SlideShare a Scribd company logo
FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES (FASS)
JANUARI 2017
ADSE1103
SOSIOLOGI DAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
___________________________________________________________________________
NO.MATRIKULASI : 810524015110001
NO.KADPENGENALAN : 810524–01–5110
E–MAIL : Azura5834@gmail.com
NO.TELEFON : 013–7621536
PUSATPEMBELAJARAN : PETALING JAYA
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN DAN OBJEKTIF 3 - 4
2.0 PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MENURUT 5 - 7
KONSEP PERSPEKTIF ISLAM
3.0 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 8 - 12
4.0 KEKANGAN DALAM MELAKSANAKAN ELEMEN BUDAYA 13 - 14
5.0 LANGKAH - LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH 16 - 17
6.0 KESIMPULAN 18
7.0 RUJUKAN 19 - 21
3
1.0 PENGENALAN
Kepelbagaian budaya meliputi kepelbagaian budaya, latar belakang, pencapaian,
bahasa, nilai yang dipegang oleh para pelajar yang boleh berlaku dalam pendidikan formal atau
tidak formal. Menurut Saha (1997), Pendidikan Pelbagai Budaya merupakan proses atau
strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditonjolkan melalui
etnik, bahasa atau ciri – ciri ras. Objektif pendidikan pelbagai budaya adalah bagi mewujudkan
toleransi, pemahaman dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara
budaya dan kaitannya dengan konsep, nilai, sikap dan sebagainya.
Manakala Ibnu Khadun (2000) mengatakan, kepelbagaian seperti budaya, bangsa,
termasuklah elemen bahasa, cara hidup, agama dan tabiat berpakaian dan nilai yang diamalkan
ini merupakan satu indikator bagi melihat ketamadunan sesuatu bangsa.
Merujuk Bennett (1999) pula, maksud budaya dalam kajian literaturnya, menjelaskan
bahawa, budaya itu boleh merangkumi pelbagai bentuk dan abstrak serta berubah mengikut
keperluan masa. Malah ia bergantung kepada tempat dan persekitaran yang berbeza – beza.
Terdapat budaya yang boleh diterima secara langsung dan sebaliknya oleh sesebuah negara.
Konsep budaya dalam konteks pendidikan pelbagai budaya merangkumi sebarang
pengetahuan, seni, kepercayaan, intelektual, sikap, norma – norma, idea – idea dan hubungan
antara peristiwa dengan tingkah laku atau sebagainya.
Menurut Abdul Razaq (2010), kefahaman tentang kepelbagaian ini bukan sahaja untuk
pencapaian akademik semata – mata tetapi juga dapat memupuk perpaduan semangat dalam
kalangan pelajar yang pelbagai kaum.
Sebagai seorang guru, seharusnya mempunyai pendekatan yang tersendiri dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang teratur, berkesan serta yang bersesuaian. Guru perlu
melakukan persediaan rapi yang membolehkan pelajar memahami apa yang disampaikan
secara mudah dan sistematik. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik dan menyeronokkan pelajar yang berlatar belakang, kaum dan budaya yang berbeza.
Di Malaysia, pendidikan pelbagai kaum telah menunjukkan kepentingannya setelah
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang menginginkan suatu dasar pendidikan yang dapat
diterima oleh semua kaum di Malaysia. Dasar pendidikan di Malaysia telah digubal dan
seterusnya membentuk kurikulum berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara atau bumiputera,
4
Cina dan India.
Dengan ini, pastinya dapat menjamin kestabilan dan kemakmuran rakyat mahupun negara.
Mengikut Hussein (1993), jalinan budaya manusia tidak boleh difahami melalui proses
pewarisan biologi tetapi perlu dipelajari melalui proses pendidikan, sama ada di sekolah, dalam
keluarga, kumpulan rakan atau komuniti.
1.1 Objektif Tugasan
Objektif Tugasan Ini Adalah Seperti Berikut:
i) Menjelaskan pengertian pendidikan kepelbagaian budaya di Malaysia dan konsepnya
menurut perspektif Islam dengan jelas dan baik.
ii) Mengkaji dan menghuraikan pendekatan dalam aktiviti pembelajaran yang sesuai di dalam
bilik darjah bagi meraikan kepelbagaian bahasa, kaum dan budaya masyarakat di Malaysia
dengan baik.
iii) Membincangkan kekangan, masalah dan isu pendidikan pelbagai budaya dalam
melaksanakan elemen budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
iv) Menyatakan langkah- langkah atau kaedah yang sesuai bagi mengatasi masalah yang
dihadapi dalam melaksanakan penerapan elemen budaya semasa proses pegajaran dan
pembelajaran di sekolah dengan berkesan.
5
2.0 PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MENURUT KONSEP PERSPEKTIF
ISLAM
2.1 Pendidikan Pelbagai Budaya Menurut Konsep Perspektif Islam
2.1.1 Definisi Pendidikan
Definisi Pendidikan Islam menurut istilah – istilah ta’dib, irsyad dan tadris merupakan
satu usaha yang berterusan ke arah perkembangan potensi individu Muslim sebagai hamba
Allah dan khalifah Nya di muka bumi secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan
yang seimbang dari aspek rohani, aqliah, emosi, aqidah dan jasmani berdasarkan kepada ajaran
Islam.
Matlamat melalui aspek pendidikan Islam, adalah bagi melengkapkan setiap individu
itu dengan ilmu pengetahuan Islam agar dapat hidup sebagai seorang yang beriman, berakhlak
mulia, berilmu, dan beramal soleh.
2.2 Konsep Pendidikan
Islam mengiktiraf kepelbagaian budaya ini meliputi kepelbagaian bangsa, budaya,
agama dan nilai yang dipegang mereka. Islam memberikan kebebasan beragama kepada umat
manusia (Al - Baqarah, 2: 256). Menurut Ibnu Khaldun (2000), kepelbagaian seperti budaya
dan bangsa termasuklah elemen bahasa, agama, cara hidup dan cara berpakaian dan nilai yang
diamalkan ini adalah satu indicator bagi menyaksikan ketamadunan sesuatu bangsa.
Menurut Islam, konsep pendidikan adalah merupakan kewajipan kepada semua umat
manusia. Pendidikan adalah suatu tindakan yang diambil oleh sesebuah masyarakat,
kebudayaan atau tamadun bagi menjaga kelangsungan hidup. Sekiranya pendidikan gagal
melaksanakan fungsinya, ini akan menyebabkan berlakunya kehancuran kepada manusia serta
dunia. Proses ini bermula dari alam kandungan ibu sehinggalah ke liang lahad. Menurut Islam,
proses pendidikan perlu berlangsung sepanjang hayat sebagaimana yang dijelaskan di dalam
Al – Quran dan Hadis.
Menurut Abu Ghudah (2009), Rasulullah SAW merupakan guru yang paling agung,
yang menggunakan kaedah yang dapat meraikan kepelbagaian pelajar ketika memberikan
pendidikan kepada para sahabat dan mereka yang baru memepelajari Islam pada zaman
baginda. Baginda cukup meraikan perbezaan setiap perbezaan setiap individu yang belajar
6
sama ada golongan yang disampaikan seruan dakwah atau yang bertanya. Baginda berinteraksi
dengan setiap individu berdasarkan kefahamannya dan bersesuaian dengan kedudukannya.
Baginda juga menjaga perasaan orang yang baru belajar, dan tidak mengajarkan kepada mereka
apa yang diajarkan kepada golongan yang telah lama. Kaedah ini turut digunakan oleh imam
– imam seperti As- Syafie, Malik dan sebagainya.
Di dalam Al - Quran telah menyebut bahawa, konsep kepelbagaian manusia merupakan
satu sunnahtullah. Perbezaan warna kulit, bangsa rupa paras, agama dan kepercayaan salah satu
daripada kekuasaan dan kebijaksaanan Allah SWT (Ar – Rum 30:22). Al – Quran juga
menyeru umatnya agar saling tolong –menolong, bertegur sapa dan beramah mesra tanpa
membezakan warna kulit, budaya dan bangsa bagi mewujudkan interaksi antara umat manusia
serta berlaku adil sesama manusia (An – Nisaa’ 4:58).
2.3 Pendidikan Pelbagai Budaya Menurut Konsep Perspektif Islam Ini Melalui Pelbagai
Aspek Iaitu:
i) Kaum atau Bangsa
ii) Bahasa
iii) Dan Latar Belakang
2.3.1 Kaum Dan Budaya
Menurut Ismail Hamid (1996), Islam mengiktiraf kewujudan kaum atau bangsa, budaya
dan cara hidup yang berbeza – beza, malah ahli fiqh berpendapat bahawa adat sesuatu bangsa
yang tidak bercanggah dengan syarak boleh dipertimbangkan sebagai sumber hukum yang
tidak diperjelaskan Al – Quran ataupun Hadis. Kewujudan pelbagai budaya ini, merupakan
tanda kebesaran Allah SWT.
Manakala menurut Ahmad Ali Seman (2011) pula, ini bersesuaian dengan masyarakat
majmuk di Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan budaya seperti kaum Melayu,
Cina, India dan sebagainya. Oleh yang demikian, pengetahuan murid terhadap kepelbagaian
budaya sejak mereka dibangku sekolah membantu kelangsungan bangsa dan kemajuan negara.
Sebagai contoh, melalui kurikulum tersirat dan tersurat, Kementerian Pendidikan berusaha
membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.
7
2.3.2 Kepelbagaian Bahasa
Menurut Syed Abdurahman (2005), kebolehan menguasai pelbagai bahasa juga
sekaligus membantu seorang da’i menguasai budaya sesuatu kaum dan bangsa. Hal ini kerana,
pendakwah merupakan jurubicara Islam kepada manusia. Sebagai seorang pendidik yang juga
da’i, adalah menjadi satu kelebihan sekiranya dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Dari sudut bahasa pula, terdapat hubungan dengan sosio - budaya, ini bermaksud
bahasa sesuatu etnik dipengaruhi oleh faktor budaya. Sebagai contoh, para nabi menerima
wahyu mengikut bahasa kaum mereka sendiri. Walaupun Islam menjadikan bahasa Arab
sebagai bahasa rasmi agama Islam, namun bukan bermakna bahasa – bahasa lain tidak
berfungsi, bahkan Islam telah mengiktiraf mana – mana bahasa yang digunakan di seluruh
dunia. Oleh itu, intipati ajaran Islam dalam pengajaran boleh dan sesuai diserapkan ke dalam
penggunaan mana – mana bahasa sekalipun.
2.3.3 Kepelbagaian Latar Belakang
Menurut Shamsul Amri (2012), kepelbagaian latar belakang murid dalam sistem
pendidikan di Malaysia mengkehendaki masyarakat Malaysia agar memahami bangsa – bangsa
lain dan bersatu padu dengan harapan dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Oleh itu, keperluan untuk meraikan kepelbagaian pelajar ini telah termaktub sebagai
salah satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan di Malaysia iaitu, “sistem pendidikan yang
menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak – kanak dengan menghargai
kepelbagaian” (Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 – 2025; 21).
Pendidikan pelbagai budaya ini tidak hanya berpusatkan guru, isi kandungan, sumber
ataupun proses namun, berfokuskan kepada perkembangan individu secara seimbang, harmoni,
bersepadu merangkumi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
8
3.0 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sesuai digunakan dalam pendidikan
pelbagai budaya:
3.1 Takrif Pendekatan
Menurut Al Ramaiah (1990), yang telah memetik kata – kata Sorenson dan Gross
(1963), yang mentakrifkan bahawa pendekatan merupakan suatu percubaan bagi menyusun
dan mengemas prosedur cerapan atau pemerhatian tingkah laku dan sifat guru. Manakala,
Mohd Salleh Lebar (1998) pula mengatakan, maksud pendekatan sebagai cara kita melihat dan
membuat pentafsiran sesuatu kejadian.
Pendekatan pembentukan model pendidikan pelbagai budaya Banks (1994) dibentuk
berdasarkan konsep pendidikan pelbagai budaya yang menitikberatkan kesamaan memperolehi
pendidikan di sekolah, kolej ataupun universiti tanpa mengira kaum, etnik, gender, jenis pelajar
dan kumpulan minoriti. Pendekatan Banks ini merupakan salah satu kaedah kita mengubah
cara mengajar dan memperbaiki pendidikan secara terancang lagi berkesan. Namun, ini
bergantung kepada jenis budaya yang terdapat di dalam sesebuah kelas dan sekolah.
Oleh itu, pendekatan yang digunakan oleh guru yang terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran pelbagai budaya seharusnya dapat memberikan kesan kepada menyemai sikap
dan budaya toleransi terhadap budaya orang lain.
3.2 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sesuai Bagi Meraikan
Kepelbagaian Bahasa, Budaya, Latar Belakang Dan Amalan Masyarakat Di Malaysia
iaitu: -
3.3 Menurut Banks (2001), Cadangan Bagi Amalan Yang Boleh Dilakukan Untuk
Melaksanakan Pendidikan Kepelbagaian Budaya Iaitu:
 Pertama, integrasi kandungan (content integration).
 Kedua, proses pembinaan kemahiran atau ilmu (the knowledge construction process) pada
perinngkat ini, guru harus membantu pelajar bagaimana menyelidik, memeahami dan
menentukan budaya yang tersirat, perspektif dan bias yang ada di antara disiplin ilmu yang
telah dibina. Sebagai contoh dalam pengajaran pendidikan Islam, topik – topik yang
berkaitan dengan, perpaduan asas kemajuan, adab dengan jiran tetangga, adab dengan
rakan dan sebagainya boleh diselitkan dengan budaya yang diamalkan oleh masyarakat
9
berbanding dengan apa yang sepatutnya diamalkan dalam Islam. Dengan ini, pelajar dapat
mengaitkan terus topik – topik tersebut dengan kehidupan seharian mereka.
 Ketiga, mengurangkan prasangka (prejudice reduction), guru hendaklah memberi fokus
terhadap karakter kaum yang terdapat pada pelajar dan bagaimana guru boleh melakukan
pengubahsuaian berdasarkan bahan teknik pengajaran.
 Keempat, pedagogi ekuiti – sama rata (an equity pedagogy); mengubah suai pengajaran
dalam cara yang memudahkan pencapaian akademik pelajar dari pelbagai kaum, budaya,
jantina dan kelas sosial.
 Kelima, memperkasakan budaya dan sistem sosial sekolah (empowering school cultural
and social structure).
Dalam hal ini, sekolah perlu membantu guru dalam merealisasikan konsep meraikan
kepelbagaian seperti, sekolah memperkenalkan budaya, suasana dan kemudahan yang mesra
kepada kepelbagaian pelajar.
3.4 PENDEKATAN KOPERATIF
Pendekatan yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif adalah salah satu
kaedah yang sangat digemari oleh guru. Pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan
mengajar iaitu pelajar bekerjasama dalam kumpulan pelajar yang kecil, saling membantu
antara rakan bagi memenuhi tugasan individu atau kumpulan. Pendekatan koperatif ini
memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulannya. Guru membentuk kumpulan dengan pelajar
yang pelbagai kaum dan menyediakan aktiviti yang sesuai serta memberikan ganjaran bagi
kumpulan semasa proses pengajaran.
Menurut Slavin (1983), pendekatan ini menunjukkan bahawa ganjaran kumpulan dan
kebertanggungjawaban individu merupakan elemen penting untuk menghasilkan pencapaian
kemahiran asas. Program ini lebih ke arah pencapaian matlamat sosial kanak – kanak. Setiap
aktiviti pembelajaran hendaklah berkaitan dengan pendidikan atau pelajaran yang dipelajari
dan selaras dengan matlamat pendidikan pelbagai budaya.
Dengan ini, dapat menggalakkan perasaan positif dengan sikap saling menyokong,
menghargai dan menghormati antara satu sama lain. Pelajar juga mendapat keputusan
cemerlang dalam pencapaian akademik, sosial dan psikologikal mereka.
3.4.1 Contohnya Seperti Berikut:
10
i) Kemahiran sosial.
ii) Kebertanggungjawaban individu.
iii) Saling kebergantungan positif.
3.4.2 Contoh Pembelajaran Koperatif Seperti Berikut:
i) Round table iaitu pelajar memberikan jawapan secara bergilir –gilir mengikut giliran
yang ditetapkan oleh guru.
ii) Think pair square iaitu jawapan secara berpasang – pasangan dan dikongsi dengan
pasangan lain agar menyediakan satu jawapan yang menyeluruh dan luas.

iii) Numered heads together iaitu setiap pelajar mempunyai nombor dalam kumpulan yang
ditentukan. Jawapan yang dikehendaki akan diberikan oleh pelajar denhgan menyebut
nombor – nombor tertentu.
Dikenali juga sebagai pembelajaran berpasukan. Ia melibatkan semua ahli dalam
kumpulan menyelesaikan tugas dalam masa tertentu. Ini dapat mewujudkan situasi berkongsi
idea, pendapat dan menggalakkan pelajar pelbagai budaya, kaum, agama dan latar belakang
berinteraksi secara aktif dan positif. Pelajar diberi peluang berinteraksi dengan kaum lain
semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pendekatan secara berkumpulan dengan
menyediakan satu siri tugasan yang menggalakkan mereka berinteraksi.
Contohnya, mata pelajaran sains, dalam tajuk pemakanan seimbang, guru boleh
mengadakan aktiviti secara berkumpulan dengan menggunakan kaedah perbincangan serta
teknik soal - jawab tentang contoh pemakanan sihat yang mesti diamalkan dalam kehidupan
seharian oleh semua jenis kaum, budaya dan sebagainya. Guru boleh menggunakan bahan
bantu mengajar seperti menunjukkan keratan akhbar. Contoh bagi mata pelajaran lain, seperti
pendidikan seni, sejarah, pendidikan jasmani dan sebagainya.
3.5 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
Pendekatan baru yang dipanggil konstruktivisme ini memberi idea- idea baru tentang
pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Ia menyatakan bahawa pelajar membina pengetahuan
secara aktif. Ia juga menyatakan bahawa pelajar tidak semata – mata menerima idea – idea
yang diberikan kepada mereka secara terus tetapi merekalah yang sebenarnya mencipta idea.
Kajian – kajian menunjukkan bahawa permainan dan eksperimen adalah unsur – unsur penting
11
dalam pendekatan ini. Permainan melibatkan pertimbangan ke atas kombinasi idea – idea baru
dan hasil hipotetikal mengenai kejadian dan keadaan yang digambarkan.
3.5.1 Melalui Menggunakan Kaedah Main Peranan
Melalui pendekatan ini, dengan aktiviti pembelajaran di bilik darjah, kaedah peranan
digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti lakonan di hadapan
kelas dalam keadaan yang terkawal dan teratur dengan tujuan mengemukakan cara
penyelesaian bagi satu – satu masalah yang ditimbulkan. Lakonan adalah berasaskan tajuk
yang dipelajari dalam kelas. Pelajar yang mengambil bahagian akan menggunakan
pengetahuan yang telah dipelajari dalam keadaan sebenar.
Sebelum aktiviti bermula, guru mewujudkan satu situasi bermasalah berkaitan dengan
tajuk yang diajar di samping penerangan ringkas tentang situasi tersebut. Pelajar pula
membayangkan keadaan yang timbul dan seterusnya melakonkannya mengikut situasi yang
dibayangkan secara spontan. Semasa berlakon pelajar harus berfikir dan menyusun ideanya
secara teratur bagi menggambarkan cara penyelesaian yang dilakuakan. Manakala di akhir
waktu pembelajaran, guru harus membimbing pelajar memberi pandangan dan membuat
rumusan tentang lakonan yang tekah dimainkan. Secara tidak langsung kaedah main peranan
ini adalah satu kaedah yang bokeh membantu guru untuk menjeaskan teori yang diajar dan
mengetahui setakat mana pelajarnya faham serta mengesan kebolehan dan pencapaian mereka.
3.5.2 Antara kelebihan menggunakan kaedah main peranan ialah:
i) Memberi peluang mengambil bahagian dalam proses pembelajaran di samping menguasai
kemahiran bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan.
ii) Meningkatkan kefahaman pelajar tentang tajuk yang dipelajari dengan membawa situasi
sebenar luar bilik darjah ke dalam bilik darjah.
iii) Melatih pelajar berfikir secara spontan dan menyelesaikan masalah secepat mungkin
dalam situasi yang terkawal.
Oleh yang demikian, dalam bilik darjah, teori ini menyumbangkan teknik pengajaran
seperti main peranan dan simulasi. Guru memainkan peranan mewujudkan situasi – situasi
tertentu untuk mengajar nilai – nilai murni, amalan – amalan gender, aktiviti – aktiviti budaya,
melakonkan watak – watak dan sebagainya.
12
3.6 PENDEKATAN ADAPTIF
Merujuk Gary D. Borich (2000), Pengajaran Adaptif (Adaptive teaching) ini adalah sesuai
dalam mengajar para pelajar yang mempunyai latar belakang budaya, jantina, bahasa, status
sosial – ekonomi yng berbeza.
3.6.1 Terdapat Dua Pendekatan Dalam Pengajaran Adaptif Iaitu:
i) Pendekatan Remedial (Remedial Approach) dan
ii) Pendekatan Kompensentori (The Compensatory Approach).
3.6.2 Pendekatan Remedial (Remedial Approach).
Pendekatan Remedial ini menyediakan pelajar dengan kemahiran, ilmu pengetahuan atau
tingkah laku yang paling asas yang memberikan manfaat terhadap pelajar yang mempunyai
prestasi rendah. Sebagai contoh, dengam meletakkan pelajar yang mempunyai prestasi
cemerlang dengan mengadakan perbincangan berpusatkan pelajar sebelum sesuatu kuliah atau
pengajaran dilaksanakan untuk memberikan manfaat kepada semua pelajar.
3.6.3 Pendekatan Kompensentori (The Compensatory Approach).
Manakala Pendekatan Kompensentori ini pula, membolehkan guru memilih kaedah yang
sesuai bagi menggantikan kekuranan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Guru mengubahsuai
isi kandungan dalam usaha mengatasi kelemahan pelajar dan meningkatkan keupayaan
mereka. Ini boleh dilaksanakan dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai seperti
kad bergambar, keratan akhbar, kad manila dan sebagainya yang sesuai bagi membantu isi
kandungan pengajaran. Guru juga boleh menggunakan media pengajaran seperti illustrasi,
filem dan gambar.
Pendekatan Adaptif ini, dapat meningkat kejayaan bagi para pelajar, tanpa mengambil
kira perbezaan individu. Ini dilaksanakan dengan cara kaedah remedial atau pemulihan dan
kaedah kompensatori. Oleh yang demikian, adalah sangat penting guru mengetahui dan
memahami tahap keupayaan pelajar dengan pilihan pendekatan yang sesuai bagi meningkatkan
daya penerimaan mereka tanpa mengira perbezaaan individu.
13
4.0 KEKANGAN DALAM MELAKSANAKAN PENERAPAN NILAI ELEMEN
Negara Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk, yang terdiri pelbagai kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Pendidikan
pelbagai budaya telah menunjukkan kepentingannya setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969
yang mahukan suatu dasar pendidikan yang boleh diterima oleh semua kaum. Ini juga bagi
menjamin kemakmuran dan keharmonian negara.
Kepelbagaian ini mewujudkan perbezaan antara individu. Perbezaan individu seperti
bahasa, bangsa, jantina, fizikal, personaliti, sosial, dan sebagainya. Menurut Sharifah Alwiah
Alsagoff (1986), perbezaan individu ini merupakan perbezaan ciri – ciri fizikal, ciri – ciri
kecerdasan mental, sosial, emosi dan moral.
4.1 Kekangan Yang Dihadapi Dalam Melaksanakan Penerapan Nilai Elemen Budaya
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Iaitu:
4.1.1 Wujud jurang antara kaum
Pendidikan yang hanya menumpukan kepada satu – satu kaum menyebabkan sikap anti
perkauman dan sikap enggan berkerjasama di antara mereka. Disebabkan itu, jurang antara
kaum menjadi semakin bertambah. Jika tidak ditangani, akan menyebabkan masalah sosial
dalam masyarakat pelbagai budaya ini.
Tambahan pula, kajian sepatutnya dijalankan antara yang berpengaruh (budaya
golongan dominan) dengan budaya yang tidak berpengaruh atau kurang berpengaruh (budaya
golongan minoriti), layanan yang tidak adil kepada sesetengah ras dan gender (Spring 2000
dlm. Nelson J. L 2004).
4.1.2 Wujud Guru Amalkan Pendekatan Lama Dan Kurang Berkesan
Mohd Aderi (2008) mendapati bahawa amalan pengajaran guru di Mlaysia masih lagi
pada tahap yang sederhana. Para guru masih lagi didapati mengamalkan pendekatan yang
mudah atau lama (chalk and talk) iaitu pendekatan menyampaikan maklumat kepada pelajar
secara sehala sahaja. Menurut Suhaimi (2008) pula, pendekatan penggunaan bahan bantu
mengajar dan kerja – kerja amali kurang dipraktikkan. Oleh itu, pendekatan pembelajaran lebih
berfokus dan berpusatkan kepada guru.
14
Ini juga selaras dengan kajian oleh Najeemah (2005), yang juga mendapati bahawa,
kebanyakan guru tidak mengetahui bagaimana hendak menggunakan kaedah pengajaran
pendidikan pelbagai budaya dengan yang berkesan dan tepat.
4.1.3 Wujud Rasa Ketidakpuasan Di Kalangan Pelajar
Ketidakpuasan di kalangan pelajar menyebabkan penekanan yang berbeza – beza
mengikut kumpulan tertentu. Terdapat pelajar yang tidak dapat mengusai bahasa pengantar, isi
pelajaran dan ketidak hadiran ke sekolah. Fenomena ini boleh menyebabkan terjadinya jurang
akademik di antara pelajar. Jurang ini akan menyebabkan wujudnya sentimen kepelbagaian
pencapaian dalam bilik darjah.
Tambahan pula, gaya belajar pelajar yang pelbagai serta kaedah pengajaran yang
kurang disenangi menyebabkan berlakunya suasana kurang selesa dalam bilik darjah. Terdapat
kajian yang menunjukkan pendekatan dan kaedah pengajaran yang berkesan terhadap
sebahagian pelajar sahaja mengikut kaum dan keturunan. Ini mungkin disebabkan kaedah ini
sesuai dan menepati citarasa para pelajar tersebut.
4.1.4 Wujud Masalah Di Luar Jangkaan
Setiap perancangan dan pendekatan pengajaran berlandaskan kurikulum sedia ada tidak
memberi jaminan bagi memenuhi semua kehendak pelajar yang pelbagai kaum ini. Terdapat
aktiviti – aktiviti yang kurang menyenangkan disebabkan oleh adat budaya, peraturan atau
tegahan dalam sesebuah kaum, agama atau keturunan.
15
5.0 LANGKAH - LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH
Langkah – langkah yang digunakan dalam mengurangkan masalah pendidikan
pelbagai budaya, antaranya:
5.1 Pihak Pentadbir Sekolah Memantau Dan Selesaikan Konflik
Pentadbir sekolah perlu sentiasa memantau dan menyelesaikan masalah koflik yang
timbul antara kaum dengan mengikut dasar, peraturan ataupun produser yang telah ditentukan.
Ia perlu dilaksanakan secara adil, saksama dan tidak bias. Sekiranya perlu, tubuhkan
jawatankuasa menangani masalah konflik perkauman atau budaya dalam sekolah. Di samping
itu, perlu menyediakan suatu kerja dan pembelajaran yang kondusif dan selesa dalam sekolah.
Harus mengutamakan kerja berkumpulan atau kerjasama di antara guru dan pelajar serta
melibatkan ibu bapa dalam program akademik di sekolah.
Beberapa orang sarjana Pendidikan Pelbagai Budaya percaya bahawa pendidikan
pelbagai budaya perlu memberikan fokus terhadap konsep budaya dan masalah yang berlaku
disebabkan daripada pertembungan budaya. Mereka berpendapat bahawa sekolah sepatutnya
mengkaji konflik yang berlaku akibat perbezaan budaya di rumah dengan budaya di sekolah.
5.1.1 Contoh peranan yang boleh dimainkan oleh pentadbir dan sekolah seperti berikut:
i) Menggalakkan guru dan staf menyuburkan kebudayaan masing-masing.
ii) Menjadikan budaya sendiri sebagai budaya di sekolah.
iii) Menyelaraskan satu piawaian yang digunapakai oleh warga sekolah seperti pakaian rasmi
sekolah seperti pakaian rasmi atau kebudayaan, bahasa dan amalan budi pekerti.
5.2 Perlu Beri Guru Latihan Dan Sentiasa Mendalami Ilmu Pengetahuan Dalam Bidang
Budaya.
Al Syaibani (1979) mengatakan, konsep pengajaran dan pembelajaran yang baik adalah
kaedah yang dapat membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan
mengubah sikap serta tingkah laku, menanam minat dan nilai – nilai yang diingini.
Menurut Atan (1982) pula, mengutarakan tiga aspek penting dalam membentuk
keberkesanan guru, antaranya ialah personaliti guru, latar belakang pengetahuan yang hendak
diajar dan kaedah atau cara penyampaian.
16
Guru perlu diberikan latihan dan sentiasa mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang
sesuatu kaum dari segi bahasa, kebudayaan, keagamaan dan amalan yang berkaitan dengan
adat resam. Dengan mengubahsuai kaedah pengajaran berdasarkan apa yang ada dalam bilik
darjah akan lebih berkesan, menyeronokkkan dan memberi gambaran lebih positif di antara
pelajar.
5.2.1 Contoh Peranan Pendidikan Guru Iaitu:
Menurut Maurice Gratft (1996), antara peranan pendidikan guru dalam masyarakat
pelbagai budaya adalah seperti berikut:
i) Latihan dan pendidikan guru harus mampu melahirkan golongan guru yang bersifat
culturally sentitive adalah untuk melahirkan guru yang peka budaya yang boleh memenuhi
keperluan kaum yang berbeza dalam sekolah dan kelas yang sama.
ii) Pendidikan guru harus dapat memperkembangkan bakat dan potensi individu dalam usaha
bagi mewujudkan kesaksamaan dan kesamaratan dalam konteks pendidikan pelbagai
budaya.
iii) Peranan latihan guru dalam pendidikan pelbagai budaya, adalah kemampuan bagi
mengukuhkan pertalian sosial antara ahli masyarakat sekolah yang terdiri daripada pelbagai
budaya, gender, status ekonomi dan sosial.
Dengan ini, program latihan guru ini seharusnya mampu melahirkan golongan guru
yang dapat memupuk sifat dan ciri pelajar yang dapat meletakkan diri mereka dalam
masyarakat majmuk seperti Malaysia.
5.3 Pembentukan KurikulumYang BerkesanDan Secara Bersama – Sama
Pembentukan kurikulum Pendidikan Pelbagai budaya haruslah bersifat progresif dan
mempunyai matlamat jangka panjang dalam memenuhi aspirasi negara, iaitu bagi melahirkan
bangsa Malaysia yang bersatu padu. Menurut Banks (2001) dan Ladson & Billing (2000),
sebagai pelaksana kurikulum guru perlu mempunyai dua kemahiran dalam amalan pengajaran
yang bercirikan pelbagai budaya iaitu kesedaran dan sensitiviti murid yang kompleks. Ini
bermaksud pihak sekolah dan guru perlu sensitif terhadap kepelbagaian yang wujud dalam
bilik darjah dari aspek agama, budaya, bahasa, latar belakang pelajar dan sebagainya.
Kurikulum yang dapat memenuhi keperluan dari masyarakat pelbagai boleh diterima dan
dilaksanakan dengan berkesan.
17
5.4 Penglibatan Ibu Bapa Dari Pelbagai Budaya
Dengan penglibatan ibu bapa dari pelbagai budaya ini melalui program sekolah
khususnya dalam meningkatkan pencapaian akademik dan program – program kebudayaan,
bahasa dan adat resam secara bekerjasama di antara mereka.
Contohnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), iaitu kegiatan kebudayaan dan
program yang dimiliki ibu bapa yang perlu dilibatkan sama di sekolah. Kebayakan ibu bapa
mempunyai kemahiran dalam hal – hal kebudayaan seperti seni kraf tangan, tarian, pakaian
dan seni lukis. Ibu bapa perlu memberi sumbangan dalam bentuk pendidikan dan suka rela
dalam mendidik anak – anak di sekolah. Budaya seperti ini telah lama diamalkan di negara –
negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah.
5.4.1 Antara Contoh Sumbangan Y
ang Boleh Diberikan Oleh Ibu Bapa Ialah:
i) Sentiasa berhubungan dengan pihak sekolah bagi membantu memperkembagkan
kebudayaan masing – masing.
ii) Bersedia menyumbangkan tenaga dan kepakaran kepada sekolah.
iii) Menghadiri hari kebudayaan sebagai sokongan kepada sekolah.
18
6.0 KESIMPULAN
Pendidikan Pelbagai Budaya ini merupakan suatu proses bagi membentuk cara hidup
yang harmoni dengan hidup saling bantu – membantu, hormat – menghormati dan bertoleransi
terhadap kepelbagaian budaya di dalam masyarakat yang majmuk.
Dengan pendidikan pelbagai budaya ini, ia dapat mengubah pandangan yang telah
sebati dalam pemikiran untuk menghadapi konflik sosial sehingga dapat menjadikan atau
membentuk kesatuan bangsa dan budaya yang sangat utuh serta tidak mudah retak. Ini bukan
bertujuan menghilangkan perbezaan, tetapi meraikannya, mengenal perbezaan, memahaminya,
menghilangkan prasangka sehingga wujud rasa toleransi dan saling menghargai antara satu
sama lain.
Pendidikan Pelbagai Budaya ini sangat penting dan bertepatan pada waktunya untuk
dilaksanakan di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ini merupakan strategi terbaik bagi
melaksanakan kepelbagaian secara berkesan. Diharapkan segala konflik yang timbul, dapat
dikendalikan secara adil saksama, bijakasana dan efektif bagi menjamin kestabilan,
kemakmuran serta masa depan yang lebih baik bagi seluruh rakyat Malaysia.
(3070 Patah Perkataan)
19
7.0 RUJUKAN
Abdul Razaq Ahmad, Anisa Saleha, et al. (2010), Kepelbagaian Pelajar Dan Sekolah: Kajian
Kes Di Negeri Pahang. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2); hlm:87-95.
Abu Ghuddah (2009), Rasulullah Pendidik Terulung: 40 Teknik Mengajar Rasulullah. Terj Hj
Shuhadak Mahmud. Negeri Sembilan: Al – Azhar Media.
Ahmad Ali Seman (2011), Keberkesanan Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah
Berteraskan Perspektif Kepelbagaian Budaya Terhadap Pembentukan Integrasi Nasional.
Tesis Dr. Fal, Falkulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al – Ghazali, A.M.B.A., (1988), Ihya’ Ulumuddin Jiwa Agama. Terj. Tk. Hj Ismail Yaakub
Sh. Kuala Lumpur: Victory Agensi.
Al – Syaibani Omar Muhammad Al Toumy (1979), Falfasah Pendidikan Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Al- Quran Al- Karim. Tafsir pimpinan Ar – Rahman kepada pengertian al- Quran: (30 juz).
Ed. Ke 12. Kuala Lumpur: Darulfikir
Banks, J.A. (1994). An Introduction to multicultural education. Boston: Allyn and Bacon.
Banks, J.A. (2001), Cultural Diversity and Education: Foundation, Curriculum, and Teaching.
4th ed. Boston: Allyn & Bacon.
Bennett, C. 1. (2003). Comprehensive multicultural education: Theory and practice. Edition,
5. Boston: Allyn and Bacon Press.
file:///Users/pendekatan%20PEDAGOGI%20DALAM%20PENDIDIKAN:%20PENDEKAT
AN.webarchive
file:///Users/budaya%20dalam%20pembelajaran%20slide.webarchive
Gay, 1986 dlm.: Maurice Graft, (1996). Teacher Education in Plural Societies. An
International Review. London. Falmer Press.
Hussein Hj Ahmad (1993), Pendidikan Dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
20
Pustaka.
Ibn Khaldun (2000), Mukaddimah Ibn Khaldun. Terj Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ismail Hamid (1996), Pengajian Kebudayaan Melayu Dari Perspektif Islam: Satu
Perbincangan Awal. Dlm. Wan Hashim Wan Teh. & Mahayudin Yahaya (pnyt.). Sains Sosial
Dari Perspektif Islam hlm. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), Dasar Pendidikan Dan Penyelidikan Kebangsaan.
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan. Kuala Lumpur, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Ladson- Billings, G., (2000), But That’s Just Good Teaching. Dlm. Noel, J. (pnyt.). Sources-
Notable Selections in Multicultural Education, hlm. 206-216. United States of America:
Dushkin/McGraw-Hill.
Mohd. Aderi Che Noh (2008), Hubungan Antara Amalan Pengajaran Guru Dan Pencapaian
Tilawah Al – Quran Murid Tingkatan Dua Di Malaysia.Tesis Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd Salleh Lebar, (1998), Pengenalan ringkas sosiologi sekolah dan pendidikan. Batu
Caves, Selangor: Thinker’s Library.
Najeemah Md. Yusof. (2005). Multicultural education practice among teachers in national
secondary schools: A case study in Kedah. 20: 97-111. Jurnal Pendididk dan Pendidikan.
Saha, L. J. (1997). International encyclopedia of the Sociology of Education. United Kingdom:
Pergamon Press.
Shamsul Amri Baharuddin (2007), Modul Hubungan Etnik.Kuala Lumpur: Maskh Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagooff (1986), Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann
Malaysia Sdn. Bhd Sidek Baba (2006), Pendidikan Rabbani Mengenal Allah Melalui Ilmu
Dunia. Shah Alam Selangor: Karya Bestari.
Suhaimi Muhamad (2008), Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Model
21
Pengajaran Simulasi Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Tesis Sarjana Pendidikan,
Universiti Teknologi Mara.
Syed Abdurahman Syed Hussin (2005), Pendekatan Taghrib Dan Tarhib Dalam
Penyampaian Dakwah. Jurnal Usuluddin 21(117-138).

More Related Content

What's hot

Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islammzaidin
 
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdfbab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
NurulHudaHusin
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Sherly Jewinly
 
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Azhzhahir
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Dhashink
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
cikgutika
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratAmir Ibrahim
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
hibatullah92
 
Penilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum TerkiniPenilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum Terkiniguesta1c1ec
 
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGZahidah Harun
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamSivapriya Gopi
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jad
Silent Artist
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayatfiro HAR
 
Tugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif
Tugasan Pemikiran Kritis dan KreatifTugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif
Tugasan Pemikiran Kritis dan KreatifZuzan Michael Japang
 
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf BaruCabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf BaruTinagaran Magisparan
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratYogeswary Ramuchandran
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 

What's hot (20)

Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
 
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdfbab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
 
Penilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum TerkiniPenilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum Terkini
 
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islam
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jad
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
 
Alam sekitar
Alam sekitarAlam sekitar
Alam sekitar
 
Tugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif
Tugasan Pemikiran Kritis dan KreatifTugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif
Tugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif
 
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf BaruCabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 

Similar to Adse1103 sosiologi autosaved

47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023Nurul Cahaya Mata
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023Nurul Cahaya Mata
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Thomas Liew
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106FSAA Aziz
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
MUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budaya
Asyikin4996
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikansookvon
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Agnes Wong
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahROSLINDAWATI LIN
 
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Hamidah Adong
 
Konsep bilik darjah yang mesra budaya
Konsep bilik darjah yang mesra budayaKonsep bilik darjah yang mesra budaya
Konsep bilik darjah yang mesra budayaPensil Dan Pemadam
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
NurulHazrati
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
pohtee
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
Rusnah Md Salleh
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 

Similar to Adse1103 sosiologi autosaved (20)

47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Unit 8 (1)
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budaya
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaranModul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
 
Konsep bilik darjah yang mesra budaya
Konsep bilik darjah yang mesra budayaKonsep bilik darjah yang mesra budaya
Konsep bilik darjah yang mesra budaya
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 

Recently uploaded

Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
ISMAHANIBINTIAZIMEEK
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (7)

Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 

Adse1103 sosiologi autosaved

  • 1. FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES (FASS) JANUARI 2017 ADSE1103 SOSIOLOGI DAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA ___________________________________________________________________________ NO.MATRIKULASI : 810524015110001 NO.KADPENGENALAN : 810524–01–5110 E–MAIL : Azura5834@gmail.com NO.TELEFON : 013–7621536 PUSATPEMBELAJARAN : PETALING JAYA
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN DAN OBJEKTIF 3 - 4 2.0 PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MENURUT 5 - 7 KONSEP PERSPEKTIF ISLAM 3.0 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 8 - 12 4.0 KEKANGAN DALAM MELAKSANAKAN ELEMEN BUDAYA 13 - 14 5.0 LANGKAH - LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH 16 - 17 6.0 KESIMPULAN 18 7.0 RUJUKAN 19 - 21
  • 3. 3 1.0 PENGENALAN Kepelbagaian budaya meliputi kepelbagaian budaya, latar belakang, pencapaian, bahasa, nilai yang dipegang oleh para pelajar yang boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Menurut Saha (1997), Pendidikan Pelbagai Budaya merupakan proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditonjolkan melalui etnik, bahasa atau ciri – ciri ras. Objektif pendidikan pelbagai budaya adalah bagi mewujudkan toleransi, pemahaman dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan konsep, nilai, sikap dan sebagainya. Manakala Ibnu Khadun (2000) mengatakan, kepelbagaian seperti budaya, bangsa, termasuklah elemen bahasa, cara hidup, agama dan tabiat berpakaian dan nilai yang diamalkan ini merupakan satu indikator bagi melihat ketamadunan sesuatu bangsa. Merujuk Bennett (1999) pula, maksud budaya dalam kajian literaturnya, menjelaskan bahawa, budaya itu boleh merangkumi pelbagai bentuk dan abstrak serta berubah mengikut keperluan masa. Malah ia bergantung kepada tempat dan persekitaran yang berbeza – beza. Terdapat budaya yang boleh diterima secara langsung dan sebaliknya oleh sesebuah negara. Konsep budaya dalam konteks pendidikan pelbagai budaya merangkumi sebarang pengetahuan, seni, kepercayaan, intelektual, sikap, norma – norma, idea – idea dan hubungan antara peristiwa dengan tingkah laku atau sebagainya. Menurut Abdul Razaq (2010), kefahaman tentang kepelbagaian ini bukan sahaja untuk pencapaian akademik semata – mata tetapi juga dapat memupuk perpaduan semangat dalam kalangan pelajar yang pelbagai kaum. Sebagai seorang guru, seharusnya mempunyai pendekatan yang tersendiri dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang teratur, berkesan serta yang bersesuaian. Guru perlu melakukan persediaan rapi yang membolehkan pelajar memahami apa yang disampaikan secara mudah dan sistematik. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan pelajar yang berlatar belakang, kaum dan budaya yang berbeza. Di Malaysia, pendidikan pelbagai kaum telah menunjukkan kepentingannya setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang menginginkan suatu dasar pendidikan yang dapat diterima oleh semua kaum di Malaysia. Dasar pendidikan di Malaysia telah digubal dan seterusnya membentuk kurikulum berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara atau bumiputera,
  • 4. 4 Cina dan India. Dengan ini, pastinya dapat menjamin kestabilan dan kemakmuran rakyat mahupun negara. Mengikut Hussein (1993), jalinan budaya manusia tidak boleh difahami melalui proses pewarisan biologi tetapi perlu dipelajari melalui proses pendidikan, sama ada di sekolah, dalam keluarga, kumpulan rakan atau komuniti. 1.1 Objektif Tugasan Objektif Tugasan Ini Adalah Seperti Berikut: i) Menjelaskan pengertian pendidikan kepelbagaian budaya di Malaysia dan konsepnya menurut perspektif Islam dengan jelas dan baik. ii) Mengkaji dan menghuraikan pendekatan dalam aktiviti pembelajaran yang sesuai di dalam bilik darjah bagi meraikan kepelbagaian bahasa, kaum dan budaya masyarakat di Malaysia dengan baik. iii) Membincangkan kekangan, masalah dan isu pendidikan pelbagai budaya dalam melaksanakan elemen budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iv) Menyatakan langkah- langkah atau kaedah yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam melaksanakan penerapan elemen budaya semasa proses pegajaran dan pembelajaran di sekolah dengan berkesan.
  • 5. 5 2.0 PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MENURUT KONSEP PERSPEKTIF ISLAM 2.1 Pendidikan Pelbagai Budaya Menurut Konsep Perspektif Islam 2.1.1 Definisi Pendidikan Definisi Pendidikan Islam menurut istilah – istilah ta’dib, irsyad dan tadris merupakan satu usaha yang berterusan ke arah perkembangan potensi individu Muslim sebagai hamba Allah dan khalifah Nya di muka bumi secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dari aspek rohani, aqliah, emosi, aqidah dan jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam. Matlamat melalui aspek pendidikan Islam, adalah bagi melengkapkan setiap individu itu dengan ilmu pengetahuan Islam agar dapat hidup sebagai seorang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, dan beramal soleh. 2.2 Konsep Pendidikan Islam mengiktiraf kepelbagaian budaya ini meliputi kepelbagaian bangsa, budaya, agama dan nilai yang dipegang mereka. Islam memberikan kebebasan beragama kepada umat manusia (Al - Baqarah, 2: 256). Menurut Ibnu Khaldun (2000), kepelbagaian seperti budaya dan bangsa termasuklah elemen bahasa, agama, cara hidup dan cara berpakaian dan nilai yang diamalkan ini adalah satu indicator bagi menyaksikan ketamadunan sesuatu bangsa. Menurut Islam, konsep pendidikan adalah merupakan kewajipan kepada semua umat manusia. Pendidikan adalah suatu tindakan yang diambil oleh sesebuah masyarakat, kebudayaan atau tamadun bagi menjaga kelangsungan hidup. Sekiranya pendidikan gagal melaksanakan fungsinya, ini akan menyebabkan berlakunya kehancuran kepada manusia serta dunia. Proses ini bermula dari alam kandungan ibu sehinggalah ke liang lahad. Menurut Islam, proses pendidikan perlu berlangsung sepanjang hayat sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al – Quran dan Hadis. Menurut Abu Ghudah (2009), Rasulullah SAW merupakan guru yang paling agung, yang menggunakan kaedah yang dapat meraikan kepelbagaian pelajar ketika memberikan pendidikan kepada para sahabat dan mereka yang baru memepelajari Islam pada zaman baginda. Baginda cukup meraikan perbezaan setiap perbezaan setiap individu yang belajar
  • 6. 6 sama ada golongan yang disampaikan seruan dakwah atau yang bertanya. Baginda berinteraksi dengan setiap individu berdasarkan kefahamannya dan bersesuaian dengan kedudukannya. Baginda juga menjaga perasaan orang yang baru belajar, dan tidak mengajarkan kepada mereka apa yang diajarkan kepada golongan yang telah lama. Kaedah ini turut digunakan oleh imam – imam seperti As- Syafie, Malik dan sebagainya. Di dalam Al - Quran telah menyebut bahawa, konsep kepelbagaian manusia merupakan satu sunnahtullah. Perbezaan warna kulit, bangsa rupa paras, agama dan kepercayaan salah satu daripada kekuasaan dan kebijaksaanan Allah SWT (Ar – Rum 30:22). Al – Quran juga menyeru umatnya agar saling tolong –menolong, bertegur sapa dan beramah mesra tanpa membezakan warna kulit, budaya dan bangsa bagi mewujudkan interaksi antara umat manusia serta berlaku adil sesama manusia (An – Nisaa’ 4:58). 2.3 Pendidikan Pelbagai Budaya Menurut Konsep Perspektif Islam Ini Melalui Pelbagai Aspek Iaitu: i) Kaum atau Bangsa ii) Bahasa iii) Dan Latar Belakang 2.3.1 Kaum Dan Budaya Menurut Ismail Hamid (1996), Islam mengiktiraf kewujudan kaum atau bangsa, budaya dan cara hidup yang berbeza – beza, malah ahli fiqh berpendapat bahawa adat sesuatu bangsa yang tidak bercanggah dengan syarak boleh dipertimbangkan sebagai sumber hukum yang tidak diperjelaskan Al – Quran ataupun Hadis. Kewujudan pelbagai budaya ini, merupakan tanda kebesaran Allah SWT. Manakala menurut Ahmad Ali Seman (2011) pula, ini bersesuaian dengan masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan budaya seperti kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Oleh yang demikian, pengetahuan murid terhadap kepelbagaian budaya sejak mereka dibangku sekolah membantu kelangsungan bangsa dan kemajuan negara. Sebagai contoh, melalui kurikulum tersirat dan tersurat, Kementerian Pendidikan berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.
  • 7. 7 2.3.2 Kepelbagaian Bahasa Menurut Syed Abdurahman (2005), kebolehan menguasai pelbagai bahasa juga sekaligus membantu seorang da’i menguasai budaya sesuatu kaum dan bangsa. Hal ini kerana, pendakwah merupakan jurubicara Islam kepada manusia. Sebagai seorang pendidik yang juga da’i, adalah menjadi satu kelebihan sekiranya dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Dari sudut bahasa pula, terdapat hubungan dengan sosio - budaya, ini bermaksud bahasa sesuatu etnik dipengaruhi oleh faktor budaya. Sebagai contoh, para nabi menerima wahyu mengikut bahasa kaum mereka sendiri. Walaupun Islam menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi agama Islam, namun bukan bermakna bahasa – bahasa lain tidak berfungsi, bahkan Islam telah mengiktiraf mana – mana bahasa yang digunakan di seluruh dunia. Oleh itu, intipati ajaran Islam dalam pengajaran boleh dan sesuai diserapkan ke dalam penggunaan mana – mana bahasa sekalipun. 2.3.3 Kepelbagaian Latar Belakang Menurut Shamsul Amri (2012), kepelbagaian latar belakang murid dalam sistem pendidikan di Malaysia mengkehendaki masyarakat Malaysia agar memahami bangsa – bangsa lain dan bersatu padu dengan harapan dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Oleh itu, keperluan untuk meraikan kepelbagaian pelajar ini telah termaktub sebagai salah satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan di Malaysia iaitu, “sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak – kanak dengan menghargai kepelbagaian” (Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 – 2025; 21). Pendidikan pelbagai budaya ini tidak hanya berpusatkan guru, isi kandungan, sumber ataupun proses namun, berfokuskan kepada perkembangan individu secara seimbang, harmoni, bersepadu merangkumi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • 8. 8 3.0 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sesuai digunakan dalam pendidikan pelbagai budaya: 3.1 Takrif Pendekatan Menurut Al Ramaiah (1990), yang telah memetik kata – kata Sorenson dan Gross (1963), yang mentakrifkan bahawa pendekatan merupakan suatu percubaan bagi menyusun dan mengemas prosedur cerapan atau pemerhatian tingkah laku dan sifat guru. Manakala, Mohd Salleh Lebar (1998) pula mengatakan, maksud pendekatan sebagai cara kita melihat dan membuat pentafsiran sesuatu kejadian. Pendekatan pembentukan model pendidikan pelbagai budaya Banks (1994) dibentuk berdasarkan konsep pendidikan pelbagai budaya yang menitikberatkan kesamaan memperolehi pendidikan di sekolah, kolej ataupun universiti tanpa mengira kaum, etnik, gender, jenis pelajar dan kumpulan minoriti. Pendekatan Banks ini merupakan salah satu kaedah kita mengubah cara mengajar dan memperbaiki pendidikan secara terancang lagi berkesan. Namun, ini bergantung kepada jenis budaya yang terdapat di dalam sesebuah kelas dan sekolah. Oleh itu, pendekatan yang digunakan oleh guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai budaya seharusnya dapat memberikan kesan kepada menyemai sikap dan budaya toleransi terhadap budaya orang lain. 3.2 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sesuai Bagi Meraikan Kepelbagaian Bahasa, Budaya, Latar Belakang Dan Amalan Masyarakat Di Malaysia iaitu: - 3.3 Menurut Banks (2001), Cadangan Bagi Amalan Yang Boleh Dilakukan Untuk Melaksanakan Pendidikan Kepelbagaian Budaya Iaitu:  Pertama, integrasi kandungan (content integration).  Kedua, proses pembinaan kemahiran atau ilmu (the knowledge construction process) pada perinngkat ini, guru harus membantu pelajar bagaimana menyelidik, memeahami dan menentukan budaya yang tersirat, perspektif dan bias yang ada di antara disiplin ilmu yang telah dibina. Sebagai contoh dalam pengajaran pendidikan Islam, topik – topik yang berkaitan dengan, perpaduan asas kemajuan, adab dengan jiran tetangga, adab dengan rakan dan sebagainya boleh diselitkan dengan budaya yang diamalkan oleh masyarakat
  • 9. 9 berbanding dengan apa yang sepatutnya diamalkan dalam Islam. Dengan ini, pelajar dapat mengaitkan terus topik – topik tersebut dengan kehidupan seharian mereka.  Ketiga, mengurangkan prasangka (prejudice reduction), guru hendaklah memberi fokus terhadap karakter kaum yang terdapat pada pelajar dan bagaimana guru boleh melakukan pengubahsuaian berdasarkan bahan teknik pengajaran.  Keempat, pedagogi ekuiti – sama rata (an equity pedagogy); mengubah suai pengajaran dalam cara yang memudahkan pencapaian akademik pelajar dari pelbagai kaum, budaya, jantina dan kelas sosial.  Kelima, memperkasakan budaya dan sistem sosial sekolah (empowering school cultural and social structure). Dalam hal ini, sekolah perlu membantu guru dalam merealisasikan konsep meraikan kepelbagaian seperti, sekolah memperkenalkan budaya, suasana dan kemudahan yang mesra kepada kepelbagaian pelajar. 3.4 PENDEKATAN KOPERATIF Pendekatan yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif adalah salah satu kaedah yang sangat digemari oleh guru. Pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan mengajar iaitu pelajar bekerjasama dalam kumpulan pelajar yang kecil, saling membantu antara rakan bagi memenuhi tugasan individu atau kumpulan. Pendekatan koperatif ini memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulannya. Guru membentuk kumpulan dengan pelajar yang pelbagai kaum dan menyediakan aktiviti yang sesuai serta memberikan ganjaran bagi kumpulan semasa proses pengajaran. Menurut Slavin (1983), pendekatan ini menunjukkan bahawa ganjaran kumpulan dan kebertanggungjawaban individu merupakan elemen penting untuk menghasilkan pencapaian kemahiran asas. Program ini lebih ke arah pencapaian matlamat sosial kanak – kanak. Setiap aktiviti pembelajaran hendaklah berkaitan dengan pendidikan atau pelajaran yang dipelajari dan selaras dengan matlamat pendidikan pelbagai budaya. Dengan ini, dapat menggalakkan perasaan positif dengan sikap saling menyokong, menghargai dan menghormati antara satu sama lain. Pelajar juga mendapat keputusan cemerlang dalam pencapaian akademik, sosial dan psikologikal mereka. 3.4.1 Contohnya Seperti Berikut:
  • 10. 10 i) Kemahiran sosial. ii) Kebertanggungjawaban individu. iii) Saling kebergantungan positif. 3.4.2 Contoh Pembelajaran Koperatif Seperti Berikut: i) Round table iaitu pelajar memberikan jawapan secara bergilir –gilir mengikut giliran yang ditetapkan oleh guru. ii) Think pair square iaitu jawapan secara berpasang – pasangan dan dikongsi dengan pasangan lain agar menyediakan satu jawapan yang menyeluruh dan luas.
 iii) Numered heads together iaitu setiap pelajar mempunyai nombor dalam kumpulan yang ditentukan. Jawapan yang dikehendaki akan diberikan oleh pelajar denhgan menyebut nombor – nombor tertentu. Dikenali juga sebagai pembelajaran berpasukan. Ia melibatkan semua ahli dalam kumpulan menyelesaikan tugas dalam masa tertentu. Ini dapat mewujudkan situasi berkongsi idea, pendapat dan menggalakkan pelajar pelbagai budaya, kaum, agama dan latar belakang berinteraksi secara aktif dan positif. Pelajar diberi peluang berinteraksi dengan kaum lain semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pendekatan secara berkumpulan dengan menyediakan satu siri tugasan yang menggalakkan mereka berinteraksi. Contohnya, mata pelajaran sains, dalam tajuk pemakanan seimbang, guru boleh mengadakan aktiviti secara berkumpulan dengan menggunakan kaedah perbincangan serta teknik soal - jawab tentang contoh pemakanan sihat yang mesti diamalkan dalam kehidupan seharian oleh semua jenis kaum, budaya dan sebagainya. Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti menunjukkan keratan akhbar. Contoh bagi mata pelajaran lain, seperti pendidikan seni, sejarah, pendidikan jasmani dan sebagainya. 3.5 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME Pendekatan baru yang dipanggil konstruktivisme ini memberi idea- idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Ia menyatakan bahawa pelajar membina pengetahuan secara aktif. Ia juga menyatakan bahawa pelajar tidak semata – mata menerima idea – idea yang diberikan kepada mereka secara terus tetapi merekalah yang sebenarnya mencipta idea. Kajian – kajian menunjukkan bahawa permainan dan eksperimen adalah unsur – unsur penting
  • 11. 11 dalam pendekatan ini. Permainan melibatkan pertimbangan ke atas kombinasi idea – idea baru dan hasil hipotetikal mengenai kejadian dan keadaan yang digambarkan. 3.5.1 Melalui Menggunakan Kaedah Main Peranan Melalui pendekatan ini, dengan aktiviti pembelajaran di bilik darjah, kaedah peranan digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti lakonan di hadapan kelas dalam keadaan yang terkawal dan teratur dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian bagi satu – satu masalah yang ditimbulkan. Lakonan adalah berasaskan tajuk yang dipelajari dalam kelas. Pelajar yang mengambil bahagian akan menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dalam keadaan sebenar. Sebelum aktiviti bermula, guru mewujudkan satu situasi bermasalah berkaitan dengan tajuk yang diajar di samping penerangan ringkas tentang situasi tersebut. Pelajar pula membayangkan keadaan yang timbul dan seterusnya melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan. Semasa berlakon pelajar harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur bagi menggambarkan cara penyelesaian yang dilakuakan. Manakala di akhir waktu pembelajaran, guru harus membimbing pelajar memberi pandangan dan membuat rumusan tentang lakonan yang tekah dimainkan. Secara tidak langsung kaedah main peranan ini adalah satu kaedah yang bokeh membantu guru untuk menjeaskan teori yang diajar dan mengetahui setakat mana pelajarnya faham serta mengesan kebolehan dan pencapaian mereka. 3.5.2 Antara kelebihan menggunakan kaedah main peranan ialah: i) Memberi peluang mengambil bahagian dalam proses pembelajaran di samping menguasai kemahiran bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. ii) Meningkatkan kefahaman pelajar tentang tajuk yang dipelajari dengan membawa situasi sebenar luar bilik darjah ke dalam bilik darjah. iii) Melatih pelajar berfikir secara spontan dan menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal. Oleh yang demikian, dalam bilik darjah, teori ini menyumbangkan teknik pengajaran seperti main peranan dan simulasi. Guru memainkan peranan mewujudkan situasi – situasi tertentu untuk mengajar nilai – nilai murni, amalan – amalan gender, aktiviti – aktiviti budaya, melakonkan watak – watak dan sebagainya.
  • 12. 12 3.6 PENDEKATAN ADAPTIF Merujuk Gary D. Borich (2000), Pengajaran Adaptif (Adaptive teaching) ini adalah sesuai dalam mengajar para pelajar yang mempunyai latar belakang budaya, jantina, bahasa, status sosial – ekonomi yng berbeza. 3.6.1 Terdapat Dua Pendekatan Dalam Pengajaran Adaptif Iaitu: i) Pendekatan Remedial (Remedial Approach) dan ii) Pendekatan Kompensentori (The Compensatory Approach). 3.6.2 Pendekatan Remedial (Remedial Approach). Pendekatan Remedial ini menyediakan pelajar dengan kemahiran, ilmu pengetahuan atau tingkah laku yang paling asas yang memberikan manfaat terhadap pelajar yang mempunyai prestasi rendah. Sebagai contoh, dengam meletakkan pelajar yang mempunyai prestasi cemerlang dengan mengadakan perbincangan berpusatkan pelajar sebelum sesuatu kuliah atau pengajaran dilaksanakan untuk memberikan manfaat kepada semua pelajar. 3.6.3 Pendekatan Kompensentori (The Compensatory Approach). Manakala Pendekatan Kompensentori ini pula, membolehkan guru memilih kaedah yang sesuai bagi menggantikan kekuranan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Guru mengubahsuai isi kandungan dalam usaha mengatasi kelemahan pelajar dan meningkatkan keupayaan mereka. Ini boleh dilaksanakan dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai seperti kad bergambar, keratan akhbar, kad manila dan sebagainya yang sesuai bagi membantu isi kandungan pengajaran. Guru juga boleh menggunakan media pengajaran seperti illustrasi, filem dan gambar. Pendekatan Adaptif ini, dapat meningkat kejayaan bagi para pelajar, tanpa mengambil kira perbezaan individu. Ini dilaksanakan dengan cara kaedah remedial atau pemulihan dan kaedah kompensatori. Oleh yang demikian, adalah sangat penting guru mengetahui dan memahami tahap keupayaan pelajar dengan pilihan pendekatan yang sesuai bagi meningkatkan daya penerimaan mereka tanpa mengira perbezaaan individu.
  • 13. 13 4.0 KEKANGAN DALAM MELAKSANAKAN PENERAPAN NILAI ELEMEN Negara Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, yang terdiri pelbagai kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Pendidikan pelbagai budaya telah menunjukkan kepentingannya setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang mahukan suatu dasar pendidikan yang boleh diterima oleh semua kaum. Ini juga bagi menjamin kemakmuran dan keharmonian negara. Kepelbagaian ini mewujudkan perbezaan antara individu. Perbezaan individu seperti bahasa, bangsa, jantina, fizikal, personaliti, sosial, dan sebagainya. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), perbezaan individu ini merupakan perbezaan ciri – ciri fizikal, ciri – ciri kecerdasan mental, sosial, emosi dan moral. 4.1 Kekangan Yang Dihadapi Dalam Melaksanakan Penerapan Nilai Elemen Budaya Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Iaitu: 4.1.1 Wujud jurang antara kaum Pendidikan yang hanya menumpukan kepada satu – satu kaum menyebabkan sikap anti perkauman dan sikap enggan berkerjasama di antara mereka. Disebabkan itu, jurang antara kaum menjadi semakin bertambah. Jika tidak ditangani, akan menyebabkan masalah sosial dalam masyarakat pelbagai budaya ini. Tambahan pula, kajian sepatutnya dijalankan antara yang berpengaruh (budaya golongan dominan) dengan budaya yang tidak berpengaruh atau kurang berpengaruh (budaya golongan minoriti), layanan yang tidak adil kepada sesetengah ras dan gender (Spring 2000 dlm. Nelson J. L 2004). 4.1.2 Wujud Guru Amalkan Pendekatan Lama Dan Kurang Berkesan Mohd Aderi (2008) mendapati bahawa amalan pengajaran guru di Mlaysia masih lagi pada tahap yang sederhana. Para guru masih lagi didapati mengamalkan pendekatan yang mudah atau lama (chalk and talk) iaitu pendekatan menyampaikan maklumat kepada pelajar secara sehala sahaja. Menurut Suhaimi (2008) pula, pendekatan penggunaan bahan bantu mengajar dan kerja – kerja amali kurang dipraktikkan. Oleh itu, pendekatan pembelajaran lebih berfokus dan berpusatkan kepada guru.
  • 14. 14 Ini juga selaras dengan kajian oleh Najeemah (2005), yang juga mendapati bahawa, kebanyakan guru tidak mengetahui bagaimana hendak menggunakan kaedah pengajaran pendidikan pelbagai budaya dengan yang berkesan dan tepat. 4.1.3 Wujud Rasa Ketidakpuasan Di Kalangan Pelajar Ketidakpuasan di kalangan pelajar menyebabkan penekanan yang berbeza – beza mengikut kumpulan tertentu. Terdapat pelajar yang tidak dapat mengusai bahasa pengantar, isi pelajaran dan ketidak hadiran ke sekolah. Fenomena ini boleh menyebabkan terjadinya jurang akademik di antara pelajar. Jurang ini akan menyebabkan wujudnya sentimen kepelbagaian pencapaian dalam bilik darjah. Tambahan pula, gaya belajar pelajar yang pelbagai serta kaedah pengajaran yang kurang disenangi menyebabkan berlakunya suasana kurang selesa dalam bilik darjah. Terdapat kajian yang menunjukkan pendekatan dan kaedah pengajaran yang berkesan terhadap sebahagian pelajar sahaja mengikut kaum dan keturunan. Ini mungkin disebabkan kaedah ini sesuai dan menepati citarasa para pelajar tersebut. 4.1.4 Wujud Masalah Di Luar Jangkaan Setiap perancangan dan pendekatan pengajaran berlandaskan kurikulum sedia ada tidak memberi jaminan bagi memenuhi semua kehendak pelajar yang pelbagai kaum ini. Terdapat aktiviti – aktiviti yang kurang menyenangkan disebabkan oleh adat budaya, peraturan atau tegahan dalam sesebuah kaum, agama atau keturunan.
  • 15. 15 5.0 LANGKAH - LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH Langkah – langkah yang digunakan dalam mengurangkan masalah pendidikan pelbagai budaya, antaranya: 5.1 Pihak Pentadbir Sekolah Memantau Dan Selesaikan Konflik Pentadbir sekolah perlu sentiasa memantau dan menyelesaikan masalah koflik yang timbul antara kaum dengan mengikut dasar, peraturan ataupun produser yang telah ditentukan. Ia perlu dilaksanakan secara adil, saksama dan tidak bias. Sekiranya perlu, tubuhkan jawatankuasa menangani masalah konflik perkauman atau budaya dalam sekolah. Di samping itu, perlu menyediakan suatu kerja dan pembelajaran yang kondusif dan selesa dalam sekolah. Harus mengutamakan kerja berkumpulan atau kerjasama di antara guru dan pelajar serta melibatkan ibu bapa dalam program akademik di sekolah. Beberapa orang sarjana Pendidikan Pelbagai Budaya percaya bahawa pendidikan pelbagai budaya perlu memberikan fokus terhadap konsep budaya dan masalah yang berlaku disebabkan daripada pertembungan budaya. Mereka berpendapat bahawa sekolah sepatutnya mengkaji konflik yang berlaku akibat perbezaan budaya di rumah dengan budaya di sekolah. 5.1.1 Contoh peranan yang boleh dimainkan oleh pentadbir dan sekolah seperti berikut: i) Menggalakkan guru dan staf menyuburkan kebudayaan masing-masing. ii) Menjadikan budaya sendiri sebagai budaya di sekolah. iii) Menyelaraskan satu piawaian yang digunapakai oleh warga sekolah seperti pakaian rasmi sekolah seperti pakaian rasmi atau kebudayaan, bahasa dan amalan budi pekerti. 5.2 Perlu Beri Guru Latihan Dan Sentiasa Mendalami Ilmu Pengetahuan Dalam Bidang Budaya. Al Syaibani (1979) mengatakan, konsep pengajaran dan pembelajaran yang baik adalah kaedah yang dapat membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap serta tingkah laku, menanam minat dan nilai – nilai yang diingini. Menurut Atan (1982) pula, mengutarakan tiga aspek penting dalam membentuk keberkesanan guru, antaranya ialah personaliti guru, latar belakang pengetahuan yang hendak diajar dan kaedah atau cara penyampaian.
  • 16. 16 Guru perlu diberikan latihan dan sentiasa mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang sesuatu kaum dari segi bahasa, kebudayaan, keagamaan dan amalan yang berkaitan dengan adat resam. Dengan mengubahsuai kaedah pengajaran berdasarkan apa yang ada dalam bilik darjah akan lebih berkesan, menyeronokkkan dan memberi gambaran lebih positif di antara pelajar. 5.2.1 Contoh Peranan Pendidikan Guru Iaitu: Menurut Maurice Gratft (1996), antara peranan pendidikan guru dalam masyarakat pelbagai budaya adalah seperti berikut: i) Latihan dan pendidikan guru harus mampu melahirkan golongan guru yang bersifat culturally sentitive adalah untuk melahirkan guru yang peka budaya yang boleh memenuhi keperluan kaum yang berbeza dalam sekolah dan kelas yang sama. ii) Pendidikan guru harus dapat memperkembangkan bakat dan potensi individu dalam usaha bagi mewujudkan kesaksamaan dan kesamaratan dalam konteks pendidikan pelbagai budaya. iii) Peranan latihan guru dalam pendidikan pelbagai budaya, adalah kemampuan bagi mengukuhkan pertalian sosial antara ahli masyarakat sekolah yang terdiri daripada pelbagai budaya, gender, status ekonomi dan sosial. Dengan ini, program latihan guru ini seharusnya mampu melahirkan golongan guru yang dapat memupuk sifat dan ciri pelajar yang dapat meletakkan diri mereka dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. 5.3 Pembentukan KurikulumYang BerkesanDan Secara Bersama – Sama Pembentukan kurikulum Pendidikan Pelbagai budaya haruslah bersifat progresif dan mempunyai matlamat jangka panjang dalam memenuhi aspirasi negara, iaitu bagi melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Menurut Banks (2001) dan Ladson & Billing (2000), sebagai pelaksana kurikulum guru perlu mempunyai dua kemahiran dalam amalan pengajaran yang bercirikan pelbagai budaya iaitu kesedaran dan sensitiviti murid yang kompleks. Ini bermaksud pihak sekolah dan guru perlu sensitif terhadap kepelbagaian yang wujud dalam bilik darjah dari aspek agama, budaya, bahasa, latar belakang pelajar dan sebagainya. Kurikulum yang dapat memenuhi keperluan dari masyarakat pelbagai boleh diterima dan dilaksanakan dengan berkesan.
  • 17. 17 5.4 Penglibatan Ibu Bapa Dari Pelbagai Budaya Dengan penglibatan ibu bapa dari pelbagai budaya ini melalui program sekolah khususnya dalam meningkatkan pencapaian akademik dan program – program kebudayaan, bahasa dan adat resam secara bekerjasama di antara mereka. Contohnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), iaitu kegiatan kebudayaan dan program yang dimiliki ibu bapa yang perlu dilibatkan sama di sekolah. Kebayakan ibu bapa mempunyai kemahiran dalam hal – hal kebudayaan seperti seni kraf tangan, tarian, pakaian dan seni lukis. Ibu bapa perlu memberi sumbangan dalam bentuk pendidikan dan suka rela dalam mendidik anak – anak di sekolah. Budaya seperti ini telah lama diamalkan di negara – negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah. 5.4.1 Antara Contoh Sumbangan Y ang Boleh Diberikan Oleh Ibu Bapa Ialah: i) Sentiasa berhubungan dengan pihak sekolah bagi membantu memperkembagkan kebudayaan masing – masing. ii) Bersedia menyumbangkan tenaga dan kepakaran kepada sekolah. iii) Menghadiri hari kebudayaan sebagai sokongan kepada sekolah.
  • 18. 18 6.0 KESIMPULAN Pendidikan Pelbagai Budaya ini merupakan suatu proses bagi membentuk cara hidup yang harmoni dengan hidup saling bantu – membantu, hormat – menghormati dan bertoleransi terhadap kepelbagaian budaya di dalam masyarakat yang majmuk. Dengan pendidikan pelbagai budaya ini, ia dapat mengubah pandangan yang telah sebati dalam pemikiran untuk menghadapi konflik sosial sehingga dapat menjadikan atau membentuk kesatuan bangsa dan budaya yang sangat utuh serta tidak mudah retak. Ini bukan bertujuan menghilangkan perbezaan, tetapi meraikannya, mengenal perbezaan, memahaminya, menghilangkan prasangka sehingga wujud rasa toleransi dan saling menghargai antara satu sama lain. Pendidikan Pelbagai Budaya ini sangat penting dan bertepatan pada waktunya untuk dilaksanakan di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ini merupakan strategi terbaik bagi melaksanakan kepelbagaian secara berkesan. Diharapkan segala konflik yang timbul, dapat dikendalikan secara adil saksama, bijakasana dan efektif bagi menjamin kestabilan, kemakmuran serta masa depan yang lebih baik bagi seluruh rakyat Malaysia. (3070 Patah Perkataan)
  • 19. 19 7.0 RUJUKAN Abdul Razaq Ahmad, Anisa Saleha, et al. (2010), Kepelbagaian Pelajar Dan Sekolah: Kajian Kes Di Negeri Pahang. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2); hlm:87-95. Abu Ghuddah (2009), Rasulullah Pendidik Terulung: 40 Teknik Mengajar Rasulullah. Terj Hj Shuhadak Mahmud. Negeri Sembilan: Al – Azhar Media. Ahmad Ali Seman (2011), Keberkesanan Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Berteraskan Perspektif Kepelbagaian Budaya Terhadap Pembentukan Integrasi Nasional. Tesis Dr. Fal, Falkulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Al – Ghazali, A.M.B.A., (1988), Ihya’ Ulumuddin Jiwa Agama. Terj. Tk. Hj Ismail Yaakub Sh. Kuala Lumpur: Victory Agensi. Al – Syaibani Omar Muhammad Al Toumy (1979), Falfasah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Al- Quran Al- Karim. Tafsir pimpinan Ar – Rahman kepada pengertian al- Quran: (30 juz). Ed. Ke 12. Kuala Lumpur: Darulfikir Banks, J.A. (1994). An Introduction to multicultural education. Boston: Allyn and Bacon. Banks, J.A. (2001), Cultural Diversity and Education: Foundation, Curriculum, and Teaching. 4th ed. Boston: Allyn & Bacon. Bennett, C. 1. (2003). Comprehensive multicultural education: Theory and practice. Edition, 5. Boston: Allyn and Bacon Press. file:///Users/pendekatan%20PEDAGOGI%20DALAM%20PENDIDIKAN:%20PENDEKAT AN.webarchive file:///Users/budaya%20dalam%20pembelajaran%20slide.webarchive Gay, 1986 dlm.: Maurice Graft, (1996). Teacher Education in Plural Societies. An International Review. London. Falmer Press. Hussein Hj Ahmad (1993), Pendidikan Dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
  • 20. 20 Pustaka. Ibn Khaldun (2000), Mukaddimah Ibn Khaldun. Terj Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Ismail Hamid (1996), Pengajian Kebudayaan Melayu Dari Perspektif Islam: Satu Perbincangan Awal. Dlm. Wan Hashim Wan Teh. & Mahayudin Yahaya (pnyt.). Sains Sosial Dari Perspektif Islam hlm. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), Dasar Pendidikan Dan Penyelidikan Kebangsaan. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan. Kuala Lumpur, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Ladson- Billings, G., (2000), But That’s Just Good Teaching. Dlm. Noel, J. (pnyt.). Sources- Notable Selections in Multicultural Education, hlm. 206-216. United States of America: Dushkin/McGraw-Hill. Mohd. Aderi Che Noh (2008), Hubungan Antara Amalan Pengajaran Guru Dan Pencapaian Tilawah Al – Quran Murid Tingkatan Dua Di Malaysia.Tesis Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Salleh Lebar, (1998), Pengenalan ringkas sosiologi sekolah dan pendidikan. Batu Caves, Selangor: Thinker’s Library. Najeemah Md. Yusof. (2005). Multicultural education practice among teachers in national secondary schools: A case study in Kedah. 20: 97-111. Jurnal Pendididk dan Pendidikan. Saha, L. J. (1997). International encyclopedia of the Sociology of Education. United Kingdom: Pergamon Press. Shamsul Amri Baharuddin (2007), Modul Hubungan Etnik.Kuala Lumpur: Maskh Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagooff (1986), Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Sdn. Bhd Sidek Baba (2006), Pendidikan Rabbani Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia. Shah Alam Selangor: Karya Bestari. Suhaimi Muhamad (2008), Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Model
  • 21. 21 Pengajaran Simulasi Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi Mara. Syed Abdurahman Syed Hussin (2005), Pendekatan Taghrib Dan Tarhib Dalam Penyampaian Dakwah. Jurnal Usuluddin 21(117-138).