SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
(1)
KOD ETIKA JURUAUDIT
JABATAN AUDIT NEGARA
PENGENALAN
Tujuan
1. Kod Etika Juruaudit digubal untuk menjadi panduan kepada semua anggota
Jabatan Audit Negara selaras dengan hasrat bagi mempertingkatkan prestasi dan
profesionalisme Jabatan. Ini kerana fungsi utama Jabatan adalah untuk membantu
meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam. Laporan audit merupakan satu nilai
tambah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan awam.
Sehubungan itu, Jabatan perlu memperolehi keyakinan daripada masyarakat umum
bahawa hasil kerja Jabatan telah dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan
berasaskan etika kerja yang tinggi.
Definisi
2. Kod Etika Juruaudit adalah satu sistem atau kod tingkah laku berdasarkan
kepada tanggungjawab moral dan kewajipan (obligasi) yang menerangkan
bagaimana Juruaudit perlu berkelakuan.
3. Kod Etika ini telah digubal berasaskan prinsip utama yang terkandung dalam
Guidelines on Ethics for Auditors, Manual Jabatan serta Nilai dan Etika dalam
Perkhidmatan Awam, Akta Audit 1957, Perlembagaan Persekutuan dan Pekeliling
serta Arahan Kerajaan.
Konsep
4. Kod Etika Juruaudit dirangka dan dibina di atas paksi Keutuhan, Kebebasan,
Keadilan, Keyakinan dan Kecekapan. Konsep ini menitikberatkan kepada tingkah
laku yang baik dan peribadi mulia semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab
bagi meyakinkan semua pihak terhadap integriti dan kredibiliti Jabatan.
(2)
TERAS KOD ETIKA
Keutuhan
5. Juruaudit mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi standard tingkah laku
yang mulia, bersih, amanah, berketerampilan serta beradab sopan dari segi
perhubungannya dengan auditi. Bagi mengekalkan keyakinan auditi, tingkah laku ini
hendaklah sentiasa terkawal dan utuh.
6. Keutuhan memerlukan Juruaudit menghayati prinsip keadilan dan kebenaran.
Ia juga menuntut Juruaudit berpegang kepada prinsip objektiviti, mematuhi standard
tingkah laku profesional dan membuat keputusan secara profesional semasa
menjalankan tugas.
Kebebasan, Adil Dan Saksama
7. Dalam melaksanakan tugas pengauditan, Juruaudit mestilah bertindak secara
bebas, adil dan saksama. Tindakan tersebut hendaklah diterjemahkan dari segi
pemikiran, niat atau perbuatan. Justeru itu, Juruaudit tidak boleh dipengaruhi oleh
mana-mana entiti dan individu yang mempunyai kepentingan tertentu.
8. Juruaudit perlu mengekalkan kebebasan daripada pengaruh parti politik atau
lain-lain pertubuhan supaya dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama.
9. Pendapat Juruaudit adalah berasaskan bukti yang sahih yang diperolehi
melalui kaedah pengauditan yang profesional. Pendapat Audit yang dikeluarkan
hendaklah bebas daripada pengaruh pandangan peribadi ataupun daripada pihak
lain yang berkepentingan.
10. Juruaudit hendaklah mempertimbangkan maklumat dan pandangan yang
dikemukakan oleh auditi atau pihak lain dalam mengeluarkan pendapatnya. Walau
bagaimanapun, pendapat Juruaudit mestilah dibuat secara bebas, adil dan saksama
setelah mengambil kira maklumat dan pandangan tersebut.
(3)
Profesionalisme
11. Juruaudit bertanggungjawab untuk berkelakuan secara profesional pada
setiap masa dan mengekalkan standard profesional yang tinggi semasa menjalankan
tugas dan melaporkan penemuan audit.
12. Juruaudit perlu memahami dan mematuhi standard pengauditan dan
perakaunan serta prosedur pengurusan wang awam. Juruaudit hendaklah
menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesional ketika merancang,
melaksana serta melapor hasil pengauditan.
13. Bagi meningkatkan profesionalisme, Juruaudit hendaklah sentiasa peka
terhadap perkembangan dan perubahan terkini bidang pengauditan, perakaunan,
pengurusan dan teknologi maklumat di Malaysia dan sejagat. Juruaudit hendaklah
sentiasa kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas pengauditan bagi
meninggikan lagi mutu perkhidmatan.
Urus Tadbir Yang Baik (Good Governance)
14. Pengauditan merupakan salah satu mekanisme bagi memastikan rangka
kerja urus tadbir sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk berperanan
dengan efektif, Juruaudit perlu mengamalkan urus tadbir yang baik dalam
menjalankan tugas dan peka terhadap fungsi kawalan dalaman serta pengurusan
risiko.
Kerahsiaan
15. Juruaudit tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperolehi daripada
pengauditan yang dijalankan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan, sama
ada secara lisan atau bertulis. Sekiranya wujud keperluan perundangan, Juruaudit
boleh berbuat demikian.
16. Juruaudit bertanggungjawab memastikan keselamatan maklumat rahsia yang
diperolehinya.
(4)
Kompetensi dan Ketelitian Profesional yang Sewajarnya (Due Professional
Care)
17. Bagi melaksanakan tanggungjawab profesionnya, Juruaudit hendaklah
berusaha meningkatkan kompetensi dan pengetahuan secara berterusan selaras
dengan keperluan dan perkembangan semasa. Juruaudit hendaklah sentiasa
melibatkan diri dengan program pembelajaran profesional secara berterusan.
18. Juruaudit perlu mengamalkan Ketelitian Profesional Yang Sewajarnya
semasa menjalankan tugas dan penyediaan laporan audit.
Jaminan Kualiti
19. Juruaudit bertanggungjawab mematuhi segala proses kawalan kualiti yang
ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara bagi menghasilkan laporan audit yang
berkualiti dan memenuhi standard pengauditan Jabatan, INTOSAI dan yang diterima
umum.
20. Juruaudit perlu mengeluarkan laporan yang objektif dan seimbang bagi
memberikan keyakinan kepada Badan Perundangan, Eksekutif, auditi dan umum
bahawa laporan yang dikeluarkan menggambarkan keadaan yang sebenar dan
saksama.
Disiplin Diri
21. Juruaudit perlu mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi bagi mencerminkan
keperibadian sebagai seorang profesional. Juruaudit perlu patuh kepada arahan,
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Juruaudit juga perlu tampil
dalam keadaan yang kemas dan bersih semasa menjalankan tugas.
22. Juruaudit perlu menerapkan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan
budaya bersyukur, bertanggungjawab, bersabar dan bersederhana serta
menghindarkan diri daripada sebarang perilaku yang boleh menjejaskan imej dan
nama baik profesion Juruaudit.
23. Juruaudit perlu memupuk semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan
tugas pengauditan.
(5)
24. Juruaudit perlu berhemah dalam berkomunikasi sama ada secara lisan
mahupun bertulis dalam pelaksanaan audit serta penyampaian hasil pengauditan.
Percanggahan Kepentingan
25. Juruaudit dibenarkan memberi nasihat atau khidmat bantuan selain tugas
pengauditan kepada auditi. Walau bagaimanapun, nasihat yang diberi itu tidak boleh
bercanggah dengan peraturan kerajaan dan mengkompromi kepentingan dan
kebebasannya sebagai Juruaudit. Juruaudit juga hendaklah mengelakkan diri
daripada perbincangan yang mempersoal atau mengkritik polisi Kerajaan.
26. Juruaudit dilarang menerima hadiah atau ganjaran yang boleh mempengaruhi
kebebasan dan keutuhan tugasnya.
27. Juruaudit tidak boleh menggunakan kedudukan rasminya untuk kepentingan
peribadi. Perhubungan yang boleh menimbulkan risiko dan keraguan terhadap
integriti dan kebebasannya hendaklah dielakkan.
28. Juruaudit tidak boleh menggunakan maklumat yang diperolehi semasa
menjalankan tugasnya sebagai satu cara untuk memperolehi keuntungan peribadi.
Penglibatan Dalam Aktiviti Luar
29. Juruaudit tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti luar yang melanggar
peraturan kerajaan. Juruaudit juga tidak dibenarkan terlibat sebagai agen,
penceramah atau Jawatankuasa dalam seminar/ceramah agensi pihak swasta yang
memberi pulangan ekonomi kepada diri sendiri dan pihak penganjur.
30. Juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti sosial, ekonomi dan parti politik
yang bercanggah dengan peraturan kerajaan.
20 Disember 1999
18 November 2003 (Pindaan)
(i)
Penjelasan Bagi Perenggan yang Terdapat dalam Kod Etika Juruaudit (Pindaan 18 November 2003)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
5 Mulia Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan sebagai seorang yang mudah memberi
pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan serta mempunyai gerak geri
dan tingkah laku yang sopan terhadap orang lain.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain, bersopan santun
dalam berkomunikasi serta saling hormat menghormati ketika menjalankan tugas.
ii. Melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan dengan ikhlas dan menganggap ia
sebagai satu amanah.
iii. Juruaudit juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika berhadapan
dengan auditi bagi membolehkan advisory role dapat dilaksanakan dengan berkesan.
iv. Juruaudit hendaklah bersedia mendengar pendapat orang lain dan tidak memandang
rendah terhadap kemampuan mereka.
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
ii. Dasar Penerapan Nilai
Islam Dalam Pentadbiran
Bersih Nilai bersih dapat dibahagikan kepada dua iaitu kebersihan dari segi luaran (penampilan)
dan dalaman (hati). Kebersihan dari segi luaran dapat dinilai melalui cara individu tersebut
berpakaian manakala dalaman pula tidak menunjukkan sifat negatif seperti berniat jahat, iri
hati dan dendam.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri serta memakai pakaian yang
kemas dan bersih ke pejabat.
ii. Juruaudit perlu memastikan keadaan tempat bertugas adalah kemas dan teratur.
iii. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan-santun.
iv. Perolehan harta melalui sumber yang halal.
v. Menjauhkan diri daripada kegiatan rasuah, pecah amanah dan penipuan.
vi. Berfikir sebelum bertindak serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara yang
betul bukan melalui surat layang.
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
ii. Dasar Penerapan Nilai
Islam Dalam Pentadbiran
(ii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
Amanah Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk
melaksanakannya. Seorang yang amanah akan sentiasa menjaga dirinya daripada
sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti menipu, menyeleweng, menyalahgunakan
kuasa, cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak menepati janji.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah bersikap amanah dalam melapor dan merekodkan sesuatu. (al-
Baqarah:282).
ii. Juruaudit hendaklah menuntut apa-apa tuntutan yang dibenarkan mengikut peraturan
seperti tuntutan perjalanan, pindahan dan kerja lebih masa serta menggunakan mesin
punch kad mengikut peraturan yang ditetapkan.
iii. Menggunakan peralatan atau kemudahan pejabat untuk tujuan rasmi. Contohnya
kemudahan telefon dan internet yang telah disediakan oleh Jabatan.
iv. Bertanggungjawab atas apa jua keputusan dan tindakan yang telah dibuat serta tidak
menyalahkan orang lain.
v. Memastikan segala tugas yang diberi disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
vi. Tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diberi untuk kepentingan diri.
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
ii. Dasar Penerapan Nilai
Islam Dalam Pentadbiran
Berketrampilan Seorang yang berketrampilan adalah seorang yang berkebolehan serta mempunyai
kecekapan dan kemampuan dalam menjalankan tugas.
Contoh:
i. Juruaudit perlu berkebolehan dalam menggunakan teknologi terkini.
Beradap sopan Seorang yang beradap sopan merupakan seorang yang sentiasa menjaga tutur katanya
terhadap orang lain. Sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap orang lain. Beliau
juga akan memastikan percakapannya adalah sopan, lemah lembut tetapi tegas.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya terhadap ketua
dan rakan sekerja dengan memastikan percakapannya tidak mengguris hati dan
perasaan orang lain.
ii. Bersopan santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon terutamanya terhadap
auditi dan pihak luar.
iii. Tidak meninggikan suara ketika sedang marah.
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
ii. Tonggak 12
(iii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
6 Keadilan Adil bermaksud memberikan kepada yang berhak itu akan haknya mengikut kadar masing-
masing atau meletakkan sesuatu ditempatnya. Seorang yang bertindak adil akan
mempertimbangkan sesuatu perkara dengan merujuk kepada peraturan dan undang-
undang, bukti dan fakta yang telah diperolehi sebelum sesuatu tindakan atau keputusan
diambil. Prinsip keadilan juga melibatkan keadilan terhadap diri sendiri, orang bawahan,
orang atasan dan teman sejawat. Dalam konteks pengauditan pula, adil juga akan
melibatkan pihak auditi.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah mengutamakan kepentingan Jabatan dan tidak melebihi diri
sendiri.
ii. Membuat pertimbangan dengan sewajarnya serta mengeluarkan laporan yang
seimbang.
iii. Juruaudit perlu memberikan ruang kepada semua peringkat dalam memberikan
pendapat dan ide.
iv. Tidak mengamalkan sikap pilih kasih terutamanya di kalangan kakitangan.
Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
Kebenaran Nilai kebenaran dapat dilihat dalam diri seseorang apabila setiap amalan, tindakan dan
perilaku adalah berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah jujur ketika melaksanakan tanggungjawabnya.
ii. Sentiasa bercakap benar dan mengakui segala kesalahan dan kesilapan.
iii. Bersedia menerima teguran dan nasihat
Objektiviti a) Objektiviti telah dinyatakan dalam MIA By-Law A-2 sebagai berikut:
The principle of objectivity imposes the obligation on all members to be fair, intellectually
honest and free of conflicts of interest. Members shall be fair in their approach to their
professional work and shall not allow any prejudice, bias or influences of others to override
their objectivity.
i. MIA By-Law A-2
(iv)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
b) Institute of Internal Auditors pula mendefinisikan objektiviti sebagai:
Individual Objectivity – Auditors should have an impartial, unbiased attitude and avoid
conflicts of interest.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah membuat keputusan/pendapat berasaskan kepada fakta,
berfikiran rasional dan tidak berat sebelah.
ii. Institute of Internal
Auditors
7 Bebas Manual Jabatan Audit Negara telah menyatakan mengenai kebebasan di mana Juruaudit
hendaklah pada setiap masa mengekalkan kebebasan dari segi pemikiran dan perlakuan
diri dan tidak membenarkan apa-apa perkara yang boleh menggugat kebebasan Ketua
Audit Negara dalam merancang, menyiasat dan melaporkan secara profesional dan
objektif.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah memastikan bahawa pendapat yang dikeluarkan dalam Laporan
Audit tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
ii. Juruaudit perlu mengambilkira kepentingan semua pihak sebelum sesuatu keputusan
dikeluarkan.
Manual Jabatan Audit Negara
8 Pengaruh Parti
Politik
Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak
memihak kepada mana-mana parti politik semasa menjalankan tugasnya dan tidak
melanggari larangan yang terkandung di bawah Peraturan 21 Perintah Am Bab D
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah mengeluarkan pendapat atau keputusan yang tidak berat sebelah
dan menyokong mana-mana parti politik semasa menjalankan tugas.
Perintah Am Bab D
(Kelakuan dan Tatatertib)
1993 – Peraturan 21
(v)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
9 Bukti yang sahih Juruaudit hendaklah memastikan bahawa bukti yang diperolehi adalah sah dan boleh
dipercayai dengan menimbangkan perkara berikut:
i. Penyatuan pelbagai bukti audit adalah satu teknik yang berkesan untuk meningkatkan
kesahihannya. Ini melibatkan Juruaudit mencari pelbagai jenis bukti audit dari berbagai
punca.
ii. Bukti yang diperolehi daripada punca luaran lazimnya adalah lebih dipercayai
berbanding maklumat yang diperolehi dari dalaman.
iii. Bukti dokumentasi pada kebiasaannya dianggap lebih dipercayai berbanding bukti
lisan.
iv. Bukti yang diperolehi secara langsung melalui pemerhatian atau analisis adalah lebih
meyakinkan.
v. Kebolehpercayaan maklumat yang dikemukakan oleh auditi bergantung kepada
keberkesanan sistem kawalan dalamannya.
vi. Bukti lisan yang disokong oleh bukti bertulis adalah lebih meyakinkan berbanding bukti
lisan semata-mata.
vii. Dokumen asal adalah lebih meyakinkan berbanding salinan potostat.
Manual Jabatan Audit Negara
& Garis Panduan
Pengauditan Prestasi
10 Pendapat Juruaudit a) Manual Jabatan Audit Negara telah menerangkan mengenai Pendapat Juruaudit yang
diberikan boleh dalam bentuk seperti berikut:
i. Bersih – Di mana Juruaudit berpuashati sepenuhnya dengan kebenaran dan
kesaksamaan penyata kewangan;
ii. Berteguran – Di mana Juruaudit tidak berpuas hati dengan aspek-aspek tertentu
penyata kewangan yang berhubung kesaksamaan pelaporan, prinsip perakaunan
yang digunakan atau ketekalan serta pembatasan yang disebabkan oleh sekatan
skop;
iii. Bertentangan – Di mana Juruaudit berpendapat bahawa penyata kewangan dan nota-
nota yang disertakan secara keseluruhan tidak memberi gambaran yang saksama
sama ada berkenaan kedudukan kewangan atau hasil operasi atau perubahan di
dalam kedudukan kewangan sesebuah entiti;
iv. Penafian – Di mana Juruaudit tidak dapat melahirkan pendapat atas beberapa sebab
tertentu termasuk kekangan ke atas skop.
Pendapat Juruaudit yang dikeluarkan juga mestilah bebas daripada sebarang
pengaruh yang boleh menjejaskan kewibawaan seorang Juruaudit.
i. Manual Jabatan Audit
Negara
(vi)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
b) Garis Panduan Pengauditan Prestasi pula telah menyatakan bahawa pendapat
Juruaudit perlu berdasarkan kepada prinsip berikut:
i. Pendapat didahului dengan tajuk yang sesuai.
ii. Pendapat ditandatangani dengan sewajarya.
iii. Pendapat hendaklah merujuk kepada objektif dan skop pengauditan.
iv. Pendapat hendaklah dinyatakan dan diterbitkan bersama-sama penyata kewangan
yang berkaitan, tetapi laporan pengauditan prestasi boleh dilaporkan secara
berasingan.
v. Pendapat hendaklah mengenal pasti pihak yang ditujukan.
vi. Pendapat hendaklah mengenal pasti bidang pengauditan prestasi yang berkaitan.
vii. Pendapat hendaklah mengenal pasti perundangan dan kuasa lain yang membenarkan
pengauditan dijalankan.
viii. Pendapat hendaklah menunjukkan standard pengauditan yang diikuti dalam
menjalankan pengauditan.
ix. Pendapat hendaklah diperolehi tepat pada masanya supaya ia berguna kepada
pembaca dan pengguna.
ii. Garis Panduan
Pengauditan Prestasi
11 Berkelakuan
secara Profesional
Standard
Profesional yang
tinggi
Juruaudit hendaklah menunjukkan perilaku yang baik.
Contoh:
i. Sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi.
ii. Mengamalkan sifat adil, bertanggungjawab, berdedikasi, integriti, neutraliti,
akauntabiliti dan berkecuali.
iii. Membuat keputusan atau tindakan dengan berfikir dan bukan mengikut emosi.
Dalam melaksanakan tugas pengauditan, setiap Juruaudit perlu mempunyai kemahiran
dan kecekapan di samping berilmu. Juruaudit juga mesti mempunyai wawasan diri yang
tinggi, pintar serta kreatif.
(vii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
12 Pengetahuan
Kemahiran
Profesional
Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran, pengalaman serta
ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet dan media massa terutamanya
yang berkaitan dengan pengauditan, perakaunan serta IT.
Contoh:
i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-masing bagi
memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran yang berubah.
ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat serta isu
terkini terutamanya dalam bidang pengauditan.
Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menekankan mengenai kemahiran profesional
yang perlu dimiliki oleh seorang Juruaudit semasa Persidangan Pegawai Kanan Bil.
1/2002.
Contoh:
i. Keupayaan untuk berfikir secara global dan menyeluruh di samping memahami
keadaan auditi secara lebih mendalam serta mengambil tahu pergolakan dalaman
dan luaran yang bakal memberi kesan kepada auditi.
ii. Memahami, menganalisa dan peka terhadap dasar dan program semasa kerajaan.
iii. Menggunakan peralatan yang moden serta menerima penggunaan ICT.
Laporan Persidangan
Pegawai Kanan Bil. 1/2002
13 Meningkatkan
Profesionalisme
Kreatif dan Inovatif
Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara juga telah menekankan mengenai cara untuk
meningkatkan profesionalime seorang Juruaudit semasa Persidangan Pegawai Kanan Bil.
1/2002 seperti berikut:
i. Memahami, menganalisa dan peka terhadap dasar dan program semasa kerajaan.
ii. Menggunakan peralatan yang moden serta menerima penggunaan ICT.
iii. Menghadiri kursus dan latihan bersesuaian dengan tugas.
iv. Meningkatkan kemahiran dan ketelitian melalui penggunaan ICT serta menganggotai
badan profesional.
v. Meningkatkan pengetahuan melalui pekeliling dan standard pengauditan.
Kreatif dimaksudkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta. Inovatif pula
bermaksud sesuatu yang baru yang diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah,
sistem, adat dan lain-lain).
Contoh:
i. Juruaudit perlu sentiasa mencari ide dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah.
Ii Berani mencuba dengan teknik dan kaedah baru bagi memudahkan sesuatu kerja.
Laporan Persidangan
Pegawai Kanan Bil. 1/2002
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
ii. Tonggak 12
(viii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
14 Urus Tadbir yang
Baik (Good
Governance)
Urus tadbir yang baik dapat dinilai dalam sesebuah oraganisasi apabila satu sistem
kawalan dalaman yang telus dan berkesan dapat dihasilkan. Sistem kawalan dalaman
yang berkesan ini akan membolehkan sesuatu tugas dapat dilaksanakan mengikut
perancangan. Juruaudit perlu memastikan bahawa urus tadbir yang baik diwujudkan
dengan:
i. membuat perancangan yang teliti mengenai sesuatu tugas
ii. menyemak semula tugas yang telah dirancang
iii. menyemak secara berterusan segala tugas yang telah dilakukan
iv. mengkaji semula semua tugasan yang telah diselesaikan sebelum laporan
ditandatangani atau dikeluarkan
v. memberi panduan, latihan dan penyeliaan kepada semua ahli pasukan audit.
Selain itu, Juruaudit juga perlu memahami persekitaran auditi secara keseluruhan dan
memastikan aspek kawalan dalaman telah berfungsi dengan sebaiknya.
Garis Panduan Pengauditan
Prestasi
15 Mendedahkan
Maklumat
Seksyen 8 Akta Audit 1957 telah memperuntukkan bahawa Ketua Audit atau mana-mana
orang lain tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada pihak lain.
Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa membuat kenyataan awam secara
bertulis atau lisan, menerbit atau mengedarkan maklumat tertentu kepada media massa
mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Kerajaan melainkan setelah mendapat
kebenaran Ketua Jabatan. Ini telah dinyatakan di bawah Peraturan 19 Perintah Am Bab D
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Contoh:
i. Juruaudit tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada mana-
mana pihak selagi ia belum dibentangkan di Parlimen.
i. Seksyen 8 Akta Audit
1957
ii. Perintah Am Bab D
Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib)
1993 - Peraturan 19
(ix)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
16 Keselamatan
Maklumat
Rahsia
Rahsia rasmi merupakan apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain yang
dikelaskan sebagai ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’, mengikut mana yang
berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau
mana-mana pegawai awam yang telah dilantik.
Juruaudit perlu memastikan bahawa keselamatan maklumat yang diperolehi adalah
terjamin dan mengikut tatacara yang telah ditetapkan di bawah Arahan Keselamatan
seperti berikut:
Dokumen Terperingkat:
Rahsia besar – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan
tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia. Kulit
fail berwarna kuning dengan berpalang merah di sebelah luar kulit depan dan belakang.
Rahsia – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa
kebenaran akan membahayakan keselamatan Negara, menyebabkan kerosakan besar
kepada kepentingan dan martabat atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah
kuasa asing. Kulit fail berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelah luar kulit
hadapan dan belakang.
Sulit – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa
kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan
kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan
atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau
akan menguntungkan sesebuah kuasa asing. Kulit fail berwarna hijau.
Terhad – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang
diperingkatkan di atas. Kulit fail berwarna putih.
Dokumen terperingkat tidak sekali-kali boleh dibawa keluar dari pejabat melainkan jika
dikehendaki untuk rujukan rasmi di mana-mana tempat.Dokumen terperingkat Rahsia
Besar atau Rahsia tidak sekali-kali boleh dibawa balik ke rumah melainkan ada sebab
tertentu dan mendapat kebenaran bertulis Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha
Kerajaan Negeri. Kebenaran bertulis Ketua Jabatan hendaklah didapati terlebih dahulu
untuk membawa balik dokumen terperingkat Sulit atau Terhad ke rumah.
i. Akta Rahsia Rasmi 1972
Seksyen
ii. Arahan Keselamatan
(x)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
17 Pengetahuan Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran, pengalaman serta
ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet dan media massa terutamanya
yang berkaitan dengan pengauditan, perakaunan serta IT.
Contoh:
i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-masing bagi
memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran yang berubah-ubah.
ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat serta isu
terkini terutamanya dalam bidang pengauditan.
18 Ketelitian
Profesional yang
Sewajarnya
Sikap ketelitian profesional yang sewajarnya bermakna Juruaudit berdasarkan kepakaran,
kemahiran dan pengalamannya hendaklah menggunakan pertimbangan yang sewajarnya
untuk memilih ujian dan prosedur audit yang sesuai untuk mengumpul dan menilai bukti
serta menyediakan laporan. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Manual Jabatan Audit
Negara.
Selain itu, ketelitian profesional yang sewajarnya juga merangkumi kerja susulan ke atas
penemuan audit sebelumnya untuk menentukan sama ada langkah-langkah pembetulan
telah diambil tindakan yang sewajarnya. Juruaudit perlu menimbangkan untuk melaporkan
isu yang dibangkitkan daripada pengauditan yang lepas yang mana tidak ada tindakan
pembetulan diambil.
Manual Jabatan Audit Negara
19 Proses Kawalan
Kualiti
Manual Jabatan Audit Negara dan Garis Panduan Pengauditan Prestasi telah
menggariskan mengenai perkara ini. Jabatan perlu mempunyai polisi dan prosedur
kawalan kualiti yang bersesuaian. Pihak Jabatan perlu menerangkan mengenai polisi dan
prosedur kawalan kualitinya kepada kakitangan melalui pendekatan yang sesuai agar
boleh difahami oleh semua pihak.
Juruaudit perlu berhati-hati dalam memberi arahan, menyelia dan menyemak kerja yang
diagihkan kepada pembantunya. Juruaudit juga perlu mendapatkan kepastian yang
munasabah bahawa kerja yang dilakukan oleh juruaudit atau pakar lain adalah memadai
bagi memenuhi keperluannya. Pembelajaran dan latihan yang berterusan juga membantu
untuk mencapai kehendak jaminan kualiti.
Manual Jabatan Audit Negara
& Garis Panduan
Pengauditan Prestasi
(xi)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
Laporan Audit yang
Berkualiti
Juruaudit perlu peka terhadap proses penghasilan Laporan Audit yang berkualiti.
a) Laporan yang disediakan hendaklah memenuhi standard pelaporan yang telah
ditetapkan iaitu:
i. Padat
ii. Jelas
iii. Konsisten
iv. Lengkap
v. Tepat
vi. Tepat pada masa
vii. Objektiviti
b) Standard INTOSAI selanjutnya menyatakan format dan kandungan bagi semua laporan
audit adalah berdasarkan kepada prinsip berikut:
i. Tajuk
ii. Tandatangan dan tarikh
iii. Objektif dan skop
iv. Kesempurnaan
v. Pengguna/Penerima
vi. Perkara yang perlu yang dikenal pasti
vii. Peruntukan Undang-undang
viii. Pematuhan kepada standard
ix. Ketepatan masa
i. Manual Jabatan Audit
Negara
ii. Garis Panduan
Pengauditan Prestasi
20 Laporan yang
objektif
Juruaudit hendaklah memastikan bahawa setiap laporan perlu:
i. Mengandungi satu penjelasan yang tepat mengenai skop pemeriksaan
ii. Padat, jelas, konsisten, lengkap, tepat dan tepat pada masa
iii. Hanya membincangkan isu yang material dan signifikan
iv. Membentangkan penemuan dan kesimpulan secara objektif dan membina dengan
disokong oleh bukti yang mencukupi dan didokumenkan dengan sempurna dalam
kertas kerja.
Manual Jabatan Audit Negara
(xii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
Laporan Seimbang Idea ini telah dicetuskan oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara semasa Persidangan
Pegawai Kanan Tahun 2000 di Langkawi.
Laporan seimbang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i. Melaporkan perkara yang baik mengenai auditi secara keseluruhan serta perkara yang
perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh pihak auditi.
ii. Melaporkan perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh auditi dan
menyatakan sebab serta tindakan yang perlu dilakukan oleh auditi.
Laporan Persidangan
Pegawai Kanan Tahun 2000
di Langkawi
21 Disiplin Diri yang
Tinggi
Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan dan undang-undang. Pekerja yang
berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan, arahan dan undang-undang. Mereka
juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga imej dan
maruah diri dan Jabatannya.
Contoh:
i. Juruaudit mesti datang ke pejabat mengikut waktu yang telah ditetapkan.
ii. Memenuhi temujanji yang telah ditetapkan dengan pihak auditi dan lain-lain agensi.
iii. Berpakaian kemas dan tidak menjolok mata.
iv. Mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.
v. Menghindari diri daripada aktiviti yang kurang sihat.
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
ii. Dasar Penerapan Nilai
Islam Dalam Pentadbiran
22 Bersyukur
Bertanggungjawab
Bersyukur merupakan satu nilai yang amat dituntut oleh agama.
Contoh:
i. Mengguna dan menjaga segala kemudahan yang diberi dengan baik.
ii. Tidak sombong dan bangga diri dengan pangkat dan kebolehan yang ada.
iii. Bersedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar.
Seorang yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
cekap dan sempurna.
Contoh:
i. Melaksana dan menyelesaikan tugas dalam tempoh yang telah ditetapkan.
ii. Bertanggungjawab atas keputusan dan tindakan yang dibuat.
iii. Sentiasa mematuhi arahan dan perintah.
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
ii. Dasar Penerapan Nilai
Islam dalam
Perkhidmatan Awam
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
ii. Dasar Penerapan Nilai
Islam dalam
Perkhidmatan Awam
(xiii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
Bersabar
Bersederhana
Seorang yang bersabar akan sentiasa memastikan bahawa semua tindakan yang diambil
tidak dibuat dengan terburu-buru dan gopoh-gapah. Individu tersebut juga merupakan
seorang yang tabah dan cekal terutamanya ketika berdepan dengan masalah.
Contoh:
i. Tidak mudah mengalah dan tenang apabila menghadapi tekanan.
ii. Tidak cepat marah dan panas baran.
iii. Tidak mudah kecewa apabila dimarahi.
Sifat bersederhana amat dituntut terutamanya bagi mengelakkan pembaziran serta
mengelakkan diri daripada bersikap riak terhadap orang lain.
Contoh:
i. Membuat perancangan yang teliti terutama ketika berbelanja.
ii. Berbudi pekerti terutamanya ketika berkomunikasi.
iii. Bersederhana dari segi berpakaian.
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
ii. Tonggak Dua Belas
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
ii. Tonggak 12
23 Semangat kerja
berpasukan
Semangat kerja berpasukan amat disarankan bagi memastikan sesuatu tugas dapat
dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Saling tolong-menolong antara satu sama lain
dapat mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Selain itu, idea yang bernas dapat
dicetuskan apabila sesuatu perkara itu dibincangkan bersama-sama.
Contoh:
i. Kerap berbincang mengenai tugas yang dilaksanakan.
ii. Mendengar dan menerima pendapat orang lain.
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
ii. Dasar Penerapan Nilai
Islam dalam Pentadbiran
24 Berhemah dalam
berkomunikasi
Seseorang yang berhemah akan sentiasa memberikan layanan yang baik dan menuturkan
kata yang sopan di hadapan ketua, rakan sekerja dan pihak auditi.
Contoh:
i. Menggunakan tutur kata yang sopan ketika bercakap.
ii. Menegur dengan cara yang baik.
i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmtan Awam
ii. Tonggak 12
25 Mengkompromi
Kepentingan
Mengkompromi kepentingan boleh didefinisikan sebagai bertolak ansur dalam memberi
nasihat tanpa menjejaskan kebebasan seorang Juruaudit.
(xiv)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
26 Hadiah atau
Ganjaran
Peraturan 8 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 menetapkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh menerima atau
memberi atau membenarkan ahli keluarga serta mana-mana orang menerima secara
langsung atau tidak langsung apa-apa bentuk hadiah atau pemberian daripada atau
kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan jika penerimaan atau
pemberian itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.
Perintah Am Bab D
Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 – Peraturan
8
27 Kedudukan rasmi Juruaudit adalah dilarang daripada menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan
peribadi.
Contoh:
i. Menggunakan kedudukan untuk membeli sesuatu seperti membeli tanah.
ii. Meminta sumbangan peribadi daripada orang lain.
Perintah Am Bab D
Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 – Peraturan
4
29 Aktiviti Luar Anggota Jabatan Audit Negara tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang pekerjaan luar
yang boleh mencemarkan imej Jabatan Audit Negara. Perkara ini telah dinyatakan di
bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. 1/2002 – Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar.
Anggota Jabatan Audit Negara juga tidak boleh memberi kurusus, ceramah atau seminar
anjuran sektor swasta kecuali yang mendapat kebenaran bertulis daripada Y. Bhg. Ketua
Audit Negara. Perkara ini telah dinyatakan di bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil.
5/2002 – Memberi Kursus/Ceramah/ Seminar Anjuran Sektor Swasta.
Contoh:
i. Juruaudit tidak boleh menyediakan akauan pihak auditi seperti Majlis Daerah dan
sekolah.
Arahan Ketua Audit Negara
Bil. 1/2002 – Penglibatan
Dalam Pekerjaan Luar.
Arahan Ketua Audit Negara
Bil. 5/2002 – Memberi
Kursus/Ceramah/ Seminar
Anjuran Sektor Swasta.
(xv)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
30 Aktiviti Sosial
Ekonomi
Parti Politik
Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa terlibat dalam apa jua yang menyalahi
undang-undang atau peraturan-peraturan Negara atau terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam kegiatan kurang berakhlak atau jenayah.
Contoh:
i. Terlibat dalam kegiatan perjudian.
ii. Terlibat dalam aktiviti lumba haram.
iii. Terlibat dalam pergaulan bebas yang boleh menimbulkan fitnah.
iv. Terlibat dalam pertubuhan haram dan ajaran sesat.
Seseorang pegawai tidak boleh:
i. Mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan atau
perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian atau perindustrian.
ii. Mendapatkan upah kerja bagi mana-mana institusi, syarikat atau, firma atau individu
persendirian.
iii. Memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan percuma atau
mendapat upah.
Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak
memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak melanggari larangan yang terkandung
di dalam Perintah Am Bab D.
Contoh:
i. Terlibat dalam gerakan reformasi.
ii. Mengedarkan risalah atau bahan berkaitan parti politik.
Perintah Am Bab D
Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 – Peraturan
4
Perintah Am Bab D
Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 – Peraturan
5
Arahan Ketua Audit Negara
Bil. 1/2002 – Penglibatan
Dalam Pekerjaan Luar.
Perintah Am Bab D
Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 – Peraturan
21

More Related Content

What's hot

Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANBab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANazfariza
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Konsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategikKonsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategiksmklunas2011
 
Undang undang
Undang undangUndang undang
Undang undangFAROUQ
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikNikky Charloutee
 
Undang-undang Syarikat - Proses Pemerbadanan and Kesan Pemerbadanan
Undang-undang Syarikat - Proses Pemerbadanan and Kesan PemerbadananUndang-undang Syarikat - Proses Pemerbadanan and Kesan Pemerbadanan
Undang-undang Syarikat - Proses Pemerbadanan and Kesan Pemerbadanansurrenderyourthrone
 
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpm
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpmpengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpm
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpmAmir Mohammad
 
Asas pengurusan kewangan
Asas pengurusan kewanganAsas pengurusan kewangan
Asas pengurusan kewanganHome
 
Isu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasiIsu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasisuibhamid
 
Nota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaunNota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaunsmktsj2
 
kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
kemahiran sosial dan kebertanggungjawabankemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
kemahiran sosial dan kebertanggungjawabanjoejambu
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)SITI HAJAR
 
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATANPIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATANSiti Mastura
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanZafarul_Irshard
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANZAFANA
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasaQaseh Zulaikha
 

What's hot (20)

Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANBab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Ceramah Audit Prestasi
Ceramah Audit PrestasiCeramah Audit Prestasi
Ceramah Audit Prestasi
 
Konsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategikKonsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategik
 
Undang undang
Undang undangUndang undang
Undang undang
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
6.4.1 mahkamah persekutuan
6.4.1  mahkamah persekutuan6.4.1  mahkamah persekutuan
6.4.1 mahkamah persekutuan
 
Undang-undang Syarikat - Proses Pemerbadanan and Kesan Pemerbadanan
Undang-undang Syarikat - Proses Pemerbadanan and Kesan PemerbadananUndang-undang Syarikat - Proses Pemerbadanan and Kesan Pemerbadanan
Undang-undang Syarikat - Proses Pemerbadanan and Kesan Pemerbadanan
 
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpm
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpmpengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpm
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpm
 
Asas pengurusan kewangan
Asas pengurusan kewanganAsas pengurusan kewangan
Asas pengurusan kewangan
 
Isu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasiIsu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasi
 
Nota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaunNota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaun
 
kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
kemahiran sosial dan kebertanggungjawabankemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
 
Akta kerja 1955
Akta kerja 1955Akta kerja 1955
Akta kerja 1955
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 
Bab 8 kawalan
Bab 8  kawalanBab 8  kawalan
Bab 8 kawalan
 
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATANPIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 

Viewers also liked

Kaedah penyembelihan binatang
Kaedah penyembelihan binatangKaedah penyembelihan binatang
Kaedah penyembelihan binatangbrokenz_lung
 
Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin Oleh datuk mohamad mapt 29
Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29
Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin Oleh datuk mohamad mapt 29Abdul Ghani
 
Piawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganuPiawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganuMohd Syukri
 
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by lawTopic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by lawsakura rena
 
Konsep pra nombor
Konsep pra nomborKonsep pra nombor
Konsep pra nomborikmalieyana
 
Konsep awal matematik
Konsep awal matematikKonsep awal matematik
Konsep awal matematikNana Rais
 
Auditing In Computer Environment Presentation
Auditing In Computer Environment PresentationAuditing In Computer Environment Presentation
Auditing In Computer Environment PresentationEMAC Consulting Group
 
Sistem informasi akuntansi -siklus pendapatan
Sistem informasi akuntansi -siklus pendapatanSistem informasi akuntansi -siklus pendapatan
Sistem informasi akuntansi -siklus pendapatanRamdoni Rdi
 
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayrold
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayroldRancangan perniagaan frozen food fazil&hayrold
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayroldwani5
 
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2farhana zailan
 
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)Ckg Nizam
 

Viewers also liked (18)

2. etika juruaudit
2. etika juruaudit2. etika juruaudit
2. etika juruaudit
 
Audit dalaman
Audit dalamanAudit dalaman
Audit dalaman
 
Kaedah penyembelihan binatang
Kaedah penyembelihan binatangKaedah penyembelihan binatang
Kaedah penyembelihan binatang
 
Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin Oleh datuk mohamad mapt 29
Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29
Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin Oleh datuk mohamad mapt 29
 
David sm14 inppt03_bm
David  sm14 inppt03_bmDavid  sm14 inppt03_bm
David sm14 inppt03_bm
 
Piawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganuPiawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganu
 
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by lawTopic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
 
Kursus audit kualiti dalaman iso 9001 2008
Kursus audit kualiti dalaman  iso 9001 2008Kursus audit kualiti dalaman  iso 9001 2008
Kursus audit kualiti dalaman iso 9001 2008
 
Konsep pra nombor
Konsep pra nomborKonsep pra nombor
Konsep pra nombor
 
Konsep awal matematik
Konsep awal matematikKonsep awal matematik
Konsep awal matematik
 
Auditing In Computer Environment Presentation
Auditing In Computer Environment PresentationAuditing In Computer Environment Presentation
Auditing In Computer Environment Presentation
 
Sistem informasi akuntansi -siklus pendapatan
Sistem informasi akuntansi -siklus pendapatanSistem informasi akuntansi -siklus pendapatan
Sistem informasi akuntansi -siklus pendapatan
 
rancangan perniagaan
rancangan perniagaan rancangan perniagaan
rancangan perniagaan
 
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayrold
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayroldRancangan perniagaan frozen food fazil&hayrold
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayrold
 
Azlanmohdnorf
AzlanmohdnorfAzlanmohdnorf
Azlanmohdnorf
 
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
 
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
 
Chapter 6
Chapter 6Chapter 6
Chapter 6
 

Similar to ETIKA PROFESIONAL

BE & ; GG, Roni Nugroho, Hapzi Ali, Ethics and Business Ethics and Conflict, ...
BE & ; GG, Roni Nugroho, Hapzi Ali, Ethics and Business Ethics and Conflict, ...BE & ; GG, Roni Nugroho, Hapzi Ali, Ethics and Business Ethics and Conflict, ...
BE & ; GG, Roni Nugroho, Hapzi Ali, Ethics and Business Ethics and Conflict, ...Roni Nugroho
 
Pengauditan lanjutan (Etika Profesi Akuntan Publik) DR. YUDHI HERLIANSYAH, AK...
Pengauditan lanjutan (Etika Profesi Akuntan Publik) DR. YUDHI HERLIANSYAH, AK...Pengauditan lanjutan (Etika Profesi Akuntan Publik) DR. YUDHI HERLIANSYAH, AK...
Pengauditan lanjutan (Etika Profesi Akuntan Publik) DR. YUDHI HERLIANSYAH, AK...lely Wiaya
 
Makalah ak publik audit sektor publik
Makalah ak publik audit sektor publikMakalah ak publik audit sektor publik
Makalah ak publik audit sektor publikIsrandi
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesionalEko Wibowo
 
Legal Ability and Etika Profesional Audit - Pengantar Audit Akuntansi
Legal Ability and Etika Profesional Audit - Pengantar Audit AkuntansiLegal Ability and Etika Profesional Audit - Pengantar Audit Akuntansi
Legal Ability and Etika Profesional Audit - Pengantar Audit AkuntansiQamarulHuda6
 
Audit pertanggungjaaban pemerintah dan auditor
Audit pertanggungjaaban pemerintah dan auditorAudit pertanggungjaaban pemerintah dan auditor
Audit pertanggungjaaban pemerintah dan auditorPuput Wiji
 
Profesi auditor yang menjanjikan dimasa sekarang hingga nanti
Profesi auditor yang menjanjikan dimasa sekarang hingga nantiProfesi auditor yang menjanjikan dimasa sekarang hingga nanti
Profesi auditor yang menjanjikan dimasa sekarang hingga nantiSilvianachairunnisa1
 
BE & GG, Siti Muliawati, Hapzi Ali, Business Ethics & GG; Ethics and conflict...
BE & GG, Siti Muliawati, Hapzi Ali, Business Ethics & GG; Ethics and conflict...BE & GG, Siti Muliawati, Hapzi Ali, Business Ethics & GG; Ethics and conflict...
BE & GG, Siti Muliawati, Hapzi Ali, Business Ethics & GG; Ethics and conflict...siti muliawati
 
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, ethics and conflict interes...
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, ethics and conflict interes...Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, ethics and conflict interes...
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, ethics and conflict interes...Muh Agus Priyetno
 
Presentasi kode etik AAIPI dan simwasda
Presentasi kode etik AAIPI dan simwasdaPresentasi kode etik AAIPI dan simwasda
Presentasi kode etik AAIPI dan simwasdasajishare
 
Legal Liability and Professional Ethics
Legal Liability and Professional EthicsLegal Liability and Professional Ethics
Legal Liability and Professional EthicsRianiDewiAstuty
 
TM 3 AUDIT INVESTIGATIF AND FORENSIK SRIANA.pdf
TM 3 AUDIT INVESTIGATIF AND  FORENSIK SRIANA.pdfTM 3 AUDIT INVESTIGATIF AND  FORENSIK SRIANA.pdf
TM 3 AUDIT INVESTIGATIF AND FORENSIK SRIANA.pdfSulaimanHanif1
 
Be&gg,dede angraini,hapzi ali,audit & internal control ,universitas m...
Be&gg,dede angraini,hapzi ali,audit & internal control ,universitas m...Be&gg,dede angraini,hapzi ali,audit & internal control ,universitas m...
Be&gg,dede angraini,hapzi ali,audit & internal control ,universitas m...Dede Anggraini
 

Similar to ETIKA PROFESIONAL (20)

etika profesi
etika profesietika profesi
etika profesi
 
BE & ; GG, Roni Nugroho, Hapzi Ali, Ethics and Business Ethics and Conflict, ...
BE & ; GG, Roni Nugroho, Hapzi Ali, Ethics and Business Ethics and Conflict, ...BE & ; GG, Roni Nugroho, Hapzi Ali, Ethics and Business Ethics and Conflict, ...
BE & ; GG, Roni Nugroho, Hapzi Ali, Ethics and Business Ethics and Conflict, ...
 
Pengauditan lanjutan (Etika Profesi Akuntan Publik) DR. YUDHI HERLIANSYAH, AK...
Pengauditan lanjutan (Etika Profesi Akuntan Publik) DR. YUDHI HERLIANSYAH, AK...Pengauditan lanjutan (Etika Profesi Akuntan Publik) DR. YUDHI HERLIANSYAH, AK...
Pengauditan lanjutan (Etika Profesi Akuntan Publik) DR. YUDHI HERLIANSYAH, AK...
 
Makalah ak publik audit sektor publik
Makalah ak publik audit sektor publikMakalah ak publik audit sektor publik
Makalah ak publik audit sektor publik
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
12418420.ppt
12418420.ppt12418420.ppt
12418420.ppt
 
Legal Ability and Etika Profesional Audit - Pengantar Audit Akuntansi
Legal Ability and Etika Profesional Audit - Pengantar Audit AkuntansiLegal Ability and Etika Profesional Audit - Pengantar Audit Akuntansi
Legal Ability and Etika Profesional Audit - Pengantar Audit Akuntansi
 
4.kode etik-ppt
4.kode etik-ppt4.kode etik-ppt
4.kode etik-ppt
 
Audit pertanggungjaaban pemerintah dan auditor
Audit pertanggungjaaban pemerintah dan auditorAudit pertanggungjaaban pemerintah dan auditor
Audit pertanggungjaaban pemerintah dan auditor
 
Auditing
AuditingAuditing
Auditing
 
Profesi auditor yang menjanjikan dimasa sekarang hingga nanti
Profesi auditor yang menjanjikan dimasa sekarang hingga nantiProfesi auditor yang menjanjikan dimasa sekarang hingga nanti
Profesi auditor yang menjanjikan dimasa sekarang hingga nanti
 
BE & GG, Siti Muliawati, Hapzi Ali, Business Ethics & GG; Ethics and conflict...
BE & GG, Siti Muliawati, Hapzi Ali, Business Ethics & GG; Ethics and conflict...BE & GG, Siti Muliawati, Hapzi Ali, Business Ethics & GG; Ethics and conflict...
BE & GG, Siti Muliawati, Hapzi Ali, Business Ethics & GG; Ethics and conflict...
 
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, ethics and conflict interes...
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, ethics and conflict interes...Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, ethics and conflict interes...
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, ethics and conflict interes...
 
PPT.pptx
PPT.pptxPPT.pptx
PPT.pptx
 
pptx.pdf
pptx.pdfpptx.pdf
pptx.pdf
 
Presentasi kode etik AAIPI dan simwasda
Presentasi kode etik AAIPI dan simwasdaPresentasi kode etik AAIPI dan simwasda
Presentasi kode etik AAIPI dan simwasda
 
Etika profesional audit
Etika profesional   auditEtika profesional   audit
Etika profesional audit
 
Legal Liability and Professional Ethics
Legal Liability and Professional EthicsLegal Liability and Professional Ethics
Legal Liability and Professional Ethics
 
TM 3 AUDIT INVESTIGATIF AND FORENSIK SRIANA.pdf
TM 3 AUDIT INVESTIGATIF AND  FORENSIK SRIANA.pdfTM 3 AUDIT INVESTIGATIF AND  FORENSIK SRIANA.pdf
TM 3 AUDIT INVESTIGATIF AND FORENSIK SRIANA.pdf
 
Be&gg,dede angraini,hapzi ali,audit & internal control ,universitas m...
Be&gg,dede angraini,hapzi ali,audit & internal control ,universitas m...Be&gg,dede angraini,hapzi ali,audit & internal control ,universitas m...
Be&gg,dede angraini,hapzi ali,audit & internal control ,universitas m...
 

More from Alip Pg

Laporan ketua audit negara 2010
Laporan ketua audit negara 2010Laporan ketua audit negara 2010
Laporan ketua audit negara 2010Alip Pg
 
Dewan rakyat 08.11.1977
Dewan rakyat 08.11.1977Dewan rakyat 08.11.1977
Dewan rakyat 08.11.1977Alip Pg
 
Pengurusan stress
Pengurusan stressPengurusan stress
Pengurusan stressAlip Pg
 
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing by mohd bakri m...
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing   by mohd bakri m...Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing   by mohd bakri m...
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing by mohd bakri m...Alip Pg
 
Enviroment and globalization
Enviroment and globalizationEnviroment and globalization
Enviroment and globalizationAlip Pg
 
China power rising
China power risingChina power rising
China power risingAlip Pg
 
Human wrongs just world trust
Human wrongs   just world trustHuman wrongs   just world trust
Human wrongs just world trustAlip Pg
 
Two treatises of government by locke
Two treatises of government   by lockeTwo treatises of government   by locke
Two treatises of government by lockeAlip Pg
 
The republic by plato
The republic   by platoThe republic   by plato
The republic by platoAlip Pg
 
Undang undang persendirian (private law)
Undang undang persendirian (private law)Undang undang persendirian (private law)
Undang undang persendirian (private law)Alip Pg
 
Undang undang kontrak
Undang undang kontrakUndang undang kontrak
Undang undang kontrakAlip Pg
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanAlip Pg
 
Pentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaPentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaAlip Pg
 
Panel code
Panel codePanel code
Panel codeAlip Pg
 
Panduan undang undang jenayah
Panduan undang undang jenayahPanduan undang undang jenayah
Panduan undang undang jenayahAlip Pg
 
Akta kontrak 120
Akta kontrak 120Akta kontrak 120
Akta kontrak 120Alip Pg
 
Akta kanun acara jenayah 1976
Akta kanun acara jenayah 1976Akta kanun acara jenayah 1976
Akta kanun acara jenayah 1976Alip Pg
 
Akta 196 undang undang amanah
Akta 196 undang undang amanahAkta 196 undang undang amanah
Akta 196 undang undang amanahAlip Pg
 
Zaman batu hanya satu pembohongan sejarah harun yahya
Zaman batu hanya satu pembohongan sejarah   harun yahyaZaman batu hanya satu pembohongan sejarah   harun yahya
Zaman batu hanya satu pembohongan sejarah harun yahyaAlip Pg
 
The malay rulers' loss of immunity
The malay rulers' loss of immunityThe malay rulers' loss of immunity
The malay rulers' loss of immunityAlip Pg
 

More from Alip Pg (20)

Laporan ketua audit negara 2010
Laporan ketua audit negara 2010Laporan ketua audit negara 2010
Laporan ketua audit negara 2010
 
Dewan rakyat 08.11.1977
Dewan rakyat 08.11.1977Dewan rakyat 08.11.1977
Dewan rakyat 08.11.1977
 
Pengurusan stress
Pengurusan stressPengurusan stress
Pengurusan stress
 
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing by mohd bakri m...
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing   by mohd bakri m...Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing   by mohd bakri m...
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing by mohd bakri m...
 
Enviroment and globalization
Enviroment and globalizationEnviroment and globalization
Enviroment and globalization
 
China power rising
China power risingChina power rising
China power rising
 
Human wrongs just world trust
Human wrongs   just world trustHuman wrongs   just world trust
Human wrongs just world trust
 
Two treatises of government by locke
Two treatises of government   by lockeTwo treatises of government   by locke
Two treatises of government by locke
 
The republic by plato
The republic   by platoThe republic   by plato
The republic by plato
 
Undang undang persendirian (private law)
Undang undang persendirian (private law)Undang undang persendirian (private law)
Undang undang persendirian (private law)
 
Undang undang kontrak
Undang undang kontrakUndang undang kontrak
Undang undang kontrak
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
Pentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaPentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusaka
 
Panel code
Panel codePanel code
Panel code
 
Panduan undang undang jenayah
Panduan undang undang jenayahPanduan undang undang jenayah
Panduan undang undang jenayah
 
Akta kontrak 120
Akta kontrak 120Akta kontrak 120
Akta kontrak 120
 
Akta kanun acara jenayah 1976
Akta kanun acara jenayah 1976Akta kanun acara jenayah 1976
Akta kanun acara jenayah 1976
 
Akta 196 undang undang amanah
Akta 196 undang undang amanahAkta 196 undang undang amanah
Akta 196 undang undang amanah
 
Zaman batu hanya satu pembohongan sejarah harun yahya
Zaman batu hanya satu pembohongan sejarah   harun yahyaZaman batu hanya satu pembohongan sejarah   harun yahya
Zaman batu hanya satu pembohongan sejarah harun yahya
 
The malay rulers' loss of immunity
The malay rulers' loss of immunityThe malay rulers' loss of immunity
The malay rulers' loss of immunity
 

ETIKA PROFESIONAL

  • 1. (1) KOD ETIKA JURUAUDIT JABATAN AUDIT NEGARA PENGENALAN Tujuan 1. Kod Etika Juruaudit digubal untuk menjadi panduan kepada semua anggota Jabatan Audit Negara selaras dengan hasrat bagi mempertingkatkan prestasi dan profesionalisme Jabatan. Ini kerana fungsi utama Jabatan adalah untuk membantu meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam. Laporan audit merupakan satu nilai tambah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan awam. Sehubungan itu, Jabatan perlu memperolehi keyakinan daripada masyarakat umum bahawa hasil kerja Jabatan telah dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan berasaskan etika kerja yang tinggi. Definisi 2. Kod Etika Juruaudit adalah satu sistem atau kod tingkah laku berdasarkan kepada tanggungjawab moral dan kewajipan (obligasi) yang menerangkan bagaimana Juruaudit perlu berkelakuan. 3. Kod Etika ini telah digubal berasaskan prinsip utama yang terkandung dalam Guidelines on Ethics for Auditors, Manual Jabatan serta Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Akta Audit 1957, Perlembagaan Persekutuan dan Pekeliling serta Arahan Kerajaan. Konsep 4. Kod Etika Juruaudit dirangka dan dibina di atas paksi Keutuhan, Kebebasan, Keadilan, Keyakinan dan Kecekapan. Konsep ini menitikberatkan kepada tingkah laku yang baik dan peribadi mulia semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi meyakinkan semua pihak terhadap integriti dan kredibiliti Jabatan.
  • 2. (2) TERAS KOD ETIKA Keutuhan 5. Juruaudit mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi standard tingkah laku yang mulia, bersih, amanah, berketerampilan serta beradab sopan dari segi perhubungannya dengan auditi. Bagi mengekalkan keyakinan auditi, tingkah laku ini hendaklah sentiasa terkawal dan utuh. 6. Keutuhan memerlukan Juruaudit menghayati prinsip keadilan dan kebenaran. Ia juga menuntut Juruaudit berpegang kepada prinsip objektiviti, mematuhi standard tingkah laku profesional dan membuat keputusan secara profesional semasa menjalankan tugas. Kebebasan, Adil Dan Saksama 7. Dalam melaksanakan tugas pengauditan, Juruaudit mestilah bertindak secara bebas, adil dan saksama. Tindakan tersebut hendaklah diterjemahkan dari segi pemikiran, niat atau perbuatan. Justeru itu, Juruaudit tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana entiti dan individu yang mempunyai kepentingan tertentu. 8. Juruaudit perlu mengekalkan kebebasan daripada pengaruh parti politik atau lain-lain pertubuhan supaya dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama. 9. Pendapat Juruaudit adalah berasaskan bukti yang sahih yang diperolehi melalui kaedah pengauditan yang profesional. Pendapat Audit yang dikeluarkan hendaklah bebas daripada pengaruh pandangan peribadi ataupun daripada pihak lain yang berkepentingan. 10. Juruaudit hendaklah mempertimbangkan maklumat dan pandangan yang dikemukakan oleh auditi atau pihak lain dalam mengeluarkan pendapatnya. Walau bagaimanapun, pendapat Juruaudit mestilah dibuat secara bebas, adil dan saksama setelah mengambil kira maklumat dan pandangan tersebut.
  • 3. (3) Profesionalisme 11. Juruaudit bertanggungjawab untuk berkelakuan secara profesional pada setiap masa dan mengekalkan standard profesional yang tinggi semasa menjalankan tugas dan melaporkan penemuan audit. 12. Juruaudit perlu memahami dan mematuhi standard pengauditan dan perakaunan serta prosedur pengurusan wang awam. Juruaudit hendaklah menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesional ketika merancang, melaksana serta melapor hasil pengauditan. 13. Bagi meningkatkan profesionalisme, Juruaudit hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan dan perubahan terkini bidang pengauditan, perakaunan, pengurusan dan teknologi maklumat di Malaysia dan sejagat. Juruaudit hendaklah sentiasa kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas pengauditan bagi meninggikan lagi mutu perkhidmatan. Urus Tadbir Yang Baik (Good Governance) 14. Pengauditan merupakan salah satu mekanisme bagi memastikan rangka kerja urus tadbir sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk berperanan dengan efektif, Juruaudit perlu mengamalkan urus tadbir yang baik dalam menjalankan tugas dan peka terhadap fungsi kawalan dalaman serta pengurusan risiko. Kerahsiaan 15. Juruaudit tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperolehi daripada pengauditan yang dijalankan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan, sama ada secara lisan atau bertulis. Sekiranya wujud keperluan perundangan, Juruaudit boleh berbuat demikian. 16. Juruaudit bertanggungjawab memastikan keselamatan maklumat rahsia yang diperolehinya.
  • 4. (4) Kompetensi dan Ketelitian Profesional yang Sewajarnya (Due Professional Care) 17. Bagi melaksanakan tanggungjawab profesionnya, Juruaudit hendaklah berusaha meningkatkan kompetensi dan pengetahuan secara berterusan selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa. Juruaudit hendaklah sentiasa melibatkan diri dengan program pembelajaran profesional secara berterusan. 18. Juruaudit perlu mengamalkan Ketelitian Profesional Yang Sewajarnya semasa menjalankan tugas dan penyediaan laporan audit. Jaminan Kualiti 19. Juruaudit bertanggungjawab mematuhi segala proses kawalan kualiti yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara bagi menghasilkan laporan audit yang berkualiti dan memenuhi standard pengauditan Jabatan, INTOSAI dan yang diterima umum. 20. Juruaudit perlu mengeluarkan laporan yang objektif dan seimbang bagi memberikan keyakinan kepada Badan Perundangan, Eksekutif, auditi dan umum bahawa laporan yang dikeluarkan menggambarkan keadaan yang sebenar dan saksama. Disiplin Diri 21. Juruaudit perlu mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi bagi mencerminkan keperibadian sebagai seorang profesional. Juruaudit perlu patuh kepada arahan, peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Juruaudit juga perlu tampil dalam keadaan yang kemas dan bersih semasa menjalankan tugas. 22. Juruaudit perlu menerapkan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan budaya bersyukur, bertanggungjawab, bersabar dan bersederhana serta menghindarkan diri daripada sebarang perilaku yang boleh menjejaskan imej dan nama baik profesion Juruaudit. 23. Juruaudit perlu memupuk semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas pengauditan.
  • 5. (5) 24. Juruaudit perlu berhemah dalam berkomunikasi sama ada secara lisan mahupun bertulis dalam pelaksanaan audit serta penyampaian hasil pengauditan. Percanggahan Kepentingan 25. Juruaudit dibenarkan memberi nasihat atau khidmat bantuan selain tugas pengauditan kepada auditi. Walau bagaimanapun, nasihat yang diberi itu tidak boleh bercanggah dengan peraturan kerajaan dan mengkompromi kepentingan dan kebebasannya sebagai Juruaudit. Juruaudit juga hendaklah mengelakkan diri daripada perbincangan yang mempersoal atau mengkritik polisi Kerajaan. 26. Juruaudit dilarang menerima hadiah atau ganjaran yang boleh mempengaruhi kebebasan dan keutuhan tugasnya. 27. Juruaudit tidak boleh menggunakan kedudukan rasminya untuk kepentingan peribadi. Perhubungan yang boleh menimbulkan risiko dan keraguan terhadap integriti dan kebebasannya hendaklah dielakkan. 28. Juruaudit tidak boleh menggunakan maklumat yang diperolehi semasa menjalankan tugasnya sebagai satu cara untuk memperolehi keuntungan peribadi. Penglibatan Dalam Aktiviti Luar 29. Juruaudit tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti luar yang melanggar peraturan kerajaan. Juruaudit juga tidak dibenarkan terlibat sebagai agen, penceramah atau Jawatankuasa dalam seminar/ceramah agensi pihak swasta yang memberi pulangan ekonomi kepada diri sendiri dan pihak penganjur. 30. Juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti sosial, ekonomi dan parti politik yang bercanggah dengan peraturan kerajaan. 20 Disember 1999 18 November 2003 (Pindaan)
  • 6. (i) Penjelasan Bagi Perenggan yang Terdapat dalam Kod Etika Juruaudit (Pindaan 18 November 2003) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 5 Mulia Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan sebagai seorang yang mudah memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan serta mempunyai gerak geri dan tingkah laku yang sopan terhadap orang lain. Contoh: i. Juruaudit hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain, bersopan santun dalam berkomunikasi serta saling hormat menghormati ketika menjalankan tugas. ii. Melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan dengan ikhlas dan menganggap ia sebagai satu amanah. iii. Juruaudit juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika berhadapan dengan auditi bagi membolehkan advisory role dapat dilaksanakan dengan berkesan. iv. Juruaudit hendaklah bersedia mendengar pendapat orang lain dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan mereka. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran Bersih Nilai bersih dapat dibahagikan kepada dua iaitu kebersihan dari segi luaran (penampilan) dan dalaman (hati). Kebersihan dari segi luaran dapat dinilai melalui cara individu tersebut berpakaian manakala dalaman pula tidak menunjukkan sifat negatif seperti berniat jahat, iri hati dan dendam. Contoh: i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri serta memakai pakaian yang kemas dan bersih ke pejabat. ii. Juruaudit perlu memastikan keadaan tempat bertugas adalah kemas dan teratur. iii. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan-santun. iv. Perolehan harta melalui sumber yang halal. v. Menjauhkan diri daripada kegiatan rasuah, pecah amanah dan penipuan. vi. Berfikir sebelum bertindak serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara yang betul bukan melalui surat layang. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran
  • 7. (ii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan Amanah Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakannya. Seorang yang amanah akan sentiasa menjaga dirinya daripada sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti menipu, menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak menepati janji. Contoh: i. Juruaudit hendaklah bersikap amanah dalam melapor dan merekodkan sesuatu. (al- Baqarah:282). ii. Juruaudit hendaklah menuntut apa-apa tuntutan yang dibenarkan mengikut peraturan seperti tuntutan perjalanan, pindahan dan kerja lebih masa serta menggunakan mesin punch kad mengikut peraturan yang ditetapkan. iii. Menggunakan peralatan atau kemudahan pejabat untuk tujuan rasmi. Contohnya kemudahan telefon dan internet yang telah disediakan oleh Jabatan. iv. Bertanggungjawab atas apa jua keputusan dan tindakan yang telah dibuat serta tidak menyalahkan orang lain. v. Memastikan segala tugas yang diberi disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. vi. Tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diberi untuk kepentingan diri. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran Berketrampilan Seorang yang berketrampilan adalah seorang yang berkebolehan serta mempunyai kecekapan dan kemampuan dalam menjalankan tugas. Contoh: i. Juruaudit perlu berkebolehan dalam menggunakan teknologi terkini. Beradap sopan Seorang yang beradap sopan merupakan seorang yang sentiasa menjaga tutur katanya terhadap orang lain. Sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap orang lain. Beliau juga akan memastikan percakapannya adalah sopan, lemah lembut tetapi tegas. Contoh: i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya terhadap ketua dan rakan sekerja dengan memastikan percakapannya tidak mengguris hati dan perasaan orang lain. ii. Bersopan santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon terutamanya terhadap auditi dan pihak luar. iii. Tidak meninggikan suara ketika sedang marah. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Tonggak 12
  • 8. (iii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 6 Keadilan Adil bermaksud memberikan kepada yang berhak itu akan haknya mengikut kadar masing- masing atau meletakkan sesuatu ditempatnya. Seorang yang bertindak adil akan mempertimbangkan sesuatu perkara dengan merujuk kepada peraturan dan undang- undang, bukti dan fakta yang telah diperolehi sebelum sesuatu tindakan atau keputusan diambil. Prinsip keadilan juga melibatkan keadilan terhadap diri sendiri, orang bawahan, orang atasan dan teman sejawat. Dalam konteks pengauditan pula, adil juga akan melibatkan pihak auditi. Contoh: i. Juruaudit hendaklah mengutamakan kepentingan Jabatan dan tidak melebihi diri sendiri. ii. Membuat pertimbangan dengan sewajarnya serta mengeluarkan laporan yang seimbang. iii. Juruaudit perlu memberikan ruang kepada semua peringkat dalam memberikan pendapat dan ide. iv. Tidak mengamalkan sikap pilih kasih terutamanya di kalangan kakitangan. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam Kebenaran Nilai kebenaran dapat dilihat dalam diri seseorang apabila setiap amalan, tindakan dan perilaku adalah berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan. Contoh: i. Juruaudit hendaklah jujur ketika melaksanakan tanggungjawabnya. ii. Sentiasa bercakap benar dan mengakui segala kesalahan dan kesilapan. iii. Bersedia menerima teguran dan nasihat Objektiviti a) Objektiviti telah dinyatakan dalam MIA By-Law A-2 sebagai berikut: The principle of objectivity imposes the obligation on all members to be fair, intellectually honest and free of conflicts of interest. Members shall be fair in their approach to their professional work and shall not allow any prejudice, bias or influences of others to override their objectivity. i. MIA By-Law A-2
  • 9. (iv) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan b) Institute of Internal Auditors pula mendefinisikan objektiviti sebagai: Individual Objectivity – Auditors should have an impartial, unbiased attitude and avoid conflicts of interest. Contoh: i. Juruaudit hendaklah membuat keputusan/pendapat berasaskan kepada fakta, berfikiran rasional dan tidak berat sebelah. ii. Institute of Internal Auditors 7 Bebas Manual Jabatan Audit Negara telah menyatakan mengenai kebebasan di mana Juruaudit hendaklah pada setiap masa mengekalkan kebebasan dari segi pemikiran dan perlakuan diri dan tidak membenarkan apa-apa perkara yang boleh menggugat kebebasan Ketua Audit Negara dalam merancang, menyiasat dan melaporkan secara profesional dan objektif. Contoh: i. Juruaudit hendaklah memastikan bahawa pendapat yang dikeluarkan dalam Laporan Audit tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. ii. Juruaudit perlu mengambilkira kepentingan semua pihak sebelum sesuatu keputusan dikeluarkan. Manual Jabatan Audit Negara 8 Pengaruh Parti Politik Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik semasa menjalankan tugasnya dan tidak melanggari larangan yang terkandung di bawah Peraturan 21 Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Contoh: i. Juruaudit hendaklah mengeluarkan pendapat atau keputusan yang tidak berat sebelah dan menyokong mana-mana parti politik semasa menjalankan tugas. Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 21
  • 10. (v) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 9 Bukti yang sahih Juruaudit hendaklah memastikan bahawa bukti yang diperolehi adalah sah dan boleh dipercayai dengan menimbangkan perkara berikut: i. Penyatuan pelbagai bukti audit adalah satu teknik yang berkesan untuk meningkatkan kesahihannya. Ini melibatkan Juruaudit mencari pelbagai jenis bukti audit dari berbagai punca. ii. Bukti yang diperolehi daripada punca luaran lazimnya adalah lebih dipercayai berbanding maklumat yang diperolehi dari dalaman. iii. Bukti dokumentasi pada kebiasaannya dianggap lebih dipercayai berbanding bukti lisan. iv. Bukti yang diperolehi secara langsung melalui pemerhatian atau analisis adalah lebih meyakinkan. v. Kebolehpercayaan maklumat yang dikemukakan oleh auditi bergantung kepada keberkesanan sistem kawalan dalamannya. vi. Bukti lisan yang disokong oleh bukti bertulis adalah lebih meyakinkan berbanding bukti lisan semata-mata. vii. Dokumen asal adalah lebih meyakinkan berbanding salinan potostat. Manual Jabatan Audit Negara & Garis Panduan Pengauditan Prestasi 10 Pendapat Juruaudit a) Manual Jabatan Audit Negara telah menerangkan mengenai Pendapat Juruaudit yang diberikan boleh dalam bentuk seperti berikut: i. Bersih – Di mana Juruaudit berpuashati sepenuhnya dengan kebenaran dan kesaksamaan penyata kewangan; ii. Berteguran – Di mana Juruaudit tidak berpuas hati dengan aspek-aspek tertentu penyata kewangan yang berhubung kesaksamaan pelaporan, prinsip perakaunan yang digunakan atau ketekalan serta pembatasan yang disebabkan oleh sekatan skop; iii. Bertentangan – Di mana Juruaudit berpendapat bahawa penyata kewangan dan nota- nota yang disertakan secara keseluruhan tidak memberi gambaran yang saksama sama ada berkenaan kedudukan kewangan atau hasil operasi atau perubahan di dalam kedudukan kewangan sesebuah entiti; iv. Penafian – Di mana Juruaudit tidak dapat melahirkan pendapat atas beberapa sebab tertentu termasuk kekangan ke atas skop. Pendapat Juruaudit yang dikeluarkan juga mestilah bebas daripada sebarang pengaruh yang boleh menjejaskan kewibawaan seorang Juruaudit. i. Manual Jabatan Audit Negara
  • 11. (vi) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan b) Garis Panduan Pengauditan Prestasi pula telah menyatakan bahawa pendapat Juruaudit perlu berdasarkan kepada prinsip berikut: i. Pendapat didahului dengan tajuk yang sesuai. ii. Pendapat ditandatangani dengan sewajarya. iii. Pendapat hendaklah merujuk kepada objektif dan skop pengauditan. iv. Pendapat hendaklah dinyatakan dan diterbitkan bersama-sama penyata kewangan yang berkaitan, tetapi laporan pengauditan prestasi boleh dilaporkan secara berasingan. v. Pendapat hendaklah mengenal pasti pihak yang ditujukan. vi. Pendapat hendaklah mengenal pasti bidang pengauditan prestasi yang berkaitan. vii. Pendapat hendaklah mengenal pasti perundangan dan kuasa lain yang membenarkan pengauditan dijalankan. viii. Pendapat hendaklah menunjukkan standard pengauditan yang diikuti dalam menjalankan pengauditan. ix. Pendapat hendaklah diperolehi tepat pada masanya supaya ia berguna kepada pembaca dan pengguna. ii. Garis Panduan Pengauditan Prestasi 11 Berkelakuan secara Profesional Standard Profesional yang tinggi Juruaudit hendaklah menunjukkan perilaku yang baik. Contoh: i. Sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi. ii. Mengamalkan sifat adil, bertanggungjawab, berdedikasi, integriti, neutraliti, akauntabiliti dan berkecuali. iii. Membuat keputusan atau tindakan dengan berfikir dan bukan mengikut emosi. Dalam melaksanakan tugas pengauditan, setiap Juruaudit perlu mempunyai kemahiran dan kecekapan di samping berilmu. Juruaudit juga mesti mempunyai wawasan diri yang tinggi, pintar serta kreatif.
  • 12. (vii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 12 Pengetahuan Kemahiran Profesional Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran, pengalaman serta ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet dan media massa terutamanya yang berkaitan dengan pengauditan, perakaunan serta IT. Contoh: i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-masing bagi memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran yang berubah. ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat serta isu terkini terutamanya dalam bidang pengauditan. Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menekankan mengenai kemahiran profesional yang perlu dimiliki oleh seorang Juruaudit semasa Persidangan Pegawai Kanan Bil. 1/2002. Contoh: i. Keupayaan untuk berfikir secara global dan menyeluruh di samping memahami keadaan auditi secara lebih mendalam serta mengambil tahu pergolakan dalaman dan luaran yang bakal memberi kesan kepada auditi. ii. Memahami, menganalisa dan peka terhadap dasar dan program semasa kerajaan. iii. Menggunakan peralatan yang moden serta menerima penggunaan ICT. Laporan Persidangan Pegawai Kanan Bil. 1/2002 13 Meningkatkan Profesionalisme Kreatif dan Inovatif Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara juga telah menekankan mengenai cara untuk meningkatkan profesionalime seorang Juruaudit semasa Persidangan Pegawai Kanan Bil. 1/2002 seperti berikut: i. Memahami, menganalisa dan peka terhadap dasar dan program semasa kerajaan. ii. Menggunakan peralatan yang moden serta menerima penggunaan ICT. iii. Menghadiri kursus dan latihan bersesuaian dengan tugas. iv. Meningkatkan kemahiran dan ketelitian melalui penggunaan ICT serta menganggotai badan profesional. v. Meningkatkan pengetahuan melalui pekeliling dan standard pengauditan. Kreatif dimaksudkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta. Inovatif pula bermaksud sesuatu yang baru yang diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain). Contoh: i. Juruaudit perlu sentiasa mencari ide dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. Ii Berani mencuba dengan teknik dan kaedah baru bagi memudahkan sesuatu kerja. Laporan Persidangan Pegawai Kanan Bil. 1/2002 i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Tonggak 12
  • 13. (viii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 14 Urus Tadbir yang Baik (Good Governance) Urus tadbir yang baik dapat dinilai dalam sesebuah oraganisasi apabila satu sistem kawalan dalaman yang telus dan berkesan dapat dihasilkan. Sistem kawalan dalaman yang berkesan ini akan membolehkan sesuatu tugas dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Juruaudit perlu memastikan bahawa urus tadbir yang baik diwujudkan dengan: i. membuat perancangan yang teliti mengenai sesuatu tugas ii. menyemak semula tugas yang telah dirancang iii. menyemak secara berterusan segala tugas yang telah dilakukan iv. mengkaji semula semua tugasan yang telah diselesaikan sebelum laporan ditandatangani atau dikeluarkan v. memberi panduan, latihan dan penyeliaan kepada semua ahli pasukan audit. Selain itu, Juruaudit juga perlu memahami persekitaran auditi secara keseluruhan dan memastikan aspek kawalan dalaman telah berfungsi dengan sebaiknya. Garis Panduan Pengauditan Prestasi 15 Mendedahkan Maklumat Seksyen 8 Akta Audit 1957 telah memperuntukkan bahawa Ketua Audit atau mana-mana orang lain tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada pihak lain. Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa membuat kenyataan awam secara bertulis atau lisan, menerbit atau mengedarkan maklumat tertentu kepada media massa mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Kerajaan melainkan setelah mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Ini telah dinyatakan di bawah Peraturan 19 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Contoh: i. Juruaudit tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada mana- mana pihak selagi ia belum dibentangkan di Parlimen. i. Seksyen 8 Akta Audit 1957 ii. Perintah Am Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Peraturan 19
  • 14. (ix) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 16 Keselamatan Maklumat Rahsia Rahsia rasmi merupakan apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain yang dikelaskan sebagai ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’, mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang telah dilantik. Juruaudit perlu memastikan bahawa keselamatan maklumat yang diperolehi adalah terjamin dan mengikut tatacara yang telah ditetapkan di bawah Arahan Keselamatan seperti berikut: Dokumen Terperingkat: Rahsia besar – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia. Kulit fail berwarna kuning dengan berpalang merah di sebelah luar kulit depan dan belakang. Rahsia – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan Negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. Kulit fail berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang. Sulit – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan sesebuah kuasa asing. Kulit fail berwarna hijau. Terhad – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan di atas. Kulit fail berwarna putih. Dokumen terperingkat tidak sekali-kali boleh dibawa keluar dari pejabat melainkan jika dikehendaki untuk rujukan rasmi di mana-mana tempat.Dokumen terperingkat Rahsia Besar atau Rahsia tidak sekali-kali boleh dibawa balik ke rumah melainkan ada sebab tertentu dan mendapat kebenaran bertulis Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri. Kebenaran bertulis Ketua Jabatan hendaklah didapati terlebih dahulu untuk membawa balik dokumen terperingkat Sulit atau Terhad ke rumah. i. Akta Rahsia Rasmi 1972 Seksyen ii. Arahan Keselamatan
  • 15. (x) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 17 Pengetahuan Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran, pengalaman serta ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet dan media massa terutamanya yang berkaitan dengan pengauditan, perakaunan serta IT. Contoh: i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-masing bagi memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran yang berubah-ubah. ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat serta isu terkini terutamanya dalam bidang pengauditan. 18 Ketelitian Profesional yang Sewajarnya Sikap ketelitian profesional yang sewajarnya bermakna Juruaudit berdasarkan kepakaran, kemahiran dan pengalamannya hendaklah menggunakan pertimbangan yang sewajarnya untuk memilih ujian dan prosedur audit yang sesuai untuk mengumpul dan menilai bukti serta menyediakan laporan. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Manual Jabatan Audit Negara. Selain itu, ketelitian profesional yang sewajarnya juga merangkumi kerja susulan ke atas penemuan audit sebelumnya untuk menentukan sama ada langkah-langkah pembetulan telah diambil tindakan yang sewajarnya. Juruaudit perlu menimbangkan untuk melaporkan isu yang dibangkitkan daripada pengauditan yang lepas yang mana tidak ada tindakan pembetulan diambil. Manual Jabatan Audit Negara 19 Proses Kawalan Kualiti Manual Jabatan Audit Negara dan Garis Panduan Pengauditan Prestasi telah menggariskan mengenai perkara ini. Jabatan perlu mempunyai polisi dan prosedur kawalan kualiti yang bersesuaian. Pihak Jabatan perlu menerangkan mengenai polisi dan prosedur kawalan kualitinya kepada kakitangan melalui pendekatan yang sesuai agar boleh difahami oleh semua pihak. Juruaudit perlu berhati-hati dalam memberi arahan, menyelia dan menyemak kerja yang diagihkan kepada pembantunya. Juruaudit juga perlu mendapatkan kepastian yang munasabah bahawa kerja yang dilakukan oleh juruaudit atau pakar lain adalah memadai bagi memenuhi keperluannya. Pembelajaran dan latihan yang berterusan juga membantu untuk mencapai kehendak jaminan kualiti. Manual Jabatan Audit Negara & Garis Panduan Pengauditan Prestasi
  • 16. (xi) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan Laporan Audit yang Berkualiti Juruaudit perlu peka terhadap proses penghasilan Laporan Audit yang berkualiti. a) Laporan yang disediakan hendaklah memenuhi standard pelaporan yang telah ditetapkan iaitu: i. Padat ii. Jelas iii. Konsisten iv. Lengkap v. Tepat vi. Tepat pada masa vii. Objektiviti b) Standard INTOSAI selanjutnya menyatakan format dan kandungan bagi semua laporan audit adalah berdasarkan kepada prinsip berikut: i. Tajuk ii. Tandatangan dan tarikh iii. Objektif dan skop iv. Kesempurnaan v. Pengguna/Penerima vi. Perkara yang perlu yang dikenal pasti vii. Peruntukan Undang-undang viii. Pematuhan kepada standard ix. Ketepatan masa i. Manual Jabatan Audit Negara ii. Garis Panduan Pengauditan Prestasi 20 Laporan yang objektif Juruaudit hendaklah memastikan bahawa setiap laporan perlu: i. Mengandungi satu penjelasan yang tepat mengenai skop pemeriksaan ii. Padat, jelas, konsisten, lengkap, tepat dan tepat pada masa iii. Hanya membincangkan isu yang material dan signifikan iv. Membentangkan penemuan dan kesimpulan secara objektif dan membina dengan disokong oleh bukti yang mencukupi dan didokumenkan dengan sempurna dalam kertas kerja. Manual Jabatan Audit Negara
  • 17. (xii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan Laporan Seimbang Idea ini telah dicetuskan oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara semasa Persidangan Pegawai Kanan Tahun 2000 di Langkawi. Laporan seimbang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu: i. Melaporkan perkara yang baik mengenai auditi secara keseluruhan serta perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh pihak auditi. ii. Melaporkan perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh auditi dan menyatakan sebab serta tindakan yang perlu dilakukan oleh auditi. Laporan Persidangan Pegawai Kanan Tahun 2000 di Langkawi 21 Disiplin Diri yang Tinggi Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan dan undang-undang. Pekerja yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan, arahan dan undang-undang. Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga imej dan maruah diri dan Jabatannya. Contoh: i. Juruaudit mesti datang ke pejabat mengikut waktu yang telah ditetapkan. ii. Memenuhi temujanji yang telah ditetapkan dengan pihak auditi dan lain-lain agensi. iii. Berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. iv. Mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. v. Menghindari diri daripada aktiviti yang kurang sihat. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran 22 Bersyukur Bertanggungjawab Bersyukur merupakan satu nilai yang amat dituntut oleh agama. Contoh: i. Mengguna dan menjaga segala kemudahan yang diberi dengan baik. ii. Tidak sombong dan bangga diri dengan pangkat dan kebolehan yang ada. iii. Bersedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Seorang yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap dan sempurna. Contoh: i. Melaksana dan menyelesaikan tugas dalam tempoh yang telah ditetapkan. ii. Bertanggungjawab atas keputusan dan tindakan yang dibuat. iii. Sentiasa mematuhi arahan dan perintah. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam
  • 18. (xiii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan Bersabar Bersederhana Seorang yang bersabar akan sentiasa memastikan bahawa semua tindakan yang diambil tidak dibuat dengan terburu-buru dan gopoh-gapah. Individu tersebut juga merupakan seorang yang tabah dan cekal terutamanya ketika berdepan dengan masalah. Contoh: i. Tidak mudah mengalah dan tenang apabila menghadapi tekanan. ii. Tidak cepat marah dan panas baran. iii. Tidak mudah kecewa apabila dimarahi. Sifat bersederhana amat dituntut terutamanya bagi mengelakkan pembaziran serta mengelakkan diri daripada bersikap riak terhadap orang lain. Contoh: i. Membuat perancangan yang teliti terutama ketika berbelanja. ii. Berbudi pekerti terutamanya ketika berkomunikasi. iii. Bersederhana dari segi berpakaian. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Tonggak Dua Belas i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Tonggak 12 23 Semangat kerja berpasukan Semangat kerja berpasukan amat disarankan bagi memastikan sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Saling tolong-menolong antara satu sama lain dapat mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Selain itu, idea yang bernas dapat dicetuskan apabila sesuatu perkara itu dibincangkan bersama-sama. Contoh: i. Kerap berbincang mengenai tugas yang dilaksanakan. ii. Mendengar dan menerima pendapat orang lain. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam dalam Pentadbiran 24 Berhemah dalam berkomunikasi Seseorang yang berhemah akan sentiasa memberikan layanan yang baik dan menuturkan kata yang sopan di hadapan ketua, rakan sekerja dan pihak auditi. Contoh: i. Menggunakan tutur kata yang sopan ketika bercakap. ii. Menegur dengan cara yang baik. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmtan Awam ii. Tonggak 12 25 Mengkompromi Kepentingan Mengkompromi kepentingan boleh didefinisikan sebagai bertolak ansur dalam memberi nasihat tanpa menjejaskan kebebasan seorang Juruaudit.
  • 19. (xiv) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 26 Hadiah atau Ganjaran Peraturan 8 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menetapkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberi atau membenarkan ahli keluarga serta mana-mana orang menerima secara langsung atau tidak langsung apa-apa bentuk hadiah atau pemberian daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan jika penerimaan atau pemberian itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya. Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 8 27 Kedudukan rasmi Juruaudit adalah dilarang daripada menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan peribadi. Contoh: i. Menggunakan kedudukan untuk membeli sesuatu seperti membeli tanah. ii. Meminta sumbangan peribadi daripada orang lain. Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 4 29 Aktiviti Luar Anggota Jabatan Audit Negara tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang pekerjaan luar yang boleh mencemarkan imej Jabatan Audit Negara. Perkara ini telah dinyatakan di bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. 1/2002 – Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar. Anggota Jabatan Audit Negara juga tidak boleh memberi kurusus, ceramah atau seminar anjuran sektor swasta kecuali yang mendapat kebenaran bertulis daripada Y. Bhg. Ketua Audit Negara. Perkara ini telah dinyatakan di bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. 5/2002 – Memberi Kursus/Ceramah/ Seminar Anjuran Sektor Swasta. Contoh: i. Juruaudit tidak boleh menyediakan akauan pihak auditi seperti Majlis Daerah dan sekolah. Arahan Ketua Audit Negara Bil. 1/2002 – Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar. Arahan Ketua Audit Negara Bil. 5/2002 – Memberi Kursus/Ceramah/ Seminar Anjuran Sektor Swasta.
  • 20. (xv) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 30 Aktiviti Sosial Ekonomi Parti Politik Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa terlibat dalam apa jua yang menyalahi undang-undang atau peraturan-peraturan Negara atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan kurang berakhlak atau jenayah. Contoh: i. Terlibat dalam kegiatan perjudian. ii. Terlibat dalam aktiviti lumba haram. iii. Terlibat dalam pergaulan bebas yang boleh menimbulkan fitnah. iv. Terlibat dalam pertubuhan haram dan ajaran sesat. Seseorang pegawai tidak boleh: i. Mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian atau perindustrian. ii. Mendapatkan upah kerja bagi mana-mana institusi, syarikat atau, firma atau individu persendirian. iii. Memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan percuma atau mendapat upah. Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak melanggari larangan yang terkandung di dalam Perintah Am Bab D. Contoh: i. Terlibat dalam gerakan reformasi. ii. Mengedarkan risalah atau bahan berkaitan parti politik. Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 4 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 5 Arahan Ketua Audit Negara Bil. 1/2002 – Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar. Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 21