87223601 assignment-titas

35,991 views

Published on

assignment titas

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
35,991
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
668
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

87223601 assignment-titas

  1. 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT,JOHOR DARUL TAKZIM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) (WAJ3101)NAMA : KHAIRUL AMILEIN BIN RAHIMNOMBOR I/C : 920119-03-6329OPSYEN/KUMP/AMBILAN : PISMP / PSV / JAN 2012NAMA PENSYARAH : ENCIK ABD RAHMAN BIN SIRAJ
  2. 2. PENGHARGAAN Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat sayamenyempurnakan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Pada 1 Mac 2012, kami telahdiberi tugasan kerja kursus pendek bagi matapelajaran tamadun islam dan tamadun asia.Kami diberi 9 pilihan soalan dan dikehendaki mengkaji, meneliti dan mempersembahkanhasil kerja kami dalam bentuk penulisan. Pertama sekali, saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada EncikAbdul Rahman Bin Siraj, pensyarah TITAS kami kerana telah banyak memberikanbimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Beliau juga telahbanyak berkongsi maklumat dan pengetahuan yang berguna bagi kami. Tidak lupa juga jutaan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, EncikKasnan bin Kamari dan Puan Zaiton binti Ahamad kerana banyak memberikan sokonganmoral kepada saya sepanjang tempoh ini. Hal ini demikian kerana, bagi mendapatkan hasilyang baik saya perlulah menitikberatkan perihal emosi saya sepanjang saya menyiapkantugasan ini.Ibu bapa saya sentiasa berada di sisi saya dan memberi dorongan kepada sayauntuk terus berusaha. Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak berkongsimaklumat-maklumat berguna.Perkongsian anda sangat bermakna dan telah banyakmeringankan beban saya dalam menyiapkan tugasan ini.Terima kasih sekali lagi kepadasemua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh ini.
  3. 3. Soalan 5: salah satu kaum yang terdapat di Malaysia ialah kaum India. Pastinyasejarah tamadun India ada hubungkaitnya dengan mereka.Ceritakan tamadun Indiayang anda tahu.Jelaskan unsur-unsur dalam tamadun India untuk membinakesejahteraan masyarakatnya sejak dahulu dan kesan yang boleh dilihat di Malaysia. Proses ketamadunan mengambil tempat dalam kehidupan setiap manusia tetapidalam bentuk yang berbeza. Pembangunan dan kemewahan hidup yang kita kecapi padahari ini adalah hasil daripada proses ketamadunan pada masa lalu. Tanpa tamadun, kitatidak mungkin dapat menikmati kemudahan menggunakan telefon bimbit, rumah yangselesa, dan keperluan hidup yang mencukupi.Menurut ahli arkeologi barat, kehidupanmanusia diibaratkan seperti orang gua yang tidak mengetahui apa-apa ilmu. Hasil daripadaproses ketamadunan, manusia mula mengenal bahasa, sistem, dan teknologi yang manaaspek-aspek tersebutlah yang banyak menyumbang kepada perkembangan hidup manusiamasa kini. Setiap kelompok manusia yang berdiri di atas muka bumi ini melalui proses yangsama iaitu proses ketamadunan yang juga disebut sebagai ‘civilization’ dalam bahasainggeris. Antara contoh tamadun yang pernah muncul suatu ketika dahulu ialah tamadunchina, tamadun india, tamadun melayu, tamadun islam, dan tamadun jepun. Tamadun bolehdidefinisikan melalui dua definisi iaitu melalui bahasa dan istilah. Definisi ini pula kemudianterbahagi kepada dua bentuk pandangan iaitu pandangan dari segi islam dan pandanganmenurut perspektif barat. Perkataan tamadun sebenarnya berasal daripada perkataan arabiaitu ‘mudun’ dan ‘madani’ yang bermaksud Bandar. Tamadun juga dikaitkan denganperkataan arab ‘madana’ yang membawa erti tinggi budi bahasa. Dalam bahasa inggerispula, tamadun dikenali sebagai ‘civilization’ yang juga merupakan kata pinjaman daripadaperkataan Greek ‘civitas’ yang juga bermaksud Bandar. Secara umumnya, tamadun ialahperadaban.Konsep tamadun memusat kepada pembangunan lahiriah dan rohaniah. Lahiriahmerujuk kepada pembangunan sesebuah Bandar seperti pembinaan kota dan kesenianmanakala rohaniah pula merujuk kepada perkembangan moral, sahsiah dan tatasusila. Tamadun india merupakan salah satu tamadun yang terkenal suatu ketika dahulusemasa zaman pemerintahan Maurya. Walaubagaimanapun, kegemilangan sesebuahtamadun tidak datang bergolek bahkan ia dicapai hasil daripada usaha gigih danpemerintahan yang sistematik. Bagaimanakah sejarah awal tamadun india? Pada tahun1500SM, orang Arya telah membawa satu bentuk peradaban yang baru di barat lautIndia.Pada fasa ini, telah muncul dua zaman yang bertanggungjawab dalam prosesmemelihara dan mengembangkan tamadun yang baru menapak itu. Pada 1500SMbermulanya pemerintahan zaman vedik yang akhirnya tumbang pada 500SM. Zaman vediktelah menempatkan orang-orang Arya yang berasal dari Poland dan Asia tengah.Pada
  4. 4. zaman ini jugalah terbentuknya budaya komposit di utara India yang dikenali juga sebagaibudaya Indo Arya (budaya Vedik). Walaupun fasa ini mengambil tempat pada permulaansejarah tamadun india, masyarakat india pada masa itu boleh dikategorikan sebagaimasyarakat yang bertamadun kerana pada ketika itu, mereka sudah mula hidup menetapdan mengamalkan sistem kekeluargaan. Mereka juga arif dalam bidang penulisan dan telahmembentuk satu bentuk pemerintahan.Pada zaman ini, mereka mula mencipta teks-teksagama atau Veda-veda.Hal ini menunjukkan perkembangan mereka dalam bidangpenulisan dan mula mengenal konsep ketuhanan.Asas organisasi politik dan sosialmasyarakat Indo Arya berpusat pada institusi kekeluargaan yang mana setiap keluarga ataukula diketuai grihaspati.Beberapa keluarga tinggal di grama (kampung) diketuai olehgramina.Pada skala yang lebih besar pula, beberapa kampung adalah bahagian visya(Bandar), dan diketuai oleh visyapati. Kelompok visya pula adalah sebahagian daripada janadibawah pimpinan rajana. Kuasa tertinggi dalam tampuk pemerintahan masyarakat indiapada masa ini ialah raja. Penasihat raja dikenali sebagai mantri parishad.Terdapat duabadan yang mengawal kuasa raja iaitu sabha dan samriti. Dari segi ekonomi pula, penduduk dituntut untuk membayar cukai.Cukai tanahmerupakan cukai asas. Pada zaman ini, pemerintahan tidak terlalu memusat kepada aktivitiekonomi maka aktiviti ekonomi yang berjalan banyak tertumpu kepada aktiviti sara diri.Antara contoh kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat india pada masa itu ialahpertanian bijirin, penternakan, nelayan, tukang dobi, tukang gunting rambut,penjual daging,pembuat bakul, pembuat tembikar, peminjam wang dan pedagang.Bermula pada 600SM,munculnya zaman Vedik Terkemudian.Pada zaman ini tertubuhnya kumpulan republik dikaki gunung Himalaya dan barat laut Punjabi dan negeri-negeri beraja di kawasan sungaiGanges.Pertubuhan baru ini melantik pengerusi pertemuan wakil-wakil puak sebagairaja.Kehadiran pemimpin dan pemikir aliran bukan ortodoks mula mengambil tempat sepertiSiddharta Gautama dan Mahavira.Pada zaman vedik, cukai tanah merupakan cukai asastetapi pada zaman vedik terkemudian, sistem cukai telah diperkembangkan lagi danbeberapa cukai baru mula diperkenalkan seperti cukai perindustrian dan cukaiperdagangan.Pada zaman ini, terdapat dua jenis pemerintahan iaitu pemerintahan secararepublik dan secara beraja.Negeri-negeri yang mengamalkan sistem beraja terletak dikawasan sungai Ganges.Kuasa raja adalah turun temurun dan mengutamakan sistemdewaraja, upacara rajasuya, vajapeya dan asva medha. Hal ini menjelaskan bahawamasyarakat india pada masa itu mengangkat darjat raja sebagai dewa. Raja yang dilantikmemegang mandat dari tuhan maka masyarakat tidak boleh menentang raja. 321SM, bermulanya zaman kegemilangan tamadun india di bawah pimpinanChandragupta Maurya. Sebelum dinasti Maurya, kerajaan ini terbahagi kepada dua
  5. 5. bahagian iaitu kerajaan kecil, janapada dan kerajaan besar, mahajanapada.Di bawahpemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan ini telah disatukan menjadi satukerajaan yang besar.Pada tahun 321 SM, empayar pertama di India telah terbentuk melaluipenggabungan seluruh kerajaan di India Utara.Dinasti ini mencapai kemuncakkegemilangan dinasti ini ialah pada zaman pemerintahan Asoka, putera kepadaChandragupta Maurya. Terdapat tiga aspek utama dalam pembentukan tamadun iaitu politik, ekonomi dansosial. Dalam aspek ini pula, terdapat pelbagai unsur untuk membina kesejahteraanmasyarakat dalam sesebuah tamadun seperti pentadbiran dan perundangan, perundangan,peningkatan ekonomi, agama hindu, perluasan kuasa, sains dan teknologi, kesenian, dansebagainya. Dalam bidang politik, kerajaan kecil dan kerajaan besar mengamalkan sistempemerintahan yang kontradik.Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyairaja manakala bagi kerajaan besar pula, mereka dipimpin oleh raja seperti kerajaan Kashi,Kosala, dan Magadha. Maurya menyedari hakikat bahawa tamadun ini tidak akan majusekiranya masyarakatnya tidak bersatu padu. Selain itu, sistem pemerintahan yang tidaksistematik akan meruntuhkan tamadun yang terbina. Oleh sebab itu, Chandragupta Mauryamenggabungkan kedua-dua kerajaan ini dan memerintah kerajaan tersebut dibawahperundangan yang sama. Hal ini mengubah status raja kepada maharaja.Empayar Mauryatelah tersebar luas diseluruh kawasan dan meliputi kawasan Teluk Benggala hingga kepergunungan Hindu Kush.Maharaja Asoka merupakan orang yang bertanggungjawab dalammemimpin empayar India ke kemuncak kegemilangannya apabila beliau berjayamenamatkan perang saudara serta menakluk Kalinga selepas perang Kalinga.Asoka telahmempelajari hakikat bahawa pemerintahan secara ketenteraan adalah terlalu berat bagimasyarakatnya.Oleh yang demikian, beliau telah membuat perubahan yang besar dalamsistem pemerintahan dan perundangan di empayar India.Asoka lebih mementingkankeamanan dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui agama Buddha dantidak lagi menggunakan peperangan. Manusia memerlukan undang-undang dalam kehidupan seharian mereka.Bayangkanhidup kita tanpa undang-undang. Semestinya segalanya akan menjadi kucar kacir. Sebagaicontoh, jalan raya yang dibina tanpa lampu isyarat. Pemandu juga bebas memandu selajumana yang mereka kehendaki tanpa had. Apakah yang akan terjadi? Sudah pastinya jalanraya akan menjadi sesak dan kemalangan berlaku disetiap pelusuk jalan. Perkara yangsama akan berlaku ke atas sesebuah kerajaan sekiranya kerajaan itu ditadbir tanpamengambil kira factor perundangan. Kehidupan manusia tidak akan terbela. Pesalah akandibebaskan begitu sahaja. Lantaran daripada ini, keruntuhan akhlak akan mula berleluasa.Perangkaan undang-undang di empayar India banyak merujuk kepada ajaran agama Hindu.
  6. 6. Hal ini demikian kerana masyarakat india telah dipengaruhi oleh kepercayaan hindu danhampir kesemua masyarakat india beragama hindu. Kitab Dharma Sastra dipercayaisebagai kitab undang-undang hindu tertua dalam tamadun ini. Menurut kitab ini, setiapkesalahan yang dilakukan akan diambil tindakan atau denda bergantung kepada keseriusankesalahan tersebut. Namun, pelaksanaan undang-undang ini turut dipengaruhi oleh sistemkasta. Sebagai contoh, sekiranya seorang Vaishya memotong tangan seorang Brahmin,Vaishya tersebut akan dihukum dengan tangannya dipotong. Tetapi sekiranya seorangBrahmin memotong tangan seorang Vaishya, Brahmin tersebut perlu membayardenda.Selain raja, golongan Brahmin merupakan golongan yang dominan dalam bidangperundangan kerana golongan Brahmin mahir tentang hukum-hukum terutama yangberkaitan dengan keagamaan.Segala titah maharaja diukir pada tiang batu yang didirikan ditepi jalan agar undang-undang itu dapat dibaca oleh rakyat. Tiang tersebut terkenal dengannama Tiang Asoka kerana telah dibina pada zaman pemerintahan maharaja Asoka. Beliausentiasa berpegang teguh pada konsep kesejahteraan rakyat dan itulah yang menjadikanpemerintahannya adil. Ekonomi sesebuah kerajaan mempengaruhi sektor-sektor yang lain. Hal ini demikiankerana kegiatan ekonomi merupakan penyumbang terbesar bagi pendapatan negara.Tanpapendapatan yang mencukupi, kebajikan masyarakat juga pembangunan negara tidak dapatdilaksanakan. Oleh itu, maharaja Asoka amat menitikberatkan perihal kegiatan ekonomikerajaannya. Malah, terdapat banyak pusat perdagangan yang penting di empayar Indiaseperti Anga, Kalinga, dan Karusa. Pusat perdagangan ini menempatkan sertamenghasilkan senjata,gading gajah, emas, berlian dan mutiara. Tamadun India menjalinkanhubungan diplomatik dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan AsiaTenggara.Hal ini menjelaskan kewujudan pengaruh tamadun India diMalaysia.Perkembangan pesat sektor ekonomi ini telah merangsang pertubuhan persatuanperdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai stresthin di setiap Bandar. Matlamatpersatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan, dan gaji pekerja.Tujuanpersatuan ini juga adalah bagi menjaga kebajikan pekerja.Undang-undang telah digubalbagi mengawal persatuan dan perlaksanaan undang-undang telah diawasi raja.Merekamenggunakan sistem mata wang sebagai medium untuk berjual beli.Semasa zaman Gupta,mata wang emas telah digunakan.Penggunaan mata wang dalam proses jual beli inimembuktikan bahawa pemerintah dalam tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Guptatelah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik. Aktivitiperdagangan sejak Zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam sektorperusahaan terutamanya pengeluaran tekstil, kain kapas dan sutera.
  7. 7. Aspek sosial merangkumi pelbagai unsur dalam tamadun India yang menyumbangkepada kesejahteraan masyarakatnya.Pendidikan, falsafah, sains dan teknologi, seni bina,bahasa dan kesusasteraan, sistem sosial, dan keagamaan merupakan contoh bagi unsur-unsur tersebut.Ilmu pengetahuan merupakan teras dalam kehidupan kita. Kemajuan dankemasyhuran tidak akan datang tanpa hadirnya ilmu terlebih dahulu. Masyarakat yangbertamadun itu merupakan masyarakat yang berilmu dan bermoral.Oleh yang demikian,bidang keilmuan mula meningkat di tamadun ini.Pada zaman Vedik, bidang ini sudah muladikembangkan.Pendidikan pada masa itu lebih banyak tertumpu kepada ajaran agama danberteraskan agama Hindu.Pendidikan pada zaman itu juga hanya didominasi oleh kaumlelaki manakala kaum perempuan tidak diberikan ruang untuk menerimapendidikan.Pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan mediumpengajaran yang penting dan kaedah hafalan digunakan untuk mendalami ilmu-ilmutersebut.Pengaruh bahasa Sanskrit masih lagi dapat dilihat pada masa kini namunpenggunaannya adalah terhad.Sebahagian daripada bahasa melayu yang kita gunakanpada masa ini diambil daripada bahasa Sanskrit sebagai kata pinjaman.Pendidikan yangberteraskan agama Hindu dan Buddha adalah bagi mempersiapkan manusia untukmenghadapi kehidupan selepas mati.Segala hukum agama telah diterapkan dalampendidikan mereka agar mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajaroleh agama.Pendidikan agama dapat membentuk peribadi diri yang mulia.Oleh yangdemikian, masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera.Objektif utama pendidikansemasa tamadun ini ialah bagi menambahkan ilmu serta mengatasi masalah butahuruf.Selain itu juga ialah bagi mendapatkan jawatan dalam pemerintahan. Bidang sains dan teknologi merupakan bidang yang sentiasa berkembang darizaman nenek moyang kita sehinggalah ke hari ini. Semenjak kali pertama manusia mulamengenal fungsi api, berbagai-bagai penemuan lain telah diterokai. Secara umumnya,teknologi boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaatdan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupanseharian.Dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, umumnya sesuatu yang baru itudianggap lebih baik berbanding yang lama.Sebagai contoh, pemproses mikro Pentium 4dianggap lebih pantas berbanding pemproses mikro Pentium 3 dan sebelumnya."Sainsmerupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataansains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu ataumaklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula denganpengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.Dalamtamadun india, sains dan teknologi merupakan cabang kepada pengetahuan Vedik. Ilmutentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Selain itu, tamadun india dikenali
  8. 8. dengan penemuan ilmu matematiknya yang berkembang pesat pada zaman pemerintahanGupta. Ahli matematik india pada zaman itu telah memperkenalkan konsep geometri dansistem nombor yang dikenali sebagai angka Brahmin dan angka Kharosti. Sistem angkajuga telah wujud dalam tamadun Yunani.Ilmu perubatan pula berkembang lantaran daripadakecenderungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.Melaluiperkembangan bidang perubatan, kesihatan masyarakat dapat dijaga. Disamping dapatmengurangkan kadar kematian, ia juga dapat membantu mengekalkan populasi penduduk.Kemajuan bidang astronomi dan matematik pula merangsang masyarakatnya untukmeneroka ilmu-ilmu lain seterusnya dapat memajukan tamadun mereka sekaligus dapatmenjamin kesejahteraan masyarakat. Pembaharuan teknologi akan turut dinikmatimasyrakat. Tamadun india juga terkenal dengan penciptaan roda. Roda merupakansumbangan terbesar tamadun india kepada dunia masa kini. Tanpa penciptaan roda, kitamungkin masih berjalan kaki untuk merantau. Sebelum berlakunya proses ketamadunan, manusia hidup di dalam gua dan tidakmempunyai kelengkapan yang mencukupi. Segalanya serba kekurangan dan kehidupansemestinya tidak selesa. Selain itu, mereka juga hidup bernomad; sentiasa berpindah darisatu tempat ke satu tempat yang lain. Hal ini demikian kerana sumber makanan yang ada disesuatu tempat hanyalah bersifat sementara maka mereka perlulah mencari sumber yangbaru bagi meneruskan kehidupan mereka. Proses ketamadunan mengajar manusia untukhidup menetap dan memajukan kawasan yang mereka duduki agar mereka dapat hidupdengan selesa. Melalui kegiatan pertanian, penternakan, dan sebagainya, mereka dapatmengekalkan sumber makanan mereka.Oleh yang demikian, seni bina menjadi satu bidangyang agak penting pada masa itu.Ilmu seni bina menyumbang kepada pembinaan rumahyang lebih kukuh dan tahan cuaca. Selain itu juga, ia menyumbang kepada pembinaanbangunan-bangunan lain seperti bangunan pentadbiran, dan bangunan komuniti.Masyarakatnya telah berupaya membina binaan yang baik.Hal ini dapat dilihat melaluipembinaan The Great Bath.Jika dibandingkan dengan binaan pada masa kini, binaan padazaman-zaman dahulu lebih kukuh. Sebagai contoh, piramid giza yang masih mampubertahan walaupun sudah beribu-ribu tahun usianya. Masyarakat India sangatmementingkan agama dalam kehidupan seharian mereka.Oleh yang demikian, kebanyakanhasil kerja mereka juga banyak dipengaruhi oleh faktor keagamaan.Bidang seni binamerupakan salah satu contoh bidang yang dipengaruhi oleh faktor keagamaan. Binaan-binaan yang terdapat dalam tamadun india banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha.Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di GuaAjanta.Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pulamempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan
  9. 9. Masihi.Seni bina Buddha menggunakan elemen geometri iaitu segi empat danbulat.Pelbagai binaan yang berinspirasikan kesejahteraan rakyat turut dibina.Binaan-binaantersebut dibina bagi memudahkan masyarakatnya seperti sistem perparitan yang dibinaselari dengan jalanraya dan tertutup.Terdapat juga benteng pengawal banjir setinggi 13.1mdan gudang penyimpanan bijiran yang besar. Tamadun india mempunyai sistem sosial yang unik yang tidak ditemui di mana-manatamadun lain. Sistem tersebut dikenali sebagai sistem kasta yang mana masih lagidiamalkan di India sehingga kini.Sistem ini mempunyai empat kasta utama iaitu Brahmin,Ksyatria, Vaisya, dan Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tanggungjawab yangberbeza dan menjadi darah daging kepada sistem sosial india. Sistem ini diikuti denganketat. Berdasarkan sistem ini, antara lainnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwiniwanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yangberbeza. Sistem kasta ini disusun mengikut hierarki dengan Brahmin di tempat yangtertinggi dan mendapat layanan yang lebih mulia berbanding kelas-kelas bawahan yang lain.Hal ini demikian kerana golongan Brahmin terdiri daripada golongan yang mahir dalambidang agama seperti paderi.Masyarakat India sangat mementingkan agama dan adatkepercayaan, oleh itu mereka menjunjung tinggi golongan-golongan ini.Idea-ideakeagamaan Hindu tertentu seperti samsara, karma, moksha, ahisma, dan dharmadisebarkan melalui sistem kasta.Samsara merujuk kepada perihal pusingan kelahiran,kematian dan kelahiran semula manakala karma pula ialah tindakan kearahkebaikan.Moksha ialah perihal membebaskan kewujudan masalah-masalah yang tiadapenghujungnya.Selain itu ialah ahisma yang merupakan satu doktrin tidak melakukankekejaman.Dharma pula ialah tugas-tugas moral.Antara kepercayaan yang diamalkan dalamsistem kasta ialah sati atau janda kepada si mati perlu berkorban nyawa denganmembakarkan dirinya bersama mayat suaminya yang meninggal dunia.Mereka melihatkepercayaan ini sebagai satu tanda pengorbanan yang mulia.Selain itu, janda juga dilaranguntuk berkahwin semula sebagai tanda kesetiaan kepada mendiang suami. Perampasanharta pusaka keluarga daripada orang yang memeluk agama lain atau disingkirkan daripadakasta. Hal ini bagi menanam sifat taat pada agama bagi penganut Hindu. Semasa zaman kegemilangan tamadun India, tamadun ini telah berkembang kemerata dunia dan dalam pada masa itu, tamadun ini telah melabuhkan pengaruh sertakepercayaan mereka di tempat-tempat yang mereka lewati.Tanah melayu juga tidakterkecuali.Fenomena ini berlaku hasil daripada interaksi antara tamadun.Hal ini menjelaskanperihal fenomena pengaruh budaya india dalam kalangan masyarakat kita kini.Malah,Negara kita Malaysia merupakan Negara majmuk yang menempatkan pelbagai kaum dalamsatu Negara. Kaum india tergolong dalam bangsa yang utama di Malaysia selain kaum cina
  10. 10. dan melayu. Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam Some Contribution Of India ToAncient Civilization Of Indonesia And Malaysia, interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu (Amran, 1995 : 120).Terdapat 6 faktorinteraksi antara tamadun.Antaranya ialah kepimpinan, peranan golongan agamawan,geografi, perkahwinan, perdagangan dan misi politik. Interaksi antara tamadun india danmelayu banyak mempengaruhi budaya dan adat orang melayu yang diamalkan pada masakini. Sebagai contoh, adat berinai bagi pengantin baru datangnya daripada budaya tamadunindia. Selain itu juga, sebahagian ukiran-ukiran seni bina di Malaysia turut memaparkanelemen-elemen india. Faktor perdagangan merupakan faktor terpenting yang menggalakkan interaksiantara tamadun india dan tamadun asia yang akhirnya membawa kepada interaksi antaratamadun india dan tamadun melayu. Interaksi ini bermula dengan laluan Sutera yangmelintasi Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka.Negara terawal muncul yangmendapat pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2 Masihi, bertapak di MuaraSungai Mekong dengan pelabuhannya Oc Eo. Selain itu ada beberapa buah negeri lainyang diandaikan muncul dan menerima pengaruh India antaranya Langkasuka, Kedah,Kuala Selinsing dan Tanah Merah di Semenanjung, Kam-to-li di Sumatera, Taruma di Jawadan Kutei di Borneo. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 138).Pada zaman kesultanan MelayuMelaka, pedagang India merupakan golongan pedagang yang utama.Mereka datangdaripada pesisir Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat (Cambay, Surat danRandir).Ada yang tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin dengan wanitadari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesarMelaka. Tun Ali, anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telahberkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444)telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan datuknya, yang seterusnya melahirkanpembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Kesan interaksi antara tamadun india dan tamadun melayu ini masih dapat dilihatpada hari ini. Antara impak yang ketara ialah dalam bidang bahasa dankesusasteraan.Dewasa ini, kita dengan mudah menuturkan bahasa ibunda kita tanpapernah mengambil kira mengenai sejarah pembentukan perkataan-perkataantersebut.Hakikatnya, sebahagian daripada perkataan melayu yang kita tuturkan merupakanpinjaman daripada bahasa Sanskrit.Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskritdigugurkan atau dipindahkan tempat bagi membentuk satu perkataan yang baru.Sebagaicontoh, perkataan ‘bumi’ berasal daripada perkataan Sanskrit ‘bhumi’.Begitu juga bhedayang bermaksud beza, arthah yang bermaksud harta, dan arghah yang merujuk kepadaharga.Antara contoh lain ialah panajaram yang membawa erti penjara, cakravala yang
  11. 11. bermaksud cakerawala, dan akasah iaitu angkasa. Selain daripada bahasa Sanskrit, kitajuga turut meminjam sebahagian perkataan daripada bahasa tamil. Ciri-ciri penyesuaianjuga berlaku ke atas kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokaldan penggandaan konsonan dihilangkan, contohnya ialah kendii menjadi kendi dan kappalmenjadi kapal. Antara contoh lain ialah paricai yang diubah menjadi perisai dan mutalditukar kepada modal. Perkataan-perkataan ini masih lagi digunakan secara formal atautidak formal dalam kehidupan seharian kita.Jika kita lihat dalam kesusasteraan Melayuterdapat pengaruh daripada tradisi kesusasteraan India. Cerita-cerita yang bersumberkankitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakatMelayu seperti cerita penglipur lara yang dituturkan oleh tukang-tukang cerita atau melaluiwayang kulit (Ismail, 1985: 111).Begitu juga unsur mitos dan lagenda dalam karya sejarahMelayu berkaitan dengan tradisi mitos India yang tersebar luas di Asia Tenggara sejakbeberapa abad Masihi lagi.Setiap unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayumembawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran, kemuliaan, martabat sertamenunjukkan kuasa raja yang istimewa. Contoh, unsur mitos pengembaraan Raja Suran kedalam laut serta hubungannya dengan lagenda puteri naga menunjukkan unsur bahawaunsur mitos tersebut dalam Sejarah Melayu menegaskan hak kekuasaan yang sah kepadaSang Sapurba dan diwarisi oleh raja--raja Melaka (M. Rajantheran, 1999: 143-144). Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap masukbeberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkan legimitasi keatas golongan pemerintah bangsawannya.Kerajaan di bumi dianggap bayangan kerajaan disyurga dan raja sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha, yang melahirkankonsep Deva-Raja.Beberapa upacara pertabalan diraja seperti pembinaan Balai PancaPrasada lima tingkat mewakili puncak Gunung Kosmik Mahameru, dan penggunaanbilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32 berasaskan empat kardinal penjuru alam yangdikali dengan empat. Penggunaan nama-nama gelaran pemerintah dan pembesar negeriseperti Duli yang Maha Mulia (Debu (di bawah tapak kaki Raja) Yang Paling Suci) SeriPaduka Baginda (Capal Suci di bawah tapak kaki Devaraja). Nama-nama pembesar negerijuga adalah pinjaman daripada unsur India iaitu Seri Nara Diraja yang bertugasmengisytiharkan pelantikan Raja, Bendahara sebagai menteri, Laksamana sebagai ketuatentera dan lain-lain (Hashim Musa, 2004 : 141). Pengaruh india telah banyak meresap dalam adat dan budaya kaum melayu.Pengaruh ini paling ketara dalam adat resam melayu yang membabitkan perkahwinan dankehamilan.Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginyadaripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orangHindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat (Amran, 1995 : 136).Di
  12. 12. samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masihwujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong(Afifah, 2003 : 184).
  13. 13. REFLEKSI Matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia merupakan satu subjek yang barubagi kami.Bagi semester ini, kami telah diberi tugasan kerja kursus pendek.Sebagaitugasan, kami dikehendaki memilih mana-mana dari salah satu 9 tajuk yang diberi. Kamiperlu mencari, membaca, meneliti dan mempersembahkan penemuan kami dan kisahkan iadalam penulisan sebagai tugasan kerja kursus pendek kami. Kesemua soalan yang diberiberkisarkan tamadun sama ada tamadun melayu, india, cina, jepun, atau islam, dansebagainya. Bagi tugasan ini, saya telah memilih soalan yang kelima. Soalan ini memintasaya menceritakan tamadun india serta unsur-unsur yang terdapat dalam tamadun indiadalam usaha membina kesejahteraan masyarakatnya. Selain itu juga saya perlumenyelitkan kesan-kesan tamadun india yang boleh dilihat di Malaysia. Objektif kerja kursus pendek ini ialah pelajar dapat melaksanakan tugas-tugasberikut. Tugas tersebut ialah menyatakan secara jelas unsur-unsur dalam tamadun indiauntuk membina kesejahteraan masyarakatnya dan kesan yang boleh dilihat di Malaysia.Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya mendapati topik ini agak mudah keranaterdapat banyak maklumat mengenai tamadun india di internet serta sumber-sumber yanglain. Bagi unsur yang terdapat dalam tamadun india, saya mendapati sistem sosial dalamtamadun ini agak sukar untuk dijelaskan. Hal ini kerana soalan meminta saya menjelaskanunsur bagi membina kesejahteraan rakyat. Seperti yang kita sedia maklum, tamadun indiaterkenal dengan sistem kastanya. Saya cuba mencari kelebihan yang ada pada sistem kastabagi membina kesejahteraan masyarakatnya namun agak sukar. Hal ini demikian keranasistem kasta lebih banyak membawa kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, saya telah banyak menimba ilmu baru sepanjang sayamenyiapkan tugasan ini. Tamadun india, topik ini telah kami pelajari sewaktu di bangkusekolah namun pengetahuan yang ada tidaklah begitu mendalam. Melalui tugasan ini, sayasedikit sebanyak telah mendalami pengetahuan tentang tamadun india. Sebagai seorangbakal guru, saya perlu menyiapkan diri saya dengan pengetahuan umum serta sentiasaberusaha meningkatkan pengetahuan saya dalam semua bidang.
  14. 14. RUJUKANHidayah (2008) ,bab 2: interaksi antara pelbagai tamadun (melayu, china, india). Retrievedmarch, 16, 2012 from http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-2-interaksi-antara-pelbagai.html.Bab 2: peningkatan tamadun. Retrieved march, 16, 2012 fromhttp://saku30.tripod.com/Bab2SEJ4.htm.Interaksi antara tamadun. Retrieved March, 16, 2012 fromhttp://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%202%20Interaksi%20Antara%20Tamadun.pdf.

×