SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
PPSMI – Berbalik Kepada Asas




Saya ingin turut sama menyumbang buah fikiran dalam soal Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Untuk

memastikan kita lebih faham akan isu ini yang di kebelakangan ini disuarakan oleh banyak cendikawan negara, elok kita berbalik ke soal asas pembelajaran dan

pengajaran itu sendiri.




Pelajar ke sekolah. Mereka belajar dalam kelas (atau makmal sains atau bengkel kerja tangan dsb.). Pendek kata pelajar belajar, guru mengajar. Itu asas utama

pembelajaran.




Hasil dari pengajaran guru, secara umumnya akan terdapat empat kelompok pelajar.




Pertama, ada pelajar yang faham sepenuhnya pengajaran guru. Mereka inilah yang lazimnya muncul sebagai pelajar cemerlang dan memperolehi keputusan

yang terbaik dalam setiap ujian bulanan, semester atau peperiksaan utama seperti UPSR, SMRA, PMR, SMA, SPM, STPM atau pun lain-lain peperiksaan

sehingga di peringkat institusi pengajian tinggi. Mereka cemerlang sebab mereka faham sepenuhnya hampir kesemua subjek yang diajar oleh guru. Lantaran

itulah pelajar cemerlang seperti Azali Azlan (SPM 2007, 21A) tidak memerlukan tuisyen kecuali kelas tambahan yang diuruskan oleh sekolah. Nadiah Amira

(SPM 2006, 18A) dan Nor Amalina Che Bakri (SPM 2004, 17A1) hanya mengambil tuisyen bagi subjek Prinsip Akaun sahaja. Oleh kerana mereka faham

sepenuhnya ajaran guru, maka mereka dapat menguasai sesuatu subjek dengan lebih baik.




Kedua pula ialah kumpulan pelajar yang hanya memahami sebahagian daripada apa yang di ajar oleh guru. Mungkin dari sepuluh perkara yang dibentangkan

mereka hanya boleh memahami enam atau tujuh perkara sahaja. Inilah kelompok pelajar sederhana. Sesetengah subjek difahami sepenuhnya manakala subjek

lain pula difahami sebahagian sahaja. Atas sebab itulah keputusan peperiksaan mereka meliputi gred A, B dan C sebagai contoh. Mereka ini kita golongkan

sebagai pelajar sederhana.




Kelompok ketiga terdiri dari kalangan pelajar yang hanya dapat memahami sebahagian kecil sahaja dari apa yang diajarkan oleh guru kelas mereka. Inilah

kelompok pelajar lemah. Rata-rata gred yang diperolehi ialah C dan D sahaja. Jarang sekali mereka mendapat B atau A. Mungkin bagi sesetengah subjek lain

mereka gagal terus.




Kemudian kita ada kelompok terbawah, yakni pelajar gagal kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru mereka. Mereka inilah yang lazimnya berada di

kelas bekalang. Kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru, maka mereka ke sekolah “sekadar meramaikan majlis”.




Apakah faktor yang menyebab mereka faham atau tidak faham pengajaran guru ? Banyak !. Di pihak pelajar, mereka tidak atau kurang faham kerana tidak

memberi tumpuan dalam kelas, bermain-main semasa guru mengajar, tidak ada asas yang kukuh mempepalajari sesuatu tajuk yang diperkenalkan dan yang

seumpamanya. Di sebelah pihak guru pula ia mungkin disebabkan oleh pengajaran yang kurang berkesan.




Namun ada satu lagi faktor kritikal yang menentukan kefahaman atau ketidakfahaman pelajar terhadap pengajaran guru.




Ada kalanya pelajar telah memberi tumpuan 100% dalam kelas. Mereka tidak bermain-main semasa guru mengajar. Namun kerana bahasa yang digunakan oleh

guru tidak difahami oleh pelajar, maka masih sukar bagi mereka untuk memahami apa yang diajar. Inilah di antara perkara utama yang menimbulkan masalah

dalam PPSMI.
Ia menjadi lebih ketara lagi sekiranya guru yang mengajar subjek berkenaan kurang dapat menguasai Bahasa Inggeris itu sendiri. Atau mungkin usaha guru

untuk mengajar menggunakan dwi-bahasa kurang menjadi.




Pada saya ibu kunci kejayaan akademik ialah FAHAM. Jika seseorang pelajar itu faham apa yang diajar oleh guru, maka peluangnya untuk skor sesuatu subjek

amatlah baik. Jika tidak, maka peluangnya amat tipis sekali.




Atas sebab itulah kita lihat sesetengah pelajar nampak seolah-olah tidak belajar bersungguh-sungguh berbanding dengan rakan sekelasnya serta menyertai

pelbagai aktiviti ko-kurikulum sekolah dan memegang beberapa jawatan penting dalam persatuan dan kelab, namun menyerlah sebagai pelajar terbilang sekolah

pada hari penganugerahan pelajar cemerlang. Rakannya pula berusaha dua kali ganda lebih kuat darinya, menghadiri kelas tuisyen dan melibatkan diri dalam

aktiviti ko-kurikulum sekadar memenuhi syarat sekolah sahaja, namun tidak menampakkan kehebatan dalam pelajaran.




Di mana silapnya ? Tidak ada silap di mana-mana melainkan pelajar cemerlang tadi cemerlang sebab dia memahami sepenuhnya ajaran guru, manakala

rakannya tidak begitu. Sementara rakannya perlu mengambil sedikit masa untuk membuat ulangkaji dan kerja rumah, dia terpaksa bertungkus lumus berjam-

jam lamanya untuk mendapat hasil yang sama. Jawapannya, seorang faham, dan seorang lagi kurang atau tidak faham. Justeru itu, ibu kunci kejayaan ialah

FAHAM apa yang diajar oleh guru.




Biar saya buat satu analogi untuk memantapkan lagi hujjah ini. Katakan subjek Matematik atau Sains diajar oleh seorang guru dari Timur Tengah dalam

Bahasa Arab, atau oleh guru dari Manila dalam Bahasa Tagolog atau oleh seorang guru dari Pirenza (Florence) dalam Bahasa Itali.




Kita sendiri yang masih meraba-raba dengan bahasa Arab atau Tagolog atau Itali mengikuti pengajaran guru berkenaan. Sehebat manapun guru tersebut, sudah

pasti sukar sekali bagi kita memahami pengajaran guru berkenaan.




Ia mungkin satu analogi yang agak keterlaluan, namun itulah unsur-unsur permasalahan yang dihadapi oleh pelajar yang sama ada tidak tahu langsung Bahasa

Inggeris atau lemah bahasa berkenaan.




Dalam keadaan serupa itulah, program tuisyen seperti yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran (skim baucer tuisyen) atau FELDA (skim tuisyen Felda)

atau lain-lain agensi kerajaan dan bukan-kerajaan kurang keberkesanannya kerana masalah asas, yakni tidak faham atau kurang faham ajaran guru kerana

penggunaan bahasa tertentu wujud.




Saya masih teringat perbualan saya dengan seorang guru dari Kota Belud, Sabah ketika dia mengajak pelajar membuat karangan dalam Bahasa Inggeris. Dia

minta pelajar memberitahu apakah perkataan “pengenalan” dalam Bahasa Inggeris. Setiap karangan mesti dimulakan dengan “pengenalan”. Dia amat terkejut

apabila seorang pelajar berkata (bukan tujuan berjenaka) “I.C.” Bagi pelajar berkenaan baeangkali kerana “Kad Pengenalan” itu lazimnya disebaut sebagai

“I.C”, maka itulah agaknya logik yang dipakai.




Itu sekadar satu dari banyak contoh serta ratusan “cerita jenaka” di mana guru-guru sekolah, khususnya di kawasan luar bandar hadapi dalam mengajar Sains

dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.




Ini bermakna pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris, lebih-lebih lagi diajar oleh guru yang belum sepenuhnya bersedia mengajar dalam Bahasa Inggeris

subjek Sains dan Matematik menghadapi dua aras permasalahan.
Pertama masalah mereka memahami pengajaran yang dibuat dalam bahasa yang mereka tidak selesa, dan keduanya memahami isi kandungan subjek Sains dan

Matematik itu sendiri.




Sama ada berasas atau tidak, sebelum ini kita sering dengar keluhan umum tentang kelemahan pelajar Bumiputera dalam kedua-dua subjek berkenaan. Dengan

memeprkenalkan PPSMI, kita bukan sahaja gagal menangani masalah ini, malah memburukkan lagi keadaan.




Saya amat bersetuju sekali kita meneliti semula dengan serius PPSMI kerana salah satu sebab utama diperkenalkan PPSMI ialah untuk mengukuhkan

penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di negara kita ini. Itu satu matlamat murni yang tidak perlu dipertikaikan, cuma apakah pendekatannya

menerusi PPSMI. Mengapa tidak memperkasakan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri seperti yang sering diwar-warkan oleh

ramai orang.




Malah andaian penggunaan Bahasa Inggeris untuk memajukan negara juga ada hujah balasnya. Banyak negara di dunia yang tidak menggunakan Bahasa

Inggeris sebagai bahasa utama berjaya. Lihat Thailand sendiri kerana kemajuan sains dan teknologinya juga hebat sebenarnya. Negara Jepun, Jerman dan

sekarang kemunculan gergasi ekonomi baru China. Pengalaman saya ke Itali tahun lalu cukup relevan. Rata-rata sama ada di TV, papan tanda jalan serta

perbualan umum hampir 95% dalam bahasa Itali. Namun ia maju. Banyak jenama Itali menjadi buruan dunia. Tiada Bahasa Inggeris.




Cuma saya harap kita jangan ambil terlalu lama untuk meneliti semula dasar PPSMI. Sememangnya banyak pihak berhujjah bahawa kita jangan terburu-buru

mengubah sesuatu dasar. Itu boleh kita fahami. Cuma yang menjadi persoalan kenapa dasar yang sama semasa diperkenalkan dulu tidak diteliti dengan

mendalam. Tiba-tiba ia diperkenalkan tanpa apa-apa kajian dan tanpa apa-apa persediaan !


ISU PENDIDIKAN : KSSR KURANGKAN TEKANAN PEPERIKSAAN, BINA MODAL INSAN
BERKESAN




Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran
negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa
penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan
inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang
dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim, berkata KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai
penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta
pendidikan seumur hidup. Beliau yang juga Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkata kurikulum itu turut bersandarkan
enam tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.
 Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan
awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal
insan dengan lebih berkesan.

Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran
psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran
sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan
pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat
selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta
meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.




Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran.
Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat
dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid
sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti
perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio
perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat
pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.

Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau
kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid
pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat ap titud murid kepada guru
yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri,
Cheong Oi Lai, berkata pendekatan baru ini membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur. Katanya, portfolio memudahkan guru
menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara mengatasinya. “Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat
dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam.

“Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat
(tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh
buat dengan beradab mithali,” katanya. Beliau berkata, band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid b erjaya menguasai sukatan
pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya. Ia memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebolehan murid
mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka.




Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira
kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas. “Guru perlu memahami etika perguruan, jujur dalam tugas dan tidak boleh
melebihkan murid tertentu demi kepentingan peribadi,” katanya mengulas mengenai kaedah penilaian murid. Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK Bukit Damansara, Datuk Mohd Nadzli Othman, berkata, oleh sebab sebahagian proses penilaian dilakukan oleh sekolah, murid akan berusaha untuk
bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Katanya, mereka akan bersaing dengan
murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.

Kesimpulannya, pengenalan KSSR menggantikan KBSR bermula tahun ini membabitkan murid Tahun Satu adalah inisiatif memperkasa modal insan negara.

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1

PENDAHULUAN




           National Key Result Areas (NKRA‟s) KPM menyasarkan :
           Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas
           3 tahun persekolahan
           Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
           Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
           Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
           Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal
           Tahun 1, 2 dan 3.
       Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.
RASIONAL

— Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira.
— KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
— PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
— Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.
— Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan
kerjaya.

DEFINISI KONSEP

— Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”



NUMERASI TAHUN 1                                             TAHUN 2                    TAHUN 3
             Membaca, menulis,                                                          Membaca, menulis,
                                                             Membaca, menulis,
             membilang dan                                                              membilang dan
Nombor Bulat                                                 membilang dan menyusun
             menyusun nombor                                                            menyusun nombor
                                                             nombor hingga 100
             hingga 50                                                                  hingga 1000
             Menyatakan                                      Menyatakan                 Menyatakan
             fakta asas tambah dan                           fakta asas tambah dan      fakta asas tambah dan
             tolak                                           tolak. Darab (2, 5 dan 10) tolak. Darab (3,4,6,7, 8
Operasi Asas
                                                             dan bahagi (2, 5 dan 10)   dan 9) dan bahagi
                                                                                        (3,4,6,7, 8 dan
                                                                                        9)

DEFINISI KONSEP

— Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung
„dan‟) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”



LITERASI                 TAHAP 1

Membaca dan Menguasai dan memahami minimum
menulis     1000 patah perkataan mudah
Membaca, menullis                Membaca, menullis dan                 Membaca, menullis dan
                      dan memahami                     memahami                              memahami
                      ayat tunggal                     ayat tunggal dan ayat                 ayat tunggal dan ayat
                                                       majmuk (menggunakan                   majmuk (menggunakan
                                                       kata hubung ‘dan’)                    kata hubung ‘dan’)
                                                                                             dalam perenggan

DEFINISI KONSEP



NUMERASI              TAHUN 1                               TAHUN 2                             TAHUN 3
                      Mengenal mata wang                    Mengenal mata wang                  Mengenal mata wang
                      Malaysia                              Malaysia                            Malaysia
                      hingga RM10                           hingga RM100                        hingga RM1000
                      Menyatakan bahagian                   Menyatakan waktu dalam              Menyatakan waktu
                      dalam sehari                          jam pada muka jam                   dalam jam dan minit
                                                            analog                              pada muka jam
Aplikasi                                                                                        analog
                      Mengukur dan                          Mengukur dan menyatakan Mengukur dan
                      menyatakan ukur                       ukur panjang objek dalam menyatakan ukur
                      panjang objek dalam                   unit yang betul          panjang objek dalam
                      unit relatif                                                   unit yang betul (cm
                                                                                     sahaja)

MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali
murid berkeperluan khas”


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI

Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung „dan‟



OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.


KUMPULAN SASAR

Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


STRATEGI PELAKSANAAN

Status

— Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan

Jadual Waktu

— Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada
— Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa
menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.
Penentuan Murid

— Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk
dinilai tahap penguasaannya
— Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama :
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira
— Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan)
— Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh dimasukkan dalam program ini tetapi tidak dimasukkan
dalam kiraan data.
— Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan daripada murid arus perdana dan diajar
secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih
— Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan diadakan pada bulan Oktober

Guru

— Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
— Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan
kepada sasaran (murid)
— Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus
dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini.

Kemudahan

— Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu
— Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P

Penyeliaan dan Pemantauan

— Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan
pegawai PPD
— GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini
— Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan
— Pelaporan dibuat setiap 3 bulan

KANDUNGAN PROGRAM

— Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi murid yang mengikuti program ini
— Skop Modul Literasi
— Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah
— Skop Modul Numerasi
— Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi di samping
mengaplikasikannyadalam pengiraan wang sehingga RM100

Bahan dan Instrumen LINUS

— Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid
— Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan

— Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif

PELAPORAN

— Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti


PENUTUP

— Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan.
— Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA‟s

More Related Content

What's hot

Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanShangari Ram
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Kajian 2 ok
Kajian 2 okKajian 2 ok
Kajian 2 oksjkt15
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Bmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayBmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayMayhana Musa
 
Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan Mengajarqunaz91
 
Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linusbenwong733
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasshahlyme
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Syazana Azmi
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusAhmad NazRi
 
Kemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalahKemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalahAtiqah Aizan
 
Unsur kecindan dalam bilik darjah
Unsur kecindan dalam bilik darjahUnsur kecindan dalam bilik darjah
Unsur kecindan dalam bilik darjahAinun Bariah Jaafar
 

What's hot (20)

Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
Kajian 2 ok
Kajian 2 okKajian 2 ok
Kajian 2 ok
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m
prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2mprosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m
prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m
 
Bmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayBmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 may
 
Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan Mengajar
 
Kasus pelajaran bahasa indonesia
Kasus pelajaran bahasa indonesiaKasus pelajaran bahasa indonesia
Kasus pelajaran bahasa indonesia
 
Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linus
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khas
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
Contoh refleksi
Contoh refleksiContoh refleksi
Contoh refleksi
 
Jurnal minggu 4 (2)
Jurnal minggu 4 (2)Jurnal minggu 4 (2)
Jurnal minggu 4 (2)
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linus
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Kemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalahKemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalah
 
Unsur kecindan dalam bilik darjah
Unsur kecindan dalam bilik darjahUnsur kecindan dalam bilik darjah
Unsur kecindan dalam bilik darjah
 

Viewers also liked

ASK Labs profile
ASK Labs profileASK Labs profile
ASK Labs profileASK Labs
 
Diversidad. Diversity
Diversidad. DiversityDiversidad. Diversity
Diversidad. DiversityCachi Chien
 
Outpost Security Pro 7.5: What's Inside?
Outpost Security Pro 7.5: What's Inside?Outpost Security Pro 7.5: What's Inside?
Outpost Security Pro 7.5: What's Inside?Lubov Putsko
 
Peter O´Toole (1932-2013)
Peter O´Toole (1932-2013)Peter O´Toole (1932-2013)
Peter O´Toole (1932-2013)Cachi Chien
 
I Know What You Did on the Web
I Know What You Did on the WebI Know What You Did on the Web
I Know What You Did on the WebBaynote
 
Snow Art by Simon Beck
Snow Art by Simon BeckSnow Art by Simon Beck
Snow Art by Simon BeckCachi Chien
 
Trinity Kings World Leadership: Tracked PA State Rep. Christiana, Beaver Co. ...
Trinity Kings World Leadership: Tracked PA State Rep. Christiana, Beaver Co. ...Trinity Kings World Leadership: Tracked PA State Rep. Christiana, Beaver Co. ...
Trinity Kings World Leadership: Tracked PA State Rep. Christiana, Beaver Co. ...Terrell Patillo
 
Life is a song, Love is the lyrics.
Life is a song, Love is the lyrics.Life is a song, Love is the lyrics.
Life is a song, Love is the lyrics.Cachi Chien
 
Ssgi Company Introduction
Ssgi Company IntroductionSsgi Company Introduction
Ssgi Company Introductionhunggiathinh
 
Phosphorus cycle by Muhammad Fahad Ansari 12IEEM14
Phosphorus cycle by Muhammad Fahad Ansari 12IEEM14Phosphorus cycle by Muhammad Fahad Ansari 12IEEM14
Phosphorus cycle by Muhammad Fahad Ansari 12IEEM14fahadansari131
 

Viewers also liked (18)

Icons
IconsIcons
Icons
 
Ppt for bit
Ppt for bitPpt for bit
Ppt for bit
 
ASK Labs profile
ASK Labs profileASK Labs profile
ASK Labs profile
 
Adrianbillytrig
AdrianbillytrigAdrianbillytrig
Adrianbillytrig
 
Diversidad. Diversity
Diversidad. DiversityDiversidad. Diversity
Diversidad. Diversity
 
Outpost Security Pro 7.5: What's Inside?
Outpost Security Pro 7.5: What's Inside?Outpost Security Pro 7.5: What's Inside?
Outpost Security Pro 7.5: What's Inside?
 
L´heure Bleue
L´heure BleueL´heure Bleue
L´heure Bleue
 
Peter O´Toole (1932-2013)
Peter O´Toole (1932-2013)Peter O´Toole (1932-2013)
Peter O´Toole (1932-2013)
 
I Know What You Did on the Web
I Know What You Did on the WebI Know What You Did on the Web
I Know What You Did on the Web
 
Snow Art by Simon Beck
Snow Art by Simon BeckSnow Art by Simon Beck
Snow Art by Simon Beck
 
Trinity Kings World Leadership: Tracked PA State Rep. Christiana, Beaver Co. ...
Trinity Kings World Leadership: Tracked PA State Rep. Christiana, Beaver Co. ...Trinity Kings World Leadership: Tracked PA State Rep. Christiana, Beaver Co. ...
Trinity Kings World Leadership: Tracked PA State Rep. Christiana, Beaver Co. ...
 
Git hacking
Git hackingGit hacking
Git hacking
 
Life is a song, Love is the lyrics.
Life is a song, Love is the lyrics.Life is a song, Love is the lyrics.
Life is a song, Love is the lyrics.
 
Ssgi Company Introduction
Ssgi Company IntroductionSsgi Company Introduction
Ssgi Company Introduction
 
Alumnostrabajando
AlumnostrabajandoAlumnostrabajando
Alumnostrabajando
 
Phosphorus cycle by Muhammad Fahad Ansari 12IEEM14
Phosphorus cycle by Muhammad Fahad Ansari 12IEEM14Phosphorus cycle by Muhammad Fahad Ansari 12IEEM14
Phosphorus cycle by Muhammad Fahad Ansari 12IEEM14
 
Pres
PresPres
Pres
 
MEN OF WISDOM HANDBOOK
MEN OF WISDOM HANDBOOKMEN OF WISDOM HANDBOOK
MEN OF WISDOM HANDBOOK
 

Similar to Isu pendidikan

Hbef2103
Hbef2103Hbef2103
Hbef2103zainuns
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuSYAZWANI IBRAHIM
 
Problem Solving Skill Full
Problem Solving Skill FullProblem Solving Skill Full
Problem Solving Skill Fullmoshi89
 
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdfLK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdfsriwidyastuti19
 
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfLK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfRessyResy
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copyOperator Warnet Vast Raha
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copyOperator Warnet Vast Raha
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiCha Aisyah
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembamRidzuan Ahmad
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
64 hesty, s.si implementasi model pembelajaran tematik
64 hesty, s.si  implementasi model pembelajaran tematik64 hesty, s.si  implementasi model pembelajaran tematik
64 hesty, s.si implementasi model pembelajaran tematikUNIMED
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)rosedainty
 
Mengkaji Permasalahan dalam Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam  PembelajaranMengkaji Permasalahan dalam  Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam PembelajaranNini Ibrahim01
 
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachSme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachLing Leh
 

Similar to Isu pendidikan (20)

Jurnal pratikum
Jurnal pratikumJurnal pratikum
Jurnal pratikum
 
Hbef2103
Hbef2103Hbef2103
Hbef2103
 
Karya ilmiah1
Karya ilmiah1Karya ilmiah1
Karya ilmiah1
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
Problem Solving Skill Full
Problem Solving Skill FullProblem Solving Skill Full
Problem Solving Skill Full
 
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdfLK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdf
 
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfLK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
Uas pembelajaran ips
Uas pembelajaran ipsUas pembelajaran ips
Uas pembelajaran ips
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Edit bab i
Edit bab iEdit bab i
Edit bab i
 
Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08
 
64 hesty, s.si implementasi model pembelajaran tematik
64 hesty, s.si  implementasi model pembelajaran tematik64 hesty, s.si  implementasi model pembelajaran tematik
64 hesty, s.si implementasi model pembelajaran tematik
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
Mengkaji Permasalahan dalam Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam  PembelajaranMengkaji Permasalahan dalam  Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam Pembelajaran
 
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachSme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
 

Isu pendidikan

  • 1. PPSMI – Berbalik Kepada Asas Saya ingin turut sama menyumbang buah fikiran dalam soal Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Untuk memastikan kita lebih faham akan isu ini yang di kebelakangan ini disuarakan oleh banyak cendikawan negara, elok kita berbalik ke soal asas pembelajaran dan pengajaran itu sendiri. Pelajar ke sekolah. Mereka belajar dalam kelas (atau makmal sains atau bengkel kerja tangan dsb.). Pendek kata pelajar belajar, guru mengajar. Itu asas utama pembelajaran. Hasil dari pengajaran guru, secara umumnya akan terdapat empat kelompok pelajar. Pertama, ada pelajar yang faham sepenuhnya pengajaran guru. Mereka inilah yang lazimnya muncul sebagai pelajar cemerlang dan memperolehi keputusan yang terbaik dalam setiap ujian bulanan, semester atau peperiksaan utama seperti UPSR, SMRA, PMR, SMA, SPM, STPM atau pun lain-lain peperiksaan sehingga di peringkat institusi pengajian tinggi. Mereka cemerlang sebab mereka faham sepenuhnya hampir kesemua subjek yang diajar oleh guru. Lantaran itulah pelajar cemerlang seperti Azali Azlan (SPM 2007, 21A) tidak memerlukan tuisyen kecuali kelas tambahan yang diuruskan oleh sekolah. Nadiah Amira (SPM 2006, 18A) dan Nor Amalina Che Bakri (SPM 2004, 17A1) hanya mengambil tuisyen bagi subjek Prinsip Akaun sahaja. Oleh kerana mereka faham sepenuhnya ajaran guru, maka mereka dapat menguasai sesuatu subjek dengan lebih baik. Kedua pula ialah kumpulan pelajar yang hanya memahami sebahagian daripada apa yang di ajar oleh guru. Mungkin dari sepuluh perkara yang dibentangkan mereka hanya boleh memahami enam atau tujuh perkara sahaja. Inilah kelompok pelajar sederhana. Sesetengah subjek difahami sepenuhnya manakala subjek lain pula difahami sebahagian sahaja. Atas sebab itulah keputusan peperiksaan mereka meliputi gred A, B dan C sebagai contoh. Mereka ini kita golongkan sebagai pelajar sederhana. Kelompok ketiga terdiri dari kalangan pelajar yang hanya dapat memahami sebahagian kecil sahaja dari apa yang diajarkan oleh guru kelas mereka. Inilah kelompok pelajar lemah. Rata-rata gred yang diperolehi ialah C dan D sahaja. Jarang sekali mereka mendapat B atau A. Mungkin bagi sesetengah subjek lain mereka gagal terus. Kemudian kita ada kelompok terbawah, yakni pelajar gagal kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru mereka. Mereka inilah yang lazimnya berada di kelas bekalang. Kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru, maka mereka ke sekolah “sekadar meramaikan majlis”. Apakah faktor yang menyebab mereka faham atau tidak faham pengajaran guru ? Banyak !. Di pihak pelajar, mereka tidak atau kurang faham kerana tidak memberi tumpuan dalam kelas, bermain-main semasa guru mengajar, tidak ada asas yang kukuh mempepalajari sesuatu tajuk yang diperkenalkan dan yang seumpamanya. Di sebelah pihak guru pula ia mungkin disebabkan oleh pengajaran yang kurang berkesan. Namun ada satu lagi faktor kritikal yang menentukan kefahaman atau ketidakfahaman pelajar terhadap pengajaran guru. Ada kalanya pelajar telah memberi tumpuan 100% dalam kelas. Mereka tidak bermain-main semasa guru mengajar. Namun kerana bahasa yang digunakan oleh guru tidak difahami oleh pelajar, maka masih sukar bagi mereka untuk memahami apa yang diajar. Inilah di antara perkara utama yang menimbulkan masalah dalam PPSMI.
  • 2. Ia menjadi lebih ketara lagi sekiranya guru yang mengajar subjek berkenaan kurang dapat menguasai Bahasa Inggeris itu sendiri. Atau mungkin usaha guru untuk mengajar menggunakan dwi-bahasa kurang menjadi. Pada saya ibu kunci kejayaan akademik ialah FAHAM. Jika seseorang pelajar itu faham apa yang diajar oleh guru, maka peluangnya untuk skor sesuatu subjek amatlah baik. Jika tidak, maka peluangnya amat tipis sekali. Atas sebab itulah kita lihat sesetengah pelajar nampak seolah-olah tidak belajar bersungguh-sungguh berbanding dengan rakan sekelasnya serta menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum sekolah dan memegang beberapa jawatan penting dalam persatuan dan kelab, namun menyerlah sebagai pelajar terbilang sekolah pada hari penganugerahan pelajar cemerlang. Rakannya pula berusaha dua kali ganda lebih kuat darinya, menghadiri kelas tuisyen dan melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum sekadar memenuhi syarat sekolah sahaja, namun tidak menampakkan kehebatan dalam pelajaran. Di mana silapnya ? Tidak ada silap di mana-mana melainkan pelajar cemerlang tadi cemerlang sebab dia memahami sepenuhnya ajaran guru, manakala rakannya tidak begitu. Sementara rakannya perlu mengambil sedikit masa untuk membuat ulangkaji dan kerja rumah, dia terpaksa bertungkus lumus berjam- jam lamanya untuk mendapat hasil yang sama. Jawapannya, seorang faham, dan seorang lagi kurang atau tidak faham. Justeru itu, ibu kunci kejayaan ialah FAHAM apa yang diajar oleh guru. Biar saya buat satu analogi untuk memantapkan lagi hujjah ini. Katakan subjek Matematik atau Sains diajar oleh seorang guru dari Timur Tengah dalam Bahasa Arab, atau oleh guru dari Manila dalam Bahasa Tagolog atau oleh seorang guru dari Pirenza (Florence) dalam Bahasa Itali. Kita sendiri yang masih meraba-raba dengan bahasa Arab atau Tagolog atau Itali mengikuti pengajaran guru berkenaan. Sehebat manapun guru tersebut, sudah pasti sukar sekali bagi kita memahami pengajaran guru berkenaan. Ia mungkin satu analogi yang agak keterlaluan, namun itulah unsur-unsur permasalahan yang dihadapi oleh pelajar yang sama ada tidak tahu langsung Bahasa Inggeris atau lemah bahasa berkenaan. Dalam keadaan serupa itulah, program tuisyen seperti yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran (skim baucer tuisyen) atau FELDA (skim tuisyen Felda) atau lain-lain agensi kerajaan dan bukan-kerajaan kurang keberkesanannya kerana masalah asas, yakni tidak faham atau kurang faham ajaran guru kerana penggunaan bahasa tertentu wujud. Saya masih teringat perbualan saya dengan seorang guru dari Kota Belud, Sabah ketika dia mengajak pelajar membuat karangan dalam Bahasa Inggeris. Dia minta pelajar memberitahu apakah perkataan “pengenalan” dalam Bahasa Inggeris. Setiap karangan mesti dimulakan dengan “pengenalan”. Dia amat terkejut apabila seorang pelajar berkata (bukan tujuan berjenaka) “I.C.” Bagi pelajar berkenaan baeangkali kerana “Kad Pengenalan” itu lazimnya disebaut sebagai “I.C”, maka itulah agaknya logik yang dipakai. Itu sekadar satu dari banyak contoh serta ratusan “cerita jenaka” di mana guru-guru sekolah, khususnya di kawasan luar bandar hadapi dalam mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris, lebih-lebih lagi diajar oleh guru yang belum sepenuhnya bersedia mengajar dalam Bahasa Inggeris subjek Sains dan Matematik menghadapi dua aras permasalahan.
  • 3. Pertama masalah mereka memahami pengajaran yang dibuat dalam bahasa yang mereka tidak selesa, dan keduanya memahami isi kandungan subjek Sains dan Matematik itu sendiri. Sama ada berasas atau tidak, sebelum ini kita sering dengar keluhan umum tentang kelemahan pelajar Bumiputera dalam kedua-dua subjek berkenaan. Dengan memeprkenalkan PPSMI, kita bukan sahaja gagal menangani masalah ini, malah memburukkan lagi keadaan. Saya amat bersetuju sekali kita meneliti semula dengan serius PPSMI kerana salah satu sebab utama diperkenalkan PPSMI ialah untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di negara kita ini. Itu satu matlamat murni yang tidak perlu dipertikaikan, cuma apakah pendekatannya menerusi PPSMI. Mengapa tidak memperkasakan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri seperti yang sering diwar-warkan oleh ramai orang. Malah andaian penggunaan Bahasa Inggeris untuk memajukan negara juga ada hujah balasnya. Banyak negara di dunia yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama berjaya. Lihat Thailand sendiri kerana kemajuan sains dan teknologinya juga hebat sebenarnya. Negara Jepun, Jerman dan sekarang kemunculan gergasi ekonomi baru China. Pengalaman saya ke Itali tahun lalu cukup relevan. Rata-rata sama ada di TV, papan tanda jalan serta perbualan umum hampir 95% dalam bahasa Itali. Namun ia maju. Banyak jenama Itali menjadi buruan dunia. Tiada Bahasa Inggeris. Cuma saya harap kita jangan ambil terlalu lama untuk meneliti semula dasar PPSMI. Sememangnya banyak pihak berhujjah bahawa kita jangan terburu-buru mengubah sesuatu dasar. Itu boleh kita fahami. Cuma yang menjadi persoalan kenapa dasar yang sama semasa diperkenalkan dulu tidak diteliti dengan mendalam. Tiba-tiba ia diperkenalkan tanpa apa-apa kajian dan tanpa apa-apa persediaan ! ISU PENDIDIKAN : KSSR KURANGKAN TEKANAN PEPERIKSAAN, BINA MODAL INSAN BERKESAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim, berkata KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. Beliau yang juga Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkata kurikulum itu turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan
  • 4. awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat ap titud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri, Cheong Oi Lai, berkata pendekatan baru ini membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur. Katanya, portfolio memudahkan guru menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara mengatasinya. “Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam. “Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali,” katanya. Beliau berkata, band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid b erjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya. Ia memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka. Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas. “Guru perlu memahami etika perguruan, jujur dalam tugas dan tidak boleh melebihkan murid tertentu demi kepentingan peribadi,” katanya mengulas mengenai kaedah penilaian murid. Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Damansara, Datuk Mohd Nadzli Othman, berkata, oleh sebab sebahagian proses penilaian dilakukan oleh sekolah, murid akan berusaha untuk
  • 5. bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Katanya, mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Kesimpulannya, pengenalan KSSR menggantikan KBSR bermula tahun ini membabitkan murid Tahun Satu adalah inisiatif memperkasa modal insan negara. PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1 PENDAHULUAN National Key Result Areas (NKRA‟s) KPM menyasarkan : Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM). Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3. Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1. RASIONAL — Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. — KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan — PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi — Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1. — Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. DEFINISI KONSEP — Definisi Numerasi “kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian” NUMERASI TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 Membaca, menulis, Membaca, menulis, Membaca, menulis, membilang dan membilang dan Nombor Bulat membilang dan menyusun menyusun nombor menyusun nombor nombor hingga 100 hingga 50 hingga 1000 Menyatakan Menyatakan Menyatakan fakta asas tambah dan fakta asas tambah dan fakta asas tambah dan tolak tolak. Darab (2, 5 dan 10) tolak. Darab (3,4,6,7, 8 Operasi Asas dan bahagi (2, 5 dan 10) dan 9) dan bahagi (3,4,6,7, 8 dan 9) DEFINISI KONSEP — Definisi Literasi “kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung „dan‟) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian” LITERASI TAHAP 1 Membaca dan Menguasai dan memahami minimum menulis 1000 patah perkataan mudah
  • 6. Membaca, menullis Membaca, menullis dan Membaca, menullis dan dan memahami memahami memahami ayat tunggal ayat tunggal dan ayat ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’) kata hubung ‘dan’) dalam perenggan DEFINISI KONSEP NUMERASI TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 Mengenal mata wang Mengenal mata wang Mengenal mata wang Malaysia Malaysia Malaysia hingga RM10 hingga RM100 hingga RM1000 Menyatakan bahagian Menyatakan waktu dalam Menyatakan waktu dalam sehari jam pada muka jam dalam jam dan minit analog pada muka jam Aplikasi analog Mengukur dan Mengukur dan menyatakan Mengukur dan menyatakan ukur ukur panjang objek dalam menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul panjang objek dalam unit relatif unit yang betul (cm sahaja) MATLAMAT “Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas” OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat : i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup; ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung „dan‟ OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat : i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000; ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor; iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter. KUMPULAN SASAR Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan STRATEGI PELAKSANAAN Status — Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Jadual Waktu — Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada — Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.
  • 7. Penentuan Murid — Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya — Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama : — Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca — Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis — Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira — Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan) — Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh dimasukkan dalam program ini tetapi tidak dimasukkan dalam kiraan data. — Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih — Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan diadakan pada bulan Oktober Guru — Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan — Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid) — Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini. Kemudahan — Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu — Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P Penyeliaan dan Pemantauan — Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD — GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini — Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan — Pelaporan dibuat setiap 3 bulan KANDUNGAN PROGRAM — Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi murid yang mengikuti program ini — Skop Modul Literasi — Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah — Skop Modul Numerasi — Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi di samping mengaplikasikannyadalam pengiraan wang sehingga RM100 Bahan dan Instrumen LINUS — Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid — Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan — Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif PELAPORAN — Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti PENUTUP — Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan. — Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA‟s