SlideShare a Scribd company logo
WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014
Konsep Satu Malaysia
Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Gagasan
tersebut merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan
kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan
kemajuan negara. Satu Malaysia akan memastikan tiada golongan atau satu kaum yang
terpinggir di negara ini tetapi pada masa yang sama tidak menolak dasar affirmatif. Yang
penting kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan
transformasi besar.
Dasar affirmatif bagi membantu orang Melayu yang paling ramai miskin dan
ketinggalan (berbanding dengan kaum lain), akan diteruskan. Sememangnya ada keperluan
untuk meneruskan dasar affirmatif atas realiti sejarah dan kontrak sosial sambil kerajaan
memperhebatkan pencapaian dalam meningkatan taraf hidup semua kaum.
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
dalam konsep ‘Satu Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat
Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk
negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1.BudayaKecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendahhati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti
Pembinaan Negara Bangsa selari dengan Konsep Satu Malaysia
1
WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014
Matlamat kerajaan untuk membina Negara Bangsa adalah selari dengan gagasan
Satu Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat Satu
Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa
hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan keadilan. Tidak ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang
disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan potensi masing-masing.
Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, saya
yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan
merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan
perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian Pelajaran akan terus
menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti
nasional dan semangat kebangsan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian
dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan
kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat
sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam
semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai
antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah
mengutamakan kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana
segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada
masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan
pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran
dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘Satu
Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana
semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju
dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara
bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,
budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa
2
WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014
bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama Satu Malaysia
iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan
konsep ini.
Justeru, dalam semangat Satu Malaysia, seluruh komuniti dan warga, wajar
memelihara integriti negara. Masyarakat Malaysia harus mengatakan “tidak” kepada
sebarang anasir ataupun penggugat keamanan dan kesejahteraan sosial rakyat.
Caranya dengan tidak memberi dokongan dalam bentuk moral dan material kepada
pihak yang terang-terangan mengamalkan “budaya politik luar tabie” demi kepentingan diri.
Rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk menilai antara kaca dan permata. Mampu
memilih dan mengiktiraf kerajaan yang bekerja untuk rakyat dan kerajaan yang sering
mempergunakan rakyat.
Kematangan rakyat Malaysia dan kesedaran merekalah yang memungkinkan negara
ini terus aman, kerana realitinya mereka memilih kerajaan yang mampu penuhi aspirasi
zaman. Kebolehan dan daya intelektual komuniti Malaysia membolehkan negara ini terus
kukuh pentadbirannya, makmur ekonomi dan sejahtera penghidupan komunitinya.
Oleh itu adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh rakyat negara bangsa ini
untuk bersama-sama mempertahankan kewibawaan wilayah dan kehormatan negara
daripada terus diporak-perandakan oleh kalangan mereka yang sentiasa mengintai peluang.
Sesungguhnya pembinaan negara bangsa perlu diselarikan dengan gagasan satu Malaysia
agar matlamat perpaduan dapat dicapai.
Melihat bagaimanakah guru boleh memainkan peranan di sekolah bagi mencapai
hasrat pembinaan negara bangsa dalam konteks Satu Malaysia.
Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia,
usaha membina Negara Bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya hidup
bersatu padu dalam aman dan damai. Dalam era globalisasi dan perkembangan ICT yang
pesat, usaha ini menjadi penting kerana pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja
3
WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014
maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada
pelbagai negara. Ini boleh menjejaskan perpaduan negara. PIPP menggambarkan Bangsa
Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri
kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah
masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan
berbudaya saintifik. Faktor pemangkin kepada usaha Membina Negara Bangsa ini adalah :
a) Bahasa kebangsaan
b) Intergrasi nasional
c) Kewarganegaraan
d) Patriotisme
e) Demokrasi
Matlamat dan dasar yang dihasratkan dalam teras Membina Negara Bangsa adalah
untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh
kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang,
demokratik, liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.
Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran
Malaysia menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat
awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk
dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum,
kokurikulum dan sukan.
Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia, empat fokus utama yang digariskan dalam
PIPP adalah :
i) Memperkasakan bahasa kebangsaan
ii) Memantapkan perpaduan Negara dan intergrasi nasional
iii) Memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya Negara
iv) Memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari
4
WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014
Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan
semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut.
Definisi dan konsep Pembinaan Negara Bangsa
Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum
dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi
dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja
maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari
pelbagai negara.
Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh
dihuraikan seperti berikut:“…membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta
menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera,
berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama
yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa
Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa
tersebut.”(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)
Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, proses
pembinaan negara bangsa tidak boleh dicapai dalam tempoh yang singkat dan peranan guru
amat penting untuk memastikan kejayaannya. Kerajaan berharap golongan guru bekerja
dengan lebih keras kerana mereka menjadi tonggak kejayaan konsep ini lantaran hubungan
rapat dengan anak-anak murid khususnya di peringkat awal.
Peranan Guru Menjayakan Pembinaan Negara Bangsa
Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu bangsa iaitu
Bangsa Malaysia di kalangan murid-muridnya bermula dari usia yang muda, seperti kata
pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat guru diberi amanah yang berat
kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri murid. Nilai kesucian,
kesabaran, kesempurnaan dan keamanan perlu disemai di kalangan anak bangsa. Guru
juga perlu berfungsi mewujudkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.
Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara
pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu aktiviti pendidikan haruslah member keutamaan
kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat satu bangsa dan satu negara di
5
WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014
kalangan pelajar. Guru dapat memainkan peranan dalam beberapa cara seperti dinyatakan
bagi mencapai hasrat Pembinaan Negara Bangsa.
1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum
dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Pelajar-pelajar perlu diberi kesedaran
tentang kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa
perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia. Tanggungjawab guru untuk menyemai
semangat cintakan Bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih
berbahasa Malaysia, menghormati dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti
rakyat Malaysia.
Beberapa strategi pelaksanaan ke arah memperkasakan Bahasa Kebangsaan,
memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menggalakkan minat membaca dan
mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Antara program yang telah dijalankan
seperti Bulan Bahasa dan Sastera, Bulan Membaca, kem penulisan, teater, kuiz dan
sebagainya. Ini menunjukkan komitmen guru dalam memastikan semua pelajar dapat
menguasai bahasa Malaysia.
Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan
Guru-guru dan pelajar pelbagai kaum bersama-sama menyertai aktiviti yang ditentukan
seperti RIMUP. Selain menggalakkan sekolah-sekolah tiga jenis aliran berinteraksi dan
menjalin kefahaman serta memupuk semangat bertolak ansur dan muhibah di antara
mereka, murid-murid dari ketiga-tiga buah sekolah juga dapat berkumpul di bawah satu
bumbung yang sama dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama.
Contohnya : merentas desa, perkhemahan, pertunjukan kebudayaan, sambutan hari
kebangsaan, gotong-royong untuk keceriaan sekolah dan kawasan sekitar sekolah.
Pertemuan dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang akan menyemai
perpaduan di antara pelajar. Kekerapan mereka bersama akan mengeratkan perhubungan
antara ketiga-tiga kaum walaupun mereka bersekolah di sekolah berasingan.
6
WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014
Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan
adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah
terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses
menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
Walau di mana mereka berada, objektif peperiksaan adalah sama dan guru-guru akan
mengajar sukatan yang sama untuk pelajar-pelajarnya.
Meningkatkan Perpaduan Kaum
Pada peringkat awal sekolah, jati diri murid boleh dipupuk melalui kurikulum, program ko-
kurikulum dan sukan. Guru sebagai pendidik perlu memastikan diri bersedia untuk berusaha
lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik
untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses pengajaran dan
pembelajaran.
Elemen perpaduan dapat diterapkan dalam aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan
semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti
masyarakat pelbagai kaum. Contohnya pertandingan bola sepak, bola jaring, hoki, bola
baling, bercerita, nyanyian dan olahraga. Melalui aktiviti seperti ini, kerjasama antara kaum
dapat diterapkan dan perpaduan akan wujud dengan sendirinya.
1. Penerapan Nilai Murni
Guru-guru perlu menerapkan nilai murni dalam semua matapelajaran yang diajar Penerapan
nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik murid-murid agar
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Fungsi utama pendidik ialah sebagai agen
pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting
adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual yang
akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak.
Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar
tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya
semangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum. Guru perlulah
7
WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014
memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik agar objektif
mata pelajaran ini tercapai untuk menjayakan pembinaan Negara Bangsa.
Sejauh manakah konsep yang 1 Malaysia mampu membentuk perpaduan rakyat yang
berbilang bangsa?
Pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan usaha yang gigih
dan kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum di Malaysia. Melalui
pendidikan diharapkan segala usaha menyemai semangat perpaduan, cinta dan setia
kepada negara dapat diperkembangkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat
Malaysia.
Pembinaan Negara Bangsa dapat memperkukuhkan perpaduan, membina identiti
nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian
dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi. Guru diharap dapat
memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pembinaan negara bangsa kerana
perpaduan perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi agar ianya menjadi budaya hidup
masyarakat Malaysia.
8
WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014
Kesemua strategi pelaksanaan dan pelan tindakan dalam teras Membina Negara
Bangsa ini telah dirancang dengan mengambil semua pertimbangan yang sewajarnya,
supaya Negara Bangsa Malaysia dengan acuan sendiri dapat dihasilkan. Pemimpin institusi
pendidikan, pensyarah dan guru mempunyai peranan utama untuk membentuk anak-anak
bangsa Malaysia seperti yang dihasratkan dalam matlamat pembinaan Negara Bangsa.
Bahasa adalah faktor yang sangat penting bagi menyatukan penduduk sesebuah
negara termasuk Malaysia. Satu bahasa juga merupakan kaedah paling mudah bagi
memajukan dan memodenkan pemikiran rakyat yang berbilang kaum kerana dengan satu
bahasa, pelbagai kumpulan etnik yang memiliki beraneka budaya, agama dan pegangan
hidup dapat disatukan dalam satu wadah. Satu bahasa juga menjadikan identiti nasional dan
kesetiaan kepada negara lebih kuat dan kukuh. Dalam erti kata lain, penggunaan satu
bahasa membantu rakyat meningkatkan interaksi dan merapatkan jurang hubungan di
samping mengurangkan apa jua perbezaan yang ada. Dalam Perlembagaan Persekutuan,
Perkara 152 memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan diguna
pakai dalam semua urusan kerajaan, pendidikan, perniagaan dan hubungan harian
masyarakat.
Selepas hampir 57 tahun merdeka, penggunaan Bahasa Melayu semakin baik khususnya
dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum. Kejayaan ini adalah kesan daripada
pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang mewajibkan penyampaian diadakan
dalam bahasa kebangsaan biarpun di sekolah jenis kebangsaan. Dalam pada itu, majoriti
penduduk Malaysia yang bercakap Bahasa Melayu semakin bertambah seiring dengan
pertambahan penduduk. Dalam pada itu, tekanan demi tekanan yang dikenakan ke atas
kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu turut menggalakkan orang ramai memilih
bahasa itu sebagai bahasa utama mereka. Pembatalan PPSMI adalah satu contoh
bagaimana tekanan daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu
menyebabkan kerajaan membatalkan pelaksanaan program ini di peringkat nasional.
Walaupun pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan seringkali dikesampingkan
khususnya dalam perniagaan, Bahasa Melayu semakin diterima umum. Ini dapat dilihat
apabila penyiaran program televisyen, radio, penerbitan, iklan di media elektronik semakin
sensitif dengan Bahasa Melayu.Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka
mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan
dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat
majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah
ditubuhkan.
Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah
diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di
negara ini pada waktu itu. Antara tugas jabatan ini ialah mengkaji dan menyelidik sikap
antara kaum. Kajian berkenaan adalah untuk memupuk semangat muhibah antara kaum
selain daripada merapatkan semula hubungan di antara rakyat dan kerajaan yang telah
terjejas. Sejak penubuhannya pada tahun 1969 itu, Jabatan Perpaduan Negara telah
mengalami perubahan-perubahan seperti berikut.
9
WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014
Tahun 1972 Jabatan Perpaduan Negara telah dicantumkan dengan Pejabat Muhibah
Negara dan dijadikan Kementerian Perpaduan Negara.Tahun 1974 ditukar nama dari
Kementerian Perpaduan Negara kepada Lembaga Perpaduan Negara dan diletakkan di
bawah Jabatan Perdana Menteri.Tahun 1980 Lembaga Perpaduan Negara dicantumkan
dengan Urusetia Rukun Tetangga dan dinamakan Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan
Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.Tahun 1983 Jabatan Rukun Tetangga dan
Perpaduan Negara diubah kembali kepada nama asalnya iaitu Jabatan Perpaduan
Negara.Tahun 1990 Pada 27 Oktober 1990, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di
bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.Tahun 2004 Pada
27 Mac 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan
Perdana Menteri dan dinamakan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional.
Tahun 2008Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan di
bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan. Tahun 2009Pada 9 April
2009, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan semula di bawah
Jabatan Perdana Menteri.Walau apapun nama yang telah diberikan kepada agensi
perpaduan ini, status dan peranannya tetap sama iaitu bertanggungjawab menjaga
perpaduan rakyat. Ia bertindak memupuk dan memelihara semangat muhibah, mempastikan
hubungan masyarakat sentiasa positif dan mempastikan masalah perkauman sentiasa
terkawal setiap masa.
Bagi memahami secara lebih jelas tentang program-program Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional serta isu-isu perpaduan dan integrasi nasional, beberapa konsep dan
istilah yang berkaitan perlu difahami.Perpaduan Negara satu keadaan di mana rakyat dari
pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa
yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan
berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992) Integrasi Nasional
Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia
khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak,
untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun
1991) Bangsa Malaysia Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang
sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan
10
WAJ 3106
HUBUNGAN ETNIK
PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014
etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil.
Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa
tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003).
Kegiatan Jabatan Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara (JPN) yang
bertanggungjawab mengawal, memupuk dan memelihara perpaduan telah merangka
berbagai-bagai strategi seperti (1) menggalakkan perpaduan masyarakat dan integrasi
nasional, (2) mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah, (3) menerapkan nilai-
nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu, (4)
mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat, dan (5) menyelaraskan
program dan aktiviti perpaduan dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak
yang terlibat dengan perpaduan.
Bagi mewujudkan perasaan muhibah, setia kawan, kerjasama dan toleransi, JPN
merancang program yang bersifat ‘menggalak dan mencegah’ bagi memberi ruang kepada
penduduk untuk meningkatkan interaksi dan kenal-mengenal antara satu sama lain.
Kumpulan sasar JPN ialah rakyat Malaysia khususnya kelompok dewasa, wanita dan belia
yang terlibat dalam kegiatan Rukun Tetangga. Bagi kanak-kanak, Tabika Perpaduan
disediakan bagi pendidikan prasekolah.Kebanyakan aktiviti JPN bercorak kemasyarakatan
dan sosial di samping aktiviti yang mudah diterima oleh semua pihak. Antaranya ialah skim
rukun tetangga, tabika perpaduan, sukan rakyat, majlis muhibah, majlis kebudayaan,
pertandingan bakat, gotong-royong, jiran muda dan wanita, kelas perpaduan rakyat dan
kelas vokasional. Selain itu, penerbitan juga menjadi fokus JPN. Risalah dan majalah ‘Balai
Muhibah’, akhbar ‘Jiran’ dan jurnal ‘Negara’ diterbitkan bagi memberi penerangan tentang
sesuatu kaum dan aktiviti-aktiviti agensi. Penyelidikan dan kajian dilaksanakan bagi
mengumpul data status perhubungan kaum dan integrasi nasional. Pelaksanaan kajian
diharap dapat membantu kerajaan memahami persoalan dan isu-isu berbangkit berkaitan
perhubungan kaum.
11

More Related Content

What's hot

Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanmothy
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTan Fen
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
WAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikWAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan Etnik
Erica Leenya
 
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaKepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaTeddy Yong
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Norakma Abdullah
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
Yoshi Aw
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)Izyan Solehah
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
As Nuurien Najma
 
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)INSTAQLIM
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
Muhd Mu'izuddin
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
Juriza Jusoh
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 

What's hot (20)

Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnik
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
WAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikWAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan Etnik
 
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaKepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 

Viewers also liked

Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNS
Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNSSet 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNS
Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNSGuru Sejarah
 
Bab iii konsep bangsa dan negara
Bab iii konsep bangsa dan negaraBab iii konsep bangsa dan negara
Bab iii konsep bangsa dan negara
nafisa Kim M
 
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaan
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaanPENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaan
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaanAmin Upsi
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
khatijah1889
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
taiko89
 
Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014
Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014
Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014Guru Sejarah
 
(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsarohani1162
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysiaguathoon
 
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikWanBK Leo
 
Dasar bersih cekap amanah
Dasar bersih cekap amanahDasar bersih cekap amanah
Dasar bersih cekap amanah
munnianwar
 
1 malaysia b
1 malaysia b1 malaysia b
1 malaysia b
Ahmad Hishamuddin
 

Viewers also liked (14)

Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNS
Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNSSet 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNS
Set 1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014 - JPNS
 
Bab iii konsep bangsa dan negara
Bab iii konsep bangsa dan negaraBab iii konsep bangsa dan negara
Bab iii konsep bangsa dan negara
 
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaan
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaanPENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaan
PENGAJIAN KENEGARAAN konsep negara dan kerajaan
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
 
Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014
Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014
Set1 lonjakan prestasi sejarah spm 2014
 
(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
 
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
 
Sejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkkSejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkk
 
Dasar bersih cekap amanah
Dasar bersih cekap amanahDasar bersih cekap amanah
Dasar bersih cekap amanah
 
1 malaysia b
1 malaysia b1 malaysia b
1 malaysia b
 

Similar to Waj 3106 konsep 1-malaysia

Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
Zaharah Pandi
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
HayatuNMustapHa
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019
mazlansamatmazlan
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiazoljoey
 
Karangan ikut tema
Karangan ikut temaKarangan ikut tema
Karangan ikut tema
uum
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Heather Strinden
 
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae39851d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398Suhaimi Shoib
 
intipati wawasan
 intipati wawasan intipati wawasan
intipati wawasanIveen Chew
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
xue er tui
 
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri drWawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri drRuslina Ina
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanismakie
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
Joe Onn Lim
 

Similar to Waj 3106 konsep 1-malaysia (20)

Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysia
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Usaha
UsahaUsaha
Usaha
 
Karangan ikut tema
Karangan ikut temaKarangan ikut tema
Karangan ikut tema
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
 
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae39851d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
intipati wawasan
 intipati wawasan intipati wawasan
intipati wawasan
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri drWawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduan
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
 
Sejarah 1 malaysia
Sejarah 1 malaysiaSejarah 1 malaysia
Sejarah 1 malaysia
 

More from Miccaill Casparov

Brim
BrimBrim
Pajsk
PajskPajsk
Rph pk tahun 5
Rph pk tahun 5Rph pk tahun 5
Rph pk tahun 5
Miccaill Casparov
 
Statistik perwakilan data hantar
Statistik  perwakilan data hantarStatistik  perwakilan data hantar
Statistik perwakilan data hantar
Miccaill Casparov
 
Statistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantarStatistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantarMiccaill Casparov
 

More from Miccaill Casparov (7)

Brim
BrimBrim
Brim
 
Pajsk
PajskPajsk
Pajsk
 
Rph pk tahun 5
Rph pk tahun 5Rph pk tahun 5
Rph pk tahun 5
 
Statistik ppg bab 1-hantar
Statistik ppg  bab 1-hantarStatistik ppg  bab 1-hantar
Statistik ppg bab 1-hantar
 
Statistik perwakilan data hantar
Statistik  perwakilan data hantarStatistik  perwakilan data hantar
Statistik perwakilan data hantar
 
Statistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantarStatistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantar
 
Statistik ppg bab2 -hantar
Statistik ppg bab2 -hantarStatistik ppg bab2 -hantar
Statistik ppg bab2 -hantar
 

Recently uploaded

单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所
单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所
单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所
g33009972
 
PROJEK AKHIR LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAMPROJEK AKHIR LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
a197170
 
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
Nikensa Puryasari
 
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIKFAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
RAJAFARAAZLINABINTIR1
 
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihanUnit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
SEKOLAHJENISKEBANGSA8
 
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdfFree Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
OH TEIK BIN
 
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptxLAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
ItaASamat
 
Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdfBelajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
ReezZeano
 

Recently uploaded (8)

单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所
单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所
单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所单元五道德宗教场所
 
PROJEK AKHIR LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAMPROJEK AKHIR LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
 
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
 
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIKFAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
 
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihanUnit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
 
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdfFree Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
 
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptxLAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
 
Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdfBelajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
 

Waj 3106 konsep 1-malaysia

  • 1. WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 Konsep Satu Malaysia Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Gagasan tersebut merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara. Satu Malaysia akan memastikan tiada golongan atau satu kaum yang terpinggir di negara ini tetapi pada masa yang sama tidak menolak dasar affirmatif. Yang penting kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan transformasi besar. Dasar affirmatif bagi membantu orang Melayu yang paling ramai miskin dan ketinggalan (berbanding dengan kaum lain), akan diteruskan. Sememangnya ada keperluan untuk meneruskan dasar affirmatif atas realiti sejarah dan kontrak sosial sambil kerajaan memperhebatkan pencapaian dalam meningkatan taraf hidup semua kaum. Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘Satu Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah: 1.BudayaKecemerlangan 2. Ketabahan 3. Rendahhati 4. Penerimaan 5. Kesetiaan 6. Meritokrasi 7. Pendidikan 8. Integriti Pembinaan Negara Bangsa selari dengan Konsep Satu Malaysia 1
  • 2. WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 Matlamat kerajaan untuk membina Negara Bangsa adalah selari dengan gagasan Satu Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat Satu Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Tidak ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan potensi masing-masing. Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian Pelajaran akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi. Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘Satu Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa 2
  • 3. WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama Satu Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini. Justeru, dalam semangat Satu Malaysia, seluruh komuniti dan warga, wajar memelihara integriti negara. Masyarakat Malaysia harus mengatakan “tidak” kepada sebarang anasir ataupun penggugat keamanan dan kesejahteraan sosial rakyat. Caranya dengan tidak memberi dokongan dalam bentuk moral dan material kepada pihak yang terang-terangan mengamalkan “budaya politik luar tabie” demi kepentingan diri. Rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk menilai antara kaca dan permata. Mampu memilih dan mengiktiraf kerajaan yang bekerja untuk rakyat dan kerajaan yang sering mempergunakan rakyat. Kematangan rakyat Malaysia dan kesedaran merekalah yang memungkinkan negara ini terus aman, kerana realitinya mereka memilih kerajaan yang mampu penuhi aspirasi zaman. Kebolehan dan daya intelektual komuniti Malaysia membolehkan negara ini terus kukuh pentadbirannya, makmur ekonomi dan sejahtera penghidupan komunitinya. Oleh itu adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh rakyat negara bangsa ini untuk bersama-sama mempertahankan kewibawaan wilayah dan kehormatan negara daripada terus diporak-perandakan oleh kalangan mereka yang sentiasa mengintai peluang. Sesungguhnya pembinaan negara bangsa perlu diselarikan dengan gagasan satu Malaysia agar matlamat perpaduan dapat dicapai. Melihat bagaimanakah guru boleh memainkan peranan di sekolah bagi mencapai hasrat pembinaan negara bangsa dalam konteks Satu Malaysia. Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia, usaha membina Negara Bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya hidup bersatu padu dalam aman dan damai. Dalam era globalisasi dan perkembangan ICT yang pesat, usaha ini menjadi penting kerana pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja 3
  • 4. WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara. Ini boleh menjejaskan perpaduan negara. PIPP menggambarkan Bangsa Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik. Faktor pemangkin kepada usaha Membina Negara Bangsa ini adalah : a) Bahasa kebangsaan b) Intergrasi nasional c) Kewarganegaraan d) Patriotisme e) Demokrasi Matlamat dan dasar yang dihasratkan dalam teras Membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia, empat fokus utama yang digariskan dalam PIPP adalah : i) Memperkasakan bahasa kebangsaan ii) Memantapkan perpaduan Negara dan intergrasi nasional iii) Memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya Negara iv) Memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari 4
  • 5. WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut. Definisi dan konsep Pembinaan Negara Bangsa Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:“…membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991) Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, proses pembinaan negara bangsa tidak boleh dicapai dalam tempoh yang singkat dan peranan guru amat penting untuk memastikan kejayaannya. Kerajaan berharap golongan guru bekerja dengan lebih keras kerana mereka menjadi tonggak kejayaan konsep ini lantaran hubungan rapat dengan anak-anak murid khususnya di peringkat awal. Peranan Guru Menjayakan Pembinaan Negara Bangsa Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia di kalangan murid-muridnya bermula dari usia yang muda, seperti kata pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat guru diberi amanah yang berat kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri murid. Nilai kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan perlu disemai di kalangan anak bangsa. Guru juga perlu berfungsi mewujudkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh. Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu aktiviti pendidikan haruslah member keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat satu bangsa dan satu negara di 5
  • 6. WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 kalangan pelajar. Guru dapat memainkan peranan dalam beberapa cara seperti dinyatakan bagi mencapai hasrat Pembinaan Negara Bangsa. 1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Pelajar-pelajar perlu diberi kesedaran tentang kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia. Tanggungjawab guru untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Malaysia, menghormati dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia. Beberapa strategi pelaksanaan ke arah memperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menggalakkan minat membaca dan mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Antara program yang telah dijalankan seperti Bulan Bahasa dan Sastera, Bulan Membaca, kem penulisan, teater, kuiz dan sebagainya. Ini menunjukkan komitmen guru dalam memastikan semua pelajar dapat menguasai bahasa Malaysia. Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan Guru-guru dan pelajar pelbagai kaum bersama-sama menyertai aktiviti yang ditentukan seperti RIMUP. Selain menggalakkan sekolah-sekolah tiga jenis aliran berinteraksi dan menjalin kefahaman serta memupuk semangat bertolak ansur dan muhibah di antara mereka, murid-murid dari ketiga-tiga buah sekolah juga dapat berkumpul di bawah satu bumbung yang sama dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama. Contohnya : merentas desa, perkhemahan, pertunjukan kebudayaan, sambutan hari kebangsaan, gotong-royong untuk keceriaan sekolah dan kawasan sekitar sekolah. Pertemuan dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang akan menyemai perpaduan di antara pelajar. Kekerapan mereka bersama akan mengeratkan perhubungan antara ketiga-tiga kaum walaupun mereka bersekolah di sekolah berasingan. 6
  • 7. WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Walau di mana mereka berada, objektif peperiksaan adalah sama dan guru-guru akan mengajar sukatan yang sama untuk pelajar-pelajarnya. Meningkatkan Perpaduan Kaum Pada peringkat awal sekolah, jati diri murid boleh dipupuk melalui kurikulum, program ko- kurikulum dan sukan. Guru sebagai pendidik perlu memastikan diri bersedia untuk berusaha lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen perpaduan dapat diterapkan dalam aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Contohnya pertandingan bola sepak, bola jaring, hoki, bola baling, bercerita, nyanyian dan olahraga. Melalui aktiviti seperti ini, kerjasama antara kaum dapat diterapkan dan perpaduan akan wujud dengan sendirinya. 1. Penerapan Nilai Murni Guru-guru perlu menerapkan nilai murni dalam semua matapelajaran yang diajar Penerapan nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik murid-murid agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Fungsi utama pendidik ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak. Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya semangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum. Guru perlulah 7
  • 8. WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik agar objektif mata pelajaran ini tercapai untuk menjayakan pembinaan Negara Bangsa. Sejauh manakah konsep yang 1 Malaysia mampu membentuk perpaduan rakyat yang berbilang bangsa? Pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum di Malaysia. Melalui pendidikan diharapkan segala usaha menyemai semangat perpaduan, cinta dan setia kepada negara dapat diperkembangkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Pembinaan Negara Bangsa dapat memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi. Guru diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pembinaan negara bangsa kerana perpaduan perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi agar ianya menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia. 8
  • 9. WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 Kesemua strategi pelaksanaan dan pelan tindakan dalam teras Membina Negara Bangsa ini telah dirancang dengan mengambil semua pertimbangan yang sewajarnya, supaya Negara Bangsa Malaysia dengan acuan sendiri dapat dihasilkan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru mempunyai peranan utama untuk membentuk anak-anak bangsa Malaysia seperti yang dihasratkan dalam matlamat pembinaan Negara Bangsa. Bahasa adalah faktor yang sangat penting bagi menyatukan penduduk sesebuah negara termasuk Malaysia. Satu bahasa juga merupakan kaedah paling mudah bagi memajukan dan memodenkan pemikiran rakyat yang berbilang kaum kerana dengan satu bahasa, pelbagai kumpulan etnik yang memiliki beraneka budaya, agama dan pegangan hidup dapat disatukan dalam satu wadah. Satu bahasa juga menjadikan identiti nasional dan kesetiaan kepada negara lebih kuat dan kukuh. Dalam erti kata lain, penggunaan satu bahasa membantu rakyat meningkatkan interaksi dan merapatkan jurang hubungan di samping mengurangkan apa jua perbezaan yang ada. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan diguna pakai dalam semua urusan kerajaan, pendidikan, perniagaan dan hubungan harian masyarakat. Selepas hampir 57 tahun merdeka, penggunaan Bahasa Melayu semakin baik khususnya dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum. Kejayaan ini adalah kesan daripada pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang mewajibkan penyampaian diadakan dalam bahasa kebangsaan biarpun di sekolah jenis kebangsaan. Dalam pada itu, majoriti penduduk Malaysia yang bercakap Bahasa Melayu semakin bertambah seiring dengan pertambahan penduduk. Dalam pada itu, tekanan demi tekanan yang dikenakan ke atas kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu turut menggalakkan orang ramai memilih bahasa itu sebagai bahasa utama mereka. Pembatalan PPSMI adalah satu contoh bagaimana tekanan daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu menyebabkan kerajaan membatalkan pelaksanaan program ini di peringkat nasional. Walaupun pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan seringkali dikesampingkan khususnya dalam perniagaan, Bahasa Melayu semakin diterima umum. Ini dapat dilihat apabila penyiaran program televisyen, radio, penerbitan, iklan di media elektronik semakin sensitif dengan Bahasa Melayu.Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu. Antara tugas jabatan ini ialah mengkaji dan menyelidik sikap antara kaum. Kajian berkenaan adalah untuk memupuk semangat muhibah antara kaum selain daripada merapatkan semula hubungan di antara rakyat dan kerajaan yang telah terjejas. Sejak penubuhannya pada tahun 1969 itu, Jabatan Perpaduan Negara telah mengalami perubahan-perubahan seperti berikut. 9
  • 10. WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 Tahun 1972 Jabatan Perpaduan Negara telah dicantumkan dengan Pejabat Muhibah Negara dan dijadikan Kementerian Perpaduan Negara.Tahun 1974 ditukar nama dari Kementerian Perpaduan Negara kepada Lembaga Perpaduan Negara dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.Tahun 1980 Lembaga Perpaduan Negara dicantumkan dengan Urusetia Rukun Tetangga dan dinamakan Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.Tahun 1983 Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara diubah kembali kepada nama asalnya iaitu Jabatan Perpaduan Negara.Tahun 1990 Pada 27 Oktober 1990, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.Tahun 2004 Pada 27 Mac 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dinamakan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional. Tahun 2008Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan. Tahun 2009Pada 9 April 2009, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri.Walau apapun nama yang telah diberikan kepada agensi perpaduan ini, status dan peranannya tetap sama iaitu bertanggungjawab menjaga perpaduan rakyat. Ia bertindak memupuk dan memelihara semangat muhibah, mempastikan hubungan masyarakat sentiasa positif dan mempastikan masalah perkauman sentiasa terkawal setiap masa. Bagi memahami secara lebih jelas tentang program-program Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta isu-isu perpaduan dan integrasi nasional, beberapa konsep dan istilah yang berkaitan perlu difahami.Perpaduan Negara satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992) Integrasi Nasional Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991) Bangsa Malaysia Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan 10
  • 11. WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PPG AMBILAN KHAS KOHORT II AMBILAN MAC 2014 etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003). Kegiatan Jabatan Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara (JPN) yang bertanggungjawab mengawal, memupuk dan memelihara perpaduan telah merangka berbagai-bagai strategi seperti (1) menggalakkan perpaduan masyarakat dan integrasi nasional, (2) mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah, (3) menerapkan nilai- nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu, (4) mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat, dan (5) menyelaraskan program dan aktiviti perpaduan dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak yang terlibat dengan perpaduan. Bagi mewujudkan perasaan muhibah, setia kawan, kerjasama dan toleransi, JPN merancang program yang bersifat ‘menggalak dan mencegah’ bagi memberi ruang kepada penduduk untuk meningkatkan interaksi dan kenal-mengenal antara satu sama lain. Kumpulan sasar JPN ialah rakyat Malaysia khususnya kelompok dewasa, wanita dan belia yang terlibat dalam kegiatan Rukun Tetangga. Bagi kanak-kanak, Tabika Perpaduan disediakan bagi pendidikan prasekolah.Kebanyakan aktiviti JPN bercorak kemasyarakatan dan sosial di samping aktiviti yang mudah diterima oleh semua pihak. Antaranya ialah skim rukun tetangga, tabika perpaduan, sukan rakyat, majlis muhibah, majlis kebudayaan, pertandingan bakat, gotong-royong, jiran muda dan wanita, kelas perpaduan rakyat dan kelas vokasional. Selain itu, penerbitan juga menjadi fokus JPN. Risalah dan majalah ‘Balai Muhibah’, akhbar ‘Jiran’ dan jurnal ‘Negara’ diterbitkan bagi memberi penerangan tentang sesuatu kaum dan aktiviti-aktiviti agensi. Penyelidikan dan kajian dilaksanakan bagi mengumpul data status perhubungan kaum dan integrasi nasional. Pelaksanaan kajian diharap dapat membantu kerajaan memahami persoalan dan isu-isu berbangkit berkaitan perhubungan kaum. 11