Artikel ini memfokuskan kajian terhadap transformasi pengajian aliran Islam yang berlaku di Malaysia sejak dari zaman kemerdekaan. Sorotan telah dilakukan terhadap pusat-pusat pengajian berteraskan Islam sama ada berbentuk formal ataupun tidak formal. Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana sumbangan institusi pengajian Islam dan sejarah perkembangannya dalam mentransformasikan serta menjana pembangunan insan holistik di Malaysia. Bagi mencapai objektif, kajian ini dilaksanakan menggunakan metode kepustakaan yang terdiri daripada rujukan artikel, buku, tesis, akhbar dan sebagainya. Kajian ini mendapati, institusi pengajian Islam pondok, madrasah dan universiti atau kolej universiti menyumbangkan impak positif dan menjadi teras pengajian Islam awal di Malaysia selain bermatlamat membangunkan manusia yang berstatus ulama, cendekiawan serta teknokrat Muslim yang disegani. Diharapkan institusi-institusi pengajian Islam yang telah wujud di Malaysia ini mampu menggalas amanah dan tanggungjawab bagi mencapai visi dan misi ‘ummah’ agar selari dengan tuntutan zaman moden.
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...MuhammadZulaziziMohd
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran untuk murid Autisme. Kajian ini dilakukan menggunakan set soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 40 orang guru yang mengajar di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dipilih secara rawak. Data kuantitatif daripada soal selidik ini dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS versi 22 bagi mendapatkan kekerapan (frekuensi), peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara tahap kemahiran dengan sikap guru menggunakan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran murid Autisme. Hasil analisis kajian mendapati, tahap kemahiran guru (M=3.63, SP.=0.82) dan sikap guru (M=3.80, SP.=0.71) berada pada aras sederhana tinggi. Sementara itu, kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran dengan sikap guru. Sememangnya tahap kemahiran dan sikap guru ke arah menggunakan multimedia dalam pengajaran adalah positif tetapi mempunyai kelemahan dari aspek pengaplikasian item-item multimedia. Justeru, semasa menjalankan proses pengajaran, seseorang guru mesti mengambil kira mengenai tahap kemahiran untuk diaplikasikan dan kebersediaan sikap guru untuk membina proses pengajaran berasaskan multimedia agar menjadi lebih efektif.
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...MuhammadZulaziziMohd
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran untuk murid Autisme. Kajian ini dilakukan menggunakan set soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 40 orang guru yang mengajar di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dipilih secara rawak. Data kuantitatif daripada soal selidik ini dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS versi 22 bagi mendapatkan kekerapan (frekuensi), peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara tahap kemahiran dengan sikap guru menggunakan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran murid Autisme. Hasil analisis kajian mendapati, tahap kemahiran guru (M=3.63, SP.=0.82) dan sikap guru (M=3.80, SP.=0.71) berada pada aras sederhana tinggi. Sementara itu, kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran dengan sikap guru. Sememangnya tahap kemahiran dan sikap guru ke arah menggunakan multimedia dalam pengajaran adalah positif tetapi mempunyai kelemahan dari aspek pengaplikasian item-item multimedia. Justeru, semasa menjalankan proses pengajaran, seseorang guru mesti mengambil kira mengenai tahap kemahiran untuk diaplikasikan dan kebersediaan sikap guru untuk membina proses pengajaran berasaskan multimedia agar menjadi lebih efektif.
Pendidikan yang seimbang perlu merangkumi pendidikan Islam. Keperluan ini wujud bagi memartabatkan modal insan yang mapan dalam aspek kerohanian dan keperibadian seperti mana yang telah digariskan dalam al-Quran supaya generasi seterusnya mampu menjadi pemangkin terhadap kemajuan negara dan membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk terus mengembeling ilmu pengetahuan yang berteraskan pendidikan Islam agar selaras dengan peredaran zaman. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah salah satu inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang menyediakan pelbagai pakej latihan termasuklah kemahiran berbentuk teknikal, vokasional dan keusahawan sebagai modus pembelajaran terhadap komuniti. Oleh sebab itulah, kajian ini telah dilakukan secara konseptual tentang pelaksanaan latihan program PISH yang telah dijalankan di kolej komuniti. Untuk memenuhi tuntutan tujuan kajian, kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kepustakaan yang terdiri daripada sumber sekunder seperti artikel jurnal, buku, tesis, akhbar dan sebagainya. Kajian ini mendapati, program PISH bukan sahaja telah melestarikan pemerkasaan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat malah ia juga berjaya memperkukuhkan nilai keagamaan dan jati diri masyarakat melalui Pendidikan Islam secara berterusan. Justeru, penemuan kertas kerja ini diharapkan mampu menyumbangkan serba sedikit maklumat mengenai PISH kepada masyarakat Malaysia agar lebih produktif, berintektual, efisien dan berguna kepada negara kelak (Balanced education should include Islamic education. This need exists to uphold the sustainable human capital in terms of spirituality and personality as highlighted in the Quran so that the next generation can be a catalyst for national progress and open opportunities for all walks of life to continue to train knowledge based on Islamic education to be consistent with the passage of time. Lifelong Islamic Education (PISH) is one of the Lifelong Learning (PSH) initiatives that provides various training packages including technical, vocational and entrepreneurial skills as a mode of learning for the community. For this reason, this study has been done conceptually on the implementation of PISH training that have been conducted in community colleges. To meet the demands of the purpose of the study, this study was conducted using librarian methods consisting of secondary sources such as journal articles, books, theses, newspapers and so on. This study found that the PISH program has not only preserved the empowerment of knowledge culture among the community but it has also succeeded in strengthening the religious values and identity of the community through Islamic Education continuously.
Pendidikan yang seimbang perlu merangkumi pendidikan Islam. Keperluan ini wujud bagi memartabatkan modal insan yang mapan dalam aspek kerohanian dan keperibadian seperti mana yang telah digariskan dalam al-Quran supaya generasi seterusnya mampu menjadi pemangkin terhadap kemajuan negara dan membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk terus mengembeling ilmu pengetahuan yang berteraskan pendidikan Islam agar selaras dengan peredaran zaman. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah salah satu inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang menyediakan pelbagai pakej latihan termasuklah kemahiran berbentuk teknikal, vokasional dan keusahawan sebagai modus pembelajaran terhadap komuniti. Oleh sebab itulah, kajian ini telah dilakukan secara konseptual tentang pelaksanaan latihan program PISH yang telah dijalankan di kolej komuniti. Untuk memenuhi tuntutan tujuan kajian, kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kepustakaan yang terdiri daripada sumber sekunder seperti artikel jurnal, buku, tesis, akhbar dan sebagainya. Kajian ini mendapati, program PISH bukan sahaja telah melestarikan pemerkasaan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat malah ia juga berjaya memperkukuhkan nilai keagamaan dan jati diri masyarakat melalui Pendidikan Islam secara berterusan. Justeru, penemuan kertas kerja ini diharapkan mampu menyumbangkan serba sedikit maklumat mengenai PISH kepada masyarakat Malaysia agar lebih produktif, berintektual, efisien dan berguna kepada negara kelak (Balanced education should include Islamic education. This need exists to uphold the sustainable human capital in terms of spirituality and personality as highlighted in the Quran so that the next generation can be a catalyst for national progress and open opportunities for all walks of life to continue to train knowledge based on Islamic education to be consistent with the passage of time. Lifelong Islamic Education (PISH) is one of the Lifelong Learning (PSH) initiatives that provides various training packages including technical, vocational and entrepreneurial skills as a mode of learning for the community. For this reason, this study has been done conceptually on the implementation of PISH training that have been conducted in community colleges. To meet the demands of the purpose of the study, this study was conducted using librarian methods consisting of secondary sources such as journal articles, books, theses, newspapers and so on. This study found that the PISH program has not only preserved the empowerment of knowledge culture among the community but it has also succeeded in strengthening the religious values and identity of the community through Islamic Education continuously.
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...MuhammadZulaziziMohd
Untuk kekal maju dalam ilmu dan komunikasi di pentas global, keperluan variasi media sebagai suatu kuasa kawalan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dipinggirkan oleh mana-mana sektor pendidikan di dunia. Keunggulan memanfaatkan variasi media dalam korpus ilmu mampu menatijahkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermutu. Senario pendidikan sejagat berkembang begitu pesat telah mensasarkan suatu bentuk pengintegrasian variasi media dalam pengajaran dan pembelajaran yang mesti ditingkatkan oleh semua warga pendidik di Malaysia. Oleh sebab itulah, kajian ini dilakukan bagi menyoroti variasi media dalam era modenisasi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan di Malaysia. Kajian ini dijalankan menggunakan metode kepustakaan. Proses pengumpulan data pula adalah melalui sorotan ilmiah seperti buku ilmiah, dapatan jurnal, seminar persidangan, laporan akhbar dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh dihimpun, diteliti dan diolah secara mendalam dan bersesuaian dengan kriteria objektif kajian. Hasil kajian mendapati, terdapat empat (4) komponen utama dalam variasi media yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan di Malaysia iaitu kegunaan (sudut interaktif), kemudahgunaan (revolusi perhubungan), kebergunaan (kesepaduan unsur) dan kebolehgunaan (modul dan model). Kesimpulannya, diharapkan maklumat mengenai variasi media ini mampu mendasari aktiviti gerak kerja pengajaran dan pembelajaran di Malaysia serta diamalkan secara praktikal mahupun teorikal.
(To stay ahead in the knowledge and communication on the global stage, the need for media variations as a teaching and learning escort cannot be marginalized by any education sector in the world. The advantages of utilizing media variations in knowledge can address a form of education that is more quality. The global education scenario has developed so rapidly that it has targeted a form of integration of the media variations in teaching and learning that must be enhanced by teachers in Malaysia. For this reason, this study was conducted to highlight the media variations in the era of modernization that may be applied in education in Malaysia. This study was conducted using the library methods. The process of data collection was through conceptual analysis such as books, journals, proceedings, newspapers, and so on. The information obtained will be gathered, researched, and processed in-depth and suitable to the objective of the study. The study found that there are four (4) components of media variations that can be applied in education in Malaysia: use (interactive aspect), ease of use (relationship revolution), usefulness (elemental integration), and usability (modules and models). In conclusion, it is hoped that information on media variations can underpin teaching and learning activities in Malaysia and be practised both practically and theoretically
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...MuhammadZulaziziMohd
This research is discussing “As-Saja’” (Rhymed Prose) in the verse of “Rahman”. “As-Saja’” is one of the various forms of “Muhasanat Lafziah” (Beautiful of Verbal) discussion in the vicinity of “Balaghah” (Rhetoric). This research gives an understanding and explanation for those who didn’t understand “As-Saja’”. And this research focuses on analysis research based on a qualitative method which means the researcher refers to sources from books “Balaghah” that relate to “As-Saja’”. This research studies “As-Saja’” and its specialty in “Ilmu Balaghah” (Rhetorical Knowledge). The researcher will start this research with the elaborate meaning of “As-Saja’” and gives examples until understands it. Then, the researcher will search ‘Uslub As-Saja’” (Rhymed Prose Style) in the verse of “Rahman” to identify the number and position of “Uslub As-Saja’” in this verse. The resulting research shows that the verse of “Rahman” contains with ‘Uslub Balaghah’ (Rhetorical Style) includes the “As-Saja’”.
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...MuhammadZulaziziMohd
This study aims to examine the level of professionalism of religious primary school teachers of the Federal Territory Islamic Religious Department (JAWI) on the practice of teaching implementation. This study involved 274 teachers of Religious Primary School (SRA) JAWI in the Federal Territory of Kuala Lumpur. Quantitative data using a questionnaire instrument were analyzed descriptively using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 22 to obtain the frequency, percentage, mean, interpretation, and standard deviation. The results of the study on the level of professionalism of religious primary school teachers of the Federal Territory Islamic Religious Department (JAWI) on the practice of teaching implementation recorded a high level (M=4.20, S.D = 0.26). Indeed, the level of professionalism of SRA-JAWI teachers towards the practice of teaching implementation is positive but has weaknesses in terms of the application of computers in teaching. Thus, while conducting the teaching process, a teacher must take into account the constraints encountered while using ICT in teaching sessions to be applied and the readiness of teachers to do ICT-based teaching in order to be more effective. In conclusion, the study shows that the level of professionalism of SRA-JAWI teachers on the practice of teaching implementation is very good
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdfMuhammadZulaziziMohd
Kertas penyelidikan ini membincangkan kefalsafahan dan kurikulum kependidikan Islam Abu Hamid al-Ghazali dan beberapa korpus metodologi yang wajar digunapakai bagi mencorakkan warna-warni pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Konsep pendidikan yang berteraskan Islam oleh Abu Hamid al-Ghazali mengandungi banyak faedah dan manfaat yang boleh diaplikasikan supaya moral dan akhlak seseorang manusia bertambah mantap dan holistik. Penyelidikan ini dijalankan menggunakan metode kualitatif yang berbentuk kepustakaan. Proses pengumpulan data pula adalah melalui sorotan ilmiah seperti jurnal, prosiding, buku, artikel, ensiklopedia dan lain-lain lagi yang mana dikenali sebagai analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa, beberapa komponen, model dan teori berdasarkan pemikiran Abu Hamid al-Ghazali dapat memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan bidang pendidikan Islam selain menggambarkan kriteria sebenar sesebuah masyarakat bertamadun
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdfMuhammadZulaziziMohd
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap profesionalisme guru sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadap amalan perancangan pengajaran. Secara umumnya, reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk set soal selidik. Di samping itu, bilangan sampel kajian yang diambil adalah seramai 274 responden yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data kuantitatif ini dianalisis secara deskriptif melalui perisian SPSS, versi 22 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap profesionalisme guru SRA-JAWI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan amalan perancangan pengajaran berada pada tahap tinggi (M=4.40, SP=0.32). Implikasi kajian ini dapat menjadi panduan kepada guru-guru yang lain dalam usaha menambahbaik amalan perancangan pengajaran dalam bidang masing-masing dan mampu menghasilkan pengajaran yang berkesan dan berkualiti. Sebagai kesimpulannya, kualiti amalan perancangan pengajaran guru SRA-JAWI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dikekalkan agar kecemerlangan pendidikan berterusan dan mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...MuhammadZulaziziMohd
Kajian ini membincangkan kaedah pengajaran berkesan yang digunakan oleh guru-guru
Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dalam pengajaran tajwid al-Quran di negeri Kedah
seperti mana yang telah ditetapkan oleh Standard Guru Malaysia (SGM). Program KAFA
merupakan suatu konsep pendidikan agama di peringkat rendah bagi menyokong dan
memperkukuhkan pendidikan Islam yang sedia ada yang telah ditetapkan dalam pelaksanaan
pendidikan kebangsaan. Penekanan yang diberikan dalam program tersebut adalah dalam
aspek kemahiran membaca al-Quran dengan bertajwid dan pengukuhan asas-asas fardu ain
dalam kalangan murid-murid sekolah rendah, termasuk pengetahuan bahasa Arab dan teknik
kemahiran menulis Jawi. Kajian ini melibatkan 210 orang guru yang mengajar di sekolah
KAFA di negeri Kedah. Secara umumnya, kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif
iaitu kaedah deskriptif yang menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian. Tahap
kebolehpercayaan alfa Cronbach untuk semua bahagian dalam borang soal selidik juga ialah
tinggi (>0.9). Akhir sekali, data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian
SPSS versi 22 bagi mendapatkan kekerapan, peratus, skor min dan sisihan piawai. Hasil
kajian menunjukkan pelaksanaan kaedah pengajaran berkesan guru-guru KAFA berada pada
tahap sederhana tinggi dan tinggi. Kajian ini diharapkan dapat membantu para guru dan pihak
pentadbir sekolah dalam usaha menambah baik kualiti pengajaran terutama dalam
matapelajaran tajwid al-Quran agar mampu menghasilkan pengajaran yang berkesan dan
cemerlang
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive StudiesMuhammadZulaziziMohd
The research aims at studying As-Saja’ of the Soothsayers and issues in the Quran. As-Saja’ is one of the several forms of Rhymed Prose in Arabic Literature. This research gives an understanding and explanation for those who didn’t understand As-Saja’ of the Soothsayers and its issues in the Holy Quran based on views among Muslim scholars. And this research focuses on analysis research based on a descriptive method that means the researcher refers to secondary sources from books of Arabic Literature that relate with As-Saja’. These research studies are about As-Saja’ and its specialty in Arabic Literature Knowledge. The researcher started this research with the explain meaning of Ilm Badi’ and As-Saja’ and give the instances until understanding it. Then, the researcher also discussed the soothsayers or diviners from Jahiliyah's famous era in detail. Finally, this research shows that As-Saja’ contains with the issues includes the different sayings of scholars regarding the use of As-Saja’ in the Holy Quran
Membina pemikiran bermaksud berlakunya proses menggunakan minda secara rasional untuk menjadikan manusia itu tahu. Tahu tentang sesuatu perkara adalah asas utama kepada penimbaan maklumat dan ilmu pengetahuan. Tidak semua maklumat ialah ilmu akan tetapi setiap ilmu pengetahuan adalah maklumat. Manusia selalu ingin mengetahui tentang sesuatu di sekelilingnya. Mengetahui dapat membina pemikiran manusia. Membina pemikiran sahaja tidak memadai bahkan memerlukan hati yang terbina. Kualiti amal datangnya dari hati yang terbina. Maka pemikiran yang dibina diibaratkan bateri untuk menggerakkan pancaindera dan anggota. Apabila pancaindera dan anggota hanya mendapat tenaga untuk mula bergerak, pergerakannya tanpa ada haluan. Tiada tujuan akan mengheret kesesatan. Tetapi pemikiran yang dibina berserta hati yang terbina memberikan tenaga yang jelas menunjukkan pedoman untuk mengerti makna diri dan erti kehidupan.
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...MuhammadZulaziziMohd
This research was conducted to investigate the Islamic Education Teachers’ (IET) readiness in conducting 21st-century learning style in primary schools of Kuala Kangsar District. The research was conducted by employing a quantitative approach with a survey method, which involved 140 respondents of IET serving in primary schools of Kuala Kangsar District. The data obtained were analyzed using the descriptive analysis to explain the readiness of teachers in conducting 21st-century learning. The findings revealed that the teachers had a high level of readiness (M=3.8, SD=0.5). In conclusion, the IET in the district of Kuala Kangsaris ready to accept and conduct 21st-century learning as the current method of teaching and learning in education. The teachers were identified to have high readiness to fulfill the desire for executing 21st-century learning based on the guidelines given by the Malaysian Ministry of Education. However, the teachers need to be trained and given workshops on the 21st century learning to improve their readiness and effectiveness. This is important as the teachers are the ones implementing and executing the method in their classroom.
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...MuhammadZulaziziMohd
Kajian ini menelusuri hujah kefalsafahan kependidikan Abu Hamid al-Ghazali dan beberapa inti pati pendekatan yang boleh diaplikasikan bagi pembangunan insan secara holistik iaitu menerusi metodologi kependidikan, kaedah-kaedah penerapan sahsiah dan akhlak serta halatuju yang diperlukan bagi memantapkan disiplin seseorang manusia. Kajian ini dijalankan menggunakan metode kepustakaan. Proses pengumpulan data pula adalah melalui sorotan ilmiah seperti kitab “Ihya Ulumuddin”, buku, jurnal, akhbar, artikel dan ensikopedia yang mana dikenali sebagai analisis dokumen yang dapat membantu melengkapkan lagi kajian. Hasil kajian mendapati bahawa, beberapa perincian pengaplikasian landasan pemikiran sebenar daripada Abu Hamid al-Ghazali berdasarkan kriteria atau trait ilmunya dapat memberikan sumbangan kepada pembudayaan sahsiah dalam kalangan individu di mana jua.
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)MuhammadZulaziziMohd
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penerimaan peserta terhadap program latihan kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di kolej komuniti. Kajian yang melibatkan 270 orang sampel ini terdiri daripada peserta yang mempunyai latar belakang pendidikan agama, kemahiran dan teknikal serta orang awam. Data kuantitatif yang menggunakan instrumen borang kaji selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 24 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min, interpretasi dan sisihan piawai manakala analisis inferensi menggunakan Ujian-T Sampel Bebas. Hasil kajian terhadap penerimaan peserta berada pada tahap tinggi iaitu (M=4.18, SP.=0.48). Analisis inferensi mendapati tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan kawasan tempat tinggal. Intihannya, pelaksanaan program bagi kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di kolej komuniti telah berjaya memberi impak yang positif dan cemerlang. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa, pelaksanaan kursus PISH perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa terutamanya aspek yang meliputi kualiti, kurikulum, pengurusan, pengendalian program, fasiliti, mobiliti pelajar dan tenaga pengajar. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada penyelaras program kursus PISH agar kualiti pengajaran dan pembelajaran PISH boleh ditingkatkan lagi secara lebih berkesan.
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...MuhammadZulaziziMohd
Al-Quran mempunyai pelbagai cabang ilmu pengajian. Antaranya ialah ilmu tafsir, ilmu tajwid, ilmu qiraat dan sebagainya. Pengajian tentang bacaan al-Quran adalah salah satu cabang penting dalam pendidikan al-Quran. Membaca al-Quran dengan betul, bermakna kita memelihara ketepatan wahyu Allah SWT. Maka, artikel ini akan membincangkan secara ringkas mengenai al-Quran sama ada dari segi konsep ataupun pengertiannya bagi menyatakan kemukjizatan dan kesempurnaannya. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan pengumpulan data berdasarkan kepada kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati, kemahiran, kepandaian dan ketetapan dalam pembacaan al-Quran perlu diketahui dengan baik mengikut sunnah sebenar. Akhirnya, pembacaan al-Quran dalam pendidikan hari ini turut didapati dan dijelaskan dalam kajian ini bagi menyatakan kepentingannya. Oleh sebab itulah, menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menguasai bacaan al-Quran dan menjaga kesahihan bacaannya.
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...MuhammadZulaziziMohd
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti Pelaksanaan Amalan Pengajaran Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam Pengajaran Tajwid al-Quran di negeri Kedah sebagaimana yang ditetapkan oleh Standard Guru Malaysia (SGM). Secara umumnya, reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk set soal selidik. Selain itu, bilangan sampel kajian yang diambil adalah seramai 210 responden yang terdiri daripada guru-guru KAFA lelaki dan perempuan di negeri Kedah. Data kuantitatif ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui perisian SPSS, versi 22 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan amalan pengajaran guru KAFA dalam pengajaran tajwid al-Quran di negeri Kedah berdasarkan komponen permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran berada pada tahap sederhana tinggi (M=3.81, SP=1.02). Manakala analisis inferensi pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi amalan pengajaran guru terhadap jantina, tempat tinggal dan kehadiran kursus. Implikasi kajian ini dapat menjadi panduan kepada guru-guru yang lain dalam usaha mempertingkatkan amalan pengajaran terutama dalam bidang tajwid al-Quran yang mampu menghasilkan pengajaran yang berkesan dan berkualiti. Sebagai intihannya, kualiti pelaksanaan amalan pengajaran guru KAFA dalam pengajaran tajwid al-Quran di negeri Kedah perlu ditambahbaik agar kecemerlangan pendidikan KAFA mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...MuhammadZulaziziMohd
Kertas kajian ini mengkaji mengenai aspek-aspek kepentingan pengajian tahfiz di Malaysia yang menjadi pilihan ibu bapa dan pengintegrasian korpus pendidikan Islam Andalusia (Sepanyol) dalam sistem pendidikan tahfiz di Malaysia. Rentetan itu, penelitian dalam kertas kajian ini dimulai dengan sejarah ringkas kemajuan pendidikan Al-Qurandi tanah Melayu dan institusi tahfiz di Malaysia. Kemudian kesedaran dan pilihan ibu bapa terhadap pendidikan tahfiz serta penghuraian serba sedikit tentang penerapan pendidikan Islam Andalusia (Sepanyol) dalam sistem pendidikan tahfiz di Malaysia. Akhir sekali, pemantapan institusi tahfiz dalam menatijahkan generasi dan legasi insan yang berkualiti. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan metode dokumentasi, iaitu melalui penulisan ilmiah seperti buku, jurnal, kertas persidangan, ensiklopedia dan lain-lain lagi yang dipanggil sebagai analisis dokumen bagi membantu menyiapkan kajian. Keseluruhan kajian ini mendapati bahawa, terdapat unsur-unsur yang menyumbang kepada pemilihan ibu bapa terhadap pendidikan tahfiz dan aspek-aspek pendidikan Islam Andalusia yang boleh diimplementasikan dalam sistem pendidikan tahfiz di Malaysia. Diharapkan kertas kajian ini mampu menjadi indikator utama terhadap dasar pendidikan tahfiz negara agar kualiti dan
martabatnya terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
(This research paper examines the aspects of the importance of tahfeez study in Malaysia which is the choice of parents and the integration of the Andalusian (Spanish) Islamic education corpus in the tahfeez education system in Malaysia. Besides, research in this paper begins with a brief history of the educational progress Quran in the Malay and of religious institutions in Malaysia. Then, the awareness and choice of parents on tahfeez education as well as a brief description of the application of Islamic education Andalusia (Spain) in the tahfeez education system in Malaysia. Finally, the strengthening of the tahfeez institution in nurturing the generation and legacy of quality human beings. This study used the methodology of the library approach. Using documentary methods with scientific writing such as books, journals, proceedings, encyclopedias, which is called document analysis that can help to finish this study. The whole study found that there are elements that contribute to the selection of parents on tahfeez education and aspects of Andalusian Islamic education that can be implemented in the tahfeez education system in Malaysia. It is hoped that this research paper can be a key indicator of the country's tahfeez education policy so that its quality and dignity continue to be improved from time to time)
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran MuhammadZulaziziMohd
Artikel ini bertujuan mengkaji kemahiran mengingat pelajar terhadap lima hukum asas tajwid ketika mentilawahkan al-Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk ujian pra dan pasca ke atas 10 orang pelajar tingkatan 2 (DLP) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Sebelum pengkaji memperkenalkan kaedah pengajaran tajwid yang baharu, pengkaji perlu mengesan terlebih dahulu kelemahan pelajar. Tinjauan awal dilakukan dengan menyemak bacaan pelajar ketika waktu pengajaran dan didapati kebanyakan pelajar tidak mampu mengingat lima hukum asas tajwid selain terdapat banyak kesalahan dalam pembacaan. Jadi, pengkaji memperkenalkan kaedah jari tangan kanan bagi memastikan pelajar boleh mengingat lima hukum asas tajwid dan membaca al-Quran dengan baik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, pelajar bukan hanya mampu mengingat hukum-hukum tajwid malah dapat mengkategorikan jenis-jenis bacaan. Dapatan kajian ini juga turut menyumbang kepada maklumat asas mengenai fungsi tanwin (ًٌٍ ) dan nun sakinah (نْ). Kaedah jari tangan kanan mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kaedah ini perlu diperluaskan sebagai alat bantu mengajar dalam arus perdana.
Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility So...MuhammadZulaziziMohd
Dewasa ini, peranan Islam sebagai dasar kerohanian dan sahsiah menatijahkan nilai ketamadunan sebenar sesebuah negara. Islam adalah suatu aturan yang perlu dihayati dan diterapkan dalam kalangan masyarakat agar suasana harmoni dapat terus dipelihara, dihargai dan menjadi simbol untuk memakmurkan negara. Pembinaan sesebuah masyarakat yang mengamalkan Islam, bersinambungan dengan halatuju pendidikan itu sendiri khususnya dalam membangunkan minda Rabbani. Sungguhpun begitu, halatuju pendidikan Islam yang merangkumi konteks kesejahteraan dan keutuhan aspek sosial serta masyarakat keseluruhannya perlulah memahami dan mengiktiraf tanggungjawab guru pendidikan Islam (GPI) dalam perkara ini. Oleh sebab itu, kajian ini merupakan sorotan awal terhadap peranan GPI dalam masyarakat. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah deskriptif dan data yang menjadi sumber perbincangan diperolehi melalui penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian mendapati martabat GPI dalam komuniti dilihat sangat penting kerana mereka adalah agen transformasi yang tidak hanya menfokuskan tugas mendidik semata-mata bahkan berperanan menjadi mobiliti sosial kepada khalayak ramai.
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...MuhammadZulaziziMohd
Management in administration involves many things. Each of these items must follow the Standard Operating Procedures (SOP) of an organization, such as recording, sorting, reviewing, drafting, distributing, and so on. All activities must be controlled by an officer to promote the efficiency of the task. Therefore, compliance with SOPs is very important in all types of services including graphic design. So, this study focuses on the quality of CMNGCSB graphic designers when order recording is done. Besides, this study was also conducted to improve the quality of service when recording the latest, effective, and customer-friendly orders in the SOP. This study uses a quantitative survey method through a questionnaire distributed to 40 respondents among CMNGCSB staff who are the main customers of CMNGCSB Graphic Design Unit, who were randomly selected to answer the questionnaire. The findings of this study show, the Google Forms application method in the SOP record bookings, has a positive impact on the customer evaluation of CMNGCSB graphic design services. The results show that its application should be continued to improve the efficiency of order recording, thus boosting the company's graphic design services.
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...MuhammadZulaziziMohd
Artikel ini membincangkan satu kajian yang menelusuri transformasi pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi multimedia bagi memastikannya menjadi agenda utama dalam pendidikan Islam. Keperluan ini wujud disebabkan pendekatan yang dibawa ialah signifikan dan sesuai dilakukan selaras dengan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) yang banyak memfokuskan pembinaan kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 4M (membaca, mengira, menulis dan menaakul), kemahiran sains dan reka bentuk teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan lain-lain lagi secara syumul. Pendekatan sebegini juga dipercayai dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari pendidikan Islam dengan lebih komprehensif. Justeru, diharapkan guru juga dapat menjadi peneraju perubahan, pemikir holistik serta pemangkin kepada kejayaan sistem pendidikan negara ini selain dapat memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar supaya penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran dapat ditingkatkan.
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...MuhammadZulaziziMohd
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru-guru pendidikan Islam terhadap multimedia dalam pengajaran serta perbezaan tahap kesediaan berdasarkan demografi GPI. Kajian ini melibatkan 127 orang guru pendidikan Islam yang mengajar subjek Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Tasawwur Islamiah di sekolah menengah Yayasan Islam Negeri Kelantan. Data kuantitatif yang menggunakan instrumen soal kaji selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 25 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min, interpretasi dan sisihan piawai manakala analisis inferensi menggunakan ujian t, Ujian ANOVA sehala dan ujian Post hoc Scheffe. Hasil kajian terhadap tahap kesediaan iaitu tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap sikap mencatatkan aras sederhana tinggi (min=3.70, sp=0.62). Analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (P<0.05) di antara demografi GPI dengan pengalaman mengajar, intensiti penggunaan laptop, kelayakan akademik dan ikhtisas perguruan. Jantina, lokasi mengajar, tingkatan mengajar dan pengkhususan matapelajaran mengajar pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Kesimpulan, kajian menunjukkan tahap kesediaan GPI terhadap pelantar multimedia dalam pengajaran adalah baik namun terdapat perbezaan tahap kesediaan berdasarkan demografi GPI.
Pelaksanaan Tarbiah Islamiah Pada Zaman Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah...MuhammadZulaziziMohd
Tarbiah Islamiah merupakan kesinambungan bidang pendidikan umat manusia. Generasi dahulu lahir bukan sahaja cemerlang dari aspek akidah dan akhlak bahkan baik dari sudut kehidupan duniawi dan ukhrawi. Hal ini disebabkan oleh tarbiah Islamiah yang terpantul daripada pengasas utamanya iaitu Rasulullah s.a.w. Maka, kajian ini membincangkan pelaksanaan tarbiah Islamiah bagi dua tempat terkenal di semenanjung tanah Arab yakni Mekah dan Madinah selain menjejaki kesan peninggalan tarbiah Islamiah pada era pentadbiran Rasulullah s.a.w yang menjadi titik permulaan kepada transformasi baharu pengkaedahan pendidikan. Kertas kajian ini juga turut menelusuri setiap tarbiah Islamiah pada zaman Rasulullah s.a.w yang bersesuaian dengan konteks pendidikan kontemporari khususnya bagi membentuk rohani dan insani dalam masyarakat. Penulisan ini adalah berbentuk kualitatif dengan pengumpulan data berdasarkan kepada kajian kepustakaan. Hasil dapatan kajian diambil melalui analisis dokumen. Kajian ini mendapati, fasa-fasa berlakunya tarbiah ialah berlandaskan kepada pola masa yang tersendiri selain mempunyai silibus dan skop pedagogikal yang standard serta bersepadu. Kepesatan dalam tarbiah Islamiah juga dapat dilihat selepas hijrah apabila institusi masjid menjadi tempat formal dalam pentarbiahan bagi ilmu-ilmu Islam. Justeru, diharapkan umat Islam dapat mengambil iktibar daripada pentarbiahan Islamiah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w terutama pengorbanan dan perjuangannya.
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios Of An Islamic Studies In Malaysia)
1. Jurnal Sains Sosial
Malaysian Journal of Social Science
Jilid. 6 (1) 2021: 57-66
57
SENARIO PENSTRUKTURAN PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi
zulazizi0902@gmail.com
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Article History:
Received: 23 November 2021
Accepted: 4 October 2021
Published: 7 October 2021
ABSTRAK
Artikel ini memfokuskan kajian terhadap transformasi pengajian aliran Islam yang berlaku di Malaysia
sejak dari zaman kemerdekaan. Sorotan telah dilakukan terhadap pusat-pusat pengajian berteraskan
Islam sama ada berbentuk formal ataupun tidak formal. Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana
sumbangan institusi pengajian Islam dan sejarah perkembangannya dalam mentransformasikan serta
menjana pembangunan insan holistik di Malaysia. Bagi mencapai objektif, kajian ini dilaksanakan
menggunakan metode kepustakaan yang terdiri daripada rujukan artikel, buku, tesis, akhbar dan
sebagainya. Kajian ini mendapati, institusi pengajian Islam pondok, madrasah dan universiti atau kolej
universiti menyumbangkan impak positif dan menjadi teras pengajian Islam awal di Malaysia selain
bermatlamat membangunkan manusia yang berstatus ulama, cendekiawan serta teknokrat Muslim
yang disegani. Diharapkan institusi-institusi pengajian Islam yang telah wujud di Malaysia ini mampu
menggalas amanah dan tanggungjawab bagi mencapai visi dan misi ‘ummah’ agar selari dengan
tuntutan zaman moden.
Kata Kunci: Struktur Pengajian Islam, Transformasi Pengajian Aliran Islam, Sumbangan Institusi
Pengajian Islam, Sejarah Perkembangan, Penjana Insan Holistik.
RESTRUCTURING SCENARIOS OF AN ISLAMIC STUDIES IN MALAYSIA
ABSTRACT
This article focuses on the study of the transformations of Islamic studies that have taken place in
Malaysia since independence. The highlights have been made to Islamic-based centers of study
whether formal or informal. This study aims to look at the contribution of Islamic educational
institutions and their developmental history to transform and generate holistic human development in
Malaysia. To achieve this objective, the study was conducted using the library method which consisted
of references to articles, books, theses, newspapers and so on. The study found that institutions of
Islamic studies, colleges and universities or university colleges contributed positively and become the
core of early Islamic studies in Malaysia besides aiming to develop the well-being of Muslim scholars
and technologists. It is hoped that the existing Islamic educational institutions in Malaysia are able to
develop the trust and responsibility of achieving the vision and mission of the 'ummah' in line with the
demands of modern times.
Keywords: Structure Of Islamic Studies, Transformation Of Islamic Studies, Contributions Of Islamic
Studies Institutions, A Developmental History, Holistic Human Generators.
2. Senario Penstrukturan Pengajian Islam Di Malaysia
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi
58
PENGENALAN
Rentetan daripada perkembangan negara ke arah pesat membangun, kini pengajian Islam di Malaysia
telah menunjukkan pembangunan pantas dan tersusun. Pembangunan yang terlalu pantas ini dapat
dilihat melalui peningkatan kewujudan beberapa Institusi Pengajian Tinggi sama ada dalam sektor
awam oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ataupun dalam sektor swasta oleh persendirian. Dari
segi aspek tersusunnya pula, sistem pengajian Islam yang ada di Malaysia telah memberi kesempatan
kepada mana-mana rakyat Malaysia dengan kelayakan yang ada bagi meneruskan pengajian dan
berusaha mempelajari keilmuan Islam secara mendalam selain boleh memantapkan jati diri modal-
modal insan siswazah Muslim yang boleh menjadikan agenda masyarakat dan negara tercapai.
Sudah pasti matlamat dan hala tuju utama bagi sistem pengajian Islam di Malaysia di seluruh
negara adalah ke arah untuk melahirkan modal insan yang standard dan holistik merangkumi
keilmuan, keimanan, dan amalannya. Hasilnya, pengajian Islam akan berjaya melahirkan individu
Muslim yang mampu memberikan sokongan terhadap ketenteraman dan kesejahteraan umat manusia
atau negara. Dalam konteks perkembangan masyarakat dan negara masa kini dan dunia tanpa
sempadan menjadikan cara kehidupan dan bagaimana manusia berinteraksi begitu cepat berubah dan
ia mempengaruhi serta mencengkam erat masyarakat kita.
Oleh sebab itu, halatuju utama pengajian Islam adalah untuk membangunkan manusia yang
syumul dan seimbang antara lahiriah (fizikal) dan rohaniah (spiritual). Kedua-dua aspek ini adalah
saling bertaut dan sangat penting dalam membentuk suatu komunikasi, partisipatif, serta berupaya
menjadi penyelesai masalah umat sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.
Terdapat beberapa keadaan yang menjadi perbincangan nasional yang memerlukan kepada
perancangan dan penyelarasan tindakan-tindakan secara bersepadu dan peranan pengajian Islam dari
segi perjalanan serta matlamatnya.
Senario dan keadaan yang dimaksudkan tersebut adalah pembangunan terhadap strategi
menghadapi arus globalisasi, pembangunan Islam di Malaysia, perkembangan institusi pengajian
Islam, ciri-ciri kebolehpasaran siswazah pengajian Islam yang memenuhi permintaan pasaran
sekarang, kualiti pensyarah yang tidak mempunyai kemahiran dan kelayakan sewajarnya, kualiti
pengajian Islam tidak terjaga, fasiliti dan insfrastruktur tidak mencukupi, kurikulum yang tidak
mempunyai pengiktirafan dan sebagainya.
Perkembangan zaman dengan ledakan teknologi dan multimedia serta segala perubahan
pembangunan fasiliti sudah tentu mempengaruhi pola dan perjalanan kehidupan masyarakat masa kini.
Umat Islam terutamanya tidak terkecuali dalam rintangan dan cabaran ini yang mana memerlukan
mereka untuk terus mengorak langkah ke hadapan agar tidak ditelan oleh arus pemodenan ini. Bentuk
pengajian Islam di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis institusi pengajian seperti pondok, sekolah,
kolej Islam, kolej universiti dan universiti.
Memandangkan sistem dan situasi pengajian Islam di Malaysia dibina daripada institusi-
institusi berkenaan dan keperluan kepada para pelajar pengajian Islam untuk mengetahui tentang
peranan pengajian Islam yang telah lama wujud sejak zaman sebelum Malaysia dijajah oleh Kolonial
British lagi. Jadi, di sini akan dijelaskan berkaitan dengan senario dan latar belakang institusi
pengajian tersebut, para tenaga pengajar yang terlibat, kurikulum yang digunakan dan lain-lain aspek
yang berkaitan:
Pondok
Tidak dapat disangkal bahawa Islam merupakan komponen penting yang turut membentuk dan
mewarnai corak kehidupan rakyat Malaysia. Keberhasilan Islam menembusi dan mempengaruhi
kehidupan masyarakat Malaysia serta menjadikannya sebagai agama rasmi di negara ini merupakan
suatu perkara yang luar biasa. Walhal, pada hakikatnya apabila dilihat perbandingan dari segi geografi
dan kedudukan jarak negara-negara di Timur Tengah dengan Malaysia, jazirah Arab amatlah jauh.
Apatah lagi jika dilihat sejak permulaan proses penyebaran Islam itu sendiri di kepulauan nusantara
ini, belum ada metod atau organisasi dakwah yang dianggap cukup efisien dan efektif untuk
memperkenalkan Islam kepada seluruh masyarakat.
3. Jurnal Sains Sosial
Malaysian Journal of Social Science
Jilid. 6 (1) 2021: 57-66
59
Sehubungan itu, apabila berbincang mengenai sistem pendidikan Islam di Malaysia, ia
sangatlah erat hubungannya dengan kedatangan Islam itu sendiri ke Malaysia. Menurut Mohamad
Yusoff dan Hashim (2017), pendidikan Islam mula bertapak di Alam Melayu di Melaka sekitar abad
ke 14 melalui pedagang Arab. Kemasukan pendidikan Islam ke rantau ini telah menyemarakkan
budaya ilmiah dalam kalangan masyarakat (Abdullah Muhammad et. al, 2007). Sejarah perkembangan
awal sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu bermula daripada sistem pengajian di rumah-rumah
guru agama, madrasah atau surau, pondok dan akhirnya wujud sistem persekolahan yang lebih
tersusun dan bersistematik. Hakikatnya, institusi pengajian pondok adalah sebuah institusi pengajian
konvensional yang unik kerana memiliki caranya tersendiri dan disebabkan itulah ianya sentiasa
mendapat sambutan yang menggalakkan di ‘hati’ masyarakat sama ada pada zaman dahulu mahupun
pada zaman kontemporari ini.
Perwatakan anak murid pula sangat bersederhana, cukup hanya sekadar mengenakan pakaian
tradisional orang Melayu, kain sarung dan serban putih di kepala. Lagipun pula, para pelajar yang
tamat belajar di sesebuah institusi pengajian pondok akan berkelana ke institusi pengajian pondok
yang lain bagi mencari ilmu pengetahuan baharu. Terdapat juga pelajar yang berpeluang melanjutkan
pelajaran di Timur Tengah. Pengajian yang wujud di institusi ini turut sinonim dengan alim ulama’
dalam kalangan orang Melayu dan kemasyhuran sistem pondok kebiasaanya adalah melalui pondok
naungan mereka sebagai tempat kelahiran dan berbakti. Ketokohan keilmuan ulama’ tersebut boleh
dilihat dengan jelas melalui kepimpinannya terhadap gaya pengurusan pondok asuhannya sehinggalah
ianya menjadi suatu pengaruh yang dapat diterima oleh masyarakat.
Menurut Dusuki (2016), sejarah perkembangan institusi pengajian pondok di Malaysia yang
berpusat di wilayah-wilayah pantai timur dan utara semenanjung Malaysia seperti Kelantan,
Terengganu, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang adalah berasal dari di selatan wilayah Patani, Thailand
Perkembangan pesat dan berfokus bagi institusi pengajian pondok di semenanjung Tanah Melayu
berlaku disebabkan faktor kedudukan yang berhampiran dengan sempadan daerah Thailand.
Di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebagai contohnya, tok guru pondok dalam kalangan
orang Melayu yang mendapat pendidikan Islam secara menadah kitab di Timur Tengah seperti Mekah
dan Yaman, akan pulang ke negeri-negeri tersebut kemudiannya membuka pusat-pusat pengajian
Islam yang mana aktif menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Sejarah juga membuktikan bahawa,
perkembangan atau penerimaan awal pengajian Islam pondok di Kelantan, Terengganu dan Kedah
berkait besar dengan pemerintahan serta kedudukan kerajaan Indonesia dan Patani pada ketika itu
(Mohamad Rawi et al., 2015)
Sebagaimana seperti pusat-pusat pendidikan yang lain, silibus pengajian pondok juga berubah
dari masa ke semasa tetapi tetap berlandaskan ajaran Islam. Sistem kurikulum pengajian pondok
bermula sejak awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada abad ke-19 yang mana merangkumi
hukum hakam dan masalah-masalah yang berhubung dengan Islam seperti ilmu sirah, tauhid, hadis,
akidah, al-Quran, tafsir, fekah, usul fekah, mustolah hadis, tasawwuf, Nahwiah wa Sorfiah, akhlak dan
intipati wirid, doa, mujarabat (Tib, Tajul, Muluk) mempunyai bersabit dengan kegiatan atau aktiviti
seharian. Abdullah Ishak (1995) mengatakan bahawa, setiap ilmu yang ingin dipelajari mestilah dilalui
dan ditempuhi mengikut peringkat-peringkat pengajian yang telah ditetapkan iaitu peringkat
permulaan, peringkat sederhana dan peringkat tertinggi.
Bagi peringkat permulaan, para pelajar hendaklah mempelajari asas-asas pengukuhan bahasa
dan agama seperti ilmu Nahu dan Saraf (matan al-Jurumiyyah dan matan Bina’) di samping juga
diberikan pendedahan melalui metode penulisan (kitabah) dan penguasaan tulisan jawi, bahasa Arab
dan membaca al-Quran. Pada peringkat pertengahan, para pelajar akan mendalami ilmu fekah dan
usuluddin dengan segala cabang-cabangnya. Manakala, pada peringkat tertinggi pula para pelajar akan
menelusuri sesuatu pengajian yang lebih mendalam dan terperinci iaitu melalui penumpuan kepada
kitab-kitab berbahasa Arab dan bertulisan jawi seperti ilmu fekah (kitab Sabilal Muhtadin lit-Tafaqquh
fi Amrid-din atau kitab Al-Shirath al-Mustaqim atau kitab Matla' al-Badrain wa Majma' al-Bahrain),
tasawuf (kitab Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin atau kitab Sair al-Salikin ila ‘Ibadati
Rabbil ‘Alamin) dan usuluddin (kitab Al-Durr al-Thamin atau kitab sifat 20) secara keseluruhannya.
Metode pengajarannya juga mudah iaitu pelajar-pelajar bersila menghadap tuan guru dengan
berbekalkan naskah teks tradisional bertulisan Melayu Jawi dan bahasa Arab di tangan. Para pelajar
akan mendengar dan mencatat syarahan yang disampaikan oleh tuan guru di dalam kuliahnya.
4. Senario Penstrukturan Pengajian Islam Di Malaysia
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi
60
Kebiasaanya kaedah pengajian yang diamalkan di pondok dikenali sebagai sistem halaqah atau bulatan
atau umami.
Menurut Maimun Aqsha Lubis et al. (2016), Abdullah (2014) dan Awang Hadi (1997), antara
kaedah PdP yang masih terkenal dan masih diamalkan oleh masyarakat Malaysia hari ini sama ada di
masjid atau di mana-mana tempat majlis ilmu adalah:
1. Kaedah PdP berbentuk talaqqi musyafahah (menadah kitab) atau sistem umumi yang
digunakan di pondok, surau, masjid dan madrasah pada zaman sebelum serta sewaktu
penjajahan British adalah sama seperti kaedah yang dijalankan di Masjidil Haram.
2. Sewaktu belajar, murid-murid dikehendaki duduk bersila dalam satu bulatan yang hampir
tertutup (sistem halaqah). Bahagian yang terbuka itu ialah untuk guru.
3. Tempat guru itu biasanya berlapik dengan hamparan. Setelah itu guru mengajar dengan
menggunakan teknik syarahan dan merujuk kepada sebuah kitab.
4. Setiap murid akan membuka catatan pada ruangan kosong yang disediakan di tepi halaman
kitab. Biasanya guru akan membaca kitab itu dalam bahasa Arab dan kemudiannya
menerangkan dalam bahasa Melayu.
5. Menurut Abdullah Ishak (1995) pula, kebiasaan guru menggunakan sepenuh masa memberi
kuliah tanpa ruang dan masa untuk soal jawab. Kaedah soal jawab akan dijalankan oleh
pembantu guru yang dikenali sebagai ‘kepala telaah’.
6. Pelajaran yang diajar bukan mengikut sukatan tertentu tetapi mengikut kitab. Apabila tamat
sesebuah kitab, murid-murid akan diajar kitab yang lain pula. Apabila sesebuah kitab berjaya
dihabiskan, perkara ini menunjukkan bahawa para pelajar telah menggapai peningkatan dalam
pengajian mereka.
Silibus pengajian yang diajar juga bukan mengikut kurikulum khusus akan tetapi berdasarkan
kepada pengajian kitab itu sendiri. Apabila tamat pengajian untuk sesebuah kitab, pelajar-pelajar akan
diajar kitab yang lain pula dan ini menunjukkan suatu indikator bahawa para pelajar telah mencapai
peningkatan dalam aktiviti pengajian mereka. Bagi aktiviti pembelajaran yang lain pula, pelajar-
pelajar bebas untuk melakukan aktiviti kesenian seperti berqasidah, berpantun, bersajak, berzanji dan
bernasyid mengikut bakat dan tahap penguasaan ilmu.
Pelajar-pelajar juga bebas untuk memilih mana-mana kelas yang dirasakan sesuai dan ianya
bergantung kepada tahap kerajinan diri sendiri (Yusopp, 2002). Justeru, sebagai kesimpulannya,
dapatlah dikatakan bahawa pengajian Islam di pondok merupakan suatu bentuk pendidikan yang
menekankan kepada prinsip-prinsip ideal berkenaan beberapa perkara pokok dalam ajaran Islam.
Keterbukaan sistem ini adalah untuk mengajar manusia tentang kebebasan berfikir di samping dapat
memberi peluang untuk beramal dengan segala konsep hidup Islamiah
Madrasah
Bertitik tolak daripada sistem pondok, pengajian Islam diperkemaskan lagi melalui sistem madrasah
atau sekolah agama yang dilengkapi dengan kemudahan prasarana dan infrastruktur seperti bangunan
sekolah, asrama, fasiliti rekreasi dan pejabat pengurusan. Institusi ini lahir semasa gerakan Islah di
Timur Tengah sedang rancak berlaku (Muhamad, 2016). Implikasi harakah Islah dari sana juga
memberikan suntikan baharu kepada penduduk di Tanah Melayu apabila para pelajar yang menimba
ilmu di Universiti Al-Azhar, Mesir kembali ke Tanah Melayu membawa transformasi bersama.
Mereka berusaha untuk mengubah sikap orang Melayu supaya memahami Islam dalam bentuk yang
lebih lengkap. Antara tokoh yang terlibat dalam usaha untuk mengubah sistem pengajian Islam yang
lebih sistematik ialah Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Al-Hadi dan rakan-rakan yang kebanyakannya
berdarah Minang dan Arab (Mohd Nor dan Wan Othman, 2011).
Secara realitinya, sudah tidak dapat disangkal lagi bahawa, sistem pengajian Islam mula diberi
perhatian setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1960, kerajaan mula
menggubal undang-undang pengajian dan menguatkuasakan satu akta iaitu kewajipan menyalurkan
pendidikan agama Islam kepada semua pelajar beragama Islam atau di mana-mana sekolah yang
memiliki pelajar yang menganut agama Islam (Mat Diah, 1989). Disebabkan hal inilah, terdapat
berbagai-bagai jenis sekolah agama yang wujud sekarang dan pelbagai pihak cuba melaksanakan
5. Jurnal Sains Sosial
Malaysian Journal of Social Science
Jilid. 6 (1) 2021: 57-66
61
pendidikan Islam sebagai satu “sistem” seperti mana yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, kerajaan
persekutuan, pihak swasta dan orang persendirian.
Berikut adalah beberapa contoh madrasah atau sekolah atau sistem pengajian Islam yang telah
dilaksanakan di peringkat sistem persekolahan pada zaman sekarang ini (Tamuri & Jasmi, 2009; Mohd
Hanif Mat Nor, 2003):
1. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan di peringkat menengah
a. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
b. Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP),
c. Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS)
d. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) menawarkan kelas aliran agama (KAA).
e. Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI)
f. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
g. Sekolah Menengah Agama Pesekutuan (SMAP)
2. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat menengah
a. Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN)
b. Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
3. Sekolah agama di bawah kelolaan Majlis-majlis Agama dan Zakat di peringkat rendah dan
menengah.
a. Sekolah Rendah KAFA
4. Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dan dikendalikan oleh
Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) di peringkat rendah dan menengah
a. Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR)
b. Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR)
5. Sekolah Agama (SA) yang dikendalikan oleh pihak swasta di peringkat rendah dan menengah.
a. Sekolah Rendah Agama lntegrasi (SRAI)
6. Maahad Tahfiz sama ada milik persendirian, kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.
a. Sekolah Tahfiz sama ada milik persendirian, kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.
b. Maahad Tahfiz Sains
Pengajian Sistem Pondok Dan Sistem Madrasah
Dari sudut kandungan kurikulum atau manhaj pengajian di madrasah dan pondok, majoritinya
menggunakan kurikulum yang hampir serupa dengan apa yang diamalkan di kebanyakan negara Islam.
Kerencaman kurikulum ini disebabkan jenis ujian yang diduduki oleh pelajar-pelajar di setiap sekolah
tersebut tidak sama. Pengajian Al-Quran merupakan komponen utama di samping hadis dan tidak
diabaikan juga tauhid, fiqh, akhlak, kitabah, nahu soraf (tatabahasa Arab), kesusasteraan dan sejarah.
Sudah pasti ini perlu ditegaskan bahawa, pendidikan agama Islam yang diperkenalkan di setiap
sekolah kerajaan adalah bagi menentukan matlamat sistem pengajian Islam tanpa menganaktirikan
sistem pondok dan madrasah atau sekolah agama. Dalam pengajian Islam, semua sistem pengajian
sama ada terlibat secara langsung atau tidak dengannya mempunyai keistimewaan masing-masing dan
perlu dimanfaatkan oleh semua pihak (Suhid et al., 2015)
Antara salah satu pengaruh yang sangat penting terhadap bentuk pengajian Islam dari Timur
Tengah di Malaysia adalah pengintegrasian kurikulum atau manhaj Diniah yang menjadi lambang
utama di sekolah-sekolah agama rakyat dan negeri. Kurikulum atau manhaj Diniah juga menjadi
tersangat penting di bagi menunjukkan ciri-ciri sesebuah sekolah agama. Hal ini telah dinyatakan oleh
Umar & Hussin (2007 & 2008) melalui dapatan dari kajian yang dilakukan seperti berikut:
6. Senario Penstrukturan Pengajian Islam Di Malaysia
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi
62
1. Satu kumpulan mata pelajaran dalam bidang pengajian Islam, bahasa dan kesusasteraan Arab serta
berpengantar dalam bahasa Arab
2. Mengikut teori kurikulum Maahad Bu’uth Al-Azhar, Mesir
3. Kurikulum Diniah diajar dalam waktu pengajian yang ditetapkan tanpa mengetepikan kurikulum
kebangsaan
4. Susunan jadual secara gabungan dan berselang-seli dilaksanakan di peringkat menengah rendah
hingga ke peringkat menengah atas, diperakui oleh Jawatankuasa Kurikulum Pendidikan Islam
(JKPI) peringkat negeri serta dinilai pengetahuannya melalui peperiksaan pada tahap thanawi dan
‘aliyah. Contohnya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU), Sijil Menengah
Ugama (SMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Penubuhan sekolah agama di mana-mana pelosok tanah air ini bukan sekadar melibatkan
pembinaan kerangka kurikulum agama sahaja, bahkan turut menggabungjalinkan mata pelajaran
moden yang lain mengikut arus perdana sekarang. Misalnya, di Maahad Muhammadi, terdapat 14
mata pelajaran yang yang diwujudkan iaitu Al-Quran , Tauhid, Ibadat, Akhlak, Bahasa Arab, Qiraah,
Nahu Soraf, Khat, Imla’, Sirah Nabawiyyah, Insya’, Geografi, Kitabah, Mahfuzah, Hisab, Bernasyid
dan Riadhah Badaniyyah. Semua bentuk ‘madah’ pengajian ini terdapat dalam sukatan silibus
pengajian Madrasah Muhammadiah Arabiah di Mesir
KOLEJ DAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM
Pertumbuhan pesat sekolah-sekolah agama dalam melahirkan para ilmuwan Muslim yang memiliki
kemahiran dan pengetahuan ilmu duniawi serta ukhrawi adalah hasil daripada kesedaran berhubung
kepentingan pengajian Islam itu sendiri menyebabkan masyarakat Melayu mula menyedari keperluan
sebuah institusi Islam atau Universiti Islam. Hasil usaha beberapa pihak khususnya oleh Prof. Dr.
Zulkifli Muhammad yang mencetuskan idea ini telah menubuhkan sebuah jawatankuasa Pengurus
Pertubuhan Kolej Islam bagi mengatur perjalanan sebuah institusi Islam di Malaysia. Penubuhan ini
mendapat sokongan yang padu daripada kerajaan Mesir dari semua aspek terutamanya dari sudut
kewangan dan tenaga pengajar.
Oleh sebab itu, kurikulum pengajian turut dikaji dan diteliti agar bersesuaian serta relevan
dengan persekitaran, iklim, adat dan budaya setempat di Tanah Melayu. Ini juga bererti kepentingan
pengaruh dari Universiti Al-Azhar terserlah dalam penyusunan kurikulum pengajian dan pendidikan
kolej tersebut. Kini Kolej Islam menjadi Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan
telah melakarkan perubahan kurikulum bersesuaian dengan fungsinya sebagai sebuah fakulti
Pengajian Islam dan memenuhi tuntutan semasa
Selain daripada itu, terdapat pusat pengajian Islam terkenal telah ditubuhkan dan menjadi
sebuah badan pengajian Islam yang utama di abad ini. Yayasan Islam Kelantan (YIK) adalah sebuah
badan pendidikan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Tujuan penubuhan YIK merupakan
satu sinergi yang amat signifikan dalam usaha membangunkan satu harakah penyebaran agama Islam
dan bahasa Arab yang bersepadu dan jitu di negeri Kelantan. Pada tanggal 1 haribulan Julai, 1974 di
bawah Rang Undang-Undang (RUU), Enakmen Kelantan bilangan 9/1968, YIK yang baru ditubuhkan
dan pusat pentadbirannya terletak di Lundang, Kota Bharu telah dinamakan sebagai Yayasan
Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) serta kemudiannya ditukarkan kepada Jabatan Sekolah-
sekolah Agama Kelantan (JASA) (Mohd Nor, et al., 2012).
Akhir sekali, pada bulan Jun 1979, YIK telah didaftarkan secara rasmi di bawah Rang
Undang-Undang (RUU), Enakmen Kelantan Bilangan 5/1979 yang dinamakan sebagai Yayasan
Pelajaran Islam Kelantan (YPINK). Bagi memberikan nafas baru, organisasi ini dijenamakan semula
melalui pindaan Rang Undang-Undang (RUU), Enakmen Negeri Kelantan, bilangan 8/1982 secara
rasmi berkuatkuasa pada tanggal 1 haribulan Mac 1983 dan diberi nama sebagai Yayasan Islam
Kelantan (YIK) (Mohd Tayeb dan Syed Annuar, 2018).
Sungguhpun penubuhannya adalah berpunca daripada isu politik yang diusahakan oleh Parti
Islam Malaysia (PAS), namun apa yang lebih utama adalah YIK dapat berfungsi sebagai sebuah
institusi pengajian Islam yang boleh dibanggakan kerana telah berjaya mengkoordinasi dan
memantapkan ajaran agama Islam serta bahasa Arab di samping menjadi sebahagian daripada
7. Jurnal Sains Sosial
Malaysian Journal of Social Science
Jilid. 6 (1) 2021: 57-66
63
Akademi Pengajian Islam yang turut menggabungkan Akademi Islam dan Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Malaya (Majalah Sekolah dan Takwim Hijrah, Edisi 2014/2015). Kurikulum pengajiannya
turut berubah mengikut arus peredaran dan memenuhi tuntutan semasa dan lebih bersesuaian dengan
multi-disiplin pengajian. Ini adalah hasil daripada integrasi ilmu yang diserap masuk daripada sistem
Universiti Al-Azhar. Bagi melengkapkan lagi proses pengurusan organisasi YIK, kerajaan Negeri
Kelantan telah melaksanakan pembangunan komprehensif seperti mewujudkan jabatan pengurusan,
meningkatkan bilangan kakitangan sama ada guru atau bukan guru, serta mengukuhkan kemahiran
penggunaan ABM yang terkini
Sekolah-sekolah agama yang diuruskan oleh YIK pula adalah di bawah bidang kuasa kerajaan
negeri Kelantan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pihak
MAIK akan menggubal kurikulum pengajian dan pelaksanaan peraturan pembayaran gaji kakitangan
tertakluk kepada Jawatankuasa Kemajuan Sekolah (JKS). Antara senarai sekolah di awal penubuhan
YIK ialah:
1. Maahad Muhammadiah di Kota Bharu iaitu Maahad Muhammadi Lelaki (MML) dan Maahad
Muhammadi Perempuan (MMP)
2. Maahad Falahiah di Pasir Pekan dan Tumpat iaitu Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan Maahad
Muhammadi Tumpat
3. Maahad Amir Indera Petra di Beris Kubor Besar, Bachok
4. Maahad Yaakubiah di Nipah, Bachok
5. Maahad Arabiah di Pasir Mas
6. Maahad Syamsul Maarif dikenali sebagai Maahad Tahfiz Qiraat di Pulai Chondong, Machang
Tidak dinafikan, YIK sekarang ini dikatakan sebagai institusi berharga kerana dapat
melahirkan agamawan yang professional sehingga mampu menenggelamkan persepsi bahawa pilihan
sekolah agama hanyalah untuk pelajar yang lemah sahaja. Berikut adalah sebahagian tugas di bawah
bidang kuasa YIK. Antaranya ialah:
1. Menubuhkan sekolah-sekolah menengah ugama (Arab) di bawah kelolaan kerajaan negeri atau
sekolah bantuan kerajaan negeri di seluruh daerah negeri Kelantan
2. Menubuhkan sebuah tempat khusus mempelajari bahasa Arab iaitu Pusat Bahasa Arab di Nilam
Puri, Kota Bharu
3. Menubuhkan sebuah tempat pengajian Islam iaitu Pusat Pengajian Pondok, Telong, Kandis,
Bachok
4. Menubuhkan sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak iaitu Tadika Tengku Anis di Kampung
Sireh, Kota Bharu
5. Menubuhkan sebuah pusat pengurusan kewangan khusus untuk pemantapan dan pembangunan
pendidikan negeri Kelantan
6. Menaiktaraf tahap pendidikan menerusi sekolah-sekolah agama supaya seimbang dan tidak
dipinggirkan selain dapat memenuhi aspirasi keislaman dalam anggota masyarakat dan negara
7. Menjadikan sekolah-sekolah agama di negeri Kelantan sebagai nadi penggerak kepada pusat
pengajian tinggi dalam dan luar negeri.
8. Mewujudkan pusat-pusat pengajian tahfiz Al-Quran
9. Membangunkan pusat-pusat pendidikan Islam khusus buat warga emas di Kelantan
10. Mengadakan tempat pengajian Islam secara talaqqi di sekolah pondok
Berikut juga adalah senarai bagi kolej dan kolej universiti di Malaysia yang menawarkan
Pengajian Islam secara khusus ataupun tidak dalam pelbagai bidang keilmuan Islam yang ada di
Malaysia. Kesemua Kolej dan Kolej Universiti ini diletakkan di bawah pengawasan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT):
1. Kolej Islam Antarabangsa
2. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
3. Kolej Islam Darul Ridzuan
8. Senario Penstrukturan Pengajian Islam Di Malaysia
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi
64
4. Kolej Islam Johor
5. Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
6. Kolej Islam Sains dan Teknologi
7. Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB)
8. Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka
9. Kolej JAIPUTRA (Kolej Jamiah Islamiah Putra)
10. Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH)
11. Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis
12. Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP)
13. Institut Antarabangsa IQRA
14. Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
15. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
16. International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF)
UNIVERSITI ISLAM
Untuk konteks dunia moden ini, Universiti Islam merupakan institut pengajian tinggi Islam yang
berbeza dengan yang lain kerana ianya lebih menekankan kepada teras keagamaan dan bertujuan
untuk melahirkan siswazah Muslim yang beraliran pengajian Islam seperti tauhid, syariah serta akhlak.
Berhadapan dengan pandangan konvensional ini, pencapaian semasa jika dibandingkan dengan
siswazah bukan pengajian Islam yang dilaporkan telah menghadapi sindrom penyakit sahsiah dan
nilaian pencapaian akademik yang sederhana berbeza dengan produk bermutu yang dihasilkan oleh
IPTA atau IPTS aliran Islam yang berjaya melahirkan graduan bukan sahaja cemerlang akademik
bahkan baik akhlaknya (Abdul Rahim dan Awang, 2003).
Dalam soal institusi pengajian tinggi Islam di Malaysia, Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya (APIUM) di Universiti Malaya agak bertepatan dengan ciri-ciri keilmuan dan keIslaman yang
ada. APIUM telah berjaya menjadi salah sebuah fakulti yang memiliki pakej pengajian Islam yang
lengkap dengan tujuan untuk melahirkan ahli ilmuan Islam dan teknokrat Islam kontemporari yang
mantap dari semua aspek. Pada asalnya, APIUM dikenali sebagai Yayasan Pengajian Tinggi Islam
Kelantan (YPTIK) telah mengalami beberapa transformasi pembentukan sehinggalah berperanan besar
dalam menyebarluaskan kerelevanan dan kebolehpasaran siswazah Muslim di peringkat global
(Ruzman Md Noor et al., 2013)
Menurut Md Noor, et al (2013) lagi, fasa pertama APIUM telah menubuhkan akademi Islam
dengan dua buah fakulti iaitu Usuluddin dan Syariah Islamiah serta memperkenalkan kursus
pendidikan Islam di peringkat ijazah sarjana muda. Seterusnya bagi fasa kedua, fakulti-fakulti yang
ada di bawah Akademi Islam telah bergabung dengan fakulti sastera dan sains sosial di bawah Jabatan
Pengajian Islam lalu membentuk Akademik Pengajian Islam. Fasa ini telah berjaya mewujudkan
beberapa buah jabatan dan program pengajian seperti Jabatan Fiqh dan Usul, Jabatan Syariah dan
Undang-undang, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Jabatan Siasah
Syari’yyah, Jabatan Akidah dan Pemikiran islam, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Jabatan Sejarah
dan Tamadun Islam, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Program Pendidikan Islam, Program
Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam dan Program Pengajian Islam. Akhir sekali bagi fasa ketiga
ialah melakukan pemantapan di antara fakulti dengan kursus pengajian yang lain. Contohnya, Fakulti
Sains. Kemudiannya, memperkenalkan program asasi pengajian Islam bagi meluaskan lagi laluan ke
peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Dari segi kurikulumnya pula, APIUM ini menggunakan dua kaedah pedagogi iaitu Problem
Based Lerning (PBL) dan kaedah penguasaan bahasa Arab bagi menjana Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam kalangan siswazah. Selain itu, APIUM juga cuba mengubahsuai sistem
pengajian Islam secara tradisional melalui paradigma bersifat interaktif bagi meningkatkan aspek
pendekatan tutorial secara berpusatkan pelajar, pengiraan jam kredit, kemahiran ICT moden atau e-
learning, program latihan industri ataupun perkongsian pintar, memperkenalkan bengkel atau program
Islamik dan program simulasi dengan gaya pembelajaran sebenar.
Walau bagaimanapun, ini adalah sebahagian misi, visi dan kaedah yang khusus telah
digunakan bagi memastikan perkembangan pengajian Islam mengikut kesinambungan arus
9. Jurnal Sains Sosial
Malaysian Journal of Social Science
Jilid. 6 (1) 2021: 57-66
65
pemodenan negara dan dunia. Selepas daripada itu, muncul beberapa lagi IPTA berkonsep Islamik
yang menjadi suatu identiti kepada kemegahan pengajian Islam di negara ini iaitu enam buah
universiti awam yang menjadi penggerak utama kepada proses Islamisasi ilmu dalam bidang pengajian
Islam di Malaysia seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti
Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Universiti Darul Iman (UDM) (Panel Penyelidik, 2010).
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, institusi pondok, sekolah, Kolej, Kolej Islam dan Kolej Universiti dan
universiti telah menggalas tanggungjawab penting dalam pembangunan Pengajian Islam di Malaysia.
Institusi tersebut telah melahirkan ramai pelajar dan graduan dalam bidang Pengajian Islam. Variasi
Pengajian Islam dalam skop perkembangan masyarakat dan negara pada masa kini, memerlukan
penyelidikan yang tuntas mengenai hala tuju Pengajian Islam di Malaysia. Sesungguhnya jumlah dan
kerencaman pusat-pusat pengajian ini dalam langkah serta tindakan pelaksanaannya tidak perlu
dilakukan alasan mengapa matlamatnya tidak boleh digabungkan dan kenapa sasarannya tidak dapat
ditumpukan kepada halatuju yang lebih mantap dan berdaya saing. Pada abad ke-21 yang dipenuhi
dengan cabaran globalisasi ini seharusnya dijadikan titik-tolak untuk melihat sejauh mana Pengajian
Islam yang lepas telah berjaya menangani cabaran semasa dan memenuhi hasrat serta aspirasi negara.
Kini, tibalah masanya untuk mengetengahkan hala tuju Pengajian Islam, khususnya di peringkat
universiti yang lebih selari dengan kehendak dan tuntutan semasa yang lebih mencabar dan sesuai
dengan kehendak Negara
BIODATA
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi merupakan bekas pelajar (alumni) Sarjana Pendidikan Islam, Fakulti
Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
RUJUKAN
Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abd. Rahim, R. A. dan Awang, I. (2003). “Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam Di IPTA
Malaysia : Satu Analisa Terhadap Pengalaman APIUM”. Seminar Kebangsaan
Memperkasakan Sistem Pendidikan, Anjuran Fakulti pendidikan UTM . Fakulti pendidikan
UTM.
Abdullah, S. (2014) Pemikiran Tokoh Ulama Banjar Kedah / Suhanim Abdullah. Penerbit UTHM,
Batu Pahat. ISBN 978-967-0468-41-9.
Dusuki, A.W. (2016, September 11). Utusan Online. Retrieved Oktober 23, 2018, from Utusan
Online: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/perkasa-institusi-pondok-1.381340
Maimun Aqsha Lubis et al. (2016). Institusi Pondok Dalam Sistem Pendidikan Islam Di Malaysia. In
The 7th International Workshop And Conference Of Asean Studies On Islamic And Arabic
Education.
Majalah Sekolah dan Takwim Hijrah, Edisi 2014/2015. Maahad Pengajian Islam-Yayasan Islam
Kelantan.
Mat Diah, A. H. (1989), Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam
Malaysia
Md Noor, R., Affandi, R., Abd Majid, M. K., Ali, A. K., Abd Kadir, N. A., Syed Jaafar, S. M. J dan
Yusoff, N. (2013). Peranan IPT Islam Dalam Pembangunan Modal Insan di Malaysia: Satu
Analisis. Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan, UM, Malaysia.
Mohd Hanif Mat Nor. (2003). Sekolah Agama Rakyat – Mengapa Menjadi Pilihan Ibu Dewan Agama
dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Senario Penstrukturan Pengajian Islam Di Malaysia
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi
66
Mohd. Hanif Mat Nor. (2003). Sekolah Agama Rakyat – Mengapa Menjadi Pilihan Ibu Dewan Agama
dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bil. 3: 14-17.
Mohamad Yusoff, M. H dan Hashim, A. (2017) Amalan pengajaran guru dalam kurikulum Al-Azhar
di sekolah menengah agama negeri di Kelantan. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Mohamad Rawi, M., Baharudin, H., Aqsha Lubis, M., dan Romli, S. A. (3AD). Institusi Pondok
Dalam Sistem Pendidikan Islam Di Malaysia. (2015). In M. Aqsha Lubis, S. H. Ahmad Shah,
W. N. F. Mat Daud, dan N. Kifli (Editor.), Proceeding The 7th International Workshop And
Conference Of Asean Studies On Islamic And Arabic Education And Civilization (Poltan-
Ukm-Polimed). Bandar Baru Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Nor, M. R. dan Wan Othman, W. M. T. (2011) Sejarah dan perkembangan Pendidikan Islam di
Malaysia. At-Ta'dib - Jurnal Kependidikan Islam, 6(1), 59-78. ISSN 0216-9142
Mohd Nor, M. R., Berahim Ibrahim, A. Z., Faisal Abdul Hamid, F. A., Jalani, H. dan Mhd Ramli, M.
F. (2012). Islamic Educational System in Kelantan, Malaysia: Traditional and Modern
Approaches. Middle-East Journal of Scientific Research, 11(9), 1238-1243
Mohd Tayeb, A dan Syed Annuar, S. N. (2018). Federalisme dan pengurusan pendidikan Islam di
Kelantan. Kajian Malaysia 36(2): 89–111. https://doi.org/ 10.21315/km2018.36.2.5
Muhamad, A. D. (2016). Pengaruh Timur Tengah terhadap Madrasah al-Mashoor al-Islamiah, Jurnal
Sains Humanika UTM 8(3-2), 109-115. E-ISSN 2289-6996.
Panel Penyelidik. (2010). Hala tuju Pengajian Islam. Putrajaya: Jabatan Pengajian Tinggi.
Suhid, A., Ahmad, A. M., Mohd Sabri, S., & Mohamad, A. E. (2015). Pendidikan untuk Semua:
Amalannya dalam Sistem Pendidikan Islam di Malaysia. International Journal of Education
and Training (InjET), 1(2), 1–7.
Tamuri, A. H. & Jasmi, K. A. (2009) Nilai, amalan, dan Sistem Pendidikan Masyarakat Melayu Islam
selepas penjajahan Barat hingga kini / Ab. Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi. In:
Peradaban Arab-Islam dan Masyarakat Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor, 35-37. ISBN 978-983-9368-43-7
Umar, A dan Hussin, S. (2007). Sekolah Agama Rakyat : Kedudukan dan Konfliknya Dalam Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Prosiding Ini Telah Dibentangkan Dalam Seminar Kebangsaaan Isu-
Isu Pendidikan Negara Kali Ke-3 Anjuran Fakulti Pendidikan Ukm Pada 13 Hingga 14
Februari 2007 Bertempat Di Esset, Bangi.
Umar, A dan Hussin, S. (2008). Pembangunan Sekolah Agama Rakyat Di Malaysia : Kajian
Perbandingan Pelaksanaannya Semasa Tamadun Andalusia. Dlm, Prosiding Ini Telah
Dibentangkan Dalam Seminar Antarabangsa Andalusia 1300 Tahun Anjuran Universiti Sains
Malaysia Pada 4 Hingga 5 Mac 2008 Bertempat Di Usm, Penang.
Umar, A dan Hussin, S. (2008). Hubungan Malaysia dan Mesir Dalam Membangunkan Kurikulum
Diniah Di Sekolah Agama Rakyat : Suatu Kajian Perkembangan dan Cabaran Di Kelantan.
Kertas Kerja Ini Telah Dibentangkan Dalam Seminar Kebangsaan „Malaysia-West Asia
Relations: Prospect & Challenges‟ Anjuran Institut Kajian Rantau Asia Barat (Ikrab) Pada 1
Hingga 2 Disember 2008 Bertempat Di Bilik Senat Ukm.
Yusopp, A. (2002). Kurikulum baru Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menghadapi
era globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Universiti Kebangsaan
Malaysia,Bangi.hlm.1-9