Kaedah Abjad merupakan kaedah klasik untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang memperkenalkan huruf-huruf bahasa Melayu dan mengajar mengeja suku kata dan perkataan. Kaedah ini memberikan asas membaca yang kukuh tetapi juga dikritik kerana murid kadangkala hanya mengeja tanpa memahami. Guru perlu menggunakan bahan bantu seperti kad huruf dan permainan untuk memudahkan pembelajaran huruf