SlideShare a Scribd company logo
1 
1.0 Pengenalan 
Manusia adalah makhluk yang sangat mulia dan makhluk yang pandai bermasyarakat 
disebabkan manusia ini mampu berfikir dan berbahasa yang mana ciri ini merupakan ciri 
utama yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain. Justeru itu, manusia 
sentiasa berfikir berkaitan dengan perkara-perkara yang ada di sekeliling mereka. 
Dengan adanya bahasa, manusia akan sentiasa berkomunikasi di antara satu sama lain 
bagi menyampaikan buah fikiran. Bahkan bahasa merupakan suatu alat berkomunikasi 
yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri, melalui bahasa manusia akan 
dapat melahirkan idea, perasaan dan berhubung di antara sesame mereka. Bahasa juga 
dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal, dengan 
keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan 
lebih berkesan lagi. 
Beberapa sarjana bahasa telah memberikan hujah masing-masing dalam 
mendifinisikan bahasa. Antaranya Sapir dalam buku tulisan John Lyons terjemahan 
Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi mendifinisikan bahasa sebagai “ bahasa adalah semata-mata 
suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan 
keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar”. Bloch dan Trager 
yang terkandung dalam Outline of Linguistic Analysis (1942 : 2) mendifinisikan bahasa 
sebagai “suatu sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial yang 
bekerjasama”. Memperolehi dan mempelajari bahasa pertama merupakan salah satu 
perkembangan menyeluruh kanak-kanak untuk menjadi anggota kepada sesebuah 
masyarakat. Hal ini kerana melalui bahasa khusus bahasa pertama, seorang kanak-kanak 
itu harus belajar untuk menjadi anggota masyarakat. Bahasa Pertama menjadi salah satu 
media untuk mengungkapkan perasaan, keinginan, dan pendirian dalam bentuk-bentuk 
bahasa yang dianggap ada. 
2.0 Pemerolehan Bahasa Pertama Kanak-Kanak 
Apa yang dikatakan dn engbahasa pertama yang diperolehi oleh kanak-kanak 
merupakan bahasa awal iaitu sebelum mereka mempelajari bahasa lain sebagai bahasa
kedua atau bahasa asing. Kanak-kanak merupakan anugerah Tuhan Yang Maha Esa. 
Kanak-kanak memperlihatkan kebolehan memperoleh bahasa ibundanya dengan cara 
yang luar biasa. Pemerolehan bahasa ini berlaku mengikut perkembangan yang tertentu, 
biasanya diperoleh secara tidak formal daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli 
masyarakat disekitarnya ( Krashen dan Terrel, 1983:18-19). Demikian juga halnya 
kanak-kanak melayu. Apabila bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat di 
sekitarnya ialah bahasa Melayu, maka tanpa disedari, kanak-kanak Melayu itu secara 
tidak langsung akan meniru bahasa tersebut. Oleh sebab kanak-kanak Melayu ini belum 
pernah belajar bahasa apapun, maka bahasa Melayulah bahasa yang pertama 
diperolehnya. Inilah yang dikatakan pemerolehan bahasa pertama oleh Mengantar 
Simanjuntak (1987: 15) 
Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. 
Lazimnya dengan pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa 
kanak-kanak, manakala pemerolehan bahasa kedua tertumpu kepada perkembangan 
bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan bahasa kanak-kanak 
pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan. Namun 
terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat 
dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa 
dan pembelajaran bahasa. 
Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah 
faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik tidak 
menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan 
persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang 
sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa 
oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa 
ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan 
persekitarannya. Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi 
dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan 
manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat 
2
umum inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi 
Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language 
Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh 
Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity for Language”. LAD dikatakan 
telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat nurani ini akan 
membolehkan anak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah dan 
cepat. 
Di samping itu, dengan pemerolahan bahasa pertama akan terjadi ketika kanak-kanak 
yang belum pernah belajar bahasa apa pun, mulai belajar bahasa untuk kali 
pertama. Jika kanak-kanak tersebut menguasai satu bahasa, dengan penguasaan kanak-kanak 
itu disebut ekabahasa. Jika kanak-kanak itu memperolehi dua bahasa melalui 
proses dua bahasa secara serentak, maka penguasaan kanak-kanak itu disebut 
dwibahasa. Manakala, jika yang diperoleh lebih daripada dua bahasa secara serentak, 
maka penguasaan kanak-kanak itu disebut sebagai ganda bahasa. Sistem fikiran yang 
terdapat pada seorang kanak-kanak dibangun sedikit demi sedikit apabila ada 
rangsangan dunia sekitarnya sebagai input (iaitu apa yang dilihat, didengar, dan disentuh 
yang menggambarkan benda, peristiwa dan keadaan sekitar yang mereka alami). Lama-kelamaan 
pemikirannya akan terbentuk dengan sempurna. Setelah itu sistem bahasanya 
akan menjadi lengkap dengan perbendaharaan kata dan tatabahasanya turut terbentuk. 
3.0 Teori-teori Pemerolehan Bahasa Pertama Kanak-kanak 
Teori-teori ini ternyata berpengaruh sangat kuat dalam dunia ilmu bahasa. 
Sebelum kita berbicara lebih jauh tentang teori pembelajaran bahasa, kita perlulah 
memahami dengan lebih mendalam pengertian teori. Menurut Mc lauglin dalam 
(Hadley: 43, 1993) Fungsi teori adalah untuk membantu kita memahami dan 
mengorganisasi data tentang pengalaman dan memberikan makna yang sesuai. Jadi 
bahawa setiap guru pasti sudah memiliki teori tentang pembelajaran bahasa, tetapi 
sebahagian besar guru tersebut tidak pernah mengungkapkan seperti yang diperkatakan 
dalam teori itu. 
3
Terdapat beberapa teori berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama dapat 
dilihat dari aspek psikologi dan linguistik. Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori 
yang mengkhusus kepada pemerolehan bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu 
Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis seperti berikut: - 
4 
3.1 Teori Behaviorisme 
Teori Behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa 
yang berlandaskan teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). 
Teori behaviorisme menyoroti aspek perilaku kebahasaan yang dapat diamati langsung 
dan hubungan antara rangsangan (stimulus) dan reaksi (response). Perilaku bahasa yang 
efektif adalah membuat reaksi yang tepat terhadap rangsangan. Reaksi ini akan menjadi 
suatu kebiasaan jika reaksi tersebut dibenarkan. Dengan demikian, anak belajar bahasa 
pertamanya. Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu 
bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan 
dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut 
perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu 
perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara 
ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk 
tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. 
Sebagai contoh, seorang anak mengucapkan bilangkali untuk barangkali. Sudah 
pasti si anak akan dikritik oleh ibunya atau siapa saja yang mendengar kata tersebut. 
Apabila suatu ketika si anak mengucapkan barangkali dengan tepat, dia tidak mendapat 
kritikan kerana pengucapannya adalah benar. Situasi seperti inilah yang dinamakan 
membuat reaksi yang tepat terhadap rangsangan dan merupakan hal yang pokok bagi 
pemerolehan bahasa pertama. 
Di dalam pemerolehan bahasa pertama amatlah penting di dalam pengajaran dan 
pembelajaran bahasa, sesuatu kemahiran lisan merupakan aspek yang paling penting 
daripada kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua 
terpenting. Oleh sebab itu, guru haruslah mengajar lisan terlebih dahulu dan memberi
penekanan kepada latihan lisan, kemudian diikuti dengan kemahiran menulis. Oleh 
sebab bahasa merupakan satu tabiat atau kebiasaan, guru perlu mengutamakan latih tubi. 
Maksudnya, guru perlu memberi latihan yang mencukupi untuk murid sehingga 
seseorang murid itu berjaya menguasai dan memahami sistem bahasa yang dipelajari. 
Selain itu, hukum tatabahasa tidak perlu dipelajari secara formal oleh murid-murid. 
Di samping itu, jika di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu 
bermula dengan pola yang mudah kemudian beralih kepada yang lebih sukar. Guru juga 
boleh bermula dari unit terkecil kepada unit yang lebih besar (binaan). Perkara ini boleh 
memudahkan murid-murid memahami tajuk yang dipelajari. 
Justeru itu,guru juga perlu lebih kreatif menyediakan bahan rangsangan bagi 
menarik minat murid-murid untuk mempelajari tajuk yang disampaikan. Pada masa yang 
sama, guru juga harus menyediakan ganjaran kepada tindakan atau jawapan yang tepat. 
Ganjaran yang diberi ini dapat membuat murid tersebut terus mengulangi perkara yang 
betul sehingga menjadikannya tindakan yang bersifat automatis. Oleh sebab, 
pembelajaran merupakan satu proses rangsangan dan tindak balas, guru perlu 
memainkan peranannya sebagai penggerak dan pengalak untuk menarik minat murid ke 
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Berikutnya, guru 
merupakan contoh atau model kepada murid-murid. Setiap perbuatan dan percakapan 
guru akan dicontohi dan menjadi ikutan murid. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan 
yang penting dalam menggunakan bahasa yang betul untuk dicontohi murid. 
5 
3.2 Teori Mentalis 
Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak 
dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Teori ini 
menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan 
mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari 
peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan 
operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan 
menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.
Berdasarkan teori ini, kanak-kanak akan mendengar bahasa di persekitaran 
mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk 
konsep dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam 
Chomsky, kanak-kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika mereka 
berumur lapan belas bulan. Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak sama 
dengan penguasaan rumus tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun 
penguasaan bahasa luaran bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman. 
Di dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya 
menguasai bahasa dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu 
mengajar bahasa secara deduktif. Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan 
berstruktur. Pada masa yang sama, mereka perlu menguasai rumus tatabahasa agar 
mereka dapat menggunakannya secara kreatif. Maksudnya di sini, murid dapat 
menghasilkan ayat-ayat baharu. 
Selain itu, guru digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika 
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini kerana mereka dapat membina konsep dan 
makna. Ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid perlu didedahkan 
dengan bahan-bahan sebenar (authentik) bukan bahan yang diada-adakan. Pengajaran 
dan pembelajaran bahasa juga mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan 
tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Dari aspek memberi latihan 
pula, guru perlulah memberi latihan-latihan yang membina kecekapan dengan 
menggunakan rumus bahasa secara kreatif. Selain itu, guru digalak menyedarkan 
kesilapan murid dan menggalakkan murid membaiki kesilapan yang dilakukan 
berdasarkan pengetahuan rumus yang telah dipelajarinya. 
Melalui teori ini, mempunyai banyak kelebihan seperti ia menekankan kepada 
proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar 
secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu 
proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar 
kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. Selaian itu ia menekankan 
kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu 
6
pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka 
sendiri dan ia menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran 
berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran 
dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai 
digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa. 
7 
3.3 Teori Kognitivisme 
Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget da Gestalt. Teori kognitif merupakan proses 
mental yang memainkan peranan penting untuk memperoleh bahasa, khususnya bahasa 
pertama (bahasa ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan khusus untuk 
mendengar, mentafsir bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Kanak-kanak juga 
memperoleh bahasa pertama dalam masa yang amat singkat iaitu 4 sehingga 5 tahun 
sahaja. 
Menurut teori ini, bahasa bukanlah suatu ciri semulajadi yang terpisah, 
melainkan salah satu di antara beberapa kemampuan yang berasal dari kematangan 
kognitif. Perkembangan bahasa hendaklah berlandaskan pada perubahan yang lebih 
mendasar dan lebih umum di dalam kognisi. Oleh itu, peringkat-peringkat 
perkembangan kognitif menentukan peringkat perkembangan bahasa (Chaer, 2003:223). 
Hal ini sangat berbeza dengan pendapat Chomsky yang menyatakan bahwa mekanisme 
umum dari perkembangan kognitif tidak dapat menjelaskan struktur bahasa yang 
kompleks, abstrak, dan khas. Begitu juga dengan lingkungan berbahasa. Bahasa harus 
diperoleh secara semulajadi 
Pembelajaran bahasa ialah proses mental (berfikir). Oleh sebab itu, kanak-kanak 
perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) dan bukanlah 
bergantung pada latihan giat semata-mata. Kesalahan yang dilakukan murid bukan 
kegagalan tetapi percubaan yang baik. Teori ini juga menyatakan kanak-kanak belajar 
berdasakan konsep cuba jaya. Maksudnya di sini, murid-murid akan diberi peluang 
untuk cuba menjawab soalan sehingga mereka berjaya melaksanakannya. Peranan guru 
dalam memberi latihan pula, guru tidak harus memberi latihan yang berbentuk kebiasaan
yang automatis tetapi memberi latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan 
rumus-rumus yang dibentuk. Menurut teori ini tulisan dan bacaan adalah diutamakan 
kerana sebagai peneguhan kepada lisan. Oleh sebab itu, guru perlu mengutamakan 
penulisan dan pembacaan. 
Teori kognitif memfokuskan kepada proses di sebalik tingkah laku yang 
ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada 
apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran 
sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif 
kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. 
Pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak memainkan peranan penting kepada 
pemerolehan dan pembelajaran bahasa kedua terutamanya kepada bahasa kedua iaitu 
bahasa arab. Pembelajaran bahasa kedua mesti dipelajari secara formal dan hanya 
berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu, dorongan (rangsangan) dan sikap 
positif adalah perlu. Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama 
kepada pelajar Melayu tidak banyak masalah. Sebaliknya, mengajar bahasa kedua 
kepada bukan penutur jati (orang Melayu misalnya) memerlukan lebih perhatian. Pelajar 
perlu melalui rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah 
8 
tertentu. 
Menghuraikan masalah pembelajaran bahasa kedua, Abdullah Hassan (1980) 
menjelaskan :“Mungkin salah satu masalah yang besar ialah bahasa Melayu yang diajar 
itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang 
digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek yang 
berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas.” 
Adalah jelas bahawa mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses 
mempelajari perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada 
bahasa ibunda sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan bahasa ibunda pelajar sering 
mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua mereka. Oleh itu, pengajaran bahasa 
kedua hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara bersistem. dan formal. Berikut
merupakan proses-proses dalam pengajaran pemerolehan bahasa kedua. Pembelajaran 
bahasa kedua ialah satu proses mekanis. Proses ini akan membentuk perlakuan dan 
tabiat baru menguasai kemahiran bahasa, iaitu melalui latihan-latihan dan peneguhan. 
Bentuk bahasa pertuturan dipelajari terlebih dahulu. Pengajaran bahasa kedua mesti 
didahulukan dengan kemahiran lisan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula 
daripada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan 
kemahiran menulis. Kanak-kanak diajar menyebut perkataan sebelum bentuk-bentuk 
tulisan. 
Pembelajaran secara membuat analogi. Pelajar cepat menerima dan memahami 
makna perkataan dengan cara melihat persamaan dan perkaitannya dengan objek yang 
dianalogikan. Analogi digunakan untuk menunjukkan persamaan ciri atau sifat. Cara ini 
akan mempermudah guru mengajar tanpa perlu menghabiskan masa panjang untuk 
menjelaskan konsep-konsepnya. Makna dipelajari dalam konteks. Makna haruslah 
dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu dalam konteks agama, adat, 
adab, dan sosio budaya teks atau rujukan teks. 
Belajar bahasa kedua, iaitu pengaruh pada urutan kata disebabkan dengan proses 
penterjemahan. Pengaruh pada morfem terikat, dan pengaruh bahasa pertama walaupun 
pengaruh isi sangat lemah (kecil). Berdasarkan hasil penelitian yang dikemukakan dalam 
Sofa (2008) bahawa bahasa pertama mempunyai pengaruh positif yang sangat besar 
terhadap bahasa kedua sebesar 4 – 12 % dari kesalahan-kesalahan dalam tatabahasa 
yang dibuat oleh anak-anak berasal dari bahasa pertama, sebesar 8 –23 % merupakan 
kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh orang dewasa. Kebanyakkan kesalahan-kesalahan 
tersebut lebih banyak dalam susunan kata daripada dalam morfologi. Bidang tersebut 
merupakan pengaruh yang paling kuat terhadap pengucapan di dalam bahasa pertama. 
Anak-anak memproses sistem bunyi baru melalui pola-pola fonologi bahasa pertama 
pada tahap-tahap awal pemerolehan bahasa kedua. Pengaruh bahasa pertama kian 
bertambah pada bahasa kedua jika pelajar diharapkan menghasilkan bahasa kedua 
sebelum dia mempunyai penguasaan yang cukup terhadap bahasa barunya. Dengan itu, 
9
pelajar akan lebih bergantung pada struktur-struktu bahasa pertama 
baik dalam kemampuan untuk berkomunikasi maupun penterjemahan. 
4.0 Perbezaan Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa 
Berikut adalah perbezaan terhadap pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa seperti 
dibawa : 
Pemerolehan Bahasa 
Pembelajaran Bahasa 
10 
1.Berfokus pada bentuk-bentuk bahasa 
1.Berfokus pada komunikasi penuh makna 
2.Keberhasilan didasarkan pada penguasaan bentuk-bentuk 
bahasa 
2. keberhasilan didasarkan pada penggunaan 
bahasa untuk melaksanakan sesuatu 
3.Pembelajaran ditekankan padat bentuk dan struktur 
Bahasa, aktivitas dibawah perintah guru 
3.Materi ditekan pada idea dan minat anak 
aktiviti berpusatkan pada anak 
4.Koreksi kesalahan sangat penting untuk 
mencapai tingkah penguasaan 
4.Kesalahan merupakakan hal yang wajar 
5. Belajar merupakan proses untuk menghafal 
kaedah, bentuk dan struktur. 
5.Pemerolehan merupakan proses bawah sedar 
dan terjadi melalui penterjemahan dan yang 
dapat difahami oleh kanak-kanak 
6. Penekanan pada kemampuan produksi mungkin 
dihasilkan dari minat kanak-kanak pada tahap awal 
lagi. 
6. penekanan pada kecekapan bahasa secara 
semulajadi 
Lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara 
semulajadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, bahasa akan dipelajari secara
berperingkat-peringkat, belajar secara tidak formal. Ini berbeza dengan pembelajaran 
bahasa kedua atau bahasa asing (status bahasa Arab adalah sebagai bahasa asing dalam 
sistem pendidikan di Malaysia); bahasa mestilah dipelajari secara formal dan hanya 
berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu, dorongan yang kuat dan sikap 
yang baik adalah perlu untuk belajar. Adalah jelas, mempelajari bahasa asing merupakan 
satu proses mempelajari perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan 
daripada bahasa ibunda sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan linguistik di 
kalangan pelajar sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa asing mereka. Oleh 
itu, pengajaran bahasa asing hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara semulajadi 
dan tidak terlalu formal. Penekanan sebaiknya dilakukan dalam konteks kebudayaan dan 
sosial yang hidup yang membolehkan bahasa tersebut sering didengar dan dituturkan. 
Begitu juga stimulasi harus sentiasa diberikan oleh guru supaya pelajar sentiasa dipandu 
arah dan berada di landasan yang betul serta menjadikan pembelajaran sebagai satu 
perjalanan yang menyeronokkan. 
5.0 Pemerhatian di dalam Pembelajaran Bahasa Kedua (Bahasa Arab) 
Stimulasi (dalam konteks kajian ini stimulasi ialah maklum balas) dan respon boleh 
diperhati dan diukur secara langsung, maka pembelajaran pelajar juga dapat diperhatikan 
dan diukur (Kazdin 1994). Sebagai contoh sebelum guru memberikan maklum balas, 
pelajar tidak atau kurang berinteraksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran 
berlaku. Tetapi setelah guru memberikan maklum balasnya secara positif, maka pelajar 
didapati menunjukkan perubahan pada tingkah laku mereka. Sepanjang permerhatian 
dijalankan, pelajar yang terlibat dalam pemerhatian ini menunjukkan penglibatan yang 
aktif dalam semua topik yang diajar oleh guru. Walau bagaimanapun seperti yang telah 
dinyatakan, respon yang diberi oleh pelajar kebanyakannya adalah dalam bentuk ayat-ayat 
mudah. Kadang-kadang respon dalam satu patah perkataan seperti " ."نعم", "لا 
Keadaan ini tampak berlaku dengan jelas apabila soalan yang ditanya merujuk kepada 
teks yang digunakan di mana pelajar hanya perlu merujuk kepadanya. Kadang kala 
pelajar memberi respon ringkasan setelah guru memberi prompt. Jawapan atau respon 
yang agak panjang diberikan oleh pelajar sekiranya guru meminta mereka memberikan 
11
pendapat. Strategi guru ialah beliau mengemukakan pendapatnya kemudian meminta 
pelajar memikirkan dan seterusnya meminta pelajar memberikan pendapat mereka. 
Respon yang diberi oleh pelajar menggambarkan pengetahuan mereka berkaitan dengan 
subjek yang sedang dibincangkan, iaitu " اللغوي المجاز " . Setiap pendapat pelajar adalah 
berkaitan dengan apa yang diperkatakan dalam perbincangan di bilik darjah. Respon 
pelajar tidak dibentuk atau dikawal oleh ujaran guru. Ia menunjukkan suatu sesi 
perbincangan yang tulen di dalam bilik darjah di mana guru mungkin tidak menjangka 
bentuk respon yang dikemukakan oleh pelajar walaupun respon tersebut memang 
diharaguruan oleh guru. Strategi tersebut sebenarnya tidaklah dirancang oleh guru. 
Perkara 108 ini didedahkan sendiri oleh guru semasa temu bual bersama pengkaji 
apabila ditanya tentang maklum balas yang digunakan oleh guru bertujuan mendapatkan 
respon lanjut daripada pelajarnya. 
Maklum balas guru diperhatikan mampu merangsang pelajar mengujarkan 
jawapan mereka dalam susuk linguistik bahasa yang dipelajari. Bentuk maklum balas 
seperti seperti pencungkilan, prompt dan klu dapat membantu pelajar menggunakan 
bahasa Arab sebagai alat untuk mereka mengemukakan respon. Output linguistik 
tersebut diujarkan dalam bentuk perkataan, frasa dan ayat. Maklum balas mempunyai 
fungsi dan cara pelaksanaan tersendiri (Dadley-Marling & Searle, 1991). 
Maklum balas guru antara lain berfungsi menggalakkan pelajar memberikan 
reaksi lisan yang lebih ekstensif. Keadaan ini memberikan pelajar peluang untuk 
menggunakan bahasa, dan pada masa yang sama pelajar mengalami proses penggunaan 
bahasa yang aktif semasa pembelajaran berlaku. Oleh itu, guru mesti menunjukkan 
minat yang mendalam terhadap reaksi yang diujarkan oleh pelajar. Seboleh mungkin 
guru mengelakkan daripada membetulkan kesilapan secara langsung. Pembetulan 
seharusnya dilakukan secara tidak langsung. Nampaknya maklum balas adalah antara 
faktor yang menentukan kejayaan proses penguasaan sesuatu bahasa asing yang 
dipelajari. Ini berlaku apabila pelajar-pelajar bersedia untuk berbincang dan 
mengeluarkan pendapat melalui medium bahasa lingustik setelah dimulakan oleh guru 
melalui maklum balasnya. 
12
13 
6.0 Cadangan 
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi di sekolah berkaitan dengan pembelajaran 
bahasa arab di sekolah. Saya telah meminta pandangan daripada guru yang terlibat 
dalam proses pembelajaran untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam penyelesaian 
masalah. Pandangan mereka turut diambil kira bagi menyatakan pendekatan pengajaran 
yang boleh digunakan, kaedah yang paling banyak boleh digunakan, kaedah yang 
terbaik yang pernah digunakan dan aktiviti P&P yang boleh digunakan seperti 
penggunaan papan putih secara aktif, memberikan nota kepada pelajar, memberikan 
terjemahan supaya pelajar mudah memahami. Serta memberi tugasan menghafal isi-isi 
penting kepada pelajar. 
Selain itu, cadangan guru bagi memberikan kerja berkumpulan dan pelajar 
diminta berbincang serta membuat pembentangan mendapat pandangan tertinggi 
daripada guru-guru. Cadangan guru bagi aktiviti pengajaran yang paling banyak boleh 
digunakan seperti perbanyakkan soal jawab di antara guru dan pelajar. serta para guru 
hendaklah memberikan penerangan secara mendalam. Bahkan guru hendklah 
menerapkan kebiasaan kepada murid untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Arab, 
serta menghafal perkataan, istilah bahasa Arab dengan maknanya dan isi-isi penting. 
7.0 Penutup 
Secara kesimpulannya boleh dikatakan bahawa interaksi di dalam bilik darjah yang 
terdiri daripada aktiviti inisiasi yang dalam kebanyakan situasi dimulakan oleh guru, 
respon pelajar terhadap inisiasi tersebut, maklum balas guru , dan reaksi pelajar terhadap 
maklum balas guru telah berlaku dalam bentuk seperti yang telah dibincangkan di atas. 
Ini kerana guru dan pelajar dalam kajian ini serta cara bagaimana pelajaran itu diolah 
oleh mereka (guru dan pelajar) terdapat ciri-ciri seperti yang dinyatakan oleh Ernst 
(1994). Pelajar belajar secara santai, tidak tertekan semasa pembelajaran kerana belajar 
dalam suasana tidak terlalu formal. Guru bijak mewujudkan suasana pembelajaran yang 
selesa.
14 
RUJUKAN 
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal untuk 
Guru. Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 
Asmah Haji Omar (1981). Bahasa dan Pendidikan Kanak-kanak” dalam Di sekitar 
Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997. Pengajian Melayu 2. Kuala 
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd 
Mohd Rosdi Ismail; Mat Taib Pa, (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 
di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 
Zamri Mahamod, 2008. Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa 
Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd

More Related Content

What's hot

sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
Siti Zaihasrah Anis
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Kakchik Aina
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanakSyaza Yasmin
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
amira nurfahmida
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
muhammad
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Kognitif
KognitifKognitif
Kognitif
Cik Nirah HaNna
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
Yunkz Dion
 
Hak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak KanakHak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak Kanak
Rosnaliza07
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)shida01
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Little Butterfly
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 

What's hot (20)

sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Pembentangan headstart
Pembentangan headstartPembentangan headstart
Pembentangan headstart
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Kognitif
KognitifKognitif
Kognitif
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 
teori kematangan
teori kematanganteori kematangan
teori kematangan
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Hak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak KanakHak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak Kanak
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 

Viewers also liked

Tutorial bahasa arab
Tutorial bahasa arabTutorial bahasa arab
Tutorial bahasa arab
Sarwo Edi
 
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)RAMLAH BINTI A. RANI
 
Masdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arabMasdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arab
NOOR SYAFIQAH BT AHAMADI PALAH
 
Kubaforstudent
KubaforstudentKubaforstudent
Kubaforstudent
iium
 
Kepentingan mempelajari bahasa_arab_dan_keunikannya
Kepentingan mempelajari bahasa_arab_dan_keunikannyaKepentingan mempelajari bahasa_arab_dan_keunikannya
Kepentingan mempelajari bahasa_arab_dan_keunikannya
iium
 
Mufrad jama'
Mufrad jama'Mufrad jama'
Mufrad jama'
iium
 
المضارع الجديد
المضارع الجديد المضارع الجديد
المضارع الجديد
iium
 
Amal
Amal Amal
Amal
iium
 
Rancangan pengajaran harian bahasa arab
Rancangan pengajaran harian bahasa arabRancangan pengajaran harian bahasa arab
Rancangan pengajaran harian bahasa arab
Mohd Fahmi
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuRama Danty
 
Kerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunKerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunSuhada Sohot
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Tabel Nahwu 1
Tabel Nahwu 1Tabel Nahwu 1
Tabel Nahwu 1
Sof Wan
 
SKRIPSI BAHASA ARAB
SKRIPSI BAHASA ARABSKRIPSI BAHASA ARAB
SKRIPSI BAHASA ARAB
Muhammad Idris
 
Tabel Nahwu 2
Tabel Nahwu 2Tabel Nahwu 2
Tabel Nahwu 2
Sof Wan
 
Pill bahasa inggeris (1)
Pill bahasa inggeris (1)Pill bahasa inggeris (1)
Pill bahasa inggeris (1)
Ahmad Bin Shariff Shariff
 
Bahasa arab-xii
Bahasa arab-xiiBahasa arab-xii
Bahasa arab-xii
Muhamad Choiri
 
Nahwu 1
Nahwu 1Nahwu 1
Nahwu 1
LutfyHikmah
 
Pelajaran Bahasa Arab Nahwu Shorof Buku 1
Pelajaran Bahasa Arab Nahwu Shorof Buku 1Pelajaran Bahasa Arab Nahwu Shorof Buku 1
Pelajaran Bahasa Arab Nahwu Shorof Buku 1
Tpa Nurulalim
 

Viewers also liked (20)

Tutorial bahasa arab
Tutorial bahasa arabTutorial bahasa arab
Tutorial bahasa arab
 
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
 
Masdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arabMasdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arab
 
Kubaforstudent
KubaforstudentKubaforstudent
Kubaforstudent
 
Kepentingan mempelajari bahasa_arab_dan_keunikannya
Kepentingan mempelajari bahasa_arab_dan_keunikannyaKepentingan mempelajari bahasa_arab_dan_keunikannya
Kepentingan mempelajari bahasa_arab_dan_keunikannya
 
Mufrad jama'
Mufrad jama'Mufrad jama'
Mufrad jama'
 
المضارع الجديد
المضارع الجديد المضارع الجديد
المضارع الجديد
 
Amal
Amal Amal
Amal
 
Rancangan pengajaran harian bahasa arab
Rancangan pengajaran harian bahasa arabRancangan pengajaran harian bahasa arab
Rancangan pengajaran harian bahasa arab
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
 
Nota tatabahasa
Nota tatabahasaNota tatabahasa
Nota tatabahasa
 
Kerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunKerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldun
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Tabel Nahwu 1
Tabel Nahwu 1Tabel Nahwu 1
Tabel Nahwu 1
 
SKRIPSI BAHASA ARAB
SKRIPSI BAHASA ARABSKRIPSI BAHASA ARAB
SKRIPSI BAHASA ARAB
 
Tabel Nahwu 2
Tabel Nahwu 2Tabel Nahwu 2
Tabel Nahwu 2
 
Pill bahasa inggeris (1)
Pill bahasa inggeris (1)Pill bahasa inggeris (1)
Pill bahasa inggeris (1)
 
Bahasa arab-xii
Bahasa arab-xiiBahasa arab-xii
Bahasa arab-xii
 
Nahwu 1
Nahwu 1Nahwu 1
Nahwu 1
 
Pelajaran Bahasa Arab Nahwu Shorof Buku 1
Pelajaran Bahasa Arab Nahwu Shorof Buku 1Pelajaran Bahasa Arab Nahwu Shorof Buku 1
Pelajaran Bahasa Arab Nahwu Shorof Buku 1
 

Similar to Bahasa arab

Sri ramelda
Sri rameldaSri ramelda
Sri rameldaMeil Da
 
Pemerolehan bahasa
Pemerolehan bahasaPemerolehan bahasa
Pemerolehan bahasa
kholid harras
 
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8Rizal Abdullah
 
PERKEMBANGAN BAHASA UNTUK KANAK-KANAK KINI
PERKEMBANGAN BAHASA UNTUK KANAK-KANAK KINIPERKEMBANGAN BAHASA UNTUK KANAK-KANAK KINI
PERKEMBANGAN BAHASA UNTUK KANAK-KANAK KINI
sayahuwaina
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
Vince Here
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
Niakhairani
 
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAKumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAShamimi Jamudin
 
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptx
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptxTEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptx
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptx
utinala
 
teori belajar bahasa.pptx
teori belajar bahasa.pptxteori belajar bahasa.pptx
teori belajar bahasa.pptx
alquranterjemahan21
 
teori belajar bahasa.pptx
teori belajar bahasa.pptxteori belajar bahasa.pptx
teori belajar bahasa.pptx
AndiMuhammadYahya
 
Psikologi group slide
Psikologi group slidePsikologi group slide
Psikologi group slideREDXX ROWAN92
 
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori Psikolinguistik
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori PsikolinguistikKelompok 1 Psikolinguistik - Teori Psikolinguistik
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori Psikolinguistik
Ricky Subagya
 
Teori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertamaTeori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertamaPhyne Phain
 
Kajian bahasa indonesia sd i
Kajian bahasa indonesia sd iKajian bahasa indonesia sd i
Kajian bahasa indonesia sd i
Syarif Rusydi
 
Ppt Linguistik development and intelektual development
Ppt Linguistik development and intelektual developmentPpt Linguistik development and intelektual development
Ppt Linguistik development and intelektual development
SagitaPutri14
 

Similar to Bahasa arab (20)

Tugas kelompok bahasa
Tugas kelompok bahasaTugas kelompok bahasa
Tugas kelompok bahasa
 
Sri ramelda
Sri rameldaSri ramelda
Sri ramelda
 
Pemerolehan bahasa
Pemerolehan bahasaPemerolehan bahasa
Pemerolehan bahasa
 
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
 
PERKEMBANGAN BAHASA UNTUK KANAK-KANAK KINI
PERKEMBANGAN BAHASA UNTUK KANAK-KANAK KINIPERKEMBANGAN BAHASA UNTUK KANAK-KANAK KINI
PERKEMBANGAN BAHASA UNTUK KANAK-KANAK KINI
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
Teori belajar bahasa
Teori belajar bahasaTeori belajar bahasa
Teori belajar bahasa
 
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAKumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
 
teori-behaviour
teori-behaviourteori-behaviour
teori-behaviour
 
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptx
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptxTEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptx
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptx
 
teori belajar bahasa.pptx
teori belajar bahasa.pptxteori belajar bahasa.pptx
teori belajar bahasa.pptx
 
teori belajar bahasa.pptx
teori belajar bahasa.pptxteori belajar bahasa.pptx
teori belajar bahasa.pptx
 
Psikologi group slide
Psikologi group slidePsikologi group slide
Psikologi group slide
 
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori Psikolinguistik
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori PsikolinguistikKelompok 1 Psikolinguistik - Teori Psikolinguistik
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori Psikolinguistik
 
Teori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertamaTeori pemerolehan bahasa pertama
Teori pemerolehan bahasa pertama
 
Penguasaan bhs
Penguasaan bhsPenguasaan bhs
Penguasaan bhs
 
Kajian bahasa indonesia sd i
Kajian bahasa indonesia sd iKajian bahasa indonesia sd i
Kajian bahasa indonesia sd i
 
Teori belajar bahasa
Teori belajar bahasaTeori belajar bahasa
Teori belajar bahasa
 
Ppt Linguistik development and intelektual development
Ppt Linguistik development and intelektual developmentPpt Linguistik development and intelektual development
Ppt Linguistik development and intelektual development
 

More from Cik BaCo

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cik BaCo
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kesCik BaCo
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosi
Cik BaCo
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusiaCik BaCo
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
Cik BaCo
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
Cik BaCo
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasa
Cik BaCo
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwidCik BaCo
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satuCik BaCo
 
ICT
ICTICT
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadualCik BaCo
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinanCik BaCo
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian bCik BaCo
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikelCik BaCo
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
KRB 301
KRB 301KRB 301
KRB 301
Cik BaCo
 

More from Cik BaCo (20)

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kes
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosi
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusia
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasa
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwid
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satu
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadual
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinan
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikel
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
KRB 301
KRB 301KRB 301
KRB 301
 

Bahasa arab

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Manusia adalah makhluk yang sangat mulia dan makhluk yang pandai bermasyarakat disebabkan manusia ini mampu berfikir dan berbahasa yang mana ciri ini merupakan ciri utama yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain. Justeru itu, manusia sentiasa berfikir berkaitan dengan perkara-perkara yang ada di sekeliling mereka. Dengan adanya bahasa, manusia akan sentiasa berkomunikasi di antara satu sama lain bagi menyampaikan buah fikiran. Bahkan bahasa merupakan suatu alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri, melalui bahasa manusia akan dapat melahirkan idea, perasaan dan berhubung di antara sesame mereka. Bahasa juga dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal, dengan keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi. Beberapa sarjana bahasa telah memberikan hujah masing-masing dalam mendifinisikan bahasa. Antaranya Sapir dalam buku tulisan John Lyons terjemahan Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi mendifinisikan bahasa sebagai “ bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar”. Bloch dan Trager yang terkandung dalam Outline of Linguistic Analysis (1942 : 2) mendifinisikan bahasa sebagai “suatu sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial yang bekerjasama”. Memperolehi dan mempelajari bahasa pertama merupakan salah satu perkembangan menyeluruh kanak-kanak untuk menjadi anggota kepada sesebuah masyarakat. Hal ini kerana melalui bahasa khusus bahasa pertama, seorang kanak-kanak itu harus belajar untuk menjadi anggota masyarakat. Bahasa Pertama menjadi salah satu media untuk mengungkapkan perasaan, keinginan, dan pendirian dalam bentuk-bentuk bahasa yang dianggap ada. 2.0 Pemerolehan Bahasa Pertama Kanak-Kanak Apa yang dikatakan dn engbahasa pertama yang diperolehi oleh kanak-kanak merupakan bahasa awal iaitu sebelum mereka mempelajari bahasa lain sebagai bahasa
  • 2. kedua atau bahasa asing. Kanak-kanak merupakan anugerah Tuhan Yang Maha Esa. Kanak-kanak memperlihatkan kebolehan memperoleh bahasa ibundanya dengan cara yang luar biasa. Pemerolehan bahasa ini berlaku mengikut perkembangan yang tertentu, biasanya diperoleh secara tidak formal daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat disekitarnya ( Krashen dan Terrel, 1983:18-19). Demikian juga halnya kanak-kanak melayu. Apabila bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat di sekitarnya ialah bahasa Melayu, maka tanpa disedari, kanak-kanak Melayu itu secara tidak langsung akan meniru bahasa tersebut. Oleh sebab kanak-kanak Melayu ini belum pernah belajar bahasa apapun, maka bahasa Melayulah bahasa yang pertama diperolehnya. Inilah yang dikatakan pemerolehan bahasa pertama oleh Mengantar Simanjuntak (1987: 15) Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya dengan pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak, manakala pemerolehan bahasa kedua tertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan. Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya. Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat 2
  • 3. umum inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity for Language”. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan anak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah dan cepat. Di samping itu, dengan pemerolahan bahasa pertama akan terjadi ketika kanak-kanak yang belum pernah belajar bahasa apa pun, mulai belajar bahasa untuk kali pertama. Jika kanak-kanak tersebut menguasai satu bahasa, dengan penguasaan kanak-kanak itu disebut ekabahasa. Jika kanak-kanak itu memperolehi dua bahasa melalui proses dua bahasa secara serentak, maka penguasaan kanak-kanak itu disebut dwibahasa. Manakala, jika yang diperoleh lebih daripada dua bahasa secara serentak, maka penguasaan kanak-kanak itu disebut sebagai ganda bahasa. Sistem fikiran yang terdapat pada seorang kanak-kanak dibangun sedikit demi sedikit apabila ada rangsangan dunia sekitarnya sebagai input (iaitu apa yang dilihat, didengar, dan disentuh yang menggambarkan benda, peristiwa dan keadaan sekitar yang mereka alami). Lama-kelamaan pemikirannya akan terbentuk dengan sempurna. Setelah itu sistem bahasanya akan menjadi lengkap dengan perbendaharaan kata dan tatabahasanya turut terbentuk. 3.0 Teori-teori Pemerolehan Bahasa Pertama Kanak-kanak Teori-teori ini ternyata berpengaruh sangat kuat dalam dunia ilmu bahasa. Sebelum kita berbicara lebih jauh tentang teori pembelajaran bahasa, kita perlulah memahami dengan lebih mendalam pengertian teori. Menurut Mc lauglin dalam (Hadley: 43, 1993) Fungsi teori adalah untuk membantu kita memahami dan mengorganisasi data tentang pengalaman dan memberikan makna yang sesuai. Jadi bahawa setiap guru pasti sudah memiliki teori tentang pembelajaran bahasa, tetapi sebahagian besar guru tersebut tidak pernah mengungkapkan seperti yang diperkatakan dalam teori itu. 3
  • 4. Terdapat beberapa teori berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama dapat dilihat dari aspek psikologi dan linguistik. Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada pemerolehan bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis seperti berikut: - 4 3.1 Teori Behaviorisme Teori Behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Teori behaviorisme menyoroti aspek perilaku kebahasaan yang dapat diamati langsung dan hubungan antara rangsangan (stimulus) dan reaksi (response). Perilaku bahasa yang efektif adalah membuat reaksi yang tepat terhadap rangsangan. Reaksi ini akan menjadi suatu kebiasaan jika reaksi tersebut dibenarkan. Dengan demikian, anak belajar bahasa pertamanya. Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. Sebagai contoh, seorang anak mengucapkan bilangkali untuk barangkali. Sudah pasti si anak akan dikritik oleh ibunya atau siapa saja yang mendengar kata tersebut. Apabila suatu ketika si anak mengucapkan barangkali dengan tepat, dia tidak mendapat kritikan kerana pengucapannya adalah benar. Situasi seperti inilah yang dinamakan membuat reaksi yang tepat terhadap rangsangan dan merupakan hal yang pokok bagi pemerolehan bahasa pertama. Di dalam pemerolehan bahasa pertama amatlah penting di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sesuatu kemahiran lisan merupakan aspek yang paling penting daripada kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua terpenting. Oleh sebab itu, guru haruslah mengajar lisan terlebih dahulu dan memberi
  • 5. penekanan kepada latihan lisan, kemudian diikuti dengan kemahiran menulis. Oleh sebab bahasa merupakan satu tabiat atau kebiasaan, guru perlu mengutamakan latih tubi. Maksudnya, guru perlu memberi latihan yang mencukupi untuk murid sehingga seseorang murid itu berjaya menguasai dan memahami sistem bahasa yang dipelajari. Selain itu, hukum tatabahasa tidak perlu dipelajari secara formal oleh murid-murid. Di samping itu, jika di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bermula dengan pola yang mudah kemudian beralih kepada yang lebih sukar. Guru juga boleh bermula dari unit terkecil kepada unit yang lebih besar (binaan). Perkara ini boleh memudahkan murid-murid memahami tajuk yang dipelajari. Justeru itu,guru juga perlu lebih kreatif menyediakan bahan rangsangan bagi menarik minat murid-murid untuk mempelajari tajuk yang disampaikan. Pada masa yang sama, guru juga harus menyediakan ganjaran kepada tindakan atau jawapan yang tepat. Ganjaran yang diberi ini dapat membuat murid tersebut terus mengulangi perkara yang betul sehingga menjadikannya tindakan yang bersifat automatis. Oleh sebab, pembelajaran merupakan satu proses rangsangan dan tindak balas, guru perlu memainkan peranannya sebagai penggerak dan pengalak untuk menarik minat murid ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Berikutnya, guru merupakan contoh atau model kepada murid-murid. Setiap perbuatan dan percakapan guru akan dicontohi dan menjadi ikutan murid. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan yang penting dalam menggunakan bahasa yang betul untuk dicontohi murid. 5 3.2 Teori Mentalis Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.
  • 6. Berdasarkan teori ini, kanak-kanak akan mendengar bahasa di persekitaran mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk konsep dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika mereka berumur lapan belas bulan. Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak sama dengan penguasaan rumus tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun penguasaan bahasa luaran bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara deduktif. Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur. Pada masa yang sama, mereka perlu menguasai rumus tatabahasa agar mereka dapat menggunakannya secara kreatif. Maksudnya di sini, murid dapat menghasilkan ayat-ayat baharu. Selain itu, guru digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini kerana mereka dapat membina konsep dan makna. Ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan sebenar (authentik) bukan bahan yang diada-adakan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa juga mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Dari aspek memberi latihan pula, guru perlulah memberi latihan-latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus bahasa secara kreatif. Selain itu, guru digalak menyedarkan kesilapan murid dan menggalakkan murid membaiki kesilapan yang dilakukan berdasarkan pengetahuan rumus yang telah dipelajarinya. Melalui teori ini, mempunyai banyak kelebihan seperti ia menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. Selaian itu ia menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu 6
  • 7. pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri dan ia menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa. 7 3.3 Teori Kognitivisme Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget da Gestalt. Teori kognitif merupakan proses mental yang memainkan peranan penting untuk memperoleh bahasa, khususnya bahasa pertama (bahasa ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan khusus untuk mendengar, mentafsir bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Kanak-kanak juga memperoleh bahasa pertama dalam masa yang amat singkat iaitu 4 sehingga 5 tahun sahaja. Menurut teori ini, bahasa bukanlah suatu ciri semulajadi yang terpisah, melainkan salah satu di antara beberapa kemampuan yang berasal dari kematangan kognitif. Perkembangan bahasa hendaklah berlandaskan pada perubahan yang lebih mendasar dan lebih umum di dalam kognisi. Oleh itu, peringkat-peringkat perkembangan kognitif menentukan peringkat perkembangan bahasa (Chaer, 2003:223). Hal ini sangat berbeza dengan pendapat Chomsky yang menyatakan bahwa mekanisme umum dari perkembangan kognitif tidak dapat menjelaskan struktur bahasa yang kompleks, abstrak, dan khas. Begitu juga dengan lingkungan berbahasa. Bahasa harus diperoleh secara semulajadi Pembelajaran bahasa ialah proses mental (berfikir). Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) dan bukanlah bergantung pada latihan giat semata-mata. Kesalahan yang dilakukan murid bukan kegagalan tetapi percubaan yang baik. Teori ini juga menyatakan kanak-kanak belajar berdasakan konsep cuba jaya. Maksudnya di sini, murid-murid akan diberi peluang untuk cuba menjawab soalan sehingga mereka berjaya melaksanakannya. Peranan guru dalam memberi latihan pula, guru tidak harus memberi latihan yang berbentuk kebiasaan
  • 8. yang automatis tetapi memberi latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus-rumus yang dibentuk. Menurut teori ini tulisan dan bacaan adalah diutamakan kerana sebagai peneguhan kepada lisan. Oleh sebab itu, guru perlu mengutamakan penulisan dan pembacaan. Teori kognitif memfokuskan kepada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak memainkan peranan penting kepada pemerolehan dan pembelajaran bahasa kedua terutamanya kepada bahasa kedua iaitu bahasa arab. Pembelajaran bahasa kedua mesti dipelajari secara formal dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu, dorongan (rangsangan) dan sikap positif adalah perlu. Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada pelajar Melayu tidak banyak masalah. Sebaliknya, mengajar bahasa kedua kepada bukan penutur jati (orang Melayu misalnya) memerlukan lebih perhatian. Pelajar perlu melalui rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah 8 tertentu. Menghuraikan masalah pembelajaran bahasa kedua, Abdullah Hassan (1980) menjelaskan :“Mungkin salah satu masalah yang besar ialah bahasa Melayu yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas.” Adalah jelas bahawa mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses mempelajari perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibunda sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan bahasa ibunda pelajar sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua mereka. Oleh itu, pengajaran bahasa kedua hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara bersistem. dan formal. Berikut
  • 9. merupakan proses-proses dalam pengajaran pemerolehan bahasa kedua. Pembelajaran bahasa kedua ialah satu proses mekanis. Proses ini akan membentuk perlakuan dan tabiat baru menguasai kemahiran bahasa, iaitu melalui latihan-latihan dan peneguhan. Bentuk bahasa pertuturan dipelajari terlebih dahulu. Pengajaran bahasa kedua mesti didahulukan dengan kemahiran lisan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula daripada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kanak-kanak diajar menyebut perkataan sebelum bentuk-bentuk tulisan. Pembelajaran secara membuat analogi. Pelajar cepat menerima dan memahami makna perkataan dengan cara melihat persamaan dan perkaitannya dengan objek yang dianalogikan. Analogi digunakan untuk menunjukkan persamaan ciri atau sifat. Cara ini akan mempermudah guru mengajar tanpa perlu menghabiskan masa panjang untuk menjelaskan konsep-konsepnya. Makna dipelajari dalam konteks. Makna haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu dalam konteks agama, adat, adab, dan sosio budaya teks atau rujukan teks. Belajar bahasa kedua, iaitu pengaruh pada urutan kata disebabkan dengan proses penterjemahan. Pengaruh pada morfem terikat, dan pengaruh bahasa pertama walaupun pengaruh isi sangat lemah (kecil). Berdasarkan hasil penelitian yang dikemukakan dalam Sofa (2008) bahawa bahasa pertama mempunyai pengaruh positif yang sangat besar terhadap bahasa kedua sebesar 4 – 12 % dari kesalahan-kesalahan dalam tatabahasa yang dibuat oleh anak-anak berasal dari bahasa pertama, sebesar 8 –23 % merupakan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh orang dewasa. Kebanyakkan kesalahan-kesalahan tersebut lebih banyak dalam susunan kata daripada dalam morfologi. Bidang tersebut merupakan pengaruh yang paling kuat terhadap pengucapan di dalam bahasa pertama. Anak-anak memproses sistem bunyi baru melalui pola-pola fonologi bahasa pertama pada tahap-tahap awal pemerolehan bahasa kedua. Pengaruh bahasa pertama kian bertambah pada bahasa kedua jika pelajar diharapkan menghasilkan bahasa kedua sebelum dia mempunyai penguasaan yang cukup terhadap bahasa barunya. Dengan itu, 9
  • 10. pelajar akan lebih bergantung pada struktur-struktu bahasa pertama baik dalam kemampuan untuk berkomunikasi maupun penterjemahan. 4.0 Perbezaan Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa Berikut adalah perbezaan terhadap pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa seperti dibawa : Pemerolehan Bahasa Pembelajaran Bahasa 10 1.Berfokus pada bentuk-bentuk bahasa 1.Berfokus pada komunikasi penuh makna 2.Keberhasilan didasarkan pada penguasaan bentuk-bentuk bahasa 2. keberhasilan didasarkan pada penggunaan bahasa untuk melaksanakan sesuatu 3.Pembelajaran ditekankan padat bentuk dan struktur Bahasa, aktivitas dibawah perintah guru 3.Materi ditekan pada idea dan minat anak aktiviti berpusatkan pada anak 4.Koreksi kesalahan sangat penting untuk mencapai tingkah penguasaan 4.Kesalahan merupakakan hal yang wajar 5. Belajar merupakan proses untuk menghafal kaedah, bentuk dan struktur. 5.Pemerolehan merupakan proses bawah sedar dan terjadi melalui penterjemahan dan yang dapat difahami oleh kanak-kanak 6. Penekanan pada kemampuan produksi mungkin dihasilkan dari minat kanak-kanak pada tahap awal lagi. 6. penekanan pada kecekapan bahasa secara semulajadi Lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara semulajadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, bahasa akan dipelajari secara
  • 11. berperingkat-peringkat, belajar secara tidak formal. Ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing (status bahasa Arab adalah sebagai bahasa asing dalam sistem pendidikan di Malaysia); bahasa mestilah dipelajari secara formal dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu, dorongan yang kuat dan sikap yang baik adalah perlu untuk belajar. Adalah jelas, mempelajari bahasa asing merupakan satu proses mempelajari perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibunda sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan linguistik di kalangan pelajar sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa asing mereka. Oleh itu, pengajaran bahasa asing hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara semulajadi dan tidak terlalu formal. Penekanan sebaiknya dilakukan dalam konteks kebudayaan dan sosial yang hidup yang membolehkan bahasa tersebut sering didengar dan dituturkan. Begitu juga stimulasi harus sentiasa diberikan oleh guru supaya pelajar sentiasa dipandu arah dan berada di landasan yang betul serta menjadikan pembelajaran sebagai satu perjalanan yang menyeronokkan. 5.0 Pemerhatian di dalam Pembelajaran Bahasa Kedua (Bahasa Arab) Stimulasi (dalam konteks kajian ini stimulasi ialah maklum balas) dan respon boleh diperhati dan diukur secara langsung, maka pembelajaran pelajar juga dapat diperhatikan dan diukur (Kazdin 1994). Sebagai contoh sebelum guru memberikan maklum balas, pelajar tidak atau kurang berinteraksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tetapi setelah guru memberikan maklum balasnya secara positif, maka pelajar didapati menunjukkan perubahan pada tingkah laku mereka. Sepanjang permerhatian dijalankan, pelajar yang terlibat dalam pemerhatian ini menunjukkan penglibatan yang aktif dalam semua topik yang diajar oleh guru. Walau bagaimanapun seperti yang telah dinyatakan, respon yang diberi oleh pelajar kebanyakannya adalah dalam bentuk ayat-ayat mudah. Kadang-kadang respon dalam satu patah perkataan seperti " ."نعم", "لا Keadaan ini tampak berlaku dengan jelas apabila soalan yang ditanya merujuk kepada teks yang digunakan di mana pelajar hanya perlu merujuk kepadanya. Kadang kala pelajar memberi respon ringkasan setelah guru memberi prompt. Jawapan atau respon yang agak panjang diberikan oleh pelajar sekiranya guru meminta mereka memberikan 11
  • 12. pendapat. Strategi guru ialah beliau mengemukakan pendapatnya kemudian meminta pelajar memikirkan dan seterusnya meminta pelajar memberikan pendapat mereka. Respon yang diberi oleh pelajar menggambarkan pengetahuan mereka berkaitan dengan subjek yang sedang dibincangkan, iaitu " اللغوي المجاز " . Setiap pendapat pelajar adalah berkaitan dengan apa yang diperkatakan dalam perbincangan di bilik darjah. Respon pelajar tidak dibentuk atau dikawal oleh ujaran guru. Ia menunjukkan suatu sesi perbincangan yang tulen di dalam bilik darjah di mana guru mungkin tidak menjangka bentuk respon yang dikemukakan oleh pelajar walaupun respon tersebut memang diharaguruan oleh guru. Strategi tersebut sebenarnya tidaklah dirancang oleh guru. Perkara 108 ini didedahkan sendiri oleh guru semasa temu bual bersama pengkaji apabila ditanya tentang maklum balas yang digunakan oleh guru bertujuan mendapatkan respon lanjut daripada pelajarnya. Maklum balas guru diperhatikan mampu merangsang pelajar mengujarkan jawapan mereka dalam susuk linguistik bahasa yang dipelajari. Bentuk maklum balas seperti seperti pencungkilan, prompt dan klu dapat membantu pelajar menggunakan bahasa Arab sebagai alat untuk mereka mengemukakan respon. Output linguistik tersebut diujarkan dalam bentuk perkataan, frasa dan ayat. Maklum balas mempunyai fungsi dan cara pelaksanaan tersendiri (Dadley-Marling & Searle, 1991). Maklum balas guru antara lain berfungsi menggalakkan pelajar memberikan reaksi lisan yang lebih ekstensif. Keadaan ini memberikan pelajar peluang untuk menggunakan bahasa, dan pada masa yang sama pelajar mengalami proses penggunaan bahasa yang aktif semasa pembelajaran berlaku. Oleh itu, guru mesti menunjukkan minat yang mendalam terhadap reaksi yang diujarkan oleh pelajar. Seboleh mungkin guru mengelakkan daripada membetulkan kesilapan secara langsung. Pembetulan seharusnya dilakukan secara tidak langsung. Nampaknya maklum balas adalah antara faktor yang menentukan kejayaan proses penguasaan sesuatu bahasa asing yang dipelajari. Ini berlaku apabila pelajar-pelajar bersedia untuk berbincang dan mengeluarkan pendapat melalui medium bahasa lingustik setelah dimulakan oleh guru melalui maklum balasnya. 12
  • 13. 13 6.0 Cadangan Bagi mengatasi masalah yang dihadapi di sekolah berkaitan dengan pembelajaran bahasa arab di sekolah. Saya telah meminta pandangan daripada guru yang terlibat dalam proses pembelajaran untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam penyelesaian masalah. Pandangan mereka turut diambil kira bagi menyatakan pendekatan pengajaran yang boleh digunakan, kaedah yang paling banyak boleh digunakan, kaedah yang terbaik yang pernah digunakan dan aktiviti P&P yang boleh digunakan seperti penggunaan papan putih secara aktif, memberikan nota kepada pelajar, memberikan terjemahan supaya pelajar mudah memahami. Serta memberi tugasan menghafal isi-isi penting kepada pelajar. Selain itu, cadangan guru bagi memberikan kerja berkumpulan dan pelajar diminta berbincang serta membuat pembentangan mendapat pandangan tertinggi daripada guru-guru. Cadangan guru bagi aktiviti pengajaran yang paling banyak boleh digunakan seperti perbanyakkan soal jawab di antara guru dan pelajar. serta para guru hendaklah memberikan penerangan secara mendalam. Bahkan guru hendklah menerapkan kebiasaan kepada murid untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Arab, serta menghafal perkataan, istilah bahasa Arab dengan maknanya dan isi-isi penting. 7.0 Penutup Secara kesimpulannya boleh dikatakan bahawa interaksi di dalam bilik darjah yang terdiri daripada aktiviti inisiasi yang dalam kebanyakan situasi dimulakan oleh guru, respon pelajar terhadap inisiasi tersebut, maklum balas guru , dan reaksi pelajar terhadap maklum balas guru telah berlaku dalam bentuk seperti yang telah dibincangkan di atas. Ini kerana guru dan pelajar dalam kajian ini serta cara bagaimana pelajaran itu diolah oleh mereka (guru dan pelajar) terdapat ciri-ciri seperti yang dinyatakan oleh Ernst (1994). Pelajar belajar secara santai, tidak tertekan semasa pembelajaran kerana belajar dalam suasana tidak terlalu formal. Guru bijak mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa.
  • 14. 14 RUJUKAN Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal untuk Guru. Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar (1981). Bahasa dan Pendidikan Kanak-kanak” dalam Di sekitar Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997. Pengajian Melayu 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Mohd Rosdi Ismail; Mat Taib Pa, (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Zamri Mahamod, 2008. Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd