[Document title]
1
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKASURAT
1 Pengenalan - Tamadun Islam 2-3
2 Aspek Ketuhanan dan Kepercayaan Berupaya
Membangunkan Tamadun Manusia yang Unggul
3-5
3 Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dalam Membentuk
Masyarakat yang Berbudi Pekerti dan Saling Menghormati
5-6
4 Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan
Kepercayaan dalam Kehidupan Manusia
7
5 Memupuk Kesedaran Kepercyaan kepada Tuhan dalam
Kalangan Masyarakat Malaysia
8-9
6 Kesimpulan 9-10
7 Rujukan 10
[Document title]
2
1.0 PENGENALAN – TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam telah memberi banyak impak kepada perabadan dunia terutamanya
kepada pembentukan negara Malaysia. Negara Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan
Brunei dahulnya merupakan gugusan Kepulauan Melayu atau dikenali sebagai Nusantara
Melayu atau alam Melayu. Islam dibawa oleh orang Arab ke Tanah Melayu pada abad ke-7
Masihi. Tambahan pula, pada awal abad ke-8 Masihi, Monggol telah dikuasai oleh pusat
kerajaan Islam. Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Nusantara. Setelah
itu, pengajaran dan pengaruh Islam telah berkembang secara menyeluruh ke Asia Tenggara.
Menurut Coedes (1968), kepercayaan unsur ajaran Hinduisme, anismisme, Buddhisme dan
lain-lain telah berubah corak dan mengubah cara kehidupan masyarakat kepada ajaran
berpaksikan monoteisme iaitu dengan menyembah Tuhan yang Esa. Kedatangan Islam ke alam
Melayu telah diterima dengan baik oleh masyarakat kerana masih mengikuti corak ketaatan
kepada sultan dan pembesar istana. Kepercayaan ini mengubah corak pemikiran, akidah dan
akhlak masyarakat Melayu secara holistik.
Terdapat kesinambungan daripada kerajaan awal Melayu ke kerajaan Islam Melayu
Melaka hingga ke kerajaan Persekutuan Malaysia yang sedia ada. Sistem penyusunan kerajaan
Persekutuan Malaysia ialah hasil daripada kerajaan Melayu Islam yang telah diubahsuai oleh
penjajah Inggeris, satu perkembangan yang mengambil masa lebih 500 tahun. Menurut Buerah
Tunggak & Hussin Salamon (2011), masyarakat Melayu masih berpegang teguh dengan
identiti dan entiti kemelayuan. Secara kebetulan pula, nilai murni orang Melayu selari dengan
nilai Islam.
Ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh ataupun holistik dan sempurna. Islam meliputi
seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah teras undang-undang. Teras ini mewujudkan
sistem perundangan yang jelas dan teratur serta sistem nilai melalui etika moral yang
berwibawa. Sistem ini dikuatkuasakan untuk menjamin kemakmuran dari semua perlakuan dan
tindak-tanduk masyarakat Melayu dan segala aktiviti. Kedatangan ini juga memberikan impak
kepada sistem organisasi sosial dan institusi sosial yang lebih kukuh dan sistematik dalam
bidang pentadbiran, ekonomi, politik, pendidikan dan agama.
Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja
membantuk manusia untuk mengenal Tuhan tetapi juga kesejahteraan hidup. Di Malaysia,
agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan
kelompok etnik disamaan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang
[Document title]
3
Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta
masyarakat orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman abah dan sarawak sebagai
penganut animisme. Menurut Shamsul Amri (2012), golongan individu yang bertukar agama
dianggap telah keluar daripada kelompok etnik.
1.1 ASPEK KETUHANAN DAN KEPERCAYAAN BERUPAYA
MEMBANGUNKAN TAMADUN MANUSIA YANG UNGGUL
Rukun Negara adalah salah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip
kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek
keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Pada 13 Mei 1969, Rukun Negara
digubal disebabkan berlakunya peristiwa pertumpahan darah. Rusuhan kaum yang berlaku
telah menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. Ideologi ini digubal semasa negara
sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas
penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara (MPN). Kata sepakat untuk mencipta satu
ideologi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN iaitu pada 27 Januari 1970.
Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat
dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Ini digambarkan dengan jelas melalui lima prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada
Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan
Kesusilaan. Akan tetapi perbincangan ini akan hanya memfokus kepada “Kepercayaan kepada
Tuhan.”
Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang serta bangsa dan negara. Bangsa dan negara ini telah
diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah
akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Kaum-
kaum di Malaysia menganut pelbagai agama seperti Islam, Buddhisme, Taoisme,
Konfucianisme, Hinduisme, Kristian dan sebagainya. Pegangan agama juga dapat
membimbing tindakan seseorang untuk berbuat baik dan menghindari perbuatan jahat serta
mengenali pahala dan dosa. Prinsip ini mengingatkan rakyat Malaysia khususnya yang
beragama Islam agar lebih bertanggungjawab kerana kepercayaan kepada Tuhan lazimnya
dikaitkan kepada adanya alam akhirat atau Hari Pembalasan.
[Document title]
4
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram di mana-mana bahagian dalam Persekutuan seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan di bawah perkara. Fenomena ini membolehkan setiap individu berpegang
kepada kepercayaan yang diyakininya dan patuh kepada ajaran tersebut. Tindakan membeza-
bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Walaupun apa agama yang dianuti, percaya akan kewujudan Tuhan merupakan rukun sebagai
anak Malaysia.
Rukun Negara telah menyedarkan kita akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada
Tuhan dalam kehidupan manusia. Keperibadian diri seseorang, sesuatu bangsa serta negara
boleh diruntuhkan jika agama diketepikan. Masyarakat juga perlu menyedari betapa
pentingnya pegangan yang teguh terhadap ajaran agama masing-masing. Kerana pentingnya
sebuah agama, prinsip inilah telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara seperti
menurut Ayu Nor Azilah (2013)
Kebanyakan pengkaji sejarah agama berpendapat bahawa agama ialah keperluan asas
setiap manusia. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia.
Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak dilahirkan lagi. Bukti
penemuan arkeologi menunjukkan kehidupan manusia terawal sudah dipengaruhi oleh agama.
Agama merupakan jawapan kepada persoalan kehidupan yang sukar dijawab. Persoalan
mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak dapat
dijangkau oleh akal fikiran yang kesemuanya boleh dijawab oleh agama. Tegasnya, agama
akan memberi jawapan kepada pertanyaan yang sukar dijawab oleh akal. Akhirnya, agama
diminati kerana agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan.
Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna adalah bermulanya dari
pendidikan awal yang diterima sejak dari kecil. Untuk melahirkan rakyat yang rela berbakti
serta berkorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi,
bekerjasama dan hormat menghormati adalah menjadi matlamat penting bagi pembangunan
sesebuah negara. Sikap ini membantu kearah pembentukan satu bangsa yang maju dan
makmur. Dengan kata lain, pendidikan yang disampaikan hendaklah mampu membina serta
menghidupkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya.
Usaha-usaha kearah membentuk penerapan kepercayaan dan keyakinan kepada tuhan amat
penting untuk melahirkan insan yang mempunyai keyakinan diri bahawa manusia dan alam
[Document title]
5
tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada penciptanya. Sikap keyakinan kepada Tuhan akan
menjadikan jiwa manusia sebagai hamba yang taat serta patuh perintah. Keyakinan ini akan
menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan
manusia digalakkan untuk mengkaji fenomena alam. Ini menjadikan insan itu lebih berfikiran
terbuka dan dapat menghargai semua perbezaan sebagai asas membangunkan idea-idea dan
fikiran. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab dalam mentadbir dan
memakmurkan alam ini dengan baik
1.2 PRINSIP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT YANG BERBUDI PEKERTI DAN SALING MENGHORMATI
Di Malaysia, terdapat pelbagai agama dan kaum yang berbeza kepercayaan.
Kepercayaan ini dapat membezakan tahap pemikiran sekelompok masyarakat sehingga dapat
mengubah cara hidup dan budaya masing-masing. Masyarakat yang saling hormat-
menghormati saling meyumbang kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan sentiasa
aman sejahtera. Menurut Francis Harden Hollis (2012) mengatakan bahawa setiap anggota
masyarakat perlulah memastikan keamanan yang dikecapi sekarang berkekalan di Malaysia.
Menurutnya juga, rakyat negeri Sabah amat bertuah kerana hidup dalam satu masyarakat
majmuk yang terdiri daripada penganut Kristian, Islam, Buddha dan sebagainya dan saling
menghormati antara satu sama lain.
Penggubalan Rukuan Negara mempunyai objektif tersendiri. Antaranya ialah
Khususnya bagi orang Islam diwajibkan menghormati penganut agama lain seperti
dalam Firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat ke-108:
“Dan janganlah kamucaci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana merekakelak
akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami
memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbutatan mereka, kemudian
kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa
yang mereka telah lakukan,”
Amat jelas Islam menolak prinsip tidak toleransi dalam kehidupan masyarakat yang harmoni.
Allah SWT telah mencipta umat manusia yang datang dari pelbagai kaum, budaya, ras, agama
serta etnik. Allah SWT juga mengajar bahawa konsep toleransi adalah penting bagi tujuan
[Document title]
6
mewujudkan keharmonian dalam kalangan umat manusia. Ayat berkenaan menjelaskan
bahawa umat Islam perlulah menghormati masyarakat yang bukan Islam.
Prinsip kebebasan beragama juga diraikan dan diperuntukkan tempat yang wajar dalam
Islam. Penganut pelbagai agama bebas mengamalkan agama pegangan masing-masing dengan
aman tanpa merasa takut dan terancam. Berasaskan prinsip ini, rumah-rumah ibadat dibenarkan
untuk didirikan. Islam menganggap semua agama berhak untuk diamalkan oleh penganut
agama masing-masing. Ciri-ciri yang ada dalam Islam sangat berguna untuk menjaga kebajian
manusia sejagat. Namun, untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan, Islam
menganjurkan supaya dibuat dengan niat yang jujur atas dasar tanggungjawab secara langsung
pada Allah. Untuk itu, setiap perbuatan yang dilakukan akan dinilai dari segi kejujuran niat.
Kejujuran dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab sama ada terhadap individu atau
masyarakat mampu memberi impak dalam kehidupan manusia.
Penghormatan terhadap suku kaum dan agama yang lain bukan sahaja dituntut di dalam
Islam, malahan juga oleh agama lain. Perbuatan baik dan mengekalkan perpaduan merupakan
pegangan utama dalam setiap agama. Dalam memelihara keharmonian negara, masyarakat
Islam dan bukan Islam mempunyai peranan yang sama penting. Kegagalan masyarakat dalam
mewujudkan keharmonian menyebbakan konflik dan akhirnya membawa kepada krisis
kemanusiaan.
Perbezaan agama bukanlah penghalang terjalinnya kedamaian dan keharmonian di
antara sesama manusia. Meskipun pergaulan dengan orang yang berbeza iktikad kepercayaan,
namun kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Setiap agama di Malaysia sentiasa
mempraktikkan sikap toleransi dalam menyikapi perbezaan sesama manusia. Oleh itu, setiap
rakyat Malaysia perlulah memahami dan sensitif dengan isu-isu yang berkaitan dengan
kepercayaan dan budaya masyarakat yang lain. Setiap agama mengajar umatnya supaya
percaya dan yakin terhadap Tuhannya. Dengan keyakinan inilah maka wujud manusia yang
mempunyai keteguhan pendirian yang jati. Pelajar-pelajar zaman sekarang perlu diterapkan
semangat spiritual di sekolah lagi supaya mereka boleh mengenal diri sendiri sebelum mereka
menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Semangat ini mampu membangunkan potensi
individu yang selama ini terpendam untuk membentuk akidah yang mulia.
[Document title]
7
1.3 KEBURUKAN MENINGGALKAN KONSEP KETUHANAN DAN
KEPERCAYAAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Dalam kehidupan seharian, kepercayaan kepada Tuhan perlulah diletakkan di tempat
yang pertama. Terbukti bahawa apabila prinsip Kepercayaan kepada Tuhan di tempat yang
pertama di dalam Rukun Negara, maka rakyat Malaysia telah menerima kesannya. Kesan yang
baik di mana rakyat di negara kita diberkati dengan hidup yang aman dan damai. Jika konsep
Kepercayaan kepada Tuhan diabaikan, maka ia memberikan impak yang negatif kepada setiap
manusia dan penjuru dunia.
Terdapat kesan besar pengabaian beridabat kepada Tuhan. Impak langsung dari
pengabaian ialah tidak berlaku suatu bentuk penghayatan agama yang hakiki dalam sesebuah
masyarakat. Pengabaian ini memberikan kesan kepada kemurkaan Tuhan, kehilangan
keberkatan, timbul huru-hara, terjadi tidak keseimbangan dalam masyarakat dan berlaku
kezaliman secara berleluasa. Tujuan dan amalan menjadi kepada keduniaan dan kebendaan
semata-mata melainkan keikhlasan jika agama diketepikan oleh setiap individu. Dalam agama
Islam, keikhlasan adalah tunjang dan prinsip di dalam ibadat umat Islam. Hal ini boleh dirujuk
kepada Hadith Muslim riwayat Umar ibn al-Khattab bahawa sesungguhnya setiap amal umat
Islam itu dengan niat dan ganjaran akan mengikut apa yang diniatkannya. Golongan orang yang
hanya melakukan tugas atau amanah berdasarkan kebendaan dan duniawi sahaja tidak akan
tenteram. Golongan materialistik tidak akan menerima manfaat sifat-sifat keberkatan,
ketenangan, keuntungan dan kebahagian kerana melebihkan duniawi dan kebendaan semata-
mata. Dari aspek kepimpinan pula, diktator dan pemimpin yang zalim juga akan dilahirkan
kerana mempunyai rasa angkuh dan sombong sehingga tidak tunduk dengan prinsip keadilan
dan panduan dalam kitab al-Quran dan keagamaan Islam. Pemerintah tersebut akan berbuat
zalim dan tidak berperikemanusiaan malah berjauhan dari sifat-sifat keilmuan dan
berketamadunan serta berperikemanusiaan. Jika prinsip keadilan, kebenaran, kemanusiaan dan
keilmuan diketepikan, maka tidak berlaku lagi bentuk ketaatan kepada Allah dan Rasul serta
kemesraan dalam kalangan mukminin di dalam masyarakat Islam mahupun bukan Islam.
[Document title]
8
1.4 MEMUPUK KESEDARAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DALAM
KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
Obligasi untuk memupuk kesedaran kepercayaan kepada tuhan tidak harus dipandang
enteng oleh setiap ibu bapa serta masyarakat dan perlulah dijulang sampai ke langit. Ibu bapa
haruslah mendidik kesedaran ini sejak anak-anak masih kecil lagi, bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain
putih dan ibu bapa mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa haDruslah
menerapkan ajaran agama yang mantap dengan membawa anak-anak mereka untuk mendekati
Tuhan seperti dalam bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu,
ibu bapa perlulah mengajar anak-anak mereka untuk menghormati dan berbudi dengan orang
lain. Ibu bapa perlulah mendidik anak mereka untuk bersikap sopan santun dan mengajar anak
mereka untuk bercakap dengan orang yang lebih tua.
Sementara itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk kesedaran kepercayaan
kepada Tuhan. Nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, rasional, amanah dan kepercayaan
kepada Tuhan perlulah diterapkan dalam subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, serta Pendidikan Agama Islam. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan
minggu Kesenian Islam supaya menghayati keindahan Islam serta meningkatkan kepercayan
dan keyakinan kepada Allah SWT. Selain itu, para pendidik haruslah menerapkan amalan nilai
murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengajar murid untuk sentiasa
bersyukur serta menghormati guru dan rakan yang lain. Tambahan pula, kerajaan juga perlulah
mengorak langkah untuk mengambil inisiatif dan memandang serius masalah yang berkaitan
dengan sahsiah kanak-kanak kini. Pihak kerajaan sepatutnya berkolaborasi dengan pihak media
massa dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Astro dan sebagainya. Program Rancangan
Tanyalah Ustaz yang ditayangkan di TV9 perlulah dikekalkan kerana ia memberikan manfaat
dan menyebarkan dakwah serta pengetahuan tentang ajaran Islam yang sebenar. Program
seperti ini meningkatkan serta memperkuatkan akidah dan iman seseorang. Di samping itu,
peranan media massa, samada media cetak dan media elektronik amat penting dalam usaha
memupuk kesedaran kepercayaan kepada Tuhan. Berdasarkan penyelidikan, teknologi dan
maklumat pada zaman ini mampu mempengaruhi akhlak kanak-kanak. Bagi mengambil
perhatian kanak-kanak, tayangan animasi ataupun kartun yang berasaskan kisah-kisah Nabi
pada zaman dahulu yang berdasarkan al-Quran. Oleh yang demikian, semua pihak sewajarnya
berganding bahu untuk mengorak langkah bagi memupuk kesedaran kepercayaan kepada
Tuhan dalam kalangan masyarakat terutamanya sejak kecil lagi. Masyarakat perlulah sedar
[Document title]
9
bahawa kekurangan kesedaran ini dapat menyumbang kepada pelbagai gejala sosial yang
semakin berlaku dalam masyarakat.
1.5 KESIMPULAN
Dari penulisan ini dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya keagamaan disemai di
dalam diri setiap individu terutamanya rakyat Malaysia. Sememangnya negara kita terkenal
dengan masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang agama. Selain itu negara kita terkenal
dengan keharmonian, keselesaan, toleransi dan kedamaian. Pegangan hidup ini amatlah
diperlukan untuk meneruskan hidup yang penuh dengan pancaroba dan cabaran. Kita tidak
mahu hidup tanpa arah tujuan dan terumbang-ambing di dalam pencarian kebenaran. Hidup
beragama adalah sebuah kehidupan yang harmoni, tenang dan damai. Ia juga mengajar manusia
supaya menjalankan kehidupan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsiah. Setiap agama mengajar umatnya supaya percaya dan yakin terhadap Tuhannya.
Dengan keyakinan inilah maka wujud manusia yang mempunyai keteguhan pendirian yang
jati. Pelajar-pelajar zaman sekarang perlu diterapkan semangat spiritual di sekolah lagi supaya
mereka boleh mengenal diri sendiri sebelum mereka menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
Semangat ini mampu membangunkan potensi individu yang selama ini terpendam untuk
membentuk akidah yang mulia. Sehubungan dengan itu ummah yang berakidah tidak akan
sanggup melakukan sebarang kemungkaran samada secara terangan atau secara tersembunyi
kerana sangat meyakini bahawa Allah SWT. Natijahnya, kesejahteraan dan keamanan dalam
sesebuah negara akan terjamin dengan sebaik mungkin seterusnya rakyat akan hidup dengan
aman dan makmur.
Dalam kepelbagaian etnik, agama dan budaya di Malaysia, masyarakatnya mampu
hidup dengan harmoni. Pemahaman tentang institusi agama, pusat ibadat, perayaan, ritual dan
simbol suci bagi agama yang dianuti oleh keseluruhan masyarakat Malaysia berupaya
memperkukuh hubungan antara penganut agama yang pelbagai. Perselisihan dan salah faham
antara agama yang berbeza dapat dibendung daripada terus merebak. Prasyarat kepada
pengukuhan hubungan antara agama yang lebih bermakna ialah setiap penganut agama yang
berbeza mestilah mempunyai sikap toleransi yang tinggi terhadap agama lain dan pendekatan
harus dipupuk ke arah yang lebih positif. Peningkatan tahap toleransi antara agama dan etnik
mampu ditingkatkan dengan kesediaan semua kelompok agama memahami dan menerima
perbezaan serta meraikan kepelbagaian. Dengan pengukuhan hubungan antara penganut agama
[Document title]
10
yang berbeza pasti dapat menyumbang ke arah keharmonian hubungan antara etnik serta
kesejahteraan pembangunan negara bangsa.
RUJUKAN
Ayu Nor Azilah Mohamad, Rohaini Amin, Nor Azlina Endut. (2013). “Rukun Negara:
Peranan, Penghayatan dan Cabaran dalam Perpaduan di Malaysia” dalam Mohd
Azani Jabar. (2013). Membina Bangsa Malaysia. Jabatan Perdana Menteri: Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Coedes, G. (1968). The Indianized States of Southeast Asia. Canbera, Australia: ANU Press.
Francis Harden Hollis. (2012). Dalam artikel Borneo Post: Masyarakat pelbagai kaum, agama
diseru saling hormat-menghormati. Diakses pada 14 Mac 2017 dalam laman web
http://www.borneopost.com/2012/08/27/masyarakat-pelbagai-kaum-agama-diseru-
saling-hormat-menghormati/
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

  • 1.
    [Document title] 1 ISI KANDUNGAN BILKANDUNGAN MUKASURAT 1 Pengenalan - Tamadun Islam 2-3 2 Aspek Ketuhanan dan Kepercayaan Berupaya Membangunkan Tamadun Manusia yang Unggul 3-5 3 Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dalam Membentuk Masyarakat yang Berbudi Pekerti dan Saling Menghormati 5-6 4 Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan dalam Kehidupan Manusia 7 5 Memupuk Kesedaran Kepercyaan kepada Tuhan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia 8-9 6 Kesimpulan 9-10 7 Rujukan 10
  • 2.
    [Document title] 2 1.0 PENGENALAN– TAMADUN ISLAM Tamadun Islam telah memberi banyak impak kepada perabadan dunia terutamanya kepada pembentukan negara Malaysia. Negara Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei dahulnya merupakan gugusan Kepulauan Melayu atau dikenali sebagai Nusantara Melayu atau alam Melayu. Islam dibawa oleh orang Arab ke Tanah Melayu pada abad ke-7 Masihi. Tambahan pula, pada awal abad ke-8 Masihi, Monggol telah dikuasai oleh pusat kerajaan Islam. Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Nusantara. Setelah itu, pengajaran dan pengaruh Islam telah berkembang secara menyeluruh ke Asia Tenggara. Menurut Coedes (1968), kepercayaan unsur ajaran Hinduisme, anismisme, Buddhisme dan lain-lain telah berubah corak dan mengubah cara kehidupan masyarakat kepada ajaran berpaksikan monoteisme iaitu dengan menyembah Tuhan yang Esa. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah diterima dengan baik oleh masyarakat kerana masih mengikuti corak ketaatan kepada sultan dan pembesar istana. Kepercayaan ini mengubah corak pemikiran, akidah dan akhlak masyarakat Melayu secara holistik. Terdapat kesinambungan daripada kerajaan awal Melayu ke kerajaan Islam Melayu Melaka hingga ke kerajaan Persekutuan Malaysia yang sedia ada. Sistem penyusunan kerajaan Persekutuan Malaysia ialah hasil daripada kerajaan Melayu Islam yang telah diubahsuai oleh penjajah Inggeris, satu perkembangan yang mengambil masa lebih 500 tahun. Menurut Buerah Tunggak & Hussin Salamon (2011), masyarakat Melayu masih berpegang teguh dengan identiti dan entiti kemelayuan. Secara kebetulan pula, nilai murni orang Melayu selari dengan nilai Islam. Ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh ataupun holistik dan sempurna. Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah teras undang-undang. Teras ini mewujudkan sistem perundangan yang jelas dan teratur serta sistem nilai melalui etika moral yang berwibawa. Sistem ini dikuatkuasakan untuk menjamin kemakmuran dari semua perlakuan dan tindak-tanduk masyarakat Melayu dan segala aktiviti. Kedatangan ini juga memberikan impak kepada sistem organisasi sosial dan institusi sosial yang lebih kukuh dan sistematik dalam bidang pentadbiran, ekonomi, politik, pendidikan dan agama. Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja membantuk manusia untuk mengenal Tuhan tetapi juga kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamaan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang
  • 3.
    [Document title] 3 Islam, orangIndia sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman abah dan sarawak sebagai penganut animisme. Menurut Shamsul Amri (2012), golongan individu yang bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik. 1.1 ASPEK KETUHANAN DAN KEPERCAYAAN BERUPAYA MEMBANGUNKAN TAMADUN MANUSIA YANG UNGGUL Rukun Negara adalah salah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Pada 13 Mei 1969, Rukun Negara digubal disebabkan berlakunya peristiwa pertumpahan darah. Rusuhan kaum yang berlaku telah menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara (MPN). Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN iaitu pada 27 Januari 1970. Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Ini digambarkan dengan jelas melalui lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Akan tetapi perbincangan ini akan hanya memfokus kepada “Kepercayaan kepada Tuhan.” Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang serta bangsa dan negara. Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Kaum- kaum di Malaysia menganut pelbagai agama seperti Islam, Buddhisme, Taoisme, Konfucianisme, Hinduisme, Kristian dan sebagainya. Pegangan agama juga dapat membimbing tindakan seseorang untuk berbuat baik dan menghindari perbuatan jahat serta mengenali pahala dan dosa. Prinsip ini mengingatkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam agar lebih bertanggungjawab kerana kepercayaan kepada Tuhan lazimnya dikaitkan kepada adanya alam akhirat atau Hari Pembalasan.
  • 4.
    [Document title] 4 Perlembagaan Persekutuanmemperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian dalam Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di bawah perkara. Fenomena ini membolehkan setiap individu berpegang kepada kepercayaan yang diyakininya dan patuh kepada ajaran tersebut. Tindakan membeza- bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Walaupun apa agama yang dianuti, percaya akan kewujudan Tuhan merupakan rukun sebagai anak Malaysia. Rukun Negara telah menyedarkan kita akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Keperibadian diri seseorang, sesuatu bangsa serta negara boleh diruntuhkan jika agama diketepikan. Masyarakat juga perlu menyedari betapa pentingnya pegangan yang teguh terhadap ajaran agama masing-masing. Kerana pentingnya sebuah agama, prinsip inilah telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara seperti menurut Ayu Nor Azilah (2013) Kebanyakan pengkaji sejarah agama berpendapat bahawa agama ialah keperluan asas setiap manusia. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia. Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak dilahirkan lagi. Bukti penemuan arkeologi menunjukkan kehidupan manusia terawal sudah dipengaruhi oleh agama. Agama merupakan jawapan kepada persoalan kehidupan yang sukar dijawab. Persoalan mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran yang kesemuanya boleh dijawab oleh agama. Tegasnya, agama akan memberi jawapan kepada pertanyaan yang sukar dijawab oleh akal. Akhirnya, agama diminati kerana agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan. Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna adalah bermulanya dari pendidikan awal yang diterima sejak dari kecil. Untuk melahirkan rakyat yang rela berbakti serta berkorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat menghormati adalah menjadi matlamat penting bagi pembangunan sesebuah negara. Sikap ini membantu kearah pembentukan satu bangsa yang maju dan makmur. Dengan kata lain, pendidikan yang disampaikan hendaklah mampu membina serta menghidupkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya. Usaha-usaha kearah membentuk penerapan kepercayaan dan keyakinan kepada tuhan amat penting untuk melahirkan insan yang mempunyai keyakinan diri bahawa manusia dan alam
  • 5.
    [Document title] 5 tidak terjadidengan sendiri tetapi ada penciptanya. Sikap keyakinan kepada Tuhan akan menjadikan jiwa manusia sebagai hamba yang taat serta patuh perintah. Keyakinan ini akan menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia digalakkan untuk mengkaji fenomena alam. Ini menjadikan insan itu lebih berfikiran terbuka dan dapat menghargai semua perbezaan sebagai asas membangunkan idea-idea dan fikiran. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab dalam mentadbir dan memakmurkan alam ini dengan baik 1.2 PRINSIP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT YANG BERBUDI PEKERTI DAN SALING MENGHORMATI Di Malaysia, terdapat pelbagai agama dan kaum yang berbeza kepercayaan. Kepercayaan ini dapat membezakan tahap pemikiran sekelompok masyarakat sehingga dapat mengubah cara hidup dan budaya masing-masing. Masyarakat yang saling hormat- menghormati saling meyumbang kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan sentiasa aman sejahtera. Menurut Francis Harden Hollis (2012) mengatakan bahawa setiap anggota masyarakat perlulah memastikan keamanan yang dikecapi sekarang berkekalan di Malaysia. Menurutnya juga, rakyat negeri Sabah amat bertuah kerana hidup dalam satu masyarakat majmuk yang terdiri daripada penganut Kristian, Islam, Buddha dan sebagainya dan saling menghormati antara satu sama lain. Penggubalan Rukuan Negara mempunyai objektif tersendiri. Antaranya ialah Khususnya bagi orang Islam diwajibkan menghormati penganut agama lain seperti dalam Firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat ke-108: “Dan janganlah kamucaci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana merekakelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbutatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan,” Amat jelas Islam menolak prinsip tidak toleransi dalam kehidupan masyarakat yang harmoni. Allah SWT telah mencipta umat manusia yang datang dari pelbagai kaum, budaya, ras, agama serta etnik. Allah SWT juga mengajar bahawa konsep toleransi adalah penting bagi tujuan
  • 6.
    [Document title] 6 mewujudkan keharmoniandalam kalangan umat manusia. Ayat berkenaan menjelaskan bahawa umat Islam perlulah menghormati masyarakat yang bukan Islam. Prinsip kebebasan beragama juga diraikan dan diperuntukkan tempat yang wajar dalam Islam. Penganut pelbagai agama bebas mengamalkan agama pegangan masing-masing dengan aman tanpa merasa takut dan terancam. Berasaskan prinsip ini, rumah-rumah ibadat dibenarkan untuk didirikan. Islam menganggap semua agama berhak untuk diamalkan oleh penganut agama masing-masing. Ciri-ciri yang ada dalam Islam sangat berguna untuk menjaga kebajian manusia sejagat. Namun, untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan, Islam menganjurkan supaya dibuat dengan niat yang jujur atas dasar tanggungjawab secara langsung pada Allah. Untuk itu, setiap perbuatan yang dilakukan akan dinilai dari segi kejujuran niat. Kejujuran dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab sama ada terhadap individu atau masyarakat mampu memberi impak dalam kehidupan manusia. Penghormatan terhadap suku kaum dan agama yang lain bukan sahaja dituntut di dalam Islam, malahan juga oleh agama lain. Perbuatan baik dan mengekalkan perpaduan merupakan pegangan utama dalam setiap agama. Dalam memelihara keharmonian negara, masyarakat Islam dan bukan Islam mempunyai peranan yang sama penting. Kegagalan masyarakat dalam mewujudkan keharmonian menyebbakan konflik dan akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan. Perbezaan agama bukanlah penghalang terjalinnya kedamaian dan keharmonian di antara sesama manusia. Meskipun pergaulan dengan orang yang berbeza iktikad kepercayaan, namun kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Setiap agama di Malaysia sentiasa mempraktikkan sikap toleransi dalam menyikapi perbezaan sesama manusia. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlulah memahami dan sensitif dengan isu-isu yang berkaitan dengan kepercayaan dan budaya masyarakat yang lain. Setiap agama mengajar umatnya supaya percaya dan yakin terhadap Tuhannya. Dengan keyakinan inilah maka wujud manusia yang mempunyai keteguhan pendirian yang jati. Pelajar-pelajar zaman sekarang perlu diterapkan semangat spiritual di sekolah lagi supaya mereka boleh mengenal diri sendiri sebelum mereka menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Semangat ini mampu membangunkan potensi individu yang selama ini terpendam untuk membentuk akidah yang mulia.
  • 7.
    [Document title] 7 1.3 KEBURUKANMENINGGALKAN KONSEP KETUHANAN DAN KEPERCAYAAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA Dalam kehidupan seharian, kepercayaan kepada Tuhan perlulah diletakkan di tempat yang pertama. Terbukti bahawa apabila prinsip Kepercayaan kepada Tuhan di tempat yang pertama di dalam Rukun Negara, maka rakyat Malaysia telah menerima kesannya. Kesan yang baik di mana rakyat di negara kita diberkati dengan hidup yang aman dan damai. Jika konsep Kepercayaan kepada Tuhan diabaikan, maka ia memberikan impak yang negatif kepada setiap manusia dan penjuru dunia. Terdapat kesan besar pengabaian beridabat kepada Tuhan. Impak langsung dari pengabaian ialah tidak berlaku suatu bentuk penghayatan agama yang hakiki dalam sesebuah masyarakat. Pengabaian ini memberikan kesan kepada kemurkaan Tuhan, kehilangan keberkatan, timbul huru-hara, terjadi tidak keseimbangan dalam masyarakat dan berlaku kezaliman secara berleluasa. Tujuan dan amalan menjadi kepada keduniaan dan kebendaan semata-mata melainkan keikhlasan jika agama diketepikan oleh setiap individu. Dalam agama Islam, keikhlasan adalah tunjang dan prinsip di dalam ibadat umat Islam. Hal ini boleh dirujuk kepada Hadith Muslim riwayat Umar ibn al-Khattab bahawa sesungguhnya setiap amal umat Islam itu dengan niat dan ganjaran akan mengikut apa yang diniatkannya. Golongan orang yang hanya melakukan tugas atau amanah berdasarkan kebendaan dan duniawi sahaja tidak akan tenteram. Golongan materialistik tidak akan menerima manfaat sifat-sifat keberkatan, ketenangan, keuntungan dan kebahagian kerana melebihkan duniawi dan kebendaan semata- mata. Dari aspek kepimpinan pula, diktator dan pemimpin yang zalim juga akan dilahirkan kerana mempunyai rasa angkuh dan sombong sehingga tidak tunduk dengan prinsip keadilan dan panduan dalam kitab al-Quran dan keagamaan Islam. Pemerintah tersebut akan berbuat zalim dan tidak berperikemanusiaan malah berjauhan dari sifat-sifat keilmuan dan berketamadunan serta berperikemanusiaan. Jika prinsip keadilan, kebenaran, kemanusiaan dan keilmuan diketepikan, maka tidak berlaku lagi bentuk ketaatan kepada Allah dan Rasul serta kemesraan dalam kalangan mukminin di dalam masyarakat Islam mahupun bukan Islam.
  • 8.
    [Document title] 8 1.4 MEMUPUKKESEDARAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA Obligasi untuk memupuk kesedaran kepercayaan kepada tuhan tidak harus dipandang enteng oleh setiap ibu bapa serta masyarakat dan perlulah dijulang sampai ke langit. Ibu bapa haruslah mendidik kesedaran ini sejak anak-anak masih kecil lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain putih dan ibu bapa mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa haDruslah menerapkan ajaran agama yang mantap dengan membawa anak-anak mereka untuk mendekati Tuhan seperti dalam bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu, ibu bapa perlulah mengajar anak-anak mereka untuk menghormati dan berbudi dengan orang lain. Ibu bapa perlulah mendidik anak mereka untuk bersikap sopan santun dan mengajar anak mereka untuk bercakap dengan orang yang lebih tua. Sementara itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk kesedaran kepercayaan kepada Tuhan. Nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, rasional, amanah dan kepercayaan kepada Tuhan perlulah diterapkan dalam subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, serta Pendidikan Agama Islam. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan minggu Kesenian Islam supaya menghayati keindahan Islam serta meningkatkan kepercayan dan keyakinan kepada Allah SWT. Selain itu, para pendidik haruslah menerapkan amalan nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengajar murid untuk sentiasa bersyukur serta menghormati guru dan rakan yang lain. Tambahan pula, kerajaan juga perlulah mengorak langkah untuk mengambil inisiatif dan memandang serius masalah yang berkaitan dengan sahsiah kanak-kanak kini. Pihak kerajaan sepatutnya berkolaborasi dengan pihak media massa dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Astro dan sebagainya. Program Rancangan Tanyalah Ustaz yang ditayangkan di TV9 perlulah dikekalkan kerana ia memberikan manfaat dan menyebarkan dakwah serta pengetahuan tentang ajaran Islam yang sebenar. Program seperti ini meningkatkan serta memperkuatkan akidah dan iman seseorang. Di samping itu, peranan media massa, samada media cetak dan media elektronik amat penting dalam usaha memupuk kesedaran kepercayaan kepada Tuhan. Berdasarkan penyelidikan, teknologi dan maklumat pada zaman ini mampu mempengaruhi akhlak kanak-kanak. Bagi mengambil perhatian kanak-kanak, tayangan animasi ataupun kartun yang berasaskan kisah-kisah Nabi pada zaman dahulu yang berdasarkan al-Quran. Oleh yang demikian, semua pihak sewajarnya berganding bahu untuk mengorak langkah bagi memupuk kesedaran kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan masyarakat terutamanya sejak kecil lagi. Masyarakat perlulah sedar
  • 9.
    [Document title] 9 bahawa kekurangankesedaran ini dapat menyumbang kepada pelbagai gejala sosial yang semakin berlaku dalam masyarakat. 1.5 KESIMPULAN Dari penulisan ini dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya keagamaan disemai di dalam diri setiap individu terutamanya rakyat Malaysia. Sememangnya negara kita terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang agama. Selain itu negara kita terkenal dengan keharmonian, keselesaan, toleransi dan kedamaian. Pegangan hidup ini amatlah diperlukan untuk meneruskan hidup yang penuh dengan pancaroba dan cabaran. Kita tidak mahu hidup tanpa arah tujuan dan terumbang-ambing di dalam pencarian kebenaran. Hidup beragama adalah sebuah kehidupan yang harmoni, tenang dan damai. Ia juga mengajar manusia supaya menjalankan kehidupan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Setiap agama mengajar umatnya supaya percaya dan yakin terhadap Tuhannya. Dengan keyakinan inilah maka wujud manusia yang mempunyai keteguhan pendirian yang jati. Pelajar-pelajar zaman sekarang perlu diterapkan semangat spiritual di sekolah lagi supaya mereka boleh mengenal diri sendiri sebelum mereka menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Semangat ini mampu membangunkan potensi individu yang selama ini terpendam untuk membentuk akidah yang mulia. Sehubungan dengan itu ummah yang berakidah tidak akan sanggup melakukan sebarang kemungkaran samada secara terangan atau secara tersembunyi kerana sangat meyakini bahawa Allah SWT. Natijahnya, kesejahteraan dan keamanan dalam sesebuah negara akan terjamin dengan sebaik mungkin seterusnya rakyat akan hidup dengan aman dan makmur. Dalam kepelbagaian etnik, agama dan budaya di Malaysia, masyarakatnya mampu hidup dengan harmoni. Pemahaman tentang institusi agama, pusat ibadat, perayaan, ritual dan simbol suci bagi agama yang dianuti oleh keseluruhan masyarakat Malaysia berupaya memperkukuh hubungan antara penganut agama yang pelbagai. Perselisihan dan salah faham antara agama yang berbeza dapat dibendung daripada terus merebak. Prasyarat kepada pengukuhan hubungan antara agama yang lebih bermakna ialah setiap penganut agama yang berbeza mestilah mempunyai sikap toleransi yang tinggi terhadap agama lain dan pendekatan harus dipupuk ke arah yang lebih positif. Peningkatan tahap toleransi antara agama dan etnik mampu ditingkatkan dengan kesediaan semua kelompok agama memahami dan menerima perbezaan serta meraikan kepelbagaian. Dengan pengukuhan hubungan antara penganut agama
  • 10.
    [Document title] 10 yang berbezapasti dapat menyumbang ke arah keharmonian hubungan antara etnik serta kesejahteraan pembangunan negara bangsa. RUJUKAN Ayu Nor Azilah Mohamad, Rohaini Amin, Nor Azlina Endut. (2013). “Rukun Negara: Peranan, Penghayatan dan Cabaran dalam Perpaduan di Malaysia” dalam Mohd Azani Jabar. (2013). Membina Bangsa Malaysia. Jabatan Perdana Menteri: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Coedes, G. (1968). The Indianized States of Southeast Asia. Canbera, Australia: ANU Press. Francis Harden Hollis. (2012). Dalam artikel Borneo Post: Masyarakat pelbagai kaum, agama diseru saling hormat-menghormati. Diakses pada 14 Mac 2017 dalam laman web http://www.borneopost.com/2012/08/27/masyarakat-pelbagai-kaum-agama-diseru- saling-hormat-menghormati/ Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.