamu Malaysia, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. (1) Semua pihak
sewajarnya menggembleng tenaga bagi memurnikan semua aspek yang boleh menjejaskan
pembangunan negara.
30
LAMPIRAN
1. Gambar-gambar
Kawasan kajian 1: Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3, Bandar Kinrara
Kawasan kajian 2: Universiti Sunway, Subang Jaya
31
Gambar-gambar di atas menunjuk para responden mengisi boring soal selidik yang
disediakan oleh kumpulan kami.
32
2. Rujukan
 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,. (2007). Islam hadhari approach. Putrajaya,
Malaysia: Dept. of Islamic Development, Prime Minister's Dept.
 Jabatan Perdana Menteri Malaysia, (2007). Garis Panduan Pelaksanaan Pendekatan
Islam Hadhari Di Agensi-agensi Kerajaan. Putrajaya: Tan Sri Mohd. Sidek Bin Haji
Hassan.
 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Islam Hadhari,. (2015). Persepsi Dan
Kefahaman Masyarakat Bukan Islam Terhadap Islam Hadhari. Selangor: Universiti
Putra Malaysia. http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/v3n22011/makalah-v3n2-
n4.pdf
 Artikel 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan (2014)
http://www.scribd.com/doc/260337982/1-Malaysia
 Ibrahim Ali. (2009). “1Malaysia: Perspektif Generasi Kemerdekaan”. Kertas kerja
dibentangkanpada Seminar Kebangsaan 1Malaysia, yang diselenggarakan oleh Pusat
Pengajian SainsKemasyarakatan USM (Universiti Sains Malaysia) di Putrajaya pada
11 Ogos.
3. Soal selidik

More Related Content

What's hot

Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Azhzhahir
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
kim rae KI
 
Hubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 MalaysiaHubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Fatiha Akma
 
Adse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavedAdse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosaved
nanipgktb
 
Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)
redwanyasin86
 
Tamadun islam & tamadun asia
Tamadun islam & tamadun asiaTamadun islam & tamadun asia
Tamadun islam & tamadun asia
At Tarmizi
 

What's hot (20)

MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
 
Modal insan
Modal insanModal insan
Modal insan
 
Kertas 3 sejarah ting.4
Kertas 3 sejarah ting.4Kertas 3 sejarah ting.4
Kertas 3 sejarah ting.4
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas
 
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
1
11
1
 
Spe Bab10
Spe Bab10Spe Bab10
Spe Bab10
 
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun YunaniInteraksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
 
Topik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etikaTopik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etika
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
08 tajuk 3 pro gpi pim3111
08 tajuk 3 pro gpi pim311108 tajuk 3 pro gpi pim3111
08 tajuk 3 pro gpi pim3111
 
Hubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 MalaysiaHubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
 
Adse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavedAdse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosaved
 
Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
Tamadun islam & tamadun asia
Tamadun islam & tamadun asiaTamadun islam & tamadun asia
Tamadun islam & tamadun asia
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Topik 4:Malaysia Negara Maju dan Sejahtera
Topik 4:Malaysia Negara Maju  dan SejahteraTopik 4:Malaysia Negara Maju  dan Sejahtera
Topik 4:Malaysia Negara Maju dan Sejahtera
 

Viewers also liked

Bab 7 islam hadari dan hubungan etnik
Bab 7 islam hadari dan hubungan etnikBab 7 islam hadari dan hubungan etnik
Bab 7 islam hadari dan hubungan etnik
Nur Az
 
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaJasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Ck Chan
 
Bab tambahan islam hadhari
Bab tambahan   islam hadhariBab tambahan   islam hadhari
Bab tambahan islam hadhari
Aizat Ganu
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
taiko89
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
guathoon
 
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Prinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhariPrinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhari
Ahmadi Alimuddin
 
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Athirah Amalina
 

Viewers also liked (20)

Bab 7 islam hadari dan hubungan etnik
Bab 7 islam hadari dan hubungan etnikBab 7 islam hadari dan hubungan etnik
Bab 7 islam hadari dan hubungan etnik
 
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaJasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
 
Nota exam
Nota exam Nota exam
Nota exam
 
Bab tambahan islam hadhari
Bab tambahan   islam hadhariBab tambahan   islam hadhari
Bab tambahan islam hadhari
 
MPU Islam Hadhari & Satu Malaysia
MPU Islam Hadhari & Satu Malaysia MPU Islam Hadhari & Satu Malaysia
MPU Islam Hadhari & Satu Malaysia
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
 
Famous Personality - Tun Abdul Razak Hussein
Famous Personality - Tun Abdul Razak HusseinFamous Personality - Tun Abdul Razak Hussein
Famous Personality - Tun Abdul Razak Hussein
 
ISLAM HADHARI
ISLAM HADHARIISLAM HADHARI
ISLAM HADHARI
 
islam hadhari
islam hadhariislam hadhari
islam hadhari
 
Konsep islam hadhari
Konsep islam hadhariKonsep islam hadhari
Konsep islam hadhari
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
 
Objektif kajian
Objektif kajianObjektif kajian
Objektif kajian
 
Gagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysiaGagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysia
 
MPU 1 - TITAS Assignment
MPU 1 - TITAS AssignmentMPU 1 - TITAS Assignment
MPU 1 - TITAS Assignment
 
Sejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkkSejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkk
 
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
 
Prinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhariPrinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhari
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Architecture Internship Report by Lim Joe Onn
Architecture Internship Report by Lim Joe OnnArchitecture Internship Report by Lim Joe Onn
Architecture Internship Report by Lim Joe Onn
 
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
 

Similar to MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia

Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
mothy
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
Kevin Vin
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysia
zoljoey
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysia
zoljoey
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
Izyan Solehah
 
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishHns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Aminah Ibrahim
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
Ana Azuan
 
intipati wawasan
 intipati wawasan intipati wawasan
intipati wawasan
Iveen Chew
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Hadif Syahmi
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
ROSLINDAWATI LIN
 

Similar to MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia (20)

Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysia
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysia
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pengenalan
CTU555 Sejarah Malaysia - PengenalanCTU555 Sejarah Malaysia - Pengenalan
CTU555 Sejarah Malaysia - Pengenalan
 
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishHns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
intipati wawasan
 intipati wawasan intipati wawasan
intipati wawasan
 
Buletin Bulanan KPM
Buletin Bulanan KPMBuletin Bulanan KPM
Buletin Bulanan KPM
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 

More from Joe Onn Lim

Project Management: Recreation District - A3 Orthographic Drawings
Project Management: Recreation District - A3 Orthographic DrawingsProject Management: Recreation District - A3 Orthographic Drawings
Project Management: Recreation District - A3 Orthographic Drawings
Joe Onn Lim
 
ARC61303 Theories of Architecture and Urbanism Project Part II: Comparative A...
ARC61303 Theories of Architecture and Urbanism Project Part II: Comparative A...ARC61303 Theories of Architecture and Urbanism Project Part II: Comparative A...
ARC61303 Theories of Architecture and Urbanism Project Part II: Comparative A...
Joe Onn Lim
 
In Adaptation - Italo Calvino's Invisible Cities: Bukit Bintang
In Adaptation - Italo Calvino's Invisible Cities: Bukit BintangIn Adaptation - Italo Calvino's Invisible Cities: Bukit Bintang
In Adaptation - Italo Calvino's Invisible Cities: Bukit Bintang
Joe Onn Lim
 

More from Joe Onn Lim (20)

Enbe fp online tutorial (lim joe onn)
Enbe fp online tutorial (lim joe onn)Enbe fp online tutorial (lim joe onn)
Enbe fp online tutorial (lim joe onn)
 
Building Technology 2 - BOMBA plans
Building Technology 2 - BOMBA plansBuilding Technology 2 - BOMBA plans
Building Technology 2 - BOMBA plans
 
AYDA Final Presentation - Architecture Category
AYDA Final Presentation - Architecture CategoryAYDA Final Presentation - Architecture Category
AYDA Final Presentation - Architecture Category
 
Studio Semester 6 Final Report
Studio Semester 6 Final ReportStudio Semester 6 Final Report
Studio Semester 6 Final Report
 
Project Management Documentation: Medium-Sized Project
Project Management Documentation: Medium-Sized ProjectProject Management Documentation: Medium-Sized Project
Project Management Documentation: Medium-Sized Project
 
Project Management: Recreation District - A3 Orthographic Drawings
Project Management: Recreation District - A3 Orthographic DrawingsProject Management: Recreation District - A3 Orthographic Drawings
Project Management: Recreation District - A3 Orthographic Drawings
 
Project Management - Recreation District in Taylor's University Subang Jaya
Project Management - Recreation District in Taylor's University Subang JayaProject Management - Recreation District in Taylor's University Subang Jaya
Project Management - Recreation District in Taylor's University Subang Jaya
 
Ar Mun Inn's Group - Taman Tasik Titiwangsa Site Analysis
Ar Mun Inn's Group - Taman Tasik Titiwangsa Site AnalysisAr Mun Inn's Group - Taman Tasik Titiwangsa Site Analysis
Ar Mun Inn's Group - Taman Tasik Titiwangsa Site Analysis
 
Community Service Initiative Journal
Community Service Initiative JournalCommunity Service Initiative Journal
Community Service Initiative Journal
 
Building science 2 project 2
Building science 2 project 2Building science 2 project 2
Building science 2 project 2
 
Building Science 2 - Auditorium
Building Science 2 - AuditoriumBuilding Science 2 - Auditorium
Building Science 2 - Auditorium
 
Synopsis 2 - The Geometry of Feeling
Synopsis 2 - The Geometry of FeelingSynopsis 2 - The Geometry of Feeling
Synopsis 2 - The Geometry of Feeling
 
Synopsis 1 - Learning From Las Vegas
Synopsis 1 - Learning From Las VegasSynopsis 1 - Learning From Las Vegas
Synopsis 1 - Learning From Las Vegas
 
Synopsis 3 - Towards Critical Regionalism
Synopsis 3 - Towards Critical RegionalismSynopsis 3 - Towards Critical Regionalism
Synopsis 3 - Towards Critical Regionalism
 
ARC61303 Theories of Architecture and Urbanism Project Part II: Comparative A...
ARC61303 Theories of Architecture and Urbanism Project Part II: Comparative A...ARC61303 Theories of Architecture and Urbanism Project Part II: Comparative A...
ARC61303 Theories of Architecture and Urbanism Project Part II: Comparative A...
 
Building Technology 1 Assignment 2 - Construction Solutions
Building Technology 1 Assignment 2 - Construction SolutionsBuilding Technology 1 Assignment 2 - Construction Solutions
Building Technology 1 Assignment 2 - Construction Solutions
 
In Adaptation - Italo Calvino's Invisible Cities: Bukit Bintang
In Adaptation - Italo Calvino's Invisible Cities: Bukit BintangIn Adaptation - Italo Calvino's Invisible Cities: Bukit Bintang
In Adaptation - Italo Calvino's Invisible Cities: Bukit Bintang
 
Building Structures Report
Building Structures ReportBuilding Structures Report
Building Structures Report
 
Asian Architecture Presentation on 15 nov 2016
Asian Architecture Presentation on 15 nov 2016Asian Architecture Presentation on 15 nov 2016
Asian Architecture Presentation on 15 nov 2016
 
Asian Architecture topic proposal
Asian Architecture topic proposalAsian Architecture topic proposal
Asian Architecture topic proposal
 

MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia

  • 1. 0 MPU3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA KUMPULAN KURSUS : 6 NAMA KUMPULAN : 1 MALAYSIA DAN ISLAM HADHARI PENSYARAH : MS KANNAKI VAITHLINGAM TAJUK TUGASAN : Islam Hadhari dan 1 Malaysia merupakan pendekatan terbaru dalam mengharmonikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Apakah yang anda dapat cerapkan dari kedua-dua pendekatan ini? AHLI KUMPULAN : NAMA PELAJAR NO. ID 1. Lim Joe Onn 0318679 2. Chow Hong Da 0318571 3. Clement Chen Kit Seong 0319574 4. Daniel Chow Kok Theng 0319980 5. Daniel Tiew 0319557 6. Koh Sung Jie 0318912 7. Liew Yu Xian 0319173 8. Ong Seng Peng 0319016
  • 2. SENARAI KANDUNGAN No. Tajuk Muka surat 1 Pengenalan 1 2 Objektif Kajian 2 3 Kaedah Kajian 3 4 Lokasi Kajian 4 5 Masalah Kajian 5 6 Dapatan Kajian  1 Malaysia  Islam Hadhari 6 6 16 7 Perbandingan Antara Pendekatan Berdasarkan Analisis 25 8 Kesimpulan 29 9 Lampiran 30 10 Rujukan 32 11 Soal Selidik 33
  • 3.
  • 4. 1 PENGENALAN Kumpulan kami diberi tajuk 1 Malaysia dan Islam Hadhari dalam projek ini. Kedua-dua gagasan tersebut adalah berkaitan dengan sistem politik dan perkembangan negara kita. Kumpulan kami ditugaskan untuk mengaji matlamat, maklumat dan latar belakang prinsip- prinsip 1 Malaysia dan Islam Hadhari. Antara kaedah yang digunakan ialah penyelidikan pelbagai sumber, soal selidik dan analisa agar mendapat maklumat yang lebih tepat dan secara meluas. Sediawarsa ini, bekas Perdana Menteri negara Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri negara kita sekarang, Dato’ Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengambil inisiatif yang tersendiri untuk menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Konsep yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Badawi merupakan Islam Hadhari, manakala Dato’ Seri Najib Tun Razak telah melancarkan gagasan 1 Malaysia. Islam Hadhari adalah berdasarkan ajaran Islam yang telah wujud selama turun-temurun manakala 1 Malaysia dicipta untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kedua-dua pendekatan tersebut dilancarkan dengan tujuan yang ketara iaitu memajukan negara dan memacu negara ke arah menjadi sebuah negara yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara yang progresif dan maju dalam pelbagai aspek. Maka, negara kita dapat dipandang tinggi dan disegani dalam pentas dunia. Berdasarkan topik 1 Malaysia dan Islam Hadhari, kumpulan kami menjalankan analisis dan membuat kajian terhadap kedua-dua gagasan tersebut.
  • 5. 2 OBJEKTIF KAJIAN Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang sesebuah konteks, iaitu pendekatan kerajaan terbaru dalam mengharmonikan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Seterusnya, projek ini mendorong kami untuk mengaji matlamat, maklumat serta latar belakang prinsip-prinsip 1 Malaysia dan Islam Hadhari secara mendalam. Prinsip-prinsip tersebut agak penting dan harus dikaji. Hal ini demikian kerana mereka mempengaruhi dan menjejaskan pembangunan negara kita dari pelbagai aspek seperti pembentukan modal insan dan masyarakat damai serta inovatif. Dalam pada itu, projek ini juga bermatlamat untuk mengenalpasti kejayaan pelaksanaan gagasan-gagasan 1 Malaysia dan Islam Hadhari. Perbandingan antara kedua-dua pendekatan ini juga akan dijalankan melalui projek yang amat bermakna ini. Langkah-langkah dan cara- cara pelaksanaan 1 Malaysia dan Islam Hadhari juga akan dikenalpasti melalui pengajian yang menyeluruh. Selain itu, projek ini dijalankan demi memenuhi objektif untuk menghuraikan kesan-kesan 1 Malaysia dan Islam Hadhari terhadap masyarakat dan negara. Cara-cara rakyat Malaysia mengamalkan 1 Malaysia dan Islam Hadhari dalam kehidupan seharian turut dikemukakan dalam tugasan kajian ini.
  • 6. 3 KAEDAH KAJIAN 1. Pengajian Pelbagai Sumber Pada alaf yang serba moden ini, kumpulan kami mengaplikasikan pelbagai jenis media massa untuk mendapat informasi tentang prinsip-prinsip 1 Malaysia dan Islam Hadhari daripada sumber-sumber yang berpatutan. Sebagai contoh, laman-laman web rasmi kerajaan, risalah di persputakaan dan buku-buku maya yang berunsur akademik. 2. Soal Selidik dan Temu Ramah Melalui kaedah ini, kami menerima pandangan dan pendapat rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk terhadap topik-topik yang kami kaji. 30 orang responden yang berasal dari pelbagai kaum dan latar belakang telahpun menjawab boring soal selidik yang diberi oleh kami. Kaedah ini menambah pengetahuan kami tentang maklum balas rakyat terhadap gagasan-gagasan 1 Malaysia dan Islam Hadhari. Selain itu, 5 orang responden dipilih secara rawak untuk ditemu ramah supaya kami boleh mendapat maklumat dengan lebih mendalam lagi. 3. Analisa Melalui perbincangan kumpulan, analisa-analisa yang terperinci dijalankan terhadap informasi yang dikumpul daripada pelbagai metodologi. Dengan adanya analisa teliti, laporan yang lebih komprehensif dihasilkan.
  • 7. 4 LOKASI KAJIAN 1. SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara, Puchong Sekolah ini mempunyai para pelajar dan guru-guru yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Keadaan sekolah ini yang berbilang kaum membolehkan kumpulan kami menerima pandangan kepada prinsip-prinsip 1 Malaysia dan Islam Hadhari daripada pelbagai kaum dan kumpulan umur yang berbeza. Hal ini memberikan kami pendapat yang lebih lengkap terhadap kedua-dua prinsip tersebut. 2. Universiti Sunway, Subang Jaya Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, institusi-institusi berprestasi tinggi seperti Universiti Sunway merupakan tempat yang baik untuk menjalankan soal selidik. Hal ini demikian kerana pendapat-pendapat daripada para mahasiswa yang merupakan pemimpin-pemimpin masa depan negara afdal terhadap pembangunan negara. Selanjutnya, universiti ini terletak agak dekat daripada universiti kumpulan kami. Hal ini memudahkan proses soal selidik projek ini.
  • 8. 5 MASALAH KAJIAN Antara masalah yang kami hadapi dalam proses tugasan kajian ialah keberanian dan inisiatif untuk mendapat dan menerima maklumat berkaitan dengan topik yang diberikan terutamanya semasa penjalanan temu ramah dan soal selidik. Walaubagaimanapun, ahli-ahli kumpulan kami berjaya mengatasi masalah tersebut. Seterusnya, kelengkapan laporan ini dengan informasi yang berpatutan dan terkini turut menjadi salah satu cabaran kepada kumpulan kami. Malah, kumpulan kami wajiblah mengisi laporan ini dengan teliti selepas metodologi kajian telah dilaksana secara lengkapnya. Struktur dan organisasi penghujahan isi dari pelbagai sumber juga sepatutnya diberi perhatian sepanjang proses membuat laporan ini. Kerjasama antara ahli-ahli kumpulan afdal sepanjang projek ini untuk memastikan bahawa laporan boleh dilengkapkan dengan lancar. Laporan ini juga mesti dihantar pada masa yang ditetapkan. Oleh sebab itu, setiap ahli dalam kumpulan ini, bukan sekadar pemimpin kumpulan, patut memberi sumbangan dalam projek ini. Malah, seluruh kumpulan harus sehilir semudik, serentak seirama kerana bersekutu bertambah mutu. Hal ini selari dengan prinsip-prinsip perpaduan yang ditegaskan dalam kedua-dua gagasan yang dikaji.
  • 9. 6 DAPATAN KAJIAN 1 MALAYSIA LATAR BELAKANG DAN DEFINISI Gagasan 1Malaysia merupakan salah satu program komprehensif yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Keenam Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009 dengan tujuan memupuk perpaduan dalam masyarakat majmuk negara kita. Pendekatan ini berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan kepada setiap rakyat Malaysia. Misalnya, hormat-menghormati antara satu sama lain, kesederhanaan and berbudi bahasa. Prinsip utama yang ditegaskan 1Malaysia ialah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar, iaitu masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum ataupun agama. Oleh itu, semua kaum diberi layanan yang adil secara tiada perbezaan antara pelbagai kumpulan etnik. Selanjutnya, konsep ini merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan rakyat. Hal ini menjamin kestabilan dan ketenteraman negara lalu merealisasikan Wawasan 2020. Malah, Wawasan 2020 menjadi kenyataan dan bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. 1 Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan yang utuh dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia. Selanjutnya, kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran dalam dunia arus globalisasi ini. Selain itu, perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala
  • 10. 7 tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. Meniti kepada kaca mata yang lain, 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat patriotisme dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia. Demi mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum. Hal ini menzahirkan perpaduan yang kukuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat. Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia pada zaman ini memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing supaya tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Untuk menghadapi cabaran ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan atau anutan agama, perlu sehilir semudik serentak seirama bagai aur dengan tebing sebagai satu bangsa menyeluruh. Dengan ini, rakyat Malaysia berfikir dan bertindak kea rah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih progresif, maju, selamat, cemerlang dan makmur serta mampu bersaing dengan kuasa-kuasa dunia. Dengan tujuan melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya saing dalam pelbagai bidang seperti bidang sosial, ekonomi dan politik, gagasan 1 Malaysia diperkenalkan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara, iaitu memperkukuhkan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini. Perpaduan yang utuh boleh dianggap sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia. Maka, negara kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.
  • 11. 8 Menurut penjelasan Dato’ Seri Najib Tun Razak, kita berfikir dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia. Kerajaan mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Justeru, rakyat Malaysia disaran untuk keluar daripada tembok etnik masing-masing yang telah kita amalkan sejak sekian lama. Berdasarkan penjelasan ini, kita dapat merumuskan bahawa pendekatan 1 Malaysia menuntut setiap warganegara untuk memainkan peranan masing-masing. Rakyat Malaysia perlu membuat tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum serta tidak membataskan tindakan kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan salah satu kaum sahaja, malah harus memberi kepentingan kepada seluruh bangsa Malaysia. Selain itu, nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia merupakan nilai- nilai murni yang perlu ada pada masyarakat yang ingin menjadi progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi tersebut akan mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dalam persekitaran global ini dan seterusnya melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih mantap. Antara nilai-nilai tersebut ialah hormat-menghormati, rendah hati, kesederhanaan, berbudi bahasa, budaya berprestasi tinggi, ketabahan, kesetiaan dan budaya ilmu.
  • 12. 9 LANGKAH PELAKSANAAN 1 MALAYSIA ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menekankan pemimpin-pemimpin kerajaan untuk menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Selanjutnya, prinsip keadilan untuk semua kaum membawa definisi bahawa semua kaum akan terbela dan tiada pihak yang akan dipinggirkan. Dasar-dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan Malaysia yang memberikan bantuan kepada golongan yang tertentu tetap dijalankan. Hal ini membawa konteks bahawa 1 Malaysia merupakan penerusan agenda membina negara. 1. Semangat Perpaduan Dan Patriotisme Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi. Hal ini perlu dijaga dan sering diberikan perhatian bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh sebab itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini. Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan menjayakan gagasan ini. Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini dilaksanakan di peringkat awal khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar pendekatan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. 2. Aspek Politik
  • 13. 10 Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu berganding bahu dalam menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini demikian kerana keperluan rakyat yang menjadi keutamaan negara harus didahulukan sebelum kepentingan politik. Parti-parti politik yang berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mencari usaha ke arah pembangunan modal insan yang jitu, mapan dan berdaya saing. Pembentukan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada masyarakat serta menjayakan pendekatan 1 Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat negara ini agar langkah Bangsa Malaysia dapat diperkukuh. 3. Aspek Ekonomi Aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar “Pecah dan Perintah” yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Meskipun lama Malaysia menggapai kemerdekaan, namun kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh sebab itu, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka mampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha
  • 14. 11 untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi. Kesannya, ekonomi negara mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang membentuk gagasan 1 Malaysia. 4. Aspek Pendidikan Aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia. Institusi- institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam sanubari para pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan. Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang unggul dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya mementingkan sesebuah kumpulan etnik dan menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit antara pelajar hari ini dalam memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang diwujudkan tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu. Selain itu, pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu Bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru, inisiatif-inisiatif seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara. 5. Aspek Agama Dan Kepercayaan
  • 15. 12 Aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha menjayakan gagasan 1 Malaysia. Hal ini demikian kerana pengaruh agama agak ketara dalam negara ini. Oleh sebab itu, 1 Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama yang lain. Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi anutan sebahagian besar masyarakat. Justeru, sensitiviti agama dan perkauman perlu dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan ketegangan yang seterusnya menidakkan kejayaan gagasan ini. Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung- mengunjung yang semakin diguna pakai semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan merupakan salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami budaya sesuatu kaum. Hal ini seterusnya memupuk sikap toleransi dan muhibbah yang sejajar dengan konsep 1 Malaysia. 6. Inisiatif Pihak Kerajaan Konsep 1 Malaysia meningkatkan kesedaran perpaduan antara kaum melalui beberapa ceramah dan kempen yang dilancarkan oleh pihak berkuasa. Mesej yang disebarkan media massa seperti iklan di televisyen dan radio berunsur memupuk perpaduan kalangan masyarakat. Apabila kesedaran tentang perpaduan meningkat, kerjasama antara kaum disemai lalu mengelakkan konflik perkauman. Dalam pada itu, slogan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ dan lagu 1 Malaysia telah dilancarkan dengan tujuan memupuk semangat konsep tersebut. Dengan ini, pelbagai jenis program bertema 1 Malaysia yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia diperkenalkan. Aktiviti-aktiviti seperti pesta dan jualan menggalakkan interaksi antara kaum. Antara program yang dilancar sempena tema 1 Malaysia ialah Program Latihan
  • 16. 13 Khidmat Negara yang menggalakkan kerjasama dan pergaulan antara kaum. Seterusnya, pendekatan 1Malaysia juga mengurangkan beban masyarakat Malaysia melalui beberapa inisiatif seperti wang bantuan BR1M kepada penduduk Malaysia yang memerlukannya. Dengan adanya perbantuan wang, taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah dapat ditingkatkan. Pihak kerajaan juga menubuhkan Klinik 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya untuk meringankan perbelanjaan rakyat dengan menawarkan harga yang lebih murah.
  • 17. 14 KESAN DAN CABARAN 1 MALAYSIA Semasa merealisasikan konsep 1 Malaysia, pelbagai persoalan timbul tentang kecekapan dan kejayaan usaha pihak kerajaan. Adakah rakyat Malaysia benar-benar menyahut seruan kerajaan dalam konteks ini? Pada akhir-akhir ini, perpaduan di masyarakat kita masih tidak kukuh walaupun tiada konflik perkauman yang serius dan boleh mengancam keselamatan negara. Masyarakat negara kita masih mempunyai sikap egoisme dalam kaum sendiri. Sebagai contoh, Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara merasai bahawa kepentingan golongan bumiputera tercabar kerana konsep 1 Malaysia wujud. Mereka menuntut penjelasan gagasan tersebut supaya kepentingan bumiputra terjamin. Sebaliknya, golongan bukan bumiputera khuatir bahawa kepentingan mereka dipinggirkan jika mereka tidak diberi layanan yang sama dengan golongan bumiputera. Bertitik tolak kepada kaca mata yang lain, segelintir masyarakat tidak kira Melayu, Cina atau India masih bersikap etnosentrisme. Mereka menganggap bahawa kaum mereka lebih maju daripada kaum yang lain serta mempunyai prasangka yang negatif terhadap kaum lain. Selain itu, kes-kes yang mengandungi sindiran berasaskan kaum masih kedengaran. Misalnya, terdapat peristiwa bahawa seorang guru mengejek pelajar kaum Cina dan India untuk balik ke negara asal mereka, iaitu China dan India dan bukan Malaysia. Hal ini membukti kecekapan penyebaran mesej perpaduan oleh kerajaan masih kurang puas hati. Antara faktor yang menyebabkan kes tersebut ialah masyarakat majmuk negara kita mempunyai bahasa, budaya dan agama yang berbeza dan tersendiri. Hal ini turut menyebabkan pelaksanaan 1 Malaysia sebuah cabaran yang harus diatasi.
  • 18. 15 Ramai tokoh-tokoh politik yang unggul seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang telah menuntut penjelasan atau pembaikan konsep 1 Malaysia. Mereka mengatakan bahawa konsep ini masih kabur dalam masyarakat kita serta tidak efektif. Seterusnya, Niat penubuhan konsep 1 Malaysia juga disoal. Ada sesetengah orang yang menganggap bahawa konsep tersebut merupakan alat propaganda kerajaan untuk memenang hati rakyat dan bukan satu pendekatan yang ikhlas demi pembangunan negara. Selain itu, sikap negatif oleh sesetengah komuniti terhadap gagasan 1 Malaysia turut menggugat proses pelaksanaan gagasan tersebut. Akhir sekali, tidak boleh dinafikan bahawa gagasan 1 Malaysia ada memberi sumbangan dalam perkembangan negara. Contohnya, dalam aspek kesedaran tentang kepentingan perpaduan dan penyemaian sifat patriotism. Konsep 1 Malaysia merupakan satu konsep yang positif dan berfaedah dan hanya dapat diggapai jika rakyat dan pemimpin negara mempraktiskannya dalam kehidupan seharian.
  • 19. 16 (1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_Hadhari DAPATAN KAJIAN ISLAM HADHARI LATAR BELAKANG DAN DEFINISI Islam Hadhari membawa definisi ‘islam yang bertamadun’ dan merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan mantan Perdana Menteri negara Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Islam Hadhari berasaskan Islam dengan Al-Quran sebagai panduan. Pendekatan ini adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. (1) Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai suatu pendekatan untuk membangun ummah dan negara berteraskan perspektif ketamadunan Islam. Pada 31 Mac 2004, Mesyuarat Jemaah menteri meminta supaya agensi-agensi kerajaan mempromosikan pendekatan Islam Hadhari yang progresif melalui pembaharuan dan penambahbaikan. Pada 17 Oktober 2004, Jemaah menteri telah melantik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi penyelaras bagi menjalankan pendekatan Islam Hadhari. Konsep Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang disegani dalam dunia ini dengan mengamalkan prinsip kesederhanaan ataupun wasatiyah yang sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia sejajar dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan pada zaman ini. Misalnya, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara. Pendekatan Islam Hadhari menitikberatkan nilai-nilai
  • 20. 17 pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk. Definisi tentu Islam Hadhari adalah berdasarkan persepsi setiap individu tetapi ia masih selaras sebagai pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berasaskan perspektif tamadun Islam. Visi gagasan Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang moden dan maju, iaitu sebuah negara yang mengikut acuan sendiri dan kekal abadi. Pendekatan Islam Hadhari mempunyai misi yang tertentu iaitu melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan seimbang. Objektif Islam Hadhari ialah melahirkan individu dan masyarakat yang mengaplikasikan nilai-nilai murni yang tersemai dalam sanubari mereka. Misalnya, kekuatan rohani, berakhlak, mampu berdikari, berdaya saing, inovatif, praktikal dan rasional. Sebagai kesimpulan, gagasan Islam Hadhari berpotensi untuk menzahirkan modal insan, masyarakat yang ideal lalu merealisasikan Wawasan 2020 yang merupakan hala tujuan seluruh rakyat Malaysia.
  • 21. 18 LANGKAH PELAKSANAAN ISLAM HADHARI Islam Hadhari berfungsi dengan cara yang sistematik dan pragmatik. Politik Islam yang diamalkan oleh sesetengah pihak berkuasa yang menganuti agama Islam selaras dengan prinsip-prinsip yang disarankan dalam konteks Islam Hadhari. Menurut tulisan-tulisan para ulama Malaysia, Islam Hadhari memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup, terutamanya dalam bidang yang berikut: 1. Penuntutan Ilmu Islam menuntut tradisi celik sepenuhnya. Penuntuan ilmu pernah disarankan dalam wahyu yang diturunkan Allah swt kepada Nabi Muhammad. Pengetahuan yang lebih secara otomatik meninggikan akhlak dan tanggungjawab seseorang individu bak kata pepatah ‘Takut akan Allah adalah permulaan kebijaksanaan’. 2. Pembangunan Seimbang Pendekatan Islam Hadhari mengalakkan rakyat agar elak berlebih-lebihan atau berkurangan dalam mana-mana aspek. 3. Kekayaan Tiang Kehidupan Islam Hadhari mengalakkan pendapatan kehidupan yang jujur untuk mengumpul harta. 4. Penjagaan kesihatan
  • 22. 19(1) Laporan Pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia, UiTM Gagasan Islam Hadhari menyarankan rakyat agar mengamalkan cara kehidupan yang positif dan sihat. Gejala-gejala yang meruntuh akhlak dan merosakkan kesihatan seperti menagih dadah sewajarnya dielakkan. Dalam tempoh awal Islam, umat Islam mengikuti contoh Nabi Muhammad dalam kepimpinan dan dalam memperoleh kekayaan pengetahuan manakala masih mengerjakan ibadah wajib. Oleh itu, jelaslah bahawa konsep Islam Hadhari menyumbang kea rah kemajuan manusia keseluruhan yang seimbang antara aspek rohani dan material, antara pembangunan dan nilai-nilai moral serta antara agama dan keduniaan. Seterusnya, pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan berdasarkan beberapa rasional, iaitu: (1) (a) Islam Sebagai Agama Persekutuan Perlembagaan Malaysia Fasal 3(1) menyebut bahawa “Ugama Islam adalah ugama Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan”. Realitinya, negara-negara luar melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan, teknologi, sosiobudaya dan kestabilan politik. Walaupun Malaysia merupakan negara yang berbilang agama dan kaum, namun agenda pembangunan ummah dapat dijayakan secara harmoni sehingga mampu membawa kemakmuran kepada negara. (b) Kesinambungan Kepada Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (DPNI) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1985. Setelah dua dekad DPNI diperkenalkan, banyak hasil dan manfaat yang telah dapat
  • 23. 20(1) Laporan Pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia, UiTM dilihat dan dinikmati bersama, khususnya dalam budaya kerja, malah secara amnya telah turut diamalkan oleh sektor swasta. DPNI juga berperanan untuk melahirkan sistem ekonomi berteraskan prinsip Syariah, serta kemajuan dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia. Pada tahun 2004, pendekatan Islam Hadhari pula diperkenalkan. Pendekatan ini merupakan tambahnilai kepada DPNI kerana konsep pendekatannya yang lebih komprehensif dan menyeluruh berdasarkan peradaban. Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan modal insan dan pembangunan fizikal yang merupakan teras pembinaan sesebuah tamadun. (c) Pendekatan Islam Hadhari Sebagai Pemacu Wawasan 2020 Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 mengandungi aspirasi negara Malaysia untuk berkembang dan menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta berupaya menangani cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Pendekatan Islam Hadhari adalah selari dengan Wawasan 2020, serta menjadi pemangkin dan pemacu kepada kejayaan wawasan tersebut. Matlamat pendekatan Islam Hadhari adalah untuk mencapai kemajuan secara menyeluruh dengan harapan menjelang tahun 2020 akan wujud sebuah negara Malaysia yang maju dan membangun melalui acuan ketamadunan Islam. (1) (d) Menjadikan Islam Sebagai Penyelesai Cabaran Semasa Dunia dan kehidupan manusia sentiasa mengalami perubahan disebabkan oleh proses perubahan masa dan tahap pencapaian tamadun. Proses perubahan tersebut berlaku dengan pantas dan ia membawa cabaran dan masalah yang baru. Untuk menghadapi cabaran ini,
  • 24. 21 ajaran Islam perlu dijadikan pemangkin bagi menghadapi realiti kehidupan semasa. Antaranya ialah sikap yang fleksibel dalam berijtihad bagi perkara-perkara yang boleh diijtihadkan dengan keyakinan bahawa ajaran Islam mampu menyelesaikan permasalahan ummah dalam sebarang situasi. Jika para ulama dan pemimpin Islam zaman dahulu telah mampu menyelesaikan permasalahan yang berlaku pada zaman mereka, maka ulama pada masa kini juga sewajarnya berupaya menyelesaikan isu-isu ummah yang berlaku pada masa kini secara berkesan. (e) Merealisasikan Islam Sebagai Agama Yang Dapat Memberi Rahmat Kepada Alam Sejagat Dalam konteks Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama, kepimpinan negara telah meletakkan ketamadunan Islam sebagai agenda bagi mengurus pembangunan Negara. Pendekatan Islam Hadhari akan memberi manfaat kolektif yang dapat dinikmati secara harmoni kepada seluruh rakyat. Hal ini kerana keharmonian ajaran Islam itu adalah meliputi seluruh umat tanpa mengira bangsa dan kepercayaan. Tumpuan awal pelaksanaan Islam Hadhari adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai konsep-konsep umum pendekatan tersebut kepada seluruh lapisan masyarakat. Tugas ini telah dipertanggungjawabkan kepada lapan agensi pelaksana dengan sasaran masing-masing. Antara agensi tersebut ialah Jabatan Hal Ehwal Khas dan Jabatan Pengajian Tinggi.
  • 25. 22 KESAN DAN CABARAN ISLAM HADHARI Islam Hadhari yang telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri kita telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat Malaysia. Ternyata reaksi yang timbul ini terbit dari kesamaran tentang konsep atau intipati yang terkandung dalam pendekatan baru yang diperkenalkan ini. Dalam memahami konsep Islam Hadhari ini, beberapa perkara pokok perlu diberi penjelasan yang sewajarnya agar masyarakat dapat memahami apa sebenarnya yang diistilahkan sebagai Islam Hadhari dan kenapa perlunya kita umat Islam, khususnya di Malaysia untuk menisbahkan Islam kepada perkataan Hadhari. Selepas beberapa tahun Islam Hadhari diperkenalkan, pelbagai kesan timbul dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kerajaan amat komited untuk membangunkan negara dan masyarakat dalam usaha menuju ke arah sebuah negara maju mengikut acuannya tersendiri melalui pembangunan modal insan. Modal insan pula perlu dibangunkan secukupnya kerana ia menjadi alat utama dalam pembangunan dan kemajuan dan merupakan elemen kritikal dalam mencapai Misi Nasional dan merealisasikan Wawasan 2020. Pembangunan modal insan secara holistik yang dilaksanakan oleh kerajaan merangkumi pemerolehan pengetahuan termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan adanya konsep Islam Hadhari, modal insan dizahirkan mengikut acuan tersendiri iaitu berteraskan ajaran Islam. Dalam pada itu, pendekatan Islam Hadhari menekankan bahawa negara Islam merupakan negara yang memberikan kebebasan beragama kepada semua golongan. Kebebasan ini dapat
  • 26. 23 dilihat dalam pembinaan rumah-rumah ibadah dan aktiviti agama mengikut keperluan masing-masing. Kerajaan sudah tentu tidak membenarkan masjid atau surau didirikan di kawasan yang majoritinya menganut agama lain daripada Islam demi memelihara keharmonian antara agama dan kaum. Maka, perpaduan rakyat disemai. Kerajaan sentiasa memastikan bahawa bilangan rumah ibadah yang secukupnya dibenarkan untuk didirikan. Setiap kaum juga dibenarkan mengajar agama masing-masing tanpa sebarang tekanan. Hal ini memang ditegaskan dalam prinsip Islam Hadhari. Setiap etnik masyarakat dibenarkan untuk hidup mengikuti budaya masing-masing tanpa sebarang tekanan asalkan tidak menggugatkan keharmonian antara kaum. Selaras dengan gagasan Islam Hadhari, kerajaan Malaysia membenarkan pendidikan yang berbeza aliran di peringkat rendah supaya bahasa dan budaya sesuatu kaum dapat dikekalkan. Tiada sebarang sekatan dikenakan kepada mana-mana kaum untuk melaksanakan kegiatan ekonomi. Bahkan kerajaan menggalakkan hubungan yang erat antara kaum bagi menjayakan usaha masing-masing. Malaysia juga telah mencapai tahap pembangunan moden. Antara pencapaian tersebut adalah bahawa sistem pendidikan Islam melalui integrasi ilmu telah terbukti kejayaannya dengan mewujudkan sekolah agama, kolej Islam serta ke tahap universiti Islam. Contohnya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selanjutya, Islam Hadhari mendorong kerajaan untuk mewujudkan institusi ekonomi Islam yang progresif dan akhirnya berjaya mengasaskan pelaksanaan sistem kewangan Islam yang pertama di dunia iaitu Lembaga Tabung Haji Malaysia. Kemudahan pembiayaan kenderaan berasaskan sistem pembiayaan Islam telahpun dijalankan kerajaan bagi mengelakkan umat Islam terlibat dengan amalan rasuah dan riba. Contoh ini telah diikuti oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan dalam memberi kemudahan yang sama kepada semua pihak yang terlibat.
  • 27. 24 Dari segi rohani pula, Islam Hadhari turut membawa kesan kepada umat-umat Islam negara ini yang kebanyakan terdiri daripada penganut Islam. Islam Hadhari menekankan ajaran agama Islam yang benar. Justeru, penganut-penganut Islam meminggirkan pemikiran khurafat yang menyebabkan mereka menjadi mudah menyerah kalah dan hanyut dalam arus globalisasi. Kecetekan dan kedangkalan sesetengah umat Islam tentang merasai ‘basirah’ Al- Quran untuk memahami hakikat alam, manusia dan kehidupan menyebabkan kegagalan untuk memakmurkan negara. Justeru, Islam Hadhari berjaya mengurangkan pengaruh golongan murtad dan yang berpemikiran dangkal yang boleh menjejaskan pembangunan negara dari segi rohaniah.
  • 28. 25 PERBANDINGAN ANTARA PENDEKATAN BERDASARKAN ANALISIS Perbandingan yang baik dibuat dengan mengumpul persepsi daripada ramai individu terhadap sesebuah topik. Oleh sebab itu, soal selidik telah dijalankan kami kepada 30 orang responden terhadap pendekatan-pendekatan Satu Malaysia dan Islam Hadhari. Data-data yang berikut merupakan carta jawapan para responden kepada soal selidik kumpulan kami. 1. Adakah anda tahu tentang gagasan 1 Malaysia? 2. Adakah anda tahu tentang gagasan Islam Hadhari? 19 11 Ya Tidak 6 24 Ya Tidak
  • 29. 26 3. Adakah 1 Malaysia ataupun Islam Hadhari menambahbaikkan kehidupan anda? 4. Adakah gagasan 1 Malaysia dan Islam Hadhari membuat perubahan secara positif terhadap kemajuan negara dari pelbagai aspek seperti perpaduan antara kaum? 5. Pada pendapat anda, adakah gagasan 1 Malaysia mencapai sasaran ataupun matlamat dengan berjaya? 14 16 Ya Tidak 19 11 Ya Tidak 14 16 Ya Tidak
  • 30. 27 6. Pada pendapat anda, adakah gagasan Islam Hadhari mencapai sasaran ataupun matlamat dengan berjaya? Berdasarkan data yang telah kami kumpul, kita boleh bersimpul bahawa pendekatan 1 Malaysia lebih terkenal berbanding dengan Islam Hadhari. Hal ini demikian kerana gagasan 1 Malaysia dipromosi oleh kerajaan dengan lanjut dan menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia manakala Islam Hadhari lebih tertumpu kepada umat Islam. Hal ini terbukti dalam data kami, iaitu hanya 6 orang responden yang beragama Islam mengetahui kewujudan pendekatan Islam Hadhari oleh kerajaan. Selain itu, kita boleh membuat konklusi bahawa 1 Malaysia lebih meluas dan dilaksana dengan cemerlang berdasarkan soal selidik yang dijalankan kami. Lebih banyak responden setuju bahawa 1 Malaysia memberi impak yang positif terhadap pembangunan sahsiah dan negara berbanding dengan pendekatan Islam Hadhari. Walaubagaimanapun, ramai responden berasa bahawa gagasan-gagasan tersebut belum mencapai sasaran lagi. Hal ini demikian kerana masih terdapat isu-isu yang menggugat perpaduan dan keamanan negara kita seperti isu salib dan perselisihan faham antara kaum. 9 21 Ya Tidak
  • 31. 28 Kedua-dua gagasan tersebut memberi harapan baru kepada rakyat seluruh Malaysia. Persoalannya, adakah gagasan-gagasan tersebut efektif dan cemerlang dalam usaha membangunkan negara kita dari segi etika, moral dan rohaniah? Setiap penduduk negara kita mempunyai persepsi yang berbeza dan tersendiri terhadap persoalan ini. Ramai rakyat Malaysia berpendapat bahawa masih banyak yang boleh ditambahbaik dalam pelaksanaan pendekatan-pendekatan Islam Hadhari dan 1 Malaysia. Program-program yang dilancarkan sempena kedua-dua gagasan ini belum mencapai taraf yang maksimum. Tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menyahut seruan kerajaan dari segi pembangunan diri untuk mencapai arus modal insan agar negara kita berkembang maju. Malah, Islam Hadhari dan 1 Malaysia dapt mencapai potensi yang bertaraf tinggi.
  • 32. 29(1) http://www.academia.edu/7566770/Contoh_Karangan_Kepentingan_Perpaduan_Kaum_di_Malaysia KESIMPULAN Sebagai sebuah negara yang majmuk dan berbilang kaum, pendekatan-pendekatan 1 Malaysia dan Islam Hadhari amat penting dalam memastikan keamanan dan kemakmuran negara kita. Pendekatan-pendekatan tersebut berunsur positif dan memberikan nafas yang baru kepada pembangunan dan perpaduan negara demi pencapaian tahap yang lebih tinggi dalam bidang kebudayaan dan tamadun. Sejak pelancaran kedua-dua pendekatan ini sejak dekad yang lalu, impak-impak positif telahpun menimbulkan kesan yang baik kepada rakyat, masyarakat serta pembangunan negara. 1 Malaysia dan Islam Hadhari yang telah diperkasa oleh mantan-mantan Perdana menteri negara kita membawa seribu erti kepada negara. Pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur sistem kepercayaan selama ini pastinya telahpun diperkukuh dengan laungan gagasan-gagasan tersebut. Sensitiviti pihak kerajaan yang sentiasa berusaha menyuburkan semangat perpaduan dalam masyarakat heterogen kita harus diberi pujian. Dengan adanya usaha setiap pihak, perpaduan rakyat Malaysia diperkukuh. Hal ini dapat meningkatkan imej negara di persada dunia akibat perpaduan yang kukuh rakyat jelata. Oleh sebab itu, sebagai rakyat yang cinta akan watan, kita perlu melaksanakan langkah-langkah yang proaktif bagi mengekalkan perpaduan antara kaum kerana bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat. Sudah terang lagi bersuluh, pembangunan sahsiah rakyat Malaysia merupakan tanggungjawab setiap warganegara dan bukan sekadar pemimpin-pemimpin poltik negara sahaja. Ingatlah, Keranamu Malaysia, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. (1) Semua pihak sewajarnya menggembleng tenaga bagi memurnikan semua aspek yang boleh menjejaskan pembangunan negara.
  • 33. 30 LAMPIRAN 1. Gambar-gambar Kawasan kajian 1: Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3, Bandar Kinrara Kawasan kajian 2: Universiti Sunway, Subang Jaya
  • 34. 31 Gambar-gambar di atas menunjuk para responden mengisi boring soal selidik yang disediakan oleh kumpulan kami.
  • 35. 32 2. Rujukan  Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,. (2007). Islam hadhari approach. Putrajaya, Malaysia: Dept. of Islamic Development, Prime Minister's Dept.  Jabatan Perdana Menteri Malaysia, (2007). Garis Panduan Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Di Agensi-agensi Kerajaan. Putrajaya: Tan Sri Mohd. Sidek Bin Haji Hassan.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Islam Hadhari,. (2015). Persepsi Dan Kefahaman Masyarakat Bukan Islam Terhadap Islam Hadhari. Selangor: Universiti Putra Malaysia. http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/v3n22011/makalah-v3n2- n4.pdf  Artikel 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan (2014) http://www.scribd.com/doc/260337982/1-Malaysia  Ibrahim Ali. (2009). “1Malaysia: Perspektif Generasi Kemerdekaan”. Kertas kerja dibentangkanpada Seminar Kebangsaan 1Malaysia, yang diselenggarakan oleh Pusat Pengajian SainsKemasyarakatan USM (Universiti Sains Malaysia) di Putrajaya pada 11 Ogos. 3. Soal selidik