SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
1. 40 SOALAN ~ 50 MINIT
2. Meliputi dua aspek utama:
a) Pemahaman Teks ~ 10 SOALAN
b) Tatabahasa ~ 30 SOALAN
3. Soalan berkehendakkan JAWABAN YANG PALING SESUAI.
4. a) SOALAN PEMAHAMAN TEKS:
i) 10 soalan ~ 2 Soalan KEMAHIRAN BERFIKIR.
ii) 2 PETIKAN YANG BERBEZA.
iii) 1 petikan ~ 5 SOALAN.
iv) Terbahagi kepada 3 bahagian:
(a) Soalan TERSURAT / TERSIRAT,
(b) Soalan KOSA KATA, dan
v) Mengetengahkan 2 SOALAN BONUS, iaitu Soalan 31 dan Soalan 36.
Jawaban untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat pada awal petikan.
b) SOALAN TATABAHASA:
i) 30 soalan ~ 18 Soalan KEMAHIRAN BERFIKIR.
ii) Lebih kurang 20 Soalan Aneka Pilihan (A, B, C, D) dan kira-kira 10 Soalan
Melengkapkan Pelbagai Gabungan (I, II, III, IV).
iii) Merangkumi aspek:
a) Jenis kata ~ 2 hingga 4 soalan
b) Peribahasa ~ 2 soalan
c) Penjodoh Bilangan ~ 2 soalan
d) Pengimbuhan ~ 2 atau 3 soalan
e) Pembinaan Soalan / Jawaban ~ 2 soalan
f) Polisemi ~ 2 soalan
g) Antonim / Sinonim ~ 2 soalan
h) Analisis Ayat ~ 2 / 3 soalan
i) Ayat Sama Maksud ~ 2 soalan
j) Tanda Baca ~ 2 soalan
k) Penanda Wacana ~ 2 soalan
l) Kata Ganda ~ 2 soalan
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
1
SOALAN TATABAHASA POPULAR
(Soalan 21 hingga Soalan 30)
Tatacara Menjawab (Teknik EKSPRES)
A) Ayat Sama Maksud (2 Soalan)
~ HIGHLIGHTkan idea yang berbeza.
~ HIGHLIGHTkan ayat-ayat tidak munasabah / silap.
~ Biasanya, ayat yang paling panjang itu betul.
B) Tanda Baca (2 Soalan)
~ Mahiri semua FUNGSI katanda baca.
~ Baca soalan secara MEKANIS dan LAKONKAN SITUASI.
C) Kata Polisemi (2 Soalan)
~ Baca SEMUA AYAT sebelum menanda jawaban.
~ Perhatikan KETEPATAN PENGGUNAAN ISTILAHnya.
~ HIGHLIGHTkan ayat-ayat tidak munasabah / silap.
~ Berhati-hatilah dengan penampilan kata-kata polisemi yang AGAK
PELIK BUNYINYA. Mungkin istilah ini BETUL jika contoh ayatnya
dikutip terus atau diubahsuai daripada KAMUS DEWAN.
D) Analisis Ayat (2 Soalan)
~ HIGHLIGHTkan mana-mana ayat yang kamu rasakan tidak betul /
silap.
~ Kesalahannya melibatkan penggunaan istilah, pengimbuhan,
struktur, ejaan dan hukum D-M.
E) Peribahasa (2 Soalan)
~ Kuasai kebanyakan peribahasa yang berkaitan dengan calon UPSR.
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
2
Soalan Tatabahasa
20 Soalan (12 KBKK)
EMPAT JAWABAN akan diberikan tetapi DUA daripadanya ternyata
TIDAK MUNASABAH. Walaupun kamu terdesak untuk meneka,
kamu sebenarnya HANYA mempunyai DUA pilihan!
Teknik Menjawab ~
1. Gunakan “HIGHLIGHTER”.
2. Baca soalan SETELITI MUNGKIN.
3. UTAMAKAN soalan yang MUDAH (Soalan 1 hingga 20).
BULATKAN soalan yang sukar.
4. Gunakan TEKNIK EKSPRES untuk menjawab soalan
Melengkapkan Pelbagai Gabungan.
5. Kotorkan KERTAS SOALAN kamu. Gunakan kertas soalan sebagai
BAHAN CATATAN.
6. POTONG umpanan jawaban yang 100% SILAP / TIDAK
MUNASABAH.
7. “HIGHLIGHT”kan kata kunci (berlawanan / sama erti / tidak /
kecuali / tidak benar / bukan / melainkan dan sebagainya ).
8. Berikan lebih perhatian kepada SOALAN 21 HINGGA 30.
9. Tandakan jawaban pada KERTAS SOALAN dahulu. Semasa
menandakan kertas jawaban, letakkan kertas jawaban kamu
BERSEBELAHAN dengan kertas soalan.
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
3
KATA POLISEMI (2 soalan)
~ HIGHLIGHTkan kata polisemi yang disoal.
~ HIGHLIGHTkan umpanan jawaban yang SALAH.
~ BERHATI-HATI dengan andaian jawaban yang penggunaan kata
poliseminya AGAK PELIK. Biasanya ayat ini BETUL kerana CONTOH
AYAT tersebut dikutip terus daripada KAMUS DEWAN.
~ Ingat, tidak semestinya perkataan atau istilah yang sering kamu
gunakan secara lisan itu tepat dan menepati sistem tatabahasa.
~ Jika ada ayat yang mengelirukan, tinggalkan. Baca ayat berikutnya.
CONTOH SOALAN
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1 I Mereka datang percuma dengan menunggang basikal.
II Percuma sahaja kakak menasihati abang yang degil itu.
III Sesiapa pun tidak akan bekerja secara percuma tanpa sebarang upah.
IV Pekerja syarikat itu bergaji rendah tetapi mereka diberi makan percuma.
A II dan III C I dan IV
B I, III dan IV D II, III dan IV
2 I Pramugari itu melayan penumpang dengan penuh mesra.
II Majikan itu sering menabur janji mesra kepada pekerja-pekerjanya.
III Ikan ini perlu digaul mesra dengan garam dan kunyit sebelum digoreng.
IV Hubungan mesra Mak Limah dengan Ronaldo tidak direstui oleh keluarga.
A I dan IV C III dan IV
B II dan III D I, III dan IV
3 I Bas yang dipandu pantas itu terbabas dan terhumban ke gaung.
II Iqmal menjawab soalan matematik dengan pantas.
III Angin yang bertiup pantas itu telah menumbangkan banyak pokok.
IV Kanak-kanak tidak pantas menyampuk perbualan orang-orang tua.
A I dan IV C II dan III
B II dan IV D I, II dan IV
4 I Datuk sedang menggulung daun rokok.
II Daun jam tangan ayah diperbuat daripada emas.
III Emak menyuruh abang membersihkan daun kipas yang berhabuk.
IV Kehilangan kunci menyebabkan daun pintu itu terpaksa dipecahkan.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I, III dan IV
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
4
PERIBAHASA (2 soalan)
~ Banyakkan membaca tentang peribahasa
~ Kuasai kebanyakan peribahasa yang berkaitan dengan calon UPSR.
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.
1 Sikapnya yang suka _________________ itu akan menyebabkan persahabatan mereka
menjadi renggang.
A beri muka
B adu domba
C makan suap
D ikut telunjuk
2 Azlina suka bercakap banyak seperti ____________________________.
A itik pulang petang
B murai tercabut ekor
C rusa masuk kampung
D anjing menyalak bukit
3 Berita pertunangan antara Encik Bean dengan Yuna telah menjadi
___________________ penduduk kampung.
A buah mulut
B ringan mulut
C khabar angin
D hentam keromo
4 Sebagai anggota masyarakat, kita tidak seharusnya mementingkan diri
_____________________________________ .
A seperti enau dalam belukar
B seperti anjing dengan kucing
C seperti si buta kehilangan tongkat
D seperti anjing dengan bayang-bayang
5 Sebagaimana bodoh pun seseorang itu, jika dididik nescaya dia akan pandai. Bak kata
pepatah, _________________________________.
A Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
B Belakang parang diasah lagikan tajam
C Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
D Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
5
AYAT SAMA MAKSUD (2 soalan)
~ PALANGKAN idea yang berbeza.
~ POTONG ayat yang SILAP.
~ Jawaban biasanya menjurus kepada ayat yang paling panjang.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris.
1 “Jangan bermain di muka pintu, Rohana. Tetamu yang emak jemput akan sampai tidak
lama lagi,” kata Mak Cik Hendon kepada anaknya.
A Mak Cik Hendon melarang anaknya, Rohana bermain di muka pintu kerana tetamu
yang dijemputnya akan tiba tidak lama lagi.
B Mak Cik Hendon mencegah anaknya, Rohana bermain kerana tetamu yang
dijemputnya akan tiba di muka pintu tidak lama lagi.
C Oleh sebab tetamu akan tiba sebentar lagi, Rohana, anak Mak Cik Hendon ditegah
bermain di muka pintu.
D Oleh sebab Rohana bermain di muka pintu, Mak Cik Hendon menghalangnya kerana
tetamu yang dijemputnya akan sampai seketika lagi.
2 Pada setiap hari raya, Pegawai Daerah itu akan dikunjungi oleh orang ramai yang datang
dari seluruh daerah.
A Pada setiap hari raya, orang ramai di seluruh daerah dikunjungi oleh Pegawai Daerah
itu.
B Pada setiap hari raya, orang ramai mengunjungi Pegawai Daerah yang datang dari
seluruh daerah.
C Orang ramai yang datang dari seluruh daerah akan mengunjungi Pegawai Daerah itu
pada setiap hari raya.
D Orang ramai yang datang pada setiap hari raya dari seluruh daerah akan mengunjungi
Pegawai Daerah.
3 Pameran alat-alat komputer di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan
Negeri.
A Pengarah Pendidikan Negeri telah merasmikan alat-alat di pameran komputer Dewan
Intan.
B Pengarah Pendidikan Negeri telah merasmikan pameran alat-alat komputer di Dewan
Intan.
C Alat-alat pameran komputer di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri.
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
6
D Alat-alat komputer di pameran di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri.
TANDA BACA (2 Soalan)
~ Baca soalan secara MEKANIS dan LAKONKAN SITUASI TERTENTU.
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
1 A Peserta Ke-8 itu ialah adik Nabilah bt. Azrul dari tahun enam Elit.
B Peserta Ke 8 itu ialah Adik Nabilah bt. Azrul dari tahun Enam Elit.
C Peserta Ke VIII itu ialah Adik Nabilah binti Azrul dari Tahun Enam Elit.
D Peserta Kelapan itu ialah Adik Nabilah binti Azrul dari Tahun Enam Elit.
2 A ‘Filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,’ kata Hidayah.
B “Filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,” kata Hidayah.
C “filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,” kata Hidayah.
D “Filem ‘Jutawan Fakir’ tidak membosankan penonton,” kata Hidayah.
3 A Mamak Bendahara menjerit, “Lari, lari, orang mengamuk!”
B Mamak bendahara menjerit, “Lari! lari, orang mengamuk!”
C Mamak Bendahara menjerit, “Lari, lari! Orang mengamuk!”
D Mamak Bendahara menjerit, “Lari! Lari! Orang mengamuk!”
4 A Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang
jawatan guru besar, Sekolah Kebangsaan Wawasan.
B Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang
jawatan Guru Besar sekolah kebangsaan Wawasan.
C Setelah memperoleh ijazah Pengurusan Pentadbiran, encik Radzi menyandang
jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wawasan.
D Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang
jawatan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Wawasan.
5 A “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah mak cik sampai?”
B “Eh, mak cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah mak cik sampai?”
C “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah mak cik Zakiah sampai?”
D “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah Mak Cik Zakiah sampai?”
6 A Mereka bertiga berseluar jingga, merah dan hijau.
B Mereka bertiga berseluar jingga, merah, dan hijau.
C Mereka bertiga, berseluar jingga, merah, dan hijau.
D Mereka bertiga berseluar, jingga, merah, dan hijau.
7 A Oh Tuhan yang maha esa, berikanlah petunjukmu!
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
7
B Oh tuhan Yang Maha Esa! Berikanlah petunjuk-Mu!
C Oh, Tuhan Yang Maha Esa, berikanlah petunjuk-Mu!
D Oh, Tuhan Yang Maha Esa! Berikanlah petunjuk-Mu!
ANALISIS AYAT (2 Soalan)
~ KENAL PASTI istilah yang meragukan (istilah, frasa, ejaan,
struktur dan pengimbuhan).
~ HIGHLIGHTkan umpanan jawaban yang SALAH.
CONTOH SOALAN
Pilih ayat yang betul.
1 A Munsyi Salehin mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu.
B Munsyi Salehin mengajarkan kami mata pelajaran Bahasa Melayu.
C Munsyi Salehin mengajar kami akan mata pelajaran bahasa Melayu.
D Munsyi Salehin mengajari mata pelajaran Bahasa Melayu kapada kami.
2 I Sungguh amat ayu gadis pingitan itu.
II Saya masih tinggal di Bandar Taiping.
III Bas yang dipenuhi penumpang itu keputusan minyak.
IV Satu rampasan dadah terbesar telah dillakukan oleh pihak polis semalam.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja
3 I Setengah-tengah orang alah akan bau durian.
II Mayat bayi itu ditemukan di celahan timbunan sampah.
III Dari masa ke masa, prestasi pelajaran Iqmalhakim makin meningkat.
IV Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
4 I Murid-murid diminta beratur di kantin.
II Para pengemis ini akan dihantar ke rumah kebajikan.
III Kasut baharu ini baru kubeli di Kota Bharu baru-baru ini.
IV Bilik tamu ini perlu diperkemas dengan segera sebelum tetamu tiba.
A I dan III sahaja
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
8
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.
Aku menjiwai naluri seorang pengembara. Biarpun aku anak jati Putrajaya, aku suka menjelajahi daerah hijau
yang mengindahi perkampungan desa. Aku ingin mengembara dengan menunggang basikal. Setelah
mendapat keizinan ayah dan ibu, aku pun mengayuh basikal kesayanganku ke selatan tanah air. Sebondot
pakaian dan sejumlah kecil wang menjadi bekalanku.
Pada hari pertama, aku mengayuh sejauh 50 km. Selepas menempuh pelbagai cabaran dan dugaan,
akhirnya aku sampai ke bandar Seremban. Aku bermalam di sebuah masjid.
Pada hari kedua, perjalanan sejauh 32 km kutempuhi dalam hujan dan panas. Aku singgah di rumah
kenalanku, Rozali. Rozali ingin mengikutiku. Malam itu, bermalam pula aku di rumahnya.
Keesokan harinya, kami mengayuh basikal ke selatan. Tayar basikal Rozali pancit. Rozali
memboncengiku sambil menuntun basikalnya hingga ke kedai basikal. Malam itu, kami melelapkan mata
di sebuah surau di sebuah taman perumahan.
Pada hari berikutnya, kami meneruskan kembaraan ke Bandar Hilir. Pada sepanjang perjalanan, kami
melihat pelbagai panorama yang indah; sawah padi yang menguning, bukit-bukau dan gunung-ganang yang
membiru serta program pembangunan yang pesat di sana sini. Akhirnya kami selamat sampai ke rumah datuk
dengan baju yang dibasahi peluh. Terkebil-kebil mata datuk apabila melihat aku dan Rozali tercegat
di hadapannya.
31 Apakah masalah yang mungkin akan dihadapi oleh seseorang pengembara?
A Sumber kewangan
B Ilmu pengetahuan
C Gangguan penyangak
D Gendala dan rintangan
32 Ke manakah tujuan penulis?
A Johor.
B Melaka.
C Singapura.
D Negeri Sembilan.
33 Apakah aral yang terpaksa dihadapi oleh penulis semasa mengembara?
A Kehabisan wang.
B Hujan dan panas.
C Kawasan berbukit-bukau.
D Ketiadaan tempat penginapan.
34 Mengapakah datuk terkejut?
A Kerana datuk sudah lama tidak bertemu dengan cucunya.
B Kerana cucunya ditemani oleh seseorang yang tidak dikenalinya.
C Kerana dia sedih melihat keadaan cucunya yang tidak terurus dan keletihan.
D Kerana dia tidak menyangka cucunya akan sampai ke rumahnya dengan berbasikal.
35 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A Penulis menumpang tidur di masjid.
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
9
B Kegemaran penulis dan kawannya adalah seiring.
C Perjalanan penulis mengambil tempoh selama empat hari.
D Semasa tayar basikalnya pancit, Rozali menunggang basikal penulis.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.
PERTANDINGAN FUTSAL TAMAN SAUJANA JAYA
Kedudukan Mata Perlawanan Bola Sepak
KUMPULAN A
PASUKAN P M S K J B MATA
1 MALAYSIA 2 2 0 0 3 1 6
SAKAKI MAKIO 2 2 0 0 6 2 6
DYA ZIZIE 3 1 2 0 3 1 5
AULONG UNITED 2 0 1 1 1 2 1
TAMAN MEWAH 2 0 0 2 3 8 0
KUMPULAN B
PASUKAN P M S K J B MATA
PIJA GUGU 3 1 1 0 3 1 4
SAUJANA JAYA 3 1 1 1 7 6 4
ASAM KUMBANG 2 1 1 0 4 2 4
TAMAN YAYASAN 2 0 2 0 5 5 2
TEKAH JAYA FC 2 0 1 1 2 5 1
Petunjuk: P = Permainan M = Menang S = Seri
K = Kalah J = Jaringan B = Bolos
36 Pasukan manakah dalam Kumpulan A yang belum memperoleh sebarang kemenangan?
A Dya Zizie dan Sakaki Makio.
B Aulong United dan Dya Zizie.
C Taman Mewah dan Sekaki Makio.
D Aulong United dan Taman Mewah.
37 Yang manakah berikut benar tentang persamaan antara pasukan Pija Gugu, Saujana Jaya dan Asam
Kumbang?
A Mata yang sama.
B Bilangan perlawanan yang sama.
C Seri dalam perlawanan yang sama.
D Kalah dalam perlawanan yang sama.
38 Berapa perlawanankah yang perlu dimenangi oleh pasukan Taman Mewah untuk mengatasi mata
pasukan 1 Malaysia?
A 1 perlawanan.
B 2 perlawanan.
C 3 perlawanan.
D 4 perlawanan.
39 Pasukan manakah yang layak ke peringkat separuh akhir?
A 1 Malaysia, Dya Zizie, Pija Gugu dan Saujana Jaya.
B 1 Malaysia, Sakaki Makio, Pija Gugu dan Saujana Jaya.
C 1 Malaysia, Dya Zizie, Saujana Jaya dan Asam Kumbang.
D 1 Malaysia, Sakaki Makio, Saujana Jaya dan Asam Kumbang.
40 Berapakah mata bagi pasukan Taman Yayasan sekiranya pasukan ini memenangi dua perlawanan
dan seri tiga perlawanan berikutnya?
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
10
A Sebelas mata.
B Sepuluh mata.
C Sembilan mata.
D Dua belas mata.
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
11

More Related Content

What's hot

Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.Mohd Fadil Talib
 
Soal Ujian Nasional 2014
Soal Ujian Nasional 2014Soal Ujian Nasional 2014
Soal Ujian Nasional 2014Ressa
 
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03Cyka Chairunissa
 
Paket soal tes kemampuan umum
Paket soal tes kemampuan umumPaket soal tes kemampuan umum
Paket soal tes kemampuan umumsurgituan
 
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMK
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMKSoal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMK
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMKSahman Kaelani
 
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpSoal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpMTs DARUSSALAM
 
Latihan soal un bahasa indonesia smk (cyberclass)
Latihan soal un bahasa indonesia smk (cyberclass)Latihan soal un bahasa indonesia smk (cyberclass)
Latihan soal un bahasa indonesia smk (cyberclass)Herlina Afriyeni
 
Kata baku revisi
Kata baku revisiKata baku revisi
Kata baku revisiAbu Ja'far
 
soal tryout b.indonesia paket a
soal tryout b.indonesia paket asoal tryout b.indonesia paket a
soal tryout b.indonesia paket aKasmadi Rais
 
Soalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudahSoalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudahFlorence Lee
 
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET D
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET DTRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET D
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET DKasmadi Rais
 
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12Latihan soal bahasa indonesia kelas 12
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12Neneng Huwaidah
 

What's hot (20)

A bmk1 ujianupsr_set2_08
A bmk1 ujianupsr_set2_08A bmk1 ujianupsr_set2_08
A bmk1 ujianupsr_set2_08
 
Bm k1 2009
Bm k1 2009Bm k1 2009
Bm k1 2009
 
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
 
Soal Ujian Nasional 2014
Soal Ujian Nasional 2014Soal Ujian Nasional 2014
Soal Ujian Nasional 2014
 
Adjektif
AdjektifAdjektif
Adjektif
 
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03
 
Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1
 
Paket soal tes kemampuan umum
Paket soal tes kemampuan umumPaket soal tes kemampuan umum
Paket soal tes kemampuan umum
 
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMK
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMKSoal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMK
Soal dan Pembahasan UN Bahasa Indonesia SMK
 
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpSoal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
 
Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 
Latihan soal un bahasa indonesia smk (cyberclass)
Latihan soal un bahasa indonesia smk (cyberclass)Latihan soal un bahasa indonesia smk (cyberclass)
Latihan soal un bahasa indonesia smk (cyberclass)
 
Kata baku revisi
Kata baku revisiKata baku revisi
Kata baku revisi
 
soal tryout b.indonesia paket a
soal tryout b.indonesia paket asoal tryout b.indonesia paket a
soal tryout b.indonesia paket a
 
Soalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudahSoalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudah
 
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET D
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET DTRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET D
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET D
 
Struktur ayat
Struktur ayatStruktur ayat
Struktur ayat
 
Kata baku
Kata bakuKata baku
Kata baku
 
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12Latihan soal bahasa indonesia kelas 12
Latihan soal bahasa indonesia kelas 12
 
Tbs
TbsTbs
Tbs
 

Similar to Azizi kertas 1 upsr teknik jawab soalan skop pilihan

BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013Smk Gelam
 
Pemahaman 2012
Pemahaman 2012Pemahaman 2012
Pemahaman 2012C.K.Peng
 
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfBM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfzauyahsaad
 
Tatabahasa nota & latihan
Tatabahasa   nota & latihanTatabahasa   nota & latihan
Tatabahasa nota & latihanroselyza
 
Bahasa Indonesia VII
Bahasa Indonesia VIIBahasa Indonesia VII
Bahasa Indonesia VIIAhmadi Ar
 
Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)
Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)
Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)C.K.Peng
 
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesia
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa IndonesiaLatihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesia
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesiaarif widyatma
 
kata-banyak-makna.pdf
kata-banyak-makna.pdfkata-banyak-makna.pdf
kata-banyak-makna.pdfAki Untol
 
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapanFasyah Tutor
 
Latih tubi kata_banyak_makna
Latih tubi kata_banyak_maknaLatih tubi kata_banyak_makna
Latih tubi kata_banyak_maknaKathleen Ong
 

Similar to Azizi kertas 1 upsr teknik jawab soalan skop pilihan (20)

BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
 
Latihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahamanLatihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahaman
 
Pemahaman 2012
Pemahaman 2012Pemahaman 2012
Pemahaman 2012
 
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfBM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
 
Tatabahasa nota & latihan
Tatabahasa   nota & latihanTatabahasa   nota & latihan
Tatabahasa nota & latihan
 
Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4
 
Un sd b ind
Un sd b indUn sd b ind
Un sd b ind
 
Bm1 pmr 2009
Bm1 pmr 2009Bm1 pmr 2009
Bm1 pmr 2009
 
Bahasa Indonesia VII
Bahasa Indonesia VIIBahasa Indonesia VII
Bahasa Indonesia VII
 
Latihan soal us sd mi 2016 bahasa indonesia 5
Latihan soal us sd mi 2016 bahasa indonesia 5Latihan soal us sd mi 2016 bahasa indonesia 5
Latihan soal us sd mi 2016 bahasa indonesia 5
 
Penilaian sumatif
Penilaian sumatifPenilaian sumatif
Penilaian sumatif
 
Un
UnUn
Un
 
Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)
Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)
Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)
 
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesia
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa IndonesiaLatihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesia
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesia
 
Bm pem thn4
Bm pem thn4Bm pem thn4
Bm pem thn4
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
kata-banyak-makna.pdf
kata-banyak-makna.pdfkata-banyak-makna.pdf
kata-banyak-makna.pdf
 
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapan
 
Latih tubi kata_banyak_makna
Latih tubi kata_banyak_maknaLatih tubi kata_banyak_makna
Latih tubi kata_banyak_makna
 

Recently uploaded

Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)BashoriAlwi4
 
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup bP5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup bSisiliaFil
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxdedyfirgiawan
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025Fikriawan Hasli
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatankonsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatanSuzanDwiPutra
 
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramMateri Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramTitaniaUtami
 
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitikObat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitikNegustinNegustin
 
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptxSlide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptxtressa8
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxrani414352
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfAndiCoc
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfssuser29a952
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxMateriSMPTDarulFalah
 
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.ppt
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.pptkerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.ppt
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.pptputrisari631
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptx
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptxPpt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptx
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptxMeilianiPuspitaSari
 
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxrandikaakbar11
 
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptxperwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptxMas PauLs
 

Recently uploaded (20)

Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
 
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup bP5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatankonsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
 
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramMateri Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
 
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitikObat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
 
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptxSlide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.ppt
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.pptkerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.ppt
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.ppt
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptx
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptxPpt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptx
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptx
 
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
 
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptxperwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
 

Azizi kertas 1 upsr teknik jawab soalan skop pilihan

  • 1. 1. 40 SOALAN ~ 50 MINIT 2. Meliputi dua aspek utama: a) Pemahaman Teks ~ 10 SOALAN b) Tatabahasa ~ 30 SOALAN 3. Soalan berkehendakkan JAWABAN YANG PALING SESUAI. 4. a) SOALAN PEMAHAMAN TEKS: i) 10 soalan ~ 2 Soalan KEMAHIRAN BERFIKIR. ii) 2 PETIKAN YANG BERBEZA. iii) 1 petikan ~ 5 SOALAN. iv) Terbahagi kepada 3 bahagian: (a) Soalan TERSURAT / TERSIRAT, (b) Soalan KOSA KATA, dan v) Mengetengahkan 2 SOALAN BONUS, iaitu Soalan 31 dan Soalan 36. Jawaban untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat pada awal petikan. b) SOALAN TATABAHASA: i) 30 soalan ~ 18 Soalan KEMAHIRAN BERFIKIR. ii) Lebih kurang 20 Soalan Aneka Pilihan (A, B, C, D) dan kira-kira 10 Soalan Melengkapkan Pelbagai Gabungan (I, II, III, IV). iii) Merangkumi aspek: a) Jenis kata ~ 2 hingga 4 soalan b) Peribahasa ~ 2 soalan c) Penjodoh Bilangan ~ 2 soalan d) Pengimbuhan ~ 2 atau 3 soalan e) Pembinaan Soalan / Jawaban ~ 2 soalan f) Polisemi ~ 2 soalan g) Antonim / Sinonim ~ 2 soalan h) Analisis Ayat ~ 2 / 3 soalan i) Ayat Sama Maksud ~ 2 soalan j) Tanda Baca ~ 2 soalan k) Penanda Wacana ~ 2 soalan l) Kata Ganda ~ 2 soalan NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA Munsyi Dewan 1
  • 2. SOALAN TATABAHASA POPULAR (Soalan 21 hingga Soalan 30) Tatacara Menjawab (Teknik EKSPRES) A) Ayat Sama Maksud (2 Soalan) ~ HIGHLIGHTkan idea yang berbeza. ~ HIGHLIGHTkan ayat-ayat tidak munasabah / silap. ~ Biasanya, ayat yang paling panjang itu betul. B) Tanda Baca (2 Soalan) ~ Mahiri semua FUNGSI katanda baca. ~ Baca soalan secara MEKANIS dan LAKONKAN SITUASI. C) Kata Polisemi (2 Soalan) ~ Baca SEMUA AYAT sebelum menanda jawaban. ~ Perhatikan KETEPATAN PENGGUNAAN ISTILAHnya. ~ HIGHLIGHTkan ayat-ayat tidak munasabah / silap. ~ Berhati-hatilah dengan penampilan kata-kata polisemi yang AGAK PELIK BUNYINYA. Mungkin istilah ini BETUL jika contoh ayatnya dikutip terus atau diubahsuai daripada KAMUS DEWAN. D) Analisis Ayat (2 Soalan) ~ HIGHLIGHTkan mana-mana ayat yang kamu rasakan tidak betul / silap. ~ Kesalahannya melibatkan penggunaan istilah, pengimbuhan, struktur, ejaan dan hukum D-M. E) Peribahasa (2 Soalan) ~ Kuasai kebanyakan peribahasa yang berkaitan dengan calon UPSR. NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA Munsyi Dewan 2
  • 3. Soalan Tatabahasa 20 Soalan (12 KBKK) EMPAT JAWABAN akan diberikan tetapi DUA daripadanya ternyata TIDAK MUNASABAH. Walaupun kamu terdesak untuk meneka, kamu sebenarnya HANYA mempunyai DUA pilihan! Teknik Menjawab ~ 1. Gunakan “HIGHLIGHTER”. 2. Baca soalan SETELITI MUNGKIN. 3. UTAMAKAN soalan yang MUDAH (Soalan 1 hingga 20). BULATKAN soalan yang sukar. 4. Gunakan TEKNIK EKSPRES untuk menjawab soalan Melengkapkan Pelbagai Gabungan. 5. Kotorkan KERTAS SOALAN kamu. Gunakan kertas soalan sebagai BAHAN CATATAN. 6. POTONG umpanan jawaban yang 100% SILAP / TIDAK MUNASABAH. 7. “HIGHLIGHT”kan kata kunci (berlawanan / sama erti / tidak / kecuali / tidak benar / bukan / melainkan dan sebagainya ). 8. Berikan lebih perhatian kepada SOALAN 21 HINGGA 30. 9. Tandakan jawaban pada KERTAS SOALAN dahulu. Semasa menandakan kertas jawaban, letakkan kertas jawaban kamu BERSEBELAHAN dengan kertas soalan. NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA Munsyi Dewan 3
  • 4. KATA POLISEMI (2 soalan) ~ HIGHLIGHTkan kata polisemi yang disoal. ~ HIGHLIGHTkan umpanan jawaban yang SALAH. ~ BERHATI-HATI dengan andaian jawaban yang penggunaan kata poliseminya AGAK PELIK. Biasanya ayat ini BETUL kerana CONTOH AYAT tersebut dikutip terus daripada KAMUS DEWAN. ~ Ingat, tidak semestinya perkataan atau istilah yang sering kamu gunakan secara lisan itu tepat dan menepati sistem tatabahasa. ~ Jika ada ayat yang mengelirukan, tinggalkan. Baca ayat berikutnya. CONTOH SOALAN Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 1 I Mereka datang percuma dengan menunggang basikal. II Percuma sahaja kakak menasihati abang yang degil itu. III Sesiapa pun tidak akan bekerja secara percuma tanpa sebarang upah. IV Pekerja syarikat itu bergaji rendah tetapi mereka diberi makan percuma. A II dan III C I dan IV B I, III dan IV D II, III dan IV 2 I Pramugari itu melayan penumpang dengan penuh mesra. II Majikan itu sering menabur janji mesra kepada pekerja-pekerjanya. III Ikan ini perlu digaul mesra dengan garam dan kunyit sebelum digoreng. IV Hubungan mesra Mak Limah dengan Ronaldo tidak direstui oleh keluarga. A I dan IV C III dan IV B II dan III D I, III dan IV 3 I Bas yang dipandu pantas itu terbabas dan terhumban ke gaung. II Iqmal menjawab soalan matematik dengan pantas. III Angin yang bertiup pantas itu telah menumbangkan banyak pokok. IV Kanak-kanak tidak pantas menyampuk perbualan orang-orang tua. A I dan IV C II dan III B II dan IV D I, II dan IV 4 I Datuk sedang menggulung daun rokok. II Daun jam tangan ayah diperbuat daripada emas. III Emak menyuruh abang membersihkan daun kipas yang berhabuk. IV Kehilangan kunci menyebabkan daun pintu itu terpaksa dipecahkan. A I dan II C III dan IV B II dan III D I, III dan IV NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA Munsyi Dewan 4
  • 5. PERIBAHASA (2 soalan) ~ Banyakkan membaca tentang peribahasa ~ Kuasai kebanyakan peribahasa yang berkaitan dengan calon UPSR. Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 1 Sikapnya yang suka _________________ itu akan menyebabkan persahabatan mereka menjadi renggang. A beri muka B adu domba C makan suap D ikut telunjuk 2 Azlina suka bercakap banyak seperti ____________________________. A itik pulang petang B murai tercabut ekor C rusa masuk kampung D anjing menyalak bukit 3 Berita pertunangan antara Encik Bean dengan Yuna telah menjadi ___________________ penduduk kampung. A buah mulut B ringan mulut C khabar angin D hentam keromo 4 Sebagai anggota masyarakat, kita tidak seharusnya mementingkan diri _____________________________________ . A seperti enau dalam belukar B seperti anjing dengan kucing C seperti si buta kehilangan tongkat D seperti anjing dengan bayang-bayang 5 Sebagaimana bodoh pun seseorang itu, jika dididik nescaya dia akan pandai. Bak kata pepatah, _________________________________. A Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit B Belakang parang diasah lagikan tajam C Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian D Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA Munsyi Dewan 5
  • 6. AYAT SAMA MAKSUD (2 soalan) ~ PALANGKAN idea yang berbeza. ~ POTONG ayat yang SILAP. ~ Jawaban biasanya menjurus kepada ayat yang paling panjang. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris. 1 “Jangan bermain di muka pintu, Rohana. Tetamu yang emak jemput akan sampai tidak lama lagi,” kata Mak Cik Hendon kepada anaknya. A Mak Cik Hendon melarang anaknya, Rohana bermain di muka pintu kerana tetamu yang dijemputnya akan tiba tidak lama lagi. B Mak Cik Hendon mencegah anaknya, Rohana bermain kerana tetamu yang dijemputnya akan tiba di muka pintu tidak lama lagi. C Oleh sebab tetamu akan tiba sebentar lagi, Rohana, anak Mak Cik Hendon ditegah bermain di muka pintu. D Oleh sebab Rohana bermain di muka pintu, Mak Cik Hendon menghalangnya kerana tetamu yang dijemputnya akan sampai seketika lagi. 2 Pada setiap hari raya, Pegawai Daerah itu akan dikunjungi oleh orang ramai yang datang dari seluruh daerah. A Pada setiap hari raya, orang ramai di seluruh daerah dikunjungi oleh Pegawai Daerah itu. B Pada setiap hari raya, orang ramai mengunjungi Pegawai Daerah yang datang dari seluruh daerah. C Orang ramai yang datang dari seluruh daerah akan mengunjungi Pegawai Daerah itu pada setiap hari raya. D Orang ramai yang datang pada setiap hari raya dari seluruh daerah akan mengunjungi Pegawai Daerah. 3 Pameran alat-alat komputer di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. A Pengarah Pendidikan Negeri telah merasmikan alat-alat di pameran komputer Dewan Intan. B Pengarah Pendidikan Negeri telah merasmikan pameran alat-alat komputer di Dewan Intan. C Alat-alat pameran komputer di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA Munsyi Dewan 6
  • 7. D Alat-alat komputer di pameran di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. TANDA BACA (2 Soalan) ~ Baca soalan secara MEKANIS dan LAKONKAN SITUASI TERTENTU. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul. 1 A Peserta Ke-8 itu ialah adik Nabilah bt. Azrul dari tahun enam Elit. B Peserta Ke 8 itu ialah Adik Nabilah bt. Azrul dari tahun Enam Elit. C Peserta Ke VIII itu ialah Adik Nabilah binti Azrul dari Tahun Enam Elit. D Peserta Kelapan itu ialah Adik Nabilah binti Azrul dari Tahun Enam Elit. 2 A ‘Filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,’ kata Hidayah. B “Filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,” kata Hidayah. C “filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,” kata Hidayah. D “Filem ‘Jutawan Fakir’ tidak membosankan penonton,” kata Hidayah. 3 A Mamak Bendahara menjerit, “Lari, lari, orang mengamuk!” B Mamak bendahara menjerit, “Lari! lari, orang mengamuk!” C Mamak Bendahara menjerit, “Lari, lari! Orang mengamuk!” D Mamak Bendahara menjerit, “Lari! Lari! Orang mengamuk!” 4 A Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang jawatan guru besar, Sekolah Kebangsaan Wawasan. B Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang jawatan Guru Besar sekolah kebangsaan Wawasan. C Setelah memperoleh ijazah Pengurusan Pentadbiran, encik Radzi menyandang jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wawasan. D Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang jawatan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Wawasan. 5 A “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah mak cik sampai?” B “Eh, mak cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah mak cik sampai?” C “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah mak cik Zakiah sampai?” D “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah Mak Cik Zakiah sampai?” 6 A Mereka bertiga berseluar jingga, merah dan hijau. B Mereka bertiga berseluar jingga, merah, dan hijau. C Mereka bertiga, berseluar jingga, merah, dan hijau. D Mereka bertiga berseluar, jingga, merah, dan hijau. 7 A Oh Tuhan yang maha esa, berikanlah petunjukmu! NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA Munsyi Dewan 7
  • 8. B Oh tuhan Yang Maha Esa! Berikanlah petunjuk-Mu! C Oh, Tuhan Yang Maha Esa, berikanlah petunjuk-Mu! D Oh, Tuhan Yang Maha Esa! Berikanlah petunjuk-Mu! ANALISIS AYAT (2 Soalan) ~ KENAL PASTI istilah yang meragukan (istilah, frasa, ejaan, struktur dan pengimbuhan). ~ HIGHLIGHTkan umpanan jawaban yang SALAH. CONTOH SOALAN Pilih ayat yang betul. 1 A Munsyi Salehin mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu. B Munsyi Salehin mengajarkan kami mata pelajaran Bahasa Melayu. C Munsyi Salehin mengajar kami akan mata pelajaran bahasa Melayu. D Munsyi Salehin mengajari mata pelajaran Bahasa Melayu kapada kami. 2 I Sungguh amat ayu gadis pingitan itu. II Saya masih tinggal di Bandar Taiping. III Bas yang dipenuhi penumpang itu keputusan minyak. IV Satu rampasan dadah terbesar telah dillakukan oleh pihak polis semalam. A I dan III sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja 3 I Setengah-tengah orang alah akan bau durian. II Mayat bayi itu ditemukan di celahan timbunan sampah. III Dari masa ke masa, prestasi pelajaran Iqmalhakim makin meningkat. IV Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Murid-murid diminta beratur di kantin. II Para pengemis ini akan dihantar ke rumah kebajikan. III Kasut baharu ini baru kubeli di Kota Bharu baru-baru ini. IV Bilik tamu ini perlu diperkemas dengan segera sebelum tetamu tiba. A I dan III sahaja NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA Munsyi Dewan 8
  • 9. B II dan IV sahaja C III dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya. Aku menjiwai naluri seorang pengembara. Biarpun aku anak jati Putrajaya, aku suka menjelajahi daerah hijau yang mengindahi perkampungan desa. Aku ingin mengembara dengan menunggang basikal. Setelah mendapat keizinan ayah dan ibu, aku pun mengayuh basikal kesayanganku ke selatan tanah air. Sebondot pakaian dan sejumlah kecil wang menjadi bekalanku. Pada hari pertama, aku mengayuh sejauh 50 km. Selepas menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, akhirnya aku sampai ke bandar Seremban. Aku bermalam di sebuah masjid. Pada hari kedua, perjalanan sejauh 32 km kutempuhi dalam hujan dan panas. Aku singgah di rumah kenalanku, Rozali. Rozali ingin mengikutiku. Malam itu, bermalam pula aku di rumahnya. Keesokan harinya, kami mengayuh basikal ke selatan. Tayar basikal Rozali pancit. Rozali memboncengiku sambil menuntun basikalnya hingga ke kedai basikal. Malam itu, kami melelapkan mata di sebuah surau di sebuah taman perumahan. Pada hari berikutnya, kami meneruskan kembaraan ke Bandar Hilir. Pada sepanjang perjalanan, kami melihat pelbagai panorama yang indah; sawah padi yang menguning, bukit-bukau dan gunung-ganang yang membiru serta program pembangunan yang pesat di sana sini. Akhirnya kami selamat sampai ke rumah datuk dengan baju yang dibasahi peluh. Terkebil-kebil mata datuk apabila melihat aku dan Rozali tercegat di hadapannya. 31 Apakah masalah yang mungkin akan dihadapi oleh seseorang pengembara? A Sumber kewangan B Ilmu pengetahuan C Gangguan penyangak D Gendala dan rintangan 32 Ke manakah tujuan penulis? A Johor. B Melaka. C Singapura. D Negeri Sembilan. 33 Apakah aral yang terpaksa dihadapi oleh penulis semasa mengembara? A Kehabisan wang. B Hujan dan panas. C Kawasan berbukit-bukau. D Ketiadaan tempat penginapan. 34 Mengapakah datuk terkejut? A Kerana datuk sudah lama tidak bertemu dengan cucunya. B Kerana cucunya ditemani oleh seseorang yang tidak dikenalinya. C Kerana dia sedih melihat keadaan cucunya yang tidak terurus dan keletihan. D Kerana dia tidak menyangka cucunya akan sampai ke rumahnya dengan berbasikal. 35 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Penulis menumpang tidur di masjid. NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA Munsyi Dewan 9
  • 10. B Kegemaran penulis dan kawannya adalah seiring. C Perjalanan penulis mengambil tempoh selama empat hari. D Semasa tayar basikalnya pancit, Rozali menunggang basikal penulis. Soalan 36 hingga Soalan 40 Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya. PERTANDINGAN FUTSAL TAMAN SAUJANA JAYA Kedudukan Mata Perlawanan Bola Sepak KUMPULAN A PASUKAN P M S K J B MATA 1 MALAYSIA 2 2 0 0 3 1 6 SAKAKI MAKIO 2 2 0 0 6 2 6 DYA ZIZIE 3 1 2 0 3 1 5 AULONG UNITED 2 0 1 1 1 2 1 TAMAN MEWAH 2 0 0 2 3 8 0 KUMPULAN B PASUKAN P M S K J B MATA PIJA GUGU 3 1 1 0 3 1 4 SAUJANA JAYA 3 1 1 1 7 6 4 ASAM KUMBANG 2 1 1 0 4 2 4 TAMAN YAYASAN 2 0 2 0 5 5 2 TEKAH JAYA FC 2 0 1 1 2 5 1 Petunjuk: P = Permainan M = Menang S = Seri K = Kalah J = Jaringan B = Bolos 36 Pasukan manakah dalam Kumpulan A yang belum memperoleh sebarang kemenangan? A Dya Zizie dan Sakaki Makio. B Aulong United dan Dya Zizie. C Taman Mewah dan Sekaki Makio. D Aulong United dan Taman Mewah. 37 Yang manakah berikut benar tentang persamaan antara pasukan Pija Gugu, Saujana Jaya dan Asam Kumbang? A Mata yang sama. B Bilangan perlawanan yang sama. C Seri dalam perlawanan yang sama. D Kalah dalam perlawanan yang sama. 38 Berapa perlawanankah yang perlu dimenangi oleh pasukan Taman Mewah untuk mengatasi mata pasukan 1 Malaysia? A 1 perlawanan. B 2 perlawanan. C 3 perlawanan. D 4 perlawanan. 39 Pasukan manakah yang layak ke peringkat separuh akhir? A 1 Malaysia, Dya Zizie, Pija Gugu dan Saujana Jaya. B 1 Malaysia, Sakaki Makio, Pija Gugu dan Saujana Jaya. C 1 Malaysia, Dya Zizie, Saujana Jaya dan Asam Kumbang. D 1 Malaysia, Sakaki Makio, Saujana Jaya dan Asam Kumbang. 40 Berapakah mata bagi pasukan Taman Yayasan sekiranya pasukan ini memenangi dua perlawanan dan seri tiga perlawanan berikutnya? NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA Munsyi Dewan 10
  • 11. A Sebelas mata. B Sepuluh mata. C Sembilan mata. D Dua belas mata. NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA Munsyi Dewan 11