SlideShare a Scribd company logo
1 | A M A L
MUKADDIMAH
Mengupas mengenai sebuah buku mengenai sang pendidik agung yang bernama Muhammad
bukanlah satu perkara mudah yang dapat saya lakukan dalam masa yang singkat. Walaupun,
mengalami banyak kesukaran dalam menyiapkan rumusan ini, Alhamdulillah dengan izin-
Nya saya dapat menyiapkan serba sedikit kupasan ringkas berkaitan dengan buku hebat ini.
Sememangnya telah lama saya menanti saat untuk menyatakan isi hati secara telus apa yang
terjadi di dalam arena pendidikan masa kini yang telah melalui satu arus modenisasi yang
begitu mencabar sehingga kita melihat seolah-olah tiada jalan untuk penyelesaian kepada
masalah tersebut. Maka dengan ini saya menulis serba sedikit pandangan kecil dari insan seni
yang berjiwa pendidik berkenaan sebuah buku PENDIDIKAN RASULULLAH: SUATU
ALTERNATIF KE ARAH PENYELESAIAN MASALAH UMMAH. Hasil nukilan Tuan Haji
Mahyuddin Ashaari dan Tuan Haji Tajuddin Abdul Hamid.
2 | A M A L
PENDAHULUAN
Tajuk buku sahaja sudah memberi makna yang cukup besar kepada saya sebagai seorang
pendidik. Pendidikan Rasulullah suatu impian yang kita dambakan agar dapat dilaksanakan
secara rasmi di dalam seluruh sistem pendidikan negara Malaysia. Ianya satu cita-cita besar
yang tidak mustahil boleh dilakukan di dalam negara jika keseluruhan pentadbirannya benar-
benar berlandaskan syariat islam. Namun, saya melihat perkataan Pendidikan Rasulullah yang
disebut sebagai ‘suatu alternatif’ meletakkan Pendidikan Rasulullah sebagai suatu pilihan
apabila sistem yang sedia ada mengalami kelumpuhan dari objektif pendidikan. Bukan
hendak memberi pandangan negatif tetapi hakikatnya itulah yang sedang berlaku.
Berpelajaran namun tidak berpendidikan, itulah perkara yang sedang berlaku sekarang. Anak
murid yang menuntut ilmu di sekolah tidak lagi berpendidikan ataupun diringkaskan beradab,
mereka lebih menumpu kepada belajar sahaja bagi tujuan peperiksaan. Apakah ini tujuan
persekolahan semata-mata. Memberi ilmu tanpa mengajar bagaimana hendak beramal dengan
ilmu. Jika inilah konsep pendidikan di sekolah yang hanya mengejar silibus untuk dihabiskan
tanpa memprbetulkan adab, apalagi yang kita mampu harapkan pada generasi akan datang.
Saya melihat, Pendidikan Rasulullah merupakan satu corak pendidikan yang perlu
dilaksanakan di dalam sistem Pendidikan di Malaysia tanpa perlu berpaksikan kepada
pendidikan sekularisme yang besifat barat dan material. Langkah pertama adalah dengan
mendidik para guru. Gurulah yang harus di didik dengan didikan Rasulullah terlebih dahulu
kerana kebanyakan guru masih belum kuat untuk menjadi pendidik sebagaimana Baginda
mendidik anak muridnya.
Hari ini, saya melihat guru menjadi semakin rakus dengan nama ‘guru’ dan tidak lagi menjadi
guru sepatutnya. Berapa ramai bilangan guru secara tidak sedar telah pun tersasar daripada
objektif seorang guru. Pekerjaan guru menjadi pilihan terakhir apabila tiada lagi pilihan yang
boleh dilakukan selain guru. Maka lahirlah guru yang bukan guru berkhidmat mendidik anak
bangsa mengikut acuan hawa nafsunya.
Setelah meneliti kandungan buku secara berperingkat-peringkat dapatlah saya merumuskan
kepada tiga persoalan berkaitan dengan isi kandungan buku ini.
Pertama : Apakah Pendidikan Rasulullah?
Kedua :Bagaimanakah kaedah dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah sosial
ummah?
Ketiga : kesanPendidikan Rasulullah.
Jawapan kepada persoalan ini akan saya jawab didalam isi rumusan berkaitan dengan setiap
satu persoalan yang timbul.
3 | A M A L
ISI RUMUSAN
A. Persoalan pertama: Apakah Pendidikan Rasulullah?
Melalui penelitian saya ianya membawa pengertian bahawa Pendidikan Rasulullah adalah
melalui keperibadian Rasulullah dengan perkataan dan perlakuan yang dapat dijadikan contoh
ikutan di dalam kehidupan.
Sifat-sifat dalam Pendidikan Rasulullah:
1. Sifat hirsh
2. Sifat lemah-lembut dan pemaaf
3. Sifat Tawadhu
4. Sifat kasih sayang
5. Sifat sabar
6. Cerdas
7. Keperibadian dan kewibaan yang kuat
Sifat hirsh adalah memberi perhatian pada sesuatu. Baginda sangat sayang akan umatnya dan
inilah gambaran Pendidikan Rasulullah yang mahukan umatnya berkasih sayang dan
mahukan umatnya selamat daripada cubaan dunia. Baginda sentiasa berusaha dan tidak
pernah mengenal putus asa dan menginginkan syurga buat umatnya.
Sifat yang kedua iaitu lemah-lembut dalam memberi arahan dan pemaaf. Apabila Baginda
berbicara akan menyebut dengan penuh kelembutan. Baginda juga suka memperlihatkan
kecintaanya kepada para sahabatnya. Malah baginda sering tersenyum kepada sahabat.
Baginda juga tidak pernah menyatakan tidak. Baginda tidak melakukan perbuatan yang tidak
baik. Baginda tidak pernah memaki orang lain dan baginda juga tidak menghina orang Arab
Badwi kencing di perkarangan masjid.
Sifat tawadhu’ dengan memberi perhatian kepada murid lemah dengan tambahan penjelasan,
pengajaran dan tambahan waktu. Redha terhadap orang lemah namun kurang redha dengan
orang kurang mampu. Sifat kasih sayang Baginda terhadap manusia lain sememangnya tidak
boleh di nafikan.
Sifat baginda yang cukup penyabar dalam menghadapi soalan yang remeh dengan menjawab
segala persoalan dengan sikap yang tenang tanpa marah-marah. Akal yang ada pada Baginda
juga adalah akall yang cerdas dan dapat dicerminkan melalui watak keperibadian dan
kewibaan Baginda yang kuat dalam menghadapi cabaran.
4 | A M A L
Falsafah Pendidikan Rasulullah:
1. Menjawab pertanyaan sehingga pelajar itu faham
2. Bicara ilmu dengan sabar
3. Baginda menghadapi orang keliru dan meremehkan sesuatu
4. Penggunaan wasilah yang pelbagai
Didalam proses penyampaian ilmu, mestilah akan berhadapan dengan pelajar yang kurang
faham, prinsip baginda beliau akan menjawab soalan tersebut dengan lebih jelas dan
terperinci sehingga seseorang itu benar-benar faham.
Seterusnya, apabila baginda ingin berbicara soal ilmu, apabila baginda tiada pengetahuan
mengenai ilmu itu, maka baginda akan menjawabnya dengan penuh kesabaran tanpa perlu
amarah. Orang yang keliru dan suka meremehkan sesuatu maka baginda akan menghadapinya
dengan penuh ketenangan.
Baginda tidak pernah memukul wanita ataupun seseorang kecuali didalam jihad. Sebagai
contoh kisah Kaab bin Malik yang tidak pergi menyertai perang lalu baginda hanya tersenyum
marah kepada Kaab. Kebanyakan percakapan Baginda adalah dengan lemah lembut dan
berhikmah. Nabi juga membenarkan untuk mendidik dengan pukulan sebagaimana Abu Bakar
dengan pembantunya yang dihukum kerana menghilangkan unta.
Baginda tidak menggunakan hanya satu wasilah dalam pendidikan malah baginda memiliki
kepelbagaian cara mahupun pendekatan untuk menyampaikan ilmu. Antara wasilah yang
digunakan seperti baginda banyak menggunakan perumpamaan, baginda suka ajukan dengan
pertanyaan, baginda kadangkala menyebut tanpa pengantar tetapi terus kepada penarik kata
dan baginda juga sedikit kata-kata tapi banyak mengulang kata-kata.
Objektif Pendidikan Rasulullah:
1. Melahirkan insan yang berjiwa taqwa kepada Allah SWT.
2. Melahirkan insan-insan yang sanggup bekerja sebagai Khalifah Allah SWT.
Sistem pendidikan Rasulullah:
1. Mendidik jiwa tauhid bagi menanamkan rasa kehambaan yang tinggi kepada Allah
SWT.
2. Mendidik hati agar rasa rindu kepada syurga Allah, rahmat Allah, keampunan Allah,
bantuan Allah dan lain-lain.
3. Mendidik iman dan taqwa di hati agar rasa gerun dengan Neraka dan Azab Allah SWT.
4. Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia.
5. Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat agar selamat daripada api Neraka.
6. Mendidik manusia agar memiliki sikap hidup yang khusus sebagai seorang Islam, agar
selamat dunia dan akhirat.
5 | A M A L
B. Persoalan kedua :Bagaimanakah kaedah dan pendekatan terbaik bagi
menangani masalah sosial ummah?
Sebelum saya menjawab soalan bagaimana menangani masalah sosial, kita akan meneliti
bagaimana cara nabi mendidik. Untuk pengetahuan, Pendidikan merupakan salah satu misi
Rasulullah SAW. Pendekatan yang terbaik untuk menjadi pendidik terbaik adalah melalui
dua perkara;
1. Mencintai ilmu sesungguh-sungguhnya
2. Jadikan diri sebagai model pendidik
Terdapat beberapa peringkat nabi mendidik.
Bil Bilangan peringkat Huraian
1 Peringkat pertama Pembentukan jiwa Jiwa yang takut kepada Allah,
supaya beriman.
2 Peringkat kedua Penerapan Amalan Iman dan amal tidak boleh
dipisahkan. Apabila iman telah
dibentuk maka pengukuhanya
dengan amalan yang berterusan.
3 Peringkat ketiga Ilmu dengan kefahaman Menyampaikan ilmu untuk
difahami isi kandungannya.
4 Peringkat keempat Utamakan penting dari
penting
Menuntut imu itu penting. Akan
tetapi lagi penting adab ketika
menuntut ilmu.
5 Peringkat kelima Situasi bersesuaian Gunakanlah kebijaksanaan sang
pendidik dalam menyampaikan
ilmu dengan penuh hikmah.
Para sahabat adalah manusia contoh yang menjadi bukti hasil didikan Nabi Muhammad SAW
di mana dasar, teknik dan tujuan pendidikan Nabi adalah praktikal, sesuai dan boleh
dilaksanakan malah kesannya jauh lebih baik.
Kaedah Pendidikan Rasulullah:
Baginda tidak membataskan kaedah pendidikannya, malah lebih mudah. Iaitu penerapan Nabi
SAW tidak mengira waktu, umur dan tempat.
1. Tidak mengira lelaki dan perempuan, tua, muda dan kanak-kanak semua wajib
menuntut ilmu.
2. Proses pendidikan sentiasa berlaku dan diikuti.
3. Ilmu yang boleh dipelajari tidak terhad dan terus berkembang.
4. Semua orang boleh menyampaikan ilmu
5. Ilmu boleh disampaikan dimana-dimana sahaja.
6 | A M A L
Contoh-contoh Pendidikan Rasulullah;
Baginda akan terus menegur suatu kesilapan yang dibuat sahabat tanpa perlu menunggu
program rasmi. Teguran Baginda adalah dengan teguran kasih sayang tanpa dengan marah-
marah dan tidak memalukan sahabat.
Pendidikan secara langsung atau tidak langsung juga pernah dilakukan baginda ketika
didalam satu situasi dengan seorang pemuda yang tidak hormat kepada orang tua. Samada
dengan lisan atau dengan sikap. Baginda mahu melahirkan manusia berilmu yang
mengamalkan ilmunya.
Nabi SAW meletakkan golongan sasaran dalam pendidikan atau dakwa. Terdapat tiga
golongan sasaran baginda
Bil Nama Golongan Maksud Huraian
1 Golongan khawas
(istimewa)
Orang-orang yang menerima kebenaran
hanya apabila ia disampaikan dengan
hujah yang tepat, jelas dan benar.
Golongan ini adalah golongan yang bijak
pandai, cerdik dan berilmu.
Rasulullah SAW
akan menggunakan
susun kata yang
mengandungi
hukum sahih dan
dalil yang terang.
2 Golongan awam Tidak memerlukan hujah yang ilmiah
kerana fikiran mereka tidak diragukan
dengan persoalan
Rasulullah
mendekati golongan
ini dengan memberi
nasihat yang baik
3 Golongan degil Golongan yang rasa tidak senang dengan
sesuatu
Rasulullah akan
berdialog tentang
perkara yang mereka
tidak senangi itu
Terdapat beberapa teknik yang diguna pakai dalam Pendidikan Rasulullah:
1. Dengan menjawab soalan, apabila ada yang bertanya lalu Nabi SAW akan jawab.
2. Adakalanya Nabi SAW bertanya, dan Nabi SAW sendiri yang menjawab persoalan
tadi.
3. Rasulullah membuat perbandingan.
4. Maklumat Nabi SAW selalunya tepat, ringkas dan padat serta tidak menjemukan.
7 | A M A L
Mari kita lihat bagaimana cara untuk menangani masalah sosial dengan kaedah dan teknik di
dalam Pendidikan Rasulullah SAW.
1. Pembentukan jiwa yang berhati zuhud terhadap dunia.
- Gejala sosial yang semakin menular pada masa kini adalah berpunca daripada
kelemahan iman. Asas ketuhanan perlu diperkukuh dan diperkemaskan dalam diri
kerana itulah yang akan membentuk insan soleh yang berjiwa pejuang bukan
berjiwa matawang.
- Walau setinggi mana ilmu didada namun jika iman, islam dan akhlak lemah mana
mungkin beliapada hari ini mampu bertahan daripada onak ujian didunia.
- Dengan asas iman yang kukuh dapat mengawal diri daripada tertipu dengan dunia
dan menjadikan dunia sebagai alat menuju syurga hakiki.
2. Masyarakat bertanggungjawab menunjukkan contoh yang baik.
- Menurut kajian, sikap manusia adalah suka meniru perbuatan orang lain. Oleh itu,
sebagai masyarakat yang kaya dengan adab sopan santun dan berbudi bahasa maka
perlulah kita menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat agar menjadi
pengaruh positif di dalam masyarakat.
- Elakkan daripada budaya bersangka buruk dengan orang lain. Semaikan budaya
nabi seperti pemaaf, berbuat baik, adil membantu kaum kerabat, meninggalkan
perbuatan mungkar dan durhaka, sabar, lapang dada, tidak membalas kejahatan,
menahan marah, berbaik sangka, tidak mengumpat dan lain-lain lagi.
8 | A M A L
C. Persoalan ketiga : kesanPendidikan Rasulullah.
Kita mengambil contoh daripada para sahabat, kerana merekalah golongan yang paling
terdekat dan menerima didikan langsung daripada Baginda SAW. Terdapat dua kesan
pendidikan nabi:
1. Hubungan dengan Allah SWT
- Solat menjadi lebih baik
- Bacaan Al-Quran menjadi bahan bacaan harian
- Zikrullah
- Puasa
- Berjuang dan berjihad
2. Hubungan dengan manusia
- Pendidikan
- Ekonomi
- Tugas kewanitaan
- Kemudahan pemusafir
9 | A M A L
KESIMPULAN
Sebenarnya, pada pandangan peribadi saya, konsep Pendidikan Rasulullah bukanlah satu jalan
lain untuk kita keluar daripada masalah kepincangan ummah tetapi sebenarnya landasan
sebenar menuju penyatuan ummah. Tiada jalan lain selain daripada kita kembali kepada harta
mahal yang ditinggalkan Baginda SAW iaitu Al-Quran dan Hadith yang terdapat banyak ilmu
berkaitan dengan pendidikan.
Sejarah membuktikan hasil Pendidikan Rasulullah kepada para sahabat dan umat yang hidup
sezaman dengan Rasulullah telah menjadi kebanggaan kepada umat Islam. Para sahabat Nabi
telah dibentuk jiwa mereka dengan kecintaan kepada Allah SWT. Apa sahaja yang mereka
lakukan adalah semata-mata kerana Allah SWT. Mereka menjadikan hidup bekerja siang dan
malam kerana Allah SWT.
Pembentukan jiwa dan penguasaan material bergerak seiring dengan perkembangan ilmu.
Itulah yang menjadi kekuatan umat islam terdahulu sehinggakan mereka boleh menguasai dua
per tiga dunia kerana kekuatan iman dan taqwa yang terbentuk dalam diri. Namun kini, kita
hanya menumpukan kearah material sahaja dan terus meninggalkan pembentukan jiwa islam
iman yang kukuh dalam diri. Natijahnya, masalah sosial yang berleluasa amat sukar
dibendung akibat kejahilan kita yang menurut pendidikan barat yang berjaya menghasilkan
golongan bijak pandai namun pincang dari segi akhlak.
Justeru itu, sebelum nasi menjadi bubur sebaiknya kita memulakan langkah pertama keluar
daripada kejahilan kita dengan memperjuangkan sistem pendidikan yang berlandaskan
Pendidikan Rasulullah. Apa yang telah Nabi SAW lakukan seharusnya diambil sebagai
contoh ikutan dan diaplikasikan dalam Program Pendidikan Kebangsaan.
Besarlah harapan agar sistem Pendidikan Negara dapat diadun mengikut acuan Pendidikan
Rasulullah. Namun, realitinya ia bukan sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil untuk
dilaksanakan. Mudahan Allah SWT memudahkan jalan bagi insan yang tegar berjuang yang
memiliki sifat soleh dan taqwa, sentiasa kuat dan bersemangat dalam mempromosikan
Pendidikan Rasulullah SAW.

More Related Content

What's hot

Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
naassyura
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFatimah Al-Dayana
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
LuqmanZaaba
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
chooeinsan
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
Ahmad Fahmi
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamSivapriya Gopi
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
Opie Mohamad
 
Teknik penerangan
Teknik peneranganTeknik penerangan
Teknik penerangan
DHIAH RODZI
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
AYU_TEMPOYAK
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
anuar2u
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
Cho Shirley
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
azirah azizul
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Azizi Ahmad
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
umagul
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
mzaidin
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
siti hajar pauzi
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
What's hot (20)

Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islam
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Teknik penerangan
Teknik peneranganTeknik penerangan
Teknik penerangan
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Similar to Kajian Pendidikan Rasulullah SAW

Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
akmalmustafakamal
 
Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613
Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613
Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613
ShidatulEzwaNajib
 
Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir
Falsafah Pendidikan Islam Projek AkhirFalsafah Pendidikan Islam Projek Akhir
Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir
NurLiza23
 
Menjadi guru yang di idolakan
Menjadi guru yang di idolakanMenjadi guru yang di idolakan
Menjadi guru yang di idolakanzainidahlan
 
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptxMetode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptx
santrikampung5
 
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptxMetode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptx
M. Said Aqil Hasan
 
Silabus mentoring remaja lp2 i
Silabus mentoring remaja lp2 iSilabus mentoring remaja lp2 i
Silabus mentoring remaja lp2 iAbu Jakaria
 
Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?
Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?
Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?
AfiqahZahirah4
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM.pptxLMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
MuhammadDanial755976
 
Gurukah aku atau...
Gurukah aku atau...Gurukah aku atau...
Gurukah aku atau...
Rosmah Abdul
 
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR)
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR) A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR)
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR)
NURAIDAHAIFABINTIABD
 
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptxPROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
MUHAMMADFAHMIBINNORD
 
Projek akhir A175020
Projek akhir A175020Projek akhir A175020
Projek akhir A175020
Mariam Zamri
 
Projek akhir falsafah pendidkan islam
Projek akhir falsafah pendidkan islamProjek akhir falsafah pendidkan islam
Projek akhir falsafah pendidkan islam
MOHDIZZATSOFIANBINSS
 
A173946 GURU YANG SAYA IMPIKAN
A173946 GURU YANG SAYA IMPIKANA173946 GURU YANG SAYA IMPIKAN
A173946 GURU YANG SAYA IMPIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 
Falsafah pendidkan islam
Falsafah pendidkan islamFalsafah pendidkan islam
Falsafah pendidkan islam
MUHAMMADAMIRULFIRDAU2
 
Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan IslamFalsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan Islam
Suraya Salehudin
 
AKSI NYATA.pdf
AKSI NYATA.pdfAKSI NYATA.pdf
AKSI NYATA.pdf
FathyyahZulfa
 
A176485 GURU YANG DIIMPIKAN
A176485 GURU YANG DIIMPIKANA176485 GURU YANG DIIMPIKAN
A176485 GURU YANG DIIMPIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 
Similar to Kajian Pendidikan Rasulullah SAW (20)

kerjaya cermerlang
kerjaya cermerlangkerjaya cermerlang
kerjaya cermerlang
 
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
 
Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613
Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613
Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613
 
Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir
Falsafah Pendidikan Islam Projek AkhirFalsafah Pendidikan Islam Projek Akhir
Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir
 
Menjadi guru yang di idolakan
Menjadi guru yang di idolakanMenjadi guru yang di idolakan
Menjadi guru yang di idolakan
 
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptxMetode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptx
 
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptxMetode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptx
 
Silabus mentoring remaja lp2 i
Silabus mentoring remaja lp2 iSilabus mentoring remaja lp2 i
Silabus mentoring remaja lp2 i
 
Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?
Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?
Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM.pptxLMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
 
Gurukah aku atau...
Gurukah aku atau...Gurukah aku atau...
Gurukah aku atau...
 
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR)
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR) A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR)
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR)
 
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptxPROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
 
Projek akhir A175020
Projek akhir A175020Projek akhir A175020
Projek akhir A175020
 
Projek akhir falsafah pendidkan islam
Projek akhir falsafah pendidkan islamProjek akhir falsafah pendidkan islam
Projek akhir falsafah pendidkan islam
 
A173946 GURU YANG SAYA IMPIKAN
A173946 GURU YANG SAYA IMPIKANA173946 GURU YANG SAYA IMPIKAN
A173946 GURU YANG SAYA IMPIKAN
 
Falsafah pendidkan islam
Falsafah pendidkan islamFalsafah pendidkan islam
Falsafah pendidkan islam
 
Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan IslamFalsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan Islam
 
AKSI NYATA.pdf
AKSI NYATA.pdfAKSI NYATA.pdf
AKSI NYATA.pdf
 
A176485 GURU YANG DIIMPIKAN
A176485 GURU YANG DIIMPIKANA176485 GURU YANG DIIMPIKAN
A176485 GURU YANG DIIMPIKAN
 
More from Dayang Bungah

Jam bahasa arab
Jam bahasa arabJam bahasa arab
Jam bahasa arab
Dayang Bungah
 
Huruf hijaiyah
Huruf hijaiyahHuruf hijaiyah
Huruf hijaiyah
Dayang Bungah
 
Bahasa banjar
Bahasa banjarBahasa banjar
Bahasa banjar
Dayang Bungah
 
What is carpal tunnel syndrome
What is carpal tunnel syndromeWhat is carpal tunnel syndrome
What is carpal tunnel syndrome
Dayang Bungah
 
Pengaruh media dalam pembentukan remaja masa kini
Pengaruh media dalam pembentukan remaja masa kiniPengaruh media dalam pembentukan remaja masa kini
Pengaruh media dalam pembentukan remaja masa kini
Dayang Bungah
 
The Role of Financial Institution According to Islamic Framework
The Role of Financial Institution According to Islamic FrameworkThe Role of Financial Institution According to Islamic Framework
The Role of Financial Institution According to Islamic Framework
Dayang Bungah
 
Ekonomi Pembangunan Topik 1 (Tutorial)
Ekonomi Pembangunan Topik 1 (Tutorial) Ekonomi Pembangunan Topik 1 (Tutorial)
Ekonomi Pembangunan Topik 1 (Tutorial)
Dayang Bungah
 
Bahasa Jepun
Bahasa JepunBahasa Jepun
Bahasa Jepun
Dayang Bungah
 
Model Kitaran Perniagaan Benar (KPB)
Model Kitaran Perniagaan Benar (KPB)Model Kitaran Perniagaan Benar (KPB)
Model Kitaran Perniagaan Benar (KPB)
Dayang Bungah
 
Tamadun Melayu
Tamadun MelayuTamadun Melayu
Tamadun Melayu
Dayang Bungah
 
Carpal Tunnel Syndrome
Carpal Tunnel SyndromeCarpal Tunnel Syndrome
Carpal Tunnel Syndrome
Dayang Bungah
 
Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10
Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10
Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10
Dayang Bungah
 
More from Dayang Bungah (12)

Jam bahasa arab
Jam bahasa arabJam bahasa arab
Jam bahasa arab
 
Huruf hijaiyah
Huruf hijaiyahHuruf hijaiyah
Huruf hijaiyah
 
Bahasa banjar
Bahasa banjarBahasa banjar
Bahasa banjar
 
What is carpal tunnel syndrome
What is carpal tunnel syndromeWhat is carpal tunnel syndrome
What is carpal tunnel syndrome
 
Pengaruh media dalam pembentukan remaja masa kini
Pengaruh media dalam pembentukan remaja masa kiniPengaruh media dalam pembentukan remaja masa kini
Pengaruh media dalam pembentukan remaja masa kini
 
The Role of Financial Institution According to Islamic Framework
The Role of Financial Institution According to Islamic FrameworkThe Role of Financial Institution According to Islamic Framework
The Role of Financial Institution According to Islamic Framework
 
Ekonomi Pembangunan Topik 1 (Tutorial)
Ekonomi Pembangunan Topik 1 (Tutorial) Ekonomi Pembangunan Topik 1 (Tutorial)
Ekonomi Pembangunan Topik 1 (Tutorial)
 
Bahasa Jepun
Bahasa JepunBahasa Jepun
Bahasa Jepun
 
Model Kitaran Perniagaan Benar (KPB)
Model Kitaran Perniagaan Benar (KPB)Model Kitaran Perniagaan Benar (KPB)
Model Kitaran Perniagaan Benar (KPB)
 
Tamadun Melayu
Tamadun MelayuTamadun Melayu
Tamadun Melayu
 
Carpal Tunnel Syndrome
Carpal Tunnel SyndromeCarpal Tunnel Syndrome
Carpal Tunnel Syndrome
 
Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10
Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10
Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10
 
Recently uploaded

Modul Ajar Statistika Data Fase F kelas
Modul Ajar Statistika Data Fase F  kelasModul Ajar Statistika Data Fase F  kelas
Modul Ajar Statistika Data Fase F kelas
ananda238570
 
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdfSeminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
inganahsholihahpangs
 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
junaedikuluri1
 
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docxLaporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
RUBEN Mbiliyora
 
materi penyuluhan kesehatan reproduksi remaja
materi penyuluhan kesehatan reproduksi remajamateri penyuluhan kesehatan reproduksi remaja
materi penyuluhan kesehatan reproduksi remaja
DewiInekePuteri
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKANSAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
NURULNAHARIAHBINTIAH
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
HendraSagita2
 
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptx
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptxPemaparan budaya positif di sekolah.pptx
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptx
maulatamah
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Kanaidi ken
 
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamiiAksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
esmaducoklat
 
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDFJUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
budimoko2
 
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdfPpt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
fadlurrahman260903
 
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptxPPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
AqlanHaritsAlfarisi
 
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdekaKKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
irvansupriadi44
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
junarpudin36
 
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptxRPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
YongYongYong1
 
ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPALANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
Annisa Syahfitri
 
RENCANA TINDAK LANJUT (RTL) PASCA PELATIHAN.pptx
RENCANA TINDAK LANJUT (RTL) PASCA PELATIHAN.pptxRENCANA TINDAK LANJUT (RTL) PASCA PELATIHAN.pptx
RENCANA TINDAK LANJUT (RTL) PASCA PELATIHAN.pptx
mukminbdk
 
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdfPanduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
MildayantiMildayanti
 
Recently uploaded (20)

Kajian Pendidikan Rasulullah SAW

  • 1. 1 | A M A L MUKADDIMAH Mengupas mengenai sebuah buku mengenai sang pendidik agung yang bernama Muhammad bukanlah satu perkara mudah yang dapat saya lakukan dalam masa yang singkat. Walaupun, mengalami banyak kesukaran dalam menyiapkan rumusan ini, Alhamdulillah dengan izin- Nya saya dapat menyiapkan serba sedikit kupasan ringkas berkaitan dengan buku hebat ini. Sememangnya telah lama saya menanti saat untuk menyatakan isi hati secara telus apa yang terjadi di dalam arena pendidikan masa kini yang telah melalui satu arus modenisasi yang begitu mencabar sehingga kita melihat seolah-olah tiada jalan untuk penyelesaian kepada masalah tersebut. Maka dengan ini saya menulis serba sedikit pandangan kecil dari insan seni yang berjiwa pendidik berkenaan sebuah buku PENDIDIKAN RASULULLAH: SUATU ALTERNATIF KE ARAH PENYELESAIAN MASALAH UMMAH. Hasil nukilan Tuan Haji Mahyuddin Ashaari dan Tuan Haji Tajuddin Abdul Hamid.
  • 2. 2 | A M A L PENDAHULUAN Tajuk buku sahaja sudah memberi makna yang cukup besar kepada saya sebagai seorang pendidik. Pendidikan Rasulullah suatu impian yang kita dambakan agar dapat dilaksanakan secara rasmi di dalam seluruh sistem pendidikan negara Malaysia. Ianya satu cita-cita besar yang tidak mustahil boleh dilakukan di dalam negara jika keseluruhan pentadbirannya benar- benar berlandaskan syariat islam. Namun, saya melihat perkataan Pendidikan Rasulullah yang disebut sebagai ‘suatu alternatif’ meletakkan Pendidikan Rasulullah sebagai suatu pilihan apabila sistem yang sedia ada mengalami kelumpuhan dari objektif pendidikan. Bukan hendak memberi pandangan negatif tetapi hakikatnya itulah yang sedang berlaku. Berpelajaran namun tidak berpendidikan, itulah perkara yang sedang berlaku sekarang. Anak murid yang menuntut ilmu di sekolah tidak lagi berpendidikan ataupun diringkaskan beradab, mereka lebih menumpu kepada belajar sahaja bagi tujuan peperiksaan. Apakah ini tujuan persekolahan semata-mata. Memberi ilmu tanpa mengajar bagaimana hendak beramal dengan ilmu. Jika inilah konsep pendidikan di sekolah yang hanya mengejar silibus untuk dihabiskan tanpa memprbetulkan adab, apalagi yang kita mampu harapkan pada generasi akan datang. Saya melihat, Pendidikan Rasulullah merupakan satu corak pendidikan yang perlu dilaksanakan di dalam sistem Pendidikan di Malaysia tanpa perlu berpaksikan kepada pendidikan sekularisme yang besifat barat dan material. Langkah pertama adalah dengan mendidik para guru. Gurulah yang harus di didik dengan didikan Rasulullah terlebih dahulu kerana kebanyakan guru masih belum kuat untuk menjadi pendidik sebagaimana Baginda mendidik anak muridnya. Hari ini, saya melihat guru menjadi semakin rakus dengan nama ‘guru’ dan tidak lagi menjadi guru sepatutnya. Berapa ramai bilangan guru secara tidak sedar telah pun tersasar daripada objektif seorang guru. Pekerjaan guru menjadi pilihan terakhir apabila tiada lagi pilihan yang boleh dilakukan selain guru. Maka lahirlah guru yang bukan guru berkhidmat mendidik anak bangsa mengikut acuan hawa nafsunya. Setelah meneliti kandungan buku secara berperingkat-peringkat dapatlah saya merumuskan kepada tiga persoalan berkaitan dengan isi kandungan buku ini. Pertama : Apakah Pendidikan Rasulullah? Kedua :Bagaimanakah kaedah dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah sosial ummah? Ketiga : kesanPendidikan Rasulullah. Jawapan kepada persoalan ini akan saya jawab didalam isi rumusan berkaitan dengan setiap satu persoalan yang timbul.
  • 3. 3 | A M A L ISI RUMUSAN A. Persoalan pertama: Apakah Pendidikan Rasulullah? Melalui penelitian saya ianya membawa pengertian bahawa Pendidikan Rasulullah adalah melalui keperibadian Rasulullah dengan perkataan dan perlakuan yang dapat dijadikan contoh ikutan di dalam kehidupan. Sifat-sifat dalam Pendidikan Rasulullah: 1. Sifat hirsh 2. Sifat lemah-lembut dan pemaaf 3. Sifat Tawadhu 4. Sifat kasih sayang 5. Sifat sabar 6. Cerdas 7. Keperibadian dan kewibaan yang kuat Sifat hirsh adalah memberi perhatian pada sesuatu. Baginda sangat sayang akan umatnya dan inilah gambaran Pendidikan Rasulullah yang mahukan umatnya berkasih sayang dan mahukan umatnya selamat daripada cubaan dunia. Baginda sentiasa berusaha dan tidak pernah mengenal putus asa dan menginginkan syurga buat umatnya. Sifat yang kedua iaitu lemah-lembut dalam memberi arahan dan pemaaf. Apabila Baginda berbicara akan menyebut dengan penuh kelembutan. Baginda juga suka memperlihatkan kecintaanya kepada para sahabatnya. Malah baginda sering tersenyum kepada sahabat. Baginda juga tidak pernah menyatakan tidak. Baginda tidak melakukan perbuatan yang tidak baik. Baginda tidak pernah memaki orang lain dan baginda juga tidak menghina orang Arab Badwi kencing di perkarangan masjid. Sifat tawadhu’ dengan memberi perhatian kepada murid lemah dengan tambahan penjelasan, pengajaran dan tambahan waktu. Redha terhadap orang lemah namun kurang redha dengan orang kurang mampu. Sifat kasih sayang Baginda terhadap manusia lain sememangnya tidak boleh di nafikan. Sifat baginda yang cukup penyabar dalam menghadapi soalan yang remeh dengan menjawab segala persoalan dengan sikap yang tenang tanpa marah-marah. Akal yang ada pada Baginda juga adalah akall yang cerdas dan dapat dicerminkan melalui watak keperibadian dan kewibaan Baginda yang kuat dalam menghadapi cabaran.
  • 4. 4 | A M A L Falsafah Pendidikan Rasulullah: 1. Menjawab pertanyaan sehingga pelajar itu faham 2. Bicara ilmu dengan sabar 3. Baginda menghadapi orang keliru dan meremehkan sesuatu 4. Penggunaan wasilah yang pelbagai Didalam proses penyampaian ilmu, mestilah akan berhadapan dengan pelajar yang kurang faham, prinsip baginda beliau akan menjawab soalan tersebut dengan lebih jelas dan terperinci sehingga seseorang itu benar-benar faham. Seterusnya, apabila baginda ingin berbicara soal ilmu, apabila baginda tiada pengetahuan mengenai ilmu itu, maka baginda akan menjawabnya dengan penuh kesabaran tanpa perlu amarah. Orang yang keliru dan suka meremehkan sesuatu maka baginda akan menghadapinya dengan penuh ketenangan. Baginda tidak pernah memukul wanita ataupun seseorang kecuali didalam jihad. Sebagai contoh kisah Kaab bin Malik yang tidak pergi menyertai perang lalu baginda hanya tersenyum marah kepada Kaab. Kebanyakan percakapan Baginda adalah dengan lemah lembut dan berhikmah. Nabi juga membenarkan untuk mendidik dengan pukulan sebagaimana Abu Bakar dengan pembantunya yang dihukum kerana menghilangkan unta. Baginda tidak menggunakan hanya satu wasilah dalam pendidikan malah baginda memiliki kepelbagaian cara mahupun pendekatan untuk menyampaikan ilmu. Antara wasilah yang digunakan seperti baginda banyak menggunakan perumpamaan, baginda suka ajukan dengan pertanyaan, baginda kadangkala menyebut tanpa pengantar tetapi terus kepada penarik kata dan baginda juga sedikit kata-kata tapi banyak mengulang kata-kata. Objektif Pendidikan Rasulullah: 1. Melahirkan insan yang berjiwa taqwa kepada Allah SWT. 2. Melahirkan insan-insan yang sanggup bekerja sebagai Khalifah Allah SWT. Sistem pendidikan Rasulullah: 1. Mendidik jiwa tauhid bagi menanamkan rasa kehambaan yang tinggi kepada Allah SWT. 2. Mendidik hati agar rasa rindu kepada syurga Allah, rahmat Allah, keampunan Allah, bantuan Allah dan lain-lain. 3. Mendidik iman dan taqwa di hati agar rasa gerun dengan Neraka dan Azab Allah SWT. 4. Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia. 5. Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat agar selamat daripada api Neraka. 6. Mendidik manusia agar memiliki sikap hidup yang khusus sebagai seorang Islam, agar selamat dunia dan akhirat.
  • 5. 5 | A M A L B. Persoalan kedua :Bagaimanakah kaedah dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah sosial ummah? Sebelum saya menjawab soalan bagaimana menangani masalah sosial, kita akan meneliti bagaimana cara nabi mendidik. Untuk pengetahuan, Pendidikan merupakan salah satu misi Rasulullah SAW. Pendekatan yang terbaik untuk menjadi pendidik terbaik adalah melalui dua perkara; 1. Mencintai ilmu sesungguh-sungguhnya 2. Jadikan diri sebagai model pendidik Terdapat beberapa peringkat nabi mendidik. Bil Bilangan peringkat Huraian 1 Peringkat pertama Pembentukan jiwa Jiwa yang takut kepada Allah, supaya beriman. 2 Peringkat kedua Penerapan Amalan Iman dan amal tidak boleh dipisahkan. Apabila iman telah dibentuk maka pengukuhanya dengan amalan yang berterusan. 3 Peringkat ketiga Ilmu dengan kefahaman Menyampaikan ilmu untuk difahami isi kandungannya. 4 Peringkat keempat Utamakan penting dari penting Menuntut imu itu penting. Akan tetapi lagi penting adab ketika menuntut ilmu. 5 Peringkat kelima Situasi bersesuaian Gunakanlah kebijaksanaan sang pendidik dalam menyampaikan ilmu dengan penuh hikmah. Para sahabat adalah manusia contoh yang menjadi bukti hasil didikan Nabi Muhammad SAW di mana dasar, teknik dan tujuan pendidikan Nabi adalah praktikal, sesuai dan boleh dilaksanakan malah kesannya jauh lebih baik. Kaedah Pendidikan Rasulullah: Baginda tidak membataskan kaedah pendidikannya, malah lebih mudah. Iaitu penerapan Nabi SAW tidak mengira waktu, umur dan tempat. 1. Tidak mengira lelaki dan perempuan, tua, muda dan kanak-kanak semua wajib menuntut ilmu. 2. Proses pendidikan sentiasa berlaku dan diikuti. 3. Ilmu yang boleh dipelajari tidak terhad dan terus berkembang. 4. Semua orang boleh menyampaikan ilmu 5. Ilmu boleh disampaikan dimana-dimana sahaja.
  • 6. 6 | A M A L Contoh-contoh Pendidikan Rasulullah; Baginda akan terus menegur suatu kesilapan yang dibuat sahabat tanpa perlu menunggu program rasmi. Teguran Baginda adalah dengan teguran kasih sayang tanpa dengan marah- marah dan tidak memalukan sahabat. Pendidikan secara langsung atau tidak langsung juga pernah dilakukan baginda ketika didalam satu situasi dengan seorang pemuda yang tidak hormat kepada orang tua. Samada dengan lisan atau dengan sikap. Baginda mahu melahirkan manusia berilmu yang mengamalkan ilmunya. Nabi SAW meletakkan golongan sasaran dalam pendidikan atau dakwa. Terdapat tiga golongan sasaran baginda Bil Nama Golongan Maksud Huraian 1 Golongan khawas (istimewa) Orang-orang yang menerima kebenaran hanya apabila ia disampaikan dengan hujah yang tepat, jelas dan benar. Golongan ini adalah golongan yang bijak pandai, cerdik dan berilmu. Rasulullah SAW akan menggunakan susun kata yang mengandungi hukum sahih dan dalil yang terang. 2 Golongan awam Tidak memerlukan hujah yang ilmiah kerana fikiran mereka tidak diragukan dengan persoalan Rasulullah mendekati golongan ini dengan memberi nasihat yang baik 3 Golongan degil Golongan yang rasa tidak senang dengan sesuatu Rasulullah akan berdialog tentang perkara yang mereka tidak senangi itu Terdapat beberapa teknik yang diguna pakai dalam Pendidikan Rasulullah: 1. Dengan menjawab soalan, apabila ada yang bertanya lalu Nabi SAW akan jawab. 2. Adakalanya Nabi SAW bertanya, dan Nabi SAW sendiri yang menjawab persoalan tadi. 3. Rasulullah membuat perbandingan. 4. Maklumat Nabi SAW selalunya tepat, ringkas dan padat serta tidak menjemukan.
  • 7. 7 | A M A L Mari kita lihat bagaimana cara untuk menangani masalah sosial dengan kaedah dan teknik di dalam Pendidikan Rasulullah SAW. 1. Pembentukan jiwa yang berhati zuhud terhadap dunia. - Gejala sosial yang semakin menular pada masa kini adalah berpunca daripada kelemahan iman. Asas ketuhanan perlu diperkukuh dan diperkemaskan dalam diri kerana itulah yang akan membentuk insan soleh yang berjiwa pejuang bukan berjiwa matawang. - Walau setinggi mana ilmu didada namun jika iman, islam dan akhlak lemah mana mungkin beliapada hari ini mampu bertahan daripada onak ujian didunia. - Dengan asas iman yang kukuh dapat mengawal diri daripada tertipu dengan dunia dan menjadikan dunia sebagai alat menuju syurga hakiki. 2. Masyarakat bertanggungjawab menunjukkan contoh yang baik. - Menurut kajian, sikap manusia adalah suka meniru perbuatan orang lain. Oleh itu, sebagai masyarakat yang kaya dengan adab sopan santun dan berbudi bahasa maka perlulah kita menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat agar menjadi pengaruh positif di dalam masyarakat. - Elakkan daripada budaya bersangka buruk dengan orang lain. Semaikan budaya nabi seperti pemaaf, berbuat baik, adil membantu kaum kerabat, meninggalkan perbuatan mungkar dan durhaka, sabar, lapang dada, tidak membalas kejahatan, menahan marah, berbaik sangka, tidak mengumpat dan lain-lain lagi.
  • 8. 8 | A M A L C. Persoalan ketiga : kesanPendidikan Rasulullah. Kita mengambil contoh daripada para sahabat, kerana merekalah golongan yang paling terdekat dan menerima didikan langsung daripada Baginda SAW. Terdapat dua kesan pendidikan nabi: 1. Hubungan dengan Allah SWT - Solat menjadi lebih baik - Bacaan Al-Quran menjadi bahan bacaan harian - Zikrullah - Puasa - Berjuang dan berjihad 2. Hubungan dengan manusia - Pendidikan - Ekonomi - Tugas kewanitaan - Kemudahan pemusafir
  • 9. 9 | A M A L KESIMPULAN Sebenarnya, pada pandangan peribadi saya, konsep Pendidikan Rasulullah bukanlah satu jalan lain untuk kita keluar daripada masalah kepincangan ummah tetapi sebenarnya landasan sebenar menuju penyatuan ummah. Tiada jalan lain selain daripada kita kembali kepada harta mahal yang ditinggalkan Baginda SAW iaitu Al-Quran dan Hadith yang terdapat banyak ilmu berkaitan dengan pendidikan. Sejarah membuktikan hasil Pendidikan Rasulullah kepada para sahabat dan umat yang hidup sezaman dengan Rasulullah telah menjadi kebanggaan kepada umat Islam. Para sahabat Nabi telah dibentuk jiwa mereka dengan kecintaan kepada Allah SWT. Apa sahaja yang mereka lakukan adalah semata-mata kerana Allah SWT. Mereka menjadikan hidup bekerja siang dan malam kerana Allah SWT. Pembentukan jiwa dan penguasaan material bergerak seiring dengan perkembangan ilmu. Itulah yang menjadi kekuatan umat islam terdahulu sehinggakan mereka boleh menguasai dua per tiga dunia kerana kekuatan iman dan taqwa yang terbentuk dalam diri. Namun kini, kita hanya menumpukan kearah material sahaja dan terus meninggalkan pembentukan jiwa islam iman yang kukuh dalam diri. Natijahnya, masalah sosial yang berleluasa amat sukar dibendung akibat kejahilan kita yang menurut pendidikan barat yang berjaya menghasilkan golongan bijak pandai namun pincang dari segi akhlak. Justeru itu, sebelum nasi menjadi bubur sebaiknya kita memulakan langkah pertama keluar daripada kejahilan kita dengan memperjuangkan sistem pendidikan yang berlandaskan Pendidikan Rasulullah. Apa yang telah Nabi SAW lakukan seharusnya diambil sebagai contoh ikutan dan diaplikasikan dalam Program Pendidikan Kebangsaan. Besarlah harapan agar sistem Pendidikan Negara dapat diadun mengikut acuan Pendidikan Rasulullah. Namun, realitinya ia bukan sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan. Mudahan Allah SWT memudahkan jalan bagi insan yang tegar berjuang yang memiliki sifat soleh dan taqwa, sentiasa kuat dan bersemangat dalam mempromosikan Pendidikan Rasulullah SAW.