SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG

                TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH




1.0       PENGENALAN

   Sudah diketahui bahawa hal ehwal berkenaan tanah di dalam
Perlembagaan Persekutuan dijelaskan di bawah Senarai Negeri, dan oleh
yang demikian, segala bentuk hal ehwal berkenaan tanah adalah terletak
di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk
mentadbirnya. Perkara yang berhubung dengan Kerajaan Tempatan
pula diperuntukkan di bawah Senarai Negeri iaitu Jadual Kesembilan
Butiran 4(a) di dalam Perlembagaan Persekutuan. Terdapat dua bentuk
pentadbiran di peringkat tempatan iaitu sistem pentadbiran Pejabat
Daerah dan struktur kerajaan tempatan.




1.1       Sejarah Sistem dan Struktur Kerajaan Tempatan

Konsep kerajaan tempatan         meliputi bidang yang agak luas. Seseorang
itu    akan   memerlukan     perkhidmatan       kerajaan    tempatan    sepanjang
hayatnya.      Pada    umumnya     unit-unit     kerajaan    tempatan      tersebut
dipertanggungjawabkan        dengan   tugas      mengawas      kesihatan    awam,
mengutip       hasil   dan   melakukan       kerja-kerja    kejuruteraan    seperti
pembaikan jalan dan longkang. Penyusunan semula kerajaan tempatan di
Malaysia merupakan suatu usaha yang dibuat untuk memperkasakan
struktur dan organisasi semua penguasa tempatan yang ada di negara
ini.




sms2007                                  1
Faktor-faktor yang mendorong kerajaan untuk menyusun semula
penguasa-penguasa tempatan di negara ini ialah :-

          (a)   terdapat    kecuaian     pentadbiran    dikalangan     penguasa
                tempatan;

          (b)   keadaan     kurang      cekap   dalam    amalan      pentadbiran
                dikalangan penguasa-penguasa tempatan;

          (c)   berlakunya banyak kes penyelewengan dalam pentadbiran
                kerajaan tempatan;

          (d)   perlu berikutan dengan perubahan keutamaan dalam sistem
                kerajaan    tempatan,    terutamanya    sebagai   usaha   untuk
                menambah pendapatan dan juga mempertingkatkan fungsi
                penguasa tempatan yang selama ini agak terbatas;

          (e)   terdapat motif politik yang mendorong kerajaan menyusun
                semula institusi tersebut.

2.0       ASAS PERUNDANGAN KERAJAAN TEMPATAN

Asas perundangan bagi kerajaan tempatan diperuntukkan dalam Butiran
4 Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sebagai
perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak
yang eksklusif ke atas kerajaan tempatan.

Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pula berfungsi sebagai badan
yang menggubal dasar-dasar negara dalam kerajaan tempatan. Terdapat
beberapa undang-undang yang diguna pakai di peringkat penguasa
tempatan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan
Bangunan 1974 (Akta 133). Terdapat juga undang-undang kecil seperti
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984,               Akta Jalan, Parit dan




sms2007                                   2
Bangunan 1974 (Akta 133) dan Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan
(Am) yang disediakan di bawah Akta 172.

Kedudukan Majlis Penguasa Tempatan pula boleh dikategorikan sebagai
‘penasihat’     yang     berbentuk   menasihati     dalam     perundingan,
bertanggungjawab membuat keputusan, membenarkan dan mengarahkan
kakitangannya untuk menyempurnakan sesuatu tugas. Majlis mempunyai
Yang Dipertua sebagai ketua utama diikuti oleh Setiausaha dalam
hierarki organisasi. Anggota Majlis terdiri dari kumpulan profesional dan
pegawai       kumpulan    pentadbiran.   Majlis   bergerak    atas   sistem
jawatankuasa.      Terdapat     jawatankuasa      kewangan,     perlesenan,
perancangan, lalulintas dan keindahan Bandar.

Fungsi Penguasa Tempatan

Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

‘Pihak berkuasa tempatan’ seperti yang dimaksudkan di dalam Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ertinya “Majlis Bandaraya, Majlis
Perbandaran/Majlis Daerah, mengikut mana yang berkenaan dan
berhubung dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk Bandar
Kuala Lumpur yang dilantik di bawah Seksyen 3 Akta Ibukota
Persekutuan, 1960”.

Pihak berkuasa tempatan adalah satu badan yang diwujudkan melalui
perundangan dan aktivitinya terhad kepada kuasa-kuasa dan tugas-
tugasnya yang diperuntukkan di dalam undang-undang tersebut. Jika
mereka bertindak tanpa menurut undang-undang itu, tindakan adalah
ultra vires (di luar kuasa) dan mahkamah boleh menghalangnya. Prinsip
ini merupakan asas yang menentukan status fungsi kerajaan tempatan.

Akta Kerajaan Tempatan 1976 menggariskan banyak aktiviti yang boleh
dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan. Ini termasuklah fungsi-fungsi
mandatori dan juga berdasarkan atas budi bicara (discretion) sesebuah


sms2007                              3
penguasa itu. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan boleh
menerima         fungsi   tambahan    dengan       mengadakan      undang-undang
berkenaannya. Terdapat empat jenis fungsi yang lazim dijalankan oleh
sesebuah pihak berkuasa tempatan iaitu fungsi –

(a)       perlindungan -      iaitu kawalan atas keselamatan dan kesihatan
          awam. Ini termasuklah perlindungan individu daripada berbagai
          bahaya yang boleh dikaitkan dengan kesihatan awam harta benda,
          atau perkhidmatan pembersihan;

(b)       awam (communal) – iaitu fungsi yang memberi faedah kepada
          semua. Ini termasuklah alam sekitar iaitu usaha mewujudkan
          keadaan ekologi yang seimbang seperti perancangan guna tanah
          yang optimum dan mengadakan keadaan lanskap yang baik serta
          kawasan rekreasi iaitu mengadakan kemudahan-kemudahan sosial
          yang   mencukupi    untuk   membolehkan         penduduk      menjalankan
          kegiatan riadah;

(c)       individu - iaitu fungsi yang melibatkan pemberian perkhidmatan
          bantuan secara terus kepada orang perseorangan seperti kebajikan;

(d)       perdagangan - iaitu melibatkan aktiviti-aktivit yang mendatangkan
          hasil kepada penguasa tempatan serta memesatkan ekonomi
          setempat. Walau baaimanapun ini agak terhad dan hanya pihak
          berkuasa   yang    benar-benar       berupaya   dari   segi   tenaga   dan
          kewangan berani menerokai aktiviti ini.

2.1       Peranan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan

  Di Bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

Keperluan undang-undang mengenai pihak berkuasa perancang tempatan
ialah di bawah seksyen 5(1) Akta 172. Di sini, pihak berkuasa tempatan,
iaitu pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan
1976 (Akta 171), hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang

sms2007                                    4
tempatan di bawah Akta 172. Ini bermaksud, pihak berkuasa tempatan
selain daripada melaksanakan tugas-tugas tradisinya, pihak berkuasa
tempatan perlulah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan dan
bertanggungjawab bagi merancang dan membangunkan kawasannya
dalam konteks pembangunan nasional.

 Akta ini juga telah memperuntukkan bahawa bagi mana-mana kawasan
yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana pihak
berkuasa perancang tempatan, Pengarah Negeri Jabatan Perancang
Bandar dan Desa itu hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang
tempatan bagi kawasan itu.

  Tugas utama adalah sebagai pihak yang bertanggungjawab mengenai
pembangunan dan kegunaan tanah dalam kawasannya. Tugas-tugas
pihak berkuasa perancang tempatan adalah:-

          (a)   untuk mengatur, mengawal dan merancang pemajuan
                dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam
                kawasannya;

          (b)   untuk    mengusaha,         membantu       dan   menggalakkan
                pemungutan,         penyenggaraan           dan       penyiaran
                perangkaan,      buletin,       monograf   dan   lain-lain   yang
                berhubungan dengan perancangan bandar dan desa
                dan pengkaedahannya; dan

          (c)   untuk    melaksanakan            apa-apa   tugas     lain    yang
                dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke
                semasa    oleh     Pihak        Berkuasa   Negeri    atau    oleh
                Jawatankuasa Perancang Negeri.

Di bawah Akta 172 ini, sesebuah pihak berkuasa perancang tempatan
mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting untuk merancang




sms2007                                     5
dan        memandu          kearah     membangunkan            kawasan         di    bawah
pentadbirannya.

Sebagai agensi perancangan, pihak berkuasa perancang tempatan perlu
merangka strategi dan program yang menyeluruh untuk mencapai
matlamat        negara      kepada   kualiti kehidupan        yang    tinggi    disamping
menikmati taraf sosio ekonomi yang setanding dengan negara maju.
Program         yang   dijalankan    hendaklah        berlandaskan    kepada        peranan
pembangunan negeri, wilayah dan nasional seperti :-

          (a)    menterjemah matlamat sosio ekonomi dalam bentuk spatial
                 dan fizikal;

          (b)    menterjemah dasar pembangunan dalam pelan perancangan
                 fizikal;

          (c)    memberi        kepentingan       kualiti   alam   persekitaran      dalam
                 perancangan;

          (d)    memberi keutamaan yang setimpal terhadap keperluan bagi
                 kemudahan perbandaran; dan

          (e)    berusaha        kearah       pembangunan          yang        berteraskan
                 kecanggihan sains dan teknologi.

Tegasnya, peranan pihak berkuasa perancang tempatan melihatkan
pertambahan yang memerlukan kepada penyesuaian agar dapat berfungsi
sebagai satu pihak berkuasa perancang tempatan yang bukan sahaja
menjadi ‘fasilitator’ kepada pembangunan bahkan harus dapat memenuhi
hasrat dan permintaan penduduknya.




sms2007                                       6
Peranan yang harus dimainkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan
termasuklah :-

          (a)   penyediaan rancangan pemajuan selaras dengan tugas untuk
                mengatur, mengawal dan merancang tanah dan bangunan
                dalam kawasannya;

          (b)   pengumpulan       data    untuk    menyokong      keupayaan     untuk
                menyediakan rancangan pemajuan serta membuat keputusan
                dalam kawalan perancangan berdasarkan maklumat yang
                tepat;

          (c)   memproses permohonan perancangan dengan berlandaskan
                kepada asas-asas pertimbangan yang kukuh; dan

          (d)   perancangan        infrastruktur     atau     perkhidmatan     awam
                berdasarkan kepada keperluan sebenar dan unjuran yang
                tepat ke arah mengoptimumkan penggunaan tanah.




2.3       Penyelarasan Tanggungjawab Di Antara Pihak Berkuasa
          Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan

Bila wujud dua pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk merancang
dan mengawal pembangunan maka terbitlah isu-isu yang boleh membawa
kepada konflik di antara kedua-duanya.               Akta 172 membuat beberapa
peruntukkan khusus bagi menangani perkara ini. Sebagai contoh dalam
aktiviti    kawalan      perancangan      walaupun    kuasa     memberi     kebenaran
merancang terletak dalam bidang kuasa pihak berkuasa perancang
tempatan,       ia    terbatas     apabila   terdapat       arahan-arahan    daripada
Jawatankuasa Perancang Negeri terhadap perkara itu.

Walau       bagaimanapun,        bagi    mencapai     suatu     kesepakatan    dalam
pentadbiran,         pihak-pihak        berkuasa     yang      terlibat   seharusnya


sms2007                                      7
mengamalkan             sikap   saling   berunding.      Dalam      hubungan      ini,   pihak
berkuasa         perancang      tempatan     seharusnya           membuat   rujukan       dan
mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa negeri bila :-

          (a)    terdapat sesuatu pembangunan itu akan mengakibatkan
                 percanggahan atau menjejaskan perlaksanaan apa-apa dasar
                 yang berlawanan dengan rancangan pemajuan yang telah
                 dikuatkuasakan;

          (b)    terdapat cadangan pembangunan yang berlawanan dengan
                 rancangan pemajuan yang telah lama wujud tetapi masih
                 berkuatkuasa; dan

          (c)    terdapat pembangunan yang atas sifatnya atau ciri-cirinya
                 atau lokasinya menjadikan ia sebagai berkepentingan Negeri.

Apabila perkara-perkara di atas dipenuhi maka segala keputusan di
peringkat tempatan akan sentiasa menuruti dasar yang ditetapkan di
peringkat Negeri.




4.0 PEMAKAIAN AKTA 172 BERHUBUNG DENGAN PERANAN PBPT
      DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN TANAH

4.1       Penyediaan rancangan pemajuan

Tugas-tugas lain pihak berkuasa perancang tempatan adalah yang
diarahkan dari semasa ke semasa secara pentadbiran oleh Pihak
Berkuasa Negeri atau Jawatankuasa Perancang Negeri.                            Salah satu
darinya         ialah    tanggungjawab       menyediakan           rancangan       tempatan
sepertimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian III Akta 172. Akta
172 memperuntukkan kuasa menyediakan rancangan tempatan dan juga
rancangan         kawasan       khas     (RKK)       disediakan    oleh   pihak    berkuasa
perancang tempatan. Rancangan tempatan ialah suatu dokumen lengkap


sms2007                                          8
yang mengandungi suatu peta dan suatu penyataan bertulis menyatakan
dengan lengkap cadangan-cadangan pihak berkuasa perancang tempatan
itu bagi memaju dan menggunakan tanah dalam kawasan rancangan
tempatan itu.

Sungguhpun penyediaan rancangan pemajuan (rancangan struktur dan
rancangan     tempatan)   diserahkan       kepada   Pengarah   Negeri   Jabatan
Perancang Bandar dan Desa dan juga pihak berkuasa perancang
tempatan, namun, dari segi pelaksanaannya pada            masa kini dilakukan
oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia membantu
Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan pihak
berkuasa perancang tempatan di dalam menyelaras dan menyediakan
rancangan-rancangan pembangunan diseluruh semenanjung Malaysia.

RKK pula disediakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan atau
Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atas daya
usahanya sendiri setelah diarahkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri
bagi mencadangkan satu penetapan kawasan khas bagi pengolahan khas
terperinci berkenaan dengan cara memaju, membangunkan semula,
memperelokkan, memulihara atau menyatakan suatu amalan pengurusan
dan jenis-jenis pengolahan untuk dicadangkan bagi kawasan berkenaan.
RKK ini boleh disediakan bila-bila masa, iaitu semasa penyediaan atau
mula berkuatkuasanya sesuatu rancangan struktur atau rancangan
tempatan. Akta 172 memperuntukkan supaya proses dan prosedur
penyediaan RKK ini perlulah disediakan sama seperti proses dan prosedur
serta penguatkuasaan seperti sebuah rancangan tempatan.

4.2       Pengawalan Perancangan

Bahagian IV Akta 172 mengandungi peruntukkan-peruntukkan bagi
menguatkuasakan pengawalan perancangan yang sebenar. Seksyen 18
Akta 172 umpamanya melarang seseorang menggunakan tanah atau
bangunan kecuali mengikut rancangan tempatan. Seksyen 19 pula
sms2007                                9
melarang dengan pengecualian-pengecualian tertentu untuk pemajuan
dimula, diusaha atau dijalankan tanpa kebenaran merancang. Oleh
kerana pihak berkuasa tempatan adalah pihak berkuasa perancangan
tempatan yang berkuasa memberi kebenaran perancangan untuk sesuatu
projeknya, maka semua permohonan-permohonan untuk membangunkan
tanah     dan    mendirikan     bangunan       perlulah   memohon      kebenaran
merancang kepada pihak berkuasa perancang tempatan [subseksyen
21(1)].

Jika suatu pemajuan yang dicadangkan terletak di dalam suatu kawasan
yang baginya tidak ada rancangan struktur atau rancangan tempatan,
pihak berkuasa perancang tempatan adalah dikehendaki memberitahu
pemunya-pemunya tanah yang berjiran dengan tanah permohonan itu
untuk     menyatakan      hak    mereka       terhadap    permohonan    tersebut
[subseksyen 21(6)]. Seseorang pemohon yang terkilan dengan apa-apa
keputusan       pihak berkuasa    perancang      tempatan   berkenaan    dengan
sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan boleh membuat
rayuan atau merayu kepada Lembaga Rayuan (Seksyen 23).

Seksyen 25 pula memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang
tempatan, jika pada pendapatnya adalah untuk kepentingan awam,
memerintahkan supaya ditarik balik atau diubahsuai sesuatu kebenaran
perancangan atau kelulusan bagi sesuatu pelan bangunan yang diberi di
bawah akta ini atau mana-mana undang-undang Kerajaan Tempatan
yang terdahulu. Ia juga memberi kuasa bagi merobohkan mana-mana
bangunan yang terlibat oleh perintah itu dan bagi pembayaran kos-kos
perobohan itu dan pampasan.

Seksyen 30 memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan
dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk menghendaki sesuatu
penggunaan        tanah   dihentikan,        mengenakan     syarat-syarat   bagi
meneruskan penggunaan tanah, atau untuk mengkehendaki bangunan-
bangunan atau kerja-kerja diubah. Mana-mana pemunya tanah yang

sms2007                                 10
terkena oleh perjalanan kuasa-kuasa itu adalah berhak mendapat
pampasan dan merayu kepada Lembaga Rayuan terhadap perjalanan
kuasa-kuasa itu dan terhadap amaun pampasan yang ditawarkan oleh
pihak berkuasa perancang tempatan itu.

Seksyen       31    memberi      kuasa     kepada      Pegawai    Berkuasa       untuk
melaksanakan apa-apa notis yang disampaikan kepada pihak berkuasa
perancang tempatan jika orang yang tertakluk kepada notis itu tidak
mematuhi kehendak-kehendak notis itu.




4.3       Penguatkuasaan Di Bawah Akta 172

Seksyen 26 hingga 30 dan seksyen 35A hingga 35H adalah berkenaan
dengan      tindakan       penguatkuasaan       oleh   pihak   berkuasa   perancang
tempatan terhadap mana-mana kesalahan yang disabitkan di bawah Akta
ini, iaitu termasuklah melakukan pembangunan yang tidak dibenarkan,
melaksanakan pembangunan tanpa kebenaran merancang, melaksakan
pembangunan berlawanan dengan syarat-syarat kebenaran merancang,
serta     melanggar    perintah-perintah        pemeliharaan     pokok.   Jika   sabit
kesalahan, seseorang itu boleh didenda sehingga maksima RM500,000.00
atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, tertakluk kepada jenis-
jenis kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.

Hal ini menunjukkan bahawa, Akta 172 ini memberi kuasa penuh kepada
pihak berkuasa perancang tempatan untuk melaksanakan pengawalan
dan tindakan-tindakan pencegahan terhadap pembangunan tanah di
dalam      negara   ini.    Dasar   yang   menjadi asas kepada peruntukan-
peruntukan ini ialah setakat yang pada hakikatnya mungkin tidak
berlawanan dengan prinsip-prinsip perancangan. Kuasa yang diberi
kepada pihak berkuasa perancang tempatan sehingga boleh mendakwa
dan mengeluarkan perintah menghendaki tanah itu dipulihkan                   semula
seperti keadaan asal.

sms2007                                    11
4.4       Kawasan-Kawasan Kemajuan

Bahagian VIII membolehkan pihak berkuasa perancang tempatan sendiri
memajukan kawasan khas mengikut pelan tempatan. Seksyen 38
memperuntukkan           bahawa        jika   sesuatu      rancangan      tempatan   telah
diterima bagi sesuatu kawasan tindakan, pihak berkuasa perancang
tempatan boleh mengisytiharkan kawasan itu atau mana-mana bahagian
daripadanya sebagai kawasan pemajuan. Dengan itu adalah menjadi
kewajipan pihak berkuasa perancang tempatan memperolehi semua
tanah milik di dalam kawasan itu dan memajukan kawasan itu mengikut
rancangan tempatan.

Seksyen 41 pula memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang
tempatan untuk mengguna khidmat agen-agen, membuat perkiraan
dengan mana-mana orang, syarikat atau badan atau menubuhkan suatu
pertubuhan bagi maksud memajukan sesebuah kawasan kemajuan. Pihak
berkuasa perancang tempatan dengan kelulusan Menteri Besar atau
Ketua      Menteri    menubuhkan            suatu   perbadanan       untuk    menjalankan
pengawalan        atau    pengurusan          projek     untuk   memajukan        sesebuah
kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan khas. Melalui kuasa yang
diberikan di bawah seksyen ini juga, sesebuah pihak berkuasa perancang
tempatan      boleh      melaksanakan          sendiri    projek-projek      pembangunan
seperti projek pembangunan tanah bersepakat (PTB) melalui perlantikan
ejen/syarikat/perbadanan. Melalui projek sebegini, sesebuah kawasan
yang       dibangun      atau    dimajukan          semula    boleh       berupaya   untuk
meningkatkan nilai tanahnya, sekaligus dapat menambah pendapatan
sesebuah pihak berkuasa tempatan.

Seksyen 43 memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan
untuk menjual, menyewa, atau sebagainya mana-mana tanah atau harta
yang      telah   dimajukannya         di     dalam      kawasan    kemajuan.     Disinilah
sebenarnya        peranan       yang    harus       dimainkan      oleh   pihak   berkuasa
sms2007                                        12
perancang      tempatan      sebagai   agen     pembangunan         tanah.   Walau
bagaimanapun, peranan ini tidak dimainkan oleh kebanyakkan pihak
berkuasa perancang tempatan pada masa kini. Pengabaian seksyen 41
dan 38 ini sebenarnya merupakan satu kerugian kepada pihak berkuasa
perancang tempatan itu sendiri, kerana lazimnya projek-projek sebegini
akan meningkatkan nilai tanah yang terlibat di dalam pembangunan
semula      sekaligus    dapat   menambah        pendapatan        pihak   berkuasa
perancang tempatan itu.

5.0       KESIMPULAN

Tugas - tugas asas pihak berkuasa tempatan pada amnya seperti yang
diperuntukkan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah berkaitan
dengan pencegahan, kesihatan awam, melaksanakan perkhidmatan –
perkhidmatan pembangunan, melaksanakan semua perkhidmatan sosial.
Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) pula,
peranan      pihak    berkuasa   tempatan     dilihat   sebagai    pihak   berkuasa
perancang tempatan di mana ia bertanggungjawab bagi merancang dan
memajukan       kawasan      pentadbirannya     dalam    konteks     pembangunan
nasional.

Justeru itu, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat dua peranan pihak
berkuasa perancang tempatan di dalam pembangunan tanah adalah iaitu
pertamanya sebagai agen pembangunan semula kawasan-kawasan yang
perlu di ambil tindakan untuk kegunaan awam, dimajukan semula atau
yang memerlukan satu tindakan khusus. Keduanya, peranan yang
dimainkan      di    dalam   mengawal,    memantau       dan      menguatkuasakan
perundangan pembangunan tanah agar pembangunan yang dilaksanakan
di negara ini dijalankan secara yang lebih berhemah, sistematik dan
mengikut keperluan.

Sekian.tq.




sms2007                                  13

More Related Content

What's hot

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 
pengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamahpengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamahShazza Hidayah
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasaQaseh Zulaikha
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara munnianwar
 
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysiaNur Az
 
Bab 4 Badan Perundangan
Bab 4  Badan PerundanganBab 4  Badan Perundangan
Bab 4 Badan Perundangannasywah79
 
Perbadanan Awam di Malaysia
Perbadanan Awam di MalaysiaPerbadanan Awam di Malaysia
Perbadanan Awam di MalaysiaMiss Jia
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaannasywah79
 
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHANBab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHANnasywah79
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuJANGAN TINGGAL DAKU
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaamiraaa96
 

What's hot (20)

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
pengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamahpengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamah
 
Integriti
IntegritiIntegriti
Integriti
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
 
Bab 4 Badan Perundangan
Bab 4  Badan PerundanganBab 4  Badan Perundangan
Bab 4 Badan Perundangan
 
Perbadanan Awam di Malaysia
Perbadanan Awam di MalaysiaPerbadanan Awam di Malaysia
Perbadanan Awam di Malaysia
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
Ekonomi Pengajian am STPM
Ekonomi Pengajian am STPMEkonomi Pengajian am STPM
Ekonomi Pengajian am STPM
 
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHANBab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
 
Dasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysiaDasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysia
 
6.4.1 mahkamah persekutuan
6.4.1  mahkamah persekutuan6.4.1  mahkamah persekutuan
6.4.1 mahkamah persekutuan
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 

Viewers also liked

Bab 9 Warisan Kesultanan Melayu
Bab 9 Warisan Kesultanan MelayuBab 9 Warisan Kesultanan Melayu
Bab 9 Warisan Kesultanan Melayunieda79iman
 
Mengidentifikasi kalimat (Isim, fi'il, dan harf) dalam Bahasa Arab (ust. Azizi)
Mengidentifikasi kalimat (Isim, fi'il, dan harf) dalam Bahasa Arab (ust. Azizi)Mengidentifikasi kalimat (Isim, fi'il, dan harf) dalam Bahasa Arab (ust. Azizi)
Mengidentifikasi kalimat (Isim, fi'il, dan harf) dalam Bahasa Arab (ust. Azizi)Gopur S
 
Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar
Sistem Pentadbiran Perancangan BandarSistem Pentadbiran Perancangan Bandar
Sistem Pentadbiran Perancangan Bandaraidafazihrah
 
KH3 Pilihan 1 - Perniagaan & Keusahawanan
KH3 Pilihan 1 - Perniagaan & KeusahawananKH3 Pilihan 1 - Perniagaan & Keusahawanan
KH3 Pilihan 1 - Perniagaan & Keusahawanankemhidup3
 
KHB TING 2 - Bab 8 Perniagaan Dan Keusahawanan
KHB TING 2 - Bab 8 Perniagaan Dan KeusahawananKHB TING 2 - Bab 8 Perniagaan Dan Keusahawanan
KHB TING 2 - Bab 8 Perniagaan Dan KeusahawananZasni @ Zaxx
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaanNur Az
 

Viewers also liked (7)

Bab 9 Warisan Kesultanan Melayu
Bab 9 Warisan Kesultanan MelayuBab 9 Warisan Kesultanan Melayu
Bab 9 Warisan Kesultanan Melayu
 
Kerajaan tempatan
Kerajaan  tempatanKerajaan  tempatan
Kerajaan tempatan
 
Mengidentifikasi kalimat (Isim, fi'il, dan harf) dalam Bahasa Arab (ust. Azizi)
Mengidentifikasi kalimat (Isim, fi'il, dan harf) dalam Bahasa Arab (ust. Azizi)Mengidentifikasi kalimat (Isim, fi'il, dan harf) dalam Bahasa Arab (ust. Azizi)
Mengidentifikasi kalimat (Isim, fi'il, dan harf) dalam Bahasa Arab (ust. Azizi)
 
Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar
Sistem Pentadbiran Perancangan BandarSistem Pentadbiran Perancangan Bandar
Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar
 
KH3 Pilihan 1 - Perniagaan & Keusahawanan
KH3 Pilihan 1 - Perniagaan & KeusahawananKH3 Pilihan 1 - Perniagaan & Keusahawanan
KH3 Pilihan 1 - Perniagaan & Keusahawanan
 
KHB TING 2 - Bab 8 Perniagaan Dan Keusahawanan
KHB TING 2 - Bab 8 Perniagaan Dan KeusahawananKHB TING 2 - Bab 8 Perniagaan Dan Keusahawanan
KHB TING 2 - Bab 8 Perniagaan Dan Keusahawanan
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 

Similar to PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014
Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014
Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014Muhammad Razlan
 
Meizhen & kahyee
Meizhen & kahyeeMeizhen & kahyee
Meizhen & kahyeeZheung Yik
 
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayah
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayahPLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayah
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayahMohammad Syahmi
 
A158853 bandar anda dan agenda tempatan 21
A158853 bandar anda dan agenda tempatan 21A158853 bandar anda dan agenda tempatan 21
A158853 bandar anda dan agenda tempatan 21tirahadnan
 

Similar to PIHAK BERKUASA TEMPATAN (6)

Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014
Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014
Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014
 
Meizhen & kahyee
Meizhen & kahyeeMeizhen & kahyee
Meizhen & kahyee
 
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayah
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayahPLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayah
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayah
 
JPW Wilayah.pdf
JPW Wilayah.pdfJPW Wilayah.pdf
JPW Wilayah.pdf
 
A158853 bandar anda dan agenda tempatan 21
A158853 bandar anda dan agenda tempatan 21A158853 bandar anda dan agenda tempatan 21
A158853 bandar anda dan agenda tempatan 21
 
La21
La21La21
La21
 

More from Siti Mastura

Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nurses
Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nursesPoster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nurses
Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nursesSiti Mastura
 
PSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSES
PSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSESPSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSES
PSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSESSiti Mastura
 
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...Siti Mastura
 
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_finalSiti Mastura
 
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_Mgmnt
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_MgmntPrinciples_Of_Hazard_Tree_Risk_Mgmnt
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_MgmntSiti Mastura
 
fire fighting prevention
fire fighting preventionfire fighting prevention
fire fighting preventionSiti Mastura
 
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent Vapor
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent VaporGuidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent Vapor
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent VaporSiti Mastura
 
jurnal of occupational safety and health
jurnal of occupational safety and healthjurnal of occupational safety and health
jurnal of occupational safety and healthSiti Mastura
 
1-introductionbacteria
1-introductionbacteria1-introductionbacteria
1-introductionbacteriaSiti Mastura
 
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo Siti Mastura
 
fault tree analysis
fault tree analysisfault tree analysis
fault tree analysisSiti Mastura
 
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...Siti Mastura
 
japanese encephalitis
japanese encephalitisjapanese encephalitis
japanese encephalitisSiti Mastura
 
Communication for behavioral impact(COMBI)
Communication for behavioral impact(COMBI)Communication for behavioral impact(COMBI)
Communication for behavioral impact(COMBI)Siti Mastura
 
nominal group technique
nominal group techniquenominal group technique
nominal group techniqueSiti Mastura
 
157-national-medicines-policy-of-malaysia
157-national-medicines-policy-of-malaysia157-national-medicines-policy-of-malaysia
157-national-medicines-policy-of-malaysiaSiti Mastura
 

More from Siti Mastura (20)

Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nurses
Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nursesPoster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nurses
Poster on Psychosocial risk factors and musculoskeletal symptoms among nurses
 
PSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSES
PSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSESPSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSES
PSYCHOSOCIAL RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL SYMPTOMS AMONG NURSES
 
PenyakitKelamin
PenyakitKelaminPenyakitKelamin
PenyakitKelamin
 
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...
valuation of toxicological implications of inhalationexposure to kerosene fum...
 
SPSS GUIDE
SPSS GUIDESPSS GUIDE
SPSS GUIDE
 
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final
865_file_UNEP__20Emergency__20Preparedness_final
 
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_Mgmnt
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_MgmntPrinciples_Of_Hazard_Tree_Risk_Mgmnt
Principles_Of_Hazard_Tree_Risk_Mgmnt
 
fire fighting prevention
fire fighting preventionfire fighting prevention
fire fighting prevention
 
stpfaulttree
stpfaulttreestpfaulttree
stpfaulttree
 
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent Vapor
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent VaporGuidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent Vapor
Guidelines for Incident Commanders- Final ReportFFPE Use in Chemical Agent Vapor
 
jurnal of occupational safety and health
jurnal of occupational safety and healthjurnal of occupational safety and health
jurnal of occupational safety and health
 
1-introductionbacteria
1-introductionbacteria1-introductionbacteria
1-introductionbacteria
 
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo
Requirement and Technical Standard for Non Convention Cargo
 
fault tree analysis
fault tree analysisfault tree analysis
fault tree analysis
 
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...
Communicable_Diseases_Guidelines_for_Prevention_and_Control_Japanese_Encephal...
 
japanese encephalitis
japanese encephalitisjapanese encephalitis
japanese encephalitis
 
Communication for behavioral impact(COMBI)
Communication for behavioral impact(COMBI)Communication for behavioral impact(COMBI)
Communication for behavioral impact(COMBI)
 
VECTOR CONTROL
VECTOR CONTROLVECTOR CONTROL
VECTOR CONTROL
 
nominal group technique
nominal group techniquenominal group technique
nominal group technique
 
157-national-medicines-policy-of-malaysia
157-national-medicines-policy-of-malaysia157-national-medicines-policy-of-malaysia
157-national-medicines-policy-of-malaysia
 

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

  • 1. PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH 1.0 PENGENALAN Sudah diketahui bahawa hal ehwal berkenaan tanah di dalam Perlembagaan Persekutuan dijelaskan di bawah Senarai Negeri, dan oleh yang demikian, segala bentuk hal ehwal berkenaan tanah adalah terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk mentadbirnya. Perkara yang berhubung dengan Kerajaan Tempatan pula diperuntukkan di bawah Senarai Negeri iaitu Jadual Kesembilan Butiran 4(a) di dalam Perlembagaan Persekutuan. Terdapat dua bentuk pentadbiran di peringkat tempatan iaitu sistem pentadbiran Pejabat Daerah dan struktur kerajaan tempatan. 1.1 Sejarah Sistem dan Struktur Kerajaan Tempatan Konsep kerajaan tempatan meliputi bidang yang agak luas. Seseorang itu akan memerlukan perkhidmatan kerajaan tempatan sepanjang hayatnya. Pada umumnya unit-unit kerajaan tempatan tersebut dipertanggungjawabkan dengan tugas mengawas kesihatan awam, mengutip hasil dan melakukan kerja-kerja kejuruteraan seperti pembaikan jalan dan longkang. Penyusunan semula kerajaan tempatan di Malaysia merupakan suatu usaha yang dibuat untuk memperkasakan struktur dan organisasi semua penguasa tempatan yang ada di negara ini. sms2007 1
  • 2. Faktor-faktor yang mendorong kerajaan untuk menyusun semula penguasa-penguasa tempatan di negara ini ialah :- (a) terdapat kecuaian pentadbiran dikalangan penguasa tempatan; (b) keadaan kurang cekap dalam amalan pentadbiran dikalangan penguasa-penguasa tempatan; (c) berlakunya banyak kes penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan tempatan; (d) perlu berikutan dengan perubahan keutamaan dalam sistem kerajaan tempatan, terutamanya sebagai usaha untuk menambah pendapatan dan juga mempertingkatkan fungsi penguasa tempatan yang selama ini agak terbatas; (e) terdapat motif politik yang mendorong kerajaan menyusun semula institusi tersebut. 2.0 ASAS PERUNDANGAN KERAJAAN TEMPATAN Asas perundangan bagi kerajaan tempatan diperuntukkan dalam Butiran 4 Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak yang eksklusif ke atas kerajaan tempatan. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pula berfungsi sebagai badan yang menggubal dasar-dasar negara dalam kerajaan tempatan. Terdapat beberapa undang-undang yang diguna pakai di peringkat penguasa tempatan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Terdapat juga undang-undang kecil seperti Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, Akta Jalan, Parit dan sms2007 2
  • 3. Bangunan 1974 (Akta 133) dan Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) yang disediakan di bawah Akta 172. Kedudukan Majlis Penguasa Tempatan pula boleh dikategorikan sebagai ‘penasihat’ yang berbentuk menasihati dalam perundingan, bertanggungjawab membuat keputusan, membenarkan dan mengarahkan kakitangannya untuk menyempurnakan sesuatu tugas. Majlis mempunyai Yang Dipertua sebagai ketua utama diikuti oleh Setiausaha dalam hierarki organisasi. Anggota Majlis terdiri dari kumpulan profesional dan pegawai kumpulan pentadbiran. Majlis bergerak atas sistem jawatankuasa. Terdapat jawatankuasa kewangan, perlesenan, perancangan, lalulintas dan keindahan Bandar. Fungsi Penguasa Tempatan Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ‘Pihak berkuasa tempatan’ seperti yang dimaksudkan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ertinya “Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran/Majlis Daerah, mengikut mana yang berkenaan dan berhubung dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah Seksyen 3 Akta Ibukota Persekutuan, 1960”. Pihak berkuasa tempatan adalah satu badan yang diwujudkan melalui perundangan dan aktivitinya terhad kepada kuasa-kuasa dan tugas- tugasnya yang diperuntukkan di dalam undang-undang tersebut. Jika mereka bertindak tanpa menurut undang-undang itu, tindakan adalah ultra vires (di luar kuasa) dan mahkamah boleh menghalangnya. Prinsip ini merupakan asas yang menentukan status fungsi kerajaan tempatan. Akta Kerajaan Tempatan 1976 menggariskan banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan. Ini termasuklah fungsi-fungsi mandatori dan juga berdasarkan atas budi bicara (discretion) sesebuah sms2007 3
  • 4. penguasa itu. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan boleh menerima fungsi tambahan dengan mengadakan undang-undang berkenaannya. Terdapat empat jenis fungsi yang lazim dijalankan oleh sesebuah pihak berkuasa tempatan iaitu fungsi – (a) perlindungan - iaitu kawalan atas keselamatan dan kesihatan awam. Ini termasuklah perlindungan individu daripada berbagai bahaya yang boleh dikaitkan dengan kesihatan awam harta benda, atau perkhidmatan pembersihan; (b) awam (communal) – iaitu fungsi yang memberi faedah kepada semua. Ini termasuklah alam sekitar iaitu usaha mewujudkan keadaan ekologi yang seimbang seperti perancangan guna tanah yang optimum dan mengadakan keadaan lanskap yang baik serta kawasan rekreasi iaitu mengadakan kemudahan-kemudahan sosial yang mencukupi untuk membolehkan penduduk menjalankan kegiatan riadah; (c) individu - iaitu fungsi yang melibatkan pemberian perkhidmatan bantuan secara terus kepada orang perseorangan seperti kebajikan; (d) perdagangan - iaitu melibatkan aktiviti-aktivit yang mendatangkan hasil kepada penguasa tempatan serta memesatkan ekonomi setempat. Walau baaimanapun ini agak terhad dan hanya pihak berkuasa yang benar-benar berupaya dari segi tenaga dan kewangan berani menerokai aktiviti ini. 2.1 Peranan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Di Bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Keperluan undang-undang mengenai pihak berkuasa perancang tempatan ialah di bawah seksyen 5(1) Akta 172. Di sini, pihak berkuasa tempatan, iaitu pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang sms2007 4
  • 5. tempatan di bawah Akta 172. Ini bermaksud, pihak berkuasa tempatan selain daripada melaksanakan tugas-tugas tradisinya, pihak berkuasa tempatan perlulah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan dan bertanggungjawab bagi merancang dan membangunkan kawasannya dalam konteks pembangunan nasional. Akta ini juga telah memperuntukkan bahawa bagi mana-mana kawasan yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan, Pengarah Negeri Jabatan Perancang Bandar dan Desa itu hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan bagi kawasan itu. Tugas utama adalah sebagai pihak yang bertanggungjawab mengenai pembangunan dan kegunaan tanah dalam kawasannya. Tugas-tugas pihak berkuasa perancang tempatan adalah:- (a) untuk mengatur, mengawal dan merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya; (b) untuk mengusaha, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin, monograf dan lain-lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan pengkaedahannya; dan (c) untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa Perancang Negeri. Di bawah Akta 172 ini, sesebuah pihak berkuasa perancang tempatan mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting untuk merancang sms2007 5
  • 6. dan memandu kearah membangunkan kawasan di bawah pentadbirannya. Sebagai agensi perancangan, pihak berkuasa perancang tempatan perlu merangka strategi dan program yang menyeluruh untuk mencapai matlamat negara kepada kualiti kehidupan yang tinggi disamping menikmati taraf sosio ekonomi yang setanding dengan negara maju. Program yang dijalankan hendaklah berlandaskan kepada peranan pembangunan negeri, wilayah dan nasional seperti :- (a) menterjemah matlamat sosio ekonomi dalam bentuk spatial dan fizikal; (b) menterjemah dasar pembangunan dalam pelan perancangan fizikal; (c) memberi kepentingan kualiti alam persekitaran dalam perancangan; (d) memberi keutamaan yang setimpal terhadap keperluan bagi kemudahan perbandaran; dan (e) berusaha kearah pembangunan yang berteraskan kecanggihan sains dan teknologi. Tegasnya, peranan pihak berkuasa perancang tempatan melihatkan pertambahan yang memerlukan kepada penyesuaian agar dapat berfungsi sebagai satu pihak berkuasa perancang tempatan yang bukan sahaja menjadi ‘fasilitator’ kepada pembangunan bahkan harus dapat memenuhi hasrat dan permintaan penduduknya. sms2007 6
  • 7. Peranan yang harus dimainkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan termasuklah :- (a) penyediaan rancangan pemajuan selaras dengan tugas untuk mengatur, mengawal dan merancang tanah dan bangunan dalam kawasannya; (b) pengumpulan data untuk menyokong keupayaan untuk menyediakan rancangan pemajuan serta membuat keputusan dalam kawalan perancangan berdasarkan maklumat yang tepat; (c) memproses permohonan perancangan dengan berlandaskan kepada asas-asas pertimbangan yang kukuh; dan (d) perancangan infrastruktur atau perkhidmatan awam berdasarkan kepada keperluan sebenar dan unjuran yang tepat ke arah mengoptimumkan penggunaan tanah. 2.3 Penyelarasan Tanggungjawab Di Antara Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Bila wujud dua pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk merancang dan mengawal pembangunan maka terbitlah isu-isu yang boleh membawa kepada konflik di antara kedua-duanya. Akta 172 membuat beberapa peruntukkan khusus bagi menangani perkara ini. Sebagai contoh dalam aktiviti kawalan perancangan walaupun kuasa memberi kebenaran merancang terletak dalam bidang kuasa pihak berkuasa perancang tempatan, ia terbatas apabila terdapat arahan-arahan daripada Jawatankuasa Perancang Negeri terhadap perkara itu. Walau bagaimanapun, bagi mencapai suatu kesepakatan dalam pentadbiran, pihak-pihak berkuasa yang terlibat seharusnya sms2007 7
  • 8. mengamalkan sikap saling berunding. Dalam hubungan ini, pihak berkuasa perancang tempatan seharusnya membuat rujukan dan mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa negeri bila :- (a) terdapat sesuatu pembangunan itu akan mengakibatkan percanggahan atau menjejaskan perlaksanaan apa-apa dasar yang berlawanan dengan rancangan pemajuan yang telah dikuatkuasakan; (b) terdapat cadangan pembangunan yang berlawanan dengan rancangan pemajuan yang telah lama wujud tetapi masih berkuatkuasa; dan (c) terdapat pembangunan yang atas sifatnya atau ciri-cirinya atau lokasinya menjadikan ia sebagai berkepentingan Negeri. Apabila perkara-perkara di atas dipenuhi maka segala keputusan di peringkat tempatan akan sentiasa menuruti dasar yang ditetapkan di peringkat Negeri. 4.0 PEMAKAIAN AKTA 172 BERHUBUNG DENGAN PERANAN PBPT DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN TANAH 4.1 Penyediaan rancangan pemajuan Tugas-tugas lain pihak berkuasa perancang tempatan adalah yang diarahkan dari semasa ke semasa secara pentadbiran oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Jawatankuasa Perancang Negeri. Salah satu darinya ialah tanggungjawab menyediakan rancangan tempatan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian III Akta 172. Akta 172 memperuntukkan kuasa menyediakan rancangan tempatan dan juga rancangan kawasan khas (RKK) disediakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Rancangan tempatan ialah suatu dokumen lengkap sms2007 8
  • 9. yang mengandungi suatu peta dan suatu penyataan bertulis menyatakan dengan lengkap cadangan-cadangan pihak berkuasa perancang tempatan itu bagi memaju dan menggunakan tanah dalam kawasan rancangan tempatan itu. Sungguhpun penyediaan rancangan pemajuan (rancangan struktur dan rancangan tempatan) diserahkan kepada Pengarah Negeri Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan juga pihak berkuasa perancang tempatan, namun, dari segi pelaksanaannya pada masa kini dilakukan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia membantu Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan pihak berkuasa perancang tempatan di dalam menyelaras dan menyediakan rancangan-rancangan pembangunan diseluruh semenanjung Malaysia. RKK pula disediakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan atau Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atas daya usahanya sendiri setelah diarahkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri bagi mencadangkan satu penetapan kawasan khas bagi pengolahan khas terperinci berkenaan dengan cara memaju, membangunkan semula, memperelokkan, memulihara atau menyatakan suatu amalan pengurusan dan jenis-jenis pengolahan untuk dicadangkan bagi kawasan berkenaan. RKK ini boleh disediakan bila-bila masa, iaitu semasa penyediaan atau mula berkuatkuasanya sesuatu rancangan struktur atau rancangan tempatan. Akta 172 memperuntukkan supaya proses dan prosedur penyediaan RKK ini perlulah disediakan sama seperti proses dan prosedur serta penguatkuasaan seperti sebuah rancangan tempatan. 4.2 Pengawalan Perancangan Bahagian IV Akta 172 mengandungi peruntukkan-peruntukkan bagi menguatkuasakan pengawalan perancangan yang sebenar. Seksyen 18 Akta 172 umpamanya melarang seseorang menggunakan tanah atau bangunan kecuali mengikut rancangan tempatan. Seksyen 19 pula sms2007 9
  • 10. melarang dengan pengecualian-pengecualian tertentu untuk pemajuan dimula, diusaha atau dijalankan tanpa kebenaran merancang. Oleh kerana pihak berkuasa tempatan adalah pihak berkuasa perancangan tempatan yang berkuasa memberi kebenaran perancangan untuk sesuatu projeknya, maka semua permohonan-permohonan untuk membangunkan tanah dan mendirikan bangunan perlulah memohon kebenaran merancang kepada pihak berkuasa perancang tempatan [subseksyen 21(1)]. Jika suatu pemajuan yang dicadangkan terletak di dalam suatu kawasan yang baginya tidak ada rancangan struktur atau rancangan tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan adalah dikehendaki memberitahu pemunya-pemunya tanah yang berjiran dengan tanah permohonan itu untuk menyatakan hak mereka terhadap permohonan tersebut [subseksyen 21(6)]. Seseorang pemohon yang terkilan dengan apa-apa keputusan pihak berkuasa perancang tempatan berkenaan dengan sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan boleh membuat rayuan atau merayu kepada Lembaga Rayuan (Seksyen 23). Seksyen 25 pula memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan, jika pada pendapatnya adalah untuk kepentingan awam, memerintahkan supaya ditarik balik atau diubahsuai sesuatu kebenaran perancangan atau kelulusan bagi sesuatu pelan bangunan yang diberi di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang Kerajaan Tempatan yang terdahulu. Ia juga memberi kuasa bagi merobohkan mana-mana bangunan yang terlibat oleh perintah itu dan bagi pembayaran kos-kos perobohan itu dan pampasan. Seksyen 30 memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk menghendaki sesuatu penggunaan tanah dihentikan, mengenakan syarat-syarat bagi meneruskan penggunaan tanah, atau untuk mengkehendaki bangunan- bangunan atau kerja-kerja diubah. Mana-mana pemunya tanah yang sms2007 10
  • 11. terkena oleh perjalanan kuasa-kuasa itu adalah berhak mendapat pampasan dan merayu kepada Lembaga Rayuan terhadap perjalanan kuasa-kuasa itu dan terhadap amaun pampasan yang ditawarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu. Seksyen 31 memberi kuasa kepada Pegawai Berkuasa untuk melaksanakan apa-apa notis yang disampaikan kepada pihak berkuasa perancang tempatan jika orang yang tertakluk kepada notis itu tidak mematuhi kehendak-kehendak notis itu. 4.3 Penguatkuasaan Di Bawah Akta 172 Seksyen 26 hingga 30 dan seksyen 35A hingga 35H adalah berkenaan dengan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa perancang tempatan terhadap mana-mana kesalahan yang disabitkan di bawah Akta ini, iaitu termasuklah melakukan pembangunan yang tidak dibenarkan, melaksanakan pembangunan tanpa kebenaran merancang, melaksakan pembangunan berlawanan dengan syarat-syarat kebenaran merancang, serta melanggar perintah-perintah pemeliharaan pokok. Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh didenda sehingga maksima RM500,000.00 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, tertakluk kepada jenis- jenis kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini. Hal ini menunjukkan bahawa, Akta 172 ini memberi kuasa penuh kepada pihak berkuasa perancang tempatan untuk melaksanakan pengawalan dan tindakan-tindakan pencegahan terhadap pembangunan tanah di dalam negara ini. Dasar yang menjadi asas kepada peruntukan- peruntukan ini ialah setakat yang pada hakikatnya mungkin tidak berlawanan dengan prinsip-prinsip perancangan. Kuasa yang diberi kepada pihak berkuasa perancang tempatan sehingga boleh mendakwa dan mengeluarkan perintah menghendaki tanah itu dipulihkan semula seperti keadaan asal. sms2007 11
  • 12. 4.4 Kawasan-Kawasan Kemajuan Bahagian VIII membolehkan pihak berkuasa perancang tempatan sendiri memajukan kawasan khas mengikut pelan tempatan. Seksyen 38 memperuntukkan bahawa jika sesuatu rancangan tempatan telah diterima bagi sesuatu kawasan tindakan, pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengisytiharkan kawasan itu atau mana-mana bahagian daripadanya sebagai kawasan pemajuan. Dengan itu adalah menjadi kewajipan pihak berkuasa perancang tempatan memperolehi semua tanah milik di dalam kawasan itu dan memajukan kawasan itu mengikut rancangan tempatan. Seksyen 41 pula memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan untuk mengguna khidmat agen-agen, membuat perkiraan dengan mana-mana orang, syarikat atau badan atau menubuhkan suatu pertubuhan bagi maksud memajukan sesebuah kawasan kemajuan. Pihak berkuasa perancang tempatan dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri menubuhkan suatu perbadanan untuk menjalankan pengawalan atau pengurusan projek untuk memajukan sesebuah kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan khas. Melalui kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini juga, sesebuah pihak berkuasa perancang tempatan boleh melaksanakan sendiri projek-projek pembangunan seperti projek pembangunan tanah bersepakat (PTB) melalui perlantikan ejen/syarikat/perbadanan. Melalui projek sebegini, sesebuah kawasan yang dibangun atau dimajukan semula boleh berupaya untuk meningkatkan nilai tanahnya, sekaligus dapat menambah pendapatan sesebuah pihak berkuasa tempatan. Seksyen 43 memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan untuk menjual, menyewa, atau sebagainya mana-mana tanah atau harta yang telah dimajukannya di dalam kawasan kemajuan. Disinilah sebenarnya peranan yang harus dimainkan oleh pihak berkuasa sms2007 12
  • 13. perancang tempatan sebagai agen pembangunan tanah. Walau bagaimanapun, peranan ini tidak dimainkan oleh kebanyakkan pihak berkuasa perancang tempatan pada masa kini. Pengabaian seksyen 41 dan 38 ini sebenarnya merupakan satu kerugian kepada pihak berkuasa perancang tempatan itu sendiri, kerana lazimnya projek-projek sebegini akan meningkatkan nilai tanah yang terlibat di dalam pembangunan semula sekaligus dapat menambah pendapatan pihak berkuasa perancang tempatan itu. 5.0 KESIMPULAN Tugas - tugas asas pihak berkuasa tempatan pada amnya seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah berkaitan dengan pencegahan, kesihatan awam, melaksanakan perkhidmatan – perkhidmatan pembangunan, melaksanakan semua perkhidmatan sosial. Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) pula, peranan pihak berkuasa tempatan dilihat sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di mana ia bertanggungjawab bagi merancang dan memajukan kawasan pentadbirannya dalam konteks pembangunan nasional. Justeru itu, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat dua peranan pihak berkuasa perancang tempatan di dalam pembangunan tanah adalah iaitu pertamanya sebagai agen pembangunan semula kawasan-kawasan yang perlu di ambil tindakan untuk kegunaan awam, dimajukan semula atau yang memerlukan satu tindakan khusus. Keduanya, peranan yang dimainkan di dalam mengawal, memantau dan menguatkuasakan perundangan pembangunan tanah agar pembangunan yang dilaksanakan di negara ini dijalankan secara yang lebih berhemah, sistematik dan mengikut keperluan. Sekian.tq. sms2007 13