SlideShare a Scribd company logo
KURSUS
GGGE 2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER 1 SESI 2020/2021
TAJUK
PERANAN SEKOLAH TERHADAP MASYARAKAT BERBILANG KAUM
PENSYARAH
LT. KOL. MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN
EN MD YUSOFF DAUD
DR MOHD KHALID BIN MOHAMAD NASIR
DR NOR HAFIZAH BINTI ADNAN
AHLI KUMPULAN :
NUR AINA NAJIHAH BINTI AHMAD HISHAM (A170361)
NUR FAIQAH MUNIRAH BINTI KHAIRUL ANWAR (A169827)
NURUL HAZRATI BINTI RAZALI (A171916)
KAHVIA RAJ A/L MOGANADAS (A170510)
MUHAMMAD IZZUL BIN RAZLAN (A184319)
Abstrak
Kajian terhadap peranan sekolah terhadap masyarakat berbilang kaum telah dijalankan. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji langkah-langkah pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang
kaum,mengkaji masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang
kaum dan mengkaji kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang
kaum. Permasalahan kajian adalah isu perkauman yang semakin hangat di perkatakan sehingga
dapat menjejaskan hubungan baik antara kaum. Oleh itu, dengan adanya kajian ini dapatlah
mengetahui langkah-langkah pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum serta
kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang kaum. Perpaduan
kaum ialah perpaduan merujuk sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan
negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Selain itu, perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan
erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang
berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji
telah menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah soal selidik dan kaedah rujukan. 40 orang
responden telah dipilih secara rawak untuk membantu kami menjalankan kajian ini.
Kata kunci: Perpaduan kaum, peranan sekolah
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis
penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk
kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam
bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Selain itu, perpaduan juga dapat diertikan sebagai
hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik
yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain
perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara selain itu Malaysia juga mempunyai
beberapa etnik kaum yang utama seperti Melayu, Cina, India dan Bumiputera sebagai penduduk
negara Malaysia. Justeru itu, pelbagai adat resam serta agama yang kita dapat lihat di Malaysia.
Rakyat Malaysia juga dapat mempelajari ada budaya etnik yang lain. Selain daripada kaum
Melayu,Cina,India Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang lain seperti Iban,
Bidayuh,Melanau,Orang Ulu dan banyak lagi. Rakyat Malaysia seharusnya bekerjasama untuk
menyatupadukan semua kaum di Malaysia.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa
ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.
Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang
menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat. Sistem pendidikan merupakan asas
yang penting dalam membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia
merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan latar belakang
sosio-budaya yang berbeza. Oleh itu, setiap dasar yang di laksanakan perlulah selari dengan
keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk
memberi pendidikan semata-mata, tetapi juga sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan dan
memupuk integrasi antara kaum.
Dengan isu tentang perkauman yang hangat diperkatakan seperti kes pemandu mabuk
yang semakin hari semakin meningkat telah menimbulkan persalahfahaman tentang sesuatu kaum.
Dengan meningkatan kes tersebut menyebabkan semua pihak memandang serong terhadap sebuah
kaum. Sedangkan yang melakukan kesalahan tersebut hanyalah seorang sahaja tetapi semua
masyarakat telah memandang serong terhadap kaum tersebut. Akibat daripada isu ini telah
menyebabkan berlaku persalahfahaman di antara kaum yang lain. Kita dapat melihat isu ini
dibangkitkan di media sosial yang menyebabkan isu perkauman tercetus akibat dari isu ini. Maka
dengan itu, kita seharusnya mendidik generasi baharu untuk memahami konsep perpaduan untuk
kesejahteraan negara kita pada masa akan datang. Sekolah merupakan antara tempat awal untuk
kanak-kanak menerima pembelajaran maka dengan itu, pihak sekolah seharusnya
mengaplikasikan pembelajaran tentang perkauman di sekolah.
Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja
tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan dalam kalangan
pelajar. Untuk itu, sekolah turut dapat mewujudkan perpaduan bagi membentukkan dan
memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum. Hal ini demikian, agar perpaduan serta integrasi dapat
dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan.
Seterusnya, banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang menjadi
tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan dan remaja pelbagai
kaum. Di sekolah jugalah mereka belajar dan mula tahu mengenai adat resam, budaya dan agama
rakan-rakan daripada kaum lain. Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum lain di alam
persekolahan ini membina perspektif unik dalam diri kanak-kanak dan remaja sehinggalah dewasa
apabila mereka mudah menerima serta mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang
lain di Malaysia.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Peranan pendidikan penting dalam memupuk integrasi dan perpaduan kaum. Pendidikan adalah
faktor utama dalam membina kerakyatan yang berbilang kaum dan agama. Menurut Ahmad
Zaharuddin (2014) kepelbagaian kaum ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di mata
dunia. Sistem pendidikan di Malaysia telah mewujudkan sekolah sistem pelbagai aliran seperti
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan tamil dan sekolah jenis kebangsaan cina. Jadi,
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dibuat sebagai langkah dan strategi untuk memupuk
perpaduan di negara Malaysia. Menurut Ahmad Ali Seman dan Warti (2013) berpendapat bahawa
perpaduan merupakan satu proses penyatuan yang merangkumi kesuluruhan aspek seperti fizikal,
ekonomi, sosial dan politik.
Antara langkah dan strategi tersebut ialah menjadikan bahasa kebangsaaan sebagai bahasa
pengantar utama, mewujudkan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua
jenis sekolah, mewujudkan sekolah wawasan, memastikan sukatan pelajaran yang seragam dan
sistem peperiksaan yang seragam dan menggalakkan pelbagai program pendidikan diadakan bagi
menggalakkan integrasi kaum di negara ini. Sekolah memainkan peranan penting untuk berpegang
pada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini. Jika sekolah di negara ini tidak memegang pada dasar
tersebut, kemungkinan berlakunya kepentingan kaum masing-masing sahaja. Pemikiran yang
hanya memikirkan kepentingan kaum masing-masing perlu dibuang jauh kerana pendidikan
negara kita makin berkembang maju dan bersifat global. Keharmonian dalam hubungan memupuk
masyarakat berbilang kaum dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman yang
baik terhadapat peranan masing-masing dalam menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji peranan sekolah terhadap masyarakat
berbilang kaum. Pengkaji ingin mengkaji sejauhmana pihak sekolah dapat membantu untuk
memupuk masyarakat berbilang kaum. Hal ini kerana perpaduan antara kaum bermulanya dari
pendidikan di sekolah. Pengkaji juga ingin mengetahui apa masalah yang sering dihadapi oleh
pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum. Hal ini kerana persefahaman antara
kaum adalah berbeza, jadi untuk membentuk perpaduan di antara kaum lain agak memberi cabaran
kepada pihak sekolah. Selain itu, pengkaji juga ingin mengkaji sejauhmana kesedaran masyarakat
terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang kaum. Hal ini kerana, masyarakat seperti
golongan muda lebih berfikiran terbuka dan mudah untuk menerima ilmu dan pandangan tentang
perpaduan kaum yang diajar di sekolah. Oleh itu, pengkaji dapat menilai dan menganalisis isu-isu
ini mengikut objektif kajian selepas borang soal selidik diedarkan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah :
1. Mengenal pasti langkah-langkah pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang
kaum.
2. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat
berbilang kaum.
3. Mengkaji kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang
kaum.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui pengedaran borang soal selidik
dan kaedah rujukan. Borang soal selidik ini diedarkan kepada 40 orang responden yang terdiri
daripada pelbagai lapisan masyarakat mengikut jantina, umur, taraf pendidikan, bangsa dan juga
agama untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan pandangan menyeluruh berkaitan kajian ini.
Borang soal selidik ini juga menggunakan kaedah soal selidik berbentuk tertutup kerana soalannya
yang berstruktur dan responden hanya perlu memilih jawapan yang disediakan sahaja.
Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian pertama berkenaan
demografi ringkas responden iaitu jantina, umur, taraf pendidikan, bangsa dan agama. Bahagian
kedua merujuk kepada soalan berkenaan objektif pertama kajian iaitu mengenal pasti langkah-
langkah pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum manakala bahagian ketiga
merujuk kepada objektif kedua iaitu mengkaji masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam
memupuk masyarakat berbilang kaum dan bahagian terakhir merujuk kepada objektif ketiga kajian
iaitu mengkaji kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang kaum.
5.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini dianalisis dengan huraian deskriptif bagi melihat kekerapan dan peratusan
bagi setiap instrumen dalam borang soal selidik untuk mencapai keputusan terhadap objektif
kajian. Dapatan kajian ini juga dihuraikan dengan mudah dan jelas serta dipaparkan dalam bentuk
jadual dan graf bagi memudahkan pemahaman serta penghuraian yang lebih berkesan.
Jadual 1: Mengenal pasti langkah-langkah pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang
kaum
Bil Item Jawapan 1 Jawapan 2 Jawapan 3 Min SD
1. Langkah-langkah yang
perlu diberi perhatian oleh
pihak sekolah bagi
memupuk masyarakat
berbilang kaum
50% 17.5% 32.5% 33.3333 16.2660
2. Kepentingan memupuk
masyarakat berbilang
kaum
10% 67.5% 22.5% 33.3333 30.2421
3. Pelaksanaan langkah-
langkah yang dibuat oleh
pihak sekolah bagi
memupuk masyarakat
berbilang kaum
72.5% 27.5% 0% 33.3333 36.6003
4. Keberhasilan terhadap
langkah yang dilakukan
oleh pihak sekolah bagi
memupuk perpaduan kaum
25% 62.5% 12.5% 33.3333 26.0208
5. Faktor terhadap sesetengah
pihak yang tidak
menyokong usaha pihak
sekolah untuk membentuk
perpaduan antara kaum
25% 35% 40% 33.3333 7.6376
6. Pelaksanaan langkah-
langkah yang diusahakan
oleh pihak sekolah ini
mampu melahirkan ramai
masyarakat yang
mempunyai sikap sayang
akan perpaduan diantara
kaum
27.5% 62.5% 10% 30 31.3249
Jumlah 196.6665 148.0917
Jadual 1 menunjukkan keputusan cadangan yang perlu diambil oleh pihak sekolah dalam
memupuk masyarakat berbilang kaum. Keputusan menunjukkan bahawa kesemua responden
memberikan jawapan yang positif terhadap soalan-soalan yang diberikan kepada mereka. Mereka
berpendapat bahawa pelajar mesti menggunakan bahasa melayu di sekolah. Di samping itu,
mereka juga berpendapat bahawa perpaduan kaum penting untuk menjadikan negara lebih
harmoni. Kebanyakan responden bersetuju dengan langkah-langkah yang telah dibuat oleh pihak
sekolah dan berpendapat pihak sekolah telah berjaya melakukan aktiviti dalam memupuk
perpaduan kaum. Selain itu, mereka mengatakan sesetengah pihak tidak menyokong akan usaha
pihak sekolah kerana mereka mengamalkan sikap penting terhadap diri sendiri. Akhir sekali,
mereka bersetuju bahawa usaha pihak sekolah mampu melahirkan ramai masyarakat yang
mempunyai sikap sayang akan perpaduan diantara kaum.
Jadual 2: Mengkaji masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang
kaum.
Bil Item Jawapan
1
Jawapan
2
Jawapan
3
Jawapan
4
Min SD
1. Masalah yang dihadapi
oleh pihak sekolah
dalam memupuk
masyarakat berbilang
kaum
27.5% 17.5% 27.5% 27.5% 25 5
2. Sebab masalah ini perlu
diatasi
55.3% 31.6% 13.1% 0% 25 24.0018
3. Persetujuan jika masalah
ini diselesaikan bersama
dengan pihak sekolah
40% 50% 10% 0% 25 23.8048
4. Cara terbaik yang
disarankan bagi
membantu pihak sekolah
untuk mengatasi
masalah ini
30% 25% 45% 0% 25 18.7083
5. Sebab masih ada
sebilangan pihak kurang
mengambil berat
terhadap masalah yang
dihadapi oleh pihak
sekolah dalam memupuk
masyarakat berbilang
kaum
40% 45% 15% 0% 25 21.2132
6. Persetujuan jika masalah
ini diselesaikan dengan
cara bertoleransi dan
bersefahaman ia mampu
memupuk masyarakat
berbilang kaum
35% 62.5% 2.5% 0% 25 29.6507
Jumlah 150 122.3788
Jadual 2 menunjukkan keputusan bagi masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk
masyarakat berbilang kaum. Para responden berpendapat bahawa, pihak sekolah menghadapi
masalah dalam memupuk perpaduan kaum kerana kekurangan sokongan ibu bapa, kelemahan
sistem pendidikan, dan kewujudan sekolah vernakular. Masalah ini perlu diatasi dengan segera
untuk mengelakkan perpecahan kaum di Malaysia. Selain itu, mereka bersetuju jika masalah ini
diselesaikan secara bersama dengan pihak sekolah. Di samping itu, cara yang terbaik bagi
membantu pihak sekolah untuk mengatasinya ialah menyediakan lebih banyak aktiviti-aktiviti
pelajar sesama mereka. Mereka juga berpendapat bahawa, sebilangan pihak kurang mengambil
berat tentang masalah ini kerana mereka menganggap ia adalah perkara yang kecil. Akhir sekali,
para responden bersetuju jika masalah ini diselesaikan dengan cara bertoleransi dan bersefahaman
ia mampu memupuk masyarakat berbilang kaum.
Jadual 3: Mengkaji kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang kaum
Bil Item Jawapan
1
Jawapan
2
Jawapan
3
Jawapan
4
Min SD
1. Nilai kesedaran
masyarakat yang kian
terserlah yang kita
lihat hasil dari peranan
sekolah
47.5% 17.5% 20% 15% 25 15.1383
2. Kepentingan nilai
kesedaran masyarakat
ini perlu dipupuk
dalam diri setiap
masyarakat
25% 42.5% 32.5% 0% 25 18.1430
3. Keberkesanan nilai
kesedaran masyarakat
berada pada tahap
yang sangat baik
22.5% 47.5% 25% 5% 25 17.4404
4. Persetujuan pihak
sekolah meneruskan
aktiviti menyambut
majlis-majlis perayaan
pelbagai kaum
disekolah
30% 65% 5% 0% 25 29.7209
5. Punca sesetengah
pihak masih
menyentuh perkara
sensitiviti antara kaum
37.5% 35% 27.5% 0% 25 17.1998
6. Persetujuan memupuk
sikap nilai kesedaran
masyarakat berbilang
kaum bukan sahaja
digalas oleh pihak
sekolah tetapi oleh
semua masyarakat
sekeliling
40% 50% 10% 0% 25 23.8048
Jumlah 150 121.4472
Jadual 3 menunjukkan keputusan bagi kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam
masyarakat berbilang kaum. Nilai kesedaran masyarakat yang kian terserlah yang kita lihat hasil
dari peranan sekolah ialah sekolah memupuk masyarakat berbilang kaum, seni budaya masing-
masing dipelajari oleh pelbagai kaum lain dan perayaan berbilang kaum disambut bersama.
Kepentingan nilai kesedaran masyarakat ini perlu dipupuk dalam diri setiap masyarakat ialah
untuk memupuk sikap kasih sayang sesama masyarakat. Selain itu, ramai bersetuju bahawa
keberkesanan nilai kesedaran masyarakat berada pada tahap yang sangat baik. Mereka juga
berpendapat bahawa pihak sekolah meneruskan aktiviti menyambut majlis-majlis perayaan
pelbagai kaum disekolah untuk memupuk perpaduan kaum. Di samping itu, punca sesetengah
pihak masih menyentuh perkara sensitiviti antara kaum ialah perselisihan faham antara kaum,
pengaruh media sosial dan pengaruh ideologi politik. Akhir sekali, para responden bersetuju
bahawa memupuk sikap nilai kesedaran masyarakat berbilang kaum bukan sahaja digalas oleh
pihak sekolah tetapi oleh semua masyarakat sekeliling.
6.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hasil analisis dan dapatan kajian menunjukkan
terdapatnya perbezaan mengenai peranan sekolah terhadap masyarakat berbilang kaum. Namun,
kebanyaknnya memberikan respons yang berbeza kerana setiap orang mempunyai kefahaman
sendiri dan pendirian yang tidak sama. Melalui kajian ini juga, pihak sekolah dapat mengetahui
masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum.
Contohnya, majoriti responden bersetuju untuk menyediakan lebih banyak aktiviti-aktiviti pelajar
sesama mereka dalam memupuk masyarakat berbilang kaum. Pihak sekolah boleh menggunakan
pendekatan integrasi untuk menjadikan tunjang perpaduan yang membolehkan masyarakat
berbilang kaum dan agama hidup bersama dalam keadaan harmoni, di samping mengekalkan
identiti kaum masing-masing.
Akhirulkalam, peranan sekolah sangat penting dalam memupuk masyarakat berbilang kaum.
Peranan sekolah bukan sahaja untuk memupuk masyarakat berbilang kaum tetapi berperanan
dalam melahirkan masyarakat yang mewujudkan perpaduan tinggi dan masyarakat yang sayang
akan negara. Namun begitu, tugas ini bukan sahaja harus dipikul oleh pihak sekolah sahaja tetapi
ibu bapa dan golongan masyarakat juga perlu berganding bahu untuk menjaga perpaduan yang
dibina dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Sekiranya, masyarakat tidak mengambil berat
tentang hal ini, akan membawa kesan negatif kepada negara seperti berlaku masalah perkauman
dan perpecahan kaum. Oleh itu, adalah penting untuk kita semua membuka minda dan lebih
terbuka dalam menerima isu yang membabitkan masyarakat berbilang kaum agar dapat melahirkan
generasi yang mempunyai semangat perpaduan tinggi, jati diri, integrasi dan toleransi.
7.0 RUJUKAN
Ena Wasli. 2019. Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat. Academia
Education. Universiti Brunei Darussalam.
Haika Khazi. 9 September 2019. Perpaduan Kaum di Malaysia Perlu Terus Utuh. Berita Harian.
Imaduddin Abidin. 12 August 2020. Sekolah Wawasan: Pemangkin atau Pemusnah Perpaduan.
UMP News. Universiti Malaysia Pahang.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Nur Ayuni Nusaibah Husin & Amir Hasan Dawi. 2019. Peranan Sekolah Dalam Pembentukan
Perpaduan Antara Kaum Dalam Kalangan Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

More Related Content

What's hot

Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanNaim Manaf
 
Budaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaranBudaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaran
Praba Rajamanickam
 
Procedng -memperkasakan_pend_luar_bandar
Procedng  -memperkasakan_pend_luar_bandarProcedng  -memperkasakan_pend_luar_bandar
Procedng -memperkasakan_pend_luar_bandarLili Yanty
 
Ketaksamaan peluang pendidikan murid orang asli, peribumi
Ketaksamaan peluang pendidikan murid orang asli, peribumiKetaksamaan peluang pendidikan murid orang asli, peribumi
Ketaksamaan peluang pendidikan murid orang asli, peribumielleirys
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikanmisscorby90
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikansookvon
 
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanTopik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanDady Cool Edek
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiVince Here
 
LMCW 2173 Hubungan Etnik
LMCW 2173 Hubungan EtnikLMCW 2173 Hubungan Etnik
LMCW 2173 Hubungan Etnik
Universiti Kebangsaan Malaysia
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikan
krys73
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
Rosnaliza07
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
MSURATISIDEK
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalsookvon
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
TeacherSofea
 

What's hot (16)

Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikan
 
Budaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaranBudaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaran
 
Procedng -memperkasakan_pend_luar_bandar
Procedng  -memperkasakan_pend_luar_bandarProcedng  -memperkasakan_pend_luar_bandar
Procedng -memperkasakan_pend_luar_bandar
 
Ketaksamaan peluang pendidikan murid orang asli, peribumi
Ketaksamaan peluang pendidikan murid orang asli, peribumiKetaksamaan peluang pendidikan murid orang asli, peribumi
Ketaksamaan peluang pendidikan murid orang asli, peribumi
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanTopik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah Integrasi
 
LMCW 2173 Hubungan Etnik
LMCW 2173 Hubungan EtnikLMCW 2173 Hubungan Etnik
LMCW 2173 Hubungan Etnik
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikan
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 

Similar to Artikel kumpulan 13

Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
MUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahROSLINDAWATI LIN
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Agnes Wong
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Zulfadhli Zulpress
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
jamilah abdul halim
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
yusranpkgpt
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalnormazua
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalnormazua
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
wmaswa80
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
zikril65
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
Mazida Ahmad
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
jamilah abdul halim
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
Jack Ong
 
Integrasi Nasional
Integrasi Nasional Integrasi Nasional
Integrasi Nasional
yusranpkgpt
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
Roslan Omar
 
INTEGRASI NASIONAL
INTEGRASI NASIONALINTEGRASI NASIONAL
INTEGRASI NASIONAL
yusrankhairi
 

Similar to Artikel kumpulan 13 (20)

Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
Integrasi Nasional
Integrasi Nasional Integrasi Nasional
Integrasi Nasional
 
K1 integrasi nasional
K1 integrasi nasionalK1 integrasi nasional
K1 integrasi nasional
 
INTEGRASI NASIONAL
INTEGRASI NASIONALINTEGRASI NASIONAL
INTEGRASI NASIONAL
 

More from NurulHazrati

A171916 projek akhir
A171916 projek akhir A171916 projek akhir
A171916 projek akhir
NurulHazrati
 
A171916 projek akhir pendidikan
A171916 projek akhir pendidikanA171916 projek akhir pendidikan
A171916 projek akhir pendidikan
NurulHazrati
 
A171916 bahan mengajar matematik 2
A171916 bahan mengajar matematik 2A171916 bahan mengajar matematik 2
A171916 bahan mengajar matematik 2
NurulHazrati
 
A171916 bahan mengajar matematik 1
A171916 bahan mengajar matematik 1A171916 bahan mengajar matematik 1
A171916 bahan mengajar matematik 1
NurulHazrati
 
A171916 bahan mengajar membaca 2
A171916 bahan mengajar membaca 2A171916 bahan mengajar membaca 2
A171916 bahan mengajar membaca 2
NurulHazrati
 
A171916 bahan mengajar membaca
A171916 bahan mengajar membacaA171916 bahan mengajar membaca
A171916 bahan mengajar membaca
NurulHazrati
 

More from NurulHazrati (6)

A171916 projek akhir
A171916 projek akhir A171916 projek akhir
A171916 projek akhir
 
A171916 projek akhir pendidikan
A171916 projek akhir pendidikanA171916 projek akhir pendidikan
A171916 projek akhir pendidikan
 
A171916 bahan mengajar matematik 2
A171916 bahan mengajar matematik 2A171916 bahan mengajar matematik 2
A171916 bahan mengajar matematik 2
 
A171916 bahan mengajar matematik 1
A171916 bahan mengajar matematik 1A171916 bahan mengajar matematik 1
A171916 bahan mengajar matematik 1
 
A171916 bahan mengajar membaca 2
A171916 bahan mengajar membaca 2A171916 bahan mengajar membaca 2
A171916 bahan mengajar membaca 2
 
A171916 bahan mengajar membaca
A171916 bahan mengajar membacaA171916 bahan mengajar membaca
A171916 bahan mengajar membaca
 

Recently uploaded

Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
ISMAHANIBINTIAZIMEEK
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (7)

Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 

Artikel kumpulan 13

  • 1. KURSUS GGGE 2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1 SESI 2020/2021 TAJUK PERANAN SEKOLAH TERHADAP MASYARAKAT BERBILANG KAUM PENSYARAH LT. KOL. MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN EN MD YUSOFF DAUD DR MOHD KHALID BIN MOHAMAD NASIR DR NOR HAFIZAH BINTI ADNAN AHLI KUMPULAN : NUR AINA NAJIHAH BINTI AHMAD HISHAM (A170361) NUR FAIQAH MUNIRAH BINTI KHAIRUL ANWAR (A169827) NURUL HAZRATI BINTI RAZALI (A171916) KAHVIA RAJ A/L MOGANADAS (A170510) MUHAMMAD IZZUL BIN RAZLAN (A184319)
  • 2. Abstrak Kajian terhadap peranan sekolah terhadap masyarakat berbilang kaum telah dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji langkah-langkah pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum,mengkaji masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum dan mengkaji kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang kaum. Permasalahan kajian adalah isu perkauman yang semakin hangat di perkatakan sehingga dapat menjejaskan hubungan baik antara kaum. Oleh itu, dengan adanya kajian ini dapatlah mengetahui langkah-langkah pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum serta kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang kaum. Perpaduan kaum ialah perpaduan merujuk sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Selain itu, perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah soal selidik dan kaedah rujukan. 40 orang responden telah dipilih secara rawak untuk membantu kami menjalankan kajian ini. Kata kunci: Perpaduan kaum, peranan sekolah 1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Bahasa perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Selain itu, perpaduan juga dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara selain itu Malaysia juga mempunyai beberapa etnik kaum yang utama seperti Melayu, Cina, India dan Bumiputera sebagai penduduk
  • 3. negara Malaysia. Justeru itu, pelbagai adat resam serta agama yang kita dapat lihat di Malaysia. Rakyat Malaysia juga dapat mempelajari ada budaya etnik yang lain. Selain daripada kaum Melayu,Cina,India Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang lain seperti Iban, Bidayuh,Melanau,Orang Ulu dan banyak lagi. Rakyat Malaysia seharusnya bekerjasama untuk menyatupadukan semua kaum di Malaysia. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat. Sistem pendidikan merupakan asas yang penting dalam membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan latar belakang sosio-budaya yang berbeza. Oleh itu, setiap dasar yang di laksanakan perlulah selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pendidikan semata-mata, tetapi juga sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan dan memupuk integrasi antara kaum. Dengan isu tentang perkauman yang hangat diperkatakan seperti kes pemandu mabuk yang semakin hari semakin meningkat telah menimbulkan persalahfahaman tentang sesuatu kaum. Dengan meningkatan kes tersebut menyebabkan semua pihak memandang serong terhadap sebuah kaum. Sedangkan yang melakukan kesalahan tersebut hanyalah seorang sahaja tetapi semua masyarakat telah memandang serong terhadap kaum tersebut. Akibat daripada isu ini telah menyebabkan berlaku persalahfahaman di antara kaum yang lain. Kita dapat melihat isu ini dibangkitkan di media sosial yang menyebabkan isu perkauman tercetus akibat dari isu ini. Maka dengan itu, kita seharusnya mendidik generasi baharu untuk memahami konsep perpaduan untuk kesejahteraan negara kita pada masa akan datang. Sekolah merupakan antara tempat awal untuk kanak-kanak menerima pembelajaran maka dengan itu, pihak sekolah seharusnya mengaplikasikan pembelajaran tentang perkauman di sekolah. Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Untuk itu, sekolah turut dapat mewujudkan perpaduan bagi membentukkan dan
  • 4. memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum. Hal ini demikian, agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Seterusnya, banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang menjadi tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan dan remaja pelbagai kaum. Di sekolah jugalah mereka belajar dan mula tahu mengenai adat resam, budaya dan agama rakan-rakan daripada kaum lain. Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum lain di alam persekolahan ini membina perspektif unik dalam diri kanak-kanak dan remaja sehinggalah dewasa apabila mereka mudah menerima serta mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang lain di Malaysia. 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Peranan pendidikan penting dalam memupuk integrasi dan perpaduan kaum. Pendidikan adalah faktor utama dalam membina kerakyatan yang berbilang kaum dan agama. Menurut Ahmad Zaharuddin (2014) kepelbagaian kaum ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di mata dunia. Sistem pendidikan di Malaysia telah mewujudkan sekolah sistem pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan tamil dan sekolah jenis kebangsaan cina. Jadi, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dibuat sebagai langkah dan strategi untuk memupuk perpaduan di negara Malaysia. Menurut Ahmad Ali Seman dan Warti (2013) berpendapat bahawa perpaduan merupakan satu proses penyatuan yang merangkumi kesuluruhan aspek seperti fizikal, ekonomi, sosial dan politik. Antara langkah dan strategi tersebut ialah menjadikan bahasa kebangsaaan sebagai bahasa pengantar utama, mewujudkan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sekolah wawasan, memastikan sukatan pelajaran yang seragam dan sistem peperiksaan yang seragam dan menggalakkan pelbagai program pendidikan diadakan bagi menggalakkan integrasi kaum di negara ini. Sekolah memainkan peranan penting untuk berpegang pada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini. Jika sekolah di negara ini tidak memegang pada dasar tersebut, kemungkinan berlakunya kepentingan kaum masing-masing sahaja. Pemikiran yang hanya memikirkan kepentingan kaum masing-masing perlu dibuang jauh kerana pendidikan negara kita makin berkembang maju dan bersifat global. Keharmonian dalam hubungan memupuk
  • 5. masyarakat berbilang kaum dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman yang baik terhadapat peranan masing-masing dalam menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji peranan sekolah terhadap masyarakat berbilang kaum. Pengkaji ingin mengkaji sejauhmana pihak sekolah dapat membantu untuk memupuk masyarakat berbilang kaum. Hal ini kerana perpaduan antara kaum bermulanya dari pendidikan di sekolah. Pengkaji juga ingin mengetahui apa masalah yang sering dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum. Hal ini kerana persefahaman antara kaum adalah berbeza, jadi untuk membentuk perpaduan di antara kaum lain agak memberi cabaran kepada pihak sekolah. Selain itu, pengkaji juga ingin mengkaji sejauhmana kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang kaum. Hal ini kerana, masyarakat seperti golongan muda lebih berfikiran terbuka dan mudah untuk menerima ilmu dan pandangan tentang perpaduan kaum yang diajar di sekolah. Oleh itu, pengkaji dapat menilai dan menganalisis isu-isu ini mengikut objektif kajian selepas borang soal selidik diedarkan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah : 1. Mengenal pasti langkah-langkah pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum. 2. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum. 3. Mengkaji kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang kaum.
  • 6. 4.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui pengedaran borang soal selidik dan kaedah rujukan. Borang soal selidik ini diedarkan kepada 40 orang responden yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat mengikut jantina, umur, taraf pendidikan, bangsa dan juga agama untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan pandangan menyeluruh berkaitan kajian ini. Borang soal selidik ini juga menggunakan kaedah soal selidik berbentuk tertutup kerana soalannya yang berstruktur dan responden hanya perlu memilih jawapan yang disediakan sahaja. Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian pertama berkenaan demografi ringkas responden iaitu jantina, umur, taraf pendidikan, bangsa dan agama. Bahagian kedua merujuk kepada soalan berkenaan objektif pertama kajian iaitu mengenal pasti langkah- langkah pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum manakala bahagian ketiga merujuk kepada objektif kedua iaitu mengkaji masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum dan bahagian terakhir merujuk kepada objektif ketiga kajian iaitu mengkaji kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang kaum. 5.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian ini dianalisis dengan huraian deskriptif bagi melihat kekerapan dan peratusan bagi setiap instrumen dalam borang soal selidik untuk mencapai keputusan terhadap objektif kajian. Dapatan kajian ini juga dihuraikan dengan mudah dan jelas serta dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf bagi memudahkan pemahaman serta penghuraian yang lebih berkesan.
  • 7. Jadual 1: Mengenal pasti langkah-langkah pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum Bil Item Jawapan 1 Jawapan 2 Jawapan 3 Min SD 1. Langkah-langkah yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah bagi memupuk masyarakat berbilang kaum 50% 17.5% 32.5% 33.3333 16.2660 2. Kepentingan memupuk masyarakat berbilang kaum 10% 67.5% 22.5% 33.3333 30.2421 3. Pelaksanaan langkah- langkah yang dibuat oleh pihak sekolah bagi memupuk masyarakat berbilang kaum 72.5% 27.5% 0% 33.3333 36.6003 4. Keberhasilan terhadap langkah yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi memupuk perpaduan kaum 25% 62.5% 12.5% 33.3333 26.0208 5. Faktor terhadap sesetengah pihak yang tidak menyokong usaha pihak sekolah untuk membentuk perpaduan antara kaum 25% 35% 40% 33.3333 7.6376 6. Pelaksanaan langkah- langkah yang diusahakan oleh pihak sekolah ini mampu melahirkan ramai masyarakat yang mempunyai sikap sayang akan perpaduan diantara kaum 27.5% 62.5% 10% 30 31.3249 Jumlah 196.6665 148.0917
  • 8. Jadual 1 menunjukkan keputusan cadangan yang perlu diambil oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum. Keputusan menunjukkan bahawa kesemua responden memberikan jawapan yang positif terhadap soalan-soalan yang diberikan kepada mereka. Mereka berpendapat bahawa pelajar mesti menggunakan bahasa melayu di sekolah. Di samping itu, mereka juga berpendapat bahawa perpaduan kaum penting untuk menjadikan negara lebih harmoni. Kebanyakan responden bersetuju dengan langkah-langkah yang telah dibuat oleh pihak sekolah dan berpendapat pihak sekolah telah berjaya melakukan aktiviti dalam memupuk perpaduan kaum. Selain itu, mereka mengatakan sesetengah pihak tidak menyokong akan usaha pihak sekolah kerana mereka mengamalkan sikap penting terhadap diri sendiri. Akhir sekali, mereka bersetuju bahawa usaha pihak sekolah mampu melahirkan ramai masyarakat yang mempunyai sikap sayang akan perpaduan diantara kaum.
  • 9. Jadual 2: Mengkaji masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum. Bil Item Jawapan 1 Jawapan 2 Jawapan 3 Jawapan 4 Min SD 1. Masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum 27.5% 17.5% 27.5% 27.5% 25 5 2. Sebab masalah ini perlu diatasi 55.3% 31.6% 13.1% 0% 25 24.0018 3. Persetujuan jika masalah ini diselesaikan bersama dengan pihak sekolah 40% 50% 10% 0% 25 23.8048 4. Cara terbaik yang disarankan bagi membantu pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini 30% 25% 45% 0% 25 18.7083 5. Sebab masih ada sebilangan pihak kurang mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum 40% 45% 15% 0% 25 21.2132 6. Persetujuan jika masalah ini diselesaikan dengan cara bertoleransi dan bersefahaman ia mampu memupuk masyarakat berbilang kaum 35% 62.5% 2.5% 0% 25 29.6507 Jumlah 150 122.3788
  • 10. Jadual 2 menunjukkan keputusan bagi masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum. Para responden berpendapat bahawa, pihak sekolah menghadapi masalah dalam memupuk perpaduan kaum kerana kekurangan sokongan ibu bapa, kelemahan sistem pendidikan, dan kewujudan sekolah vernakular. Masalah ini perlu diatasi dengan segera untuk mengelakkan perpecahan kaum di Malaysia. Selain itu, mereka bersetuju jika masalah ini diselesaikan secara bersama dengan pihak sekolah. Di samping itu, cara yang terbaik bagi membantu pihak sekolah untuk mengatasinya ialah menyediakan lebih banyak aktiviti-aktiviti pelajar sesama mereka. Mereka juga berpendapat bahawa, sebilangan pihak kurang mengambil berat tentang masalah ini kerana mereka menganggap ia adalah perkara yang kecil. Akhir sekali, para responden bersetuju jika masalah ini diselesaikan dengan cara bertoleransi dan bersefahaman ia mampu memupuk masyarakat berbilang kaum.
  • 11. Jadual 3: Mengkaji kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang kaum Bil Item Jawapan 1 Jawapan 2 Jawapan 3 Jawapan 4 Min SD 1. Nilai kesedaran masyarakat yang kian terserlah yang kita lihat hasil dari peranan sekolah 47.5% 17.5% 20% 15% 25 15.1383 2. Kepentingan nilai kesedaran masyarakat ini perlu dipupuk dalam diri setiap masyarakat 25% 42.5% 32.5% 0% 25 18.1430 3. Keberkesanan nilai kesedaran masyarakat berada pada tahap yang sangat baik 22.5% 47.5% 25% 5% 25 17.4404 4. Persetujuan pihak sekolah meneruskan aktiviti menyambut majlis-majlis perayaan pelbagai kaum disekolah 30% 65% 5% 0% 25 29.7209 5. Punca sesetengah pihak masih menyentuh perkara sensitiviti antara kaum 37.5% 35% 27.5% 0% 25 17.1998 6. Persetujuan memupuk sikap nilai kesedaran masyarakat berbilang kaum bukan sahaja digalas oleh pihak sekolah tetapi oleh semua masyarakat sekeliling 40% 50% 10% 0% 25 23.8048 Jumlah 150 121.4472
  • 12. Jadual 3 menunjukkan keputusan bagi kesedaran masyarakat terhadap peranan sekolah dalam masyarakat berbilang kaum. Nilai kesedaran masyarakat yang kian terserlah yang kita lihat hasil dari peranan sekolah ialah sekolah memupuk masyarakat berbilang kaum, seni budaya masing- masing dipelajari oleh pelbagai kaum lain dan perayaan berbilang kaum disambut bersama. Kepentingan nilai kesedaran masyarakat ini perlu dipupuk dalam diri setiap masyarakat ialah untuk memupuk sikap kasih sayang sesama masyarakat. Selain itu, ramai bersetuju bahawa keberkesanan nilai kesedaran masyarakat berada pada tahap yang sangat baik. Mereka juga berpendapat bahawa pihak sekolah meneruskan aktiviti menyambut majlis-majlis perayaan pelbagai kaum disekolah untuk memupuk perpaduan kaum. Di samping itu, punca sesetengah pihak masih menyentuh perkara sensitiviti antara kaum ialah perselisihan faham antara kaum, pengaruh media sosial dan pengaruh ideologi politik. Akhir sekali, para responden bersetuju bahawa memupuk sikap nilai kesedaran masyarakat berbilang kaum bukan sahaja digalas oleh pihak sekolah tetapi oleh semua masyarakat sekeliling.
  • 13. 6.0 KESIMPULAN Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hasil analisis dan dapatan kajian menunjukkan terdapatnya perbezaan mengenai peranan sekolah terhadap masyarakat berbilang kaum. Namun, kebanyaknnya memberikan respons yang berbeza kerana setiap orang mempunyai kefahaman sendiri dan pendirian yang tidak sama. Melalui kajian ini juga, pihak sekolah dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum. Contohnya, majoriti responden bersetuju untuk menyediakan lebih banyak aktiviti-aktiviti pelajar sesama mereka dalam memupuk masyarakat berbilang kaum. Pihak sekolah boleh menggunakan pendekatan integrasi untuk menjadikan tunjang perpaduan yang membolehkan masyarakat berbilang kaum dan agama hidup bersama dalam keadaan harmoni, di samping mengekalkan identiti kaum masing-masing. Akhirulkalam, peranan sekolah sangat penting dalam memupuk masyarakat berbilang kaum. Peranan sekolah bukan sahaja untuk memupuk masyarakat berbilang kaum tetapi berperanan dalam melahirkan masyarakat yang mewujudkan perpaduan tinggi dan masyarakat yang sayang akan negara. Namun begitu, tugas ini bukan sahaja harus dipikul oleh pihak sekolah sahaja tetapi ibu bapa dan golongan masyarakat juga perlu berganding bahu untuk menjaga perpaduan yang dibina dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Sekiranya, masyarakat tidak mengambil berat tentang hal ini, akan membawa kesan negatif kepada negara seperti berlaku masalah perkauman dan perpecahan kaum. Oleh itu, adalah penting untuk kita semua membuka minda dan lebih terbuka dalam menerima isu yang membabitkan masyarakat berbilang kaum agar dapat melahirkan generasi yang mempunyai semangat perpaduan tinggi, jati diri, integrasi dan toleransi.
  • 14. 7.0 RUJUKAN Ena Wasli. 2019. Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat. Academia Education. Universiti Brunei Darussalam. Haika Khazi. 9 September 2019. Perpaduan Kaum di Malaysia Perlu Terus Utuh. Berita Harian. Imaduddin Abidin. 12 August 2020. Sekolah Wawasan: Pemangkin atau Pemusnah Perpaduan. UMP News. Universiti Malaysia Pahang. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Nur Ayuni Nusaibah Husin & Amir Hasan Dawi. 2019. Peranan Sekolah Dalam Pembentukan Perpaduan Antara Kaum Dalam Kalangan Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.