SlideShare a Scribd company logo
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
Kertas 1
Satu jam
Arahan am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan
diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan
sahaja
Soalan 1- 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1. Pihak polis melakukan ___________ di rumah itu kerana disyaki menjadi tempat
persembunyian pendatang asing.
A risikan C siasatan
B intipan D semakan
2. Laungan kemerdekaan itu ____________ semangat rakyat Malaysia untuk bekerjasama
mengekalkan keamanan negara.
A membakar C menyemaikan
B memanaskan D menyemarakkan
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3. Kakak tersenyum sendiri apabila _________ akan peristiwa dia tertidur di dalam bas semalam.
A terkenang C terimbau
B termimpi D terfikir
4. Hujan lebat dan angin kencang yang bertiup dari petang tadi telah ____________.
A reda C lenyap
B pulih D kurang
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Sultan itu ____________ di atas takhta sambil dihadap oleh beberapa orang pembesar negeri.
A beradu C bersantap
B bersiram D bersemayam
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
6. Hati Natasha terguris apa bila diberitahu bahawa dia gagal dalam temu duga itu ___________
dia mempunyai kelulusan dalam bidang yang dipohon.
A namun C meskipun
B setelah D sementara
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7. Wajah Saiful __________ apabila ayahnya menghadiahinya sebuah basikal baharu.
A berapi-api C bersinar-sinar
B berseri-seri D bercahaya-cahaya
Soalan 8 – 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
8. Pada hari ini, kebanyakan petani-petani menjual hasil tanaman mereka kepada gensi kerajaan.
A B C
Tiada kesalahan.
D
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
9. Tolong jangan bising kerana ada beberapa orang calon yang sedang menjawab soalan
A B
peperiksaan di dalam dalam dewan. Tiada kesalahan.
C D
10. Timbalan Menteri Pelajaran telah bersetuju untuk merasmikan seminar itu dan dia akan
A B
datang pada pukul 10.00 pagi. Tiada kesalahan.
C D
11. Zuraidah memanggil-manggil nama adiknya berulang-ulang kali untuk memintanya
A B
mengangkat kain di ampaian. Tiada kesalahan.
C D
12. Puan Rokiah ialah ibu misali yang telah terpilih untuk menerima anugerah dari Sultan
A B C
Pahang. Tiada kesalahan.
D
13. “Kami mengulang kaji mata pelajaran Sejarah di rumah Rahman pagi tadi,” kata Sharul dan
A B C
Ikhmal kepada Devandran. Tiada kesalahan.
D
14. Pemuda yang terencat akal itu melambai-lambai tangannya ke arah tiap-tiap buah kereta yang
A B C
melalui jalan raya itu. Tiada kesalahan.
D
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
Soalan 15 – 17
Pilih ayat-ayat yang condong yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15. I Firdaus mendapat tempat yang paling pangkal dalam lumba lari itu.
II Ayah sedang menabur baja mengelilingi pangkal pokok buah-buahan di dusun.
III Sejak pangkal mesyuarat Rohanan telah bersedia untuk mencatat minit mesyuarat.
IV Di pangkal jalan Tanjung Batu terdapat papan tanda yang menunjukkan arah ke balai
raya.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
16. I Kakak senyum melarat sambil menjeling ke arah ibu.
II Kehidupan lelaki itu kian melarat selepas dia dibuang kerja.
III Penyakit kudis buta akan melarat jika tidak dirawat.
IV Hujan yang turun sejak pagi tadi melarat hingga ke petang.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
17. I Dia gemar menyanyi lagu-lagu popular masa ini sambil memetik gitar.
II Anthony memetik suis api dan suis kipas sebelum duduk di atas sofa.
III Dalam perbahasan itu, Idham memetik beberapa baris ayat al-Quran untuk mengukuhkan
hujahnya.
IV Rozita memetik gambar pemandangan gunung-ganang itu dengan kameranya.
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 18 – 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.
18. Suasana di rumah besar di atas bukit itu amat sunyi sepi sekali kerana telah lama tidak
berpenghuni.
A sunyi sepi
B amat sunyi sepi
C sunyi sepi sekali
D amat sunyi sepi sekali
19. Kami membincangkan tentang lain-lain perkara yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum
dalam mesyuarat tersebut.
A Kami membincangkan perkara lain-lain
B Kami berbincang tentang perkara-perkara lain
C Kami berbincang lain perkara-perkara
D Kami membincangkan tentang lain-lain perkara
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
20. Resipi kuih baulu itu diwarisi oleh keluarga Puan Rahimah dari satu generasi ke satu
generasi.
A daripada satu generasi ke satu generasi.
B dari satu generasi kepada satu generasi
C daripada satu generasi kepada satu generasi
D dari satu generasi ke satu generasi
21. “Maklumat lanjut tentang program ini, dapat kalian peroleh daripada urus setia,” kata Puan
Maznah kepada Luqman, Tanaraj , dan Peter Lim.
A diperolehi kalian daripada urusetia
B kalian perolehi daripada urus setia
C diperoleh oleh kalian daripada urusetia
D kalian peroleh daripada urus setia
Soalan 22 – 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.
22. Penduduk telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasang pelita di sekitar
Kampung Sungai Lereh bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
A Pelita dipasang oleh penduduk Kampung Sungai Lereh secara bergotong-royong.
B Pelita telah dipasang oleh penduduk Kampung Sungai Lereh secara bergotong –royong
semasa meraikan Hari Raya Aidilfitri.
C Bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, aktiviti gotong-royong memasang pelita telah
diadakan oleh penduduk Kampung Sungai Lereh di kawasan mereka.
D Hari Raya Aidilfitri disambut oleh penduduk Kampung Sungai Lereh dengan bergotong-
royong memasang pelita.
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
23. Kegiatan kokurikulum bukan sahaja dapat mengcungkil bakat murid-murid, malahan
dapat memupuk semangat perpaduan.
A Melalui kegiatan kokurikulum, semangat perpaduan dapat disemai dalam kalangan murid
dan bakat mereka dapat dicungkil.
B Murid-murid perlu menyertai kegiatan kokurikulum untuk menyemai semangat perpaduan
dan mencungkil bakat mereka.
C Bakat murid-murid dapat dicungkil dan semangat perpaduan dapat disemai sekiranya
murid-murid menyertai kegiatan kokurikulum.
D Murid-murid yang menyertai kegiatan kokurikulum perlu menyemai semangat perpaduan
dan mencungkil bakat masing-masing.
24. Sesetengah pemegang kad kredit terpaksa menanggung hutang tertunggak kerana
mereka berbelanja melebihi pendapatan dan enggan melunaskan hutang secara
beransur-ansur.
A Sikap berbelanja melampaui pendapatan menyebabkan sebilangan pemegang kad kredit
terpaksa melunaskan hutang secara beransur-ansur untuk mengelakkan hutang
tertunggak.
B Hutang kad kredit tertunggak kerana kebanyakan pemegang kad kredit memperoleh
pendapatan yang melampaui jumlah perbelanjaan tetapi tidak mahu melunaskan hutang
itu secara beransur-ansur.
C Pemegang kad kredit yang memperoleh pendapatan melampaui perbelanjaan dipaksa
untuk melunaskan hutang tertunggak secara beransur-ansur supaya mereka tidak
menanggung hutang yang banyak.
D Sebilangan pemegang kad kredit tidak mahu melunaskan hutang kad kredit secara
beransur-ansur, akibatnya mereka menanggung hutang tertunggak yang banyak kerana
perbelanjaan mereka melampui pendapatan.
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
Soalan 25-27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25. I Selendang itu tidak dapat dipakai lagi kerana ia sudah koyak.
II Pencuri itu ditangkap oleh penduduk ketika beliau memanjat pagar rumah saya.
III Saya tidak suka akan dia kerana sikapnya yang suka mengumpat dan mengeji.
IV Para peserta ekspedisi itu akan menamatkan aktiviti mereka pada hari esok.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
26. I Cikgu Noraini banyak membeli cenderamata sewaktu beliau melancong di luar negara.
II Semak samun di hujung kampong itu akan kami tebas secara bergotong-royong.
III Tanah yang dijual oleh Pak Harun di kampong itu sama luas dengan tanah yang dibelinya
di Kuala Lumpur.
IV Surat yang dikirim oleh kakal dari London emak belum terima lagi.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
27 I Wah, awak sudah pandai menjahit baju kurung sekarang!
II Oh, rupanya kamu yang meletakkan risalah di pejabat saya pagi tadi!
III Ah, kamu memang layak menyandang jawatan sebagai ketua kerani di sini!
IV Amboi, sampai hati mereka menyuruh saya mencuci pinggan mangkuk ini sendirian.
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 28-30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Seperti harimau menyembunyikan kuku
28. Peribahasa di atas bermaksud
A orang yang berpura-pura bodoh.
B orang yang menyorokkan kebolehannya.
C orang yang akan bertindak apabila ada peluang.
D orang yang menggunakan helah untuk mencapai sesuatu tujuan.
29. Peribahasa dapat durian runtuh bermaksud
A memiliki harta kekayaan setleah berusaha.
B menikmati kebahagiaan setelah menderita.
C merasai kesenangan hidup setelah bekerja kuat.
D mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah.
30. Sofea dan Khalisah bekerjasama mengumpulkan maklumat untuk menyiapkan folio mata
pelajaran Kemahiran Hidup. Namun demikian, Sofea memberitahu gurunya bahawa dia
seorang sahaja yang menyiapkan folio tersebut.
Sikap Sofea yang demikian ibarat
A gunting dalam lipatan.
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
B cacing hendak menjadi naga.
C air susu dibalas dengan tuba.
D melepaskan anjing tersepit.
Soalan 31-35
Baca pantun di bawa dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.
Ikan siakap ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah dibaca harap balas.
Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
Kumbang jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.
Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemudian kena kemas.
Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang.
Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama menipu mencuri.
Saya kata ituk, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam.
(Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
31. Apakah kesan daripada perbuatan menipu dan mencuri berdasarkan rangkap kesembilan?
A lama-kelamaan hati akan menjadi busuk
B nama baik akan tercemar
C hubungan dengan orang lain akan terjejas
D akan dipandang hina oleh masyarakat
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
32. Sudah jentik baru nak diam
Berdasarkan baris di atas perkataan “jentik” boleh bermaksud seperti di bawah kecuali
A menegur
B mencuit
C menasihati
D memukul
33. Apakah persoalan yang terdapat dalam rangkap keenam?
A bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan yang dilakukan
B bertindak mengikut akal fikiran yang bijak
C berani melakukan apa jua perkara yang diingini
D tidak mengaku kalah setelah melakukan kesilapan
34. Berikut ialah pembayang yang terdapat dalam pantun di atas kecuali
A Pecah kaca pecah gelas
B Kumbang jaraj kumbang jagung
C Malas bergerak tidak merasa
D Periuk belanga pasu kuali
35. Apakah tema Pantun Dua Kerat (Nasihat)?
A Harapan agar pembaca mengikut nasihat yang diberikan
B Nasihat agar pembaca dapat memilih antara kebaikan dan keburukan
C Kebijaksanaan ketika melakukan sesuatu perkara
D Kesan perbuatan negatif kepada pembaca
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
Soalan 36- 40
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
“Kasut sekolah tak pakai, baju sukan tak bawa! Apa nak jadi dengan kamu ini?” leter
Cikgu Harun setelah melihat Ahmad hanya diam membantu. Mahu sahaja dipukul budak itu
sekuat hati. Namun, kesabaran masih tersisa dalam jiwanya.
“Saya dah tak tajan dengan kamu. Hari ini saya nak denda kamu!” kata Cikgu Harun. Dia
segera bangun dan mencari sesuatu. Dia ke tepi pagar sekolah. Barangkali mahu mencari ranting
pokok di tepi pagar. Jika ada ranting itu, punggung Ahmad akan disebatnya kuat-kuat, fikirnya.
Ilmu psikologi yang dipelajarinya di maktab dahulu tidak boleh dipakai ketika berdepan dengan
budak seperti itu. Begitu pula fikir Cikgu Harun. Ahmad tetap tercegat dan terkebil-kebil,
menanti hukuman guru yang berasal dari bandar itu.
Tiba-tiba Cikgu Harun terpandang rumpun pisang merimbun di tepi pagar sekolah.
Beberapa tandan pisang berjuntai-juntai di celah-celah rumpun pisang itu. Di bawahnya
bertaburan kelopak jantung yang gugur. Besar-besar dan berwarna merah hati. Cikgu Harun
memungut kelopak jantung itu lalu kembali ke tempat Ahmad sedang berdiri. Seperti menanti
hukuman gurunya.
“Pergi cari tali!” arah Cikgu Harun kepada Ahmad. Murid itu tidak berkata apa-apa. Dia
terus beredar ke arah kantin sekolah. Sebentar kemudian dia kembali dengan seutas tali berwarna
merah.
“Kamu pakai benda ini. Ikat elok-elok!” Cikgu Harun memberikan perintah. Jarinya
dituding tepat ke arah kelopak jantung pisang. Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu
Harun seperti mahu meminta simpati.
“Cepat!” jerkah Cikgu Harun apabila melihat Ahmad masih tercegat. Kali ini Ahmad
tidak membantah. Dia mencangkung dengan sebelah kaki dihulurkan ke depan. Kelopak jantung
diacukan ke tapak kakinya yang comot. Kemudian, tali dilalukan di bawah tapak kakinya.
Kelopak jantung pisang itu kemudian diikat kemas-kemas, melekap sendat pada kaki kematu
Ahmad. Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan, seperti memakai kasut sekolah.
“Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tidak beli kasut baru!” Cikgu Harun
memberikan amaran. Ada sedikit perasaan lucu di dalam hati Cikgu Harun melihat anak murid
yang tidak dikenali latar belakang itu. Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul.
Dia tidak pernah membantah kata-kata guru. Katalah apa sahaja, dia tetap patuh tanpa banyak
soal. Jauh sekali ponteng sekolah. Walaupun berkaki ayam, Ahmad tidak pernah ponteng. Itulah
kelebihan Ahmad. Kegigihannya memang ketara. Cikgu Harun turut menyedarinya.
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
(Dipetik daripada cerpen Kasut Kelopak Jantung, antologi Kasut Kelopak Jantung,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)
36. Mengapakah Cikgu Harun menyuruh Ahmad memakai kasut yang dibuat daripada kelopak
jantung?
A kerana Ahmad gagal memakai uniform sekolah yang lengkap.
B kerana Ahmad kerap ponteng sekolah.
C kerana Ahmad sengaja melanggar disiplin sekolah.
D kerana Ahmad membantah arahan yang diberikan oleh Cikgu Harun.
37. Apakah yang menyebabkan Cikgu harun berasa lucu apabila melihat Ahmad mengenakan
kasut daripada kelopak jantung itu?
A melihat bentuk kasut kelopok pisang itu yang sangat hodoh.
B Ahmad tercegat dan terkebil-kebil.
C sikap Ahmad lurus bendul.
D gaya Ahmad yang bersahaja ketika mengenakan kasut kelopok jantung itu.
38.Yang berikut merupakan latar tempat dalam peristiwa di atas, kecuali
A di kantin
B di tepi pagar sekolah
C di padang
D di bilik guru
39. Apakah nilai yang terdapat pada diri Ahman berdasarkan petikan di atas?
A taat
B cekal
PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU
C baik hati
D bertanggungjawab
40. Apakah persoalan yang dikemukakan dalam cerpen Kasut Kelopok Jantung ?
A Kemiskinan masyarakat luar bandar.
B Masalah ponteng sekolah.
C Kasih sayang seorang guru terhadap anak muridnya.
D Sikap prihatin dan tanggungjawab seorang guru.
SOALAN TAMAT

More Related Content

What's hot

Soalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudahSoalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudahFlorence Lee
 
Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Mia Aleesya
 
Adjektif
AdjektifAdjektif
Adjektif
Yugesh Yugi
 
Kata penguat
Kata penguatKata penguat
Kata penguat
Mohamad Tarmizi
 
Latih tubi tatabahasa
Latih tubi tatabahasaLatih tubi tatabahasa
Latih tubi tatabahasa
Gadis Blossom
 
Sinonim
SinonimSinonim
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifshirleyku
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak maknaTeoh Kwan
 
55634728 latihan-tatabahasa-2
55634728 latihan-tatabahasa-255634728 latihan-tatabahasa-2
55634728 latihan-tatabahasa-2gayathire
 

What's hot (15)

Soalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudahSoalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudah
 
Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4
 
A soalan bmk1_model1
A soalan bmk1_model1A soalan bmk1_model1
A soalan bmk1_model1
 
Pemahaman sk set 3
Pemahaman sk set 3Pemahaman sk set 3
Pemahaman sk set 3
 
Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3
 
Exercise
ExerciseExercise
Exercise
 
Adjektif
AdjektifAdjektif
Adjektif
 
Kata penguat
Kata penguatKata penguat
Kata penguat
 
Latih tubi tatabahasa
Latih tubi tatabahasaLatih tubi tatabahasa
Latih tubi tatabahasa
 
Sinonim
SinonimSinonim
Sinonim
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
55634728 latihan-tatabahasa-2
55634728 latihan-tatabahasa-255634728 latihan-tatabahasa-2
55634728 latihan-tatabahasa-2
 
A bmk1 ujianupsr_set2_08
A bmk1 ujianupsr_set2_08A bmk1 ujianupsr_set2_08
A bmk1 ujianupsr_set2_08
 
Adjektif
AdjektifAdjektif
Adjektif
 

Viewers also liked

PENILAIAN SUMATIF
PENILAIAN SUMATIFPENILAIAN SUMATIF
PENILAIAN SUMATIF
Mohammad Zulhilmi Johari
 
Penilaian sumatif
Penilaian sumatifPenilaian sumatif
Penilaian sumatif
zaidatol zulkiflly
 
Penilaian formatif sumatif
Penilaian formatif sumatifPenilaian formatif sumatif
Penilaian formatif sumatif
Google
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Tharani Kanappan
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifFerraleny Doline
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifHuiping Lu
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian
madiah jaafar
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Nurul Othman
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Sara Zaleha
 

Viewers also liked (11)

PENILAIAN SUMATIF
PENILAIAN SUMATIFPENILAIAN SUMATIF
PENILAIAN SUMATIF
 
Penilaian sumatif
Penilaian sumatifPenilaian sumatif
Penilaian sumatif
 
Penilaian formatif sumatif
Penilaian formatif sumatifPenilaian formatif sumatif
Penilaian formatif sumatif
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatif
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 

Similar to Penilaian sumatif

Siap bm pemahaman set 1 y4
Siap bm pemahaman set 1 y4Siap bm pemahaman set 1 y4
Siap bm pemahaman set 1 y4560312065045
 
Bm pemahaman set 1
Bm pemahaman set 1Bm pemahaman set 1
Bm pemahaman set 1Ju Ja
 
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSR
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSRBahasa Mealtu Pemahaman UPSR
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSRAfidah Matsod
 
Bm sjk pemahaman set 1 edit
Bm sjk pemahaman set 1   editBm sjk pemahaman set 1   edit
Bm sjk pemahaman set 1 editSELVAM PERUMAL
 
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana
 
Latihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahamanLatihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahaman
Rosli Dol Haji
 
Pemahaman
PemahamanPemahaman
Pemahaman
NuurHafiza Saad
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
ar-rifke.com
 
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
rozuyyin
 
Bm pemahaman SJKT
Bm pemahaman SJKTBm pemahaman SJKT
Bm pemahaman SJKT
Raj Vasan
 
Kertas ujian pemahaman tahun 3
Kertas ujian pemahaman tahun 3Kertas ujian pemahaman tahun 3
Kertas ujian pemahaman tahun 3Hyzump Mokmin
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Muhammad Sufian
 

Similar to Penilaian sumatif (20)

Bm1 pmr 2009
Bm1 pmr 2009Bm1 pmr 2009
Bm1 pmr 2009
 
Soalan-Tatabahasa-BM.docx
Soalan-Tatabahasa-BM.docxSoalan-Tatabahasa-BM.docx
Soalan-Tatabahasa-BM.docx
 
Bm latihan 2
Bm latihan 2 Bm latihan 2
Bm latihan 2
 
Bm latihan 2 edit
Bm latihan 2 editBm latihan 2 edit
Bm latihan 2 edit
 
Siap bm pemahaman set 1 y4
Siap bm pemahaman set 1 y4Siap bm pemahaman set 1 y4
Siap bm pemahaman set 1 y4
 
Bm pemahaman set 1
Bm pemahaman set 1Bm pemahaman set 1
Bm pemahaman set 1
 
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSR
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSRBahasa Mealtu Pemahaman UPSR
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSR
 
Bm sjk pemahaman set 1 edit
Bm sjk pemahaman set 1   editBm sjk pemahaman set 1   edit
Bm sjk pemahaman set 1 edit
 
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
 
Bm (1) Gerak Gempur Perak
Bm (1)  Gerak Gempur PerakBm (1)  Gerak Gempur Perak
Bm (1) Gerak Gempur Perak
 
Latihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahamanLatihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahaman
 
Pemahaman
PemahamanPemahaman
Pemahaman
 
Set 1 (pem)
Set 1 (pem)Set 1 (pem)
Set 1 (pem)
 
A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
 
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
 
Bm pemahaman SJKT
Bm pemahaman SJKTBm pemahaman SJKT
Bm pemahaman SJKT
 
A soalan bmk1_model2
A soalan bmk1_model2A soalan bmk1_model2
A soalan bmk1_model2
 
Kertas ujian pemahaman tahun 3
Kertas ujian pemahaman tahun 3Kertas ujian pemahaman tahun 3
Kertas ujian pemahaman tahun 3
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 

Penilaian sumatif

  • 1. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU Kertas 1 Satu jam Arahan am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja Soalan 1- 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1. Pihak polis melakukan ___________ di rumah itu kerana disyaki menjadi tempat persembunyian pendatang asing. A risikan C siasatan B intipan D semakan 2. Laungan kemerdekaan itu ____________ semangat rakyat Malaysia untuk bekerjasama mengekalkan keamanan negara. A membakar C menyemaikan B memanaskan D menyemarakkan
  • 2. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. Kakak tersenyum sendiri apabila _________ akan peristiwa dia tertidur di dalam bas semalam. A terkenang C terimbau B termimpi D terfikir 4. Hujan lebat dan angin kencang yang bertiup dari petang tadi telah ____________. A reda C lenyap B pulih D kurang Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah. 5. Sultan itu ____________ di atas takhta sambil dihadap oleh beberapa orang pembesar negeri. A beradu C bersantap B bersiram D bersemayam
  • 3. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU 6. Hati Natasha terguris apa bila diberitahu bahawa dia gagal dalam temu duga itu ___________ dia mempunyai kelulusan dalam bidang yang dipohon. A namun C meskipun B setelah D sementara Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah. 7. Wajah Saiful __________ apabila ayahnya menghadiahinya sebuah basikal baharu. A berapi-api C bersinar-sinar B berseri-seri D bercahaya-cahaya Soalan 8 – 14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 8. Pada hari ini, kebanyakan petani-petani menjual hasil tanaman mereka kepada gensi kerajaan. A B C Tiada kesalahan. D
  • 4. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU 9. Tolong jangan bising kerana ada beberapa orang calon yang sedang menjawab soalan A B peperiksaan di dalam dalam dewan. Tiada kesalahan. C D 10. Timbalan Menteri Pelajaran telah bersetuju untuk merasmikan seminar itu dan dia akan A B datang pada pukul 10.00 pagi. Tiada kesalahan. C D 11. Zuraidah memanggil-manggil nama adiknya berulang-ulang kali untuk memintanya A B mengangkat kain di ampaian. Tiada kesalahan. C D 12. Puan Rokiah ialah ibu misali yang telah terpilih untuk menerima anugerah dari Sultan A B C Pahang. Tiada kesalahan. D 13. “Kami mengulang kaji mata pelajaran Sejarah di rumah Rahman pagi tadi,” kata Sharul dan A B C Ikhmal kepada Devandran. Tiada kesalahan. D 14. Pemuda yang terencat akal itu melambai-lambai tangannya ke arah tiap-tiap buah kereta yang A B C melalui jalan raya itu. Tiada kesalahan. D
  • 5. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU Soalan 15 – 17 Pilih ayat-ayat yang condong yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15. I Firdaus mendapat tempat yang paling pangkal dalam lumba lari itu. II Ayah sedang menabur baja mengelilingi pangkal pokok buah-buahan di dusun. III Sejak pangkal mesyuarat Rohanan telah bersedia untuk mencatat minit mesyuarat. IV Di pangkal jalan Tanjung Batu terdapat papan tanda yang menunjukkan arah ke balai raya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 16. I Kakak senyum melarat sambil menjeling ke arah ibu. II Kehidupan lelaki itu kian melarat selepas dia dibuang kerja. III Penyakit kudis buta akan melarat jika tidak dirawat. IV Hujan yang turun sejak pagi tadi melarat hingga ke petang. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 17. I Dia gemar menyanyi lagu-lagu popular masa ini sambil memetik gitar. II Anthony memetik suis api dan suis kipas sebelum duduk di atas sofa. III Dalam perbahasan itu, Idham memetik beberapa baris ayat al-Quran untuk mengukuhkan hujahnya. IV Rozita memetik gambar pemandangan gunung-ganang itu dengan kameranya.
  • 6. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 18 – 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18. Suasana di rumah besar di atas bukit itu amat sunyi sepi sekali kerana telah lama tidak berpenghuni. A sunyi sepi B amat sunyi sepi C sunyi sepi sekali D amat sunyi sepi sekali 19. Kami membincangkan tentang lain-lain perkara yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dalam mesyuarat tersebut. A Kami membincangkan perkara lain-lain B Kami berbincang tentang perkara-perkara lain C Kami berbincang lain perkara-perkara D Kami membincangkan tentang lain-lain perkara
  • 7. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU 20. Resipi kuih baulu itu diwarisi oleh keluarga Puan Rahimah dari satu generasi ke satu generasi. A daripada satu generasi ke satu generasi. B dari satu generasi kepada satu generasi C daripada satu generasi kepada satu generasi D dari satu generasi ke satu generasi 21. “Maklumat lanjut tentang program ini, dapat kalian peroleh daripada urus setia,” kata Puan Maznah kepada Luqman, Tanaraj , dan Peter Lim. A diperolehi kalian daripada urusetia B kalian perolehi daripada urus setia C diperoleh oleh kalian daripada urusetia D kalian peroleh daripada urus setia Soalan 22 – 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22. Penduduk telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasang pelita di sekitar Kampung Sungai Lereh bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri. A Pelita dipasang oleh penduduk Kampung Sungai Lereh secara bergotong-royong. B Pelita telah dipasang oleh penduduk Kampung Sungai Lereh secara bergotong –royong semasa meraikan Hari Raya Aidilfitri. C Bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, aktiviti gotong-royong memasang pelita telah diadakan oleh penduduk Kampung Sungai Lereh di kawasan mereka. D Hari Raya Aidilfitri disambut oleh penduduk Kampung Sungai Lereh dengan bergotong- royong memasang pelita.
  • 8. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU 23. Kegiatan kokurikulum bukan sahaja dapat mengcungkil bakat murid-murid, malahan dapat memupuk semangat perpaduan. A Melalui kegiatan kokurikulum, semangat perpaduan dapat disemai dalam kalangan murid dan bakat mereka dapat dicungkil. B Murid-murid perlu menyertai kegiatan kokurikulum untuk menyemai semangat perpaduan dan mencungkil bakat mereka. C Bakat murid-murid dapat dicungkil dan semangat perpaduan dapat disemai sekiranya murid-murid menyertai kegiatan kokurikulum. D Murid-murid yang menyertai kegiatan kokurikulum perlu menyemai semangat perpaduan dan mencungkil bakat masing-masing. 24. Sesetengah pemegang kad kredit terpaksa menanggung hutang tertunggak kerana mereka berbelanja melebihi pendapatan dan enggan melunaskan hutang secara beransur-ansur. A Sikap berbelanja melampaui pendapatan menyebabkan sebilangan pemegang kad kredit terpaksa melunaskan hutang secara beransur-ansur untuk mengelakkan hutang tertunggak. B Hutang kad kredit tertunggak kerana kebanyakan pemegang kad kredit memperoleh pendapatan yang melampaui jumlah perbelanjaan tetapi tidak mahu melunaskan hutang itu secara beransur-ansur. C Pemegang kad kredit yang memperoleh pendapatan melampaui perbelanjaan dipaksa untuk melunaskan hutang tertunggak secara beransur-ansur supaya mereka tidak menanggung hutang yang banyak. D Sebilangan pemegang kad kredit tidak mahu melunaskan hutang kad kredit secara beransur-ansur, akibatnya mereka menanggung hutang tertunggak yang banyak kerana perbelanjaan mereka melampui pendapatan.
  • 9. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU Soalan 25-27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25. I Selendang itu tidak dapat dipakai lagi kerana ia sudah koyak. II Pencuri itu ditangkap oleh penduduk ketika beliau memanjat pagar rumah saya. III Saya tidak suka akan dia kerana sikapnya yang suka mengumpat dan mengeji. IV Para peserta ekspedisi itu akan menamatkan aktiviti mereka pada hari esok. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 26. I Cikgu Noraini banyak membeli cenderamata sewaktu beliau melancong di luar negara. II Semak samun di hujung kampong itu akan kami tebas secara bergotong-royong. III Tanah yang dijual oleh Pak Harun di kampong itu sama luas dengan tanah yang dibelinya di Kuala Lumpur. IV Surat yang dikirim oleh kakal dari London emak belum terima lagi. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 27 I Wah, awak sudah pandai menjahit baju kurung sekarang! II Oh, rupanya kamu yang meletakkan risalah di pejabat saya pagi tadi! III Ah, kamu memang layak menyandang jawatan sebagai ketua kerani di sini! IV Amboi, sampai hati mereka menyuruh saya mencuci pinggan mangkuk ini sendirian.
  • 10. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 28-30 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. Seperti harimau menyembunyikan kuku 28. Peribahasa di atas bermaksud A orang yang berpura-pura bodoh. B orang yang menyorokkan kebolehannya. C orang yang akan bertindak apabila ada peluang. D orang yang menggunakan helah untuk mencapai sesuatu tujuan. 29. Peribahasa dapat durian runtuh bermaksud A memiliki harta kekayaan setleah berusaha. B menikmati kebahagiaan setelah menderita. C merasai kesenangan hidup setelah bekerja kuat. D mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. 30. Sofea dan Khalisah bekerjasama mengumpulkan maklumat untuk menyiapkan folio mata pelajaran Kemahiran Hidup. Namun demikian, Sofea memberitahu gurunya bahawa dia seorang sahaja yang menyiapkan folio tersebut. Sikap Sofea yang demikian ibarat A gunting dalam lipatan.
  • 11. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU B cacing hendak menjadi naga. C air susu dibalas dengan tuba. D melepaskan anjing tersepit. Soalan 31-35 Baca pantun di bawa dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pantun Dua Kerat (Nasihat) Terima kasih daun keladi, Kalau boleh hendak lagi. Ikan siakap ikan senohong, Banyak cakap banyak bohong. Pecah kaca pecah gelas, Sudah dibaca harap balas. Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham.
  • 12. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU Kumbang jarak kumbang jagung, Berani buat berani tanggung. Tunggu durian Teluk Emas, Siapa kemudian kena kemas. Buah cempedak dalam gantang, Siapa hendak dia datang. Periuk belanga pasu kuali, Busuk nama menipu mencuri. Saya kata ituk, awak kata ayam, Sudah kena jentik baru nak diam. (Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka) 31. Apakah kesan daripada perbuatan menipu dan mencuri berdasarkan rangkap kesembilan? A lama-kelamaan hati akan menjadi busuk B nama baik akan tercemar C hubungan dengan orang lain akan terjejas D akan dipandang hina oleh masyarakat
  • 13. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU 32. Sudah jentik baru nak diam Berdasarkan baris di atas perkataan “jentik” boleh bermaksud seperti di bawah kecuali A menegur B mencuit C menasihati D memukul 33. Apakah persoalan yang terdapat dalam rangkap keenam? A bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan yang dilakukan B bertindak mengikut akal fikiran yang bijak C berani melakukan apa jua perkara yang diingini D tidak mengaku kalah setelah melakukan kesilapan 34. Berikut ialah pembayang yang terdapat dalam pantun di atas kecuali A Pecah kaca pecah gelas B Kumbang jaraj kumbang jagung C Malas bergerak tidak merasa D Periuk belanga pasu kuali 35. Apakah tema Pantun Dua Kerat (Nasihat)? A Harapan agar pembaca mengikut nasihat yang diberikan B Nasihat agar pembaca dapat memilih antara kebaikan dan keburukan C Kebijaksanaan ketika melakukan sesuatu perkara D Kesan perbuatan negatif kepada pembaca
  • 14. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU Soalan 36- 40 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. “Kasut sekolah tak pakai, baju sukan tak bawa! Apa nak jadi dengan kamu ini?” leter Cikgu Harun setelah melihat Ahmad hanya diam membantu. Mahu sahaja dipukul budak itu sekuat hati. Namun, kesabaran masih tersisa dalam jiwanya. “Saya dah tak tajan dengan kamu. Hari ini saya nak denda kamu!” kata Cikgu Harun. Dia segera bangun dan mencari sesuatu. Dia ke tepi pagar sekolah. Barangkali mahu mencari ranting pokok di tepi pagar. Jika ada ranting itu, punggung Ahmad akan disebatnya kuat-kuat, fikirnya. Ilmu psikologi yang dipelajarinya di maktab dahulu tidak boleh dipakai ketika berdepan dengan budak seperti itu. Begitu pula fikir Cikgu Harun. Ahmad tetap tercegat dan terkebil-kebil, menanti hukuman guru yang berasal dari bandar itu. Tiba-tiba Cikgu Harun terpandang rumpun pisang merimbun di tepi pagar sekolah. Beberapa tandan pisang berjuntai-juntai di celah-celah rumpun pisang itu. Di bawahnya bertaburan kelopak jantung yang gugur. Besar-besar dan berwarna merah hati. Cikgu Harun memungut kelopak jantung itu lalu kembali ke tempat Ahmad sedang berdiri. Seperti menanti hukuman gurunya. “Pergi cari tali!” arah Cikgu Harun kepada Ahmad. Murid itu tidak berkata apa-apa. Dia terus beredar ke arah kantin sekolah. Sebentar kemudian dia kembali dengan seutas tali berwarna merah. “Kamu pakai benda ini. Ikat elok-elok!” Cikgu Harun memberikan perintah. Jarinya dituding tepat ke arah kelopak jantung pisang. Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta simpati. “Cepat!” jerkah Cikgu Harun apabila melihat Ahmad masih tercegat. Kali ini Ahmad tidak membantah. Dia mencangkung dengan sebelah kaki dihulurkan ke depan. Kelopak jantung diacukan ke tapak kakinya yang comot. Kemudian, tali dilalukan di bawah tapak kakinya. Kelopak jantung pisang itu kemudian diikat kemas-kemas, melekap sendat pada kaki kematu Ahmad. Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan, seperti memakai kasut sekolah. “Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tidak beli kasut baru!” Cikgu Harun memberikan amaran. Ada sedikit perasaan lucu di dalam hati Cikgu Harun melihat anak murid yang tidak dikenali latar belakang itu. Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul. Dia tidak pernah membantah kata-kata guru. Katalah apa sahaja, dia tetap patuh tanpa banyak soal. Jauh sekali ponteng sekolah. Walaupun berkaki ayam, Ahmad tidak pernah ponteng. Itulah kelebihan Ahmad. Kegigihannya memang ketara. Cikgu Harun turut menyedarinya.
  • 15. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU (Dipetik daripada cerpen Kasut Kelopak Jantung, antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka) 36. Mengapakah Cikgu Harun menyuruh Ahmad memakai kasut yang dibuat daripada kelopak jantung? A kerana Ahmad gagal memakai uniform sekolah yang lengkap. B kerana Ahmad kerap ponteng sekolah. C kerana Ahmad sengaja melanggar disiplin sekolah. D kerana Ahmad membantah arahan yang diberikan oleh Cikgu Harun. 37. Apakah yang menyebabkan Cikgu harun berasa lucu apabila melihat Ahmad mengenakan kasut daripada kelopak jantung itu? A melihat bentuk kasut kelopok pisang itu yang sangat hodoh. B Ahmad tercegat dan terkebil-kebil. C sikap Ahmad lurus bendul. D gaya Ahmad yang bersahaja ketika mengenakan kasut kelopok jantung itu. 38.Yang berikut merupakan latar tempat dalam peristiwa di atas, kecuali A di kantin B di tepi pagar sekolah C di padang D di bilik guru 39. Apakah nilai yang terdapat pada diri Ahman berdasarkan petikan di atas? A taat B cekal
  • 16. PENILAIAN SUMATIF I TINGKATAN SATU C baik hati D bertanggungjawab 40. Apakah persoalan yang dikemukakan dalam cerpen Kasut Kelopok Jantung ? A Kemiskinan masyarakat luar bandar. B Masalah ponteng sekolah. C Kasih sayang seorang guru terhadap anak muridnya. D Sikap prihatin dan tanggungjawab seorang guru. SOALAN TAMAT