1. Sesi Temubual (Pengaruh Israiliyat)
Kemahiran dalam mentafsirkan al-Quran adalah anugerah yang tidak ternilai dimiliki oleh hamba-
hamba Allah yang terpilih. Namun demikian disebabkan keghairahan masyarakat kini terhadap
Islam, ada di antara mereka yang menerima sumber-sumber yang tidak berasas dan cerita-cerita
palsu di mana sengaja diserapkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dan hadis. Justeru itu
untuk pengetahuan ustazah saya sedang membuat kajian ringkas mengenai pengetahuan
masyarakat terhadap pengaruh Israiliyat yang terdapat dalam pentafsiran al-Quran dan hadis.
Di sini saya ingin menemubual ustazah berkaitan dengan Israiliyat berpandukan pengetahuan dan
pengalaman yang ada, diharap ustazah dapat memberi kerjasama.
1. Apakah yang ustazah faham mengenai pengertian Israiliyat itu sendiri ?
- Israiliyat ialah berita-berita yang dibawa oleh Bani Israil yang terdiri daripada Yahudi dan
Nasrani.
2. Pada pandangan ustazah, apakah punca berlakunya pengaruh Israiliyat ke dalam tafsir dan
hadis.
- Ketidakpedulian sesetengah pihak terhadap perkara ini menyebabkan cerita-cerita ini
semakin tersibar serta memberikan kesan negative terhadap Islam.
3. Bolehkah ustazah jelaskan secara ringkas bentuk penyelewengan yang hendak diketengahkan
oleh pengaruh Israiliyat dalam tafsiran al-Quran ?
Kisah Israiliyat dapat dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. .Berita yang disahkan oleh Islam dan disahkan benar.
2. Berita yang ditolak oleh Islam dan disahkan bohong.
3. Berita yang tidak diiktiraf dan tidak pula ditolak oleh Islam
2. 4. Sebahagian daripada penulis kitab-kitab agama telah menulis cerita-cerita yang terdapat di
dalam al-Quran dan hadis serta huraiannya dengan merujuk kitab-kitab tafsir dan hadis serta
kitab-kitab sejarah tanpa mengambil kira kesohihan riwayat atau tafsirannya. Apakah kesan
yang akan berlaku jika perkara ini dibiarkan tanpa kawalan dan penilaian dari pihak yang
bertanggungjawab ?
Israiliyat mempunyai kesan negatif. Antaranya:
1. Memberi gambaran bahawa Islam agama yang khurafat dan penuh pembohongan.
2. Merendah-rendahkan martabat nabi yang diutus Allah.
3. Merosakkan akidah umat Islam
5. Pengaruh Israiliyat dalam tafsir dan hadis boleh memberi gambaran yang buruk kepada Islam.
Apa komen ustazah ?
- Kisah-kisah yang tidak masuk akal dan tidak mendatangkan faedah ini hanya membuat
Islam itu rendah martabatnya.
- Kisah-kisah yang tidak ada kaitan dengan pengajaran bertujuan memalingkan kita daripada
tujuan asal al-Quran diturunkan.
6. Berpandukan pengalaman dan pengetahuan, bolehkah ustazah berikan satu contoh cerita
ringkas berkaitan dengan pengaruh Israiliyat.
- Antara kisah nabi yang mempunyai pengaruh Israiliyat ialah kisah nabi Ayub yang ditimpa
sakit sehigga badannya berulat. Ada juga yang mengatakan bahawa dagingnya
berguguran sehingga tinggal tulang sahaja.
7. Bahan-bahan bacaan agama yang memuatkan cerita-cerita yang dipetik dari al-Quran dan
hadis kadang-kadang memaparkan huraian cerita yang berlebih-lebihan. Bagaimanakah cara
untuk mengesan pengaruh Israiliyat yang telah diserapkan didalam cerita-cerita tersebut.
3. Terdapat 4 kaedah untuk mengecam riwayat Israiliyat iaitu:
1. Pengamatan sanad
2. Pengamatan matan
3. Merujuk ulama’
4. Melihat sumber Yahudi dalam rangka membuat perbandingan warisan ulama’ muktabar
Islam dalam soal berkaitan Israiliyat
8. Pada pandangan ustazah adakah cerita-cerita Israiliyat boleh diterima sebahagiannya atau
ditolak kesemuanya ?
- Bagi tidak semua di antara kita dapat mengecam cerita Israiliyat dengan ilmu yang terbatas
ini. Langkah yang saya rasa terbaik adalah mendiamkan diri kita terhadap cerita-cerita
yang tidak pasti kesahihannya.
9. Bolehkah ustazah nyatakan dua perawi/ tokoh-tokoh Israiliyat yang ustazah tahu.
1. Abdullah bin Salam
2. Abdullah bin Amru
10. Apakah yang patut kita lakukan bagi mengelakkan pengaruh Israiliyat di dalam bahan-bahan
bacaan agama terutama tafsir dan hadis ?
- Langkah berhati-hati perlu diterapkan dalam usaha memurnikan kambali ajaran agama Islam
yang bercampur baur dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan tidak ada faedahnya
dalam urusan agama.
Tarikh : 6 Ogos 2013 Yang benar
…………….………………
(AINALIZA SAPURA BINTI NGAH@ MOKHTAR)