Undang undang

10,582 views

Published on

Published in: Education, Travel
  • Be the first to comment

Undang undang

  1. 1. Undang-UndangSatu Pengenalan oleh Dr.Liew
  2. 2. Definisi Undang-Undang A rule of conduct or procedure established by custom, agreement, or authority. The body of rules and principles governing the affairs of a community and enforced by a political authority; a legal system The condition of social order and justice created by adherence to such a system: A set of rules or principles dealing with a specific area of a legal system: tax law; criminal law. -Free Online Dictionary
  3. 3. Definisi Undang-Undang Suatu peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku atau prosedur yang dibentuk oleh adat , perjanjian atau autoriti. Suatu set peraturan atau prinsip yang mentadbir hal ehwal sesuatu komuniti yang dikuatkuasakan oleh sesuatu autoriti politik,suatu sistem guaman. Suatu set peraturan atau prinsip yang mengendalikan sebahagian sistem guaman: undang-undang cukai, undang-undang jenayah dll -Free Online Dictionary
  4. 4. Definisi Undang-Undang Undang-undang ialah semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk mengikut autoriti atau adat sesuatu kaum -Webster Dictionary Satu set peraturan yang mentadbir tingkahlaku dalam masyarakat -Yaqin Satu set peraturan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah Negeri. Sumber Tambahan-Wikipedia
  5. 5. Jenis Undang-Undang Undang - Undang Awam (Public Law) Undang - Undang Persendirian (Private Law)
  6. 6. Undang-Undang Awam Undang-undang yang mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri. Undang-undang perlembagaan- membincangkan hak individu dan negeri Undang-undang jenayah- membincangkan jenis jenayah yang dilakukan oleh individu terhadap negeri.
  7. 7. Undang-Undang Persendirian Undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan perhubungan antara individu seperti hak-hak dan tugas sesama mereka. Bertujuan untuk memberi pampasan kepada pihak yang teraniaya supaya harta dapat diperolehi semula daripada pihak yang melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan tanggungjawab. Contoh: Undang-undang kontrak , undang-undang tort, undang-undang hak cipta, Akta perkongsian dll.
  8. 8. Sumber Undang-Undang Terdapat dua sumber undang-undang Sumber Bertulis Sumber Tidak Bertulis
  9. 9. Sumber Undang-Undang Bertulis Undang-undang yang digubal oleh badan-badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Dikenali sebagai sumber bertulis sebab undang-undang tersebut dinyatakan,ditulis dan distatutorikan secara sepesifik. Sumber-sumber undang-undang bertulis di Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Negeri Akta Enakmen Ordinan Undang-undang subsidiari
  10. 10. Sumber Undang-Undang Tidak Bertulis Undang-undang selain daripada sumber undang-undang bertulis, iaitu undang-undang yang tidak ditulis dan bukan digubal oleh mana-mana badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ia boleh didapati daripada kes-kes yang lepas , adat resam tempatan dll. Sumber-sumber undang-undang tidak bertulis di Malaysia ialah Undang-undang Inggeris Undang-Undang Syariah Adat Resam
  11. 11. Perlembagaan Persekutuan Undang-undang utama Malaysia Di antara perkara-perkara yang bincangkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Hak Individu Kuasa Kerajaan Pusat Kuasa Kerajaan Negeri Kuasa Raja Undang-undang yang tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah.
  12. 12. Perlembagaan Negeri Terdapat 13 Perlembagaan Negeri yang ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri Di antara perkara-perkara yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Negeri ialah Yang bersangkutan dengan Sultan Adat Kewangan negeri Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan
  13. 13. Akta(Undang-Undang Persekutuan) Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan oleh Parlimen selepas merdeka Undang-undang persekutuan sebelum merdeka dikenali sebagai Ordinan. Contoh: Akta Kontrak 1950 Akta Syarikat 1965 Akta Perkongsian Lain-lain
  14. 14. Enakmen Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Undang-undang Negeri bagi Sarawak dikenali sebagai Ordinan Contoh: Enakmen Undang-undang keluarga Islam Selangor 1984 Enakmen Undang-Undang keluarga Islam 2004 (Negeri Perak)
  15. 15. Undang-Undang Subsidiari Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan oleh pihak atau badan tertentu seperti menteri-menteri dan pihak berkuasa tempatan di bawah kuasa yang diberikan kepada mereka oleh Akta atau Enakmen yang dikenali sebagai Akta Induk. Undang-undang Subsidiari wujud di peringkat Persekutuan dan Negeri. Juga dikenali sebagai undang-undang kecil atau perwakilan.
  16. 16. Undang-Undang Inggeris Undang-Undang Inggeris membentuk sebahagian daripda undang-undang di Malaysia. Ia terdiri daripada Common Law dan Rules of Equity(Kaedah Ekuiti). Bukan semua Common Law dan Rules of Equity boleh membentuk sebahagian daripda undang-undang di Malaysia. Pemakaian Undang-Undang Inggeris di Malaysia adalah diperuntukkan di bawah seksyen 3(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956
  17. 17. Undang-Undang Inggeris Common law refers to law and the corresponding legal system developed through decisions of courts and similar tribunals, rather than through legislative statutes or executive action .
  18. 18. Rules of EquityEquity is the name given to the set of legal principles, in jurisdictions following the English common law tradition, which supplement strict rules of law where their application would operate harshly, so as to achieve what is sometimes referred to as "natural justice." It is often confusingly contrasted with "law", which in this context refers to "statutory law" (the laws enacted by a legislature, such as the United States Congress), and "common law" (the principles established by judges when they decide cases).
  19. 19. Pemakaian Undang-UndangInggeris di Malaysia.Pemakaian Undang-undang Inggeris di Malaysia adalah tertakluk kepada dua syarat: Apabila wujudnya kekosongan undang- undang tempatan di dalam sesuatu kes yang tertentu. Hanya Undang-Undang Inggeris yang sesuai dengan kegunaan tempatan.
  20. 20. Institusi Undang-Undang di Malaysia. Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi Mahkamah Sesyen Mahkamah Majistret Mahkamah Penghulu
  21. 21. Institusi Undang-Undang di Malaysia.Mahkamah Persekutuan & 1. Mendengar kes rayuan daripadaRayuan mahkamah tinggi 2. Mendengar kes untuk kali pertama 3. Memutuskan sama ada undang-undang negeri bercanggah dengan undang- undang persekutuanMahkamah Tinggi 1. Mendengar kes sivil dan jenayah 2. Tuntutan >RM280,000 3. Semua jenis hukuman termasuk hukum mati 4. Mendengar kebankrapan dan kes-kes tidak didengar oleh mahkamah lebih rendah.
  22. 22. Institusi Undang-Undang di Malaysia.Mahkamah Sesyen 1. Kes-kes sivil dengan RM25000<tuntutan <RM280,000 2. Hukuman penjara bagi kes sivil sehingga 10 tahun 3. Boleh dengar kes jenayah dengan hukuman penjara melebihi 10 tahun tetapi tidak boleh jatuhkan hukuman mati. 1. Kes-kes sivil dengan tuntutan< RM25000Mahkamah Majistret 2. Hukuman penjara <10 tahunMahkamah Penghulu 1. Kes-Kes sivil dengan tuntutan <RM50 2. Kes-kes yang kecil. Denda tidak >RM25 3. Cuma boleh hukum orang berketurunan Asia.
  23. 23. Latihan1. Nyatakan empat sumber undang-undang bertulis (STPM 2001)2. Takrifkan yang berikut: (STPM 2000) i. Akta ii. Enakmen iii. Ordinan3. Nyatakan dua jenis undang-undang di Malaysia. (STPM 2008)

×