Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PENGARUH ISRAILIYYAT DALAM
KITAB TAFSIR JAWI DI NUSANTARA
Nurul Farhana bt Yusuf IEJ 100031
Rabiatul Adawiah bt Bahrunniza...
PENGAJIAN AL-QURAN PADA ZAMAN AWAL ISLAM
Selepas Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama baginda
terus membaca al-Qur...
KEDATANGANPENGAJIANAL-
QURANKENUSANTARA
• Islam datang ke alam Melayu sebaik sahaja agama
tersebut tersebar di Semenanjung...
• Tempoh dari abad ketujuh
sehingga ke tiga belas telah
menyaksikan kemasukan beramai-
ramai secara berterusan pedagang
da...
Pengajian al-Quran dan tafsir di Malaysia
• Dianggap suatu kewajipan.
• Dijalankan secara formal dan tidak formal samada d...
• Telah lama dijalankan ulama tempatan
• Penulisan yang dihasilkan sebahagian daripada surah-
surah @ juzu’-juzu’ atau len...
 Penulisan & penterjemahan kitab-kitab agama lebih
berkembang pesat sejajar perkembangan pengajian
pondok sekitar abad ke...
LatarBelakang
• Nama penuh Syaikh Abdul Rauf bin Muhammad Ali
Fansuri,atau Syaikh Abdul Rauf Singkel
• Dilahirkan pada tah...
LatarBelakangKitabTafsir
AnwarBaidhawi
Merupakan tafsiran lengkap sebanyak 30 juzuk.
Merupakan tafsir bahasa Melayu Jawi l...
Metodologi Penafsiran & Pengaruh
Israiliyyat
• Banyak menekankan masalah qiraat
• Menyebut tentang fadhilat surah pada set...
Samb…
Tidak mengemukakan matan hadith dan
sanad. Setiap tafsir terus diterjemah ke
bahasa Melayu Jawi Lama tanpa menyatak...
•Contoh-contoh kisah Israiliyyat
-Setiap riwayat yang dikemukakan terus diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu tanpa menyata...
•Tidak menyebut langsung sumber petikan diambil.
‫ٱل‬ ِ‫ِف‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ع‬ِ‫ر‬ٰ‫ـ‬َ‫س‬ُ‫ي‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ٱ‬ َ‫نك‬ُ‫ز‬ َ‫َي‬ ...
Nama penuh Muhammad Sa’id bin Umar
Lahir pada tahun 1275 bersamaan 1854 Masihi
Sifat alim dalam ilmu agama - panggilan “To...
• Seorang yang tegas.
• Disiplin diri yang tinggi (dengan tu
dapat mengarang kitab tafsir 30 juzuk)
• Sangat mengambil ber...
Latar Belakang Kitab Tafsir Nur al Ihsan
• Dikarang lengkap sebanyak 30 juzuk
• Mengambil masa kira-kira 2 tahun 9 bulan u...
• Bermula daripada surah al-Fatihah dan
berakhir dengan surah Al-Nas.
• Tafsiran kepada seluruh ayat-ayat al-
Quran dibaha...
Metodologi Penafsiran & Pengaruh
Israiliyyat
• Tahlili –mengikut susunan mushaf al Quran dari ayat ke
ayat
• Tafsir al mat...
Contoh –contoh kisah Israiliyyat
• Israiliyyat tentang Pokok Tuba
• Muhammad Sa’id bin Umar telah menafsirkan perkataan tu...
Penulis tidak menafikan kemungkinan tuba (pokok) tapi
cerita tambahan mengenai pokok itu adalah israiliyyat
yang diriwayat...
• Beliau telah menceritakan dengan lebih terperinci melebihi
daripada apa yang dinyatakan oleh Allah.
• Beliau menyatakan ...
Tafsiran Muhammad Sa’id Umar
• “Maka dusta mereka itu nuh, maka kami lepas akan dia dan segala mereka
yang beriman sertany...
TAFSIRANMENGENAIKISAH
JALUT&TALUT
• (Kisah bunuh Jalut) dan membunuh oleh Nabi Daud akan Raja Jalut. Adalah serta Ishi bap...
RUJUKAN
• Ahmad Baha (2008),Syarah Latif ‘Ala Arba’in Hadithan Li al Imam al Nawawi
Karangan Syeikh Abdul Rauf al Fansuri:...
Pengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di Nusantara
Pengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di Nusantara
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di Nusantara

520 views

Published on

Pengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di Nusantara

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Pengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di Nusantara

  1. 1. PENGARUH ISRAILIYYAT DALAM KITAB TAFSIR JAWI DI NUSANTARA Nurul Farhana bt Yusuf IEJ 100031 Rabiatul Adawiah bt Bahrunnizam IEJ 100033
  2. 2. PENGAJIAN AL-QURAN PADA ZAMAN AWAL ISLAM Selepas Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama baginda terus membaca al-Quran dan mengajarkannya kepada para sahabat Baginda Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu ketika berusia 40 tahun melalui malaikat Jibril a.s. di gua Hira’. Ayat pertama yang diturunkan kepada baginda Muhammad s.a.w. ialah surah al-Alaq. Cara Rasulullah s.a.w. megajarkan al-Quran kepada para sahabat antaranya - membacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka, kemudian mereka mengikutinya - mereka memperdengarkan bacaaan kepada rasulullah s.a.w. lalu diperbetul oleh baginda s.a.w. Perkembangan pengajian al-Quran semakin berkembang di zaman tabi’in dan zaman kemudiannya selaras dengan perkembangan Islam ke negara-negara Islam di Barat dan Timur.
  3. 3. KEDATANGANPENGAJIANAL- QURANKENUSANTARA • Islam datang ke alam Melayu sebaik sahaja agama tersebut tersebar di Semenanjung tanah Arab • Kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada kurun ke- 15, telah menjadi titik tolak kepada pengajian al- quran. • Hubungan perdagangan yang terjalin di antara penduduk Tanah Melayu dengan pedagang- pedagang Arab telah meninggalkan kesan yang besar dari segi agama. • Penduduk tempatan telah menerima pengaruh agama dan kebudayaan mereka, malah ramai pula penduduk tempatan yang berlayar ke negeri-negeri Arab, khususnya Mekkah untuk menunaikan Ibadah Fardhu Haji serta menuntut ilmu-ilmu Islam. • Institusi pengajian pondok di Tanah Melayu telah dikesan pada akhir abad ke 17 (1) 1)Khazanah al-Quran & al-Hadith Nusantara
  4. 4. • Tempoh dari abad ketujuh sehingga ke tiga belas telah menyaksikan kemasukan beramai- ramai secara berterusan pedagang dan pendatang yang menetap di kawasan tersebut untuk menjalankan hubungan perdagangan. • Islam sampai ke Tanah Melayu, apabila Parameswara Raja Melaka memeluk Islam pada tahun 1414 Masehi. • Bermula dari situ maka pendidikan Islam pun diajar kepada penganut-penganut Islam, dengan teksnya ialah al-Quran pada peringkat awal. Pada kurun ke 19 wujud institusi pengajian pondok atau maahad di nusantara ini. • Sejak abad ke 16, rehlah ilmiyah, atau perjalanan menunutut ilmu yang dilakukan pelajar dari Nusantara ke Tanah Arab, khususnya Mekah dan Madinah semakin banyak • Antara yang kembali ke Nusantara ialah Tuk Kenali. • sebaik sahaja beliau tiba di tanah air beliau terus menubuh dan membuka pondok di Kampung Kenali, pondok di Kampung Paya dan kemudiannya di Kampung Belukar. • Dalam tafsir al-Quran beliau mengajar dengan berpandukan kitab Tafsir Jalalyn, dan Tafisr al-Khazin. Selain itu, mereka membina kelas-kelas mengaji al-Quran sama ada di surau, masjid atau rumah tuan guru.
  5. 5. Pengajian al-Quran dan tafsir di Malaysia • Dianggap suatu kewajipan. • Dijalankan secara formal dan tidak formal samada di rumah-rumah tok guru,surau, masjid. • Berlaku sejak datang Islam hingga zaman penjajah. • Antara tokoh ulama tafsir yang termasyhur yang berperanan mengembangkan bidang ilmu ini : Di Terengganu • Syeikh Abdul Malik bin Abdullah “Tok Pulau Manis” • Ilmu yg dipelajari di Acheh & Mekah dicurahkan masyarakat setempat khusunya di pondok Pulau Manis (yg didirikannya). • Bukti beliau minat dalam bidang ini – menyalin Tafsir Baidhawi dalam bahasa melayu karangan gurunya Syeikh Abdul Rauf singkel. Di Kelantan • Muhammad Yusoff Awang “Tok Kenali” • Salah seorang muridnya Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi dari Perak mengembangkannya ke negerinya. Di Utara Semenanjung Malaysia : • Tokoh awal yang dikesan Tuan Haji Muhammad Sa’id bin ‘Umar • Terkenal seorang yg alim, penulis dan guru tafsir yang masyhur. • Beliau antara yang terawal mengarang kitab.
  6. 6. • Telah lama dijalankan ulama tempatan • Penulisan yang dihasilkan sebahagian daripada surah- surah @ juzu’-juzu’ atau lengkap 30 Juzu’ • Mungkin hasil tulisan mereka tidak dicetak @ diedar dan ianya kekal dalam bentuk manuskrip & dijadikan bahan rujukan ulama’@guru (ajar di pondok, surau @masjid.)  Kemunculan dan perkembangan penulisan kitab-kitab : • Menurut Isma’il Yusoff, penulisan kitab-kitab tafsir dalam bahasa Melayu lepas tahun 1909 • Penulisan kitab-kitab agama mula selepas ramai para ulama kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajian mereka ( belajar di Mekah, Mesir, India @ Pattani.) 2)Mustaffa Abdullah (2009),Khazanah Tafsir Di Malaysia,Kuala Lumpur, 3)Mustaffa Abdullah (2009),Khazanah al Quran dan Tafsir di Nusantara Penulisankitab-kitabtafsirdiMalaysia
  7. 7.  Penulisan & penterjemahan kitab-kitab agama lebih berkembang pesat sejajar perkembangan pengajian pondok sekitar abad ke-20.  Menurut Muhammad Nur Lubis, antara kitab terawal yang dicetak di Alam Melayu : kitab “Tarjuman al- Mustafid “ karangan Sheikh ‘Abd Ra’uf bin ‘Ali al- Fansuri (dicetak kali pertama tahun 1302 H di Istanbul, Turki.)  Penulisan kitab tafsir dalam bahasa melayu di Malaysia yang terawal dicetak tahun 1934 ialah “Tafsir Nur al- Ihsan” lengkap 30 juz.  Kitab-kitab lain yang juga dicetak dan digunakan di Malaysia : Tafsir pimpinan al- Rahman (1968) Khulasah al-Quran (1982) Tafsir al-Quran al- Hakim ( 1949) Tafrsir al-Rawi ( 1951)
  8. 8. LatarBelakang • Nama penuh Syaikh Abdul Rauf bin Muhammad Ali Fansuri,atau Syaikh Abdul Rauf Singkel • Dilahirkan pada tahun 1030H /1620 M. • Meninggal dunia pada 1106 H/1695 M. • Mendapat pendidikan awal dari bapanya Sheikh Ali al Fansuri,dalam ilmu agama dan bahasa arab. • Hampir 20 tahun menuntut ilmu di luar negeri antaranya : di Mekkah,Madinah,Yaman,BaitulMaqdis dan Istanbul. • Seorang ulama besar di Acheh dalam bidang tasawuf dan dilantik sebagai Qadi pada zaman pemerintahan Ratu Safiatuddin • Antara buku yang dihasilkan ialah,Umdatul ahkam,Tafsir Baidhawi/Tarjuman al Musafid,dan Bayan Tajalli (tasawuf) (6) Nazri,Najib (2004),Israiliyyat:Pengaruh Dalam Kitab Tafsir,Cheras:Kuala Lumpur (7) Hidayatullah (2010),Sumbangan Abdul Rauf Singkili Dalam Bidang Hadith:Analisis Teks Pilihan al Mawa’iz al Badi’ah,Universiti Malaya,Kuala Lumpur,Hlm.26 (8) Ibid.,Hlm.29
  9. 9. LatarBelakangKitabTafsir AnwarBaidhawi Merupakan tafsiran lengkap sebanyak 30 juzuk. Merupakan tafsir bahasa Melayu Jawi lama dan sehingga kini masih diterbitkan lagi. Rujukan utama beliau adalah tafsiran kitab al Anwar al Tanzil (Imam Baidhawi),Tafsir al Khazin,Tafsir Jalalyn(Imam Suyuti) dan Manafi’ al Quran. Merupakan tafsir terawal yang lengkap di Nusantara selama tiga abad. Tafsirannya tersebar di Melayu-Indonesia-Afrika Selatan- Timur Tengah-India.
  10. 10. Metodologi Penafsiran & Pengaruh Israiliyyat • Banyak menekankan masalah qiraat • Menyebut tentang fadhilat surah pada setiap awal surah Banyak meriwayatk an kisah israiliyyat antaranya kisah kisah Talut dan Jalut Kisah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis Kisah Nabi Syui’b dan Musa Kisah Nabi Musa dan Firaun
  11. 11. Samb… Tidak mengemukakan matan hadith dan sanad. Setiap tafsir terus diterjemah ke bahasa Melayu Jawi Lama tanpa menyatakan sumber periwayat. Kadang-kadang beliau tidak menyebut dari mana petikan diambil. Tidak membuat ulasan dan kritikan ke atas riwayat-riwayat yang dikemukakan.
  12. 12. •Contoh-contoh kisah Israiliyyat -Setiap riwayat yang dikemukakan terus diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tanpa menyatakan sumber riwayat. • Allah berfirman: "Sesungguhnya aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, Barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), Maka Sesungguhnya aku akan menyiksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah aku timpakan kepada seorangpun di antara sekalian makhluk". • Setelah mentafsirkan ayat ini beliau mengemukakan satu riwayat katanya ; • (kisah) tersebut di dalam al-Khazin diturunkan malaikat hidangan itu dari langit di dalamnya tujuh biji roti dan tujuh ekor ikan maka
  13. 13. •Tidak menyebut langsung sumber petikan diambil. ‫ٱل‬ ِ‫ِف‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ع‬ِ‫ر‬ٰ‫ـ‬َ‫س‬ُ‫ي‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ٱ‬ َ‫نك‬ُ‫ز‬ َ‫َي‬ َ‫َل‬ ُ‫ول‬ُ‫س‬َّ‫ٱلر‬ ‫ا‬َ‫ه‬ُّ‫ـ‬‫ي‬َ‫أ‬ٰ‫ـ‬َ‫ي‬َ‫َفو‬‫أ‬ِ‫ب‬ ‫َّا‬‫ن‬َ‫ام‬َ‫ء‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ٱ‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ِ‫ر‬‫ف‬ُ‫ك‬‫ٲ‬ِ‫ه‬‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ـ‬‫ب‬‫و‬ُ‫ل‬ُ‫ـ‬‫ق‬ ‫ن‬ِ‫ؤم‬ُ‫ت‬ َ‫َل‬َ‫و‬ ‫م‬ِ‫ه‬ ‫ل‬ِ‫ل‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ع‬ٰ‫ـ‬ََّ‫َس‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫اد‬َ‫ه‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ٱ‬ َ‫ن‬ِ‫م‬َ‫و‬‫ك‬‫وم‬َ‫ق‬ِ‫ل‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ع‬ٰ‫ـ‬ََّ‫َس‬ ِ‫ب‬ِ‫ذ‬َ‫م‬ِ‫ل‬َ‫ك‬‫ٱل‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ف‬ِ‫ر‬َُ‫َي‬ َ‫وك‬ُ‫ت‬‫أ‬َ‫ي‬ َ‫َل‬ َ‫ين‬ِ‫ر‬َ‫اخ‬َ‫ء‬ِ‫ه‬ِ‫ع‬ِ‫اض‬َ‫و‬َ‫م‬ ِ‫عد‬َ‫ب‬ ‫ن‬ِ‫م‬‫ۦ‬ ‫ٱ‬َ‫ف‬ ُ‫وه‬َ‫ت‬‫ؤ‬ُ‫ت‬ َّ‫َل‬ ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ُ‫وه‬ُ‫ذ‬ُ‫خ‬َ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ٰ‫ـ‬َ‫ه‬ ‫م‬ُ‫يت‬ِ‫ُوت‬‫أ‬ ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ل‬‫و‬ُ‫ق‬َ‫ـ‬‫ي‬ُ‫ه‬َ‫ت‬َ‫تن‬ِ‫ف‬ َُّ‫ٱَّلل‬ ِ‫د‬ِ‫ر‬ُ‫ي‬ ‫ن‬َ‫م‬َ‫و‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ر‬َ‫ذ‬‫ح‬‫ۥ‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ َ‫ك‬ِ‫ل‬َ‫َت‬ ‫ن‬َ‫ل‬َ‫ـ‬‫ف‬‫ۥ‬‫ا‬ًٔ‫ـ‬‫ي‬َ‫ش‬ َِّ‫ٱَّلل‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ٰ‫ـ‬َ‫ل‬ْ‫ُو‬‫أ‬‫ٮ‬َُ‫ل‬ ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ـ‬‫ب‬‫و‬ُ‫ل‬ُ‫ـ‬‫ق‬ َ‫ر‬ِ‫ه‬َ‫ط‬ُ‫ي‬ ‫َن‬‫أ‬ َُّ‫ٱَّلل‬ ِ‫د‬ِ‫ر‬ُ‫ي‬ َ‫َل‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ٱ‬ َ‫ك‬ِ َ‫ر‬ِ‫َخ‬‫ِخ‬‫ٱ‬ ِ‫ِف‬ ‫م‬َُ‫ل‬َ‫و‬ َ‫زو‬ِ‫خ‬ ‫ا‬َ‫ُّني‬‫ٱلد‬ ِ‫ِف‬ ‫م‬َ‫يم‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬ َ‫اب‬َ‫ذ‬َ‫ع‬ (al-Maidah : 41) • Tanpa menyebutkan sumber rujukannya beliau meriwayatkan; • (kisah) bahawa adalah berbuat zina dua orang yang mulia keduanya pada mereka itu lagi Muhsan keduanya maka adalah di dalam Taurat hukum keduanya rejam. Maka tiada mahu mereka itu direjam keduanya kerana orang mulia pada mereka. Maka disuruh mereka itu Quraizah kepada nabi s.a.w. bertanyakan hukum keduanya supaya jangan direjam. (9) Nazri,Najib (2004).,Op.cit.Hlm.132 (10) Ibid.,Hlm.137
  14. 14. Nama penuh Muhammad Sa’id bin Umar Lahir pada tahun 1275 bersamaan 1854 Masihi Sifat alim dalam ilmu agama - panggilan “Tok Lebai” dan “guru tafsir al Quran”. Anak pertama dari dua orang adik beradik. Ayahnya digelar “Umar Khatib” (sb ketokohan dan kefasihannya beri ucapan & menyampaikan khutbah di khalayak ramai. Gigih menuntut ilmu dan mengajar ke pelbagai negeri antaranya di Perak,Patani dan Mekah Meninggal dunia di Alor Setar,Kedah pada 9 Mac 1932 Seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak. Menulis 2 buah karya sahaja iaitu Tafsir Nur al Ihsan (menurut cicitnya- kali pertama dicetak di Mekah) dan Fatwa Kedah ( ketika berkhidmat sebagai kadi – mengandungi fatwa2 berkaitan hukum nikah cerai.)
  15. 15. • Seorang yang tegas. • Disiplin diri yang tinggi (dengan tu dapat mengarang kitab tafsir 30 juzuk) • Sangat mengambil berat & prihatin tentang ilmu pengetahuan (termasuk soal agama & bahasa Arab). • Sentiasa didik anak-anaknya membaca & menghafaz (Dilakukan setiap malam sebelum tidur). • Perwatakan : Tidak banyak bercakap kecuali hal penting Sifatperibadi
  16. 16. Latar Belakang Kitab Tafsir Nur al Ihsan • Dikarang lengkap sebanyak 30 juzuk • Mengambil masa kira-kira 2 tahun 9 bulan untuk menyiapkannya. • Sebab beliau menulis kitab kerana atas permintaan sahabat-sahabat rapat beliau agar mudah memahami al Quran dan melaksanakan tuntutannya. • Bersumberkan 3 tafsir utama iaitu kitab Tafsir Jalalalyn,Baidhawi dan Tafsir Jamal dan lain-lain. • Keseluruhannya dalam tulisan jawi lama
  17. 17. • Bermula daripada surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah Al-Nas. • Tafsiran kepada seluruh ayat-ayat al- Quran dibahagikan kepada empat juzu’(4) : Bermula al-Fatihah hingga akhir surah al-Maidah. Bermula daripada awal surah al- An’am hingga akhir surah al-Isra’. Bermula daripada awal surah al-Kahf jingga akhir surah al-Zumar. Bermula daripada awal surah Ghaffir hingga surah al- Nas. Metodpenulisan (4) Muhammad Ismi bin Mat Taib (2003). Israiliyyat dalam Tafsir: Kajian Terhadap Kitab Nur Al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Sa’id Bin ‘Umar.
  18. 18. Metodologi Penafsiran & Pengaruh Israiliyyat • Tahlili –mengikut susunan mushaf al Quran dari ayat ke ayat • Tafsir al mat’hur dan bi ra’y • -Menyentuh hukum-hukum fiqh,kisah-kisah al quran dan ayat-ayat yang terdapat pengajaran • Kisah Israiliyyat terlalu sedikit berbanding tafsir Anwar Baidhawi • Kebanyakan tafsiran tidak mempunyai sanad yang lengkap • Tidak memberi ulasan dan kritikan pada riwayat israiliyyat
  19. 19. Contoh –contoh kisah Israiliyyat • Israiliyyat tentang Pokok Tuba • Muhammad Sa’id bin Umar telah menafsirkan perkataan tuba dalam ayat ke 29 surah ar Ra’du sebagai pokok dan diperincikan ciri-cirinya. • Firman Allah: ‫اب‬َٔ‫ـ‬َ‫م‬ ُ‫ن‬ ۡ‫س‬ُ‫ح‬ َ‫و‬ ۡ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ ٰ‫ى‬َ‫ب‬‫و‬ُ‫ط‬ ِ‫ت‬ٰ‫ـ‬َ‫ح‬ِ‫ل‬ٰ‫ـ‬َّ‫ص‬‫ٱل‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ل‬ِ‫م‬َ‫ع‬ َ‫و‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬َ‫م‬‫ا‬َ‫ء‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ٱل‬(٢٩) orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik. • Tafsiran beliau, • Bermula segala orang yang beriman dengan Allah dan beramal mereka dengan amal yang soleh itu tuba kebaikan itu atau pohon kayu tuba ,bagi mereka orang yang berjalan seratus tahun pada bayang-bayangnya,tiada putus perdunya pada rumah nabi dalam syurga .Tiada satu rumah dan mahligai dalam syurga melainkan ada padanya daripada hitam pakaian ahli syurga yang keluar kembang bunganya dan pecah bunga ,keluar kuda,unta kenaikan ahli syurga.
  20. 20. Penulis tidak menafikan kemungkinan tuba (pokok) tapi cerita tambahan mengenai pokok itu adalah israiliyyat yang diriwayatkan wahab bin munabbih (sebagaiman dinaqalkan imam al-Tabari & Imam Suyuti.) Ibrahim al-Nakhai – kebaikan & penghormatan bagi mereka (tuba) Ikrimah : al-jannah (tuba) kisah ni digolongkan israiliyyat yang mawquf kerana tiada dalil daripada al-Quran dan hadis yang membenarkannya.
  21. 21. • Beliau telah menceritakan dengan lebih terperinci melebihi daripada apa yang dinyatakan oleh Allah. • Beliau menyatakan ukuran, kedudukan kapal tersebut,serta bilangan manusia yang dimuatkan di dalam tu. ُ‫ه‬َ‫ع‬َ‫م‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ٱ‬ َ‫و‬ ُ‫ه‬ٰ‫ـ‬َ‫ن‬ۡ‫ي‬َ‫ج‬‫ن‬َ‫أ‬َ‫ف‬ ُ‫ه‬‫و‬ُ‫ب‬َّ‫ذ‬َ‫ك‬َ‫ف‬ُ‫ف‬ۡ‫ٱل‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ ‫ۥ‬ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ب‬َّ‫ذ‬َ‫ڪ‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ٱ‬ ‫َا‬‫ن‬ۡ‫ق‬ َ‫ر‬ ۡ‫غ‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ِ‫ك‬ۡ‫ل‬ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬‫ا‬َ‫ڪ‬ ۡ‫م‬ُ‫ہ‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۚٓ‫ا‬َ‫ن‬ِ‫ت‬ٰ‫ـ‬َ‫ي‬‫ا‬َٔ‫ـ‬ِ‫ب‬ َ‫ين‬ِ‫م‬َ‫ع‬ ‫ا‬ً‫م‬ ۡ‫و‬َ‫ق‬(٦٤) “Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya daripada melihat kebenaran) “
  22. 22. Tafsiran Muhammad Sa’id Umar • “Maka dusta mereka itu nuh, maka kami lepas akan dia dan segala mereka yang beriman sertanya. Pada dalam bahtera emapt pul lelaki, emapt puluh perempuan dan tiga anaknya. Sam bapa Arab, Ham bapa Sudan, Yafith bapa Turki. Panjang bahtera 300 hasta, lebar 50, tinggi 30. Tiga lapis, atas burung-burung, tengah manusia , bawah binatang jinak dan liar. Naik kepada sepuluh Rejab turun sepuluh Muharam.” • Dr. Abu Sya’bah berpendapat : - Kisah ini adalah kisah-kisah yang direka-reka oleh orang-orang Yahudi dan seumpamanya di sepanjang zaman. Kisah ini sangat masyhur pada zaman Jahiliyah, setelah datangnya Islam kisah-kisah ini disebarkan oleh Ahli Kitab yang meemluk Islam kepada orang-orang Islam. * Tergolong dalam israiliyyat yang mauquf.
  23. 23. TAFSIRANMENGENAIKISAH JALUT&TALUT • (Kisah bunuh Jalut) dan membunuh oleh Nabi Daud akan Raja Jalut. Adalah serta Ishi bapa Daud tiga belas anak lelaki dalam askar Talut. Daud yang kecil belum baligh lagi sakit pucat tubuh badan lagi gembala kambing tatkala menuntut Jalut akan Mubarazah lawan sama seorang. Dan adalah Jabbar ‘Azim kuat besar tubuh tubuh tinggi. Ada atas kepalanya kupiah daripada besi. Maka menegah Bani Israil daripada mubarazahnya. Maka menyeru Talut: “Barangsiapa membunuh Jalut aku nikahkan dengan anak aku dan aku beri setengah kerajaanku”. Dan bawa datang tanduk. Padanya minyak Quds. Dan dikata orang yang membunuh Jalut itu apabila dihantar tanduk ini atas kepalanya mengalir minyak daripada tanduk kepada kepalanya tiada turun ke muka. Maka jawab Bani Israil terkena pada Daud dan kata Talut: “Adakah engkau boleh membunuh Jalut. Aku nikah akan engkau dengan anakku dan aku member setengah kerajaanku”. Maka kata Daud kepada Jalut. Di setengah jalan menyeru batu Nabi Allah Harun: “Ambil akan aku!” Kemudian bertemu dengan batu Nabi Musa a.s. katanya: “Ambil akan aku!” Maka aku ini batu engkau bunuh Jalut. Maka ambil Daud dan menghantar ia akan batu itu pada lastiknya dilontar pada Jalut kena kupiah atas kepala tembus otak kepala keluar tengkoraknya dan bunuh tiga puluh lelaki di belakangnya. Maka ambil akan mayat Jalut di bawa hadapan Talut. Maka member nikah oleh Talut akan anaknya dan diberi akan dia setengah kerajaannya. Maka duduk empat puluh tahun mati Talut tinggal Daud seorang tujuh tahun. Dr. Syuhbah mengkritik riwayat ini dengan katanya: “Apa yang telah disebut oleh sebahagian ahli Tafsir tentang kisah pembunuhan Jalut ini sama ada benar atau dusta, adalah satu perkara yang tidak diperlukan kerana kita mempunyai al-Quran dan al-Sunnah. Dalam al- Quran sendiri tidak pernah menyebut entang perkara tersebut. Cerita seperti ini adalah tidak wajar diberi perhatian kerana ia merupakan satu pencabulan terhadap seseorang yang dipilih oleh Allah uuntuk menjadi raja kepada mereka (Bani Israil). Ia juga merupakan satu pembohongan terhadap Nabi Daud a.s.” (5) (5) Isu-isu dalam Tafsir dan Hadith, hlmn 8
  24. 24. RUJUKAN • Ahmad Baha (2008),Syarah Latif ‘Ala Arba’in Hadithan Li al Imam al Nawawi Karangan Syeikh Abdul Rauf al Fansuri:Satu Kajian Teks,Universiti Malaya:Kuala Lumpur • Dr. Ariffin Omar, Ahamad Asmadi Sakat, Azwira Abdul Aziz, Mohd. Nazri Ahmad, Mohd. Najib bin Abdul kadir, Latifah binti Abdul Majid, Mazlan bin Ibrahim, Tengku Intan Zarina Tengku Puji (2007). Isu-Isu Dalam Tafsir Dan Hadith. Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid. • Hidayatullah (2010),Sumbangan Abdul Rauf Singkili Dalam Bidang Hadith:Analisis Teks Pilihan al Mawa’iz al Badi’ah, Universiti Malaya: Kuala Lumpur • Muhammad Ismi bin Mat Taib (2003). Israiliyyat dalam Tafsir: Kajian Terhadap Kitab Nur Al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Sa’id Bin ‘Umar. Disertasi BA, Universiti Malaya Kuala Lumpur. • Mustaffa Abdullah (2009),Khazanah al Quran dan Tafsir di Nusantara,Kuala Lumpur • Mustaffa Abdullah (2009),Khazanah Tafsir Di Malaysia,Kuala Lumpur • Nazri,Najib (2004),Israiliyyat:Pengaruh Dalam Kitab Tafsir,Cheras:Kuala Lumpur • Zulkifli Hj Mohd Yusoff, Ishak Hj Sulaiman, Monika @ Munirah Abd Razak, Anwar Ridwan Zakaria. (2009). Khazanah al-Quran & al-Hadith Nusantara. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

×