SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
PENDAHULUAN

       Malaysia merupakan sebuah Negara kecil dipeta dunia, namun Malaysia
merupakan       Negara   yang   mempunyai       banyak   keunikan   tersendiri.Kedudukan
geografinya yang strtegik dari dulu hingga kini menjadi penghubung antara dunia Barat
dan dunia Timur dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan
sosial dunia.

       Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang
keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain
menambahkan keunikan yang ada.Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan yang
harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada
setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar.

       Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua
pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang
terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu
negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua
kaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu
disayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang
dimasukkan dengan bendera Malaysia.

       Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu
memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan
dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpin
perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa
mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu
memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan
kaum.




                                            1
1.    GAGASAN 1MALAYSIA SEBAGAI WADAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA
      YANG BERSATU PADU

1.1   Apa itu Gagasan 1Malaysia ?

      Gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3hb April 2009 oleh Perdana Menteri
Malaysia ke-enam, Dato‟ Seri Najib Tun Abd.Razak. 1Malaysia digagaskan sebagai
satu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu “Wawasan 2020” dapat dicapai.
Gagasan    1Malaysia   berpaksikan   prinsip   “Rakyat   Didahulukan.    Pencapaian
Diutamakan” bertujuan melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dan
mampu menghadapi cabaran globalisasi yang melanda dunia ini.



1.2   Objektif Utama Gagasan 1Malaysia

1.    1Malaysia   adalah   satu   gagasan    bagi   mewujudkan   perpaduan      dalam
      kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai
      penting yang seharusnya menjadi amalan setiapa rakyat Malaysia.

      2.    1Malaysia adalah penerusan agenda pembinaan negara menerusi
      perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

1.3   Dua Aspek Utama Dalam 1malaysia

Gagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut ;

      1.3.1. Aspek Pertama : Penerapan Teras Teras Perpaduan

            Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam
            kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-
            nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

      1.3.2. Aspek Kedua : Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

            Teras Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja
            yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan
            seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap
            yang lebih kukuh dan matang.
                                         2
1.4   Tiga Prinsip – Teras Perpaduan

      1Malaysia disandarkan kepada tiga prinsip Teras Perpaduan dalam
memperkukuhkan perpaduan nasional seperti yang berikut ;

      1.4.1 Penerimaan

      Menerima hakikat bahwa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang
      mempunyai kepelbagaian dari segi cara hidup, amalan dan kebudayaan. Rakyat
      harus menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.

`     1.4.2 Kenegaraan

      Konsep perpaduan semangat nasionalisme dan cinta akan negara menjadi asas
      pembentukkan 1Malaysia.

`     1.4.3 Keadilan Sosial

      Memberikan kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting secara adil tanpa
      mengira latar belakang atau agama. Setiap wakil rakyat bertindak melepasi
      sempadan kaum masing-masing dan melebarkan perkhidmatan kepada kaum-
      kaum lain.




                                         3
1.5    NILAI-NILAI GAGASAN 1MALAYSIA




                                 Budaya
                              Kecemerlanga
                                   n

               Ketabahan                     Penerimaan




      Rendah                                              Kesetiaan
       Hati




               Meritokrasi                   Pendidikan




                                Integriti




                                  4
1.5.1 Budaya Kecemerlangan

      Di sini saya akan jelaskan secara ringkas berkenaan nilai yang pertama
Gagasan 1Malaysia. Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan
membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan
dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya
kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya berprestasi tinggi memastikan setiap
perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil
lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi
sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
      Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan.
Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan
penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi
menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
      Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur
pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja
keras. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan
kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia
yang berteraskan eksport.

      1.5.2 Ketabahan

      Sedikit pengetahuan berkenaan nilai kedua Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai
ketabahan. Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan
ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat
memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan
Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi
segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi
memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu. Kejatuhan
atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah
                                         5
memperbaikinya secara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan
kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan,
pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang
lebih besar dan menakjubkan. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh
perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.



      1.5.3 Rendah Hati

      Berjumpa lagi kita dalam ruangan diskusi bagi berkongsi tentang nilai Gagasan 1
Malaysia yang seterusnya iaitu nilai rendah hati. Rasa rendah hati adalah satu sifat
yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam
begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang
merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup
kita. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan
orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan
dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia. Kejatuhan atau
kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinya
secara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu
dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang
berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan
menakjubkan. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi
mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
      Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri
tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu
prinsip. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di
mana kita berada. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat
luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan
kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan
penindasan.




                                            6
1.5.4 Penerimaan

      Kali ini, sedikit penjelasan tentang nilai keempat Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai
penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama
ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan
perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas
tanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau
secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada
pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
      Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan
mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan
yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara
yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta
mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Semua program dan
peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan
saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama
dan fahaman politik. Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan
kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1Malaysia.
Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya
ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.



      1.5.5 Kesetiaan

      Tiba juga kita pada nilai yang kelima Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai kesetiaan.
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan
Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini
tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan
kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan
kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada
kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Pengikut perlu menunjukkan
kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia
kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. Kesetiaan akan membina

                                            7
kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak. Perhubungan dan ikatan yang
kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan
sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
       Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi
menjamin kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan
adalah lambang setia kawan. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan
dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan
dapat dibaiki untuk kebaikan bersama. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu
menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. Kesetiaan perlu disertai
dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
       Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan,
pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan. Kesetiaan
atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.
Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak
disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.



       1.5.6 Meritokrasi
       Sebagai sambungan, mari kita jelajahi berkenaan nilai meritokrasi. Meritokrasi
merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi
memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu
pembangunan negara. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib
baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-
estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk
membantu golongan tersebut.
       Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria
yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak
dipilih. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan
budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak
dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-
kriteria yang ditetapkan.
                                           8
Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan
sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap
pihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran terbaik
merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
       Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina atau Sekolah Tamil
hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran
globalisasi/ liberalisasi.

       1.5.7 Pendidikan
       Ini merupakan nilai yang ketujuh bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai pendidikan.
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara
mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat
yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Negara
perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari
segala-galanya.
       Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda
yang sentiasa terbuka.
       Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah
vernakular.
       Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan
nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia.
       Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu
sepanjang hayat.

       1.5.8 Integriti
       Nilai yang terakhir bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu yang kelapan adalah integriti.
Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan
rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua
peringkat tanpa mengira kedudukan.


                                            9
Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah
perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
       Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut semua agama.
Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
       Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini
sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar
dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Kelayakan
dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui
saluran tidak sah.


Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan
negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan
diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.


Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat
yang diberi.

2.     HUBUNGAN DAN CABARAN ETNIK

2.1    Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomi

       Salah satu cabaran hubungan etnik dalam aspek ekonomi ialah pemisahan
fizikal. Pemisahan fizikal ini wujud kesan daripada dasar „pecah dan perintah' yang
diamalkan oleh penjajah British pada masa dahulu. Pemisahan fizikal ini menyebabkan
menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk
berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza. Hal ini
merenggangkan perhubungan perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi
perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota setiap etnik. Keadaan
ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan
dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.


                                            10
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masih
menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. Pelajar
Melayu belajar di sekolah Melayudan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula
bersekolah di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar
Cina, mereka bersekolah di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin.
Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan
etnik yang sama.
       Selain itu, kontrak sosial juga juga kerap dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam
merangka perlembagaan. Antara isu yang sering ditimbulkan ialah kedudukan istimewa
orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan sebagainya. Sebarang isu
atau kontrak sosial yang dibangkitkan boleh membawa kepada kerenggangan hubungn
etnik di Malaysia.


       Terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakan orang
Melayu menguasai sektor pertanian yang agak mundur. Orang Cina umumnya
menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan. Manakala
orang India pula menguasai sektor ekonomi yang berasaskan ladang. Kesannya, wujud
jurang pendapatan yang berbeza antara etnik.
       Dasar    British   yang   meletakan    kaum   berdasarkan   kepada    pekerjaan
menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Orang
Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat
sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina pula terlibat               dalam sektor
perniagaan dan perlombongan. Manakala sebahagian besar orang India pula
merupakan buruh di estet. Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lagi
semangat perkauman.


2.2    Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politik

       Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan
setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.

                                             11
Politok perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat
tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan
ini tidak akan menyumbang kearah masyarakat yang bersatu padu.


2.3   Cabaran Nilai Antara Etnik

      Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Oleh itu,
terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam
masyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat
resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap
kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih
mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat,
mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik.
Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan
kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-
masing. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih
besar jika fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.


2.4   Cabaran Globalisasi

      Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan
menjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan
pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi
membawa masuk pengaruh dari Barat dari segi ideology, budaya hedonism dan nilai
negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan system politik
yang dianggap terbaik bagi semua manusia.
      Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang
merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber
manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhar dan
pemikiran Barat diterima secara ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu


                                        12
oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah
baik dan moden.
Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan,
mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Secara tidak
langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia.




3.    PERANAN KERAJAAN DALAM MENINGKATKAN HUBUNGAN PERPADUAN
      DAN INTEGRASI KAUM DI MALAYSIA


3.1   Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

      Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak
tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam mengurus
perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti
Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah
ditubuhkan. Pada 1Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah
MAGERAN telah diwujudkan bagi menanggani isu-isu berhubung pembinaan semula
perpaduan masyarakat di negara kita pada waktu itu (Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional,2006).
      Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah
ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. tanggungjawab bagi memupuk dan
memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah
tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara 1990-2004, Jabatan Perpaduan
Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).


      Bermula daripada kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka dan
memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang
menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta
integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar

                                        13
tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenal Rukun Negara sebagai ideologi
kebangsaan. Bagi mengurangkan tindak tanduk politik yang boleh memecahbelahkan
rakyat, usaha telah diambil untuk membentuk Barisan Nasional. Sebagai tindakan
susulan dalam memperlengkap dan memperkukuh usaha pembentukan bangsa
Malaysia., beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan
Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar sosial Negara. Pendirian kerajaan telah
menegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020.
JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010, telah
merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan
integrasi nasional iaitu:




                                      14
ANTARA USAHA JPNIN UNTUK MEMUPUK

PERPADUAN INTEGRASI NASIONAL:

    Strategi politik –persefahaman

    Strategi ekonomi

    Strategi pendidikan

    Strategi penggunaan bahasa Kebangsaan

    Strategi keagamaan

    Strategi Kebudayaan

    Strategi Integrasi Wilayah

    Strategi Keselamatan

    Strategi Pembangunan Kawasan

    Strategi Penggunaan Tenaga Manusia

    Strategi Media Massa

    Strategi Kesukanan

    Strategi Pemasyarakatan Perpaduan

    Strategi program aktiviti Perpaduan

    Latihan Komunikasi antara budaya

    Penerbitan bahan bacaan secara meluas

                   15
    Mengenai kaum-kaum di Malaysia.
3.2    Memperkasakan Sekolah Wawasan

       Sistem pendidikan pebagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang
boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu . sistem pendidikan
pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa pelajar memilih
aliran mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk perpaduan haruslah dimulakan
sejak awal lagi dengan mambabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama.
Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat
perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. .

       Maka, usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan
dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa mengetepikan sekolah
rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah
kontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah
kebangsaan. Jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, maka
tidak ada sesiapa yang boleh menghalang mereka.

       Namun begitu, sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi
anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah
Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu
menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada palbagai
kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua
warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.

       Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah
satu aliran, sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik untuk menarik minat
orang bukan Melayu. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikan
sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan
akan diperingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus
guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun
2010. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar bukan sahaja perlu dipupuk oleh
pihak sekolah tetapi juga institusi pendidikan tinggi.



                                             16
3.3   Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

      Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan pada tahun
2004 merupakan khusus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan
berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. PLKN dilaksanakan
berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi
empat modul iaitu modul fizikal (merangkumi antara lain aktiviti kawad, merempuh
halangan, merentas desa dan kembara hutan); modul kenegaraan (pengetahuan
tentang pembinaan Negara atau nation-building); Modul Pembinaan Karakter
(penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal) dan Modul Khidmat Komuniti
(merangkumi antara lain aktiviti gotong- royong seperti membersihkan, mengindahkan
dan menceriakan kawasan sekitar). PLKN tidak bersifat kerahan tenaga atau mengikut
trend yang diamalkan oleh negara lain.

      Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara, PLKN bertujuan
untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda , memupuk
perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-
nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan, dan melahirkan generasi muda
yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan.

      PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum,
terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang dijalankan
menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara peserta tidak mengira
kaum atau agama. Modul kenegaraan dapat menyemai semangat cinta akan tanah air
di samping membolehkan para peserta mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum.
Apabila wujudnya rasa cintakan negara dalam diri peserta, perpaduan kaum dan
integrasi nasional serta saling kerjasama antara kaum di Malaysia dapat diwujudkan
kerana masing-masing mempunyai satu matlamat, iaitu untuk melihat Malaysia sebagai
negara yang aman dan harmonis. Hal ini akhirnya dapat melahirkan remaja yang
sanggup berkorban demi perpaduan bangsa.




                                         17
3.4   Rukun Tetangga

      Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan
kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga 1975). Pada peringkat
awal, Rukun Tetanggga membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan
kediaman masing-masing.

      Dengan tumpuan diberi kepada tugas rondaan yang diwajibkan kepada
masyarakat setempat yang berumur antara 18 hingga 55 tahun. Mulai 1 Januari 1983
kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan pada
konsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.

      Visi Rukun Tetangga ialah membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia
yang bersatu padu dalam konteks pencapaian Wawasan 2020. Manakala misinya ialah
memupuk kesefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia
yang bersatu padu serta beridentiti sendiri dan motonya pula ialah Bersatu Terus Maju.

      Objektif Rukun Tetangga, iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkan
perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan
negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.Bagi memastikan
matlamat Rukun Tetangga tercapai, beberapa aktiviti dilakukan oleh komuniti Rukun
Tetangga yang boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk aktiviti seperti:




                                          18
19
Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah
membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman
mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan
dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan
negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluas lagi dengan
pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian
hubungan dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

      Sehingga Mei 2006 sebanyak 3228 kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan
di seluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan pelbagai
aktiviti dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006, Jawatankuasa
Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36029 aktiviti. Aktiviti
ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu
dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan pada
peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai
keturunan, adat dan budaya (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional).



4.    CADANGAN BAHARU KEARAH MENCAPAI PERPADUAN KAUM DI
      MALAYSIA BERDASARKAN SITUASI NEGARA HARI INI.

      1.     Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing
             dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil.

      2.     Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara
             golongan etnik.

      3.     Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik

      4.     Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-
             unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran
             berinteraksi dengan golongan etnik lain.




                                          20
5.     Mengadakan perjumpaan antara kaum dalam beberapa aktiviti-aktiviti
             yang dianjurkan samada peringkat kampong, daerah atau kebangsaan ,
             demi mengeratkan hubungan etnik.

      6.     Adanya badan induk sebagai faktor pemangkin kepada semua program
             hunbungan etnik dan integrasi , misalnya peranan Jabatan Perpaduan
             Nasional dan Integrasi Nasional.




RUMUSAN / PENUTUP

      Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih
erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling
mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala
tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.


      Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di
mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana
tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati
pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.


      Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan
fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui
konsep „1 Malaysia‟ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-
mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang
mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.


      Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran
secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga
sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina
                                         21
negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan
kesetiaan.


      Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1
Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi
menjayakan konsep ini.




                                         22
Rujukan

www.btn.gov.my/.../artikel%209%20-%20n.



www.kpkk.gov.my/index.php?...8-nilai...1-...



fasihahabdkadir.blogspot.com/.../nilai8-gag..



peopleagainstopposition.blogspot.com/.../ap...




                                          23
24

More Related Content

What's hot

MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaJoe Onn Lim
 
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPMT5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPMAzya Ree
 
Hubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 MalaysiaHubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 MalaysiaFatiha Akma
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
Pelan hala tuju gtp bab04
Pelan hala tuju gtp bab04Pelan hala tuju gtp bab04
Pelan hala tuju gtp bab04AnNe DeEn
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bMohd Muzlimi Junoh
 
Cara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanCara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanaliadayana1
 
Karangan ikut tema
Karangan ikut temaKarangan ikut tema
Karangan ikut temauum
 
9.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.20119.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.2011043799
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanismakie
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)Mieys Yueyu
 
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae39851d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398Suhaimi Shoib
 
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)INSTAQLIM
 
Trial Sbp sejarah 2015 + skema
Trial Sbp sejarah 2015 + skemaTrial Sbp sejarah 2015 + skema
Trial Sbp sejarah 2015 + skemaAnis Najiha Ramli
 
Trial perak spm_2012_sejarah
Trial perak spm_2012_sejarahTrial perak spm_2012_sejarah
Trial perak spm_2012_sejarahfitrichip
 

What's hot (20)

MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
 
Sejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkkSejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkk
 
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPMT5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
 
Hubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 MalaysiaHubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Pelan hala tuju gtp bab04
Pelan hala tuju gtp bab04Pelan hala tuju gtp bab04
Pelan hala tuju gtp bab04
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Cara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanCara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduan
 
Karangan ikut tema
Karangan ikut temaKarangan ikut tema
Karangan ikut tema
 
9.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.20119.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.2011
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduan
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
 
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae39851d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
 
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
Tugasan utama he (ucf 1402 level 2)
 
1 mlysia
1 mlysia1 mlysia
1 mlysia
 
Trial Sbp sejarah 2015 + skema
Trial Sbp sejarah 2015 + skemaTrial Sbp sejarah 2015 + skema
Trial Sbp sejarah 2015 + skema
 
Trial perak spm_2012_sejarah
Trial perak spm_2012_sejarahTrial perak spm_2012_sejarah
Trial perak spm_2012_sejarah
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 

Similar to Assyment gagasan 1 mataysia

Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
Gagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysiaGagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysiamunnianwar
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanmothy
 
intipati wawasan
 intipati wawasan intipati wawasan
intipati wawasanIveen Chew
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
MODUL CELIK MORAL .pdf
MODUL CELIK MORAL .pdfMODUL CELIK MORAL .pdf
MODUL CELIK MORAL .pdfssuser474756
 
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri drWawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri drRuslina Ina
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1Zulfadhli Zulpress
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanCaeser Rio
 
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishHns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishAminah Ibrahim
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 

Similar to Assyment gagasan 1 mataysia (20)

Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Gagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysiaGagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysia
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
 
intipati wawasan
 intipati wawasan intipati wawasan
intipati wawasan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
MODUL CELIK MORAL .pdf
MODUL CELIK MORAL .pdfMODUL CELIK MORAL .pdf
MODUL CELIK MORAL .pdf
 
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri drWawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishHns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
 
Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 

Assyment gagasan 1 mataysia

  • 1. PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah Negara kecil dipeta dunia, namun Malaysia merupakan Negara yang mempunyai banyak keunikan tersendiri.Kedudukan geografinya yang strtegik dari dulu hingga kini menjadi penghubung antara dunia Barat dan dunia Timur dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain menambahkan keunikan yang ada.Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan yang harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar. Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia. Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpin perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum. 1
  • 2. 1. GAGASAN 1MALAYSIA SEBAGAI WADAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA YANG BERSATU PADU 1.1 Apa itu Gagasan 1Malaysia ? Gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3hb April 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Dato‟ Seri Najib Tun Abd.Razak. 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu “Wawasan 2020” dapat dicapai. Gagasan 1Malaysia berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” bertujuan melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dan mampu menghadapi cabaran globalisasi yang melanda dunia ini. 1.2 Objektif Utama Gagasan 1Malaysia 1. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiapa rakyat Malaysia. 2. 1Malaysia adalah penerusan agenda pembinaan negara menerusi perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 1.3 Dua Aspek Utama Dalam 1malaysia Gagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut ; 1.3.1. Aspek Pertama : Penerapan Teras Teras Perpaduan Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai- nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. 1.3.2. Aspek Kedua : Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi Teras Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan matang. 2
  • 3. 1.4 Tiga Prinsip – Teras Perpaduan 1Malaysia disandarkan kepada tiga prinsip Teras Perpaduan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional seperti yang berikut ; 1.4.1 Penerimaan Menerima hakikat bahwa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kepelbagaian dari segi cara hidup, amalan dan kebudayaan. Rakyat harus menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. ` 1.4.2 Kenegaraan Konsep perpaduan semangat nasionalisme dan cinta akan negara menjadi asas pembentukkan 1Malaysia. ` 1.4.3 Keadilan Sosial Memberikan kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting secara adil tanpa mengira latar belakang atau agama. Setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan perkhidmatan kepada kaum- kaum lain. 3
  • 4. 1.5 NILAI-NILAI GAGASAN 1MALAYSIA Budaya Kecemerlanga n Ketabahan Penerimaan Rendah Kesetiaan Hati Meritokrasi Pendidikan Integriti 4
  • 5. 1.5.1 Budaya Kecemerlangan Di sini saya akan jelaskan secara ringkas berkenaan nilai yang pertama Gagasan 1Malaysia. Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya berprestasi tinggi memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara. Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan. Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja keras. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport. 1.5.2 Ketabahan Sedikit pengetahuan berkenaan nilai kedua Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai ketabahan. Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah 5
  • 6. memperbaikinya secara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. 1.5.3 Rendah Hati Berjumpa lagi kita dalam ruangan diskusi bagi berkongsi tentang nilai Gagasan 1 Malaysia yang seterusnya iaitu nilai rendah hati. Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinya secara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan. 6
  • 7. 1.5.4 Penerimaan Kali ini, sedikit penjelasan tentang nilai keempat Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik. Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1Malaysia. Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang. 1.5.5 Kesetiaan Tiba juga kita pada nilai yang kelima Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai kesetiaan. Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. Kesetiaan akan membina 7
  • 8. kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin. Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menjamin kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan. Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan. 1.5.6 Meritokrasi Sebagai sambungan, mari kita jelajahi berkenaan nilai meritokrasi. Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet- estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang. Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria- kriteria yang ditetapkan. 8
  • 9. Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan. Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama. Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/ liberalisasi. 1.5.7 Pendidikan Ini merupakan nilai yang ketujuh bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai pendidikan. Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka. Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia. Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat. 1.5.8 Integriti Nilai yang terakhir bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu yang kelapan adalah integriti. Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. 9
  • 10. Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan. Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima. Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut semua agama. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan. Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi. Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat yang diberi. 2. HUBUNGAN DAN CABARAN ETNIK 2.1 Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomi Salah satu cabaran hubungan etnik dalam aspek ekonomi ialah pemisahan fizikal. Pemisahan fizikal ini wujud kesan daripada dasar „pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah British pada masa dahulu. Pemisahan fizikal ini menyebabkan menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza. Hal ini merenggangkan perhubungan perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota setiap etnik. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. 10
  • 11. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masih menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayudan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula bersekolah di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka bersekolah di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Selain itu, kontrak sosial juga juga kerap dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Antara isu yang sering ditimbulkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan sebagainya. Sebarang isu atau kontrak sosial yang dibangkitkan boleh membawa kepada kerenggangan hubungn etnik di Malaysia. Terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang agak mundur. Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan. Manakala orang India pula menguasai sektor ekonomi yang berasaskan ladang. Kesannya, wujud jurang pendapatan yang berbeza antara etnik. Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina pula terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan. Manakala sebahagian besar orang India pula merupakan buruh di estet. Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lagi semangat perkauman. 2.2 Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politik Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. 11
  • 12. Politok perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kearah masyarakat yang bersatu padu. 2.3 Cabaran Nilai Antara Etnik Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Oleh itu, terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam masyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing- masing. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar jika fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat. 2.4 Cabaran Globalisasi Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi membawa masuk pengaruh dari Barat dari segi ideology, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan system politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhar dan pemikiran Barat diterima secara ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu 12
  • 13. oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia. 3. PERANAN KERAJAAN DALAM MENINGKATKAN HUBUNGAN PERPADUAN DAN INTEGRASI KAUM DI MALAYSIA 3.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam mengurus perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menanggani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita pada waktu itu (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,2006). Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara 1990-2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Bermula daripada kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar 13
  • 14. tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenal Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Bagi mengurangkan tindak tanduk politik yang boleh memecahbelahkan rakyat, usaha telah diambil untuk membentuk Barisan Nasional. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuh usaha pembentukan bangsa Malaysia., beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar sosial Negara. Pendirian kerajaan telah menegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020. JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010, telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional iaitu: 14
  • 15. ANTARA USAHA JPNIN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN INTEGRASI NASIONAL: Strategi politik –persefahaman Strategi ekonomi Strategi pendidikan Strategi penggunaan bahasa Kebangsaan Strategi keagamaan Strategi Kebudayaan Strategi Integrasi Wilayah Strategi Keselamatan Strategi Pembangunan Kawasan Strategi Penggunaan Tenaga Manusia Strategi Media Massa Strategi Kesukanan Strategi Pemasyarakatan Perpaduan Strategi program aktiviti Perpaduan Latihan Komunikasi antara budaya Penerbitan bahan bacaan secara meluas 15 Mengenai kaum-kaum di Malaysia.
  • 16. 3.2 Memperkasakan Sekolah Wawasan Sistem pendidikan pebagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu . sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa pelajar memilih aliran mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk perpaduan haruslah dimulakan sejak awal lagi dengan mambabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. . Maka, usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalang mereka. Namun begitu, sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada palbagai kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum. Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah satu aliran, sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik untuk menarik minat orang bukan Melayu. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan diperingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar bukan sahaja perlu dipupuk oleh pihak sekolah tetapi juga institusi pendidikan tinggi. 16
  • 17. 3.3 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan pada tahun 2004 merupakan khusus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. PLKN dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi empat modul iaitu modul fizikal (merangkumi antara lain aktiviti kawad, merempuh halangan, merentas desa dan kembara hutan); modul kenegaraan (pengetahuan tentang pembinaan Negara atau nation-building); Modul Pembinaan Karakter (penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal) dan Modul Khidmat Komuniti (merangkumi antara lain aktiviti gotong- royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar). PLKN tidak bersifat kerahan tenaga atau mengikut trend yang diamalkan oleh negara lain. Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara, PLKN bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda , memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai- nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan, dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan. PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum, terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang dijalankan menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara peserta tidak mengira kaum atau agama. Modul kenegaraan dapat menyemai semangat cinta akan tanah air di samping membolehkan para peserta mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum. Apabila wujudnya rasa cintakan negara dalam diri peserta, perpaduan kaum dan integrasi nasional serta saling kerjasama antara kaum di Malaysia dapat diwujudkan kerana masing-masing mempunyai satu matlamat, iaitu untuk melihat Malaysia sebagai negara yang aman dan harmonis. Hal ini akhirnya dapat melahirkan remaja yang sanggup berkorban demi perpaduan bangsa. 17
  • 18. 3.4 Rukun Tetangga Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga 1975). Pada peringkat awal, Rukun Tetanggga membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing. Dengan tumpuan diberi kepada tugas rondaan yang diwajibkan kepada masyarakat setempat yang berumur antara 18 hingga 55 tahun. Mulai 1 Januari 1983 kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan pada konsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Visi Rukun Tetangga ialah membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam konteks pencapaian Wawasan 2020. Manakala misinya ialah memupuk kesefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta beridentiti sendiri dan motonya pula ialah Bersatu Terus Maju. Objektif Rukun Tetangga, iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.Bagi memastikan matlamat Rukun Tetangga tercapai, beberapa aktiviti dilakukan oleh komuniti Rukun Tetangga yang boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk aktiviti seperti: 18
  • 19. 19
  • 20. Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluas lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan. Sehingga Mei 2006 sebanyak 3228 kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan di seluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006, Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan pada peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional). 4. CADANGAN BAHARU KEARAH MENCAPAI PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA BERDASARKAN SITUASI NEGARA HARI INI. 1. Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil. 2. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik. 3. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik 4. Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur- unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain. 20
  • 21. 5. Mengadakan perjumpaan antara kaum dalam beberapa aktiviti-aktiviti yang dianjurkan samada peringkat kampong, daerah atau kebangsaan , demi mengeratkan hubungan etnik. 6. Adanya badan induk sebagai faktor pemangkin kepada semua program hunbungan etnik dan integrasi , misalnya peranan Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Nasional. RUMUSAN / PENUTUP Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep „1 Malaysia‟ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana- mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina 21
  • 22. negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini. 22
  • 24. 24