SlideShare a Scribd company logo
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
1
Bahagian C: Penulisan Esei (Muzik Tradisional Malaysia)
(Wayang Kulit Kelantan & Mak Yong)
1.0 Wayang Kulit Kelantan
Terdapat pelbagai jenis persembahan wayang kulit yang dikenali, antaranya ialah Wayang Kulit
Kelantan. Wayang Kulit Kelantan ialah sejenis kesenian wayang kulit yang berasal dari negeri
Kelantan Darul Naim, Malaysia. Wayang Kulit Kelantan merupakan persembahan wayang kulit
yang tertua di Malaysia. Wayang Kulit adalah satu bentuk tradisional yang menggunakan prinsip
cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai
watak methologi dan khayalan direka oleh seorang Tok Dalang. Persembahan wayang kulit ini
selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan seperti
serunai atau alat bertali seperti rebab. Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang
Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan dahulu berasal dari Patani di negeri Siam.
Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan
melalui Patani.
1.0.1 Ciri-ciri Muzik
Terdapat lebih kurang 35 buah lagu dalam persembahan wayang kulit. Lagu-lagu yang khas
seperti sebagai ‘overture’ bagi menentukan mud dan muzik untuk mengiringi gerak-geri patung.
Lagu wayang kulit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis. Pertama, mengikut watak tertentu
seperti lagu Pak Dogol, lagu Seri Rama dan Maharisi. Kedua, lagu memberitahu tentang
perkhabaran (contoh lagu: lagu Berkhabar). Ketiga, lagu yang mainkan menunjukkan kegiatan
seharian seperti berehat dan mandi. Lagu yang dimainkan menunjukkan dan menentukan mud
atau mempunyai tujuan khas.
Melodi dalam lagu wayang kulit dihasilkan oleh serunai atau dinyanyikan oleh Tok Dalang. Pada
umumnya, lagu-lagu wayang kulit berasaskan skel pentatonik, heksatonik dan heptatonik. Hampir
semua lagu mempunyai jeda lebih luas dari jeda semitone.
Semua lagu dalam wayang kulit berasaskan tekstur polifoni. Ianya mengandungi tiga peringkat
bunyi yang penting iaitu:
i) Baris melodi yang dimainkan oleh serunai atau dinyanyikan oleh Tok Dalang.
ii) Rentak yang dimainkan oleh alat-alat drum seperti gendang, gedumbak dan lain-lain.
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
2
iii) Bahagian gongan yang dimainkan oleh alat diperbuat dari gangsa.
Gongan ditakrifkan sebagai bentuk atau struktur setiap lagu dalam wayang kulit. Pada umumnya,
gongan mempunyai jangka masa tertentu yang ditandakan pada hujung pic yang paling rendah
dalam ensembel. Pic paling rendah dihasilkan oleh tetawak ibu yang membunyikan pic pada bit
akhir setiap gongan. Konsep gongan adalah aspek asas bagi mewujudkan form dalam muzik.
Jumlah gongan boleh terdiri daripada 4 bit, 8 bit, 16 bit, 32 bit, 64 bit dan seterusnya. Gongan
juga merupakan sistem pusingan dalam masa dan diulangi sepanjang lagu. Jelas bahawa
tetawak ibu menandakan hujung satupusingan dan menandakan permulaan pusingan yang baru.
1.0.2 Stail Persembahan
Persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerak geri. Lazimnya,
muzik akan berhenti apabila patung-patung mula bercakap. Pada masa patung-patung tersebut
bercakap, hanya sedikit pergerakan boleh dilakukan dan ini dilakukan dengan menggerakkan
sendi tangan patung yang bercakap. Sebaliknya, apabila patung-patung itu digerakkan samada
berjalan atau berperang, iringan muzik segera membantu membina suasana situasi tersebut.
Panggung wayang kulit dibina daripada tiang-tiang kayu dengan dinding serta atap yang dibuat
daripada rumbia atau daun nipah. Panggung ini dibina tiga hingga empat kaki dari tanah dan
merupakan satu pondok yang boleh mengisi dalang, pemuzik dan alat-alatan yang lain. Bahagian
hadapan panggung tersebut dipasang dengan sebidang kain putih yang dipanggil sebagai kelir.
Lampu minyak atau lampu elektrik dipasang di belakang kelir membantu untuk memantulkan
bayang-bayang patung wayang kulit kepada kelir untuk ditonton dari bahagian hadapan
panggung.
Dari konteks isi cerita pula, ia berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama
merupakan himpunan cerita3 yang disadur dari epik Ramayana tradisi India. Watak utama dalam
wayang kulit ini ialah Laksamana dan Seri Rama. Bagi konteks patung-patung pula, ukiran
patung-patung Wayang Kulit Kelantan ini menunjukkan banyak persamaan dengan patung-
patung Patani. Ia diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di atas kenderaan.
Dari segi pergerakan mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil
memegang senjata atau lain-lain. Dari segi bahasa pula, dalang menggunakan dialek Melayu
Kelantan sebagai bahasa pengantar dalam teater tradisional ini.
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
3
Dalam sesebuah persembahan wayang kulit, dalang merupakan peneraju utama sebagai
pencerita yang berada di belakang kelir. Dalang akan memukau perhatian penonton dengan
kelebihannya membuat persembahan dengan gaya dan suara yang tidak pernah putus dengan
pelbagai jenis emosi seperti ketawa, marah, dan sesekali mendayu-dayu seperti seorang wanita.
Dalang juga secaraspontannya akan menyelitkan kisah-kisah lucu yang menarik mengikut rentak
seperti lagu-lagu hindustan, dangdut atau lagu-lagu ciptaan yang bersesuaian dengan tajuk cerita
yang dipersembahkan. Setiap cerita yang disampaikan oleh dalang adalah untuk dihayati oleh
para penonton sebagai renungan dan hiburan pengisi waktu.
1.0.3 Peranan Ensembel
Kepelbagaian alat muzik menyumbangkana keindahan seni muzik tempatan. Penghasilannya
yang diilhamkan dari sumberalam dipraktikkan dalam upacara adat yang penuh dengan simbolik.
Buluh, kayu, daun-daun, kulit binatang, rotan, tembaga dan besi menjadi bahan asas bagi
membentuk alat muzik.
Muzik Wayang kulit dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada sepasang gendang,
sepasang geduk, sepasang tetawak, sepasang serunai, sepasang kesi, sepasang canang dan
sepasang gebumbak. Sewaktu persembahan, ahli muzik akan duduk di atas lantai panggung di
belakang Tok Dalang.
Gendang ibu dan anak pula adalah sepasang gendang berbentuk tong panjang yang diperbuat
daripada kayu dengan dua muka kulit yang ditegangkan dengan kuat. Timbre dan sukukata
nimonik bagi gendang anak ialah ‘cak’ dan ‘ting’ (pukulan pada bahagian tepi), sementara ‘pak’
dan ‘duh’ (pukulan di bahagian tengah) dihasilkan oleh gendang ibu.
Tetawak adalah gong gangsa berpasangan yang berbusut (gong anak dan gong ibu). Ianya
digantung pada rak kayu dan dipukul pada tengah busut dengan kayu berbalut getah atau kain.
Tetawak ibu akan mengeluarkan pic yang rendah manakala tetawak anak mengeluarkan pic yang
rendah.
Canang adalah dua gong kecil yang berbusut yang diletakkan secara mendatar pada rak kayu.
Kedua-kedua gong ini dipukul dengan pemukul kayu yang berbalut kain atau getah. Canang anak
mempunyai pic tinggi dan canang ibu menghasilkan pic rendah.
Kesi merupakan piring kecil yang diperbuat daripada gangsa, berupa seperti simbal dan biasanya
berpasangan (empat simbal kecil). Dua piring kecil ini dipasang dengan tali tebal dan
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
4
pasangannya dipasang pada sekeping papan. Pemainnya akan memegangsepasang piring atau
simbal yang berikat dengan tali dan akan menghentakkanya pada pasangan piring atau simbal
yang dipasang pada papan untuk menghasilkan bunyi berdering (diangkat selepas dihentakkan),
nyaring dan bunyi berderam apabila tidak diangkat. Bunyi berdering dimainkan bersama dengan
pic canang anak dan bunyi berderam dimainkan bersama pic canang ibu.
Gedumbak adalah kategori membranofon yang baluhnya diperbuat dari kayu nangka berbentuk
seperti piala yang berkaki panjang. Belulang kambing yang diregangkan diletakkan pada
bahagian muka. Gedumbak diletakkan secara mendatar di atas riba pemain, muka kulitnya
dipukul dan sebelah tangan lagi akan membuka dan menutup hujung gedumbak ini untuk
mendapatkan timbre atau warna yang dikehendaki. Alat ini menghasilkan empat jenis timbre iaitu
‘dong’, ‘duh’, ‘cak’, dan ‘ting’.
Geduk merupakan dram yang berbaluh yang berbentuk tong pendek. Diperbuat dari kayu
nangka, kedua-dua permukaannya diperbuat dari belulang lembu yang diregangkan. Dua batang
buluh dipasang pada baluh ianya adalah sebagai kaki untuk geduk. Permukaan kulit dipukul
dengan dua batang kayu untuk menghasilkan bunyi.
Serunai adalah sejenis alat erofon, sepasang serunai iaitu serunai ibu dan serunai anak
digunakan dalam persembahan wayang kulit. Ianya merupakan alat muzik melodi utama wayang
kulit. Alat ini menggunakan ‘rid’ iaitu empat lapisan daun lontar. Diperbuat daripada kayu,
mempunyai enam atau tujuh lubang di bahagian hadapan dan satu lubang di bahagian belakang.
Bahagian hujungnya berbentuk loceng yang diukir dan dicat dengan warna yang terang.
Persembahan wayang kulit dilakukan di pelbagai jenis tempat mengikut kemahuan dan keperluan
masyarakatnya. Selalunya wayang kulit dipertunjukkan untuk acara menyembah guru, mengubat
orang sakit, upacara memuja semangat, pesta menuai, perayaan hari jadi Raja-raja dan sebagai
hiburan semata-mata.
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
5
2.0 Mak Yong
Mak Yong merupakan seni teater tradisional yang berasal dari masyarakat Melayu di Malaysia.
Seni Mak Yong menggabungkan lakonan, vokal dan alat muzik, gerak-geri dan ketelitian kostum.
Seni Mak Yong berasal dari perkampungan-perkampungan di Kelantan. Ramai pakar seni
tradisional Melayu percaya bahawa seni Mak Yong telah wujud sebelum penyebaran agama
Islam di Malaysia. Mak Yong diasaskan di Kerajaan Patani yang kini merupakan sebahagian
daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan, usia sebenar Mak Yong tidak dapat
dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan
ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat
Patani, Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu sebagai pemberian dari Patani
disebabkan perkahwinan di antara kesultanan Patani dan Kelantan.
2.0.1 Ciri-ciri Muzik
Melodi dalam lagu-lagu Mak Yong dipersembahkan oleh seorang penyanyi atau pemain rebab.
Penyanyi solo dan pemain rebab yang biasanya mengiringi penyanyi itu mempersembahkan
melodi-melodi yang kompleks dan berhiasan dalam semua lagu nyanyian. Kedua-dua bahagian
vokal dan rebab dimainkan serentak dan menghasilkan tekstur heterofoni. Dalam lagu-lagu
nyanyian, kedua-dua pemain itu memainkan melodi yang sama, pada waktu yang sama dengan
variasi tersendiri. Variasi yang dinyanyi atau dimainkan dalam melodi itu bergantung kepada
kebijaksanaan penyanyi dan pemain rebab.
Muzik memainkan peranan penting dalam Mak Yong sebagai fungsi ritual, struktur dan dramatik.
Dalam fungsi strukturnya, muzik menandakan tiap-tiap agedan dan pertukaran tempat.
Persembahan melodi yang dinyanyikan dengan diiringi alat lut atau alat muzik solo lain dalam
gaya heterofoni terdapat di dalam pelbagai jenis muzik di seluruh dunia muzik dari benua Afrika
Utara ke Timur Tengah. Tekstur dan gaya heterofoni ini juga terdapat dalam muzik jong dondang
atau korus Mak Yong apabila beberapa penyanyi dalam korus menyanyikan melodi yang sama
sambil menonjolkan variasi tersendiri pada waktu yang sama. Kedua-dua keadaan tekstur
heterofoni ini ialah di antara alat muzik solo dan penyanyi dan juga di antara beberapa penyanyi
dalam korus.
Ciri-ciri lain dalam melodi Mak Yong melibatkan pic dan skel, jarak dan kontur melodi serta bunga
dan perhiasan. Pada umumnya, kontur-kontur melodi ditandakan dengan baris melodi yang
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
6
menurun sahaja atau yang menaik dan menurun secara berturut-turut. Dalam kedua-dua jenis
kontur ini, ‘turun’ dan ‘naik-turun, jarak melodi biasanya agak sempit samada melodi dimainkan
oleh pemain rebab ataupun melodi yang dinyanyikan oleh penyanyi.
Dari segi bentuk dalam sistem muzik Mak Yong, alat tetawak mengeluarkan lapisan bunyi yang
asas dinamakan sebagai gongan yang menyerupai konsep gongan dalam muzik wayang kulit.
Gongan ialah jangka masatertentu yang ditandakan dengan pic-pic gong tertentu dalam orkestra
Mak Yong. Jangka masa tertentu ini dan strukturnya ditandakan dengan sekurang-kurangnya
dua pic gong yang menentukan bentuk dalam muzik.
2.0.2 Stail Persembahan
Persembahan Mak Yong secara keseluruhannya merupakan sebuah seni lakon yang dimainkan
oleh pelakon dan bukan patung. Ia menggunakan dialog, tarian serta muzik vokal dan
instrumental untuk mengisahkan ceritanya. Mak Yong telah ditentukan sebagai bentuk seni lakon
yang sangat kuno, berunsur lagenda, mitos dan mempunyai perhubungan yang erat dengan
upacara perubatan tradisional. Cerita dikisahkan melalui dialog,nyanyian, tarian watak-watak
tertentu dengan diiringi oleh muzikvokal dan instrumental. Watak-watak persembahan Mak Yong
terdiri daripada Pak Yong (raja), Pak Yong Muda (raja muda), Mak Yong (permaisuri), Puteri Mak
Yong (puteri), Dayang-dayang, Peran Tua (pengasuh), Peran Muda (pengasuh), Tok Wak/Tok
Bomoh (ahli nujum/tukang), Orang suruhan raja dan korus (jong dongdang)
Pembukaan persembahan Mak Yong dimulakan dengan upacara Buka Panggung yang tertentu.
Dari segi seni muzik, bahagian pembukaan yang penting terdiri daripada beberapa buah lagu
dimainkan sebelum cerita utama dimulakan. Lagu-lagu itu mempunyai fungsi tertentu seperti
untuk tujuan memperkenalkan watak-watak ataupun untuk tujuan khas yang lain. Misalnya, para
pelakon naik ke atas pentas dengan iringan orkestra Mak Yong yang memainkan lagu
instrumental Pak Yong Turun. Ia diikuti oleh lagu dan tarian yang bertajuk Menghadap Rebab
yang bertujuan memberi penghormatan kepada alat muzik rebab. Persembahan pembukaan ini
diteruskan dengan lagu Sedayung Mak Yong dan Sedayung Pak Yong. Kedua-dua lagu ini
dipersembahkan sebagai lagu pendahuluan untuk memperkenalkan watak-watak tersebut.
Sebuah lagu lagi yang bertajuk Ela dimainkan oleh watak Pak Yong untuk memperkenalkan diri
sebelum cerita utama dimulakan. Semua lagu ini juga melibatkan tarian tertentu yang ditarikan
oleh watak-watak yang berkenaan serta kumpulan korus ‘jong dondang’. Kumpulan lagu tersebut
merupakan pembukaan yang tetap dan tertentu yang dimainkan dalam setiap persembahan Mak
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
7
Yong. Sesebuah cerita tertentu dikisahkan selama beberapa malam sehingga selesai. Sebelum
certia itu disambung kembali pada malam, pembukaan muzik dan tarian yang tertentu dimainkan.
Daripada repetoir yang berjumlah kira-kira 30 buah lagu, pelakon menggunakan lagu-lagu
tertentu serta tarian yang sesuai dengan jalan cerita.
2.0.3 Peranan Ensembel
Mak Yong ditonton oleh semualapisan masyarakat untuk menghormatisemangat padi, berterima
kasih bagi tuaian atau merawat penyakit. Di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di
istana sehingga 1920, di mana ia sering dipertontonkan di kalangan orang biasa.
Mak Yong dipersembahkan sebagai wadah hiburan dan untuk upacara yang berkaitan dengan
amalan perubatan tradisional. Upacara ini melibatkan seorang pawang yang cuba
menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Dengan
pengaruh agama Islam di rantau ini, amalan-amalan pawang sudah tidak dijalankan lagi. Pada
masa ini, seni Mak Yong dilestarikan sebagai tanda seni tradisi masyarakat Melayu.
Muzik Mak Yong dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada sepasang gendang,
sepasang tetawak dan sebuah rebab tiga tali. Selain itu, terdapat juga alat-alat yang dipinjam
daripada orkestra wayang kulit Kelantan dan Menora seperti serunai, geduk dan canang. Alat-
alat pinjaman ini digunakan untuk menghasilkan muzik instrumental bagi tujuan khas seperti lagu
Tari Ragam dan sebagainya. Kini, muzik Mak Yong divariasikan dengan menggunakan kenong,
caklempong, kesi dan kecerek sebagai alat muzik tambahan.
Tetawak merupakan sepasang gong berbusut dari keluarga idiofon yang digantung pada rak kayu
dan dipalu dengan pemukul kayu yang berbalut dengan kain atau getah.
Gendang ibu dan anak pula adalah sepasang gendang berbentuk tong panjang yang diperbuat
daripada kayu dengan dua muka kulit yang ditegangkan dengan kuat.
Rebab merupakan alat tiga tali yang memainkan melodi instrumental dalam Mak Yong. Ia
merupakan alat muzik utama di dalam persembahan Mak Yong. Ia tergolong dalam keluarga
kordofon dalam kelas kecil ‘lut yang digesek’. Rebab mempunyai badan kayu berbentuk segi tiga
dengan penjuru bulat. Bahagian mukanya ditutup dengan kulit perut lembu yang telah diproses
dan dikeringkan. Satu bonggol kecil yang diperbuat daripada lilin lebah yang dinamakan susu
dipasangkan di sebelah kiri pusat badannya. Bonggol ini berfungsi sebagai bahan untuk
meredamkan bunyi.
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
8
Kenong merupakan sejenis alat yang berasal dari Jawa, Indonesia yang menyusun alat muzik
gamelan. Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat
berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal.
Caklempong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang tergolong dalam keluarga gong yang
berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan
Caklempong juga digunakan untuk menerangkan jenis ensembelnya. Caklempong mula
berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan.
Kini kesenian muzik Caklempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-
sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.
Canang adalah sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil dan berperanan sebagai alat
penanda masa (time marker) dalam ensembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.
Kesi merupakan sejenis alat muzik tradisional Melayu yang diperbuat yang logam. Ia merupakan
sepasang piring logam yang diikat antara keduanya dengan tali. Ketika dimainkan, ia akan dipukul
sesama sendiri. Kesi selalunya dimainkan secara berkumpulan dengan peralatan muzik yang
lain.
Kerecek merupakan alat idiofon berbentuk bilahan. Ia dikenali sebagai clappers iaitu
menggunakan prinsip ‘clap’ ataupun tepuk untuk menghasilkan bunyinya. Alat ini sering
digunakan dalam teater tradisional seperti Menora oleh masyarakat tempatan berketurunan Thai
di Kelantan.
Serunai adalah sejenis alat erofon, sepasang serunai iaitu serunai ibu dan serunai anak
digunakan dalam persembahan wayang kulit. Ianya merupakan alat muzik melodi utama wayang
kulit. Alat ini menggunakan ‘rid’ iaitu empat lapisan daun lontar. Diperbuat daripada kayu,
mempunyai enam atau tujuh lubang di bahagian hadapan dan satu lubang di bahagian belakang.
Bahagian hujungnya berbentuk loceng yang diukir dan dicat dengan warna yang terang.
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
9
RUJUKAN
Auni Amirah, Mardhiah dan Nurul Liyana (2014). Alat Muzik Wayang Kulit. Diakses pada 1 April
2016.
http://warisankita-2.weebly.com/alat-muzik.html
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan
Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1. Pulau
Pinang: The Asian Centre.
Mimbar Kata (2013). Mak Yong: Muzikal, Drama dan Tari. Diakses pada 1 April 2016.
http://mimbarkata.blogspot.my/2013/04/mak-yong-muzikal-drama-dan-tari.html
Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Mak Yong. Diakses pada 29 Mac 2016.
https://en.wikipedia.org/wiki/Mak_yong
Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Wayang Kulit Siam. Diakses pada 29 Mac 2016.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_Kulit_Siam
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
10
Patung-patung Wayang Kulit
Kelantan yang berunsurkan watak-
watak dari Epik Ramayana.
Tok Dalang mengatur
persembahan wayang kulit.
Pemain alat muzik berada di
bahagian belakang pentas
bersama Tok Dalang.
LAMPIRAN
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
11
Pemain alat muzik berada di
bahagian belakang pentas.
Persembahan Mak Yong.
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
12
Canang. Digunakan bagi kedua-
kedua muzik tradisional, Wayang
Kulit Kelantan dan Mak Yong.
Tetawak ibu dan anak.
Digunakan bagi kedua-kedua
muzik tradisional, Wayang Kulit
Kelantan dan Mak Yong.
Gendang ibu dan anak.
Digunakan bagi kedua-kedua
muzik tradisional, Wayang Kulit
Kelantan dan Mak Yong.
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
13
Geduk ibu dan anak. Digunakan
bagi kedua-kedua muzik
tradisional, Wayang Kulit Kelantan
dan Mak Yong.
Gedumbak. Digunakan dalam
muzik Wayang Kulit Kelantan
Kesi. Digunakan bagi kedua-
kedua muzik tradisional, Wayang
Kulit Kelantan dan Mak Yong.
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
14
Kenong. Digunakan sebagai alat
muzik tambahan Mak Yong.
Rebab. Alat muzik utama bagi
muzik Mak Yong.
Serunai ibu dan anak. Digunakan
bagi kedua-kedua muzik
tradisional, Wayang Kulit Kelantan
dan Mak Yong.
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA
15
Kerecek. Digunakan sebagai alat
muzik tambahan Mak Yong.
Caklempong. Digunakan sebagai
alat muzik tambahan Mak Yong.

More Related Content

What's hot

1. Gamelan Jawa (1).pptx
1. Gamelan Jawa (1).pptx1. Gamelan Jawa (1).pptx
1. Gamelan Jawa (1).pptx
PuteriFairuz1
 
Dondang sayang
Dondang sayangDondang sayang
Dondang sayang
Amran Aris
 
Muzik & Orkestra Klasik India
Muzik & Orkestra Klasik IndiaMuzik & Orkestra Klasik India
Muzik & Orkestra Klasik India
ElektifMuzik IPGKPM
 
Ciri ciri muzik z. renaissance
Ciri ciri muzik z. renaissanceCiri ciri muzik z. renaissance
Ciri ciri muzik z. renaissance
Alva Samjun
 
Pembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
Pembentangan MUZK3193 Gamelan MelayuPembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
Pembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
farahaziran
 
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanKuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Amran Aris
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikWany Hardy
 
Orkestra Klasik India
Orkestra Klasik IndiaOrkestra Klasik India
Orkestra Klasik India
Amran Aris
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Amran Aris
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Seni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian MelayuSeni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian Melayunorazee
 
Ppt mak yong
Ppt mak yongPpt mak yong
Ppt mak yong
Ct Aja Aminuddin
 
GAMELAN
GAMELANGAMELAN
GAMELAN
Amran Aris
 
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikMinggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Amran Aris
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional
@f!Q@H @F!N@
 
Asas muzik
Asas muzikAsas muzik
Asas muzik
Aeyn Solehah
 
Caklempong
CaklempongCaklempong
Caklempong
nurul yusof
 
What's hot (20)

1. Gamelan Jawa (1).pptx
1. Gamelan Jawa (1).pptx1. Gamelan Jawa (1).pptx
1. Gamelan Jawa (1).pptx
 
Dondang sayang
Dondang sayangDondang sayang
Dondang sayang
 
Kaedah kodaly
Kaedah kodalyKaedah kodaly
Kaedah kodaly
 
Muzik & Orkestra Klasik India
Muzik & Orkestra Klasik IndiaMuzik & Orkestra Klasik India
Muzik & Orkestra Klasik India
 
Ciri ciri muzik z. renaissance
Ciri ciri muzik z. renaissanceCiri ciri muzik z. renaissance
Ciri ciri muzik z. renaissance
 
Pembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
Pembentangan MUZK3193 Gamelan MelayuPembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
Pembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
 
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
 
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanKuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 Gamelan
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
 
Orkestra Klasik India
Orkestra Klasik IndiaOrkestra Klasik India
Orkestra Klasik India
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
 
Seni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian MelayuSeni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian Melayu
 
Ppt mak yong
Ppt mak yongPpt mak yong
Ppt mak yong
 
GAMELAN
GAMELANGAMELAN
GAMELAN
 
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikMinggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi Muzik
 
Tekstur & orkestra
Tekstur & orkestraTekstur & orkestra
Tekstur & orkestra
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional
 
Asas muzik
Asas muzikAsas muzik
Asas muzik
 
Caklempong
CaklempongCaklempong
Caklempong
 
Similar to Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)

TARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJATTARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJAT
Amran Aris
 
Wayang kulit
Wayang kulitWayang kulit
Wayang kulit
Ayish Ayen
 
TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUTARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAU
Amran Aris
 
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuSeni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Lim Yi Heng
 
MENORA
MENORAMENORA
MENORA
Amran Aris
 
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Blogger
 
Sejarah kompang
Sejarah kompangSejarah kompang
Sejarah kompang
shafy terrer
 
Kompang
KompangKompang
Kompang
Pajin Batman
 
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : KompangB5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
smk pengkalan aur
 
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163
Thomas Mon
 
Muzik klasik India (Karnatik)
Muzik klasik India (Karnatik)Muzik klasik India (Karnatik)
Muzik klasik India (Karnatik)
Katerina Boniface
 
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
NURWASILAH7
 
Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)
Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)
Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)
Katerina Boniface
 
Btk kesenian
Btk kesenianBtk kesenian
Btk kesenian
Nur Azah Ahmad
 
Warisan mak yong
Warisan mak yongWarisan mak yong
Warisan mak yong
Amran Aris
 
20140825050721 06. hbml4203 topic 2
20140825050721 06. hbml4203 topic 220140825050721 06. hbml4203 topic 2
20140825050721 06. hbml4203 topic 2mahidi shahzinan
 
Orkestra Cina Moden
Orkestra Cina ModenOrkestra Cina Moden
Orkestra Cina Moden
Amran Aris
 
Similar to Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia) (20)

TARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJATTARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJAT
 
Wayang kulit
Wayang kulitWayang kulit
Wayang kulit
 
TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUTARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAU
 
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuSeni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
 
MENORA
MENORAMENORA
MENORA
 
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
 
Sejarah kompang
Sejarah kompangSejarah kompang
Sejarah kompang
 
Kompang
KompangKompang
Kompang
 
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : KompangB5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
 
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163
Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163
 
Muzik klasik India (Karnatik)
Muzik klasik India (Karnatik)Muzik klasik India (Karnatik)
Muzik klasik India (Karnatik)
 
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
 
Bangsawan
BangsawanBangsawan
Bangsawan
 
47461418 pengenalan-kompang
47461418 pengenalan-kompang47461418 pengenalan-kompang
47461418 pengenalan-kompang
 
Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)
Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)
Alat Muzik Tradisional Sabah (Sompoton)
 
Btk kesenian
Btk kesenianBtk kesenian
Btk kesenian
 
Warisan mak yong
Warisan mak yongWarisan mak yong
Warisan mak yong
 
20140825050721 06. hbml4203 topic 2
20140825050721 06. hbml4203 topic 220140825050721 06. hbml4203 topic 2
20140825050721 06. hbml4203 topic 2
 
Orkestra Cina Moden
Orkestra Cina ModenOrkestra Cina Moden
Orkestra Cina Moden
 
Muzik klasik
Muzik klasikMuzik klasik
Muzik klasik
 
More from Atifah Ruzana Abd Wahab

Model ASSURE (Kajian Kes)
Model ASSURE (Kajian Kes)Model ASSURE (Kajian Kes)
Model ASSURE (Kajian Kes)
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Amali Kerja Kaca
Amali Kerja KacaAmali Kerja Kaca
Amali Kerja Kaca
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana
RPH Sains Tahun 6 KSSR : GerhanaRPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana
RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalahJenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulatPenyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan Gimnosperma
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan GimnospermaKajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan Gimnosperma
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan Gimnosperma
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kajian Literatur : Double Stemcell
Kajian Literatur : Double StemcellKajian Literatur : Double Stemcell
Kajian Literatur : Double Stemcell
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Amali matahari terbenam
Amali matahari terbenamAmali matahari terbenam
Amali matahari terbenam
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuaca
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuacaAmali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuaca
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuaca
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepas
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepasSumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepas
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepas
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan
Konsep Ketuhanan dan KepercayaanKonsep Ketuhanan dan Kepercayaan
Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Model Pengajaran Behavourial
Model Pengajaran Behavourial Model Pengajaran Behavourial
Model Pengajaran Behavourial
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
More from Atifah Ruzana Abd Wahab (20)

Recently uploaded

MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
Recently uploaded (6)

MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)

  • 1. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 1 Bahagian C: Penulisan Esei (Muzik Tradisional Malaysia) (Wayang Kulit Kelantan & Mak Yong) 1.0 Wayang Kulit Kelantan Terdapat pelbagai jenis persembahan wayang kulit yang dikenali, antaranya ialah Wayang Kulit Kelantan. Wayang Kulit Kelantan ialah sejenis kesenian wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia. Wayang Kulit Kelantan merupakan persembahan wayang kulit yang tertua di Malaysia. Wayang Kulit adalah satu bentuk tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan direka oleh seorang Tok Dalang. Persembahan wayang kulit ini selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan seperti serunai atau alat bertali seperti rebab. Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan dahulu berasal dari Patani di negeri Siam. Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. 1.0.1 Ciri-ciri Muzik Terdapat lebih kurang 35 buah lagu dalam persembahan wayang kulit. Lagu-lagu yang khas seperti sebagai ‘overture’ bagi menentukan mud dan muzik untuk mengiringi gerak-geri patung. Lagu wayang kulit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis. Pertama, mengikut watak tertentu seperti lagu Pak Dogol, lagu Seri Rama dan Maharisi. Kedua, lagu memberitahu tentang perkhabaran (contoh lagu: lagu Berkhabar). Ketiga, lagu yang mainkan menunjukkan kegiatan seharian seperti berehat dan mandi. Lagu yang dimainkan menunjukkan dan menentukan mud atau mempunyai tujuan khas. Melodi dalam lagu wayang kulit dihasilkan oleh serunai atau dinyanyikan oleh Tok Dalang. Pada umumnya, lagu-lagu wayang kulit berasaskan skel pentatonik, heksatonik dan heptatonik. Hampir semua lagu mempunyai jeda lebih luas dari jeda semitone. Semua lagu dalam wayang kulit berasaskan tekstur polifoni. Ianya mengandungi tiga peringkat bunyi yang penting iaitu: i) Baris melodi yang dimainkan oleh serunai atau dinyanyikan oleh Tok Dalang. ii) Rentak yang dimainkan oleh alat-alat drum seperti gendang, gedumbak dan lain-lain.
  • 2. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 2 iii) Bahagian gongan yang dimainkan oleh alat diperbuat dari gangsa. Gongan ditakrifkan sebagai bentuk atau struktur setiap lagu dalam wayang kulit. Pada umumnya, gongan mempunyai jangka masa tertentu yang ditandakan pada hujung pic yang paling rendah dalam ensembel. Pic paling rendah dihasilkan oleh tetawak ibu yang membunyikan pic pada bit akhir setiap gongan. Konsep gongan adalah aspek asas bagi mewujudkan form dalam muzik. Jumlah gongan boleh terdiri daripada 4 bit, 8 bit, 16 bit, 32 bit, 64 bit dan seterusnya. Gongan juga merupakan sistem pusingan dalam masa dan diulangi sepanjang lagu. Jelas bahawa tetawak ibu menandakan hujung satupusingan dan menandakan permulaan pusingan yang baru. 1.0.2 Stail Persembahan Persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerak geri. Lazimnya, muzik akan berhenti apabila patung-patung mula bercakap. Pada masa patung-patung tersebut bercakap, hanya sedikit pergerakan boleh dilakukan dan ini dilakukan dengan menggerakkan sendi tangan patung yang bercakap. Sebaliknya, apabila patung-patung itu digerakkan samada berjalan atau berperang, iringan muzik segera membantu membina suasana situasi tersebut. Panggung wayang kulit dibina daripada tiang-tiang kayu dengan dinding serta atap yang dibuat daripada rumbia atau daun nipah. Panggung ini dibina tiga hingga empat kaki dari tanah dan merupakan satu pondok yang boleh mengisi dalang, pemuzik dan alat-alatan yang lain. Bahagian hadapan panggung tersebut dipasang dengan sebidang kain putih yang dipanggil sebagai kelir. Lampu minyak atau lampu elektrik dipasang di belakang kelir membantu untuk memantulkan bayang-bayang patung wayang kulit kepada kelir untuk ditonton dari bahagian hadapan panggung. Dari konteks isi cerita pula, ia berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita3 yang disadur dari epik Ramayana tradisi India. Watak utama dalam wayang kulit ini ialah Laksamana dan Seri Rama. Bagi konteks patung-patung pula, ukiran patung-patung Wayang Kulit Kelantan ini menunjukkan banyak persamaan dengan patung- patung Patani. Ia diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di atas kenderaan. Dari segi pergerakan mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang senjata atau lain-lain. Dari segi bahasa pula, dalang menggunakan dialek Melayu Kelantan sebagai bahasa pengantar dalam teater tradisional ini.
  • 3. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 3 Dalam sesebuah persembahan wayang kulit, dalang merupakan peneraju utama sebagai pencerita yang berada di belakang kelir. Dalang akan memukau perhatian penonton dengan kelebihannya membuat persembahan dengan gaya dan suara yang tidak pernah putus dengan pelbagai jenis emosi seperti ketawa, marah, dan sesekali mendayu-dayu seperti seorang wanita. Dalang juga secaraspontannya akan menyelitkan kisah-kisah lucu yang menarik mengikut rentak seperti lagu-lagu hindustan, dangdut atau lagu-lagu ciptaan yang bersesuaian dengan tajuk cerita yang dipersembahkan. Setiap cerita yang disampaikan oleh dalang adalah untuk dihayati oleh para penonton sebagai renungan dan hiburan pengisi waktu. 1.0.3 Peranan Ensembel Kepelbagaian alat muzik menyumbangkana keindahan seni muzik tempatan. Penghasilannya yang diilhamkan dari sumberalam dipraktikkan dalam upacara adat yang penuh dengan simbolik. Buluh, kayu, daun-daun, kulit binatang, rotan, tembaga dan besi menjadi bahan asas bagi membentuk alat muzik. Muzik Wayang kulit dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada sepasang gendang, sepasang geduk, sepasang tetawak, sepasang serunai, sepasang kesi, sepasang canang dan sepasang gebumbak. Sewaktu persembahan, ahli muzik akan duduk di atas lantai panggung di belakang Tok Dalang. Gendang ibu dan anak pula adalah sepasang gendang berbentuk tong panjang yang diperbuat daripada kayu dengan dua muka kulit yang ditegangkan dengan kuat. Timbre dan sukukata nimonik bagi gendang anak ialah ‘cak’ dan ‘ting’ (pukulan pada bahagian tepi), sementara ‘pak’ dan ‘duh’ (pukulan di bahagian tengah) dihasilkan oleh gendang ibu. Tetawak adalah gong gangsa berpasangan yang berbusut (gong anak dan gong ibu). Ianya digantung pada rak kayu dan dipukul pada tengah busut dengan kayu berbalut getah atau kain. Tetawak ibu akan mengeluarkan pic yang rendah manakala tetawak anak mengeluarkan pic yang rendah. Canang adalah dua gong kecil yang berbusut yang diletakkan secara mendatar pada rak kayu. Kedua-kedua gong ini dipukul dengan pemukul kayu yang berbalut kain atau getah. Canang anak mempunyai pic tinggi dan canang ibu menghasilkan pic rendah. Kesi merupakan piring kecil yang diperbuat daripada gangsa, berupa seperti simbal dan biasanya berpasangan (empat simbal kecil). Dua piring kecil ini dipasang dengan tali tebal dan
  • 4. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 4 pasangannya dipasang pada sekeping papan. Pemainnya akan memegangsepasang piring atau simbal yang berikat dengan tali dan akan menghentakkanya pada pasangan piring atau simbal yang dipasang pada papan untuk menghasilkan bunyi berdering (diangkat selepas dihentakkan), nyaring dan bunyi berderam apabila tidak diangkat. Bunyi berdering dimainkan bersama dengan pic canang anak dan bunyi berderam dimainkan bersama pic canang ibu. Gedumbak adalah kategori membranofon yang baluhnya diperbuat dari kayu nangka berbentuk seperti piala yang berkaki panjang. Belulang kambing yang diregangkan diletakkan pada bahagian muka. Gedumbak diletakkan secara mendatar di atas riba pemain, muka kulitnya dipukul dan sebelah tangan lagi akan membuka dan menutup hujung gedumbak ini untuk mendapatkan timbre atau warna yang dikehendaki. Alat ini menghasilkan empat jenis timbre iaitu ‘dong’, ‘duh’, ‘cak’, dan ‘ting’. Geduk merupakan dram yang berbaluh yang berbentuk tong pendek. Diperbuat dari kayu nangka, kedua-dua permukaannya diperbuat dari belulang lembu yang diregangkan. Dua batang buluh dipasang pada baluh ianya adalah sebagai kaki untuk geduk. Permukaan kulit dipukul dengan dua batang kayu untuk menghasilkan bunyi. Serunai adalah sejenis alat erofon, sepasang serunai iaitu serunai ibu dan serunai anak digunakan dalam persembahan wayang kulit. Ianya merupakan alat muzik melodi utama wayang kulit. Alat ini menggunakan ‘rid’ iaitu empat lapisan daun lontar. Diperbuat daripada kayu, mempunyai enam atau tujuh lubang di bahagian hadapan dan satu lubang di bahagian belakang. Bahagian hujungnya berbentuk loceng yang diukir dan dicat dengan warna yang terang. Persembahan wayang kulit dilakukan di pelbagai jenis tempat mengikut kemahuan dan keperluan masyarakatnya. Selalunya wayang kulit dipertunjukkan untuk acara menyembah guru, mengubat orang sakit, upacara memuja semangat, pesta menuai, perayaan hari jadi Raja-raja dan sebagai hiburan semata-mata.
  • 5. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 5 2.0 Mak Yong Mak Yong merupakan seni teater tradisional yang berasal dari masyarakat Melayu di Malaysia. Seni Mak Yong menggabungkan lakonan, vokal dan alat muzik, gerak-geri dan ketelitian kostum. Seni Mak Yong berasal dari perkampungan-perkampungan di Kelantan. Ramai pakar seni tradisional Melayu percaya bahawa seni Mak Yong telah wujud sebelum penyebaran agama Islam di Malaysia. Mak Yong diasaskan di Kerajaan Patani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat Patani, Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu sebagai pemberian dari Patani disebabkan perkahwinan di antara kesultanan Patani dan Kelantan. 2.0.1 Ciri-ciri Muzik Melodi dalam lagu-lagu Mak Yong dipersembahkan oleh seorang penyanyi atau pemain rebab. Penyanyi solo dan pemain rebab yang biasanya mengiringi penyanyi itu mempersembahkan melodi-melodi yang kompleks dan berhiasan dalam semua lagu nyanyian. Kedua-dua bahagian vokal dan rebab dimainkan serentak dan menghasilkan tekstur heterofoni. Dalam lagu-lagu nyanyian, kedua-dua pemain itu memainkan melodi yang sama, pada waktu yang sama dengan variasi tersendiri. Variasi yang dinyanyi atau dimainkan dalam melodi itu bergantung kepada kebijaksanaan penyanyi dan pemain rebab. Muzik memainkan peranan penting dalam Mak Yong sebagai fungsi ritual, struktur dan dramatik. Dalam fungsi strukturnya, muzik menandakan tiap-tiap agedan dan pertukaran tempat. Persembahan melodi yang dinyanyikan dengan diiringi alat lut atau alat muzik solo lain dalam gaya heterofoni terdapat di dalam pelbagai jenis muzik di seluruh dunia muzik dari benua Afrika Utara ke Timur Tengah. Tekstur dan gaya heterofoni ini juga terdapat dalam muzik jong dondang atau korus Mak Yong apabila beberapa penyanyi dalam korus menyanyikan melodi yang sama sambil menonjolkan variasi tersendiri pada waktu yang sama. Kedua-dua keadaan tekstur heterofoni ini ialah di antara alat muzik solo dan penyanyi dan juga di antara beberapa penyanyi dalam korus. Ciri-ciri lain dalam melodi Mak Yong melibatkan pic dan skel, jarak dan kontur melodi serta bunga dan perhiasan. Pada umumnya, kontur-kontur melodi ditandakan dengan baris melodi yang
  • 6. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 6 menurun sahaja atau yang menaik dan menurun secara berturut-turut. Dalam kedua-dua jenis kontur ini, ‘turun’ dan ‘naik-turun, jarak melodi biasanya agak sempit samada melodi dimainkan oleh pemain rebab ataupun melodi yang dinyanyikan oleh penyanyi. Dari segi bentuk dalam sistem muzik Mak Yong, alat tetawak mengeluarkan lapisan bunyi yang asas dinamakan sebagai gongan yang menyerupai konsep gongan dalam muzik wayang kulit. Gongan ialah jangka masatertentu yang ditandakan dengan pic-pic gong tertentu dalam orkestra Mak Yong. Jangka masa tertentu ini dan strukturnya ditandakan dengan sekurang-kurangnya dua pic gong yang menentukan bentuk dalam muzik. 2.0.2 Stail Persembahan Persembahan Mak Yong secara keseluruhannya merupakan sebuah seni lakon yang dimainkan oleh pelakon dan bukan patung. Ia menggunakan dialog, tarian serta muzik vokal dan instrumental untuk mengisahkan ceritanya. Mak Yong telah ditentukan sebagai bentuk seni lakon yang sangat kuno, berunsur lagenda, mitos dan mempunyai perhubungan yang erat dengan upacara perubatan tradisional. Cerita dikisahkan melalui dialog,nyanyian, tarian watak-watak tertentu dengan diiringi oleh muzikvokal dan instrumental. Watak-watak persembahan Mak Yong terdiri daripada Pak Yong (raja), Pak Yong Muda (raja muda), Mak Yong (permaisuri), Puteri Mak Yong (puteri), Dayang-dayang, Peran Tua (pengasuh), Peran Muda (pengasuh), Tok Wak/Tok Bomoh (ahli nujum/tukang), Orang suruhan raja dan korus (jong dongdang) Pembukaan persembahan Mak Yong dimulakan dengan upacara Buka Panggung yang tertentu. Dari segi seni muzik, bahagian pembukaan yang penting terdiri daripada beberapa buah lagu dimainkan sebelum cerita utama dimulakan. Lagu-lagu itu mempunyai fungsi tertentu seperti untuk tujuan memperkenalkan watak-watak ataupun untuk tujuan khas yang lain. Misalnya, para pelakon naik ke atas pentas dengan iringan orkestra Mak Yong yang memainkan lagu instrumental Pak Yong Turun. Ia diikuti oleh lagu dan tarian yang bertajuk Menghadap Rebab yang bertujuan memberi penghormatan kepada alat muzik rebab. Persembahan pembukaan ini diteruskan dengan lagu Sedayung Mak Yong dan Sedayung Pak Yong. Kedua-dua lagu ini dipersembahkan sebagai lagu pendahuluan untuk memperkenalkan watak-watak tersebut. Sebuah lagu lagi yang bertajuk Ela dimainkan oleh watak Pak Yong untuk memperkenalkan diri sebelum cerita utama dimulakan. Semua lagu ini juga melibatkan tarian tertentu yang ditarikan oleh watak-watak yang berkenaan serta kumpulan korus ‘jong dondang’. Kumpulan lagu tersebut merupakan pembukaan yang tetap dan tertentu yang dimainkan dalam setiap persembahan Mak
  • 7. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 7 Yong. Sesebuah cerita tertentu dikisahkan selama beberapa malam sehingga selesai. Sebelum certia itu disambung kembali pada malam, pembukaan muzik dan tarian yang tertentu dimainkan. Daripada repetoir yang berjumlah kira-kira 30 buah lagu, pelakon menggunakan lagu-lagu tertentu serta tarian yang sesuai dengan jalan cerita. 2.0.3 Peranan Ensembel Mak Yong ditonton oleh semualapisan masyarakat untuk menghormatisemangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit. Di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920, di mana ia sering dipertontonkan di kalangan orang biasa. Mak Yong dipersembahkan sebagai wadah hiburan dan untuk upacara yang berkaitan dengan amalan perubatan tradisional. Upacara ini melibatkan seorang pawang yang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Dengan pengaruh agama Islam di rantau ini, amalan-amalan pawang sudah tidak dijalankan lagi. Pada masa ini, seni Mak Yong dilestarikan sebagai tanda seni tradisi masyarakat Melayu. Muzik Mak Yong dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab tiga tali. Selain itu, terdapat juga alat-alat yang dipinjam daripada orkestra wayang kulit Kelantan dan Menora seperti serunai, geduk dan canang. Alat- alat pinjaman ini digunakan untuk menghasilkan muzik instrumental bagi tujuan khas seperti lagu Tari Ragam dan sebagainya. Kini, muzik Mak Yong divariasikan dengan menggunakan kenong, caklempong, kesi dan kecerek sebagai alat muzik tambahan. Tetawak merupakan sepasang gong berbusut dari keluarga idiofon yang digantung pada rak kayu dan dipalu dengan pemukul kayu yang berbalut dengan kain atau getah. Gendang ibu dan anak pula adalah sepasang gendang berbentuk tong panjang yang diperbuat daripada kayu dengan dua muka kulit yang ditegangkan dengan kuat. Rebab merupakan alat tiga tali yang memainkan melodi instrumental dalam Mak Yong. Ia merupakan alat muzik utama di dalam persembahan Mak Yong. Ia tergolong dalam keluarga kordofon dalam kelas kecil ‘lut yang digesek’. Rebab mempunyai badan kayu berbentuk segi tiga dengan penjuru bulat. Bahagian mukanya ditutup dengan kulit perut lembu yang telah diproses dan dikeringkan. Satu bonggol kecil yang diperbuat daripada lilin lebah yang dinamakan susu dipasangkan di sebelah kiri pusat badannya. Bonggol ini berfungsi sebagai bahan untuk meredamkan bunyi.
  • 8. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 8 Kenong merupakan sejenis alat yang berasal dari Jawa, Indonesia yang menyusun alat muzik gamelan. Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal. Caklempong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang tergolong dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Caklempong juga digunakan untuk menerangkan jenis ensembelnya. Caklempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Caklempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah- sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi. Canang adalah sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil dan berperanan sebagai alat penanda masa (time marker) dalam ensembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Kesi merupakan sejenis alat muzik tradisional Melayu yang diperbuat yang logam. Ia merupakan sepasang piring logam yang diikat antara keduanya dengan tali. Ketika dimainkan, ia akan dipukul sesama sendiri. Kesi selalunya dimainkan secara berkumpulan dengan peralatan muzik yang lain. Kerecek merupakan alat idiofon berbentuk bilahan. Ia dikenali sebagai clappers iaitu menggunakan prinsip ‘clap’ ataupun tepuk untuk menghasilkan bunyinya. Alat ini sering digunakan dalam teater tradisional seperti Menora oleh masyarakat tempatan berketurunan Thai di Kelantan. Serunai adalah sejenis alat erofon, sepasang serunai iaitu serunai ibu dan serunai anak digunakan dalam persembahan wayang kulit. Ianya merupakan alat muzik melodi utama wayang kulit. Alat ini menggunakan ‘rid’ iaitu empat lapisan daun lontar. Diperbuat daripada kayu, mempunyai enam atau tujuh lubang di bahagian hadapan dan satu lubang di bahagian belakang. Bahagian hujungnya berbentuk loceng yang diukir dan dicat dengan warna yang terang.
  • 9. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 9 RUJUKAN Auni Amirah, Mardhiah dan Nurul Liyana (2014). Alat Muzik Wayang Kulit. Diakses pada 1 April 2016. http://warisankita-2.weebly.com/alat-muzik.html Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre. Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1. Pulau Pinang: The Asian Centre. Mimbar Kata (2013). Mak Yong: Muzikal, Drama dan Tari. Diakses pada 1 April 2016. http://mimbarkata.blogspot.my/2013/04/mak-yong-muzikal-drama-dan-tari.html Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Mak Yong. Diakses pada 29 Mac 2016. https://en.wikipedia.org/wiki/Mak_yong Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Wayang Kulit Siam. Diakses pada 29 Mac 2016. https://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_Kulit_Siam
  • 10. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 10 Patung-patung Wayang Kulit Kelantan yang berunsurkan watak- watak dari Epik Ramayana. Tok Dalang mengatur persembahan wayang kulit. Pemain alat muzik berada di bahagian belakang pentas bersama Tok Dalang. LAMPIRAN
  • 11. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 11 Pemain alat muzik berada di bahagian belakang pentas. Persembahan Mak Yong.
  • 12. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 12 Canang. Digunakan bagi kedua- kedua muzik tradisional, Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong. Tetawak ibu dan anak. Digunakan bagi kedua-kedua muzik tradisional, Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong. Gendang ibu dan anak. Digunakan bagi kedua-kedua muzik tradisional, Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong.
  • 13. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 13 Geduk ibu dan anak. Digunakan bagi kedua-kedua muzik tradisional, Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong. Gedumbak. Digunakan dalam muzik Wayang Kulit Kelantan Kesi. Digunakan bagi kedua- kedua muzik tradisional, Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong.
  • 14. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 14 Kenong. Digunakan sebagai alat muzik tambahan Mak Yong. Rebab. Alat muzik utama bagi muzik Mak Yong. Serunai ibu dan anak. Digunakan bagi kedua-kedua muzik tradisional, Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong.
  • 15. MUZK3193 MUZIK MALAYSIA 15 Kerecek. Digunakan sebagai alat muzik tambahan Mak Yong. Caklempong. Digunakan sebagai alat muzik tambahan Mak Yong.