Pengajian Perniagaan
946/2
Pusat Tingkatan 6 Sungai Ara
Proses
Pembuatan
Keputusan
Mengutip data
Menganalisis data
Memilih
alternatif
Menilai alternatif
Menjana
alternatif
Mengenal pasti
masalah
1. Mengenal pasti masalah
Mengenal pasti punca atau sebab masalah yang sedang dihadapi sama ada
berpunca daripada faktor dalaman atau faktor luaran, contohnya, jualan
syarikat merosot atau penurunan kualiti produk syarikat.
Masalah atau peluang yang wujud akan dikenal pasti dan didefinisikan
secara ringkas, jelas, tepat dan khusus serta mengkategorikannya kepada
masalah utama dan masalah sampingan.
Pembuat keputusan perlu memiliki kemahiran memerhati, mentafsir dan
manghubungkaitkan sesuatu masalah dengan masalah lain.
Contohnya, masalah syarikat ialah jualan merosot. Pengurus pemasaran
akan berusaha untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dialami sama
ada disebabkan perubahan cita rasa pengguna, promosi yang tidak tepat
atau kurang promosi, kualiti produk yang tidak menepati kehendak
pengguna, persaingan sengit, jurujual tiada kemahiran jualan dan
sebagainya.
2. Mengutip data
 Data yang relevan dengan masalah yang dikenalpasti akan
dikumpulkan atau dikutip.
 Pembuatan keputusan perlu mendapatkan, mengutip, mengumpul
segala data atau maklumat yang berkaitan dengan masalah, situasi,
isu atau peluang yang wujud sebanyak mungkin.
 Maklumat diperoleh daripada maklumat dalaman/luaran organisasi.
 Semakin banyak dan tepat maklumat yang diperoleh maka
kebarangkalian mendapat keputusan yang tepat akan diperoleh.
 Data dikutip melalui pemerhatian, peninjauan, pemantauan, temu
duga, soal selidik, maklum balas pengguna dan sebagainya.
 Maklumat yang diperoleh berhubung dengan masalah sama ada
berbentuk angka/tidak berangka iaitu secara kuantitatif dan
kualitatif.
 Maklumat atau data boleh diperoleh daripada sumber
dalaman/luaran organisasi sama ada berbentuk sumber
primer/sekunder.
 Sumber dalaman organisasi berkaitan kapasiti sumber organisasi
seperti bilangan tenaga kerja dan jenis kemahiran yang ada,
kewangan, penggunaan kuantiti bahan mentah dan lain-lain.
 Sumber luaran organisasi adalah seperti peluang pasaran,
persaingan, keadaan ekonomi semasa dan politik.
 Contoh ; Pengurus pemasaran boleh membuat kajian melalui soal
selidik, pemerhatian, temu bual, memperoleh data jualan atau
maklumat pemasaran bagi mengenal pasti masalah sebenar yang
dialami syarikat. Setelah kajian terperinci dijalankan, maka pengurus
pemasaran dapat mengenal pasti masalah sebenar.
Kaedah yang boleh digunakan untuk mengutip data:
 Soal selidik – memberikan soal selidik kepada resonden.
 Temubual – menemubual pihak yang terlibat dalam isu keputusan yang
hendak dibuat.
 Bahan bukti – menggunakan maklumat yang sedia ada untuk membuat
keputusan. Contoh: data perakaunan dan maklumat pemasaran.
 Pemerhatian – pengkaji mengumpul maklumat dengan melihat sendiri.
Contoh: pemerhatian kesesakan lalu lintas atau pemerhatian kekerapan
penggunaan mesin deposit tunai (CDM).
3. Menganalisis data
 Data yang diperoleh akan dipastikan mempunyai kualiti dan kebolehpercayaan daripada
aspek kesahihan serta mampu menyelesaikan masalah.
 Data tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan teknik tertentu untuk mengenal pasti
punca-punca masalah.
 Meringkaskan data yang dikutip dengan membuat pengiraan iaitu dengan menggunakan
alatan statistik seperti purata, sisihan piawai, ukuran kekerapan, peratusan, median dan
kecerunan.
 Analisis yang dibuat menggunakan kualitatif atau kuantitatif bagi mendapatkan gambaran
sebenar tentang masalah yang timbul.
 Data ini juga boleh dipersembahkan dalam bentuk graf atau carta supaya dapat difahami.
 Setelah dikenal pasti oleh pengurus pemasaran bahawa masalah sebenar berpunca
daripada mesin lama yang kerap rosak menyebabkan produk yang dihasilkan tidak
berkualiti. Kesannya pelanggan tidak berminat membeli produk syarikat. Oleh itu,
penyediaan pelbagai alternatif lain harus dibuat bagi memperbaiki kualiti produk.
4. Menjana alternatif
 Mendapatkan dan menyenaraikan pelbagai pilihan alternatif yang boleh
menyelesaikan masalah sebaik mungkin.
 Alternatif-alternatif pilihan ini dibina berdasarkan maklumat yang dikutip
dan dianalisis.
 Alternatif boleh dubentuk berdasarkan idea/pandangan yang disumbangkan
oleh pekerja melalui sesi sumbang saran/kumpulan fokus.
 Pembuat keputusan memerlukan masa yang mencukupi untuk berbuat
demikian berdasarkan data yang dianalisis bagi menjana alternatif
penyelesaian.
 Contoh ; Pengurus pemasaran memikirkan sama ada mahu menggunakan
mesin sedia ada dengan membuat penyelenggaraan, menyewa mesin baru
atau membeli mesin baru. Maklumat pasaran yang berkaitan dengan mesin
tersebut perlu diperoleh seperti jenis mesin, kapasiti pengeluaran, nama
pembekal/penyewa/penyelenggara, kos setiap mesin dan sebagainya.
Kemampuan kewangan syarikat perlu dilibatkan dalam pemilihan alternatif.
5.Menilai alternatif
Senarai alternatif penyelesaian yang diperoleh akan diteliti
dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan organisasi
serta peluang dan ancaman luaran.
Analisis harus dibuat dengan cermat dan kritikal. Alternatif
yang tidak memberi penyelesaian yang baik akan dibuang.
Analisis SWOT, penggunaan rajah tulang ikan atau pokok
keputusan berupaya membantu pengurus dalam
menganalisis data.
Masalah dan kekangan yang mungkin wujud juga harus
diambil kira.
Aspek kekuatan dan kelemahan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu :
 Menilai daripada aspek keupayaan kewangan syarikat atau modal
sama ada syarikat mampu untuk melaburkan wang bagi melaksanakan
alternatif tersebut atau sebaliknya.
Menilai daripada aspek anggaran keuntungan yang diperoleh syarikat
jika memilih sesuatu alternatif tersebut dengan membandingkan
antara kos yang perlu ditanggung dengan jumlah perolehan yang akan
diterima (memilih antara kos dan faedah).
Menilai sama ada realistik atau sebaliknya.
Menilai daripada segi kecukupan maklumat.
Contohnya, pengurus pemasaran akan meneliti dengan cermat
alternatif yang telah dibentuk. Kemampuan syarikat daripada segi
sumber kewangan, kapasiti mesin,jangka hayat mesin, kos
penyelenggaraan dan sebagainya akan diberi keutamaan dalam
pemilihan alternatif.
6. Memilih alternatif
 Hasil penilaian membolehkan pengurus memilih alternatif terbaik iaitu langkah
yang akan diambil oleh pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalah atau
merebut peluang yang wujud.
Alternatif yang dipilih seharusnya menjanjikan hasil terbaik dan menguntungkan
organisasi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Pengurus harus menjadikan matlamat syarikat sebagai panduan.
Pemilihan alternatif terbaik berdasarkan keupayaan organisasi dan persekitaran
organisasi dalam melaksanakan alternatif yang dipilih.
Keputusan pemilihan alternatif hendaklah dibuat berdasarkan kaedah pembuatan
keputusan yang sesuai
Contohnya, pengurus pemasaran menggunakan alat-alat membuat keputusan
seperti analisis statistik, pokok keputusan dan lain-lain bagi memilih alternatif
terbaik.
Sekian
Terima Kasih

Proses pembuatan keputusan

  • 1.
  • 2.
  • 3.
    1. Mengenal pastimasalah Mengenal pasti punca atau sebab masalah yang sedang dihadapi sama ada berpunca daripada faktor dalaman atau faktor luaran, contohnya, jualan syarikat merosot atau penurunan kualiti produk syarikat. Masalah atau peluang yang wujud akan dikenal pasti dan didefinisikan secara ringkas, jelas, tepat dan khusus serta mengkategorikannya kepada masalah utama dan masalah sampingan. Pembuat keputusan perlu memiliki kemahiran memerhati, mentafsir dan manghubungkaitkan sesuatu masalah dengan masalah lain. Contohnya, masalah syarikat ialah jualan merosot. Pengurus pemasaran akan berusaha untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dialami sama ada disebabkan perubahan cita rasa pengguna, promosi yang tidak tepat atau kurang promosi, kualiti produk yang tidak menepati kehendak pengguna, persaingan sengit, jurujual tiada kemahiran jualan dan sebagainya.
  • 4.
    2. Mengutip data Data yang relevan dengan masalah yang dikenalpasti akan dikumpulkan atau dikutip.  Pembuatan keputusan perlu mendapatkan, mengutip, mengumpul segala data atau maklumat yang berkaitan dengan masalah, situasi, isu atau peluang yang wujud sebanyak mungkin.  Maklumat diperoleh daripada maklumat dalaman/luaran organisasi.  Semakin banyak dan tepat maklumat yang diperoleh maka kebarangkalian mendapat keputusan yang tepat akan diperoleh.  Data dikutip melalui pemerhatian, peninjauan, pemantauan, temu duga, soal selidik, maklum balas pengguna dan sebagainya.
  • 5.
     Maklumat yangdiperoleh berhubung dengan masalah sama ada berbentuk angka/tidak berangka iaitu secara kuantitatif dan kualitatif.  Maklumat atau data boleh diperoleh daripada sumber dalaman/luaran organisasi sama ada berbentuk sumber primer/sekunder.  Sumber dalaman organisasi berkaitan kapasiti sumber organisasi seperti bilangan tenaga kerja dan jenis kemahiran yang ada, kewangan, penggunaan kuantiti bahan mentah dan lain-lain.  Sumber luaran organisasi adalah seperti peluang pasaran, persaingan, keadaan ekonomi semasa dan politik.  Contoh ; Pengurus pemasaran boleh membuat kajian melalui soal selidik, pemerhatian, temu bual, memperoleh data jualan atau maklumat pemasaran bagi mengenal pasti masalah sebenar yang dialami syarikat. Setelah kajian terperinci dijalankan, maka pengurus pemasaran dapat mengenal pasti masalah sebenar.
  • 6.
    Kaedah yang bolehdigunakan untuk mengutip data:  Soal selidik – memberikan soal selidik kepada resonden.  Temubual – menemubual pihak yang terlibat dalam isu keputusan yang hendak dibuat.  Bahan bukti – menggunakan maklumat yang sedia ada untuk membuat keputusan. Contoh: data perakaunan dan maklumat pemasaran.  Pemerhatian – pengkaji mengumpul maklumat dengan melihat sendiri. Contoh: pemerhatian kesesakan lalu lintas atau pemerhatian kekerapan penggunaan mesin deposit tunai (CDM).
  • 7.
    3. Menganalisis data Data yang diperoleh akan dipastikan mempunyai kualiti dan kebolehpercayaan daripada aspek kesahihan serta mampu menyelesaikan masalah.  Data tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan teknik tertentu untuk mengenal pasti punca-punca masalah.  Meringkaskan data yang dikutip dengan membuat pengiraan iaitu dengan menggunakan alatan statistik seperti purata, sisihan piawai, ukuran kekerapan, peratusan, median dan kecerunan.  Analisis yang dibuat menggunakan kualitatif atau kuantitatif bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang masalah yang timbul.  Data ini juga boleh dipersembahkan dalam bentuk graf atau carta supaya dapat difahami.  Setelah dikenal pasti oleh pengurus pemasaran bahawa masalah sebenar berpunca daripada mesin lama yang kerap rosak menyebabkan produk yang dihasilkan tidak berkualiti. Kesannya pelanggan tidak berminat membeli produk syarikat. Oleh itu, penyediaan pelbagai alternatif lain harus dibuat bagi memperbaiki kualiti produk.
  • 8.
    4. Menjana alternatif Mendapatkan dan menyenaraikan pelbagai pilihan alternatif yang boleh menyelesaikan masalah sebaik mungkin.  Alternatif-alternatif pilihan ini dibina berdasarkan maklumat yang dikutip dan dianalisis.  Alternatif boleh dubentuk berdasarkan idea/pandangan yang disumbangkan oleh pekerja melalui sesi sumbang saran/kumpulan fokus.  Pembuat keputusan memerlukan masa yang mencukupi untuk berbuat demikian berdasarkan data yang dianalisis bagi menjana alternatif penyelesaian.  Contoh ; Pengurus pemasaran memikirkan sama ada mahu menggunakan mesin sedia ada dengan membuat penyelenggaraan, menyewa mesin baru atau membeli mesin baru. Maklumat pasaran yang berkaitan dengan mesin tersebut perlu diperoleh seperti jenis mesin, kapasiti pengeluaran, nama pembekal/penyewa/penyelenggara, kos setiap mesin dan sebagainya. Kemampuan kewangan syarikat perlu dilibatkan dalam pemilihan alternatif.
  • 9.
    5.Menilai alternatif Senarai alternatifpenyelesaian yang diperoleh akan diteliti dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan organisasi serta peluang dan ancaman luaran. Analisis harus dibuat dengan cermat dan kritikal. Alternatif yang tidak memberi penyelesaian yang baik akan dibuang. Analisis SWOT, penggunaan rajah tulang ikan atau pokok keputusan berupaya membantu pengurus dalam menganalisis data. Masalah dan kekangan yang mungkin wujud juga harus diambil kira.
  • 10.
    Aspek kekuatan dankelemahan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu :  Menilai daripada aspek keupayaan kewangan syarikat atau modal sama ada syarikat mampu untuk melaburkan wang bagi melaksanakan alternatif tersebut atau sebaliknya. Menilai daripada aspek anggaran keuntungan yang diperoleh syarikat jika memilih sesuatu alternatif tersebut dengan membandingkan antara kos yang perlu ditanggung dengan jumlah perolehan yang akan diterima (memilih antara kos dan faedah). Menilai sama ada realistik atau sebaliknya. Menilai daripada segi kecukupan maklumat. Contohnya, pengurus pemasaran akan meneliti dengan cermat alternatif yang telah dibentuk. Kemampuan syarikat daripada segi sumber kewangan, kapasiti mesin,jangka hayat mesin, kos penyelenggaraan dan sebagainya akan diberi keutamaan dalam pemilihan alternatif.
  • 11.
    6. Memilih alternatif Hasil penilaian membolehkan pengurus memilih alternatif terbaik iaitu langkah yang akan diambil oleh pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalah atau merebut peluang yang wujud. Alternatif yang dipilih seharusnya menjanjikan hasil terbaik dan menguntungkan organisasi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Pengurus harus menjadikan matlamat syarikat sebagai panduan. Pemilihan alternatif terbaik berdasarkan keupayaan organisasi dan persekitaran organisasi dalam melaksanakan alternatif yang dipilih. Keputusan pemilihan alternatif hendaklah dibuat berdasarkan kaedah pembuatan keputusan yang sesuai Contohnya, pengurus pemasaran menggunakan alat-alat membuat keputusan seperti analisis statistik, pokok keputusan dan lain-lain bagi memilih alternatif terbaik.
  • 12.