2. Stratifikasi sosial : pengkelasan masyarakat kepada kelas sosial dan kelas kasta.
Perbezaan kedua-duanya ialah kelas sosial lebih bersifat terbuka dan memberi ruang
kepada komunitinya untuk memilih dan membuat perubahan.
Kelas kasta lebih ketat dan tidak boleh diubah.
Maksud Stratifikasi sosial juga adalah : susun lapis hierarki struktur masyarakat yang menunjukkan
perbezaan antara individu-individu, kumpulan-kumpulan yang secara
umumnya berlaku dalam semua masyarakat.
Peluang dan keistimewaan tertentu diperolehi tiap-tiap orang
mahupun kumpulan dalam lapisan sosial berbanding pada yang
berada di lapisan lain tidak boleh diubah.
STRATIFIKASI SOSIAL
4. STRATIFIKASI TRADISIONAL DAN MODEN
STRATIFIKASI TRADISIONAL
- Masyarakat Melayu Tradisional
Zaman tradisi: keadaan sebelum berlaku penjajahan iaitu
semasa zaman British.
Mayarakat mengamalkan sesuatu
kebiasaan secara turun temurun.
Masyarakat tidak terpengaruh dengan
perubahan sekeliling.
Perubahan diterima dengan penyesuaian
keadaan setempat.
STRATIFIKASI MODEN
-Masyarakat Moden
Zaman moden : bermula zaman British menjajah hingga negara merdeka
Tiada perbezaan ketara antara stratifikasi tradisi dan moden.
Stratifikasi selepas penjajahan tidak mengalami perubahan besar.
Perubahan dari segi tugas dan kedudukan pentadbiran :
Wujud kelas sosial baru : pegawai inggeris sebagai penasihat sultan
(kecuali bidang agama dan adat melayu)
Pentadbiran berbentuk birokratik dan banyak jawatan baru diperkenalkan
Melahirkan golongan pertengahan melayu selepas merdeka