Dokumen tersebut membahasikan konsep stratifikasi sosial, yang merupakan pembahagian masyarakat ke dalam lapisan-lapisan sosial berdasarkan status. Ia menjelaskan definisi stratifikasi sosial menurut beberapa ahli sosiologi, jenis-jenis stratifikasi sosial tradisional dan moden, serta contoh stratifikasi sosial masyarakat Melayu moden.
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
1. KPS 4043
SEKOLAH DAN MASYARAKAT
UNIT 6 : STRATIFIKASI SOSIAL
NAMA PELAJAR NO.MATRIK
MASLINDA BINTI ABDUL HAMID L20221012707
PENSYARAH : PROF DR AMIR HASAN DAWI
2. DEFINISI STRATIFIKASI SOSIAL
• Maksud stratifikasi berasal dari perkataan latin iaitu stratum atau strata yang membawa erti lapisan. Menurut
Max Weber, stratifikasi sosial adalah golongan masyarakat yang termaktub dalam suatu sistem sosial tertentu
ke dalam sesebuah lapisan hierarki menurut dimensi kekuasaan, hak istimewa dan prestij.
• Stratifikasi sosial adalah fahaman tentang kewujudan ketidaksamaan sosial dalam kehidupan.
• Sekelompok anggota masyarakat ke dalam lapisan-lapisan sosial secara berperingkat.
• Stratifikasi sosial merupakan suatu konsep dalam sosiologi yang melihat bagaimana anggota masyarakat
dibezakan berdasarkan status yang dimilikinya.
• Stratifikasi selalunya berbentuk hierarki atau ranking yang melibatkan kumpulan atau secara individu.
• Oleh yang demikian, penempatan posisi melibatkan pembahagian diantara kelompok atasan dan kelompok
bawahan.
3. PANDANGAN LAIN MAKSUD
STRATIFIKASI SOSIAL
• KARL MARX – Karl Marx menjelaskan stratifikasi mempunyai hubung kait dengan ekonomi
dan ianya terbahagi kepada dua iaitu golongan berkuasa dan golongan tidak berkuasa. Golongan
berkuasa-tuan tanah/pelabur modal yang memainkan peranan penting dalam pengawalan
pengeluaran.
• Golongan tidak berkuasa tidak dapat memainkan peranan dalam pengawalan mahupun
pengeluaran.
• DAVID & MORE – menghubungkan antara stratifikasi sosial dengan jawatan yang lebih
cenderung kepada unsur kuasa dalam ilmu sosiologi.
• Kedudukan akan sentiasa wujud dalam kehidupan sosial.
• ERGON ERNEST – Sistem yang mengukur dan menentukan kedudukan dalam lapisan
masyarakat yang membentuk ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat.
4. JENIS STRATIFIKASI SOSIAL
• SISTEM PERHAMBAAN – hamba dijadikan sebagai alat sehingga dianggap
seperti binatang untuk bekerja atau sebagai perkakas tuannya sahaja. Tetapi sistem
ini dihapuskan kerana dianggap kejam.
• SISTEM KASTA – sistem kasta berasal dari India dan masih lagi kuat
mempengaruhi kaum di India. Sistem ini menjadikan taraf kasta seseorang itu
berbeza beza sejak dilahirkan.
• SISTEM KELAS DAN STATUS SOSIAL – golongan yang berkaitan dengan
sosioekonomi seseorang. Diukur melalui pendapatan, Pendidikan, kekayaan dan
keturunan.
• SISTEM ESTET – Golongan yang mempunyai tanah adalah bebas manakala yang
tidak mempunyai tanah berada dibawah kuasa tuan tanah.
7. STRATIFIKASI SOSIAL MODEN
• Stratifikasi sosial selepas penjajahan tidak mengalami perubahan yang besar.
• Zaman moden bermula sejak British menjajah hinggalah negara mencapai
kemerdekaan.
• Tiada perbezaan yang ketara antara stratifikasi tradisional dan moden.
• Perubahan dari segi tugas dan kedudukan pentadbiran.
8. STRATIFIKASI SOSIAL MASYARAKAT
MELAYU MODEN
• KELAS ATASAN – Sultan, Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Setiausaha, Ahli
Profesional.
• KELAS PERTENGAHAN – Ahli professional, pengurus syarikat, tuan tanah,
Polis, Guru, Jururawat, Pekerja kolar putih.
• KELAS PEKERJA – Pekerja binaan, Pemandu Lori, Mekanik, Pekerja Mahir.
• KELAS BAWAHAN – Miskin, Daif, Tidak bekerja.