SlideShare a Scribd company logo
1
SOALAN:
Tamadun Melayu, tamadun Cina dan tamadun India telah memberi sumbangan
dan impak yang besar kepada pembentukan tamadun serta pembangunan
insan sejagat secara umum dan Malaysia secara khusus.
Berdasarkan pernyataan di atas:
1. Buktikan bahawa kemajuan Malaysia pada masa kini terbina hasil dari
kepelbagaian tamadun Asia dengan merujuk secara khusus kepada tamadun
Melayu, Cina dan India dari segi sosiobudaya, ekonomi dan pendidikan.
2. Kajian analisis latar belakang dan sumbangan bangunan pentadbiran atau
rumah ibadah atau sekolah yang telah memberi impak besar kepada tamadun
Malaysia di tempat anda. Dapatkan maklumat-maklumat penting daripada
pihak-pihak terbabit dalam pengurusan tempat-tempat tersebut melalui kajian
lapangan.
2
SOALAN 1
Kemajuan Malaysia zaman sekarang ialah kesan daripada tamadun terdahulu
seperti tamadun Melayu, Cina dan India.. Berdasarkan perkataan Arab, tamadun
ialah maddana, mudun, madain yang bermaksud pembukaan bandar atau
masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Ketiga-tiga
tamadun ini telah memberi impak yang besar dari segi kemajuan sosiobudaya,
ekonomi dan pendidikan di Malaysia pada masa kini.
Tamadun Melayu
Antara kesan tamadun Melayu terhadap kemajuan masa kini dari segi
sosiobudaya ialah kedatangan agama Islam yang memantapkan tamadun Melayu
silam. Di Malaysia kini, agama Islam ialah agama majoriti yang dianuti oleh
masyarakat. Agama Islam yang telah menjadi identiti sosial dan budaya orang
Melayu, mendorong kepada pembetulan adat Melayu silam yang terpesong kepada
unsur Islam. Agama Islam juga telah termaktub sebagai agama bagi persekutuan
Malaysia.
Dari segi ekonomi pula, masyarakat tamadun Melayu dahulu menjalankan
kegiatan perekonomian di pelabuhan seperti Melaka, Terengganu, dan Johor.
Kegiatan perdagangan yang pesat telah menyumbang kepada kemunculan kota yang
3
lengkap dengan kemudahan. Kegiatan perdagangan berterusan dan stabil dengan
adanya penggunaan mata wang di pelabuhan. Akhirnya, kini Malaysia telah menjadi
salah satu pusat import-eksport yang maju di rantau Asia.
Rajah 1 menunjukkan contoh mata wang.
Pendidikan di Malaysia kini juga dipengaruhi oleh pencapaian Tamadun Melayu.
Buktinya, Tamadun Melayu telah mewujudkan sistem pendidikan formal dan tidak
formal. Antara contoh institusi pendidikan tidak formal yang dibangunkan dahulu ialah
madrasah, pondok, surau, masjid dan banyak lagi. Melalui pendidikan tidak formal ini,
penduduk Alam Melayu dapat mendalami ilmu agama seperti fiqah, hadis, tasawuf,
tauhid, dan lain-lain. Banyak tokoh ulama Islam telah dilahirkan di Malaysia. Hasilnya,
agama Islam berkembang meluas di Malaysia dan institusi pendidikan tidak formal
dahulu telah ditambah baik dan semakin maju dari semasa ke semasa.
Tamadun Cina
Selain itu, tamadun Cina juga telah mempengaruhi kemajuan Malaysia melalui
sosiobudaya. Sistem kekeluargaan yang diutamakan oleh Tamadun Cina telah
menitikberatkan nilai dan etika masyarakat. Sistem ini adalah pengaruh daripada
ajaran Confucious yang amat mementingkan kuasa bapa serta memartabatkan
kedudukan wanita sebagai seorang ibu. Nilai persaudaraan, tanggungjawab,
kesopanan yang diamalkan pada Tamadun Cina adalah elemen yang amat penting
dalam kemajuan pembangunan negara masa kini.
Dari aspek ekonomi, masyarakat tamadun Cina telah menjalankan ekonomi
bersifat primitif, iaitu ketinggalan zaman. Petani pada zaman Dinasti Shang hanya
menggunakan bajak, cangkul dan penukul untuk menjalankan ekonomi pertanian. Di
dalam tamadun Melayu pula, penggunaan cangkul dan bajak masih digunakan
sehingga zaman kini terutamanya di kawasan pedalaman. Namun, alat primitif ini
4
telah ditambah baik sehingga wujudnya idea membajak menggunakan kerbau dan
jentera pembajak yang digunakan pada masa kini.
Rajah 2 menunjukkan revolusi ekonomi pertanian.
Tamadun Cina juga membawa revolusi pendidikan matematik masa kini dengan
adanya penggunaan sempoa (abacus) pada kurun ke 2 Tamadun Cina. Ketika
tamadun Cina, terdapatnya sebuah karya matematik oleh Zhang Cang iaitu Jiuzhang
zuanshu. Karya tersebut mengandungi catatan mengenai kuantiti negatif dan unsur
ini masih digunakan sehingga masa kini. Selain itu, sistem pecahan, sistem
perpuluhan, dan nilai pi juga telah diperkenalkan dan nilai pi amat penting untuk
pengiraan geometri dalam pendidikan masa kini.
Rajah 3 menunjukkan penggunaan sempoa dalam pendidikan.
Tamadun India
Kebanyakan sosiobudaya masyarakat Malaysia pada masa kini dipengaruhi
corak ketamadunan India. Antaranya ialah adat istiadat perkahwinan yang adanya
upacara bersanding dan berinai. Selain itu, pemakanan di Malaysia seperti roti canai,
tosai, capati, kari, dan penggunaan rempah ratus juga adalah antara kesan
sosiobudaya tamadun India.
5
Rajah 4 menunjukkan adat bersanding berasal daripada Tamadun India.
Ekonomi Tamadun India juga pesat, seperti Tamadun Melayu. Anga, Kalinga dan
Karusa telah menadi pusat perdagangan penting dengan adanya penghasilan senjata,
pembekal gading gajah, emas, berlian dan mutiara. Selain itu, Tamadun India juga
mempunyai hubungan perdagangan yang memastikan pertumbuhan ekonomi
dengan adanya pelabuhan penting.
Pendidikan vernakular yang masih dijalankan di Malaysia adalah hasil
sumbangan Tamadun India. Sekolah vernakular telah diusahakan oleh sukarelawan
seperti mubaligh kristian dengan tujuan mendidik anak-anak India tentang sejarah.
British juga telah mewajibkan majikan untuk membina sekolah di kawasan ladang
getah untuk memastikan orang India mendapat pendidikan. Sehingga kini, sekolah
vernakular seperti sekolah jenis kebangsaan masih beroperasi dan kebanyakannya
adalah sekolah cemerlang.
SOALAN 2
Latar belakang
Rumah ibadah yang dipilih sebagai kawasan lapangan ialah Masjid Kapitan
Keling yang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling. Seorang ahli jawatankuasa
masjid telah ditemu ramah, iaitu Encik Shahardin Bin Kadir, 71 yang berasal daripada
Pulau Pinang. Masjid Kapitan ialah masjid tertua, 217 tahun dan bersejarah di
6
Penang telah memberi impak yang besar terhadap pembinaan Tamadun Malaysia di
sekitarnya. Masjid Kapitan Keling adalah mercu tanda umat Islam di Pulau Pinang
selepas diisytiharkan sebagai monumen bersejarah pada 11 November 1982.
Rajah 5 menunjukkan Masjid Kapitan Keling di Jalan Masjid Kapitan Keling,
George Town.
Pada zaman dahulu, Pulau Pinang adalah sebuah pusat perdagangan yang
menjadi tumpuan pedagang. Antara pedagang yang banyak datang ke Pulau Pinang
ialah masyarakat Chulia dari Selatan India dan mereka ini beragama Islam (India
Muslim). Masyarakat Chulia ini datang dengan tujuan perdagangan rempah ratus dan
kain pelikat. Masjid ini telah dibina oleh Syarikat Hindia Timur pada tahun 1801 bagi
memudahkan ibadat masyarakat India Muslim di Penang dan untuk pedagang Islam
yang berlabuh.
Masjid ini dinamakan Kapitan Keling bersempena nama pengasasnya, Cauder
Mohuddeen merangkap kapten kapal dan ketua kaum India Muslim pada waktu
tersebut. Beliau juga dikenali sebagai Kapitan Kling. Pada tahun 1801, Sir George
Leith, Leftenan Gabenor Pulau Pinang pada ketika itu, melantik Cauder Mohuddeen
sebagai pemimpin masyarakat India Muslim. Cauder telah diberikan tanah seluas 18
ekar pada November 1801 untuk pembinaan masjid.
Malangnya, tanah itu tidak lagi diktiraf sebagai pemberian asal selepas kematian
Cauder Mohuddeen pada 1834. Jalan, rumah, dan bangunan kedai telah dibina di
sekeliling masjid sehingga keluasan tanah berkurang dan hanya tinggal 8 ekar.
Masjid hari ini adalah masjid asal yang dibangunkan di atas keluasan tanah yang
7
dikurangkan itu. Masjid ini telah menjalani beberapa kali penaiktarafan dari segi
keluasan, sehingga kini dapat memuatkan lebih 2,000 jemaah berbanding 200 pada
zaman dahulunya. Struktur binaan dan reka bentuk yang dapat dilihat pada masa
sekarang adalah hasil penambahbaikan yang dijalankan pada tahun 1906. Walaupun
struktur bangunan telah digubah, ciri senibina Islam dengan elemen kesenian India
masih dikekalkan.
Rajah 6 menunjukan kubah masjid masih mengekalkan ciri kesenian India.
Sumbangan
Antara sumbangan Masjid Kapitan Keling ini ialah sebagai tarikan pelancong
utama di Pulau Pinang kerana terletak di pekan dan laluan orang ramai. Pelancong
terdiri daripada dari dalam negara dan luar negara, termasuk agama bukan Islam.
Pelancong bukan beragama Islam dibenarkan masuk dengan syarat berpakaian
sopan. Jubah beserta hood kepala dan kain pelikat telah disediakan di ruang legar
masjid untuk kegunaan orang bukan Islam. Kedatangan pelancong yang pesat ke
Pulau Pinang dapat menjana ekonomi negara.
Rajah 7 menunjukkan jubah beserta hood kepala dan kain pelikat yang disediakan
untuk orang bukan Islam.
8
Selain itu, keluasan masjid yang telah ditambah juga dapat menarik lebih ramai
jemaah kerana lebih selesa. Nilai keterbukaan yang diamalkan oleh masjid ini juga
dapat memberi pendedahan awal kepada orang bukan Islam tentang unsur Islam
yang penuh dengan kemuliaan. Contohnya, pelancong bukan Islam yang ingin
menjelajah masjid diminta untuk berpakaian sopan, seterusnya menjaga perilaku di
dalam masjid. Dengan ini, ada kemungkinan besar agama Islam akan tersebar
meluas dengan ciri-cirinya yang penuh nilai murni. Keadaan ini juga dapat mengubah
persepsi kebanyakan orang bukan Islam yang menganggap Islam sebagai agama
pengganas.
Masjid Kapitan ini juga adalah salah satu masjid yang telah mempunyai dua
imam, satunya imam Tamil dari India, dan imam Melayu dari Malaysia. Pada hari
Sabtu dan Ahad, imam Tamil akan mengendalikan masjid dari segi solat, ceramah
dan aktiviti di masjid menggunakan bahasa Tamil. Hari Isnin dan Rabu pula ialah
giliran imam Melayu untuk menguruskan masjid. Pada hari Selasa pula, aktiviti zikir
dijalankan, dan bacaan Yasin pada hari Khamis, diikuti solat Jumaat pada hari
Jumaat.
Di samping itu, masjid ini juga telah memainkan peranan penting dalam
meningkatkan nilai insaniah kepada masyarakat di sekelilingnya. Pada 1980, masjid
bekerjasama menubuhkan Madrasatul Anvarul Ulum iaitu sebuah sekolah agama.
Sekolah agama ini menyediakan kelas fardu ain dan bacaan al-Quran yang terbuka
kepada semua peringkat umur. Pada 1986 pula, sebuah tadika bernama Tadika Nurul
Ilmu telah dibina bagi memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak prasekolah.
9
Rajah 8 menunjukkan Madrasatul Anvarul Ulum dan Tadika Nurul Ilmu yang terletak
di bahagian belakang masjid.
Kesimpulannya, Masjid Kapitan ialah sebuah masjid yang tinggi nilai estetikanya.
Masjid ini amat strategik kerana terletak di kawasan tumpuan umum. Kenderaan yang
lalu bertali-arus di hadapan kompleks masjid, sekali gus menjadikan bangunan ikonik
itu terus popular dalam kalangan pelancong. Masjid yang tertua ini telah lama
berkhidmat dan telah memberi banyak sumbangan terhadap tamadun di Malaysia
dari segi sosiobudaya, ekonomi, dan pendidikan.

More Related Content

What's hot

Bab 6 (2)
Bab 6 (2)Bab 6 (2)
Bab 6 (2)
wanarizwan
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradaban
SharifahNurAbu
 
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIANMPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
ahmadghazali20
 
Persamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadunPersamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadunRadiah Hamdi
 
Amalan menjaga keamanan dan keharmonian
Amalan menjaga keamanan dan keharmonianAmalan menjaga keamanan dan keharmonian
Amalan menjaga keamanan dan keharmonianSai Kim Tan
 
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan EtnikHubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Mahyuddin Khalid
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaAraizzs Othman
 
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnikJawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnikNed Rozell
 
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Ums
 
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionMengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionArsyad Arifin Ismail
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
Abdul Hamzzah
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969
Nizam 6281
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
syuherna nandu
 
Dialog peradaban di malaysia CTU551
Dialog peradaban di malaysia CTU551Dialog peradaban di malaysia CTU551
Dialog peradaban di malaysia CTU551
Ahmad Izzuddin
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuMisiah Bayani
 
What's hot (20)

Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Bab 6 (2)
Bab 6 (2)Bab 6 (2)
Bab 6 (2)
 
Bab 3.
Bab 3.Bab 3.
Bab 3.
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradaban
 
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIANMPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
 
Persamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadunPersamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadun
 
Amalan menjaga keamanan dan keharmonian
Amalan menjaga keamanan dan keharmonianAmalan menjaga keamanan dan keharmonian
Amalan menjaga keamanan dan keharmonian
 
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan EtnikHubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
 
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnikJawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
 
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
 
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionMengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
03 tamadun melayu
03 tamadun melayu03 tamadun melayu
03 tamadun melayu
 
Dialog peradaban di malaysia CTU551
Dialog peradaban di malaysia CTU551Dialog peradaban di malaysia CTU551
Dialog peradaban di malaysia CTU551
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 
Similar to MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)

Pengajian folio (full version) 2 1
Pengajian folio  (full version) 2 1Pengajian folio  (full version) 2 1
Pengajian folio (full version) 2 1RICloon
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
AdlinaHayda
 
Topik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etikaTopik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etika
SharifahNurAbu
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaSyah Nizam
 
Islam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayuIslam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayu
faizah12
 
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
RICloon
 
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Tan Meng
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
wan arizwnb
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayu
ninawariz
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
Azman Hanafi
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4cgsha
 
Perkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamPerkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamJeinorvay Vit
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Tika Daud
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
MuhammadZulaziziMohd
 
Interaksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunInteraksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunIfrahim jamil
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
Tharan Ran
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disIzwan Samsudin
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaJudee Kelantan
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuPuteri Pak Abu
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadunzils nur
 
Similar to MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling) (20)

Pengajian folio (full version) 2 1
Pengajian folio  (full version) 2 1Pengajian folio  (full version) 2 1
Pengajian folio (full version) 2 1
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
 
Topik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etikaTopik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etika
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysia
 
Islam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayuIslam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayu
 
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
 
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayu
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4
 
Perkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamPerkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islam
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
 
Interaksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunInteraksi antara tamadun
Interaksi antara tamadun
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadun
 
More from rosedainty

Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)
Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)
Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)
rosedainty
 
Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)
Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)
Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)
rosedainty
 
Tag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an Assistant
Tag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an AssistantTag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an Assistant
Tag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an Assistant
rosedainty
 
Kad Ganjaran (Reward Card): Punch Version
Kad Ganjaran (Reward Card): Punch VersionKad Ganjaran (Reward Card): Punch Version
Kad Ganjaran (Reward Card): Punch Version
rosedainty
 
Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)
Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)
Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)
rosedainty
 
Contoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu Selangor
Contoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu SelangorContoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu Selangor
Contoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu Selangor
rosedainty
 
Contoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas Konsep
Contoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas KonsepContoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas Konsep
Contoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas Konsep
rosedainty
 
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
rosedainty
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
rosedainty
 
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
rosedainty
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
rosedainty
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
rosedainty
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)
rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)
rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)
rosedainty
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
rosedainty
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
rosedainty
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
rosedainty
 
More from rosedainty (20)

Recently uploaded

MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Recently uploaded (6)

MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)

  • 1. 1 SOALAN: Tamadun Melayu, tamadun Cina dan tamadun India telah memberi sumbangan dan impak yang besar kepada pembentukan tamadun serta pembangunan insan sejagat secara umum dan Malaysia secara khusus. Berdasarkan pernyataan di atas: 1. Buktikan bahawa kemajuan Malaysia pada masa kini terbina hasil dari kepelbagaian tamadun Asia dengan merujuk secara khusus kepada tamadun Melayu, Cina dan India dari segi sosiobudaya, ekonomi dan pendidikan. 2. Kajian analisis latar belakang dan sumbangan bangunan pentadbiran atau rumah ibadah atau sekolah yang telah memberi impak besar kepada tamadun Malaysia di tempat anda. Dapatkan maklumat-maklumat penting daripada pihak-pihak terbabit dalam pengurusan tempat-tempat tersebut melalui kajian lapangan.
  • 2. 2 SOALAN 1 Kemajuan Malaysia zaman sekarang ialah kesan daripada tamadun terdahulu seperti tamadun Melayu, Cina dan India.. Berdasarkan perkataan Arab, tamadun ialah maddana, mudun, madain yang bermaksud pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Ketiga-tiga tamadun ini telah memberi impak yang besar dari segi kemajuan sosiobudaya, ekonomi dan pendidikan di Malaysia pada masa kini. Tamadun Melayu Antara kesan tamadun Melayu terhadap kemajuan masa kini dari segi sosiobudaya ialah kedatangan agama Islam yang memantapkan tamadun Melayu silam. Di Malaysia kini, agama Islam ialah agama majoriti yang dianuti oleh masyarakat. Agama Islam yang telah menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu, mendorong kepada pembetulan adat Melayu silam yang terpesong kepada unsur Islam. Agama Islam juga telah termaktub sebagai agama bagi persekutuan Malaysia. Dari segi ekonomi pula, masyarakat tamadun Melayu dahulu menjalankan kegiatan perekonomian di pelabuhan seperti Melaka, Terengganu, dan Johor. Kegiatan perdagangan yang pesat telah menyumbang kepada kemunculan kota yang
  • 3. 3 lengkap dengan kemudahan. Kegiatan perdagangan berterusan dan stabil dengan adanya penggunaan mata wang di pelabuhan. Akhirnya, kini Malaysia telah menjadi salah satu pusat import-eksport yang maju di rantau Asia. Rajah 1 menunjukkan contoh mata wang. Pendidikan di Malaysia kini juga dipengaruhi oleh pencapaian Tamadun Melayu. Buktinya, Tamadun Melayu telah mewujudkan sistem pendidikan formal dan tidak formal. Antara contoh institusi pendidikan tidak formal yang dibangunkan dahulu ialah madrasah, pondok, surau, masjid dan banyak lagi. Melalui pendidikan tidak formal ini, penduduk Alam Melayu dapat mendalami ilmu agama seperti fiqah, hadis, tasawuf, tauhid, dan lain-lain. Banyak tokoh ulama Islam telah dilahirkan di Malaysia. Hasilnya, agama Islam berkembang meluas di Malaysia dan institusi pendidikan tidak formal dahulu telah ditambah baik dan semakin maju dari semasa ke semasa. Tamadun Cina Selain itu, tamadun Cina juga telah mempengaruhi kemajuan Malaysia melalui sosiobudaya. Sistem kekeluargaan yang diutamakan oleh Tamadun Cina telah menitikberatkan nilai dan etika masyarakat. Sistem ini adalah pengaruh daripada ajaran Confucious yang amat mementingkan kuasa bapa serta memartabatkan kedudukan wanita sebagai seorang ibu. Nilai persaudaraan, tanggungjawab, kesopanan yang diamalkan pada Tamadun Cina adalah elemen yang amat penting dalam kemajuan pembangunan negara masa kini. Dari aspek ekonomi, masyarakat tamadun Cina telah menjalankan ekonomi bersifat primitif, iaitu ketinggalan zaman. Petani pada zaman Dinasti Shang hanya menggunakan bajak, cangkul dan penukul untuk menjalankan ekonomi pertanian. Di dalam tamadun Melayu pula, penggunaan cangkul dan bajak masih digunakan sehingga zaman kini terutamanya di kawasan pedalaman. Namun, alat primitif ini
  • 4. 4 telah ditambah baik sehingga wujudnya idea membajak menggunakan kerbau dan jentera pembajak yang digunakan pada masa kini. Rajah 2 menunjukkan revolusi ekonomi pertanian. Tamadun Cina juga membawa revolusi pendidikan matematik masa kini dengan adanya penggunaan sempoa (abacus) pada kurun ke 2 Tamadun Cina. Ketika tamadun Cina, terdapatnya sebuah karya matematik oleh Zhang Cang iaitu Jiuzhang zuanshu. Karya tersebut mengandungi catatan mengenai kuantiti negatif dan unsur ini masih digunakan sehingga masa kini. Selain itu, sistem pecahan, sistem perpuluhan, dan nilai pi juga telah diperkenalkan dan nilai pi amat penting untuk pengiraan geometri dalam pendidikan masa kini. Rajah 3 menunjukkan penggunaan sempoa dalam pendidikan. Tamadun India Kebanyakan sosiobudaya masyarakat Malaysia pada masa kini dipengaruhi corak ketamadunan India. Antaranya ialah adat istiadat perkahwinan yang adanya upacara bersanding dan berinai. Selain itu, pemakanan di Malaysia seperti roti canai, tosai, capati, kari, dan penggunaan rempah ratus juga adalah antara kesan sosiobudaya tamadun India.
  • 5. 5 Rajah 4 menunjukkan adat bersanding berasal daripada Tamadun India. Ekonomi Tamadun India juga pesat, seperti Tamadun Melayu. Anga, Kalinga dan Karusa telah menadi pusat perdagangan penting dengan adanya penghasilan senjata, pembekal gading gajah, emas, berlian dan mutiara. Selain itu, Tamadun India juga mempunyai hubungan perdagangan yang memastikan pertumbuhan ekonomi dengan adanya pelabuhan penting. Pendidikan vernakular yang masih dijalankan di Malaysia adalah hasil sumbangan Tamadun India. Sekolah vernakular telah diusahakan oleh sukarelawan seperti mubaligh kristian dengan tujuan mendidik anak-anak India tentang sejarah. British juga telah mewajibkan majikan untuk membina sekolah di kawasan ladang getah untuk memastikan orang India mendapat pendidikan. Sehingga kini, sekolah vernakular seperti sekolah jenis kebangsaan masih beroperasi dan kebanyakannya adalah sekolah cemerlang. SOALAN 2 Latar belakang Rumah ibadah yang dipilih sebagai kawasan lapangan ialah Masjid Kapitan Keling yang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling. Seorang ahli jawatankuasa masjid telah ditemu ramah, iaitu Encik Shahardin Bin Kadir, 71 yang berasal daripada Pulau Pinang. Masjid Kapitan ialah masjid tertua, 217 tahun dan bersejarah di
  • 6. 6 Penang telah memberi impak yang besar terhadap pembinaan Tamadun Malaysia di sekitarnya. Masjid Kapitan Keling adalah mercu tanda umat Islam di Pulau Pinang selepas diisytiharkan sebagai monumen bersejarah pada 11 November 1982. Rajah 5 menunjukkan Masjid Kapitan Keling di Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. Pada zaman dahulu, Pulau Pinang adalah sebuah pusat perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang. Antara pedagang yang banyak datang ke Pulau Pinang ialah masyarakat Chulia dari Selatan India dan mereka ini beragama Islam (India Muslim). Masyarakat Chulia ini datang dengan tujuan perdagangan rempah ratus dan kain pelikat. Masjid ini telah dibina oleh Syarikat Hindia Timur pada tahun 1801 bagi memudahkan ibadat masyarakat India Muslim di Penang dan untuk pedagang Islam yang berlabuh. Masjid ini dinamakan Kapitan Keling bersempena nama pengasasnya, Cauder Mohuddeen merangkap kapten kapal dan ketua kaum India Muslim pada waktu tersebut. Beliau juga dikenali sebagai Kapitan Kling. Pada tahun 1801, Sir George Leith, Leftenan Gabenor Pulau Pinang pada ketika itu, melantik Cauder Mohuddeen sebagai pemimpin masyarakat India Muslim. Cauder telah diberikan tanah seluas 18 ekar pada November 1801 untuk pembinaan masjid. Malangnya, tanah itu tidak lagi diktiraf sebagai pemberian asal selepas kematian Cauder Mohuddeen pada 1834. Jalan, rumah, dan bangunan kedai telah dibina di sekeliling masjid sehingga keluasan tanah berkurang dan hanya tinggal 8 ekar. Masjid hari ini adalah masjid asal yang dibangunkan di atas keluasan tanah yang
  • 7. 7 dikurangkan itu. Masjid ini telah menjalani beberapa kali penaiktarafan dari segi keluasan, sehingga kini dapat memuatkan lebih 2,000 jemaah berbanding 200 pada zaman dahulunya. Struktur binaan dan reka bentuk yang dapat dilihat pada masa sekarang adalah hasil penambahbaikan yang dijalankan pada tahun 1906. Walaupun struktur bangunan telah digubah, ciri senibina Islam dengan elemen kesenian India masih dikekalkan. Rajah 6 menunjukan kubah masjid masih mengekalkan ciri kesenian India. Sumbangan Antara sumbangan Masjid Kapitan Keling ini ialah sebagai tarikan pelancong utama di Pulau Pinang kerana terletak di pekan dan laluan orang ramai. Pelancong terdiri daripada dari dalam negara dan luar negara, termasuk agama bukan Islam. Pelancong bukan beragama Islam dibenarkan masuk dengan syarat berpakaian sopan. Jubah beserta hood kepala dan kain pelikat telah disediakan di ruang legar masjid untuk kegunaan orang bukan Islam. Kedatangan pelancong yang pesat ke Pulau Pinang dapat menjana ekonomi negara. Rajah 7 menunjukkan jubah beserta hood kepala dan kain pelikat yang disediakan untuk orang bukan Islam.
  • 8. 8 Selain itu, keluasan masjid yang telah ditambah juga dapat menarik lebih ramai jemaah kerana lebih selesa. Nilai keterbukaan yang diamalkan oleh masjid ini juga dapat memberi pendedahan awal kepada orang bukan Islam tentang unsur Islam yang penuh dengan kemuliaan. Contohnya, pelancong bukan Islam yang ingin menjelajah masjid diminta untuk berpakaian sopan, seterusnya menjaga perilaku di dalam masjid. Dengan ini, ada kemungkinan besar agama Islam akan tersebar meluas dengan ciri-cirinya yang penuh nilai murni. Keadaan ini juga dapat mengubah persepsi kebanyakan orang bukan Islam yang menganggap Islam sebagai agama pengganas. Masjid Kapitan ini juga adalah salah satu masjid yang telah mempunyai dua imam, satunya imam Tamil dari India, dan imam Melayu dari Malaysia. Pada hari Sabtu dan Ahad, imam Tamil akan mengendalikan masjid dari segi solat, ceramah dan aktiviti di masjid menggunakan bahasa Tamil. Hari Isnin dan Rabu pula ialah giliran imam Melayu untuk menguruskan masjid. Pada hari Selasa pula, aktiviti zikir dijalankan, dan bacaan Yasin pada hari Khamis, diikuti solat Jumaat pada hari Jumaat. Di samping itu, masjid ini juga telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan nilai insaniah kepada masyarakat di sekelilingnya. Pada 1980, masjid bekerjasama menubuhkan Madrasatul Anvarul Ulum iaitu sebuah sekolah agama. Sekolah agama ini menyediakan kelas fardu ain dan bacaan al-Quran yang terbuka kepada semua peringkat umur. Pada 1986 pula, sebuah tadika bernama Tadika Nurul Ilmu telah dibina bagi memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak prasekolah.
  • 9. 9 Rajah 8 menunjukkan Madrasatul Anvarul Ulum dan Tadika Nurul Ilmu yang terletak di bahagian belakang masjid. Kesimpulannya, Masjid Kapitan ialah sebuah masjid yang tinggi nilai estetikanya. Masjid ini amat strategik kerana terletak di kawasan tumpuan umum. Kenderaan yang lalu bertali-arus di hadapan kompleks masjid, sekali gus menjadikan bangunan ikonik itu terus popular dalam kalangan pelancong. Masjid yang tertua ini telah lama berkhidmat dan telah memberi banyak sumbangan terhadap tamadun di Malaysia dari segi sosiobudaya, ekonomi, dan pendidikan.