3. JENIS-JENIS LUKA
Kecederaan kepada tisu di bawah kulit di
mana kesinambungan kulit tidak
terganggu dan luka tidak dapat dilihat
dari luar. Darah juga tidak keluar ke
permukaan kulit.
1. Luka Tertutup
4. Contoh Luka Tertutup
a. Kontuse
Akibat daripada terkena pukulan kuat.
Pendarahan berlaku di bawah kulit.
6. LUKA TERBUKA
Kecederaan kepada tisu kulit di mana
kesinambungan kulit terganggu. Luka
dapat dilihat dari luar dan terdapat
pendarahan yang keluar ke kulit.
7. Contoh Luka Terbuka
a. Luka Terhiris
Disebabkan oleh alat tajam. Luka senang
ditautkan kembali dan senang dirawat.
Walau bagaimanapun oleh sebab saluran
darah di tepi luka telah terpotong mungkin
berlaku pendarahan yang banyak.
9. b. Luka Tembakan
Luka akibat daripada terkena peluru tembakan
senjata adalah kecil di tempat tembusan tetapi
lukanya meluas di ruang keluar. Peluru yang
tidak keluar daripada badan, mengakibatkan
kecederaan dalam yang teruk.
11. c. Luka Tikaman
Luka tikaman mempunyai liang yang kecil
tetapi dalam, seperti terkena paku, tercucuk
jarum atau terkena tikaman. Oleh kerana
lukanya dalam, kekotoran, kuman mudah
meresap jauh ke dalam tubuh dan risiko
jangkitan adalah terlalu tinggi.
13. d. Luka Terkoyak
Tisu yang koyak seperti terkena kawat atau
alat jentera yang mengakibatkan kerosakan
tisu yang teruk, walau bagaimanapun darah
yang keluar mungkin berkurangan daripada
luka terhiris.
15. Luka Tercalar (calar balar)
Luka akibat daripada terkena / bergesir
gengan benda tajam atau permukaan yang
keras. Luka dapat dilihat dari luar dan
terdapat pendarahan yang keluar ke kulit.
Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit
dengan banyak.
17. BANTUAN KECEMASAN
LUKA TERTUTUP
• Berikan tuaman sejuk untuk
menghentikan pendarahan yang
berlaku di bawah kulit.
• Luka tertutup yang serius ialah yang
menyebabkan berlakunya pendarahan
dalam seperti di otak, paru-paru, perut
dan lain-lain lagi.
19. BANTUAN KECEMASAN
LUKA TERBUKA
Untuk luka yang tidak banyak pendarahan,
lakukan teknik 2C iaitu:-
CLEAN (BERSIHKAN)
Bersihkan luka dari sebarang kekotoran.
COVER (TUTUP)
Tutup luka dengan gauze atau kain yang
bersih.
27. PENDARAHAN
Darah terkeluar daripada sistem peredaranya
atau tercederanya sistem edaran darah.
Pendarahan boleh berlakui tiga cara:-
Pendarahan Arteri
Pendarahan Vena
Pendarahan Kapilari
32. 1. Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna merah cerah/ terang
kerana mengandungi oksigen dan keluar
memancut mengikut denyutan jantung.
P. Nadi (Arteri)
33. 2. Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah tua kerana
kurang mengandungi oksigen dan mengalir
keluar perlahan-lahan.
P. Balik (Vena)
36. Pendarahan Dalaman (Internal)
Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti
melalui tanda-tanda atau keadaan berikut:-
Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit.
Kulit pucat dan berpeluh sejuk/melekit.
Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku.
Denyutan nadi cepat tetapi lemah.
Darah mungkin keluar dari rongga yang
terbuka.
Muntah darah atau najis bercampur darah.
Ada tanda-tanda renjatan.