Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kurikulum KBSR dan KSSR

15,011 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Kurikulum KBSR dan KSSR

  1. 1. EDU 3101 Falsafah pendidikan negara Kurikulum KBSR dan KSSR Disediakan oleh : G. Hemalatha Lee Yen Yin
  2. 2. PEMBENTUKAN KBSR • Singkatan kepada KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH. • KBSR diganti daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu pada tahun 1993. • Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar PelajaranKebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun1983.
  3. 3. Konsep Bersepadu • Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. • Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi emlahirkan insan yang seimbang. • Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.
  4. 4. Matlamat KBSR • Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk:  Memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu  Meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. • Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiranasas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.
  5. 5. Prinsip-Prinsip KBSR • KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:– Pendekatan Bersepadu; – Perkembangan individu secara menyeluruh; – Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan – Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
  6. 6. - Suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid - Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas. - Pendidikan seumur hidup.
  7. 7. - Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel. - Penekanan kepada nilai (merentas kurikulum) - Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) - Penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah
  8. 8. Objektif KBSR • Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid: menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara; menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah; menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian; menguasai kemahiran belajar; menguasai kemahiran berfikir;
  9. 9.  kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;  menjaga kesihatan dan kecergasan diri;  menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;  menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;  menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;  membina semangat patriotisme;  mengembangkan bakat dan kreativiti; dan  mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.
  10. 10.  bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya; membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri; mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar; menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal; memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,
  11. 11. Ciri-Ciri KBSR • Penekanan Fokus Tahap I i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran; iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.
  12. 12. Fokus Tahap II i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa; ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah; iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahirankemahiran lain iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif; v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran; vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
  13. 13. Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:i. Bidang Komunikasi 1. Bahasa Melayu; 2. Bahasa Inggeris; 3. Bahasa Cina; 4. Bahasa Tamil; dan 5. Matematik.
  14. 14. ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya 1. Pendidikan Islam; 2. Pendidikan Moral; 3. Sains; dan 4. Kajian Tempatan. iii. Bidang Perkembangan Diri Individu 1. Kemahiran Hidup; 2. Pendidikan Muzik; 3. Pendidikan Seni; 4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  15. 15. • Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:i. Kemahiran Asas; ii. Manusia dengan Persekitaran; iii. Kesenian dan Kesihatan; iv. Kerohanian, nilai dan sikap v. Kemahiran Hidup; dan vi. Kokurikulum
  16. 16. Pembentukan KSSR
  17. 17. • Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah yang dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah. • Merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. • Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
  18. 18. • Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah tidak sahaja menintiberatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), tetapi juga mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. • Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. • KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa.
  19. 19. • Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan. • KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas.
  20. 20. Matlamat dan Objektif KSSR • melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai • KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. • KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
  21. 21. • Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut: • Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial • Warganegara yang bertanggungjawab • Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player) • Pekerja berilmu
  22. 22. Prinsip KSSR • Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:  Pendekatan Bersepadu  Perkembangan Individu Secara Menyeluruh  Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid  Pendidikan Seumur Hidup
  23. 23.  Pendekatan Bersepadu • Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsurunsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.  Perkembangan Individu Secara Menyeluruh • KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.  Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid • KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.  Pendidikan Seumur Hidup • KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
  24. 24. Fokus KSSR • KSSR memastikan selepas enam tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. • KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. • Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.
  25. 25. Ciri – ciri • Reka bentuk kurikulum KSSR berasaskan enam tunjang, iaitu: 1. Komunikasi 2. Kerohanian, sikap dan nilai 3. Kemanusiaan 4. Perkembangan fizikal dan estetika 5. Keterampilan diri 6. Sains dan teknologi
  26. 26.  Tunjang Komunikasi • Memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul. • Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. • Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.
  27. 27.  Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai • Memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.  Tunjang Kemanusiaan • Memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.
  28. 28. • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika • Memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.  Tunjang Keterampilan Diri • Memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
  29. 29.  Tunjang Sains dan Teknologi • Memberi penekanan kepada penguasaan: 1. pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik 2. pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik 3. pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi • Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
  30. 30. TERIMA KASIH

×