SlideShare a Scribd company logo
INOVASI PEMULIHAN LITERASI JAWI
Beberapa contoh inovasi yang boleh dicetuskan terutamanya dalam aspek pemulihan atau literasi
Jawi antaranya:
1. Mengadakan sudut pemulihan jawi di dalam kelas khususnya kelas pemulihan. Peralatan yang
perlu diadakan di sudut tersebut seperti ‘carta huruf Jawi”, “gambar bersama satu huruf tunggal
Jawi”, “gambar dan satu suku kata terbuka”, “gambar dan perkataan” dan sebagainya.
2. Permainan puzzle huruf Jawi bergambar supaya mereka dapat menyebut huruf dan gambar
yang hendak dicantum.
3. Melakar bentuk huruf Jawi tunggal di pasir, di meja, di belakang kawan dan di udara sambil
menyebut nama huruf tersebut.
4. Membentukkan huruf tunggal Jawi dengan doh tepung atau tanah liat yang berbagai warna.
5. Permainan mengail huruf yang disebut oleh guru atau huruf yang sama sebanyak mana yang
disediakan dan dimasukkan ke dalam kotak atau bakul yang mengandungi huruf yang sama.
Di antara inovasi yang tersenarai di atas telah saya gunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi murid Prasekolah dan Pendidikan Khas.
Sebagai usaha untuk meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman murid dalam kemahiran Pelajaran
Jawi, berbagai inovasi yang telah diciptakan selain daripada apa yang telah saya nyatakan sebelum.
Di samping itu ia dapat membantu mengurangkan jumlah murid pemulihan jawi dan menempatkan
mereka ke dalam kelas aliran perdana.
Permainan ‘Roda Impian Jawi’. Caranya ialah dengan memusingkan roda impian yang disediakan
sehingga berhenti dan jarumnya menunjukkan pada mana-mana huruf Jawi. Kemudian murid diminta
mengambil kad yang didahului huruf yang ditunjukkan oleh jarum roda impian tadi. Seterusnya murid
mengeja perkataan tersebut.
Menyusun huruf tunggal Jawi menjadi perkataan yang betul berdasarkan gambar yang dipamerkan.
Mengaplikasikan permainan papan huruf Jawi dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan Jawi.
Caranya ialah dengan mengambil sekeping kad huruf Jawi dalam sebuah kotak, kemudian menyebut
sambil menunjukkan kepada guru dan rakan. Seterusnya, membuka huruf pada papan huruf Jawi dan
menyebut perkataan berpandukan gambar yang disediakan pada papan itu. Kemudian murid mengeja
perkataan tersebut yang terdapat pada papan itu secara latih tubi.
Membudayakan e-pembelajaran sebagai salah satu bentuk inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran melalui ICT.
Wallahu A’lam.
a.Kaedah soal jawab
Kaedah soal jawab merupakan kaedah dimana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar pula memberi
jawapan. Kaedah soal jawab juga biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan
jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran dan
pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat
menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak,
mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan
kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan
guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih
jelas kepada kepada pelajar.
b.Kaedah Perbincangan
Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi maklumat
mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari penyelesaian.
Tujuan Perbincangan
 Menggalakkan perkembangan mental.
 Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.
 Menggalakkan perkongsian pendapat.
 Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.
 Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.
 Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.
 Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan dalam kumpulan.
 Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.
a.Kaedah
Huruf
Satu kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama dan bunyi huruf.
Aktiviti yang boleh dijalankan:
 Menunjukkan huruf alif, ba, ta dan sebagainya dengan bahan bantu seperti manila kad atau flash kad
 Guru memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut
 Murid-murid diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan, berpasangan atau
secara kelas
 Guru memperkenalkan huruf vocal dan menggabungkannya dengan huruf-huruf tersebut iaitu ba,bi,bu dan
sebagainya.
 Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan rangkaikata
- Guru hendaklah melakukan aktiviti secara latih tubi
- Guru meminta murid menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.
b.Kaedah Mengeja
Iaitu satu kaedah di mana murid dikehendaki menyebut huruf dan mengeja serta membina suku kata tersebut.
Selain itu, murid juga boleh mengeja terus sesuatu perkataan.
Aktiviti yang dicadangkan:
 Guru menunjukkan huruf-huruf seperti ba, alif, jim, wau.
 Guru meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara individu, kumpulan dan kelas
 Guru menggabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan dan meminta murid mengejanya
seperti ba + ju = baju
 Guru meiminta menulis perkataan yang dibentuk
 Murid juga boleh mengeja terus dengan menyebut ba, alif, jim, wau = baju
c.Kaedah Bunyi
Iaitu kaedah membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku kata yang lain.
Aktiviti yang dicadangkan ialah;
 Guru menunjukkan suku kata pertama dan meminta murid membunyikannya suku kata tersebut tanpa mengeja
 Murid diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali secara individu, berpasangan, kumpulan atau
kelas.
 Guru menunjukkan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan suku kata tersebut
 Guru mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan kedua-dua
suku kata tersebut dan membentuk perkataan
Kaedah ini lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk peringkat permulaan pengajaran terdiri
dari suku kata yangs ama bunyinya kemudian diikuti dengan perkataan yang berlainan bunyi semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contoh perkataan yang sama bunyi ialah; Baba, bubu, titi, cucu.
Dari perkataan yang sama bunyi itu kemudian dibentuk pula perkataan yang berlainan bunyi dari suku kata
yang telah dipelajari, contohnya;
ti+ba=tiba, cu+ti = cuti, cu+ba = cuba, bu+cu = bucu.
Melalui cara ini, murid dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengeja terlebih dahulu. Di samping itu,
murid juga dapat menguasai kemahiran membaca atau membunyikan perkataan dengan cepat.
e.Kaedah bermain
Bermain sambil belajar merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk melatih murid sebagai seorang manusia
dan menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan akan memperolehi pembelajaran
yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.
Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah teka silangkata, teka-teki, sahibba, domino, kad-kad
bergambar, kad perkataan, membentuk perkataan dari kad-kad huruf, menyambung titik-titik, cantuman gambar, kad
nombor, dam ular dan sebagainya.
Perbincangan 1-2-4
Pendahuluan
Rencana ringkas ini cuba menjelaskan suatu variasi kaedah perbincangan berstruktur yang melibatkan pendekatan
individu, pasangan, kumpulan kecil serta kelas. Perbincangan kita akan berkisar di sekitar rasional variasi ini wujud
dan teknik-teknik perlaksanaannya. Variasi perbincangan ini diutarakan oleh Northedge (1975) dan diubahusaikan oleh
Gibbs (1981).
Rasional
Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah yang penting dalam proses pengajaran pembelajaran bilik darjah,
terutamanya di peringkat maktab. Ia merupakan suatu kaedah yang mana pelajar-pelajar dikehendaki memainan
peranan yang aktif dalam mengulas, menyelesaikan seerta membuat kesimpulan mengenai masalah atau isu -isu
kontroversial. Justeru itu kaedah ini dikatakan sehaluan dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan pelajar
serta pendekatan induktif.
Meskipun demikian, biasanya perlaksanaan perbincangan secara bebas dan tradisional dalam kelas tidak begitu
berkesan kerana didapati terdapat pelajar-pelajar yang pasif dan tidak begitu mahir dalam mengeluarkan pendapat
masing-masing. Keadaan ini adalah lebih ketara jika terdapat pelajar-pelajar yang bersifat ekstrovert yang selalunya
menguasai suasana perbincangan. Selain daripada itu, prbincangan yang dilakukan secara bebas adalah sukar untuk
dikawal dan biasanya guru dikehendaki memainkan peranan yang lebih utama daripada yang sepatutnya. Lantaran itu,
suatu teknik perbincangan berstruktur difikirkan boleh mengatasi masalah-masalah yang wujud dalam perbincangan
bebas serta menimbulkan interaksi yang menyeluruh dalam kelas.
Pelaksanaan
Perlaksanaan perbincangan 1-2-4 ini melibatkan 4 tahap; bermua dengan bekerja secara perseorangan, berbincang
secara pasangan, berbincang dalam kumpulan kecil (4 atau 6 ahli) dan sesi pleno.
Tajuk
Seperti apa jua variasi perbincangan, guru harus menyediakan tajuk-tajuk atau masalah yang sesuai dengan pelajar-
pelajarnya. Lantaran itu, tajuk atau masalah yang dipilih itu seharusnya mempunyai kaitan dengan pengalaman atau
pengetahuan sdia ada pada pelajar.
Tajuk-tajuk yang sesuai dengan perbincangan 1-2-4 ini adalah seperti masalah atau tajuk-tajuk yang berhubungan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran Contohnya ialah ciri-ciri pengajaran yang baik, faktor-faktor yang
mempengaruhi proses pembelajaran, masalah disiplin serta masalah-masalah moral.
Satu
Untuk memulakan variasi perbincangan in, guru seharusnya menerangkan masalah atau tajuk yang harus dibincangkan
oleh pelajar terlebih dahulu. Selepas tajuk atau masalah dijelaskan, pelajar-pelajar diminta memikirkan isi atau
penyelesaian yang dikehendaki berdasarkan pengalaman atau pengetahuan mereka. Mereka diminta menggunakan
teknik refleksi dan seterusnya mencatatkan pendapat masing-masing pada sekeping kertas. Pada tahap ini, semua
pelajar diminta membuat kerja masing-masing dan mreka adalah dilarang berbincang di antara satu sama lain. Masa
yang diberi untuk aktiviti ini adalah 5 minit sahaja.
Tujuan tahap ini diadakan ialah supaya semua pelajar diberi peluang untuk berfikir secara individu tanpa diganggu
oleh perasaan, pengalaman atau pendapat orang lain. Di samping itu, mreka juga dapat mengaitkan tajuk atau masalah
perbincangan dengan pengalaman dan pengetahuan yang lalu. Oleh sebab mereka diminta menuliskan pendapat mereka,
maka proses pemikiran serta aliran pendapat mereka akan menjadi lebih konkrit dan nyata. Ini akan juga melatih
mereka supaya berfikir secara lebh sistematik. Selain daripada itu, apa juga pengalaman atau pendapat yang ada pada
mereka dapat dijelmakan tanpa searang ancaman atau kritikan yang mungkin memutuskan pengaliran pemikiran
mereka.
Dua
Selepas masa telah tamat, maka tiap-tiap individu diarah memilih seorang pelajar yang lain untuk membentuk satu
pasangan. Perkara ini agak mudah dibuat jika pelajar-pelajar duduk berdua-duaan. Apabila pasangan telah dibentuk,
kertas catatan ditukar di antara satu sama lain. Tiap-tiap ahli dalam pasangan dikehendaki membaca kertas catatan
ahli yang lain. Di sini setiap orang terpaksa membincangkan sama ada pay yang tercatat itu adalah sama atau tidak.
Dengan kata-kata lain, perbincangan berbentuk dialog yang informal. Setiap pasangan diminta membuat rumusan
tentang persamaan dan perbezaan pendapat serta mengumpulkan isi-isi perbualan pasangan masing-masing.
Dengan adanya perbincangan secara pasangan, maka kita boleh menjaminkan bahawa semua pelajar akan aktif
berbincang. adalah mustahil jika dialog atau perbualan berlaku secara prseorangan. Ini akanMenolong pelajar yang
mempunyai sifat yang pasif, introvert dan kurang keyakinan diri dalam aktiviti perbincangan untuk mengeluarkan
suatu sesi soal jawab yag agak informal tanpa apa-apa tekanan luar.
Selain daripada itu, setiap pasangan akan berasa lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan mereka
kerana mereka terpaksa bergabung dengan pasangan yang lain kelak. Masa untuk tahap ini adalah lebih kurang 10
minit sahaja.
Empat
Seterusnya, setiap pasangan diminta bergabung dengan satu lagi pasangan untuk membentuk kumpulan yag terdiri
daripada empat orang. Rumusan yang dibuat oleh setiap pasangan tadi ditukar dan perbincangan akan berlangsung
dengan meneliti persamaan dan perbezaan rumusan-rumusan itu. Kumpulan itu dikehendaki membuat kesimpulan
perbincangan kumpulan. Masa yag diperuntukkan untuk perbincangan kumpulan adalah 25 minit.
Tahap ini merupakan tahap yang paling penting kerana di samping mengembangkan dan menambahkan idea -idea dalam
kumpulan, setiap ahli masih diberi peluang untuk memainkan prananyang aktif. Oleh sebab setiap kumpulan biasanya
terdiri daripada dua pasangan, maka idea-idea tidak mungkin di-'outnumbered'. Ini akan memberi peluang kepada
setiap pasangan untuk menjelaskan idea-idea masing-masing.
Sesi Pleno
Bila masa telah tamat, tiap-tiap kumpulan diminta menghantar seorng pelapor untuk melaporkan rumusan kumpulan
masing-masing. Setiap kumpulan diminta menyampaikan satu isi diikuti oleh kumpulan yang lain. Ini boleh berlangsung
sehingga masa tamat atau semua isi telah dilaporkan. Rumusan kumpulan itu boleh dicatatkan pada papan tulis atau
disinarkan dengan menggunakan transparensi. Untuk menjimatkan masa, pendapat atau isi yang sama tidak perlu
dicatatkan. Sebaik-baiknya semua kumpulan diberi peluang untuk membuat laporan jika masa mengizinkan. Pelajar-
pelajar lain digalakkan untuk menyoal pelapor-pelapor jika didapati sebarang keraguan. Akhir sekali, guru boleh
membuat kesimpulan atau menambahkan isi jika perlu.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, perbincangan 1-2-4 mewarisi kelebihan serta kelemahan umum kaedah perbincangan.
Bagaimanapun oleh kerana perbincangan ni adalah berstruktur dari segi pelaksanaannya maka didapati kelemah
perbincangan bebas dapat dikurangkan. Peranan guru dalam variasi perbincangan ini adalah minimal. Guru cuma
merupakan fasilator dan bebas bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk membantu proses
perbincangan. Viriasi ini juga boleh digunakan sebagai suatu aktiviti belajar sendiri di kalagan pelajar. Bilangan ahli
dalam sesuatu kumpulan kecil boleh diubahsuai mengikut bilangan pelajar dalam kelas dan tidak semestinya 4 orang
sekumpulan. Begitu juga masa yang diperuntukkan untuk setiap tahap perbincangan.
Rujukan
Entwistle, H (1970) "Child-centred Education", Methuen & Co. Ltd, London.
Gibbs, G (1977) "Teaching Students to Learn", The Open University, London.
Northedge, A. (1975) "Learning Through Discussion in the Open University", The Open University, London.
Stones, E. & Morris, S. (1972) "Teaching Practice". Methuen & Co. Ltd., London.
Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd. West Vancouver.
Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?
"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak
tercapai."
"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga"
"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"
"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."
"Apa itu stra..."
PENDAHULUAN
Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep
pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang
menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adal ah suatu perkara
yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk
sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara
keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu
pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaeda h serta
teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan
asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-
konsep tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh
teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep
strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam
situasi pengajaran.
KAEDAH DAN TEKNIK
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian
kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru
itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat.
Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh
gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang
atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-
kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-
macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita
boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran -
kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai
teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun
dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum
mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan
sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua
tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan
secara memanggang pula adalah amat berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak
memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran
memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.
Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi
walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus,
maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai
walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.
Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang
betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan
menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.
Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak
kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan,
bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan
atau Socratik dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika
seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar
matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-
teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran
mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti
bercerita itu berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah
seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang
disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu
menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-
pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang
munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya
dan sebagainya.
Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti
perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih
sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik
demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap
kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam
pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil
untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang
tertentu.
Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau
pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi
zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa
seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan
Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip
makanan serta hubungannya dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis.
Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa.
Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat
bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman,
perbincangan informal serta dengan pemerhatian.
PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses
pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.
Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian
yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan
wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan
pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran
atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan,
pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan
di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah
yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan
deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi
abstrak.
Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran
yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan
pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah
pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan
masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema
pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan
bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi
suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik
serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.
Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan
situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul
berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori
mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.
Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan
situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan
sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara -cara yang digunakan untuk
menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.
STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu
matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus
memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.
Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang
dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menaw an Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia
harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita
menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih
dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah
yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5
kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak
dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-
pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita
menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut
telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut
diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan
untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya
harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat
pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita
menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.
Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk
menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi
permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh d an kemudiannya
menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2
pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi
permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah
permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.
STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan
serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah
itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan
yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan
kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif
atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah
syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah
kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi
mengajar yang dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah
yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang
biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan
strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di
samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan
fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru
bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana
mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan
dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar
kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana
proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat
pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan
pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan
masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum
Rujukan
Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.
Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.
Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.
Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.
Analisa Kreatif Kemahiran Mencetuskan Idea
PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan menganalisa beberapa kerangka berfikir secara kreatif khususnya kemahiran mencetusan
idea. Kerangka atau 'framework' sangat penting untuk menembuskan kebuntuan fikiran yang mengongkong minda
untuk merelisasikan perspektif baru dan perubahan paradigma. Tanpa kerangka berfikir, pemikiran seseorang
dikaburi oleh pengalaman, emosi, serta prasangka yang telah terpendam dalam mindanya.
Tumpuan kertas kerja ini ialah untuk meneliti beberapa alat yang digunakan untuk membantu menjelaskan proses
pemikiran dan seterusnya melicinkan proses menjanakan idea-idea baru dengan perspektif ang luar biasa. Antara
kerangka yang dijelaskan ialah peta minda, morfologi dan senarai semak.
KERANGKA UNTUK MENCETUSKAN IDEA
Pada amnya, peta minda merupakan penjelman idea, konsep, kemungkinan dan apa sahaja hasil minda yang diluks pada
kertas. Antara peta minda yang popular masa kini ialah rajah Buzan. Buzan (1990) dalam bukunya yang bertajuk 'Use
Your Head' telah menyenaraikan tujuah hukum untuk melukis peta minda. Rajah Buzan dapat menjelaskan proses
pemikiran atau mewujudkan 'thingification' idea-idea dalam minda.
Di samping itu, perkaitan serta cabang-cabang suatu idea dengan idea-idea yang berkaitan dapat distrukturkan
dengan jelas dan lebih konkrit. Contoh rajah Buzan tentang perbincangan kertas kerja ini adalah seperti berikut:
Rajah I
Selain rajah Buzan, peta minda yang lain adalah seperti 'relevance tree'. Sesuatu tajuk utama dipecahkan kepada
sub-tajuknya. Contoh yang biasa digunakan ialah Carta Organisasi sesebuah pertubuhan. Struktur organisasi dapat
difahami dengan lebih jelas lagi dengan adanya pertalian 'line' dan 'staff'. Biasanya garisan biasa menunjukkan
tanggunjgawab langsung kepada matlamat organisasi manakala garisan berputus-putus menunjukkan fungis staf yang
berperanan menyokong dan menasihati ahli organisasi yang lain sahaja.
Suatu lagi bentuk peta minda yang tidak perlu dibincangkan dengan panjang lebar lagi ialah rajah tulang ikan. Rajah ini
digunakan untuk meneliti sebab dan punca masalah sesuatu proses atau organisasi. Teknik ini sangat diutamakan
semasa bengkel-bengkel QCC yang diadakan beberapa tahun yang lalu.
ANALISA MORFOLOGI
Teknik ini telah diberi berbagai-bagai nama; antaranya ialah 'Matrix for Generating Original Possibilities', Grid Dua
Dimensi, 'The Aristotelian Table of Invention' dan lain-lain lagi (Kemmis, 1988). Contoh yang umum tentang teknik ini
ialah jadual waktu di bilik darjah. Perkara penting yang mesti ditetapkan terlebih dahulu ialah unsur-unsur paksi
menegak dan paksi mendatar.
Kalau kita ingin mencari tema untuk menjalankan Penyelidikan Tindakan bagi sesebuah sekolah maka paksi-paksinya
boleh terdiri dari unsur guru, murid, isi pelajaran dan milieux. Interaksi dan analisa unsur menegak dan mendatar
akan memberikan sudut pandangan yang lebih menyeluruh dan mengurangkan kemungkinan keciciran kepenti ngan
mana-mana pihak. Contohnya boleh dilihat pada rajah berikut:
Unsur guru murid isi pelajaran milieux
guru
murid
isi pelajaran
milieux
Untuk mendapatkan morfologi 3 dimensi struktur dalam bentuk kotak digunakan. Alat ii boleh dilihat seolah-oleh
seperti beberapa jadual dua dimensi yang ditindihkan di atas satu sama lain. Contoh bagi struktur tersebut adalah
seperti berikut:
Paksi (a) menunjukkan bahan-bahan mentah yang boleh diolahkan melalui beberapa proses seperti di paksi (c). Paksi
menegak (b) menggambarkan pasaran di mana hasil interaksi (a) dan (c) boleh diurusniagakan. Dengan kaedah ini maka
banyak kemungkinan dapat diwujudkan dan pemikiran yang lebih rapi lagi dinyatakan.
SENARAI SEMAK
Senarai semak merupakan alat mencetuskan idea yang mudah digunakan dan berkesan. Berbagai-bagai senarai semak
telah dinyatakan untuk membantu murid-murid dan orang dewas yang terperangkap dengan kebuntuan fikiran.
Antara senarai semak yang paling biasa digunakan ialah enam orang rakan baik Kipling yang berbunyi 'Who, What,
How, Why, Where' dan 'When'. Para wartawan serta pegawai polis sentiasa menggunakan senarai semak ini untuk
mendpatkan butiran-butiran sesuatu peristiwa. Murid-murid sekolah juga menggunakan senarai tersebut untuk
merangka karangan.
Manakala senarai semak untuk mencetuskan idea mengikut Osborn (Richards, 1990) adalah seperti beriktu:
Put to other uses?
Adapt?
Modify?
Magnify?
Minify?
Substitue?
Rearrange?
Reverse?
Combine?
Senarai semak yang mempunyai persamaan juga di beri oleh Abdullan dan Ainon (1994). Mengikut pengarang-
pengarang terebut, soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk mencetuskan idea berasaskan sesuatu benda yang
dipilih:
Boleh ia dibesarkan?
Boleh ia dikecilkan?
Bolehkah ia ditinggikan?
Bolehkah ia direndahkan?
Bolehkah ia dipanjangkan?
Bolehkah ia dipendekkan?
Bolehkah ia ditebalkan?
Bolehkah ia dinipiskan?
Bolehkah ia dibulatkan?
Bolehkah ia dilonjongkan?
Bolehkah ia diluruskan?
Bolehkah ia dibengkokkan?
Bolehkah ia diterbalikkan?
Bolehkah ia digabungkan dengan benda lain?
Bolehkah ciri-cirinya ditambah?
Bolehkah ciri-cirinya dikurangkan?
Bolehkah warnanya ditukar?
Bolehkah fungsinya ditukar?
Bolehkah bahannya ditukar?
Bolehkah baunya ditukar?
Bolehkah ia dileburkan?
Bolehkah ia dipisahkan?
Bolehkah benda lain berfungsi sepertinya?
Bolehkah ia melakukan fungsi benda lain?
Senarai semak tersebut didapati terlalu penjang dan agak susah diingati. Untuk memudahkan aplikasinya dalam dan di
luar bilik darjah maka dicadangkan suatu mnemonik digunakan. Contohnya adalah GLUKOSA.
Seperti yang diketahui umum, glukosa diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi metabolisme hayat. Bagaimanapun,
kita juga boleh menggunakan GLUKOSA untuk menghasilkan idea-idea baru. GLUKOSA yag diertikan adalah seperti
berikut:
G - ganti atau gabung
L - lebihkan (diperbanyakkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)
U - ubahsuai (ubah warna, bentuk, proses, rasa, bau, bunyi dan lain-lain)
K - kurangkan (diperkecilkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)
O - olakkan (diulang-ulang, diputar, dikisar dan dipusingkan)
S - songsangkan (diterbalikkan dari segi masa, proses, arah dan lain-lain)
A - aplikasi atau adaptasi.
Untuk menghasilkan rekaan baru, kita boleh menggunakan GLUKOSA untuk meneliti sesuatu benda atau idea yang
sedia ada. Teknik ini sebaik-baiknya digunakan secara sengaja dan dijadikan sebagai suatu kebiasaan berfikir. Harus
ditegaskan di sini bahawa senarai semak ini boleh diperluskan lagi dan tidak muktamad.
Untuk memudahkan aplikasinya di bilik darjah maka suatu bentuk penyusun grafik dicadangkan. Contohnya adalah
seperti Lampiran 'A'.
KESIMPULAN
Kemahiran mencetuskan idea merupakan suatu kemahiran berfikir yang penting diperolehi. Analisa ringkas tentang
beberapa kerangka mencetuskan idea telah merangkumi peta minda, teknik morfologi dan senarai semak. Kerangka
berfikir memperluaskan perspektif dan persepsi kita terhadap sesuatu konsep dan seterusnya membebaskan minda
kita dari kebuntuan idea baru. Adalah diharapkan bahawa gabungan senarai semak dalam bentuk mnemonik dengan
penyusun grafik boleh merupakan suatu alat yang kuat dan berkesan.
IDEA / PROSES /BENDA SEDIA ADA
Idea / proses & bentuk baru
Unsur/Ciri/Bahagian Senarai Semak Kemungkinan, Akibat & Kesan
G
L
U
K
O
S
A
http://www.teachersrock.net/pdkt.htm

More Related Content

What's hot

60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)Mawar Pink
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
muhammad
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
amira nurfahmida
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
Cho Shirley
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
Afifah Yusoff
 
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - Pengenalan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - PengenalanStandard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - Pengenalan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - Pengenalan
Mohd Suhaimin Isnen
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
jamatineh78
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
Fizz Scopio
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruanCik Sakura
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
awin awin
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
shafidaosman
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
amira nurfahmida
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomAutdrey Yna
 

What's hot (20)

60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - Pengenalan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - PengenalanStandard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - Pengenalan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) - Pengenalan
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloom
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 

Similar to Inovasi pemulihan literasi jawi

Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Nur Khairi
 
Jenis-Jenis Pengajaran Berbicara.pptx
Jenis-Jenis Pengajaran Berbicara.pptxJenis-Jenis Pengajaran Berbicara.pptx
Jenis-Jenis Pengajaran Berbicara.pptx
PBSIYASIKA1
 
Contoh rpp tematik
Contoh rpp tematikContoh rpp tematik
Contoh rpp tematik
Abdul Manan
 
KRB 301
KRB 301KRB 301
KRB 301
Cik BaCo
 
kepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarkepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajar
Nor Fatihah
 
metode pembelajaran
metode pembelajaranmetode pembelajaran
metode pembelajaran
Yokhebed Fransisca
 
5metodepembelajaranyokhelengkap
5metodepembelajaranyokhelengkap5metodepembelajaranyokhelengkap
5metodepembelajaranyokhelengkapHari Pramono
 
5metodepembelajaranyokhelengkap
5metodepembelajaranyokhelengkap5metodepembelajaranyokhelengkap
5metodepembelajaranyokhelengkapHari Pramono
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
eli priyatna laidan
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
eli priyatna laidan
 
Pemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayuPemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayu
Putra Adam Hisham
 
Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasMasriqon Masriqon
 
14.vina serevina fandi cahya
14.vina serevina fandi cahya14.vina serevina fandi cahya
14.vina serevina fandi cahyavinaserevina
 
[5] rpp tematik 1
[5] rpp tematik 1[5] rpp tematik 1
[5] rpp tematik 1
Operator Warnet Vast Raha
 
[5] rpp tematik 1
[5] rpp tematik 1[5] rpp tematik 1
[5] rpp tematik 1
Operator Warnet Vast Raha
 

Similar to Inovasi pemulihan literasi jawi (20)

Laporan 1
Laporan 1Laporan 1
Laporan 1
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
 
Jenis-Jenis Pengajaran Berbicara.pptx
Jenis-Jenis Pengajaran Berbicara.pptxJenis-Jenis Pengajaran Berbicara.pptx
Jenis-Jenis Pengajaran Berbicara.pptx
 
Lngkran soaln
Lngkran soalnLngkran soaln
Lngkran soaln
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
Contoh rpp tematik
Contoh rpp tematikContoh rpp tematik
Contoh rpp tematik
 
Speaking
SpeakingSpeaking
Speaking
 
Desain pesan
Desain pesanDesain pesan
Desain pesan
 
KRB 301
KRB 301KRB 301
KRB 301
 
kepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarkepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajar
 
metode pembelajaran
metode pembelajaranmetode pembelajaran
metode pembelajaran
 
5metodepembelajaranyokhelengkap
5metodepembelajaranyokhelengkap5metodepembelajaranyokhelengkap
5metodepembelajaranyokhelengkap
 
5metodepembelajaranyokhelengkap
5metodepembelajaranyokhelengkap5metodepembelajaranyokhelengkap
5metodepembelajaranyokhelengkap
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
 
Pemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayuPemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayu
 
Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelas
 
14.vina serevina fandi cahya
14.vina serevina fandi cahya14.vina serevina fandi cahya
14.vina serevina fandi cahya
 
[5] rpp tematik 1
[5] rpp tematik 1[5] rpp tematik 1
[5] rpp tematik 1
 
[5] rpp tematik 1
[5] rpp tematik 1[5] rpp tematik 1
[5] rpp tematik 1
 

Inovasi pemulihan literasi jawi

  • 1. INOVASI PEMULIHAN LITERASI JAWI Beberapa contoh inovasi yang boleh dicetuskan terutamanya dalam aspek pemulihan atau literasi Jawi antaranya: 1. Mengadakan sudut pemulihan jawi di dalam kelas khususnya kelas pemulihan. Peralatan yang perlu diadakan di sudut tersebut seperti ‘carta huruf Jawi”, “gambar bersama satu huruf tunggal Jawi”, “gambar dan satu suku kata terbuka”, “gambar dan perkataan” dan sebagainya. 2. Permainan puzzle huruf Jawi bergambar supaya mereka dapat menyebut huruf dan gambar yang hendak dicantum. 3. Melakar bentuk huruf Jawi tunggal di pasir, di meja, di belakang kawan dan di udara sambil menyebut nama huruf tersebut. 4. Membentukkan huruf tunggal Jawi dengan doh tepung atau tanah liat yang berbagai warna. 5. Permainan mengail huruf yang disebut oleh guru atau huruf yang sama sebanyak mana yang disediakan dan dimasukkan ke dalam kotak atau bakul yang mengandungi huruf yang sama. Di antara inovasi yang tersenarai di atas telah saya gunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi murid Prasekolah dan Pendidikan Khas. Sebagai usaha untuk meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman murid dalam kemahiran Pelajaran Jawi, berbagai inovasi yang telah diciptakan selain daripada apa yang telah saya nyatakan sebelum. Di samping itu ia dapat membantu mengurangkan jumlah murid pemulihan jawi dan menempatkan mereka ke dalam kelas aliran perdana. Permainan ‘Roda Impian Jawi’. Caranya ialah dengan memusingkan roda impian yang disediakan sehingga berhenti dan jarumnya menunjukkan pada mana-mana huruf Jawi. Kemudian murid diminta mengambil kad yang didahului huruf yang ditunjukkan oleh jarum roda impian tadi. Seterusnya murid mengeja perkataan tersebut. Menyusun huruf tunggal Jawi menjadi perkataan yang betul berdasarkan gambar yang dipamerkan. Mengaplikasikan permainan papan huruf Jawi dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan Jawi. Caranya ialah dengan mengambil sekeping kad huruf Jawi dalam sebuah kotak, kemudian menyebut sambil menunjukkan kepada guru dan rakan. Seterusnya, membuka huruf pada papan huruf Jawi dan menyebut perkataan berpandukan gambar yang disediakan pada papan itu. Kemudian murid mengeja perkataan tersebut yang terdapat pada papan itu secara latih tubi. Membudayakan e-pembelajaran sebagai salah satu bentuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui ICT. Wallahu A’lam. a.Kaedah soal jawab
  • 2. Kaedah soal jawab merupakan kaedah dimana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar. b.Kaedah Perbincangan Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari penyelesaian. Tujuan Perbincangan  Menggalakkan perkembangan mental.  Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.  Menggalakkan perkongsian pendapat.  Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.  Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.  Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.  Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan dalam kumpulan.  Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan. a.Kaedah Huruf Satu kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama dan bunyi huruf. Aktiviti yang boleh dijalankan:  Menunjukkan huruf alif, ba, ta dan sebagainya dengan bahan bantu seperti manila kad atau flash kad  Guru memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut  Murid-murid diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan, berpasangan atau secara kelas  Guru memperkenalkan huruf vocal dan menggabungkannya dengan huruf-huruf tersebut iaitu ba,bi,bu dan sebagainya.  Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan rangkaikata - Guru hendaklah melakukan aktiviti secara latih tubi - Guru meminta murid menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk. b.Kaedah Mengeja Iaitu satu kaedah di mana murid dikehendaki menyebut huruf dan mengeja serta membina suku kata tersebut. Selain itu, murid juga boleh mengeja terus sesuatu perkataan. Aktiviti yang dicadangkan:  Guru menunjukkan huruf-huruf seperti ba, alif, jim, wau.  Guru meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara individu, kumpulan dan kelas  Guru menggabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan dan meminta murid mengejanya seperti ba + ju = baju
  • 3.  Guru meiminta menulis perkataan yang dibentuk  Murid juga boleh mengeja terus dengan menyebut ba, alif, jim, wau = baju c.Kaedah Bunyi Iaitu kaedah membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku kata yang lain. Aktiviti yang dicadangkan ialah;  Guru menunjukkan suku kata pertama dan meminta murid membunyikannya suku kata tersebut tanpa mengeja  Murid diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali secara individu, berpasangan, kumpulan atau kelas.  Guru menunjukkan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan suku kata tersebut  Guru mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan kedua-dua suku kata tersebut dan membentuk perkataan Kaedah ini lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk peringkat permulaan pengajaran terdiri dari suku kata yangs ama bunyinya kemudian diikuti dengan perkataan yang berlainan bunyi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contoh perkataan yang sama bunyi ialah; Baba, bubu, titi, cucu. Dari perkataan yang sama bunyi itu kemudian dibentuk pula perkataan yang berlainan bunyi dari suku kata yang telah dipelajari, contohnya; ti+ba=tiba, cu+ti = cuti, cu+ba = cuba, bu+cu = bucu. Melalui cara ini, murid dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengeja terlebih dahulu. Di samping itu, murid juga dapat menguasai kemahiran membaca atau membunyikan perkataan dengan cepat. e.Kaedah bermain Bermain sambil belajar merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk melatih murid sebagai seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka. Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah teka silangkata, teka-teki, sahibba, domino, kad-kad bergambar, kad perkataan, membentuk perkataan dari kad-kad huruf, menyambung titik-titik, cantuman gambar, kad nombor, dam ular dan sebagainya. Perbincangan 1-2-4 Pendahuluan Rencana ringkas ini cuba menjelaskan suatu variasi kaedah perbincangan berstruktur yang melibatkan pendekatan individu, pasangan, kumpulan kecil serta kelas. Perbincangan kita akan berkisar di sekitar rasional variasi ini wujud dan teknik-teknik perlaksanaannya. Variasi perbincangan ini diutarakan oleh Northedge (1975) dan diubahusaikan oleh Gibbs (1981). Rasional Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah yang penting dalam proses pengajaran pembelajaran bilik darjah, terutamanya di peringkat maktab. Ia merupakan suatu kaedah yang mana pelajar-pelajar dikehendaki memainan peranan yang aktif dalam mengulas, menyelesaikan seerta membuat kesimpulan mengenai masalah atau isu -isu
  • 4. kontroversial. Justeru itu kaedah ini dikatakan sehaluan dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan pelajar serta pendekatan induktif. Meskipun demikian, biasanya perlaksanaan perbincangan secara bebas dan tradisional dalam kelas tidak begitu berkesan kerana didapati terdapat pelajar-pelajar yang pasif dan tidak begitu mahir dalam mengeluarkan pendapat masing-masing. Keadaan ini adalah lebih ketara jika terdapat pelajar-pelajar yang bersifat ekstrovert yang selalunya menguasai suasana perbincangan. Selain daripada itu, prbincangan yang dilakukan secara bebas adalah sukar untuk dikawal dan biasanya guru dikehendaki memainkan peranan yang lebih utama daripada yang sepatutnya. Lantaran itu, suatu teknik perbincangan berstruktur difikirkan boleh mengatasi masalah-masalah yang wujud dalam perbincangan bebas serta menimbulkan interaksi yang menyeluruh dalam kelas. Pelaksanaan Perlaksanaan perbincangan 1-2-4 ini melibatkan 4 tahap; bermua dengan bekerja secara perseorangan, berbincang secara pasangan, berbincang dalam kumpulan kecil (4 atau 6 ahli) dan sesi pleno. Tajuk Seperti apa jua variasi perbincangan, guru harus menyediakan tajuk-tajuk atau masalah yang sesuai dengan pelajar- pelajarnya. Lantaran itu, tajuk atau masalah yang dipilih itu seharusnya mempunyai kaitan dengan pengalaman atau pengetahuan sdia ada pada pelajar. Tajuk-tajuk yang sesuai dengan perbincangan 1-2-4 ini adalah seperti masalah atau tajuk-tajuk yang berhubungan dengan proses pengajaran dan pembelajaran Contohnya ialah ciri-ciri pengajaran yang baik, faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran, masalah disiplin serta masalah-masalah moral. Satu Untuk memulakan variasi perbincangan in, guru seharusnya menerangkan masalah atau tajuk yang harus dibincangkan oleh pelajar terlebih dahulu. Selepas tajuk atau masalah dijelaskan, pelajar-pelajar diminta memikirkan isi atau penyelesaian yang dikehendaki berdasarkan pengalaman atau pengetahuan mereka. Mereka diminta menggunakan teknik refleksi dan seterusnya mencatatkan pendapat masing-masing pada sekeping kertas. Pada tahap ini, semua pelajar diminta membuat kerja masing-masing dan mreka adalah dilarang berbincang di antara satu sama lain. Masa yang diberi untuk aktiviti ini adalah 5 minit sahaja. Tujuan tahap ini diadakan ialah supaya semua pelajar diberi peluang untuk berfikir secara individu tanpa diganggu oleh perasaan, pengalaman atau pendapat orang lain. Di samping itu, mreka juga dapat mengaitkan tajuk atau masalah perbincangan dengan pengalaman dan pengetahuan yang lalu. Oleh sebab mereka diminta menuliskan pendapat mereka, maka proses pemikiran serta aliran pendapat mereka akan menjadi lebih konkrit dan nyata. Ini akan juga melatih mereka supaya berfikir secara lebh sistematik. Selain daripada itu, apa juga pengalaman atau pendapat yang ada pada mereka dapat dijelmakan tanpa searang ancaman atau kritikan yang mungkin memutuskan pengaliran pemikiran mereka. Dua Selepas masa telah tamat, maka tiap-tiap individu diarah memilih seorang pelajar yang lain untuk membentuk satu pasangan. Perkara ini agak mudah dibuat jika pelajar-pelajar duduk berdua-duaan. Apabila pasangan telah dibentuk, kertas catatan ditukar di antara satu sama lain. Tiap-tiap ahli dalam pasangan dikehendaki membaca kertas catatan ahli yang lain. Di sini setiap orang terpaksa membincangkan sama ada pay yang tercatat itu adalah sama atau tidak. Dengan kata-kata lain, perbincangan berbentuk dialog yang informal. Setiap pasangan diminta membuat rumusan tentang persamaan dan perbezaan pendapat serta mengumpulkan isi-isi perbualan pasangan masing-masing. Dengan adanya perbincangan secara pasangan, maka kita boleh menjaminkan bahawa semua pelajar akan aktif berbincang. adalah mustahil jika dialog atau perbualan berlaku secara prseorangan. Ini akanMenolong pelajar yang
  • 5. mempunyai sifat yang pasif, introvert dan kurang keyakinan diri dalam aktiviti perbincangan untuk mengeluarkan suatu sesi soal jawab yag agak informal tanpa apa-apa tekanan luar. Selain daripada itu, setiap pasangan akan berasa lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan mereka kerana mereka terpaksa bergabung dengan pasangan yang lain kelak. Masa untuk tahap ini adalah lebih kurang 10 minit sahaja. Empat Seterusnya, setiap pasangan diminta bergabung dengan satu lagi pasangan untuk membentuk kumpulan yag terdiri daripada empat orang. Rumusan yang dibuat oleh setiap pasangan tadi ditukar dan perbincangan akan berlangsung dengan meneliti persamaan dan perbezaan rumusan-rumusan itu. Kumpulan itu dikehendaki membuat kesimpulan perbincangan kumpulan. Masa yag diperuntukkan untuk perbincangan kumpulan adalah 25 minit. Tahap ini merupakan tahap yang paling penting kerana di samping mengembangkan dan menambahkan idea -idea dalam kumpulan, setiap ahli masih diberi peluang untuk memainkan prananyang aktif. Oleh sebab setiap kumpulan biasanya terdiri daripada dua pasangan, maka idea-idea tidak mungkin di-'outnumbered'. Ini akan memberi peluang kepada setiap pasangan untuk menjelaskan idea-idea masing-masing. Sesi Pleno Bila masa telah tamat, tiap-tiap kumpulan diminta menghantar seorng pelapor untuk melaporkan rumusan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diminta menyampaikan satu isi diikuti oleh kumpulan yang lain. Ini boleh berlangsung sehingga masa tamat atau semua isi telah dilaporkan. Rumusan kumpulan itu boleh dicatatkan pada papan tulis atau disinarkan dengan menggunakan transparensi. Untuk menjimatkan masa, pendapat atau isi yang sama tidak perlu dicatatkan. Sebaik-baiknya semua kumpulan diberi peluang untuk membuat laporan jika masa mengizinkan. Pelajar- pelajar lain digalakkan untuk menyoal pelapor-pelapor jika didapati sebarang keraguan. Akhir sekali, guru boleh membuat kesimpulan atau menambahkan isi jika perlu. Kesimpulan Sebagai kesimpulan, perbincangan 1-2-4 mewarisi kelebihan serta kelemahan umum kaedah perbincangan. Bagaimanapun oleh kerana perbincangan ni adalah berstruktur dari segi pelaksanaannya maka didapati kelemah perbincangan bebas dapat dikurangkan. Peranan guru dalam variasi perbincangan ini adalah minimal. Guru cuma merupakan fasilator dan bebas bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk membantu proses perbincangan. Viriasi ini juga boleh digunakan sebagai suatu aktiviti belajar sendiri di kalagan pelajar. Bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan kecil boleh diubahsuai mengikut bilangan pelajar dalam kelas dan tidak semestinya 4 orang sekumpulan. Begitu juga masa yang diperuntukkan untuk setiap tahap perbincangan. Rujukan Entwistle, H (1970) "Child-centred Education", Methuen & Co. Ltd, London. Gibbs, G (1977) "Teaching Students to Learn", The Open University, London. Northedge, A. (1975) "Learning Through Discussion in the Open University", The Open University, London. Stones, E. & Morris, S. (1972) "Teaching Practice". Methuen & Co. Ltd., London. Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd. West Vancouver. Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?
  • 6. "Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai." "Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga" "Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi" "Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..." "Apa itu stra..." PENDAHULUAN Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adal ah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaeda h serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep- konsep tersebut. Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran. KAEDAH DAN TEKNIK Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah- kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam- macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak. Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran - kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.
  • 7. Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas. Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik. Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik- teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar- pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu. PENDEKATAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
  • 8. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan. Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian. PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu. Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara -cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.
  • 9. STRATEGI Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya. Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menaw an Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan. Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan- pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak. Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing. Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh d an kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai. STRATEGI PENGAJARAN Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan
  • 10. fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain. KESIMPULAN Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum Rujukan Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur. Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London. Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London. Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver. Analisa Kreatif Kemahiran Mencetuskan Idea PENDAHULUAN Kertas kerja ini bertujuan menganalisa beberapa kerangka berfikir secara kreatif khususnya kemahiran mencetusan idea. Kerangka atau 'framework' sangat penting untuk menembuskan kebuntuan fikiran yang mengongkong minda untuk merelisasikan perspektif baru dan perubahan paradigma. Tanpa kerangka berfikir, pemikiran seseorang dikaburi oleh pengalaman, emosi, serta prasangka yang telah terpendam dalam mindanya. Tumpuan kertas kerja ini ialah untuk meneliti beberapa alat yang digunakan untuk membantu menjelaskan proses pemikiran dan seterusnya melicinkan proses menjanakan idea-idea baru dengan perspektif ang luar biasa. Antara kerangka yang dijelaskan ialah peta minda, morfologi dan senarai semak. KERANGKA UNTUK MENCETUSKAN IDEA
  • 11. Pada amnya, peta minda merupakan penjelman idea, konsep, kemungkinan dan apa sahaja hasil minda yang diluks pada kertas. Antara peta minda yang popular masa kini ialah rajah Buzan. Buzan (1990) dalam bukunya yang bertajuk 'Use Your Head' telah menyenaraikan tujuah hukum untuk melukis peta minda. Rajah Buzan dapat menjelaskan proses pemikiran atau mewujudkan 'thingification' idea-idea dalam minda. Di samping itu, perkaitan serta cabang-cabang suatu idea dengan idea-idea yang berkaitan dapat distrukturkan dengan jelas dan lebih konkrit. Contoh rajah Buzan tentang perbincangan kertas kerja ini adalah seperti berikut: Rajah I Selain rajah Buzan, peta minda yang lain adalah seperti 'relevance tree'. Sesuatu tajuk utama dipecahkan kepada sub-tajuknya. Contoh yang biasa digunakan ialah Carta Organisasi sesebuah pertubuhan. Struktur organisasi dapat difahami dengan lebih jelas lagi dengan adanya pertalian 'line' dan 'staff'. Biasanya garisan biasa menunjukkan tanggunjgawab langsung kepada matlamat organisasi manakala garisan berputus-putus menunjukkan fungis staf yang berperanan menyokong dan menasihati ahli organisasi yang lain sahaja. Suatu lagi bentuk peta minda yang tidak perlu dibincangkan dengan panjang lebar lagi ialah rajah tulang ikan. Rajah ini digunakan untuk meneliti sebab dan punca masalah sesuatu proses atau organisasi. Teknik ini sangat diutamakan semasa bengkel-bengkel QCC yang diadakan beberapa tahun yang lalu. ANALISA MORFOLOGI Teknik ini telah diberi berbagai-bagai nama; antaranya ialah 'Matrix for Generating Original Possibilities', Grid Dua Dimensi, 'The Aristotelian Table of Invention' dan lain-lain lagi (Kemmis, 1988). Contoh yang umum tentang teknik ini ialah jadual waktu di bilik darjah. Perkara penting yang mesti ditetapkan terlebih dahulu ialah unsur-unsur paksi menegak dan paksi mendatar. Kalau kita ingin mencari tema untuk menjalankan Penyelidikan Tindakan bagi sesebuah sekolah maka paksi-paksinya boleh terdiri dari unsur guru, murid, isi pelajaran dan milieux. Interaksi dan analisa unsur menegak dan mendatar akan memberikan sudut pandangan yang lebih menyeluruh dan mengurangkan kemungkinan keciciran kepenti ngan mana-mana pihak. Contohnya boleh dilihat pada rajah berikut: Unsur guru murid isi pelajaran milieux guru murid isi pelajaran milieux Untuk mendapatkan morfologi 3 dimensi struktur dalam bentuk kotak digunakan. Alat ii boleh dilihat seolah-oleh seperti beberapa jadual dua dimensi yang ditindihkan di atas satu sama lain. Contoh bagi struktur tersebut adalah seperti berikut: Paksi (a) menunjukkan bahan-bahan mentah yang boleh diolahkan melalui beberapa proses seperti di paksi (c). Paksi menegak (b) menggambarkan pasaran di mana hasil interaksi (a) dan (c) boleh diurusniagakan. Dengan kaedah ini maka banyak kemungkinan dapat diwujudkan dan pemikiran yang lebih rapi lagi dinyatakan. SENARAI SEMAK Senarai semak merupakan alat mencetuskan idea yang mudah digunakan dan berkesan. Berbagai-bagai senarai semak telah dinyatakan untuk membantu murid-murid dan orang dewas yang terperangkap dengan kebuntuan fikiran.
  • 12. Antara senarai semak yang paling biasa digunakan ialah enam orang rakan baik Kipling yang berbunyi 'Who, What, How, Why, Where' dan 'When'. Para wartawan serta pegawai polis sentiasa menggunakan senarai semak ini untuk mendpatkan butiran-butiran sesuatu peristiwa. Murid-murid sekolah juga menggunakan senarai tersebut untuk merangka karangan. Manakala senarai semak untuk mencetuskan idea mengikut Osborn (Richards, 1990) adalah seperti beriktu: Put to other uses? Adapt? Modify? Magnify? Minify? Substitue? Rearrange? Reverse? Combine? Senarai semak yang mempunyai persamaan juga di beri oleh Abdullan dan Ainon (1994). Mengikut pengarang- pengarang terebut, soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk mencetuskan idea berasaskan sesuatu benda yang dipilih: Boleh ia dibesarkan? Boleh ia dikecilkan? Bolehkah ia ditinggikan? Bolehkah ia direndahkan? Bolehkah ia dipanjangkan? Bolehkah ia dipendekkan? Bolehkah ia ditebalkan? Bolehkah ia dinipiskan? Bolehkah ia dibulatkan? Bolehkah ia dilonjongkan? Bolehkah ia diluruskan? Bolehkah ia dibengkokkan? Bolehkah ia diterbalikkan? Bolehkah ia digabungkan dengan benda lain? Bolehkah ciri-cirinya ditambah? Bolehkah ciri-cirinya dikurangkan? Bolehkah warnanya ditukar? Bolehkah fungsinya ditukar? Bolehkah bahannya ditukar? Bolehkah baunya ditukar? Bolehkah ia dileburkan? Bolehkah ia dipisahkan? Bolehkah benda lain berfungsi sepertinya? Bolehkah ia melakukan fungsi benda lain? Senarai semak tersebut didapati terlalu penjang dan agak susah diingati. Untuk memudahkan aplikasinya dalam dan di luar bilik darjah maka dicadangkan suatu mnemonik digunakan. Contohnya adalah GLUKOSA. Seperti yang diketahui umum, glukosa diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi metabolisme hayat. Bagaimanapun, kita juga boleh menggunakan GLUKOSA untuk menghasilkan idea-idea baru. GLUKOSA yag diertikan adalah seperti berikut:
  • 13. G - ganti atau gabung L - lebihkan (diperbanyakkan dari segi kuantiti sesuatu unsur) U - ubahsuai (ubah warna, bentuk, proses, rasa, bau, bunyi dan lain-lain) K - kurangkan (diperkecilkan dari segi kuantiti sesuatu unsur) O - olakkan (diulang-ulang, diputar, dikisar dan dipusingkan) S - songsangkan (diterbalikkan dari segi masa, proses, arah dan lain-lain) A - aplikasi atau adaptasi. Untuk menghasilkan rekaan baru, kita boleh menggunakan GLUKOSA untuk meneliti sesuatu benda atau idea yang sedia ada. Teknik ini sebaik-baiknya digunakan secara sengaja dan dijadikan sebagai suatu kebiasaan berfikir. Harus ditegaskan di sini bahawa senarai semak ini boleh diperluskan lagi dan tidak muktamad. Untuk memudahkan aplikasinya di bilik darjah maka suatu bentuk penyusun grafik dicadangkan. Contohnya adalah seperti Lampiran 'A'. KESIMPULAN Kemahiran mencetuskan idea merupakan suatu kemahiran berfikir yang penting diperolehi. Analisa ringkas tentang beberapa kerangka mencetuskan idea telah merangkumi peta minda, teknik morfologi dan senarai semak. Kerangka berfikir memperluaskan perspektif dan persepsi kita terhadap sesuatu konsep dan seterusnya membebaskan minda kita dari kebuntuan idea baru. Adalah diharapkan bahawa gabungan senarai semak dalam bentuk mnemonik dengan penyusun grafik boleh merupakan suatu alat yang kuat dan berkesan. IDEA / PROSES /BENDA SEDIA ADA Idea / proses & bentuk baru Unsur/Ciri/Bahagian Senarai Semak Kemungkinan, Akibat & Kesan G L U K O S A http://www.teachersrock.net/pdkt.htm