SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBEF1503
SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN
TAJUK TUGASAN
Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai golongan etnik, agama dan
budaya. Kepelbagaian inilah yang menjadikan negara ini unik dari segihubungan antara
kaum. Pada pendapat anda, adakah budaya dialog antara kaum/etnik/budaya/peradaban
amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita, untuk memperkukuhkan perpaduan
dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan
budaya teras serta kelangsungan identiti negara? Bincangkan.
Nama
FIDELIA MUSEH
Nombor Matrik
780912125042001
NRIC
780912125042
Nombor Telefon
0198521341
Alamat E-mail
fidelia78@oum.edu.my
Nama E-Tutor:
PN.CHE MAH YUSOF
Pusat Pembelajaran:
OUM KENINGAU,SABAH
SEMESTER
JANUARI 2014
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
2
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKASURAT
1.0 PENGENALAN 1
1.1 Konsep Masyarakat Majmuk 2
1.2 Ciri-Ciri Masyarakat Majmuk 2
2.0 BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM / ETNIK / BUDAYA DAN
3
2.1 Konsep Budaya Dialog 4
2.2 Kekuatan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban 4
2.2.1 Cungkil Khazanah Tamadun 4
2.2.2 Memupuk Kerjasama Antara Kaum 5
2.2.3 Memecahkan Tembok Pemisah Antara Etnik 5
2.2.4 Memanfaatkan Warisan Tamadun
5
2.3 Kelemahan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban
5
2.3.1 Sikap Fanatik Dan Obses Pada Kaum 5
2.3.2 Komunikasi Yang Terhad
6
2.3.3 Perspektif Ahli Dialog 6
3.0 CADANGAN MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN
KEBERKESANAN PELAKSANAAN DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK/
BUDAYA DAN PERADABAN
6
3.1 Dialog Antara agama 7
3.2 Isu Perkauman Dalam Politik 8
3.3 Dialog Pendidikan 8
4.0 KESIMPULAN 9
Rujukan
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
3
1.0 PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan
agama. Mengikut 1Jabatan Perangkaan Negara (2010), komposisi jumlah penduduk di Malaysia
adalah seramai 28.3 juta orang. Daripada jumlah tersebut 91.8% merupakan warganegara
Malaysia manakala 8.2 % merupakan bukan warganegara Malaysia. Dari segi komposisi
penduduk mengikut etnik, peratusan penduduk bumiputera adalah 67.4% ,Cina (24.6%), India
(7.3%) dan lain-lain (0.7%). Di kalangan warganegara Malaysia, kaum Melayu merupakan
kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 %. Iban mencatatkan 30.3%
daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun merekodkan
peratusan sebanyak 24.5% di Sabah.
Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan
budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Menurut
Faridah (2008) hubungan etnik yang merujuk kepada interaksi antara etnik yang berbeza
(intraetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama (intraetnik), kepelbagaian
kelompok etnik di Malaysia telah diterima oleh semua rakyat dan ini merupakan sumber
kekuatan perpaduan di Malaysia. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai
bangsa dan kaum di Malaysia bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial
antara etnik terbesar di Malaysia. Kontrak sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa
pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan
Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama
dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang kemudiaannya terjelma dalam perjuangan
menunutut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. (Anuar dan Nur Atiqah,
2008).Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang
bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis,
saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah
dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia
seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan
memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei
berulang semula. Perpaduan dalam konsep masyarakat majmuk ini amatlah penting bagi
menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
1 http://www.statistics.gov.my
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
4
1.1 Konsep Masyarakat Majmuk
Masyarakat didefinisikan sebagai 2sekelompok manusia yang membentuk sebuah
sistem interaksi sosial di mana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan
sistem sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut.
Komuniti dalam masyarakat biasanya terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa menempati
sesuatu tempat tertentu dalam suatu komuniti yang teratur, berkongsi sumber yang ada dalam
kawasan tersebut, saling bergantung dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain dan
menetap bersama - sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan
cara tertentu. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau
dalam konteks masyarakat ia terdiri daripada beberapa kumpulan etnik. Berdasarkan definisi
di atas,disimpulkan bahawa masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri
daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek
politik, ekonomi dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu
padu.
1.2 Ciri-Ciri Masyarakat Majmuk
Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan
fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu
kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Antara ciri-ciri masyarakat majmuk menurut
J.S. Furnivall (1956) dalam bukunya bertajuk “Colonial Policy and Practice: A Comparative
Study of Burma and Netherlands India (Indonesia)” dalam kajiannya di Burma dan Kepulauan
Jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli
(bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini
hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang sama serta masing-masing
berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa ,idea dan kaedah sendiri .Kepelbagaian etnik
yang terdapat di Malaysia sebenarnya adalah simbol kepada keharmonian dan perpaduan di
kalangan rakyatnya. Perbezaan dari segi cara hidup, amalan dan budaya sebenarnya bukanlah
penghalang kepada amalan perpaduan yang diamalkan sejak dahulu lagi, malah amalan tersebut
telah diperjuangkan semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Perbezaan ideologi politik juga
sebenarnya merangsang agar perpaduan perlu dijaga, apatah lagi kehidupan masyarakat
berbilang kaum dan etnik di Malaysia merupakan identiti kepada negara. Dalam keghairahan
2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
5
pihak tertentu yang cuba untuk melaga-lagakan antara kaum atau etnik lain dengan kaum yang
lain, pihak kerajaan tidak pernah lalai dalam mempertahankan perpaduan di kalangan
masyarakat majmuk di negara ini.Salah satu usaha kerajaan mempertahankan perpaduan ini
adalah dengan mengadakan pelbagai bentuk dialog seperti 3dialog peradaban dan 4dialog antara
agama dengan melibatkan semua kaum bagi meleraikan konflik di kalangan masyarakat
Malaysia.Dalam tugasan ini,saya akan membincangkan konsep budaya dialog dan mengapa
perlunya penyuburan budaya dialog berdasarkan perbincangan kekuatan dan kelemahan budaya
dialog dan beberapa cadangan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dialog antara
kaum/etnik/budaya dan peradaban dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia kini.
2.0 BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM / ETNIK / BUDAYA DAN PERADABAN
Budaya dialog amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita untuk memperkukuhkan
jalinan perpaduan negara dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelangsungan dan
kemapanan negara seperti yang kita fahami hari ini.Gagasan dan pemikiran mengenai dialog
mulai mendapat tempat apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membahaskan
mencari pemikiran baru bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik, pengaduhan dan
perbalahan yang berlaku antara negara di dunia. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
telah mengistiharkan tahun 2001 sebagai 5Tahun Dialog Peradaban.Ketika perang dingin,
Amerika Syarikat mewakili pihak Barat telah memperkenalkan dialog antara agama,
kebudayaan dan peradaban sebagai satu pendekatan berdamai.Pengistiharan ini adalah untuk
menggalakan perbincangan dan pertemuan antara individu, kelompok, organisasi dan
masyarakat dari pelbagai peringkat dan latarbelakang, mencari titik tolak untuk berkongsi
pemikiran, bersefahaman, bekerjasama demi keharmonian dan kedamaian sejagat.Aspek nilai
yang menjadi sasaran dan ruang lingkup perbincangan dalam dialog antaranya ialah nilai
kemanusiaan, toleransi, kejujuran, kerjasama, komunikasi dan interaksi sesama insan,
kerjasama global, usaha peningkatan status sosial dan ekonomi, kualiti hidup manusia dan
kesejahteraan hidup masyarakat global yang mendatangkan manfaat yang luas ke dunia.
3 www.cheme.utm.my/.../Dialog%20Peradaban.pdf
4 https://www.academia.edu/4358199/Dialog_Antara_Agama_Realiti_dan_Prospek_di_Malaysia
5 http://titaswonderful.blogspot.com/2012/03/isu-isu-semasa-dialog-peradaban-sebagai.html
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
6
2.1 Konsep Budaya Dialog
Budaya didefinisikan sebagai 6kemajuan fikiran,akal budi dan cara
berfikir.Ringkasnya,budaya merupakan suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan
tertentu meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat
resam,sikap dan nilai.Dialog pula merupakan sebuah komunikasi dua hala antara individu yang
mempunyai pegangan atau pandangan yang berbeza mengenai subjek atau perkara yang
tertentu, dengan tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah lagi daripada pihak yang
satu lagi. Dialog adalah istilah yang digunakan zaman sekarang sebagai satu pertemuan dan
perbincangan antara individu-individu atau kumpulan yang berlainan agama dan ideologi.
Tujuan utama dalam dialog ialah untuk saling mempelajari di antara peserta dialog sehingga
setiap peserta boleh mengubah pandangannya keatas suatu pemahaman yang lebih baik dan
dapat meningkatkan pengalamannya.Berdasarkan definisi budaya dan dialog,saya simpulkan di
sini bahawa budaya dialog adalah satu bentuk komunikasi yang menjurus ke arah
kebaikan yang perlu dijadikan amalan di semua peringkat lapisan masyarakat.
Hari ini pakar bidang dialog menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age
of Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Pertukaran pemikiran
ini berlaku lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh perkembangan
teknologi informasi dan komunikasi yang begitu pesat. Dalam konteks masyarakat majmuk,
budaya dialog antara kaum / etnik / budaya / peradaban amat perlu disuburkan untuk
memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian
kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identiti negara.Walaupun secara
umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkauman mahupun
konflik keagamaan yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap
serius seperti ‘konflik Kampung Medan' mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik
antara budaya adalah juga isu-isu keadilan sosial dan ekonomi. Di dalam konteks ini misalnya
amat penting isu kepimpinan kelompok/budaya teras diberi perhatian.
2.2 Kekuatan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban
2.2.1 Cungkil Khazanah Tamadun
Generasi hari ini mungkin telah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan
tamadun-tamadun yang diwarisi sehingga kadangkala kita merasakan kehidupan kita sudah
6 Kamus Dewan 2005
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
7
kehilangan paksi dan arah tuju. Oleh kerana itu cara mengembalikan atau mencungkil semula
khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama proses
tersebut.
2.2.2 Memupuk Kerjasama Antara Kaum
Dialog boleh dijadikan sebagai alat perhubungan semua kaum di Malaysia.Apabila
dikumpulkan dalam satu tempat untuk mengikuti dialog antara kaum,kesepakatan akan berjaya
dicapai dan ini menggalakkan kerjasama antara kaum.Kejayaan pelaksanaan sesuatu bentuk
dialog mencerminkan kesepakatan ahli yang menyertai dialog tersebut.
2.2.3 Memecahkan Tembok Pemisah Antara Etnik
Kepelbagaian etnik di Malaysia mencipta jurang etnik yang sangat besar.Namun
demikian,usaha kerajaan menyatupadukan kesemua etnik ini dalam satu dialog akan berjaya
memecahkan tembok pemisah di antara etnik apabila setiap wakil etnik yang menyertai sesi
dialog diberi kebebasan bersuara.Kebebasan dialog dalam ruang dialog dapat mengungkai
segala permasalahan yang dihadapi oleh setiap kaum.Dengan persetujuan yang diperolehi
dalam sesi dialog,maka tembok yang menjadi pemisah antara kaum akan musnah.
2.2.4 Memanfaatkan Warisan Tamadun
Kepimpinan Budaya Teras juga perlu dihayati bukan melalui pendekatan yang
apologetik mahupun defensif tetapi melalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta
sejarah, realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Melalui dialog, boleh
manfaatkan keadaan di mana tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia mempunyai
persamaan yang penting dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kemanusiaan,
kepentingan alam sekitar dan keperluan hidup berharmoni dengannya.
2.3 Kelemahan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban
2.3.1 Sikap Fanatik Dan Obses Pada Kaum
Peristiwa 13 Mei yang berlaku di antara kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia
adalah bertitik tolak daripada rasa tidak puas hati antara kaum Melayu, Cina dan India.
Ketegangan yang berlarutan telah mencetuskan perselisihan faham dan seterusnya pertumpahan
darah. Konflik yang dicetuskan ini telah menggugat kestabilan politik ,ekonomi dan sosial
masyarakat di Malaysia. Pembentukan tamadun Malaysia telah tercalar akibat tiada penerimaan
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
8
dan toleransi antara kaum yang ada. Peristiwa itu adalah suatu contoh kegagalan dialog antara
budaya dan komuniti tamadun-tamadun yang terdapat di Malaysia. Ia telah memberikan suatu
impak yang besar terhadap politik di Malaysia.
2.3.2 Komunikasi Yang Terhad
Kegagalan pelaksanaan sesuatu sesi dialog juga adalah disebabkan batasan komunikasi
yang amat terhad kerana terikat dengan etika berdialog dan tema dialog. Kadangkala sikap
individu dan masyarakat yang masih tertutup dan tiada keterbukaan dalam perbincangan dan
masih berselindung tentang topik yang didialogkan.Situasi ini menghalang peserta dialog untuk
mengutarakan pendapat dan menimbulkan rasa tidak puas hati.Perasaan tidak puas hati
menyebabkan objektif pelaksanaan dialog tidak tercapai.
2.3.3 Perspektif Ahli Dialog
Sesi dialog biasanya disertai oleh individu yang berpendidikan dan berpangkat dari
pelbagai kaum.Perspektif sebilangan ahli dialog yang menganggap diri lebih baik berbanding
dengan peserta lainnya menjadi kelemahan utama dalam sesi dialog.Situasi ini tidak dapat
dinafikan apalagi untuk dielakkan kerana sikap ini sememangnya fitrah manusia.Sikap tidak
mahu mengalah biasanya menjadikan sesi dialog tegang dan kadangkala menjadi huru
hara.Akhirnya,objektif dialog diadakan tidak tercapai tanpa kesepakatan dari ahli-ahli dialog.
3.0 CADANGAN MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN
PELAKSANAAN DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK/BUDAYA DAN PERADABAN
Dalam usaha memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dialog untuk
perpaduan beberapa cadangan akan diutarakan berdasarkan pendapat secara peribadi dan ikhlas
sebagai salah seorang daripada anggota masyarakat majmuk di negara ini.Antara isu yang
sedang hangat diperkatakan adalah seperti isu 7keagamaan dan isu perkauman dalam
politik.Dalam ruangan cadangan ini,saya akan mencadangkan cara untuk meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban.
7 Mohd Shauki Abd Majid dalam www.utusan.com.my
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
9
3.1 Dialog Antara agama
Paradigma modenisme hari ini telah membangkitkan pelbagai kekacauan dan
pengingkaran terhadap martabat kemanusiaan. Ia dicuba dijawab oleh agama-agama dengan
cara yang berbeza-beza.Dari sinilah kemudian muncul pelbagai tawaran teologi agama seperti
teologi pembebasan, teologi transformatif yang semuanya mengarah pada gagasan transformasi
dengan agama sebagai peneraju utamanya. Gagasan ini terus berkonflik dengan melibatkan
agama-agama besar dunia.Kadang kala permusuhan meledak sehingga menjadi pertikaian
berdarah seperti yang dapat disaksikan dalam beberapa pergolakan tragis di beberapa buah
negara di dunia. Permusuhan antara agama dapat diperhatikan melalui konflik pembasmian
etnik dan wilayah sebagai mana yang berlaku di Timor Timur dalam tahun (1999), Lampong
(1995), Indonesia.Demikian juga isu pembinaan kuil Hindu di atas tapak Masjid Babri di
Ayudya, Uttar Pradesh pada tahun 1992 di India, yang menyebabkan masyarakat Islam
melancarkan tindak balas ke atas penganut Hindu.Malah keganasan perkauman sudah menjadi
punca utama penderitaan umat manusia pada penghujung abad kedua puluh yang lalu.
Memandangkan perselisihan antara agama semakin memuncak dalam keadaan
masyarakat pelbagai kaum dan di merata-rata tempat, maka perlu ditekankan betapa pentingnya
dialog antara kaum, agama, budaya atau peradaban diadakan pada masa kini.Dialog dan
persefahaman antara satu sama lain merupakan prasyarat untuk membina hubungan yang adil
dan saksama antara pelbagai budaya dan peradaban.Penyebab utama ketegangan ini berakar
daripada interaksi yang berasaskan sikap yang beranggapan pihak masing-masing yang paling
benar. Masing-masing menganggap merekalah pengikut agama yang paling unggul.Mereka
bersaing untuk menyebarkan dakwah. Saingan ini kadang-kadang membawa ketegangan dan
keupayaan untuk mencipta situasi yang saling memahami dan menghormati antara agama
menjadi lebih sukar. Kadang-kadang kesukaran semakin bertambah kerana didorong oleh
kepentingan politik, mahupun teologi.
Sehubungan itu,semasa sesi dialog antara agama,perkara-perkara perbezaan yang
boleh menimbulkan perselisihan haruslah dihindari.Setiap pemeluk agama
bertanggungjawab untuk membudayakan sikap keterbukaan, menerima perbezaan dan
menghormati kemajmukan, disertai ketaatan dan komitmen terhadap agama masing-
masing.Perbezaan pendapat dalam dialog adalah wajar, malahan perbezaan itulah yang
menimbulkan dialog. Tetapi perbezaan pendapat itu tidak boleh dianggap sebagai alasan untuk
menempatkan suatu keputusan dan memberikan penilaian yang berat sebelah.Dalam hal ini,
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
10
dialog bertujuan untuk menanggapi situasi tertentu yang menuntut orang untuk memilih
bekerjasama daripada berkonfrontasi dan saling menyalahkan dan mengalahkan. Melalui dialog
antara agama yang dilaksanakan secara jujur dan kesediaan menerima kelemahan masing-
masing merupakan langkah yang mampu menyelesaikan banyak masalah.
3.2 Isu Perkauman Dalam Politik
Malaysia masih lagi berada di ambang isu kaum yang saling berentetan. 8Kajian sebuah
badan bukan kerajaan (NGO) mendapati jurang kaum semakin menebal selepas Pilihan Raya
Umum 2008. Pelbagai isu dipolitikkan dan dikaitkan dengan sentimen perkauman walaupun
pada asasnya kehidupan ini bukan semata-mata membabitkan isu ras, etnik, agama dan cara
hidup.Pelaksanaan sesi sesuatu dialog politik seharusnya bebas daripada isu perkauman
untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dialog.Perasaan tidak puas hati akan
menggagalkan sesi dialog dan tiada sebarang kesepakatan akan tercapai.Oleh itu,sesi dialog
yang melibatkan pelbagai kaum haruslah bebas daripada isu politik.
3.3 Dialog Pendidikan
Aspek pendidikan merupakan teras pendedahan konsep perpaduan dalam satu
masyarakat yang majmuk.Sehubungan itu,sesi dialog berkaitan dengan penambahan subjek
hubungan etnik dalam kurikulum sekolah rendah perlu diadakan. Fokus perbincangan dialog
adalah menjadikan subjek hubungan etnik sebagai subjek teras terhadap murid sekolah
rendah mahupun menengah sebagai satu motivasi dalam mengeratkan perpaduan antara
kaum sepertimana yang telah dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Hal ini kerana
melalui penambahan kurikulum subjek ini akan dapat memupuk semangat perpaduan antara
kaum dengan adanya subjek ini pada peringkat awal pendidikan. Bak kata pepatah ‘Melentur
buluh biar dari rebung’. Ini bertepatan dengan penyerapan sejak kecil kepada murid-murid lebih
berkesan berbanding kepada orang dewasa kerana mereka mudah dibentuk dan mengikut nilai-
nilai apa yang ditunjukkan. Nilai-nilai yang diterapkan dalam diri murid dapat dijadikan satu
penunjuk arah dalam bergaul dengan bangsa lain dalam mengeratkan hubungan antara kaum
yang berbagai-bagai bangsa etnik. Subjek ini amat penting kerana dapat memberikan erti
sebenar tentang kepentingan dalam membina hubungan antara berbilang kaum. Penerapan yang
dilakukan akan mewujudkan masyarakat di mana proses menguatkan tali perpaduan etnik yang
terdapat di Malaysia.
8 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsukaumseringhalangbentukMalaysiaharmoni/Article
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
11
4.0 KESIMPULAN
Tugas dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai bukanlah satu tugas yang
mudah. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita menunjukkan bahawa sesuatu
yang dikira agak mustahil akhirnya dapat diselesaikan. Malahan jika tersilap langkah ia boleh
menjurus kepada kejatuhan sesebuah negara yang sedang membangun. Maka dapatlah kita lihat
bahawa pengukuhan hubungan etnik adalah penting dalam menguruskan sebuah negara yang
mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai. Nilai sosiobudaya yang positif dan dinamika
membantu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan bermaruah.Oleh yang
demikian,bagi mencapai hasrat menjadikan dialog sebagai satu mekanisme perpaduan yang
berkesan, kita memerlukan pendedahan ilmiah seperti sejarah, sistem kehidupan dan lain-lain
untuk memungkinkan kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-
masing.
Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan perasaan
muhibbah antara budaya/tamadun sekali pun di masa yang sama kita mengakui wujud
perbezaan ketara antara kita, tetapi juga dapat membantu memampankan konsep dan realiti
kedudukan etnik masing-masing. Dalam keadaan dunia dilanda oleh unsur-unsur yang
mengikis tradisi, adalah tanggungjawab segenap lapisan masyarakat untuk memberi kesedaran
dan pengesahan tentang betapa idea "kedudukan" mereka tersebut adalah sesuatu yang positif
bagi semua pihak. Di sinilah peri pentingnya dialog melalui mana kita boleh membincangkan
perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati.
Berdasarkan kekuatan budaya dialog yang dibincangkan,saya yakin dialog seumpama
ini mampu menjayakan kesepakatan dan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.Setiap
kelemahan yang dikenalpasti dalam budaya dialog pula perlu diberi perhatian dan tindakan
sewajarnya agar kelemahan ini tidak menjadi punca kegagalan setiap usaha perpaduan yang
sedang dilaksanakan.Diharapkan setiap baris cadangan yang dikemukakan dapat membantu
dalam merangka program –program perpaduan kaum di masa akan datang.
2 655 Patah Perkataan
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
12
RUJUKAN
BUKU
1. Abdul Rahman Haji Ismail.( 2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Anuar Ahmad dan Nur Atiqah T.Abdullah.(2008). Demografi Pendidikan di Malaysia.
Kertas Kerja Kolokium Identiti, Etnisiti dan Pendidikan. Anjuran Bersama Kumpulan
Penyelidik Hubungan Etnik dan Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Institut Kajian
Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.
3. Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A.Jawan. ( 1997 ).Kenegaraan Malaysia.
Serdang: Penerbit UPM
4. A. Aziz Deraman .(2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu).
Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Faridah Karim et al.(2008). Hubungan Etnik di Institusi Pengajian Tinggi dari
Perspektif Etnografi Habitus dan Modal Budaya. Kertas Kerja Kolokium Identiti,
Etnisiti dan Pendidikan. Anjuran bersama kumpulan penyelidik Hubungan Etnik dan
Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Institut Kajian Etnik (KITA). Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
6. Furnivall,J.S.(1948) Collonial Policy and Practices.London: Cambridge University
Press
7. Nazaruddin Hj.Mohd Jali,et al(2003).Malaysian Studies:Nationhood and
Citizenship.Edisi ke-1 Petaling Jaya:Pearson Prentice Hall.
8. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303
Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
9. Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002). PENGAJIAN AM
KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
10. Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor : Sasbadi Sdn.
Bhd.
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN
13
LAMAN WEB
1. http://www.statistics.gov.my
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat
3. www.cheme.utm.my/.../Dialog%20Peradaban.pdf
4. https://www.academia.edu/4358199/Dialog_Antara_Agama_Realiti_dan_Prospek_
di_Malaysia
5. http://titaswonderful.blogspot.com/2012/03/isu-isu-semasa-dialog-peradaban.html
6. Mohd Shauki Abd Majid dalam www.utusan.com.my
7. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsukaumseringhalangbentukMalaysiahar
moni/Article
8. http://kenegaraan.webs.com/humancapital.htm
9. www.scribd.com/.../Sejarah-Kewujudan-Masyarakat
10. zanas.wordpress.com/.../pembentukan-masyarakat
11. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/8572-perpaduan-masyarakat-
majmuk-melalui-kepimpinan-budaya-teras-dan-peranan-dialog
12. http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Soc
ialdevelopment/Report26.htm 16
13. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/

More Related Content

What's hot

1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_pointWidodo Imanly
 
Hubungan etnik presentation bab1
Hubungan etnik presentation bab1Hubungan etnik presentation bab1
Hubungan etnik presentation bab1Erwina Masir
 
Soalan latihan hubungan etnik
Soalan latihan hubungan etnikSoalan latihan hubungan etnik
Soalan latihan hubungan etnikJie Ying
 
Memahami konsep kesepaduan sosial di malaysia
Memahami konsep kesepaduan sosial di malaysiaMemahami konsep kesepaduan sosial di malaysia
Memahami konsep kesepaduan sosial di malaysiaArie A Bakar
 
Pluralitas dan integrasi nasional dalam struktur sosial masyarakat indonesia
Pluralitas dan integrasi nasional dalam struktur sosial masyarakat indonesiaPluralitas dan integrasi nasional dalam struktur sosial masyarakat indonesia
Pluralitas dan integrasi nasional dalam struktur sosial masyarakat indonesiaCamila Cabelo
 
Pengaruh Multikulturalisme Terhadap Disintegrasi Nasional di Indonesia
Pengaruh Multikulturalisme Terhadap Disintegrasi Nasional di Indonesia Pengaruh Multikulturalisme Terhadap Disintegrasi Nasional di Indonesia
Pengaruh Multikulturalisme Terhadap Disintegrasi Nasional di Indonesia Muhamad Yogi
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisJamilah Abd Halim
 
Ancamanterhadapintegrasinegaraindonesia
AncamanterhadapintegrasinegaraindonesiaAncamanterhadapintegrasinegaraindonesia
AncamanterhadapintegrasinegaraindonesiaMegharefthiadi Pb
 
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...Operator Warnet Vast Raha
 
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi Masyarakat
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi MasyarakatMultikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi Masyarakat
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi MasyarakatAnissatul Mukhoiriyah
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalLazimatul A
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa firo HAR
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnikDhani Ahmad
 
Negara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahNegara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahfaizah12
 

What's hot (19)

1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point
 
Hubungan etnik presentation bab1
Hubungan etnik presentation bab1Hubungan etnik presentation bab1
Hubungan etnik presentation bab1
 
Soalan latihan hubungan etnik
Soalan latihan hubungan etnikSoalan latihan hubungan etnik
Soalan latihan hubungan etnik
 
Memahami konsep kesepaduan sosial di malaysia
Memahami konsep kesepaduan sosial di malaysiaMemahami konsep kesepaduan sosial di malaysia
Memahami konsep kesepaduan sosial di malaysia
 
26499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-126499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-1
 
modul integrasi nasional 2 2014 (1)
modul integrasi nasional  2  2014 (1)modul integrasi nasional  2  2014 (1)
modul integrasi nasional 2 2014 (1)
 
Pluralitas dan integrasi nasional dalam struktur sosial masyarakat indonesia
Pluralitas dan integrasi nasional dalam struktur sosial masyarakat indonesiaPluralitas dan integrasi nasional dalam struktur sosial masyarakat indonesia
Pluralitas dan integrasi nasional dalam struktur sosial masyarakat indonesia
 
Pengaruh Multikulturalisme Terhadap Disintegrasi Nasional di Indonesia
Pengaruh Multikulturalisme Terhadap Disintegrasi Nasional di Indonesia Pengaruh Multikulturalisme Terhadap Disintegrasi Nasional di Indonesia
Pengaruh Multikulturalisme Terhadap Disintegrasi Nasional di Indonesia
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakis
 
Ancamanterhadapintegrasinegaraindonesia
AncamanterhadapintegrasinegaraindonesiaAncamanterhadapintegrasinegaraindonesia
Ancamanterhadapintegrasinegaraindonesia
 
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...
Pencegahan dan penanggulangan ancaman disintegrasi bangsa sebagai rasa persat...
 
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi Masyarakat
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi MasyarakatMultikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi Masyarakat
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi Masyarakat
 
Makalah multikultural
Makalah multikulturalMakalah multikultural
Makalah multikultural
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
 
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
 
Integrasi nasional
Integrasi nasional Integrasi nasional
Integrasi nasional
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
 
Negara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahNegara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarah
 

Similar to Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
METODE ILMIAH DALAM MEMECAHKAN MASALAH.pptx
METODE ILMIAH DALAM MEMECAHKAN MASALAH.pptxMETODE ILMIAH DALAM MEMECAHKAN MASALAH.pptx
METODE ILMIAH DALAM MEMECAHKAN MASALAH.pptxArdianAlaziz
 
keragaman dan kesetaraan.pptx
keragaman dan kesetaraan.pptxkeragaman dan kesetaraan.pptx
keragaman dan kesetaraan.pptxArdianAlaziz
 
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptxKelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptxrifasabila
 
PKN 'Merajut Kebersamaan dalam Kebhinekaan'
PKN 'Merajut Kebersamaan dalam Kebhinekaan'PKN 'Merajut Kebersamaan dalam Kebhinekaan'
PKN 'Merajut Kebersamaan dalam Kebhinekaan'Eva Rahma Indriyani
 
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptMANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptAskaria Jonison
 
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptMANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptAskaria Jonison
 
Presentasi Agama
Presentasi AgamaPresentasi Agama
Presentasi AgamaIndra West
 
Materi 3. Integrasi Nasional.pdf
Materi 3. Integrasi Nasional.pdfMateri 3. Integrasi Nasional.pdf
Materi 3. Integrasi Nasional.pdfMira Veranita
 
Manusia,keragaman dan kesederajatan.
Manusia,keragaman dan kesederajatan. Manusia,keragaman dan kesederajatan.
Manusia,keragaman dan kesederajatan. Alfin Fajar
 
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptxAhmadKamalSaidin1
 
1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_pointWidodo Imanly
 

Similar to Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan (20)

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
TENTANG Moderasi Beragama
TENTANG Moderasi BeragamaTENTANG Moderasi Beragama
TENTANG Moderasi Beragama
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
METODE ILMIAH DALAM MEMECAHKAN MASALAH.pptx
METODE ILMIAH DALAM MEMECAHKAN MASALAH.pptxMETODE ILMIAH DALAM MEMECAHKAN MASALAH.pptx
METODE ILMIAH DALAM MEMECAHKAN MASALAH.pptx
 
keragaman dan kesetaraan.pptx
keragaman dan kesetaraan.pptxkeragaman dan kesetaraan.pptx
keragaman dan kesetaraan.pptx
 
Bab i23 fix
Bab i23 fixBab i23 fix
Bab i23 fix
 
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptxKelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
 
PKN 'Merajut Kebersamaan dalam Kebhinekaan'
PKN 'Merajut Kebersamaan dalam Kebhinekaan'PKN 'Merajut Kebersamaan dalam Kebhinekaan'
PKN 'Merajut Kebersamaan dalam Kebhinekaan'
 
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptMANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
 
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptMANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
 
Remidi bu haka
Remidi bu hakaRemidi bu haka
Remidi bu haka
 
Presentasi Agama
Presentasi AgamaPresentasi Agama
Presentasi Agama
 
Makalah multikultural
Makalah multikulturalMakalah multikultural
Makalah multikultural
 
Manusia, Keseragaman dan Kesederajatan
Manusia, Keseragaman dan KesederajatanManusia, Keseragaman dan Kesederajatan
Manusia, Keseragaman dan Kesederajatan
 
Materi 3. Integrasi Nasional.pdf
Materi 3. Integrasi Nasional.pdfMateri 3. Integrasi Nasional.pdf
Materi 3. Integrasi Nasional.pdf
 
Manusia,keragaman dan kesederajatan.
Manusia,keragaman dan kesederajatan. Manusia,keragaman dan kesederajatan.
Manusia,keragaman dan kesederajatan.
 
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
 
Budaya konteks multikultural
Budaya konteks multikulturalBudaya konteks multikultural
Budaya konteks multikultural
 
1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point
 

Recently uploaded

contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 

Recently uploaded (20)

contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 

Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan

  • 1. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN TAJUK TUGASAN Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai golongan etnik, agama dan budaya. Kepelbagaian inilah yang menjadikan negara ini unik dari segihubungan antara kaum. Pada pendapat anda, adakah budaya dialog antara kaum/etnik/budaya/peradaban amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita, untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identiti negara? Bincangkan. Nama FIDELIA MUSEH Nombor Matrik 780912125042001 NRIC 780912125042 Nombor Telefon 0198521341 Alamat E-mail fidelia78@oum.edu.my Nama E-Tutor: PN.CHE MAH YUSOF Pusat Pembelajaran: OUM KENINGAU,SABAH SEMESTER JANUARI 2014
  • 2. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 2 ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKASURAT 1.0 PENGENALAN 1 1.1 Konsep Masyarakat Majmuk 2 1.2 Ciri-Ciri Masyarakat Majmuk 2 2.0 BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM / ETNIK / BUDAYA DAN 3 2.1 Konsep Budaya Dialog 4 2.2 Kekuatan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban 4 2.2.1 Cungkil Khazanah Tamadun 4 2.2.2 Memupuk Kerjasama Antara Kaum 5 2.2.3 Memecahkan Tembok Pemisah Antara Etnik 5 2.2.4 Memanfaatkan Warisan Tamadun 5 2.3 Kelemahan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban 5 2.3.1 Sikap Fanatik Dan Obses Pada Kaum 5 2.3.2 Komunikasi Yang Terhad 6 2.3.3 Perspektif Ahli Dialog 6 3.0 CADANGAN MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK/ BUDAYA DAN PERADABAN 6 3.1 Dialog Antara agama 7 3.2 Isu Perkauman Dalam Politik 8 3.3 Dialog Pendidikan 8 4.0 KESIMPULAN 9 Rujukan
  • 3. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 3 1.0 PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Mengikut 1Jabatan Perangkaan Negara (2010), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 28.3 juta orang. Daripada jumlah tersebut 91.8% merupakan warganegara Malaysia manakala 8.2 % merupakan bukan warganegara Malaysia. Dari segi komposisi penduduk mengikut etnik, peratusan penduduk bumiputera adalah 67.4% ,Cina (24.6%), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%). Di kalangan warganegara Malaysia, kaum Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 %. Iban mencatatkan 30.3% daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun merekodkan peratusan sebanyak 24.5% di Sabah. Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Menurut Faridah (2008) hubungan etnik yang merujuk kepada interaksi antara etnik yang berbeza (intraetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama (intraetnik), kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia telah diterima oleh semua rakyat dan ini merupakan sumber kekuatan perpaduan di Malaysia. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di Malaysia. Kontrak sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang kemudiaannya terjelma dalam perjuangan menunutut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. (Anuar dan Nur Atiqah, 2008).Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan dalam konsep masyarakat majmuk ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. 1 http://www.statistics.gov.my
  • 4. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 4 1.1 Konsep Masyarakat Majmuk Masyarakat didefinisikan sebagai 2sekelompok manusia yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial di mana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Komuniti dalam masyarakat biasanya terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa menempati sesuatu tempat tertentu dalam suatu komuniti yang teratur, berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut, saling bergantung dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain dan menetap bersama - sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat ia terdiri daripada beberapa kumpulan etnik. Berdasarkan definisi di atas,disimpulkan bahawa masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. 1.2 Ciri-Ciri Masyarakat Majmuk Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Antara ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S. Furnivall (1956) dalam bukunya bertajuk “Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia)” dalam kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa ,idea dan kaedah sendiri .Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia sebenarnya adalah simbol kepada keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyatnya. Perbezaan dari segi cara hidup, amalan dan budaya sebenarnya bukanlah penghalang kepada amalan perpaduan yang diamalkan sejak dahulu lagi, malah amalan tersebut telah diperjuangkan semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Perbezaan ideologi politik juga sebenarnya merangsang agar perpaduan perlu dijaga, apatah lagi kehidupan masyarakat berbilang kaum dan etnik di Malaysia merupakan identiti kepada negara. Dalam keghairahan 2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat
  • 5. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 5 pihak tertentu yang cuba untuk melaga-lagakan antara kaum atau etnik lain dengan kaum yang lain, pihak kerajaan tidak pernah lalai dalam mempertahankan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.Salah satu usaha kerajaan mempertahankan perpaduan ini adalah dengan mengadakan pelbagai bentuk dialog seperti 3dialog peradaban dan 4dialog antara agama dengan melibatkan semua kaum bagi meleraikan konflik di kalangan masyarakat Malaysia.Dalam tugasan ini,saya akan membincangkan konsep budaya dialog dan mengapa perlunya penyuburan budaya dialog berdasarkan perbincangan kekuatan dan kelemahan budaya dialog dan beberapa cadangan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia kini. 2.0 BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM / ETNIK / BUDAYA DAN PERADABAN Budaya dialog amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita untuk memperkukuhkan jalinan perpaduan negara dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelangsungan dan kemapanan negara seperti yang kita fahami hari ini.Gagasan dan pemikiran mengenai dialog mulai mendapat tempat apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membahaskan mencari pemikiran baru bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik, pengaduhan dan perbalahan yang berlaku antara negara di dunia. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengistiharkan tahun 2001 sebagai 5Tahun Dialog Peradaban.Ketika perang dingin, Amerika Syarikat mewakili pihak Barat telah memperkenalkan dialog antara agama, kebudayaan dan peradaban sebagai satu pendekatan berdamai.Pengistiharan ini adalah untuk menggalakan perbincangan dan pertemuan antara individu, kelompok, organisasi dan masyarakat dari pelbagai peringkat dan latarbelakang, mencari titik tolak untuk berkongsi pemikiran, bersefahaman, bekerjasama demi keharmonian dan kedamaian sejagat.Aspek nilai yang menjadi sasaran dan ruang lingkup perbincangan dalam dialog antaranya ialah nilai kemanusiaan, toleransi, kejujuran, kerjasama, komunikasi dan interaksi sesama insan, kerjasama global, usaha peningkatan status sosial dan ekonomi, kualiti hidup manusia dan kesejahteraan hidup masyarakat global yang mendatangkan manfaat yang luas ke dunia. 3 www.cheme.utm.my/.../Dialog%20Peradaban.pdf 4 https://www.academia.edu/4358199/Dialog_Antara_Agama_Realiti_dan_Prospek_di_Malaysia 5 http://titaswonderful.blogspot.com/2012/03/isu-isu-semasa-dialog-peradaban-sebagai.html
  • 6. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 6 2.1 Konsep Budaya Dialog Budaya didefinisikan sebagai 6kemajuan fikiran,akal budi dan cara berfikir.Ringkasnya,budaya merupakan suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat resam,sikap dan nilai.Dialog pula merupakan sebuah komunikasi dua hala antara individu yang mempunyai pegangan atau pandangan yang berbeza mengenai subjek atau perkara yang tertentu, dengan tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah lagi daripada pihak yang satu lagi. Dialog adalah istilah yang digunakan zaman sekarang sebagai satu pertemuan dan perbincangan antara individu-individu atau kumpulan yang berlainan agama dan ideologi. Tujuan utama dalam dialog ialah untuk saling mempelajari di antara peserta dialog sehingga setiap peserta boleh mengubah pandangannya keatas suatu pemahaman yang lebih baik dan dapat meningkatkan pengalamannya.Berdasarkan definisi budaya dan dialog,saya simpulkan di sini bahawa budaya dialog adalah satu bentuk komunikasi yang menjurus ke arah kebaikan yang perlu dijadikan amalan di semua peringkat lapisan masyarakat. Hari ini pakar bidang dialog menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age of Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Pertukaran pemikiran ini berlaku lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang begitu pesat. Dalam konteks masyarakat majmuk, budaya dialog antara kaum / etnik / budaya / peradaban amat perlu disuburkan untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identiti negara.Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkauman mahupun konflik keagamaan yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperti ‘konflik Kampung Medan' mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya adalah juga isu-isu keadilan sosial dan ekonomi. Di dalam konteks ini misalnya amat penting isu kepimpinan kelompok/budaya teras diberi perhatian. 2.2 Kekuatan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban 2.2.1 Cungkil Khazanah Tamadun Generasi hari ini mungkin telah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan tamadun-tamadun yang diwarisi sehingga kadangkala kita merasakan kehidupan kita sudah 6 Kamus Dewan 2005
  • 7. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 7 kehilangan paksi dan arah tuju. Oleh kerana itu cara mengembalikan atau mencungkil semula khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama proses tersebut. 2.2.2 Memupuk Kerjasama Antara Kaum Dialog boleh dijadikan sebagai alat perhubungan semua kaum di Malaysia.Apabila dikumpulkan dalam satu tempat untuk mengikuti dialog antara kaum,kesepakatan akan berjaya dicapai dan ini menggalakkan kerjasama antara kaum.Kejayaan pelaksanaan sesuatu bentuk dialog mencerminkan kesepakatan ahli yang menyertai dialog tersebut. 2.2.3 Memecahkan Tembok Pemisah Antara Etnik Kepelbagaian etnik di Malaysia mencipta jurang etnik yang sangat besar.Namun demikian,usaha kerajaan menyatupadukan kesemua etnik ini dalam satu dialog akan berjaya memecahkan tembok pemisah di antara etnik apabila setiap wakil etnik yang menyertai sesi dialog diberi kebebasan bersuara.Kebebasan dialog dalam ruang dialog dapat mengungkai segala permasalahan yang dihadapi oleh setiap kaum.Dengan persetujuan yang diperolehi dalam sesi dialog,maka tembok yang menjadi pemisah antara kaum akan musnah. 2.2.4 Memanfaatkan Warisan Tamadun Kepimpinan Budaya Teras juga perlu dihayati bukan melalui pendekatan yang apologetik mahupun defensif tetapi melalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta sejarah, realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Melalui dialog, boleh manfaatkan keadaan di mana tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia mempunyai persamaan yang penting dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kemanusiaan, kepentingan alam sekitar dan keperluan hidup berharmoni dengannya. 2.3 Kelemahan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban 2.3.1 Sikap Fanatik Dan Obses Pada Kaum Peristiwa 13 Mei yang berlaku di antara kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia adalah bertitik tolak daripada rasa tidak puas hati antara kaum Melayu, Cina dan India. Ketegangan yang berlarutan telah mencetuskan perselisihan faham dan seterusnya pertumpahan darah. Konflik yang dicetuskan ini telah menggugat kestabilan politik ,ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia. Pembentukan tamadun Malaysia telah tercalar akibat tiada penerimaan
  • 8. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 8 dan toleransi antara kaum yang ada. Peristiwa itu adalah suatu contoh kegagalan dialog antara budaya dan komuniti tamadun-tamadun yang terdapat di Malaysia. Ia telah memberikan suatu impak yang besar terhadap politik di Malaysia. 2.3.2 Komunikasi Yang Terhad Kegagalan pelaksanaan sesuatu sesi dialog juga adalah disebabkan batasan komunikasi yang amat terhad kerana terikat dengan etika berdialog dan tema dialog. Kadangkala sikap individu dan masyarakat yang masih tertutup dan tiada keterbukaan dalam perbincangan dan masih berselindung tentang topik yang didialogkan.Situasi ini menghalang peserta dialog untuk mengutarakan pendapat dan menimbulkan rasa tidak puas hati.Perasaan tidak puas hati menyebabkan objektif pelaksanaan dialog tidak tercapai. 2.3.3 Perspektif Ahli Dialog Sesi dialog biasanya disertai oleh individu yang berpendidikan dan berpangkat dari pelbagai kaum.Perspektif sebilangan ahli dialog yang menganggap diri lebih baik berbanding dengan peserta lainnya menjadi kelemahan utama dalam sesi dialog.Situasi ini tidak dapat dinafikan apalagi untuk dielakkan kerana sikap ini sememangnya fitrah manusia.Sikap tidak mahu mengalah biasanya menjadikan sesi dialog tegang dan kadangkala menjadi huru hara.Akhirnya,objektif dialog diadakan tidak tercapai tanpa kesepakatan dari ahli-ahli dialog. 3.0 CADANGAN MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK/BUDAYA DAN PERADABAN Dalam usaha memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dialog untuk perpaduan beberapa cadangan akan diutarakan berdasarkan pendapat secara peribadi dan ikhlas sebagai salah seorang daripada anggota masyarakat majmuk di negara ini.Antara isu yang sedang hangat diperkatakan adalah seperti isu 7keagamaan dan isu perkauman dalam politik.Dalam ruangan cadangan ini,saya akan mencadangkan cara untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban. 7 Mohd Shauki Abd Majid dalam www.utusan.com.my
  • 9. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 9 3.1 Dialog Antara agama Paradigma modenisme hari ini telah membangkitkan pelbagai kekacauan dan pengingkaran terhadap martabat kemanusiaan. Ia dicuba dijawab oleh agama-agama dengan cara yang berbeza-beza.Dari sinilah kemudian muncul pelbagai tawaran teologi agama seperti teologi pembebasan, teologi transformatif yang semuanya mengarah pada gagasan transformasi dengan agama sebagai peneraju utamanya. Gagasan ini terus berkonflik dengan melibatkan agama-agama besar dunia.Kadang kala permusuhan meledak sehingga menjadi pertikaian berdarah seperti yang dapat disaksikan dalam beberapa pergolakan tragis di beberapa buah negara di dunia. Permusuhan antara agama dapat diperhatikan melalui konflik pembasmian etnik dan wilayah sebagai mana yang berlaku di Timor Timur dalam tahun (1999), Lampong (1995), Indonesia.Demikian juga isu pembinaan kuil Hindu di atas tapak Masjid Babri di Ayudya, Uttar Pradesh pada tahun 1992 di India, yang menyebabkan masyarakat Islam melancarkan tindak balas ke atas penganut Hindu.Malah keganasan perkauman sudah menjadi punca utama penderitaan umat manusia pada penghujung abad kedua puluh yang lalu. Memandangkan perselisihan antara agama semakin memuncak dalam keadaan masyarakat pelbagai kaum dan di merata-rata tempat, maka perlu ditekankan betapa pentingnya dialog antara kaum, agama, budaya atau peradaban diadakan pada masa kini.Dialog dan persefahaman antara satu sama lain merupakan prasyarat untuk membina hubungan yang adil dan saksama antara pelbagai budaya dan peradaban.Penyebab utama ketegangan ini berakar daripada interaksi yang berasaskan sikap yang beranggapan pihak masing-masing yang paling benar. Masing-masing menganggap merekalah pengikut agama yang paling unggul.Mereka bersaing untuk menyebarkan dakwah. Saingan ini kadang-kadang membawa ketegangan dan keupayaan untuk mencipta situasi yang saling memahami dan menghormati antara agama menjadi lebih sukar. Kadang-kadang kesukaran semakin bertambah kerana didorong oleh kepentingan politik, mahupun teologi. Sehubungan itu,semasa sesi dialog antara agama,perkara-perkara perbezaan yang boleh menimbulkan perselisihan haruslah dihindari.Setiap pemeluk agama bertanggungjawab untuk membudayakan sikap keterbukaan, menerima perbezaan dan menghormati kemajmukan, disertai ketaatan dan komitmen terhadap agama masing- masing.Perbezaan pendapat dalam dialog adalah wajar, malahan perbezaan itulah yang menimbulkan dialog. Tetapi perbezaan pendapat itu tidak boleh dianggap sebagai alasan untuk menempatkan suatu keputusan dan memberikan penilaian yang berat sebelah.Dalam hal ini,
  • 10. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 10 dialog bertujuan untuk menanggapi situasi tertentu yang menuntut orang untuk memilih bekerjasama daripada berkonfrontasi dan saling menyalahkan dan mengalahkan. Melalui dialog antara agama yang dilaksanakan secara jujur dan kesediaan menerima kelemahan masing- masing merupakan langkah yang mampu menyelesaikan banyak masalah. 3.2 Isu Perkauman Dalam Politik Malaysia masih lagi berada di ambang isu kaum yang saling berentetan. 8Kajian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendapati jurang kaum semakin menebal selepas Pilihan Raya Umum 2008. Pelbagai isu dipolitikkan dan dikaitkan dengan sentimen perkauman walaupun pada asasnya kehidupan ini bukan semata-mata membabitkan isu ras, etnik, agama dan cara hidup.Pelaksanaan sesi sesuatu dialog politik seharusnya bebas daripada isu perkauman untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dialog.Perasaan tidak puas hati akan menggagalkan sesi dialog dan tiada sebarang kesepakatan akan tercapai.Oleh itu,sesi dialog yang melibatkan pelbagai kaum haruslah bebas daripada isu politik. 3.3 Dialog Pendidikan Aspek pendidikan merupakan teras pendedahan konsep perpaduan dalam satu masyarakat yang majmuk.Sehubungan itu,sesi dialog berkaitan dengan penambahan subjek hubungan etnik dalam kurikulum sekolah rendah perlu diadakan. Fokus perbincangan dialog adalah menjadikan subjek hubungan etnik sebagai subjek teras terhadap murid sekolah rendah mahupun menengah sebagai satu motivasi dalam mengeratkan perpaduan antara kaum sepertimana yang telah dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Hal ini kerana melalui penambahan kurikulum subjek ini akan dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum dengan adanya subjek ini pada peringkat awal pendidikan. Bak kata pepatah ‘Melentur buluh biar dari rebung’. Ini bertepatan dengan penyerapan sejak kecil kepada murid-murid lebih berkesan berbanding kepada orang dewasa kerana mereka mudah dibentuk dan mengikut nilai- nilai apa yang ditunjukkan. Nilai-nilai yang diterapkan dalam diri murid dapat dijadikan satu penunjuk arah dalam bergaul dengan bangsa lain dalam mengeratkan hubungan antara kaum yang berbagai-bagai bangsa etnik. Subjek ini amat penting kerana dapat memberikan erti sebenar tentang kepentingan dalam membina hubungan antara berbilang kaum. Penerapan yang dilakukan akan mewujudkan masyarakat di mana proses menguatkan tali perpaduan etnik yang terdapat di Malaysia. 8 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsukaumseringhalangbentukMalaysiaharmoni/Article
  • 11. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 11 4.0 KESIMPULAN Tugas dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai bukanlah satu tugas yang mudah. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita menunjukkan bahawa sesuatu yang dikira agak mustahil akhirnya dapat diselesaikan. Malahan jika tersilap langkah ia boleh menjurus kepada kejatuhan sesebuah negara yang sedang membangun. Maka dapatlah kita lihat bahawa pengukuhan hubungan etnik adalah penting dalam menguruskan sebuah negara yang mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai. Nilai sosiobudaya yang positif dan dinamika membantu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan bermaruah.Oleh yang demikian,bagi mencapai hasrat menjadikan dialog sebagai satu mekanisme perpaduan yang berkesan, kita memerlukan pendedahan ilmiah seperti sejarah, sistem kehidupan dan lain-lain untuk memungkinkan kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing- masing. Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan perasaan muhibbah antara budaya/tamadun sekali pun di masa yang sama kita mengakui wujud perbezaan ketara antara kita, tetapi juga dapat membantu memampankan konsep dan realiti kedudukan etnik masing-masing. Dalam keadaan dunia dilanda oleh unsur-unsur yang mengikis tradisi, adalah tanggungjawab segenap lapisan masyarakat untuk memberi kesedaran dan pengesahan tentang betapa idea "kedudukan" mereka tersebut adalah sesuatu yang positif bagi semua pihak. Di sinilah peri pentingnya dialog melalui mana kita boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati. Berdasarkan kekuatan budaya dialog yang dibincangkan,saya yakin dialog seumpama ini mampu menjayakan kesepakatan dan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.Setiap kelemahan yang dikenalpasti dalam budaya dialog pula perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya agar kelemahan ini tidak menjadi punca kegagalan setiap usaha perpaduan yang sedang dilaksanakan.Diharapkan setiap baris cadangan yang dikemukakan dapat membantu dalam merangka program –program perpaduan kaum di masa akan datang. 2 655 Patah Perkataan
  • 12. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 12 RUJUKAN BUKU 1. Abdul Rahman Haji Ismail.( 2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Anuar Ahmad dan Nur Atiqah T.Abdullah.(2008). Demografi Pendidikan di Malaysia. Kertas Kerja Kolokium Identiti, Etnisiti dan Pendidikan. Anjuran Bersama Kumpulan Penyelidik Hubungan Etnik dan Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor. 3. Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A.Jawan. ( 1997 ).Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit UPM 4. A. Aziz Deraman .(2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Faridah Karim et al.(2008). Hubungan Etnik di Institusi Pengajian Tinggi dari Perspektif Etnografi Habitus dan Modal Budaya. Kertas Kerja Kolokium Identiti, Etnisiti dan Pendidikan. Anjuran bersama kumpulan penyelidik Hubungan Etnik dan Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Institut Kajian Etnik (KITA). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 6. Furnivall,J.S.(1948) Collonial Policy and Practices.London: Cambridge University Press 7. Nazaruddin Hj.Mohd Jali,et al(2003).Malaysian Studies:Nationhood and Citizenship.Edisi ke-1 Petaling Jaya:Pearson Prentice Hall. 8. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. 9. Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002). PENGAJIAN AM KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 10. Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.
  • 13. HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKATDAN KETAMADUNAN 13 LAMAN WEB 1. http://www.statistics.gov.my 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat 3. www.cheme.utm.my/.../Dialog%20Peradaban.pdf 4. https://www.academia.edu/4358199/Dialog_Antara_Agama_Realiti_dan_Prospek_ di_Malaysia 5. http://titaswonderful.blogspot.com/2012/03/isu-isu-semasa-dialog-peradaban.html 6. Mohd Shauki Abd Majid dalam www.utusan.com.my 7. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsukaumseringhalangbentukMalaysiahar moni/Article 8. http://kenegaraan.webs.com/humancapital.htm 9. www.scribd.com/.../Sejarah-Kewujudan-Masyarakat 10. zanas.wordpress.com/.../pembentukan-masyarakat 11. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/8572-perpaduan-masyarakat- majmuk-melalui-kepimpinan-budaya-teras-dan-peranan-dialog 12. http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Soc ialdevelopment/Report26.htm 16 13. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/